GARIS PANDUAN KHAS UNTUK MENGENDALIKAN kes kesalahan seksual TERHADAP KANAK-KANAK DI

GARIS PANDUAN KHAS UNTUK MENGENDALIKAN KES KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI MALAYSIA

© PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

ii • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

PETIKAN UCAPAN yab dato’ sri mohd najib bin tun abdul razak PERDANA MENTERI MALAYSIA

“...apa gunanya negara kita mengejar kepesatan kemajuan jika legasi yakni anak-anak tidak dibela nasibnya.”

Seminar Jenayah Seksual Kanak-Kanak: Hentikan! 13 Mac 2017, Pusat Dagangan Dunia Putra,

“...saya menyarankan supaya Special Standard Operating Procedures (SOP) atau suatu Garis Panduan Khas untuk mengendalikan kes-kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak juga harus dirangka di dalam tempoh masa yang terdekat ini... Garis Panduan Khas yang bakal dirangka ini perlulah menepati kehendak dan keperluan saksi kanak-kanak, serta selaras dengan amalan terbaik yang dilaksanakan di negara-negara lain di dunia.”

Perasmian Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 22 Jun 2017, Istana Kehakiman, Putrajaya

iii • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

PETIKAN UCAPAN yb dato’ sri azalina binti dato’ othman said MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI MERANGKAP PENASIHAT KEPADA JAWATANKUASA KERJA (INDUK) GARIS PANDUAN KHAS UNTUK MENGENDALIKAN KES KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI MALAYSIA

“...Isu berhubung dengan jenayah seksual yang dilakukan terhadap kanak-kanak yang merupakan golongan rentan merupakan suatu isu yang amat serius dan menjadi satu ancaman terhadap institusi kekeluargaan, sosial dan masa depan negara secara seluruhnya. Berbanding jenis jenayah lain, jenayah seksual terhadap Kanak-Kanak adalah bentuk kekejaman yang paling teruk dan terkutuk kerana ia boleh memberi pelbagai kesan jangka pendek dan jangka panjang kepada seorang Kanak-Kanak.”

Pembentangan Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 3 Mac 2017, Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia

“…satu jawatankuasa kerja yang dianggotai antaranya polis, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta badan bukan kerajaan berkaitan dengan Kanak- Kanak, akan ditubuhkan untuk merangka garis panduan khas yang komprehensif untuk mengendalikan kes kesalahan seksual yang melibatkan Kanak-Kanak.”

Keratan akhbar Berita Harian bertarikh 31 Julai 2017: “Azalina: Mahkamah khas Kanak-Kanak sudah selesai 11 kes”

iv • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia Prakata

KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA MERANGKAP PENGERUSI JAWATANKUASA KERJA (INDUK) GARIS PANDUAN KHAS UNTUK MENGENDALIKAN KES KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK DI MALAYSIA

Pertamanya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam penyediaan dan penggubalan Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan Kes Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak di Malaysia.

Pada hari ini jenayah seksual terhadap Kanak-Kanak adalah suatu masalah atau isu masyarakat yang perlu ditangani secara holistik dan serius kerana kegagalan menanganinya maka hancurlah masa hadapan negara ini. Dalam usaha membanteras jenayah seksual terhadap Kanak-Kanak, beberapa inisiatif telah pun diambil oleh pihak kerajaan antaranya penggubalan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang telah berkuat kuasa pada 10 Julai 2017 serta penubuhan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak pada 22 Jun 2017. Justeru, penggubalan suatu Garis Panduan Khas yang terpakai kepada semua pihak dalam pengendalian kes kesalahan seksual terhadap Kanak-Kanak dapat memastikan semua pihak menggembleng tenaga agar kes jenayah ini dapat diselesaikan dengan lebih teratur dan efisien.

v • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia diamanahkan dan dipertanggungjawabkan untuk menerajui penggubalan Garis Panduan Khas ini. Komitmen dan sokongan penuh daripada semua pihak membolehkan tugasan ini dapat direalisasikan, pepatah Melayu menyatakan “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Sekalung penghargaan kepada YB Dato’ Sri Azalina binti Dato’ Othman Said, Pegawai di Pejabat YB Menteri iaitu Tuan Danesh Chandran A/L Velaitham, Timbalan Ketua Pengarah (Khas) Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), JPM dan Tuan Thiyagu A/L Ganesan, Pegawai Undang-Undang Khas kepada YB Dato’ Sri Azalina binti Dato’ Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri atas usaha untuk menubuhkan Jawatankuasa Kerja (Induk) dan Jawatankuasa Kerja (Kecil) yang terdiri daripada semua agensi berkaitan iaitu Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara (A-GC); Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM); Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM); Bahagian D11, Polis Diraja Malaysia (PDRM); Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); Jabatan Bantuan Guaman (JBG); Majlis Peguam Malaysia, pensyarah daripada Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia serta pihak NGO iaitu UNICEF Malaysia, Voice of Children, Women’s Centre for Change, Malaysian Association of Social Workers. Semoga kerjasama yang terjalin ini dapat dikekalkan dan diteruskan pada masa akan datang.

Semoga Garis Panduan Khas ini dapat menjadi panduan yang seragam untuk semua pihak yang terlibat dalam pengendalian kes kesalahan seksual terhadap Kanak-Kanak sebelum, semasa dan selepas kes tersebut dibawa ke Mahkamah.

Dato’ Sri Latifah binti Haji Mohd Tahar Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

vi • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

JAWATANKUASA KERJA (INDUK)

PENASIHAT YB Dato’ Sri Azalina binti Dato’ Othman Said Menteri di Jabatan Perdana Menteri

PENGERUSI YBhg. Dato’ Sri Latifah binti Haji Mohd Tahar Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

TIMBALAN PENGERUSI YBhg. Datuk Haji Aslam Zainuddin Timbalan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (Polisi)

SETIAUSAHA Puan Rozi binti Bainon Pengarah Bahagian Dasar dan Perundangan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP)

PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN

1. Puan Sabariah binti Othman Timbalan Ketua Pendaftar (Operasi) 2. Puan Hasbi binti Hasan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya 3. Puan Amelati Parnell Pendaftar Mahkamah Tinggi & 4. YBhg. Dato’ Zainal Abidin Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya bin Haji Kamarudin 5. Tuan M. Bakri bin Abd Majid Timbalan Kanan Pendaftar Pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya 6. Puan Yong Zarida binti Sazali Hakim Mahkamah Sesyen Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Putrajaya 7. Puan Rozi binti Bainon Pengarah Bahagian Dasar dan Perundangan

vii • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

JABATAN PEGUAM NEGARA

8. Tuan Abdul Rashid bin Daud Timbalan Ketua Bahagian I Bahagian Pendakwaan 9. Puan Baizura binti Kamal Ketua Unit Jenayah Seksual dan Keganasan Domestik Bahagian Pendakwaan

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

10. Encik Azman bin Mohd Yusof Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) 11. Puan Zahida binti Zakaria Peguam Kanan Persekutuan 12. YBhg. Dato’ Hj. Zulkiply Ketua Pengarah bin Ramli Jabatan Kebajikan Masyarakat 13. Encik Arfan bin Sulaiman Pengarah Bahagian Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

14. YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Ketua Pengarah bin Abdullah 15. Tuan Peh Suan Yong Penasihat Undang-Undang

JABATAN BANTUAN GUAMAN

16. YBhg. Datuk Haini Ketua Pengarah binti Hassan 17. Puan Normie Baizura Pengarah binti Amiruddin Bahagian Litigasi dan Nasihat Sivil

POLIS DIRAJA MALAYSIA

18. ACP Puan Ong Chin Lan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita Dan Kanak-Kanak (D11) 19. Supt. Puan Siti Kamsiah Penolong Pengarah binti Hassan Bahagian Jenayah Seksual Siasatan Seksual, Wanita Dan Kanak-Kanak (D11)

viii • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

20. DSP Puan Tan Gee Soon Ketua Unit Siasatan Seksual Bahagian Siasatan Seksual, Wanita Dan Kanak-Kanak (D11) 21. DSP Puan Saroja Ketua Unit Siasatan Penderaan Kanak-kanak A/P Egamparam Bahagian Siasatan Seksual, Wanita Dan Kanak-Kanak (D11)

AHLI AKADEMIK

22. YBrs. Prof. Dr. Rashidi Ahmad Ketua Unit Akademik Perubatan Kecemasan Universiti Malaya 23. YBrs. Dr. Zainal Madon Ketua Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga Universiti Putra Malaysia 24. YBrs. Dr. Farah Nini Pensyarah Kanan binti Dusuki Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya 25. YBhg. Prof. Madya Pensyarah Kanan Dr. Khadijah Alavi Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia Universiti Kebangsaan Malaysia

MAJLIS PEGUAM MALAYSIA

26. Encik George Varughese Presiden Majlis Peguam Malaysia 27. YBhg. Dato’ V. Sithambaram Co-Chairperson of the Bar Council Criminal Law Committee 28. Encik Salim Bashir Bhaskaran Co-Chairperson of the Bar Council Criminal Law Committee 29. Puan Ajeet Kaur Co-Chairperson of the Bar Council A/P Nika Singh Child Rights Committee 30. Puan Srividhya Ganapathy Co-Chairperson of the Bar Council Child Rights Committee

ix • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

31. Puan Selvi Supramaniam Child Protection Specialist UNICEF Malaysia 32. Puan Loh Cheng Kooi Executive Director Women’s Centre for Change (WCC) 33. Puan Shaney Cheng Case Management Service Manager P.S. The Children 34. Puan Sharmila Pengerusi Voice of Children Sekarajasekaran

35. Puan Amy Bala Nee Amy Naib Presiden T.K. Jones Malaysian Association of Social Workers (MASW)

x • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

JAWATANKUASA KERJA (KECIL)

TAJUK 1 PENERIMAAN LAPORAN DAN SIASATAN 1. ACP Puan Ong Chin Lan Ketua Penolong Pengarah Pengerusi Bahagian Siasatan Seksual, Wanita Dan Kanak-Kanak (D11) PDRM

2. Supt. Puan Siti Kamsiah Penolong Pengarah Wakil binti Hassan Bahagian Jenayah Seksual Pengerusi Siasatan Seksual, Wanita Dan Kanak-Kanak (D11) PDRM

3. Tuan Ahmad Fuad Peguam Kanan Persekutuan Ahli bin Othman KKM 4. Puan Natasha Peguam Persekutuan binti Abdul Azis KKM Ahli

5. YBrs. Prof. Dr. Rashidi Ketua Unit Akademik Ahmad Perubatan Kecemasan Ahli Universiti Malaya

6. YBhg. Datin Kunasundary Hakim Mahkamah Sesyen A/P Marimuthu Kuala Lumpur (Jenayah) Ahli

7. Puan Ajeet Kaur Co-Chairperson of the A/P Nika Singh Bar Council Child Rights Ahli Committee 8. Puan Nurmadiana Pengarah binti Mamat Jabatan Bantuan Guaman Ahli Melaka, JBG 9. Puan Rafidah Ketua Penolong Pengarah Ahli binti Abdul Aziz Bahagian Kanak-Kanak JKM 10. YBrs. Dr. Rohaizah Borhan Pakar Perunding Pediatrik Ahli Hospital Serdang

xi • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

TAJUK 2 PERBICARAAN 11. YBhg. Datuk Haji Aslam Timbalan Ketua Pendaftar Pengerusi Zainuddin (Polisi), PKPMP

12. YBhg. Dato’ Zainal Abidin Pendaftar Mahkamah Rendah Ahli bin Haji Kamarudin Malaya, PKPMP

13. Tuan M. Bakri bin Abd Majid Timbalan Kanan Pendaftar Ahli Pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya, PKPMP 14. Puan Rozi binti Bainon Pengarah Bahagian Dasar dan Ahli Perundangan, PKPMP

15. Puan Dayang Ellyn Narisa Pendaftar Ahli binti Abang Ahmad Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak, PKPMP 16. Encik Salim Bashir Co-Chairperson of the Ahli Bhaskaran Bar Council Criminal Law Committee 17. Puan Srividhya Ganapathy Co-Chairperson of the Ahli Bar Council Child Rights Committee 18. Puan Madihah binti Zainol Pengarah Jabatan Bantuan Ahli Guaman , JBG

19. Puan Rosmaini binti Ahmad Ketua Penolong Pengarah Ahli Bahagian Dasar dan Antarabangsa, JKM 20. YBrs. Dr. Zakira binti Taib Pakar Perubatan Ahli Kesihatan Awam Bahagian Kawalan Penyakit KKM

xii • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

TAJUK 3 PENGENDALIAN MANGSA/SAKSI KANAK-KANAK 21. Tuan Abdul Rashid Timbalan Ketua Bahagian I Pengerusi bin Daud Bahagian Pendakwaan A-GC

22. Puan Baizura binti Kamal Ketua Unit Jenayah Seksual Ahli dan Keganasan Domestik Bahagian Pendakwaan A-GC

23. YBhg. Dato’ V. Sithambaram Co-Chairperson of the Ahli Bar Council Criminal Law Committee 24. Tuan Azhaniz Teh Pengarah Bahagian Ahli bin Azman Teh Strategik, Inovasi, Naziran dan Korporat, PKPMP

25. Puan Normie Baizura Pengarah Bahagian Litigasi Ahli binti Amiruddin dan Nasihat Sivil, JBG 26. Puan Aimi Syazwani Timbalan Pendakwa Raya Ahli binti Sarmin Unit Jenayah Seksual dan Keganasan Domestik Bahagian Pendakwaan A-GC 27. Puan Nordalina binti Ali Timbalan Pendakwa Raya Ahli Unit Jenayah Seksual dan Keganasan Domestik Bahagian Pendakwaan A-GC

28. Puan Nordiyanasari Timbalan Pendakwa Raya Ahli binti Omar Unit Jenayah Seksual dan Keganasan Domestik Bahagian Pendakwaan A-GC 29. DSP Puan Saroja Ketua Unit Siasatan Ahli A/P Egamparam Penderaan Kanak-Kanak Bahagian Siasatan Seksual Wanita Dan Kanak-Kanak (D11) PDRM

xiii • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

30. YBrs. Dr. Farah Nini Pensyarah Kanan Ahli binti Dusuki Fakulti Undang-Undang, UM 31. Puan Norhidayah Nadila Advocacy Officer Ahli Maulad Daud Women’s Centre for Change (WCC) 32. Encik Nizam bin Kassim Penolong Pengarah Kanan Ahli Bahagian Kanak-Kanak JKM

33. YBrs. Dr. Charlotte Sundaraj Pakar Pediatrik Ahli Hospital Putrajaya

xiv • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

TAJUK 4 KHIDMAT PERLINDUNGAN DAN SOKONGAN KEPADA SAKSI/MANGSA KANAK-KANAK 34. Tuan Quek Kia Ann Ketua Penolong Pengarah Pengerusi Kanan, JKM

35. Puan Julaila binti Jamaludin Pegawai Undang-Undang Ahli KPWKM

36. Encik Arfan bin Sulaiman Pengarah Ahli Bahagian Kanak-Kanak JKM

37. YBhg. Prof. Madya Pensyarah Kanan Ahli Dr. Khadijah Alavi Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia UKM

38. Puan Nor Aziati binti Jaafar Timbalan Pengarah Ahli Perundangan Bahagian Dasar & Perundangan PKPMP 39. Puan Selvi Supramaniam Child Protection Specialist Ahli UNICEF Malaysia

40. Puan Sharmila Pengerusi Voice of Children Ahli Sekarajasekaran

41. Puan Azizah Pengarah Jabatan Bantuan Ahli binti Haji Ahmad Guaman Selangor, JBG

42. Puan Fairus binti Bahari Ketua Penolong Pengarah Ahli Bahagian Kanak-Kanak JKM 43. Puan Pushpa Ratnam Member Bar Council Ahli Child Rights Committee

44. YBrs. Dr. Suhaida Pakar Pediatrik Ahli binti Abd Rahman Hospital Kajang Selangor

xv • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

URUS SETIA

1. Tuan Azhaniz Teh Pengarah Bahagian Strategik, Inovasi, Naziran bin Azman Teh dan Korporat, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) 2. Puan Junaidah Pengarah Bahagian Latihan dan Pembangunan binti Mohd Isa Kapasiti Kehakiman, PKPMP 3. Puan Nor Aziati Timbalan Pengarah Perundangan binti Jaafar Bahagian Dasar dan Perundangan, PKPMP 4. Cik Firdaus binti Md Isa Timbalan Pendaftar Pejabat Timbalan Ketua Pendaftar (Polisi) PKPMP 5. Puan Sasha Diana Timbalan Pendaftar Pejabat Pendaftar binti Sabtu Mahkamah Rendah Malaya, PKPMP 6. Tuan Muhamad Safuan Penolong Kanan Pendaftar bin Azhar Pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya, PKPMP 7. Tuan Syahrul Sazly Pegawai Khas Kepada Ketua Pendaftar bin Md Sain Mahkamah Persekutuan Malaysia, PKPMP 8. Tuan Nik Muizzuddin Penolong Kanan Pendaftar bin Nik Muhammad Bahagian Strategik, Inovasi, Naziran dan Korporat, PKPMP 9. Puan Azizah binti Ahmad Penolong Kanan Pendaftar Bahagian Strategik, Inovasi, Naziran dan Korporat, PKPMP 10. Cik Lee Hong Shi Penolong Kanan Pendaftar Bahagian Dasar dan Perundangan, PKPMP 11. Cik Izzatul Nawwarah Penolong Kanan Pendaftar binti Idrus Bahagian Dasar dan Perundangan, PKPMP 12. Cik Nurul Atikah Penolong Kanan Pendaftar binti Muhamad Bahagian Dasar dan Perundangan, PKPMP 13. Tuan Nik Muhammad Penolong Kanan Pendaftar Azrin Hafiz bin Nik Bahagian Strategik, Inovasi, Naziran dan Mahmood Korporat, PKPMP 14. Tuan Mohd. Dinie Shazwan Penolong Kanan Pendaftar bin Ab. Shukor Bahagian Latihan dan Pembangunan Kapasiti Kehakiman, PKPMP

xvi • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia Kandungan

Bab 1 Pengenalan 1 Bab 2 Ringkasan Eksekutif 5 Bab 3 Tafsiran 9 Bab 4 Rujukan 13 Bab 5 Tajuk 1: 17

 Penerimaan Laporan dan Siasatan  Carta Alir  Soalan Lazim Bab 6 Tajuk 2: 33

 Perbicaraan  Carta Alir  Soalan Lazim Bab 7 Tajuk 3: 49  Pengendalian mangsa/saksi Kanak-Kanak  Carta Alir  Soalan Lazim

Bab 8 Tajuk 4: 63  Khidmat Perlindungan dan Sokongan kepada mangsa/saksi Kanak-Kanak

 Carta Alir  Soalan Lazim Bab 9 Penutup 77

Bab 10 Direktori 81

xvii bab 1

PENGENALAN

• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

PENGENALAN

1. Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan Kes Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak Di Malaysia (“Garis Panduan Khas”) disediakan untuk memastikan setiap laporan dan siasatan mengenai kes kesalahan seksual terhadap Kanak-Kanak dikendalikan dengan betul dan efektif.

2. Bagi tujuan Garis Panduan Khas ini, “Kanak-Kanak” adalah seseorang yang berumur di bawah 18 tahun.

3. Pengendalian perbicaraan di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak hendaklah mewujudkan atmosfera yang mesra Kanak- Kanak tanpa mengetepikan keadilan.

4. Semua prosiding bicara yang melibatkan mangsa/saksi Kanak-Kanak bagi semua kes jenayah seksual terhadap Kanak-Kanak hendaklah dijalankan secara tertutup (in camera).

5. Identiti Kanak-Kanak dalam semua prosiding bicara bagi semua kes kesalahan seksual terhadap Kanak-Kanak hendaklah dirahsiakan. Jika Orang Kena Tuduh (OKT) mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa Kanak-Kanak, identiti OKT juga hendaklah dirahsiakan.

6. Suasana Mahkamah bersifat ‘adult-oriented’ dan sangat terkawal. Keadaan ini mungkin menimbulkan rasa takut, gerun dan tidak selesa bagi mana-mana saksi, tidak kira Kanak-Kanak ataupun orang dewasa. Kerjasama yang berkesan antara semua pihak yang berkaitan boleh mewujudkan suasana yang positif dan kondusif bagi mangsa/ saksi Kanak-Kanak yang akan hadir dan terlibat dengan prosiding Mahkamah. Dengan kerjasama secara komprehensif ini, mangsa/ saksi Kanak-Kanak akan lebih selesa dan bersedia untuk memberi keterangan dan berkomunikasi dengan efektif di Mahkamah serta menyumbang kepada penyelesaian kes yang berkesan.

3 bab 2

RINGKASAN EKSEKUTIF

• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

RINGKASAN EKSEKUTIF

Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang berkuat kuasa pada 10 Julai 2017 ialah suatu Akta untuk menangani kesalahan seksual yang dilakukan terhadap Kanak-Kanak. Tujuan utama penggubalan Akta 792 ini adalah untuk memberi perlindungan yang lebih baik, melindungi kepentingan dan kebajikan Kanak-Kanak, serta mengadakan pencegahan yang berkesan bagi kesalahan seksual terhadap Kanak-Kanak.

Penguatkuasaan Akta 792 perlu disokong dengan penggubalan suatu Garis Panduan Khas dalam pengendalian kes kesalahan seksual terhadap Kanak-Kanak. Oleh itu, Garis Panduan Khas ini digubal untuk memastikan matlamat serta tujuan Akta 792 dapat dicapai dengan lebih berkesan. Garis Panduan Khas ini diharap dapat membantu mangsa/saksi Kanak-Kanak dan keluarga mereka secara khasnya serta orang awam secara amnya bermula dari peringkat aduan sehingga kes selesai dibicarakan. Garis Panduan Khas ini juga membincangkan mengenai bentuk perlindungan dan sokongan yang boleh diperoleh daripada pelbagai agensi yang terlibat.

Agensi teknikal yang terlibat dalam penyediaan Garis Panduan Khas ini terdiri daripada−

(i) Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP); (ii) Jabatan Peguam Negara (A-GC); (iii) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM); (iv) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM); (v) Jabatan Bantuan Guaman (JBG); (vi) Polis Diraja Malaysia (PDRM); (vii) Ahli Akademik; (viii) Majlis Peguam Malaysia; dan (ix) Badan Bukan Kerajaan (NGO).

7 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

Garis Panduan Khas ini terbahagi kepada 4 tajuk utama yang berikut:

Tajuk 1: Penerimaan Laporan dan Siasatan Tajuk ini menerangkan dan memberi panduan kepada agensi yang terlibat berkaitan dengan kes kesalahan seksual terhadap Kanak- Kanak pada peringkat awal iaitu membuat dan menerima laporan serta menjalankan siasatan.

Tajuk 2: Perbicaraan Tajuk ini ialah mengenai tatacara pengendalian kes di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak yang merangkumi keseluruhan proses mulai kes didaftar di Mahkamah sehingga kes tersebut selesai termasuk ciri-ciri khas dalam pengendalian saksi Kanak-Kanak bagi kes kesalahan seksual di Mahkamah semasa perbicaraan.

Tajuk 3: Pengendalian Mangsa/Saksi Kanak-Kanak Tajuk ini membincangkan mengenai pengendalian mangsa/saksi Kanak-Kanak di Mahkamah. Memandangkan mangsa/saksi Kanak- Kanak akan berhadapan dengan pelbagai pihak seperti Mahkamah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Timbalan Pendakwa Raya, Peguam, Jabatan Bantuan Guaman, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Badan Bukan Kerajaan dan sebagainya selain pelaku sendiri, maka tajuk ini akan membincangkan dengan teliti bagaimana pihak-pihak tersebut mengendalikan mangsa/saksi Kanak-Kanak dari peringkat pra bicara sehingga hari perbicaraan mengikut peranan/tanggungjawab masing- masing.

Tajuk 4: Khidmat Perlindungan dan Sokongan Tajuk ini membincangkan mengenai khidmat perlindungan dan sokongan yang boleh diberikan oleh agensi-agensi yang terbabit dalam membantu mangsa/saksi Kanak-Kanak. Khidmat ini akan diberikan sejurus selepas aduan diterima sehingga selesai perbicaraan.

8 bab 3

TAFSIRAN

• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

TAFSIRAN

Kanak-Kanak

(1) Bagi tujuan Garis Panduan Khas ini rujukan perlu dibuat kepada seksyen 2 Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611). Kanak-Kanak ditakrifkan sebagai seseorang yang di bawah umur lapan belas (18) tahun.

(2) Menurut Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676), umur seseorang saksi yang diberi perlindungan di bawah Akta 676 adalah 16 tahun dan ke bawah.

Penderaan seksual terhadap Kanak-Kanak

Perenggan 17(2)(c) Akta 611 memperuntukkan bahawa seseorang yang terlibat dalam kes penderaaan seksual terhadap Kanak-Kanak adalah apabila dia mengambil bahagian sama ada sebagai peserta atau pemerhati dalam apa-apa aktiviti yang bersifat seksual bagi maksud apa-apa bahan pornografi, rakaman, filem, pita, video atau persembahan yang bersifat pornografi, lucah atau eksploitasi seksual oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seksual orang itu atau orang lain.

Perlindungan

Seseorang Kanak-Kanak yang memerlukan perlindungan di bawah seksyen 17 Akta 611 berkaitan dengan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792), Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521).

Sokongan

Menurut Strobe, Jonas & Hewstone (2003), sokongan merupakan tingkah laku yang membantu hubungan Kanak-Kanak dengan individu lain dan masyarakat sekeliling.

11 bab 4

RUJUKAN

• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

Rujukan kepada Kanun/Akta/Panduan yang berikut:

(i) Kanun Keseksaan (Akta 574)

(ii) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593)

(iii) Akta Keterangan 1950 (Akta 56)

(iv) Akta Bantuan Guaman 1971 (Akta 26)

(v) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521)

(vi) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611)

(vii) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670)

(viii) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676)

(ix) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792)

(x) Panduan Untuk Memahami Proses Mahkamah Jenayah, Women’s Centre For Change

(xi) Panduan Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak, PERMATA

15 bab 5

TAJUK 1: PENERIMAAN LAPORAN DAN SIASATAN

• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

PENERIMAAN LAPORAN DAN SIASATAN

PENGENALAN

Garis Panduan bagi Penerimaan Laporan dan Siasatan ini adalah untuk memberikan panduan kepada agensi-agensi yang terlibat berkaitan dengan laporan dan siasatan kes kesalahan seksual terhadap Kanak-Kanak.

A. PENERIMAAN LAPORAN

(1) Laporan Polis

(a) Laporan polis mengenai kes kesalahan seksual terhadap Kanak-Kanak boleh dibuat di mana-mana balai polis/ pondok polis/hospital.

(b) Laporan polis boleh ditulis sendiri oleh pengadu dalam borang atau ditulis oleh polis.

(c) Laporan polis hendaklah dibaca semula kepada pengadu oleh pegawai polis yang menerima pengaduan dan disahkan betul oleh pengadu sebelum ditandatangani oleh pengadu. Pengadu perlu dimaklumkan mengenai nombor pengaduan.

(d) Pegawai Penyiasat/Investigating Officer (IO) atau Penolong Pegawai Penyiasat/Assistant Investigating Officer (AIO) akan dimaklumkan oleh pegawai polis yang menerima pengaduan tersebut.

19 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

(2) Menemu bual Pengadu

(a) Pegawai Penyiasat atau Penolong Pegawai Penyiasat menemu bual pengadu untuk mendapatkan maklumat tambahan selain yang dinyatakan dalam laporan polis.

(b) PDRM memaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sekiranya pengadu dan/atau mangsa memerlukan perlindungan.

(c) JKM hendaklah mengambil tindakan untuk memohon interim protection order (IPO) di Mahkamah (jika perlu).

(d) PDRM juga menyediakan khidmat kaunseling kepada pengadu/mangsa/saksi sebelum sesi temu bual dan semasa proses siasatan dibuat (sekiranya diperlukan). Khidmat Sokongan mangsa dan kaunseling diberikan oleh pegawai psikologi dan penolong pegawai psikologi atau kaunselor yang berdaftar dari Unit Sokongan Mangsa, Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11).

(e) PDRM memaklumkan pengadu/mangsa tentang perkhidmatan Pendamping Guaman (Legal Companion). Khidmat Pendamping Guaman diberikan oleh JBG kepada mangsa yang berumur di bawah 18 tahun pada masa perbicaraan.

(3) Klasifikasi Kesalahan

Klasifikasi laporan polis adalah mengikut seksyen kesalahan yang diperuntukkan di bawah undang-undang yang sedang berkuat kuasa di Malaysia.

20 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

(4) Rakaman Percakapan Pengadu/Mangsa/Saksi Melalui Video Di Pusat Temuduga Kanak-Kanak/Child Interview Centre (CIC)

(a) Pengadu/mangsa/saksi perlu ditemu bual dan dirakam percakapan untuk mendapatkan fakta tentang kejadian.

(b) Percakapan pengadu/mangsa/saksi akan diambil mengikut peruntukan undang-undang. Jika perlu, PDRM akan mendapatkan khidmat jurubahasa atau jurubahasa bahasa isyarat.

(c) Pernyataan pengadu/mangsa/saksi yang telah dirakamkan hendaklah dibacakan semula sebelum disahkan dan ditandatangani oleh pengadu/mangsa/saksi. Cap jari pengadu/mangsa/saksi juga boleh diambil jika tidak boleh menandatanganinya.

(d) Sekiranya pengadu/mangsa/saksi berumur 16 tahun dan ke bawah, keterangan temubual mereka akan dirakamkan melalui video rakaman di CIC (jika perlu).

B. PEMERIKSAAN KESIHATAN

(1) PDRM akan membawa mangsa ke hospital kerajaan untuk pemeriksaan dan rawatan oleh pegawai perubatan (jika perlu).

(2) Dalam keadaan tertentu, mangsa akan terus hadir ke hospital bersama dengan ibu/bapa/penjaga/guru/orang awam.

21 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

(3) Saringan di Jabatan Kecemasan Hospital

(a) Pegawai/kakitangan perubatan yang mengendalikan kes kesalahan seksual Kanak-Kanak perlu menghadiri kursus/seminar atau telah diberi pendedahan terhadap pengendalian dan pengurusan Suspected Child Abuse and Neglect (SCAN).

(i) Tidak kritikal

Kanak-Kanak ditempatkan di One Stop Crisis Centre (OSCC) bagi temu bual dan pemeriksaan oleh Pasukan SCAN dilakukan. Pegawai/kakitangan perubatan hendaklah membuat laporan kepada JKM dan polis (sekiranya laporan polis belum dibuat).

(ii) Kritikal/semi-kritikal

Mangsa dimasukkan ke zon kritikal untuk rawatan kecemasan. Mangsa juga dirujuk kepada Pasukan SCAN.

(b) Mangsa akan dimasukkan ke wad. Rawatan susulan oleh Pasukan SCAN dan kes konferens akan dijalankan. Selepas discaj, mangsa diberi temu janji susulan.

(4) Penyediaan Laporan Perubatan

(a) Pegawai Penyiasat atau Penolong Pegawai Penyiasat memohon laporan perubatan awal daripada hospital kerajaan pada hari yang sama mangsa dirujuk ke hospital.

22 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

(b) Hospital mesti menyediakan laporan perubatan awal pemeriksaan kesihatan pada hari yang sama mangsa dirujuk selepas selesai pemeriksaan ke atas mangsa.

(c) Pegawai Penyiasat atau Penolong Pegawai Penyiasat hendaklah memohon secara bertulis laporan perubatan penuh (lengkap) pada kadar yang segera.

(d) Hospital hendaklah menyediakan laporan perubatan penuh (lengkap) pada kadar yang segera.

(e) Pegawai Penyiasat atau Penolong Pegawai Penyiasat hendaklah pada kadar yang segera mengambil laporan perubatan penuh (lengkap) daripada pihak hospital.

(f) Bagi kes tertentu, PDRM akan memohon secara bertulis laporan perubatan lanjutan. Contohnya, laporan psikologi dan laporan psikiatri.

C. SIASATAN

(1) Siasatan Di Tempat Kejadian

(a) Pegawai Penyiasat atau Penolong Pegawai Penyiasat hadir ke tempat kejadian untuk merakam gambar tempat kejadian serta pengumpulan bahan bukti.

(b) Pegawai Penyiasat atau Penolong Pegawai Penyiasat menghantar sampel/bahan bukti yang ditemui ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa.

(c) Pegawai Penyiasat atau Penolong Pegawai Penyiasat memohon secara bertulis untuk mendapatkan laporan kimia pada kadar yang segera setelah sampel/bahan bukti dihantar kepada Jabatan Kimia Malaysia.

23 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

(d) Jabatan Kimia Malaysia hendaklah menyediakan laporan kimia pada kadar yang segera setelah sampel/bahan bukti diterima daripada Pegawai Penyiasat atau Penolong Pegawai Penyiasat.

(2) Tangkapan Orang Yang Disyaki (OYDS)

(a) PDRM mengenal pasti profil OYDS dan membuat tangkapan. Sebab-sebab tangkapan akan diterangkan kepada OYDS sebagaimana tatacara di bawah Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) dan pemeriksaan ke atas badan OYDS akan dibuat. Sekiranya tangkapan dibuat di dalam premis, pemeriksaan juga hendaklah dilakukan di dalam premis berkenaan.

(b) PDRM hendaklah membuat laporan polis ke atas tangkapan yang dibuat.

(3) Merakam percakapan orang yang disyaki di bawah seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah

PDRM hendaklah merakam percakapan OYDS. Rakaman percakapan hendalah mematuhi tatacara di bawah Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593).

(4) Permohonan reman di bawah seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593)

(a) Permohonan reman perlu dibuat sekiranya siasatan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam.

(b) Jika permohonan reman dibenarkan, OYDS ditahan untuk siasatan lanjut oleh polis.

24 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

(c) Jika permohonan reman ditolak, OYDS dibebaskan dengan jamin polis.

(5) Kawad cam

(a) Kawad cam dijalankan sekiranya perlu. Mangsa akan di bawa ke Balai Polis untuk menjalankan kawad cam.

(b) Rakaman percakapan lanjut akan diambil selepas kawad cam.

D. PENILAIAN KETERANGAN DAN RUJUKAN KEPADA TIMBALAN PENDAKWA RAYA UNTUK MENILAI KETERANGAN

(1) Pegawai Penyiasat atau Penolong Pegawai Penyiasat mengumpul dan menilai segala keterangan sebelum merujuk Kertas Siasatan/ Investigation Paper (IP) kepada Timbalan Pendakwa Raya.

(2) IP yang lengkap dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan nasihat dan pandangan sama ada pertuduhan boleh dibuat.

(3) Jika Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan siasatan lanjut dibuat, Pegawai Penyiasat atau Penolong Pegawai Penyiasat hendaklah meneruskan siasatan. Setelah itu, IP hendaklah dirujuk semula kepada Timbalan Pendakwa Raya.

(4) Sekiranya keterangan mencukupi, pertuduhan akan dibuat di Mahkamah yang berkenaan oleh Timbalan Pendakwa Raya.

25 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

CARTA ALIR TAJUK 1: PENERIMAAN LAPORAN DAN SIASATAN

Pengadu / Mangsa

Pengadu / Mangsa hadir ke balai polis / pondok polis Laporan Perubatan awal

Ada Laporan Polis Tiada Laporan Polis Laporan polis

Pegawai Penyiasat (IO) atau Penolong Pegawai Penyiasat One Stop Rawatan (AIO) akan temu bual pengadu / Crisis Centre kecemasan mangsa / saksi (OSCC) / Pemeriksaan oleh Pemeriksaan SCAN IO / AIO maklumkan kepada oleh SCAN Jabatan Kebajikan Masyarakat, sekiranya perlu untuk mendapatkan Interim Protection Tidak Kritikal / Order (IPO) di Mahkamah Semi Kritikal Kritikal Pengadu / Mangsa

Saringan Tiada Pemeriksaan kesihatan / Laporan Perubatan Awal

Mangsa tiba di hospital

Ada

Lawatan ke tempat kejadian Tangkapan saspek / (pengumpulan bahan bukti dan Rakaman / Temubual penemuan saksi) saspek

Kenal pasti butiran saspek

Penyediaan Laporan Perubatan Penuh Tangkapan saspek / Rakaman / Temu bual saspek

Permohonan reman di Mahkamah untuk siasatan lanjut

Petunjuk: Kawad cam

Penerimaan Laporan

Penilaian keterangan dan Saspek dibebaskan / rujukan kepada Timbalan siasatan lanjut Pemeriksaan Pendakwa Raya Kesihatan

Siasatan Pertuduhan di Mahkamah

26 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

SOALAN LAZIM MENGENAI TAJUK 1

1. Apakah yang dimaksudkan dengan penderaan seksual terhadap Kanak-Kanak?

Perenggan 17(2)(c) Akta 611 memperuntukkan bahawa seseorang yang terlibat dalam kes penderaaan seksual terhadap Kanak-Kanak adalah apabila dia mengambil bahagian sama ada sebagai peserta atau pemerhati dalam apa-apa aktiviti yang bersifat dan/atau berunsur seksual bagi maksud apa-apa bahan pornografi, rakaman, filem, pita, video atau persembahan yang bersifat dan/atau berunsur pornografi, lucah atau eksploitasi seksual oleh mana-mana orang untuk memuaskan nafsu seksual orang itu atau orang lain.

2. Apakah yang perlu dilakukan apabila kesalahan seksual telah berlaku terhadap mana-mana Kanak-Kanak?

Sesiapa yang mendapati suatu kesalahan seksual telah berlaku terhadap mana-mana Kanak-Kanak, orang itu hendaklah membuat laporan polis dengan menyatakan butir-butir mangsa dan kejadian yang telah berlaku di mana-mana Balai Polis/Pondok Polis/Hospital Kerajaan yang terdekat.

3. Apakah yang akan berlaku apabila laporan polis mengenai kesalahan seksual terhadap Kanak-Kanak dibuat?

Setelah laporan polis dibuat, Polis akan memulakan siasatan dengan serta-merta.

27 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

4. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh Polis selepas menerima laporan polis mengenai kesalahan seksual terhadap Kanak-Kanak?

Pegawai Polis yang menerima laporan polis tersebut akan memaklumkan kepada Pegawai Penyiasat atau Penolong Pegawai Penyiasat dengan kadar segera. Pegawai Penyiasat atau Penolong Pegawai Penyiasat akan membuat siasatan terhadap laporan polis yang diterima itu.

5. Adakah pengadu akan dimaklumkan tentang perkembangan siasatan kes berkaitan laporan polis yang telah dibuat?

Ya. Pengadu akan dimaklumkan mengenai perkembangan siasatan oleh Pegawai Penyiasat atau Penolong Pegawai Penyiasat kes tersebut.

6. Adakah Orang Yang Disyaki (OYDS) akan ditahan oleh pihak polis?

Ya. Sekiranya terdapat bukti atau alasan yang munasabah untuk tujuan siasatan, OYDS akan ditahan reman untuk membantu siasatan.

7. Apakah yang berlaku setelah siasatan dijalankan oleh polis?

Polis akan merujuk Kertas Siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan bagi menuduh OYDS tersebut sekiranya terdapat bukti yang mencukupi.

8. Adakah mangsa perlu hadir di mana-mana klinik atau hospital untuk rawatan?

Polis akan merujuk mangsa ke Hospital Kerajaan bagi tujuan pemeriksaan perubatan.

28 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

9. Bolehkah mangsa dibawa ke hospital terlebih dahulu tanpa membuat laporan polis jika pengadu mengesyaki kesalahan seksual terhadap Kanak-Kanak telah berlaku?

Boleh. Mangsa boleh dibawa ke Hospital Kerajaan tanpa membuat laporan polis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, Pegawai Perubatan hendaklah membuat laporan polis jika beliau mengesyaki atau terdapat bukti menunjukkan Kanak-Kanak tersebut adalah mangsa kesalahan seksual. Laporan polis juga boleh dibuat di Pondok Polis di hospital berkenaan sekiranya ada.

10. Apakah proses yang akan dilalui oleh mangsa setelah dirujuk kepada Hospital Kerajaan?

Mangsa akan dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital dan tahap kestabilan mangsa akan dikenal pasti. Sekiranya mangsa berada pada tahap kritikal/semi kritikal, rawatan kecemasan akan diberikan dan mangsa akan dirujuk kepada Pasukan Suspected Child Abuse & Neglect (“SCAN”).

Mangsa yang berada di dalam keadaan stabil akan terus ditempatkan di One Stop Crisis Centre (OSCC) bagi pemeriksaan lanjut oleh Pasukan SCAN.

11. Apakah yang dimaksudkan dengan Pasukan OSCC?

Pasukan OSCC ialah Unit Khas di Jabatan Kecemasan Hospital yang berfungsi sebagai pusat untuk memberikan perkhidmatan menyeluruh kepada mangsa penderaan Kanak-Kanak termasuk Kanak-Kanak mangsa penderaan seksual. OSCC juga ditubuhkan khas untuk memberi ruang privasi kepada mangsa penderaan seksual Kanak- Kanak semasa proses temu bual dan pemeriksaan fizikal.

29 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

12. Apakah yang dimaksudkan dengan Pasukan SCAN?

Pasukan SCAN ialah pasukan profesional yang terdiri daripada doktor dan pakar daripada pelbagai disiplin yang memainkan peranan untuk membuat pemeriksaan dan penilaian ke atas Kanak-Kanak mangsa penderaan termasuk Kanak-Kanak mangsa penderaan seksual. Pasukan SCAN juga dipertanggungjawabkan untuk memastikan koordinasi di antara pihak Hospital dan Agensi Kerajaan serta Bukan Kerajaan lain untuk memastikan mangsa kesalahan seksual Kanak- Kanak mendapat rawatan dan perlindungan yang sewajarnya.

Pasukan SCAN diketuai oleh pakar Kanak-Kanak (Pediatrik) dan ahli perubatan lain terdiri daripada pakar dan doktor daripada Jabatan Kecemasan, Jabatan Pediatrik, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Jabatan Surgeri, Jabatan Psikiatri dan Jabatan Forensik. Ahli Pasukan SCAN lain juga terdiri daripada Pegawai Kaunseling, Pakar Psikologi dan Pegawai dari Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Pegawai Pelindung Kanak-Kanak dan Pegawai Polis.

13. Apakah tindakan yang boleh diambil sekiranya mangsa memerlukan perlindungan?

Polis atau Hospital akan menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menguruskan dan mengambil tindakan/langkah yang sewajarnya ke atas mangsa kesalahan seksual Kanak-Kanak yang memerlukan perlindungan.

14. Adakah pihak Polis menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa kesalahan seksual Kanak-Kanak?

Ya. Semasa dalam proses siasatan, mangsa kesalahan seksual Kanak-Kanak akan diberi khidmat sokongan emosi dan sesi kaunseling (sekiranya diperlukan) oleh Pegawai Khidmat Sokongan

30 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

yang ditempatkan di setiap kontinjen dan juga Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur.

15. Apakah perkhidmatan Pendamping Guaman?

Perkhidmatan Pendamping Guaman ialah perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Bantuan Guaman menurut Akta Bantuan Guaman 1971 (Akta 26).

Antara fungsi Pendamping Guaman yang dinyatakan di bawah seksyen 29I(1) adalah untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan berhubung dengan pertuduhan terhadap mana-mana tertuduh dalam mana-mana prosiding jenayah di mana orang yang dibantu merupakan mangsa.

31 bab 6

TAJUK 2: PERBICARAAN

• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

PERBICARAAN

PENGENALAN

Garis Panduan bagi Perbicaraan bertujuan untuk menerangkan aliran proses perbicaraan kes di Mahkamah yang merangkumi keseluruhan proses mulai kes didaftar di Mahkamah sehingga kes tersebut selesai.

Terdapat dua kaedah utama bagi penyelesaian kes iaitu sama ada melalui perbicaraan penuh (full trial) dengan memanggil saksi atau perbicaraan ringkas (summary trial). Perbicaraan ringkas (summary trial) ialah proses perbicaraan apabila Orang Kena Tuduh (OKT) membuat pengakuan salah.

Garis Panduan ini juga menyentuh berkenaan dengan ciri-ciri khas dan berbeza dalam pengendalian saksi Kanak-Kanak bagi kes jenayah seksual di Mahkamah semasa perbicaraan.

A. SEBUTAN

Tarikh sebutan pertama ialah tarikh kes tersebut didaftarkan di Mahkamah. Pada tarikh sebutan pertama, Hakim Mahkamah Sesyen hendaklah memberikan arahan yang berikut:

(1) Jika Orang Kena Tuduh (OKT) mengaku salah setelah pertuduhan dibacakan dan diterangkan—

(a) Mahkamah hendaklah memastikan OKT memahami sifat dan akibat pengakuan salahnya;

(b) Fakta kes dibaca dan diterangkan kepada OKT;

(c) Barang kes dikemukakan dan ditandakan sebagai ekshibit;

35 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

(d) Mahkamah menerima—

(i) Laporan Sosial Pesalah Muda (jika OKT di bawah umur 21 tahun) yang disediakan oleh Pegawai Akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);

(ii) Pernyataan impak mangsa (victim impact statement);

(iii) Mendengar hujahan mitigasi oleh Peguam atau OKT sendiri;

(iv) Mendengar hujahan pemberatan hukuman oleh Timbalan Pendakwa Raya; dan

(v) Menerima rekod sabitan lampau OKT (jika ada);

(vi) Jatuh Hukum terhadap OKT mengikut undang-undang;

(e) Memberi perintah yang bersesuaian mengikut undang- undang terhadap pesalah muda/pesalah Kanak-Kanak;

(f) Membuat apa-apa perintah yang bersesuaian berkaitan dengan barang kes dan ekshibit yang telah dikemukakan di Mahkamah; dan

(g) Perintah tambahan oleh Mahkamah iaitu pampasan kewangan diberikan kepada mangsa Kanak-Kanak.

(2) Jika OKT tidak mengaku salah setelah pertuduhan dibacakan dan diterangkan—

(a) Mahkamah hendaklah mendengar permohonan jaminan oleh Peguam atau OKT sendiri;

36 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

(b) Mahkamah hendaklah menentukan sama ada jaminan wajar dibenarkan atau tidak berdasarkan prinsip jaminan;

(c) Jika jaminan tidak dibenarkan, OKT hendaklah ditahan reman di penjara atau di tempat tahanan Kanak-Kanak yang diwartakan;

(d) Jika jaminan dibenarkan, OKT adalah dibebaskan dengan jaminan beserta syarat-syarat yang diperintahkan Mahkamah;

(e) Seterusnya, Mahkamah hendaklah menetapkan tarikh pengurusan kes dalam masa 2 minggu dan untuk OKT melantik Peguam.

B. PENGURUSAN KES

(1) Pada tarikh pengurusan kes, Mahkamah hendaklah diberitahu tentang keperluan kehadiran—

(a) Pendamping Guaman (Legal Companion), Jabatan Bantuan Guaman;

(b) Pekerja Khidmat Saksi, Jabatan Kebajikan Masyarakat; dan

(c) Perantara (intermediary) di bawah seksyen 8 Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676).

37 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

(2) Hakim Mahkamah Sesyen hendaklah memberikan arahan yang berikut:

(a) Saksi Kanak-Kanak telah diperkenalkan dengan suasana Mahkamah (familiarization with the environment of the Court).

(b) Arahan Mahkamah mengenai pematuhan seksyen 10 Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676) yang memperuntukkan bahawa pakaian rasmi pihak-pihak dalam Mahkamah boleh diketepikan.

(c) Pelantikan perantara (selain Jurubahasa Mahkamah) dengan kebenaran Mahkamah di bawah seksyen 8 Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676).

(d) Jika OKT tidak diwakili Peguam, OKT tidak boleh membuat pemeriksaan balas secara langsung terhadap saksi. Selaras dengan seksyen 8 Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676), apa-apa soalan terhadap saksi Kanak- Kanak hendaklah melalui perantara.

(e) Apa-apa soalan yang berkaitan dengan anggota badan tidak boleh ditunjuk secara terus ke anggota badan mangsa Kanak-Kanak. Penggunaan patung sebagai rujukan kepada anggota tubuh badan hendaklah digunakan.

(f) Hakim Mahkamah Sesyen memberikan arahan mengenai aturan dan bilangan saksi.

(g) Dokumen atau barang kes: Pematuhan seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) dan seksyen 29I Akta Bantuan Guaman 1971(Akta 26). Dokumen hendaklah

38 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

dibekalkan kepada OKT dan Pendamping Guaman (Legal Companion).

(h) Garis Masa: Kes hendaklah dilupuskan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pendaftaran.

C. TATACARA MAHKAMAH JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK

(1) Perbicaraan penuh hendaklah dijalankan mengikut panduan yang berikut:

(a) Larangan laporan dan penyiaran media.

(b) Tiada ujian kompetensi perlu dijalankan bagi mangsa/saksi Kanak-Kanak kecuali Mahkamah berpendapat sebaliknya [seksyen 17 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dibaca bersama Jadual].

(c) Keterangan saksi Kanak-Kanak−

(i) Semasa prosiding, saksi Kanak-Kanak hendaklah diasingkan atau ditempatkan secara berasingan daripada OKT;

(ii) Keterangan hendaklah dibuat secara video link. Timbalan Pendakwa Raya, Peguam (jika OKT diwakili), OKT, Pendamping Guaman (Legal Companion), Jurubahasa Mahkamah atau Perantara (Intermediary) perlu berada di bilik prosiding yang ditetapkan sebelum apa-apa keterangan direkodkan secara video-link;

39 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

(iii) Saksi Kanak-Kanak hendaklah ditempatkan di Bilik Saksi Kanak-Kanak dan ditemani oleh Perantara di bawah seksyen 8 Akta Keterangan Saksi Kanak- Kanak 2007 (Akta 676) dan Pekerja Khidmat Saksi (JKM) atau mana-mana orang yang berkaitan; dan

(iv) Apa-apa soalan yang ditujukan kepada saksi Kanak- Kanak bolehlah melalui Jurubahasa Mahkamah atau Perantara.

(v) Saksi Kanak-Kanak hendaklah memberi keterangan melalui video-link dalam keadaan di mana dia tidak boleh melihat OKT. Pandangan (view) Kanak-Kanak sepanjang masa memberi keterangan adalah terhad kepada Hakim, Timbalan Pendakwa Raya dan Peguam. Sekiranya pengecaman terhadap OKT perlu dibuat, Hakim akan mengalihkan kamera supaya pandangan Kanak-Kanak kepada OKT bagi tujuan tersebut sahaja.

(2) Terdapat 3 peringkat dalam perbicaraan penuh iaitu Pemeriksaan Utama, Pemeriksaan Balas dan Pemeriksaan Semula.

(a) Pemeriksaan Utama:

(i) Pemeriksaan Utama terhad pada batasan Akta Keterangan 1950 (Akta 56) dan Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676).

(ii) Pendamping Guaman boleh bertanyakan soalan, jika perlu dengan kebenaran Mahkamah.

(iii) Keterangan video-link semasa pemeriksaan utama hendaklah diterima masuk (be made admissible).

40 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

(iv) Dalam hal keadaan mangsa Kanak-Kanak tidak dibawa ke Mahkamah sebagai saksi, keterangan CIC Kanak-Kanak tersebut dikemukakan kepada Mahkamah.

(b) Pemeriksaan Balas:

(i) Pemeriksaan Balas terhad pada batasan Akta Keterangan 1950 (Akta 56) dan Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676).

(ii) Rujukan juga boleh dibuat kepada Tool Kit by Bar Council Malaysia (booklet/video) sebagai panduan.

(iii) Timbalan Pendakwa Raya hendaklah membantah kepada mana-mana soalan yang mendatangkan kemudaratan kepada saksi Kanak-Kanak. Pendamping Guaman juga boleh untuk membangkitkan bantahan kepada mana-mana soalan yang mendatangkan kemudaratan kepada saksi Kanak-Kanak dengan kebenaran Mahkamah.

(c) Pemeriksaan Semula:

Pemeriksaan Semula terhad pada batasan Akta Keterangan 1950 (Akta 56) dan Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676).

D. PENGHUKUMAN (SENTENCING)

Dalam membuat penghukuman, Hakim hendaklah −

(a) Mendengar dan mempertimbangkan mengenai pernyataan impak mangsa (victim impact statement) di bawah seksyen

41 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

183A Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593). Pernyataan impak mangsa boleh sama ada dibuat secara lisan atau bertulis.

(b) Pendamping Guaman dibenarkan untuk bercakap bagi pihak mangsa Kanak-Kanak atau membacakan pernyataan impak mangsa yang telah disediakan oleh mangsa. Pendamping Guaman juga boleh membantu dalam penyediaan pernyataan impak mangsa.

E. PASCA BICARA

Selepas selesai perbicaraan, tindakan yang berikut perlu diambil:

(a) Mempertimbangkan mengenai Laporan daripada Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk menentukan tempat penempatan yang sesuai dan lain-lain bagi mangsa Kanak-Kanak itu. Tujuan Laporan ini adalah untuk membantu Mahkamah membuat perintah yang sesuai demi kebajikan mangsa Kanak-Kanak.

(b) Perintah pelupusan barang kes: Barang kes hendaklah dipulangkan kepada pihak pendakwaan bagi tujuan simpan selamat atau pelupusan.

(c) Mangsa Kanak-Kanak hendaklah dimaklumkan mengenai keputusan Mahkamah. Pemakluman ini boleh dibuat oleh Mahkamah atau Polis atau Jabatan Bantuan Guaman atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.

42 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

CARTA ALIR TAJUK 2: PERBICARAAN

Daftar Kes

Sebutan pertama dan pertuduhan dibacakan

Ya Mengaku Pengakuan salah salah

Tidak

OKT minta dibicarakan dan jaminan ditawarkan

Pengurusan kes

Kanak-Kanak ditempatkan di bilik saksi Kanak-Kanak

Kes dibicarakan

Kanak-Kanak ditemani Pekerja Saksi Kanak- Kanak-Kanak hadir memberi keterangan Kanak

Melalui perantara/jurubahasa, soalah dikemukakan dan Kanak-Kanak memberi OKT didapati tidak bersalah keterangan melalui video-link Keputusan

OKT didapati bersalah

Hujah pemberatan (aggravating) dan penyataan mangsa / victim impact OKT dibebaskan statement di bawah seksyen 183A KK dikemukakan

Laporan sosial akan dikemukakan bagi OKT di bawah umur 21 tahun

Hujah peringanan (mitigation) dikemukakan

Hukuman/Perintah

Perintah pelupusan barang kes

43 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

SOALAN LAZIM MENGENAI TAJUK 2

1. Siapakah Orang Yang Disyaki (OYDS) dan Orang Kena Tuduh (OKT)?

OYDS ialah orang yang disyaki telah melakukan suatu kesalahan jenayah terhadap mangsa. Proses siasatan akan dijalankan oleh PDRM terhadap OYDS.

Apabila Kertas Siasatan dirujuk oleh PDRM kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dan keputusan TPR ialah untuk menuduh/ mendakwa OYDS di Mahkamah maka sebutan OYDS bertukar kepada Orang Kena Tuduh (OKT).

2. Siapakah yang boleh duduk bersama mangsa/saksi Kanak- Kanak semasa memberi keterangan di dalam Bilik Saksi Kanak-Kanak?

Seseorang yang berkepentingan, misalnya ahli keluarga atau rakan keluarga atau guru boleh duduk bersama mangsa/saksi Kanak-Kanak di dalam Bilik Saksi Kanak-Kanak.

3. Bagaimanakah mangsa Kanak-Kanak atau keluarganya atau orang berkepentingan dimaklumkan tentang tarikh sebutan atau tarikh bicara?

(a) Pegawai Penyiasat atau Penolong Pegawai Penyiasat akan memaklumkan mangsa Kanak-Kanak atau keluarganya atau orang berkepentingan tentang tarikh sebutan atau tarikh bicara; atau

(b) Mangsa Kanak-Kanak atau keluarganya atau orang berkepentingan juga boleh menghubungi Mahkamah untuk mengetahui tentang tarikh sebutan atau tarikh bicara.

44 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

4. Bolehkah mangsa Kanak-Kanak atau keluarganya mendapatkan khidmat Peguam atau khidmat bantuan guaman?

Boleh. Pelantikan Peguam boleh dibuat oleh keluarga mangsa Kanak-Kanak. Mangsa Kanak-Kanak atau keluarganya juga boleh mendapatkan khidmat guaman daripada Jabatan Bantuan Guaman.

5. Apakah kod etika berpakaian mangsa/saksi Kanak-Kanak yang perlu hadir ke Mahkamah?

Pakaian sopan, sederhana dan bersesuaian. Mangsa/saksi Kanak- Kanak atau saksi lain atau anggota keluarga yang hadir ke Mahkamah hendaklah mengelakkan daripada memakai seluar jeans, seluar pendek, baju tanpa lengan, skirt-mini, pakaian terlampau singkat atau menjolok mata dan selipar (sila rujuk kepada etika berpakaian di Mahkamah).

6. Berapa lamakah seseorang mangsa/saksi Kanak-Kanak perlu memberi keterangan? Adakah mangsa/saksi Kanak-Kanak dibenarkan untuk berhenti rehat?

(a) Tiada tempoh spesifik dapat ditentukan kerana prosiding pemeriksaan saksi bergantung kepada jumlah soalan yang ditanya oleh pihak pendakwaan dan pembelaan.

(b) Ya. Mangsa/saksi Kanak-Kanak dibenarkan untuk berhenti rehat tertakluk kepada keperluan dan budi bicara Mahkamah.

7. Sekiranya kes ditangguhkan, adakah mangsa Kanak-Kanak atau keluarganya atau orang berkepentingan dimaklumkan mengenai penangguhan kes.

(a) Ya. Jika kes ditangguhkan, Jurubahasa Mahkamah akan memaklumkan tarikh sebutan atau tarikh bicara akan datang.

45 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

(b) Mangsa Kanak-Kanak atau keluarganya atau orang berkepentingan juga boleh menghubungi pihak Mahkamah atau Pegawai Penyiasat/Penolong Pegawai Penyiasat untuk mengetahui tarikh sebutan atau tarikh bicara akan datang.

8. Adakah mangsa Kanak-Kanak atau keluarganya atau orang berkepentingan dimaklumkan tentang keputusan kes?

Ya. Keputusan Mahkamah akan dimaklumkan atau boleh diketahui melalui Pegawai Penyiasat/Penolong Pengawai Penyiasat. Keputusan kes juga boleh diketahui dengan cara menghubungi Mahkamah.

9. Adakah mangsa/saksi Kanak-Kanak akan berdepan atau bertembung dengan OKT semasa prosiding Mahkamah?

(a) Tidak. Semasa prosiding Mahkamah, mangsa/saksi Kanak- Kanak akan dilindungi daripada berdepan atau bertembung dengan OKT. Mahkamah boleh melarang OKT berkomunikasi dengan mangsa/saksi Kanak-Kanak.

(b) Mangsa Kanak-Kanak boleh memberitahu Mahkamah jika OKT mengganggunya.

10. Adakah mangsa Kanak-Kanak dimaklumkan sekiranya OKT dilepaskan dengan jaminan mahkamah?

Ya.

11. Bolehkah mangsa/saksi Kanak-Kanak dibawa ke Mahkamah dan diberikan penerangan tentang proses Mahkamah sebelum perbicaraan bermula (familiarization of the environment of the Court)?

46 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

Boleh. Mangsa/saksi Kanak-Kanak boleh mendapatkan khidmat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk melawat Mahkamah sebelum perbicaraan bermula. JKM juga boleh membantu memberikan penerangan mengenai proses Mahkamah kepada mangsa/saksi Kanak-Kanak.

12. Berapakah bilangan ahli keluarga mangsa/saksi Kanak-Kanak yang boleh menghadiri prosiding Mahkamah?

Tiada bilangan spesifik ditetapkan. Menurut peruntukan undang-undang, prosiding perbicaraan yang melibatkan mangsa/saksi Kanak-Kanak hendaklah dijalankan secara tertutup (in camera). Secara alternatif, ahli keluarga boleh menunggu di luar Mahkamah Terbuka. Walau bagaimanapun, seorang ahli keluarga dibenarkan untuk menemani mangsa/saksi Kanak-kanak di Bilik Menunggu Saksi Kanak-Kanak semasa prosiding Mahkamah berlangsung.

47

bab 7

TAJUK 3: PENGENDALIAN MANGSA/SAKSI KANAK-KANAK

• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

PENGENDALIAN MANGSA/ SAKSI KANAK-KANAK

PENGENALAN

Garis Panduan ini membincangkan mengenai pengendalian mangsa/ saksi Kanak-Kanak dalam perbicaraan kes kesalahan seksual terhadap Kanak-Kanak.

Mangsa/saksi Kanak-Kanak dalam kes kesalahan seksual akan berhadapan dengan pelbagai pihak seperti Mahkamah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Timbalan Pendakwa Raya, Peguam, Jabatan Bantuan Guaman, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Badan Bukan Kerajaan dll. Selain itu, mangsa/saksi Kanak-Kanak akan berhadapan dengan pelaku kesalahan terhadapnya.

A. PRA PERBICARAAN

(1) Dalam tempoh 2 minggu sebelum perbicaraan bermula, Timbalan Pendakwa Raya hendaklah membuat perjumpaan dengan saksi/ mangsa Kanak-Kanak bagi tujuan membina hubungan (rapport) dan memberi taklimat pra perbicaraan. Perjumpaan ini juga melibatkan Pendamping Guaman atau Pekerja Khidmat Saksi atau mana-mana pihak yang difikirkan sesuai, sekiranya telah dilantik bagi pihak mangsa/saksi Kanak-Kanak tersebut.

(2) Semasa perjumpaan tersebut, perkara yang perlu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya /Pendamping Guaman/Pekerja Khidmat Saksi adalah—

(a) hak undang-undang mangsa/saksi Kanak-Kanak;

(b) proses perbicaraan (pemeriksaan utama, pemeriksaan balas, pemeriksaan semula);

51 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

(c) peranan pihak yang terlibat dalam setiap peringkat perbicaraan; dan

(d) soalan yang mungkin dikemukakan semasa perbicaraan dan sebab soalan tersebut dikemukakan.

(3) Sebagai tambahan kepada perkara di atas, Timbalan Pendakwa Raya/Pendamping Guaman/Pekerja Khidmat Saksi hendaklah mengenal pasti apa-apa jua keperluan khusus bagi mangsa/ saksi Kanak-Kanak dan menyediakan keperluan khusus tersebut semasa perbicaraan, contohnya keperluan bagi Orang Kurang Upaya (OKU), jurubahasa dan sebagainya.

(4) Seboleh mungkin, Timbalan Pendakwa Raya yang mengadakan perjumpaan tersebut hendaklah Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan kes tersebut supaya mangsa/saksi Kanak-Kanak selesa dengan Timbalan Pendakwa Raya semasa perbicaraan dijalankan.

(5) Mangsa/saksi Kanak-Kanak hendaklah dibenarkan untuk memilih seorang orang dewasa untuk menemani mangsa/saksi Kanak- Kanak semasa memberikan keterangan dalam mana-mana peringkat prosiding di Mahkamah.

(6) Sebelum perbicaraan dimulakan, Timbalan Pendakwa Raya boleh memohon kepada Mahkamah untuk perintah menghalang sesiapa sahaja daripada menerbitkan nama, alamat atau gambar bagi mana-mana mangsa/saksi yang terlibat dalam kes tersebut, atau menerbitkan mana-mana pernyataan atau maklumat yang boleh membawa kepada pengenalpastian Kanak-Kanak selaras dengan seksyen 14 Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676).

52 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

(7) Penyerahan sepina kepada mangsa/saksi Kanak-Kanak yang ditempatkan di Tempat Selamat/Perlindungan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) boleh dilakukan dengan menyerahkan sepina tersebut kepada orang yang menjaga Tempat Selamat/Perlindungan tersebut.

(8) Dalam keadaan mangsa/saksi Kanak-Kanak ditempatkan di bawah perlindungan JKM, JKM bertanggungjawab untuk memastikan kehadiran dan mengiringi mangsa/saksi Kanak- Kanak tersebut ke Mahkamah.

(9) Dalam hal keadaan mangsa/saksi Kanak-Kanak yang tinggal bersama keluarga memerlukan perkhidmatan sokongan saksi, Timbalan Pendakwa Raya hendaklah membuat permohonan kepada JKM dalam tempoh sekurang-kurangnya 7 hari untuk membawa dan mengiringi mangsa/saksi Kanak-Kanak tersebut ke Mahkamah.

B. SEMASA PERBICARAAN

Hakim Mahkamah Sesyen, Timbalan Pendakwa Raya dan Peguam hendaklah memastikan kebajikan dan kesejahteraan mangsa/saksi Kanak-Kanak menjadi kepentingan utama (for the best interest of the child).

Perkara yang berikut hendaklah diberi perhatian:

(a) Mahkamah hendaklah mengambil kira umur dan keselesaan mangsa/saksi Kanak-Kanak tersebut dalam menetapkan masa mangsa/saksi Kanak-Kanak untuk memberi keterangan;

(b) Mahkamah hendaklah memberikan waktu rehat yang munasabah untuk keselesaan mangsa/saksi Kanak-Kanak;

53 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

(c) Semua pihak hendaklah memastikan soalan yang dikemukakan mudah difahami dan bersesuaian dengan umur, tahap kematangan dan keupayaan mangsa/saksi Kanak-Kanak;

(d) Semua pihak hendaklah memastikan bahawa soalan yang agresif, menekan dan mengelirukan tidak diajukan kepada mangsa/saksi Kanak-Kanak; dan

(e) Semua pihak hendaklah memastikan kebajikan dan kesejahteraan mangsa/saksi Kanak-Kanak dilindungi pada setiap masa.

C. PERANAN TIMBALAN PENDAKWA RAYA

Seseorang Timbalan Pendakwa Raya perlu melaksanakan peranan yang berikut:

(a) Mengadakan sesi perjumpaan dengan mangsa/saksi Kanak- Kanak dengan bantuan dan kehadiran ibu bapa, penjaga atau pegawai kebajikan masyarakat;

(b) Membuat persediaan dengan Mahkamah untuk menjalankan perbicaraan dalam masa sehari atau perbicaraan secara berturut- turut untuk mengurangkan masa mangsa/saksi Kanak-Kanak tersebut berada di Mahkamah;

(c) Memastikan mangsa/saksi Kanak-Kanak dan saksi lain bersedia sebelum memberi keterangan di Mahkamah;

(d) Menentukan aturan saksi mengikut keperluan terbaik untuk membantu dan memudahkan keterangan mangsa/saksi Kanak- Kanak. Sekiranya Kanak-Kanak mengalami post-traumatic stress disorder (PTSD), saksi lain hendaklah dipanggil terlebih dahulu sehingga mangsa/saksi Kanak-Kanak tersebut bersedia untuk memberi keterangan;

54 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

(e) Sekiranya mangsa/saksi Kanak-Kanak mempunyai masalah pendengaran atau kelainan upaya lain, Timbalan Pendakwa Raya hendaklah memohon untuk melantik seorang pakar bahasa isyarat atau ahli profesional lain (contohnya seperti guru yang mengendalikan Kanak-Kanak dengan keperluan khas) yang boleh membantu mangsa/saksi Kanak-Kanak tersebut berkomunikasi secara efektif dengan Mahkamah;

(f) Sekiranya mangsa/saksi Kanak-Kanak mempunyai masalah lambat perkembangan (developmental delay) dan dengan itu menjejaskan keupayaannya untuk memberikan keterangan secara efektif, Timbalan Pendakwa Raya hendaklah mengemukakan keterangan seorang pakar perubatan untuk menerangkan kepada Mahkamah alasan mengapa mangsa/saksi Kanak-Kanak tersebut tidak boleh memberi keterangan dengan baik;

(g) Selepas mangsa/saksi Kanak-Kanak selesai memberi keterangan, Timbalan Pendakwa Raya hendaklah menerangkan kepadanya apa yang akan berlaku seterusnya dan memberi peluang kepadanya untuk bertanya apa-apa soalan mengenai proses Mahkamah;

(h) Sekiranya mangsa/saksi Kanak-Kanak tidak dapat hadir ke Mahkamah atas apa-apa alasan, pihak pendakwaan hendaklah meneruskan dengan mengemukakan saksi lain;

(i) Rakaman video mangsa/saksi Kanak-Kanak boleh dikemukakan sebagai gantian kepada pemeriksaan utama menurut Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676); dan

(j) Sekiranya Mahkamah mensabitkan OKT, Timbalan Pendakwa Raya hendaklah mengemukakan pernyataan impak mangsa (victim impact statement) dan/atau laporan pakar psikiatri untuk menerangkan keadaan mangsa/saksi Kanak-Kanak

55 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

tersebut dan kesan negatif kejadian kepada mangsa/saksi Kanak-Kanak tersebut supaya Mahkamah boleh menjatuhkan hukuman yang setimpal terhadap OKT dan apa-apa perintah yang bersesuaian.

D. PERANAN HAKIM MAHKAMAH SESYEN

Seseorang Hakim Mahkamah Sesyen perlu melaksanakan peranan yang berikut:

(a) Perbicaraan kes jenayah seksual terhadap Kanak-Kanak yang terlibat dengan kes jenayah seksual mesti diberi keutamaan berbanding dengan kes jenayah lain;

(b) Mahkamah hendaklah mengambil kira umur dan keselesaan mangsa/saksi Kanak-Kanak tersebut dalam menetapkan masa mangsa/saksi Kanak-Kanak memberi keterangan. Mangsa/saksi Kanak-Kanak perlu memberi keterangan dalam keadaan yang selesa dan masa menunggu yang lama mesti dielakkan; dan

(c) Mahkamah hendaklah memastikan soalan-soalan yang diajukan kepada mangsa/saksi Kanak-Kanak menggunakan bahasa yang mudah, sesuai dengan tahap perkembangan intelek mangsa/ saksi Kanak-Kanak, tidak agresif, menakutkan dan tiada elemen menyalahkan mangsa/saksi Kanak-Kanak.

E. PERANAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)

Seseorang Pegawai Kebajikan Masyarakat perlu melaksanakan peranan yang berikut:

(a) Sekiranya mangsa/saksi Kanak-Kanak bukan pemastautin atau menetap di tempat Mahkamah bersidang, tempat tinggal sementara mesti disediakan sehingga mangsa/saksi Kanak- Kanak selesai memberi keterangan di Mahkamah;

56 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

(b) Membantu mangsa/saksi Kanak-Kanak dan keluarga memahami proses Mahkamah; dan

(c) Memberikan khidmat kaunseling kepada mangsa/saksi Kanak- Kanak.

F. PERANAN PEGAWAI PENYIASAT/PENOLONG PEGAWAI PENYIASAT

Seseorang Pegawai Penyiasat/Penolong Pengawai Penyiasat perlu melaksanakan peranan yang berikut:

(a) Memaklumkan status dan perkembangan siasatan kepada mangsa/saksi Kanak-Kanak atau keluarga (pengadu);

(b) Menyampaikan sepina kepada saksi yang perlu menghadiri perbicaraan di Mahkamah; dan

(c) Memastikan kehadiran saksi di Mahkamah.

G. PERANAN PEGUAM

Seseorang Peguam perlu melaksanakan peranan yang berikut:

(a) Peguam yang mengendalikan pembelaan kes yang melibatkan mangsa/saksi Kanak-Kanak tidak boleh mengemukakan soalan yang agresif, menekan dan mengelirukan semasa perbicaraan;

(b) Peguam hendaklah menggunakan bahasa yang mudah difahami dan bersesuaian dengan umur, tahap kematangan dan keupayaan mangsa/saksi Kanak-Kanak; dan

57 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

(c) Peguam hendaklah memaklumkan kepada Mahkamah dan Timbalan Pendakwa Raya sekiranya bercadang untuk memanggil saksi Kanak-Kanak bagi tujuan pembelaan untuk membolehkan saksi Kanak-Kanak tersebut menggunakan Bilik Saksi Kanak- Kanak yang disediakan di Mahkamah.

H. PERANAN PENDAMPING GUAMAN

Seseorang Pendamping Guaman perlu melaksanakan peranan yang berikut:

(a) Mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan pertuduhan yang dipertuduhkan;

(b) Mendampingi mangsa/saksi Kanak-Kanak dalam perbicaraan;

(c) Bercakap bagi pihak mangsa Kanak-Kanak dengan kebenaran Mahkamah;

(d) Menasihati penjaga atau Pegawai Pelindung mangsa Kanak- Kanak daripada apa-apa tuntutan sivil yang boleh diambil; dan

(e) Membantu mangsa Kanak-Kanak memahami perkara yang perlu diambil perhatian sebelum perbicaraan.

58 •

• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia • • • • • 12

tarikh K K K K K K KANAK- dalam masa 3 bulan dari Kanak-Kanak hendaklah diselesaikan keterangan direkodkan. Pengambilan keterangan D. PENGAMBILAN KETERANGAN K K • • • • • • • • • atau atau sekurang- Kanak soalan JKM . ke apa penerbitan perbicaraan untuk anak K anak boleh atau K boleh membawa Mahkkamah . tarikh anak- anak LAIN - ke K anak- yang K bukan pemastautin K LAIN - anak anak- LAIN anak selesai memberikan K daripada K K Keterangan Saksi Kanak- anak tidak dapat hadir LAIN K K hendaklah menerangkan kepadanya hari anak anak- pernyataan Akta tempat Mahkamah bersidang. K anak- K di K TPR rakaman video anak- , K mana K anak- akan berlaku seterusnya dan memberi untuk menyediakan tempat tinggal sementara untuk memohon kepada Mahkamah perintah untuk memohon perintah kepada K yang kepada pengenalpastian gambar foto bagi mana- untuk menghalang penerbitan nama, alamat kurangnya 7 mengiringi sekiranya menetap TPR TPR JKM lan.] • • • ahkamah Sekiranya Selepas mengenai proses Mahkamah. peluang kepadanya untuk bertanya apa- apa 2007. keterangan, M dikemukakan sebagai gantian kepada pemeriksaan utama menurut bu • • 12

PERBICARAAN]

MANGSA/SAKSI • • • • • , . ) anak. K anak K . dewasa untuk merupakan anak- K anak- anak anak yang OKU. KANAK [SEMASA KANAK [SEMASA PERBICARAAN] K - K K anak KANAK orang ALIR TAJUK 3 : ALIR TAJUK K - KANAK anak- anak- lebih K K anak- bicara dan dilupuskan dalam tempoh ak. K an anak memberikan keterangan. atau PENETAPAN TARIKH PENETAPAN BICARA (best interest of the child the of interest (best K K KANAK- untuk KANAK CARTA PENGENDALIAN anak. umur dan keselesaan mangsa/saksi K A. anak- anak- seorang K kira K anak- anak tersebut. menekan dan mengelirukan tidak diajukan K K , MENGENAL PASTI MENGENAL PASTI KEPERLUAAN PERANAN HAKIM/TPR/PEGUAM PERANAN Pemilihan anak- semasa perbicaraan seperti penyediaan jurubahasa isyarat bagi menemani Menyediakan keperluan khusus Menentukan aturan saksi mengikut keperluan terbaik bagi membantu dan memudahkan keterangan Memastikan kebajikan Memastikan bahawa soalanberbentuk yang Memastikan soalandikemukakan yang Memberikan waktu rehatmunasabah yang untuk Mengambil kepada agresif keselesaan mangsa/saksi K kepentingan utama mudah difahami dan bersesuaian dengantahap umur kematangan dan keupayaan • • • • • • • • [Kes akan ditetapkan C. PENGENDALIAN MANGSA/SAKSI KANAKMANGSA/SAKSI C. PENGENDALIAN B. MANGSA/SAKSI PENGENDALIAN KANAK-KANAK [PRA sekurang- anak- -KANAK K TPR perbicaraan. anak tersebut; K Menunggu Saksi oleh anak- tarikh yang dipilih K ke Bilik dewasa Perbicaraan Tajuk 2 orang Alir pihak terlibat dalam perbicaraan;

PROSES PERBICARAAN PROSES soalan perbicaraan . perbicaraan oleh undang-undang bagi contoh hak anak dan Pedamping Guaman. PERJUMPAAN DENGAN KANAK DENGAN PERJUMPAAN Kanak-Kanak akan dibawa Rujuk Carta Memastikan makluman berikut disampaikan :- ditemani Guaman/Pekerja Khidmat Saksi K a) (b) proses (b) peranan (c) (d) Perjumpaanakan juga melibatkan Pendamping Perjumpan hendaklah ditetapkan kurangnya 2 minggu sebelum MANGSA/SAKSI • • • • • TAJUK 3 : TAJUK LIAN LIAN NAK

59 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI TAJUK 3

1. Apakah hak mangsa/saksi Kanak-Kanak sekiranya diganggu oleh OKT atau pihak ketiga yang membantu OKT di dalam Mahkamah?

Timbalan Pendakwa Raya atau Pendamping Guaman boleh memohon kepada Mahkamah untuk perintah melarang gangguan terhadap mangsa/saksi-saksi Kanak-Kanak atau mana-mana saksi lain.

2. Apakah yang perlu dibawa oleh mangsa/saksi Kanak-Kanak atau ibu bapa/penjaga yang perlu hadir ke Mahkamah bagi tujuan perbicaraan?

(a) Kad pengenalan;

(b) Sepina yang diterima;

(c) Salinan laporan polis/pernyataan mangsa/saksi Kanak-Kanak untuk mengingatkan semula keterangan yang berkaitan dengan kes;

(d) Nombor telefon/maklumat pihak yang berkaitan dengan kes, contohnya Pegawai Penyiasat/Penolong Pegawai Penyiasat dan Timbalan Pendakwa Raya;

(e) Buku nota dan alat tulis untuk mencatat nota penting; dan

(f) Apa-apa barang keperluan yang difikirkan sesuai untuk mangsa/ saksi Kanak-Kanak.

60 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

3. Apakah tuntutan yang boleh dibuat oleh mangsa/saksi Kanak- Kanak, ibu bapa atau penjaga apabila perlu hadir ke Mahkamah bagi tujuan perbicaraan?

Mangsa/saksi Kanak-Kanak, ibu bapa atau penjaga yang disepina boleh membuat tuntutan perjalanan bagi setiap tarikh hadir di Mahkamah. Tatacara untuk memohon tuntutan adalah seperti yang berikut:

(a) Setiap kali kes selesai didengar pada tarikh yang ditetapkan, saksi yang hadir hendaklah menunjukkan sepina yang diterima kepada Mahkamah;

(b) Polis Mahkamah perlu memastikan tarikh perbicaraan pada sepina adalah tepat supaya Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan kes dapat mengesahkan kehadiran mangsa/ saksi Kanak-Kanak, ibu bapa atau penjaga yang disepina;

(c) Sepina yang disahkan ini hendaklah dibawa ke kaunter tuntutan atau Pejabat Polis berkenaan bagi tujuan pembayaran; dan

(d) Jika sepina tidak diserahkan sebelum perbicaraan, permohonan untuk mendapatkan salinan sepina boleh dibuat kepada Pegawai Penyiasat/Penolong Pegawai Penyiasat atau Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan kes tersebut.

4. Adakah mangsa berpeluang untuk menyuarakan impak kejadian/ jenayah terhadap dirinya?

(a) Ya ada. Pada peringkat keputusan dan sebelum hukuman dijatuhkan oleh Mahkamah, mangsa Kanak-Kanak, boleh memilih sama ada ingin menceritakan sendiri kepada Mahkamah tentang impak yang berlaku terhadapnya, ataupun mangsa boleh

61 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

menyediakan suatu pernyataan bertulis yang diserahkan kepada pihak Polis atau Timbalan Pendakwa Raya atau Pendamping Guaman untuk dibacakan di hadapan Mahkamah.

(b) Pernyataan impak saksi ialah pernyataan oleh mangsa tentang penderitaan dan trauma yang dialaminya dan/atau keluarganya akibat daripada jenayah seksual yang berlaku terhadapnya.

5. Adakah orang awam boleh berada di dalam Mahkamah semasa perbicaraan?

(a) Pada umumnya, orang awam boleh berada di dalam Mahkamah Terbuka semasa perbicaraan. Seksyen 7 Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) menyatakan bahawa tempat di mana Mahkamah Jenayah bersidang bagi tujuan penyiasatan atau perbicaraan untuk apa-apa kesalahan disifatkan sebagai Mahkamah Terbuka di mana orang ramai boleh masuk.

(b) Menurut seksyen 3 Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676), Kanak-Kanak boleh memberi keterangan dengan cara mengadakan pengadang di antara Kanak-Kanak dan OKT, dengan rangkaian secara langsung atau dengan rakaman video.

(c) Mangsa/saksi Kanak-Kanak akan dilindungi supaya tidak berdepan atau bertembung dengan OKT.

(d) Mahkamah mempunyai budi bicara untuk mengeluarkan apa- apa perintah yang sesuai semasa menerima keterangan dari mangsa/saksi Kanak-Kanak seperti mengisytiharkan perbicaraan dibuat secara tertutup (in camera) dan mengehadkan penglibatan orang awam sepanjang sesi pemeriksaan melibatkan mangsa/ saksi Kanak-Kanak.

62 bab 8

TAJUK 4: KHIDMAT PERLINDUNGAN DAN SOKONGAN KEPADA MANGSA/SAKSI KANAK-KANAK

• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

KHIDMAT PERLINDUNGAN DAN SOKONGAN KEPADA MANGSA/SAKSI KANAK-KANAK

PENGENALAN

Khidmat perlindungan dan sokongan boleh diberikan oleh agensi yang berkaitan mengikut bidang kuasa masing-masing iaitu−

(i) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM);

(ii) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);

(iii) Polis Diraja Malaysia (PDRM); dan

(iv) Jabatan Bantuan Guaman (JBG).

Garis Panduan ini membincangkan mengenai jenis khidmat perlindungan dan sokongan yang akan diberikan oleh agensi tersebut.

A. JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

Peranan utama JKM ialah untuk menyelamat, melindungi, menjaga dan membantu dalam pemulihan mangsa Kanak-Kanak dan keluarganya.

Pegawai Kebajikan Masyarakat yang diberi kuasa sebagai Pelindung akan mematuhi tatacara perlindungan menurut peruntukan undang- undang.

65 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

Jenis khidmat perlindungan dan sokongan yang diberikan oleh JKM adalah seperti yang berikut:

(1) Perlindungan

Tatacara perlindungan mangsa Kanak-Kanak di bawah bidang kuasa JKM adalah—

(a) Apabila JKM menerima laporan/aduan mengenai kes kesalahan seksual terhadap Kanak-Kanak, pegawai JKM akan mengumpul dengan segera semua maklumat penting mengenai kesalahan tersebut seperti nama Kanak-Kanak, nama orang yang disyaki, maklumat ibu bapa Kanak- Kanak dan lokasi kejadian.

(b) Aduan boleh diterima melalui pelbagai pihak seperti makluman kepada JKM yang merangkumi Talian Kasih, Polis, aduan orang awam, tular di media sosial, aduan daripada pihak sekolah, NGO dan makluman daripada hospital.

(c) Pegawai Pelindung melawat tempat berlaku kesalahan tersebut seperti yang dilaporkan dalam aduan dengan kadar segera (sekiranya perlu). Sekiranya kejadian berlaku di rumah dan Pegawai Pelindung tidak dibenarkan masuk ke rumah untuk berjumpa Kanak-Kanak, Pegawai Pelindung boleh mendapatkan bantuan pihak polis.

(d) Sekiranya Kanak-Kanak telah dibawa ke hospital, Pegawai Pelindung mengadakan lawatan ke hospital. Bagi Kanak- Kanak yang belum dibawa ke hospital, Pegawai Pelindung membawa Kanak-Kanak ke hospital untuk menjalani pemeriksaan perubatan serta mendapatkan rawatan.

66 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

(e) Pada masa yang sama, Pegawai Pelindung turut membuat laporan polis untuk melaporkan kes kesalahan seksual tersebut sekiranya laporan polis belum dibuat oleh mana- mana ahli keluarga Kanak-Kanak atau pakar perubatan.

(f) Pegawai Pelindung kemudiannya menjalankan siasatan terhadap Kanak-Kanak dan keluarganya untuk menentukan perlindungan dan sokongan yang sesuai.

(g) Bagi kes yang melibatkan jenayah seksual pornografi Kanak-Kanak dan jenayah seksual pengantunan Kanak- Kanak (child grooming), kedua-dua jenayah ini hendaklah disiasat oleh polis dan polis hendaklah merujuk kepada Pegawai Pelindung mengenai kes tersebut.

(h) Sekiranya Kanak-Kanak itu menjadi mangsa penderaan seksual, Kanak-Kanak tersebut akan diselamatkan dan ditempatkan di suatu tempat selamat atau di bawah jagaan seseorang yang layak dan sesuai (sekiranya perlu).

(i) Pegawai Pelindung mendapatkan Perintah Sementara dari Mahkamah Majistret atau Mahkamah Bagi Kanak-Kanak (MBKK) di bawah subseksyen 25(2) Akta 611 dalam masa 24 jam untuk membolehkan Kanak-Kanak ditempatkan dalam persekitaran yang selamat. Kanak-Kanak juga turut hadir ke Mahkamah.

(j) Dalam tempoh sebulan dari tarikh Perintah Sementara tersebut dikeluarkan, Pegawai Pelindung hendaklah menjalankan siasatan ke atas Kanak-Kanak dan ahli keluarga Kanak-Kanak bagi penyediaan satu Laporan Pelindung. Laporan Pelindung dibentangkan dalam prosiding MBKK mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Mahkamah untuk mendapatkan Perintah Tetap untuk Kanak-Kanak.

67 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

(k) Selepas mendapat tarikh persidangan MBKK, Pegawai Pelindung hendaklah membawa semula Kanak-Kanak ke MBKK untuk Perintah Tetap penempatan Kanak-Kanak. Jika MBKK berpuas hati bahawa Kanak-Kanak memerlukan pemeliharaan dan perlindungan selepas mengambil kira bahawa meletakkan Kanak-Kanak dalam pemeliharaan berasaskan keluarga adalah yang terbaik, Perintah Tetap untuk Kanak-Kanak akan diberikan di bawah mana-mana peruntukan subseksyen 30(1) Akta 611.

(l) Dalam tempoh penempatan Kanak-Kanak di bawah Perintah Tetap yang diberikan oleh MBKK [subseksyen 30(1) Akta 611], Pegawai Pelindung akan membuat seliaan dan pemantauan dari semasa ke semasa.

(m) Bagi Kanak-Kanak yang tidak memerlukan suatu tempat selamat atau di bawah jagaan seseorang layak dan sesuai, Pegawai Pelindung akan membuat seliaan dan pemantauan dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

(2) Sokongan

Bagi pendekatan khidmat sokongan bagi mangsa Kanak-Kanak, JKM memberikan perkhidmatan yang berikut:

(a) Khidmat Sokongan Saksi (WSS);

(b) Intervensi Pemulihan;

(c) Sokongan Pembangunan/Perkembangan;

(d) Pengintegrasian Kanak-Kanak dalam masyarakat; dan

(e) Pendekatan Komuniti Menangani Jenayah Seksual Kanak- Kanak.

68 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

(a) Khidmat Sokongan Saksi (WSS) bagi Kanak-Kanak

(i) WSS diberikan di bawah Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676) dan disediakan oleh JKM.

(ii) WSS adalah percuma dan sulit serta dikendalikan oleh pekerja terlatih.

(iii) Objektif WSS ini adalah −

• Untuk menyediakan perkhidmatan bagi mengurangkan kebimbangan dan trauma; dan

• Sebagai saluran komunikasi antara pihak Polis, Timbalan Pendakwa Raya dan Kanak-Kanak.

(iv) Tugas dan tanggungjawab Pekerja Khidmat Saksi adalah−

• Tidak berbincang tentang kes tersebut atau memberi apa-apa nasihat undang-undang;

• Memberi maklumat tentang tatacara Mahkamah (jika perlu);

• Menawarkan sokongan emosi kepada saksi serta keluarga;

• Menemani saksi di Mahkamah;

69 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

• Mengadakan lawatan ke Mahkamah sebelum perbicaraan untuk membiasakan saksi dengan susun atur Mahkamah;

• Membuat persiapan untuk menerima keputusan Mahkamah mengenai kes atau perkara lain;

• Menyediakan pengangkutan ke Mahkamah;

• Merujuk kepada pihak tertentu yang boleh menjawab soalan mengenai kes secara spesifik;

• Tempat untuk saksi berkongsi pengalaman selepas memberi keterangan; dan

• Merujuk saksi ke perkhidmatan lain jika perlu.

(b) Intervensi Pemulihan

Kaunselor atau Pegawai Psikologi menyediakan intervensi kaunseling dan bimbingan melalui−

(i) Pemulihan psikologi Kanak-Kanak melalui pendekatan intervensi krisis, trauma, kaunseling individu, kaunseling kumpulan, kaunseling keluarga psikoterapi, terapi kumpulan, terapi permainan, terapi seni; dan

(ii) Pemulihan emosi Kanak-Kanak dan keluarga Kanak- Kanak seperti pengurusan marah, coping skills, bengkel interaktif [subseksyen 30(8) Akta 611] dan kemahiran keibubapaan.

70 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

(c) Sokongan Pembangunan/Perkembangan

(i) Memantau perkembangan pendidikan Kanak-Kanak dari segi persekolahan, pertukaran sekolah dan kemajuan pelajaran;

(ii) Memberi bantuan kewangan; dan

(iii) Memberi latihan dan membantu mencari peluang pekerjaan.

(d) Pengintegrasian Kanak-Kanak dalam masyarakat

(i) Mengadakan persidangan kes/panel kajian semula/ pembebasan sekiranya Kanak-Kanak sesuai untuk diintegrasikan dengan keluarga;

(ii) Menyediakan Laporan Penilaian Kesesuaian Keluarga Untuk Penerimaan Kanak-Kanak atau mendapatkan perintah lanjut;

(iii) Memastikan syarat tambahan Perintah MBKK di bawah perenggan 30(8)(b) Akta 611 dipatuhi iaitu ibu bapa atau penjaga Kanak-Kanak perlu melawat Kanak-Kanak di tempat selamat atau institusi;

(iv) Membuat seliaan ke atas Kanak-Kanak yang keluar dari institusi;

(v) Menganjurkan Program Rumah Perantaraan kepada bekas penghuni institusi; dan

(vi) Membuat pengawasan susulan ke atas Kanak-Kanak selama setahun selepas Kanak-Kanak keluar dari institusi.

71 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

(e) Pendekatan Komuniti Menangani Jenayah Seksual Kanak-Kanak

(i) Memperkasakan komuniti dengan memberi tanggungjawab perlindungan Kanak-Kanak kepada komuniti.

(ii) Mewujudkan Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak di peringkat komuniti.

B. KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

(1) Setiap Kanak-Kanak yang disyaki menjadi mangsa kesalahan seksual hendaklah dibawa ke hospital dan dirujuk kepada Pasukan SCAN.

(2) Fungsi Pasukan SCAN adalah seperti yang berikut:

(a) Perbincangan kes dengan ahli Pasukan;

(b) Menilai sama ada berlaku penderaan atau pengabaian;

(c) Memberikan rawatan dan sokongan perubatan; dan

(d) Pelan perancangan rawatan Kanak-Kanak.

C. POLIS DIRAJA MALAYSIA

Apabila pihak Polis menerima aduan mengenai perkara berkaitan dengan kesalahan seksual terhadap Kanak-Kanak, perkhidmatan yang berikut boleh diberikan:

(a) Sokongan emosi seperti kaunseling mangsa dan keluarga; dan

72 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

(b) Merujuk mangsa kepada jabatan/agensi lain untuk mendapatkan sokongan kepada mangsa dan keluarganya.

D. JABATAN BANTUAN GUAMAN

Jabatan Bantuan Guaman (JBG) memberikan perkhidmatan yang berikut:

(a) Nasihat guaman kepada penjaga/pelindung mangsa Kanak-Kanak mengenai perkara yang berkaitan dengan undang-undang; dan

(b) Pendamping Guaman mengambil bahagian dalam prosiding Mahkamah untuk menjaga kepentingan mangsa Kanak-Kanak.

Perkhidmatan ini disediakan berdasarkan permohonan daripada penjaga/pelindung mangsa Kanak-Kanak kepada JBG.

73 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

CARTA ALIR TAJUK 4: KHIDMAT PERLINDUNGAN DAN SOKONGAN KEPADA MANGSA/SAKSI KANAK-KANAK

Pengadu / Mangsa

JKM menerima laporan/aduan daripada pengadu/mangsa

Di mana mangsa berada?

Ada sentuhan fizikal?

Rumah Tidak

Hospital Ya Laporan dan siasatan PDRM SCAN PDRM menyediakan Pemeriksaan khidmat kaunseling kesihatan kepada mangsa oleh kaunselor yang bertauliah

Khidmat Kaunseling kepada mangsa oleh pihak JKM dan Kembali kepada Pekerja Sosial hospital keluarga

Tidak Khidmat Sokongan Penglibatan ahli keluarga mangsa?

Ya

Rujukan kepada Mahkamah Bagi Kanak- Kanak untuk IPO

Siasatan Pelindung

Prosiding perbicaraan di Mahkamah

Tidak Perlukan Perintah tetap (PO) Khidmat Sokongan

Kembali kepada Ya keluarga

PO dikeluarkan untuk mangsa kanak-kanak

Memuaskan Penilaian terhadap PO Khidmat Sokongan

Kembali kepada keluarga Tidak memuaskan Nota: Maklumat berkenaan dengan khidmat sokongan adalah Rujukan kepada Mahkamah Bagi Kanak- sebagaimana diterangkan Kanak bagi sambung PO dalam Garis Panduan Khas

74 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

SOALAN LAZIM MENGENAI TAJUK 4

1. Siapakah yang boleh membantu mangsa/saksi Kanak-Kanak?

Agensi yang boleh membantu mangsa/saksi Kanak-Kanak ialah−

(a) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM);

(b) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);

(c) Polis Diraja Malaysia (PDRM); dan

(d) Jabatan Bantuan Guaman (JBG).

2. Apakah bantuan yang boleh diberikan kepada mangsa/saksi Kanak-Kanak?

Bantuan yang boleh diberikan ialah perlindungan dan sokongan.

3. Berapa lamakah tempoh perlindungan dan sokongan diberikan kepada mangsa/saksi Kanak-Kanak?

Perlindungan dan sokongan kepada mangsa/saksi Kanak-Kanak akan diberikan bermula daripada aduan diterima hingga mangsa berjaya dipulihkan walaupun kes tersebut telah selesai.

4. Apakah jaminan keselamatan yang boleh diberikan kepada mangsa/saksi Kanak-Kanak daripada ancaman OKT?

Jaminan keselamatan yang boleh diberikan ialah dengan menempatkan mangsa/saksi Kanak-Kanak di tempat selamat atau diletakkan di bawah jagaan orang yang layak dan sesuai.

75 bab 9

PENUTUP

• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia Penutup

eterbatasan maklumat mengenai proses kerja dan tatacara sesuatu Kagensi adalah salah satu punca kekangan yang dihadapi dalam menyampaikan perkhidmatan yang menyeluruh, cekap dan berkesan kepada kumpulan sasar iaitu Kanak-Kanak yang menjadi mangsa kesalahan seksual. Oleh itu, Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan Kes Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak di Malaysia yang digubal hasil kerjasama pihak yang berkepentingan seperti Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Majlis Peguam Malaysia, Kementerian/Jabatan yang berkaitan adalah mercu tanda inisiatif pihak kerajaan ke arah penguatkuasaan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

Garis Panduan Khas ini diharap dapat dijadikan rujukan dan panduan yang berguna khususnya kepada semua agensi yang mengendalikan kes kesalahan seksual terhadap Kanak-Kanak supaya bantuan dapat diberikan secara seragam, menyeluruh dan berkesan. Garis Panduan Khas ini juga boleh dijadikan panduan kepada mangsa/saksi Kanak-Kanak, ahli keluarga dan guru apabila berhadapan dengan situasi yang memerlukan khidmat agensi yang berkaitan.

79 bab 10

DIREKTORI

• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

DIREKTORI

No. Maklumat Agensi Nombor Telefon & Faks

WP PUTRAJAYA & WP KUALA LUMPUR

1. Mahkamah Sesyen Putrajaya Tel: 03-8880 3634 Bangunan Annex, Istana Kehakiman Faks: 03- 8880 3886 Aras 2 Presint 3 62506 Putrajaya

2. Bahagian Pendakwaan Tel: 03-8872 2523 Jabatan Peguam Negara Faks: 03-8881 1622 Persiaran Perdana, Presint 4 62100 Putrajaya

3. Ibupejabat Polis Daerah Putrajaya Tel: 03-8886 2222 Presint 7 Faks: 03-8888 0249 65200 Putrajaya

4. Malaysian Bar Tel: 03-2050 2050 No. 13, 15 & 17 Faks: 03-2026 1313 Leboh Pasar Besar 50050 Kuala Lumpur

5. Jabatan Kebajikan Masyarakat Tel: 03-8323 1777 Aras 6, 9-18 Faks: 03-8323 2092 No 55, Persiaran Perdana Presint 4 62100 Putrajaya 6. Jabatan Bantuan Guaman Putrajaya Tel : 03-8885 1000 Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang Faks: 03-8885 1829 Level 1, Presint 3 62692 Putrajaya

7. Hospital Putrajaya Tel: 03-8312 4200 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Faks : 03-8888 0137 Presint 7 62590 Putrajaya

83 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

SELANGOR

1. Mahkamah Sesyen Dan Majistret Klang Tel: 03-3375 8400 (Bangunan Tambahan) Faks: 03-3370 1411 Jalan Dato’ Hamzah 41506 Klang Selangor 2. Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Selangor Tel: 03-5544 7190 Pejabat Penasihat Undang-Undang Faks: 03-5510 1775 Negeri Selangor Tingkat 4, Podium Utara Bangunan SSAAS 40000 Selangor

3. Ibupejabat Polis Daerah Klang Selatan Tel: 03-3376 2222/ (DCC) Jln Gedung Raja Abdullah 03-3371 9999 41560 Klang Faks: 03- 3373 6470 Selangor

4. Jawatankuasa Peguam Selangor Tel: 03-5519 6219 No. 41, Jalan Bola Jaring 13/15 Faks: 03-5519 9037 Seksyen 13 41000 Shah Alam Selangor 5. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Klang Tel: 03-3341 3703 Tingkat 1, Wisma Persekutuan Klang Faks: 03-3341 3748 Persiaran Bukit Raja 1/KU 1 Bandar Baru Klang 41150 Klang Selangor

6. Jabatan Bantuan Guaman Selangor Tel: 03-55106192/ Tingkat 6, 03-5510 6298 Persiaran Perbandaran Faks: 03-5519 0846 40000 Shah Alam Selangor

7. Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Tel : 03-3375 7000 Jalan Langat Faks : 03-3372 9089 41200 Klang Selangor

84 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

NEGERI SEMBILAN

1. Mahkamah Sesyen Seremban Tel: 06-603 2000 Kompleks Mahkamah Seremban Faks: 06-601 2077 Seremban 2 70300 Seremban Negeri Sembilan 2. Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Tel: 06-765 9800 Negeri Sembilan Faks: 06-762 2462 Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan Jalan Campbell 70000 Seremban Negeri Sembilan 3. Ibupejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan Tel: 06- 768 2222 Jalan Cambell Faks: 06-762 3506 70710 Seremban Negeri Sembilan 4. Jawatankuasa Peguam Negeri Sembilan Tel: 06-601 3843 No 3, Jalan S2 D38 Magistrate’s Square Faks: 06-601 3845 Seremban 2 70300 Negeri Sembilan 5. Pejabat Kebajikan Masyarakat Tel: 06-601 5798 Daerah Seremban Faks: 06-601 5836 Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban Persiaran S2A2, Seremban 2 70000 Seremban Negeri Sembilan 6. Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sembilan Tel: 06-763 0457 Tingkat 7, Wisma Persekutuan Faks : 06-761 0380 Jalan Dato’ Abdul Kadir 70000 Seremban Negeri Sembilan 7. Hospital Tuanku Ja’afar Tel: 06-768 4000 Jalan Rasah Faks: 06-762 5771 70300 Seremban Negeri Sembilan

85 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

MELAKA

1. Mahkamah Sesyen Melaka Tel: 06-231 4020 Kompleks Mahkamah Negeri Melaka Faks: 06-231 4030 Jalan Tun Abdul Razak 75450 Ayer Keroh Melaka 2. Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Melaka Tel: 06-232 8525 Pejabat Penasihat Undang-Undang Faks: 06-232 8545 Negeri Melaka Unit Pendakwaan, Aras 2 Wisma Persekutuan Jalan Bussiness City Bandar MITC 75450 Ayer Keroh Melaka 3. Ibupejabat Polis Kontinjen Melaka Tel: 06- 285 4222 Jalan Ayer Keroh Lama Faks: 06-283 7771 75450 Bukit Beruang Melaka 4. Jawatankuasa Peguam Melaka Tel: 06-230 9507 No. 10, Jalan PPPS Faks: 06-230 9340 Pusat Perniagaan Putra Sentosa Hang Tuah Jaya Bukit Baru 75150 Melaka 5. Pejabat Kebajikan Masyarakat Tel: 06-232 8335 Daerah Melaka Tengah Faks: 06-231 8867 No. 36-1, Jalan KC 2 Kota Cemerlang Ayer Keroh 75450 Melaka Tengah Melaka 6. Jabatan Bantuan Guaman Melaka Telefon : 06-234 5277 Tingkat 6, Menara Persekutuan Faks : 06-234 5280 Jalan Persekutuan, MITC Hang Tuah Jaya 75450 Ayer Keroh Melaka 7. Hospital Melaka Tel: 06-289 2344 Jalan Mufti Haji Khalil Faks: 06-2841590 75400 Melaka

86 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

JOHOR

1. Mahkamah Sesyen Tel: 06-956 5000 Jalan Temenggong Ahmad Faks: 06-954 5108 84000 Muar Johor 2. Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Muar Tel: 06-954 0112 Mezzanine Floor Faks: 06-954 0107 16 Jalan Petrie 84000 Muar Johor 3. Ibupejabat Polis Daerah Muar Tel: 06-952 1302 Polis Diraja Malaysia Faks: 06-951 8782 Jalan Mariam 84000 Muar Johor 4. Jawatankuasa Peguam Johor Tel: 07-276 3888 No.5, Jalan Tun Abdul Razak Faks: 07-276 1188 Susur 1/1 Johor Bahru 80000 Johor 5. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Muar Tel: 07-952 1454 Bangunan Pejabat Kerajaan Faks: 06-952 5862 84000 Muar Johor 6. Jabatan Bantuan Guaman Johor Telefon : 07-223 4960 Lot L4-01 Tingkat 4, Menara Landmark Faks : 07-224 7169 No.12 Jalan Ngee Heng 80000 Johor Bahru Johor

7. Hospital Pakar Sultanah Fatimah Tel: 06-956 4000 Jalan Salleh Faks: 06-952 6003 84000 Muar Johor

87 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

PAHANG

1. Mahkamah Sesyen Kuantan Tel: 09-570 7070 Aras 1, Kompleks Mahkamah Kuantan Faks: 09-570 7111 Bandar Indera Mahkota 25200 Kuantan Pahang 2. Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Pahang Tel: 09-512 6632 No. 402, Tingkat 4, Mahkota Square Faks: 09-514 1729 Jalan Mahkota 25000 Kuantan Pahang 3. Ibupejabat Polis Daerah Kuantan Tel: 09-590 2222 Polis Diraja Malaysia Faks: 09-517 9018 Jalan Mahkota 25000 Kuantan Pahang 4. Jawatankuasa Peguam Pahang Tel: 09-515 9244 B-64, Tingkat 1-A Faks: 09-515 9243 Lorong Tun Ismail 6 Peti Surat 227 25000 Kuantan Pahang 5. Pejabat Kebajikan Masyarakat Tel : 09-572 4220 Daerah Kuantan Faks : 09-572 4222 Bangunan Kompleks Penyayang Jalan Pintasan Indera Mahkota 25200 Kuantan Pahang 6. Jabatan Bantuan Guaman Pahang Tel: 09-516 1135 Tingkat 8, Wisma Persekutuan Faks: 09-515 7120 Jalan Gambut 25000 Kuantan Pahang 7. Hospital Tengku Ampuan Afzan Pahang Tel: 03-513 3333 (HTAA) Faks: 09-514 2712 Jalan Tanah Putih 25100 Kuantan Pahang

88 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

TERENGGANU

1. Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu Tel: 09-622 3020 Kompleks Mahkamah Jalan Sultan Mohamad Faks: 09-6231 212 21100 Kuala Terengganu Terengganu 2. Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Tel: 09-623 1957 Terengganu Faks: 09-622 8650 Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu Tingkat 14, 20200 Kuala Terengganu Terengganu 3. Ibupejabat Polis Kontinjen Terengganu Tel: 09-635 4722 Polis Diraja Malaysia, Jln Sultan Omar Faks: 09-622 6941 20918 Kuala Terengganu Terengganu 4. Jawatankuasa Peguam Terengganu Tel: 09-622 0249 Bar Room, 5th Floor Faks: 09-623 1729 Court Complex, Jalan Sultan Mohamad 21100 Kuala Terengganu Terengganu 5. Pejabat Kebajikan Masyarakat Tel: 09-631 2002 Daerah Kuala Terengganu Faks: 09-631 6517 Lot 4997, Tingkat Bawah, Mezzanine 1 & 2 Wisma Toh Si Cheng Gi She Jalan Air Jernih 20300 Kuala Terengganu Terengganu 6. Jabatan Bantuan Guaman Terengganu Tel: 09-620 3240 Aras 1, Wisma PERKESO Faks: 09-620 3250 Lot 2467, Jalan Air Jernih 20538 Kuala Terengganu Terengganu 7. Hospital Sultanah Nur Zahirah Tel: 09-621 2121 Jalan Sultan Mahmud Faks: 09-622 1820 20400 Kuala Terengganu Terengganu

89 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

KELANTAN

1. Mahkamah Sesyen Kelantan Tel: 09-748 1840 Kompleks Mahkamah Kota Bharu Faks: 09-747 4709 Jalan Hospital 15000 Kota Bahru Kelantan 2. Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Kelantan Tel: 09-748 2132, 09- 744 Pejabat Penasihat Undang-Undang 8881(Pendakwaan) Negeri Kelantan Faks: 09-744 7160 Tingkat Pertama, Blok 4, Kota Darul Naim Jalan Kuala Kerai 15050 Kota Bharu Kelantan Darul Naim 3. Ibupejabat Polis Kontinjen Kelantan Tel: 09-745 5622 Polis Diraja Malaysia Faks: 09-744 0022 Jalan Bayam 15990 Kota Bharu Kelantan 4. Jawatankuasa Peguam Kelantan Tel: 09-774 5777 No. PT 2271, Tanjung Mas Faks: 09-774 8777 Jalan Pengkalan Chepa 15400 Kota Bharu Kelantan 5. Pejabat Kebajikan Masyarakat Tel: 09-748 2124 Jajahan Kota Bharu Faks: 09-748 2124 PT 423-425, Seksyen 17, Lembah Sireh 15350 Kota Bharu Kelantan 6. Jabatan Bantuan Guaman Kelantan Tel: 09-748 2548 Lot PT84 & PT85, Wisma Mustapha Faks: 09-747 2615 Seksyen 15, Jalan Sultanah Zainab 15050 Kota Bharu Kelantan 7. Hospital Raja Perempuan Zainab II Tel: 09-745 2000 15586 Kota Bharu Faks: 09-748 6951 Kelantan

90 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

PERAK

1. Mahkamah Sesyen Ipoh Tel: 05-241 5555/ Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab 05-2436803 30507 Ipoh Faks: 05-254 2660 Perak 2. Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Perak Tel: 05-254 0148, Pejabat Penasihat Undang-Undang 05- 253 3727 Negeri Perak (Pendakwaan) Tingkat 1, Bangunan Perak Darul Ridzuan Faks: 05-255 5880 Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab. 30512 Ipoh Perak 3. Ibupejabat Polis Daerah Ipoh Tel: 05-245 1193 Polis Diraja Malaysia Faks: 05-242 3095 Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab 30000 Ipoh Perak 4. Jawatankuasa Peguam Perak Tel: 05-253 7590/ No. 41, Jalan Dato Maharaja Lela 05-241 5457 P.O Box 109 Faks: 05-253 7590 30710 Ipoh Perak 5. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak Tel: 05-254 5505 Lot 1516, Jalan Panglima Bukit Gantang Faks: 05-254 2505 Wahab 3000 Ipoh Perak 6. Jabatan Bantuan Guaman Perak Tel: 05-254 4027 / Tingkat Bawah, Blok A (A2) 05-255 2240 Bangunan Persekutuan Ipoh Faks: 05-255 6007 Jalan Dato’ Ahmad Said (Greentown) 30450 Ipoh Perak

7. Hospital Raja Permaisuri Bainun Tel: 05-208 5000 Jalan Raja Ashman (Jalan Hospital) Faks: 05-253 1541 30990 Ipoh Perak

91 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

PULAU PINANG

1. Mahkamah Sesyen Georgetown Tel: 04-251 4000 Kompleks Mahkamah Faks: - Lebuh Light 10200 Georgetown Pulau Pinang 2. Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Tel: 04-262 3279, Pulau Pinang 04- 263 5944 Pejabat Penasihat Undang-Undang (Pendakwaan) Negeri Pulau Pinang Faks: 04 -262 5644 Aras 10, Bangunan Persekutuan Jalan Anson 10200 Pulau Pinang 3. Ibupejabat Polis Kontinjen Tel: 04-222 1629 Pulau Pinang Faks: 04-262 3388 Polis Diraja Malaysia Jalan 10760 Pulau Pinang 4. Jawatankuasa Peguam Pulau Pinang Tel: 04-261 5669 No. 4, 1st Floor, Greenhall Faks: 04-262 8664 Penang Malaysia 10200 5. Jabatan Kebajikan Masyarakat Tel: 04-650 5259 Negeri Pulau Pinang Faks: 04-263 5964 Lapisan 30, Menara Komtar 10564 Timur Laut Pulau Pinang 6. Jabatan Bantuan Guaman Pulau Pinang Tel: 04-210 9100 / Aras 4, Bangunan Gunasama Persekutuan 04-210 9107 / 04-210 9108 Jalan Anson Faks: 04-228 7966 10400 Georgetown Pulau Pinang 7. Hospital Pulau Pinang Tel: 04-222 5333 Jalan Residensi Faks: 04-228 1737 10990 Georgetown Pulau Pinang

92 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

KEDAH DAN PERLIS

1. Mahkamah Sesyen Alor Setar Tel: 04-735 2900 Kompleks Mahkamah Alor Setar Faks: 04-730 6404 Jalan Suka Menanti 05150 Alor Setar 2. Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Kedah Tel: 04-730 1957, Pejabat Penasihat Undang-Undang 04- 700 7231 Negeri Kedah Faks: 04-700 7018 Aras 4, Blok C, Wisma Darul Aman Jalan Tunku Bendahara 05530 Alor Setar Kedah Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Perlis Tel: 04-970 2144 Pejabat Penasihat Undang-Undang Faks: 04-976 7132 Negeri Perlis Bangunan Jam Besar Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan Negeri Perlis 01000 Kangar Perlis 3. Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah Tel: 04-774 1344 Polis Diraja Malaysia Faks: 04-733 9589 Jalan Stadium 05560 Alor Setar Kedah Ibupejabat Polis Daerah Kangar Tel: 04-949 0824 Polis Diraja Malaysia Persiaran Jubli Emas Faks: 04-949 0825 01000 Kangar Perlis 4. Jawatankuasa Peguam Kedah Tel: 04-730 8305 / 733 3467 No. 54, Jalan Utama 3/1 Faks: 04-730 8305 Kompleks Perniagaan Utama Jalan Sultanah Sambungan 05350 Alor Setar Kedah Jawatankuasa Peguam Perlis Tel: 04-977 0272 Pejabat Badan Peguam Perlis Faks: 04-977 0198 No.15, Tingkat Atas Taman Guru Jaya 01000 Kangar Perlis

93 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

5. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah Tel: 04-700 1700 Aras Bawah, Zon C, Kompleks Persekutuan Faks: 04-731 3407 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Anak Bukit Bandar Mu’adzam Shah 06550 Alor Setar Kedah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis Tel: 04-973 1864 Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri Faks: 04-979 1401 01000 Kangar Perlis 6. Jabatan Bantuan Guaman Kedah Tel: 04-700 1553 Aras 3, Zon A, Wisma Persekutuan Faks: 04-732 7452 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 06550 Bandar Muadzam Shah Kedah Jabatan Bantuan Guaman Perlis Tel: 04-976 7739 No. 8, 10, 12 Faks: 04-976 7790 Taman Temak Jaya Jalan Kangar-Alor Setar 01000 Kangar Perlis 7 Hospital Sultanah Bahiyah Tel: 04-740 6233 Km 6, Jln Langgar Faks: 04-735 0232 05460 Alor Setar Kedah

Hospital Tuanku Fauziah Tel: 04-973 8000 Jalan Tun Abdul Razak Faks: 04-976 7237 01000 Kangar Perlis

94 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

SARAWAK

1. Mahkamah Sesyen Kuching Tel: 082-442 228 Kompleks Mahkamah Kuching, Jalan Gersik Faks: 082-311 575 93050 Petra Jaya Kuching Sarawak 2. Peguam Kanan Persekutuan Tel: 082-423 079 Jabatan Peguam Negara Sarawak Faks: 082-243 446 (Bahagian Pendakwaan) Tingkat 8, Bangunan Sultan Iskandar Jalan Simpang Tiga 93350 Kuching Sarawak 3. Ibupejabat Polis Kontinjen Sarawak Tel: 082-245 522 Polis Diraja Malaysia Faks: 082-428 355 Jalan Badruddin 93050 Kuching Sarawak 4. Persatuan Peguam bela Sarawak Tel: 085-430 476 Bilik Peguam Ground Floor Kompleks Mahkamah Tinggi Miri Jln Merdu 98000 Miri Sarawak 5. Jabatan Kebajikan Masyarakat Tel: 082 - 449577 Negeri Sarawak Faks: 082 - 445710 Wisma Kebajikan, Lot 4273, Blok 14 Off Jalan Siol Kanan 93050 Kuching Sarawak 6. Jabatan Bantuan Guaman Sarawak Tel: 082-258 699 Tingkat 6, Bangunan Sultan Iskandar (Bah. Pentadbiran dan Sivil) Jalan Simpang Tiga Faks: 082-243 978 93504 Kuching Sarawak 7. Hospital Umum Sarawak Tel: 082-276 666 Jalan Hospital Faks: 082-242 751 93586 Kuching Sarawak

95 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

SABAH

1. Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu Tel: 088-523 700 Peti Surat 10837 Faks: 088-210 055 88809 Kota Kinabalu Sabah 2. Peguam Kanan Persekutuan Tel: 088-240 373 Jabatan Peguam Negara Sabah Faks: 088-233 690 (Bahagian Pendakwaan) Tingkat 9, Blok D, Kompleks Kuwasa Peti Surat 10855 Jalan Tuanku Abdul Rahman 88809 Kota Kinabalu Sabah 3. Ibupejabat Polis Daerah Kota Kinabalu Tel: 088-310 254 Polis Diraja Malaysia, Karamunsing, Faks: 088-225 144 88700 Kota Kinabalu Sabah 4. Persatuan Undang-Undang Sabah Tel: 088-232 662 2nd Floor 58, Jalan Pantai Faks: 088-232 654 Hainan Association Building 88000 Kota Kinabalu Sabah 5. Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am Tel : 088 - 254 648 Bahagian Kota Kinabalu Faks : 088-265 980 Tingkat Bawah (Lot G-03) & Tingkat 8 (Lot 8-05 & 8-13) Wisma MAA Lorong Api-Api Centre 88100 Kota Kinabalu Sabah 6. Jabatan Bantuan Guaman Sabah Tel: 088-488 434 Aras 2, Menara MAA Faks: 088-488 096 No. 6, Lorong Api-Api 1 Peti Surat 11319 88814 Kota Kinabalu Sabah

7. Hospital Queen Elizabeth Tel: 088-517 555 Karung Berkunci No. 2029 Faks: 088-211 999/ 088- 88586 Kota Kinabalu 318 605 Sabah

96 GALERI FOTO

• • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

MAJLIS PERASMIAN MAHKAMAH JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK PADA 22 JUN 2017 DI ISTANA KEHAKIMAN OLEH YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA

YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia menyampaikan Ucapan Perasmian Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Putrajaya.

99 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia menurunkan tandatangan sebagai simbolik perasmian Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Putrajaya.

YABhg. Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia menurunkan tandatangan sebagai simbolik perasmian Bilik Permata (Bilik Menunggu Saksi Kanak-Kanak) pada Majlis Perasmian Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Putrajaya.

100 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

Lawatan YAB Perdana Menteri dan Dif-Dif Kehormat ke Bilik Permata (Bilik Menunggu Saksi Kanak-Kanak) pada Majlis Perasmian Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Putrajaya.

Lawatan YAB Perdana Menteri dan Dif-Dif Kehormat ke Bilik Permata (Bilik Menunggu Saksi Kanak-Kanak) pada Majlis Perasmian Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Putrajaya.

101 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

MESYUARAT/TAKLIMAT JAWATANKUASA UNTUK MENYEDIAKAN GARIS PANDUAN KHAS UNTUK MENGENDALIKAN KES SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK PADA 29 SEPTEMBER 2017 DI DEWAN PERSIDANGAN, ISTANA KEHAKIMAN, PUTRAJAYA

YB Dato’ Sri Azalina binti Dato’ Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menyampaikan Sijil Pelantikan kepada YBhg. Dato’ Sri Latifah binti Haji Mohd Tahar, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja (Induk).

102 • • Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan KES KESALAHAN SEKSUAL terhadap Kanak-Kanak di Malaysia

BENGKEL PENGGUBALAN GARIS PANDUAN KHAS UNTUK MENGENDALIKAN KES KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK MULAI DARI 11 HINGGA 13 OKTOBER 2017 DI DEWAN BANKUET, ISTANA KEHAKIMAN, PUTRAJAYA

Peserta Bengkel Penggubalan Garis Panduan Khas untuk Mengendalikan Kes Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak bergambar sebagai kenang-kenangan.

103

DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD KUALA LUMPUR, 2017 www.printnasional.com.my email: [email protected] Tel.: 03-92366895 Faks: 03-92224773

PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA Istana Kehakiman, Presint 3, 62506 Putrajaya Tel: 03-8880 3500 Faks: 03-8880 3886