(SNIPPETS) Chedet.Co.Cc February 27, 2009 by Dr. Mahathir Mohamad
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
SOUND BITES (SNIPPETS) Chedet.co.cc February 27, 2009 By Dr. Mahathir Mohamad Dalam bahasa multimedia perkataan "Snippets" sudah diganti dengan "Sound Bites". Snippets terhad kepada media cetak tetapi "Sound Bites" meliputi semua media - cetak, radio dan televisyen. Justeru saya akan guna "Sound Bites" sekarang. Saya tidak akan guna bahasa kebangsaan kerana mungkin ramai tak akan faham "Bunyi Gigit". SOUND BITE Semasa saya kecil kasut yang terkenal dari England ialah "Kasut Barat" (Barrat Shoes). Akibat kegawatan yang melanda United Kingdom syarikat yang mengeluarkan kasut Barrat selama hampir seratus tahun sudah bankrap dan ditutup. "Woolworths" adalah sebuah gedung runcit yang terkenal dan mempunyai beratus cawangan diseluruh Britain. Baru-baru ini Woolworths juga sudah ditutup dan beribu pekerjanya menganggur. Beberapa daripada cawangan Woolworths ini sudah diambil alih oleh "Kedai Kelin" di United Kingdom yang menjual aneka jenis barang dengan harga 99 pence. Sekarang Britain sudah jadi miskin kerana penipuan oleh bank-bank gergasi mereka. Nilai pound jatuh daripada RM7 = 1 Pound Sterling kepada RM5.20 = 1 Pound Sterling. Ada barang di sini lebih murah daripada di Malaysia. KEBEBASAN BERSUARA Barat berbangga dengan kebebasan bersuara mereka. Negara Asia termasuk Malaysia dikritik kerana tidak ada kebebasan bersuara. Tetapi tidak ada kebebasan bersuara di Eropah jika ia melibatkan kritik terhadap Yahudi. Jika sesiapa mengkritik Yahudi maka mereka akan dilabel oleh media sebagai "anti-semitic". Lebih daripada itu sesiapa yang mengkritik cerita "holocaust" iaitu pembunuhan orang Yahudi oleh Hitler, mungkin akan ditangkap dan dipenjara. Yang lebih aneh lagi ialah perbezaan dasar antara Negara-negara Eropah. Di United Kingdom kritikan terhadap "holocaust" tidak dianggap jenayah. Tetapi jika pengkritik mengkritik di United Kingdom dan kemudian pergi ke Negara yang anggap kritikan itu jenayah, maka Negara itu masih boleh ambil tindakan undang-undang terhadap kritikan yang dibuat di United Kingdom. Demikian seorang penulis sejarah telah mengkritik "holocaust" di United Kingdom. Apabila dia membuat lawatan ke Austria dia telah ditangkap, dihadapkan ke mahkamah dibawah undang-undang Austria, didapati bersalah dan dipenjara. Saya terbaca dalam "The Guardian" akhbar British, bahawa seorang bishop mazhab Katolik dari UK yang telah menyoal kebenaran "holocaust" semasa di Argentina telah dihalau keluar daripada Negara itu dengan serta-merta. Argentina adalah sebuah Negara Katolik tetapi demikianlah pengaruh Yahudi sehingga orang katolik, bahkan Paderi katolik tidak boleh menyoal apa-apa berkenaan dengan "holocaust". Yang jelas daripada dua peristiwa ini ialah kebebasan bersuara yang kononnya dijunjung tinggi oleh orang Eropah yang hendak dipaksa keatas seluruh dunia, adalah pembohongan semata-mata. Mereka tidak amalkan kebebasan bersuara apabila kepentingan mereka tergugat. Lebih-lebih lagi kepentingan Yahudi. Sebab itu tapisan dibuat keatas berita berkenaan Gaza. PENGANGGURAN DI BRITAIN United Kingdom sedang mengalami kemelesetan ekonomi yang amat teruk. Pengangguran sudah melebihi dua juta. Diantara yang menganggur terdapat hampir 700,000 ahli profesional. Melihat keadaan ini saya khuatir profesional Malaysia juga ramai yang akan menganggur. Berbilion pound sterling sedang digunakan oleh Kerajaan United Kingdom untuk memulihkan semula ekonomi. Tetapi tindakan ini tidak berkesan. Tidak dapat tidak United Kingdom dan lain-lain negara maju akan menjadi miskin. Sebenarnya pendapatan per kapita yang mereka banggakan dahulu tidak mencerminkan kekayaan mereka yang sebenar. Kekayaan mereka dahulu adalah hasil penipuan oleh pemain pasaran wang. Perkiraan purata mereka tidak memberi gambaran yang benar. Oleh kerana terdapat bilangan yang kaya yang begitu ramai maka perkiraan purata (average) per kapita mereka meningkat. Ini dapat kita lihat apabila seorang daripada seribu orang menjadi jutawan dan 999 menganggur, jika diambil pendapatan purata bagi 1,000 orang ini, pendapatan tiap seorang daripada mereka ialah seribu Dollar. Jelas yang angka per kapita yang disebut tadi menyembunyi pendapatan yang amat rendah bagi majoriti rakyat negara yang dikatakan kaya ini. Apatah lagi dengan billionaire yang begitu ramai di negara kaya. Sekarang orang yang kaya sudah tidak kaya lagi. Justeru itu pendapatan per kapita negara kaya ini akan jatuh dengan teruk. Mereka tidak akan dapat pulih kekayaan mereka sehingga bertahun-tahun. Ini adalah oleh kerana membuat wang yang banyak melalui penipuan seperti dahulu tidak lagi akan dapat membantu pemulihan. Pedagang matawang umpamanya tidak lagi boleh menekan nilai matawang seperti pada 1997-98 dan mendapat keuntungan berbilion ringgit dalam masa yang singkat. Bank tidak lagi boleh beri pinjaman kepada orang yang tidak berkemampuan bayar hutang (sub-prime) untuk untung besar. Dan banyaklah cara-cara penipuan yang lain yang melibat hedge funds dengan derivatives mereka yang tidak lagi dapat memperkayakan mereka. Kerana cara-cara buat duit cepat dan banyak ini tidak lagi terbuka pada mereka, ramai yang akan tidak sekaya dahulu. Ada yang sudah bunuh diri pun. Sumbangan mereka kepada Keluaran Dalam Negara dan per kapita akan turun dan kekal di paras yang rendah buat bertahun-tahun. Harapan mereka bahawa melalui bailout mereka akan pulih seperti sebelum kegawatan tidak akan jadi kenyataan. Malangnya kemiskinan mereka akan mempunyai kesan kepada seluruh dunia termasuk Malaysia. 332 Comments By shahnanAuthor Profile Page on February 27, 2009 3:28 PM dear tun, this is the time we can take over their big company, macam lotus dulu tuh. By new_delAuthor Profile Page on February 27, 2009 3:29 PM makan dalam tu Tun pasal terjemah english ke malay...hehehe...very cynical By smellykenzoAuthor Profile Page on February 27, 2009 3:42 PM salam tun, mayb sy tak byk pengetahuan ttg ekonomi dunia mahupun hal2 berkaitan..tp, melalui blog tun ni, byk juga yg saya dh tau dan faham serba sedikit.. terima kasih tun.. semoga tun sht slalu.. By ddinooAuthor Profile Page on February 27, 2009 3:43 PM Salam Tun dan Keluarga... Penipuan akan membawa kehancuran di sebabkan tiada keberkatan. Manusia ingin cepat kaya dan lupa yang mereka akan mati juga akhirnya. Adakah mereka fikir semua ini? Tun masih pemimpin yang terhebat..teruskan... By zanazAuthor Profile Page on February 27, 2009 3:44 PM Dear Tun, You're completely right! I'm a firm believer in the practise of Islamic Finance. Sub-Prime or whatever it's being called won't arise if Islamic banking & finance is being implemented. And I'm not talking about the cut & paste version from the conventional banking, but an Islamic finance in its truest form. It also sadden me to the very core to see those who suffer in Gaza. And I'm pretty sure most of us feels the same. Just a few hours ago I saw the volunteers asking for donation (for Gaza) in KLCC Putra LRT station, and I noticed they tried as much as possible to keep smiling & urging people to donate. Not many did though. At least they tried to do something. What about the rest of us? Kadang-kadang kita ni cakap tak serupa bikin. By azmanyAuthor Profile Page on February 27, 2009 3:44 PM 1. Woolworth, Waterford Wedgwood, Adam Kids Childrenwear, Whittard. They are all well known British brands and they are all bankrupt. In fact one of the largest investor in UK has a practical advise to young people in England. "Move out of England. Go to China, learn Chinese" 2. Freedom of Speech. All the champions of freedom of speech will champion freedom of speech against authority. At the same time though, other people's right of speech against them is not allowed. In fact they will sue. Right so, Karpal 'Singh is King' Singh. 3. The current wave is increasingly for anarchy and against rules. Against religion and god. What does it mean? By gie7Author Profile Page on February 27, 2009 3:49 PM salam tun. sebut pasal kebebasan bersuara saya nak komen mengenai kebebasan media.baru ni saya ada terbaca dalam blog rocky bru yang wartawan kena 'sound' oleh ahli pembangkang.nape mereka nak marah kat media.kalau kerajaan nak marah kat media,logik sbb pembangkang adalah juara kepada kebebasan media.pasal ekonomi, kalau tun ada kelapangan dan kesempatan, tolong ulas pasa majlis tindakan ekonomi negara semasa zaman tun.bagaimana cara kerja mereka dan bagaimana mereka boleh melakukannya kembali tuk malaysia.saya terbaca salah seorang ahli sub mten berkata dia bermesyuarat dalam tempoh 2 bulan lebih daripada 200 msyuarat kerana data berubah setiap jam n setiap jam data akan d hantar terus kepada pm tun sendiri selaku pm.kerana tidak pernah ada seorang pun bercerita secara penuh tugas dan pengorbanan anggota mten pada zama kegawatan khsusunya 1997 1998 dan 1999. By haziqdanielAuthor Profile Page on February 27, 2009 4:00 PM TUN... HOPE U R IN THE PINK OF HEALTH... i'm waiting for u to comment about PPSMI THANKS By arkAuthor Profile Page on February 27, 2009 4:03 PM Tun yang saya kagumi, A'kum.. wbt.. Yahudi laknatullah mereka cipta segala kemusnahan kepada manusia dan alam semesta. Pelbagai tipu helah mereka utk mengabui pemikiran manusia dilakukan tanpa rasa bersalah. Apa saja yang dilakukan semuanya mesti dianggap dan dilabelkan sebagai betul dan benar belaka. Perkataan "Holocaust" ciptaan Yahudi Zionis supaya manusia di muka bumi ini harus simpati dan mengakui pembunuhan beramai-ramai berlaku terhadap bangsa Yahudi. "Holocaust" sepatutnya diberikan kepada bangsa Palestin yang dihina dan dibunuh melebihi 5 dekad, tanah rakyat palestin diceroboh, dirampas, rumah-rumah diroboh,