Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Kedua
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KEDUA Bil. 30 Selasa 9 Jun 2015 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHAKAN MESYUARAT DI BAWAH P.M. 18(1): ■ Gempa Bumi Di Ranau, Sabah - Datuk Bung Moktar bin Raden (Kinabatangan) (Halaman 26 & 85) USUL-USUL: - Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 24) - Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 (Halaman 30) - Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah P.M.16(3) (Halaman 169) UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN: ■ Kelulusan Bomba Terhadap Pelan Bangunan Di Pulau Pinang - YB. Tuan Ng Wei Aik (Tanjong) (Halaman 169) ■ Status Bangunan Vivekananda Ashram - YB. Tuan M. Kulasegaran (Ipoh Barat) (Halaman 172) DR.9.6.2015 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KEDUA Selasa, 9 Jun 2015 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Soalan No. 1 - Dato' Ahmad Fauzi Zahari (Setiawangsa) tidak hadir] 2. Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam] minta Menteri Pendidikan menyatakan jumlah pinjaman pendidikan, bayaran balik dan faedah, upah dan lain-lain bayaran mengikut pecahan kategori yang dibayar kepada PTPTN dari 2001 hingga 2014. Nyatakan jumlah pelajar disenaraihitamkan oleh badan tersebut dalam tempoh yang sama. Timbalan Menteri Pendidikan [Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan]: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tempoh tahun 2012 hingga 2014 seramai 596,152 pinjaman telah diluluskan dan diterima oleh peminjam melibatkan peruntukan sebanyak RM15.19 bilion. Sehingga 31 Disember 2014, seramai 1,627,236 orang peminjam perlu membayar balik pinjaman berjumlah RM12.64 bilion. Daripada jumlah tersebut seramai 1,046,055 ataupun 64.28% peminjam telah mula membayar balik pinjaman dengan amount kutipan sebanyak RM5.69 bilion iaitu 45.02%. Bilangan peminjam yang masih gagal membuat bayaran balik ialah seramai 581,181 melibatkan amount tertunggak berjumlah RM4.51 bilion, manakala RM2.44 bilion baki tertunggak adalah oleh 1,046,055 orang peminjam yang membayar balik lebih rendah daripada ansuran yang ditetapkan. Dalam tempoh yang sama seramai 134,664 orang peminjam telah di senarai hitam daripada meninggalkan negara melalui Jabatan Imigresen Malaysia. Walau bagaimanapun, seramai 49,968 orang peminjam telah datang berbincang dengan PTPTN dan membuat bayaran. Baki peminjam yang masih disenaraihitamkan ialah seramai 84,696. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawatan tersebut tadi. Di sini saya hendak tanya ataupun – hendak tanya kepada kementerian, Tuan Yang di-Pertua. Ada satu Surat Pekeliling DR.9.6.2015 2 PTPTN Bil. 1/2014 menyatakan bahawa jumlah pembiayaan ataupun pinjaman PTPTN diturunkan sebanyak 5% bagi IPTA dan 15% bagi IPTS. Jadi saya rasa ini merupakan satu perkara yang macam tidak masuk akal kerana dalam keadaan rakyat kena GST, kos sara hidup meningkat dan kos pendidikan pun meningkat, jumlah pinjaman PTPTN yang boleh dipinjam pula menurun. Jadi saya hendak minta kementerian untuk menjawab bab ini dan memohon supaya kerajaan boleh mengkaji semula supaya reverse this policy sebab memang tidak masuk akal di dalam keadaan yang– yuran pendidikan di kolej-kolej swasta pada hari ini meningkat dan memang sebelum ini pun tidak dapat dicover ataupun ditampung sepenuhnya oleh PTPTN. Sekarang, turun lagi. Jadi akan membawa satu beban yang besar kepada anak-anak muda kita dan keluarga- keluarga terutamanya daripada yang berpendapat rendah. Saya nampak tadi jawapan Timbalan Menteri, collection ataupun bayaran balik sudah mencecah 45%. Saya rasa ini satu petanda yang baik dan walaupun angka ini boleh dinaikkan lagi tetapi sudah ada improvement. Jadi saya rasa mungkin kerajaan patut mempertimbangkan semula penurunan jumlah pinjaman ini. Terima kasih. Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan: Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan sentiasa akan memberi pertimbangan yang sewajarnya pada masa-masa yang berkenaan. Sepertimana yang saya telah maklumkan sebentar tadi, walaupun jumlah pembayaran ini lebih baik dari masa yang lalu tetapi kita tidak boleh berpuas hati. Keputusan ini dibuat kerana ramai peminjam yang harus membayar masih belum melakukan pembayaran. Oleh kerana pembayaran ini tidak dilakukan, maka dana yang ada kepada PTPTN ini tidak dapat diberi seperti mana yang telah diberi sebelum ini. Akan tetapi seperti mana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat dan juga dicadangkan oleh Yang Berhormat yang lain, Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga PTPTN sedia menerima cadangan-cadangan untuk menambah baik. Di antara sebab mengapa PTPTN diwujudkan ialah untuk membantu anak belia kita untuk melanjutkan pelajar mereka tanpa sebarang masalah. Itu harapan kita dan kita akan sentiasa bersedia menerima pandangan-pandangan untuk menambah baik sistem yang sedia ada di PTPTN. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. ■1010 Tuan Anuar bin Abd. Manap [Sekijang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita tahu PTPTN ini adalah antara punca sebenarnya sumber kewangan pelajar-pelajar kita untuk melanjutkan pelajaran baik di IPTA mahupun di IPTS. Cuma berdasarkan jawapan daripada Menteri tadi, boleh tidak pihak kementerian memaklumkan kepada kita, berapakah jumlah pelajar yang telah mendapat pengecualian bayaran pinjaman PTPTN ini? Bagaimanakah pelajar-pelajar yang cemerlang ini memohon untuk mendapatkan pengecualian daripada pinjaman PTPTN ini. Terima kasih. DR.9.6.2015 3 Tuan P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan: Terima kasih Yang Berhormat atas soalan yang di minta tadi. Ada jawapan. Okey. Tuan Yang di-Pertua, soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Sekijang sebentar tadi memang bertepatan dan soalan yang harus dibangkitkan. Kerajaan sentiasa akan menghargai dan juga memberi ganjaran-ganjaran yang terbaik kepada pelajar-pelajar cemerlang. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 30 April 2015, seramai 25,277 pelajar telah menerima pengecualian pinjaman PTPTN. Secara tidak langsung ataupun secara langsung, Tuan Yang di-Pertua. Ini merupakan pendidikan percuma. Apabila mereka meminta pendidikan percuma, inilah caranya kementerian dapat memberikan pendidikan percuma, 25,000 pelajar- pelajar ini telah diberi pinjaman PTPTN. Akan tetapi apabila mereka berjaya mendapat ijazah kelas pertama, PTPTN mengecualikan pinjaman-pinjaman ini. Ini merupakan insentif yang kita akan terus laksanakan dalam masa-masa ini supaya lebih ramai lagi pelajar-pelajar akan mengambil serius tentang pendidikan mereka. Sekiranya mereka mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, mendapat First Class Honors, PTPTN sedia mengecualikan bayaran mereka. Dari aspek kaedah permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman bagi Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama Yang Berhormat, mereka boleh memohon pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN iaitu dengan melengkapkan dokumen-dokumen yang sedia ada, mengisi borang akuan penerimaan pembiayaan yang boleh dimuat turun melalui portal PTPTN, salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan oleh bahagian akademik IPT berkaitan, salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan oleh bahagian akademik IPT berkaitan. Bagi peminjam IPTS, salinan perakaunan ataupun perakuan akreditasi dari MQA dan juga surat pengesahan Kelas Pertama, jika tidak dicatatkan perkataan Kelas Pertama pada ijazah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. 3. Datuk Wee Jeck Seng [Tanjong Piai] minta Perdana Menteri menyatakan apakah perancangan kerajaan terhadap status pekerja awam kontrak di setiap kementerian. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Shahidan bin Kassim]: Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan tidak meletakkan komitmen pekerja awam kontrak di setiap kementerian akan dilantik atau diserap kepada jawatan tetap. Sebaliknya, menjadi tanggungjawab pegawai lantikan kontrak untuk memohon jawatan secara tetap dengan pihak berkuasa melantik yang berkenaan berdasarkan kelayakan akademik dan juga pengalaman yang dimiliki. Pengalaman berkhidmat dengan kerajaan boleh dijadikan kelebihan dengan calon lain bagi dipertimbangkan pelantikan secara tetap. Walau bagaimanapun dari semasa ke semasa, kerajaan membantu pegawai lantikan kontrak yang akan menghadiri sesi temu duga bagi tujuan DR.9.6.2015 4 pelantikan secara tetap seperti melalui program coaching dan juga mentoring yang disediakan oleh Ketua Perkhidmatan yang berkenaan. Pada masa yang sama, pegawai tersebut juga didedahkan dengan program latihan bagi meningkatkan lagi kompetensi dalam bidang pekerjaan. Maka yang tersebut, pendedahan berterusan melalui program latihan dapat membantu pegawai untuk membuat sebarang persediaan bagi temu duga jawatan tetap. Namun begitu, seperti yang telah diumumkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa, kajian dan syor telah pun dibuat untuk dipertimbangkan ke jawatan tetap. Terpulang kepada pihak kerajaan untuk mempertimbangkan penyerapan pegawai-pegawai kontrak tersebut ke jawatan tetap. Ini adalah berdasarkan kepada kedudukan kerajaan dari semasa ke semasa. Datuk Wee Jeck Seng [Tanjong Piai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan. Apakah pendekatan ataupun langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan berhubung dengan status kakitangan kontrak yang selalu merasakan