Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Ketiga

Total Page:16

File Type:pdf, Size:1020Kb

Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Ketiga Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Bil. 55 Selasa 24 November 2015 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2016 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.28 (Halaman 25) Maksud B.29 (Halaman 81) Maksud B.30 (Halaman 126) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 24) Anggaran Pembangunan 2016 Jawatankuasa:- Maksud P.28 (Halaman 25) Maksud P.29 (Halaman 81) Maksud P.30 (Halaman 126) DR. 24.11.2015 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Selasa, 24 November 2015 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Dato' Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan [Parit] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan adakah sistem pendidikan tinggi mengambil kira aspek kemahiran insaniah dalam diri mahasiswa. Ini kerana pembelajaran di universiti pada masa kini, lebih berorientasikan kepada penilaian pencapaian akademik. Apakah langkah kementerian dalam memastikan graduan yang dihasilkan adalah seimbang daripada segi akademik dan insaniah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi [Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin]: Terima kasih Yang Berhormat Parit atas soalan berkaitan dengan penilaian pelajar daripada aspek kemahiran insaniah. Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 untuk pendidikan tinggi yang dilancarkan telah menggariskan hala tuju transformasi sistem pendidikan tinggi negara. Lonjakan Satu dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia pendidikan tinggi menetapkan strategi dan inisiatif untuk menghasilkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang. Bagi merealisasikan hasrat ini, terdapat keperluan untuk memperkasakan kaedah pentaksiran bersepadu di institusi pendidikan tinggi (IPT) dan ia akan dilaksanakan melalui pelaporan purata nilai kumulatif bersepadu (iCGPA). Kaedah pelaporan iCGPA menggambarkan pencapaian akademik dan penguasaan kemahiran insaniah yang holistik dan seimbang bagi memenuhi aspirasi pelajar PPPMPT yang merangkumi lapan domain hasil pembelajaran dalam spider web seperti berikut: (i) pengetahuan; (ii) kemahiran praktikal; (iii) kemahiran dan tanggungjawab sosial; (iv) nilai, sikap dan profesionalisme; (v) kemahiran komunikasi kepimpinan dan kerja berpasukan; (vi) kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran saintifik; (vii) kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat; dan, DR. 24.11.2015 2 (viii) kemahiran mengurus dan keusahawanan. Pelaporan iCGPA bertujuan membantu mengenal pasti kekuatan dan peluang penambahbaikan yang diperlukan oleh pelajar. Ia juga dapat membantu bakal majikan mengenal pasti kesesuaian graduan dalam memenuhi keperluan pekerjaan. Sekian, terima kasih. Dato' Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan [Parit]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Menteri sebentar tadi. Saya melihat bahawa iCGPA ini merupakan satu perkara baru yang pada pandangan saya amat bersesuaian untuk dilaksanakan pada masa kini memandangkan kita memerlukan para graduan yang dilahirkan bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah juga dalam kemahiran insaniah. Berdasarkan kepada modul pembangunan kemahiran insaniah untuk institusi pengajian tinggi, saya dapati latihan yang dilaksanakan adalah pendek iaitu satu bulan hingga dua bulan sahaja. Ini menyebabkan tidak semua bidang pembelajaran insaniah dapat dipenuhi. Kalau di negara maju, latihan ini dijalankan ... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, soalan. Dato' Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan [Parit]: Okey. Selama lebih daripada setahun. Jadi, soalan saya ... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ... Dato' Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan [Parit]: Soalan, soalan. Tuan Yang di-Pertua: Soalan. Dato' Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan [Parit]: Soalan saya ialah bila dan bagaimanakah iCGPA ini akan dilaksanakan oleh kementerian. Kedua, adakah semua universiti bersedia untuk melaksanakan iCGPA ini? Sekian, terima kasih. Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin: Terima kasih Yang Berhormat Parit atas soalan yang berkaitan dengan pelaksanaan iCGPA. Untuk makluman Yang Berhormat Parit, lima buah universiti rintis program fakulti sudah dijalankan pada bulan September tahun ini. Universitinya adalah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk Sarjana Muda Sains Komputer, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat yang terdiri daripada 100 orang pelajar dan universiti yang kedua yang melaksanakan iCGPA adalah Universiti Teknologi MARA untuk Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Seni Kulinari, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan yang terdiri daripada 40 orang pelajar. Universiti Malaysia Terengganu, sebuah universiti komprehensif juga melaksanakan iCGPA untuk Ijazah Sarjana Muda Komputer dengan Informative Maritime yang terdiri daripada 65 orang pelajar. Universiti Malaysia Pahang, sebuah universiti teknikal juga melaksanakan inisiatif ini untuk Sarjan Muda Sains Komputer Kejuruteraan Perisian dengan kepujian dan ini terdiri daripada 150 orang pelajar. ■1010 Universiti yang kelima adalah Universiti Malaysia Kelantan untuk Sarjana Muda Sains Gunaan Sains Kelestarian yang mempunyai 55 orang pelajar. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Sila. DR. 24.11.2015 3 Dato’ Mansor bin Othman [Nibong Tebal]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ialah bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan contoh-contoh kursus yang disebutkan dalam modul-modul tadi terutama sekali kepada pelajar-pelajar yang mengikuti bidang sains dan teknologi dan juga dalam bidang sains sosial? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin: Yang Berhormat, tadi saya sudah beritahu berkaitan dengan program sarjana yang berkaitan dengan sains dan teknologi serta kursus ini ditawarkan di Universiti Malaysia Pahang memandangkan ini ialah sebuah universiti teknikal dan kursus itu dijalankan di Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian. Sekian, terima kasih. 2. Dato' Dr. Mujahid bin Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Kesihatan menyatakan projek Hospital Parit Buntar yang terbengkalai sejak tapaknya dirasmikan pada tahun 2008. Timbalan Menteri Kesihatan [Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Parit Buntar. Sebelum saya menjawab, saya ingin mengalu-alukan rombongan 40 orang ahli Perkumpulan Perempuan Negeri Pulau Pinang yang berbaju warna biru itu, di atas sebelah sana. Tuan Yang di-Pertua, projek Hospital Parit Buntar merupakan salah satu projek dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Tapak projek yang dicadangkan adalah seluas 40 ekar di kawasan simpang Parit Buntar. Lebih kurang lima kilometer dari hospital sekarang di Parit Buntar. Hasil ujian tanah yang dilaksanakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya, mendapati keadaan tanah sedia ada memerlukan kerja-kerja tanah yang extensive dan melibatkan kos yang tinggi. Ini melibatkan reka bentuk hospital perlu diubahsuai bagi memastikan penggunaan tanah yang minimum bagi membendung kos. Bagi mempercepatkan pembinaan hospital, pelaksanaan projek dijalankan dalam tiga fasa. Fasa pertama ialah kerja-kerja awalan tanah dan lain-lain yang berkaitan, kosnya dalam RM150,000 dan telah pun siap pada 27 Disember 2012. Fasa kedua, kerja-kerja tanah dan rawatan tanah. Ini melibatkan tanah bendang Tuan Yang di-Pertua, tanah sawah, yang mana selut terpaksa dikorek dan ditambun dengan tanah merah dan ini melibatkan kos RM10,355,000 dan kerja telah siap pada bulan Jun 2015 dan ini pun terlewat dua bulan kerana kita juga prihatin tentang penanam padi, pesawah di sana. Kita memberikan peluang kepada mereka untuk menuai hasil dan lewat dua bulan, Tuan Yang di-Pertua. Fasa ketiga dijangka akan bermula pada bulan Julai 2016, tahun depan Tuan Yang di- Pertua. Designnya ialah untuk 76 buah katil dan semuanya ada Tuan Yang di-Pertua. Kalau lihat di sini, apa yang dirancang untuk hospital ini special kerana ada enam buah bilik klinik pakar, yang sedia ada cuma satu sahaja di hospital lama. Ada 10 buah mesin dialisis Unit Rawatan Rapi, ada mesin x-ray, enam buah bilik bersalin dan dua bilik bedah. Hospital yang lama tidak ada bilik bedah tetapi yang sekarang ini kita rancang terdapat dua buah dewan bedah Tuan Yang di-Pertua. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. DR. 24.11.2015 4 Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin penjelasan mengapakah daripada asal pengumuman yang dibuat pada tahun 2011 melibatkan 300 buah katil, kemudian tahun 2013 turun kepada 200 buah katil, kemudian dalam interview dengan DO menjadi 150 buah katil dan yang terkini dan jawapannya sudah kira pasti ialah 76 buah katil. Apakah 76 buah katil ini boleh meletakkan status Hospital Parit Buntar dan Bagan Serai sebagai hospital pakar? Kedua, peralatan ataupun logistik seperti ambulans yang hari ini sudah terlalu daif di Parit Buntar, mohon kementerian melihat kerana Parit Buntar terpaksa mengambil kira daripada Sungai Acheh di sebelah Penang, dari Perak, Bagan Serai dan Parit Buntar dan dari Kulim- Bandar Baharu, Kedah. Hospital paling dekat ialah Taiping di Perak dan Seberang Jaya di seberang. Jadi suasana itu menyebabkan kami di Parit Buntar dan saya kira Yang Berhormat Bagan Serai, sahabat saya juga akan mengalami masalah dari sudut kepadatan penduduk dalam suasana
Recommended publications
  • General Election 2013 Results - Sabah
    JOHOR | KEDAH | KELANTAN | MELAKA | NEGERI SEMBILAN | PAHANG | PULAU PINANG | PERAK | PERLIS | SELANGOR | TERENGGANU | SABAH | SARAWAK | W.P. KUALA LUMPUR | W.P. LABUAN | W.P. PUTRAJAYA KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 2013 - SABAH GENERAL ELECTION 2013 RESULTS - SABAH KAWASAN PILIHANRAYA PARLIMEN PERATUS UNDI NAMA-NAMA CALON DAN PARTI UNDI YANG STATUS MAJORITI & DEWAN UNDANGAN NEGERI UNDI DITOLAK DIPEROLEHI Names Of Candidates And Party Status Majority Parliament & State Constituencies Voting Votes Votes Polled Percentage Rejected P167 KUDAT 77.1 919 1. MOJURIP BIN DIYUN (SAPP) 963 HD 2. RAHIMAH BINTI MAJID (PKR) 9507 KLH 3. DATUK ABD RAHIM BIN BAKRI 21883 MNG 12376 (BN) 4. JUTIRIM BIN GALIBAI GALABI 3083 HD (STAR) N16701 - BANGGI 73.6 256 1. ABD MIJUL BIN UNAINI (BN) 4293 MNG 3239 2. MURSALIM BIN TANJUL 642 HD (BEBAS) 3. JAE-LY BIN MEDONG (SAPP) 533 HD 4. DATU ABDUL RAZAK BIN DATU 1054 KLH ABDUL SALAM (PKR) 5. DATU MOHD ARIFIN BIN DATU 479 HD ABDUL SALAM (STAR) 1. ZAINAL BIN NASIRUDDIN N16702 - TANJONG KAPOR 77.4 398 363 HD (BERSAMA) 2. ALEXANDRA @ ALEXANDER 35 HD ANTHONY (BEBAS) 3. HENDIRI @ HENDRY BIN 273 HD MINAR (STAR) 4. TSEN HENG CHONG @ PETER 500 HD TSEN (SAPP) 5. TEO CHEE KANG (BN) 8890 MNG 1985 6. CHIN CHUNG KUI @ WILLIAM 6905 KLH CHIN (PKR) 1. JOHNES @ ONIS BIN PIUT N16703 - PITAS 79.5 354 232 HD (SAPP) 2. AWANG LATIP BIN ABDUL 138 HD SALAM (KITA) 3. MAKLIN BIN MASIAU (STAR) 3111 KLH 4. DATUK BOLKIAH BIN ISMAIL 6934 MNG 3823 (BN) 5. DAUSIEH BINTI QUECK @ 976 HD PARAMAN (PAS) P168 KOTA MARUDU 78.5 911 1.
    [Show full text]
  • 23 November 2016
    Bil. 52 Rabu 23 November 2016 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS ________________________________________________________________________________________________________ Diterbitkan oleh: PENGGAL KEEMPAT CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA MESYUARAT KETIGA 2016 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 20) USUL MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DI BAWAH P.M.27(3): Menggantung Yang Berhormat Segambut Daripada Perkhidmatan Majlis Mesyuarat Selama Enam Bulan (Halaman 21) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Kewangan 2016 (Halaman 25) Rang Undang-undang Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Anugerah 2016 (Halaman 58) Rang Undang-undang Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar)(Pindaan) 2016 (Halaman 82) Rang Undang-undang Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan)(Pindaan) 2016 (Halaman 83) Rang Undang-undang Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Pindaan) 20 (Halaman 100) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2016 (Halaman 119) Rang Undang-undang Penerbangan Awam (Pindaan) 2016 (Halaman 138) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 20) Meminda Susunan Aturan Urusan Mesyuarat (Halaman 45) Menangguhkan Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Rang Undang-undang (Halaman 142) ________________________________________________________________________________________________________ Diterbitkan oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2016 DR 23.11.2016 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, P.S.M., S.P.D.K., S.U.M.W., P.G.D.K., J.S.M., J.P. 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, P.G.D.K., A.S.D.K.
    [Show full text]
  • Official Handover of the Four Seasons Hotel and Hotel Residences Kyoto, Japan
    Berjaya Corporation Berhad’s Quarterly Newsletter - Issue 2, 2016 KDN No : PP 7432/02/2013(031932) OFFICIAL HANDOVER OF THE FOUR SEASONS HOTEL AND HOTEL RESIDENCES KYOTO, JAPAN Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan (centre) shaking hands with Mr Takao Kanai. Looking on (from right to left): Mr Rainer Stampfer, Mr William Mackay, Mr Alex Porteous, Dato’ Francis Ng and Mr Yukio Yamada. 30 June 2016 marked the official handover of the Four Seasons Hotel and Hotel include function rooms, food and beverage outlets, swimming pool, fitness gym, Residences Kyoto (“Four Seasons Kyoto”) to Kyoto Higashiyama Hospitality Assets spa, sundries shop and ample parking bays. It is within walking distance of TMK (“Kyoto Higashiyama”) by its main contractor, Taisei Corporation of Japan tourist sites such as the Myohoin Temple, Sanjusangendo Temple, Kyoto National (“Taisei”). Kyoto Higashiyama is a subsidiary of Berjaya Kyoto Development (S) Pte Museum, Toyokuni Shrine and Kiyomizu-dera Temple, to name a few. Ltd (“Berjaya Kyoto”). Berjaya Kyoto is in turn a 50%:50% joint venture company between Berjaya Corporation Berhad and Berjaya Land Berhad. The hotel will be managed by Four Seasons Hotels and Resorts and is scheduled to have its soft opening in mid-October 2016 followed by a grand opening targeted to be in November 2016. Present at the handover ceremony at the hotel site in Kyoto was Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan, Founder of Berjaya Corporation Berhad and Dato’ Francis Ng, CEO of Berjaya Land Berhad. Taisei was represented by Takao Kanai, Managing Executive Officer of Kansai Branch, and Norimasa Tamura, Acting General Manager, Kansai Branch.
    [Show full text]
  • KKDR-31102016.Pdf
    Bil. 16 Isnin 31 Oktober 2016 M A L A Y S I A PENYATA RASMI PARLIMEN Parliamentary Debates KAMAR KHAS Special Chamber PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA K A N D U N G A N UCAPAN DI BAWAH USUL BEKENAAN PERKARA TADBIR KERAJAAN [P.M.17]: o Isu Penggantungan Biasiswa JPA - YB. Puan Teo Nie Ching (Kulai) m.s. 1 KKDR 31.10.2016 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, P.S.M., S.P.D.K., S.U.M.W., P.G.D.K., J.S.M., J.P. 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, P.G.D.K., A.S.D.K. [Beluran] - UMNO 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, D.I.M.P., S.M.P., K.M.N., S.S.A.P. [Kuala Krau] - UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Orang Kaya Indera Shah Bandar, S.P.D.K., S.S.A.P., S.S.S.J., S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S. (Pekan) – UMNO 2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, S.S.A.P., D.P.M.P., D.M.S.M., A.M.P., P.P.T., P.J.K., J.P., S.P.M.P., S.J.M.K. [Bagan Datok] - UMNO 3.
    [Show full text]
  • Participation of Women in Sabah up Slightly
    Headline Participation of women in Sabah up slight MediaTitle Daily Express (KK) Date 30 Apr 2013 Language English Circulation 30,557 Readership 97,836 Section Nation Color Full Color Page No 10,11 ArticleSize 1042 cm² AdValue RM 5,368 PR Value RM 16,104 But through parties outside the BN Participation of women in Sabah up slightly Mary Chin KOTA KINABALU: If anything, the 22 Baranting (BN­PBS) Of the 22 women candidates, 20 women candidates registering 26 • N12 K'arambunai: Datuk Jainab have pursued tertiary education per cent of the total number of can­ Ahmad Ayid (BN­Umno). while the remaining two have at didates in Sabah in the 13th General • N15 Api­Api: Liew Chin Jin least upper secondary education Election show an increase by seven (Christina Liew) (PKR) level. candidates over the 12th General • N16 Luyang: Datuk Agnes Shim And what is conspicuous is that Election in March 2008. Tshin Nyuk (BN­MCA) (Newcomer) for the first time in the history of The figure (22) is probably the • N16 Luyang: Chia Chui Ket @ Sabah Elections, seven of the women best so far since Sabah's indepen­ Melanie Chia (SAPP) candidates have legal qualifications dence in 1963. It is also heartening • N35 Melalap: Noorita Binti Sual and are either practising lawyers or to note that 13 of them are newcom­ (DAP) (Newcomer) ex­practising lawyers. The others are ers. ' • N38 Nabawan: Fatimah Binti an ex­government official, an econo­ Of the number, eight are BN can­ Agitor @ Mohd Noor (Independent) mist, a retired Super Principal and didates, four Star candidates, three (Newcomer) now an# education consultant, an PKR candidates, two PAS candidates, • N57 Sri tanjong: Olivia Chong accountant, a biochemist, an electri­ two SAPP candidates, one DAP can­ Oi Yun (Star) (Newcomer) cal engineer, a former banker, a for­ didate and two independent candi­ • N59 Tanjong Batu: Datuk Hjh mer music teacher, an ex­teacher, a dates.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Keempat Mesyuarat Ketiga
    Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA Bil. 52 Rabu 23 November 2016 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 31) USUL MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DI BAWAH P.M.27(3): - Menggantung Yang Berhormat Segambut Daripada Perkhidmatan Majlis Mesyuarat Selama Enam Bulan (Halaman 32) RANG UNDANG-UNDANG: - Rang Undang-undang Kewangan 2016 (Halaman 37) - Rang Undang-undang Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Anugerah 2016 (Halaman 86) - Rang Undang-undang Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar)(Pindaan) 2016 (Halaman 123) - Rang Undang-undang Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan)(Pindaan) 2016 (Halaman 125) - Rang Undang-undang Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Pindaan) 20 (Halaman 151) - Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2016 (Halaman 180) - Rang Undang-undang Penerbangan Awam (Pindaan) 2016 (Halaman 210) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 31) Meminda Susunan Aturan Urusan Mesyuarat (Halaman 67) Menangguhkan Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Rang Undang-undang (Halaman 216) DR. 23.11.2016 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA Rabu, 23 November 2016 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] __________________________________________________________________ JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh [Sabak Bernam] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan bilangan pengusaha bumiputera luar bandar yang telah mendapat kemudahan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) dan nyatakan sejauh manakah kementerian telah berjaya melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) dari kalangan luar bandar.
    [Show full text]
  • An Analysis of Women Political Empowerment in Malaysia Dr Rabi’Ah Aminudin Department of Political Science, International Islamic University Malaysia
    An Analysis of Women Political Empowerment in Malaysia Dr Rabi’ah Aminudin Department of Political Science, International Islamic University Malaysia Women's Participation in Elections in the Time of COVID-19 Pandemic: Indonesia and Malaysia Perspectives 05th December 2020 BAGIAN HUKUM TATA NEGARA, FAKULTAS HUKUM UNIVERSITAS JEMBER, INDONESIA ● Introduction ● The level of Malaysian women political empowerment ● Analysis of GE 14 (2018) ● Factors ● Current political situation ● Moving forward INTRODUCTION ● Women is politically under represented in the world despite being half of the world’s population at 49.5% in 2018 (World Bank, 2019) ● Globally, there is only 24% female representatives in legislature and meagre 18% female in ministerial positions. ● A number of studies have been done on female political representation but only focus on the implementation of gender quota as found in Krook (2009), Verge & Fuente (2013), Meier & Lombardo (2013), Krook & Zetterberg (2014), Clayton (2015), Akbar (2018), Verge (2018). ● Study by Lovenduski (2011) identifies the importance of political party in studying female political representation. Therefore, the current literature is not sufficient in exploring the role of political parties as agent of power that also hold the key to improve female political representation and participation. ● This presentation aims to provide an overall picture on Malaysian women’s political participation Background ● Parliamentary democracy-Fusion of power between executive and legislature- executive authority (PM and
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Kedua Mesyuarat Ketiga
    Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Bil. 53 Isnin 24 November 2014 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 24) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2015 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.45 (Halaman 30) Maksud B.46 (Halaman 88) Maksud B.30 (Halaman 135) Maksud B.48 (Halaman 163) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 25) Usul Anggaran Pembangunan 2015 Jawatankuasa:- Maksud P.45 (Halaman 30) Maksud P.46 (Halaman 88) Maksud P.30 (Halaman 135) Maksud P.48 (Halaman 163) DR.24.11.2014 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Isnin, 24 November 2014 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee] mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang berhormat, sebagai gentle reminder, soalan tambahan haruslah mengandungi hanya satu soalan dan dibuat secara ringkas, begitu juga jawapan-jawapan oleh pihak kementerian. 1. Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis] minta Menteri Pendidikan menyatakan tujuan penjenamaan semula Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025. Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin]: Terima kasih Yang Berhormat Lipis atas soalan yang berkaitan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk pengajian tinggi. Tuan Yang di-Pertua, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Pengajian Tinggi atau ringkasnya PPPMPT merupakan kesinambungan daripada Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang diselarikan dengan PPPM prasekolah dan pendidikan lepas menengah tahun 2013-2025.
    [Show full text]
  • Thirteenth General Elections (Ge13): Chinese Votes and Implications on Malaysian Politics
    Kajian Malaysia, Vol. 32, Supp. 2, 2014, 25–53 THIRTEENTH GENERAL ELECTIONS (GE13): CHINESE VOTES AND IMPLICATIONS ON MALAYSIAN POLITICS Lee Kam Hing1* and Thock Ker Pong2 1Social and Behavioural Sciences Research Cluster, University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia 2Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia *Corresponding author: [email protected] In their immediate reaction to the 13th General Elections (GE13) results, United Malays National Organisation (UMNO) leaders blamed lack of Chinese electoral support for the poorer results they obtained. This was despite the efforts of Najib Razak, the Prime Minister, in his campaign to win the Chinese over. That the Chinese largely voted against Barisan Nasional (BN) was evident in seats which were Chinese-majority. Nevertheless the opposition Democratic Action Party (DAP) also did well in mixed constituencies where the Chinese were not the majority. Opposition leaders and many commentators argued that the voting pattern in GE13 reflected not an ethnic but a regional as well as a class divide. Urban votes and a significant proportion of middle-class Malaysians, they insisted, supported Pakatan Rakyat (PR), the opposition, which gained a majority of the popular votes. This paper looks at the voting pattern of the Chinese as reflected in the results, changes in the politics of the Chinese since GE12, and ascertains what issues and concerns influenced the way the Chinese voted. It would also consider the implications the results have on Chinese representation in government and in opposition. Keywords: Barisan Nasional (BN), Democratic Action Party (DAP), Pakatan Rakyat (PR), Malaysian Chinese Association (MCA), United Malays National Organisation (UMNO) INTRODUCTION "A Chinese tsunami" was how the outcome of the keenly-contested Thirteenth General Elections (GE13) came to be described by Najib Razak and other Barisan Nasional (BN) leaders on the evening of 5 May 2013 (Tan, 2013).
    [Show full text]
  • Bppdp Bil. (04) 2015 Edisi April
    BPPDP BIL. (04) 2015 EDISI APRIL April 2015 Kajian keupayaan guru menerusi kerjasama Malaysia hab pendidikan global OECD Tan Sri Muhyiddin Yassin Kajian menyeluruh berhubung keupayaan guru bakal dilakukan menerusi penglibatan pakar Pertubuhan 1 Kerjasama Pembangunan dan Ekonomi (OECD) bagi membantu melonjakkan pencapaian pendidikan di Malaysia. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Seri Idris Jusoh Muhyiddin Yassin berkata, kajian yang Malaysia bersedia berkongsi pengalaman dan idea dengan akan mengambil masa kira-kira setahun negara lain dalam usaha memantapkan sektor pendidikan itu merangkumi pelbagai aspek bagi melahirkan modal insan berkualiti dan bertaraf dunia. termasuk pentadbiran sekolah sekali Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, gus membantu meningkatkan menerusi beberapa pelancaran pelan strategik pendidikan, profesionalisme guru. Beliau yang juga Malaysia kini berada pada landasan yang betul untuk Menteri Pendidikan berkata, seperti berperanan sebagai hab pendidikan global. Beliau berkata, mana negara maju, Malaysia juga dasar terbuka Malaysia yang sedia berkongsi idea dan menekankan aspek latihan berterusan pengalaman kini menjadi destinasi pilihan pendidikan kepada guru-guru dan program ini sudah pun lama berjalan. Menurutnya, pelajar antarabangsa terutama dari Asia Barat. Menurut pakar OECD akan menekankan aspek beliau, pelbagai pelan pendidikan yang dilancarkan sebelum lain seperti pentadbiran sekolah kerana ini adalah bersifat global serta menyeluruh, jadi ia bukan bukan sahaja berkisar dalam bilik darjah sahaja bakal memanfaatkan pelajar dari dalam negara tetapi juga aspek lain. Tan Sri Muhyiddin malah pelajar antarabangsa yang menuntut di Malaysia. menambah, pihak Kementerian Datuk Seri Idris berkata, dengan kedatangan ekspatriat dari Pendidikan akan menentukan skop pelbagai negara ke Malaysia menyebabkan berlakunya kajian selepas ini kerana pada masa ini permintaan tinggi terhadap pengembangan program dan masih di peringkat awal.
    [Show full text]
  • More Inside ASLI HOSTS ASEAN LEADERS
    Vol 2 2015: June PP 8307/12/2012(032066) www.asli.com.my ASLI HOSTS ASEAN LEADERS Seated are The Prime Ministers of Laos, Cambodia and Malaysia, Sultan of Perak, President of Myanmar, Chief Executive of Hong Kong Special Administrative Region and Representative of the Philippines President, Trade Secretary Gregory Domingo. Prime Minister Hun Sen, Tan Sri Michael Yeoh, Dato Sri Mohd Najib, Sultan Nazrin Shah, Secretary The Prime Minister arriving at the Forum received by ASLI Senior Vice President Mr. Max Say, CEO Tan Domingo, President U Thein Sein and Mr. C.Y. Leung (partly hidden). Sri Michael Yeoh and Senior Advisor Ms. Jean Wong. Sultan Nazrin Shah of Perak flanked by Dato Sri Mustapa Mohamed, Tan Sri Jeffrey Cheah,Tan Sri Chairman of ASLI Tan Sri Jeffrey Cheah greeting the President of Myanmar U Thein Sein. Michael Yeoh and Dato Seri Abdul Wahid Omar. ...more inside 12TH ASEAN LEADERSHIP FORUM Linking hands in ASEAN solidarity - Sultan of Perak, Chief Executive of Hong Kong and ASEAN Leaders. HRH Sultan of Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah arriving for the opening ceremony accompanied HRH Sultan of Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hitting the gong to open the Forum. Looking on are Dato’ by Tan Sri Michael Yeoh, CEO ASLI. Sri Mustapa Mohamed, MITI Minister, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah, Chairman, ASLI, Tan Sri Michael Yeoh, CEO ASLI and Dato’ Sri Abdul Wahid Omar, Minister in the Prime Minister’s Department. In conjunction with the 26th ASEAN Summit hosted and chaired by Abdul Wahid Omar in his speech lauded ASLI for its initiative in bringing Malaysia, ASLI organised the 12th ASEAN Leadership Forum.
    [Show full text]
  • The 13TH Malaysia Elections Issues, Trends and Future Trajectories
    No. 30 RSIS Monograph he 13th Malaysian General Election proved to be most hard-fought in Malaysia’s history yet. The result of the election bear testament to this claim; despite winning Tmore than half of the votes, the opposition still cannot break Barisan Nasional’s dominance in parliament. This collection of articles from our experts attempts to underline the dynamics behind the result. We explore pertinent themes that influenced the outcome including identity politics, religious dynamics, as well as the impact of public policy agendas, not only from the theoretical perspective, but also through intensive fieldwork. At the same time, the aftermath of the Th elections was scrutinised in order to provide a nuanced The 13 Malaysia elecTions understanding of the complex political underpinnings in issues, Trends and FuTure TrajecTories Malaysia today. This book will be relevant for students of Malaysian politics and the general public alike. The 13 Th MalaySIa e MalaySIa lec TIONS Mohamed Nawab Bin Mohamed Osman Mohamed Nawab edited by RSIS Monograph No. 30 Mohamed Nawab October 2014 Bin Mohamed Osman NanyangNanyang Technological Technological University University BlockBlock S4, S4, Level Level B4, B4, 50 50 Nanyang Nanyang Avenue, Avenue, Singapore Singapore 639798 639798 Tel:Tel: +65 +65 6790 6790 6982 6982 | Fax:| Fax: +65 +65 6794 6794 0617 0617 | www.rsis.edu.sg| www.rsis.edu.sg xiii xi RSIS MONOGRAPH NO. 30 THE 13TH MALAYSIA ELECTIONS ISSUES, TRENDS AND FUTURE TRAJECTORIES Edited by Mohamed Nawab Bin Mohamed Osman S. Rajaratnam School of International Studies Note The opinions expressed herein are those of the authors and do not necessarily reflect those of RSIS.
    [Show full text]