09 JUL 2002 Pendang-Othman OTHMAN ABDUL YAKIN ISU SIMPATI TIDAK GUGAT KEMENANGAN BN

ALOR SETAR, 9 Julai (Bernama) -- Calon (BN) kawasan Parlimen Pendang Datuk Othman Abdul yakin isu simpati PAS tidak akan menjejaskan peluangnya untuk merampas kembali kerusi berkenaan. "PAS telah sebarkan memori ke atas Allahyarham Datuk bagi mendapatkan undi simpati. Tetapi saya yakin isu ini tidak akan menggugat BN. "Hanya anggota PAS yang mungkin terpengaruh dengan isu terbabit tetapi tidak pengundi BN. Sokongan kepada BN tetap kuat dan kita kini meletakkan sasaran untuk menarik sokongan pengundi atas pagar," katanya pada sidang media selepas pengumuman calon BN di sini. Terdahulu, Menteri Besar Datuk Seri Syed Razak Syed Zain mengumumkan Othman sebagai calon BN di Parlimen Pendang manakala Datuk Zakaria Said mewakili BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Anak Bukit. Othman, 51, yang menjadi anggota Parlimen kawasan itu sejak 1986 tetapi tewas kepada Allahyarham Fadzil pada pilihan raya umum 1999, berkata kekalahannya ketika itu adalah kerana beberapa isu besar. Bekas Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri itu berkata beliau menyedari isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan boleh menggugat BN ketika itu. "Saya tewas kepada Allahyarham Fadzil atas isu itu. Tetapi kini, tiada isu yang boleh digunakan pembangkang dan atas sebab itulah, saya yakin untuk mencapai kemenangan kali ini," katanya. Beliau berkata pada pilihan raya umum 1999 lepas, kira-kira 11,000 anggota Umno tidak keluar mengundi kerana "isu Anwar". Katanya jentera BN yang bersemangat tinggi kini giat menarik sokongan golongan itu di samping pengundi atas pagar. Othman juga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Dr , Timbalannya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Syed Razak kerana memilihnya sebagai calon kerusi Parlimen Pendang. Othman, Ketua Umno Bahagian Pendang sejak 1986, dilahirkan pada 7 Mei 1951 di Kampung Paya Kechut, Pendang dan melanjutkan pelajaran dalam jurusan Sains Sosial di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1973. Beliau pernah menjadi Penolong Setiausaha di Perbadanan Kemajuan Negeri dan dilantik menjadi Penolong Pegawai Daerah Pendang pada Januari 1980. Othman dilantik menjadi Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri pada Mei 1987 dan pernah menjadi Pengerusi Majlis Amanah Rakyat selama dua tahun. -- BERNAMA MAN NAK