Nestlé Lancar Kilang MILO Terbesar Dunia Di Negeri Sembilan Kapasiti Pembuatan Diperbesar Untuk Eksport Ke Lebih 20 Negara SI
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
SIARAN MEDIA Nestlé Lancar Kilang MILO Terbesar Dunia di Negeri Sembilan Kapasiti pembuatan diperbesar untuk eksport ke lebih 20 negara CHEMBONG, 25 September 2019 – Nestlé Malaysia hari ini melancarkan Kilang Chembong yang telah diperkembangkan di Negeri Sembilan, menjadikannya tapak pembuatan MILO dan Pusat Kecemerlangan global terbesar di dunia. Pengembangan ini melibatkan naik taraf kemudahan pembuatan dengan peralatan pengeluaran lengkap yang moden bagi mengoptimumkan kapasiti dan keberkesanan yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing. Peningkatan kapasiti sebanyak 30 peratus akan memenuhi permintaan domestik yang semakin meningkat serta akan di eksport ke lebih 20 negara. Sejak mula beroperasi pada tahun 1993, Kilang Chembong MILO telah menjadi penyumbang utama ekonomi tempatan menerusi peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada komuniti tempatan di kawasan ini. Kompleks Kilang Chembong ketika ini mempunyai tenaga kerja Nestlé yang paling ramai di antara enam kilangnya di Malaysia. Pelancaran telah dirasmikan oleh YTM Dato' Lela Maharaja Dato' Haji Muhamad Sharip bin Haji Othman, Undang Luak Rembau dan YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan. Turut hadir sama adalah Encik Chris Johnson, Timbalan Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Zon Asia, Oceania dan Afrika Sub-Sahara, Nestlé S.A serta Encik Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad. YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan mengulas, “Pelaburan daripada industri berimpak tinggi seperti Nestlé Malaysia adalah menunjukkan keyakinan para pelabur kepada Kerajaan Negeri dalam menyediakan pembangunan ekonomi yang mantap menerusi inisiatif-inisiatif seperti projek ini adalah sejajar dengan pembangunan Malaysia Vision Valley 2.0 yang dirancang selain mencerminkan potensi ekonomi yang baik. Ini membuktikan dasar-dasar yang ditetapkan Kerajaan Negeri disambut baik. Pembesaran kilang Nestlé di Chembong akan terus mencipta peluang pekerjaan untuk belia di negeri ini, dan memacu peluang yang lebih besar untuk perusahaan tempatan di sepanjang rantaian nilainya.“ 1/2 Encik Juan Aranols berkata, “Kami percaya terdapat peluang ekonomi yang luas di Malaysia. Oleh kerana itu, kami telah melabur secara berterusan untuk mengembangkan perniagaan kami selama lebih 100 tahun di negara ini. Pelaburan bernilai RM90 juta untuk membangunkan Kilang Chembong di Negeri Sembilan sebagai tapak pembuatan MILO dan Pusat Kecemerlangan global terbesar di dunia selari dengan komitmen kami untuk terus meningkatkan operasi pembuatan kami dan menghasilkan produk Halal buatan Malaysia yang berkhasiat dan berkualiti tinggi untuk semua rakyat Malaysia.” “Pelaburan dalam kilang Chembong yang sedia ada ini membolehkan Kemudahan Pembuatan MILO kami mengoptimumkan operasi dan menambah baik produktiviti menerusi automasi dan digital, selain memanfaatkan ekonomi skala,” tambah Encik Aranols. “Malaysia adalah pasaran utama bagi Nestlé di seluruh dunia dan hab pembuatan utama di rantau Asia. Pengembangan ini menjadi bukti azam kami untuk memastikan pertumbuhan yang kukuh, menguntungkan dan mampan, selaras dengan komitmen kami untuk terus melabur di Malaysia sebagai hab pembuatan utama bagi Kumpulan Nestlé,” ujar Encik Chris Johnson. Pelbagai produk MILO dihasilkan di Kilang Chembong termasuk serbuk MILO, MILO 3-dalam- 1 dan MILO Kosong. Mengenai Nestlé Malaysia Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman yang terbesar di dunia. Berpusat di Switzerland, Nestlé bertapak di 189 negara di seluruh dunia, dan 328,000 pekerja kami komited dengan objektif Nestlé untuk menambah baik kualiti kehidupan dan menyumbang ke arah masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami ditunjang oleh strategi Nutrisi, Kesihatan dan Kebaikan. Sejak 1912, kami telah memberikan khasiat kepada rakyat Malaysia menerusi jenama dan produk-produk berkualiti, pada masa yang sama mengekalkan kecemerlangan dan integriti Halal kami. Ini selari dengan janji kami menyediakan ‘Good Food, Good Life’ kepada semua. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana kami memberikan khasiat kepada rakyat Malaysia selama lebih 100 tahun, layari www.nestle.com.my atau laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Maxine Lim Kanjana Ilango atau Alya Nurina Nestlé (Malaysia) Berhad acorn communications Tel: (+603) 7965 6650 Tel: (+603) 7958 8348 Mobile: +6012-353 1337 Mobile: +6012-602 2460 (Kanjana) or E-mail: [email protected] +6010-221 8216 (Alya) E-mail: [email protected] 2/2 .