MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKAH SAHIH/BAHASA

http://www.parlimen.gov.my

HARI KHAMIS, 15 MAC 2018, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 4

WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

1. PR-1361-MQT0254

Dato' Dr. Noraini Binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah inisiatif yang boleh dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dalam memaju dan membangunkan hasil penyelidikan sektor perhutanan bagi memastikan penyelidikan dan pembangunan (R&D) FRIM dapat memberi impak terhadap ekonomi negara .

2. PR-1361-MQT0256

Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah usaha Kementerian dalam meningkatkan produktiviti industri rumpai laut yang berpotensi menjadi penyumbang ekonomi penting bagi rakyat di Sabah.

3. PR-1361-MQT0250

Tuan Haji Hasbi Bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah inisiatif terkini berkaitan inovasi yang diusahakan oleh Agensi Inovasi Malaysia (AIM) bagi memanfaatkan rakyat di kawasan luar bandar agar masyarakat di kawasan pedalaman juga tidak ketinggalan dalam aspek pembangunan pesat negara.

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI KHAMIS, 15 MAC 2018, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 8

WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1361-L04952

Datuk Che Mohamad Zulkifly Bin Jusoh [ Setiu ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan tujuan Kementerian mentransformasikan semua universiti awam sebagai sebuah kampus tanpa tunai atau kampus pintar dan kesannya kepada kehidupan harian pelajar.

2. PR-1361-L04287

Dato' Johari Bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan bilakah Kerajaan akan umumkan pengenalan Harga Lantai Getah agar penoreh dan pengusaha industri getah dapat bersedia dengan pengenalan ini. Bagaimanakah mekanisme keseluruhannya perlaksanaan harga lantai getah ini nanti.

3. PR-1361-L04581

Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan operasi di kawasan bandar, serta bagaimana Kementerian akan mengurangkan gejala mengemis memandangkan Jabatan Kebajikan Masyarakat memberi bantuan wang.

AUM DR 15/3/2018 2

4. PR-1361-L05413

Dato' Shah bin Raja Ahmad [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk menghentikan kehilangan hasil tangkapan laut yang dianggarkan bernilai sekitar RM5 bilion setahun kepada nelayan-nelayan asing.

5. PR-1361-L04222

Datuk Jumat Bin Idris [ Sepanggar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) apakah status pengusaha Uber di Malaysia khususnya di

negeri Sabah, adakah mereka dibenarkan melakukan perniagaan mereka; dan

(b) adakah Kementerian mempunyai rekod bagi pengusaha Uber ini.

6. PR-1361-L04369

Dato' Takiyuddin Bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah perkembangan dan kejayaan gerakan menghapuskan dan membenteraskan kegiatan judi di negara ini seperti yang dijanjikan oleh Kerajaan.

7. PR-1361-L04489

Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi [ Sungai Besar ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sejauh manakah tahap penyertaan rakyat terhadap Program Mobilepreneur@KKLW dan bagaimanakah tahap prestasi perniagaan yang dijalankan usahawan- usahawan tersebut.

8. PR-1361-L04709

Dato' Abdullah Sani Bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan tindakan terhadap pindaan Akta Perusahaan 1967 yang diusahakan oleh Kementerian apabila TTPA ditandantangani.

9. PR-1361-L04398

Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan sekiranya pihak Kementerian bercadang untuk:-

(a) membina satu stadium baru di Pekan Belaga; dan

(b) membina satu lagi stadium di Kapit.

3 AUM DR 15/3/2018

10. PR-1361-L05369

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan kerja meningkatkan hidraulik sungai dan parit, membina ''storm trap'', memeriksa sistem saliran dan laluan air, membersihkan sungai, kolam dan parit serta menguatkuasa terhadap pembangunan.

11. PR-1361-L04430

Datuk William @ Nyallau Anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan kenapa pelaksanaan menaik taraf jalan Ulu Skrang begitu lama tidak dilaksanakan sehingga ianya menjadi perbualan penduduk di kawasan tersebut yang menganggap ianya janji kosong oleh Kerajaan.

12. PR-1361-L04726

Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-

(a) sama ada Kementerian bercadang untuk meningkatkan

jumlah bantuan kewangan ibu tunggal iaitu Bantuan Kanak- kanak kerana RM100 seorang atau RM450 maksimum adalah tidak cukup untuk menanggung keperluan ibu tunggal memandangkan kos sara hidup semakin meningkat; dan

(b) sama ada Kementerian akan melaksanakan Skim Insurans Ibu Tunggal dan Kad diskaun ibu tunggal.

13. PR-1361-L04276

Dato' Wira Othman Bin Abdul [ Pendang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapakah jumlah Maahad Tahfiz yang telah dibuat pendawaian semula dan kosnya mengikut negeri .

14. PR-1361-L04500

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan tentang rungutan orang ramai terhadap kadar fi parkir awam yang tinggi dikenakan ke atas kenderaan berbanding dengan parkir swasta dan jumlah kes kunci tayar dan tunda kenderaan setakat ini.

15. PR-1361-L05233

Dato' Sri Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah rumah mampu milik yang akan dibina .

AUM DR 15/3/2018 4

16. PR-1361-L05340

Puan Kasthuriraani A/P Patto [ Batu Kawan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah kos baru untuk membina SJKT Sungai Bakap di kawasan baru, siapakah kontraktor yang telah dilantik dan setelah menunggu 8 tahun, mengapa sebuah sekolah baru belum lagi dibina.

17. PR-1361-L05311

Datuk Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kementerian telah/sedang melakukan sebarang kajian berhubung implikasi dan kesan ke atas perwujudan e- Payment yang bakal menjadi medium penting dalam urusan jual beli kepada rakyat Malaysia.

18. PR-1361-L05446

Dato' Dr. Mujahid Bin Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapakah projek luar bandar yang telah dilaksanakan di daerah Kerian dan berapakah perbelanjaannya.

19. PR-1361-L04347

Tan Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah [ Mukah ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah jenis penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang telah dilakukan di peringkat Kementerian ke arah menjenamakan madu kelulut sebagai 'Superfood' pertama Malaysia di peringkat antarabangsa serta apakah sasaran Kementerian dalam meningkatkan jumlah penternak lebah kelulut dalam tempoh lima tahun akan datang.

20. PR-1361-L05106

Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan kesudian Kerajaan untuk memberi subsidi barang keperluan asas untuk golongan B40 untuk membantu mereka menghadapi kesusahan kewangan.

21. PR-1361-L04301

Dato' Dr. Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bagaimana Kementerian menangani isu pemberian paket minuman percuma yang berkemungkinan mengandungi bahan asing disyaki dadah yang tular baru-baru ini serta kebimbangan ia boleh mengakibatkan 'panic attack' di kalangan masyarakat.

5 AUM DR 15/3/2018

22. PR-1361-L05002

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah hutang negara setakat 31 Disember 2016. Nyatakan peratusan hutang negara yang dipinjam daripada institusi domestik dan luar negara, dan sama ada hutang negara telah mencecah siling KDNK.

23. PR-1361-L05389

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Musa [ Ketereh ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan strategi bagi merancakkan pasaran dan ekonomi antara Malaysia dan Singapura melalui inisiatif 'Malaysia-Singapore Connect' yang diumumkan di Majlis Simposium Pasaran Modal Dunia 2018.

24. PR-1361-L05291

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sejauh manakah pencapaian Program Satu Anggota Satu Rumah (SASAR) setakat ini yang menyasarkan pembinaan 25,000 unit rumah mampu milik untuk anggota dan veteran ATM di seluruh negara menjelang 2030.

25. PR-1361-L05209

Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah cadangan-cadangan Jawatankuasa berikutan Siasatan Diraja Malaysia berkenaan dengan Pendatang Tanpa Izin yang telah mendapat Kad Pengenalan di Sabah dan jika benar wujudnya Pendatang Tanpa Izin yang telah berdaftar sebagai pengundi dalam daftar pengundi Pilihan Raya di Persekutuan Malaysia khususnya di Sabah.

26. PR-1361-L04638

Dato' Dr. Noraini Binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sejauh manakah pihak Kementerian melihat inisiatif program Mobilepreneur ini telah berjaya menarik usahawan tempatan terutama di kawasan luar bandar dan bagaimanakah sambutan yang telah diterima sehingga kini.

27. PR-1361-L04877

Dato' Sri Hasan Bin Malek [ Kuala Pilah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah rakyat Malaysia yang telah dilepaskan dari kebankrapan sejak Akta Insolvensi 1967 (Pindaan 2017) dikuatkuasakan.

AUM DR 15/3/2018 6

28. PR-1361-L05355

Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah subsidi yang telah disalurkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat untuk perkhidmatan bas berhenti-henti MyBas di Negeri Sembilan setiap tahun sejak dilaksanakan dan sejauh manakah keberkesanannya.

29. PR-1361-L04666

Datuk Haji Ahmad Lai Bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah pihak Kementerian akan membina baru Klinik Kesihatan Bekenu seperti yang pernah dijanjikan oleh Menteri Kesihatan dalam lawatan ke Bekenu pada April 2011 dan apakah status pembinaan klinik kesihatan Sepupok Niah.

30. PR-1361-L04460

Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tentang kaedah yang akan diambil oleh pihak Kementerian untuk mengatasi masalah banjir di kawasan Sg. Bidut, Sibu. Apabila banjir melanda, kebanyakan kebun sayur akan dimusnahkan dan mengakibatkan harga sayur di Sibu menaik, apakah rancangan Kementerian untuk mengatasi masalah ini.

31. PR-1361-L04733

Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan dasar ke atas perkhidmatan guru interim/sementara di semua sekolah rendah, terutama berkaitan gaji, elaun dan faedah bekerja yang ditawarkan. Berapa ramai yang telah diambil bertugas, jumlah pembayaran gaji, elaun dan faedah kepada mereka dan berapa banyak peruntukan yang disediakan untuk guru sementara bagi setiap aliran sekolah bagi tahun 2016 dan 2017.

32. PR-1361-L04418

Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkatkan pelaburannya di Amerika Syarikat (AS) antara US$3 bilion dan US$4 bilion bagi projek-projek infrastruktur dan setakat mana kebenaran langkah sedemikan akan menambah pendapatan kumpulan wang berkenaan secara beransur-ansur, yang dapat menghasilkan dividen yang lebih baik.

7 AUM DR 15/3/2018

33. PR-1361-L04662

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) apakah langkah-langkah proaktif yang telah diambil oleh

Kerajaan untuk mengurangkan kematian banduan dalam tahanan dan juga senaraikan jumlah bilangan kematian banduan dalam tahanan dari tahun 2010 sehingga ke tahun 2018; dan

(b) berapakah bilangan pegawai polis dan pegawai penjara yang telah didakwa atau dikenakan hukuman dan dipenjarakan kerana menyebabkan kematian banduan dalam tahanan.

34. PR-1361-L04927

Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-

(a) mengapakah Kerajaan masih membenarkan pusat

memproses sisa berjadual, Pusat Kualiti Alam terus beroperasi walaupun ia akan menjejaskan kesihatan dan keselamatan penduduk; dan

(b) statistik pemantauan dan pemeriksaan yang telah dijalankan terhadap kualiti alam sejak tahun 2013 sehingga tahun 2018.

35. PR-1361-L04480

Tuan Wong Chen [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) adakah pihak Kerajaan akan menerbitkan laporan feasibiliti

atas Laluan Rel Pantai Timur supaya orang awam dapat menilai daya kemajuan projek ini; dan

(b) jika ya, bilakah Kementerian akan menerbitkan laporan tersebut.

36. PR-1361-L04252

Datuk Haji Shabudin Bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan setakat Januari 2018, berapakah jumlah kekurangan doktor pakar yang direkodkan serta apakah langkah proaktif Kerajaan dalam memastikan jumlah pakar perubatan yang meletak jawatan tidak meningkat setiap tahun berikutan jurang pendapatan yang jauh berbeza dengan sektor swasta.

AUM DR 15/3/2018 8

37. PR-1361-L04890

Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik purata warganegara Malaysia dan asing yang menyeberangi Tambak Johor dan Jambatan Link Kedua setiap hari dari Johor Bahru ke Singapura, dari tahun 2010 ke 2017.

38. PR-1361-L04990

Dato' Hasbullah Bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan masih ramai dalam kalangan pengguna tidak mengetahui hak mereka untuk mendapatkan tebus rugi melalui Tribunal. Apakah tuntutan yang boleh di failkan di tribunal.

39. PR-1361-L04777

Datuk Linda Tsen Thau Lin [ Batu Sapi ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kedudukan terkini perkhidmatan ambulans di Sandakan.

40. PR-1361-L04330

Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan tentang projek dan program yang sedang dijalankan dan juga perancangan yang akan dilaksanakan untuk menjayakan Tahun 2020 sebagai Tahun Melawat Malaysia:-

(a) jumlah kos yang diperlukan demi tujuan ini dan anggaran

tambahan jumlah pelancong pada tahun 2020 ; dan

(b) anggaran tambahan hasil dan pendapatan program ini.

41. PR-1361-L05501

Dato' Ahmad Fauzi Bin Zahari [ Setiawangsa ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah aset ketenteraan yang dimiliki Malaysia pada ketika ini berada setaraf dengan negara-negara Asean yang lain dan apakah perancangan pihak Kementerian bagi memperkukuhkan pertahanan negara.

42. PR-1361-L04731

Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) kadar pemotongan subsidi bahan mentah dan bahan asas

masakan sejak tahun 2012 hingga 2017, serta adakah pemotongan subsidi merupakan faktor kepada kenaikan kadar inflasi ; dan

(b) senarai pengembalian hasil cukai GST dalam bentuk subsidi.

9 AUM DR 15/3/2018

43. PR-1361-L05379

Puan Rubiah Binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-

(a) apakah bentuk galakan kepada petani tradisional di

Sarawak untuk menceburi kaedah pertanian moden yang mampu memberi pulangan yang lebih tinggi; dan

(b) apakah Kementerian merancang membina Pusat Tranformasi Luar Bandar di kawasan Asajaya dalam bahagian Samarahan.

44. PR-1361-L04227

Dr. Ismail Bin Daut [ Merbok ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan negeri manakah yang mempunyai kes pendatang asing tanpa izin paling tinggi dan yang paling sedikit setakat ini serta adakah operasi bersepadu yang dijalankan telah membendung kebanjiran pendatang asing tanpa izin ke negara kita.

45. PR-1361-L05280

Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah penagih dadah mengikut jantina ,umur, dan kaum di setiap negeri serta berapa bilangan menerima rawatan pemulihan dadah mengikut tahun 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017.

46. PR-1361-L04204

Dato' Sri Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikan pengedaran dadah dalam negara dapat dibendung dan memastikan bilangan penagih turut dapat disifarkan.

47. PR-1361-L05323

Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada FELDA dan/atau FELCRA telah membuat pelaburan dengan atau melalui Syarikat Lady Law Securities Pte Ltd. Jika ada, apakah nilai, jenis dan rasional pelaburan ini.

48. PR-1361-L04828

Datuk Abd Rahim Bin Bakri [ Kudat ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan setakat manakah proses tender Loji Rawatan Air Ke-2 telah dapat dilaksanakan. Bilakah tarikh terkini projek tersebut dapat dilaksanakan sepenuhnya memandangkan isu bekalan air bersih di daerah Pitas berada dalam keadaan kritikal.

AUM DR 15/3/2018 10

49. PR-1361-L05409

Tuan Khalid Bin Abd Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa jumlah rizab antarabangsa negara pada akhir tahun 2015, 2016 dan 2017.

50. PR-1361-L04464

Dato' Sri Abdul Azeez Bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan agar mempertimbangkan harga lantai untuk getah sekurang-kurangnya RM3.00 sekilogram minimum bagi memastikan kebajikan penoreh-penoreh getah seluruh Malaysia terjaga khususnya di Baling di mana getah merupakan antara hasil pendapatan sebahagian besar rakyat di kawasan itu.

51. PR-1361-L04826

Tuan Zairil Khir Johari [ Bukit Bendera ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kerajaan dapat mempertimbangkan pengecualian cukai GST untuk peralatan bomba dan bomba sukarela.

52. PR-1361-L04438

Datuk Joseph Salang Gandum [ Julau ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan mengapa projek bekalan air luar bandar fasa 2 di Daerah Pakan, Sarawak masih belum bermula.

53. PR-1361-L04623

Dato' Dr. Nik Mazian Bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah perancangan dan sokongan Kementerian untuk memajukan industri batik di Malaysia.

54. PR-1361-L04380

Dato' Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan Kerajaan bagi memastikan pertumbuhan dapat dimanfaatkan seluas mungkin kesemua wilayah serta peringkat masyarakat serta sektor dalam erti kata pertumbuhan yang inklusif 'people centric' untuk meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.

55. PR-1361-L04860

Dato' Mansor Bin Othman [ Nibong Tebal ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pendirian Kerajaan terhadap desakan BERSIH agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghapuskan pengundian pos pada PRU14 dan menggantikan dengan pengundian awal.

11 AUM DR 15/3/2018

56. PR-1361-L04181

Dato' Haji Mohd Zaim Bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan apakah tujuan Kementerian memberi laluan kemasukan pelajar antarabangsa dari negara-negara bergolak ke IPT tempatan dan bagaimana kaedah yang hendak digunakan kerana jika tidak dikawal dengan baik, ia berupaya menyumbang kepada masalah gejala sosial.

57. PR-1361-L05421

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan :-

(a) perbezaan antara dua sistem penarafan - Asia University

Rankings dan QS World University Rankings - yang memberikan kedudukan berbeza kepada Universiti Malaya (UM), masing-masing di tangga ke-46 dan ke-114; dan

(b) sejauh manakah komitmen Kementerian bagi meningkatkan kualiti sistem pendidikan tinggi negara supaya universiti- universiti awam mencapai kedudukan yang lebih tinggi dalam ranking universiti antarabangsa.

58. PR-1361-L04273

Datin Mastura Binti Mohd Yazid [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kerajaan akan mewujudkan Akta Profesion Psikologi seperti juga profesion-profesion lain bagi mengawal kualiti perkhidmatan dan pengiktirafan kepada bidang ini.

59. PR-1361-L04965

Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid Bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan statistik lengkap tahunan mengenai liabiliti kontingen dan pinjaman dijamin Kerajaan Persekutuan antara 1970- 2017 berdasarkan jumlah, denominasi matawang, benefisiari, status terakhir hutang dan butiran relevan Iain serta pelan tindakan untuk menangani liabiliti kontingen yang semakin meningkat.

60. PR-1361-L05235

Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin [ Pagoh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status permohonan kelulusan bagi perlembagaan dan logo/simbolnya. Berikan sebab musabab terperinci atas permohonan ini masih tidak diluluskan sehingga sekarang.

AUM DR 15/3/2018 12

61. PR-1361-L04522

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan penjelasan terkini mengenai item-item yang telah mencapai persetujuan sebulat suara dalam rundingan Trans-Pacific Partnership (TPP) antara 11 negara tanpa Amerika Syarikat. Apakah langkah-langkah susulan Malaysia jika perjanjian rasmi dimeterai di Chile nanti.

62. PR-1361-L05238

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah peruntukan SEDIC yang telah disalurkan kepada Sri Murugan Centre (SMC), Bakti Sakti dan Malaysian Indian Football Association (MIFA). Nyatakan jumlah peruntukan keseluruhan yang telah disalurkan oleh SEDIC dan bilangan penerima bantuan atau sumbangan tersebut setakat ini.

63. PR-1361-L05021

Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah kos pembinaan bangunan The Exchange 106 di Tun Razak Exchange yang dimajukan oleh Mulia Property Development Sdn. Bhd. (MPDSB). Nyatakan berapakah peratusan dalam MPDSB atau bangunan tersebut yang telah dibeli oleh Kerajaan dan jumlah harga pembelian tersebut.

64. PR-1361-L05080

Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada polis masih menyiasat isu penukaran milik Tanah Jalan Semarak FELDA yang dikatakan mempunyai elemen frod jenayah dan apakah tindakan yang akan diambil untuk memelihara ketuanpunyaan tanah tersebut dan tindakan yang akan diambil sama ada secara jenayah ataupun lain terhadap mereka yang terlibat dalam proses memindah milikan tanah tersebut sekiranya perlu.

65. PR-1361-L05324

Puan Hajah Fuziah Binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan agensi manakah yang bertanggungjawab untuk menyelenggarakan ban tanah di Sungai Kobat yang pecah baru-baru ini. Dan apakah yang menyebabkan ban tersebut pecah sehingga menyebabkan kesulitan bekalan air kepada warga Kuantan.

13 AUM DR 15/3/2018

66. PR-1361-L04589

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengapa Kerajaan Malaysia tidak merasa terancam dengan kewujudan pasukan paramiliter yang menculik Pastor Raymond Koh pada bulan Februari 2017.

67. PR-1361-L04592

Tuan Ahmad Baihaki Bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah asas pertimbangan utama yang digunakan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menentukan sempadan kawasan pilihan raya yang baru ini.

68. PR-1361-L05272

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pembangunan infrastruktur di Amerika Syarikat dibuat atas dasar kronisme dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. AUM DR 15/3/2018 14

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam Bin Haji Ibrahim [ Kuala Selangor ] akan mencadangkan :-

"Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

"Ampun Tuanku, Patik Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak- banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Keenam, Parlimen Yang Ketiga Belas."”

Menyambung semula Perbahasan atas masalah ( 14 Mac, 2018 )

2. ( D.R.46/2017 ) Rang Undang-Undang Pergigian 2017 Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Kesihatan ]

3. PR-1361-UL014 Dato' Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang [ Marang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini memberikan kebenaran menurut Peraturan Mesyuarat 49 (1) kepada Yang Berhormat Ahli bagi kawasan Marang untuk mencadangkan suatu Rang Undang-undang Ahli Persendirian bernama Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 seperti berikut:

Pindaan Seksyen 2

Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [ Akta 355 ] dipinda dalam proviso kepada seksyen 2 dengan menggantikan perkataan "penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali" dengan perkataan "penjara selama tempoh melebihi tiga puluh tahun atau denda melebihi satu ratus ribu ringgit atau sebatan satu ratus kali sebagaimana ditadbir selaras dengan tatacara jenayah Syariah."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

AUM DR 15/3/2018 15

4. PR-1361-U(27)126 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa pengujudan dan pembinaan muzium warisan sesebuah masyarakat adalah merupakan satu bahan utama dalam menjaga bahan sejarah dan juga warisan mereka.

Dan mengambil maklum juga bahawa masyarakat Cina telah memainkan peranan yang penting dalam pembangunan fizikal dan juga ekonomi negara Malaysia sejak penubuhan negara ini khasnya di negeri Sabah.

Dan mengambil maklum juga bahawa masyarakat Cina di Sabah bersama dengan rakyat tempatan telah "mengalirkan darah" mereka untuk mempertahankan negara ini terutama sekali dalam gerakan "Kinabalu Guerrilas" menentang pendudukan Jepun ketika perang dunia kedua, ''Brunei Rebelion'' dan "Konferentasi", dimana mereka berkhidmat sebagai polis, tentera dan rangers pada ketika itu.

Dalam proses pembentukan negara ini, banyak peninggalan atau warisan masyarakat Cina, yang tidak tersimpan, terpelihara atau didokumentasikan, maka tempat terbaik bagi tujuan ini adalah dengan menubuhkan Muzium Warisan Masyarakat Cina di Sabah Khas.

Dan mengambil maklum juga bahawa negara asing seperti Indonesia juga telah membina Muzium Warisan Hakka (CINA) di Jakarta bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan masyarakat Cina dalam pembangunan negara Indonesia.

Maka, bagi menghargai dan mengingati jasa masyarakat Cina di negeri Sabah khasnya, Dewan yang mulia ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa Kerajaan Malaysia hendaklah dengan segera menimbangkan untuk menubuhkan dan membina 'Muzium Warisan Masyarakat Cina" di negeri Sabah agar ianya menjadi satu lagi tapak sejarah pembangunan negara. "

[ Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan ]

5. PR-1361-U(27)127 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Chinese Independant School di Malaysia menjalankan taksiran peperiksaan persekolahan mereka melalui sijil yang dikenali sebagai Unified Examination Certificate (UEC) yang mana dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Unified Examination Certificate - Juntor Middle (UEC-JML), Unified Examination Certtficate Vocational (UEC-V) dan Unified Examination Certificate Sentor Middle (UEC-SML).

AUM DR 15/3/2018 16

Dan mengambil maklum juga bahawa, persijilan UEC telah pun digunapakai dalam persekolahan oleh United Chinese School Committees Association of Malaysia sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1975.

Dan mengambil maklum juga bahawa sijil UEC yang diperkenalkan oleh UCSCAM ini telah diiktiraf oleh universiti di serata negara seperti di United Kingdom, United States of America, Taiwan, Hong Kong, China, Australia, Kanada, Singapura dan lain-lain negara.

Dan mengambil maklum juga bahawa malangnya, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia atau secara khususnya, Lembaga Akreditasi Negara tidak mengiktiraf sijil UEC ini terutama sekali bagi kemasukkan ke universiti awam Malaysia, walaupun National University of Singapore yang berkedudukan tempat keempat universiti terbaik di dunia mengiktiraf sijil UEC ini.

Dan mengambil maklum juga bahawa dengan ketiadaan pengiktirafan yang dimaksudkan di atas, negara Malaysia secara tidak langsung mengalami kerugian yang besar di mana pemegang sijil UEC ini terpaksa meneruskan pendidikan tinggi mereka di luar negara di mana aliran wang keluar daripada negara ini dan juga kecenderungan lepasan sijil UEC ini untuk terus berkerja di luar negara adalah tinggi, di mana dalam hal ini negara Malaysia akan kerugian 'aliran keluar" tenaga mahir ke luar negara.

Maka, bagi menangani masalah ini, Dewan yang mulia ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa Kerajaan haruslah dengan segera mengiktiraf Sijil Unified Examination Certificate bagi menafaat negara. "

[ Menteri Pendidikan ]

6. PR-1361-U(27)128 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, tahap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan murid dan graduan di negara ini adalah pada tahap yang amat minima dan keadaan lni telah menjadikan sumber tenaga manusia negara ini kurang berdaya saing di luar negara.

Dan mengambil maklum juga bahawa, kebanyakan bahan-bahan rujukan untuk pengajian yang terdapat di atas talian dan buku-buku rujukan adalah dalam Bahasa Inggeris.

Mengambil maklum juga bahawa oleh kerana tidak dapat bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik, sumber tenaga manusia dan para graduan dari negara Malaysia tidak berpeluang untuk berkerja dan bersaing di peringkat global.

AUM DR 15/3/2018 17

Dan mengambil maklum juga bahawa sumber tenaga manusia daripada negara- negara yang membenarkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam sistem pembelajaran mereka, misalnya negara Filipina, adalah lebih mendapat pasaran tenaga kerja di peringkat antarabangsa.

Mengambil maklum juga bahawa, Kementerian hendaklah mengambil kira saranan ramai ibu bapa, agar Kementerian mewujudkan sekolah menengah dengan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar bagi membolehkan anak- anak mereka menguasai Bahasa Inggeris dengan baik agar keboleh pasaran anak-anak mereka dipertingkatkan.

Mengambil maklum juga bahawa Sekolah Menengah La Salle Tanjung Aru Sabah telah menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar sejak penubuhannya pada tahun 1903 sehinggahlah dimansuhkan pada lewat tahun 1970an.

Maka, bagi menangani masalah ini, Dewan yang mulia ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa Kementerian haruslah dengan segera meluluskan penubuhan sekolah menengah aliran bahasa Inggeris, sekurang-kurangnya satu sekolah menengah di setiap kawasan Parlimen sebagai permulaan dan bagi kawasan Parlimen P.l73 Putatan, Sekolah Menengah La Salle Tanjung Aru sebagai perintis. "

[ Menteri Pendidikan ]

7. PR-1361-U(27)129 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Projek Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Moyog / Putatan akan membawa menafaat yang besar, dalam meminimumkan impak kesan banjir di kawasan Lembangan ini.

Dan mengambil maklum juga bahawa rakyat secara puratanya amat berbesar hati dengan keperihatinan Kerajaan ke atas masalah banjir yang sering melanda kawasan ini.

Dan mengambil maklum juga bahawa, dengan pelebaran dan pengarahan semula Sungai Moyog /Putatan, beberapa bidang tanah penduduk setempat akan terlibat dan menyebabkan mereka tidak mempunyai tempat untuk berteduh selain terpaksa berpindah daripada kawasan habitat asal mereka.

Dan mengambil maklum juga bahawa, dalam kes-kes tertentu, jumlah pampasan yang mereka terima adalah 'kecil' berbanding dengan kos untuk membeli sebidang tanah dan membina rumah.

Maka, bagi mengambarkan Kerajaan hari ini merupakan Kerajaan yang perihatin dan penyayang, maka Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa, Kerajaan hendaklah menyediakan sebidang tanah yang berkeluasan AUM DR 15/3/2018 18

secukupnya dan membina projek perumahan rakyat "Rent to Own" khas buat pemilik tanah / rumah yang terlibat dalam Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Moyog / Putatan ini. "

[ Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar ]

8. PR-1361-U(27)130 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa masih ramai golongan belia dan beliawanis lepasan sekolah dan institut pengajian tinggi belum berkerja atau gagal mendapat kerja.

Dan mengambil maklum juga bahawa ramai juga di kalangan ibu-ibu serta wanita-wanita yang ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan tetapi tidak berpeluang ataupun tidak mempunyai latihan yang secukupnya untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

Dan mengambil maklum juga bahawa, selaras dengan dasar pertanian negara untuk menjadikan pertanian sebagai satu perniagaan, ramai petani serta pekebun tidak dapat menjalankan perniagaan kerana tidak mempunyai kemahiran/latihan dalam bidang keusahawanan.

Maka, bagi memenuhi hasrat Kerajaan untuk melahirkan lebih banyak lagi golongan usahawan muda, usahawan tani dan usahawan nita yang terlibat secara aktif dalam bidang perniagaan, industri dan keusahawanan, maka Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa, Kerajaan melalui agensinya, dengan segera menggunakan khidmat pusat latihan pertanian bersepadu (Intergrated Agricultural Training Centre - IATC) Putatan sebagai pusat keusahawanan yang dimaksudkan."

[ Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri ]

9. PR-1361-U(27)131 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa walaupun berstatuskan daerah, daerah Putatan belum lagi mempunyai sebarang fasiliti kesukanan yang boleh dimanfaatkan oleh penduduk Putatan terutama sekali golongan belia dan beliawanis.

Dan mengambil maklum juga bahawa walaupun berstatus Putatan, daerah Putatan hanya memilik satu padang umum yang dimiliki oleh Majlis Daerah Putatan.

AUM DR 15/3/2018 19

Dan mengambil maklum juga bahawa, dengan statusnya sebagai kawasan tepi ibu kota, daerah Putatan telah menjadi kawasan tumpuan pembangunan perumahan dan menjadikannya kawasan yang berpenduduk sangat padat dan amat memerlukan kawasan riadah dan bersukan.

Dan mengambil maklum juga bahawa, kompleks sukan persendirian juara yang terletak di Kampung Ketiau Putatan menyediakan pelbagai kemudahan kesukanan seperti padang futsal bertaraf FIFA, gimnasium dan gelanggang badminton serta kawasan sekelilingnya yang boleh dijadikan kompleks sukan bersepadu.

Maka, bagi memenuhi keperluan kompleks sukan bersepadu, maka Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia membeli komplek sukan juara serta kawasan sekelilingnya dan dijadikan sebagai sebuah kompleks sukan bersepadu bagi daerah Putatan. " [ Menteri Belia Dan Sukan ]

10. PR-1361-U(27)132 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, Taman Peringatan Perang Petagas (Petagas War Memorial Park) adalah merupakan sebuah taman peringatan yang didedikasikan kepada mangsa-mangsa perang dunia ke-2 di negeri Sabah di mana seramai 324 anggota pergerakan rintangan telah dibunuh dan ditanam ketika pendudukan Jepun pada 21 Januari 1944.

Mengambil maklum juga bahawa, mangsa-mangsa perang ini dibunuh beramai- ramai kerana usaha mereka untuk mempertahankan negeri Sabah ketika pendudukan Jepun di mana lebih dikenali sebagai Pemberontakan Jesselton.

Mengambil maklum juga bahawa, pengorbanan yang telah diberikan oleh wira- wira ini juga boleh diibaratkan seperti pengorbanan perajurit-perajurit negara yang telah terkorban ketika perang dunia pertama, kedua dan darurat.

Mengambil maklum juga bahawa, walaupun jasa wira-wira ini masih lagi dikenang pada setiap tahun melalui upacara peringatan pada setiap 21 Januari, namun Taman Peringatan Perang Petagas belum lagi diberikan status wira sebagaimana yang diberikan kepada Tugu Peringatan Negara di Kuala Lumpur.

Maka, bagi menghormati dan memperingati wira-wira negara ini, Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa Kerajaan hendaklah segera mengambil segala usaha dan tindakan yang perlu untuk mewartakan Taman Peringatan Perang Petagas ini sebagai salah satu tugu peringatan negara. "

[ Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan ]

AUM DR 15/3/2018 20

11. PR-1361-U(27)098 Dato' Johari Bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-

"Bahawasanya Dewan mencadangkan supaya Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan memanggil Yang Di Pertua Kerajaan Tempatan seluruh negara bagi membincangkan bagaimana Kerajaan Tempatan boleh memberi peluang dan membuka tempat-tempat yang strategik untuk rakyat Malaysia khususnya anak-anak muda diberi kemudahan berniaga. Dalam keadaan ekonomi yang amat lembap dan pekerjaan untuk mereka makin menyempit Kerajaan Tempatan mesti bersimpati dengan mereka. Permudahkan urusan mendapatkan lesen dan permit. Kurangkan kadar fi dan lain-lain bayaran. Meriahkan bandar dan pekan-pekan kecil dengan perniagaan yang tidak bermodal besar ini. Rakyat amat tertekan dengan masalah ekonomi sekarang. Bantulah mereka."

[ Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

12. PR-1361-U(27)099 Dato' Johari Bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berlaku adil dan profesional dalam mengendalikan pilihan raya. SPR tidak sewenang-wenangnya memberikan keutamaan kepada badan-badan dan agensi-agensi Kerajaan seperti Jabatan Penjara, Kakitangan Hospital, Rela dan lain-lain untuk disenaraikan sebagai mereka yang layak untuk menjadi pengundi awal. Jika selama ini cuma polis dan tentera sahaja yang menikmati keutamaan ini, kerana memang selayaknya mereka mendapat status ini kerana tugas yang berat, agensi-agensi lain tidak sepatutnya dikategorikan sebagai pengundi awal."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

13. PR-1361-U(27)100 Dato' Johari Bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini meminta Menteri Pengajian Tinggi melihat kembali peranan yang dimainkan oleh universiti-universiti tempatan. Mereka bukan sahaja bertanggung jawab mendidik mahasiswa supaya mendapat ilmu dalam bidang yang mereka diikuti di kampus tetapi universiti mesti menanamkan semangat untuk anak Malaysia mencipta pekerjaan bila lulus dan bukan lagi mencari pekerjaan. Para graduan mesti dibekalkan dengan ilmu perdagangan dan kreativiti walau apa pun bidang pengajian mereka di universiti. Dengan adanya ilmu ini mereka akan berani mencebur diri dalam alam perniagaan dan tidak mengharapkan makan gaji dengan pihak lain. Dunia makin mencabar dan kompetitif. Anak Malaysia mesti berani bertindak."

[ Menteri Pendidikan Tinggi ]

AUM DR 15/3/2018 21

14. PR-1361-U(27)101 Dato' Johari Bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini menggesa supaya Menteri Wilayah Persekutuan meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mempertingkatkan taraf kebersihan di Kuala Lumpur agar setanding dengan ibu kota negara jiran seperti Singapura dan Jakarta. Kekotoran di sekitar Chow Kit Road, Pudu Raya dan Kampong Baru amat memalukan."

[ Menteri Wilayah Persekutuan ]

15. PR-1361-U(27)102 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Dewan yang mulia ini bersetuju supaya cukai lapangan terbang di semak semula dan dicadangkan supaya diturunkan sejajar dengan hasrat dan kehendak rakyat yang sudah pun dibebani dengan pelbagai cukai dan kenaikan kos sara hidup."

[ Menteri Pengangkutan ]

16. PR-1361-U(27)103 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Dewan yang mulia ini bersetuju supaya cukai pelancongan yang dikenakan ke atas pelancong-pelancong asing yang menginap di hotel-hotel disemak semula bagi menarik ketibaan lebih ramai pelancong asing ke negara kita."

[ Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan ]

17. PR-1361-U(27)104 Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini untuk mengambil maklum bahawa pada 29 Januari yang lepas Mahkamah Persekutuan telah memberi suatu penghakiman yang bersejarah dalam kes Indira Gandhi vs Pendaftar Jabatan Islam Perak, di mana Mahkamah Persekutuan secara bulat suara memutuskan seperti berikut:

a. Pasangan yang memeluk Islam dan pasangannya yang bukan Islam perlu memberi persetujuan untuk pertukaran agama anak bawah umur kepada agama Islam.

b. Sijil Penukaran Agama yang dikeluarkan tanpa persetujuan kedua-dua ibu bapa adalah tidak sah dan hendaklah diketepikan memandangkan ia melanggar peruntukan dalam Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan dan juga Seksyen 5 dan 11 Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961. AUM DR 15/3/2018 22

c. Pendaftar Muallaf sebelum mengeluarkan Sijil Penukaran Agama anak bawah umur kepada Islam, perlulah mematuhi Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004 dan/atau peruntukan yang sama dalam Undang-undang Negeri di seluruh Malaysia.

d. Di dalam Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961, kedua-dua ibu bapa mempunyai hak yang sama dalam penjagaan dan pendidikan kanak-kanak tersebut dan hasrat kedua-dua ibu bapa juga perlu diambil kira. Penukaran suami kepada agama Islam tidak akan mengubah undang-undang yang sedia ada mahupun ia tidak akan mengeluarkan kanak-kanak tersebut daripada lingkungan Akta tersebut."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

18. PR-1361-U(27)105 Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan :-

"Bahawa sekitar tahun 2009, Kabinet Malaysia telah mengeluarkan suatu Arahan (Resolution/Directive) yang menyatakan bahawa, jika seseorang pasangan telah memeluk Islam, agama anak-anak keluarga tersebut hendaklah terus berada dalam status quo. Kerajaan telah mencadangkan suatu seksyen baharu, iaitu Seksyen 88A Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian ) 1976 untuk menolak penukaran agama secara unilateral, tetapi telah ditarik balik pada Ogos 2017. Dewan Rakyat ini telah menbuat ketetapan dan meminta Kerajaan untuk memperkenalkan semula Peruntukan yang menolak penukaran agama secara unilateral."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

19. PR-1361-U(27)107 Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik mengikut data di Jabatan Pendaftaran Negara."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

20. PR-1361-U(27)108 Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] akan mencadangkan :-

"Bahawa pengambilan pekerja asing dikurangkan serta merta untuk memberi peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan."

[ Menteri Sumber Manusia ]

AUM DR 15/3/2018 23

21. PR-1361-U(27)109 Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mencadangkan supaya Kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)."

[ Menteri Pendidikan ]

22. PR-1361-U(27)110 Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mencadangkan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia membatalkan pengundi pos kecuali untuk pengundi yang bermastautin di luar negara."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

23. PR-1361-U(27)111 Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat membahaskan dan memutuskan pendirian berkenaan ''Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership'' (CPTPP) yang merupakan gantian kepada TPPA."

[ Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri ]

24. PR-1361-U(27)112 Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini mengambil ketetapan untuk mengiktiraf Unified Examination Certificate sebagai syarat kemasukan yang setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk pengambilan ke dalam Institusi- Institusi Pengajian Tinggi Awam serta sektor perkhidmatan awam dalam negara Malaysia."

[ Menteri Pendidikan ]

25. PR-1361-U(27)113 Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini mengambil ketetapan untuk membubarkan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang terletak di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia sebagai suatu langkah yang penting ke arah untuk membendung berita-berita palsu yang dihasilkan oleh unit-unit propaganda yang berkaitan dengan Kerajaan Persekutuan."

[ Menteri Komunikasi Dan Multimedia ] AUM DR 15/3/2018 24

26. PR-1361-U(27)116 Tuan [ Kluang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini menggesa bahawa Laporan penuh Jawatankuasa Siasatan Bebas mengenai kejadian kebakaran Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 25 Oktober 2016 hendaklah diumumkan untuk makluman dan pengetahuan rakyat tentang punca-punca berlakunya kebakaran tersebut. Kerajaan juga didesak untuk menyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk mencegah dan mengelakkan tragedi kebakaran berulang lagi di mana- mana hospital atau pusat perubatan. "

[ Menteri Kesihatan ]

27. PR-1361-U(27)117 Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini menyokong cadangan menetapkan sebarang pembelian aset atau sistem pertahanan yang melebihi RM100 juta oleh Kementerian Pertahanan, mesti dibawa ke Parlimen dibahas dan diaudit oleh Jabatan Audit Negara supaya untuk syarat meneruskan pembelian ini. Ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan integriti dan keberkesanan pembelian sistem pertahanan. Ini adalah diakibatkan oleh pembelian Kapal Selam Scorpene telah menimbulkan banyak persepsi negatif terhadap negara."

[ Menteri Pertahanan ]

28. PR-1361-U(27)119 Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini memuatkan semua Jawapan-Jawapan Pertanyaan Jawab Lisan Harian Yang Tidak Dapat Dijawab, Jawapan-Jawapan Pertanyaan Bertulis, serta Undi-Undi dan Perjalanan Mesyuarat (Votes and Proceedings) bagi Dewan Rakyat dan ke dalam portal rasmi Parlimen Malaysia untuk memastikan ketelusan Parlimen."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

29. PR-1361-U(27)121 Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] akan mencadangkan :-

"Bahawasanya Dewan yang mulia ini meluluskan satu ketetapan supaya YAB Perdana Menteri dan seluruh anggota Menteri Kabinet mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada Dewan Rakyat tiap-tiap tahun pada bulan Disember."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

AUM DR 15/3/2018 25

30. PR-1361-U(27)123 Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] akan mencadangkan :-

"Bahawasanya Dewan yang mulia ini meluluskan satu ketetapan selaras dengan titah Majlis Raja-Raja Melayu di mana Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 dibentang dan dikaji semula di Dewan Rakyat dengan kadar segera."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

31. PR-1361-U(27)125 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini membahaskan keadaan kebakaran dalam negara dan usaha untuk mencegahnya."

[ Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

32. PR-1361-U(27)133 Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mempertimbangkan cadangan untuk menghalang dan mengharamkan penjualan arak murahan (cheap liquor) secara mudah dan murah yang semakin berleluasa. Gejala pengambilan arak murahan ini menimbulkan pelbagai masalah sosial seperti keganasan rumah tangga dan gangsterisme serta merosakkan organ dalaman. Di samping itu, kawalan dan penyeliaan terhadap kedai-kedai menjual arak perlu diperketatkan. Masa penjualan arak dan lokasi minum arak perlu dikaji. Kawasan tempat awam seperti di taman awam dan taman permainan kanak-kanak, minum arak wajib diharamkan. Dewan ini juga wajib mempertimbangkan penubuhan Pusat Pemulihan Arak (PPA) di setiap negeri di Malaysia untuk membendung masalah minum arak yang semakin berleluasa di kalangan anak muda merentasi sempadan bangsa dan agama."

[ Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

33. PR-1361-U(27)134 Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mempertimbangkan cadangan untuk kes kematian di bawah tahanan Polis DiRaja Malaysia, keluarga simati diberi kebenaran sepenuhnya untuk memperoleh Pakar Perubatan Forensik sendiri bagi mewakili pihak keluarga si mati semasa bedah siasat dijalankan."

[ Menteri Dalam Negeri ]

AUM DR 15/3/2018 26

34. PR-1361-U(27)135 Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mendesak agar pendidikan agama diperkenalkan di sekolah kepada pelajar bukan Islam sebagai langkah untuk menerapkan nilai- nilai murni dan keagamaan di kalangan pelajar bukan Islam bagi menangani gegala sosial yang kian meningkat dan berleluasa akibat daripada kegagalan sistem pendidikan di Malaysia."

[ Menteri Pendidikan ]

AUM DR 15/3/2018 27

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN RAKYAT)

TAHUN TARIKH 2018 RISALAT/DOKUMEN DIBENTANGKAN

DR.1 Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara 15 Mac 2018 -Pengurusan Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara  Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)  Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

ST.13 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 15 Mac 2018 Kumpulan Wang Simpanan Guru-Guru (KWSG) Bagi Tahun 2016.

ST.15 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 15 Mac 2018 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Bagi Tahun 2016.

ST.23 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 15 Mac 2018 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bagi Tahun 2016.

AUM DR 15/3/2018 28

**UCAPAN-UCAPAN ( PERATURAN MESYUARAT 17 BAHARU ) ( KAMAR KHAS )

Tarikh Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri Yang Ucapan Bertanggungjawab

1. 15.03.2018 1. YB Tuan Wong 1. Permasalahan Bekalan 1. YB Menteri (Khamis) Tien Fatt @ Elektrik di Kampung Bakau Tenaga, Wong Nyuk Foh Dan Kampung Sundang Teknologi Hijau (Sandakan) Jalan Batu Sapi Dan Air

2. 15.03.2018 2. YB Tuan Oscar 2. Masalah Yang Dihadapi 2. YB Menteri di (Khamis) Ling Chai Yew Oleh Pengundi di Kawasan Jabatan (Sibu) Sibu Perdana Menteri

** Ucapan-ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan Mesyuarat 17 Baharu)