Jurnal Usuluddin (Julai – Disember 2012) 38:51-82 Manhaj al-Ḥarakī Sayyid Muḥammad Nūḥ dalam Karya Āfāt ‘alā al-Ṭarīq dan Pengaruhnya terhadap PAS Negeri Kedah Muhammad Arif Yahya1 Muhamad Alihanafiah Norasid2 Khader Ahmad3 Ishak Suliaman4 Abstrak Manhaj al-Ḥarakī merupakan aliran pemikiran yang berasaskan kepada dakwah dan tarbiah dan telah wujud secara praktikalnya dalam pendekatan dakwah para sahabat generasi awal Islam. Namun dari penjenamaan terma istilahnya, manhaj al-ḥarakī mula dipopularkan pada abad ke 20 terutamanya oleh gerakan Islam moden. Manhaj ini banyak digunakan oleh sarjana-sarjana Islam semasa yang terlibat secara langsung dalam gerakan Islam sebagai pendekatan dalam penulisan karya-karya mereka. Sayyid Muḥammad Nūḥ merupakan salah seorang sarjana Islam moden yang menggunakan manhaj ini melalui karya beliau, iaitu Āfāt ‘alā al-Ṭarīq. Karya ini dirujuki oleh gerakan dakwah semasa, terutamanya gerakan dakwah yang menggunakan pendekatan dakwah Ikhwan Muslimin. Kitab Āfāt ‘alā al-Ṭarīq merupakan di antara kitab rujukan yang tersenarai dalam Wikipedia al-Ikhwan al-Muslimun yang merupakan laman rasmi dan mengandungi bahan rujukan tarbiah Ikhwan Muslimin. Di Malaysia, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai sebuah parti politik juga berfungsi sebagai sebuah gerakan dakwah dan sering kali disebut pendekatannya selari dengan dakwah Ikhwan Muslimin. Di samping politik yang diperjuangkan oleh PAS, peranan tarbiah turut ditekankan dalam parti ini. Kitab Āfāt ‘alā al-Ṭarīq merupakan di antara kitab dan bahan tarbiah yang digunakan oleh PAS Kedah sebagai teks 1 Muhammad Arif Yahya, MA, adalah pelajar di Jabatan al-Qur’an dan al- Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dan Felo Penyelidik Jabatan Usuluddin, Universiti Kebangsaan Malaysia. Emel:
[email protected].