EIA for the Proposed Mixed Development (Residential and Commercial) (429.22 acres) on part of Lot 10200 HS(D)28625, Mukim Ulu Sungai , Daerah , Johor Darul Takzim

RINGKASAN EKSEKUTIF

I. Pengenalan Cadangan Projek

Kajian Penilaian Kesan Awalan Impak keatas alam sekitar ini dijalankan untuk cadangan Pembangunan Bercampur (Perumahan dan Perniagaan) di atas Sebahagian Lot 10200 HS (D) 28625, Mukim Ulu Sungai Johor, Daerah Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. YPJ Plantations Sdn. Bhd. merupakan tuan tanah dan akan dibangunkan oleh Intact Corporate Approach Sdn. Bhd. Lokaliti tapak Projek ini adalah di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kota Tinggi. Permohonan Penilaian Awal Tapak (PAT) telah dihantar ke Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor pada 13hb Januari 2016 dan pihak Jabatan tiada bantahan dengan pembangunan ini diteruskan dengan syarat Laporan EIA dikemukakan untuk kelulusan.

Tapak Projek ini terletak di dalam Daerah Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Projek yang dicadangkan ini dikelilingi dengan ladang dengan pembangunan yang terdekat adalah YPJ College (300m) dan Orchard Golf and Country Club (1km). Tapak Projek ini terletak kira-kira 14km ke timur laut dari dan 30km ke barat dari Kota Tinggi. Dari segi geografi, tapak Projek berada pada latitud 1°43’46.37”N, 1°43’19.18”N, 1°43’22.50”N, 1°43’10.49”N, 1°43’30.98”N dan 1°42’47.51”N dengan longitud 103°41’32.27”E, 103°41’36.56”E, 103°41’52.45”E, 103°42’12.52”E, 103°40’59.57”E dan 103°41’26.09”E. Lokasi Tapak Projek adalah seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah A . Pembangunan yang dicadangkan ini boleh diakses melalui . Jalan Kulai – Kota Tinggi (FR94). North-South Highway  Exit from Kulai  Jalan Alor Bukit  Jalan Besar  Jalan Kulai – Kota Tinggi (FR94).

Pada masa ini, tapak projek ini dilitupi dengan pokok kelapa sawit, pokok renek dan kolam takungan. Berdasarkan Pelan Ukur, terdapat beberapa kolam yang sedia ada di utara, selatan dan bahagian timur tapak projek. Oleh kerana had jalan masuk ke tapak projek, keadaan semasa hanya boleh dilihat dari Jalan Kulai Kota Tinggi (FR94) dan Jalan Sungai Tiram.Keadaan sediada di Tapak adalah seperti yang ditunjukkan di Gambarajah B.

Cadangan Projek ini adalah pembangunan bercampur yang tertakluk kepada perkara 14 (c)(i) dan 18 di bawah Jadual Pertama Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Alam Sekitar) 2015 di bawah Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012.

Berdasarkan pada Draf Rancangan Tempatan Daerah Kota Tinggi 2020, Projek yang dicadangkan adalah terletak dalam Blok Perancangan 4 (BP4) – Kota Tinggi dibawah Blok Perancangan Kecil (BPK) 4.3 yang mana telah ditetapkan untuk pembangunan perumahan.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. I

EIA for the Proposed Mixed Development (Residential and Commercial) (429.22 acres) on part of Lot 10200 HS(D)28625, Mukim Ulu Sungai Johor, Daerah Kota Tinggi, Johor Darul Takzim

Gambarajah A: Lokasi Tapak Projek

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. II

EIA for the Proposed Mixed Development (Residential and Commercial) (429.22 acres) on part of Lot 10200 HS(D)28625, Mukim Ulu Sungai Johor, Daerah Kota Tinggi, Johor Darul Takzim

Gambarajah B: Keadaan Semasa Tapak Projek

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. III

EIA for the Proposed Mixed Development (Residential and Commercial) (429.22 acres) on part of Lot 10200 HS(D)28625, Mukim Ulu Sungai Johor, Daerah Kota Tinggi, Johor Darul Takzim

Pihak yang terlibat dalam pembangunan ini:- i. Pemilik Tanah: YPJ PLANTATIONS SDN. BHD. Aras 3, Wisma YPJ Holdings, 5, Jalan Sri Perkasa 1/3, Taman Tampoi Utama, 81200 , Johor. Tel.: 07-241 6651; Fax.: 07-241 6652 U/p : Haji Zainudin Haji Othman

ii. Pemaju INTACT CORPORATE APPROACH SDN. BHD. No. 3A-18, Jalan PJU 8/3, Bandar Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-7710 0502; Fax: 03-7710 0503 U/p .: En. Zakbah Harun iii. Perunding Projek Tribeca Real Estate Asset Management Sdn. Bhd. Suite 7.02, Level 7, WORK@Clearwater, Changkat Semantan, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur. Tel: 03-2093 0018; Fax: 03-2093 0108 U/p : Mr. Eddy Yau iv. Perunding EIA EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. (239233-K) No. 63A-2 & 65-2, Petaling Utama Avenue, Jalan PJS1/50,Taman Petaling Utama, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel. : 03-7783 3639/40; Fax. : 03-7784 3200 U/p. : Ms. Geetha P. Kumaran (C0020) (Ketua Kajian EIA)

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. IV

EIA for the Proposed Mixed Development (Residential and Commercial) (429.22 acres) on part of Lot 10200 HS(D)28625, Mukim Ulu Sungai Johor, Daerah Kota Tinggi, Johor Darul Takzim v. Jurutera Awam dan Struktur

SLP Perunding Sdn. Bhd. 10A, Lorong Datuk Sulaiman Satu, Taman Tun Dr. Ismail, 60000, Kuala Lumpur, Tel: 03-7728 6887; Fax: 03-7727 8372 U/p.: Ms. Alison Shreenawathi

vi. Jurutera Mekanikal dan Elektrikal Nitro Venus Sdn. Bhd. B-3A-13A, The Tube Prima Avenue, Jalan PJU 1/39, Dataran Prima, 47301 Petaling Jaya, Selangor Tel: 03-7886 8864 2088; Fax: 03-03-7886 8864 U/p.: Mr. Shim Hui Chin vii. Perunding Perancang dan Pembangunan Arkitek BEP Arkitek Sdn. Bhd. 6th & 7 th Floor, Bangunan 3M, 6A Persiaran Tropicana, 47410 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-7806 1888; Fax: 03-7806 2882 U/p.: Mr. Eason Lee

Perancang Consortium Aki-Planner No. 84-01, Jalan Indah 1/1, Taman Kempas Indah, 81300 , Johor Darul Takzim. Tel : 07-558 9014; Fax : 07-558 9015 U/p.: Dato’ Dr Hj. Yusof Bin. Hj. Ahmad

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. V

EIA for the Proposed Mixed Development (Residential and Commercial) (429.22 acres) on part of Lot 10200 HS(D)28625, Mukim Ulu Sungai Johor, Daerah Kota Tinggi, Johor Darul Takzim viii. Juru Ukur So Sun Sing Sdn. Bhd. 43-03, Jalan Permas Sepuluh/2, Bandar Baru , 81750 Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Tel.: 07-386 2822; Fax.: 07-386 2922 U/p.: Mr. Kelvin So

ix. Perunding Traffik RUNDING TRAFIK MZK SDN. BHD. F-9-3A, Block F, Setia Walk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, 47160 Puchong, Selangor Tel: 03-58791611 Fax: 03-58791612 Attn.: En. Mohammad Razif Mat Shah x. Makmal Akreditasi Spectrum Laboratories (Johore) Sdn. Bhd. (SAMM No.: 244)

18A, Jalan Molek 2/5, , 81100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Tel.: 07-353 9288 Fax: 07-358 1088 U/p.: Mr. Casey Kan

II. Alam Persekitaran Sediada

Persekitaran Fizikal a. Topografi • Dari pelan ukur tanah, morfologi Tapak Projek secara amnya menunjukkan bentuk muka bumi yang beralun dengan purata ketinggian berjulat antara RL30m hingga RL60m di atas min paras laut. • Puncak tertinggi (RL 65.003 m) adalah terletak di atas bukit di bahagian selatan Tapak Projek manakala kawasan tapak terendah (RL 18.543 m) adalah terletak di kawasan landai di bahagian utara Tapak Projek. • Berdasarkan kepada analisis kecuraman cerun, kira-kira 98.28% daripada kawasan Tapak Projek (i.e. 421.85 ekar) mempunyai kecuraman cerun kurang daripada 15 o dan hanya 1.72% daripada kawasan Tapak Projek (i.e. 7.37 ekar) mempunyai kecuraman cerun antara 15 o hingga 25 o.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. VI

EIA for the Proposed Mixed Development (Residential and Commercial) (429.22 acres) on part of Lot 10200 HS(D)28625, Mukim Ulu Sungai Johor, Daerah Kota Tinggi, Johor Darul Takzim

b. Saliran • Tapak Projek adalah disalir oleh tiga (3) anak cawangan Sg. Semangar iaitu terletak di sepanjang sempadan barat laut, di bahagian tengah dan di sepanjang sempadan tenggara Tapak Projek, yang mana kesemua anak sungai tersebut mengalir ke arah timur laut merentasi Jalan Kulai - Kota Tinggi (Jalan Persekutuan 94) sebelum discaj ke dalam Sg. Semangar yang kemudiannya mengalir mengikut arah timur ke dalam Sg. Johor berhampiran Kg. Semangar dan akhirnya discaj ke dalam Selat Johor berhampiran Tg. Surat selepas mengalir merentasi Bandar Kota Tinggi. • Terdapat tiga (3) muka sauk iaitu Takat Pengambilan Air Kota Tinggi berdekatan dengan Kg. Semangar, Takat Pengambilan Air Johor Bahru berdekatan dengan Kg. Sungai Telor dan Takat Pengambilan Air PUB Singapura berdekatan dengan Kota Tinggi yang masing-masing terletak kira-kira 12km, 19km dan 26.5km hilir Tapak Projek.

c. Aspek Geologi dan Tanah • Tapak Projek adalah terletak dalam kawasan batu konsolidasi berstrata Formasi Jurong yang terdiri daripada terutamanya sedimen klastik serta batuan tuf dan lava volkanik. • Berdasarkan kepada Peta Tanah Reconnaissance Semenanjung (Pindaan 2002), yang diterbitkan oleh Kementerian Pertanian, Malaysia, Tapak Projek ini terletak di atas tanah Assosiasi Rengam-Jerangau yang terbentuk daripada batu granit dengan bertekstur halus dan struktur yang jelas. • Dengan merujuk kepada Peta Hidrogeologi Negeri Johor (2008) yang diterbitkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia, Tapak Projek adalah terletak dalam kawasan rejim akuifer yang berkeupayaan tinggi di rantau ini

d. Gunatanah • Jenis gunatanah yang utama dalam kawasan impak adalah kawasan pertanian iaitu 25,455.03 ekar atau 93.54% dari keseluruhan kawasan impak. • Tanaman utama yang ditanam di sekitar tapak projek adalah kelapa sawit dan hortikultur (kampung. Kebanyakan kelapa sawit dan hortikultur adalah didapati di Ladang Yayasan Pelajaran Negeri Johor dan beberapa felda iaitu Felda Bukit Ramon, Felda Bukit Besar, Felda Pasair Raja and Felda Taib Andak. • Kawasan penempatan dan bukan pertanian merangkumi kawasan bandar dan yang berkaitan, lebuh raya / jalan utama, kawasan rekreasi dan talian kuasa adalah jenis gunatanah kedua utama dalam kawasan impak iaitu seluas 752.70 ekar atau 2.77%. Kolej YPJ dan Orchard Golf & Country Club adalah antara reseptor terdekat dengan tapak projek. • Jenis guna tanah yang diklasifikasikan sebagai tanah hutan terdiri daripada padang rumput terbiar dan hutan adalah penggunaan tanah utama ketiga kawasan impak iaitu, 739,21 ekar atau 2.72%. Guna tanah lain yang boleh didapati di dalam tapak projek beradius 5km adalah tanah lapang (0.86%) dan air (0.11%). • Tapak projek yang meliputi kira-kira 1.58% daripada keseluruhan kawasan impak adalah terdiri daripada kelapa sawit.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. VII

EIA for the Proposed Mixed Development (Residential and Commercial) (429.22 acres) on part of Lot 10200 HS(D)28625, Mukim Ulu Sungai Johor, Daerah Kota Tinggi, Johor Darul Takzim

• Penerima terdekat bagi cadangan Projek ini ialah bangunan sediaada Kolej YPJ di bahagian timur tapak projek. Orchard Golf & Country Club terletak di sempadan timur kira-kira 1.5 kilometer manakala terdapat sebuah ladang ayam yang sedia ada di bahagian utara tapak projek. Pembangunan perumahan yang terdekat adalah Felda Pasir Raja yang kira-kira 3.2km di kawasan utara manakala Felda Taib Andak dan Felda Bukit Ramun kira-kira 3.8km dari sempadan tapak Projek. Gambarah yang menunjukkan jarak penerima terhampir sediaada adalah seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah C . e. Kualiti Air • Penilaian kualiti air dasar projek dijalankan pada 11hb Februari 2016 di lapan (8) air sungai di takat persampelan yang mewakili dua sesi iaitu pagi dan petang. Persempelan dan analisa dilaksanakan oleh makmal akreditasi JSM i.e., Spectrum Laboratories (Johor) Sdn. Bhd. • Kualiti air yang diambil diringkaskan dalam Indeks Kualiti Air (WQI) seperti yang dijadualkan dalam Jadual B. Berdasarkan pada indeks WQI, menunjukkan kesemua sampel termasuk dalam Kelas I, dan II Piawaian Kualiti Air Negara.

Jadual B: Keputusan Penilaian Indeks Kualiti Air.

Lokasi WQI Lokasi Penerangan Persampelan Pagi Petang Kualiti Air Sungai

01° 43’49.5”N, 92 93 W 1 Mewakili hilir anak sungai Sg. Semangar 103° 41’46.7”E (Kelas II) (Kelas I) 01° 43’49.1”N, 95 93 W 2 Mewakili hilir anak sungai Sg. Semangar 103° 41’46.4 E (Kelas I) (Kelas I) 01°13’38.3”N, 96 96 W 3 Mewakili hilir anak sungai Sg. Semangar 103°40’54.5”E (Kelas I) (Kelas I) 01°43’84.2”N, Mewakili hulu anak sungai Sg. Semangar 95 89 W 4 103° 40’98.5”E (Kelas I) (Kelas II) 01° 43’56.9”N, Mewakili hulu pertengahan Sg. Semangar 92 96 W 5 103° 41’45.5”E (Kelas II) (Kelas I) W 6 01° 43’32.3”N, Mewakili hulu pertengahan Sg. Semangar 91 96 103° 40’10.8”E (Kelas II) (Kelas I) W7 01°44’17.8”N, Mewakili hilir Sg. Semangar 95 97 103°42’45.6”E (Kelas II) (Kelas I) W8 01°44’57.1”N, Mewakili hulu dari Takat Pengambilan Air di Sg. 90 95 103° 46’45.4”E Semangar (Kelas II) (Kelas I)

Sumber: Europasia Engineering Services Sdn. Bhd., 2016 Klasifikasi berdasarkan pada “National Water Quality Standards (NWQS ) for Malaysia”.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. VIII

EIA for the Proposed Mixed Development (Residential and Commercial) (429.22 acres) on part of Lot 10200 HS(D)28625, Mukim Ulu Sungai Johor, Daerah Kota Tinggi, Johor Darul Takzim

Gambarajah C: Jarak Penerima Terhampir dengan Tapak Projek

Adjacent Chicken Farm (Akan ditamatkanAdjacent lesen bila pembangunanChicken bermula) Farm

~300m YPJ College

~1.5km Orchard Golf and Cou ntry Club

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. IX

EIA for the Proposed Mixed Development (Residential and Commercial) (429.22 acres) on part of Lot 10200 HS(D)28625, Mukim Ulu Sungai Johor, Daerah Kota Tinggi, Johor Darul Takzim f. Kualiti Udara • Penilaian kualiti udara dijalankan dari 15hb hingga 18hb Februari 2016 di tiga (3) kawasan persampelan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual C. • Kualiti udara di tapak Projek dan kawasan persekitaran dianggap sebagai memuaskan memandangkan ketujuh-tujuh parameter terletak dalam julat yang dibenarkan oleh Garis Panduan Kualiti Udara Malaysia.

Jadual C: Penerangan Stesen Pensampelan Pemantauan Udara

Lokasi Lokasi Penerangan Persampelan o Point A1 01 73’13.16”N, Terletak di KYPJ dan TNB House 103 o70’03.56”E o Point A2 01 72’95.53”N, Terletak di Jalan Kulai – Kota Tinggi 103 o69’09.33”E o Point A3 01 72’74.48”N, Berhampiran dengan ladang kelapa sawit 103 o68’19.92”E

Sumber: Europasia Engineering Services Sdn. Bhd, 2016

g. Aras Bunyi • Tahap bunyi bising di kawasan persampelan N1, N2 dan N3 (lokasi yang sama dengan pengawasan kualiti udara) dijalankan dari 7:00 pagi hingga 10:00 petang bagi sesi waktu siang dan pada pukul 10:00 petang hingga 7:00 pagi bagi sesi waktu malam. • Keputusan analisa menunjukkan paras bunyi di N1, N2 dan N3 berada di atas had yang dibenarkan. Tahap bunyi yang tinggi mungkin disebabkan oleh bunyi bising daripada kenderaan yang melalui kawasan tersebut dan bunyi serangga pada waktu malam. h. Aras Gegaran • Kajian pemantauan terhadap tahap getaran telah dijalankan ke atas tiga (3) lokasi terpilih untuk tempoh 8 jam pada 15-17 Februari 2016. • Analisa keputusan menunjukkan bahawa tahap getaran pada V1, V2 dan V3 yang sedia ada berada dalam had yang dibenarkan.

Persekitaran Biologi • Tapak projek merupakan kawasan penanaman kelapa sawit oleh itu komposisi flora dan fauna dalam tapak adalah terhad seperti kawasan penanaman ladang lain yang terdapat di Semenanjung Malaysia. • Walaupun terdapat aktiviti-aktiviti pertanian dan perladangan di sekitar tapak projek termasuk pertanian, kawasan penempatan, lapang golf dan instutusi, namun terdapat juga Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) dalam lingkungan jarak 10-20km radius.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. X

EIA for the Proposed Mixed Development (Residential and Commercial) (429.22 acres) on part of Lot 10200 HS(D)28625, Mukim Ulu Sungai Johor, Daerah Kota Tinggi, Johor Darul Takzim

• The Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) terdekat ke arah tapak projek adalah Hutan Simpan Panti (Kawasan Penting Burung - MY014 ) dan Empangan Linggiu yang terletak lebih kurang 14km dan 20km dari tapak projek. • Komposisi flora dalam tapak projek terbahagi kepada dua (2) kumpulan iaitu jenis komersil dan pepohon sekunder. • Ketumpatan kelapa sawit yang dianggarkan kira-kira 148 pokok sehektar. Pokok-pokok kelapa sawit di tapak projek adalah tanaman lama, yang berusia 20 tahun ke atas.. • Tidak terdapat hutan primer dan sekunder dalam tapak projek dan persekitaran tapak projek. • Komposisi flora dalam tapak projek boleh dikategorikan sebagai densiti rendah kerana pokok-pokok yang terdapat dalam tapak projek adalah dari jenis yang lazim dijumpai dan tidak mempunyai nilai-nilai konservasi. • Sementara itu, ladang kelapa sawit di Johor Selatan mempunyai kejadian konflik manusia-hidupan liar yang kerap. Babi hutan aktif dalam sekitar ladang kelapa sawit Tapak Projek seperti ladang-ladang Felda yang ia akan makan anak pokok kelapa sawit muda atau anak benih yang menyebabkan kerugian kepada peladang kelapa sawit. • Di samping itu , beberapa ladang kelapa sawit di , , , dan lain-lain telah memasang pagar elektrik di sepanjang sempadan ladang untuk mengelakkan pencerobohan hidupan liar besar seperti Babi hutan memasuki ladang dan memusnahkan tanaman. • Bagi komposisi fauna, spesies yang boleh didapati dianggap kurang penting untuk pemuliharaan kerana ia tidak disenaraikan sebagai 'hidupan liar terpelihara, ini disebabkan kawasan habitat telah pun dikacauganggu dengan aktiviti perladangan dan pembangunan. • Tiada mamalia besar telah dicatatkan di kawasan ladang.

Persekitaran Sosio-ekonomi • Berdasarkan banci terakhir pada tahun 2010, jumlah penduduk di Mukim Ulu Singai Johor telah direkodkan pada 33,554 orang. • Unjuran tambahan penduduk apabila Projek beroperasi adalah dalam lingkungan 43,210 orang. Pembangunan yang dicadangkan ini akan melihat peningkatan 100% terhadap penduduk di Mukim apabila Projek beroperasi sepenuhnya. • Berdasarkan kaji selidik tapak dan maklumat yang diperolehi daripada Penggerak Projek, tiada penempatan manusia, struktur dan pekerja yang menetap di dalam tapak projek. • Daripada lawatan tapak, ia boleh disimpulkan bahawa sosioekonomi kawasan sekitar dari tapak projek adalah dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti dan dilengkapi dengan infrastruktur serta kemudahan awam yang lain. • Terdapat sebuah institusi pembelajaran yang sedia ada iaitu YPJ College pada arah timur tapak projek kira- kira 300 meter. Di arah timur kira-kira 1.5km terdapat Orchard Golf dan Country Club. Tidak ada kawasan perumahan di dalam 1 km radius dari tapak projek.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. XI

EIA for the Proposed Mixed Development (Residential and Commercial) (429.22 acres) on part of Lot 10200 HS(D)28625, Mukim Ulu Sungai Johor, Daerah Kota Tinggi, Johor Darul Takzim

III. Konsep Cadangan Pembangunan

• Berdasarkan pada cadangan projek pembangunan, Tapak Projek hanya akan membangunkan kira-kira 90% daripada keseluruhan kawasan pembangunan dengan built up unit dan infrastruktur manakala yang selebihnya 10% akan dijadikan kawasan lapang dan penampan. • Komponen penempatan merangkumi 49.04% dari keseluruhan peratusan pembangunan iaitu kira-kira 213.45 ekar daripada jumlah kawasan pembangunan untuk 5,304 unit rumah. Terdapat lapan (8) jenis rumah yang akan dibina iaitu Rumah Teres 1A, 1B, 2, 3A, 3B, Kondominium, Village Square (Perumahan Pelajar dan Rumah Mampu Milik. • Sektor komersial yang mana meliputi 20.21% (i.e., 91.58 ekar) daripada kawasan pembangunan terdiri daripada lima (5) plot komersial. • Infrastruktur dan utiliti yang dicadangkan dalam pembangunan ini adalah loji rawatan air kumbahan, tangki air, pencawang elektrik, kolam takungan, , dan rizab saliran. • Kolam tadahan meliputi jumlah kawasan 19.20 ekar tanah akan di naik taraf untuk kawasan rekreasi dan landskap. • Terdapat peruntukan untuk kawasan lapang dan kawasan hijau, dengan jumlah kawasan liputan 35.63 ekar yang dirancang untuk pembangunan yang dicadangkan. • Berdasarkan pada keseluruhan cadangan pembangunan, jalan bertar meliputi kira-kira 42.75 ekar tanah. • Dengan jumlah penduduk yang dianggarkan 43,210; keperluan kuatitatif kemudahan infrastruktur asas dan jumlah sisa terjana oleh jangkaan populasi setara (PE dirumuskan dalam Jadual D.

Jadual D: Anggaran Permintaan Utiliti dan Sisa Terjana Semasa Fasa Operasi Projek

Sektor Anggaran Penerangan Permintaan/Sisa Harian Permintaan • Dua (2) pencawang elektrik utama telah diperuntukkan untuk Elektrik maksimum elektrik menampung keperluan elektrik cadangan projek. 52.1 MWA • Sumber bekalan air ialah dari Syarikat Air Johor (SAJ) Air 12,495,821 L/hari • Air yang dirawat hendaklah disimpan di dalam tiga (3) buah tangki air yang terletak di bahagian utara, selatan dan timur pembangunan sebelum diagihkan kepada keseluruhan kawasan pembangunan. • Mana-mana air kumbahan dan “sullage” dari pembangunan yang Sisa 9,722,250 L/hari dicadangkan itu akan disalurkan ke dalam STP yang sedia ada yang Kumbahan dicadangkan di bahagian timur tapak projek melalui pembetung retikulasi oleh aliran graviti. • Pengutipan dan pelupusan sisa pepejal sewaktu fasa operasi adalah Sisa Pepejal 43,210 kg/hari di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kota Tinggi Sumber: Europasia Engineering Services Sdn. Bhd., 2016

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. XII

EIA for the Proposed Mixed Development (Residential and Commercial) (429.22 acres) on part of Lot 10200 HS(D)28625, Mukim Ulu Sungai Johor, Daerah Kota Tinggi, Johor Darul Takzim

Kerja tanah untuk keseluruhan tapak dijangka akan dijalankan antara 15 bulan manakala pembinaan bangunan dijangka akan dijalankan antara 2 tahun. Jadual pembangunan mungkin berbeza berdasarkan pada peringkat dan jadual sebenar kerja-kerja pembinaan adalah tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa tempatan.

IV. Impak-impak Alam Sekitar yang Signifikan

Isu-isu alam sekitar yang utama berhubung dengan aktiviti-aktiviti semasa pelapangan tapak, pembinaan dan fasa operasi. Impak-impak yang utama beserta dengan cadangan langkah-langkah kawalan diringkaskan dalam Jadual E.

V. Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP)

Selain daripada mencadangkan langkah-langkah kawalan, laporan ini juga menekankan formulasi dan perlaksanaan pelan pengurusan alam sekitar (EMP). Pelan ini perlu dianggotai pihak Pemaju, jurutera perunding, kontraktor dan perunding alam sekitar. Rancangan pengurusan dan program pengawasan yang dicadangkan untuk Projek ini di peringkat pembinaan dan operasi adalah seperti berikut: • Program pengawasan, latihan dan penyelenggaraan berkaitan struktur kawalan pencemaran; • Perlaksanaan langkah-langkah kawalan di tapak; • Perancangan kemajuan kerja di tapak; • Penyediaan langkah keselamatan berserta dengan langkah kecemasan; • Perlaksanaan rancangan pengurusan trafik yang telah di dokumentasi untuk memastikan keselamatan di tapak; • Pengawasan kualiti air, udara dan bunyi bising untuk menilai keberkesanan perlaksanaan langkah mitigasi yang telah dicadangkan. • Penilaian kualiti air, udara dan bunyi bising di kawasan tapak dan analisis makmal dilakukan oleh makmal yang mendapat kelulusan Jabatan Piawaian (Standard) Malaysia.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. XIII

EIA for the Proposed Mixed Development (Residential and Commercial) (429.22 acres) on part of Lot 10200 HS(D)28625, Mukim Ulu Sungai Johor, Daerah Kota Tinggi, Johor Darul Takzim

VI. Kesimpulan

Cadangan pembangunan ini akan dibangunkan di atas Sebahagian Lot 10200 HS (D) 28625, Mukim Ulu Sungai Johor, Daerah Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. YPJ Plantations Sdn. Bhd. merupakan tuan tanah dan akan dibangunkan oleh Intact Corporate Approach Sdn. Bhd. Lokaliti tapak Projek ini adalah di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kota Tinggi.

Dalam menilai integrasi cadangan Projek dengan persekitaran sediada tapak projek, masalah utama yang dijangka dari segi persekitaran fizikal ialah kesan hakisan tanah (pencemaran air, udara dan bunyi) ke atas persekitaran fizikal dan kesan kepada masyarakat sendiri sewaktu fasa kerjatanah dan fasa pembinaan. Sebahagian persekitaran biologi akan hilang sewaktu kerja pelapangan dan aktiviti pembinaan. Walaubagaimanapun, impak-impak yang dihasilkan oleh projek boleh dikurangkan dengan memperkenalkan berbagai langkah-langkah tebatan yang praktik dan kos efektif seperti yang dicadangkan dalam laporan ini. Kejayaan intergrasi cadangan pembangunan dengan persekitaran kawasan pembangunan akan menyumbang ke arah penerimaan sosial cadangan projek pembangunan ini. Dengan memasukkan konsep kesedaran terhadap alam sekitar dalam perancangan, pembangunan lestari boleh dicapai dan manfaat sosial ekonomi daripada Projek dapat mengimbangi impak-impak negatif.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. XIV