Notis Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat Dan Lanjutan Tempoh Catuan Di Peringkat Pertama Dan Ketiga Bagi Negeri Selangor
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
NOTIS CATUAN BEKALAN AIR PERINGKAT KEEMPAT DAN LANJUTAN TEMPOH CATUAN DI PERINGKAT PERTAMA DAN KETIGA BAGI NEGERI SELANGOR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA Adalah dimaklumkan berikutan keputusan Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan jumlah pengurangan pelepasan air mentah dari 500 Juta Liter Sehari (JLH) kepada 1,000 JLH dari Empangan Sungai Selangor dan 30 JLH dari Empangan Klang Gates, pihak SYABAS telah diminta oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menyediakan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ke Empat untuk dilaksanakan bagi menghadapi pengurangan bekalan air terawat yang disebabkan oleh keputusan ini. Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ke Empat ini telah diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada 28 Mac 2014. Perlaksanaan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ke Empat ini melibatkan beberapa kawasan baru sebagai tambahan kepada kawasan-kawasan yang terlibat di dalam Pelan Catuan Peringkat Ketiga di sembilan (9) wilayah iaitu daerah Gombak, Hulu Selangor, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Kuala Selangor. Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ke Empat akan berkuatkuasa mulai 4 April 2014 hingga 30 April 2014 atau ke satu tarikh yang akan diputuskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Pada masa yang sama Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga yang sedang berjalan pada masa ini dilanjutkan mulai 1 April 2014 sehingga ke satu tarikh yang sama seiring dengan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ke Empat. Adalah dengan ini dimaklumkan juga bahawa Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ke Empat ini akan dilaksanakan secara berasingan (separately) dengan jadual yang berlainan daripada Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga (Zon 1 dan 2). Kawasan tambahan yang telibat di dalam Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ke Empat dibahagikan kepada Zon 3 dan 4. Walaubagaimanapun terdapat beberapa kawasan tambahan kepada Zon 1 dan Zon 2 pada Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ketiga seperti yang diperincikan di dalam Notis Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat ini dan akan dilaksanakan mengikut jadual pelan tersebut. Kawasan-kawasan yang terlibat di dalam Zon 1 dan Zon 2 di dalam Pelan Catuan Peringkat Pertama dan Ketiga ini adalah sama seperti yang disenaraikan di dalam notis yang dikeluarkan kepada pengguna masing-masing pada 25 Februari 2014 dan 7 Mac 2014 yang lalu. Bagi mendapatkan maklumat mengenai kawasan yang terlibat, para pengguna disarankan merujuk kepada notis tersebut di laman web SYABAS ( www.syabas.com.my ). Untuk makluman, perlaksanaan Catuan Bekalan Air ini akan diselaras oleh pihak SPAN dengan sumber-sumber daripada Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Persekutuan dan SYABAS. Berikut adalah Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ke Empat untuk makluman dan panduan semua pengguna yang terlibat:- 1. TEMPOH PERLAKSANAAN PELAN CATUAN BEKALAN AIR PERINGKAT PERTAMA, KETIGA DAN KE EMPAT Bermula pada 27 Februari (Khamis) hingga 30 April 2014 atau satu tarikh yang akan diputuskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. 2. KAWASAN TERLIBAT Kawasan yang terlibat adalah:- • Peringkat Pertama (Zon 1 dan 2) – seperti tersenarai di dalam notis catuan bertarikh 25 Februari 2014 • Peringkat Ketiga (Zon 1 dan 2) – seperti tersenarai di dalam notis catuan bertarikh 7 Mac 2014 dan kawasan tambahan seperti di dalam JADUAL 16, 17, 18 dan 19 • Peringkat Empat (Zon 3 dan 4) – seperti tersenarai di dalam JADUAL 1 hingga 15. 3. JADUAL CATUAN BEKALAN AIR • Jadual catuan berdasarkan konsep pembekalan air: setiap zon bergilir-gilir dua (2) hari dapat air dan dua (2) hari tiada air (Zon 1 bergilir dengan Zon 2; Zon 3 bergilir dengan Zon 4) di peringkat masing-masing • Untuk zon yang dijadualkan ada air, pengguna dijangka mendapat bekalan air pada jam 4 petang pada hari pertama zon tersebut dijadualkan ada air. Bekalan air dijangka berterusan selama kira-kira 41 jam sehingga ditutup semula pada jam 9 pagi 2 hari selepas itu. • Untuk zon yang yang dijadualkan tiada air, bekalan air kepada pengguna dijangka mula terhenti pada jam 9:00 pagi pada hari pertama zon tersebut dijadualkan tiada air. Tempoh tiada air dijangka selama kira-kira 55 jam sehingga dibuka semula pada jam 4 petang 2 hari selepas itu. • Oleh kerana perbezaan jarak di antara kolam air dengan setiap premis pengguna; dan perbezaan paras ketinggian kawasan pengguna dengan kolam air, masa sebenar pengguna mendapat bekalan air dijangka berbeza beberapa jam dari masa yang dijadualkan. PERINGKAT 1 PERINGKAT 1 PERINGKAT 3 PERINGKAT 4 (Kuala Langat & Sepang (Hulu Langat sahaja) (9 wilayah) (9 wilayah) BIL. TARIKH sahaja) ZON 1 ZON 2 ZON 1 ZON 2 ZON 1 ZON 2 ZON 3 ZON 4 1 1-Apr-2014 2 2-Apr-2014 3 3-Apr-2014 4 4-Apr-2014 5 5-Apr-2014 6 6-Apr-2014 7 7-Apr-2014 8 8-Apr-2014 9 9-Apr-2014 10 10-Apr-2014 11 11-Apr-2014 12 12-Apr-2014 13 13-Apr-2014 14 14-Apr-2014 15 15-Apr-2014 16 16-Apr-2014 17 17-Apr-2014 18 18-Apr-2014 19 19-Apr-2014 20 20-Apr-2014 21 21-Apr-2014 22 22-Apr-2014 23 23-Apr-2014 24 24-Apr-2014 25 25-Apr-2014 26 26-Apr-2014 27 27-Apr-2014 28 28-Apr-2014 29 29-Apr-2014 30 30-Apr-2014 Petunjuk: 2 hari ada air 2 hari tiada air (Catu) Nota: Pemansuhan atau lanjutan tempoh pelan catuan berkalan air ni akan diputuskan oleh Kerajaan Negeri Selangor 4. POLISI CATUAN BEKALAN AIR • Bantuan air menggunakan lori-lori tangki dan tangki air statik TIDAK AKAN • Kawasan dan pengguna yang tidak dikenakan catuan bekalan air:- DIBEKALKAN kepada zon yang dijadualkan tiada air KECUALI bagi o Pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya dan pusat pentadbiran pengguna-pengguna kritikal atau situasi yang amat memerlukan seperti upacara Kerajaan Negeri Selangor dan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur kematian, kenduri dan rumah kebajikan. o Lapangan terbang antarabangsa KLIA dan Subang • Bagi zon dijadualkan ada bekalan air tetapi mengalami gangguan bekalan air o Pelabuhan Kelang disebabkan berada di kawasan tinggi atau di penghujung sistem agihan, bantuan air o Zon Perdangan Bebas (FTZ) menggunakan lori-lori tangki dan tangki air statik akan disediakan. Tangki-tangki o Hospital Kerajaan dan Swasta statik akan diletakkan di tempat-tempat yang sesuai mengikut keutamaan. o Pusat dailisis o Stesyen Janakuasa Connought Bridge o Stesyen Janakuasa Kapar Energy Venture Catatan untuk pengguna komersial dan industri: Bantuan bekalan air melalui lori tangki air dan tangki air statik tidak akan diberi kepada pengguna komersial dan industri. Pengguna komersial dan industri boleh memohon pembelian air dari pihak SYABAS dengan menyediakan pengangkutan sendiri dan tertakluk kepada kelulusan SYABAS. 5. BILIK GERAKAN/OPERASI PELAN PENGAGIHAN AIR BERJADUAL • Bilik gerakan/operasi dan pusat informasi pengguna bagi kawasan-kawasan yang terjejas dengan pengagihan air berjadual ini adalah seperti berikut: 6. KERJASAMA DARIPADA PENGGUNA • Para pengguna disarankan untuk berjimat-cermat dalam menggunakan air, menghadkan kegunaan untuk keperluan utama sahaja , mengelakkan pembaziran dan penggunaan kurang kritikal seperti mencuci kenderaan, mencuci premis kediaman, mengisi kolam renang dan menyiram tanaman hiasan • Pengguna ditegah dari melakukan aktiviti terlarang dan menyalahi undang-undang semata-mata untuk mendapatkan bekalan air seperti merosakan sistem paip agihan kerana ianya akan menyebabkan pembaziran dan lebih banyak kehilangan/kekurangan bekalan air dan menyebabkan masalah kekurangan bekalan air bertambah teruk. Perbuatan sebegini adalah satu kesalahan di bawah Akta Industri Pembekalan Air 2006 dan boleh dikenakan penalti yang tinggi. • Para pengguna diminta memahami situasi dan bersabar apabila panggilan tidak dapat menembusi talian PUSPEL kerana jumlah panggilan yang diterima dijangka amat tinggi pada sesuatu masa dan melampaui kapasiti PUSPEL. • Dalam usaha membantu pengguna semasa pelan catuan bekalan air, SYABAS akan menggunakan sepenuhnya kesemua lojistik termasuk lori tangki air dan tangki air statik yang sediada. Jika sekiranya permintaan bantuan dari pengguna melebihi kapasiti sediada SYABAS, bantuan tambahan dari pihak luar iaitu agensi-agensi dan pihak Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan serta NGO diperlukan bagi menghadapi catuan bekalan air yang berskala besar ini. • Bagi mengetahui kawasan terlibat dan jadual catuan berkaitan dengan pelan catuan ini, sila layari laman web SYABAS ( www.syabas.com.my ) KAWASAN CATUAN PERINGKAT KE EMPAT – KAWASAN BARU (ZON 3 DAN 4) JADUAL 1 Gombak – Zon 3 No Taman/Kawasan No Taman/Kawasan No Taman/Kawasan No Taman/Kawasan 1 Aman Siara 10 One Selayang 18 Taman Selayang Baru 27 Taman Bukit Desa 2 Bandar Baru Selayang 11 One Sierra 19 Taman Selayang Segar 28 Taman Daya Kepong 3 Desa Hussein Onn 12 Perdana Residensi 20 Taman Bukit Idaman 29 Taman Desa Jaya 4 Idaman Hill 13 Perindustrian Taman Selayang Baru 21 Taman Desa Pendidik 30 Taman Ehsan 5 Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak 14 PPR (Sri Tioman 1 & 2, Sri Kedah, Langkawi) 22 Taman Intan Baiduri 31 Taman Kepong Indah 6 Kg Melayu FRIM dan Flat DBKL Tmn Melati 23 Taman Prima Selayang 32 Taman Puncak Bukit Desa 7 Kg Selayang permai 15 Puncak Setiawangsa 24 Taman Puncak Templer 33 Taman Sri Ehsan 8 Kota Warisan Selayang 16 Kg Selayang Baru 25 Taman Setiawangsa 34 Taman Usaha Ehsan 9 Magna Villa Selayang 17 Selayang Heights 26 Kepong Ulu 35 Taman Usaha Jaya JADUAL 2 Gombak – Zon 4 No Taman/Kawasan No Taman/Kawasan No Taman/Kawasan No Taman/Kawasan 1 Batu Caves Centre Point 11 KL Festival City 21 Taman Bunga Raya 31 Taman Industri Tago 2 Gombak Setia 12 Pinggiran Batu Caves 22 Taman Cemerlang Heights 32 Taman Kepong 3 Kem Wardiburn Jalan Tumbuhan