MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Editor : Zulkifli Mohd Yakub Haji Mohd Yusoff Nordin Ahmad

Editor Bersama : Ahmad Yussuf Muhamad Alihanafiah Norasid Selamat Amir Adama Bamba Mohd Zainudin Wan Yusoff Sukhairu Sulaiman

Darul Quran JAKIM Centre of Quranic Research (CQR) Universiti Malaya

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

© Hak Cipta Darul Quran JAKIM dengan kerjasama Centre of Quranic Research (CQR) 2016.

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara gambar atau rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Darul Quran JAKIM dan Centre of Quranic Research (CQR) terlebih dahulu.

Perpustakaan Negara Malaysia

ISBN 978-983-43708-1-7

Editor : Mohd Yakub Zulkifli Haji Mohd Yusoff & Nordin Ahmad

Editor Bersama : Ahmad Yussuf, Selamat Amir, Muhamad Alihanafiah Norasid, Adama Bamba, Mohd Zainudin Wan Yusoff, Shahrulkarnain Mohd Nazir, Sukhairu Sulaiman

Diterbitkan oleh : DARUL QURAN JAKIM Jalan Hamzah, Ampang Pecah 44000 Kuala Kubu Bharu,Selangor. Tel : 03 6036 5333

Dengan kerjasama : CENTRE OF QURANIC RESEARCH (CQR) Level 13, Wisma R&D University of Malaya, Jalan Pantai Bharu 59990 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel : 03 2246 3340/ 03 2246 3342

2 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

KANDUNGAN

Prakata ...... 4 Pembangunan Sistem Pendidikan Guru Tahfiz Di Malaysia Ke Arah Melahirkan Tenaga Kerja Terlatih ...... 5 Sistem Pengajaran Dan Pembelajaran Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Ta‘Alim, Kg. Tengah, Kluang ...... 10 Pengayaan, Pengukuhan Dan Pemulihan Dalam Pembelajaran Tahfiz Al-Qur’an: Kajian Di Beberapa Sekolah Tahfiz Terpilih Di Kelantan ...... 23 Metod Pengajian Tahfiz Di Singapura: Kajian Darul Quran Singapura ...... 35 Hafazan Al-Quran Di USIM Dan UKM: Kajian Terhadap Silibus Takhasus Al-Quran Dan Sunnah ...... 46 Kesan Bacaan atau Hafazan Al Quran Terhadap Kesihatan dan Tahap kecerdasan ...... 55 Inovasi Modul Hafazan Al Quran Berkonsepkan Neurofisiologi (Nadi Al Baghdadi) ...... 61 Sistem Kawalan Kualiti Huffaz ...... 65 Kaedah Pentaksiran Dalam Pendidikan Tahfiz : Ke Arah Melahirkan Huffaz Berkualiti Tinggi ...... 72 Pelaksanaan Modul Pengajaran Tahfiz (Modul Quranik) Di MRSM Ulul Albab ...... 76 Tahap Penggunaan Alat Bantu Hafazan (ABH) Dalam Kalangan Pensyarah Tahfiz Al-Quran Di Malaysia ...... 87 Program Persijilan Takhassus Al-Quran Dan Pra Tahfiz (START): Pengalaman Pusat Islam Universiti Sains Malaysia ...... 97 Amalan Spritual Menghafaz Al-Quran dan Pencapaian Akademik Pelajar IMTIAZ Negeri Terengganu ...... 103 Pelaksanaan Mata Pelajaran Hifz Al-Quran Berdasarkan Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab: Kajian Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur ...... 116 Metode Menghafal Al-Qur’an Saat Kuliah ...... 129 Pembangunan Kurikulum Pendidikan Tahfiz: Prinsip Dan Kaedah Dalam Membina Kurikulum Tahfiz Al-Quran...... 145 Kaedah Hafazan Al-Quran Deobandy Di Malaysia: Satu Analisis ...... 154 Sistem Pendidikan Dan Pengajaran Al-Quran Untuk Pelajar Pintar Berbakat: Inovasi Di Kolej Permata Insan ...... 161 Sumbangan Datuk Hajjah Faridah Binti Mat Saman Dalam Pengajaran Golongan Hafiz Al- Quran ...... 173 Cabaran Pengajian Golongan Hafiz Al-Quran Di Kalangan Orang Kurang Upaya Penglihatan Di Malaysia ...... 183 Institusi Tahfiz Di Malaysia: Prospek Dan Cabaran ...... 194 Penghayatan Konsep Hamlah Al-Quran Dari Perspektif Adab Dan Akhlak Dalam Kalangan Huffaz: Satu Kajian Untuk Pengukuhan Hafazan ...... 202 Method Of Al-Quran Memorization Reinforcement Sulaimaniyyah Technique ...... 218

3 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

PRAKATA

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah S.W.T. di atas penerbitan buku “Memperkasa Generasi Penghafaz al-Quran” yang dilancarkan bersempena dengan Simposium Pendidikan Tahfiz Peringkat Antarabangsa 2016 yang berlangsung pada 22-24 November 2016M / 22-24 Safar 1438H di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi. Sesungguhnya penerbitan buku ini adalah hasil usaha gigih pihak Darul Quran JAKIM dan Centre of Quranic Research (CQR) Universiti Malaya Kuala Lumpur untuk mengembangkan lagi ilmu dalam bidang pendidikan Tahfiz al-Quran. Buku ini telah berjaya menampilkan hasil penulisan tokoh-tokoh akademik dari pelbagai negara yang sudi berkongsi kepakaran mereka dalam memartabatkan bidang pendidikan Tahfiz al- Quran di negara.. Bidang kajian yang diketengahkan dalam buku ini adalah bertemakan pendidikan Tahfiz al-Quran yang merangkumi kaedah hafazan, kaedah mengingat, mengekalkan hafazan, penilaian hafazan dan banyak lagi. Peranan para pendidik tidak hanya terbatas di bilik-bilik kuliah sahaja, bahkan sudah tiba masanya para pendidik meneroka kaedah-kaedah baru dalam menggalakkan masyarakat berdamping dengan al-Quran dan meningkatkan penguasaan golongan hafiz dan hafizah dalam hafazan mereka dan mampu bersaing dalam apa jau bidang yang diceburi. Adalah diharapkan hasil penulisan yang terkandung dalam buku ini akan menjadi rujukan dan menambah pengetahuan bagi pencinta ilmu al-Quran. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menyumbangkan idea dan bahan penulisan yang berkaitan, sehingga terhasilnya buku ini. Ucapan tahniah dan syabas ditujukan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus mengorbankan masa dan tenaga dalam menjayakan Simposium Pendidikan Tahfiz Antarabangsa ini.

Editor

4

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

PEMBANGUNAN SISTEM PENDIDIKAN GURU TAHFIZ DI MALAYSIA KE ARAH MELAHIRKAN TENAGA KERJA TERLATIH Prof. Madya Dr. Abd Rahman Abd Ghani1

ABSTRAK Sistem pendidikan guru-guru tahfiz di Malaysia semakin menampakkan perkembangannya dari semasa ke semasa dan berada pada landasan yang sangat baik. Ia bermula secara formalnya semenjak peringkat menengah lagi dan berterusan sehinggalah ke peringkat universiti bermula dari diploma, sarjana muda, sarjana dan Doktor Falsafah. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmanakah sistem pendidikan guru tahfiz di Malaysia mampu melahirkan tenaga kerja yang terlatih dan adakah tenaga kerja yang terlatih itu merangkumi semua bidang yang diperlukan dalam pasaran kerja. Dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa sistem pendidikan guru tahfiz di Malaysia telah dibangunkan dengan begitu sistematik dan telah berjaya menghasilkan ramai tenaga kerja yang terlatih dalam bidang profesional, namun masih belam dapat melahirkan ramai tenaga kerja yang terlatih dalam bidang pendidikan. Kata kunci : tahfiz, al-Quran, pendidikan

PENDAHULUAN Pendidikan tahfiz merupakan antara bidang pengajian yang semakin berkembang di Malaysia. Pertumbuhan institusi-institusi tahfiz swasta khususnya bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Apa yang menariknya ialah walaupun bilangannnya begitu banyak, namun tidak pernah kita mendengar ada antara institusi-institusi tahfiz itu terpaksa ditutup kerana kekurangan pelajar. Kalau adapun yang berlaku, ianya hanyalah kes-kes terpencil sahaja. Fenomena ini jelas membuktikan betapa ibubapa umat Islam di negara ini begitu berminat dan ingin terus menghantar anak-anak mereka belajar di institusi-institusi ini, walaupun yuran yang mereka terpaksa bayar agak tinggi. Mereka komited dalam memenuhi gagasan satu keluarga satu hafiz. Ibubapa merasakan bahawa selain bidang ini mampu membentuk akhlak anak-anak mereka ke arah positif, ia juga sebenarnya suatu amalan yang sangat mulia dalam Islam. Mereka juga telah menyedari bahawa dewasa ini sistem pendidikan tahfiz sudah menyamai sistem pendidikan bidang- bidang lain di mana sistem pengajiannya sudah begitu teratur iaitu bermula dari peringkat sekolah rendah lagi sehinggalah ke peringkat universiti. Mereka juga sangat percaya dengan masa depan anak-anak mereka, lebih-lebih lagi telah terbukti bahawa bidang ini mampu melahirkan individu yang cemerlang dalam kerjaya sama ada dalam bidang profesional atau pendidikan.

SISTEM PENDIDIKAN MENENGAH TAHFIZ DI MALAYSIA Sistem pendidikan guru tahfiz di Malaysia secara formalnya telah bermula dari pendidikan menengah lagi, di mana pada ketika itu pelajar telah mula diperkenalkan dengan matapelajaran Hafazan Al-Quran serta beberapa lagi matapelajaran yang berkaitan dengan al-Quran. Terdapat banyak buah sekolah di bawah kerajaan pusat telah menawarkan program ini. Di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia ia telah dilaksanakan di empat buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan 11 SMKA yang terpilih seluruh Negara seperti SMKA Kedah, SMKA Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong di Pahang. Jumlah ini akan ditambah dari

1 Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Emel: [email protected]

5

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN semasa ke semasa1. Begitu juga dengan MRSM telah ada program Ulul Albab yang telah ditawarkan di beberapa buah MRSM yang terpilih di Malaysia2. Di peringkat negeri pula, contohnya di Terangganu telah menawarkan program Tahfiz Ulul Albab di beberapa buah sekolah yang terpilih3. Di Selangor beberapa buah maahad tahfiz sains telah diwujudkan dan pelajar-pelajar ini boleh menyambungkan pengajian mereka ke peringkat diploma di KUIS atau di mana-mana IPT di Malaysia4. Di peringkat swasta juga telah terdapat banyak sekolah yang telah menawarkan pendidikan tahfiz ini. Di Selangor misalnya ada sekolah menengah Hafiz, di mana pelajar-pelajarnya boleh menyambung pengajian ke peringkat tinggi di Kolej Hafiz Klang5, di Perak ada Maahad Tahfiz Addin yang mempunyai 16 cawangan di seluruh negeri Perak, di mana pelajarnya akan menyambung peringkat tinggi di Kolej Addin Tapah (mempunyai kerjasama dengan Darul Quran)6 dan banyak lagi di beberapa negeri yang lain.

SISTEM PENDIDIKAN TINGGI TAHFIZ DI MALAYSIA Setelah menamatkan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pelajar-pelajar yang berminat dalam bidang pengajian Tahfiz boleh meneruskan pengajian di peringkat Diploma selama tiga tahun di beberapa buah IPTA dan IPTS seperti Darul Quran JAKIM dan cawangannya di negeri-negeri seluruh Malaysia, KUIS, KUIN, KUIM, KIAS, MARSAH, USAS atau institusi swasta seperti Kolej Hafiz dan Kolej Addin Tapah. Setelah menamatkan pengajian peringkat Diploma, pelajar boleh menyambungkan pengajian di peringkat sarjana muda selama 4 tahun di beberapa buah IPT yang telah menawarkan program ini seperti UNISZA, KUIN dan KUIS. Semua program yang ditawarkan oleh IPT-IPT tersebut sama ada pada peringkat diploma atau ijazah adalah berbentuk pengajian Al-Quran / Tahfiz semata-mata. Sehingga kini masih belum terdapat lagi program sama ada di peringkat diploma atau ijazah yang menawarkan bidang pendidikan tahfiz secara formal. Oleh sebab itu, kebanyakkan guru tahfiz di Malaysia hanya memiliki kemahiran dalam bidang konten (isi pengajaran) sahaja, melainkan mereka yang menyambungkan pengajian ke peringkat sarjana atau Ph.D dalam bidang pendidikan. Guru-guru tahfiz yang mengambil diploma pendidikan Islam juga mungkin boleh dikategorikan sebagai guru yang mahir dalam bidang pendidikan, namun pengkhususan dalam bidang tahfiz itu masih lagi belum mereka miliki sepenuhnya.

KUALITI SISTEM PENDIDIKAN TAHFIZ DI MALAYSIA Tidak dapat dinafikan bahawa sistem pendidikan Tahfiz di Malaysia telah mencapai satu standard yang cukup tinggi sebaris dengan sistem pendidikan yang lain. Kurikulum yang ditawarkan pada peringkat menengah sememangnya diperakui kerana ia dibangunkan oleh pakar-pakar dalam bidang tersebut. Begitu juga pada peringkat tinggi, di mana program-program yang ditawarkan semuanya dibangunkan oleh pakar-pakar yang ada di IPT tersebut dan telah berada pada suatu standard yang tersendiri kerana telah melalui peringkat semakan dan penilaian daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk diperakui sebelum ditawarkan kepada umum.7

1 Sumber : Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 2 Sumber : Portal Rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA). 3 Sumber : Portal Rasmi Yayasan Terengganu. 4 Sumber : Portal Rasmi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). 5 Sumber : Temubual pengetua Kolej Hafiz Klang. 6 Sumber: Temubual dengan pengetua Kolej Addin. 7 Sumber : Malaysian Qualification Agency (MQA).

6

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Itu adalah antara faktor yang menjadikan graduan tahfiz ini boleh diterima untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi (MA dan Ph.D) di mana-mana universiti dalam atau luar Negara, selain diterima berkhidmat dalam pasaran kerjaya yang berbagai- bagai. Kalau suatu masa dahulu masyarakat melihat graduan tahfiz ini hanya boleh menjadi imam dan bilal sahaja, tetapi pada hari ini telah terbukti bahawa graduan tahfiz ini boleh pergi dan bersaing lebih jauh dari itu. Ramai dalam kalangan mereka telah mampu mengisi beberapa jawatan yang penting dalam kerajaan ataupun swasta. IPT di Malaysia telah melahirkan ramai guru tahfiz, namun satu persoalan yang perlu dilihat kehadapan ialah adakah sistem pendidikan tahfiz masa kini benar-benar mampu melahirkan guru tahfiz yang terlatih dan berkepakaran dalam bidang pendidikan?.Justeru sekiranya diperhatikan, program-program yang ditawarkan di peringkat tinggi, boleh dikatakan semua IPTA dan IPTA menawarkan program tahfiz yang bersifat konten tanpa banyak menyentuh aspek pedagogi (kaedah / strategi) pengajaran. Hasilnya tenaga kerja yang dihasilkan hanya berkemahiran dalam bidang profesional seperti imam, pendakwah dan pegawai hal ehwal Islam, sementara guru- guru yang dilahirkan kurang berkemahiran dalam bidan pedagogi pendidikan. Oleh sebab itu, Universiti Pendidikan Sultan Idris telah menawarkan Diploma Pendidikan Tahfiz kepada lepasan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang ini . Kursus yang dipelajari hampir menyerupai kursus yang ditawarkan pada Diploma Pendidikan Islam, namun kursus-kursus tersebut diubah suai mengikut acuan yang sesuai dalam bidang tahfiz ini. Program ini telah ditawarkan pada semester 1 sesi 2014/2015 yang lalu dan dijalankan secara exsekutif bersama Yayasan Islam Kelantan di Kota Bharu, dan graduan batch yang pertama telah berkonvokesyen pada bulan September 2016 yang lalu. Satu lagi program yang sedang dibangunkan di UPSI iaitu Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Al- Quran dan Qiraat dengan Pendidikan. Program ini telah dibentang telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi. Ia memberikan peluang kepada pelajar lepasan diploma tahfiz khususnya untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda tahfiz berserta bidang pendidikan. Program ini dijangka akan ditawarkan kepada umum pada sesi pengambilan September 2017. Semua ini dilaksanakan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja yang terlatih dan berkemahiran tinggi dalam bidang tahfiz.

KEMAHIRAN GURU TAHFIZ YANG DIPERLUKAN Untuk menjadi seorang guru tahfiz yang cemerlang, seseorang itu perlu memahirkan diri dalam dua bidang iaitu bidang konten dan pedagogi. Kemahiran dalam bidang konten bermaksud, seseorang guru perlu menguasai kandungan matapelajaran yang berkaitan dengan al-Quran. Guru-guru tahfiz semestinya wajib memiliki kemahiran dalam bidang konten ini kerana tanpanya bagaimana sesuatu ilmu itu dapat dipindahkan. Untuk menjadi seorang guru tahfiz, seseorang perlu lancar dalam bacaan al-Quran serta dapat membaca dengan tajwid yang betul, di samping dapat menguasai teori ilmu tajwid dengan baik. Kemahiran dalam bidang pedagogi pula bermaksud seorang guru perlu untuk mengetahui tentang teknik, strategi dan kaedah pengajaran itu dilakukan. Ia melibatkan banyak perkara seperti apakah persediaan yang diperlukan sebelum mengajar, bagaimanakah cara untuk memulakan pengajaran (set induksi), bagaimanakah cara untuk memastikan objektif pengajaran tercapai, bagaimanakah cara berkomunikasi dengan pelajar secara berkesan, penggunaan ABM, pengurusan bilik darjah dan sebagainya. Kaedah pengajaran tahfiz yang diamalkan masa kini lebih tertumpu kepada bidang konten sahaja, sementara bidang pedagogi pula kurang didedahkan. Kalau adapun teknik dan strategi yang dijalankan ia hanyalah yang bersifat traditional seperti latih tubi (takrar) terhadap hafazan dan

7

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN ulangan yang dilakukan hampir sepanjang waktu pembelajaran.1 Guru-guru tahfiz masuk ke kelas dan duduk di bahagian hadapan menunggu pelajar datang tasmik kepadanya. Pelajar yang datang tasmik pula terus membaca dan ditegur sekiranya berlaku kesalahan dalam bacaan mereka. Itulah yang berlaku sehingga pelajar khatam 30 juz al-Quran. Mungkin Kaedah PdP itu akan lebih menarik sekiranya diselitkan dengan elemen-elemen pedagogi seperti diadakan terlebih dahulu set induksi, meggunapakai ABM yang sesuai seperti laptop dan LCD, ada komunikasi dua hala, penutup dan refleksi. Kaedah pengajaran itu pasti akan menjadi lebih berkesan kerana penekanannya bukan hanya terhadap talaqqi dan musyafahah semata-mata. Semua elemen ini boleh dan sesuai dilaksanakan, Cuma ia memerlukan pengetahuan, kesungguhan dan kreativiti daripada guru.

KESIMPULAN Usaha yang telah dilakukan dari semasa ke semasa pada hari ini sememangnya dilihat sudah begitu baik dan berkesan bagi melahirkan tenaga kerja khususnya guru tahfiz yang berkemahiran. Namun profesion guru sama sekali berbeza dengan profesion yang lain seperti imam, penceramah, pegawai dan sebagainya yang hanya perlu memiliki kemahiran dalam bidang konten sahaja, tetapi untuk menjadi seorang guru yang benar-benar berkemahiran mereka perlulah menguasai dua bidang iaitu konten dan pedagogi. Kajian-kajian terbaru mengenai strategi pembelajaran yang melibatkan strategi perlu diperkembangkan dan dimanfaatkan agar kurikulum tahfiz mampu dijayakan dengan lebih efektif dan berkesan2. Strategi dan teknik yang digunakan perlu bersepadu supaya matlamat untuk melahirkan huffaz bukan hanya mampu menghafaz al-Quran semata-mata, namun kemahiran berfikir dan pembentukkan watak Qurani juga akan tercapai.3. Oleh yang demikian, beberapa cadangan ingin dikemukakan ke arah lebih memperkasakan sistem pendidikan guru-guru tahfiz di Malaysia, antaranya; a) Cadangan Kepada Guru Tahfiz Al-Quran 1. Guru-guru yang mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda perlu mengorak langkah kehadapan dengan meneruskan pengajian ke peringkat Diploma Pendidikan agar kaedah pendidikan yang ada pada masa kini dapat mereka praktikkan dengan baik dan berkesan khususnya dalam bidang tahfiz al-Quran. b) Cadangan Kepada Majikan 1. Bagi guru-guru yang sedang berkhidmat di mana-mana institusi tahfiz, pihak majikan mereka perlu mengadakan kursus PdP kepada guru-guru tahfiz bagi membincangkan mengenai semua aspek yang berkaitan dengan pembacaan al-Quran. Boleh membaca al-Quran dengan baik serta tahu mengenai ilmu tajwid bukan bermaksud kita telah berkepakaran dalam ilmu tersebut kerana mungkin masih banyak lagi aspek yang berkaitan dengan teknik pembacaan perlu kita ketahui. 2. Pihak majikan mereka perlu mengadakan satu kursus atau menghantar guru-guru tahfiz mengikuti kursus yang berkaitan dengan pedagogi pendidikan seperti profesionalisme perguruan agar maklumat mereka berkaitan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat dipertingkatkan dan diperkasakan dari semasa ke semasa.

1 Harun Baharuddin (Dr.) (2016), Al-Quran Dan Kurikulum Tahfiz Nasional. Rencana Utusan On Line. 2 Ibid. 3 Sidek Baba (Dr.) (2016), Perkasa Pendidikan Tahfiz Negara. Rencana Utusan On Line.

8

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN c) Cadangan Kepada Kerajaan 1. Usaha untuk menubuhkan Kolej Universiti atau Universiti Al-Quran Malaysia perlu difikirkan semula dan diteruskan. Ia dilihat sebagai platform yang cukup baik dan strategik untuk melahirkan tenaga kerja tahfiz yang terlatih dan berkemahiran dalam segala bidang. Selain itu ia juga akan dapat melahirkan tenaga hafiz yang berkepakaran dalam bidang penyelidikan.

RUJUKAN Abd Rahman Abd Ghani (2014), Pedagogi Berkesan Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Tahfiz Al-Quran. Kertas Kerja pembentangan di International Conference On Islamic Teachers Education, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan. Abd al-Ghani Ubud (1993), Fi al-Tarbiyyah al-Islamiyyah. Kaherah : Dar al-Arabi. Murihah Abdullah dll (2015), Pendidikan Tahfiz Di Malaysia : Satu Sorotan Sejarah. Kertas Kerja Pembentangan di International Conference On Islamic Education and Social Entrepreneulship, resort world Langkawi. ISBN 978-967-10160-9-1. Zetty Nur Zuliana Rashed dan Ab Halim Tamuri (2014), Melahirkan Generasi Al-Quran Melalui Kurikulum Pendidikan Integrasi Dan Holistik Jabatan Agama Islam Selangor. E-Jurnal Pendidikan dan Inovasi, Jilid 1, Isu II, 74-83. Robiah Sidin dan Nor Sakinah Mohamad (2007), ICT Dalam Pendidikan : Prospek Dan Cabaran Dalam Pembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan 32, 139-152. Sidek Baba (Dr.) (2016), Perkasa Pendidikan Tahfiz Negara. Rencana Utusan On Line. Harun Baharuddin (Dr.) (2016), Al-Quran Dan Kurikulum Tahfiz Nasional. Rencana Utusan On Line.

9

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

SISTEM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN DARUL TA‘ALIM, KG. TENGAH, KLUANG Dr. Abdul Hafiz bin Hj. Abdullah1 Nur Safazilah binti Maksom2

ABSTRAK Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Ta‘alim (MTQDT merupakan sebuah madrasah tahfiz yang sangat dikenali dalam kalangan masyarakat setempat malah ianya juga dikenali hingga ke peringkat seluruh Malaysia bagi menghasilkan para huffaz. Ini terbukti dengan adanya pelajar MTQDT yang datang dari negara jiran seperti Singapura dan Kemboja. MTQDT boleh dijadikan sebagai contoh kepada madrasah yang lain kerana sistem pengajaran dan pembelajaran yang ditekankan ini bukan sahaja tertumpu kepada menghafaz al-Quran semata-mata malah ianya sangat menekankan kepada aspek pembentukkan akhlak dan rohani. Kajian inin adalah kajian kepustakaan berbentuk kualitatif, yang menggunakan temu bual sebagai alat utama kajian, di samping metode analisis dokumen. Objektif kajian ini ialah mengkaji kaedah hafazan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Mengenalpasti keunikan cara yang digunakan untuk menguatkan daya ingatan dan memelihara hafazan al-Quran juga merupakan antara objektif kajian ini. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan terdapat pelbagai kaedah yang efektif telah digunapakai di MTQDT dalam sistem pembelajaran tahfiz al-Quran, terutamanya mandi ais, kaedah tasmi‘ dan melakukan ibadat sunat. Di akhir kajian, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan yang ada hubungan dengan pelajar dan pihak-pihak tertentu. Kata kunci: Pengajaran, pembelajaran, Madrasah Tahfiz, Darul Ta‘alim

PENDAHULUAN Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, melalui perantaraan Malaikat Jibril ‘a.s untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia sebagai panduan hidup bukan sahaja di dunia malah juga di akhirat. Untuk menjadi manusia yang beriman, wajar bagi mereka mempelajari, mengkaji, memahami, menghafaz, menghayati dan mengaplikasikan al- Quran itu dalam kehidupan seharian dengan sepenuhnya untuk mencari keredaan daripada Allah SWT dan seterusnya melaksanakan kewajipan yang telah diperintahkan olehNya. Masa kini, senario banyak menunjukkan kesedaran dan sifat keterbukaan dalam kalangan ibu bapa terhadap kepentingan dan kebaikan menghafaz al-Quran. Mereka ingin merebut peluang untuk menempatkan anak mereka di sekolah yang terbaik serta mempunyai pendidikan berteraskan tahfiz al-Quran seperti yang terdapat dikebanyakkan madrasah tahfiz di negara ini. Ibu bapa melihat bahawa sekiranya anak-anak mereka dapat menghafaz al-Quran, mereka akan memperolehi banyak manfaat dan kelebihannya bukan sahaja di dunia malah dapat memberi syafaat di akhirat kelak. Kewujudan madrasah tahfiz di Malaysia dewasa kini semakin bercambah dan semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakatt. Perkara ini telah mendorong ibu bapa untuk memilih madrasah tahfiz yang terbaik sebagai pilihan mereka untuk menghantar anak-anak untuk mempelajari ilmu tersebut. Menurut temu bual bersama Ustazah Dahlia Ibrahim3, ibu bapa yang telah memilih madrasah tahfiz ini lebih menjurus kepada Hadaf Ukhrawi iaitu memfokuskan

1 Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia, UTM Johor Bahru, Johor, [email protected]. 2 Sekolah Agama Parit Bingan, Parit Raja, Batu Pahat, Johor, [email protected]. 3 Dahlia Ibrahim, Guru MTQDT, MTQDT Kluang, Johor. Temu bual pada 3 April 2015.

10

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN kepada ‘bekalan’ akhirat, hafazan al-Quran, di samping ilmu-ilmu lain. Kesedaran agama dalam kalangan ibu bapa juga telah membangkitkan semangat mereka untuk mentarbiahkan anak-anak mereka dengan suasana pendidikan al-Quran agar anak-anak mereka dapat dibentuk jiwanya menjadi insan yang berguna dan sentiasa beriman kepada Allah SWT.

LATAR BELAKANG MTQDT1 Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Ta‘alim (MTQDT) merupakan sebuah madrasah tahfiz yang dibina dengan tujuan untuk melahirkan para hufaz. Ianya terletak di no. 211, Jalan Kampung Tengah, Kampung Tengah, 86000 Kluang, Johor. Sejarah Penubuhan MTQDT2 Pada peringkat awal, sebelum penubuhan MTQDT ia dikenali sebagai Madrasah Tahfiz Medik Kluang, disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan maka madrasah ini telah berpecah dan ustaz Mohd Jamil bin Jaafar (mudir MTQDT) pula mengambil keputusan untuk mewujudkan MTQDT dan penubuhannya bermula pada Januari 2011. Madrasah ini dibangunkan di atas tanah wakaf pemberian daripada penduduk setempat. Pembinaan prasarana madrasah adalah daripada sumber infaq yang diberikan oleh orang ramai dan juga sebahagiannya daripada bentuk sumbangan ibu bapa pelajar MTQDT. Ianya didirikan hasil daripada sumbangan tenaga serta kerjasama yang diberikan oleh penduduk kampung tersebut dan kini bangunan persendirian madrasah sedang dalam proses pembinaan. Selain itu, pihak MTQDT telah menerima sumbangan tanah dan bangunan wakaf yang terletak di kawasan Gunung Lambak, Kluang untuk dijadikan bangunan madrasah. Justeru itu, MTQDT menggalas tugas dan amanah tersebut dengan sebaik mungkin dan kini kawasan tersebut telahpun didiami oleh beberapa orang pelajar putera (pelajar lama), seramai dua orang guru dan seorang warden asrama juga ditempatkan di sana. Hingga kini, pelajar yang mengikuti pengajian tahfiz di MTQDT adalah seramai 148 orang, iaitu 99 orang pelajar lelaki dan 49 orang pelajar perempuan. Manakala seramai 11 orang tenaga pengajar yang telah berkhidmat di MTQDT hingga kini (7 orang guru lelaki dan 4 orang guru perempuan). Selain itu, terdapat 4 orang warden yang bertanggungjawab serta membantu dalam memastikan kebajikan dan keselamatan pelajar.

MATLAMAT MTQDT Matlamat penubuhan MTQDT adalah untuk melahirkan ilmuwan multi-disiplin dalam kalangan para hufaz yang mempunyai nilai kerohanian, kejiwaan, keilmuwan dan ketaatan secara serentak dalam kehidupan yang bersifat pengorbanan terhadap agama Allah SWT iaitu agama Islam. 1.1 Objektif MTQDT3 Objektif penubuhan MTQDT adalah seperti berikut: a) Mewujudkan suasana yang kondusif motivasi iman dan mujahadah diri dalam melahirkan sarjana yang mempunyai sifat keyakinan yang tulen kepada Allah SWT. b) Menyediakan prasarana keilmuwan dan pembinaan ruang daya keilmuwan dalam melahirkan para sarjana yang mempunyai akal yang seimbang. c) Membina peluang amalan/aplikasi yang bernilai ibadah dan berkesinambungan serta

1 Mohd Jamil bin Jaafar, Mudir MTQDT, MTQDT Kluang, Johor. Temu bual pada 3 April 2015. 2 Mohd Jamil bin Jaafar, Mudir MTQDT, MTQDT Kluang, Johor. Temu bual pada 3 April 2015. 3 Mohd Jamil bin Jaafar, Mudir MTQDT, MTQDT Kluang, Johor. Temu bual pada 3 April 2015.

11

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

praktikal dalam melahirkan sarjana yang menghidupkan amal soleh yang istiqamah. d) Mempraktikkan sepenuhnya falsafah dan konsep pembelajaran dalam al-Quran melalui kesemua aktiviti pengajaran dan pembelajaran beraplikasikan “Targhib wa Tarhib”.

KURIKULUM MTQDT1 MTQDT telah menyediakan kurikulum tersendiri yang sentiasa digunapakai oleh pelajar sepanjang tempoh pengajian tahfiz ini sehingga mereka tamat pengajian di madrasah ini. Kurikulum yang disediakan di MTQDT bukan sahaja berkaitan al-Quran semata-mata malah terdapat juga kurikulum lain yang dirasakan perlu untuk dipelajari oleh pelajar sekurang- kurangnya mereka dapat memperolehi beberapa pengetahuan asas berkaitan sesuatu ilmu tersebut. MTQDT telah menyusun dan menyediakan beberapa kurikulum yang bersesuaian dengan tahap pembelajaran seperti mana berikut:

Bil. Mata pelajaran Buku Teks

Ilmu al-Quran (pengukuhan bacaan, hafazan 1. dan tajwid) Tajwid al-Quran Rasm Uthmani

Seni Sains Insaniah (aplikasi Sunnah dan 2. kaitan dengann sains) -

Pengukuhan Fardu Ain (Tauhid, Ibadat dan 3. Fekah) Tuntutan Ibadah

4. Akhlak Islamiah -

5. Bahasa Arab Komunikasi KPM

6. Bahasa Inggeris Komunikasi KPM

Jadual 1: Kurikulum MTQDT Hasil daripada pembelajaran mata pelajaran tersebut, pelajar MTQDT juga akan melalui beberapa fasa peperiksaan dan ujian sebagaimana yang dijalankan di sekolah-sekolah lain mengikut sukatan pembelajaran MTQDT. Tahap pemahaman dan penerimaan pelajar terhadap proses pembelajaran mereka akan diukur melalui peperiksaan yang dijalankan. Hasil markah yang diperolehi daripada peperiksaan tersebut akan direkodkan agar guru, ibu bapa dan pelajar dapat melihat tahap pencapaian pelajar dari masa ke semasa. Bagi mata pelajaran hafazan al-Quran, guru akan sentiasa merekod bacaan hafazan harian pelajar melalui kelas-kelas hafazan dan dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Tasmi‘ Sabaq (bacaan

1 Mohd Jamil bin Jaafar, Mudir MTQDT, MTQDT Kluang, Johor. Temu bual pada 3 April 2015.

12

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

1), Tasmi‘ Pra sabaq/ sabqi (bacaan 2), dan Tasmi‘ Amokhtah/ Manzil (bacaan 3). Dengan catatan rekod tersebut, guru dapat membuat penilaian terhadap hafazan pelajar sama ada bertambah baik dan lancar atau sebaliknya. Dengan cara ini, guru dapat mengenalpasti pelajar yang lemah dan sederhana serta memberi tumpuan yang khusus kepada pelajar tersebut dalam menambahbaik hafazannya. Konsep Aplikasi Pembelajaran dan 5 Tertib Asas Setiap konsep aplikasi pembelajaran perlu diterapkan dalam diri pelajar MTQDT agar mereka dapat menguasai sepenuhnya akan sesuatu pembelajaran tersebut. Penyelidik mendapati bahawa MTQDT telah menggunakan 5 tertib asas dalam aplikasi pembelajaran yang sentiasa digunapakai dalam proses penerapan konsep tersebut. Berikut adalah konsep dan tertib asas pembelajaran MTQDT: a) Motivasi yang mutlak melalui pembaharuan niat dan penyerahan mutlak kepada Allah SWT. b) Akhlak yang murni melalui kesempurnaan solat. c) Akal yang seimbang melalui penjagaan pemakanan harian dan pengisian ilmu al-Quran dan Sunnah. d) Amal soleh yang istiqamah melalui disiplin amalan harian. e) Keseimbangan kehidupan melalui rawatan semulajadi (Mohd Jamil bin Jaafar, 3 April 2015).

HALATUJU PELAJAR Pihak pengurusan dan pentadbiran MTQDT telah mengatur langkah dalam menentukan halatuju pelajar selepas tamat pengajian hafazan agar mereka tidak terumbang ambing dalam mencari halatuju dan masa depan. Beberapa strategi telah dirancang dengan sebaik mungkin agar pelajar yang telah tamat pengajian dapat menentukan halatuju mereka. Dengan adanya panduan ini dapat dijadikan sebagai rujukan kepada pelajar dan ibu bapa agar dapat bersiap sedia mengatur perancangan yang lebih teliti dengan sewajarnya. Berikut adalah carta halatuju pelajar MTQDT:

13

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

14

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

UNIVERSITI KOLEJ INSTITUT PONDOK PESANTREN Tempatan : UIA, UKM, MARSAH Johor, SKM-MLVK, UM, UTM, UiTM, KUIS, Kolej Islam IKM, MARA, Miftahul ‘Ulum, UTHM Darul Quran dll Darul Ridzuan, Sri Petaling, Politeknik dll Pesantren Gontor, KIPSAS, Kolej Malang,Temboro, Luar Negara termasuk Teknologi Darul Sidogiri, Indonesia di Mesir, Mekkah, Iman dll dll Madinah, Jordan, Saudi

dll Peringkat Sijil Pengajian Ilmu Pelbagai bidang dan Peringkat Sijil hingga Diploma ‘Alim peringkat pengajian hingga Diploma terutama bidang kedoktoran/profesional

KAEDAH MENGHAFAZ AL-QURAN DI MTQDT Penulis mendapati bahawa MTQDT telah menggunakan sistem Bangladesh yang mana ianya mengandungi pelbagai kaedah hafazan yang dapat membantu pelajar dalam memudahkan mereka mempelajari serta mengingati setiap ayat-ayat al-Quran itu. Selain itu, penyelidik mendapati sistem yang digunakan ini adalah dengan menghafaz secara juzu’ demi juzu’ sehinggalah pelajar dapat menghafaz dengan lancar. Kaedah yang telah digunakan tersebut adalah seperti kaedah talaqqi, musyafahah, takrir dan tasmi‘, kefahaman, dan Penulisan. Kaedah menghafaz yang digunakan di MTQDT ialah: Kaedah Talaqqi Talaqqi pada istilah membawa maksud pertemuan antara guru dan pelajar secara bersemuka ataupun secara berhadapan. Kaedah ini juga boleh dilakukan secara individu dan juga secara berkumpulan atau ketika berada di dalam kelas. Kaedah ini sangat memberi kesan kepada guru untuk menyemak bacaan dan hafazan pelajar serta dapat memperbaiki segala kekurangan dan kecatatan dalam hafazan tersebut. Ianya juga dapat mengesan akan pelajar yang tidak dapat menguasai bacaan al-Quran dengan mengadakan kelas pemulihan kepada pelajar tersebut agar

15

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN mereka tidak ketinggalan jauh di antara pelajar-pelajar yang lain. Melalui kaedah ini, pelajar diminta untuk bertalaqqi seorang demi seorang dengan membacakan hafazan mereka di hadapan guru1. Kaedah Musyafahah2 Kaedah ini juga digunapakai oleh guru-guru MTQDT dalam menyampaikan dan mengajar setiap pelajar akan ayat-ayat suci al-Quran yang perlu dihafaz. Dengan kaedah ini, pelajar akan mengikut pergerakkan bibir guru dan cuba untuk menyebut sepertimana yang telah dilakukan oleh gurunya. Kaedah ini lebih mementingkan kepada ketepatan dalam penuturan, sebutan, makhraj huruf dan sifat bagi huruf agar tidak berlaku sebarang kesilapan dalam hafazan. Kaedah Musyafahah ini merupakan kaedah sunnah Rasulullah SAW yang telah digunakan oleh malaikat Jibril ‘a.s kepada Rasulullah SAW ketika Jibril ‘a.s menyampaikan wahyu daripada Allah SWT. Malaikat Jibril ‘a.s telah membacakan ayat suci al-Quran dan kemudian Rasulullah pula meniru bacaan tersebut dengan diteliti, serta baginda meneruskan dengan menghafaz ayat tersebut. Maka dengan itu, MTQDT juga telah memilih kaedah ini sebagai cara yang dapat membantu pelajar dalam menghafaz al-Quran. Terdapat dua cara yang biasa digunakan dalam keadah musyafahah iaitu pertama, guru akan membacakan ayat suci al-Quran di hadapan pelajar dan pelajar akan mendengar serta mengikuti bacaan guru tersebut. Cara kedua iaitu murid akan membacakan ayat al-Quran di hadapan guru dan guru menyemak bacaan tersebut serta memperbetulkan bacaan- bacaan yang terdapat kesilapan. Cara ini pada kebiasaannya dilakukan semasa sesi tasmi‘ antara pelajar dan guru MTQDT. Kaedah Tasmi‘3 Tasmi‘ ialah pelajar memperdengarkan hafazan baru kepada guru. Kaedah ini sesuai digunakan bertujuan untuk menyemak kembali bacaan dan hafazan pelajar, melalui kaedah ini, guru dapat mengesan tahap pencapaian hafazan seseorang pelajar dan secara tidak langsung dapat memperbetulkan semula bacaan pelajar yang didapati kurang sempurna dan jelas. Guru akan mencatat hafazan murid dari semasa ke semasa bagi mengetahui tahap pencapaian hafazan yang telah disempurnakan oleh pelajar tersebut. Dengan kaedah ini juga guru dapat terus membimbing pelajar agar dapat meneruskan hafazan mereka dengan lebih baik. Mengikut rekod semakan bacaan harian pelajar, terdapat tiga peringkat hafazan yang perlu dilakukan oleh setiap pelajar iaitu Tasmi‘ Sabaq, Tasmi‘ Pra Sabaq/ Sabqi dan Tasmi‘ Amokhtah/ Manzil: Tasmi‘ Sabaq Ialah pelajar perlu menghafaz hafazan baru dan akan disemak oleh guru. Pelajar akan menetapkan sasaran ayat hafazan mereka pada masa tersebut. Bagi pelajar yang berada pada tahap sederhana dan rendah biasanya akan dapat menghafaz hafazan baru minimum setengah muka surat. Akan tetapi, bagi pelajar yang mudah menghafaz pula akan dapat menghafaz sehingga tiga muka surat dalam tempoh tersebut. Hal ini adalah kerana, pelajar-pelajar MTQDT mempunyai pelbagai latar

1 Zainab binti Mohamad, Guru MTQDT, MTQDT Kluang, Johor. Temu bual pada 3 April 2015. 2 Rabiatul Adawiyah binti Ismail, Guru MTQDT, MTQDT Kluang, Johor. Temu bual pada 8 April 2015. 3 Rabiatul Adawiyah Ismail, Guru MTQDT, MTQDT Kluang, Johor. Temu bual pada 8 April 2015.

16

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN belakang yang berbeza-beza dan ini menjadi antara salah satu faktor tahap hafazan mereka tidak sama antara satu sama lain1. Tasmi‘ Sabaq ini boleh dilakukan secara individu iaitu pelajar akan berjumpa dengan guru untuk menyemak semula hafazan mereka. Selain itu, pelajar juga boleh menyemak hafazan antara satu sama lain sebelum berjumpa dengan guru. Pada kebiasaannya, Tasmi‘ Sabak ini dilakukan dalam Kuliah Utama 1 yang bermula selepas subuh hingga jam 8 pagi setiap hari ahad hingga khamis. Tasmi‘ Pra Sabaq/ Sabqi2 Ialah merupakan proses mengulang semula hafazan yang lalu. Ini bertujuan untuk mengingati semula hafazan yang telah dihafaz oleh pelajar agar ianya lebih lancar dan sempurna. Dengan cara ini, guru dapat mengesan bacaan yang kurang jelas dan tidak sempurna bagi pelajar-pelajar yang masih belum dapat menguasai hafazan tersebut dengan baik dan memperbaikinya serta membimbing pelajar tersebut sehingga benar-benar dapat membaca dan menghafaz dengan sempurna. Tasmi‘ Pra Sabak/ Sabqi ini diadakan pada jam 9 pagi hingga jam 11.30 pagi iaitu semasa Kuliah Utama 2 (hafazan/ nazirah). Tasmi‘ Amokhtah/ Manzil Iaitu menyemak hafazan yang telah lama dihafaz. Ianya dilakukan dalam Kuliah Utama 3 bermula pada jam 2 petang hingga 4.45 petang pada setiap hari Ahad hingga Khamis. Tasmi‘ Amokhtah/ Manzil juga boleh dilakukan antara pelajar dengan guru dan juga pelajar dengan pelajar untuk menyemak hafazan lama tersebut. Cara Tasmi‘ Amokhtah/ Manzil ini berbeza sedikit dengan Tasmi‘ Sabaq dan Tasmi‘ Pra Sabaq/ Sabqi kerana dalam bacaan Tasmi‘ Amokhtah/ Manzil pelajar akan disemak semula hafazannya oleh guru-guru iaitu setiap dua minggu sekali. Kaedah ini lebih dikenali sebagai Amokhtah Khatam. Kaedah tasmi‘ merupakan kaedah yang mempunyai keberkesanan yang tinggi di dalam pembelajaran tahfiz (Abdul Hafiz et al; 2003). Begitu juga kaedah takrir dan tasmi‘ merupakan kaedah dua kaedah yang sering diamalkan dalam pembelajaran hafazan di mana-mana pusat pengajian tahfiz di negara ini (Abdul Hafiz et al; 2005). Justeru itu, wajarlah kaedah ini turut digunapakai di MTQDT kerana kaedah ini dianggap efektif dan memberi kesan yang positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di pusat pengajian tahfiz al-Quran. Kaedah Kefahaman3 Selain daripada itu, terdapat juga kaedah yang dianggap penting ketika menghafaz al-Quran iaitu kaedah kefahaman yang juga merupakan kaedah yang telah dilakukan oleh pelajar cemerlang dalam menghafaz al-Quran dengan memahami terjemahan ayat al-Quran, memahami maksud cerita al- Quran dan mengaitkan kefahaman serta analisis ayat yang dihafaz. Pendapat ini turut diakui kebenarannya oleh Mudir MTQDT, menurut beliau, ramai di antara pelajar-pelajar MTQDT yang lebih mudah menghafaz dengan menggunakan kaedah ini. Hal tersebut adalah kerana pelajar bukan sahaja dapat menghafaz ayat-ayat suci al-Quran malah mereka dapat memahami dan menghayati dengan lebih mendalam terhadap isi kandungan al-Quran tersebut melalui terjemahan, tafsiran, dan asbab al-nuzul.

1 Dahlia Ibrahim, Guru MTQDT, MTQDT Kluang, Johor. Temu bual pada 8 April 2015. 2 Rabiatul Adawiyah Ismail, Guru MTQDT, MTQDT Kluang, Johor. Temu bual pada 8 April 2015.

3 Mohd Jamil bin Jaafar, Mudir MTQDT, MTQDT Kluang, Johor. Temu bual pada 3 April 2015.

17

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Kaedah Penulisan Kaedah ini juga digunakan oleh penghafaz al-Quran untuk memperkukuhkan lagi daya ingatan mereka terhadap hafazan al-Quran iaitu dengan amalan menggunakan kaedah penulisan dapat mengukuhkan lagi hafazan terutama pada ayat yang susah dan kaedah penulisan ini juga turut digunakan dalam penilaian peperiksaan pelajar-pelajar MTQDT. Hal ini adalah kerana manusia yang mampu menghafaz al-Quran belum tentu dapat menulis semula ayat al-Quran tersebut dengan baik. Justeru itu, dengan adanya kaedah ini dapat membantu pelajar dalam menguasai hafazan dengan lebih sempurna, kerana mereka bukan sahaja dapat menghafaz malah dapat menulis semula ayat-ayat al-Quran tersebut dengan sebaik mungkin, tanpa berlakunya sebarang ‘kekhilafan’ sewaktu menulisnya. Pada kebiasaannya sebahagian pelajar lebih gemar menggunakan keadah ini kerana mereka dapat menguasai hafazan mereka melalui penulisan yang ditulis dengan cara berulang-ulang kali agar mereka lebih mengingati apa yang telah dicatat. Kaedah ini juga termasuk dalam penilaian soalan ujian dan peperiksaan pelajar MTQDT yang mana pelajar-pelajar diminta untuk menulis semula ayat-ayat al-Quran tertentu dan guru akan menilai setiap penulisan tersebut1.

KEUNIKKAN CARA UNTUK MENGUATKAN DAYA INGATAN DAN MEMELIHARA HAFAZAN AL-QURAN MTQDT telah mengambil langkah inisiatif yang dianggap berkesan untuk menguatkan daya ingatan para pelajar mereka agar mudah untuk mengingati bacaan hafazan serta dapat mengamalkannya dengan melaksanakan langkah-langkah sebagaimana berikut: Ibadah Sunat Amalan solat sunat dan puasa sunat menjadi rutin harian pelajar-pelajar dan guru-guru MTQDT. Berdasarkan kepada jadual harian pelajar, jelas menunjukkan bahawa amalan sunat ini dilakukan setiap hari pada waktu-waktu yang tertentu. Ianya bukan sahaja dilaksanakan semasa pelajar berada di madrasah, tetapi ianya juga dijadikan sebagai amalan harian semasa pelajar pulang ke rumah masing-masing semasa musim cuti persekolahan dan ianya direkodkan dalam borang semakan amalan harian pelajar. Ini bertujuan untuk melatih pelajar agar sentiasa melakukan amalan sunat ini walau di mana sahaja mereka berada. Kuliah Utama (Hafazan/ Nazirah) MTQDT telah menyediakan jadual harian pelajar yang mana terdapat di dalamnya kuliah utama yang merupakan kelas hafazan al-Quran. Pada setiap hari Ahad hingga Khamis pelajar akan mengikuti kuliah utama sebanyak empat kali pertemuan. Dalam kuliah tersebut, pelajar akan memperdengarkan hafazan mereka kepada guru serta kawan secara individu (hafazan baru dan mengulang hafazan lama). Bagi pelajar yang belum mampu membaca al-Quran, mereka akan dibimbing dengan bacaan-bacaan iqra’ sehinggalah mereka mampu untuk membaca dengan baik dan secara tidak langsung dapat menghafaz al-Quran secara berperingkat. Dengan adanya kuliah utama ini dapat memberi peluang kepada pelajar bertemu dengan guru untuk menyemak semula hafazan mereka dan memperbaiki bacaan dan hafazan yang lemah. Langkah ini dapat menguatkan lagi daya ingatan pelajar terhadap hafazan mereka dari masa ke semasa. Selain itu, ianya juga dapat membantu pelajar mengenalpasti kekurangan dan kelemahan yang mereka hadapi dalam menghafaz al-Quran dan cuba mengatasinya dengan bantuan guru-guru.

1 Nuratikah binti Zainal, Warden Asrama MTQDT, MTQDT Kluang, Johor. Temu bual pada 12 November 2015.

18

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Menurut penjelasan yang diberikan oleh Nuratikah Zainal, MTQDT telah menyusun setiap aktiviti harian pelajar mereka dengan pelbagai aktiviti yang bersesuai dengan pelajar. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa MTQDT telah mendedahkan pelajar-pelajar mereka dengan pendekatan yang terbaik agar pelajar tersebut dapat menghafaz al-Quran dengan lancar dan sempurna. Namun begitu, MTQDT tidak meletakkan sasaran ayat dan surah tertentu kepada pelajar dan mereka menghafaz al-Quran mengikut kemampuan mereka sehinggalah khatam. Ini adalah kerana MTQDT tidak mahu memberi tekanan kepada para pelajar untuk menghafaz dan memberikan kebebasan kepada pelajar untuk menghafaz dalam keadaan yang lebih tenang1. Kaedah Mandi Ais Terdapat keunikan di MTQDT yang jarang sekali didengari di mana-mana madrasah tahfiz lain, keunikkan tersebut adalah kaedah mandi ais yang diyakini mempunyai banyak kelebihan dan khasiatnya yang tersendiri. Antara tujuan MTQDT mengamalkan kaedah mandi ais adalah seperti berikut: a) Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan dalam diri seseorang terutama bagi mereka yang bakal bergelar hafiz dan hafizah. b) Mandi ais ini secara psikologinya amat ditakuti oleh pelajar yang mengalami gangguan jin dan syaitan atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Maka kaedah ini dapat mengubati pelajar-pelajar MTQDT yang mengalami sebarang gangguan tersebut. c) Mandi ais juga dikatakan dapat menjadi penawar bagi penyakit demam dan jangkitan kuman pada badan dan ianya dapat meningkatkan tenaga dalam badan manusia. d) Kaedah mandi ais ini dapat menguatkan sistem rohani dalam kalangan pelajar agar tidak mudah berputus asa untuk menghafaz al-Quran2. Kaedah mandi ais ini dilakukan sebanyak 1 kali dalam seminggu iaitu setiap hari Isnin dan lebih berfokuskan kepada pelajar yang bermasalah dalam hafazan al-Quran, ianya dilakukan pada jam 9.45 malam hingga 10.30 malam. Pada kebiasaannya, pelajar akan dimandikan oleh guru-guru secara bergilir-gilir dengan disertai niat kerana Allah SWT serta selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Pelajar diminta untuk memperbetulkan niat mereka untuk mendalami ilmu al-Quran sewaktu proses mandi ais dilakukan3. Menurut pengalaman Ustazah Dahlia Ibrahim, kaedah ini terbukti memberikan impak yang besar dan menghasilkan kesan yang positif dalam kalangan pelajar MTQDT. Contohnya bagi pelajar yang mempunyai masalah tingkah laku dan sahsiah akan dimandikan dengan jumlah ais yang maksimum dan dalam tempoh masa agak lama tidak seperti pelajar yang lain. Dengan izin Allah SWT, sedikit demi sedikit perubahan tingkah laku pelajar tersebut beransur kepada yang lebih baik dari sebelumnya. Maka adanya teori tersebut maka dengan itu ianya dijadikan sebagai amalan mingguan sepanjang pengajian dan ianya menjadi sebagai terapi diri pelajar MTQDT4. Amalan Pemakanan Menurut Ustazah Rabiatul Adawiyah Ismail, pelajar-pelajar juga diberi penekanan dan pendedahan terhadap faktor pemakanan yang berkhasiat dan halal yang mana ianya banyak mempengaruhi akhlak keperibadian seseorang pelajar, juga dapat menguatkan lagi daya ingatan mereka terhadap hafazan al-Quran. Justeru itu, madrasah ini sangat menitikberatkan penjagaan

1Nuratikah binti Zainal, Warden Asrama MTQDT, MTQDT Kluang, Johor. Temu bual pada 8 April 2015. 2 Mohd Jamil bin Jaafar, Mudir MTQDT, MTQDT Kluang, Johor. Temu bual pada 3 April 2015.

3Rabiatul Adawiyah Ismail, Guru MTQDT, MTQDT Kluang, Johor. Temu bual pada 8 April 2015. 4 Dahlia Ibrahim, Guru MTQDT, MTQDT Kluang, Johor. Temu bual pada 3 April 2015.

19

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN pemakanan pelajar mereka, supaya segala ilmu dan hafazan mereka dapat kekal berterusan dalam ingatan sepanjang kehidupan, serta akhlak keperibadian yang dipamerkan juga dapat dijaga dengan sebaik mungkin. Sebagai contoh, pihak madrasah tidak membenarkan ibu bapa pelajar yang datang melawat pada waktu-waktu tertentu dengan membawa makanan melainkan telah mendapat kebenaran atau keizinan dari pihak MTQDT terlebih dahulu berpandukan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Makanan yang disediakan juga sangat dikawal rapi oleh pihak MTQDT. Ini kerana MTQDT tidak mahu pelajar-pelajar mereka dicemari dengan sumber makanan yang boleh merosakkan akal fikiran serta mengganggu kerohanian yang boleh menyebabkan terjejasnya ingatan mereka terhadap ayat- ayat suci al-Quran. Di antara makanan yang biasa diamalkan di MTQDT ialah ikan segar, ayam organik dan ayam kampung, kambing dan makanan-makanan lain yang diteliti dan dipilih sahaja yang boleh dimakan oleh pelajar. Ibu bapa pelajar juga telah diberi pendedahan awal terhadap pemakanan anak-anak mereka supaya ibu bapa lebih memahami dan bersama-sama berganding bahu melindungi anak-anak mereka dari makanan yang bersumberkan syubhah, agar akhlak dan tingkahlaku mereka sentiasa terpelihara dan begitu juga terhadap hafazan yang telah diingati. Ibu bapa perlu sentiasa memantau pemakanan anak-anak mereka sewaktu pelajar MTQDT pulang ke kampung ke rumah masing- masing waktu cuti persekolahan. Para pelajar MTQDT juga telah didedahkan dengan mengamalkan makanan-makanan sunnah seperti kurma, kismis, madu dan lain-lain kerana makanan sunnah ini diakui mempunyai khaisatnya yang tersendiri1.

KESIMPULAN Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, dapatlah dirumsukan bahawa terdapat persamaan dan perbezaan dari segi kaedah hafazan yang digunakan di MTQDT dengan madrasah-madrasah tahfiz lain. Akan tetapi, di MTQDT ini mempunyai kelainan yang boleh dijadikan sebagai contoh oleh madrasah-madrasah lain dalam mengaplikasikannya terhadap proses menghafaz al-Quran. MTQDT juga sentiasa menjaga kebajikan pelajar dengan tidak memandang mudah hal-hal yang berlaku terhadap pelajar-pelajarnya. Kebajikan pelajar sangat dititikberatkan agar ianya tidak mempengaruhi serta memberikan kesan yang negatif dan mengganggu mental dan emosi pelajar dalam menguasai ilmu menghafaz al-Quran sehingga mereka memperolehi kenikmatan yang telah dijanjikan oleh Allah SWT. Selain daripada menghafaz al-Quran, MTQDT juga sentiasa memberi penekanan terhadap pembentukkan sahsiah pelajar kerana didapati bahawa ianya sangat memberikan kesan kepada pelajar untuk menghafaz al-Quran. Dengan mengamalkan nilai murni serta akhlak terpuji dalam kehidupan seharian, serta dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan, mereka tidak mudah lupa dan sentiasa menjadikan al-Quran sebagai pegangan hidup di dunia serta jalan menuju ke akhirat kelak serta tidak tersasar dari landasan Islam yang sebenar. Cadangan dan Saranan Antara cadangan dan saranan ialah: Saranan Kepada Ibu Bapa Ibu bapa perlulah bersikap lebih keterbukaan dalam menerima dan memahami matlamat madrasah- madrasah tahfiz di Malaysia. Tidak dinafikan ada segelintir pusat tahfiz yang mengambil kesempatan dengan menjadikan pelajarnya sebagai peminta sedekah, menjual ubat dan sebagainya

1 Rabiatul Adawiyah Ismail, Guru MTQDT, MTQDT Kluang, Johor. Temu bual pada 8 April 2015.

20

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN untuk kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan masa depan pelajar tersebut. Akan tetapi, tidak semua madrasah tahfiz di Malaysia bersifat sedemikian. Oleh yang demikian, ibu bapa perlu memahami dengan sebenar-benarnya matlamat utama madrasah tahfiz yang ditubuhkan agar mereka tidak silap dalam memberi pentafsiran dan penilaian yang negatif terhadap madrasah tersebut. Penyelidik juga mendapati, kebanyakan ibu bapa masa kini telah mempunyai kesedaran berkaitan kelebihan anak-anak yang menghafaz al-Quran. Justeru itu, semakin banyak madrasah tahfiz yang ditubuhkan atas permintaan masyarakat khususnya dengan pelbagai kemudahan yang disediakan serta kemajuan yang dilihat semakin bertambah baik dari masa ke semasa.Ini dapat membuka ruang dan peluang kepada anak-anak untuk mempelajari ilmu al-Quran dengan lebih sistematik dan berjaya mencapai matlamat yang diimpikan duniawi dan juga ukhrawi. Saranan Kepada Guru-guru Tahfiz Penglibatan guru dalam memastikan para pelajar mengulang semula ayat-ayat yang telah dihafaz adalah salah satu faktor terpenting bagi memastikan pencapaian kemajuan pelajar berada pada tahap yang stabil. Guru yang terbaik haruslah mempunyai lima ciri-ciri berikut: a) Menguasai kepakaran dalam disiplin ilmu. b) Mempunyai sifat ikhlas dan berautoriti dalam ilmu yang disampaikan. c) Mempunyai kemahiran asas yang tinggi sebagai keperluan semasa pengajaran. d) Sentiasa peka dalam menilai pencapaian pelajar untuk tujuan pembaikan pengajaran. e) Pandai mengaitkan ilmu dan pengalaman yang dimiliki untuk digunakan semasa proses pengajaran. Maka dengan itu, seharusnya untuk menjadi seorang guru perlu mempersiapkan diri dengan sebaik mungkin agar apa sahaja yang dipamerkan dan ditonjolkan di hadapan pelajar dapat dijadikan sebagai contoh teladan yang baik kepada pelajar-pelajar bukan sahaja sebagai guru tahfiz, malah juga kepada guru-guru yang lain.

BIBLIOGRAFI Abdul Hafiz Abdullah et al. (2003). Keberkesanan Kaedah Hafazan di Pusat Tahfiz. Penyelidikan Jangka Pendek). Skudai: Pusat Pengurusan Penyelidikan UTM. Abdul Hafiz Abdullah et al. (2005). Sistem Pembelajaran dan Kaedah Hafazan Al-Quran yang efektif: Satu kajian di Kuala Lumpur dan Terengganu. Penyelidikan Jangka Pendek, Skudai: Pusat Pengurusan Penyelidikan UTM. Abdul Hafiz Abdullah (2007), Cabaran dan Hala Tuju Huffaz: Satu Kajian di MARSAH, Johor Bahru, Johor, dlm. Jurnal Pusat Tahfiz Al-Qur’an Singapura, vol. 1 2007, Singapura: Darul Qur’an Masjid Kampung Siglap, h. 32-41. Mohammad Asraff Ayob al-Hafiz. (2011). Kaedah Jibril Teknik Mudah dan Praktikal Menghafaz al-Quran. Selangor. PTS Darul Furqan Sdn. Bhd. Mohd Mawardi bin Che Hassan (2010), Faktor yang mendorong Pelajar Mengikuti Aliran Tahfiz Sepenuhnya: Kajian di Pusat Tahfiz Al-Quran & Pengajian Agama Islam Banggol Kulim, Kelantan. Projek Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Muhammad Mahmud Abdullah ed. (Usamah bin ‘Abdul Fattah al-Bittah) (1999), Kaifa Tahfaz al- Qur’an al-Karim, Shubra: Dar al-Taqwa. ______Profial Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Ta’alim. (2011).

21

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

______Rekod Hafazan Pelajar Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Ta‘alim. Temu bual Mohd Jamil bin Jaafar, Mudir MTQDT, 3 April 2015, temu bual. Dahlia binti Ibrahim, guru MTQDT, 3 & 8 April 2015, temu bual. Zainab binti Mohamad, guru MTQDT, 3 April 2015, temu bual. Rabiatul Adawiyah binti Ismail, guru MTQDT, 8 April 2015, temu bual. Nuratikah binti Zainal, Warden Asrama, 5 & 8 April 2015, temu bual

22

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

PENGAYAAN, PENGUKUHAN DAN PEMULIHAN DALAM PEMBELAJARAN TAHFIZ AL-QUR’AN: KAJIAN DI BEBERAPA SEKOLAH TAHFIZ TERPILIH DI KELANTAN Dr. Ahmad Zulfiqar Shah Abdul Hadi1 Dr. Mohd Abdul Nasir AbdLatif2

ABSTRAK Pemeliharaan al-Quran berlaku melalui tiga proses utama iaitu talaqqi dan musyafahah, hafazan dan penulisan al-Quran. Proses pemeliharaan al-Qur’an ini amat mencabar kerana ia melibatkan proses daya ingatan dan fokus yang tinggi. Aktiviti pengayaan, pengukuhan dan pemulihan adalah aktiviti yang bertujuan memperkembang, meningkat dan memenuhi keperluan pelajar dalam memastikan pencapaian yang maksimum dalam proses pembelajaran. Kertas kerja ini akan membincangkan pelaksanaan aktiviti pengayaan, pengukuhan dan pemulihan yang dijalankan oleh institusi tahfiz dalam melahirkan huffaz yang berdaya saing dan bermutu. Kajian ini merupakan kajian tinjauan dengan menggunakan pendekatan dokumentasi dan temubual. Kajian ini dilaksanakan di beberapa institusi tahfiz di bawah kerajaan negeri Kelantan dan satu tahfiz swasta. Kajian ini menunjukkan bahawa terdapat pelbagai kaedah dan aktiviti yang dilaksanakan dalam konteks pengayaan, pengukuhan dan pemulihan ke atas pelajar. Diharapkan artikel ini dapat memberi maklumat dan titik tolak ke arah kajian berterusan dalam pembelajaran Tahfiz al-Qur’an. Kata kunci : al-quran, hafazan, tahfiz

PENDAHULUAN Dalam pengajian al-Qur’an terdapat pelbagai cara dan sistem diaplikasikan untuk menjamin mutu dan kualiti pengajian supaya ianya tidak hilang dan disalahgunakan. Antara sistem dan metode yang paling popular yang telah diamalkan oleh Nabi SAW, para sahabat dan selepasnya ialah melalui hafazan al- Qur’an. Perkara ini telah ditegaskan oleh Rasulullah SAW sendiri sebagaimana sabdanya yang telah diriwayatkan oleh al-Darimi: عن أبي أمامة ثم انه كان يقول اقرؤوا القرآن .. فإن هللا لن يعذب قلبا وعى القرآن. Yang Bermaksud :Daripada Abi Amamah meriwayatkan Rasullulah SAW telah bersabda: Bacalah olehmu al-Qur’an.. Sesungguhnya Allah tidak akan mengazab sekali-kali hati orang yang menyimpan (menghafaz) al-Qur’an. (al-Darimi, Bab Fadl man Qara'a al-Qur'an, No. : 3319) Dan sabdanya lagi yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi: عن بن عباس قال قال رسول هللا ﷺ : إن الذي ليس في جوفه شيء من القرآن كالبيت الخرب Yang Bermaksud :Daripada Ibn Abbas telah berkata Rasulullah SAW telah bersabda : Sesungguhnya orang yang tidak ada sepatah pun dari al-Quran dalam dirinya adalah seperti rumah yang runtuh. (al- Tirmidhi, Bab Fi Man Qara'a Harfan min al-Qur'an Ma lahu min al-Ajr, no. hadith 2837) Daripada dua hadith di atas menunjukkan kepada kita kepentingan tentang hafazan al-Qur’an. Hadith ini telah didatangkan dalam dua bentuk iaitu dengan menerangkan tentang kelebihan orang yang menghafaz al-Qur’an serta keburukan dan azab kepada yang tidak menghafaznya (langsung). Rasulullah SAW juga memerintah sahabatnya supaya menghafaz al-Qur'an kerana al-Qur’an dapat memperteguh iman dan menjadi penawar kepada orang-orang mu'min, di samping itu memberi syafaat pula kepada orang yang menghafaznya di akhirat kelak. Ini sebagaimana hadith yang bermaksud :

1 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). 2 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

23

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

عن علي بن أبي طالب قال قال رسول هللا ﷺ :من قرأ القرآن وحفظه أدخله هللا الجنة وشفعه في عشرة من أهل بيته كلهم قد استوجبوا النار Daripada Ali bin Abi Talib telah berkata Rasulullah SAW bersabda :Siapa yang membaca al-Qur'an dan menghafaznya, maka Allah memasukkannya ke dalam syurga, dan dapat memberi syafa'at kepada ahli rumahnya sepuluh orang yang tetap masuk neraka". (Ibn Majah, Bab Fadl Man Ta'alaam al- Qur'an wa 'Allamah, No. Hadith :212) Oleh kerana menghafaz al-Qur’an itu mempunyai banyak kelebihan maka ramailah para sahabat yang menghafaz al-Qur’an. Dan ini juga satu faktor yang menyebabkan al-Qur’an itu tidak dapat diubah atau diselewengkan oleh musuh-musuh Islam (al-Qastalani , 1972). Justeru, hafaz Al- Qur’an bukan perkara baru atau asing bagi orang Islam, tetapi ia telah wujud sejak al-Qur’an diturunkan. Bermula dari saat itu Nabi SAW menghafaz al-Qur’an kemudian mengajarnya kepada para sahabat dan menyuruh mereka menghafaznya (Mahmud Abd al-Halim, 1985). Ulama-ulama Islam sejak dari zaman dahulu hingga sekarang, boleh dikatakan semuanya hafaz al-Qur’an. Adalah sangat ganjil jika ada ulama yang tidak menghafaz al-Qur’an (Muhammad al-Habasyi, 1987). Kebanyakan kanak-kanak Islam di zaman awal Islam mula menghafaz al-Qur’an pada umur 5-7 tahun dan tamat pada umur 10- 12 tahun (Abd al-Rahman Al-Naqib, 1984). Dalam mencapai tujuan pemeliharaan al-Qur'an ini terdapat proses dan aktiviti telah dilaksanakan. Artikel ini akan membincangkan secara fokus tentang aktiviti pengayaan, pengukuhan dan pemulihan bagi pelajar yang mengikuti program tahfiz al-Qur'an ini di beberapa tempat terpilih.

METODOLOGI KAJIAN Dalam menghasilkan tulisan ini, dua metode telah digunakan untuk mendapatkan bahan-bahan yang berkaitan dengan tujuan kajian. Metode-metode tersebut ialah metode dokumentasi dan temubual. Metode dokumentasi digunakan dalam tulisan ini bagi mendapatkan data-data konsep dan beberapa dokumen rasmi institusi kajian. Tempat kajian ialah di Kelantan iaah sebagaimana berikut : 1. Maahad Tahfiz al-Qur'an wa al-Qiraat Pulai Chondong. Ia dipilih berdasarkan pengalaman sekolah berkenaan sebagai sekolah rintis tahfiz di Kelantan yang bertapak hampir 25 tahun. 2. Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman Kok Lanas. Ia dipilih berdasarkan kurikulum sekolah berkenaan yang berteraskan sains dan tahfiz bagi lelaki. 3. Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah (Banat).Ia dipilih berdasarkan kurikulum sekolah berkenaan yang berteraskan sains dan tahfiz bagi perempuan. 4. Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin, Tumpat. Ia dipilih berdasarkan status sekolah berkenaan yang merupakan sekolah cawangan kepada Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman. 5. SMU (A) Tarbiah Diniah Tahfiz, Bunut Sarang Burong, Tumpat. Ia dipilih berdasarkan status sekolah berkenaan yang baru berubah dari sekolah harian biasa kepada sekolah tahfiz. 6. Sekolah Menengah Islam Aman Kubang Kerian. Ia dipilih berdasarkan sekolah swasta elit yang menggunakan tahfiz sebagai antara elemen utama. Metode temubual pula digunakan untuk menemubual beberapa orang gurutahfiz di isntitusi berkaitan bagi mendapatkan maklumat berkenaan aktiviti pengayaan, pengukuhan dan pemulihan yang dijalankan di tempat masing-masing.

KONSEP PENGAYAAN, PENGUKUHAN DAN PEMULIHAN DALAM PENDIDIKAN 1. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) mendefinasikan pengayaan sebagai perihal (usaha, proses, dsb) mengayakan, misalnya mengayakan atau meluaskan kosa kata. Pengayaan

24

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan. Aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah, sama ada dalam kumpulan cerdas, sederhana, atau lambat. Melalui aktiviti pengayaan, murid-murid akan dapat memperluas pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam sesuatu bidang pelajaran tertentu. (Mok Soon Sang, 1997). Ia juga merupakan aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang biasa dijalankan di dalam bilik darjah. Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia (1988), konsep pengayaan bermaksud aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti ini, pelajar-pelajar akan mendapat peluang tambahan untuk mengembangkan lagi minat,daya kreatif,sifat ingin tahu,sikap berdikari dan bakat kepimpinan mereka”. 2. Manakala pengukuhan didefinisikan sebagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh guru selepas pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai bentuk latihan. Cara atau bentuk latihan pengukuhan yang diberikan kepada murid-murid adalah sama. Setiap murid dikehendaki menjawab atau melakukan dengan menerima latihan atau tugasan yang diberikan oleh guru dalam bentuk yang sama dan tiada perbezaan. Daripada situ lah kita boleh melihat perbezaan murid mana yang dapat menguasai pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Biasanya, aktiviti pengayaan juga terdapat dalam buku teks sebagai aktiviti pengukuhan selepas guru sudah mengajar kemahiran asas. Menurut B.F. Skinner pengukuhan dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu pengukuhan positif, pengukuhan negatif dan tiada pengukuhan. Pengukuhan positif ialah pemberian sesuatu yang menyenangkan setelah sesuatu tingkah laku dapat dilakukan. Pengukuhan positif pula boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu pengukuhan berterusan dan pengukuhan berkala. Pengukuhan berterusan ialah pengukuhan yang mengikut kala yang tertentu. Pengukuhan berkala pula dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu pengukuhan berkala tetap dan pengukuhan berkala tidak tetap. Pengukuhan berkala tetap terbahagi kepada dua bahagian. Pertama, pengukuhan berkala tetap mengikut nisbah, iaitu pengukuhan yang hanya diberikan setiap lima kali tingkah laku itu dilakukan. Kedua, pengukuhan berkala mengikut masa iaitu pengukuhan yang diberikan setiap satu minit. (Kamaruddin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz, 2004) 3. Pelbagai konsep pemulihan telah diberikan oleh ahli-ahli pendidik Barat dan tempatan mengenai takrifan pendidikan pemulihan. Antara definisi awal ialah definisi yang dikemukakan oleh Pringle (1966), berpendapat pengajaran pemulihan mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar, melalui latihan yang sistematis dan dapat memenuhi keperluan- keperluan mereka. Berdasarkan Collins (1961), pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan mata pelajaran asas. Beliau juga menegaskan pengajaran pemulihan ini ialah satu kaedah pengajaran yang istimewa bagi murid-murid yang gagal dalam mata pelajaran asas di sekolah seperti membaca, menulis dan mengira. (Robiah Kulop Hamzah, 1997). Manakala Sharifah (1979) pula mengatakan pengajaran pemulihan ialah pengajaran melalui pendekatan dan kaedah yang khusus untuk muridmurid yang terlalu Iemah.

25

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

APLIKASI PENGAYAAN, PENGUKUHAN DAN PEMULIHAN DALAM PENGAJIAN TAHFIZ AL-QUR'AN Antara faktor yang telah dikenal pasti punca kelemahan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran tahfiz ialah guru didapati masih mengekalkan kaedah tradisional dalam proses pengajaran dan pembelajaran tahfiz walaupun mereka menyokong sepenuhnya bahawa penggunaan teknologi membantu dalam meningkatkan mutu hafazan al-Quran (Mohamad Marzuqi, 2008). Selain itu, kelemahan dalam pencapaian hafazan pelajar juga dikenal pasti berpunca daripada kekurangan dalam strategi pembelajaran tahfiz iaitu dari aspek strategi, kaedah dan motivasi dalam pembelajaran tahfiz (Misnan dan Ahmad Sadadi, 2003). Hakikatnya, menghafaz ayat-ayat al-Quran memerlukan kesabaran dan disiplin yang tinggi untuk mencapai jumlah sasaran ayat-ayat yang perlu dihafaz pada satu-satu masa. Justeru, pelajar perlu mempersiapkan diri apabila mula menghafaz dan mengekalkan hafazan. Hafalan Al-Quran terlalu mudah untuk hilang dari ingatan kecuali mereka yang benar-benar memastikan pemeliharaannya (Abdul Hafiz & Norhanan, 2010).

PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAYAAN DALAM PENGAJIANTAHFIZ AL-QUR'AN 1. Penulisan Mengikut Rasm Uthmani. Istilah Rasm al-Qur’an atau Rasm al-Mushaf bermaksud tulisan atau penulisan mashaf al-Qur’an yang mempunyai metode-metode tertentu. Apabila digabungkan dengan Rasm cUthmani pula ialah bentuk-bentuk tulisan Al-Qur’an yang digunakan dan dipersetujui oleh Khalifah cUthman r.a ketika penulisan dan penyalinan Al- Qur’an (al-Zarqani 1995). Nur al-Din cAtr (1993) menyatakan Imam Malik telah ditanya : Adakah boleh manusia menulis al-mashaf mengikut lafaz-lafaz hija’iyyah. Maka beliau berkata (menjawab) : Tidak boleh, (tulisan al-mashaf) kecuali dengan menulis sebagaimana yang pertama (merujuk kepada penulisan zaman cUthman r.a). Dalam konteks ini semua institusi tahfiz yang dikaji menulis ayat-ayat al-Qur'an sebagai satu nilai tambah dalam hafazan al-Qur’an. Penulisan ini pula mewajibkan semua pelajar agar meniru sepenuhnya tulisan yang ada pada mashaf Uthmani samada dari sudut al- hadhf, al-ziyadah, al-hamzah, al-ibdal, al-wasl wa al-fasl dan ma fih qira’atan (apa yang terkandung di dalamnya dua bentuk bacaan)(Abu Zithar 1997). Selian itu mereka juga mewajibkan untuk meletakkan tanda (dabt) dalam penulisan disamping memastikan setiap baris hendaklah ditulis sebagaimana al-Qur'an Mashaf Madinah. 2. Kem Murajaah. Taqrir atau muraja'ah bermakna mengulang-ulang. Maksud keadah Taqrir atau mengulang-ulang ialah pengulangan yang dibuat oleh penghafaz al-Quran untuk mengekal dan mengukuhkannya dalam ingatan. Ini bertujuan bagi mengekalan hafazan tersebut supaya tidak lupa atau hilang dari ingatan. Maahad Tahfiz al-Qur'an Pulai Chodong dan Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah telah melaksanakan kem murajaah di luar sekolah bertujuan memberikan ruang untuk pelajar mengulangkaji hafazan lama dalam situasi lain yang lebih menyeronokkan. Antara tempat yang menjadi pilihan ialah di pantai-pantai atau rekreasi lainnya. 3. Hafazan sekali dengan terjemahan ayat. Kaedah kefahaman ayat merupakan kaedah untuk mengetahui kepentingan menghayati dan memahami ayat dalam menghafaz al-Quran (Nor Musliza Mustafa, 2014). Kajian yang dilaksanakan oleh Ahwani (1995), Al-Syarbini (2004) dan Abu al-Fida’ (2006) menyatakan bahawa kaedah kefahaman merupakan kaedah yang membantu dalam menghafaz dan mengukuhkan hafazan kerana dengan memahami maksud ayat dan makna kalimat pelajar akan dapat menumpukan perhatian terhadap ayat yang dihafaz semasa amalan Takrar dan seterusnya akan menambahkan kekhusyukan dalam membaca ayat al-Quran. (Nor Musliza Mustafa, 2014)

26

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Terjemahan ayat al-Qur'an juga merupakan salah satu dari bentuk pengukuhan yang diterapkan dalam tahfiz al-Qur'an. Penulisan makna atau terjemahan al-Qur'an ini dilaksanakan antaranya ialah di Maahad Tahfiz al-Qur'an Pulai Chodong dan Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah. Dengan mengetahui terjemahan ayat akan meningkatkan kefahaman tentang makna ayat al-Quran yang bukan sahaja menghafaz tanpa mengetahui makna ayat. Ia juga akan membuka ruang untuk proses tadabbur ayat di masa depan bagi para huffaz. 4. Latihan Sebagai Imam Solat. Kini di Malaysia, melantik imam dalam kalangan penghafaz al- Quran menjadi satu kelebihan dan keutamaan. Oleh itu, bagi pihak institusi tahfiz, mereka perlu melahirkan para penghafaz al-Quran yang bermutu bagi tujuan tersebut. Maka program latihan sebagai imam solat merupakan satu nilai tambah dan pengayaan selain bertujuan untuk melancarkan hafazan, memantapkan ilmu tajwid serta mengasah suara supaya sedap didengar. Setelah dikaji semua tempat kajian melaksanakan latihan sebagai imam termasuk dalam kalangan penghafaz al-Quran wanita iaitu di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah (Banat).

5. Belajar Tafsir al-Qur’an. Secara umumnya pengajian tafsir al-Qur'an tidak dimasukkan dalam konteks pembelajaran tahfiz al-Qur'an, namun pengajian tafsir ini hanyalah sebagai nilai tambah melalui matapelajaran yang ditawarkan di sekolah. Apabila ia adalah sebagai subjek maka ia terlibat dengan beberapa peperiksaan besar seperti Sijil Menengah Ugama (SMU), Sijil Menengah Tahfiz al-Quran (SMTQ), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Tahfiz al-Quran (STTQ). 6. Tarannum atau Melagukan Bacaan. Sabda Rasulullah SAW ‘hiasilah al-Qur’an dengan suara kamu (Abu Dawud, Bab kayfa Yashab al-Tartil fi al-Qiraah. No. Hadith 1473), dan "sesiapa yang tidak melagukan al-Qur’an bukan dari golongan kami (Abu Dawud. No. Hadith 1469 dan 1470). Kedua-dua hadith ini telah mendapat perhatian dari qurra’ al-Qur’an untuk menjadikan bacaan al-Quran sedap didengar. Justeru dunia Islam telah mencatatkan pelbagai bentuk lagu al-Qur’an telah dihasilkan. Secara keseluruhan, ramai dalam kalangan para penghafaz al-Quran mempunyai gaya lagu yang baik sama ada meniru qari-qari popular seperti Abdul Rahman al-Sudays, Mahmud Khalil al-Husori, Sa’ad Sa’id al-Ghamidi, Rasyid Masyari al-‘Affasi dan sebagainya atau membaca dengan lagu sendiri. Berdasarkan kajian, kesemua tempat kajian terdapat pembelajaran ilmu tarannum namun ia dilaksanakan khusus bagi mereka yang berminat sahaja iaitu melalui kelab atau persatuan sahaja. Maka ahli persatuan atau kelab inilah yang akan mewakili sekolah sekiranya ada penyertaan dalam musabaqah tilawah al-Qur'an. 7. Mendengar bacaan dari penghafaz qari al-Quran: Mendengar bacaan dari seorang hafiz al- Quran dapat memberi semangatkepada seseorang yang ingin mengekalkan hafazannya. Hal ini bolehdilakukan dengan mendengar rakaman sama ada radio, compactdisk (CD) al-Quran atau MP3 al-Quran. Dengan cara ini mereka boleh mendengar dengan teliti bacaan-bacaan yangdiperdengarkan dengan memerhatikan hukum-hukum tajwidnyaserta alunan irama bacaannya.

PROSES DAN AKTIVITI PENGUKUHAN DALAM PENGAJIAN TAHFIZ AL-QURAN 1. Tasmik. Kaedah Tasmik (Abdul Hafiz Abdullah et al., 2005) adalah untuk memperbetulkan hafazan, mengukuhkan hafazan dan melakukan penilaian terhadap hafazan. Kaedah ini merupakan kaedah yang wajib dilaksanakan dalam proses mengukuhkan hafazan al-Qur'an. kaedah ini bacaan akan dapat dibetulkan oleh guru sekiranya berlaku kesilapan baris, huruf serta tajwid yang tidak tepat. Dengan kaedah ini juga akan menjadikan penghafaz al-Quran yakin untuk dipersembahkan bacaan yang dihafaz terutama bila menjadi imam. Untuk waktu

27

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

kelas tasmik, semua tempat kajian telah menetapkan waktu tasmik ialah bermula jam 7.30 dan habis sekitar jam 9 pagi kecuali di SMU (A) Tarbiah Diniah Tahfiz, Bunut Sarang Burong yang habis jam 8.30 dan Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah (Banat) tamat jam 8.35 pagi akan tetapi ada waktu tasnik tengahari iaitu bermula jam 1.05 hingga 2.35 petang mengikut kelas. Tasmik biasanya akan mengikut sukatan yang telah ditetapkan. Berikut disertakan sukatan berkaitan : a. Maahad Tahfiz al-Qur'an Pulai Chodong, mereka diwajibkan untuk hafaz keseluruhan (khatam) dalam tempoh 4 tahun iaitu tahun pertama sebanyak 6 juzu' seterusnya keduahingga keempat berjumlah 8 juzu' setahun. b. Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman Kok Lanasdan mereka diwajibkan habis dalam tempoh 5 tahun iaitu dengan perkiraan sukatannya iaitu tahun pertama sebanyak 4 juzu' termasuk 4 surah wajib iaitu Yasin, al-Sajadah, al-Dukhan dan al-Mulk. Untuk tahun kedua dan ketiga sebanyak 7 juzu' manakala tahun keempat dan kelima sebanyak 6 juzu' setahun. c. Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah (Banat ) memperuntukkan juga 5 tahun untuk khatam hafazan al-Quran. Ia dibahagikan sebagaimana berikut; tahun 1 (surah wajib iaitu Yasin, al-Sajadah, al-Dukhan dan al-Mulk dan dimulakan dengan juzu' 30 dan 5 juzu' pertama) kedua (7 juzu') manakala ketiga hingga ke kelima sebanyak 6 juzu' setahun. d. SMU (A) Tarbiah Diniah Tahfiz, Bunut Sarang Burong, Tumpat menetapkan khatam dalam tempoh 5 tahun iaitu dengan sukatan tahun pertama 6 juzu', kedua 7 juzu', ketiga 6 juzu', keempat 7 juzu' dan tahun kelima 4 juzu'. e. Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin, Tumpat merupakan sekolah cawangan Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman Kok Lanasyang hanya ada sampai Tingkatan tiga maka sukatannya ialah 5 Juzu’ pada tahun pertama, 7 Juzu’ pada tahun kedua dan 6 Juzu’ pada tahun ke tiga. Mereka hanya hafaz sebanyak 18 Juzu’ dan bakinya akan disambung di Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman Kok Lanas untuk Tingkatan 4 dan 5. f. Sekolah Menengah Islam Ama 2. Peperiksaan Hafazan al-Qur'an.Peperiksaan merupakan satu kaedah untuk mengukur keupayaan dan kemampuan seorang pelajar dalam menguasai sesuatu bidang atau subjek (Hasan Mohd Ali, 2001). Dalam konteks tahfiz al-Quran, terdapat dua cara penilaian atau peperiksaan dijalankan aiiatu peperiksaan secara lisan (syafawi) dan melalui tulisan (tahriri). Dua kaedah peperiksaan ini dijalankan di semua tempat kajian secara berkala mengikut waktu peperiksaan yang ditetapkan. Melalui kaedah lisan (syafawi), pelajar akan diberi pilihan sampul soalan yang berjumlah 10 soalan untuk dijawab oleh pelajar di hadapan panel penyoal. Ia merangkumi pelbagai bentuk soalan seperti awal surah, awal juzu', awal maqra', awal halaman dan sebagainya. Manakala kaedah tulisan (tahriri), pelajar akan diberikan masa 1 jam setengah atau dua jam untuk menjawab soalan di kertas jawapan dengan dalam bentuk esei berdasarkan soalan yang disediakan. Dengan kaedah ini akanmendoring pelajar mengukuhkan hafazandemi untuk mendapatkan markah yang baik dalam peperiksaan. 3. Menggunakan bahan bantu teknologi. Menurut Islam, kelahiran ICT sebagai teknologi moden adalah merupakan alat bantu kepada pengurusan maklumat dalam mencapai keupayaan penerimaan ilmu dalam Islam (Mohd Nor Mamat dan Siti Fatahiyah Mohamad, 2002). Ramai pendidik percaya bahawa komputer dapat membantu pelajar belajar membaca dengan betul

28

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

melalui kaedah interaktif (Ismail dan Zakaria, 2010). Dalam pengajian al-Qur'an terlalu banyak bahan bantu teknologi telah dihasilkan. Antaranya ialah bacaan al-Qur'an secara MP3, video bacaan al-Qur'an, aplikasi dalam telefon pintar, perisian komputer serta laman web yang pelbagai telah dihasilkan oleh para pengkaji al-Qur'an. Berdasarkan kajian, terdapat beberapa orang tenaga pengajar Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah dan Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman Kok Lanas telah menggunakan bahan bantu teknologi iaitu mp3 dan video sebagai bahan bantu ingat bagi pelajar. 4. Menulis ayat al-Qur’an. Kaedah penulisan turut berperanan dalam mengukuhkan hafazan terutama pada ayat-ayat yang sukar dihafaz (Nor Musliza Mustafa, 2014). Menurut Al-Qabisi (1955) menyatakan bahawa kaedah penulisan merupakan bentuk sokongan yang boleh membantu dan mengukuhkan hafazan al-Quran. Ini adalah kerana penggunaan pelbagai deria dengan menggunakan tangan dalam menghafaz Al-Quran akan mengukuhkan ingatan pelajar terutama pada ayat yang susah dan ayat Mutasyabihat. (Nor Musliza Mustafa, 2014). Untuk sekolah di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan, semua sekolah tahfiz diwajibkan untuk menulis ayat yang dihafaz dalam buku khusus yang disediakan oleh pihak sekolah yang dinamakan al-Quran al-Karim al-Kitabah al-Yadawiyyah.Pelajar dikehendaki untuk menulis terlebih dahulu halaman yang dihafaz sebelum tasmik dan guru akan menandatangai buku berkenaan berserta tarikh tasmik pelajar. Untuk peperiksaan al-Quran, terdapat peperiksaan tahriri (ujian bertulis) hafazan al- Quran yang mewajibkan pelajar menjawab dalam kertas yang memaksa pelajar menulis dengan tepat berdasarkan teks al-Quran. Selain itu, pihak Yayasan Islam Kelantan (YIK) juga telah mengadakan pertandingan tulisan al-Qur'an paling cantik dan kemas bagi mereka yang telah khatam. Hadiah yang diberikan ialah berupa sijil dan wang tunai. Dengan cara ini akan memberi motivasi dan semangat kepada pelajar untuk menulis dengan kemas dan tersusun. 5. Semakan dengan kawan.Menurut Abu Mazaya (1996), cara semak menyemak banyak memberikan kesan positif terhadap daya ingatan. Ia dilaksanakan dengan seorang penghafaz al-Quranmempersembahkan bacaan tanpa melihat mushaf sedangkan yang lain menyemaknya dengan penuh perhatian bagi memberikan teguran sekiranya ada kesilapan ataupun terlupa apa yang dihafalnya. Kaedah ini secara umumnya dilaksanakan di semua institusi tahfiz yang dikaji. Para pelajar mempunyai rakan khusus yang ditetapkan oleh pihak sekolah atau pihan sendiri untuk membuat semakan samada bagi hafazan baharu atau murajaah hafazan lama. Ia bertujuan untuk mengukuhkan hafazan sedia ada sebelum mereka diuji oleh guru atau dalam peperiksaan. 6. Sistem Ujian Tebuk (Ikhtibar). Ujian tebuk ini ialah suatu penilaian yang dibuat bagi setiap juzu' yang telah habis dihafaz bertujuan menguji ingatan dan kemampuan pelajar menguasai juzu' berkenaan. Untuk Maahad Tahfiz al-Qur'an wa al-Qiraat Pulai Chondong, Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman Kok Lanas, Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin Tumpat dan Sekolah Menengah Islam Aman Kubang Kerian mereka menggunakan buku rekodiaitu Sijill Hifz al- Qur'an dan didalamnya ada kad Ithbat Hifz al-Talib Li al-Juz al-Muqarrar yang dikelolakan oleh Lajnah al-Ikhtibarat Li Qism al-Tahfiz. Di dalamnya ada empat syarat iaitu sempurna ingatan bagi juzu' berkenaan, menjaga hukum tajwid, tidak boleh lebih dari 3 kesalahan dan telah tamat hafazan juzu' berkenaan sekurang-kurangnya tiga hari. Akan tetapi di SMU (A) Tarbiah Diniah Tahfiz, Bunut Sarang Burong mereka tidak mengamalkan sistem ini secara rasmi kerana ia bergantung pada guru kelas berkenaan bagaimana untuk memastikan pelajar mereka habis sukatan. Maka ada yang buat sistem tebuk dan ada yang buat hafazan secara langsung bacaan satu juzu' dan sebagainya.

29

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Manakala Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah (Banat) menggunakan kad tamat iaitu "Pengesahan Tamat Hafazan Juzu". Dalam kad berkenaan terdapat ulasan guru, gred tajwid dan cop guru yang menjadi panel penilai. Oleh kerana semua pelajar wanita akan ada masa uzur (haid), maka mereka akan dibenarkan untuk menduduki peperiksaan (ikhtibar) lisan tebuk pada waktu uzur (haid). Pihak sekolah berpegang pada pandangan uzur (haid) tidak boleh tambah hafazan baharu akan tetapi boleh murajaah hafazan lama, maka dibenarkan untuk peperiksaan (ikhtibar) lisan tebuk pada masa berkenaan. 7. Pengajian Tajwid. Secara umumnya semua tempat kajian amat mementingkan bacaan al- Quran bertajwid kerana ia adalah fardhu ain bagi para penghafaz al-Qur'an. Cuma yang membezakan ialah bagaimana memastikan agar pelaksanaan tajwid dalam hafazan. Di SMU (A) Tarbiah Diniah Tahfiz, Bunut Sarang Burong, Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman Kok Lanas dan Sekolah Menengah Islam Aman Kubang Kerian menjadikan subjek tajwid sebagai silubus dalam persekolahan iaitu di tingkatan satu. Manakala di Maahad Tahfiz al-Quran wa al-Qiraat Pulai Chondong mereka menjadikan satu subjek wajib bagi pelajar Tingkatan 1 hingga 3 untuk mengikuti kelas Talaqqi iaitu bacaan al-Qur'an yang mementingkan bacaan bertajwid. Manakala di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah (Banat) mereka mewajibkan kelas pada waktu malam khusus untuk talaqqi untuk hafazan baharu untuk persediaan tasmik keesokan harinya. Di beberapa tempat lain untuk kelas talaqqi ia adalah bergantung kepada inisiatif guru berkenaan. 8. Kelas Rasmi Murajaah Hafazan Lama. Pengekalan hafazan (Muraj'ah/I'adah) merupakan peringkat di mana mengekalkan hafazan yang tersimpan dalam ingatan. Bagi seorang hafiz al- Quran, adalah amat penting dan menjadi kewajipan supaya ia menjaga dan memelihara hafazannya agar terus kekal dalam ingatannya (Abdul Hafiz Abdullah, 2003). Kekuatan hafazan seseorang pelajar berkait rapat dengan sejauh mana jumlah perlaksanaan kaedah Takrar yang dilakukan iaitu cara mengulang hafalan yang masih baru dan hafalan yang telah lama (Abu Mazaya, 1996) Kelas murajaah bagi setiap sekolah tidak sama antaranya ialah sebagaimana berikut: a. Maahad Tahfiz al-Qur'an wa al-Qiraat Pulai Chondong :Setiap hari bermula jam 11.00 hingga 12.00 tengahari. b. Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman Kok Lanas : Satu jam seminggu pada hari mengikut giliran antara tingkatan. c. Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin Tumpat :Tiada masa khusus, murajaah akan dilaksanakan bersama kelas al-Qur'an biasa. d. Sekolah Menengah Islam Aman Kubang Kerian : Tiada masa khusus, murajaah akan dilaksanakan bersama kelas al-Qur'an biasa. e. Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah (Banat) : Waktu 8.35 hingga 9.05 pagi setiap hari. f. SMU (A) Tarbiah Diniah Tahfiz, Bunut Sarang Burong : Waktu jam 10.00 hingga 10.30 setiap hari.

AKTIVITI PEMULIHAN BAGI PELAJAR YANG LEMAH / TIDAK MENCAPAI TAHAP MINIMUM. Sharifah Alwiah Alsagoff (1983), berpendapat pemulihan ialah satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan pelajar yang mengalami kesukaran dari segi pembelajaran untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan. Begitu juga dalam pengajian tahfiz, kebanyakan institusi tahfiz akan ada pelajar yang lemah serta tidak mencapai target sukatan yang dikehendaki. Setiap tempat kajian

30

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN adalah berbeza cara mengatasi pelajar yang lemah. Dalam proses menghafaz al-Quran setiap individu mempunyai halangan tersendiri kerana setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing- masing serta berbeza tahap kebolehan mengatasi sesuatu masalah (Mahmud Lutfi bin Abd. Hadi dan Ahmad Shahir bin Masdan, 2015). Berikut beberapa cara yang diaplikasikan oleh guru bagaimana untuk mengatasi masalah pelajar yang lemah dan tidak mencapai tahap minimum. 1. Dibimbing bacaan untuk hafazan baharu. Menurut Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Dalam konteks tahfiz al-Quran, bimbingan merujuk kepada bimbingan bacaan yang khusus dilaksanakan atas inisiatif guru iaitu dengan guru membaca sesuatu ayat yang akan dihafaz kemudian diikuti oleh pelajar sehingga berulang kali agar memudahkan proses hafazan pelajar. Semasa bacaan talaqqi seperti ini akan dibaca dengan cara tahqiq (bacaan secara perlahan) agar pelajar dalam mengenalpasti baris yang tepat serta hukum tajwid yang ada. Kaedah ini ada diamalkan oleh beberapa orang guru menerusi temubual yang diadakan. Ia bukanlah suatu kaedah yang tetap dan rasmi, akan tetapi ia adalah inisiatif guru al-Quran berkenaan dan akan anjal berdasarkan kemampuan pelajar. 2. Membahagikan kumpulan ayat. Membahagikan kumpulan ayat ini bermaksud membahagikan mukasurat atau halaman yang berjumlah 15 baris kepada 2 bahagian iaitu seperuh halaman bergantung pada tempat wakaf. Maka pelajar akan dibenarkan untuk tasmik 7 baris sahaja iaitu separuh halaman dan kemudiannya akan ditanda buku rekod tulisan tangan apabila habis halaman berkenaan. Ini yang diamalkan di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah (Banat), Maahad Tahfiz al- Qur'an wa al-Qiraat Pulai Chondong dan SMU (A) Tarbiah Diniah Tahfiz, Bunut Sarang Burong. 3. Dibenarkan untuk tebuk setengah Juzu' sahaja. Bagi pelajar biasa, mereka dikehendaki untuk menduduki peperiksaan (ikhtibar) lisan tebuk sebanyak satu juzu' iaitu selepas habis juzu' berkenaan. Namun bagi mereka yang lemah, Maahad Tahfiz al-Qur'an wa al-Qiraat Pulai Chondong memberi kelonggaran untuk tidak menduduki peperiksaan (ikhtibar) lisan tebuk untuk setengah juzu' sahaja dan untuk menghabiskan satu juzu' pelajar berkenaan kena buat dua kali ujian. 4. Diadakan kelas pemulihan dalam waktu cuti. Kelas pemulihan merupakan kelas tambahan yang diadakan khusus bagi para pelajar yang gagal menghabiskan sukatan yang dikehendaki oleh pihak sekolah. Kelas ini biasanya khusus untuk tasmik sahaja bermula dari pagi iaitu waktu sekolah biasa dari jam 8 pagi hingga sekitar jam 12 tengahari dan pada waktu malam iaitu sekitar jam 8 hingga 10 malam. Kelas ini diadakan pada waktu cuti sekolah dengan tempoh yang berbeza bergantung kepada budi bicara pihak sekolah. Ia diadakan biasanya sekitar 3 hingga 5 hari berserta jadual giliran guru al-Quran yang bertugas. Untuk kelas tambahan ini, kesemua tempat kajian kecuali Sekolah Menengah Islam Aman Kubang Kerian melaksanakannya dan mendapat peruntukan khusus dari pihak sekolah. 5. Kem Pemulihan al-Qur'an. Kem ini merupakan inisiatif sekolah untuk mengubah suasana hafazan dengan tempat baharu iaitu di luar pagar sekolah. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah (Banat), Maahad Tahfiz al-Qur'an wa al-Qiraat Pulai Chondong, SMU (A) Tarbiah Diniah Tahfiz, Bunut Sarang Burong dan Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin yang mengadakan kem pemulihan al-Qur’an ini. Cara pelaksanaannya adalah bergantung pada pihak sekolah. Misalnya Maahad Tahfiz al-Qur'an wa al-Qiraat Pulai Chondong, Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah (Banat) danMaahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin ada mengadakan di pantai-pantai dan tempat rekreasi. Manakala SMU (A) Tarbiah Diniah Tahfiz,

31

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Bunut Sarang Burong telah mengadakan kelas pemulihan di beberaa pondok-pondok terpilih di sekitar Kelantan.

KESIMPULAN DAN PENUTUP Melalui kajian yang telah dijalankan, penyelidik dapat merumuskan bahawa proses pengajian tahfiz al- Quran akan membincangkan dua perkara penting iaitu kaedah menghafaz hafazan baharu (tasmik dengan guru) dan bagaimana untuk mengekalkan hafazan lama (murajaah). Kajian ini mendapati pelbagai proses dan aktiviti diaplikasikan oleh pihak sekolah bagi memastikan kejayaan mereka melahirkan para huffaz yang bermutu dan berjaya. Berdasarkan objektif kajian iaitu mengenalpasti aktiviti pengayaan, pengukuhan dan pemulihan yang dijalankan, berikut disenaraikan ringkasannya iaitu : 1. Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan Dalam PengajianTahfiz al-Qur'an i. Penulisan Mengikut Rasm Uthmani ii. Kem Murajaah iii. Hafazan sekali dengan terjemahan ayat iv. Latihan Sebagai Imam Solat v. Belajar Tafsir al-Qur’an vi. Tarannum atau Melagukan Bacaan vii. Mendengar bacaan dari penghafaz qari al-Quran 2. Proses dan Aktiviti Pengukuhan Dalam Pengajian Tahfiz al-Quran i. Tasmik ii. Peperiksaan Hafazan al-Qur'an iii. Menggunakan bahan bantu teknologi iv. Menulis ayat al-Qur’an v. Semakan dengan kawan. vi. Sistem Ujian Tebuk (Ikhtibar). vii. Pengajian Tajwid viii. Kelas Rasmi Murajaah Hafazan Lama 3. Aktiviti Pemulihan Bagi Pelajar yang Lemah / Tidak Mencapai Tahap Minimum. i. Dibimbing bacaan untuk hafazan baharu ii. Membahagikan kumpulan ayat iii. Dibenarkan untuk tebuk setengah Juzu' sahaja iv. Diadakan kelas pemulihan dalam waktu cuti. v. Kem Pemulihan al-Qur'an Secara keseluruhan dapatan kajian ini menunjukkan bahawa masih terdapat kekurangan oleh pihak institusi Tahfiz memperkenalkan kaedah pengayaan dalam konteks pengajian tahfiz. Pengajaran kebanyakkannya masih mengamalkan kaedah tradisional iaitu hanya bergantung kepada tasmik semata- mata. Namun tidak dinafikan beberapa pengayaan tetap juga dibuat namun pelaksanaannya masih lagi kurang kerana tumpuan amat fokus hanya kepada ingatan hafazan baharu dan lama.

32

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Beberapa aktiviti pengukuhan seperti tasmik berkala, menulis ayat al-Quran, semakan dengan kawan, bentuk peperiksaan dan sistem tebuk dilaksanakan oleh semua tempat kajian. Cuma apa yang membezakan antara institusi kajian ialah sukatan, peruntukan masa dan kesungguhan guru dan pelajar. Bagi konteks aktiviti pemulihan, secara keseluruhannya ia amat bergantung kepada inisiatif guru dan pihak pentadbir menyelesaikan keciciran pelajar ini. Kesemua tempat kajian bersetuju bahawa kelas pemulihan dalam cuti sekolah berjaya dan memberi kesan terhadap hafazan pelajar memandangkan mereka hanya tumpu kepada hafazan semata-mata berserta jadual kelas hafazan yang berganda. Di lain sudut, kajian ini berpendapat, guru perlu diberi latihan dan pendedahan khusus bagi menghasilkan kelas pengajaran tahfiz lebih menarik dan seronok. Antaranya ialah menggunakan kaedah teknologi dan aplikasi terkini, mengamalkan sistem guru muda (melantik pelajar yang paling pintar membantu guru) dan meningkat komunikasi pengajaran (bukan hanya berada di depan dan tasmik sahaja). Sebagai kesimpulannya, sistem pembelajaran dan juga kaedah yang digunakan di dalam menghafaz al-Quran adalah amat penting bagi menjamin keberkesanannya terhadap diri para huffaz. Ini keranahafazan al-Quran ini akan sentiasa dipertanggungjawabkan sepanjang hidup mereka. Bimbingan serta tunjuk ajar daripada guru-guru serta dorongan daripada ibu bapa memainkan peranan yang besar bagi melahirkan para huffaz yang bermutu dan berjaya. Kajian ini sesuai untuk dilanjutkan perbincangnnya memandangkan kajian ini hanyalah di peringkat kajian tinjauan. Masih banyak lagi ruang yang boleh dikaji terutama melibatkan proses penilaian dan pentaksiran, aktiviti sampingan untuk penghafaz al-Quran, metode sesuai bagi pemulihan pelajar dan sebagainya.

RUJUKAN Abd Allah bin Abd al-Rahman bin Abd Allah al-Darimi .1407 H. Sunan al-Darimi. Beirut : Dar al- Kutub al-`Arabi. Abd al-Rahman Al-Naqib . 1984. Buhuth fi al-Tarbiyyah al-Islamiyyah. Kaherah : Dar al-Fikr al- `Arabi. Abdul Hafiz Abdullah et. al. 2005. Sistem Pembelajaran dan Kaedah Hafazan Al-Quran Yang Efektif :Satu Kajian di Kuala Lumpur dan Terengganu. Laporan Penyelidikan. Pusat Pengurusan Penyelidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Abdul Hafiz, A., & Norhanan, A. R. 2010. Kaedah Hafazan Al-Quran Sistem Turki: Kajian di Tahfiz Al-Quran Darul Tuba. Jurnal Teknologi 2. Abu al-‘Abbas Syihab al-Din Ahmad al-Qistalani (1304 H) Irsyad al-Sari li SyarhSahih al-Bukhari. Kaherah: Dar al-Fikr. Abu Dawud Sulayman al-Asy'at . 2009. Sunan Abu Dawud. Beirut : Dar al-Risalah al'Alamiyyah. Abu Mazaaya al-Hafiz. 2006. Panduan Menghafal Al-Quran : Ilmu Tahfiz . Kuala Lumpur : Darul Nu'man. Abu Zithar Ahmad Muhammad. 1997. Lata’if al-Bayan Fi Rasm al-Quran. Qahirah : Dar al-Shacb. Al-Zarqani, Muhammad Abd al-‘Azim. 1995. Manahil al-‘Irfan fi ‘Ulum al-Qur’an. Bayrut : Dar al- Kutub al-‘Arabi Azmil Hashim, Ab. Halim Tamuri dan Misnan Jemali (2013). Latar Belakang Guru Tahfiz Dan Amalan Kaedah Pengajaran Tahfiz Al-Quran Di Malaysia. The Online Journal of Islamic Education. Vol. 1 : Issue 1 28-39.

33

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Hasan Mohd Ali, 2001. Strategi Lulus Peperiksaan dengan Cemerlang. Kuala Lumpur :Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd. Ismail, M., F., & Zakaria, S., N. 2010. Research on Surah Al-Fatihah recitation among Politeknik Kuching students. Jabatan Pengajian Am, Politeknik Kuching: Sarawak. Kamaruddin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz, 2004. Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur: Kayazano Enterprise. Mahmud Abd al-Halim .1985. al-Qur’an wa al-Nabi. Kaherah: Dar al-Ma`arif. Mahmud Lutfi bin Abd. Hadi dan Ahmad Shahir bin Masdan, 2015. Penekanan Terhadap Ayat-Ayat Mutasyabihat Al-Alfaz Ke Arah Pemantapan Mutu Hafazan Al-Quran. Kertas kerja Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015. MisnanJemali& Ahmad Sadadi Hafidz. 2003. Hubungan antara Kaedah Menghafaz al-Quran dengan Pencapaian Kursus Tahfiz wa al-Qiraat Pelajar Semester Empat dan Lima di Maahad Tahfiz wal Qiraat di Perak. Seminar Kaedah PengajaranTahfiz al-Quran Peringkat Kebangsaan. Kolej Universiti Islam Malaysia. Mohamad Marzuqi Abd Rahim. (2008). Pengajaran Mata Pelajaran Hafazan Al-Quran: Suatu Kajian Maahad Tahfiz Al-Quran Zon Tengah. Disertasi Sarjana: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mohd Nor Mamat dan Siti Fatahiyah Mohamad. 2002. Perspektif Sains Maklumat Islam :Tradisi dan Aplikasi Masa Kini. Kuala Lumpur :Mashi Publication. Mok Soon Sang. 1997. Pedagogi 3: Pengujian, Dan Penilaian, Pemulihan, Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Muhammad al-Habasyi .1987. KayfaTahfaz al-Qur’an. Beirut: Dar al-Khayr. Muhammad bin `Isa Abu `Isa al-Tirmidhi al-Sulami (t.t) Sunan al-Tirmidhi. Beirut: Dar al-Ihya’ Turath al-`Arabi Nor Musliza Mustafa, 2014. Perbandingan Kaedah Hafazan Al-Quran Tradisional Dan Moden: Satu Kajian Awal. Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (9-10 June 2014), Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Nur al-Din cAtr . 1993. cUlum al-Qur’an al-Karim. Dimashq. Matbacah al-Sabah. Othman Mohamed. 2000. Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. UPM, Serdang Selangor Robiah Kulop Hamzah, 1997. Guru Khas Pemulihan: Fungsi dan Masalah - Satu Kajian. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sharifah Alwiah Alsagoff .1983 . Ilmu Pendidikan : Pedagogi. Selangor : Heinemann Sharifah Rahmah Syed Ali, 1979. Beberapa Bahan Penting dalam Pendidikan Pemulihan, dalam Jurnal Persatuan Kebangsaan untuk Pendidikan Pcmnulihan Malaysia, (PERKUPP).

34

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

METOD PENGAJIAN TAHFIZ DI SINGAPURA: KAJIAN DARUL QURAN SINGAPURA Basirah binti Abu Bakar1 Prof. Dato’ Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff2

ABSTRAK Dewasa ini, masyarakat semakin sedar bahawa manfaat menghafaz al-Quran adalah banyak. Oleh itu, pusat pengajian tahfiz telah banyak dibuka. Pengajian tahfiz telah diperkenalkan kepada kanak-kanak seawal enam tahun hinggalah ke peringkat dewasa. Usaha ini juga dijalankan di Malaysia dan Singapura. Dua negara yang membangun ini mengutamakan pendidikan tahfiz dari sudut perspektif yang berbeza. Umumnya di Malaysia, masyarakat Islam bebas untuk menuntut ilmu agama dan pengajian agama turut diajar di mana-mana. Berbanding dengan di Singapura yang didiami kelompok minoriti masyarakat Islam yang terdiri daripada multi bangsa. Ini menunjukkan kebebasan dalam mempelajari ilmu agama adalah terhad dan khusus pada tempat-tempat tertentu sahaja. Di Singapura pusat pengajian tahfiz lebih tertumpu di mesjid-mesjid dan persijilannya amatlah dititikberatkan kualitinya dan pengiktirafannya. Sekitar pemerhatian penulis di Singapura, terdapat sebuah institusi tahfiz yang dinamakan Darul Quran Singapura, Mesjid Kampung Singlap (DQS) melestarikan pengajian tahfiz al-Quran secara terbuka kepada orang awam. Perihal ini sangat perlu dicontohi oleh institusi-institusi mesjid dan tahfiz di Malaysia. Di samping itu, DQS menggunakan metod tahfiz al-Quran yang bersesuaian dengan orang awam yang ingin menghafaz al-Quran. Di dalam kajian ini penulis menjelaskan latarbelakang kajian, kepentingan kajian, ringkasan berkaitan Darul Quran Singapura, program persjilian tahfiz Darul Quran Singapura, metod hafazan yang digunakan di Darul Quran Singapura dan usaha Darul Quran Singapura dalam meningkatkan kualiti. Kata Kunci: Metod pengajian, tahfiz dan Singapura.

LATARBELAKANG KAJIAN: Struktur dan organisasi pengurusan pendidikan di Singapura berdasarkan politik dan sistem pengurusan yang ditadbir oleh kementerian pendidikan.3 Bentuk pendidikan di Singapura lebih konsisten dan berarahkan profesionalis sains dan teknologi. Dengan itu, metod pengajian di Malaysia dan Singapura mampu berkongsi metod untuk memantapkan sistem pendidikan. Cabaran yang dihadapi oleh Singapura adalah mengutamakan sains dan teknologi. Manakala institusi Islam diketepikan kerana pendidikan Islam lebih menumpukan pembaikan sakhsiyah. Telahan dari bekas Perdana Menteri Singapura Goh Chok Tong dalam Singapore Straits Times (2 Mei 2000) bahawa keluaran graduan berpendidikan Islam tidak menghasilkan profesional dalam negara.4 Tambahan pula Muslim Singapura sebagai kelompok minoriti di Singapura melalui

1 Basirah binti Abu Bakar adalah merupakan calon PhD Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur. Boleh dihubungi: [email protected]. 2 Prof. Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff adalah merupakan Professor merangkap Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur. 3 Fancis Wong Hoy Kee, Gwee Yee Haan, Perpectives: The Development of Education in Malaysia and Singapore (Singapore, Kuala Lumpur, Heinemen Educational Books (ASIA) Ltd), h.92. 4 Kamaludeen Nasir, Alexius A.Periera, Bryan S.Turner, “Religious or Public Education?”, Muslim in Singapore: Piety, Politics and Policies (London, New York, Routledge Taylor & Fracis Group), h.72.

35 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN tiga tema berbeza iaitu; kepentingan dalam Islam, hubungkait antara Muslim dan negara yang sekular dan cabaran memperkukuhkan disiplin institusi Islam.1 Dengan itu, lahirlah sebuah institusi pengajian tahfiz yang dikenali sebagai Darul Quran Singapura (DQS). DQS membuka peluang kepada semua warga yang berlainan latar belakang untuk menjalani kelas tahfiz yang dianjurkan.

KEPENTINGAN KAJIAN Di antara kepentingan kajian ini adalah;  Menjadi sumbangan ilmiah.  Menaik tarafkan sistem pendidikan tahfiz di Malaysia setaraf dengan antarabangsa.  Menggalakkan masyarakat agar menceburi bidang tahfiz.  Pengajian tahfiz tidak dijadikan sempadan kelayakan malah keperluan sebagai seorang Muslim.  Mengeratkan hubungan baik antara Malaysia dan Singapura dalam menjana keberkesanan sistem pengajian tahfiz.

DARUL QURAN SINGAPURA (DQS) Darul Quran Singapura (DQS) terletak di kawasan Masjid Kampung Siglap yang telah beroperasi secara aktif bermula pada tahun 1998. Masjd Kampung Siglap yang dilengkapi dengan 4 kompleks terdiri daripada kompleks pentadbiran, ibadah, pusat Tahfiz dan kompleks pendidikan iaitu bangunan Darul Quran. Darul Quran berperanan sebagai sebuah institusi induk di Singapura untuk menyebarluaskan pendidikan agama kepada masyarakat Islam Singapura terutama yang bersangkut-paut dengan ilmu-ilmu al-Quran2. Misi DQS di Masjid Kampung Singlap ialah untuk mempromosikan pembelajaran al-Quran di Singapura melalui pembacaan dan pemahaman al-Quran di Singapura. Manakala visinya pula adalah untuk menjadi sebagai salah satu pusat pendidikan al-Quran yang cemerlang yang menghasilkan para Huffaz, Qurra’ dan para guru yang berkualiti3. Para tenaga kerja telah diberikan kefahaman yang jelas tentang visi dan misi DQS dan menghayatinya sebagai panduan dalam perancangan serta perlaksanaan dalam setiap program. Di antara objektif penubuhan DQS adalah4: 1. Untuk mengekalkan prinsip-prinsip asas dan amalan dalam pembacaan dan penghafalan al- Quran. 2. Untuk menentukan satu piawai yang berkualiti dalam pembacaan, penghafalan dan pengajaran al-Quran. 3. Untuk memantau kualiti pembacaan dan penghafalan al-Quran. 4. Untuk menyediakan program-program yang diiktiraf bagi mendapatkan pemahaman, penghayatan dan pengaplikasian al-Quran yang betul.

1 Muslims As Minorities: History and Social Realities of Muslims in Singapore ( Penerbit UKM, Bangi, 2009). 2 Sakinah Saptu, Mahyudin Sabri Zainal, Mohammed Qusairy Taha, Peranan Darul Quran Singapura (DQS) dalam Melestarikan Pengajian Ilmu al-Quran: Satu Tinjauan, (Kuala Terengganu: Permai Hotel, Seminar Antarabangsa Al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari (SQ2012),pada 1 -2 Disember 2012, h.2. 3 Ibid, h.5. 4 Ibid, h.5-6.

36

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

5. Untuk menjadikan al-Quran sebagai sumber utama pencetus inspirasi dalam pembangunan yang berterusan dan mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

PROGRAM PERSIJILAN TAHFIZ AL-QURAN Persijilan tahfiz al-Quran di Singapura memberi peluang kepada pelajar untuk memilih program tahfiz secara sepenuh masa atau separuh masa. Pelajar yang ingin menyertai program persijilan tahfiz ini perlulah mengambil ujian kelayakan. Bagi pelajar yang tidak lulus ujian kelayakan mereka disarakan untuk memasuki kelas Klinik al-Quran1. Pengajian Tahfiz Sepenuh Masa/Tahfiz Ekspress Pengajian Tahfiz Sepenuh Masa lebih menumpukan kepada pelajar yang komited pada masa. DQS juga menjalankan program Young Tahfiz Scholar yang dapat melahirkan huffaz yang dapat menghafaz al-Quran dalam masa dua tahun. Di samping menghafal al-Quran, pelajar juga akan mempelajari beberapa ilmu penting yang berkait rapat dengan al-Quran. Di antara matapelajaran yang diajar adalah tajwid, tafsir dan bahasa arab2. Masa Pembelajaran Hari Masa Isnin-Khamis 8.30 pagi – 1.00 tengahari Jumaat 8.30 pagi – 12.30 tengahari Jadual 1: Pengajian Tahfiz Sepenuh Masa/Tahfiz Ekspress

Pengajian Tahfiz Separuh Masa Pengajian Tahfiz Separuh Masa ini diberi kelonggaran dalam pemilihan waktu dan hari mengikut keserasian pelajar. Rata-rata pelajar yang mengikuti sesi pengajian ini adalah mereka yang bekerja, pelajar sekolah kerajaan dan swasta serta kanak-kanak. Hari Masa Pelajar Jumaat 5.00 petang – 7.00 malam Wanita Sabtu 8.45 pagi – 10.45 pagi Lelaki dan wanita 11.00 pagi – 1.00 petang 2.00 petang – 4.00 petang Ahad 8.30 pagi – 10.30 pagi Lelaki dan wanita 11.00 pagi – 1.00 petang Jadual 2: Pengajian Tahfiz Separuh Masa

Pengajian Tahfiz Ummahat Pengajian Tahfiz Ummahat adalah pengajian tahfiz yang dikhususkan kepada para ibu yang ingin menghafaz al-Quran. Di dalam sesi pengajian dijalankan, mereka dibenarkan untuk membawa anak masing-masing.

1 Ustazah Khairunisa, Guru al-Quran di DQS, temubual pada Januari 2016. 2 Buletin Darul Quran Singapura, Edisi 2012.

37

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Masa Pembelajaran Hari Masa Khamis 11.00 pagi – 1.00 tengahari Jadual 3: Pengajian Tahfiz Ummahat

Pengajian Tahfiz di Cawangan Lain DQS juga membina kolabrasi bersama masjid-masjid lain dalam menjalani pengajian tahfiz. Pengajian yang disediakan berbentuk pengajian tahfiz separuh masa. Masjid Hari Sultan Selasa Jumaat As-Syafaah Rabu Al-Khair Ahad Al-Istiqomah Ahad As-Syakirin Ahad Jamiyah ar-Rabitah Ahad Darul Makmur Sabtu Ahad Muhajirin Jumaat Muttaqin Jumaat Jadual 4: Pengajian Tahfiz di Cawangan Lain Madrasah Aljunied Al-Islamiah dan DQS kini menawarkan program Cendekiawan Muda Tahfiz (AYTS1) di bawah satu memorandum persefahaman (MOU) baru yang telah ditandatangani pada 4 Februari 2016 lalu. Program terbaru itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kedua-dua pihak membangunkan dan mengembangkan keupayaan dan budaya masyarakat dari segi aspek pembacaan, penghafalan dan penghayatan al-Quran2.

METOD HAFAZAN DQS Metod hafazan yang digunakan oleh DQS adalah seperti berikut: Surah Senarai Surah-surah النبا – الناس Juzuk 30 الرحمن- السجدة – اإلنسان – الواقعة – الملك Himpunan Surah 1 (Surah-surah lazim pendek – 5 surah) القلم – الحاقة – المعارج – نوح – الجن – المزمل – المدثر Himpunan Surah 2 – القيامة – المرسالت (Baki Juzuk 29 – 9 surah)

1 Al-Juneid Young Thafiz Scholars 2http://www.beritaharian.sg/setempat/madrasah-aljunied-darul-quran-tawar-program-tahfiz,dicapai pada 10 September 2016.

38

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Surah Senarai Surah-surah المجادلة – الحشر – الممتحنة – الصف – الجمعة – Himpunan Surah 3 المنافقون – التغابن – الطالق – التحريم (Juzuk 28 – 9 surah) الذريات – الطور – النجم – القمر – الحديد Himpunan Surah 4 (Baki Juzuk 27 – 4 surah) محمد – الفثح – الحجرات – ق Himpunan Surah 5 (Juzuk 26 – 4 surah) مريم – طه – يس – الكهف Himpunan Surah 6 (Surah-surah lazim panjang) الزخرف – الدخان – الجاثية – األحقاف Himpunan Surah 7 (Surah-surah Ha Mim 1 – 4 surah) غافر – فصلت – الشورى Himpunan Surah 8 (Surah-surah Ha Mim 2 – 3 surah) الصافات – ص – الزمر Himpunan Surah 9 (Baki Juzuk 23 – 3 surah) األحزاب – سبأ – فاطر Himpunan Surah 10 (Juzuk 22 – 3 surah) العنكبوت – الروم – لقمان Himpunan Surah 11 (Surah-surah Alif Lam Mim – 3 surah) الشعراء – النمل – القصص Himpunan Surah 12 (Surah-surah Tho Sin – 3 surah) النور – الفرقان Himpunan Surah 13 (Juzuk 18&19 – 2 surah) األنبياء – الحج – المؤمنون Hipunan Surah 14 (Juzuk 17&18 – 3 surah) النحل – اإلسراء Himpunan Surah 15 (Juzuk 14&15 – 2 surah) الرعد – إبراهيم – الحجر Himpunan Surah 16 (Surah-surah Alif Lam Ra 1 – 3 surah) يونس – هود – يوسف Himpunan Surah 17 (Surah-surah Alif Lam Ra 2 – 2 surah) األنفال – التوبة Himpunan Surah 18 (Surah-surah perang – 2 surah) األعراف Himpunan Surah 19

39

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Surah Senarai Surah-surah (Juzuk 9 – 1 surah) األنعام Himpunan Surah 20 (Juzuk 7&8 – 1 surah) المائدة Himpunan Surah 21 (Juzuk 6 – 1 surah) النساء Himpunan Surah 22 (Juzuk 5 – 1 surah) ال عمران Himpunan Surah 23 (Juzuk 4 – 1 surah) البقرة Himpunan Surah 24 (Juzuk 1 hingga 3 – 1 surah) Jadual 5: Metod Hafazan Pelajar akan diuji setiap kali mereka habis menghafaz himpunan surah berdasarkan jadual di atas. Selain itu, catatan kemajuan hafazan pelajar juga akan direkodkan di papan kenyataan supaya pelajar dapat melihat serta bersaing dalam menghafaz1.

USAHA DQS DALAM PENDIDIKAN TAHFIZ Selain dari mengadakan persijilan tahfiz, DQS juga mengendalikan Skim Pengiktirafan Guru-guru al-Quran atau Quran Teachers Recognition Scheme. Ia dilancarkan pada tahun 2009 dan merupakan satu usahasama antara MUIS2, Jawatankuasa Pengiktirafan Asatizah (ARB) dan juga DQS. Pihak QTSC (Jawatankuasa Pemilihan Guru al-Quran Singapura) yang telah dilantik MUIS telah mengiktiraf lebih daripada 900 orang guru al-Quran di Singapura3.

1 Rujuk gambarajah rujukan. 2 Majlis Ugama Islam Singapura. 3 Buletin Darul Quran Singapura Edisi 2012.

40

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Statistik Keputusan QTRS Selama 8 Tahun

250

200

150

100 Calon QTRS 50

0 2009- 2011- 2013- 2015- 2010 2012 2014 2016

Jadual 6: Statistik Keputusan QTRS

Di antara objektif skim QTRS adalah:  Menilai dan mengiktiraf guru-guru al-Quran di Singapura.  Meningkatkan keilmuan para guru al-Quran.  Menyediakan program-program peningkatan ilmu al-Quran. Selain itu, usaha DQS dalam membantu meningkatkan lagi taraf keilmuan guru-guru al-Quran adalah dengan:  Kursus Pengayaan Ilmu-Ilmu Quran di dalam dan luar negara.  Bengkel Persediaan Menduduki Ujian QTRS.  Seminar al-Quran.  Program Latihan Guru al-Quran. Di antara kategori Sijil QTRS terdiri daripada1:  Kelulusan (Kategori A) Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Ulum al-Quran dan Qiraat daripada institusi tempatan dan luar negara yang diiktiraf. Tahap Pengajaran: Qiraat, Talaqqi, atau Ulum al-Quran  Kelulusan (Kategori B) Memiliki Diploma Tahfiz dan Qiraat daripada Institusi tempatan dan luar negara atau Qari Mapan. Berpengalaman pernah menjadi johan musabaqah dan mempunyai mutu bacaan yang baik.

1 http://mks.org.sg/darul-quran/kategori-sijil-qtrs/, dicapai pada 10 September 2016.

41

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Berpengetahuan luas dalam ilmu al-Quran atau memiliki tiga atau lebih sanad riwayat dari guru yang muktabar yang diiktiraf oleh QTSC1. Tahap Pengajaran: Talaqqi, Tilawah Riwayat atau Tilawah  Kelulusan (Kategori B1) Memiliki Diploma Pengajian Islam daripada institusi tempatan dan luar negara atau memiliki dua sanad riwayat daripada guru yang muktabar yang diiktiraf oleh QTSC. Tahap Pengajaran: Tilawah Riwayat (seperti Riwayar Nafi, Ibn Kathir atau sebagainya)  Kelulusan (Kategori B2) Mempunyai Sijil Pengajian al-Quran daripada institusi tempatan dan luar negara atau memiliki satu sanad riwayat Hafs an ‘Asim daripada guru yang muktabar yang diiktiraf oleh QTSC. Memperolehi markah yang cemerlang tilawah riwayat Hafs an ’Asim. Tahap Pengajaran: Tilawah Riwayat Hafs an ’Asim  Kelulusan (Kategori C) Memiliki Sijil Tajwid kelolaan Darul Quran Singapura atau institusi lain yang setaraf dengannya atau Qari Mapan diiktiraf oleh QTSC. Tahap Pengajaran: Tilawah  Kelulusan (Kategori D) Memiliki Sijil Kaedah Pengajaran al-Quran seperti mengajar menggunakan kaedah Iqra’, Qiraati, Muqaddam atau kaedah-kaedah lain yang diiktiraf oleh QTSC. Tahap Pengajaran: Tilawah Asas  Kelulusan (Kategori SPED) Mempunyai kemahiran mengajar yang khusus bagi mengajar pelajar kurang upaya, contohnya mengajar al-Quran menggunakan sistem Braille, mengajar kanak-kanak autistik, cacat pendengaran dan Down Syndrome. Tahap Pengajaran: Tilawah atau Tilawah Asas

KESIMPULAN Tujuan pendidikan Quran adalah membina manusia secara peribadi dan kelompok hingga mampu menjalankan fungsinya sebagai hamba dan pembangunan dunia.2 Perancangan atau reka bentuk Kurikulum Masa Depan seharusnya dapat menentukan dengan jelas hala tuju Kurikulum Masa Depan itu sendiri dengan yang ada sekarang dari aspek kualiti, sasaran matlamat negara dan pembinaan generasi masa depan.3 Oleh itu. skop pemerkasaan perlulah lebih bersifat komprehensif meliputi aspek-aspek memperkasakan identiti, pemantapan imej korporat, pemantapan sistem organisasi dan

1 QTSC (Quran Teaching Scheme Comitee) adalah jawatankuasa yang dipilih berdasarkan kelayakan akademik dan kepakaran mereka. Kelayakkan mereka untuk menyertai jawatankuasa QTSC adalah berpengalaman atau masih menyandang jawatan dalam bidang Quran. 2 Prof. Dr. M. Quraish Shihab, Membumikan al-Quran Fungsi dan Peran Wahyu dalam Kehidupan Masyarakat (Indonesia, Penerbit Mizan, 1994), h.173-178. 3 Saedah Sirah, “Asas Kurikulum Masa Depan”, Kurikulum Masa Depan (Kuala Lumpur, Penerbit Universiti Malaya, 2008), h.13.

42

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN sebagainya.1 Di Malaysia masih terdapat beberapa kelemahan dalam pembelajaran tahfiz al-Quran yang perlu penambahbaikan dan peningkatan.2 Kajian mendapati bahawa masih terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan dalam proses pengajaran tahfiz al-Quran yang perlu kepada penambahbaikan dan peningkatan.3 Oleh itu, DQS berperanan sebagai sebuah institusi induk di Singapura untuk menyebarluaskan pendidikan agama kepada masyarakat Islam Singapura, terutama yang bersangkut-paut dengan ilmu-ilmu al-Quran.4 Dengan itu, sistem pendidikan tahfiz di Malaysia dapat meningkatkan taraf pendidikan dengan mencontohi kaedah pendidikan di sana. Selain itu, prespektif kita di Malaysia hanya menumpukan pendidikan tahfiz ini pada golongan pelajar dan golongan yang tetentu. Sedangkan pendidikan tahfiz ini boleh dilaksanakan terhadap latarbelakang yang berlainan. Penulis berharap agar institusi-institusi mesjid di Malaysia dapat melestarikan program tahfiz seperti program tahfiz yang diadakan di DQS agar pendidikan tahfiz dapat diperluaskan kepada masyarakat awam.

BIBLIOGRAFI Azmil Hashim, Ab.Halim Tamuri , Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Pembelajaran Tahfiz al- Quran di Malaysia, Journal of Islamic and Arabic Education. Azmil Hashim, Ab.Halim Tamuri, Misnan Jemali (2013), Latar Belakang Guru Tahfiz dan Amalan Kaedah Pengajaran Tahfiz al-Quran di Malaysia, The Online Journal of Islamic Education. Buletin Darul Quran Singapura, Edisi 2012. Dr.Nordin bin Ahmad(2015), Memperkasa Darul Quran ke Arah Memartabatkan Tahfiz di Malaysia, Simposium Pendidikan Tahfiz Nusantara dan Multawa Hufaz Kali Ke IV. Fancis Wong Hoy Kee, Gwee Yee Haan, Perpectives: The Development of Education in Malaysia and Singapore. Kamaludeen Nasir (2009), Muslims As Minorities: History and Social Realities of Muslims in Singapore. Kamaludeen Nasir, Alexius A.Periera, Bryan S.Turner, Muslim in Singapore: Piety, Politics and Policies. Prof. Dr. M. Quraish Shihab (1994), Membumikan al-Quran Fungsi dan Peran Wahyu dalam Kehidupan Masyarakat. Saedah Sirah (2008), Kurikulum Masa Depan.

1 Dr.Nordin bin Ahmad, “Pemerkasaan Darul Quran”, Memperkasa Darul Quran ke Arah Memartabatkan Tahfiz di Malaysia, Simposium Pendidikan Tahfiz Nusantara dan Multawa Hufaz Kali Ke IV, 2015, h.9. Laman sesawang google scholar, dicapai pada 16 November 2015, http://eprints.um.edu.my/13634/1/kertas_kerja_multaqa_huffaz.pdf. 2 Azmil Hashim, Ab.Halim Tamuri, “Implikasi Kajian”, Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Pembelajaran Tahfiz al-Quran di Malaysia, Journal of Islamic and Arabic Education, h.9. Laman sesawang google scholar, dicapai pada 16 November 2015, http://core.ac.uk/download/pdf/11494837.pdf. 3 Azmil Hashim, Ab.Halim Tamuri, Misnan Jemali, “Implikasi Kajian”, Latar Belakang Guru Tahfiz dan Amalan Kaedah Pengajaran Tahfiz al-Quran di Malaysia, The Online Journal of Islamic Education (Januari 2013), h.37. 4 Seminar Antarabangsa AL-Quran dalam Masyarakat Kontemporari (SQ2012), Permai Hotel, Kuala Terengganu pada 1 dan 2 Disember 2012. Laman sesawang https://prezi.com/wls8ocyuvw6y/peranan-darul- quran-singapura-dqs-dalam-melestarikan-pengajian-ilmu-al-quran-satu-tinjauan/, dicapai pada 16 November 2015.

43

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Sufean Hussin (2004), Pendidikan di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah, ed. ke-4. http://mks.org.sg/ http://www.beritaharian.sg/

RUJUKAN GAMBAR

Rajah1: Lokasi Asal DQS Rajah 2: Tarikh Penubuhan DQS

Rajah 3: Bangunan DQS sekarang Rajah 4: Bilik Tahfiz

44

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Rajah 5: Papan Reward Pelajar Rajah 6: Penyata Ujian Tahfiz

Rajah 7: Carta Kemajuan Pelajar Program Tahfiz

45

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

HAFAZAN AL-QURAN DI USIM DAN UKM: KAJIAN TERHADAP SILIBUS TAKHASUS AL-QURAN DAN SUNNAH Hayati binti Hussin1 Dr. Abdul Rahim bin Ahmad2 Dr. Zainora Daud3 Dr. Muhammad Lukman Ibrahim4 Dr. Mohd.Faizulamri Mohd.Saad5

ABSTRAK Al-Quran al-Karim merupakan mukjizat teragung yang dianugerahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan umat baginda. Justeru tidak hairanlah pengajian al-Quran merupakan suatu ilmu yang fundamental kepada kita. Ia meliputi hafazan, penulisan dan pendidikan dari aspek tajwid, qiraat, terjemahan, tafsir dan hukum-hakam. Hafazan al- Quran sebagai satu kursus pula semakin ditekankan secara signifikan di peringkat Institut Pengajian Tinggi kerana ianya merupakan pusat perkembangan ilmu serta tempat lahirnya para cendekiawan Islam dewasa ini. Di antara universiti awam yang menawarkan kursus ini ialah Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM). Kertas kerja ini bertujuan untuk membuat perbandingan silibus hafazan al-Quran di antara kedua-dua institusi ini. Metodologi yang digunakan di dalam kajian ini ialah kajian kualitatif yang berbentuk analisis dokumen. Kajian mendapati silibus hafazan yang digunakan di Fakulti Pengajian Quran Sunnah USIM agak berbeza berbanding silibus hafazan di Jabatan Quran Sunnah UKM. Walaubagaimanapun kedua-dua silibus hafazan ini perlu ditambahbaik untuk diaplikasikan di kedua-dua institusi ini. Kata Kunci: Silibus hafazan, Hafazan al-Quran, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia.

PENDAHULUAN Kajian ini secara dasarnya membincangkan tentang silibus hafazan al-Quran di Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Pemilihan dua institusi ini adalah kerana kedua-dua institusi tersebut menawarkan subjek hafazan al-Quran di dalam pembelajaran bagi pelajar yang takhasus dalam bidang Quran dan Sunnah. Tujuan penulisan kertas kerja ini ialah untuk mengumpulkan data-data yang berkaitan dengan hafazan di USIM dan UKM, menjalankan analisis terhadap dapatan-dapatan dari kedua-dua institusi. Selain daripada itu ianya juga bertujuan untuk mendapatkan beberapa idea baru yang boleh dijadikan sebagai asas untuk tujuan penambahbaikan di kedua-dua buah institusi awam ini. Idea-idea tersebut seterusnya diharapkan menjadi pemangkin kepada penambaikan kepada sistem hafazan di universiti-universiti awam lain di Malaysia. Ianya juga bertujuan untuk mengembangkan subjek hafazan al-Quran sebagai salah satu matapelajaran wajib yang perlu ditawarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi tanpa mengkhususkan hanya pada bidang pengajian Islam sahaja.

1 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). 2 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 3 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). 4 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). 5 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

46 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

PENGENALAN FAKULTI PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH USIM Fakulti Pengajian Quran & Sunnah (FPQS) merupakan sebuah fakulti yang pertama ditubuhkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada tahun 2001. Di antara tujuan penubuhannya ialah untuk memartabatkan pengajian Quran dan Sunnah dalam arus perdana pendidikan negara dengan menekankan penggunaan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan penyelidikannya. Di samping itu, ia turut bertujuan untuk mengembangkan lagi Syiar Islam dengan membuka ruang kepada para penyelidik dan pendidik untuk mengkaji, menyelidik dan menyebarkan pengetahuan dan hikmah yang terkandung di dalam kitab suci Quran dan Sunnah kepada masyarakat dan negara1. Dalam usaha memastikan matlamat tersebut terlaksana, FPQS telah menubuhkan 3 program pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah Dengan Kepujian (SMPQS), Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dengan Multimedia Dengan Kepujian (SMPQM), Ijazah Sarjana Muda Pengajian Sunnah dengan Pengurusan Maklumat Dengan Kepujian (SMPSM). Selain program-program prasiswazah, FPQS turut menawarkan Ijazah Sarjana Pengajian Quran dan Sunnah dan Ijazah Doktor Falsafah Pengajian Quran dan Sunnah. Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah yang dahulunya beroperasi di bawah bumbung Fakulti Syariah dan Undang-undang kini lebih maju dan menyerlah dengan siapnya bangunan baru yang dilengkapi pelbagai kemudahan yang moden. Bangunan baru ini sudah mula beroperasi sejak tahun 2009 lagi.

OBJEKTIF PENUBUHAN FPQS USIM Di Antara objektif penubuhan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM adalah untuk melahirkan siswazah yang berkemampuan memahami dan mengambil hukum dari sumbernya yang asal iaitu Quran dan Sunnah. Selain daripada itu juga dapat mengeluarkan siswazah yang mempunyai kefahaman yang menyeluruh terhadap pemikiran Islam di bidang akidah, syariah dan akhlak yang berdasarkan Quran dan Sunnah, disamping itu mereka juga memahami perkembangan pemikiran semasa serta berjaya melahirkan tenaga manusia yang mampu menjalankan tugas dengan sempurna dalam masyarakat terutama dalam bidang pengajian Quran dan Sunnah seperti guru, penyelidik, pegawai, perekabentuk system maklumat, pengurus sumber maklumat, usahawan dan pelbagai lagi2.

SILIBUS HAFAZAN DI FPQS USIM Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah mempunyai sistem pengajian hafazan al-Quran tersendiri. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran bagi subjek hafazan al-Quran akan diajar melalui kelas tutorial yang melibatkan proses mendengar dan memperdengarkan bacaan hafazan secara berkumpulan dan di hadapan pensyarah. Pelajar akan dinilai melalui bacaan hafazan yang diperdengarkan di hadapan pensyarah di dalam kelas tutorial setiap minggu. Ia juga akan dinilai melalui peperiksaan bertulis pada akhir semester. Terdapat dua pembahagian utama silibus hafazan yang ditawarkan oleh Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah kepada pelajar Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah (SMPQS). Ia ditawarkan berdasarkan kemahiran Hafazan al-Quran dan ilmu Qiraat. Pembahagian tersebut adalah seperti di bawah: a) Hafazan al-Quran. Kursus ini dinamakan dengan Hifz al-Quran. Para pelajar akan mengambil subjek ini bermula daripada Hifz al-Quran I sehingga Hifz al-Quran V. Melalui subjek ini pelajar akan didedahkan

1 http://fpqs.usim.edu.my/info-fpqs/latar-belakang 2 http://fpqs.usim.edu.my/info-fpqs/latar-belakang

47 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN dengan metodologi hafazan, hafazan surah dan tajwid al-Quran. Tempoh yang ditetapkan untuk menghabiskan silibus yang berkaitan dengan hafazan ialah selama tiga tahun. Pembahagian hafazan surah-surah mengikut tahun adalah seperti kod kursus dan keterangan berikut: QQQ1011 Kursus ini menghendaki para pelajar menghafaz surah al-Baqarah daripada Hifz Al-Quran ayat 1 hingga ayat 93. Ia adalah ditawarkan kepada pelajar Semester 1 bagi l memantapkan pengamalan al-Quran dalam kehidupan. Di samping itu, kursus ini menjadi medan untuk para pelajar menggunakan nas-nas al-Quran yang telah dihafaz untuk mengeluarkan idea dan berhujjah. Sebagai hasilnya, para pelajar akan dapat menyumbang khidmat dalam masyarakat dengan merujuk kepada al-Quran sebagai sumber ilmu untuk diaplikasikan sepanjang hayat. QQQ1021 Kursus ini menghendaki para pelajar menghafaz surah al-Baqarah daripada Hifz Al-Quran ayat 89 hingga ayat 169. Ia adalah ditawarkan kepada pelajar Semester 2 bagi ll memantapkan pengamalan al-Quran dalam kehidupan. Di samping itu, kursus ini menjadi medan untuk para pelajar menggunakan nas-nas al-Quran yang telah dihafaz untuk mengeluarkan idea dan berhujjah. Sebagai hasilnya, para pelajar akan dapat menyumbang khidmat dalam masyarakat dengan merujuk kepada al-Quran sebagai sumber ilmu untuk diaplikasikan sepanjang hayat. QQQ2031 Kursus ini menghendaki para pelajar menghafaz surah al-Baqarah daripada Hifz Al-Quran ayat 94 hingga ayat 181. Ia adalah ditawarkan kepada pelajar Semester 2 bagi llI memantapkan pengamalan al-Quran dalam kehidupan. Di samping itu, kursus ini menjadi medan untuk para pelajar menggunakan nas-nas al-Quran yang telah dihafaz untuk mengeluarkan idea dan berhujjah. Sebagai hasilnya, para pelajar akan dapat menyumbang khidmat dalam masyarakat dengan merujuk kepada al-Quran sebagai sumber ilmu untuk diaplikasikan sepanjang hayat QQQ2041 Kursus ini menghendaki para pelajar menghafaz surah al-Baqarah daripada Hifz Al-Quran ayat 234 hingga ayat 286. Ia adalah ditawarkan kepada pelajar Semester 4 bagi lV memantapkan pengamalan al-Quran dalam kehidupan. Di samping itu, kursus ini menjadi medan untuk para pelajar menggunakan nas-nas al-Quran yang telah dihafaz untuk mengeluarkan idea dan berhujjah. Sebagai hasilnya, para pelajar akan dapat menyumbang khidmat dalam masyarakat dengan merujuk kepada al-Quran sebagai sumber ilmu untuk diaplikasikan sepanjang hayat. QQQ3051 Kursus ini menghendaki para pelajar menghafaz surah al-Baqarah daripada Hifz Al-Quran ayat 182 hingga ayat 252. Ia adalah ditawarkan kepada pelajar Semester 6 bagi V memantapkan pengamalan al-Quran dalam kehidupan. Di samping itu, kursus ini menjadi medan untuk para pelajar menggunakan nas-nas al-Quran yang telah dihafaz untuk mengeluarkan idea dan berhujjah. Sebagai hasilnya, para pelajar akan dapat menyumbang khidmat dalam masyarakat dengan merujuk kepada al-Quran sebagai sumber ilmu untuk diaplikasikan sepanjang hayat.

b) Pengantar Qiraat Dan Hafazan Pada peringkat ini pelajar diajar berkaitan dengan ilmu Qiraat. Pelajar juga turut di diajar berkaitan al-Qiraat al-Sabc. Pengenalan imam tujuh beserta kaedah bacaan bagi setiap imam dikupas secara detil. Disamping itu setiap pelajar diwajibkan menghafal surah al-Sajadah. Para pelajar perlu mempraktikkan teori-teori bacaan qiraat tujuh dengan pemantauan guru masing-masing. Setiap pelajar akan memperdengarkan bacaan qiraat masing-masing mengikut susunan imam yang telah

48 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN mereka pelajari ketika minggu teori. Pembahagian hafazan surah dalam subjek ini adalah seperti berikut: QQQ 1062 Kursus ini menjelaskan latar belakang ilmu qiraat dan kaedah membaca PENGANTAR al-Quran menurut imam-imam qiraat yang mutawatir di samping QIRAAT DAN menghafaz surah pilihan iaitu surah al-Sajdah. Antara topik yang akan HAFAZAN dibincangkan dalam kursus ini merangkumi isu-isu seperti pengertian al-Quran dan qiraat, jenis-jenis qiraat, perkembangan ilmu qiraat, latar belakang imam-imam qiraat beserta perawi mereka, usul bacaan menerusi surah al-Sajdah dengan pelbagai jenis qiraat dan menilai syubhat falsafah barat berkaitan percanggahan Qiraat di dalam al- Quran serta kritikan terhadap syubhat mereka. QQQ 3153 QIRAAT Kursus ini dibina untuk pelajar tahun tiga dengan matlamat menambah AMALI I pengetahuan pelajar terhadap pengenalan terhadap qiraat 7 mutawatirah. Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada latar

belakang ilmu qiraat dan perbezaan kaedah usul bacaan yang wujud di kalangan qurra' menurut thariq al-Syatibiyyah, seterusnya mengaplikasikan kaedah bacaan tersebut menerusi al-Quran bermula surah al-Fatihah dan juzu' pertama al-Quran. Pengetahuan terhadap ilmu qiraat ini amat penting kerana ia berkait rapat dengan bidang quran dan tafsirnya. QQQ 3163 Kursus ini dibina untuk pelajar tahun tiga dengan matlamat memantapkan pengetahuan pelajar terhadap qiraat 7 mutawatirah. QIRAAT AMALI II Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada proses ulangkaji dan mendalami aspek berkaitan latar belakang ilmu qiraat dan perbezaan bacaan yang wujud di kalangan qurra' menurut thariq al-Syatibiyyah, seterusnya mengaplikasikan kaedah bacaan tersebut menerusi al-Quran bermula dari juzuk 2 hingga juzuk 4. Pengetahuan terhadap ilmu qiraat ini amat penting kerana ia berkait rapat dengan bidang quran dan tafsirnya.

STRUKTUR KURIKULUM KURSUS HIFZ AL-QURAN USIM Terdapat pelbagai kursus atau mata pelajaran yang ditawarkan di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM. Walaubagaimanapun kertas kerja ini hanya menfokuskan kepada kursus-kursus yang berkaitan dengan hafazan al-Quran yang wajib diambil oleh pelajar-pelajar Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah (SMPQS) Universiti Sains Islam Malaysia. 1. Nama-nama kursus Semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah Dengan Kepujian (SMPQS), diwajibkan mengambil 5 kursus Hifz al-Quran yang termasuk di dalam wajib program. Kursus- kursus tersebut ialah Hifz al-Quran I hingga Hifz al-Quran V . (Lihat Jadual 3.1) Jadual 3.1 Nama-nama Kursus Hifz al-Quran Bil Kod Kursus 1 QQQ1011 Hifz Al-Quran l 2 QQQ1021 Hifz Al-Quran ll 3 QQQ2031 Hifz Al-Quran llI

49 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Bil Kod Kursus 4 QQQ2041 Hifz Al-Quran llI 5 QQQ3051 Hifz Al-Quran V

Selain daripada kursus Hifz al-Quran yang ditawarkan pelajar juga wajib mangambil tiga kursus yang berkaitan dengan ilmu qiraat. Kursus-kursus tersebut ialah: Jadual 3.2 Nama-nama kursus Qiraat Bil Kod Kursus 1 QQQ 1062 Pengantar Qiraat Dan Hafazan 2 QQQ 3153 Qiraat Amali I 3 QQQ 3153 Qiraat Amali II

Dapat dilihat kursus hafazan al-Quran di USIM di FPQS diwajibkan secara berterusan sehingga pelajar menghabiskan tahun ketiga pengajian. Di samping hafazan, mereka juga diwajibkan mengambil kursus-kursus berkaitan ilmu Qiraat bagi menjamin bacaan dan hafazan mereka mantap serta mengikut disiplin qiraat yang mutawatir. Aspek aplikasi juga dapat dilihat penekanannya semasa mereka mengikuti kursus-kursus ini.

PENGENALAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UKM Sungguhpun kajian ini menfokuskan pada isu hafazan al-Quran yang hanya terdapat di Jabatan Pengajian Quran dan Sunnah UKM, namun sejarah penubuhannya perlulah dirujuk kepada penubuhan Fakulti Pengajian Islam UKM. Ini kerana Jabatan Quran dan Sunnah UKM tertubuh dengan wujudnya Fakulti Pengajian Islam UKM. Fakulti Pengajian Islam telah ditubuhkan pada 18 Mei 1970 bersama-sama dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia. Fakulti ini adalah salah sebuah fakulti yang mula- mula ditubuhkan di Universiti Kebangsaan Malaysia di samping dua fakulti lain pada masa itu iaitu Fakulti Sastera dan Fakulti Sains. Namun teras bagi fakulti ini telah wujud iaitu bermula dengan penubuhan Kolej Islam Malaya di Klang pada tahun 1955. Penubuhan fakulti ini merupakan kesinambungan visi dan perjuangan segolongan cendekiawan Melayu yang mahu melihat sebuah institusi pengajian tinggi Islam di Malaysia terbina1. Pada awal penubuhan, fakulti ini hanya mempunyai dua jabatan sahaja iaitu Jabatan Syariah dan Jabatan Usuluddin di samping satu Unit Bahasa Arab. Pada 15 Mei 1974, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam telah ditubuhkan. Sehingga kini, Fakulti Pengajian Islam telah mempunyai lima jabatan dan satu Unit Bahasa Arab. Jabatan-jabatan tersebut ialah Jabatan Syariah, Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan serta Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah.

1 http://www.ukm.my/fpi/latar-belakang-2/ Pada tahun 1968, Kementerian Pelajaran telah bersetuju untuk menaikkan taraf Kolej Islam Malaya ke taraf Universiti Kolej. Pada masa yang sama, tuntutan menubuhkan sebuah universiti yang menggunakan bahasa Melayu oleh pejuang-pejuang kebangsaan mencapai kemuncak. Pada tahun 1970, perjuangan tersebut menjadi kenyataan apabila kerajaan mengisytiharkan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia dengan Fakulti Pengajian Islam sebagai salah sebuah fakulti di dalamnya.

50 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Pada sesi 1970/71, seramai enam orang tenaga pengajar telah berkhidmat di fakulti. Mereka terdiri daripada seorang profesor, seorang pensyarah dan empat orang penolong pensyarah lulusan universiti di Timur Tengah. Mahasiswa yang diterima masuk bagi tahun pertama ialah seramai 37 orang yang terdiri daripada 24 orang pelajar lelaki dan 13 orang pelajar perempuan. Mereka semua adalah lulusan daripada Kolej Islam, Petaling Jaya.

OBJEKTIF PENUBUHAN FPI UKM Berdasarkan keperluan semasa, kepentingan agama dan negara serta selaras dengan keperluan MQF. Di antara objektif penubuhan Fakulti Pengajian Islam ialah melahirkan graduan yang beriman, bertakwa, mahir dalam bidang keilmuan Islam dan berkebolehan mengaplikasikannya. Selain daripada itu, dapat membentuk graduan berakhlak luhur yang mahir berkomunikasi, boleh bekerjasama dan memiliki profesionalisme serta berfikiran kritis dalam menyelesaikan masalah masyarakat dan berkebolehan membuat keputusan yang tepat. Di samping itu graduan mampu untuk menerokai bidang-bidang korporat, teknokrat, keusahawanan serta sains dan teknologi.

SILIBUS HAFAZAN DI JABATAN PENGAJIAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH UKM Subjek Pengantar Qiraat dan Pengantar ilmu qiraat merupakan salah satunya kursus yang ditawarkan di Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah (JPQS) UKM. kursus ini sentiasa mendapat pembaharuan dari tahun ke tahun agar pengajaran dan pembelajaran kursus ini sentiasa mempunyai peningkatan dan berkualiti. Berikut adalah kronologi subjek Pengantar Qiraat dan Hafazan dari tahun 1978 sehingga 20161: PF3013 ILMU AL- Kandungan kursus ini membincangkan berkenaan wajah-wajah qiraat QIRAAT yang berbeza-beza dan periwayatannya beserta penetapan terhadap kaedah bahasa dan pengajian makna dan isyaratnya juga pembelajaran 1978-1979 melibatkan hafazan terhadap beberapa surah antaranya surah Yasin, al- Dukhan, al-Rahman, al-Waqiaah dan al-Mulk dan al-Saf. PF2073 ILMU AL- Kursus ini mengandungi penganalisaan tentang kaedah-kaedah tajwid QIRAAT I dan perkembangannya. Penekanannya ialah tentang kaedah-kaedah bacaan yang biasa bagi membetulkan bacaan al-Quran. 1980-1981

PF1092 Kursus ini membincangkan tentang pertumbuhan Ilmu Qiraat dan PENGANTAR ILMU kepentingannya. Penekanan kepada pembacaan al-Quran yang betul QIRAAT berasaskan kaedah-kaedah tajwid dan disertai dengan latihan bacaannya. Beberapa surah pendek diwajibkan untuk dihafal dan 1981-1983 difahami iaitu surah al-Fatihah hingga surah al-Dhuha, al-Acla, Yasin, Sajadah dan al-Dahr. PF2073 ILMU Kursus ini membincangkan tentang perkembangan Ilmu Qiraat, QIRAAT I kaedah-kaedah umum tentang bacaan tujuh disertai dengan latihannya. Beberapa surah diwajibkan hafal dan difahami. Bacaan surah al-Lail 1983-1984 hingga surah an-Naba’, Surah al-Jumuah dan Munafiqun. PF2073 ILMU Kandungan kursus ini membincangkan secara terperinci tentang QIRAAT I perselisihan bacaan antara Qurra’ al-Sabacah dalam surah al-Quran

1 Sabri Mohamad, Mohd.Faizulamri Mohd Saad etal, 2010, Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Pengantar Qiraat dan Hafazan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Jabatan Pengajian al-Qur’an dan al- Sunnah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

51 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

1983-1985 berserta latihannya. Beberapa surah diwajibkan untuk dihafal dan difahami iaitu surah Yasin, al-Dukhan, al-Rahman, al-Waqicah dan al- Mulk dan al-Saf PF3013 ILMU Kandungan kursus ini membincangkan tentang perkembangan Qiraat, QIRAAT I kaedah-kaedah umum tentang bacaan tujuh disertai dengan latihannya. Penekanan kepada pembacaan al-Quran riwayat Hafs berasaskan 1985-1997 kaedah-kaedah tajwid yang ada di dalamnya.

Kursus ini adalah lanjutan daripada kursus Ilmu Qiraat I, ia membincangkan secara terperinci tentang perselisihan antara Qurra’ al- c PF3023 ILMU Saba ah dalam surah al-Quran berserta dengan latihan membaca QIRAAT II beberapa surah pendek dalam bacaan tujuh iaitu surah al-Fatihah, al- Dhuha hingga surah al-Nas PZ1203 ILMU Kandungan kursus ini membincangkan tentang perkembangan Qiraat, QIRAAT / kaedah-kaedah umum tentang bacaan tujuh disertai dengan latihannya. Penekanan kepada pembacaan al-Quran riwayat Hafs berasaskan PF1413 kaedah-kaedah tajwid yang ada di dalamnya. ILMU QIRAAT I 1997-1999

PF1423 ILMU Kandungan kursus ini adalah lanjutan daripada kursus Ilmu Qiraat I, ia QIRAAT II membincangkan secara terperinci tentang perselisihan antara Qurra’ al- Sabacah dalam surah al-Quran berserta dengan latihan membaca 1999-2000 beberapa surah pendek dalam bacaan tujuh iaitu surah al-Fatihah, al- Dhuha, hingga surah al-Nas. PY1252 Kandungan kursus ini membincangkan tentang perkembangan Qiraat, PENGANTAR kaedah-kaedah umum tentang bacaan tujuh disertai dengan latihannya. QIRAAT DAN Penekanan kepada pembacaan al-Quran riwayat Hafs berasaskan HAFAZAN kaedah-kaedah tajwid yang ada di dalamnya. Pelajar juga dikehendaki menghafal beberapa surah seperti Yasin, al-Jumucah, al-Munafiqun 2000-2016 dan lain-lain.

Silibus hafazan al-Quran di UKM lebih menfokuskan kepada ilmu Qiraat dan diikuti dengan surah- surah tertentu yang telah dipilih untuk dihafaz oleh para pelajar.

STRUKTUR KURIKULUM KURSUS HIFZ AL-QURAN JPQS UKM Terdapat pelbagai kursus atau mata pelajaran yang ditawarkan di Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah UKM. Kertas kerja ini hanya menfokuskan kepada kursus-kursus yang berkaitan dengan hafazan al-Quran yang wajib diambil oleh pelajar-pelajar Sarjana Muda di Jabatan Pengajian al- Quran dan al-Sunnah Universiti Kebangsaan Malaysia. Walaubagaimanapu kursus-kursus seperti ilmu qiraat, ilmu qiraat I, ilmu qiraat II pengantar ilmu qiraat pengantar dan qiraat dan hafazan merupakan kursus-kursus yang melibatkan hafazan di dalam sesi pembelajaran. Kursus-kursus tersebut adalah: 1. Nama-nama kursus Semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah (QS), diwajibkan mengambil kursus ilmu Qiraat yang termasuk di dalam Kursus Teras. Kursus-kursus tersebut ialah

52 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN ilmu Qiraat, ilmu Qiraat I dan Ilmu Qiraat II . Walaubagaimanapun setiap kursus yang ditawarkan di Jabatan Quran dan Sunnah UKM dibentangkan mengikut kronologi tahun bermula 1981 sehingga 2016. (Lihat Jadual 3.1) Jadual 3.1 Nama-nama Kursus ilmu Qiraat Bil Kod Kursus

1 PF3013 Ilmu Al-Qiraat 2 PF2073 Ilmu Al-Qiraat I 3 PF3023 Ilmu Qiraat II 4 PF1092 Pengantar Ilmu Qiraat

Selain daripada kursus-kursus qiraat yang ditawarkan pelajar juga wajib mangambil kursus pengantar qiraat dan hafazan. Kursus ini mula ditawarkan pada tahun 2010 sehingga sekarang. Jadual 3.2 Nama Bil Kod Kursus 1 PY1252 Pengantar Qiraat Dan Hafazan

PERBANDINGAN KURSUS HAFAZAN USIM DAN UKM Perbandingan hafazan al-Quran di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM Dan Jabatan Quran dan Sunnah UKM adalah meliputi persamaan dan perbezaan yang wujud di antara kedua-dua institusi tersebut. Berikut ialah perinciannya: i. Silibus hafazan di USIM adalah berdasarkan kepada surah yang panjang. Surah al-Baqarah dipilih sebagai sukatan hafazan kepada para pelajarnya. Di UKM pula, surah-surah yang sederhana panjang dan pendek menjadi pilihan. Surah-surah tersebut ialah Yasin, al- Dukhan, al-Rahman, al-Waqiach dan al-Mulk dan al-Saf, al-Fatihah hingga surah al-Dhua, al-Fatihah, al-Dhuha hingga surah al-Nas dan surah al-Acla, Yasin, Sajadah dan al-Dahr, al-Lail hingga surah an-Naba’, Surah al-Jumuaah dan Munafiqun. ii. Pembahagian kursus hafazan di USIM adalah selari dari aspek nama dan kandungan. Ia diberi nama kursus Hifz al-Quran I, II, III, IV dan V. Kandungan kursus-kursus ini menghendaki para pelajar menghafaz surah al-Baqarah mengikut pembahagian yang telah ditetapkan. Di UKM pula, kursus ini dinamakan dengan Pengantar Qiraat dan Hafazan. Kandungan kedua-dua kursus ini membincangkan perkembangan Qiraat, kaedah-kaedah umum tentang bacaan tujuh disertai dengan latihannya. Pelajar juga diwajibkan menghafal surah-surah tertentu seperti yang telah dinyatakan. iii. Kursus Hifz al-Quran di FPQS USIM hanya membabitkan pelajar Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah (SMPQS). Selain daripada pelajar Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa dibawah Fakulti Syariah dan Undang-Undang serta Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM juga menawarkan kursus hafazan al-Quran ini di Fakulti mereka. Di UKM pula semua Jabatan yang berada di bawah Fakulti Pengajian Islam wajib mengambil kursus ini mengikut semester dan tahun yang telah ditetapkan.

53 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

iv. Silibus hafazan al-Quran di FPQS USIM dan QS UKM walaupun terdapat perbezaan dari sudut surah-surah yang dipilih tetapi proses hafazan al-Quran itu tetap berlaku dalam sesi pembelajaran. Perbezaan ketara yang berlaku adalah bilangan kursus hafazan yang diwajibkan. USIM mewajibkan para pelajar takhasus QS mengambil kursus berkaitan hafazan ini sehingga ke akhir tahun tiga, manakala UKM hanya berpada dengan kursus pengantar hafazan dan qiraat pada semester pertama sahaja.

KESIMPULAN DAN SARANAN Pada akhir kajian, didapati USIM, sesuai dengan nama dan identiti institusi Islam yang dipakainya lebih menitikberatkan aspek hafazan berbanding UKM. Para pelajar bidang al-Quran dan al-Sunnah dikenakan syarat mengambil kursus hafazan sehingga ke akhir tahun tiga, yakni dengan perasannya sebanyak 75% daripada keseluruhan hidup mahasiswanya di universiti. UKM pula hanya memperuntukkan satu semester pertama dengan mewakili 12.5% sahaja. Hal ini membawa kepada saranan yang tidak dapat tidak perlu dikemukakan kepada pihak bertanggungjawab di UKM. Sekalipun fungsi hafazan berada di tingkat bawahan Taksonomi Bloom dalam hal perolehan ilmu dan pembelajaran, adalah perlu diingat ia merupakan kaedah umum yang sudah pasti berbeza mengikut disiplin ilmu tertentu. Dalam hal yang berkaitan dengan penguasaan pelajar takhasus al-Quran dan al-Sunnah, hafazan memainkan peranan yang besar berikutan sumber bidang ini juga pada asasnya memerlukan ingatan terhadap al-Quran dan juga al- Sunnah. Adapun jika keutamaan pembelajaran di zaman moden ini adalah bermatlamatkan analisis dan aplikasi dijadikan alasan, maka ia sebenarnya lebih sesuai diletakkan pada disiplin ilmu yang lain seperti Fiqh dan Akidah sahaja. Kursus-kursus yang berkaitan dengan al-Quran dan al-Sunnah masih memerlukan faktor hafazan sebelum dapat diterapkan ke aras lain yang dianggap lebih maju menurut lensa teknologi pendidikan semasa. USIM juga sekalipun boleh berbangga dengan kelebihannya dalam aspek hafazan ini, ia patut melanjutkan kursus hafazan al-Quran sehingga para mahasiswa yang mengkhusus dalam bidang ini tamat sempurna pengajian mereka. Adalah disarankan agar kursus hafazan ini ditambah pada tahun akhir dengan surah-surah pilihan seperti al-Sajdah, al-Insan, Yaasin dan al-Kahfi pada dua semester terakhir, di samping Surah al-Baqarah yang telah sedia ada. Dengan penambahan ini, para mahasiswa takhasus al-Quran dan al-Sunnah akan mampu membawa mesej bidang mereka dengan lebih berkesan di tengah masyarakat di samping mengangkat darjat universiti ilmu aqli dan naqli pada mata orang ramai.

RUJUKAN Sabri Mohamad, Mohd.Faizulamri Mohd Saad etal, 2010, Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Pengantar Qiraat dan Hafazan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Jabatan Pengajian al-Qur’an dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. Sabri Mohamad (Ketua Projek), Ashraf Ismail, Latifah Abdul Majid,Sistem Pengajaran dan Pembelajaran Pengantar Qiraat dan Hafazan di UKM, Kod Projek : UKM-PTS-033-2009, Jabatan Pengajian al-Qur’an dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor http://fpqs.usim.edu.my/info-fpqs/latar-belakang. http://www.ukm.my/fpi/latar-belakang-2/.

54 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

KESAN BACAAN ATAU HAFAZAN AL QURAN TERHADAP KESIHATAN DAN TAHAP KECERDASAN Ismarulyusda Ishak1 Nor Malia Abdul Warif2 Farah Wahida Ibrahim3 Siti Nur Rasyidah Md Ramli4 Sabri Mohamed5,

ABSTRAK Kesihatan dan pendidikan merupakan salah satu matlamat utama yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang perlu dicapai menjelang tahun 2030. Usaha perlu dilaksanakan bagi memastikan kehidupan yang sihat dan menggalakkan kesejahteraan pada semua peringkat umur. Maka adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai masyarakat Malaysia memastikan pendidikan yang berkualiti dapat menghasilkan masyarakat yang sihat. Terapi menggunakan melodi muzik telah lama dikaji keberkesanannya di dunia perubatan Barat. Namun, kajian mengenai kesan penggunaan ayat al-Quran sebagai terapi dan penyembuh penyakit masih belum dikaji secara mendalam. Beberapa kajian telah dijalankan bagi melihat perkaitan Al Quran terhadap psikologi manusia, kerisauan (anxiety), aktiviti otak dan tingkahlaku. Kertas kerja ini bertujuan bagi mengupas penyelidikan yang telah dijalankan berkaitan kesan bacaan, hafazan al-Quran terhadap faktor kesihatan dan kecerdasan. Kata Kunci: Al-Quran, Hafazan, Kesihatan, Kecerdasan

PENGENALAN Pada September 2015 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menetapkan 17 Matlamat Pembangunan Mapan atau Sustainable Development Goals (SDGs)46. Semua 191 ahli PBB telah bersetuju untuk cuba mencapai matlamat tersebut menjelang tahun 2030. Kesihatan merupakan matlamat utama di SDG 3 iaitu matlamat ke tiga. Agenda yang baru ini adalah hasil kesinambungan Matlamat Pembangunan Millenium (Millennium Development Goal) yang bertujuan menjadi relevan kepada semua negara dan memenuhi keperluan wanita, kanak-kanak, orang miskin dan golongan tidak bernasib baik. Matlamat ke empat pula adalah bagi memastikan pendidikan yang berkualiti bagi meningkatkan kesihatan secara saksama. Maka adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai masyarakat memastikan melalui pendidikan yang berkualiti dapat menghasilkan masyarakat yang sihat. Kesihatan dalam ertikata yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah individu yang berkeadaan

1 Pensyarah kanan di Program Sains Bioperubatan, Fakulti Sains Kesihatan, Pusat Pengajian Sains Diagnostik dan Kesihatan Gunaan, UKM Kuala Lumpur. 2 Pensyarah di Program Sains Bioperubatan, Fakulti Sains Kesihatan, Pusat Pengajian Sains Diagnostik dan Kesihatan Gunaan, UKM Kuala Lumpur. 3 Pensyarah di Program Sains Bioperubatan, Fakulti Sains Kesihatan, Pusat Pengajian Sains Diagnostik dan Kesihatan Gunaan, UKM Kuala Lumpur. 4 Calon PhD di Program Sains Bioperubatan, Fakulti Sains Kesihatan, Pusat Pengajian Sains Diagnostik dan Kesihatan Gunaan, UKM Kuala Lumpur. 5 Pensyarah kanan di Jabatan Quran dan Sunnah, Fakulti Pengajian Islam UKM Bangi. 6 WHO 2016.

55 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN fizikal, sosial dan kesejahteraan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial, bukan sekadar ketiadaan penyakit atau keuzuran. Ia menyeliputi sudut yang sangat luas. Penubuhan sekolah-sekolah tahfiz integrasi di Malaysia semakin meningkat disebabkan oleh permintaan yang tinggi daripada kalangan ibubapa. Keadaan ini disebabkan oleh kesedaran ibubapa yang tinggi terhadap kepentingan hafazan dalam meningkatkan kecemerlangan anak-anak. Bagaimanapun tiada lagi kajian saintifik yang telah dijalankan untuk membuktikan persepsi tersebut Oleh itu kajian mengenai keberkesanan silibus sekolah tahfiz terhadap tahap kesihatan dan tahap kecerdasan di kalangan pelajar tahfiz perlu dilaksanakan. Penulis bersama ahli kumpulan penyelidikan sedang menjalankan penyelidikan berkaitan hafazan dan kesihatan serta kecerdasan pelajar tahfiz di Selangor. Memandangkan masih di peringkat mendapatkan kelulusan etika dan keizinan ibubapa, maka objektif penulisan ini adalah hanya mengupas kerja-kerja penyelidikan yang telah dijalankan yang berkaitan al-Quran, kesihatan dan kecerdasan.

AL QURAN Kelebihan Menjadi Hafiz Al-Quran Menjadi seorang hafiz sepatutnya menjadi cita-cita setiap orang Islam kerana mereka akan mendapat pelbagai keutamaan dan kelebihan samada di dunia lebih- lebih lagi di alam akhirat. Menjadi hafiz merupakan nikmat rabbani yang datangnya dari Allah S.W.T. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa membaca al-Quran dan menghafaznya serta menghalalkan apa yang dihalalkan oleh al-Quran (mengamalkannya) serta mengharamkan apa yang diharamkan oleh al- Quran (meninggalkannya) nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan menerima syafaatnya bagi sepuluh orang dari ahli keluarganya yang kesemuanya telah diwajibkan masuk neraka". (Hadith riwayat Ahmad dan Tirmidhi) Kelebihan Hafazan Al-Quran Hafazan adalah proses yang digunakan untuk menyimpan pengetahuan. Menghafaz memerlukan suatu kekuatan fikiran pada orang yang melakukannya. Sementara menghafaz sesuatu yang dipelajari dan mengasah ingatan melalui hafazan adalah cara yang paling baik untuk mengekalkan ingatan dan kecerdasan otak. Hafazan adalah cara terbaik untuk mengekalkan ingatan dan kecerdasan. Terdapat kajian menunjukkan bahawa seseorang individu yang membaca al-Quran dengan memahami maksud ayat al-Quran akan merasa ketenangan jiwa dan meningkatkan daya intelektual1 Selain itu, menurut kajian Roche2, proses hafazan yang berpanjangan dan pembelajaran hafalan berulang-ulang boleh membawa menajamkan ingatan. Proses ini dikaitkan dengan perubahan metabolik dalam hipokampus posterior kiri. Hafazan al-Quran boleh meningkatkan daya ingatan kerana proses hafalan berulang-ulang meningkatkan daya ingatan kerana sinaps neuron akan memancarkan isyarat yang lebih kuat.

1 Norsiah, F., Siti Naqiah, S. & Nur Hurunain, A. 2014. Identification of Dominant Wave During the Recitation of Al-Mulk Verse With ( Without ) Understanding Using Eeg Signal. The Online Journal of Islamic Education, (Special Issue), 1–7. 2 Roche, R. A., Mullally, S. L., McNulty, J. P., Hayden, J., Brennan, P., Doherty, C. P., Fitzsimons, M. et al. 2009. Prolonged rote learning produces delayed memory facilitation and metabolic changes in the hippocampus of the ageing human brain. BMC neuroscience, 10, 136. doi:10.1186/1471-2202-10-136.

56 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Al-Quran sebagai penyembuh dan terapi stress Al-Qur'an ialah kitab suci Islam dan diterima oleh masyarakat Islam sebagai penawar dan penyembuhan sederhana , terutamanya bagi penyakit yang berkaitan mental1. Penggunaan terapi al-Quran sebagai penawar telah diterangkan dalam beberapa ayat-ayat al-Quran, seperti di bawah: “Katakanlah (wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (AL-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu - (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang- orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)" [Fussilat 41:44]. Terapi bunyi telah digunakan dunia perubatan Barat untuk menangani pelbagai masalah kesihatan, terutamanya berkaitan dengan kemurungan2, pengurusan kesakitan, emosi dan masalah psikologi, kecederaan otak trauma3 dan pemulihan strok . Kajian menunjukkan sistem auditori bertindakbalas dan berfungsi sepenuhnya, bermula seawal usia lapan bulan dalam kandungan4. Dalam Islam, ibu-ibu mengandung digalakkan untuk membaca surah al-Quran semasa mengandung. Ia boleh dianggap sebagai rangsangan kepada janin dalam kandungan. Malah, ayat- ayat al-Quran yang menerangkan penciptaan manusia biasanya dimulakan dengan riwayat kepada keupayaan untuk mendengar, sebelum riwayat kepada keupayaan untuk melihat dan berfikir. “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur." [an-Nahl16:78]. Potensi bunyi dan melodi dari bacaan al-Quran bacaan dapat membentuk emosi dan psikologi seseorang. Sebagai contoh, Umar Al-Khattab, sebelum memeluk agama Islam adalah seorang yang sangat bengis tetapi berubah apabila beliau pertama kali mendengar ayat-ayat al- Quran dibacakan oleh kakaknya5. Terapi menggunakan melodi muzik telah lama dikaji keberkesanannya di dunia perubatan Barat. Namun, kajian mengenai kesan penggunaan ayat al- Quran sebagai terapi dan penyembuh penyakit masih belum dikaji secara mendalam. Islam mengalakkan penggunaan ayat-ayat al-Quran dalam perubatan konvensional sebagai terapi psikospiritual6. Justeru itu, Tumiran7 telah mengkaji potensi penggunaan bacaan Al-Quran yang merdu untuk merawat gangguan tidur di kalangan kanak-kanak autistik. Dunia masa kini penuh cabaran dan rintangan, maka ramai yang mengalami tekanan hidup dan depresi.Terdapat satu kajian yang menunjukkan berdoa, sedekah dan membaca Al -Quran dapat

1 Azadboni, R. M. & Rabinataj, S. A (2011) Faith, health and psychology. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 30, 1530–1533. doi:10.1016/j.sbspro.2011.10.296. 2 Erkkilä J., Punkanen, M., Fachner, J., Ala-Ruona, E et al. (2011) Individual music therapy for depression: randomised controlled trial The British Journal of Psychiatry 199, 132–139. doi: 10.1192/bjp.bp.110.085431. 3 Thaut et al. 2009 Neurologic music therapy improves executive function and emotional adjustment in traumatic brain injury rehabilitation Annals of the New York Academy of Sciences. 4 Kisilevsky et al. 2004 Maturation of fetal responses to music Developmental Science. Volume 7, Issue 5 Pages 550–559. 5 Redha M. 1999Al-Farouk Omar Ibn AL-Khattab. The second caliph. Beirut: Dar Al-Kotob al-Ilmyah. 6 Tumiran, M. A., Mohamad, S. P., Saat, R. M., Yakub, M., Yusoff, Z. M., Naemah, N., Rahman, A. et al. 2013. Addressing sleep disorder of autistic children with Qur’anic sound therapy. Health, 5(8A2), 73–79. doi:10.4236/health.2013.58A2011. 7 Tumiran, M. A., Saat, R. M., Rahman, N. N. A. & Adli, D. S. H. 2010. Sleep from neuroscience and Islamic perspectives: Comprehension and practices of Muslims with science background in Malaysian education system. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 9, 560–564. doi:10.1016/j.sbspro.2010.12.197.

57 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN mengurangkan kebimbangan dan kemurungan kesan daripada tekanan hidup1. Kajian oleh ahli kejuruteraan telah dijalankan bagi mengenalpasti gelombang yang dihasilkan oleh otak semasa mendengar bacaan al-Quran menggunakan alat elektroensefalografi (EEG). Gelombang alfa dihasilkan semasa proses relaksasi dalam keadaan mata tertutup manakala gelombang beta diaktifkan semasa keterujaan. Pengaktifan gelombang alfa dilaporkan apabila responden mendengar al-Quran. Manakala dibandingkan dengan muzik kuat, gelombang beta pula lebih tinggi diaktifkan. Kajian ini membuktikan dengan mendengar bacaan al-Quran, manusia boleh merasai ketenangan jiwa dan relaksasi2. Mottaghi3 telah mengkaji kesan bacaan al-Quran terhadap kerisauan di kalangan atlit di Iran. Didapati atlit yang diperdengarkan bacaan al-Quran selama 5 minit sebelum pertandingan lumba lari telah menunjukkan paras kerisauan yang lebih rendah berbanding yang tidak diperdengarkan bacaan al-Quran. Kajian ini mencadangkan membaca atau mendengar ayat-ayat al- Quran adalah kaedah yang mudah, efektif, murah, senang dan paling penting kaedah tanpa penggunaan dadah bagi menurunkan tahap kerisauan atau kebimbangan di kalangan atlit. Hafazan, mendengar dan membaca ayat-ayat al-Quran bukan sahaja mengaktifkan dan meningkatkan keupayaan memori, malah turut menjamin kesihatan mental dan melindungi otak daripada penyakit degeneratif berkaitan memori4. Sistem Imun dan Hafazan Tahap hafazan dikaji untuk melihat adakah semakin tinggi tahap hafazan, tahap kesihatan juga semakin baik. Adakah dengan menghafal lebih banyak al-Quran, sistem imun menjadi semakin baik. Di samping kesihatan, tahap kecerdasan di kalangan pelajar tahfiz juga perlu dikaji kerana banyak penemuan yang menunjukkan pelajar yang didedahkan dengan hafazan boleh mempelajari ilmu akademik dengan cemerlang. Namun tiada bukti saintifik menunjukkan perkaitan tersebut. Teknik hafazan yang biasa digunakan adalah secara pengucapan berulang kali (rote learning). Teknik pengulangan ini meningkatkan keupayaan otak untuk pembentukan dan pengekalan memori selaras dengan perkembangan masa dan jumlah ayat yang dihafaz. Semakin tinggi aktiviti menghafaz, lebih tinggi keupayaan otak untuk memproses, mengingati informasi dan membina memori. Melalui penghayatan lagu-laguan, sistem neurokimia tubuh dirembeskan dan yang demikian, meningkatkan keimunan tubuh. Selain daripada itu stres juga turut berkurang melalui penurunan aras hormon perembes kortikal dan kortisol5. Otak yang diaktifkan melalui teknik hafazan mendorong kepada neuroplastisiti di bahagian hipokampus yang merupakan pusat pembelajaran dan memori di otak. Secara tidak langsung, keupayaan kognitif dan keupayaan memori pelajar dapat ditingkatkan dan oleh yang demikian,

1 Husni MR, Lilie ZR, Farhaniza G, Saporo S Khatijah O. 2014. Religious And Spiritual Coping Used By Student In Dealing With Stress And Anxiety. International Journal of Asian Social Science Special Issue : International Conference on Teaching and Learning in Education , 2013 4(2), 314–319. 2 Abdullah, A. A. & Omar, Z. 2011. The Effect of Temporal EEG Signals While Listening to Quran Recitation. International Journal on Advanced Science, Engineering and Information Technology, 1(4), 372– 375. 3 Mottaghi, ME, Esmaili, R and Rohani, Z. 2011. Effect of Quran recitation on the level of anxiety in athletics. Quarterly of Quran and Madicine. Summer 2011. Volume 1, Issue 1;1-4 17Mahjoob, M., Nejati, J., Hosseini, A. & Bakshani, N.M. 2014. The effect of Holy Quranv on mental health. J. Relig Health. 4 Al-Attas, R. 2014. The Qur’an and memory a (study of the effect of religiosity and memorizing Qur’an as a factor on memory). 7(4) : S461. 5 Nurul Fazrena, K., Nasrul Humaimi, M. & Nor Aini, Z. 2013. Modeling brain activities during reading working memory task : Comparison between reciting Quran and reading book. Procedia – Social and Behavioral Sciences. 9(2013) : 83-89; Chandra, M.L. & Levitin, D.J. 2014. The neurochemistry of music. Trends in cognitive sciences. 17(4) : 179-193.

58 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN dapat membantu dan memudahkan pembelajaran matapelajaran lain. Kajian oleh Utami1 di kalangan jururawat di Hospital Haji Medan mengenalpasti kesan tekanan di tempat kerja ke atas paras kortisol. Keadaan yang stress didapati merendahkan sistem imun tubuh badan yang ditunjukkan oleh peningkatan paras kortisol dan penurunan paras immunoglobulin G (IgG). Tahap kecerdasan dan Hafazan Satu kajian yang dijalankan ke atas penghafaz al-Quran daripada kolej dan universiti Peshawar dan Rawalpindi menunjukkan menghafal ayat suci al-Quran memberi impak yang baik dalam sudut pencapaian akademik para penghafaz al-Quran. Terdapat perbezaan yang signifikan sebelum dan selepas menghafaz al-Quran2. Kajian di kalangan pelajar pascasiswazah di IIUM mendapati terdapatnya hubungan yang sederhana antara al-Quran dan pencapaian akademik3. Satu kajian korelasi telah dijalankan di kalangan kanak-kanak sekolah rendah di Arab Saudi bagi mengenalpasti kesan pembelajaran al-Quran terhadap pembangunan kreatif. Hasilnya mendapati pelajar hafazan al-Quran adalah lebih kreatif daripada kumpulan yang tidak menghafal4.

KESIMPULAN Penyelidikan yang berkait antara kesihatan, kecerdasan dan hafazan al-Quran masih kurang dijalankan. Maka kajian yang bakal dijalankan oleh kumpulan penulis diharap dapat membantu menambah ilmu baru berkaitan kelebihan hafazan. Sekiranya didapati terdapat hubungan positif yang bererti di antara hafazan dan sistem imun kesihatan tubuh, masyarakat umum boleh dipupuk agar memperbanyakkan hafazan bagi memelihara kesihatan. Penghargaan buat Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) dari UPSI yang telah memberi geran 2016-0098- 106-04 untuk kami menjalankan penyelidikan di kalangan pelajar tahfiz di Selangor.

BIBLIOGRAFI Abdullah, A. A. & Omar, Z. 2011. The Effect of Temporal EEG Signals While Listening to Quran Recitation. International Journal on Advanced Science, Engineering and Information Technology, 1(4), 372–375. Al-Attas, R. 2014. The Qur’an and memory a (study of the effect of religiosity and memorizing Qur’an as a factor on memory). 7(4) : S461. Al-Thubaity, Y. 2002 Effects of memorizing the Quran on developing creative thinking in elementary sixth graders. Unpublished MA diss., Umm Ai-Qura University, Makka Azadboni, R. M. & Rabinataj, S. A. 2011. Faith, health and psychology. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 30, 1530–1533. doi:10.1016/j.sbspro.2011.10.296 Chandra, M.L. & Levitin, D.J. 2014. The neurochemistry of music. Trends in cognitive sciences. 17(4) : 179-193.

1 Utami, Tris Niswati Effect workstres: Psychological Distress on Kortisol and Immunoglobulin’s levels of nurse in immune system in Haji Hospital Medan. Challenges, Strategy and Health Treatment Approach to Nutrition and Molecular Epidemiology.68-72. 2 Nawaz and Jahangir. 2015 Effects of memorizing Quran by Heart Hifz on Later academic achievement. Journal od and Culture.Vol 3. No.1 :58-64. 3 Esam Eltigani Mohamed Ibrahim, Mohd. Shah Jani, Alizi bin Alias, Raudlotul Firdaus Fatah Yasin and Luqman Zakariyah. 2015. Interaction with the Qur’an and Self-Regulated Learning Vis-à-Vis Academic Achievement of Undergraduate Students. International Journal of Current Research and Academic Review ISSN: 2347-3215 Volume 3 Number 9 (September-2015) pp. 189-197 4 Al-Thubaity, Y. . Effects of memorizing the Quran on developing creative thinking in elementary sixth graders. Unpublished MA diss., Umm Ai-Qura University, Makka

59 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Erkkilä J., Punkanen, M., Fachner, J., Ala-Ruona, E et al. (2011) Individual music therapy for depression: randomised controlled trial The British Journal of Psychiatry 199, 132–139. doi: 10.1192/bjp.bp.110.085431 Esam Eltigani Mohamed Ibrahim, Mohd. Shah Jani, Alizi bin Alias, Raudlotul Firdaus Fatah Yasin and Luqman Zakariyah. 2015. Interaction with the Qur’an and Self-Regulated Learning Vis-à-Vis Academic Achievement of Undergraduate Students. International Journal of Current Research and Academic Review ISSN: 2347-3215 Volume 3 Number 9 (September-2015) pp. 189-197 Husni MR, Lilie ZR, Farhaniza G, Saporo S Khatijah O. 2014. Religious And Spiritual Coping Used By Student In Dealing With Stress And Anxiety. International Journal of Asian Social Science Special Issue : International Conference on Teaching and Learning in Education , 2013 4(2), 314–319. Kisilevsky et al. 2004 Maturation of fetal responses to music. Developmental Science. Volume 7, Issue 5 Pages 550–559 Mahjoob, M., Nejati, J., Hosseini, A. & Bakshani, N.M. 2014. The effect of Holy Quranv on mental health. J. Relig Health. Motaghi, ME, Esmaili, R and Rohani, Z. 2011. Effect of Quran recitation on the level of anxiety in athletics. Quarterly of Quran and Madicine. Summer 2011. Volume 1, Issue 1;1-4 Nawaz and Jahangir. 2015 Effects of memorizing Quran by Heart Hifz on Later academic achievement. Journal od Islamic Studies and Culture.Vol 3. No.1 :58-64 Norsiah, F., Siti Naqiah, S. & Nur Hurunain, A. 2014. Identification of Dominant Wave During the Recitation of Al-Mulk Verse With ( Without ) Understanding Using Eeg Signal. The Online Journal of Islamic Education, (Special Issue), 1–7. Nurul Fazrena, K., Nasrul Humaimi, M. & Nor Aini, Z. 2013. Modeling brain activities during reading working memory task : Comparison between reciting Quran and reading book. Procedia – Social and Behavioral Sciences. 9(2013) : 83-89. Redha M. 1999. Al-Farouk Omar Ibn AL-Khattab. The second caliph. Beirut: Dar Al-Kotob al- Ilmyah. Roche, R. A., Mullally, S. L., McNulty, J. P., Hayden, J., Brennan, P., Doherty, C. P., Fitzsimons, M. et al. 2009. Prolonged rote learning produces delayed memory facilitation and metabolic changes in the hippocampus of the ageing human brain. BMC neuroscience, 10, 136. doi:10.1186/1471-2202-10-136 Thaut et al. 2009 Neurologic music therapy improves executive function and emotional adjustment in traumatic brain injury rehabilitation Annals of the New York Academy of Sciences Tumiran, M. A., Mohamad, S. P., Saat, R. M., Yakub, M., Yusoff, Z. M., Naemah, N., Rahman, A. et al. 2013. Addressing sleep disorder of autistic children with Qur’anic sound therapy. Health, 5(8A2), 73–79. doi:10.4236/health.2013.58A2011 Tumiran, M. A., Saat, R. M., Rahman, N. N. A. & Adli, D. S. H. 2010. Sleep from neuroscience and Islamic perspectives: Comprehension and practices of Muslims with science background in Malaysian education system. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 9, 560–564. doi:10.1016/j.sbspro.2010.12.197 Utami, Tris Niswati Effect workstres: Psychological Distress on Kortisol and Immunoglobulin’s levels of nurse in immune system in Haji Hospital Medan. Challenges, Strategy and Health Treatment Approach to Nutrition and Molecular Epidemiology.68-72 WHO 2016

60 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

INOVASI MODUL HAFAZAN AL QURAN BERKONSEPKAN NEUROFISIOLOGI (NADI AL BAGHDADI) QR Jalaluddin Bin Haji Hassanuddin1 Muhammad Farhan Bin Haji Alias C.A.(M) 2 Wan Nur Najwa Binti Wan Abd Rahman3

ABSTRAK Hafazan Al Quran dalam kalangan umat islam amat dititikberatkan terutama kepada generasi muda kini. Lebih-lebih lagi ia merupakan kelebihan yang tidak semua orang mampu untuk melakukannya dan merupakan nilai tambah yang eksklusif kepada individu tersebut di sisi Allah khususnya dan dalam kalangan masyarakat umumnya. Jadi, kepelbagaian kaedah hafazan Al Quran yang muncul pada era terkini sedikit sebanyak membantu proses hafazan Al Quran supaya lebih teratur dan tersusun. Namun, kesemua kaedah tersebut sukar untuk memenuhi kriteria-kriteria kaedah hafazan yang membantu pelajar untuk menghafaz Al Quran secara praktikal dan kurang memberikan impak yang positif kepada hasil hafazan pelajar kerana ia memberi fokus kepada penyusunan jadual pelajar. Objektif utama kajian ini adalah untuk memperkenalkan inovasi modul hafazan Al Quran berkonsepkan Neurofisiologi dan mengetahui kesan pengaplikasian modul tersebut dalam proses hafazan kaedah Nadi Al Baghdadi. Modul hafazan Nadi Al Baghdadi didatangkan dengan 3 komponen utama iaitu 10 modul hafazan nadi, carta 6236 dan carta juzuk. Hasil daripada pengaplikasian modul ini, penulis mendapati modul hafazan Nadi Al Baghdadi berjaya menghasilkan hafazan yang sangat unik serta merangkumi keperluan hafazan dan kefahaman melalui Nadi Juzuk, Nadi Surah dan Nadi Ayat. Kata kunci : kaedah, modul, hafazan

PENGENALAN MODUL HAFAZAN AL QURAN NADI AL BAGHDADI DENGAN KONSEP NEUROFISIOLOGI Program Nadi Al-Baghdadi adalah satu program Hafazan Al Quran yang Komprehensif, Padat dan Holistik yang mana dilengkapi dengan set modul hafazan Al Quran Nadi Al Baghdadi yang mengandungi ciri-ciri berikut:-

 10 Modul : Modul Nadi Al Baghdadi dibahagikan kepada 10 Modul. Setiap modul mempunyai 3 juzuk. Setiap Juzuk adalah 1 buku. Ini bagi memudahkan untuk fokus kepada juzuk secara individu.

1 Al Baghdadi Group Sdn Bhd. 2 Al Baghdadi Group Sdn Bhd. 3 Al Baghdadi Group Sdn Bhd.

61 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

 3 Juzuk Per Modul : Setiap modul mengandungi 3 Juzuk yang berasingan. Juzuk 1-3, 4-6, 7-9, 10-12, 13-15, 16-18,19-21, 22-24, 25-27, 28-30  Nadi Juzuk : Setiap juzuk di lengkapi Nadi Juzuk yang menerangkan point-point penting berkenaan setiap Juzuk di dalam Al Quran.  Nadi Surah : Setiap Surah dilengkapi Nadi Surah yang menerangkan perkara-perkara penting berkenaan setiap Surah tersebut.1 Selain itu, modul hafazan Nadi Al Baghdadi juga dilengkapi dengan ciri-ciri informatif, Inovatif dan Kreatif yang telah dimuatkan dalam modul tersebut. Antaranya adalah :-  Maksud Surah : Maksud nama surah-surah  Bilangan Ayat : Bilangan ayat didalam surah tersebut  Jenis Surah : Jenis surah samada Makkiyah atau Madaniyah  Turutan Surah : Proses Pembelajaran Santai  Asbabun Nuzul : Sebab ayat diturunkan  Pengajaran Ayat : Ibrah atau pengajaran dari ayat yang dihafaz  Nadi Ayat : Proses Pembelajaran Santai2

KAEDAH NEURO NADI AL-HAFIZ AL BAGHDADI Penghasilan Program Neuro Nadi Al Hafiz Al Baghdadi berasaskan konsep Neurofisiologi telah memberikan satu dimensi baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran hafazan Al Quran. Neurofisiologi adalah Ilmu yang berkaitan dengan fungsi otak dan sistem saraf yang berperanan dalam penerimaan, pemprosesan dan penyimpanan maklumat3. Otak dan sistem saraf terdiri daripada jutaan sel neuron yang strukturnya berangkaian dengan sel neuron sebagai nadi yang disokong oleh ribuan dendrit hasil rangsangan maklumat-ilmu dan perkaitan.4 Uniknya hafazan Al Baghdadi ini dengan mengingat nombor ayat iaitu pada masa yang sama memaksimumkan fungsi keupayaan otak. Ianya juga mampu memanfaatkan fungsi keupayaan otak kiri dan otak kanan dalam proses hafazan serta memberikan suasana seronok kepada proses hafazan dengan menghafaz secara beramai-ramai serta dibimbing dengan bacaan talaqqi musyafahah bersama guru. Fungsi otak kiri ialah mengenalpasti maklumat nadi dan membaca dalam susunan secara berurutan. Namun otak kanan melengkapkan penggunaan otak kiri iaitu dengan melihat ayat secara holistik dan imaginasi untuk mengingat nombor dan kedudukan ayat. Proses Hafazan Neuro Nadi Al Hafiz Al Baghdadi adalah hafazan Al Quran secara beramai-ramai serta dibimbing dengan bacaan talaqqi musyafahah bersama guru. Ia mengambil keberkatan daripada cara Malaikat Jibril a.s. mengajar Rasulullah saw membaca Al Quran ketika wahyu diturunkan di Gua Hira’. Strategi hafazan Al Quran yang unik menggabungkan 3 pemusatan yang utama juga membantu dalam proses hafazan iaitu pemusatan bahan, pemusatan pelajar dan pemusatan guru. Pemusatan bahan adalah pada penggunaan modul yang khusus semasa proses hafazan. Modul yang berkonsepkan inovatif, informatif dan kreatif memainkan peranan penting dalam menarik minat

1 Ustaz Qr Jalaluddin Bin Hj Hassanuddin, Siri Modul Hafazan Nadi Al Baghdadi, Modul 1 hingga 10. 2 Ustaz Qr Jalaluddin Bin Hj Hassanuddin, Siri Modul Hafazan Nadi Al Baghdadi, Modul 1 hingga 10. 3 Makalah Neurofisiologi, http://suapbedebong.blogspot.my/2012/04/makalah-neurofisiologi.html 4 Peneraju Inovasi Pendidikan Al Quran, Peningkatan Kemahiran (Menu 2015)

62 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN pelajar. Ia merangkumi 30 jilid dalam 10 modul, nadi juzuk, nadi surah, nadi ayat dan carta nadi yang eksklusif. Pemusatan guru pula adalah peranan yang dimainkan oleh guru dalam mengendalikan kelas hafazan dan kekreatifan guru untuk menjadikan kelas tersebut lebih menarik dan menyeronokkan. Manakala pemusatan pelajar adalah kerterlibatan pelajar dalam kelas hafazan bersama guru dan rakan nadi masing-masing.1

KEISTIMEWAAN MODUL HAFAZAN NADI AL BAGHDADI Faedah yang boleh diperolehi dan kelebihan yang terdapat dalam Modul Hafazan Nadi Al- Baghdadi ini antaranya adalah:-  Meningkatkan daya fokus : Penggunaan otak kanan dan otak kiri digabung jalinkan dalam hafazan Al Quran membantu untuk menghasilkan fokus yang tinggi kepada hafazan. Ini kerana apabila kedua-dua belah otak diaktifkan, pemikiran akan tertumpu hanya kepada hafazan sahaja.  Optimum Otak Kiri & Kanan : Penggunaan otak kanan dan otak kiri digabung jalinkan dalam hafazan Al Quran dengan Modul Nadi Al Baghdadi. Otak kanan yang cenderung untuk melihat maklumat secara keseluruhan, dengan pelbagai warna dan imej-imej struktur yang merangsang ia untuk digunakan.  Hafaz dan Faham Serentak : Dilengkapi dengan maklumat-maklumat penting berkenaan surah yang hendak dihafaz, kini hafazan bukan sahaja pada ayat ia termasuk dengan kefahaman ayat yang dihafaz.  Hafazan Berkonsepkan Neurofisiologi: OTAK dan SISTEM SARAF memainkan peranan dalam penerimaan, pemerosesan dan penyimpanan maklumat. Otak dan sistem saraf terdiri daripada jutaan sel neuron yang mana strukturnya berangkaian dengan badan sel neuron sebagai NADI yang disokong oleh ribuan dendrit hasil rangsangan maklumat / ilmu dan perkaitannya.  Minda Cergas : Aktiviti hafazan modul Nadi Al Baghdadi yang kerap menggunakan otak kiri dan otak kanan, akan membantu perhubungan antara kedua-dua belah otak. Maknanya otak akan sentiasa berinteraksi dan ini akan mencerdaskan minda.  Ingatan lebih Kuat : Dengan penggunaan penuh otak kiri dan kanan, kemampuan manusia menghafaz akan menjadi lebih baik kerana kini kapasiti kedua-dua otak dioptimumkan.2 Seiring dengan keunikan kaedah Hafazan Nadi Al Baghdadi, ia juga telah berjaya mengaktifkan otak kiri dan otak kanan manusia dalam menguatkan Hafazan Al Quran. Bermakna semua orang mampu menghafaz tanpa mengira usia.  Diiktiraf Pakar : Modul Nadi Al Baghdadi di terima dan diiktiraf oleh pakar dalam bidang Hafazan dan beberapa mufti di Malaysia  Menyeluruh, Padat dan Eksklusif : Proses Pembelajaran Santai  Informatif, Inovatif dan Kreatif : Setiap mukasurat dipenuhi dengan Informasi berkenaan surah dalam susunatur isi yang inovatif dan kreatif  Terbukti Berkesan : Pendekatan modul yang berjaya mengoptimumkan fungsi otak kiri dan otak kanan di dalam hafazan Al Quran 3

1 Peneraju Inovasi Pendidikan Al Quran, Peningkatan Kemahiran (Menu 2015) 2 Modul Hafazan Nadi, http://mybaghdadi.blogspot.my/p/modul-nadi-al-baghdadi.html 3 Modul Hafazan Nadi, http://mybaghdadi.blogspot.my/p/modul-nadi-al-baghdadi.html

63 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

 Dilihat Rekod: Modul Nadi Al Baghdadi telah dilihat oleh The Malaysia Book of Records sebagai The First Quranic Tahfiz Module in Malaysia

PENUTUP Penerapan kaedah Neurofisiologi dalam hafazan Al Quran telah mengubah persepsi masyarakat terhadap kesukaran dalam menghafaz Al Quran. Jadi, peranan kita sebagai umat Islam untuk mencipta teknik inovasi yang terkini seiring dengan pemikiran dan mentaliti masyarakat yang semakin kritis. Hafazan berasaskan konsep Neurofisiologi (Nadi Al Baghdadi) ini mampu menghasilkan suatu bentuk hafazan yang disertakan dengan kefahaman yang jelas terhadap Nadi setiap surah mahupun ayat-ayat al-Quran dengan teknik dan pendekatan yang mampu memberikan hasil hafazan yang terbaik.

RUJUKAN Ustaz Qr Jalaluddin Bin Hj Hassanuddin, Siri Modul Hafazan Nadi Al Baghdadi, Modul 1 hingga 10. Peneraju Inovasi Pendidikan Al Quran, Peningkatan Kemahiran (Menu 2015) Makalah Neurofisiologi, http://suapbedebong.blogspot.my/2012/04/makalah-neurofisiologi.html Modul Hafazan Nadi, http://mybaghdadi.blogspot.my/p/modul-nadi-al-baghdadi.html

64 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

SISTEM KAWALAN KUALITI HUFFAZ Dr Khairul Anuar Mohamad1

ABSTRAK Mutakhir ini, perkembangan program menghafaz al-Quran menjadi tarikan banyak pihak. Lebih menarik apabila subjek hafaz al-Quran mula digabungkan dengan subjek akademik dan ditatbiqkan di sekolah berasrama penuh seperti MRSM ulul al-Bab, maahad tahfiz Sains, Sekolah Imtiyaz dan sebagainya. Namun begitu timbul persoalan sejauh manakah lepasan tahfiz yang mengikuti aliran akademik, penghafaz di maahad tahfiz swasta atau kerajaan ini mampu menjaga dan mengingati al-Quran. Kertas kerja ini akan menghurai keperluan menjaga al-Quran dan mengingatinya berdasar kepada hadith Rasulullah saw. Selain itu ia memberi tips dan nasihat untuk semua penghafaz al-Quran terus kekal menjaga dan mengulang al-Quran. Hasil penulisan ini juga memberi saranan kepada banyak pihak supaya memberi kerjasama kepada golongan penghafaz al-Quran dan ruang untuk mereka bersama al-Quran walaupun berjawatan yang dikategorikan sebagai sibuk seperti jawatan Doktor, peguam dan lain-lain. Dengan wujudnya sistem kawalan kualiti huffaz ia boleh menjadi platform kepada penghafaz al-Quran untuk mengukur sejauh mana penguasaan mereka terhadap al-Quran selepas tempoh yang lama meninggal alam persekolahan di maahad tahfiz, sains tahfiz dan sebagainya. Kata kunci : kualiti, huffaz, al-Quran

PENDAHULUAN Penghafaz al-Quran perlu faham sifat dan keadaan hafazan yang dia miliki bukan selama-selama terlekat dalam ingatan. Hafazan memerlukan kepada proses yang khusus dan program tertentu bagi meningkatkan lagi daya ingatan kepada al-Quran. Berapa ramai penghafaz al-Quran yang mampu baca al-Quran secara hafazan semasa dalam sesi pengajian akhirnya selepas pengajian mereka lupa kepada al-Quran. Contoh terbaik dalam membaca dan mulazamah dengan al-Quran ialah Rasulullah saw s, firman Allah swt dalam surah al-Naml ayat 91 dan 92: إِنَّ َما أُ ِم ْر ُت أَ ْن أَ ْعبُدَ َر َّب ََٰه ِذ ِه ا ْلبَ ْلدَةِ الَّ ِذي َح َّر َم َها َو َلهُ ُك ُّل َش ْي ٍء ۖ َوأُ ِم ْر ُت أَ ْن أَ ُكو َن ِم َن ا ْل ُم ْس ِل ِمي َن * َوأَ ْن أَتْلُ َو ا ْلقُ ْرآ َن ۖ َف َم ِن ا ْهتَدَ َٰى َفإِنَّ َما يَ ْهتَ ِدي ِلنَ ْف ِس ِه ۖ َو َمن َض َّل َفقُ ْل إِنَّ َما أَنَا ِم َن ا ْل ُمن ِذ ِري َن (Katakanlah Wahai Muhammad):" Aku hanyalah diperintahkan supaya menyembah Allah Tuhan negeri (Makkah) ini yang telah menjadikannya suci lagi dihormati dan yang Menguasai segala- galanya; dan Aku diperintahkan supaya tetap menjadi dari orang-orang Islam (yang menyerah diri bulat-bulat kepadaNya), - "Dan supaya Aku sentiasa membaca Al-Quran". oleh itu, sesiapa yang menurut petunjuk (Al-Quran dan beramal dengannya) maka faedah perbuatannya itu akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat, maka Katakanlah kepadanya: "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang pemberi amaran". Banyak kelebihan yang Allah swt kurniakan kepada Rasulullah saw, antaranya ialah al-Quran dikumpul dalam dadanya dan mengurniakan kefahaman makna al-Quran, firman Allah swt dalam surah al-Qiyamah ayat 16-19: ََل تُ َح ِ ر ْك بِ ِه ِل َسانَ َك ِلتَ ْع َج َل بِ ِه * إِ َّن َعلَ ْينَا َج ْمعَهُ َوقُ ْرآنَه ُ * َفإِذَا َق َرأْنَاهُ َفاتَّبِ ْع قُ ْرآنَه ُ * ثُ َّم إِ َّن َع َل ْينَا بَيَانَه ُ

1 Pusat Islam, Universiti Sains Islam Malaysia.

65 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Janganlah Engkau (Wahai Muhammad) - kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu). Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; Kemudian, Sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan). Menurut Imam Ibn Kathir ia bermaksud apabila malaikat datang kepada kamu ya Rasulullah hendaklah kamu mendengar dengan teliti dan Kami (Allah) bertanggungjawab untuk mengumpul al-Quran dalam dada mu, memudahkan untuk kamu membacanya sebagaimana dibacakan kepada kamu. Ia terjadi dalam 3 keadaan, pertama al-Quran dikumpul dalam dada nabi Muhammad saw, kedua, Nabi dapat membacanya dan ketiga Nabi memahami tafsir dan maksudnya.1 Rasulullah saw telah memberi ingatan kepada umat Islam dalam mengukuh ingatan al-Quran memerlukan kepada mu’ahadah. Hadith riwayat Abu Musa al-Asyari, Rasulullah saw bersabda: تعا َهدوا القرآ َن ، فوالذي نفسي بي ِده ، لهو أشدُّ تفصيًا م َن اإلب ِل ِمن ُعقُ ِلها2 Bermaksud selalulah kamu membaca al-Quran dan mengulangnya sehingga kamu tidak lupanya. Demi jiwa ku dalam gengamanya sesungguhnya al-Quran sangat cepat lari, keluar dan hilang dari ingatan diibaratkan seperti lebih cepat dari unta yang terlepas ikatan sehingga ia tak akan dapat menjejakinya. Tarbiyah Rasulullah saw kepada para sahabat untuk membaca al-Quran, menghayati dan beramal denganya telah berjaya. Para sahabat ra menjadikan al-Quran sebagai wirid harian dan mereka memakruhkan keluar rumah setiap hari kecuali selepas membaca al-Quran.

KAEDAH MENJAGA HAFAZAN Mengikut guru al-Quran setiap penghafaz al-Quran wajib ada waktu yang sesuai untuk mengingati dan mengulang al-Quran. Sepatutnya setiap waktu yang kosong diisi dengan baca al-Quran secara tenang dan tersusun. Penghafaz al-Quran juga perlu mengenalpasti jumlah surah atau juzuk yang tidak ingat. Di waktu yang sama mencari jalan dan usaha untuk meningati dan mengulangnya. Waktu yang dianggap sesuai adalah seperti berikut: sebelum subuh adalah waktu yang mudah kepada khusyuk dan tenang, selepas solat subuh hingga naik matahari, membaca apa yang dihafaz dalam solat fardhu dan sunat, membaca ketika melakukan kerja ringan, selepas asar hingga maghrib, selepas maghrib hingga isyak, di pertengahan jalan pergi dan balik ke tempat kerja, waktu menunggu, sebelum tidur dan waktu kosong dari sebarang aktiviti. Seorang guru al-Quran memberi satu tips untuk ingat al-Quran. Namun begitu dalam nasihat beliau yang panjang lebar berkaitan perlu ingat al-Quran beliau menegaskan bahawa setiap minggu sebaiknya perlu khatam al-Quran. Selepas istiqamah dengan amalan sebegini ketika itu jika ada terlupa beberapa ayat untuk tujuan tertentu beliau mengamalkan amalan berikut iaitu dengan membaca 3 ayat dalam surah al-Kahfi: وما أنسانيه إَل الشيطان أن أذكره Membaca ayat 1- واذكر ربك إذا نيست Membaca ayat 2- ربنا ءاتنا من لدنك رحمة وهيء لنا من أمرنا رشدا Membaca ayat 3-

1 Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-Azim, 1419, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Juzuk 8 hlmn 286. 2 Muhammad Ibn Ismail al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, 1400 hijrah, al-Qaherah, maktabah al-Salafiyyah, no hadith: 5033.

66 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Syeikh Mahmud al-Usyari dalam artikelnya bertajuk kaedah penting dalam menghafaz al-Quran telah menggariskan 16 perkara yang perlu dipatuhi untuk menjadi seorang penghafaz al-Quran yang berjaya. Antara perkara tersebut adalah seperti berikut:1

Menjaga Hafazan

فمي بشوقي ikhlas Ijadah al- Dawam al- Al-Tasmi’ Hifz Tilawah al-Daim

PENGUKUHAN UNTUK INGAT QURAN Pelajar yang menghafaz al-Quran terbahagi kepada 2 bahagian iaitu yang hafaz dan ingat ayat yang dihafaznya dan bahagian kedua ialah pelajar yang daif dalam hafazanya. Bahagian ketiga ialah yang tidak hafaz al-Quran. Mereka yang kuat hafazan ialah mampu membaca al-Quran dalam solat dengan fasih dan lancar. Bagi yang hafaz al-Quran tetapi daif dalam hafazanya ialah selalu lupa dan hilang hafazan. Menurut sebahagian guru al-Quran ayat-ayat yang dihafaz perlu diulang dalam tempoh yang singkat dan paling tidaknya setiap 10 hari perlu kepada sekali ulangan. Menurut beliau lagi hafazan yang tidak ingat perlu kepada usaha untuk mengingatinya kembali justeru salah satu usahanya ialah setiap hari ulang sehelai atau dua helai pada helaian yang lupa. صدق من قال: من أراد أن يكون من أهل القرآن الذي هم أهل هللا وخاصته فإنه يعطي القرآن أفضل أوقاته َل فضولها! Maka benarlah yang berkata barangsiapa yang mahu menjadi ahl Allah dan khasattuh maka hendaklah memberi kepada al-Quran waktu yang paling afdal bukan waktu cepisan. Maksud Ahl Allah ialah mereka yang hafaz al-Quran, membacanya dan beramal dengan al-Quran. Dinamakan demikian kerana membesarkan mereka samalah dengan penamaan baitullah. Al- Termizi menyatakan ahl Allah ialah qari yang menafikan dosa hati dan segala bentuk kerosakan diri disamping bersih dosa samada zahir dan batin dan dihiasi dengan taat ketika itulah ia dipanggil Ahl Allah. Al-Quran adalah suri hati mereka.2

CABARAN UNTUK INGAT QURAN Pada mulanya maahad tahfiz al-Quran samada diurus oleh pihak kerajaan atau diurus pihak swasta menyediakan masa yang panjang untuk menghafaz al-Quran. Bahkan terdapat maahad tahfiz swasta menjadikan semua masa pengajian adalah untuk menghafaz dan mengulang al-Quran. Contohnya terdapat maahad tahfiz swasta yang peruntukkan 3 tahun kepada pelajar untuk hafaz dan ulang al- Quran. selepas mantap dan berjaya dalam ujian sijil hafaz al-Quran, pelajar tersebut akan sambung pengajian di peringkat seterusnya. Kebiasaan jadual pengajian untuk maahad tahfiz kerajaan pula dalam sehari masa pengajian dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi menghafaz al-Quran selama 3 jam lebih kemudian diikuti

1 Mahmud al-Usyari, Ijmal al-Qawaied al-Zahabiyyah Fi Hifzi al-Quran al-Karim, 1435 Hijrah , http://www.alukah.net/sharia/0/62749/ 2 Islam soal wa jawab al-Musyrif al-Syeikh Soleh al-Munjid, https://islamqa.info/ar/145782

67 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN dengan sesi pengajian ilmu berkaitan al-Quran, bahasa arab, syariah dan sebagainya. Perkembangan dunia pendidikan begitu pantas, satu usaha telah dilakukan kepada dunia pendidikan dengan memasukan subjek al-Quran untuk sekolah berasrama penuh atau sekolah sains dan sebagainya. Sekolah tahfiz berasrama penuh ini mendapat sambutan yang amat menggalakan di kalangan ibubapa sehingga permohonan berlipat kali ganda dengan nisbah jumlah pelajar yang diterima. Satu modul hafazan al-Quran telah diperkenalkan dimana setiap tahun pelajar wajib menghafaz 5-6 juzuk dan khatam al-Quran pada tingkatan 5. Cabaran utama bagi pelajar tahfiz di sekolah berasrama penuh ialah masa yang terhad bersama al-Quran dan tumpuan yang banyak juga perlu diberikan kepada subjek akademik lain. Selain itu, cabaran besar juga kepada pelajar tahfiz dalam semua aliran ialah tempias dari perkembangan teknologi maklumat dengan peralatan permainan digital yang mudah mempengaruhhi golongan pelajar. Sesungguhnya banyak masa pelajar dihabiskan dengan permainan digital ini ditambah lagi dengan capaian internet yang melalaikan seperti facebook, youtube dan bermacam jenis laman web yang menhayutkan pelajar.

KAWALAN HAFAZAN Secara umumnya apabila hafazan al-Quran menjadi subjek di sekolah ia memerlukan kepada pengukuran bagi melihat pencapaian dan keberkesanan dalam hafazan. Indicator yang diletak untuk melihat pencapaian ialah kemampuan pelajar membaca al-Quran secara hafazan dengan fasih dan lancar. Ujian dalam menghafaz al-Quran dilakukan dalam dua bentuk tahriri iaitu ujian tulisan dan syafawi iaitu ujian lisan. Penjagaan hafazan bermula dari mula menghafaz lagi. Selepas seminggu atau beberapa tasmik hafazan baru guru akan jadualkan masa untuk sesi ulangan. Mengulang al-Quran adalah satu tugasan yang berat jika tidak diuruskan dengan baik. Guru yang cekap ialah menyusun jadual ulangan kepada pelajar dalam bentuk yang sistematik dan tersusun. Makin banyak juzuk yang dihafaz memerlukan masa yang lebih banyak untuk sesi pengulangan. Inilah yang menjadi satu isu di kalangan pelajar tahfiz yang mengikuti kelas sains dan seumpamanya di mana dalam tempoh sehari banyak subjek yang mesti pelajar ikuti termasuklah menghafaz al-Quran. Terdapat juga guru tahfiz yang memberi perhatian yang lebih kepada pelajar sehingga mereka dapat menguasai dua bidang iaitu hafaz dan akademik. Namun jika pihak penguasa sekolah lebih mementingkan aliran akademik dan hanya mahukan pelajar menghabiskan sukatan hafazan yang diperuntukkan maka pelajar yang cerdik sebegini boleh menghabiskan hafazan tetapi tidak dapat membacanya dengan fasih dan lancar. Justeru menghafaz al-Quran yang berjaya perlu kepada susunan jadual yang teratur selain mempunyai guru yang mahir dalam bidang ini dan pelajar yang mencukupi syarat dan berkemahuan tinggi untuk menjadi penghafaz al-Quran yang baik. Masa kepada penghafaz al-Quran adalah amat penting dan perlu digunakan dengan sebaik mungkin samada untuk menghafaz ataupun mengulang.

AKTIVITI PENGUKUH HAFAZAN AL-QURAN Modul hafaz al-Quran di semua maahad atau pusat pengajian al-Quran membahagikan juzuk al- Quran untuk dihafaz mengikut peruntukan tahun atau semester yang ditawarkan. Sebagai contoh bagi yang menawarkan pengajian tahfiz selama 5 tahun kebiasaanya memperuntukkan 6 juzuk untuk dihafaz setiap tahun. Pelajar semestinya ingat keseluruhan sukatan yang diperuntukkan bagi memudah kepadanya focus kepada juzuk-juzuk untuk tahun berikutnya. Sebahagian maahad tahfiz telah menjadikan satu amalan di mana mewajibkan pelajar tahun akhir menjadi imam solat tarawih dengan mengkhatamkan al-Quran. Kesan aktiviti sebegini ialah pelajar

68 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN akan mengulang dan membaca al-Quran dengan begitu kerap lebih-lebih lagi juzuk yang perlu dibaca dalam solatnya. Realitinya amalan sebegini hanya dilakukan sebahagian maahad tahfiz swasta sahaja kerana untuk menjayakan amalan ini ia memerlukan masa, kesungguhan dan tumpuan yang banyak kepada al-Quran. Kelebihan khatam al-Quran dalam solat tarawih atau solat tahajjud sebenarnya memberi kesan yang amat besar kepada pelajar itu sendiri untuk jangka masa yang panjang. Sistem ulangan hafazan al-Quran kepada pelajar yang hampir khatam al-Quran atau yang telah khatam al-Quran perlu diperkukuhlan lagi dengan mengulang sehingga 10 juzuk sehari dalam tempoh enam bulan atau lebih. Peraturan ulangan sejumlah juzuk perlu diperkenalkan dan dilakukan kepada pelajar yang hampir khatam dan yang telah khatam. Namun begitu sebahagian guru memadai dengan khatam al-Quran secara hafazan sahaja tanpa menitik berat kepada kualiti hafazan. Pengukuhan hafaz al-Quran juga boleh dibuat melalui program talaqqi al-Quran bersanad. Ianya berlaku dalam bentuk pelajar yang telah menghafaz al-Quran dan mengikuti kelas ulangan dalam 5 hingga 10 juzuk sehari perlu memasuki kelas talaqqi bersanad. Pelajar akan membaca seluruh al- Quran di hadapan guru secara hafaz. Selepas khatam al-Quran jika guru berpuashati dengan hafazan, hokum tajwid termasuk sifat huruf, makhraj dan juga waqaf dan ibtida maka guru akan menganugerahkan ijarah yang bersambung sanadnya kepada Rasulullah saw.

PROGRAM PENGUKUHAN HAFAZ MASA KINI Tumpuan kepada kejayaan pelajar menghafaz al-Quran ialah semasa mereka menuntut di pusat pengajian. Namun selepas tamat pengajian dan khatam al-Quran atau menyambung pengajian diperingkat seterusnya atau melangkah ke alam kerjaya, mereka tidak lagi mengadap guru untuk tasmik al-Quran. Oleh kerana itu tidak hairan jika pelajar yang baik hafazanya semasa menuntut sudah tidak lagi mampu membaca al-Quran dengan fasih di masa alam kerjaya. Penjagaan hafazan semasa menghafaz al-Quran dikawal selia oleh pihak guru. Mereka membahagikan ulangan untuk hafazan baru dan juga ulangan untuk hafazan lama. Selain itu terdapat juga ujian demi ujian samada dalam bentuk tahriri atau syafawi. Selepas mengamati kepada usaha untuk memberi peluang kepada penghafaza al-Quran menjaga hafazan di sana terdapat satu skim yang diberi nama dengan skim hafaz al-Quran atau ithbat telah diwujudkan. Program skim hafaz al-Quran atau ithbat ini sebenarnya sebagai satu galakan dan pemberi semangat kepada penghafaz al-Quran untuk meneruskan penjagaan al-Quran. Dengan tidak menafikan factor utama untuk ingat Quran dan boleh membacanya dengan fasih ialah ikhlas kepada Allah swt. Dalam tinjauan yang dibuat kepada beberapa negeri yang mengamalkan kaedah ini mendapati ia menjadi tarikan kepada penghafaz al-Quran untuk terus istiqamah dengan mengulang al-Quran. Namun begitu terdapat ketidak seragaman dari sudut perlaksanaanya. Ada sebahagian negeri yang hanya menguji dengan beberapa soalan sahaja untuk seluruh al-Quran dan ada yang menguji dengan 2 soalan setiap juzuk dalam tempoh 2 sesi. Musabaqah tahfiz al-Quran juga adalah platform kepada penghafaz al-Quran dalam mengasah hafazan mereka. Bermula dengan saringan, ujian peringkat negeri kemudian ujian di peringkat kebangsaan. Selain itu peserta juga diberi motivasi, latihan dan ujian bagi mengukuh hafazan al- Quran. Namun begitu ia terhad kepada beberapa peserta sahaja untuk setiap negeri di samping terhad kepada usia bawah 25 tahun sahaja.

KAWALAN KUALITI HAFAZ AL-QURAN Jika melihat kepada penubuhan maahad tahfiz yang pertama iaitu Darul Quran pada tahun 1965 dan perkembangan penubuhan al-Quran di setiap negeri selepas itu, ditambah dengan scenario masa

69 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN kini kewujudan sekolah tahfiz sains dan tahfiz berasrama penuh yang menjadi idaman kepada ibubapa dianggarkan lepasan tahfiz pada masa kini di Malaysia berjumlah lebih 20 ribu orang. Mengukur ingatan seseorang tidak mempunyai kayu ukur yang tepat walaupun di sana terdapat pengukuran IQ. Tetapi mengukur sejauh manakah seseorang boleh mengingati al-Quran dengan fasih dan lancar sudah menjadi satu amalan di pusat pengajian al-Quran. Setiap akhir tahun pengajian atau di akhir semesta akan diadakan ujian peperiksaan dalam betuk tahriri dan juga syafawi. Justeru satu markah akan dikeluarkan bagi menunjuk prestasi pelajar dalam mengingati al-Quran atau sebaliknya. Memandang kepada perkembangan hafazan al-Quran di kalangan mereka yang berkerjaya professional seperti bidang kejuruteraan, perubatan, perundangan sudah tentu terdapat di kalangan mereka yang mahukan pengukuran tahap hafaz al-Quran. Ini berdasarkan kepada penyertaan sebahagian mereka dalam musabaqah tahfiz al-Quran. Melihat secara positif apabila seorang doctor perubatan menyertai musabaqah ia tidak lain adalah untuk melihat tahap hafazan dan pencapianya. Di samping itu, sudah tentu lepasan tahfiz al-Quran dan guru al-Quran juga mahukan satu pengukuran yang jelas dan telus. Pengukuran tahap hafazan boleh berlaku dalam dua keadaan samada membaca keseluruhan al-Quran secara hafazan di hadapan lajnah yang dilantik atau setiap juzuk disoal dengan beberapa soalan. Jika perujian dalam dua keadaan yang tersebut di atas diuruskan oleh satu badan dan bersifat sepanjang tahun sudah tentu ia mendapat perhatian dan sambutan di kalangan penghafaz al-Quran. Perkara berkaitan menjadi lebih menarik jika badan tersebut mengeluarkan sijil selepas calon berjaya dalam perujian. Satu mekanisma perlu diwujudkan bagi memantau hafazan calon dan hubungan berterusan perlu wujud samada dalam bentuk penghantaran informasi dan adanya program bersifat bulanan dan tahunan. Perujian ini juga akan menjadi lebih menarik jika penganugerahan gelaran diberikan kepada yang berjaya. Gelaran kepada penghafaz al-Quran yang selalu digunakan pada masa kini dengan pangilan al-Hafiz adalah tidak tepat kerana gelaran tersebut digunakan dalam ilmu hadith kepada mereka yang menghafaz hadith bersama sanadnya, menegtahui jenis ilmu hadith, sahih dan saqim, ikhtilaf ulamak, istinbat hokum hakam dari hadith. Ia memerlukan masa yang panjang.1 Gelaran yang digunakan dalam ilmu Qiraat ialah al-Qari dan al-Muqri. Menurut Ali Muhammad al-Dabba’ dalam kitabnya al-Idha’ah, al-Muqri ialah mereka yang alim dalam ilmu qiraat membacanya dengan tepat, meriwayatnya secara musyafahah dan mendapat ijazah untuk mengajar kepada yang lain. manakala al-Qari ialah mereka yang menghafaz al-Quran keseluruhanya dan ia terbahagi kepada 3. Pertama al-mubtadi ia adalah yang mengetahui satu hingga tiga riwayat, al- mutawassit yang mengetahui empat atau lima riwayat dan al-muntahi yang mengetahui kebanyakan qiraat dan yang masyhurnya.2

KESIMPULAN Selepas melihat kepada scenario menghafaz al-Quran di negara kita dalam pelbagai bentuk pengajian serta kesinambungan atau platform yang ada untuk meneruskan bagi mengekalkan hafazan al-Quran maka dicadangkan supaya pihak berkenaan mewujudkan satu Majlis atau badan khusus untuk menjaga dan mengawal kualiti menghafaz al-Quran di kalangan para huffaz. Majlis atau Badan tersebut memain peranan yang luas dalam menjaga kualiti penghafaz al-Quran. Disarankan juga badan tersebut mempunyai tenaga mahir al-Quran yang berkebolehan

1 Al-Suyuti, Tadrib al-Rawi fi Syarh Taqrib al-Nawawi, 1979, Dar Ihya Sunnah al-Nabawiyyah, Beirut, Hlmn 49. 2 Ali Muhammad al-Dabba’, al-Idha’ah, 1938, Maktabah Abdul Hamid, hlmn 5.

70 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN menganugerah sanad al-Quran dalam semua qiraat dan riwayat. Selain itu badan ini juga mempunyai program yang pelbagai dalam meningkat mutu hafazan al-Quran sehingga hasilnya kader-kader al-Quran menjadi rujukan kawsan setempat. Gelaran kepada penghafaz al-Quran seperti al-Muqri adalah amat sesuai jika mereka menepati syarat yang telah ditetapkan. Dunia hafaz al-Quran di Malaysia banyak ditumpu kepada peringkat rendah, menegah sahaja namun begitu jika Majlis atau badan tersebut wujud sudah tentu penjagaan kualiti hafazan al-Quran boleh dimeriahkan kepada golongan kerjaya dan selepasnya. Mekanisme yang diwujudkan untuk menjaga kualiti hafazan atau system yang diketengahkan dalam menjaga hafazan akan memberi kesan dan banyak membantu golongan penghafaz al-Quran. Namun begitu ia tetap kembali kepada sikap penghafaz al-Quran itu sendiri. Seorang guru pernah berpesan kepada muridnya selepas meninggal alam menghafaz di maahad, katanya “jadikan suasana al-Quran sepanjang dalam hidup kamu”. Benarlah kata Abdullah Ibn Mas’ud ra memberi ingatan kepada penjaga al-Quran “penjaga al- Quran semestinya mengenali malamnya ketika mana manusia lena, siangnya ketika mana manusia bersedap dengan makanan, sedihnya ketika mana manusia gembira, tangisnya ketika mana manusia ketawa”1.

RUJUKAN Al-Quran al-Karim Syeikh Abdullah Basmieh, Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran, 1995, Kuala Terengganu: Percetakan Yayasan Islam Terengganu. Ali Muhammad al-Dabba’, al-Idha’ah, 1938, Qaherah: Maktabah Abdul Hamid. Al-Suyuti, Tadrib al-Rawi fi Syarh Taqrib al-Nawawi, 1979, Beirut : Dar Ihya Sunnah al- Nabawiyyah. Muhammad Ibn Ismail al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, 1400 hijrah, al-Qaherah: Maktabah al- Salafiyyah. Mahmud al-Usyari, Ijmal al-Qawaied al-Zahabiyyah Fi Hifzi al-Quran al-Karim, 1435 Hijrah , http://www.alukah.net/sharia/0/62749/ Mahyuddin Ibn Syaraf al-Nawawi, Al-Tibyan Fi Adab Hamatil al-Quran, 1414 hijrah, Beirut: Dar Ibn Hazm. Islam soal wa jawab al-Musyrif al-Syeikh Soleh al-Munjid, https://islamqa.info/ar/14578

1 Mahyuddin Ibn Syaraf al-Nawawi, Al-Tibyan Fi Adab Hamatil al-Quran, 1414 hijrah, Beirut, Dar Ibn Hazm, hlmn 54

71 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

KAEDAH PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN TAHFIZ : KE ARAH MELAHIRKAN HUFFAZ BERKUALITI TINGGI

Khalid bin Ahmad Dahlan1

ABSTRAK Menghafal Al-Qur’an merupakan suatu pekerjaan yang sangat mulia, baik dihadapan manusia terutama di hadapan Allah SWT. Banyak keutamaan dan manfaat yang dapat diperoleh daripada orang yang menghafaz di dunia dan di akhirat. Disamping itu pula orang yang menghafaz Al-Qur’an sangat memegang peranan penting dalam menjaga kemurnian dan keaslian Al-Qur’an hingga akhir zaman. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) pada tahun 2014 di beberapa buah sekolah dan melaksanakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) mulai tahun 2015. Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi TMUA julung kalinya telah dijalankan pada tahun 2016. Maka kandungan kertas ini ialah untuk memaklumkan tentang konsep pentaksiran tahfiz dan kaedah pelaksanaan pentaksiran kepada murid di sekolah. Kata Kunci : tahfiz, huffaz, al-Quran

PENDAHULUAN Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2014 kepada murid tingkatan satu di tiga buah sekolah masing-masing melibatkan sebuah di Kedah, Pahang dan Wilayah Persekutuan. Manakalah tahun 2015 sebanyak 12 sekolah telah melaksanakan KBT. Pentaksiran PT3 kali pertama telah berlaku pada tahun 2016 melibatkan tiga buah sekolah iaitu SMKA Kedah, SMAP Bentong, Pahang dan SMKA Kuala Lumpur. Selaras dengan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah bermula pada tahun 2012 kepada murid Tingkatan Satu, maka kaedah pentaksiran yang sama juga dijalankan kepada sekolah yang terlibat dengan TMUA dan KBT. Oleh itu Pentaksiran Pusat atau dinamakan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) iaitu satu daripada komponen PBS telah dilaksanakan bagi tujuan mentaksir pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikuasai oleh setiap murid yang mengikuti program atau kurikulum yang telah ditetapkan di sekolah berkenaan.

KONSEP PENTAKSIRAN Pentaskiran bermaksud satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan2. Lembaga Peperiksaan (LP) merujuk kepada Akta Pendidikan 1996 (akta 550) Seksyen 67 - Penilaian Murid, Seksyen 68 – Peperiksaan dan Seksyen 69 – Larangan Tentang Pengendalian Peperiksaan dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 menjelaskan tentang kuasa Pengarah Peperiksaan dengan Persetujuan Menteri. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 Bahagian II, Perkara 3 iaitu: (a) untuk memberi nasihat, memantau danmembuat analisis tentang penilaian berasaskan sekolah; (b) untuk mengendalikan semua peperiksaan mengikut peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan; dan (c) untuk mengadakan peperiksaan untuk mengendalikan pemantauan peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan. Lembaga Peperiksaan sebagai institusi yang diberi autoriti untuk menjalankan peperiksaan dan pentaksiran. Maka pada tahun 2011 bermula pelaksanaan PBS di sekolah rendah dan 2012 di

1 Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, emel: [email protected]. 2 Pentaksiran Kemahiran Berfikir Atas Tinggi; 2013, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, W.P. Putrajaya

72 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN sekolah menengah rendah yang mengikuti kurikulum aliran perdana sebagai penambahbaikan kepada sistem peperiksaan sedia ada. Empat komponen PBS1 iaitu: (a) Pentaksiran Sekolah (PS), (b) Pentaksiran Pusat (PS), (c) Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan (d) Pentaksiran Psikometrik (PPsi). Semua komponen ini ditadbir oleh guru dan pelaporannya diserahkan kepada murid pada akhir sesi persekolah pada tahun semasa. Oleh yang demikian kaedah pentaksiran yang sama juga dilaksanakan kepada murid yang mengikuti KBT (Hifz al-Quran dan Maharat al-Quran). Pentaksiran Sekolah dilaksanakan oleh guru dengan menggunakan dokumen yang telah dikeluarkan oleh pihak yang dipertanggungjawabkan menyediakan dokumen PS. Pentaksiran ini berlaku secara berterusan sepanjang sesi persekolahan berlangsung. Manakala Pentaksiran Pusat (PS) yang disebut sebagai PT3 juga dilaksanakan oleh pihak sekolah. Pada masa ini instrumen PT3 disediakan oleh LP dan pihak sekolah diarahkan untuk mencetak, mentadbir dan memeriksa skrip jawapan murid. Tugas memeriksa diberikan kepada guru tingkatan yang mengajar mata pelajaran tersebut. Skor mentah dihantar ke LP untuk proses pemberian gred. Sekolah juga diarahkan untuk mencetak pelaporan PT3 dan diserahkan kepada murid pada tarikh yang telah ditetapkan oleh LP.

PENTAKSIRAN KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ Murid yang mengambil KBT (Hifz al-Quran dan Maharat al-Quran) juga akan ditaksir seperti kaedah pentaksiran terkini. Format instrument pentaksiran kedua-dua mata pelajaran ini direka bentuk sesuai dengan hasrat kurikulum. Bagi Hifz al-Quran setiap murid akan ditaksir kemahiran hafazan. PS yang berlaku sepanjang persekolah dilihat sebagai kaedah pentaksiran yang sangat baik untuk melihat penguasaan murid dalam hafazan secara berterusan. Formative & Sumative Assessment berlaku dalam PS dan pelaporannya dalam bentuk Tahap 1 hingga Tahap 6. Kaedah ini membolehkan murid dan guru berinteraksi secara langsung dan dapat mengesan kekuatan dan kelemahan murid setiap hari atau pada masa tertentu. Guru mendapat maklumat yang tepat tentang penguasaan murid dan segala kelemahan boleh diperbaiki segera dan guru boleh mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP). Bagi murid yang cemerlang, guru boleh menggunakan murid ini untuk membimbing rakannya di dalam atau di luar bilik darjah. Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)2 merupakan pentaksiran sumatif dan dilaporkan dalam bentuk gred A (Cemerlang), B (Kepujian), C (Baik), D (Memuaskan), E (Mencapai Tahap Minimum) dan F (Belum Mencapai Tahap Minimum). Instrument pentaksiran disediakan oleh LP dan dihantar kepada sekolah dalam bentuk soft copy. Pihak sekolah diarahkan untuk mencetak dan menyimpan di tempat yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Pentadbiran ujian dijalankan pada tarikh yang sama seluruh negara. Tarikh ujian ditetapkan oleh KPM. Bagi ujian hafazan, guru yang mengajar mata pelajaran tersebut dikehendaki mentadbir ujian tersebut kepada murid sekolahnya. Pemeriksaan skrip jawapan murid bagi ujian bertulis dilakukan oleh guru yang mengajar mata pelajaran tersebut.

FORMAT PT3 INSTRUMEN PENTAKSIRAN HIFZ AL-QURAN DAN MAHARAT AL- QURAN Format PT3 instrument pentaksiran bagi mata pelajaran Hifz al-Quran dibina selaras dengan objektif mata pelajaran yang telah dinyatakan dengan jelas dalam kurikulum. Hanya satu instrumen digunakan mengukur hafazan, pengetahuan dan pemahaman murid dalam bidang hafazan. Pentaksiran dijalankan secara lisan. Ujian Lisan adalah keadah yang sangat sesuai dengan disiplin

1 Panduan Pentadbiran Ujian Bertulis PT3; 2015, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, W.P. Putrajaya. 2 Penjaminan Kualiti PT3; 2015, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, W.P. Putrajaya.

73 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN mata pelajaran ini. Murid juga ditaksir pengetahuan dan kefahaman tentang makna ayat-ayat al- Quran. Cakupan konteks merangkumi sukatan daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Manakala instrumen pentaksiran Maharat al-Quran terdiri daripada dua kertas ujian iaitu Kertas 1 (Ujian Bertulis) dan Kertas 2 (Ujian Tilawah). Merujuk kepada objektif mata pelajaran ini, murid seharusnya menguasai bacaan al-Quran dengan baik dan juga menguasai tajwid dengan baik. Ujian Bertulis bertujuan mengukur pengetahuan, pemahaman dan kemahiran aplikasi ilmu tajwid yang dipelajari daripada mata pelajaran ini. Ujian Bertulis bagi Kertas 2 ini akan memberi ruang kepada murid untuk memberi respons atau jawapan dalam masa yang sesuai.

74 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

KESIMPULAN Pentaksiran adalah dinamik dan penambahbaikan perlu dilakukan dari semasa ke semasa untuk memberi impak yang lebih baik kepada penguasaan murid dalam kemahiran-kemahiran yang dipelajari. Pelaporan yang menggambarkan penguasaan murid perlu disediakan supaya memberi makna kepada murid. Pelaksanaan pentaksiran yang mengikut kaedah yang betul dan standard akan menghasilkan pelaporan yang tepat dan mempunyai ciri kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

RUJUKAN Pentaksiran Kemahiran Berfikir Atas Tinggi; 2013, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, W.P. Putrajaya Panduan Pentadbiran Ujian Bertulis PT3; 2015, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, W.P. Putrajaya. Penjaminan Kualiti PT3; 2015, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, W.P. Putrajaya.

75 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

PELAKSANAAN MODUL PENGAJARAN TAHFIZ (MODUL QURANIK) DI MRSM ULUL ALBAB Mardhiah binti Yahaya1

ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai tahap pelaksanaan modul quranik di dalam pengajaran guru dalam program Ulul Albab. Kajian ini adalah kajian deskriptif yang menggunakan pendekatan kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik kemudian disokong oleh data kualitatif iaitu temubual dan analisis dokumen. Seramai 233 pelajar dan 62 guru telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini melalui soal selidik. Data ini kemudiannya dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS. Hasil kajian menunjukkan bahawa strategi dan kaedah guru di MRSM Ulul Albab berada di dalam tahap sederhana. Strategi dan kaedah perlu diperkemas dan lebih mantap agar proses pengajaran lebih bersistematik dan mampu mencapai matlamat dan objektif program Ulul Albab. Walaubagaimanapun, Program Ulul Albab sangat memberi kesan positif terhadap jiwa pelajar dan guru. Namun amalan pengajaran dan pembelajaran dan tahap pelaksanaan modul quranik di MRSM Ulul Albab harus diberi tumpuan Penambahbaikkan dan pelaksanaan yang lebih serius agar dapat melahirkan para huffaz yang berkualiti tinggi demi memenuhi keperluan dan peranannya dalam masyarakat dan Negara. Kata Kunci : Ulul albab, strategi, tahfiz, huffaz

PENDAHULUAN Pendidikan al-Quran merupakan suatu cabang ilmu yang fundamental kepada umat Islam. Ia meliputi pengajian dan tatacara pembacaan qiraatnya, kaedah-kaedah hafazan, pengkajian penterjemahan dan tafsir, pengkajian hukum-hukum dan sebagainya (Abdullah, 2003). Matlamat utama pendidikan al-Quran adalah mendidik manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Manakala motif pendidikan al-Quran ialah membina masyarakat yang bertaqwa, masyarakat yang bertolak ansur, bertanggungjawab, berfikiran bebas, demokrasi, tidak zalim, tidak sombong dan masyarakat yang berjalan mengikut garis panduan al-Quran. (Mohd. Salleh, 1997, p. 15) Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan Jibril a.s.. secara hafazan. Oleh yang demikian, hafazan juga menjadi kaedah yang digunakan oleh Rasulullah SAW dalam mengajar al-Quran kepada para sahabat. Menghafaz merupakan salah satu kaedah yang penting di dalam mendalami ilmu al-Quran. Selain itu, menghafaz al-Quran juga merupakan salah satu cara dan usaha untuk mengelakkan terputusnya jumlah huffaz yang mutawatir dalam memelihara al-Quran dan juga mengelakkan daripada sebarang usaha untuk menyelewengkan dan memalsukan al-Quran.

PERNYATAAN MASALAH Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma setiap individu di samping memainkan peranan penting bagi melahirkan insan yang dinamik dalam semua aspek kehidupan. Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam bentuknya yang praktikal, hasil pendidikan tersebut seharusnya dapat melahirkan modal insan yang mampu mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari seterusnya memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian.

1 Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah.

76 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Selari dengan perkembangan ilmu dan pendidikan yang pesat di Malaysia kini, demi melahirkan cendikiawan yang berkualiti, Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak ketinggalan dalam usaha melahirkan golongan ini dengan cara menubuhkan sekolah beraliran tahfiz dengan gabungan subjek sains tulen iaitu Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ulul Albab. Pelbagai modul telah dirangka bagi melicinkan lagi sistem pendidikan di institusi tersebut. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi membentuk dan membina satu sistem pendidikan yang berteraskan al-Quran. Meskipun perkembangan sekolah tahfiz di Malaysia ini berkembang dengan pesatnya, namun kurikulumnya masih berada di tahap lama tanpa sebarang bentuk penambahbaikan. Di dalam kajian Hashim (2010), dinyatakan bahawa walaupun penilaian impak menggambarkan keperluan dan matlamat pendidikan tahfiz hampir tercapai, namun penilaian keberkesanan menggambarkan bahawa objektif pendidikan tahfiz dan kualiti pencapaian tahfiz masih berada pada tahap sederhana.

OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini ialah : 1) Menilai strategi guru dalam amalan pengajaran dan pembelajaran di MRSM Ulul Albab. 2) Menilai kaedah guru dalam amalan pengajaran dan pembelajaran di MRSM Ulul Albab.

METODOLOGI KAJIAN Kajian ini merupakan kajian kuantitif dan kualitatif. Data kuantitatif diperoleh daripada soal selidik pelajar dan guru yang menggunakan instrumen soal selidik dan data kualitatif dari analisis dokumen dan temu bual pelajar dan guru. Penyelidik telah menggunakan kaedah pemungutan data secara skala jawapan jenis Likert lima mata untuk instrumen soal selidik. Responden diminta memilih jawapan mereka dengan menandakan salah satu dari no 1 hingga 5 berdasarkan keterangan pada nombor-nombor tersebut iaitu Sangat Tidak Setuju (1) hingga kepada Sangat Setuju(5). Nilai alpha berasakan Koeffisien Cronbach telah digunakan dalam kajian ini bagi mendapatkan nilai ketekalan dalam item-item instrumen. Nilai pekali alpha yang menghampiri 1 menunjukkan item-item dalam skala itu mengukur perkara yang sama dan nilai ini menunjukkan mempunyai nilai kepercayaan yang tinggi seperti mana dalam jadual 1. Umumnya, ramai penyelidik mencadangkan bahawa nilai alpha yang melebihi 0.80 menunjukkan aras kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh diterima sebagai satu instrumen kajian (Hashim 2010). Namun menurut Mohd Majid (2005) nilai Alpha Cronbach bagi kajian sains sosial ialah 0.6 ke atas. Dalam kajian ini, nilai Alpha Cronbach bagi instrumen pelajar ialah 0.786 manakala bagi instrumen guru pula nilai pekali Alpha Cronbach ialah 0.755. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa instrumen yang dibina adalah sah dan boleh dipercayai seterusnya boleh digunakan untuk kajian seterusnya. Jadual 1 Klasifikasi Indeks Kebolehpercayaan Indikator Nilai Alpha Cronbach Sangat Tinggi 0.90-1.00 Tinggi 0.70-0.89 Sederhana 0.30-0.69 Rendah 0.00-0.30

77 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Kajian ini telah dijalankan di 3 buah MRSM Ulul Albab iaitu MRSM Kota Putra, MRSM Gemencheh dan MRSM Kepala Batas. Seramai 233 orang bekas pelajar dan 62 orang guru telah dipilih menjadi responden kajian ini. Sebagai data tambahan penyelidik juga menggunakan kaedah temu bual dan bersama pelajar dan guru bagi mengukuhkan lagi dapatan kajian dan analisis dokumen untuk melihat modul quranik yang telah dirangka.

ANALISIS DATA Proses penganalisaan data kuantitatif ini dilakukan secara deskriptif melalui analisis berkomputer menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Min, sisihan piawai dan peratusan digunakan dalam statistik deskriptif yang bertujuan untuk meringkaskan dan memperjelaskan sifat pemboleh ubah yang nyata dengan lebih terperinci. Jadual interpretasi min tingkah laku afektif yang telah durumuskan oleh Nunally (1978) seperti dalam jadual 2.

Jadual 2 Interpretasi Min Dimensi Tingkah Laku Afektif Skor min Interpretasi 4.01 – 5.00 Tinggi 3.01 – 4.00 Sederhana Tinggi 2.01 – 3.00 Sederhana Rendah 1.00 – 2.00 Rendah Sumber: Stufflebeam (1971)

DAPATAN KAJIAN a) Strategi Guru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Jadual 3 menunjukkan dapatan strategi guru dalam amalan pengajaran dan pembelajaran ialah mencatatkan min keseluruhan 3.69 dan sisihan piawai 0.93 berada dalam interprestasi min sederhana tinggi. Terdapat tiga item bagi strategi pengajaran dan pembelajaran guru mendapat min pada tahap interpretasi sederhana tinggi iaitu item mengingatkan pelajar menggunakan kaedah hafazan mengikut Modul Quranik (min=3.94, sp 0.65) dengan 79% guru sangat setuju dan setuju, item guru sering merujuk Modul Quranik sebagai persediaan PdP (min= 3.55, sp=0.86) dengan 59.7% guru yang sangat setuju dan setuju, item pencapaian hafazan pelajar rendah dengan target maktab (min=3.27, sp=0.97) dengan 46.8% guru yang sangat setuju dan setuju. Hanya satu item mendapat interpretasi tinggi iaitu item masa PdP terlalu terhad (min=4.0, sp=1.24) dengan 71% guru sangat setuju dan setuju. Ini menunjukkan bahawa secara umumnya item-item strategi guru dalam amalan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dilaksanakan dengan baik oleh guru-guru UA. Namun pencapaian hafazan pelajar rendah dengan target yang disasarkan oleh pihak pengurusan.

78 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Jadual 3 Strategi Guru Dalam Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Strategi Guru STT TS KS S SS Min S.P Interpretasi

Mengingatkan 0 1 12 39 10 3.94 0.65 Sederhana pelajar Tinggi 0% 1.6% 19.4% 62.9% 16.1% menggunakan kaedah hafazan

Sering merujuk 0 9 16 31 6 3.55 0.86 Sederhana Modul Quranik Tinggi 0% 14.5% 25.8% 50% 9.7% (persediaan PdP)

Pencapaian hafazan 3 10 20 25 4 3.27 0.97 Sederhana pelajar rendah Tinggi 4.8% 16.1% 32.3% 40.3% 6.5% dengan target maktab

Masa terhad ( 1 jam) 3 10 20 25 4 4 1.24 Tinggi 4.8% 16.1% 32.3% 40.3% 6.5%

Min keseluruhan 3.86 0.9 Sederhana 0 Tinggi b) Kaedah Guru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Min, sisihan piawai, kekerapan, peratusan dan interpretasi min bagi kemahiran guru dalam amalan pengajaran dan pembelajaran ditunjukkan dalam jadual 4. Jadual menunjukkan dapatan kaedah guru dalam amalan pengajaran dan pembelajaran ialah mencatatkan min keseluruhan 3.23 dan sisihan piawan 0.96 berada dalam interprestasi min sederhana tinggi. Terdapat empat item bagi kaedah pengajaran dan pembelajaran guru mendapat min pada tahap sederhana tinggi iaitu item menggunakan kaedah hafazan sendiri ketika di sekolah lama (min=3.50, sp 0.91) dengan 54.9% guru sangat setuju, dan setuju, item tidak menggunakan kaedah tahriri (min= 3.06, sp=1.03) dengan 24.2% guru sangat setuju dan setuju, item kefahaman guru terhadap modul UA (min=3.74, sp=0.88) dengan 71% guru yang sangat setuju dan setuju dan item isi kandungan Modul Quranik ulul albab tidak dilaksanakan sepenuhnya (min=3.10, sp=0.84). Manakala item negatif iaitu guru tidak jelas dengan kaedah hafazan yang terdapat di dalam Modul Quranik (min=2.76, sp=1.16) dengan 75.8% guru yang yang sangat tidak setuju, tidak setuju dan kurang setuju dimana ia mencatatkan tahap min sederhana rendah dan menunjukkan guru faham dengan Modul Quranik. Dari dapatan kaedah guru dalam amalan pengajaran dan pembelajaran penyelidik mendapati guru-guru lebih menggunakan kaedah hafazan sendiri walaupun mereka jelas dan faham dengan kaedah hafazan yang terdapat di dalam Modul Quranik. Penyelidik juga mendapati guru tidak menggunakan kaedah tahriri di dalam PdP.

79 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Jadual 4 Kaedah guru dalam amalan pengajaran dan pembelajaran Kaedah Guru STT TS KS S SS Mi S.P Interpretasi n

Menggunakan kaedah 3 3. 22 28 6 3.5 0.9 Sederhana Tinggi hafazan sendiri (sekolah 0 1 4.8% 4.8% 35.5 45.2 9.7% lama) % %

Tidak jelas dengan kaedah 11 13 23 10 5 2.7 1.1 Sederhana Rendah hafazan di dalam Modul 6 6 17.7 21% 37.1 16.1 8.1% Quranik (item negatif) % % %

Tidak menggunakan 4 11 32 7 8 3.0 1.0 Sederhana Tinggi kaedah tahriri (ítem 6 3 6.5% 17.7 51.6 11.3 12.9 negatif) % % % %

Faham dengan Modul 2 3 13 35 9 3.7 0.8 Sederhana Tinggi Quranik 4 8 3.2% 4.8% 21% 56.5 14.5 % %

Isi kandungan Modul 2 11 30 17 2 3.1 0.8 Sederhana Tinggi Quranik tidak 0 4 3.2% 17.7 48.4 27.4 3.2% dilaksanakan sepenuhnya % % %

Min keseluruhan 3.2 0.9 Sederhana Tinggi 3 6 c) Strategi guru dalam amalan pengajaran dan pembelajaran tahfiz menurut pandangan pelajar. Jadual 5 menunjukkan dapatan strategi guru dalam amalan pengajaran dan pembelajaran mengikut padangan pelajar telah mencatatkan min keseluruhan 3.34 dan sisihan piawai 0.98 berada dalam interprestasi min sederhana tinggi. Terdapat dua item bagi strategi pengajaran dan pembelajaran guru mengikut pandangan pelajar mendapat min pada tahap interpretasi tinggi iaitu item pelajar seronok dengan guru hafazan mereka (min=4.15, sp=0.99) dengan 46.8% pelajar sangat setuju dan setuju dan guru tasmic banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan kepada pelajar (min=4.18, sp=0.97) dengan 80.3% pelajar yang sangat setuju dan setuju.

Manakala, terdapat enam item mendapat min pada tahap interpretasi sederhana tinggi iaitu ítem pelajar seronok dengan kelas hafazan mereka (min=3.88, sp=1.05) dengan 67.4% pelajar yang

80 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN sangat setuju dan setuju, ítem guru berulangkali memahamkan kaedah dan teknik hafazan (min=3.5, sp=0.99) dengan 55.4% pelajar yang sangat setuju dan setuju, ítem pelajar berjaya menghafaz 20 dan lebih muka surat dalam masa sebulan dengan bantuan daripada guru (min=3.62, sp=0.99) dengan 57.9% pelajar yang sangat setuju dan setuju, ítem guru mengenakan tindakan jika tidak hadir untuk di tasmic (min=3.81, sp=0.96) dengan 67.8% pelajar yang sangat setuju dan setuju, ítem guru akan melihat rekod murajaah hafazan setiap hari (min=3.11, sp=1.25) dengan 42.1% pelajar yang sangat setuju dan setuju dan ítem pelajar komited tasmic setiap hari (min=3.69, sp=o.98) dengan 63.1% pelajar yang snagat setuju dan setuju. Terdapat dua item negatif yang mendapat min pada tahap interpretasi sederhana rendah iaitu item guru hafazan sentiasa bertukar menjadikan pelajar tidak dapat mencapai target (min=2.95, sp=1.26) dengan 67.8% pelajar yang sangat tidak setuju, tidak setuju dan kurang setuju. Ini menunjukkan pelajar tidak mncapai target bukan disebabkan pertukaran guru. Manakala item guru tidak pernah menjelaskan kaedah dan teknik hafazan kepada pelajar (min=2.08, sp=1.11) dengan 88.9% pelajar yang sangat tidak setuju, tidak setuju dan kurang setuju. Hanya satu item sahaja yang mendapat min pada tahap interpretasi rendah yang juga item negatif iaitu tiada penjelasan oleh guru berkenaan dengan kaedah dan teknik hafazan (min=1.85, sp=1.02) dengan 76.4% pelajar yang sangat tidak setuju, tidak setuju dan kurang setuju. Ini menunjukkan guru ada menjelaskan kaedah dan teknik hafazan kepada pelajar. Min keseluruhan strategi guru dalam amalan pengajaran dan pembelajaran menurut padangan pelajar ialah 3.34 dan sisihan piawai 0.98 yang berada pada tahap sederhana tinggi. Ini menunjukkan strategi guru dalam amalan mereka di dalam kelas dalam tahap yang baik.

Jadual 5 Strategi guru dalam amalan pengajaran dan pembelajaran (pelajar) Strategi Guru Menurut STT TS KS S SS Mi S.P Interpretasi Padangan Pelajar n

Tiada penjelasan dari guru 113 65 37 13 5 1.8 1.0 Rendah (kaedah & teknik) 5 2 48.5 27.9 15.9 5.6% 2.1% % % % Seronok dengan kelas 6 19 51 78 79 3.8 1.0 Sederhana Tinggi hafazan 8 5 2.6% 8.2% 21.9 33.5 33.9 % % % Seronok dengan guru 4 14 34 73 108 4.1 0.9 Tinggi hafazan 5 9 1.7% 6% 14.6 31.3 46.4 % % % Guru memberi tunjuk ajar 7 6 33 79 108 4.1 0.9 Tinggi dan dorongan 8 7 3% 2.6% 14.2 33.9 46.4 % % % Guru hafazan bertukar 36 49 73 40 35 2.9 1.2 Sederhana Rendah (tidak capai target) 5 6 15.5 21% 31.3 17.2 15% % % %

81 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Strategi Guru Menurut STT TS KS S SS Mi S.P Interpretasi Padangan Pelajar n

Guru berulang kali 8 29 67 96 33 3.5 0.9 Sederhana Tinggi memahamkan kaedah dan 9 3.4% 12.4 28.8 41.2 14.2 teknik % % % %

Guru tidak menjelaskan 91 67 49 17 9 2.0 1.1 Sederhana Rendah kaedah dan teknik 8 1 39.1 28.8 21% 7.3% 3.9% % % Berjaya menghafaz 20 & 7 21 70 90 45 3.6 0.9 Sederhana Tinggi lebih muka surat (1bulan) 2 9 3% 9% 30% 38.6 19.3 bantuan daripada guru % %

Guru mengenakan 6 15 54 100 58 3.8 0.9 Sederhana Tinggi tindakan jika tidak 1 6 2.6% 6.4% 23.4 42.9 24.9 menghafaz setiap hari % % %

Guru melihat rekod 31 44 60 64 34 3.1 1.2 Sederhana Tinggi murajacah setiap hari 1 5 13.3 18.9 25.8 27.5 14.6 % % % % %

Min keseluruhan 3.2 0.9 Sederhana Tinggi 3 6 d) Kaedah guru dalam amalan pengajaran dan pembelajaran tahfiz menurut pandangan pelajar. Min, sisihan piawai, kekerapan, peratusan dan interpretasi min bagi kemahiran guru dalam amalan pengajaran dan pembelajaran ditunjukkan dalam jadual 6. Jadual menunjukkan dapatan kaedah guru dalam amalan pengajaran dan pembelajaran menurut pandangan pelajar ialah mencatatkan min keseluruhan 3.11 dan sisihan piawan 1.09 yang berada dalam interprestasi min sederhana tinggi. Terdapat enam item bagi kaedah pengajaran dan pembelajaran guru menurut pandangan pelajar mendapat interpretasi min pada tahap sederhana tinggi iaitu item pelajar konsisten menggunakan kadah dan teknik hafazan yang diberikan oleh guru (min=3.23, sp 0.87) dengan 37.8% pelajar sangat setuju dan setuju, item perbezaan kaedah dan teknik mengikut kelas tasmic (min=3.28, sp=1.07) dengan 59.7% pelajar yang sangat setuju dan setuju, item pelajar menggunakan kaedah dan teknik sendiri (min=3.67, 1.04) dengan 59.7% pelajar yang sangat setuju dan setuju, item pelajar berjaya menghafaz 20 dan lebih muka surat dalam sebulan dengan kaedah dan teknik dari Modul Quranik (min=3.01, sp=1.13) dengan 30.9% pelajar yang sangat setuju dan setuju, item pelajar berjaya menghafaz 20 dan lebih muka surat dalam sebulan dengan kaedah pelajar sendiri (min=3.55, sp=1.11) dengan 54.1% pelajar yang sangat setuju dan setuju, item

82 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN kaedah dan teknik sangat membantu mencapai target tahunan 10 juz (min=3.04, sp=1.13) dengan 35.2% pelajar yang sangat setuju dan setuju.

Manakala item pelajar lupa dengan kaedah dan teknik yang diberikan oleh guru (min=2.58, sp=1.21) dengan 78.1% pelajar yang sangat tidak setuju, tidak setuju dan kurang setuju. Ini menunjukkan bahawa kaedah guru dalam amalan pengajaran dan pembelajaran guru juga menunjukkan pada tahap yang baik. Namun penyelidik mendapati peratus pelajar menggunakan kaedah sendiri tinggi berbanding pelajar menggunakan kaedah dan teknik yang diberikan oleh guru walaupun mereka faham dengan kaedah yang diberikan oleh guru.

Jadual 6 Kaedah Guru Dalam Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran dari pandangan pelajar Kaedah Guru Menurut STT TS KS S SS Mi S.P Interpretasi Padangan Pelajar n

Konsisten dengan kaedah 7 34 104 75 13 3.2 0.8 Sederhana Tinggi dan teknik (guru) 3 7 3% 14.6 44.6 32.2 5.6 % % % Perbezaan kaedah dan 16 36 73 82 26 3.2 1/0 Sederhana Tinggi teknik setiap kelas 8 7 6.9% 15.5 31.3 35.2 11.2 % % % % Kaedah dan teknik sendiri 5 29 60 82 57 3.6 1.0 Sederhana Tinggi 7 4 2.1% 12.4 25.8 35.2 24.5 % % % % Pemahaman terhadap 65 84 45 26 13 2.3 1.1 Sederhana Rendah kaedah dan teknik 5 27.9 36.1 19.3 11.2 5.6% % % % % Lupa dengan kaedah dan 55 57 70 33 18 2.5 1.2 Sederhana Rendah teknik 8 1 23.6 24.5 30% 14.2 7.7% % % % Menghafaz 20 muka dan 13 25 69 74 52 3.5 1.1 Sederhana Tinggi lebih muka surat 5 1 5.6% 10.7 29.6 31.8 22.3 (1bulan)dalam sebulan % % % % dengan kaedah sendiri

Kaedah dan teknik sangat 26 43 82 59 23 3.0 1.1 Sederhana Tinggi membantu mencapai 4 3 11.2 18.5 35.3 25.3 9.9% target tahunan 10 % % % %

Min keseluruhan 3.2 0.9 Sederhana Tinggi 3 6

83 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

PERBINCANGAN Perbincangan dapatan kajian ini adalah untuk menilai tahap pelaksanaan Modul Quranik yang merangkumi dua elemen utama iaitu proses strategi guru dalam pengajaran dan pembelajaran dan kaedah hafazan di MRSM Ulul Albab mengikut persepsi guru dan pelajar. Dapatan keseluruhan penilaian input dari persepsi guru menunjukkan bahawa min keseluruhan berada pada tahap interpretasi sederhana tinggi (min=3.69, sp=0.93), manakala dari persepsi pelajar juga menunjukkan tahap interpretasi sederhana tinggi (min=3.21, sp=1.06). Ini membuktikan bahawa tahap pelaksanaan Modul Quranik dipersetujui oleh guru dan pelajar. a) Strategi guru dalam pengajaran dan pembelajaran Penilaian proses yang pertama yang dibincangan ini melibatkan strategi guru dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz di MRSM Ulul Albab dan persepsi pelajar terhadapan strategi yang dilakukan oleh guru di dalam kelas. Hasil dapatan kajian data kuantitatif menunjukkan strategi guru di MRSM Ulul Albab di dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan kepada penambahbaikkan yang berterusan. Ini dibuktikan dengan elemen strategi menurut persepsi guru dan pelajar berada pada tahap interpretasi sederhana tinggi. Guru berpandangan bahawa strategi pengajaran dan pembelajaran masih belum mencukupi yang memerlukan kepada penambahbaikkan. Walaupun guru-guru faham dengan isi kandungan Modul Quranik, namun penggunaan dan rujukan terhadap Modul Quranik masih belum di gunakan sepenuhnya isi kandungan. Guru-guru juga sentiasa mengingatkan pelajar agar menghafaz dengan kaedah dan teknik yang diberikan seperti yang terdapat di dalam Modul Quranik. Namun, pencapaian pelajar masih rendah dan tidak mencapai target seperti yang di tetapkan. Ini dibuktikan di dalam data dapatan kajian kuantitaif dan juga disokong oleh data analisis dokomen yang menunjukkan hampir separuh pelajar yang tidak berjaya khatam al-Quran selepas tamat SPM. Namun ada juga sebahagian dari guru-guru ini masih tidak menerima Modul Quranik Program Ulul Albab ini. Ini di buktikan dengan data temubual guru dapatan kajian kualitatif. Selain dari itu, guru-guru juga bersetuju bahawa masa yang diberikan satu jam dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz ini amat terhad dan membataskan untuk melakukan pelbagai aktiviti di dalam kelas untuk pelajar. Ini di sahkan dari data dapatan yang menunjukkan min pada item ini mencatatkan tahap interpretasi yang tinggi. Walaupun dapatan menunjukkan terdapat kekurangan di dalam strategi guru menurut persepsi guru, namun dapatan kajian menurut persepsi pelajar menunjukkan pelajar dapat menerima dengan baik terhadap strategi guru di dalam kelas. Antaranya mereka sangat seronok dengan guru kelas tasmic mereka. Selain itu juga pelajar juga bersetuju bahawa guru-guru banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan di dalam kelas. Ini dibuktikan dengan data yang masing-masing mendapatan min tahap interpreatsi tinggi. Ini juga di sokong dan disempurnakan dari data dapatan temu bual . Hasil dari penerimaan pelajar terhadap guru, pelajar seronok berada di dalam kelas mereka seterusnya pelajar komited tasmic setiap hari di dalam kelas. Selain itu juga, pelajar juga sangat bersetuju bahawa guru seringkali memahamkan pelajar tentang kaedah dan teknik hafazan untuk di gunakan namun item ini tidak di sokong dari data dapatan kajian temu bual bahawa semua guru yang ditemu bual hanya membimbing pelajar dalam mengenal kaedah dan teknik dalam hafazan. Guru juga akan mendenda pelajar jika pelajar tidak mencapai target yang di tetapkan. Dapatan kajian ini semua dibuktikan dengan data dapatan kajian kuantatif yang mencatatkan min berada dalam tahap sederhana tinggi dan turut disokong dengan data temubual bersama guru.

84 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN b) Kaedah amalan dan pengajaran guru di dalam kelas Penilaian proses yang kedua pula ialah berkaitan dengan kaedah guru di dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru menggunakan kaedah dan teknik hafazan sendiri ketika belajar di sekolah lama. Ini dibuktikan melalui data dapatan kajian kuantitaif yang mendapat min pada tahap interpretasi sederhana tinggi. Walaupun mereka faham dan jelas tentang Modul Quranik seperti yang dibuktikan di dalam data dapatan kajian yang berada dalam tahap sederhana tinggi, namun guru-guru tidak menggunakan kaedah seperti di dalam Modul Quranik. Ini menyokong kepada dapatan data temubual yang menunjukkan bahawa guru-guru tidak tahu dan tidak menerima Modul Quranik ketika mengajar di MRSM. Hasil dapatan juga menunjukan guru tidak menggunakan kaedah tahiri semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. item ini dibuktikan dengan data dapatan kajian kuantitaif yang mendapat min pada tahap interpreatasi sederhana tinggi. Menurut al-Qabisi (1995), Muhsin (1994), Abu al-Wafa (1999) dan Abu al-Fida (2006), kaedah penulisan adalah kaedah sokongan yang membantu dan mengukuhkan hafazan al-Quran. Kaedah penulisan ini boleh dilakukan berulang kali untuk menajamkan hafazan dan sekaligus memantapkan hafazan daripda mudah lupa. Ini kerana menurut Hashim (2010) penggunaan pelbagai deria dengan menggunakan tangan dalam menghafaz al-Quran akan mengukuhkan ingatan pelajar terutama pada ayat yang susah dan ayat mutasyabihat. Dapatan kajian menurut persepsi pelajar pula menunjukkan kaedah yang digunakan berbeza mengikut kelas. Ini membawa gambaran bahawa tidakan keselarasan kaedah yang diguna pakai dalam amalan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. kepelbagai kaedah yang. Ini dibuktikan dengan data dapatan kajian kuantitaif yang mendapat min pada tahap interpretasi sederhana tinggi. Ia juga di sokong dan disempurnakan dari data dapatan kualitatif apabila pelajar menyatakan kaedah mereka berbeza dengan rakan pelajar yang lain. Ia juga turut disokong dengan data temubual bersama guru bahawa ada sebahagian guru tidak memiliki Modul Quranik untuk dijadiakan rujukan PdP. Guru-guru hanya mendapat input hasil dari penyampaian rakan-rakan yang telah dulu berkhidmat di MRSM Ulul Albab. Selain itu juga, pelajar menggunakan kaedah dan teknik mereka sendri dalam menghafaz al-Quran walaupun mereka tidak lupa dengan kaedah dan teknik yang telah diberikan. Ini dibuktikan dari data dapatan kajian yang mendapat min dalam tahap interpretasi sederhana tinggi. Begitu juga dengan pencapaian pelajar mendapat 20 dan lebih muka surat dalam masa sebulan mengikut target yang diberikan dengan menggunakan kaedah dan teknik mereka sendiri. Ini dibuktikan juga di dalam data dapatan kajian yang menunjukkan min pada tahap interpretasi sederhana tinggi. Ini juga disokong dengan data dapatan temubual yang menyatakan bahawa pelajar terpaksa mengguna pakai kaedah sendiri yang lebih cepat untuk mengejar target yang di tetapkan. Dapatan ada mendapati bahawa pelajar sangat setuju dengan kaedah dan teknik yang digunakan membantu pelajar untuk mencapai target tahunan. Namun dari data analisis dokumen mendapati hampir separuh pelajar tidak dapat menamatkan hafazan mereka sebanyak tiga puluh juz sehingga mereka tamat pengajian di MRSM Ulul Albab.

IMPLIKASI KAJIAN Implikasi kajian ini, memerlukan kepada perubahan neomobilistik iaitu secara besar- besaran. Ini perlu dillakukan dengan segera kerana hal ini melibatkan keberkesanan terhadap objektif yang sedia ada. Pencapaian pelajar dalam hafazan perlu diberi tumpuan yang amat serius kerana pelajar-pelajar ini yang menjadi hasil pembentukan dari sekolah. Hasil yang baik pastinya datang dari pembentukkan yang sempurna.

85 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang lemah antara pencapaian pelajar dengan strategi dan juga kaedah guru dalam amalan pengajaran dan pembelajaran. Dapatan ini secara tidak langsung menekankan bahawa keperluan guru mengambil kira tahap pengetahuan sedia ada pelajar sebelum memillih suatu kaedah pengajaran yang berkesan. Ini kerana pelajar-pelajar yang menyertai program Ulul Albab ini sangat berpotensi dan mempunyai kelebihan yang tinggi. Potensi dan kelebihan seharusnnya terus digilap dan tidak di sia-siakan untuk menghasil produk yang terbaik kepada masyarakat, bangsa dan negara.

KESIMPULAN Kajian ini menunjukkan tahap pelaksanaan modul pengajaran (Modul Quranik) yang digunakan oleh guru di MRSM Ulul Albab. Dapatan kajian menunjukkan terdapat beberapa kelemahan yang perlu diteliti secara mendalam. Penyelarasan penggunaan Modul Quranik yang berterusan kepada semua maktab yang menjalankan program ulul albab agar proses pengajaran dan pembelajaran di dalam seiring dan selaras di semua MRSM Ulul Albab. Selain itu, menyediakan pelbagai jenis kursus untuk guru-guru Ulul Albab untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran dalam mengajar subjek hafazan. Talaqi musyafahah untuk pada guru juga perlu dan penting bagi menjaga kesucian kitab al-Quran yang merupakan mukjizat yang paling tinggi kepada Rasullullah SAW.

RUJUKAN Abu al-Fida’, M. I.(2006). Kaifa Nahfazul Quran. Kaherah: Darul Salaam. Abu al-Wafa, A. A. (1999). An-Nur al-mubin litahfiz al-Quran al-Karim. Kaherah: Darul Wafa’. Al-Qabisi. Abi Hasan Ali Muhammad Khalaf. (1955). Ar-Risalah al-mufassolah li ahwal al- mua’allimin wa ahkam almu’allimin wal mutaallimin. Kaherah: Dar Ehya’ al Kutub al Arabiyyah. Abdullah, A. H., Safar, A., Mustari, M. I., Muhammad, A., & Ismail, I. (2003). Keberkesanan Kaedah Hafazan di Pusat Tahfiz. Retrieved from http://eprints.utm.my/2836/1/71871.pdf Hashim, A. (2010). Penilaian Pelaksanaan Kurikulum Tahfiz al-Quran di Darul Quran JAKIM dan Maahad Tahfiz al-Quran Negeri. (Unpublished Doctoral Thesis). Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Konting, M. M. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Mohd. Salleh, A. (1997). Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

86 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

TAHAP PENGGUNAAN ALAT BANTU HAFAZAN (ABH) DALAM KALANGAN PENSYARAH TAHFIZ AL-QURAN DI MALAYSIA Mohamad Marzuqi Abdul Rahim1 Azmil Hashim2 Wahyu Hidayat3 Ahmad Yussuf4 Abd Hadi Borham5

ABSTRAK Kertas ini bertujuan membincangkan tahap penggunaan alat bantu hafazan dalam kalangan pensyarah institusi Tahfiz Al-Quran di Malaysia. Kajian telah dilaksanakan di empat buah institusi tahfiz zon tengah. Data diperolehi melalui instrumen soal selidik yang diedarkan kepada pelajar di institusi tahfiz tersebut. Sampel kajian ialah sebanyak 386 orang responden yang telah memberi maklum balas kepada soal selidik. Data yang diperolehi kemudiannya diproses menggunakan perisian komputer Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 21.00 untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan ABH dalam kalangan pensyarah adalah sederhana rendah dengan nilai min (2.92). Implikasi kajian merumuskan tahap penggunaan (ABH) perlu dipergiatkan dan dilakukan anjakan supaya pendidikan tahfiz al-Quran di Malaysia seiring dengan perkembangan pendidikan semasa dan beroleh kecemerlangan. Kata Kunci: Alat Bantuan Hafazan, Pensyarah, Tahfiz Al-Quran.

PENGENALAN Sejarah telah mencatatkan pendidikan tahfiz al-Quran merupakan pendidikan yang terawal di dalam pendidikan Islam. Rasulullah SAW telah menyampai dan mengajarkan al-Quran kepada para sahabat berpaksikan kepada kaedah hafazan sebagai kaedah yang utama. (Al-Habash, 1987). Dalam masa yang sama Allah SWT telah mempermudahkan kepada manusia untuk menghafaz al-Quran seperti firman Allah: Bermaksud : Dan demi sesungguhnya, Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)? (Surah al-Qamar 54:17) Kemudahan ini adalah bertujuan memelihara isi kandungannya supaya al-Quran terpelihara dari segala bentuk penyelewengan dan perubahan seperti firman Allah: Bermaksud: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. (Surah al-Hijr 15:9)

1 Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, E-mail: [email protected]. 2 Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, E-mail: [email protected]. 3 Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, E-mail: [email protected]. 4 Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, E-mail: [email protected]. 5 Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, E-mail: [email protected].

87

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Al-Sayuti (1987) menegaskan hal ini adalah untuk mencegah terputusnya jumlah kemutawatiran al-Quran. Walaupun menghafaz telah dipermudahkan oleh Allah SWT kepada manusia, namun proses pengajaran dan pembelajaran tahfiz perlu kepada kesepaduan pendekatan, amalan pengajaran, penggunaan ABH, interaksi atau adab yang telah disentuh oleh tokoh pendidikan tahfiz bagi meningkatkan lagi kualiti pembelajaran tahfiz al-Quran demi mencapai pencapaian tahfiz yang berkesan (Azmil Hashim, Ab. Halim Tamuri, & Misnan Jemali, 2013) Di dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-Quran penggunaan alat bantu hafazan (ABH) merupakan sebahagian daripada usaha pensyarah untuk menghasilkan pembelajaran efektif bagi melonjakkan kejayaan di dalam pencapaian hafazan al-Quran. Ini adalah kerana pembelajaran dianggap efektif apabila guru dapat mengujudkan PdP yang bersifat interaktif (Kamrul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri, 2007). Semua bentuk pembelajaran termasuk pembelajaran tahfiz al-Quran memerlukan alat dan teknologi bagi memberi peluang kepada pelajar memperoleh kemahiran melalui penggunaan pelbagai deria, iaitu deria penglihatan, deria sentuh dan deria pendengaran (Ahmad Mohd Salleh 2004). Hal ini dijelaskan lagi oleh Al-Ahwani (1955) yang menyatakan proses pengajaran dan pembelajaran tahfiz melalui empat perkara iaitu melihat, mendengar membaca dan menulis. Pandangan ini disokong oleh Muhammad Muhsin (1994) yang menegaskan bahawa di dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz terdapat alat yang boleh membantu menghafaz al-Quran. Justeru, alat bantu hafazan al-Quran terdiri daripada empat kategori iaitu bahan yang dilihat, bahan yang didengar, bahan yang dibaca dan bahan yang ditulis. ABH dalam bentuk bahan yang didengar sebagai contoh adalah amat mustahak dalam proses menghafaz al-Quran. Teknik mendengar iaitu mendengar bacaan guru dan mengikut bacaan tersebut sehingga menghafaz ayat tersebut atau merakam ayat-ayat al-Quran yang akan dihafaz kemudian mendengarnya melalui audio. Contohnya bacaan terbaik yang boleh diikuti ialah bacaan Syeikhul Maqari’ Mahmud Khalil al-Khusori dari Mesir (Darul Quran 2007b). Kaedah ini telah juga telah disarankan oleh Abu al-Fida’ (2006) dengan menyatakan bahawa penggunaan teknologi moden sebagai alat bantuan di dalam proses menghafaz. Pelajar boleh mendengar bacaan melalui audio dan menghafaz serta merakamkan bacaan melalui alat bantuan seperti kaset, mp3 dan sebagainya. Menurut Al-Rabie (2008) pengajaran adalah satu perancangan menjayakan proses pembelajaran bagi satu tempoh yang ditetapkan. Pensyarah harus merancang penggunaan alat yang sesuai dan efektif dalam pengajarannya. Al-Quran amat menitikberatkan perancangan sehingga umat Islam diseru untuk membuat persiapan fizikal dan mental untuk mencapai sesuatu matlamat sebagaimana firman Allah َٰ َو َل ْو أَ َرادُوا ا ْل ُخ ُرو َج َألَ َعدُّوا لَهُ ُعدَّةً َو َل ِكن َك ِرهَ ََّّللاُ انبِعَاثَ ُه ْم َفثَبَّ َط ُه ْم َوقِي َل ا ْقعُدُوا َم َع ا ْل َقا ِع ِدي َن Bermaksud: Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkannya semangat mereka, dan dikatakan (oleh Syaitan): "Tinggallah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal". (Surah al-Taubah: 46) Oleh itu untuk mencapai matlamat pendidikan tahfiz, persiapan dalam bentuk ABH adalah selari dengan seruan Allah SWT supaya kita membuat perancangan yang rapi dan teliti. Pengajaran juga tidak boleh statik dan harus berkembang seiring dengan perkembangan (Al-Tal, 1997; Al-Khatib A. , 2009) Oleh kerana amalan pengajaran guru atau pensyarah amat penting kepada proses pembelajaran pelajar, maka pengajaran yang berstruktur dan direka bentuk dalam satu set prosedur yang bersepadu daripada pendekatan, kaedah pengajaran, alat bantu mengajar, penaksiran dan lain-lain harus difikirkan dan dibina untuk pelajar mencapai hasil

88

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN pembelajaran yang memberangsangkan (Azmil Hashim, Ab. Halim Tamuri, & Misnan Jemali, 2013; Railgeluth,1983 ; Ismail Md Zain, 1994)

MASALAH KAJIAN Proses pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-Quran biasanya melibatkan saiz kelas yang kecil iaitu jumlah pelajar tidak melebihi 15 orang (Marzuqi, 2008). Nisbah seorang pensyarah hafiz untuk 15 belas orang pelajar ini dan diperuntukkan masa 2 jam setiap hari untuk proses pengajaran dan pembelajaran tahfiz (Darul Quran, 2007). Namun saiz kelas yang kecil bukan bermakna pengajaran tahfiz tidak memerlukan penggunaan ABH atau inovasi pengajaran. Jika setiap hari pensyarah menggunakan kaedah dan strategi yang statik serta kaku, berkemungkinan perasaan bosan akan timbul dalam diri pelajar. Hal ini ditegaskan oleh Al-Tal (1997) dan Al-Khatib (2009) di mana pengajaran tidak boleh statik dan harus berkembang seiring dengan perkembangan semasa kerana ia memberi kesan langsung kepada proses pembelajaran pelajar. Laporan Azmil dan Misnan (2014) menunjukkan penggunaan ABH dalam kalangan pensyarah tahfiz adalah sangat kurang dan terhad walaupun mereka mengetahui kepentingannya dan peranannya. Penggunaan hanya pada ABH asas iaitu buku rekod kehadiran dan buku rekod tasmi’ serta mushaf al-Quran dan mushaf kecil (poket). Amalan pengajaran kebanyakan guru juga masih bersifat tradisional tanpa memanfaatkan ABM (Ab. Halim Tamuri et.al, 2006). Hal ini dikatakan berpunca daripada salah faham atau memandang ringan fungsi ABM dalam meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran (Farrant, 1977). Penggunaan alat elektronik terutama berorientasikan ICT seperti OHP, LCD, komputer, laptop, software al-Quran, CD al- Quran, CD interaktif, kaset al-Quran dan pita rakaman hampir tidak dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz (Azmil Hashim & Misnan Jemali, 2014). Dapatan ini disokong oleh (Siti Fatimah Ahmad & Ab. Halim Tamuri, 2010) yang menyatakan penggunaan ABM berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kalangan guru j-QAF masih pada min yang rendah.

OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini pada umumnya adalah bertujuan melihat tahap penggunaan ABH dalam kalangan pensyarah maahad-maahad tahfiz di Malaysia. Bagi menjalankan kajian pengkaji telah menentukan objektif kajian seperti berikut: 1) Mengetahui sejauh mana tahap penggunaan ABH yang diamalkan oleh pensyarah Darul Quran dan maahad-maahad tahfiz al-Quran dalam pengajaran dan pembelajaran. 2) Mengukur perbezaan yang signifikan pada pemboleh ubah jantina dan jenis institusi tahfiz dan semester pengajian terhadap tahap penggunaan ABH.

METODOLOGI KAJIAN Bagi mencapai objektif kajian penulis menjalankan kajian deskriptif dan inferensi yang menggunakan pendekatan kuantitatif. Soal selidik yang telah diubah suai daripada kajian lepas digunakan untuk mengutip data dalam kalangan pelajar. Populasi kajian bagi empat buah institusi tahfiz di Darul Quran dan MTQN berjumlah (635) orang dan melibatkan sampel yang dipilih secara rawak berstruktur sebanyak (386) orang pelajar. Bagi menentukan kesahan dalaman, soal selidik yang dibina telah dirujuk kepada beberapa orang yang mempunyai kepakaran dan pengalaman luas dalam bidang masing-masing yang terdiri daripada kepakaran dalam bidang pengurusan pendidikan, pendidikan tahfiz, pendidikan Islam dan penyelidikan.

89

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Manakala kebolehpercayaan item- item dalam soal selidik ini telah dilakukan satu analisis data untuk mendapatkan nilai alpha Cronbach. Didapati instrumen soal selidik pensyarah terhadap tahap amalan pengajaran mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi, iaitu nilai alpha Cronbach 0.93 seperti ditunjukkan dalam Jadual (1). Jadual ini menunjukkan bahawa instrumen tersebut mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Jadual 1: Nilai Kebolehpercayaan Indikator Nilai alpha Cronbach Sangat Tinggi 0.90 - 1.00 Tinggi 0.70 - 0.89 Sederhana 0.30 - 0.69 Rendah 0.00 - 0.30 Sumber: Brymen & Cramer (1999) Proses penganalisisan data-data kuantitatif ini dilakukan secara deskriptif melalui analisis berkomputer menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences Version 2.0. Statistik deskriptif yang digunakan ialah frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawaian. Penyelidik menghuraikan analisis deskriptif ini dengan menggunakan jadual interpretasi min tingkah laku afektif yang telah dirumuskan oleh Nunally (1978) seperti ditunjukkan dalam Jadual (2) Jadual ini juga digunakan oleh Norasmah Othman (2001), Nik Mohd. Rahimi (2004), Azhar Ahmad (2006), Zawawi (2008) dan Mohd. Aderi (2008) dalam kajian mereka. Interpretasi terhadap min disusun mengikut turutan menurun dari min yang paling tinggi hingga kepada min yang paling rendah. Jadual 2 : Interpretasi Min Dimensi Tingkah Laku Afektif Skor min Interpretasi 4.01-5.00 Tinggi 3.01-4.00 Sederhana Tinggi 2.01-3.00 Sederhana Rendah 1.01-2.00 Rendah Sumber: Nunally (1978)

DAPATAN KAJIAN Demografi Pensyarah Tahfiz Al-Quran Demografi responden dalam kalangan pelajar tahfiz al-Quran dalam kajian ini merangkumi pemboleh ubah jantina, jenis institusi dan semester pengajian seperti jadual (3). Daripada 386 orang pelajar yang menjadi responden di Darul Quran JAKIM dan MTQN jumlah pelajar lelaki dan perempuan hampir sama iaitu seramai 205 orang (53.1%) pelajar lelaki dan 181 orang (46.9%). pelajar perempuan. Sementara itu jumlah pelajar di Darul Quran adalah lebih besar dari pelajar MTQN iaitu 230 orang pensyarah di Darul Quran JAKIM (59.6%) dan 156 orang pelajar dari MTQN (40.4%). Pecahan pelajar mengikut semester pula menunjukkan majoriti pelajar dari semester 3 seramai 244 orang (63.2%), sementara hanya 142 pelajar dari semester 5 (36.8%). Jadual 3: Taburan responden pelajar tahfiz mengikut kategori

90

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Pemboleh ubah Kategori Kekerapan % Lelaki 205 53.1 Jantina Perempuan 181 46.9 Darul Quran 230 59.6 Institusi MTQN 156 40.4 Tiga (3) 244 63.2 Semester Pengajian Lima (5) 142 36.8

Penggunaan ABH dalam Kalangan Pensyarah Tahfiz Dapatan kajian menunjukkan min keseluruhan penggunaan alat bantu hafazan di dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-Quran dari persepsi pelajar mencatatkan min 2.92 dan sisihan piawai 0.95 berada pada tahap sederhana rendah. Jadual 4.5 menunjukkan min, sisihan piawai dan interpretasi min penggunaan alat bantu hafazan dalam gaya pengajaran tahfiz al-Quran dari persepsi pelajar. Dapatan menunjukkan bahawa dua item penggunaan ABH dalam pengajaran tahfiz mencatatkan interpretasi min pada tahap tinggi, dua item mencatatkan interpretasi min pada tahap sederhana tinggi dan baki enam item mencatatkan interpretasi min pada tahap sederhana rendah. Dua item yang mencatatkan interpretasi min pada tahap tinggi ialah item Mengemaskini buku rekod kehadiran pelajar (min=4.06, sp=1.22), dan item Mengemaskini buku rekod tasmi’/ rekod mengajar (min=4.03, sp=1.09) Dua item lagi mencatatkan interpretasi min pada tahap sederhana tinggi iaitu item Menggunakan mashaf khas sebagai teks rujukan al-Quran dan terjemahan. (min=3.64, sp=1.17), dan item Menyediakan bahan yang secukupnya sebelum beliau memulakan pengajaran (min=3.22, sp=1.32) Manakala enam item mencatatkan interpretasi min pada tahap sederhana rendah iaitu item Menentukan kadar muka surat atau ayat yang perlu ditalaqqi oleh pelajar (min=2.81, sp=1.50) item Menggunakan bahan rujukan tambahan di dalam pengajaran tema makna ayat al-Quran (min=2.49, sp=1.34), item Mengedarkan ringkasan atau nota sebagai bahan rujukan tambahan kepada pelajar(min=2.37, sp=1.36) item Menggunakan kemudahan perpustakaan untuk mencari bahan tambahan pengajaran (min=2.36, sp=1.31) dan item Menggunakan majalah atau akhbar sebagai bahan pengajarannya (min=2.11, sp=1.28) dan item Menggunakan audio video untuk menunjukkan cara sebutan dan contoh bacaan qari terkenal (min=2.07, sp=1.27)

Jadual 4 : Penggunaan Alat Bantu Hafazan dalam Pengajaran Tahfiz %

Bil Item Pengajaran Kerap dan Min S.P Interpretasi Sangat kerap Mengemas kini buku rekod kehadiran 1 68.2% 4.06 1.12 Tinggi pelajar Mengemas kini buku rekod tasmi’/ rekod 2 68.7% 4.03 1.09 Tinggi mengajar

91

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

%

Bil Item Pengajaran Kerap dan Min S.P Interpretasi Sangat kerap Menggunakan mashaf khas sebagai teks 3 66.3% 3.64 1.17 Sederhana Tinggi rujukan al-Quran dan terjemahan Menyediakan bahan yang secukupnya 4 46.1% 3.22 1.32 Sederhana Tinggi sebelum beliau memulakan pengajaran. Menentukan kadar muka surat atau ayat 5 38.6% 2.81 1.50 Sederhana Rendah yang perlu ditalaqqi oleh pelajar Menggunakan bahan rujukan tambahan di 6 dalam pengajaran tema makna ayat al- 56.2% 2.49 1.34 Sederhana Rendah Quran Mengedarkan ringkasan atau nota sebagai 7 23.6% 2.37 1.36 Sederhana Rendah bahan rujukan tambahan kepada pelajar Menggunakan kemudahan perpustakaan 8 untuk mencari bahan tambahan 21% 2.36 1.31 Sederhana Rendah pengajaran Menggunakan majalah atau akhbar 9 17.9% 2.11 1.28 Sederhana Rendah sebagai bahan pengajarannya Menggunakan audio video untuk 10 menunjukkan cara sebutan dan contoh 16.3% 2.07 1.27 Sederhana Rendah bacaan qari terkenal Keseluruhan 2.92 0.95 Sederhana Rendah

Perbezaan Penggunaan ABH Berdasarkan Demografi Pensyarah Tahfiz Hasil Analisis Varian Sehala bagi menguji skor min dan sisihan piawai amalan penggunaan ABH dalam pengajaran pensyarah berdasarkan demografi jantina, jenis institut, dan semester pengajian adalah seperti jadual (5)

Jadual 5: Analisa perbezaan min penggunaan ABH dalam pengajaran pensyarah mengikut demografi Jantina Lelaki Min 2.93 Sp 1.02 Perempuan Min 2.90 Sp .86 Jenis Institut Darul Quran Min 2.98 Sp .93 MTQN Min 2.81 Sp .97

92

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Semester Tiga (3) Min 3.09 Sp .91 Lima (5) Min 2.70 Sp .97

Bagi menerangkan perbezaan yang signifikan di antara nilai min pemboleh ubah jantina, jenis institut, dan semester pengajian, analisis linear univariet dijalankan dan hasilnya adalah seperti jadual (6)

Jadual 6: Analisis linear Univariet Persepsi Pensyarah terhadap amalan pengajaran berdasarkan pemboleh ubah jantina, jenis institut dan semester pengajian Jumlah Darjah Min Kuasa Kesan utama Nilai F Signifikan Kuasa Dua Kebebasan Dua

Jantina .512 1 .512 .579 .447

Jenis Institut 1.776 1 1.776 2.009 .157

Semester 9.202 1 9.202 10.407 .001*

Ralat 337.766 382 .884

Jumlah 3634.090 386

Signifikan pada aras p<0.05 Hasil análisis ujian linear univariet daripada jadual di atas menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap penggunaan ABH dalam pengajaran pensyarah berdasarkan jantina pensyarah (F(1, 386) =0 .579, p=0.447). Ini bermakna tahap penggunaan ABH dalam pengajaran pensyarah lelaki dan pensyarah perempuan adalah sama. Perbandingan persepsi pensyarah terhadap penggunaan ABH dalam pengajaran pensyarah berdasarkan Jenis institusi menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap penggunaan ABH dalam pengajaran pensyarah berdasarkan jenis institut (F(1, 386) =2.009, p=0.157). Ini bermakna tahap penggunaan ABH dalam pengajaran pensyarah di Darul Quran dan MTQN adalah sama. Manakala hasil analisis ujian linear univariet pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap penggunaan ABH dalam pengajaran pensyarah berdasarkan semester pengajian (F(1, 386)= 10.407, p=0.001), Ini bermakna pensyarah yang mengajar semester 3 menggunakan ABH lebih kerap (min=3.09) berbanding pensyarah yang mengajar semester 5 (min=2.70) dari persepsi pelajar.

PERBINCANGAN Mushaf al-Quran al-Karim merupakan bahan utama di dalam proses pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-Quran (Muhammad Muhsin 1994; Abu al-Wafa 1999; Al-Syarbini 2004; Abu al-Fida’ 2006). Namun begitu terdapat pelbagai alatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran lain yang boleh digunakan oleh pensyarah dan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran tahfiz al- Quran. Bahan yang dilihat dan dibaca seperti mushaf al-Quran, komputer, slide, kad imbasan, white board, kitab-kitab tafsir dan sebagainya. Bahan yang didengar iaitu kaset mp3, cd, video, komputer, pita rakaman dan sebagainya. Bahan yang ditulis termasuk juga pen, kertas, white board, marker

93

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN pen dan sebagainya. Kepelbagaian bahan bantu mengajar akan dapat menarik minat pelajar kepada pelajar, memberi fokus, memberi gambaran jelas sesuatu teori dan konsep, menimbulkan keseronokan dan menghilangkan bosan kerana sesuatu yang baru didedahkan kepada pelajar setiap kali penyampaian PdP (Mohd Izham Mohd Hamzah & Noraini Attan, 2007) Berdasarkan dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan ABH dalam gaya pengajaran tahfiz al-Quran yang diutamakan oleh pensyarah ialah mengemaskini buku rekod kehadiran pelajar dan mengemaskini buku rekod tasmi’ atau rekod mengajar. Ia tidak lebih dari kawalan rekod hafazan semata-mata. Dapatan ini selari dengan Azmil dan Misnan (2013) yang melaporkan bahawa majoriti pensyarah hanya menggunakan ABH yang paling asas walaupun mereka mengetahui kepentingan mempelbagaikan ABH dalam menggalakkan pembelajaran pelajar. Kajian juga mendapati bahawa penggunaan ABH dalam pengajaran tahfiz al-Quran yang kurang diberi perhatian oleh pensyarah ialah menggunakan bahan bercetak seperti majalah atau akhbar sebagai bahan pengajarannya. pensyarah sepatutnya dapat mengaitkan isu-isu pembelajaran tahfiz melalui sumber bahan bercetak yang pelbagai supaya pengetahuan dan kemahiran pelajar dapat diperluaskan. Ini mungkin disebabkan salah faham dan memandang ringan kebanyakan guru kepada fungsi alat bantu mengajar sebagaimana yang dinyatakan oleh (Farrant, 1977). Sementara itu penggunaan media selain bahan bercetak berada pada tahap yang paling rendah. Ia seolah-olah menunjukkan jarang atau tidak pernah menggunakan audio video untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. perkara ini amat merugikan kerana terdapat terlalu banyak sumber audio dan video yang boleh membantu pembelajaran hafazan seperti cara sebutan dan contoh bacaan qari terkenal, penerangan tajwid, tarannum, teknik menghafaz dan lain-lain. keadaan ini membawa kepada terbatasnya penggunaan deria untuk pembelajaran hafazan al-Quran sedangkan penggunaan pelbagai deria telah disyorkan oleh Ahmad Mohd Salleh (2004), Al-Ahwani (1955), Muhammad Muhsin (1994) dan Abu al-Fida’ (2006). Secara umumnya penggunaan ABH dalam pengajaran tahfiz mencatatkan keputusan sederhana rendah bagi kategori kelas pelajar perempuan atau kelas pelajar lelaki. Begitu juga penggunaan ABH di Darul Quran dan MTQN berada pada tahap yang rendah. Penggunaan ABH nampaknya hanya berbeza bagi semester yang terkini. Ini berkemungkinan para pensyarah pada semester 3 lebih cenderung menggunakan ABH dalam pengajaran mereka. Namun secara keseluruhannya kajian menunjukkan elemen ABH memerlukan kepada usaha yang inovatif dan perubahan yang besar dengan mengoptimumkan penggunaan kemudahan ABH supaya objektif dan matlamat pendidikan tahfiz tercapai dengan jayanya.

IMPLIKASI KAJIAN Penggunaan ABH secara umumnya berada pada tahap yang sangat kritikal dan memerlukan kepada satu usaha inovatif dan perubahan yang besar. Perubahan secara neomobilistik perlu dilakukan dalam penggunaan ABH yang mana secara keseluruhannya sangat kritikal. Pengunaan ABH bersifat elektronik dan berbentuk teknologi maklumat perlu dilakukan satu perubahan besar dan perlu dikemas kini secara total dan menyeluruh tehadap sistem pendidikan tahfiz. Ianya amat kurang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-Quran. Ini adalah berpunca daripada fungsi dan peranannya kurang mendapat pendedahan yang sewajarnya kepada pelaksana kurikulum. Tambahan pula pendekatan secara tradisional lebih diminati dan diyakini oleh pelaksana kurikulum Hasil kajian ini telah membawa kepada implikasi terhadap amalan pengajaran tahfiz. Penggunaan ABH yang menunjukkkan keperluan kepada perubahan neomobilistik. Ini membawa pengertian bahawa penggunaan ABH memerlukan satu inovasi dengan melakukan perubahan secara besar-besaran. Pensyarah perlu terus digalakkan menambah pengetahuan dan kemahiran

94

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN dalam menyediakan dan menggunakan ABH dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan institusi tahfiz juga perlu mempersiapkan prasarana yang sesuai serta memudahkan pensyarah menggunakan ABH dalam pengajaran tahfiz.

KESIMPULAN Kajian ini memberi gambaran penggunaan ABH dalam pengajaran pensyarah tahfiz dari maklumbalas pelajar yang banyak menerima impak lansung sekiranya aspek ABH dikesampingkan. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan penggunaan ABH dalam pengajaran pensyarah tahfiz adalah sederhana rendah dan perlu dipertingkatkan, sementara beberapa kelemahan seperti kurangnya penggunaan teknologi dalam pengajaran, kurangnya penggunaan sumber rujukan yang pelbagai perlu diatasi bagi menongkah cabaran pendidikan semasa ke arah memperkasakan pendidikan tahfiz.

RUJUKAN Al-Quran Abu Al-Fida’, Muhammad izzat. (2006). Kaifa nahfazul Quran. Kaherah: Darul Salam Ab. Halim Tamuri, Khadijah. Abadul Razak. (2006). Kajian Amalan Pengajaran Pendidikan Islam di Sekolah rendah dan Menengah. Prosiding Seminar IRPA RMK-8, Kategori ERK 2006. 11. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Ahmad Mohd. Salleh. (2004). Pendidikan Islam falsafah, sejarah dan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Al-Ahwani, Ahmad Fuad. (1995). At tarbiyyah fil islam aw ta’alim fi ra’yil Qabisi. Kaherah: Darul Fikr al-Araby. Al-Habash, As-Syeikh Muhammad. (1987). Kaifa tahfaz al-Quran. Beirut: Dar al- Khair. Al-Khatib, Ahmed. (2009). Al-Taalim al-Aliy: al-isykaliyyat wa tahdiyyat. Irbid : Alamul kutub al- hadith. Al-Qabisi, Abi Hasan Ali Muhammad bin Khalaf. (1955). Ar risalah al mufassolah li ahwal al mua’llimin wa ahkam al- mua’llimin wa mutallimin. Kaherah: Dar Ehya’ al Kutub al Arabiyyah. Al-Rabie, Saied bin Hamad. (2008). Taa'lim al-Aliy fi asri al-ma'rifah. Amman: Dar el-Syuruq. Al-Sayuti, Jalaluddin Abdul Rahman. (1987). Al-Itqan fi ulumil Quran. Maktabah Mustafa al-Bab al-Halaby. Al-Syarbini, Ibrahim Abdul Muni’m. (2004). As-Sabil ila al-Jinan bi Bayan Kaifa Yuhfazul Quran. Zaqaziq: Dar Ibnu Kathir. Al-Tal, Said Musyrif. (1997). Qawaid al-tadris fi al-jamiah. Amman: Dar al-Fikir li al-Tibaah wa al-Nasyr. Azmil Hashim, & Misnan Jemali. (2014). Kajian Mengenai Hubungan antara Teknik Pembelajaran Tahfiz dengan Pencapaian Hafazan al-Quran Para Pelajar. Jurnal Perspektif, 6(2), 15-25. Azmil Hashim, Ab. Halim Tamuri, & Misnan Jemali. (2013). Latar Belakang Guru Tahfiz dan Amalan Kaedah Pengajaran Tahfiz Al-Quran di Malaysia. The Online Journal of Islamic Education, 1(1), 28-39. Brymen, A. & Cramer, D. (1999). Quantitative data analysis with SPSS Release 8 for Windows: A guide for social scientists. London: Routledge.

95

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Darul Quran (2007). Kaedah hafazan al-Quran. Selangor. Medan Hikmah Sdn. Bhd. Farrant, J.S. (1977). Prinsip dan amali pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka. Ismail Md Zain. (1997). Keberkesanan reka bentuk pengajaran bersistem di kalangan pelajar- pelajar sekolah menengah. Tesis PHD yang tidak diterbitkan. Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez Ilias, Ab. Halim Tamuri, & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2011). Amalan penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam kalangn guru cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education, 3(1), 59-74. Kamrul Azmi Jasmi, & Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam: Kaedah P&P (ed. Ke-2). Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Izham Mohd Hamzah, & Noraini Attan. (2007). Tahap Kesediaan Guru Sains Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat Berasaskan Komputer Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran. Jurnal Teknologi, 46, 45-60. Mohamad Marzuqi Abd Rahim. (2008). Pengajaran mata pelajaran hafazan al-quran: suatu kajian maahad tahfiz al-quran zon tengah. Laporan Projek Sarjana ,Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia: Universiti Pendidikan Sultan Idris Muhammad Muhsin Syeikh Ahmad. 1994. Al-Quran dan cara-cara menghafaz. Shah Alam: Perpustakaan Darul Quran. Nunally, J. C. 1978. Psycometric theory. New York: Mc. Graw Hill Book Company. Reigeluth, C. M. and Stein, F. S. (1983). Instructional design theories and models: an overview of their current states. Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Shalaby, Ahmad. (1978). At-Tarbiyah al-islamiyyah nuzumuha wafalasifatuha. Mesir: Maktabah an-Nahdah al-Misriyyah. Siti Fatimah Ahmad, & Ab. Halim Tamuri. (2010). Persepsis guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi multimedia dalam pengajaran j-QAF. Journal of Islamic and Arabic Education, 2(2), 53-64. Sufean Hussin, Shahril Marzuki, Ahmad Zabidi, Habib Md. Som, & Alina Ranee. (2005). Pentadbiran dalam pembangunan pendidikan. Pahang: PTS Sdn Bhd.

96

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

PROGRAM PERSIJILAN TAKHASSUS AL-QURAN DAN PRA TAHFIZ (START): PENGALAMAN PUSAT ISLAM UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Mohd Zamrus bin Mohd Ali1

ABSTRAK Sistem pengajian al-Quran dan hafazan di Pulau Pinang pada masa kini semakin mendapat perhatian masyarakat Islam dengan wujudnya kelas-kelas pengajian di Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), madrasah-madrasah, surau, masjid dan kelas-kelas persendirian. Justeru pendekatan secara talaqqi dan musyafahah yang menjadi rukun dalam pembelajaran al-Quran memberi impak kepada kewujudan pelbagai pusat pendidikan tahfiz dan al-Quran di negeri ini. Namun begitu, Universiti Sains Malaysia melalui Pusat Islam menggunakan platform program persijilan untuk menarik lebih ramai golongan awam dewasa meminati bidang tahfiz walaupun di usia tua. Pendekatan ini berjaya meyakinkan para peserta untuk menghafaz ayat-ayat al-Quran bermula juzuk satu setelah diperkenalkan teknik menghafaz dan mengulang yang dilatih oleh para pembimbing yang bertauliah lagi berpengalaman. Walaupun program ini baru diperkenalkan namun kesungguhan peserta, sistem pembelajaran yang lestari dan suasana di Universiti memberikan pengalaman yang berimpak tinggi kepada para peserta program Persijilan Takhassus al-Quran dan Pra Tahfiz di Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia. Kata Kunci : Talaqqi dan Musyafahah, Persijilan Takhassus al-Quran dan Pra Tahfiz, Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia.

PENDAHULUAN Untuk mewujudkan budaya warga kampus cemerlang dunia dan akhirat, Pusat Islam telah merancang program penerapkan pengajian ilmu Islam dan al-Quran dalam kalangan staf dan komuniti sekitar Universiti Sains Malaysia. Ilmu yang ditawarkan melibatkan kombinasi ilmu-ilmu al-Quran, Usuluddin, Syariah, Pengajian ulum al-Qur’an. Selain itu juga kursus-kursus seperti Pra Tahfiz al-Quran, ilmu bahasa Arab dan fatwa kontemporari Islam turut disusun untuk memberi pengetahuan yang luas kepada para pelajar. Pengajian Tajwid al-Quran mengandungi pelbagai tahap bermula dengan iqra’ rendah sehingga ke pringkat bacaan berlagu atau tarannum. Persijilan Pengajian Islam dan Persijilan Takhassus al-Quran dan Pra Tahfiz pula menyediakan pembelajaran lebih tinggi merangkumi pendidikan Islam merangkumi Syariah, Usuluddin dan Tasawwuf ditambah dengan hafazan al- Quran untuk sijil Takhassus al-Quran. Tenaga pengajar yang dijemput adalah pakar dalam bidang masing-masing untuk memastikan pelajar menguasai sepenuhnya ilmu yang disampaikan dalam kuliah-kuliah sepanjang pengajian. Untuk itu, Pusat Islam USM berhasrat untuk terus mengembangkan program al-Quran dan persijilan ini ke seluruh jabatan di luar USM untuk memberi sumbangan ilmu berterusan kepada warga staf khususnya serta masyarakat amnya.

1 Mohd Zamrus bin Mohd Ali adalah merupakan calon PhD Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

97 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

PERKEMBANGAN BUDAYA AL-QURAN DI PUSAT ISLAM UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Budaya al-Quran antara lain bermaksud kewujudan satu keadaan setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik secara langsung mahupun tidak langsung dalam kegiatan keilmuanal-Quran bagi setiap kesempatan. Kedudukan istimewa manusia di bumi, dinyatakan dengan jelas oleh Allah dalam al-Quran terletak pada kelebihannya dalam ilmu pengetahuan. Maksud Firman Allah : َّ َّ ُ ْ ْ ُ ... يَ ْر َفعِ ََّّللاُ ال ِذي َن آ َمنُوا ِمن ُك ْم َوال ِذي َن أوتُوا ال ِعل َم دَ َر َجا ٍت ۚ َو ََّّللاُ بِ َما تَ ْع َملو َن َخبِي ر “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan (dari kalangan kamu), beberapa darjat” (Surah al-Mujadilah 58:11) Untuk menterjemahkan keistimewaan manusia berdasarkan iman dan ilmu, Pusat Islam yang ditubuhkan pada tahun 1983 bernaung di bawah Universiti mula mengorak langkah dengan menubuhkan Pusat Jagaan anak-anak iaitu Hadhanah, Kelas al-Quran dan Fardhu Ain pada tahun 1983 dan Tadika Islam pada tahun 1984 dengan menjadikan al-Quran sebagai subjek teras. Walaupun begitu, pengajian al-Quran untuk golongan dewasa dan mahasiswa secara sistematik masih belum dilaksanakan secara meluas. Pusat Islam terus menjadikan pengajian al-Quran sebagai salah satu khidmat sosial secara terbuka di masjid, surau-surau desasiswa pelajar dan jabatan-jabatan dalam Universiti untuk tahun- tahun berikutnya. Pengajian ini pula dibawah kendalian para ustaz dan ustazah yang terdiri daripada pegawai hal ehwal Islam, pembantu hal ehwal Islam dan guru-guru yang dilantik khas. Tahun-tahun berikutnya kelas pengajian al-Quran tidak pernah putus daripada mengajar dan mendidik warga kampus dan masyarakat setempat walaupun secara tidak formal. Di samping mengendalikan khidmat sosial yang lain, pengurusan tertinggi Pusat Islam turut memperkasakan unit-unit dan pentadbiran Pusat Islam maka dengan itu ditubuhkan juga Unit Keilmuan dan Sains Islam, Pusat Islam Universiti Sains Malaysia. Unit ini memulakan pengajian al-Quran secara bersistem dan menganjurkan diskusi-diskusi sains Islam. Maka pada tahun 2010, Kelas al-Quran Dewasa dilancarkan secara formal dan berdaftar dengan melibatkan penyertaan seramai 30 yang terdiri daripada staf, mahasiswa dan orang awam. Ketika itu juga kelas-kelas yang diwujudkan ialah Kelas Asas al-Quran, Kelas Tajwid, Kelas Talaqqi dan Kelas Tarannum. Namun pada tahun berikutnya Kelas al-Quran Dewasa kian mendapat sambutan dengan penyertaan seramai 130 orang yang juga terdiri daripada kalangan staf, mahasiswa dan orang awam. Kelas pengajian kian bertambah dan bilangan tenaga pengajar juga ditingkatkan. Setelah 3 tahun terlaksana dan mendapat sambutan yang menggalakkan maka pada tahun 2013 Pusat Islam mengembangkan kelas pengajian al-Quran kepada 16 kelas-kelas pengajian al-Quran yang beroperasi pada waktu pagi, petang dan malam malah menubuhkan satu lagi program baru iaitu Program Persijilan Islam (PPI).

PELAKSANAAN PROGRAM PERSIJILAN ISLAM (PPI) Dalam bahagian ini akan dinyatakan pelaksanaan PPI antaranya ialah pengurusan dan pentadbiran, objektif, falsafah, visi, moto, subjek yang ditawarkan, sistem pengajian dan perkara-perkara yang berkaitan dengan perjalanan program ini. Pentadbiran Program Persijilan Pengajian Islam dilaksanakan di kampus Induk Universiti Sains Malaysia yang terletak di Pulau Pinang. Di kampus Induk, pentadbiran dilaksanakan melalui lima komponen utama, iaitu Bahagian Akademik, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Bahagian Kewangan, Bahagian Peperiksaan dan Bahagian Pengurusan.

98

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Bahagian pentadbiran di kampus Induk diketuai oleh seorang Ketua Pelaksana, sementara di kampus cawangan diketuai oleh Pegawai Tanggungjawab yang dilantik yang bertanggungjawab kepada Pengarah Pusat Islam USM. Bagi memberi ruang kepada lebih ramai mengikuti program Persijilan ini, dua program ditawarkan kepada sesiapa yang berminat. Dua program adalah seperti berikut: 1. SIJIL TAKHASSUS AL-QURAN DAN PRA TAHFIZ (START) 2. SIJIL PENGAJIAN ISLAM (SPI) Antara objektif PPI adalah seperti berikut : 1. Menyediakan peluang kepada warga kampus dan masyarakat luar untuk meningkatkan ilmu al-Quran dan pengajian Islam dengan mudah dan mesra. 2. Memberi galakan kepada warga kampus dan masyarakat luar agar mendalami ilmu-ilmu Islam secara lebih formal. 3. Meningkatkan tahap ilmu serta kefahaman Islam kepada warga kampus dan masyarakat. 4. Merealisasikan Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan ilmu bercirikan Baitul Hikmah. 5. Manambah penglibatan sosial Pusat Islam dengan warga kampus dan masyarakat. Falsafah Pengajian PPI pula adalah “Pengajian Islam harus disebarkan melalui falsafah IQRA’ dalam iklim kegemilangan tamadun ilmu sebagai elemen asas pembentukan khaira ummah yang menjunjung tinggi disiplin ilmu-ilmu al-wahyu.” Visi program ini berbunyi “Beriltizam untuk menjulang budaya tamadun ilmu di kalangan warga kampus dan masyarakat yang berkemahiran dalam disiplin ilmu-ilmu al-wahyu, profesional dan berilmu melalui program Persijilan Pengajian Islam sebagai pemangkin membina kegemilangan intelek ummah yang bertamadun.” Manakala motonya ialah “Memperkasa Peradaban Intelektual Muslim.” Kelayakan dan syarat pengambilan pula tidak terlalu ketat. Antaranya ialah : a) Warganegara Malaysia. b) Berumur 18 tahun ke atas. c) Boleh membaca dan menulis jawi pada tahap sederhana. d) Kelayakan Bahasa Arab atau Pengetahuan Agama Islam tidak diperlukan. e) Temuduga diwajibkan kepada calon yang ingin mengikuti Persijilan Takhassus al-Quran dan pra Tahfiz dan wajib lulus. Antara subjek-subjek yang ditawarkan dalam program ini adalah seperti berikut: A) Sijil Takhassus al-Quran dan Pra Tahfiz.(START)

Semester 1 Semester 2 Semester 3 Semester 4

Hifz Al-Quran I Hifz Al-Quran II Hifz Al-Quran III Hifz Al-Quran IV

Ulum Al-Quran I Ulum Al-Quran II Tarikh Qurra’ Ulum Qiraat II

Ahkam Tajwid I Ahkam Tajwid II Ahkam Tajwid III Metod Tafsir Al-Quran

99

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Semester 1 Semester 2 Semester 3 Semester 4

Tafsir Ayat Al-Ahkam Al-Lughah Al-Arabiah Al-Lughah Al-Arabiah Tafsir Ayat Al-Ahkam I II III IV

Al-Lu ghah Al-Arabiah Al-Lughah Al-Arabiah Ulum Qiraat I Tarannum Al-Quran I II

B) Sijil Pengajian Islam.(SPI)

Semester 1 Semester 2 Semester 3 Semester 4

Al-Hadith Akhlah & Tasawwuf Metodologi Dakwah Aqidah Islam

Metodologi Dakwah Fiqh Munakahat Tafsir Ayat Al-Ahkam Fiqh Jinayat

Aliran Pemikiran Fiqh Ibadah Ulum Al-Quran Fiqh Mu’asirah Semasa

Usul Fiqh Ulum Al-Hadith Fiqh Munakahat Siyasah Syar’iyyah

Al-Lughah Al-Arabiah Al-Lughah Al-Arabiah Al-Lughah Al-Arabiah Al-Lughah Al-Arabiah 1 II III IV.

Untuk pengajian Sijil Takhassus al-Quran dan Pra Tahfiz (START), sistem temuduga dijalankan sebelum pengajian bermula bagi menilai kemampuan dan keupayaan peserta menghafal ayat-ayat al-Quran. Berikut ialah perkara yang dinilai dalam temuduga tersebut. Hafazan (50 markah), Tajwid (20 markah), Kesungguhan dan Minat (20 markah) dan Motivasi diri (10 markah). Antara yang perlu ditekankan semasa sesi temuduga ialah calon mempunyai keazaman untuk menghabiskan pengajian, bacaan secara tartil atau tadwir, mengetahui hukum tajwid yang asas dan hafazan sekurang-kurangnya tiga baris paling minimum. Hal ini berikutan faktor usia dan bebanan lain yang sedang dan akan dilalui oleh para pelajar terutama yang terdiri daripada warga emas. Program Persijilan dijalankan mengikut sistem semester iaitu selama 4 semester (2 tahun) bermula Januari dan berakhir Disember. Pelajar-pelajar yang mengikuti program ini akan melalui kaedah penilaian kursus iaitu: Peperiksaan 80% . Tugasan 15%. Kehadiran 5% Syarat untuk membolehkan calon memperolehi sijil adalah seperti berikut:  Sijil Pengajian Islam perlu lulus (markah lulus 30) dalam peperiksaan bagi kesemua kursus yang ditawarkan.  Sijil Penyertaan perlu menghadiri kelas sebanyak 80% untuk melayakkan diri untuk mendapatkan sijil penyertaan.

YURAN PENGAJIAN Yuran hendaklah dibayar pada bulan Disember dan Jun setiap tahun pengajian. Yuran pendaftaran : RM 350 (sekali sahaja). Yuran setiap semester : RM 380 (setiap semester). Yuran mengulang : RM 76 (setiap kursus)

100

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

TENAGA PENGAJAR Tenaga pengajar adalah warganegara Malaysia sekurang-kurangnya memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam atau yang setaraf dengannya kecuali bagi program Bahasa Arab mengambil tenaga yang berpengalaman walaupun tidak memiliki Ijazah Sarjana Muda. Walaupun begitu, dalam perancangan masa hadapan kesemua tenaga pengajar perlu memiliki ijazah dan bidang masing- masing.

SIJIL Sijil di sahkan oleh Naib Canselor USM dan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang. Lambang utama pada Sijil akan mengandungi logo USM, Jabatan Mufti Pulau Pinang dan layak melanjutkan pengajian ke tahap seterusnya di Kolej-kolej yang menawarkan pengajian Islam. Majlis khas menyampaian sijil diadakan dalam Majlis Ihtifal atau konvokesyen yang dijalankan di USM. Sejak penubuhannya pada tahun 2013 hingga 2016, program ini telah melahirkan 38 graduan persijilan yang lulus dan berjaya menamatkan pengajian mereka.

KESIMPULAN Semoga dengan wujudnya Program Persijilan Islam ini akan memberi kebaikan yang banyak kepada pelajar, staf Universiti dan masyarakat sekitar. Khususnya memberi impak yang positif kepada kesihatan fizikal, mental dan kerohanian. Hal ini membantu peningkatan prestasi kerja dan mutu penghasilan produk kepada yang lebih baik. Sesungguhnya insan yang berilmu dan bertaqwa adalah simbol kepada kemulian yang diterima dari Allah. Pembinaan tamadun manusia harus juga kembali kepada ubudiah makhluk kepada al-Khaliq menerusi asas ilmu wahyu dan epistemologi Islam. Adalah diharapkan Program PPI ini akan meningkatkan bilangan umat Islam yang lebih faham konsep Islam sebagai addin yang syumul khususnya. Semoga semua yang mengikutinya berjaya membentuk komuniti ilmu yang baru faham ilmu dan menggerakkan budaya ilmu dalam masyarakat apabila mereka tamat pengajian kelak.

101

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

102

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

AMALAN SPRITUAL MENGHAFAZ AL-QURAN DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR IMTIAZ NEGERI TERENGGANU Muhammad Zawawi Bin Muhammad Ali @ Yusof1 Dr. Nor Hafizi Bin Yusof2

ABSTRAK Kajian ini diketengahkan bagi melihat kepentingan amalan menghafaz al-Quran yang merupakan salah satu amalan spritual Islam membantu pelajar-pelajar sekolah menengah Imtiaz negeri Terengganu berjaya dalam bidang akademik yang sekaligus menolak tanggapan bahawa pelaksanaan kurikulum dwisistem tahfiz dan akademik membebankan. Penyelidikan yang telah dilakukan oleh pengkaji yang menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan analisis dokumen dengan menilai dan menganalisis data dan diterjemahkan dalam bentuk pendekatan naratif telah membuktikan bahawa amalan menghafaz dalam kurikulum tahfiz membantu pencapaian akademik pelajar khususnya dalam peperiksaan SPM pelajar-pelajar di empat buah sekolah Imtiaz negeri Terengganu. Kedudukan dalam kalangan 20 sekolah terbaik semenjak 2007 daripada 143 buah sekolah, anugerah cemerlang peringkat negeri dari tahun 2008 hingga 2015 dengan min < 2.8. Pencapaian institusi persekolahan yang berteraskan model Ulul al-Bab ini membuktikan mereka dapat menyaingi dan berjaya mengatasi sekolah-sekolah ‘pilihan’ yang sudah terkenal seperti Sekolah Menengah Sains (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Apa yang menarik ialah kejayaan mengeluarkan pelajar hafiz dan hafizah seramai 788 orang dari 1317 pelajar sepanjang 2012 hingga 2015 yang mewakili 59.83% jumlah pelajar yang berada pada umur 17 tahun atau pada peringkat SPM. Keberkesanan pelaksanaan kurikulum bersepadu tahfiz- akademik Imtiaz telah mendorong pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menambahkan jumlah sekolah daripada tiga buah sebagai projek rintis kepada 19 buah dengan mengambil model samada Tahfiz Model Ulul al-Bab (TMUA) atau Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT). Kata kunci: Amalan Spritual, Kecemerlangan Akademik, Sekolah Menengah IMTIAZ.

PENGENALAN Terdapat berbagai faktor yang mempengaruhi tahap pencapaian akademik pelajar, antaranya ialah faktor sosio-ekonomi, tahap pendidikan ibu bapa, pendapatan keluarga, motivasi diri, gaya pengajaran guru dan juga gaya pembelajaran pelajar (Considine & Zappala, 2002; Fraser & Killen, 2003; Harb & El-Shaarawi, 2006). Menurut Considine dan Zapalla (2002) faktor tahap sosio- ekonomi dan taraf pendidikan keluarga merupakan antara faktor yang sering dibincangkan dalam kajian prestasi akademik dan menjadi faktor penarik (pull factors) untuk mencapai prestasi akademik yang tinggi. Manakala kajian Ishak (2004) menunjukkan bahawa wujudnya faktor penolak (push faktor) iaitu perkaitan antara konsep kendiri pelajar dengan pencapaian akademik. Walau bagaimanapun kajian juga mendapati bahawa tahap penglibatan keagamaan (religious involvement) dan sprituality juga menjadi faktor penyumbang kepada pencapaian akademik dalam kalangan pelajar (French et.al.,2008; Hodge & Cuddeback, 2010; Steward & Jo, 1998). Hodge dan Cuddeback (2010) berhujah mengenai kepentingan faktor sprituality dalam pencapaian akademik. Begitu juga dalam kajian French et al. (2008) ke atas remaja Islam di Indonesia membuktikan bahawa penglibatan keagamaan (religious involvement) dapat dikaitkan dengan beberapa pemboleh

1 Emel: [email protected]. 2 Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, emel: [email protected].

103 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN ubah termasuk pencapaian akademik, tingkah laku prososial dan juga estimkan diri (self-esteem) pelajar. Menurut Islam, amalan spritual atau amalan kerohanian adalah merujuk kepada empat elemen kerohanian manusia iaitu al-ruh, al-qalb, al-áql dan al-nafs (al-Ghazali, 2000: 532). Aspek ini sama sekali tidak boleh diabaikan oleh pelajar-pelajar Islam dalam pelbagai peringkat bagi memastikan kebergantungan mereka terhadap Allah SWT sepanjang masa untuk mengejar kejayaan dunia dan akhirat. Pengukuhan kerohanian dan aspek-aspek kerohanian mampu menyumbang kepada pembelajaran berkesan. Ia berkait rapat dengan aspek psikologi dan mental manusia dalam konteks kebergantungan manusia kepada Allah SWT.(Mohammad Shatar, 2005:15). Persediaan spritual atau kerohanian termasuklah menunaikan solat lima waktu, membaca al-Quran, mendirikan solat-solat sunat dan sebagainya. Bagi pengkaji Barat, mereka juga mengakui kepentingan aspek sprituallity. Kajian yang telah dilakukan oleh mereka berfokuskan kepada alemen kerohanian dalam pendidikan (Buchanan, 2009; Campbell, 2010; Daniliuk et al., 2010; Revell, 2008). Kajian yang telah dilakukan oleh Revell (2008) di Boston dan Chicago mendapati bahawa terdapat keperluan untuk menerapkan nilai kerohanian dalam pembelajaran di sekolah sebagai salah satu reaksi menghadapi gejala negatif kesan pemodenan masyarakat. Satu kajian yang dijalankan oleh Daniliuk et al. (2010) di Rusia mendapati sekolah-sekolah baru di Rusia perlu melaksanakan komponen kerohanian dalam pembangunan personaliti warga Rusia. Begitu juga dalam piagam umum pendidikan Rusia, kerohanian telah dianggap sebagai kunci utama pendidikan di Rusia. Manakala Campbell (2010) dalam kajian doktor falsafahnya mencadangkan agar transformasi dilakukan dalam pendidikan dengan menerapkan teori-teori pendidikan dengan peranan sprituality sebagai faktor utama dalam proses pendidikan.

LATAR BELAKANG KAJIAN Pendidikan kerohanian atau sprituality adalah salah satu kompenan yang ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memasukkan kompenan Pendidikan Islam dan Moral di dalam sistem pendidikan negara. Bagi memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan individu yang seimbang dari aspek fizikal, emosi, rohani dan intelektual maka penekanan dari sudut pembangunan spritual merupakan salah satu dari aspek yang diberi penekanan. Satu kajian telah dilakukan oleh Rohana et al. (2010) untuk merungkai falsafah di sebalik pembangunan diri dari perspektif kerohanian melalui proses pendidikan. Oleh yang demikian kajian ini dilakukan untuk melihat sejauhmana kepentingan amalan kerohanian khususnya aktiviti menghafal al-Quran dalam kurikulum hafazan Imtiaz dapat dikaitkan dengan kecemerlangan akademik pelajar-pelajar Imtiaz di negeri Terengganu. Jika dilihat kepada perkembangan semasa dalam negara mengenai corak permintaan yang tinggi dari tahun ke tahun untuk memasuki sekolah atau institusi tahfiz yang menawarkan sijil tahfiz dan sijil akademik peperiksaan awam seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Penilaian Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Bermula pada era akhir 80an dan awal 90an maka bermulalah kewujudan pusat-pusat tahfiz yang menyediakan peperiksaan awam seperti SRP dan SPM sebagai persediaan untuk memudahkan pelajar masing-masing berada dalam pasaran pekerjaan pada masa akan datang (Syed, 2003). Perkembangan positif ini berjaya menarik minat dan mendorong ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat tahfiz yang menyediakan peperiksaan awam. Menurut Sidek Baba (2009) permintaan yang tinggi dari kesedaran ibu bapa di seluruh negara yang ingin melihat anak-anak mereka menjadi seorang hafiz dan dalam masa yang sama berjaya juga dalam bidang akademik menyebabkan banyak pusat-pusat tahfiz diwujudkan sama ada oleh pihak

104

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN kerajaan, swasta atau persendirian. Keperluan kepada pusat tahfiz seolah-olah menjadi “supplement” kepada kebanyakkan ibu bapa yang semakin menyedari bahawa amalan spritual ini sangat berkesan dan merupakan senjata yang ampuh untuk kecemerlangan akademik anak-anak mereka. Penubuhan Ma’ahad Tahfiz al-Quran Negeri (MTQN) di seluruh negara telah memainkan peranan besar dalam perkembangan pengajian ilmu-ilmu al-Quran terutamanya dalam bidang Hafazan dan Qiraat (Darul al-Quran, 2014). Namun sebagaimana yang telah kita sebutkan pada peringkat awal, kebanyakkan pusat-pusat tahfiz yang ditubuhkan ini hanya melihat dari satu sudut ilmu yang berkaitan dengan al-Quran sahaja dengan meminggirkan ilmu akademik yang menjadi tunjang dalam sistem pendidikan negara. Hasil dari pemisahan dua jenis institusi ini dengan kurikulum yang berbeza mewujudkan jurang antara pelajar di bawah kelolaan masing-masing dengan apa yang kita gelarkan “golongan sekular” bagi sekolah yang diwujudkan oleh pihak kerajaan dan “golongan agama” keluaran dari pusat-pusat tahfiz dan sekolah pondok yang kebanyakkannya dikelolakan oleh kerajaan negeri, pihak swasta atau persendirian. Keadaan ini berterusan begitu lama sehinggalah pada akhir 80an dan awal 90an wujud kesedaran oleh pihak pengelola atas desakan masyarakat dan ibu bapa untuk menyediakan pusat pengajian yang menyediakan ilmu al-Quran dan ilmu akademik seiring (Sidek, 2009). Sidek (2009) menjelaskan kesedaran betapa pentingnya ilmu al-Quran dan ilmu akademik diadunkan secara bersepadu maka tradisi penubuhan pusat tahfiz telah mengalami perubahan mengikut masa dan zaman. Dari hanya berfokuskan kepada kebolehan menghafaz dan mendalami ilmu yang berkaitan dengan al-Quran semata-mata kepada pengembangan disiplin ilmu yang lebih padu dan meyeluruh merangkumi segenap ilmu yang wujud dalam wahyu untuk faedah dunia dan akhirat. Atas kesedaran bahawa betapa dunia hari ini memerlukan para huffaz yang profesional untuk menerajui dunia, maka wujud pusat tahfiz yang mengadunkan ilmu al-Quran dan ilmu akademik secara bersepadu yang dikenali sebagai Maahad Tahfiz al-Quran Negeri (MTQN) antaranya Ma’ahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat, Pulau Pinang, Ma’ahad Tahfiz al-Quran al-Itqan, Selangor, Ma’ahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat, Pulau Chondong, Kelantan dan di negeri Terengganu dikenali dengan Institut al-Quran (IQ) dan Sekolah Menengah IMTIAZ yang dikelolakan oleh Yayasan Terengganu. Walaupun ia tidak tersenarai sebagai institusi tahfiz secara khusus, namun bermatlamat melahirkan generasi Quranic, Ensiklopedik dan Ijtihadid IMTIAZ dianggap antara yang terbaik di negeri Terengganu kerana aliran sekolah ini yang melaksanakan kurikulum akademik arus perdana dan kurikulum hafazan yang berkesan. Menurut Syukeri (2010) kombinasi dua sistem kurikulum yang berjalan serentak ini dianggap sebagai inovasi dalam pendidikan negara.

Jadual 1. Senarai Intitut Tahfiz Negeri dan Swasta yang melaksanakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz(KBT) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) 2015 Bil Negeri Kerajaan Swasta/ Persendirian Jumlah Pusat/Negeri (Berdaftar) Keseluruhan 1. Selangor 4 42 46 2. Kelantan 6 - 6 3. Perak 5 - 5 4. Kedah 1 3 4 5. Pulau Pinang - - - 6. Johor - 6 6

105

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Bil Negeri Kerajaan Swasta/ Persendirian Jumlah Pusat/Negeri (Berdaftar) Keseluruhan 7. Pahang - - - 8. Melaka 1 2 3 9. Negeri Sembilan 1 4 5 10. Terengganu - - - 11. Sabah - - - 12. Kuala Lumpur - - - 13. Perlis - - - 14. Sarawak - 1 1 JUMLAH 18 58 76 Sumber: Bahagian Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 2015

OBJEKTIF KAJIAN 1. Mencari bukti terhadap kepercayaan bahawa amalan spritual hafazan al-Quran membantu kecemerlangan akademik pelajar Imtiaz. 2. Mengenalpasti apakah wujud konflik kepentingan dalam amalan kurikulum bersepadu antara kurikulum hafazan dan akademik dalam kalangan pelajar Imtiaz. 3. Mengetahui keberkesanan perlaksanaan kurikulum bersepadu dalam kalangan pelajar- pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Terengganu.

METODOLOGI KAJIAN Kajian menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan analisis dokumen dengan menilai dan menganalisis data dan diterjemahkan dalam bentuk pendekatan naratif. Data-data yang diperolehi termasuklah keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diperolehi dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dari tahun 2008 hingga 2015 dan data-data hafazan al-Quran dari empat buah Imtiaz yang menjadi fokus kepada kajian iaitu Imtiaz Besut, Imtiaz Dungun, Imtiaz Kuala Terengganu dan Imtiaz Kuala Berang. Manakala data-data yang berkaitan dengan institusi tahfiz diseluruh negara diperolehi dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan maklumat serta data-data berkaitan dengan kurikulum bersepadu persekolahan diperolehi dari Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia.

SEJARAH IMTIAZ (INTEGRITY ICON, T.TH) Dalam Bahasa Arab, ‘imtiaz’ adalah bermaksud kecemerlangan. Penubuhan Sekolah Menengah ‘imtiaz’ adalah hasil cetusan idea Dato’ Seri Idris Bin Jusoh (pada ketika itu adalah Timbalan Menteri Pembangunan) pada 31 Mei 1996. Ianya merupakan kesinambungan daripada program ‘Pintar Quran’ (Quranic Excellence) yang telah dijalankan di Besut, Terengganu. Satu sesi percambahan fikiran seterusnya telah diadakan di Hyatt Regency Saujana Hotel, Subang pada 23 November 1996 yang telah dihadiri oleh ahli-ahli akademik, guru-guru agama dan ahli-ahli profesional. Sehubungan dengan itu pada tahun 1996 Dato’ Seri Idris bin Jusoh telah mencadangkan penubuhan sekolah ini kepada pihak MARA (MRSM). Sesi ‘Brainstorming’ dengan professional (ahli Akademik) juga diadakan dan lawatan ke luar negara iaitu United Kingdom, Dubai dan Canada juga dilakukan untuk merealisasikan cita-cita murni ini.

106

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Pada tahun 1997 hingga 1998 beliau telah mencari kawasan (tapak), guru-guru yang berminat dan sumber kewangan untuk menubuhkan sekolah ini. ‘imtiaz’– School Of Excellence mula beroperasi pada 9 Januari 1999 dengan kemasukan 7 orang pelajar baru. Matlamat utama penubuhan‘imtiaz’sebagai sebuah sekolah Agama Bestari adalah untuk melahirkan pelajar yang bukan hanya cemerlang dalam bidang agama dan akademik, tetapi juga menguasai bidang Sains, Matematik, ICT, Kemahiran Bersosialisasi serta Kepimpinan. ‘imtiaz’ – School of Excellence juga sebuah sekolah swasta yang berdaftar Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Peraturan-Peraturan Pendididikan (Institusi Pendidikan) 1997 No. Perakuan Pendaftaran T2B 0062. Penekanan diberikan kepada hafazan Al-Quran, penguasaan Bahasa Melayu, Arab, Inggeris, Mandarin dan pendedahan kepada Sains dan Teknologi serta penggunaan kaedah pembelajaran ‘Super Learning’ yang akan melahirkan pelajar-pelajar ‘Soleh Pintar’ yang cemerlang dalam semua bidang dan mempunyai peribadi muslim yang unggul. Penggabungan sistem pembelajaran berfokuskan Al-Quran, Pembangunan Sahsiah dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) yang terdapat di‘imtiaz’menjadikan ianya sebagai satu-satunya Sekolah Agama Pintar (Religous Smart School) yang ulung di negara ini. Dalam konteks ini penekanan juga diberikan kepada:  Hafazan Al-Quran  Penguasaan Bahasa-Bahasa Asing  Sains dan Teknologi (ICT) Di samping itu juga pihak pengurusan ‘imtiaz’ telah mengadakan lawatan ke Maahad Al Zaytun, Haurgeulis, Indramayu Indonesia pada tahun 2000 dan Islamic College di Cape Town, Afrika Selatan pada tahun 2001 sebagai satu tinjauan awal untuk memperkemaskan lagi sistem ‘imtiaz’. Pada tahun 2002, sekolah ini telah didaftarkan sebagai Sekolah Menengah Agama ‘imtiaz’ mengikut kaedah-kaedah pendaftaran dan kawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1988 – Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, bagi menjalankan kurikulum agama dan hafazan Al-Quran. Pada tahun 2003,‘imtiaz’ telah didaftarkan sebagai sebuah sekolah swasta dan diuruskan oleh Yayasan Ehsan –No. Syarikat 302781- x – bagi menawarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Pada tahun 2004, pengurusan‘imtiaz’telah diserahkan secara rasminya kepada Yayasan Terengganu . Pada tahun 2006, sekolah ini telah diuruselia oleh Integrity Icon Sendirian Berhad, anak syarikat Yayasan Terengganu dan diiktiraf sebagai sekolah berasrama penuh kerajaan Negeri Terengganu. Akhirnya, pada tahun 2007, ‘imtiaz’ didaftarkan sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Amalan Spritual membantu kecemerlangan akademik. Kejayaan cemerlang yang dicapai oleh IMTIAZ Terengganu yang sinonim dengan panggilan Ulul al-Bab dalam bidang akademik pada peringkat kebangsaan (imtiaz, 2016) telah menyedarkan masyarakat betapa tanggapan setengah pihak yang menganggap kurikulum hafazan disediakan membebankan pelajar dalam akademik adalah salah dan tersasar sama sekali. Malah kurikulum yang bersifat amalan spritual ini telah mengisi sebahagian besar waktu harian pelajar dengan mendekati al-Quran melalui aktiviti membaca dan menghafaz ayat-ayat al-Quran berdasarkan modul dan kaedah-kaedah tertentu. Keupayaan pelajar-pelajar IMTIAZ menyaingi sekolah-sekolah Berasrama Penuh (SBP) popular di negeri Terengganu seperti Sekolah Menengah Sains, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama memungkinkan betapa perlunya Kementerian Pendidikan Malaysia menyemak semula Kurikulum Persekolahan Kebangsaan kepada kurikulum yang lebih menyeluruh kesan akhirnya iaitu merangkumi

107

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN kecemerlangan akademik dan akhlak melalui amalan hafazan al-Quran bagi pelajar Muslim. Isu yang menjadi percakapan dan bualan masyarakat: “Pelajar sekolah primier hanya cemerlang akademik sahaja, tetapi teruk dari sudut akhlak dan sahsiah” tidak akan timbul sekiranya pelajar- pelajar tersebut ditanam ke dalam jiwa mereka amalan menghafaz dan disiplin ilmu al-Quran selain ilmu akademik. Malah amalan menghafaz dengan kaedah dan metod yang betul oleh pelajar Sekolah IMTIAZ telah membantu pelajarnya meraih kejayaan yang sangat cemerlang walaupun usianya masih muda berbanding sekolah-sekolah ternama yang lain. Keputusan pencapaian akademik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam jadual di bawah membuktikan bahawa amalan spritual berbentuk bacaan dan hafazan al-Quran telah membantu mereka melonjatkan nama Imtiaz dalam arena pendidikan negara.

Jadual 2. Pencapaian SPM Sekolah Imtiaz Peringkat Negeri Terengganu Tahun Bil. Sekolah IMTIAZ Gred Purata Kedudukan 2007 108 Besut 2.50 2 Kuala Terengganu 2.63 3 2008 134 Dungun 2.78 10 Kuala Terengganu 3.03 13 Kuala Berang 3.64 19 2009 138 Kuala Terengganu 2.19 8 Dungun 2.57 15 Kuala Berang 2.80 18 2010 134 Kuala Terengganu 1.82 2 Dungun 2.02 4 Kuala Berang 2.61 11 2011 135 Dungun 1.82 3 Kuala Berang 2.18 8 Kuala Terengganu 2.42 10 2012 139 Besut 1.67 2 Kuala Terengganu 2.23 6 Kuala Berang 2.30 7 Dungun 2.39 11 2013 141 Besut 2.02 5 Kuala Terengganu 2.04 7 Dungun 2.16 8 Kuala Berang 2.23 9 2014 143 Besut 1.74 2 Dungun 1.90 3 Kuala Terengganu 2.29 8

108

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Tahun Bil. Sekolah IMTIAZ Gred Purata Kedudukan Kuala Berang 2.85 17 2015 143 Besut 1.72 1 Kuala Berang 2.00 3 Kuala Terengganu 2.37 8 Kemaman 2.48 10 Dungun 2.61 12

Sumber: Bahagian Penilaian Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu yang mula beroperasi pada tahun 2003 secara rasmi telah mengeluarkan kumpulan pelajar sulong SPM pada tahun 2007. Pada waktu itu dua Imtiaz sahaja yang terlibat iaitu Imtiaz Besut dan Imtiaz Kuala Terengganu manakala Imtiaz yang lain belum ada calon menduduki SPM.

Tidak wujud konflik kepentingan antara amalan menghafaz al-Quran dan pengajian akademik.

PENCAPAIAN AKADEMIK Jadual 3. Senarai Sekolah Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu 2008-2015 Tahun Bil Sekolah GPS 2008 1 Sm Sains Kuala Terengganu 1.84 2 Smk Mak Lagam 3.00 3 Smka Sheikh Abdul Malek 2.62 4 Sm Imtiaz Dungun 2.78 5 Smk Teja Putra 4.69 6 Smk Rantau Petronas 3.82 2009 1 Sm Sains Kuala Terengganu 1.84 2 Sbp Integrasi Batu Rakit 1.87 3 Smk Lembah Bidong 2.04 4 Mrsm Kuala Terengganu 2.05 5 Sm Sains Sultan Mahmud 2.09 6 Mrsm Kuala Berang 2.11 7 Smka Sheikh Abdul Malek 2.14 8 Sm Imtiaz Kuala Terengganu 2.19 2010 1 Sm Sains Kuala Terengganu 1.36 2 Sm Imtiaz Kuala Terengganu 1.82 3 Sma Atas Sultan Zainal Abidin 1.95

109

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Tahun Bil Sekolah GPS 4 Sm Imtiaz Dungun 2.02 5 Sbp Integrasi Batu Rakit 2.05 6 Sm Sains Dungun 2.10 7 Sm Sains Sultan Mahmud 2.25 2011 1 Sm Sains Sultan Mahmud. 1.48 2 Sbp Integrasi Batu Rakit 1.71 3 Sm Imtiaz Dungun, Dungun 1.82 4 Sm Sains Kuala Terengganu 1.85 5 Sma Atas Sultan Zainal Abidin, 1.86 6 Smka Sheikh Abdul Malek, 2.00 7 Smk Tengku Mahmud, Besut 2.17 8 Sm Imtiaz Kuala Berang 2.18 2012 1 Sm Sains Sultan Mahmud 1.49 2 Sm Imtiaz Besut, Besut 1.67 3 Sm Sains Kuala Terengganu 1.79 4 Sma Atas Sultan Zainal Abidin 2.06 5 Sm Sains Hulu Terengganu 2.07 6 Sm Imtiaz Kuala Terengganu 2.23 2013 1 Sm Sains Sultan Mahmud 1.12 2 Sm Sains Kuala Terengganu 1.64 3 Sbp Integrasi Batu Rakit 1.87 4 Sma Atas Sultan Zainal Abidin 1.92 5 Sm Imtiaz Besut, Besut 2.02 6 Sm Sains Dungun, Dungun 2.03 7 Sm Imtiaz Kuala Terengganu 2.04 8 Sm Imtiaz Dungun, Dungun 2.16 9 Sm Imtiaz Kuala Berang 2.23 10 Smka Sheikh Abdul Malek 2.25 2014 1 Sm Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu 1.61 2 Sm Imtiaz Besut, Besut 1.74 3 Sm Imtiaz Dungun, Dungun 1.90 4 Sm Sains Kuala Terengganu 2.00 5 Sm Sains Setiu, Setiu. 2.05

110

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Tahun Bil Sekolah GPS 6 Sma Atas Sultan Zainal Abidin 2.20 2015 1 SM Imtiaz Besut, Besut 1.72 2 SBP Integrasi Batu Rakit, Kuala Nerus 1.92 3 SM Imtiaz Kuala Berang, Hulu Terengganu 2.00 4 Sm Sains Kuala Terengganu 2.04 5 Sm Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu 2.07 6 Sm Sains Hulu Terengganu, Hulu Terengganu 2.24 7 Sm Sains Dungun 2.25 Sumber: Bahagian Penilaian Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu

PENCAPAIAN HAFAZAN AL-QURAN Menggunakan kaedah al-Huffaz yang telah diasaskan oleh Dr. Mohd Shafei bin Mohd Amin pengasas Ma’ahad Tahfiz al-Quran al-Itqan (MTI) Taman Nirwana Ampang, Selangor ternyata telah memberi impak yang sangat besar kepada pelajar IMTIAZ. Keberkesanan kaedah ini membawa kepada lahirnya huffaz yang berwibawa dan adakalanya pelajar-pelajar sudah khatam 30 juzuk sewaktu berada di tingkatan 3 lagi. Menurut Azizan (2015) pelajar-pelajar yang berkebolehan dari sudut bacaan dan suara yang baik selalu dipelawa oleh masyarakat setempat untuk menjadi Imam Tarawih di seluruh negeri Terengganu pada setiap kali kedatangan Ramadhan. Pencapaian pelajar SPM dalam bidang hafazan ditunjukkan pada jadual 4 di bawah.

Jadual 4. Pencapaian Hafazan Pelajar SPM 2012 – 2015 BESUT JUZUK 2012 % 2013 % 2014 % 2015 % 1 – 5 0 0 1 2 1 1.85 0 0 6 – 10 0 0 0 0 1 1.85 2 2.25 11 – 15 0 0 1 2 1 1.85 0 0 16 – 20 2 4.54 3 6 8 14.81 5 5.62 21 – 25 0 0 8 16 8 14.81 17 19.10 26 – 29 3 6.82 5 10 4 7.41 9 10.11 KHATAM 39 88.64 32 64.00 31 57.40 56 62.92 JUMLAH 44 50 54 89

DUNGUN JUZUK 2012 % 2013 % 2014 % 2015 % 1 - 5 0 0 0 0 0 0 0 0 6 - 10 6 5.22 4 3.67 1 0.95 3 2.88 11 - 15 3 2.61 3 2.75 3 2.86 3 2.88

111

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

16 - 20 15 13.04 6 5.50 13 12.38 19 18.27 21 - 25 12 10.43 9 8.26 7 6.67 24 23.07 26 - 29 16 13.91 13 11.93 4 3.81 2 1.92 KHATAM 62 53.91 73 66.97 77 73.33 53 50.96 JUMLAH 115 109 105 104

KUALA TERENGGANU KATEGORI 2012 % 2013 % 2014 % 2015 % 1 - 5 1 1.01 1 1.03 1 0.90 0 0 6 - 10 1 1.01 2 2.06 1 0.90 3 2.75 11 - 15 13 13.13 5 5.15 9 8.10 5 4.59 16 - 20 4 4.04 11 11.34 4 3.60 15 13.76 21 - 25 17 17.17 12 12.37 19 17.12 17 4.59 26 - 29 12 12.12 6 6.18 11 9.91 5 4.59 KHATAM 51 51.51 60 61.86 66 59.46 64 58.71 JUMLAH 99 97 111 109

KUALA BERANG KATEGORI 2012 % 2013 % 2014 % 2015 % 1 - 5 0 0 0 0 1 1.45 0 0 6 - 10 1 2.04 0 0 2 2.90 0 0 11 - 15 6 12.24 4 7.01 1 1.45 6 10.71 16 - 20 8 16.33 9 15.79 8 11.60 13 23.21 21 - 25 7 14.29 9 15.79 10 14.50 6 10.71 26 - 29 4 8.16 0 0 8 11.60 3 5.36 KHATAM 23 46.94 35 61.40 38 55.07 28 50.00 JUMLAH 49 57 69 56

Sumber: Ketua Jabatan al-Quran Sekolah Menengah Imtiaz Terengganu.

KEBERKESANAN PELAKSANAAN KURIKULUM BERSEPADU Penerimaan Model IMTIAZ oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang dikenali sebagai Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) sebagai projek rintis di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Negeri (SABK) di Baling, Kedah dan Bentong, Pahang (KPM, 2014) dan telah dikembangkan secara berperingkat sehingga pada tahun 2017 yang melibatkan 15 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan pengiktirafan awal ke arah merealisasikan model ini untuk dipilih sebagai alternatif mengganti model kurikulum sedia ada atau menjadi sebahagian daripada kurikulum pendidikan negara. Berikut merupakan senarai sekolah yang terlibat dalam melaksanakan kurikulum bersepadu akademik dan tahfiz seperti di dalam jadual 5 di bawah.

112

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Jadual 5. Senarai Sekolah –Sekolah Di Bawah Kementerian Pendidikaan Malaysia (KPM) yang Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Akademik Dan Tahfiz Sehingga 2015 Bil Negeri Jenis Kurikulum Tahun Jumlah Laksana Keseluruhan Tahfiz Model Kurikulum Ulul Al-Bab Bersepadu Tahfiz (TMUA) (KBT) 1. Selangor 1 - 2015 1 2. Kelantan 1 - 2015 1 3. Perak 2 - 2015 2 4. Kedah 1 - 2014 1 5. Pulau Pinang - - - 0 6. Johor 1 - 2015 1 7. Pahang 1 4 2014/2015 5 8. Melaka - 1 2015 1 9. Negeri - - - 0 Sembilan 10. Terengganu - 5 2015 5 11. Sabah - - - 0 12. Kuala 1 1 2014/2015 2 Lumpur 13. Perlis - - - 0 14. Sarawak - - - 0 JUMLAH 8 11 19 Sumber: Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pendidikan Malaysia.(2015)

PENUTUP Kini IMTIAZ telah menjadi jenama yang dikenali di seluruh negara dan bersedia untuk mendapat tempat di persada antarabangsa sebagaimana sekolah-sekolah antarabangsa akademik berjumlah 110 buah yang terdapat di seluruh Malaysia (Guide to International & Private School, 2015). Daripada jumlah tersebut hanya empat buah sahaja yang menawarkan Kurikulum Pendidikan Islam iaitu Baseerah International School, Batu Cave Selangor, International Islamic School Malaysia Kuala lumpur dan Kuantan, Pahang, serta International Modern Arabic School, Putrajaya. Sekiranya IMTIAZ diketengahkan sehingga ke peringkat antarabangsa sudah tentu ia akan menjadi pilihan kerana kurikulum bersepadunya yang membekalkan keperluan dunia dan akhirat sedangkan empat buah sekolah yang disenaraikan di atas hanya menyediakan kurikulum Pendidikan Islam sahaja dan tidak memasukkan kurikulum tahfiz sebagai kurikulum yang seiring dengan akademik. Transformasi yang dibawa oleh IMTIAZ dalam negara hari ini perlu dikaji secara lebih mendalam untuk mengenalpasti apakah wujud hubungan yang signifikan antara amalan menghafaz al-Quran dengan kejayaan cemerlang dalam akademik. Konsep ‘barakah’ yang disebut oleh kebanyakkan orang Islam yang membantu pencapaian pelajar dalam akademik adalah suatu

113

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN kepercayaan bagi penganut Islam sahaja. Ia sukar untuk diukur dan tidak bersifat akademik. Kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik walaupun tidak secara mendalam, namun menunjukkan hasil yang positif berdasarkan analisis perpustakaan dan analisis dokumen yang diperolehi. Pada masa kini, kurikulum yang diasaskan oleh IMTIAZ telah diguna pakai di MRSM Kota Putera, Besut, Terengganu, MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang dan MRSM Gemencheh, di Negeri Sembilan (MARA, 2014). Ketiga-tiga MRSM ini dikenali sebagai MRSM Ulul al-Bab sebagaimana IMTIAZ Besut yang telah diistiharkan sebagai IMTIAZ Ulul al-Bab pada Tahun 2005. IMTIAZ yang terbaharu dibuka di luar negeri Terengganu berasaskan Program Ulul al-Bab IMTIAZ Besut ialah IMTIAZ Melaka pada Tahun 2012 yang diasaskan oleh YB. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi. (IMTIAZ Melaka, 2014). Penambahan jumlah sekolah yang melaksanakan kurikulum bersepadu tahfiz-akademik kepada 19 buah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuktikan bahawa pihak terlibat yakin bahawa kurikulum ini berjaya dan diharapkan jumlah sekolah yang akan diserapkan kepada kurikulum ini akan bertambah pada masa akan datang.

RUJUKAN Buchanan, Michael, T. 2009. The spiritual dimension and curriculum change. International Jurnal of Children’s Spirituality, 14:385-394. Campbell, Karen, P. 2010. Transformative Learning and Spirituality: A Heuristic Inquiry into the Experience of Spiritual Learning. Tesis Doktor Falsafah, Capella University. Considine, Gillian. & Zappala, Gianni. 2002. Factors Influencing the Educational Performance of Students from Disadvantaged Backgrounds. Dlm. Eardley, T. dan Bradbury, B. (Ed.). Proceedings of the National Social Policy Conference 2001, SPRC Report 1/02, Social Policy Research Centre, University of New South Wales, Sydney, 91-107. Daniliuk, A., Kondakov, A. M. & Tishko, V. A. 2010. The spiritual and moral education of russia’s school students. Russian Education and Society, 52: 3-18. Education Destination Malaysia: Guide to International & Private School, 2015 – 16 Edition, Fraser, William, J. & Killer, Roy. 2003. Factor influencing academic success or failure of first- year and senior university students: do education students and lecturers perceive things differently. South African Journal of Education, 23(4): 254-260. French, Doran, C., Eisenberg Nancy, Vaughan Julie, Purwono Urip & Suryanti, Telie A. 2008. Religious involvement and the social competence and adjustment of indonesian muslim adolescents. Departmental Psychology, 44(2): 597-611. Al-Ghazali, Abu Hamid, & Muhammad Bin Ahmad. 2000. Ihya’ ‘Ulum al-Din. Tahqiq Abdul Rahim bin al-Husain al-cIraqi, al-Qahirah : Dar al-Taqwa li al-Turath. Harb, Nasri & El-Shaarawi, Ahmed. 2006. Factors Affecting Students’ Performance. Munich Personal RePec Archive (MRPA) Paper No. 13621. http://mpra.ub.uni-muenchen.de/13261/ [12 June 2012] Hodge, David R. & Cuddeback, Gary S. 2010. Release time and academic outcomes: do releasing students for religious or moral education negatively affect test score. Journal of The Society For Social Work and Research, 1(1): 56-65. Imtiaz Melaka, 2014. Sejarah Penubuhan. http://imtiazmelaka.com.my/ Accessed on 12 November 2014. Imtiaz Yayasan Terengganu. http://myimtiaz.com.my. Accessed on 12 November 2014

114

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Integrity Icon t.th. Sejarah, konsep dan perkembangan IMTIAZ, School of Excellence. Kuala Terengganu: Integrity Icon sdn. Bhd. Ishak Mad Shah. 2004. Konsep kendiri dan pencapaian akademik golongan remaja: melihat sejauhmana gaya kepimpinan ibu bapa sebagai moderator. Jurnal Teknologi, 40(E): 33-44. Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Ringkasan Eksekutif, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia. http://www.moe.gov.my. Accessed on 12 November 2014. Maimun Aqsha Lubis & Roslan Aspar. 2005. Kaedah Pengajaran Pengetahuan Agama Islam di Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan 30: 141 – 150. Majlis Amanah Rakyat (MARA), 2014. Pendidikan. http://www.mara.gov.my/alamat-mrsm. Accessed on 12 November 2014 Mohammad Shatar Sabran. 2005. Tujuh Rahsia Kecemerlangan Akademik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10, 1971, Bil.1, 1972.JPA. Sedek Ariffin ( 2012). Kaedah menghafal al-Qur'an di Institusi Tahfiz al-Qur'an di Malaysia :Kajian perbandingan di antara kaedah Darul Quran, JAKIM dengan kaedah al- huffaz, Thesis Ph.D, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Sidek Baba, Keperluan Pendidikan Tahfiz Secara Integratif: Multaqa Institusi Tahfiz Kebangsaan, Mac 2009, Yayasan Pahang. Syed Ahmad Tarmizi bin Syed Omar(2003). Tahfiz al-Quran: Sejarah dan Perkembangannya, Seminar Kaedah Pengajaran dan Tahfiz al-Quran, Mei, KUIM.hlm.13 Syukeri Mohamed (2010). Inovasi Kurikulum Sekolah Menengah: Kes Sekolah Imtiaz. UMT: Terengganu Yayasan Terengganu, 2014. Buku Majlis Graduasi dan Anugerah Hafazan al-Quran, 26 November 2014. Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. (2016) Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2007-2015. Bahagian Penilaian

115

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

PELAKSANAAN MATA PELAJARAN HIFZ AL-QURAN BERDASARKAN KURIKULUM TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB: KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KUALA LUMPUR

Dr. Nik Md Saiful Azizi Nik Abdullah1 Rabi’atul Athirah Muhamad Isa2 Dr. Rosma Osman3

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan mata pelajaran Hifz al-Quran berdasarkan Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA). Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kuantitatif. Kajian ini melibatkan 210 orang responden yang terdiri daripada pelajar Ulul Albab Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur. Instrumen soal selidik mengandungi tiga komponen: objektif, keperluan dan kesesuaian diedarkan kepada pelajar. Data daripada soal selidik dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) untuk menganalisis kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga komponen iaitu objektif, keperluan dan kesesuaian dalam pelaksanaan mata pelajaran hifz al-Quran berdasarkan kurikulum tahfiz model Ulul Albab (TMUA) berada pada tahap tinggi. Melalui kajian ini, diharap dapat mengukuhkan lagi kurikulum TMUA serta dapat dikembangkan lagi dapatan dari aspek kandungan input dan output supaya kurikulum ini mampu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik, rohani dan akhlaknya. Kata kunci: Pelaksanaan, Mata Pelajaran Hifz Al-Quran, Kurikulum, Tahfiz Model Ulul Albab

PENDAHULUAN Sejak belakangan ini, pengajian dalam bidang tahfiz al-Quran semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Ini terbukti daripada jumlah bilangan permohonan calon- calon untuk memasuki institusi dan pusat tahfiz setiap tahun amat mengalakkan samaada di pusat- pusat tahfiz dan maahad tahfiz swasta atau di bawah kelolaan kerajaan negeri mahupun persekutuan. Situasi ini berbeza dari keadaan di awal kemunculannya kerana ketika itu pengajian tahfiz dilihat sebagai terasing dan tidak menjanjikan peluang pekerjaan meskipun pada hakikatnya masyarakat Islam di Malaysia telah lama diperkenalkan dengan pengajian al-Quran sejak Islam mula bertapak di tanah nusantara sekian masa dahulu. Permintaan yang tinggi ini juga telah mendapat perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memastikan perkembangan kurikulum tahfiz berjalan dengan seimbang di negara ini. Justeru itu, pada 7 Disember 2013, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pelaksanaan Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab bermula tahun 2014. Pada peringkat awal, Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab diperkenalkan di tiga buah sekolah yang dipilih untuk melaksanakan kurikulum ini4.

1 Penulis ialah pensyarah kanan di Jabatan Kurikulum dan Pengajaran, Fakulti Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. 2 Beliau ialah graduan sarjana daripada Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris. 3 Beliau ialah Ketua Jabatan Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris. 4 Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia, Pelaksanaan Tahfiz Model Ulul Albab di Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia. Bilangan 1.

116 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Objektif utama pelaksanaan kurikulum ini adalah untuk melahirkan ahli professional, teknokrat, usahawan yang mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan Al-Quran dan Al- Sunnah. Selain itu, pelaksanaan kurikulum ini juga adalah untuk melahirkan generasi Ulul Albab yang beriman, bertaqwa, berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan, bertanggungjawab dan berbakti kepada agama, bangsa dan Negara1.

PERMASALAHAN KAJIAN Pelaksanaan Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab telah memasuki tahun ketiga pada tahun 2016. Pencapaian pelajar pada masa ini masih berada pada tahap yang rendah kerana jumlah peratusan yang tidak dapat menamatkan kandungan atau sukatan hafazan yang telah ditetapkan masih tinggi. Walaupun Laporan Penaziran Akademik KPM terhadap beberapa sekolah Tahfiz Model Ulul Albab mendapati sistem pengajaran dan pembelajaran adalah memuaskan dan mengikut sistem yang ditetapkan namun pencapaian pelajar masih berada pada tahap yang kurang memuaskan. Justeru kajian terperinci terhadap pelaksanaan mata pelajaran Hifz al-Quran wajar dilakukan dan dilihat sebagai satu keperluan dalam mengukuhkan bidang pendidikan tahfiz al-Quran di Malaysia2. Terdahulu, pengkaji mendapati terdapat beberapa kajian lepas berkenaan dengan bidang tahfiz ini. Antaranya ialah kajian Misnan dan Ahmad Sadadi3 yang menunjukkan bahawa pelaksanaan kurikulum tahfiz ini berhadapan dengan permasalahan pelajar yang tidak mempunyai strategi, kaedah dan motivasi di dalam pembelajaran tahfiz al-Quran. Pelajar juga tidak memahami terjemahan dan maksud ayat al-Quran yang dihafaz. Pencapaian pelajar dalam tahfiz al-Quran mendapati bahawa 60% daripada pelajar-pelajar tidak dapat menamatkan hafazan al-Quran mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu 30 juzuk dalam masa 6 semester. Manakala kajian lain turut menyatakan pencapaian yang lemah dalam hafazan al-Quran adalah berpunca daripada faktor pelajar tidak mengetahui kaedah yang sistematik dalam memelihara hafazan al-Quran4. Begitu juga kajian Azmil Hashim5 menilai pencapaian pelajar tahfiz di Darul Quran dan MTQN, mendapati bahawa pencapaian pelajar masih belum mencapai objektif pendidikan tahfiz yang telah digariskan iaitu menghafaz al-Quran dengan lancar, menghafaz al- Quran dengan memahami maksud ayat, menghafaz al-Quran dengan mengetahui asbab nuzul dan menghafaz al-Quran dengan mengetahui pengajaran ayat. Dapatan ujian syafawi jelas menunjukkan bahawa pencapaian pelajar terhadap kelancaran hafazan al-Quran masih lemah. Begitu juga dengan hasil dapatan ujian kefahaman menunjukkan kefahaman pelajar dan kemahiran pelajar mengeluarkan ayat-ayat tertentu berdasarkan hukum atau maudhu masih lemah. Begitu juga dengan pencapaian pengekalan terhadap hafazan menunjukkan masih berada pada tahap yang lemah. Faktor yang telah dikenalpasti punca kelemahan dalam pencapaian tahfiz ini adalah kelemahan dalam kaedah pengajaran tahfiz dan guru masih menggunakan kaedah tradisional dalam

1 Idea ini mula dilaksanakan secara rasminya di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur (SMKA) bermula pada 16 Januari 2014 dengan pengambilan pertama seramai 150 orang pelajar dan 15 orang guru. Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) merupakan gabungan antara Kurikululam Kebangsaan, Kurikulum Bersepada Tahfiz (KBT) dan Program Ulul Albab yang berasaskan pendekatan Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik. Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016. 2 Laporan Penaziran Akademik KPM, 2015. 3 Misnan Jemali & Ahmad Sadadi Hafidz. 2003. Hubungan antara kaedah menghafaz al-Quran dengan pencapaian Kursus Tahfiz wa al-Qiraat pelajar semester empat dan lima di Maahad Tahfiz wal Quraat di Perak. Seminar Kaedah Pengajaran Tahfiz al-Quran Peringkat Kebangsaan. Kolej Universiti Islam Malaysia. 4 Fatahurrahman Mohd Hafid. 2005. Tahap kualiti hafazan al-Quran dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Satu kajian ke atas pelajar semester enam Darul Quran. Projek Penyelidikan Darul Quran. 5 Azmil Hashim. 2010. Penilaian Perlaksanaan Kurikulum Tahfiz di Institusi Tahfiz di Malaysia. Tesis Dr. Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

117

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN proses pengajaran dan pembelajaran tahfiz walaupun mereka bersetuju dengan berkeyakinan penggunaan teknologi membantu dalam meningkatkan mutu hafazan al-Quran1. Manakala berkaitan faktor amalan pengajaran dan pembelajaran tahfiz, kajian Abdul Hafiz2 menjelaskan bahawa kaedah menulis ayat dan kaedah memahami ayat al-Quran kurang dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-Quran. Dalam kajian lain Abdul Hafiz3 dan Mohamad Marzuqi4 pula menegaskan amalan proses pengajaran dan pembelajaran tahfiz al- Quran Quran yang merangkumi talaqqi, i’adah, pengujian mingguan, penulisan ayat, pemahaman ayat dan kemahiran penggunaan bahan bantuan mengajar merupakan kaedah yang kurang dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-Quran. Kaedah tasmik dan kaedah penulisan ayat menunjukkan keputusan yang tertinggi di dalam keberkesanan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-Quran. Manakala amalan proses pengajaran secara tasmik, talaqqi, dan i’adah mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian hafazan al-Quran5. Melalui pelaksanaan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) ini, timbul persoalan, sejauh manakah pemahaman pelajar tentang kurikulum yang baru diperkenalkan ini khususnya dalam mata pelajaran Hifz Al-Quran? Sejauh manakah mata pelajaran ini dapat memberikan impak yang positif kepada para pelajar? Adakah pelajar menerima mata pelajaran ini hanya sebagai salah satu mata pelajaran yang diajarkan di sekolah? Adakah mereka hanya menghafaz al-Quran semata-mata tanpa menghayati konsep dan memenuhi beberapa kriteria sukatan hafazan yang diberi? Bagaimanakah pelaksanaan mata pelajaran Hifzul al-Quran dan bagaimanakah pencapaian pelajar? Mutu pengajaran guru Hifz al-Quran juga perlu ditingkatkan kepada tahap yang lebih cemerlang agar kelas Hifz al-Quran tidak dilihat sebagai kelas yang membebankan serta menekan para pelajar. Dalam penyelidikan ini, pengkaji mengfokuskan kajian terhadap tiga komponen: objektif, keperluan dan kesesuaian dalam pelaksanaan mata pelajaran Hifz al-Quran berdasarkan Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA). Pengkaji juga menghuraikan konsep TMUA yang menggabungkan Kurikulum Kebangsaan dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) serta model TMUA tersendiri yang merangkumi mata pelajaran Hifz al-Quran iaitu menghafaz 30 juzuk berdasarkan sukatan tertentu mengikut tingkatan masing-masing serta memahami makna ayat al- Quran yang dihafaz.

OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk menilai tiga komponen: objektif, keperluan dan kesesuaian pelaksanaan mata pelajaran Hifz al-Quran dalam Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab. Secara terperinci objektif ini adalah untuk: 1. Mengenalpasti objektif mata pelajaran Hifz al-Quran dalam Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab. 2. Mengkaji keperluan mata pelajaran Hifz al-Quran dalam Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab.

1 Mohamad Marzuqi Abd Rahim. 2008. Pengajaran Mata Pelajaran Hafazan Al-Quran: Suatu Kajian Maahad Tahfiz Al-Quran Zon Tengah. Kertas Projek Sarjana: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia: Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2 Abdul Hafiz Abdullah, Hussin Salomon, Azmi Shah Suratman & Sulaiman Shakib Mohd Noor. 2005. Sistem Pembelajaran Dan Kaedah Hafazan Al-Quran Yang Efektif: Satu Kajian Di Kuala Lumpur Dan Terengganu. Universiti Teknologi Malaysia. 3 Abdul Hafiz Abdullah & Hasimah Muda. 2003. Kaedah hafazan al-Quran yang sistematik dan praktikal dalam melahirkan para huffaz yang rasikh. Pusat Pengajian Islam dan Sosial. Universiti Teknologi Malaysia. 4 Mohamad Marzuqi Abd Rahim. 2008. Ibid. 5 Abdul Hafiz Abdullah, et.al 2005. Ibid.

118

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

3. Mengenalpasti kesesuaian mata pelajaran Hifz al-Quran dari segi konteks dalam Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab.

PERSOALAN KAJIAN Berdasarkan objektif di atas, kajian ini telah menjawab persoalan sejauh manakah pelaksanaan mata pelajaran Hifz al-Quran dalam Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab? Persoalan ini dijawab melalui tiga soalan berikut: 1. Apakah objektif mata pelajaran Hifz al-Quran dalam Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab? 2. Sejauh manakah keperluan mata pelajaran Hifz al-Quran dalam Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab? 3. Sejauh manakah kesesuaian mata pelajaran Hifz al-Quran dalam Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab?

TINJAUAN LITERATUR Tahfiz Model Ulul Albab ini adalah sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan untuk melahirkan golongan profesional dan cendekiawan agama yang menghafaz al-Quran. Pada mulanya, kurikulum ini adalah yang diguna pakai di Sekolah Agama Negeri (SAN) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR). Selepas SAR dan SAN didaftarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), KPM mendapati kurikulum dini dan kurikulm tahfiz yang dilaksanakan SABK tidak seragam sehingga menimbulkan kesukaran dalam menyelaras program pendidikan di SABK, meliputi pengagihan jumlah waktu mengajar, bantuan perkapita, bantuan mata pelajaran dan latihan guru. Rentetan itu, satu saranan supaya kurikulum dini dan kurikulum tahfiz di SABK diselaras dan dijadikan Kurikulum Kebangsaan ketika Seminar Pemantapan Kurikulum SABK peringkat kebangsaan pada 3 hingga 5 Disember 2008 di Port Dickson, Negeri Sembilan1. Akhir sekali, Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan ke-204, Bil 1/2014 bertarikh 24 Februari 2014 bersetuju dengan pelaksanaan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) di sekolah menengah Kementerian Pendidikan Malaysia mulai 2014 dengan menggunakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT)2.

KONSEP TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB Tahfiz Model Ulul Albab ini merupakan gabungan antara Kurikulum Kebangsaan, Kurikulum Bersepadu Tahfiz dan kokurikulum dengan menggunakan tiga pendekatan, iaitu: 1. Pendekatan Quranik Pendekatan Quranik merupakan kaedah bagi membolehkan murid menghafaz 30 juzuk al-Quran serta memahami kandungannnya berdasarkan konsep baca, ingat, faham, fikir, amal dan sebar (BIFFAS) dalam tempoh lima tahun persekolahan di sekolah menengah. 2. Pendekatan Ensiklopedik Pendekatan ensiklopedik merupakan kaedah bagi menyediakan asas kepada murid untuk menguasai pelbagai ilmu dan bahasa serta berkemahiran tinggi dan mampu bertindak sebagai pakar rujuk kepada rakan sebaya.

1 Cadangan penyelarasan kurikulum ini juga disepakati pada Persidangan Ketua-Ketua Jabatan/ Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia Kali ke-86 di Kangar pada 27 Mei 2011. Seterusnya, pada 4 Disember 2012, mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) telah bersetuju menamakan kurikulum baharu ini sebagai Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT). 2 Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016.

119

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

3. Pendekatan Ijtihadik Pendekatan ijtihadik merupakan satu kaedah untuk menyediakan murid yang berupaya memberi pandangan dalam menyelesaikan masalah dan memaksimumkan keupayaan berfikiran aras tinggi secara kreatif dan inovatif. Pelajar diberi peluang untuk menyetai dan memimpin memimpin kegiatan kokurikulum dengan mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak di samping bergiat aktif dalam program khidmat masyarakat. Antara aktiviti kokurikulum yang dicadang untuk dilaksanakan berdasarkan kemampuan sekolah ialah berkuda, berenang, memanah, robotik dan avionic1.

OBJEKTIF TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab dilaksanakan bagi mencapai objektif melahirkan modal insan yang mampu: 1. Menghafaz 30 juzuk al-Quran. 2. Profesional yang mempunyai asas keagamaan yang mantap berlandaskan al-Quran dan al- Sunnah. 3. Berketrampilan, berwibawa dan berkepimpinan. 4. Memaksimumkan keupayaan berfikir aras tinggi, kreatif dan inovatif. 5. Boleh menjalinkan hubungan dengan Allah Ta’ala, sesama manusia dan dengan kejadian alam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah.

PELAKSANAAN MATA PELAJARAN HIFZ AL-QURAN DALAM KURIKULUM TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB Hifz al-Quran ialah mata pelajaran yang mengkehendaki murid menghafaz 30 juzuk al- Quran dalam tempoh lima tahun persekolahan di sekolah menengah di bawah bimbingan guru tahfiz menurut sukatan tertentu pada setiap tahun. Setiap tahun murid dikehendaki menghabiskan sukatan atau muqarrar yang telah ditetapkan2. Jadual 1 di bawah menunjukkan pembahagian sukatan hafazan yang perlu dikuasai oleh pelajar mengikut tempoh yang dicadangkan. Jadual 1: Sukatan Juzuk Yang Dihafaz Pelajar Mengikut Tingkatan Tingkatan Sukatan Tingkatan Satu 6 Juzuk Tingkatan Dua 7 Juzuk Tingkatan Tiga 6 Juzuk Tingkatan Empat 7 Juzuk Tingkatan Lima 4 Juzuk

Langkah pelaksanaan mata pelajaran Hifz al-Quran merangkumi aktiviti yang telah disusun seperti berikut: 1. Tahriri hafazan iaitu aktiviti menulis ayat-ayat al-Quran hafazan baharu dalam buku yang disediakan bagi persediaan tasmik

1 Ibid. 2 Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016.

120

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

2. Hafazan Baharu ialah aktiviti menghafaz ayat-ayat al-Quran yang akan ditasmik (memperdengarkan hafazan) pada keesokan hari 3. Tahdhir pula ialah aktiviti menyemak dan memperkukuh ayat-ayat hafazan baharu murid di hadapan guru secara individu sebagai persediaan sebelum aktiviti tasmik . 4. Tasmik pula ialah aktiviti murid memperdengarkan ayat-ayat hafazan baharu di hadapan guru secara individu. 5. Murajaah adalah aktiviti mengulang semula ayat-ayat yang telah dihafaz murid di hadapan guru secara individu. 6. Fiqh al-Ayat adalah matlamat terpenting iaitu pelajar dapat menerangkan intisari kefahaman ayat-ayat hafazan yang telah dihafaz1. Pelaksanaan Tahriri Hafazan dan Hafazan Baharu pula bermula pada jam 7.30 malam hingga 9.30 malam. Kesemua aktiviti ini adalah di bawah bimbingan guru tahfiz dengan nisbah seorang guru untuk 30 orang pelajar (1:30). Antara tugasan yang perlu dipantau oleh guru tahfiz ini ialah memastikan setiap pelajar menulis dan menghafaz ayat-ayat Hafazan Baharu sebanyak satu muka surat. Guru tahfiz ini juga berperanan sebagai tempat rujukan murid untuk menyemak bacaan secara seorang demi seorang semasa aktiviti Tahriri dan Hafazan Baharu. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014). Beberapa kajian tentang penilaian pelaksanaan kurikulum tahfiz al-Quran di Malaysia melibatkan Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (DQ JAKIM) dan Maahad Tahfiz Al- Quran Negeri (MTQN) berdasarkan Model Penilaian Stufflebeam (2003) telah dijalankan. Menurut Azmil Hashim (2010), dapatan kajian menunjukkan elemen penilaian konteks berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian penilaian input berada pada tahap sederhana tinggi. Dapatan penilaian proses pula mendapati hanya elemen adab-adab pengajaran dan pembelajaran tahfiz berada pada tahap tinggi. Elemen strategi, kaedah, teknik, aktiviti-aktiviti, kaedah penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz berada pada tahap sederhana tinggi. Kajian ini menggabungkan bentuk kajian kuantitatif dan kualitatif. Kajian Norhazriah (2012), iaitu kajian tentang program Ulul Albab di Sekolah Menengah Imtiyaz, Terengganu melihat bagaimana corak program Ulul Albab ini dilaksanakan dalam usaha mentransformasikan pendidikan di Malaysia. Kajian ini mendapati perkembangan program Ulul Albab ini jelas menunjukkan sambutan yang positif daripada masyarakat luar. Kekuatan dan kelemahan program Ulul Albab ini jelas disenaraikan untk penambahbaikan program ini di Malaysia. Dapatan kajian menujukkan perkembangan yang baik dan terancang terhadap keseluruhan program ini. Kajian turut mencadangkan supaya program seumpama ini turut diselaraskan terhadap sekolah-sekolah terpilih di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebelum itu, Muhaidi Mustaffa2 (2010), membincangkan tentang hafazan al-Quran dan hubungannya dengan kecemerlangan pelajar di Maahad Tahfiz Pulai Chondong mendapati para pelajar yang menghafal al-Quran mendorong kecemerlangan dalam bidang-bidang yang lain.

METODOLOGI KAJIAN Pengkaji telah memilih kajian kuantitatif berbentuk deskriptif sebagai reka bentuk kajian kerana bertepatan dengan objektif kajian ini dan bersesuaian untuk populasi dan sampel yang ramai. Populasi merujuk kepada seluruh kumpulan yang dikaji (Chua Yan Piaw, 2006). Sampel kajian ini

1 Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016.

2 Muhaidi Mustaffa, 2010), Hafazan al-Quran dan Hubungannya dengan Kecemerlangan pelajar di Maahad Tahfiz Pulai Chondong.

121

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

melibatkan 210 pelajar Ulul Albab Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur. Rasionalnya pengkaji memilih populasi dalam kalangan pelajar Ulul Albab sekolah ini kerana para pelajar telah melalui proses sebenar pelaksanaan Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab ini. Pengkaji mengedarkan borang soal selidik bagi mendapatkan maklumat yang hendak dikaji. Ini disebabkan SMKAKL juga merupakan sekolah perintis yang terpilih melaksanakan Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab ini. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan pensampelan berkebarangkalian di mana para pelajar ini dipilih secara rawak untuk menjawab soalan soal selidik yang disediakan. Pengkaji mengedarkan 210 set borang soal selidik kepada semua responden yang dipilih secara rawak daripada 450 orang pelajar Ulul Albab. Bilangan responden seramai 210 orang amat munasabah berdasarkan kepada jadual penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970) yang diambil dalam Chua Yan Piaw (2006). Pemilihan jumlah sampel yang tepat dapat memberikan gambaran sebenar, memahami sesuatu masalah dan fenomena yang berlaku dalam populasi tersebut. Kesemua instrumen telah melalui proses kesahan dan kebolehpercayaan untuk memastikan kesemua instrumen ini dapat mengukur dan menjawab persoalan kajian yang dijalankan. Data kajian yang diperolehi dalam bentuk kuantitatif dari data soal selidik pelajar ini dianalisis menggunakan SPSS (Statistical Package for Social Science) untuk memperolehi kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Pengkaji menghuraikan analisis deskriptif ini dengan menggunakan jadual interpretasi Min tingkah laku afektif yang telah dirumuskan oleh Nunally1. Interpretasi terhadap Min disusun mengikut turutan menurun dari Min yang paling tinggi hingga kepada Min yang paling rendah. Pengkaji kemudian membuat rumusan kepada dapatan hasil kajian yang dilakukan.

DAPATAN KAJIAN Secara keseluruhannya, sebanyak 210 set borang soal selidik telah diedarkan kepada responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan Satu, Dua dan Tiga program Ulul Albab di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur.

DEMOGRAFI RESPONDEN Pengkaji membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan latar belakang responden. Penganalisisan data pada bahagian ini adalah bertujuan untuk mendapatkan gambaran umum mengenai latar belakang responden. Taburan responden mengikut tingkatan adalah seperti Jadual 2. Jadual 2: Taburan Responden Mengikut Tingkatan Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Jumlah 59 91 60 210 (28.1) (43.3) (28.6) (100)

Berdasarkan Jadual 2, responden yang paling ramai terdiri daripada pelajar Tingkatan Dua iaitu sebanyak 91 orang (43.3%) diikuti dengan pelajar Tingkatan Tiga iaitu seramai 60 orang (28.6%) dan akhir sekali, pelajar Tingkatan Satu iaitu seramai 59 orang (28.1%). Dapatan soal selidik juga telah mengkategori pencapaian juzuk terkini pelajar. Jadual 3 menunjukkan taburan prestasi pencapaian juzuk para pelajar Ulul Albab.

1 Nunally, J. C. (1978). Psycometric theory. New York: Mc. Graw Hill Book Company.

122

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Jadual 3: Taburan Responden Mengikut Pencapaian Juzuk Juzuk Juzuk Jjuzuk Juzuk Jumlah (1-5) (6-12) (13-18) 18 ke atas

83 109 13 4 209 (39.5) (51.9) (6.2) (1.9) (100)

Berdasarkan Jadual 3, responden yang paling ramai terdiri daripada pelajar yang menghafaz dalam lingkungan juzuk enam hingga dua belas iaitu seramai 109 orang. Peratusan kedua tertinggi adalah pelajar yang menghafaz dari juzuk satu hingga lima iaitu sebanyak 51.9%. Pelajar yang menghafaz juzuk lapan belas ke atas pula adalah seramai empat orang iaitu sebanyak 1.9%. Seorang pelajar didapati tidak memasukkan maklumat pencapaian juzuk ini. Soalan kajian 1: Apakah objektif mata pelajaran Hifz al-Quran dalam Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab? Analisis data bagi penilaian konteks yang meliputi objektif mata pelajaran Hifz al-Quran menunjukkan daripada kesemua item, peratus seperti dalam Jadual 4. Jadual 4: Peratus, Min dan Sisihan Piawai bagi Objektif Mata Pelajaran Hifz al-Quran

No Item f STS TS KS S SS Min S.P & % % % % % % 1 Kemahiran membaca 4.38 .856 al-Quran dengan lancar 4 4 16 71 115 dan bertajwid tanpa melihat mushaf al- (1.9) (1.9) (7.6) (33.8) ( 54.8 ) Quran

2 Kemahiran 63 52 50 33 11 3.59 1.218 mengeluarkan ayat (30.0) (24.8) (23.8) (15.7) (5.2) berdasarkan tajuk (fiqhul ayat) BUKAN objektif menghafaz al- Quran

3 Objektif mata pelajaran 5 11 41 95 57 3.90 .943 Hifz al-Quran (2.4) (5.2) (19.5) (45.2) (27.1) dinyatakan dengan jelas dalam kurikulum

Perlaksanaan Hifz al- Quran secara bersistem

123

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

dapat melahirkan modal insan yang

menguasai asas ilmu 4 agama dan bahasa arab 1 4 7 59 139 4.58 .696 sebagai persediaan (0.5) (1.9) (3.3) (28.1) (66.2) untuk menjadi huffaz yang quranik, ensiklopedik dan ijtihadik

Berdasarkan Jadual 4, Min item-item yang berada pada tahap tinggi (4.00 hingga 5.00) adalah item 4 dan 7. Bagi item 4, nilai Min yang diperolehi ialah 4.38 di mana seramai 115 orang respondan (54.8%) setuju dengan kenyataan salah satu objektif mata pelajaran Hifz al-Quran sebagai kemahiran membaca al-Quran dengan lancar dan bertajwid tanpa melihat mushaf al-Quran, manakala seramai 16 orang rensponden (7.6%) kurang setuju dan seramai 71 orang responden (33.8%) menyokong dengan setuju, seterusnya 4 orang responden (1.9%) tidak setuju dan sangat tidak setuju untuk pernyataan ini. Bagi item 7 pula, nilai Min yang diperolehi ialah 4.58. 139 orang responden (66.2%) sangat setuju dengan penyataan “ Perlaksanaan Hifz al-Quran secara bersistem dapat melahirkan modal insan yang menguasai asas ilmu agama dan bahasa arab sebagai persediaan untuk menjadi huffaz yang quranik, ensiklopedik dan ijtihadik”, manakala 59 orang responden (28.1%) setuju dengan kenyataan tersebut dan seramai 7 orang responden (3.3%) kurang setuju dengan kenyataan tersebut manakala hanya 4 orang responden (1.9%) tidak setuju dan seorang responden (0.5%) sangat tidak setuju terhadap penyataan tersebut. Soalan kajian 2: Sejauh manakah keperluan mata pelajaran Hifz al-Quran dalam Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab? Analisis data bagi penilaian konteks yang meliputi keperluan mata pelajaran Hifz al-Quran menunjukkan daripada kesemua item, peratus seperti dalam Jadual 5. Jadual 5: Peratus, Min dan Sisihan Piawai bagi Keperluan Mata Pelajaran Hifz al-Quran 5 Menghafaz al- 4.66 .533 Quran merupakan 0 0 6 60 143 salah satu komponen utama (0) (0) (2.9) (28.6 ( 68.1 dalam Kurikulum ) ) Tahfiz Model Ulul Albab. 6 Kurikulum Hifz 1 0 31 90 87 4.25 .739 al-Quran (0.5 (0) (14.8) (42.9 (41.1) diwujudkan ) ) seiring dengan Falsafah Pendidikan Islam

124

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

7 Keperluan mata 41 54 66 37 12 3.36 1.15 pelajaran Hifz al- 0 (19. (25.7 (31.4) (17.6 ( 5.7 ) Quran TIDAK 5) ) ) dinyatakan dengan jelas dalam kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab

Jadual 5 menunjukkan analisis data bagi penilaian konteks yang meliputi keperluan mata pelajaran Hifz al-Quran. Hasil dapatan menunjukkan daripada kesemua item, peratus paling tinggi adalah pada item yang pertama iaitu seramai 143 orang (68.1%) sangat bersetuju dengan pernyataan “Menghafaz al-Quran merupakan salah satu komponen utama dalam Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab”. Manakala peratus paling rendah adalah pada item yang kedua iaitu hanya seorang (0.5%) tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Min kesemua item berada pada tahap sederhana tinggi dan tinggi iaitu di antara 3.36 hingga 4.66. Ini menunjukkan kefahaman yang tinggi di kalangan pelajar tentang keperluan mata pelajaran Hifz al-Quran ini pada mereka. Dapatan juga menunjukkan tentang kefahaman pelajar tentang keperluan mata pelajaran ini sangat baik di mana hanya 12 orang (5.7%) yang bersetuju dengan pernyataan “Keperluan mata pelajaran Hifz al-Quran tidak dinyatakan dengan jelas dalam kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab”. Soalan kajian 3: Sejauh manakah kesesuaian mata pelajaran Hifz al-Quran dalam Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab? Analisis data bagi penilaian konteks yang meliputi kesesuaian mata pelajaran Hifz al-Quran menunjukkan daripada kesemua item, peratus seperti dalam Jadual 6. Jadual 6: Peratus, Min dan Sisihan Piawai bagi Kesesuaian Kurikulum Mata Pelajaran Hifz al- Quran dengan Keperluan Pendidikan Tahfiz. No Item f STS TS KS S SS Min S.P & % % % % % % 4.46 .580 8 Pembentukan pelajar 0 0 9 95 105 yang quranik sesuai (0) (0) (4.3) (45.2) (50.0) dengan keperluan pendidikan tahfiz al- Quran

9 Melahirkan qurra’ 1 6 29 94 79 4.17 .806 yang mahir dengan (0.5) (2.9) (13.8) (44.8) (37.6) beberapa bacaan qiraat sesuai dengan objektif pendidikan tahfiz

125

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

10 Melahirkan 102 57 30 17 1 4.17 .993 pendakwah TIDAK (48.6) (27.1) (14.3) (8.1) (0.5) sesuai dengan objektif mata pelajaran Hifz al- Quran

Berdasarkan Jadual 6, kesemua Min item berada pada tahap yang tinggi (4.17- 4.46). Bagi item 8, Min yang diperolehi ialah 4.46 di mana seramai 105 orang responden (50.0%) sangat setuju dengan penyataan “Pembentukan pelajar yang quranik sesuai dengan keperluan pendidikan tahfiz al-Quran”, manakala seramai 95 orang responden (45.2%) setuju, dan seramai 9 orang responden (4.3%) kurang setuju dengan pernyataan ini. Bagi item 9 dan 10, Min yang diperolehi adalah sama iaitu 4.17. Seramai 102 orang responden (48.6%) sangat tidak setuju dengan penyataan “ Melahirkan pendakwah tidak sesuai dengan objektif mata pelajaran Hifz al-Quran, manakala 17 orang responden (8.1%) setuju, dan hanya seorang saja responden (1.5%) sangat tidak setuju dengan pernyataan ini.

PERBINCANGAN DAN CADANGAN Kajian penilaian terhadap pelaksanaan mata pelajaran Hifz al-Quran dapat memberi gambaran sebenar terhadap kekuatan dan kelemahan dalam pelaksanaan mata pelajaran Hifz al-Quran ini berdasarkan Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA). Kajian ini mengfokuskan kepada pelaksanaan mata pelajaran Hifz al-Quran ini kepada tiga komponen yang merangkumi objektif mata pelajaran Hifz al-Quran, keperluan mata pelajaran Hifz al-Quran dan kesesuaian kurikulum mata pelajaran Hifz al-Quran dengan keperluan pendidikan tahfiz. Perbincangan ini merangkumi tiga komponen utama iaitu objektif mata pelajaran Hifz al- Quran, keperluan mata pelajaran Hifz al-Quran dan kesesuaian mata pelajaran Hifz al-Quran. Dapatan keseluruhan menunjukkan bahawa Min keseluruhan berada pada tahap tinggi (4.15). Ini menunjukkan secara umumnya, pelaksanaan mata pelajaran Hifz al-Quran ini hampir memenuhi objektif, keperluan dan kesesuaian mata pelajaran Hifz al-Quran dengan keperluan pendidikan tahfiz. Dapatan positif menunjukkan 139 orang responden (66.2%) sangat bersetuju dengan pelaksanaan mata pelajaran ini. Penilaian konteks berperanan dalam melihat sejauhmana objektif sesuatu kurikulum menepati keperluan persekitaran dan bersesuaian dengan komuniti. Kejayaan sistem pendidikan bergantung sepenuhnya kepada kejayaan sesuatu kurikulum (Ishak 2003). Oleh itu penetapan objektif perlu mengambil kira keperluan semasa dan keperluan jangka panjang pelajar dan masyarakat. Dapatan kajian menunjukkan keperluan mata pelajaran Hifz al-Quran harus dinyatakan dengan lebih jelas lagi kerana bacaan Min berada pada tahap sederhana tinggi (3.36). Dapatan menunjukkan bahawa keperluan mata pelajaran Hifz al-Quran ini kurang diperjelaskan dalam Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA). Oleh yang demikian keperluan-keperluan ini perlu dinyatakan secara jelas dan terperinci di dalam kurikulum tahfiz dan difahami serta mendapat kerjasama yang baik daripada pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan pelaksanaan mata pelajaran ini.

126

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Walaubagaimanapun objektif, keperluan dan kesesuaian mata pelajaran Hifz al-Quran berdasarkan Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) ini seharusnya distruktur semula agar lebih tersusun dan terperinci serta dinyatakan dengan jelas dalam kurikulum supaya ianya difahami oleh pelaksana kurikulum tersebut. Dapatan kajian turut menunjukkan beberapa kelemahan yang ketara di dalam elemen pelaksanaan. Kelemahan ini perlu dikenalpasti dan diteliti secara mendalam agar langkah penyelesaian dapat diatasi dengan segera. Perbincangan dapatan kajian ini bukanlah bertujuan untuk meletakkan mana-mana pihak yang terlibat bertanggungjawab terhadap kelemahan dan kekuatan dalam pelaksanaan kurikulum ini. Dapatan ini sebenarnya memberi satu gambaran jelas tentang hakikat sebenar tentang pelaksanaan mata pelajaran Hifz al-Quran ini berdasarkan Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA). Ianya akan menjadi pedoman dan panduan untuk penggubal kurikulum tahfiz dan pihak yang terlibat dalam pelaksanaan kurikulum ini agar merancang tindakan dan menggubal pelaksanaan kurikulum ini ke arah yang lebih baik agar mereka dapat memastikan sistem pendidikan tahfiz negara dapat melahirkan para huffaz yang berkualiti tinggi dan berketerampilan sekaligus memenuhi keperluan dan peranannya dalam masyarakat dan negara.

IMPLIKASI Dalam penilaian konteks pelaksanaan mata pelajaran Hifz al-Quran ini, mendapati bahawa secara umumnya, dapatan kajian berada pada tahap yang seimbang. Pelajar dilihat secara holistiknya memahami asas keperluan dan kepentingan mata pelajaran ini terhadap diri masing-masing. Pelajar juga memahami objektif mata pelajaran ini dengan baik. Keputusan ini membawa implikasi bahawa konstruk ini hanya memerlukan perubahan kecil untuk mengekalkan keseimbangan yang sedia ada dalam sesuatu program. Ini bermaksud aspek keperluan, objektif mata pelajaran dan kesesuaian kurikulum dengan keperluan tahfiz hanya memerlukan kepada pemurnian dan perubahan kecil sebagai elemen nilai tambah kepada konstruk ini. Contohnya, objektif mata pelajaran Hifz al-Quran ini disusun semula supaya mempunyai kesinambungan pengajaran dan pembelajaran yang baik.

CADANGAN Dicadangkan kajian lanjutan dilakukan untuk mengkaji perbandingan Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Modul Quranik Program Ulul Albab Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Objektif kajian untuk melihat kekuatan dan kelemahan kedua-dua kurikulum dan program ini. Dapatan kajian dapat diterokai dengan lebih mendalam dan terperinci serta permasalahan di dalam pendidikan tahfiz dapat diatasi dengan sebaik mungkin. Pelaksanaan tahfiz al-Quran diperluaskan kepada institusi tahfiz yang tidak menggunakan Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti maahad tahfiz swasta, institut tahfiz negeri dan sekolah-sekolah tahfiz yang menggunakan pelbagai pendekatan dan kaedah dalam menghafaz al-Quran. Kajian perbandingan di antara institusi ini dapat dilakukan untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan di antara kaedah dan pendekatan yang digunakan. Kekuatan yang didapati dapat dimanfaatkan bersama dan kelemahan yang dikenalpasti diatasi sebaik mungkin dalam mempertingkatkan pendidikan tahfiz demi memperkasakan pendidikan tahfiz di dalam negara.

KESIMPULAN Tuntutan perubahan yang dihasratkan oleh kerajaan ini khususnya telah membawa kepada pemerkasaan kurikulum tahfiz di Malaysia. Secara tidak langsung, nilai tambah ini telah membawa kepada kewujudan Kurikulum Tahfiz Model Ulul Abab (TMUA). Pelaksanaan kurikulum ini

127

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN dilihat sebagai usaha serius kerajaan dalam membudayakan kehidupan quranik dalam kalangan anak muda sekarang. Akhir sekali, usaha memperkasakan mata pelajaran Hifz al-Quran ini harus diberi penekanan yang serius supaya hasrat kerajaan dan masyarakat amnya untuk melihat generasi muda yang quranik, ensiklopedik dan ijtihadik dapat direalisasikan setelah pelajar melalui proses kurikulum tahfiz yang dibina ini. Adalah menjadi harapan pengkaji dan seluruh masyarakat untuk melihat hasil produk yang berkualiti melalui pelaksanaan Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab ini menjadi realiti. Insya Allah.

RUJUKAN Abdul Hafiz Abdullah, Hussin Salomon, Azmi Shah Suratman & Sulaiman Shakib Mohd Noor. (2005). Sistem Pembelajaran Dan Kaedah Hafazan Al-Quran Yang Efektif: Satu Kajian Di Kuala Lumpur Dan Terengganu. Universiti Teknologi Malaysia. Azmil Hashim. (2010). Penilaian Perlaksanaan Kurikulum Tahfiz di Institusi Tahfiz di Malaysia. Tesis Dr. Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan statistik penyelidikan. Malaysia: Mc. Graw Hill Sdn Bhd. Daniel L .Stufflebeam and Anthony, J.Shinkfield. (1984). Syctematic Evalution: A Self Intructional Guide to Theory and Practice. Boston: Kluwer-Nojhoff Publishing. Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia, Pelaksanaan Tahfiz Model Ulul Albab di Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia. Bilangan 1. Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30: 608-619 Laporan Penaziran Akademik KPM, 2015. Pelaksanaan Tahfiz Model Ulul Albab di Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia. Misnan Jemali & Ahmad Sadadi Hafidz. (2003). Hubungan Antara Kaedah Menghafaz al-Quran Dengan Pencapaian Kursus Tahfiz wal Qiraat Pelajar Semester Empat dan Lima di Maahad Tahfiz wal Qiraat di Perak. Seminar Kaedah Pengajaran Tahfiz al-Quran Peringkat Kebangsaan. Kolej Universiti Islam Malaysia. Mohamad Marzuqi Abd Rahim. (2008). Pengajaran Mata Pelajaran Hafazan Al-Quran: Suatu Kajian Maahad Tahfiz Al-Quran Zon Tengah. Kertas Projek Sarjana: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mohd. Majid Konting. (2005).Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhaidi Mustaffa, (2010), Hafazan al-Quran dan Hubungannya dengan Kecemerlangan pelajar di Maahad Tahfiz Pulai Chondong. Tesis Sarjana, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Norhazriah (2012), Tranformasi program Ulul Albab di Sekolah Menengah Imtiyaz, Terengganu. Nunally, J. C. (1978). Psycometric theory. New York: Mc. Graw Hill Book Company. Rabi’atul Athirah Muhamad Isa, (2016). Pelaksanaan Mata Pelajaran Hifz Al-Quran Berdasarkan Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab: Kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Nunally, J. C. (1978). Psycometric Theory. New York: Mc Graw Hill Book Company

128

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

METODE MENGHAFAL AL-QUR’AN SAAT KULIAH Ridhoul Wahidi, MA1

ABSTRAK Menghafal al-Qur’an ketika kuliah merupakan hal yang tidak mudah. Saat kuliah disibukkan dengan banyaknya aktifitas perkuliahan, kegiatan-kegiatan di luar kampus dan kegiatan penunjang lainnya. Artikel ini mencoba memberikan kiat dan trik bagaimana agar mudah menghafal al-Qur’an meski disibukkan dengan agenda perkuliahan. Tulisan ini memberikan gambaran tentang kemuliaan al-Qur’an, persoalaan-persoalan dalam menghafal al-Qur’an, faktor-faktor yang menghambat dalam menghafal al-Qur’an dan solusinya, tekhnik mudah menghafal al-Qur’an, Cara Memelihara Hafalan, Cara Mengulang Hafalan Al-Qur’an, Metode Mudah Menghafal Ketika Kuliah baik 6 Semester (bagi yang “kurang” sibuk dengan organisasi kampus) dan 8 Semester (bagi yang sibuk dengan orgnisasi kampus). Kata kunci : metode, menghafal, kuliah

PEMBAHASAN 1. Kemuliaan al-Qur’an a. Hukum Menghafal al-Qur’an Mayoritas ulama sependapat mengenai hukum menghafal al-Qur’an yakni Fardhu Kifayah. Pendapat memberikan sebuah indikasi bahwa orang yang menghafal al-Qur’an tidak boleh kurang dari jumlah Mutawatir. Dalam artian, dalam suatu masyarakat jika tidak ada seorang pun yang hafal al-Qur’an maka berdosa semuanya. Namun jika sudah ada maka gugurlah kewajiban dalam suatu masyarakat tersebut. Syaikh Nasirudin al-Bani sependapat dengan mayoritas ulama dengan menyatakan bahwa hukum menghafal al-Qur’an adalah fadlu kifayah. Begitu pula mengenai hukum mengajarkan al- Qur’an, dalam suatu masyarakat jika tidak ada seorangpun yang mau mengajarkan al-Qur’an maka berdosalah semua dalam masyarakat tersebut. Oleh karena itu Ulama sepakat mengajarkan al- Qur’an hukumnya Fardhu Kifayah dan mengajarkan al-Qur’an merupakan ibadah seorang hamba yang paling utama. Rasulullah Saw bersabda: َخ ْي ُر ُك ْم َم ْن تَعَلَّ َم ا ْلقُ ْرآ َن َو َعلَّ َمه ُ “Sebaik-baik manusia diantara kamu adalah yang mempelajari al-Qur’an dan mengamalkannya” (HR Bukhari, Tirmidzi, Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah ) a. Faedah Menghafal al-Qur’an Allah SWT menciptakan segala sesuatu pasti ada faedahnya. Begitu pula dengan orang yang menghafal al-Qur’an pasti banyak memiliki faedah. Diantara banyak faedah menghafal al-Qur’an adalah: a. Jika disertai amal saleh dan keikhlasan, maka hal ini merupakan kemenangan dan kebahagiaan di Dunia dan akhirat.

1 Pensyarah Tahfiz di Program Studi Ilmu Al-Qur’an dan Tafsir, Fakultas Ilmu Agama Islam Universitas Islam Indragiri Tembilahan, Riau Indonesia, email: [email protected].

129

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

b. Di dalam al-Qur’an banyak kata-kata bijak yang mengandung hikmah dan sangat berharga bagi kehidupan. Semakin banyak menghafal al-Qur’an semakin banyak pula mengetahui kata-kata bijak tersebut untuk dijadikan pelajaran dan pengamalan dalam kehidupan sehari- hari. c. Di dalam al-Qur’an terdapat ribuan kosa kata atau kalimat, jika kita menghafal al-Qur’an dan memahami artinya, secara otomatis kita telah menghafal semua kata-kata tersebut. d. Di dalam al-Qur’an banyak terdapat ayat-ayat tentang Iman, amal, ilmu dan cabang- cabangnya, aturan yang berhubungan dengan keluarga, pertanian dan perdagangan, manusia dan hubungan dengan masyarakat, sejarah dan kisah-kisah, al-Qur’an, dakwah, akhlak, Negara dan masyarakat, agama-agama dan lain-lainnya. Seorang penghafal al- Qur’an akan mudah menghadirkan ayat-ayat tersebut dengan cepat untuk menjawab permasalah-permasalahan diatas. Demikian faedah-faedah menghafal al-Qur’an. Tentunya masih banyak lagi yang belum penulis ketahui mengingat betapa besar peran penghafal al-Qur’an dalam menjaga kemurnian al-Qur’an sebagai hamba-hamba pilihan.

PERSOALAAN-PERSOALAN MENGHAFAL a. Etika Para Penghafal al-Qur’an Seorang penghafal al-Qur’an harus memperhatikan etika atau tata krama sebagai orang yang menyandang hafidh al-Qur’an. Hal yang perlu diperhatikan adalah: a. Tidak Mencari Penghidupan dengan al-Qur’an Hal paling urgen yang harus dihindari oleh seorang penghafal al-Qur’an adalah mencari penghidupan dengan al-Qur’an. Abdurrahman bin Syubail menyatakan bahwa Rasulullah SAW bersabda,

ا ْق َر ُء وا ا ْلقُ ْرآ َن َوَلَ تَ ْغلُوا فِي ِه َوَلَ تَ ْجفُوا َع ْنهُ َوَلَ تَأْ ُكلُوا بِ ِه َوَلَ تَ ْستَ ْكثِ ُروا بِ ِه ”Bacalah al-Qur’an olehmu, dan jangan melampaui batas terhadapnya. jangan bersikap kasar terhadapnya, jangan mencari makan dengan al-Qur’an, dan jangan pula berlebihan dengannya.” Dalam sebuah hadis lain dijelaskan,

َم ْن َق َرأَ اْلقُ ْرآ َن يَأْ ُك ُل بِ ِه َجا َء يَ ْو َم ا ْل ِقيَا َم ِة َو َو ْج ُههُ َع ْظ م َل ْي َس َع َل ْي ِه ل َح ْم ٍٍ “Barangsiapa membaca al-Qur’an untuk mencari makan, maka pada hari kiamat nanti ia akan datang sedang wajahnya akan berupa tulang tidak ada dagingnya” Hal ini, juga diperkuat dalam sebuah hadis yang lain, ْ ا ْق َر ُءوا ا ْلقُ ْرآ َن َوا ْبتَغُوا بِ ِه ََّّللاَ َع َّز َو َج َّل ِم ْن َق ْب ِل أَ ْن يَأتِ َى َق ْو م يُ ِقي ُمونَهُ إِ َقا َمةَ ا ْل ِق ْدح ِ يَتَعَ َّج لُونَهُ َوَلَ يَتَأَ َّجلُونَه “Bacalah oleh mu al-Qur’an dengan mengharap Allah sebelum datang orang-orang yang menegakkannya dengan membawa tempat makanan dan mengharapkan upah dengan segera dan tidak menyisikan untuk akhirat.” Di dalam hadis di atas ada riwayat yang semakna, yakni mereka itu mengharapakan upah, baik dalam bentuk harta, sum’ah dan yang sejenis. Hukum mengajar al-Qur’an dengan mengambil upah terdapat beberapa perbedaan pendapat, ada yang mengaramkan dan ada yang membolehkan. Diantara yang melarang mengambil upah dalam mengajarkan al-Qur’an adalah al- Zuhri dan Abu Hanifah. Sedangkan ulama yang memperbolehkan mengajarkan al-Qur’an untuk diambil upahnya, apabila terdapat perjanjian adalah

130

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN al-Hasan al-Basry, as-Sya’bi dan Ibnu Sirin. Athak, Malik, Syafi’I dan ulama lainya memperbolehkan mengambil upah dari mengajar al-Qur’an jika diperjanjikan serta dengan upah yang sah. Dalil yang menunjukkan pelarangan mengambil upah dari mengajarkan al-Qur’an adalah hadis dari Ubadah bin Shamit yang mengajarkan al-Qur’an kepada salah seorang ahli Suffah dan beliau diberi imbalan sebuah busur panah. Ketika itu Rasulullah bersabda, jika kamu ingin dikalungi dengan kalung api neraka, maka terimalah. Dari hadis tersebut ulama mengemukakan argumentasi, pertama masih ada beberapa pendapat mengenai isnadnya. Kedua, dalam mengajar hanya untuk berbuat kebaikan bukan yang lain. Jika diberi hadiah maka tidak boleh menerima upah. Berbeda lagi ketika sudah membuat perjanjian sebelumnya. Wa allahu ‘alam b. Menjaga Bacaan dan Banyak Mengulang Hafalan Untuk menjaga hafalan al-Qur’an banyak metode yang ditawarkan dan kesemuanya sudah banyak dilakukan oleh ulama-ulama terdahulu. Mereka dalam menjaga al-Qur’an dengan metode menghatamkan al-Qur’an dalam satu bulan tiga kali khatam, ada juga yang satu bulan dua kali khatam, ada juga setiap satu minggu khatam, dan ada juga yang dua hari khatam. Bahkan dalam setiap hari khatam. Hal ini dalam rangka untuk menjaga hafalan agar terpelihara dengan baik. Kesemuanya dilakukan sesuai dengan kemampuan masing-masing individu. Jika dalam kondisi yang baik dan tidak terlalu sibuk, maka bisa mengulang untuk mengatamkan al-Qur’an dalam waktu singkat begitu juga sebaliknya, jika tidak mampu atau mempunyai kesibukan lain maka dilakukan semampunya saja. c. Membiasakan Membaca Pada Malam Hari Seseorang yang dalam proses menghafal ataupun tidak, seyoginya mewajibkan untuk sesering mungkin bangun malam untuk membaca atau menghafal al-Qur’an karena banyak dalil yang menjelaskan keutamaan dalam membaca al-Qur’an di malam hari. Dalam al-Qur’an diterangkan, َل ْي ُسوا َس َوا ًء ۗ ِ م ْن أَ ْه ِل ا ْل ِكتَا ِب أُ َّمة َقائِ َمة يَتْلُو َن آيَا ِت اللَّـ ِه آنَا َء اللَّ ْي ِل َو ُه ْم يَ ْس ُجدُو َن * يُ ْؤ ِمنُو َن بِاللَّـ ِه َوا ْليَ ْو ِم ا ْْل ِخ ِر َويَأْ ُم ُرو َن بِا ْل َم ْع ُرو ِف َويَ ْن َه ْو َن َع ِن ا ْل ُمن َك ِر َويُ َسا ِر ُعو َن فِي ا ْل َخ ْي َرا ِت َوأُو َل َٰـئِ َك ِم َن ال َّصا ِل ِحي َن “Mereka itu tidak sama; di antara ahli Kitab itu ada golongan yang berlaku lurus, mereka membaca ayat-ayat Allah pada beberapa waktu di malam hari, sedang mereka juga bersujud (sembahyang). Mereka beriman kepada Allah dan hari penghabisan, mereka menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar dan bersegera kepada (mengerjakan) pelbagai kebajikan; mereka itu termasuk orang-orang yang saleh.” (Ali imron 113-114) Rasulullah Saw bersabda, نِ ْع َم ال َّر ُج ُل َع ْبدُ ََّّللاِ َل ْو َكا َن يُ َص ِل ي ِم ْن اللَّ ْي ِل َف َكا َن بَ ْعدُ ََل يَنَا ُم ِم ْن اللَّ ْي ِل إِ ََّل َق ِلي ًل “Sebaik-baik orang adalah seorang hamba Allah, seandainya shalat malam hari dan sedikit tidur dimalam hari.” Sebuah nasihat Nabi kepada Abdullah yang tertera dalam hadis, يَا َع ْبدَ ََّّللاِ ، َلَ تَ ُك ْن ِمثْ َل فُالَ ٍن ، َكا َن يَقُو ُم اللَّ ْي َل َفتَ َر َك قِيَا َم اللَّ ْي ِل “Janganlah kamu seperti fulan, ia bangun malam, tapi meninggalkan shalat malam” Rasulullah juga menyatakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sahl bin Sa’id yakni ketika malaikat Jibril mendatangi Nabi Muhammad saw dan berkata:

131

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

يَا ُم َح َّم ْد ، ِع ْش َما ِشئْ َت َفإِنَّ َك َميِ ت ، َوأَ ْحبِ ْب َم ْن أَ ْحبَ ْب َت َفإِنَّك ُم َفا ِر َقهُ ، َوا ْع َم ْل َما ِشئْ َت َف إِنَّ َك َم ْج ِزي بِ ِه ثُ َّم َقا َل يَا ُم َح َّمد َش َر ُف اْل ُم ْؤ ِم ِن قِيَا ُم الَّل ْي ِل َو ِع ُّزهُ ِا ْستِ ْغنَا ُؤهُ َع ِن النَّا ِس “Wahai Muhammad hiduplah semaumu, maka sesungguhnya engkau akan mati, cintailah orang yang engkau cintai, maka sesungguhnya engkau akan berpisah denganya. Lakukan apa yang ingin engkau lakukan maka sesungguhnya engkau akan mendapat balasannya, kemudian Jibril berkata “Wahai Muhammad orang beriman yang mulia adalah yang melaksanakan shalat malam dan kemulyaan itu tidak membutuhkan orang lain” Abu Akhwash al-Habasyi menyatakan “Jika seseorang berjalan malam hari melewati daerah Fustat akan mendengar alunan suara laksana suara lebah sedang terbang, ia berkata bagaimana keadaan mereka yang aman itu dan mereka tidak ada rasa takut. Ibrahim al Nakha’I menyerukan: “Bacalah al-Qur’an pada malam hari sekalipun sedang memerah susu seekor domba. Razid al- Ruqashi menyatakan: “Ketika aku tidur kemudian bangun lalu ingin tidur lagi, maka mataku tidak mau tertidur. Aku berkata: aku memilih shalat malam dan membaca al-Qur’an karena membaca al- Qur’an waktu malam lebih menyatukan hati, jauh dari kesibukan, kesia-sian dan usaha memenuhi kebutuhan, aku bisa menjaga diri dari riya’, dan hal-hal lain yang membatalkan amal, disamping tuntunan syri’at untuk mewujudkan kebaikan di malam hari. Isra’ Rasul dilakukan pada malam hari. Rasul juga pernah menyatakan: “Tuhan mu turun setiap malam hingga dilangit bumi ketika tengah malam seraya berseru, adakah yang berdo’a niscaya akan Aku kabulkan. Bangun malam tidak harus semalam suntuk “melek” tapi jika hanya sebentar tidak apa-apa sesuai dengan kemampuan atau kebiasaan sehari-hari. Hal ini sesuai dengan sabda Nabi saw, َم ْن َقا َم بِعَ ْش ِر آيَا ٍت َل ْم يُ ْكتَ ْب ِم َن ا ْل َغافِ ِلي َن َو َم ْن َقا َم بِ ِمائَ ِة آيَ ٍة ُكتِ َب ِم َن ا ْل َقانِتِي َن َو َم ْن َقا َم بِأَْل ِف آيَ ٍة ُكتِ َب ِم َن ا ْل ُم َق ْن َط ِري َن “Siapa yang bagun malam dan membaca sepuluh ayat al-Qur’an maka tidak tercatat sebagai orang yang lupa. Barang siapa yang bangun malam dan membaca seratus ayat dari al- Qur’an maka tercatat sebagai orang yang taat. Barangsiapa yang bangun malam dan membaca seribu ayat maka tercatata sebagai orang yang adil.” Dari hadis diatas dapat digambarkan bahwa bangun malam dan membaca al-Qur’an tidak harus lama. Namun jika mampu untuk melakukan dengan waktu lama dan tidak menggangu aktifitas setelahnya maka boleh saja, misalnya, semalam suntuk tidak tidur, namun ketika datang subuh tertidur karena capek dan meninggalkan shalat subuh. Maka malah menjadi dosa. Terdapat seorang sahabat Nabi yang bernama Abdullah bin ‘Amr yang selalu berpuasa disiang hari dan menghatamkan al-Qur’an setiap malam. Nabi Saw bersabda: “Aku khawatir lantaran waktu yang lama dalam menghafal al-Qur’an, engkau jadi bosan, khatamkan al-Qur’an setiap satu bulan sekali”, Abdullah menjawab, “ya Rasulullah, biarkan aku menikmati kekuatan dan masa mudaku”. Rasulullah saw bersabda, “khatamkan al-Qur’an setiap dua puluh hari”. Abdullah menjawab lagi, “ya Rasulullah, biarkan aku menikmati kekuatan dan masa mudaku”. Rasulullah saw bersabda, “khatamkan al-Qur’an setiap tujuh hari sekali”. Abdullah menjawab lagi, “ya Rasulullah, biarkan aku menikmati kekuatan dan masa mudaku”. Ketika Abdullah bin ‘Amr menolak nasihat Rasulullah tersebut, lalu Rasulullah Saw bersabda, َفإِ َّن ِل َج َس ِد َك َع َل ْي َك َحقًّا، َو ِلعَ ْينِ َك َع َل ْي َك َحقًّا، َو ِل َز ْو َجتِ َك َع َل ْي َك َحقًّا “Maka sesungguhnya tubuhmu memiliki hak atas dirimu, matamu memiliki hak atas dirimu, dan istrimu memiliki hak atas dirimu” (Mustakhrij Abi ‘Aunah) d. Membaca Wirid Dari umar bin khattab ra, beliau menyatakan, Nabi saw bersabda,

132

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

َم ْن نَا َم َع ْن ِح ْزبِ ِه أَ ْو َع ْن َش ْى ٍء ِم ْنهُ َف َق َرأَهُ فِي َما بَ ْي َن َصالَةِ ا ْل َف ْج ِر َو َصالَةِ ال ُّظ ْه ِر ُكتِ َب َلهُ َك أَنَّ َما َق َرأَهُ ِم َن اللَّ ْي ِل “Barangsiapa tertidur sehingga melupakan wirid malam kemudian ia membacanya antara shalat fajar dan dhuhur, ia dicatat seperti membacanya”. (HR. Muslim) Sulaiman menceritakan Abu Usaid yang menyatakan bahwa: “Saya tidur lelap sehingga aku terlupa wirid hingga subuh. Ketika subuh tiba aku mengucapkan istirjak dan wiridku adalah surat al-Baqoroh. Maka kemudian aku bermimpi, seolah- olah seekor sapi menandukku. Ibnu Abi Dunya meriwayatkan dari para hafidz Qur’an: ada seorang hafidz yang tertidur waktu malam sehingga lupa membaca wiridnya. Setelah itu ia bermimpi, seolah-olah ada yang berkata: َع ِج ْب ُت ِم ْن ِج ْس ٍم َو ِم ْن ِص َّح ٍة َو ِم ْن َفتَى ناَ َم إِ َلى اْل َف ْج ِر َواْل َم ْو ُت ََل يُ ْؤ ِم ُن َخ َط َفاتُهُ فِي ُظ ْل ِم الَّل ْي ِل إِذَا يَ ْس ِري “Aku heran seorang pemuda berbadan sehat, ia tidur lelap hingga fajar tiba, padahal tidak ada yang mampu menghalau serangan kematian ketika ia datang di waktu malam” (Dalam Kitab Al-Tibyan Fi Adabi Hamalat Al-Qur’an Bab 5) b. Faktor-Faktor Yang Menghambat Dalam Menghafal Al-Qur’an Dan Solusinya Dalam perjalanan menghafal al-Qur’an tidak mudah dan memerlukan perjuangan. Dan untuk mencapainya memerlukan usaha yang keras dan disertai usaha-usaha pendukung, seperti berpuasa, doa dan lainnya. Ibarat orang yang berjalan pasti akan menemui “jalan terjal” dan jalan tersebut harus dilewati dengan penuh semangat agar dapat melaluinya dengan lancar. Secara garis besar ada beberapa pertanyaan yang menghambat ketika menghafal al-Qur’an, diantaranya: a. menghafal itu sulit’? b. Ayat yang dihafal sering lupa? c. Banyak ayat-ayat yang serupa (mutasyabihat) d. Gangguan internal dan eskternal (malas, pacaran, sibuk) Untuk mengantisipasi hal-hal diatas penulis mencoba memberikan alternatif solusi. Diantaranya: Pertanyaan “menghafal itu sulit”, penulis yakin sesungguhnya menghafal itu mudah, namun menjaganya yang lebih sulit. Penulis teringat akan pesan seorang Masyayikh dari Makkah al- Mukarromah, “Jangan Sekali-Kali Ngomong Tidak Mampu Menghafal Al-Qur’an Kalau Setiap Hari Yang Dikerjakan Hanya Tidur, Ngobrol Dan Malas Tanpa Berusaha Sedikitpun”. Dan usaha seseorang bukan dilihat dari hasilnya. Namun Prosesnya lah yang dilihat. Apa-apa yang di usahakan segitu pula yang akan didapat. ini diperkuat dengan firman Allah SWT. َوأَن لَّ ْي َس ِل ْ ِْلن َسا ِن إِ ََّل َما َسعَ َٰى “Dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang Telah diusahakannya” [surah an-Najm:39] Selanjutnya, sering lupa ayat-ayat yang sudah di hafal, bagaimana agar tidak lupa? solusinya adalah menjadikan al-Qur’an sebagai wirid sehari-hari. Karena al-Qur’an adalah sebaik-baik wirid dan jangan percaya adanya wirid-wirid tertentu untuk mempertahankan hafalan, kecuali doa-doa

133

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN pendek yang tidak menyita waktu untuk melakukan mudarosah (pengulangan hafalan). Rasulullah Saw bersabda, تَعَا َهدُوا َهذَا ا ْلقُ ْرآ َن َف َوالَّ ِذى نَ ْف ُس ُم َح َّم ٍد بِيَ ِد ِه َل ُه َو أَ َشدُّ تَ َفلُّتًا ِم َن ا ِإلبِ ِل فِى ُعقُ ِل َها “Jagalah al-Qur’an ini, demi Allah, dia (al-Qur’an) lebih mudah lepas disbanding onta yang terikat.” (HR. Muslim) Dalam keterangan hadis lain, إِنَّ َما َمثَ ُل َصا ِح ِب ا ْلقُ ْرآ ِن َك َمثَ ِل ا ِإلبِ ِل ا ْل ُمعَقَّ َل ِة إِ ْن َعا َهدَ َعلَ ْي َها أَ ْم َس َك َها َوإِ ْن أَ ْط َل َق َها ذَ َه بَ ْت “Sesungguhnya perumpamaan penghafal al-Qur’an itu seperti onta yang terikat. Jika dijaga amanlah dia, tetapi jika dibiarkan lenyaplah dia” (HR. Muslim) Di dalam al-Qur’an banyak sekali ayat-ayat yang sama (mutasyabihat), untuk memudahkan dalam mengingatnya adalah memberikan tanda disetiap ayat yang sama tersebut atau bisa juga membuat catatan kecil yang berisi ayat-ayat yang sama tersebut. Contohnya: QS. Al-Ankabut: 62 اللَّـهُ يَ ْب ُس ُط ال ِ ر ْز َق ِل َمن يَ َشا ُء ِم ْن ِعبَا ِد ِه َويَ ْق ِد ُر َلهُ ۚ إِ َّن اللَّـهَ بِ ُك ِ ل َش ْي ٍء َع ِلي م QS. Al-Qoshosh : 82 َوأَ ْصبَ َح الَّ ِذي َن تَ َمنَّ ْوا َم َكانَهُ بِا ْألَ ْم ِس يَقُولُو َن َو ْي َكأَ َّن اللَّـهَ يَ ْب ُس ُط ال ِ ر ْز َق ِل َمن يَ َشا ُء ِم ْن ِعبَا ِد ِه َويَ ْق ِد ُر ۖ َل ْو ََل أَن َّم َّن اللَّـهُ َع َل ْينَا َل َخ َس َف بِنَا ۖ َو ْي َكأَنَّهُ ََل يُ ْف ِل ُح ا ْل َكافِ ُرو َن QS. Ar-Ruum : 37, َٰ أَ َو َل ْم يَ َر ْوا أَ َّن اللَّـهَ يَ ْب ُس ُط ال ِ ر ْز َق ِل َمن يَ َشا ُء َويَ ْق ِد ُر ۚ إِ َّن فِي ذَ ِل َك َْليَا ٍت ِل َق ْو ٍم يُ ْؤ ِمنُو َن Q.S. Saba' : 36 قُ ْل إِ َّن َربِ ي يَ ْب ُس ُط ال ِ ر ْز َق ِل َمن يَ َشا ُء َويَ ْق ِد ُر َو َل َٰـ ِك َّن أَ ْكثَ َر النَّا ِس ََل يَ ْع َل ُمو َن QS. Saba' : 39, قُ ْل إِ َّن َربِ ي يَ ْب ُس ُط ال ِ ر ْز َق ِل َمن يَ َشا ُء ِم ْن ِعبَا ِد ِه َويَ ْق ِد ُر َلهُ ۚ َو َما أَنفَ ْق تُم ِ من َش ْي ٍء َف ُه َو يُ ْخ ِلفُهُ ۖ َو ُه َو َخ ْي ُر ال َّرا ِزقِي َن Sedangkan untuk gangguan internal dan external seperti malas, pacaran, dan kesibukan lain. Penulis ingin memberikan beberapa solusi. Untuk mengatasi malas, hendaklah mengingat kembali niat untuk menghafal, berikan semangat pada diri sendiri secara persuasif agar semangat kembali. Mengenai banyaknya kesibukan, pandai-pandailah mengatur waktu, kuasai keadaan dan jangan larut yang akhirnya dikuasai oleh keadaan sendiri. Untuk masalah pacaran, sedapat mungkin di hindari, namun jika tidak, jangan sampai mengganggu proses mengahafal al-Qur’an. Ingatlah pesan imam Waqi’ kepada imam Syafi’i: ْ َش َك ْو ُت إِ َلى َو ِك ْيعٍ ُس ْو َء ِح ْف ِظ # َفأَ ْر َشدَنِى إِ َلى تَ ْر ِك اْل َمعَا ِصى # ِإل َّن ال ِح ْف َظ َف ْض ل ِم ْن إِ َل ٍه # َو َف ْض ُل هللاِ ََل يُ ْع َطى ِل ْلعَا ِصى “Saya pernah mengeluhkan lemahnya daya ingat saya kepada Syeikh Waki’. Beliau menasehati agar saya menghindari perbuatan-perbuatan maksiat. Karena sesungguhnya daya ingat itu adalah karunia Allah. Dan karunia Allah itu tidak akan diberikan kepada pelaku maksiat.”

134

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

TEKHNIK MUDAH MENGHAFAL AL-QUR’AN a. Cara membuat Setoran Baru Secara Teknis Ada Beberapa Tahapan Untuk Membuat Hafalan Baru, diantaranya: a. Harus berwudhu terlebih dahulu dan berusaha menjaga diri dari hadas kecil dan besar b. Memperhatikan ayat-ayat yang akan dihafal dan alangkah baiknya mempelajari maknanya. c. Menghafalkan kalimat demi kalimat sehingga sempurna satu ayat. d. Apabila sudah hafal satu ayat sebaikya memperhatikan kembali kalimat dan huruf- hurufnya sehingga benar-benar dan yaqin tidak terdapat kesalahan, maka dilanjutkan dengan ayat selanjutnya. e. Apabila bacaannya sudah sempurna dan bagus maka di tasmik-kan ke guru. f. Usahakan menambah hafalan setiap hari dengan istiqomah sesuai dengan kemampuan g. Menghafalkan dengan keadaan tenang dan tartil Adapun trik menghafal agar mudah, penulis menawarkan 4 cara menghafal al-Qur’an: 1. Ayat per ayat Pada model ini, seorang penghafal membaca dengan binnadri (dengan melihat mushaf) dan disimak oleh ustadz, kiai, guru yang ahli al-Qur’an sampai benar-benar bagus bacaannya, kemudian dihafal per ayat, begitu seterusnya hingga selesai ayat-ayat yang akan dihafal sesuai dengan target yang direncanakan, kemudian dirangkaikan bagian-bagian tadi menjadi satu. Setelah itu diulang- ulang sampai lancar tanpa kesalahan. Setelah itu ditasmi’kan (disetorkan) kepada teman yang juga sama menghafal sampai dua atau tiga orang, lebih banyak disetorkan ke teman akan semakin baik. Selanjutnya di setorkan kepada ustadz untuk tahapan akhir. Setelah disetorkan ke Ustadz, diulang sendiri tiga kali tanpa melihat mushaf. Begitu seterusnya sampai khatam al-Qur’an. Metode ini memiliki kelebihan diantaranya: si penghafal akan lebih teliti terhadap bunyi makhorijul khuruf dan bacaan ayat-ayatnya, dan lebih bisa teliti terhadap ayat-ayat mutasyabihat (ayat-ayat yang sama redaksinya). Kelemahan dalam metode ini adalah kadang akan mengalami kesulitan dalam menyambung ayat per ayat yang telah dihafal. 2. Lima baris lima baris Model ini telah dilakukan oleh penulis, seorang penghafal menggunakan al-Qur’an versi kudus atau disebut al-Qur’an pojok, yang dimana dalam satu juz terdapat 10 lembar 20 halaman. Cara menghafalnya adalah dengan membaca lima baris pertama disertai membaca terjemahannya, kemudian menghafalnya sampai tidak terdapat kesalahan. Begitu seterusnya sampai mendapatkan satu halaman, Setelah itu disetorkan kepada dua atau tiga temanya, lebih banyak lebih baik dan akan menambah baik pula kualitas hafalannya dan ini dilakukan sebelum disetorkan ke ustadz. Setelah selesai ke ustadz jangan beranjak jauh dari tempat setoran. Ulanglah minimal tiga kali, kebih banyak akan lebih baik kualitas hafalannya. Metode ini memiliki kelemahan diantaranya akan sulit melafalkan ayat-ayatnya secara tartil disamping itu jika menghadapi ayat-ayat yang memiliki redaksi sama akan agak sulit mengidentifikasinya dan membedakannya. Model ini seorang penghafal menggunakan model membaca arti dari ayat-ayat yang akan dihafal, kemudian membacakannya didepan ustadz atau kiai sampai benar-benar bagus bacaanya, lalu mulailah menghafal secara keseluruhan sesuai dengan kemampuan yang dimilikinya. Kemudian, diulang-ulang tanpa kesalahan dan disetorkan kepada teman-temanya sebelum disetorkan ke ustadz dan Lebih banyak pengulangan akan lebih baik kualitas bacaannya. Diantara

135

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN kelebihan dari model ini adalah akan dapat memahami artinya dan lebih cepat faham terhadap ayat yang dihafal. Sedangkan kelemahannya adalah cepat lupa urutan-urutan ayat yang telah dihafal. 4. Jama’ah Model ini, diperlukan seorang instruktur, ustadz atau kiai, yang membacakan ayat per ayat yang akan dihafal dan si murid mengikuti bacaannya sampai ayat yang telah ditentukan. Seorang instruktur tersebut membaca satu ayat dan langsung dihafal oleh si murid. Cara ini memang agak sulit dan membutuhkan waktu yang lama. Akan tetapi kelebihannya adalah instruktur tersebut langsung membenahi kesalahan-kesalahan dari hafalan si murid. b. Cara Memelihara Hafalan a. Meninggalkan maksiat baik lahir dan bathin, dan apabila sudah terlanjur maka perbanyaklah istigfar b. Selalu bersikap hormat terhadap al-Qu’an baik lahir dan bathin c. Memperbanyak mengulang hafalan dengan cara sekurang-kurangnya 3-5 juz dalam setiap harinya untuk hafalan lama. Untuk hafalan yang baru diulang-ulang 5-10 kali selama tiga hari atau sesuai kemampuan. d. Melakukan mudarosah dengan dua, tiga orang secara bergantian, yang satu membaca yang lainnya mendengarkan. Begitu seterusnya sampai target yang dicanangkan. e. Muroja’ah (mengulang) bacaan dihadapan guru setiap harinya minimal dua lembar setengah atau setengah juz. f. Menghindari hal-hal yang menggangu hafalan, seperti bergurau secara berlebihan g. Jangan ganti dengan mushaf lain, karena dikhawatirkan mengaburkan hafalan h. Apabila ditengah-tengah membaca terdapat keraguan baik menyangkut huruf, atau kalimat, yang disebabkan kemiripan atau lupa maka segeralah diselesaikan dengan cara merujuk pada mushaf i. Mengulang dalam shalat j. Bagi yang sudah khatam, seyogiyanya bisa meluangkan waktunya setiap harinya untuk membaca al-Qur’an minimal satu juz atau mengikuti kebiasaan salafus saleh, yakni fami yang berarti, lisanku rindu (bacaan Al-Qur’an). Maksud dari kata ( فمي بشوق) bisyauqin "rindu" adalah kerinduan yang selalu muncul untuk selalu membaca dan mengulang adalah singkatan dari huruf depan فمي بشوق hafalan Al-Qur’an. Untuk aplikasinya kalimat dari nama surat-surat dalam Al-Qur’an yang dijadikan sebagai permulaan untuk mengulang hafalan Al-Qur’an setiap harinya. Misalnya, untuk hari pertama, surat yang harus diulang adalah dari Surat Al-Fatihah sampai Surat An-Nisa'. Hal ini terlihat dalam kata tersebut yaitu huruf Fa' dan Nun. Susunannya adalah sebagai berikut: الفاتحة – النساء الماءدة – التوبة يونس - النحل اَلسراء - الفرقان الشعراء - يس الصفات - الحجات ق - الناس

136

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Dengan metode diatas, seorang penghafal al-Qur’an akan mengkhatamkan Al-Qur’an setiap 6 hari sekali. a. Cara Mengulang Hafalan Al-Qur’an a. Selalu bersama atau berkumpul dengan hafidzul Qur’an Dengan selalu berkumpul dengan para penghafal al-Qur’an akan selalu mendapat semangat dan bisa saling mudarosah secara bergantian. Semakin banyak pengulangan dengan teman sesama penghafal al-Qur’an, semakin bagus kualitas bacaan dan kelancaran hafalan. b. Sering mendengarkan bacaan kaset al-Qur’an Untuk belajar mengungatkan hafalan atau untuk sekedar mendengarkan bacaan al-Qur’an dari kaset murottal, akan sangat membantu proses menghafal al-Qur’an, baik dari segi makharijul huruf, al-wakfu wal-ibtida’, atau menirrukan lagu dari qori’ tersebut. Zaman sekarang sudah banyak CD, MP3, MP4 dan lainya yang dapat digunakan sebagai alternative untuk membantu dalam proses menambah, mengulang hafalan. Alat-alat ini juga menjadi alat utama bagi para tunanetra untuk menghafal dan mengulang hafalan al-Qur’an dan banyak diantara mereka banyak yang sukses dengan perantara alat-alat tersebut. c. Mengikuti lomba al-Qur’an Sekarang banyak diadakan lomba-lomba al-Qur’an atau yang sering dikenal masyarakat umum dengan MTQ (Musabaqoh Tilawatil Qur’an), yang memperlombakan berbagai macam perlombaan yang berkenaan dengan ke al-Qur’an-nan, baik bidang Tahfidh, Tafsir, Qiro’ah, dan lainya. Dengan adanya perlombaan seperti tentunya sangat membantu untuk proses mengulang, melancarkan hafalan. Namun perlu diingat, jangan salah niat karena untuk memperoleh popularitas, dan riya’. Jadikan perlombaan ini sebagai ajang fastabiqul khoirat (berlomba-lomba dalam kebaikan) dan melancarkan hafalan saja. d. Membaca Dalam Shalat Ketika shalat usahakan membaca ayat-ayat yang sudah dihafal walaupun sedikit, karena dapat membantu dalam proses mengulang hafalan. Jika mencoba untuk selalu istiqomah dalam shalat setengah lembar maka setiap harinya sudah lancar dua setengah lembar. Dan jika ditambah dengan setengah halaman disetiap shalat rawatibnya maka dalam satu harinya akan melancarkan lima lembar dengan shalat maktubahnya. Hal ini akan sangat menunjang dalam proses melancarkan hafalan. e. Menggunakan satu mushaf Ketika memulai membaca ayat yang akan dihafal, waktu itu pulalah kedua mata tertuju pada tulisan-tulisan lembaran mushaf pertama yang dibuka. Hal ini juga memberikan pengaruh terhadap ayat-ayat yang akan dihafal jika berganti mushaf yang lain. Oleh karena itu, usahakan memakai satu mushaf saja, baik ketika menambah hafalan baru atau mengulang hafalan. Dengan menggunakan satu mushaf, akan selalu ingat letak dimana ayat-ayat yang pertama kali dihafal, dan selama proses menghafal usahakan tidak gonta ganti mushaf. Namun jika sudah lancer tanpa kesalahan dan tidak dikhawatirkan akan mempengaruhi ingatan akan tempat-tempat ayat yang sudah dihafal, tidak apa-apa baginya berganti mushaf yang lain. f. Menjadi Musammi’ Ketika sudah hafal al-Qur’an dan hafalannya bagus, biasanya di suruh menjadi mudabbir/musammik agar menerima setoran dari murid-murid yang belum menyelesaikan hafalan

137

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

atau yang sudah hatam. Hal ini memicu si Musammik untuk lebih bagus kalitas hafalan dibandingkan dengan yang lain. Ini diperlukan banyak pengulangan agar nantinya mampu menyimak murid-murid yang menyetorkan hafalannya. Disinilah salah satu hal yang menunjang dalam proses menghafal atau mengulang hafalan al-Qur’an. g. Sima’an al-Qur’an Salah satu cara untuk melancarkan hafalan al-Qur’an adalah mengikuti sima’an al-Qur’an, yang metodenya adalah salah satu membaca dan di dengarkan oleh satu atau beberapa orang sesuai dengan juz yang telah ditentukan. Kegiatan seperti ini telah mengakar di pondok-pondok tahfidh, khususnya di Indonesia. Hal seperti ini sangat membantu dalam proses memperbaiki dan melancarkan ayat-ayat yang dihafal. Biasanya kegiatan ini dilakukan selama satu hari atau satu hari semalam untuk satu kali hataman dan dilakukan dalam waktu satu bulan sekali atau bahkan lebih. 1. Metode Mudah Menghafal Ketika Kuliah Ketika kuliah sering kali disibukkan oleh tugas-tugas, sehingga seringkali lupa untuk sekedar membaca al-Qur’an apalagi menghafalnya. Ketika kuliah dibatasi oleh waktu tiga,empat, lima, bahkan ada yang sampai tujuh tahun. Jika mau melihat waktu yang kita habiskan untuk study di kampus saja begitu lama. Tapi jika mau meluangkan waktunya dalam setiap harinya dua jam saja. Maka tidak mustahil akan menghatamkan al-Qur’an tiga puluh juz. Kuliah sukses hafal al-Qur’an juga sukses. Ini perlu ditanamkan dalam hati masing-masing individu untuk bangun dari mimpi- mimpi indah agar meraih kesuksesan dunia dan akhirat. Ketika kita kuliah dibatasai oleh waktu, berbeda dengan menghafal al-Qur’an, menghafal dan menjaganya tidak ada batasan. Dengan kata lain membaca atau menghafal al-Qur’an setiap saat dan berakhir sampai ajal menjemput. Oleh karena itu, disini penulis ingin memberikan sedikit pengalaman yang insyallah bermanfaat bagi kita semua. Metode yang ditawarkan ini bukanlah sesuatu yang menjadi harga mati, siapa saja bisa mengatur waktu sesuai dengan kebutuhan masing-masing. Disini akan dipaparkan contoh-contoh aplikasi secara teknis menghafal al-Qur’an sesuai dengan koridor waktu kuliah: a. Metode 6 Semester (bagi yang “kurang” sibuk dengan organisasi kampus) Ketika dibangku kuliah kita sibuk dengan tugas-tugas kampus dan kesibukan mengikuti kegiatan ekstrakulikuler. Hal ini kadang menyulitkan kita utuk membagi waktu dengan menghafal al-Qur’an. Tapi jika kita mau meluangkan waktu dua jam saja setiap malam (atau kapanpun sesuai pembagian waktu luangnya) pasti mampu menghafal al-Qur’an 30 juz. Metode ini banyak digunakan oleh pondok-pondok Tahfid karena proses ini sangat standar dalam artian tidak lama dan tidak terlalu cepat. Jika tahun pertama mampu menghafal sepuluh juz saja. Maka selama kurang lebih tiga tahun dapat menghatamkan al-Qur’an secara keseluruhannya. Seperti yang dikatakan diatas sempatkan dua jam saja setiap harinya untuk menambah hafalan baru. Bagaimana agar tidak bingung menentukan waktu ketika menambah, mengulang, menggabungkan hafalan yang telah dihafal? Kapan waktu menambah? Ketika bangun malam, atau setelah subuh. Waktu ini sangat baik karena otak masih fresh, belum ada kesibukan-kesibukan yang memberatkan. Wajibkan pada diri sendiri untuk menghafal satu halaman. Kapan menyetorkan hafalan? Mengenai waktu setoran hafalan menyesuaikan dengan guru al-Qur’an sesuai dengan kesempatan masing-masing individu.

138

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Kapan mengulang hafalan? Gunakan waktu ketika shalat sunnah qobliah duhur dan ba’diah untuk mengulang hafalan. Jika masih ada yang lupa atau ragu dengan apa yang dihafal, langsung merujuk al-Qur’an agar langsung diperbaiki kesalahan tersebut. Sempatkan setelah asyar untuk mengulang hafalan tersebut tiga kali tanpa melihat mushaf. Hal ini dilakukan untuk pemantapan hafalan sebelum di tasmi’kan kepada guru al-Qur’an. Kapan menggabungkan hafalan yang sudah dihafal? Kira-kira jam 21:00/22:00 malam, ambil air wudhu kemudian cari tempat yang bersih dan suci, ulangi hafalan yang telah dihafal sampai 10 kali. Kemudian gabungkan dengan hafalan sebelumnya, dan diulang sebanyak 5 kali atau lebih banyak lebih baik. Contoh aplikasinya adalah: Jika dihitung menggunakan perhitungan Matimatika, dalam setiap satu bulan rata-rata adalah tiga puluh hari, selanjutnya jika dalam satu hari mampu menghafal setengah halaman maka dua puluh hari akan menyelesaikan satu juz (jika menggunakan al-Qur’an pojok, setiap satu juz rata-rata sepuluh lembar, dua puluh halaman, dan setiap halaman rata-rata lima belas baris). Sisa sepuluh hari untuk mengulang dan memperbaiki kualitas bacaan. Insyallah jika ini berjalan secara istiqomah, maka tidaklah sulit untuk menghatamkan al-Qur’an selama tiga tahun. Daftar Pembagian juz untuk 6 semester No Bulan/hari Tambah Ulangan Waktu Waktu hafalan menambah mengulang 1 Bulan pertama Satu 2-10 kali Sebelum/setel Kondisional, (setiap hari satu halaman ah subuh alangkah baiknya halaman) setelah mengerjakan shalat lima waktu 2 Bulan kedua Satu Hafalan baru Sebelum/setel Kondisional. lebih (setiap hari satu halaman sesering ah subuh baik setiap hari halaman dan mungkin mengulang semua menggabungkan diulang-ulang, hafalan karena dengan juz yang sedangkan masih 2 juz, agar telah dihafal hafalan yang lebih bagus sebelumnya) lama porsinya kwalitasnya. sedikit saja karena telah bagus dan lancar 3 Bulan ketiga Satu Prioritaskan Sebelum/setel Kondisional. (setiap hari satu halaman hafalan baru ah subuh Usahakan satu hari halaman dan mengulang dua juz menggabungkan dengan juz yang telah dihafal sebelumnya)

139

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

No Bulan/hari Tambah Ulangan Waktu Waktu hafalan menambah mengulang 4 Bulan keempat Satu Prioritaskan Sebelum/setel Kondisional. (setiap hari satu halaman hafalan baru ah subuh Usahakan satu hari halaman dan tiga juz menggabungkan dengan juz yang telah dihafal sebelumnya) 5 Bulan kelima Satu Prioritaskan Sebelum/setel Kondisional. (setiap hari satu halaman hafalan baru ah subuh Usahakan satu hari halaman dan empat juz menggabungkan dengan juz yang telah dihafal sebelumnya) 6 Bulan keenam Satu Prioritaskan Sebelum/setel Kondisional. (setiap hari satu halaman hafalan baru ah subuh Usahakan satu hari halaman dan lima juz menggabungkan dengan juz yang telah dihafal sebelumnya)

b. Metode 8 Semester (bagi yang sibuk dengan orgnisasi kampus) Metode kedua ini agak ringan, karena membutuhkan waktu agak lama. Untuk tahap ini seseorang bisa sibuk dengan kegiatan lain, seperti organisasi kampus (BEM, SEMA, DEMA, dan unit-unit kegiatan mahasiswa) mengajar TPA, ta’mir masjid atau kesibukan lainya. Dalam satu bulan setengah (45 hari) hanya membutuhkan satu juz. Jadi, dalam satu tahun hanya menghafal delapan juz. Selama empat tahun sudah menghatamkan tiga puluh juz al-Qur’an secara keseluruhan. Dengan rincian dua puluh hari menambah hafalan baru dan dua puluh lima hari sisanya melancarkan dan memperbaiki bacaan yang telah dihafal. Untuk proses ini setiap hari cukup dua jam untuk menambah hafalan, sisa waktunya untuk mengulang agar benar-benar lancar ayat-ayat yang telah dihafal. Kapan waktu menambah? Maksimalkan waktu setelah setelah subuh untuk menambah hafalan sampai waktu dhuha. Wajibkan pada diri sendiri untuk setiap dua hari sekali menghafal satu halaman. Kapan mengulang hafalan? Karena terlalu sibuk dengan kuliah dan organisasi kampus, maka usahakan dalam mengulang hafalan setiap setelah shalat, 15 menit saja yang terpenting berkesinambungan (istiqomah). Kapan menggabungkan hafalan yang sudah dihafal? Biasanya banyak kegiatan ekstra yang menyita waktu, seperti rapat sampai malam. Untuk mengatasi hal tersebut, usahakan sebelum tidur baca atau ulang hafalan walaupun sedikit, yang paling penting berkesinambungan (istiqomah).

140

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Daftar pembagian juz untuk 8 semester No Bulan/hari Tambah Ulangan Waktu Waktu hafalan menambah mengulang 1 Bulan Setiap dua hari 2-10 kali (semakin Sebelum/sete Kondisional, pertama Satu halaman banyak semakin lah subuh alangkah baik) baiknya setelah mengerjakan shalat lima waktu 2 Bulan (setiap dua hari Hafalan baru Sebelum/sete Kondisional. kedua satu halaman sesering mungkin lah subuh lebih baik setiap dan diulang-ulang, hari mengulang menggabungkan sedangkan hafalan semua hafalan dengan ayat yang lama karena masih 1 yang telah porsinya sedikit juz 5 lembar, dihafal saja karena telah agar lebih bagus sebelumnya) bagus dan lancar kwalitasnya. 3 Bulan (setiap dua hari Prioritaskan Sebelum/sete Kondisional. ketiga satu halaman hafalan baru lah subuh Usahakan satu dan hari mengulang menggabungkan dua juz dengan ayat yang telah dihafal sebelumnya) 4 Bulan (setiap dua hari Prioritaskan Sebelum/sete Kondisional. keempat satu halaman hafalan baru lah subuh Usahakan satu dan hari tiga juz menggabungkan dengan ayat yang telah dihafal sebelumnya) 5 Bulan (setiap dua hari Prioritaskan Sebelum/sete Kondisional. kelima satu halaman hafalan baru lah subuh Usahakan satu (setiap hari dan hari empat juz satu menggabungkan halaman dengan ayat dan yang telah menggabun dihafal gkan sebelumnya) dengan juz yang telah dihafal sebelumny a)

141

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

No Bulan/hari Tambah Ulangan Waktu Waktu hafalan menambah mengulang 6 Bulan (setiap dua hari Prioritaskan Sebelum/sete Kondisional. keenam satu halaman hafalan baru lah subuh Usahakan satu (setiap hari dan hari lima juz satu menggabungkan halaman dengan ayat dan yang telah menggabun dihafal gkan sebelumnya) dengan juz yang telah dihafal sebelumny a)

c. Metode 10 Semester (bagi yang tidak sibuk dengan organisasi kampus) Bagi mereka yang kuliahnya ingin santai sampai semester sepuluh akan sangat berpeluang untuk menghatamkan al-Qur’an secara keseluruhan dan lancar. karena untuk perhitungannya dalam satu tahun hanya menghafal enam juz saja. Ini sangatlah mudah. Dalam dua bulan sekali hanya mematok target satu juz, wah..bayangkan!!! pertanyaannya, mampukah dalam dua bulan menghafal satu juz? Jawabannya, sangat mampu. Untuk mempermudah menghafalnya, coba ikuti trik ini, jika menggunakan al-Qur’an pojok, setiap satu juz rata-rata sepuluh lembar, dua puluh halaman, dan setiap halaman rata-rata lima belas baris. Setiap harinya hafalkan lima baris saja, insyallah dalam satu tahun akan hafal sebanyak enam juz. Jika dikalikan dengan lima tahun, maka selama lima tahun sudah mampu menghafal al-Qur’an secara keseluruhannya. Kapan menambah hafalan? Karena banyaknya waktu luang, harus dan wajib hafal serta lancar dalam menghafal al- Qur’an. Jadikan waktu yag luang untuk mengulang hafalan sebanyak mungkin. Karena semakin banyak pengulangan maka akan semakin lancar. Kapan mengulang hafalan? Setiapa saat Kapan menggabungkan hafalan yang sudah dihafal? Hidupkan malam-malam untuk melancarkan hafalan. Daftar Pembagian Juz Untuk 10 Semester No Bulan/hari Tambah hafalan Ulangan Waktu Waktu menambah mengulang 1 Bulan Setiap hari 5 2-20 kali Kondisional Kondisional, pertama baris (gunakan (semakin banyak alangkah baiknya al-Qur’an pojok) semakin baik) setelah mengerjakan shalat lima waktu

142

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

No Bulan/hari Tambah hafalan Ulangan Waktu Waktu menambah mengulang 2 Bulan kedua Setiap hari 5 Hafalan baru Kondisional Kondisional. baris (gunakan sesering lebih baik setiap al-Qur’an pojok) mungkin hari mengulang menggabungkan diulang-ulang, semua hafalan dengan ayat sedangkan yang telah hafalan yang dihafal lama porsinya sebelumnya) sedikit saja karena telah bagus dan lancar 3 Bulan Setiap hari 5 Prioritaskan Kondisional Kondisional. ketiga baris (gunakan hafalan baru lebih baik setiap al-Qur’an pojok) hari mengulang menggabungkan semua hafalan dengan ayat yang telah dihafal sebelumnya) 4 Bulan Setiap hari 5 Prioritaskan Kondisional Kondisional. keempat baris (gunakan hafalan baru lebih baik setiap al-Qur’an hari mengulang pojok)menggab semua hafalan ungkan dengan ayat yang telah dihafal sebelumnya) 5 Bulan Setiap hari 5 Prioritaskan Kondisional Kondisional. kelima baris (gunakan hafalan baru lebih baik setiap al-Qur’an hari mengulang pojok)menggab semua hafalan ungkan dengan ayat yang telah dihafal sebelumnya) 6 Bulan Setiap hari 5 Prioritaskan Kondisional Kondisional. keenam baris (gunakan hafalan baru lebih baik setiap al-Qur’an hari mengulang pojok)menggab semua hafalan ungkan dengan ayat yang telah dihafal sebelumnya)

143

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

PENUTUP Kesimpulan dari bahasan ini adalah saat sibukpun kita dapat menghafal al-Qur’an dengan berbagai tawaran metode yang ditawarkan sebagaimana dijelaskan di atas. Berbagai tekhnik yang dijelaskan dapat membantu menghafal al-Qur’an, memelihara hafalan, cara mengulang hafalan al-Qur’an. Trik dan kiat untuk menghafal saat kuliah baik 6 Semester (bagi yang “kurang” sibuk dengan organisasi kampus) dan 8 Semester (bagi yang sibuk dengan orgnisasi kampus).

DAFTAR BACAAN An-Nawawi, Ibnu Syafarudin, Abi Zakaria, terj. Al-tibyan fi adab hamalat al-Qur’an, Mizan: 1996 Khan, Abdul Majid, Praktikum Qiraat, Keanehan Bacaan al-Qur’an Qiraat Ashim dari hafash, Amzah, 2008 Kutub al Mutun, dalam software al Maktabah al Syamilah al Ishdar al Tsani.2009 Syuruh al-Hadist, dalam software al Maktabah al Syamilah al Ishdar al Tsani.2009 Al-hafidh w, Ahsin, Bimbingan Praktis Menghafal Al-Qur’an, PT. Bumi Aksara:Jakarta,1994 Al-Qhattan, Manna’, Studi Ilmu-Ilmu Qur’an, Litera AntarNusa:Jakarta, 2001 Saleh Qomarudin, dahlan HAA, Dahlan M.D, Ababun Nuzul, Latar Belakang Historisn Turunnya Ayat-Ayat al-Qur’an, CV.Diponegoro:Bandung,1995 Sugianto Ilham Agus, Kiat Praktis Menghafal al-Qur’an, Mujahid Press: Bandung, 2006 Munjahid, Strategi Menghafal al-Qur’an 10 Bulan Khatam, Kiat-Kiat Sukses Menghafal al- Qur’an, IDEA Press:Yogyakarta, 2007 Sa’id ramadhan al-buthy Muhammad, Sirah Nabawiyyah, Analisis Ilmiah Manhajiyah Sejarah Pergerakan Islam di masa Rasulullah saw, Rabbani Press: Jakarta,1999 Shihab Quraish Dkk, Sejarah dan ‘Ulumul Qur’an, Pustaka Firdaus: Jakarta, 1999 Abd. Malik A. Chaerudin, ‘Ulum al-Qur’an, Diadi Media: Jakarta, 2007 Abdul Fatah Khalid Shalah, Kunci Menguak al-Qur’an, CV. Pustaka Mantiq:Solo,, 1991 Anwar, Rosihon, Ulum al-Qur’an, CV Pustaka Setia:Jabar, 2008 www.almanhaj.or.id/content/2698/slash/0 -

144

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

PEMBANGUNAN KURIKULUM PENDIDIKAN TAHFIZ: PRINSIP DAN KAEDAH DALAM MEMBINA KURIKULUM TAHFIZ AL-QURAN. Dr Sabri bin Mohamad1 Prof. Madya Dr. Azmil bin Hashim2 (UPSI) Dr. Hamdi bin Ishak3 (UKM)

ABSTRAK Islam semenjak penurunan wahyu lagi menggalakkan umatnya supaya menghafaz al- Quran sebagai salah satu metode penjagaannya. Hasilnya, dalam konteks negara kita penubuhan institusi tahfiz samaada milik kerajaan mahupun swasta semakin hari semakin tumbuh dengan rancaknya. Sehubungan itu juga, ke arah merealisasikan hafalan pelajar yang mantap dan bermutu pelbagai teknik dan pendekatan yang diterapkan oleh pihak yang mengelolai pengajian-pengajian tahfiz tersebut. Persoalannya adakah pembangunan kurikulum tahfiz yang diamalkan benar-benar berpandukan kepada prinsip dan kaedah yang mantap dan jitu? Justeru itu, kertas ini cuba membicarakan dan mencadangkan apakah prinsip dan kaedah yang boleh dikongsi bersama ke arah membangunkan kurikulum tahfiz yang mantap yang akhirnya boleh melahirkan huffaz yang berkaliber. Usaha sama dan kesedaran yang tinggi ke arah melahirkan tenaga manusia yang mahir al-Quran adalah suatu usaha yang terpuji dan perlu berterusan. Kata kunci : tahfiz, kurikulum, al-Quran

PENDAHULUAN Al-Quran menyanjung tinggi orang yang menghafaz al-Quran dengan memberikan gelaran mulia seperti pewaris al-Quran dalam kalangan orang yang terpilih (Fatir 35:32) dan penjaga keaslian al- Quran (Al-Hijr 15:9). Pendekatan yang menggunakan kaedah hafazan ini ditunjukkan oleh Jibril a.s semasa mengajarkan Nabi Muhammad SAW semasa penurunan ayat al-Quran. Firman Allah SWT dalam surah al-A’la 87; 6: َسنُ ْق ِرئُ َك َف ََل تَن َس ى Maksudnya: “Kami sentiasa menjadikan engkau wahai Muhammad dapat membaca al-Quran yang diturunkan kepadamu dengan perantaraan Jibrail sehingga engkau menghafaznya dan tidak lupa.” (Abdullah Basmeih, 1999) Hal ini menunjukkan bahawa pendidikan Tahfiz merupakan pendidikan awal dalam sistem pendidikan Islam yang dianjurkan oleh baginda Rasulullah SAW. Hafazan juga menjadi salah satu kaedah pengajaran yang digunakan oleh Rasulullah SAW untuk mengajarkan al-Quran kepada para sahabatnya (Azmil Hashim et al. 2013) Kepelbagaian aliran pemikiran, orientasi, bentuk, halatuju, matlamat dan objektif serta sistem pengajian maahad tahfiz adalah sesuatu yang sangat mendesak untuk difikirkan secara serius kerana ia memberi implikasi yang besar kepada sistem pendidikan secara keseluruhan (Noor Hisham et al. 2014) Pada hari ini kesedaran masyarakat untuk kembali kepada penghayatan ajaran agama semakin tinggi. Permintaan ibubapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah agama dan tahfiz al- Quran melebihi penawaran. Justeru, lahirlah pusat-pusat pengajian tahfiz atau maahad tahfiz yang

1 Jabatan Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, UKM. 2 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). 3 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

145

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN sebahagiannya ditubuhkan oleh pihak kerajaan atau badan tertentu dan sebahagian lagi oleh pihak swasta atau persendirian. Perkembangan pusat-pusat pengajian tahfiz al-quran terutamanya dengan kemunculan sekolah tahfiz swasta dan sekolah Tahfiz rakyat menimbulkan perkembangan Tahfiz tidak terkawal. Sekolah-sekolah tahfiz ini kebanyakannya bergerak dengan haluan sendiri tanpa penyelarasan yang mantap. Menurut Wan Muhammad (1995) perkembangan yang tidak terkawal dengan kemunculan sekolah Tahfiz atau sekolah tahfiz rakyat. Akibatnya setiap negeri atau pengusaha tahfiz terlalu bebas memakai mana-mana kurikulum dari mana-mana negara mengikut rasa dan latar pendidikan individu guru berkenaan. Sistem pengajian yang dilaksanakan tidak berpandukan kepada kurikulum yang khusus dan teratur. Walaupun penyelarasan kurikulum tahfiz telah dilakukan, namun penyelarasan masih ditahap minima. Menurut Hazaruddin (1997) masih terdapat beberapa perbezaan yang ketara dalam pelaksanaan kurikulum di mahad-maahad tahfiz.

HUKUM DAN KEPENTINGAN PENDIDIKAN TAHFIZ AL-QURAN Hukum menghafaz al-Quran adalah fardu kifayah (al-Zarkashi 1988; al-Nawawi 1987). Menurut al-Nawawi (1987) hukum menghafaz al-Quran adalah fardu kifayah keranaia merupakan sebahagian daripada tuntutan syariat Islam. Fardu kifayah bermaksud sekiranya ada dalam kalangan muslimin menghafaz al-quran, gugurlah masyarakat tersebut daripada kewajipan menghafaz al- Quran. Namun jika tidak ada seorang pun yang menghafaz al-Quran, seluruh masyarakat tersebut menanggung dosa kerana tidak menyempurnakan kewajipan tersebut. Pendidikan tahfiz al-Quran ini amat penting bagi menjaga mutawatir al-Quran (al-Suyuti 1987; Abu Najihat 2002). Al-Suyuti (1987) menyatakan bahawa penghafazan al-Quran dapat menjaga terputusnya jumlah mutawatir al-Quran dan menjaga al-quran daripada usaha-usaha penyelewengan al-Quran. Pendidikan tahfiz al-Quran juga akan menjaga dan memelihara sunnah dan amalan Baginda Rasulullah SAW. Baginda sentiasa menjaga dan membaca al-Quran dalam solat samaada solat fardu mahupun solat sunat. Sunnah ini akan dapat dilaksanakan dengan menghafaz al-quran dengan baik.

KURIKULUM TAHFIZ: KAEDAH DAN PRINSIP Kurikulum merupakan unsur penting dalam proses pendidikan. Kurikulum dibina berasaskan keperluan masyarakat atau negara dalam mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan. Menurut Ishak (2003), kejayaan system pendidikan bergantung kepada reka bentuk kurikulum kerana tanpa kurikulum proses pendidikan sukar dilaksanakan. Menurut Tyler (1950), kurikulum merupakan segala pembelajaran yang dirancang dan diarahkan oleh sekolah bagi mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan. Ia mencakupi objektif pendidikan, pengalaman terancang dan penilaian untuk menentukan pencapaian matlamat yang ditetapkan. Nashwan (1991), mengatakan bahawa kurikulum adalah pengalaman-pengalaman pembelajaran yang terancang di dalam dan di luar sekolah bertujuan untuk melakukan perubahan terhadap tingkah laku pelajar. Pengalaman-pengalaman pembelajaran ini seharusnya bersistematik dan mempunyai perancangan yang rapi supaya mampu mencapai objektif yang ditetapkan. Berdasarkan perbincangan di atas, kurikulum merupakan suatu proses pembelajaran yang dirancang bagi tujuan mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum perlu mengandungi tiga aspek iaitu objektif pendidikan, pemerolehan pengalaman melalui proses pengajaran dan pembelajaran dan penilaian.

146

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Rajah: Model kurikulum Tahfiz al-Quran 1. Matlamat dan Objektif Pendidikan Tahfiz al-Quran Matlamat utama pendidikan dalam Islam adalah untuk melahirkan manusia yang baik dan membawa kebaikan (Syed Muhammad Naquib al-Attas 1992), insan Muslim solih (Abdul halim Al-Muhammady 1984, Muhammad Qutb 2001, al-Nashwan 1991). Oleh itu dalam konteks pendidikan tahfiz, matlamat kurikulum tahfiz adalah untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja menghafaz al-Quran, bahkan mereka juga memahami agama Islam dan melahirkan pelajar yang berakhlak mulia (al-Qabisi 1955; Azmil 2010). Berdasarkan matlamat ini, pembangunan kurikulm Tahfiz al-Quran tidak hanya memfokuskan kepada ilmu yang berkaitan dengan hafazan, memahami dan istirja’ ayat-ayat al- Quran semata-mata. Kurikulum yang dibangunkan perlu mengintegrasikan ilmu-ilmu lain samaada dalam bidang agama atau akademik lain. Integrasi kepelbagaian ilmu aqli dan naqli perlu diterapkan dan diperkemaskinikan dengan mengikut kesesuaian masa dan zaman. Apatah lagi untuk melahirkan tenaga huffaz professional di era yang cukup mencabar ini bagi memikul bebanan dakwah semasa. Matlamat kurikulum tahfiz perlu menekan kepada individu Islam yang huffaz, beriman, memahami ilmu agama, berakhlak dan menjadikan al-quran sebagai panduan serta amalan dalam kehidupan. Menurut Al-Qabisi (1955), matlamat utama dalam pendidikan Tahfiz ialah memahami agama (ma’rifat al-Din). Abu Najihat (2002) pula mengatakan bahawa matlamat pendidikan Tahfiz adalah untuk memahami ilmu Islam yang merangkumi akidah, syariah dan akhlak. Demikian melahirkan insan yang berakhlak kerana al-Quran diturunkan kepada Baginda Rasulullah SAW untuk menyempurnakan akhlak. 2. Pengajaran Dan Pembelajaran Ilmu yang bermanfaat adalah suatu anugerah Ilahi dan ianya adalah cahaya yang menyuluh. Bagi mengekalkan anugerah dan sinaran cahaya ini setiap hamba hendaklah sentiasa menjadi pengabdikepada syariat Islam yang sebenar. Sehubungan itu PnP yang terbaik ialah PnP yang berjaya melahirkan huffaz yang kuat ingatan hafazannya dan konsisten penjagaannya dalam, sentiasa ‘abdi’ kepada Ma’budnya dan tidak mudah lupa al-Quran yang dihafal.

147

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Bagi memantapkan dan menghasilkan PnP tahfiz al-Quran yang ampuh perlu ada adunan dan kesepaduan antara strategi, kaedah, teknik, aktiviti dan adab pekerti yang mulia. Maksud strategi ialah perancangan yang teratur untuk menjayakan proses PnP tahfiz, manakala maksud teknik pula ia merupakan unit-unit kecil yang terkandung dalam kaedah yang merangkumi penentuan kadar hafazan, teknik ulangan, penggunaan mashaf khusus dan lain-lain. Yang dimaksudkan dengan aktiviti PnP pula ialah merupakan rangsangan kepada pelajar bagi memantapkan hafazan, seperti melalui tasmi’ sesama rakan, bacaan dalam sembahyang dan lain-lain. Begitu juga pekerti akhlak yang mulia adalah salah satu faktor yang menjamin keberkekalan al-Quran dalam hafalan penghafal (Aderi 2008) dan akan menyebabkan al-Quran sentiasa ‘ingin’ berdamping dengan ‘tuan punyanya’. 3. Cadangan Penyusunan/Penambah Baikan Kurikulum Berdasarkan kepada pengalaman penulis1semasa menilai dan menyemak kursus-kursus tahfiz yang ditawarkan sama ada peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana yang dikelolakan oleh pelbagai IPTA/S, kurikulum tahfiz amat perlu kepada suatu penyeragaman yang mantap agar ia sesuai dengan era masa kini. Perkara-perkara berikut dicadangkan agar difikirkan dan diambil tindakan secara bersepadu: 1. Perlunya kita kepada pembentukan sukatan kurikulum yang seragam dan bersepadu antara semua institusi dengan matlamat bukan setakat melahirkan hafiz al-Quran sahaja, malah mereka yang turut memiliki ilmu akademik tinggi. Untuk itu kita memerlukan kerjasama pelbagai kementerian atau agensi kerajaan, selain gabungan fikiran cendekiawan dalam pelbagai bidang.Sebuah jawatankuasa khas perlu ditubuhkan bagi menyelaras usaha penyeragaman kurikulum itu. Sebagai permulaan, dicadangkan agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bekerjasama dengan Sektor Pendidikan Islam (SPI), Kementerian Pendidikan untuk merangka kurikulum standard yang boleh dipatuhi. 2. Dasar Pendidikan Tahfiz Negara perlu disegerakan agar semua pihak yang berkeperluan boleh berpandukan kepadanya. Sehinggakan dalam standard garis panduan untuk penawaran program- program tahfiz di bawah MQA (Malaysian Quality Agency) pun belum ada. Kalau ada pun garis panduan tahfiz berada di bawah standard pengajian Islam yang lain. 3. Tempoh pengajian tahfiz di peringkat diploma sebagai contoh selama 3 tahun dirasakan belum mencukupi untuk melahirkan huffaz yang mantap. Berdasarkan pengalaman juga, apabila dilakukan ujian lisan al-Quran kepada beberapa pelajar pilihan (semasa melakukan penilaian program tahfiz di beberapa IPTS) hasil mutu hafalan kurang memberangsangkan. Mungkin selepas ini dicadangkan agar pengambilan pelajar-pelajar baru ke Darul Quran JAKIM sebagai contoh boleh menggunakan keputusan percubaan SPM. 4. Penambahbaikan tentang makenisma untuk memantapkan hafazan pelajar perlu difikirkan. Waktu cuti panjang juga boleh membunuh ingatan hafalan pelajar jika pelajar tidak mempunyai pengawalan jati diri yang mantap. 5. Saranan ulama yang mengatakan bahawa pemahaman ayat-ayat yang hendak dihafaz oleh pelajar adalah salah satu cara/metode yang boleh membantu memudahkan hafalan, bahkan menguatkan hafazan. Sehubungan itu dicadangkan agar pendekatan sedemikian diterjemahkan dalam bentuk kursus atau matapelajaran khusus yang boleh membantu pelajar memantapkan hafalan. 6. Berdasarkan pengalaman juga, mutu kebolehan Bahasa Arab di kalangan pelajar jurusan tahfiz perlu dilipat gandakan lagi kemampuannya. Untuk itu dicadangkan agar penggunaan bahasa

1Penulis berpengalaman dalam penilaian dan penyemakan penawaran kursus-kursus tahfiz samaada peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dan merupakan salah seorang panel yang dilantik oleh pihak Malaysian Quality Agency (MQA).

148

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN tersebut digunakan secara meluas semasa proses PnP dan mungkin kita kena melihat semula/menilai/menambah baik kursus-kursus bidang bahasa arab yang ditawarkan kepada pelajar. 7. Keperluan kepada kursus-kursus yang boleh membantu pelajar-pelajar jurusan tahfiz seperti kursus-kursus yang sealiran dengan era moden. Seperti kemahiran IT, kursus berkaitan dengan kaedah semakan al-Quran dan lain-lain. 4. Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran: Strategi, Kaedah Dan Teknik Ibn Khaldun (2000) ada menjelaskan bahawa strategi PnP bermaksud guru perlu memastikan agar setiap isi pengajarandan masaalah yang timbul perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum berpindah ke topik baru. Persediaan pelajar untuk menerima dan memahami ilmu secara beransur- ansur juga perlu diberi perhatian sebaiknya. a. Disarankan agar strategi PnP: Dalam pendidikan tahfiz perlu ada 4 bahagian berikut (Abu al-Wafa 1999 dan Abu Najihat 2002): 1. Persedian guru sebagai pemudahcara dan penyampai agar boleh menarik minat pelajar dan memeberi motivasi yang tinggi terhadap hafazan. 2. Proses pembacaan secara timbal balik perlu berlaku dengan baik dan secara bertajwid. Penghuraian secara ringkas tentang kefahaman ayat-ayat hafazan juga perlu ada. Bimbingan hafazan dan ulangan boleh juga terus berlaku di luar kelas. 3. Pengukuhan hafazan melalui tasmi’ hafazan baru secara syafawi dan secara bertulis di atas lebaran kertas boleh dilakukan dengan terhadap pelajar. 4. Pemantapan hafazan juga perlu ada dan diambil berat dengan cara melakukan muraja’ah hafazan samaada secara syafawi atau bertulis. Cacatan guru juga perlu ada bagi mengawasi dan memantau kemajuan hafazan pelajar. b. Manakala KAEDAH ialah: Kaedah ialah satu siri tindakan yang sistematik yang bertujuan mencapai objektif pelajaran dengan langkah yang tersusun dalam jangka masa pendek (Sharifah Alwiyah al-Sagof 1984 dan Ahmad Salleh 2002). Manakala dalam amalan PnP tahfiz al-Quran pula pelbagai kaedah yang boleh digunakan bagi tujuan mencapai objektof PnP tahfiz al-Quran. Kaedah-kaedah tersebut ada yang sesuai pada tahap awalan hafazan, ada dyang sesuai pada tahap ahkir hafazan dan ada yang sesuai sepanjang proses hafazan. Kaedah PnP tahfiz pula boleh dihimpunkan kepada beberapa berikut (namun ia bergantung kepada kesesuaian tahap hafazan pelajar) (Abu al-Fida’ 2006 dan Abu Najihat 2002): 1. Kaedah Talaqqi Dan Musyfahah. Kaedah ini dianggap sebagai kaedah asas dalam PnP tahfiz al-Quran dan ianya merupakan kaedah yang telah dilaksanakan oleh Jibril a.s dan Baginda s.a.w sendiri di dalam menghafaz al-Quran semasa penurunan wahyu. Kaedah ini bertujuan untuk memastikan bacaan dan hafazan pelajar bertepatan dengan hukum tajwid dan fasohah al-Quran serta menjamin kesahihan hafazan. Untuk itu guru amat berperanan untuk memastikan bacaan pelajar betul dan tepat. Manakala pelajar pula, perlu mengamati dan mencontohi bacaan guru dan memperdengarkan bacaannya pula kepada guru. Selepasa amalan takrar berlaku pelajar bolehlah memeperdengarkan hafazannya dihadapan guru untuk memastikan kesahihan hafazan (Abu Najihat 2002).

149

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

2. Kaedah Takrar. Ia bermaksud pelajar akan mengulang-ulang bacaan ayat-ayat al-Quran beberapa kali sehingga pelajar dapat menghafaz dengan baik. Jumlah pengulangan semasa hafazan berlaku, terpulang kepada tahap kemampuan individu pelajar itu sendiri dan bergantung kepada jenis ayat. Ia adalah kerana kemampuan manusia berbeza antara satu dengan yang lain dan ayat-ayat al-Quran juga berbeza dari sudut sukar dan senang dihafal. Namun begitu lebih banyak pengulangan ayat dilakukan ia akan leboh menguatkan ingatan hafazan pelajar. Kaedah ini juga adalah penentu kepada kekuatan hafazan dan diangap antara kaedah utama dalam proses hafazan (al-Qabisi 1955, Muhammad Muhsin 1994, al-Syabini 2004 dan Abu al-Fida’ 2006). 3. Kaedah Melalui Pemahaman Ayat-Ayat Yang Dihafaz. Bagi memudahkan hafalan, pelajar hendaklah memahami ayat dan makna kalimah al-Quran semasa menghafaz. Kaedah ini boleh membantu pelajar menghafal dan memperkukuhkannya dengan baik. Dengan pemahaman ayat dan kalimah al-Quran akan dapat memupuk pelajar memfokuskan tumpuan terhadap hafazan semasa proses takrar. Di samping itu juga kaedah ini akan menambahkan kekhusyukan dan ketenangan kepada pelajar semasa mentadabbur dan menghafaz ayat-ayat al-Quran (Ahwani 1955, al-Syarbini 2004 dan Abu al-Fida’ 2006). 4. Tasmi’ Di Hadapan Guru. Amalan ini seharusnya menjadi amalan dalam PnP tahfiz al-Quran kerana pelajar tidak mampu untuk menyemak bacaannya sendiri melainkan ada individu lain atau guru yang mendengar bacaannya. Oleh itu kaedah tasmi’ adalah kaedah untuk menilai bacaan dan hafazan pelajar dan selanjutnya memperbaiki serta mengukuhkan ingatan hafazan ayat al-Quran (Abu alp-Wafa’ 1999, Abu Najihat 2002 dan Abu al-Fida’ 2006). 5. Tadarus Bagi Tujuan Untuk Menghafaz Dan Menyemak Hafazan Secara Berkumpulan. Kaedah ini dalam PnP tahfiz merupakan kaedah menghafaz dan menyemak hafazan secara berkumpulan di mana pelajar membaca al-Quran tanpa melihat mushaf dan pelajar lain mendengar, menyemak dan memperbetulkan sekiranya terdapat kesalahan, kesilapan atau terlupa ayat al-Quran. Cara ini akan membantu pelajar mengetahui kesilapan hafazan semasa proses takrar yang dilakukan secara bersendirian. Kesilapan akan berterusan jika tiada individu yang menyemak dan menegur kesalahan tersebut (Muhammad Muhsin 1994, Abu Najihat 2002 dan Mohd Farouq 1427H). 6. Kitabah. Kaedah Penulisan Juga Boleh Membantu Memantapkan Hafazan. Kaedah ini merupakan kaedah sokongan yang boleh membantu dan mengukuhkan hafazan al- Quran pelajar. Ini adalah kerana penggunaan pelbagai deria dengan menggunakan tangan kanan dalam menghafaz al-Quran akan mengukuhkan ingatan pelajar terutamanya pada ayat yang susah dan ayat mutasyabihat. Penulisan juga boleh dilakukan berulang kali untuk memantapkan hafazan dan menggelak hafazan dari mudah lupa. Dalam kaedah ini digalakan dengan cara pelajar menulis ayat-ayat al-Quran sama seperti mana kedudukannya dalam mushaf yang digunakan semasa hafalan (al-Qabisi 1955, Muhammad Muhsin 1994, Abu al-Wafa’ 1999 dan Abu al-Fida’ 2006). c. Teknik: Dalam PnP tahfiz yang diamalkan juga adalah faktor penentu kepada berjayanya program tahfiz. Berikut beberapa teknik yang dimaksudkan (lihat Muhammad Muhsin 1994, Abu al-Wafa’ 1999 dan al-Syarbini 2004): 1. Teknik menentukan kadar hafazan mengikut kemampuan pelajar. 2. Teknik takrar yang sistematik

150

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

3. Teknik menggunakan mashaf khas. 4. Teknik nada suara yang sederhana adalah terbaik bagi mengelak daripada keletihan. 5. Menerapkan unsur-unsur bacaan secara berlagu/tarannum sekadar kemampuan. Cara ini juga boleh membantu pelajar daripada timbulnya rasa jemu dan bosan. 6. Penumpuan hafazan terhadap ayat mutsyabihat, yang juga merupakan salah satu kaedah/teknik pemantapan hafazan. 7. Teknik penumpuan yang lebih terhadap ayat-ayat dirasakan susah dihafaz. 8. Teknik menghafal 5 ayat demi ayat, berdasarkan penurunan wahyu yang pertama 5 ayat yang pertama dari surah al-‘Alaq. 9. Teknik menggambarkan ayat-ayat al-Quran dalam minda seperti mana ianya dalam mashaf asal. 10. Memilih waktu pagi. Namun waktu lain masih terbuka. Aktiviti berikut juga boleh dipraktikan bagi membantu untuk merangsangkan hafazan pelajar: Tasmi’ bersama rakan-rakan, membaca hafazan dalam sembahyang, mengisi masa terluang untuk hafazan dan mengulang, merakam bacaan dan menyemak, mendengar bacaan dan menyertai ujian hafazan. 5. Penilaian Dan Teknik Tahfiz Al-Quran Penilaian merupakan unsur penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian dilaksanakan untuk menentukan sejauhmanakah objektif-objektif pembelajaran yang dirancang tercapai. Penilaian yang dijalankan boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk samaada lisan, tulisan ataupun melalui komputer dan sebagainya. Berdasarkan kepada beberapa pandangan ilmuan yang membicarakan penilaian tahfiz al-Quran, boleh disimpulkan bahawa kandungan penilaian tahfiz ialah (Ahwani 1955, Abu Najihat 2002 dan Mohd Farouq 1427H): 1. Penilaian dari sudut kesahihan bacaan dari sudut bacaan tajwid, fasohah, panjang-pendek, waqf dan ibtida’. 2. Penilaian dari kelancaran samaada hafazan baru dan lama dengan tidak melakukan kesilapan dan keraguan. 3. Penilaian terhadap kefahaman berdasarkan ayat-ayat al-Quran yang dihafaz. 4. Penilaian terhadap kemampuan pelajar melakukan istizhar ayat-ayat al-Quran yang diperlukan. Manakala teknik penilaian tahfiz menurut al-Qabisi (1955) dilakukan setiap hari, mingguan dan akhir. Ada juga yang mencadangkan penilaian dilakukan setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan (al-Syarbini 2004). Teknik penilaian tahfiz seperti yang dicadangkan oleh Abu al-Wafa (1999) dan Abu Al-Fida’ (2006) boleh dilakukan dalam dua bentuk iaitu dengan secara syafawi(lisan) dan tahriri (bertulis). Berdasarkan kepada teknik-teknik penilaian tahfiz al-Quran yang telah dibincangkan di atas dapat disimpulkan bahawa antara teknik penilaian dan pengujian terhadap tahfiz al-Quran dilakukan samaada secara syafawi dan tahriri secara berterusan berdasarkan pencapaian harian, mingguan dan bulananan serta penilaian peringkat akhir. Ianya dilakukan dengan teknik penilaian: 1. Membaca dari awal ayat hingga akhir ayat secara lancar dan menjaga hukum-hukum tajwid. 2. Menyambung ayat-ayat dihafaz secara lancar.

151

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

3. Menghuraikan kefahaman ayat yang dihafaz. 4. Mengeluarkan atau melakukan istizhar ayat-ayat berdasarkan hukum-hukum dan mawdu’/topik yang tertentu. 6. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Alat bantu dalam PnP tahfiz antara usaha untuk menjamin kejayaan hafazan al-Quran. Dalam PnP alat bantu berperanan memberi peluang kepada pelajar memperoleh kemahiran melalui pelbagai deria, iaitu deria pengelihatan, deria sentuh dan deria pendengaran (Ahmad Mohd Salleh 2004). Menurut Ahwani (1995) proses PnP tahfiz melalui 4 perkara iaitu, melihat, mendengar, membaca dan menulis.Manakala menurut Muhammad Muhsin (1994) alat bantu hafazan terdiri daripada 4 ketogeri iaitu, bahan yang dilihat, bahan yang didengar, bahan yang dibaca dan bahan yang ditulis. Namun harus diingat bahawa penggunaan mushaf al-Quran adalah merupakan bahan yang terbaik/utama dalam proses PnP tahfiz al-Quran (Muhammad Muhsin 1994, Abu al-Wafa 1999, al- Syarbini 2004 dan Abu al-Fida’ 2006). Namun alat bantu PnP yang lain idak boleh dinafikan keperluannya pada masa kini, bahkan pada sesetengah ketika ia amat perlu didedahkan. Penggunaan IT dan segala macam kemudahan yang berasaskan penggunaan komputer sebagai contoh, jika di gunakan sebaik mungkin pasti memberi manfaat yang amat berguna dalam memantapkan hafalan dan memperkukuhkannya.

PENUTUP Diharapkan profesion hafazan al-Quran di negara kita ini semakin maju dan sentiasa menjadi pilihan ibubapa yang mementingkan masa depan anak masing-masing. Namun bagi memastikan ia terus maju prinsip dan kaedah kurikulumnya mestilah dipatuhi dan dipraktikan sebaik mungkin. Pematuhan terhadap semua kaedah dan prinsip tahfiz yang sebenar juga harus berlaku secara holistik dan menyeluruh demi menjamin survival bidang hafazan al-Quran.

RUJUKAN Al-Quran al-Karim Abdul Halim El-Muhammady. 1984. Pendidikan Islam skop dan Matlamatnya. Jurnal Pendidikan Islam (1): 10-23. Azmil Hashim, Ab Halim Tamuri & Misnan Jemali. 2013. Latar Belakang Guru Tahfiz Dan Amalan Kaedah Pengajaran Tahfiz Al-Quran Di Malaysia. The Online Journal OfIslamic Education.January 2013. Vol 1, Issue 1. Hal 28-39. Azmil Hashim. 2010. Penilaian Pelaksanaan Kurikulum Tahfiz al-Quran di Darul Quran Jakim dan Maahad Tahfiz Negeri. Tesis Phd. Fakulti Pendidikan UKM. Hazaruddin Baharuddin. 1997. Pengajian Tahfiz al-Quran di Malaysia. Perbandingan Antara Cara Moden dan Tradisional. Jurnal Darul Quran. Bil 3. 17-31. Ishak Raml. 2003. Inilah Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd Al-Qabisi. Abi Hasan Ali Muhammad Khalaf. (1955). Ar-Risalah Al-Mufassolah Li Ahwal Al- Mua’allimin Wa Ahkam Al-Mu’allimin Wa Al-Mutaallimin. Kaherah: Dar Ehya’ al Kutub al Arabiyyah. Al-Nashwan, Yaakub Husain.1991. Al-Manhaj Al-Tarbawi Min Manzur Al-Islami. ‘Aman: Dar al- Furqan. `Muhammad Qutb. 2001. Manhaj Al-Tarbiyyat Al-Islamiyyat. Al-Qahirah: Dar al-Shuruq.

152

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Noor Hisham Md Nawi Dr. Nur Azuki Yusuff Mohd Binyamin Che Yaacob Nasrul Hakim Salleh. 2014. Matlamat Dan Halatuju Sistem Pengajian Tahfiz Di Kelantan; Satu Pengamatan Awal.4 th International Conference and Exhibiton on Islamic education. Kota Bharu. Al-Qabisi, Abi Hasan Ali Muhammad. 1955. Al-Risalah Al-Mufassolahli Ahwal Al-Muallimin Wa Ahkam Al-Mu’allimin Wa Al-Muta’alimin. Qahirah: Dar Ihya al-Kutub al-Arabiyyah. Tyler, R.W. 1950. Basic Principles Of Curriculum And Instraction. Cicago: University Of Cicago Press. Wan Muhammad Abdul Aziz . 1995. Ke arah penyelarasan sistem pengajian tahfiz al-Quran di Malaysia.Jurnal Institut Pengajian tahfiz al-Quran (1). 1-8. Syed Muhammad Naquib al-Attas. 1992. Tujuan dan Objektif Pendidikan Islam. Terj: Samsudin Jaapar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

153

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

KAEDAH HAFAZAN AL-QURAN DEOBANDY DI MALAYSIA: SATU ANALISIS

Sedek Ariffin1 Mustaffa Abdullah2

ABSTRAK Metodologi merupakan sesuatu yang sangat penting dalam setiap disiplin ilmu. Dalam penghafazan al-Quran metodologi yang tepat, tersusun serta praktikal perlu digarap agar output mampu menghasilkan para huffaz yang dapat mengingati keseluruhan al-Quran dengan sebaiknya. Dalam kajian ini penulis menggunakan metode dokumentasi, temu bual dan observasi bagi menghasilkan data-data yang diperlukan. Penulis telah mengenengahkan metode-metode hafazan AL-Quran Deobandy dari India. Hasil dapatan dari metode ini dianalisis dan mendapati perlunya ada rukun-rukun yang perlu dipenuhi dalam proses penghafazan al-Quran. Dicadangakan hasil dapatan ini dijadikan penanda aras kepada setiap pusat-pusat tahfiz dalam mengurus tadbir institut tahfiz masing-masing. Semoga hasil dapatan ini dapat memberi kesedaran kepada para huffaz dan pihak yang berkaitan tentang kepentingan metodologi dalam penghafazan al-Quran. Kata Kunci : hafazan, deobandy, al-Quran

PENDAHULUAN Dalam artikel ini, penulis akan menerangkan kaedah menghafal al-Quran yang terdapat di Malaysia. Kaedah-kaedah ini merupakan cara untuk menghafal al-Quran yang pernah dipelajari dan diamalkan oleh para huffaz yang berpengalaman dalam proses menjadi seorang hafiz al-Quran yang sempurna. Berdasarkan perkembangan ilmu hafalan al-Quran di Malaysia, penulis telah mengumpulkan kaedah Deobandy dari India yang dibawa masuk dari luar negara dan diamalkan di Malaysia. Penulis akan cuba melihat dari sudut perkembangan kaedah tersebut di Malaysia seterusnya melihat bagaimana kaedah tersebut dilaksanakan dalam kalangan para penghafal al- Quran. Kaedah yang digunakan dalam proses menghafal al-Quran merupakan satu perkara yang cukup penting dalam memastikan para pelajar berjaya menghafal al-Quran dengan baik seterusnya dapat mengingati hafalan ayat-ayat al-Quran tersebut setelah bergelar sebagai hafiz al-Quran. Tentunya dalam menjalani proses hafalan ini pelbagai ujian dan cabaran akan dihadapi oleh para huffaz al-Quran ini. Perkara ini telah dinukilkan dari Rasulullah s.a.w di dalam hadithnya: َع ْن ا ْب ِن ُع َم َر أَ َّن َر ُس ْو َل هللاِ َصلَّى هللاُ َع َل ْي ِه َو َسلَّ َم َقا َل: إِنَّ َما َمثَ ُل َصا ِح ِب ا ْلقُ ْرآ ِن َك َمثَ ِل َصا ِح ِب اإلبِ ِل ا ْل ُمعَقَّ َل ِة، إِ ْن َعا َه َد َع َل ْي َها أَ ْم َس َك َها، َوإِ ْن أَ ْط َل َق َها ذَ َه َب ْت 3 Diceritakan kepada kami oleh Qutaibah bin Sa’id dari Nafi’ dari Ibn ‘Umar bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya perumpamaan penghafal al-Quran adalah seperti penjaga unta yang berikat, sekiranya diikat dapat dijaga dan sekiranya dilepaskan akan hilang.

1 Dr. Sedek bin Ariffin merupakan pensyarah Kanan di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, APIUM 2 Profesor Madya Dr. Mustaffa bin Abdullah merupakan pensyarah di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith APIUM. 3 Muhammad bin Ismail Abu ‘Abd Allah al-Bukhari (1994) Sahih al-Bukhari, “Kitab al-Ilm” No. Hadith 5031. j.2. Kaherah: Dar al-Fikr, h.70.

154

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Antara perkara penting yang perlu difahami adalah kaedah hafalan yang merupakan perkara asas yang hampir ada di dalam setiap kaedah menghafal al-Quran, namun teknik-teknik atau pendekatan yang berbeza memberi impak kepada hasil hafalan tersebut. Teknik-teknik yang berbeza inilah yang membezakan satu kaedah dengan kaedah yang lain. Penerapan teknik yang berbeza ini akan menghasilkan kualiti hafalan yang berbeza dalam kalangan penghafal al-Quran.

METODOLOGI Dalam rangka menjalankan kajian ini, penulis berusaha mencari, mengumpul dan mengupas beberapa data dan seterusnya menentukan serta memastikan kebenaran data yang diperolehi tepat. Sehubungan dengan itu, dua bentuk kajian dilakukan bagi memperoleh maklumat yang diperlukan. Bentuk kajian yang dimaksudkan ialah, kajian lapangan (Field research) dan kajian perpustakaan (Library research). Dalam menjalankan kajian lapangan ini, penulis telah menggunakan beberapa metode seperti temu bual, observasi, borang kaji selidik dan ujian dengan memerlukan penulis sendiri bertemu dengan responden dalam rangka mencari fakta, data dan maklumat bagi melengkapkan dan memantapkan lagi kajian ini secara tidak langsung. Dalam waktu yang sama, penulis akan menggunakan kajian perpustakaan bagi mencari bahan-bahan bertulis berbentuk fakta dan sebagainya seperti histori, dokumentasi seperti kitab suci al-Quran dan al-Sunnah sebagai rujukan utama, buku-buku, jurnal dan majalah.

HASIL DAPATAN Hasil dapatan ini merujuk kepada kaedah-kaedah yang dipraktikkan dalam proses penghafalan al-Quran di institut dan pusat tahfiz yang dipilih. Ia merangkumi kaedah-kaedah yang telah lama diaplikasi dan berjaya membuktikan pelajar-pelajarnya mampu mengingati al-Quran dengan sebaiknya. Kaedah Tahfiz Deobandy Dari India Kaedah Deobandy ini mula meresap masuk ke Malaysia bermula dari penubuhan ma’had-ma’had tahfiz di Malaysia. Kali pertama ia bertapak di Malaysia adalah di Ma’had Tahfiz al-Quran Wal Qira’at Balai Dakwah Jeram, Selangor pada tahun 1981. Seterusnya kaedah ini telah berkembang ke institusi-institusi tahfiz lain seperti Madrasatul Quran Kubang Bujuk dan Ma’had Tahfiz Sri Petaling. Kebanyakan institut tahfiz yang mengguna pakai kaedah Deobandy ini merupakan ma’had tahfiz yang dikelolakan oleh jemaah tabligh. Kaedah Deobandy India ini berkait rapat dengan jemaah Tabligh kerana pada peringkat awal bertapaknya kaedah ini di Malaysia adalah atas usaha jemaah tabligh pada masa tersebut. Atas dasar keprihatinan jemaah tabligh di Malaysia maka guru tahfiz yang berasal dari India telah dibawa masuk ke Malaysia bagi menjadi batu asas dalam menggalas tanggungjawab sebagai guru-guru tahfiz di ma’had-ma’had tahfiz di Malaysia. Menurut ustazah Faizah binti Haji Mohd Amin, pengetua Ma’had Tahfiz al-Quran Wal Qira’at Balai Dakwah Jeram pada peringkat awal penubuhan ma’had tersebut terdapat seramai 12 orang guru-guru hafiz al-Quran yang dijemput khas dari India bagi mengurus kelas hafalan al-Quran di ma’had tersebut.1 Perkara yang sama turut berlaku kepada Madrasatul Quran Kubang Bujuk di Serada, Kuala Terengganu. Terdapat beberapa orang guru hafiz al-Quran dari India yang dijemput menjadi guru utama dalam penghafalan al-Quran. Guru-guru ini membantu dalam proses penghafalan al-Quran dalam kalangan para pelajar. Kaedah-kaedah yang diterapkan dalam proses menghafal al-Quran

1 Temu bual dengan Ustazah Faizah binti Haji Mohd. Amin Pengetua Ma’had Tahfiz al-Quran Wal Qira’at Balai Dakwah Jeram, Selangor pada 8 September 2012.

155

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

menjadi asas kepada para pelajar di Malaysia untuk mengingati al-Quran dengan sebaiknya.1 Secara keseluruhannya kaedah Deobandy ini menggunakan teknik-teknik Nazirah, Sabak, Para Sabak, Ammokhtar, Halaqah Dauri dan Syahadah Hafiz. Nazirah Sebelum menghafal al-Quran beberapa pendekatan telah diperkenalkan melalui kaedah Deobandy ini bagi memastikan para pelajar dapat menghafal al-Quran dengan baik dan mantap. Para pelajar akan diletakkan di dalam beberapa kumpulan yang khusus. Setiap kumpulan akan mempunyai seorang guru dengan para pelajar sekitar 15 ke 20 orang sahaja. Umur para pelajar di dalam setiap kumpulan adalah tidak sekata, ada yang berumur 12 tahun dan ada yang menjangkau 17 tahun. Penentuan kumpulan ini ditentukan dengan mesyuarat yang telah dilakukan oleh pihak ustaz.2 Dalam seminggu hanya lima hari penuh yang digunakan untuk proses hafalan al-Quran, iaitu hari Sabtu hingga hari Rabu manakala hari Khamis hanya sebelah pagi sahaja hingga Zohor terdapat kelas hafalan, sebelah petang para pelajar dibenarkan berehat. Hari Jumaat merupakan cuti umum dan para pelajar digalakkan keluar untuk berdakwah. Satu kelas yang disebut sebagai kelas nazirah atau pra tahfiz telah diwujudkan bagi membantu para pelajar dalam melancarkan bacaan al-Quran sebelum menghafalnya.3 Kelas ini adalah dikhususkan kepada pelajar yang masih lemah dari sudut pembacaan al-Quran secara melihat kepada mashaf al-Quran. Manakala pelajar-pelajar lain akan diletakkan dalam kumpulan kelas-kelas tahfiz biasa. Di dalam kelas ini para pelajar akan diberi peluang untuk membaiki bacaan mereka dari sudut tajwid, fasahah, kelancaran dan lagu bacaan al-Quran. Kelas ini akan dibimbing oleh seorang guru yang mahir di bidang tajwid al-Quran.4 Setiap pelajar dikehendaki memperdengarkan bacaan al-Quran secara melihat kepada mashaf al-Quran dan akan disemak oleh ustaz bagi memastikan bacaan tersebut adalah tepat dengan hukum-hukum tajwid yang sepatutnya. Kebanyakan pelajar di dalam kelas ini adalah merupakan mereka yang baru mempelajari bacaan al- Quran. Seterusnya Kelas tahfiz al-Quran, kelas ini adalah kumpulan para pelajar yang dikhususkan untuk menghafal al-Quran. Para pelajar akan diletakkan di dalam kumpulan-kumpulan tertentu di dalam kelas dalam bentuk bulatan. Seorang guru akan mengetuai kumpulan pelajar tersebut dan memantau setiap pergerakan pelajar setiap masa. Guru tersebut mestilah seorang yang telah menghafal al-Quran bagi melayakkannya menjadi pengawal kepada pelajar-pelajar tersebut.5 Teknik duduk di dalam halaqah dipraktikkan dalam sistem hafalan Deobandy ini. Setiap pelajar dikehendaki duduk dalam bulatan yang telah ditentukan bersama dengan al-Quran dan rehal masing-masing. Para pelajar tidak dibenarkan untuk bersandar pada dinding kelas tersebut. Mereka dikehendaki duduk dengan menjarakkan diri dari dinding kelas. Ini adalah bagi mengelakkan ada pelajar yang tertidur dengan bersandar di dinding. Dalam kaedah Deobandy adab-adab pelajar amat dititikberatkan bagi menghasilkan seorang hafiz al-Quran yang berkualiti. Adab-adab yang ditekankan adalah berkaitan dengan akhlak para pelajar. Para pelajar dikehendaki menghormati guru-guru kumpulan masing-masing dengan mencium tangan setiap kali bersalam dengan guru tersebut. Ini akan menghasilkan sifat taat dan hormat di dalam diri para pelajar.6

1 Temu bual dengan Ustaz Hasbullah guru Hafalan Madrasatul Quran Kubang Bujuk pada 15 Oktober 2012. 2 Ibid. 3 Ibid. 4 Ustaz Asraf bin Mohd Yusof guru Hafalan Ma’had Tahfiz al-Quran Wal Qira’at Balai Dakwah Jeram. 5 Temu bual dengan Ustaz Zakri bin Zamzam bekas pelajar Madrasatul Quran Kubang Bujuk pada 15 Oktober 2012. 6 Ibid.

156

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Dari sudut pakaian para pelajar adalah di larang sama sekali memakai pakaian bergambar, seluar jean dan baju yang bertulisan. Pelajar dikehendaki sentiasa memakai jubah di dalam waktu kelas hafalan al-Quran. Kopiah juga menjadi satu kewajipan di dalam kaedah Deobandy ini. Pelajar-pelajar dikehendaki sentiasa memakai kupiah di dalam waktu kelas pengajian. Mereka tidak dibenarkan membaca al-Quran tanpa memakai kopiah. Serban pula amat digalakkan di dalam kaedah ini. Kebanyakan pelajar akan memakai serban ketika berada di dalam kelas hafalan al- Quran.1 Sabak Para pelajar yang mengikuti kaedah Deobandy ini sangat ditekankan dengan disiplin yang ketat bagi menghasilkan para hafiz yang berkualiti dari sudut ingatan terhadap hafalan al-Quran. Seawal jam 4.30 pagi para pelajar telah dikejutkan oleh guru-guru untuk mengerjakan solat sunat tahajud sebelum tibanya waktu subuh. Para pelajar telah dilatih supaya berada di dalam kumpulan masing- masing setengah jam sebelum waktu subuh. Guru kumpulan tersebut akan memantau para pelajar dan mendengar hafalan baru atau diistilahkan sebagai sabak menurut kaedah Deobandy ini. Penggunaan rotan seolah-olah merupakan satu kewajipan di dalam melaksanakan kaedah Deobandy ini. Kebanyakan kesalahan atau kelemahan yang dilakukan akan diambil tindakan dengan merotan para pelajar tersebut. Banyak atau sedikit bilangan rotan yang dikenakan adalah bergantung atas budi bicara guru-guru. Bermula dari sebelum subuh para pelajar telah mula menghafal hafalan baru atau sabak. Penentuan kadar hafalan ini adalah ditentukan berdasarkan kemampuan para pelajar sendiri. Ada pelajar yang menghafal setengah muka surat, satu muka surat, dua muka surat, tiga muka surat dan ada yang mampu sehingga empat muka surat. Namun para guru akan memantau tahap kelancaran hafalan-hafalan tersebut. Sekiranya pelajar tersebut tidak lancar hafalan hari sebelumnya mereka akan dikurangkan dari sudut hafalan baru. Sudut penentuan kadar hafalan ini amat bergantung kepada kemampuan setiap pelajar. Pada kebiasaannya guru-guru dapat mengenali kemampuan setiap pelajar di dalam kumpulannya.2 Bagi memulakan hafalan para pelajar akan mula menghafal dari juzuk ke-30 seterusnya juzuk 29,28,27 dan 26 setelah itu barulah para pelajar akan memulakan hafalan dari hadapan, juzuk pertama hingga juzuk ke 25. Ini akan memudahkan bagi para pelajar untuk mengingati ayat-ayat al-Quran kerana lima juzuk yang akhir adalah ayat-ayat yang pendek, mudah dan kebanyakannya sudah menjadi ayat-ayat lazim. Di dalam kaedah ini para pelajar dikehendaki melancarkan bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal sebanyak 40 kali sebelum menghafalnya secara khusus. Perkara ini amat penting bagi memastikan pelajar tersebut lancar menyebut perkataan dan sekali gus memudahkan proses hafalan al-Quran yang akan dihafal kelak. Menurut ustaz Hasbullah3 selepas membaca 40 kali secara melihat kepada mashaf para pelajar hanya memerlukan waktu yang singkat untuk memindahkan ayat-ayat tersebut ke dalam ingatan mereka. Sebelum memperdengarkan hafalan kepada guru di dalam kumpulan para pelajar dikehendaki memperdengarkan hafalan kepada kawan-kawan di sebelah menyebelah mereka. Ini bagi memastikan supaya bacaan tersebut adalah betul dan tepat dengan ayat al-Quran yang sebenarnya. Selain itu dapat memperbaiki kelancaran hafalan ayat-ayat tersebut supaya tidak tersangkut-sangkut ketika dibaca depan guru. Para pelajar diarah supaya membaca lebih dari 10 kali ayat-ayat yang telah dihafal dan memastikan ayat-ayat yang dihafal lancar dan tidak tersangkut-sangkut. Bagi pelajar yang telah bersedia memperdengarkan hafalan, mereka akan duduk di hadapan guru untuk memperdengarkan hafalan. Guru akan mencatat di dalam buku khas

1 Temu bual dengan Ustaz Hasbullah guru Hafalan Madrasatul Quran Kubang Bujuk pada 15 Oktober 2012. 2 Ibid. 3 Ibid.

157

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

tahap hafalan pelajar-pelajar tersebut. Sekiranya seseorang pelajar tidak mengingati ayat-ayat yang telah dihafal, pendekatan merotan pelajar adalah perkara biasa di dalam pelaksanaan kaedah Deobandy ini. Pada pukul 7.30 pagi para pelajar akan berehat untuk sarapan pagi bersama-sama di dalam sebuah dewan makan. Pendekatan makan di dalam talam secara berjemaah turut menjadi sebahagian amalan para pelajar di dalam kaedah ini. Seterusnya pada pukul 8.30 pagi kelas sabak disambung semula sehingga pukul 9.30 pagi. Pada keseluruhannya para pelajar mempunyai sekitar empat jam waktu untuk sabak. Ini menunjukkan para pelajar mempunyai waktu yang lama di dalam memastikan ayat-ayat yang baru dihafal itu benar-benar mantap dan terpahat di dalam hati-hati mereka. Para Sabak Peringkat kedua di dalam kaedah ini dinamakan sebagai para sabak atau diistilahkan sebagai hafalan mingguan. Para sabak ini bermula dari jam 9.30 pagi hingga jam 11.30 pagi. Para pelajar diperuntukkan sekitar dua jam untuk mengulang para sabak ini. Sebanyak 1 juzuk di belakang hafalan baru inilah yang diistilahkan sebagai para sabak.1 Para pelajar perlu melancarkan hafalan para sabak ini sebelum dibaca di hadapan guru-guru mereka. Pada kebiasaannya para pelajar diberi masa sekitar setengah jam untuk melancarkan para sabak ini sebelum dibaca di hadapan guru. Dalam melaksanakan peringkat para sabak ini guru-guru telah membahagikan para pelajar dengan pasangan masing-masing untuk membaca para sabak. Pada kebiasaannya pasangan pelajar itu adalah mereka yang sama tahap hafalannya atau hampir-hampir sama hafalannya. Ini adalah penting bagi memastikan keserasian di antara pasangan masing-masing. Seterusnya para pelajar ini akan dipanggil dengan pasangan masing-masing untuk duduk berhadapan, di hadapan guru halaqah tersebut. Seorang pelajar membaca sebanyak sejuzuk manakala pasangannya akan menyemak bacaan tersebut dengan melihat kepada mashaf al-Quran. Sekiranya berlaku kesilapan pasangan tersebut akan mengira bilangan kesalahan tersebut dan dilaporkan kepada guru halaqah. Seperti biasa rotan akan digunakan sebagai hukuman dari kesilapan yang dilakukan. Begitulah seterusnya pasangan tersebut pula akan membaca dan disemak oleh rakannya. Dalam waktu yang sama guru di dalam halaqah tersebut sentiasa memerhatikan perjalanan para sabak setiap pasangan berjalan dengan lancar. Pada kebiasaannya bilangan pelajar di dalam setiap halaqah adalah genap bagi memudahkan proses para sabak bersama pasangan masing-masing.2 Ammokhtar Peringkat ketiga dalam kaedah Deobandy ini dikenali sebagai ammokhtar. Ammokhtar ini merupakan ayat-ayat al-Quran yang telah lama dihafal dan melebihi satu juzuk di belakang hafalan yang terkini. Menurut kaedah Deobandy ini para pelajar akan diberi masa dari jam 2.30 petang hingga jam 4.00 petang untuk mengulang ammokhtar ini. 3 Dari sudut pelaksanaannya para pelajar akan diberi masa sekitar setengah jam untuk melancarkan bacaan ammokhtar terlebih dahulu kemudian akan dipanggil ke hadapan guru seperti di dalam kaedah para sabak untuk memperdengarkan bacaan bersama dengan pasangan masing-masing. Pada kebiasaannya guru akan menentukan pasangan masing-masing sama ada pasangan yang sama atau berbeza. Rangsangan rotan akan diberikan sekiranya para pelajar terlupa atau melakukan kesilapan di dalam bacaan.

1 Ibid. 2 Ibid. 3 Temu bual dengan ustaz Zakri bin Zamzam, Guru Tahfiz Institut Al-Quran Kuala Lumpur pada 15 Januari 2012 di IQKL Kuala Lumpur.

158

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Kaedah ammokhtar ini perlu menjadi satu pusingan lengkap semua hafalan lama. Setiap hari para pelajar dikehendaki membaca satu juzuk dari ammokhtar ini. Contohnya seorang pelajar sedang menghafal juzuk ke-15 maka dia memerlukan sebanyak 14 hari dengan kadar satu juzuk sehari bacaan ammokhtar. Susunan bacaan ammokhtar perlulah mengikut susunan juzuk-juzuk al- Quran. Perkara ini cukup penting bagi memastikan hafalan-hafalan lama tidak hilang dari ingatan para pelajar. Seterusnya sekitar 15 minit sebelum waktu Asar para pelajar akan diajar dengan fardu ain oleh guru halaqah masing.1 Pada sebelah petang para pelajar diberi kebebasan untuk melakukan aktiviti bebas. Sebelum Maghrib semua pelajar dikehendaki berada di dalam masjid untuk persediaan mengerjakan solat Maghrib. Para pelajar akan diletakkan di dalam halaqah yang besar selepas maghrib hingga 10.30 malam bagi aktiviti menghafal sabak, mengulang hafalan-hafalan para sabak dan ammokhtar secara bersendirian. Sebelah malam ini para pelajar mempunyai waktu sekitar dua jam setengah untuk melakukan aktiviti-aktiviti tersebut. Perkara ini penting bagi memastikan para pelajar lancar membaca hafalan-hafalan pada hari berikutnya. Hanya beberapa orang ustaz yang akan memantau keseluruhan pelajar-pelajar tersebut. Tepat jam 11.30 malam semua lampu di bilik perlu ditutup dan pelajar-pelajar dikehendaki tidur semuanya. Tiga peringkat tersebut berterusan sehingga para pelajar selesai menghafal 30 juzuk al-Quran atau diistilahkan sebagai khatam sabak dari masa ke semasa. Setelah itu pelajar-pelajar akan memasuki peringkat Syahadah bagi persediaan untuk peperiksaan keseluruhan al-Quran.2 Halaqah Dauri Satu halaqah khas telah dibentuk bagi para pelajar yang telah khatam sabak. Halaqah ini dikenali sebagai Halaqah Dauri. Semua para pelajar yang telah khatam hafalan al-Quran akan memasuki halaqah ini bagi mengulang ayat-ayat yang telah dihafal. Halaqah ini turut dipantau oleh seorang guru yang memastikan semua pelajar mengulang seperti yang dirancangkan. Sudut waktu pelaksanaan Halaqah Dauri adalah seperti waktu halaqah-halaqah yang lain. Pada kebiasaannya para pelajar akan mengambil masa dari enam bulan hingga dua tahun untuk melalui keseluruhan Halaqah Dauri ini. Bagi para pelajar yang tidak lancar mana-mana bahagian di dalam al-Quran, mereka dikehendaki membaca sabak semula bagi ayat-ayat tersebut. Bagi kelas dauri ini para pelajar akan membaca dengan tidak menurut susunan juzuk di dalam al- Quran. Keseluruhan al-Quran akan dibahagikan kepada tiga bahagian, 10 juzuk pertama, 10 juzuk kedua dan 10 juzuk terakhir. Hari pertama pelajar akan membaca juzuk pertama, hari kedua juzuk 11, hari ketiga juzuk 21, hari keempat juzuk kedua, hari kelima juzuk 12 dan seterusnya hingga khatam beberapa kali. Metode bacaan Halaqah Dauri ini adalah sama dengan bacaan Ammokhtar para pelajar akan diberikan pasangan dan dibaca di hadapan guru. Guru-guru di dalam Halaqah Dauri akan memantau prestasi para pelajar. Dari satu juzuk sehari para pelajar akan berpindah kepada tiga juzuk sehari dengan arahan dari guru halaqah. Para pelajar akan membaca juzuk pertama, 11 dan 21 kemudian hari berikutnya juzuk kedua, 12 dan 22 dan seterusnya sehingga pelajar benar-benar lancar bacaan Ammokhtar ini.3 Seterusnya melalui arahan guru para pelajar ini akan berpindah kepada lima juzuk sehari. Peringkat ini pelajar-pelajar akan membaca berdasarkan urutan juzuk di dalam al-Quran sepenuhnya. Hari pertama juzuk pertama hingga lima, hari kedua juzuk 6 hingga 10, hari ketiga juzuk 11 hingga 15 dan seterusnya. Ini bermakna para pelajar akan mengkhatamkan al-Quran dalam masa enam hari dengan sekali khatam. Setelah sampai di peringkat ini dan guru-guru berpuas hati dengan prestasi pelajar tersebut maka ujian di peringkat Syahadah hafiz akan diadakan.

1 Ibid. 2 Ibid. 3 Ibid.

159

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Syahadah Hafiz Bagi para pelajar yang telah melalui Halaqah Dauri dan mampu untuk membaca al-Quran sebanyak lima juzuk sehari maka mereka akan melalui peperiksaan akhir yang disebut sebagai Syahadah Hafiz. Peperiksaan akhir ini akan diadakan setelah mesyuarat guru-guru berpuas hati dengan pencapaian pelajar tersebut. Terdapat tiga cara untuk menduduki peperiksaan Syahadah Hafiz ini. Pertama pelajar membaca 30 juzuk al-Quran dalam masa satu hari, kedua membaca al- Quran 30 juzuk al-Quran dalam masa dua hari bersamaan dengan 15 juzuk sehari dan ketiga membaca al-Quran 30 juzuk dalam masa tiga hari bersamaan dengan 10 juzuk sehari. Pelajar yang menduduki peperiksaan akhir ini akan disemak oleh tiga orang guru, dua daripadanya merupakan guru dari halaqah-halaqah yang lain. Pada kebiasaannya peperiksaan akan bermula pada jam tujuh pagi dan setiap juzuk al-Quran akan mengambil masa sekitar setengah jam sahaja. Bagi yang mampu membaca 30 juzuk al-Quran dalam sehari akan tamat hafalan sekitar jam 10 malam, bagi pelajar yang membaca 15 juzuk sehari akan tamat sekitar pada jam tiga petang manakala pelajar yang membaca 10 juzuk sehari akan tamat bacaan sekitar jam 12 tengah hari. Para pelajar yang menduduki peperiksaan Syahadah Hafiz ini dikehendaki membaca al-Quran dengan lancar dan tidak boleh melakukan kesalahan melebihi 10 kali. Sekiranya pelajar tersebut melakukan kesalahan melebihi 10 kali peperiksaan tersebut akan dibatalkan.1

KESIMPULAN Menurut pemerhatian penulis hasil daripada pelaksanaan kaedah Deobandy dari India ini para pelajar mampu mengingati keseluruhan al-Quran dengan sempurna. Ketahanan hafalan para pelajar juga dapat diperkukuhkan dengan baik. Berdasarkan temu bual yang dilakukan para guru dan pelajar-pelajar bersetuju mengatakan bahawa setelah menduduki peperiksaan Syahadah Hafiz ini walaupun tidak mengulang selama setahun mereka masih mampu untuk menjadi imam solat sunat terawih dengan membaca 30 juzuk al-Quran dengan sempurna. Hasil pemerhatian penulis di sinilah terletak kekuatan kaedah Deobandy ini yang mana dapat melahirkan para hafiz al-Quran yang mantap dari sudut ingatannya terhadap al-Quran.

BIBLIOGRAFI Ahmad Mahmūd ‘Abd al-Sami’ al-Hafyān (2000), Al-Wafi fi Kayfiyyah Tartil alQur’an al-Karim, Beirut, Dār al-Kutūb al-‘Ilmiyyah. Ra’iy Muhammad Faruq Muhammad al- (1420), Al-Tariqah Al-‘Ilmiyyah Lita’allum Wa Ta’lim Al-Qur’ān Hifzan Wa Tilāwatan, Jiddah, Maktabah al-Malik Fahd al-Wataniyyah. Abu al-Wafā, ‘Aliy Allah bin ‘Aliy (1999), Al-Nūr Al-Mubin Litahfiz Al-Qur’ān Al-Karim, Jiddah, Dār al-Wafa’. Syaribaini, Ibrahim Abd al-Mun’im al- (1995), Kaifa Yahfaz Al-Qur’ān, Zaqaziq, Dār Ibn Kathir. Bukhāri, Muhammad bin Ismā’il Abū ‘Abd Allah al- (1987), Jami’ Sahih al-Mukhtasār, Beirut, Dār Ibn Kathir al-Yamamah. Temubual dengan Pengetua Madrasah al-Quran Kubang Bujuk.

1 Ibid.

160

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

SISTEM PENDIDIKAN DAN PENGAJARAN AL-QURAN UNTUK PELAJAR PINTAR BERBAKAT: INOVASI DI KOLEJ PERMATA INSAN Ahmad Bazli Bin Ahmad Hilmi1 Zulkarnin Zakaria2 Mahiz Spawi3 Selamat Bin Amir4

ABSTRAK Lanskap pendidikan negara semakin melangkah ke hadapan dengan lahirnya pelbagai institusi tahfiz yang menggabungkan kurikulum akademik dan tahfiz Al-Quran. Kepelbagaian pendekatan dan pembinaan modul hafazan yang dibuat di setiap institusi memberikan satu peluang unik untuk dinilai, diperhalusi dan seterusnya diangkat sebagai amalan terbaik dalam pelaksanaan pengajian Al-Quran. Berdasarkan penilaian yang dijalankan terhadap modul-modul yang sedia ada, kajian ini mengetengahkan sistem pendidikan dan pengajaran al-Quran yang holistik dan tidak terhad kepada hafazan al- Quran sahaja. Modul Abqari ini merangkumi hak-hak al-Quran terhadap manusia iaitu al-qiraat, al-hifz, al-fahm, al-‘amal dan al-tabligh. Konsep asas yang menjadi landasan pembinaan modul adalah menggunakan inovasi VARK (Visual, Aural, Read/write and Kinesthetic). Modul ini juga mengambil kira pendekatan digunapakai dalam sistem pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar pintar berbakat yang dikenali dengan Differentiated Model of Giftedness and Talent (DMGT). Selain itu penggunaan teknologi semasa dalam pendidikan Al-Quran turut diaplikasikan dalam pembangunan modul tersebut. Komponen modul ini jika diukur berdasarkan Taksonomi Bloom meliputi tahap pengetahuan, kefahaman, aplikasi dan analisis. Modul ini diharapkan dapat menjadi panduan dan contoh kepada mana-mana institusi pendidikan yang ingin melaksanakan program pengajian al-Quran. Kata kunci: pendidikan al-Quran, inovasi, pintar berbakat, DMGT,VARK,

PENDAHULUAN Dewasa ini terdapat pelbagai institusi pendidikan yang menjadikan program tahfiz al-Quran sebahagian daripada kurikulum. Faktor utama dilihat menyumbang kepada perkara tersebut adalah kejayaan institusi-institusi sedia ada dalam bidang akademik sama ada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Selain itu, pelaksanaan program tersebut juga dilihat mampu membentuk keperibadian pelajar yang unggul seterusnya mengurangkan masalah disiplin dan gejala sosial. Namun terdapat beberapa kelemahan dalam amalan pembelajaran tahfiz yang perlu diperhalusi.5 Apa yang dirisaukan adalah program tahfiz al-Quran tersebut hanya menjadi tambah nilai kepada kurikulum sedia ada. Al-Quran seharusnya menjadi tunjang kepada semua kurikulum pendidikan sejajar dengan kedudukannya sebagai sumber rujukan utama dalam Islam. Kelemahan dalam komponen modul tahfiz al-Quran dilihat antara faktor penyumbang kepada salah tanggapan bahawa program tahfiz hanya terhad kepada bacaan dan hafazan al-Quran.

1 (Corresponding author). Pensyarah, Kolej PERMATA Insan, USIM. [email protected]. 2 Pensyarah, Kolej PERMATA Insan, USIM. [email protected]. 3 Pensyarah, Kolej PERMATA Insan, USIM. [email protected]. 4 Pensyarah Kanan, Jabatan al-Quran dan al-Hadith APIUM, [email protected]. 5 Azmil Hashim, and Ab.Halim Tamuri, (2012) Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Pembelajaran Tahfiz Al-Quran di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education, 2 (4). pp. 1-10.

161

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan merangka satu bentuk modul pendidikan al-Quran yang bersifat holistik dan sesuai dengan perkembangan teknologi dan maklumat semasa. PENGENALAN MODUL PENDIDIKAN AL-QURAN ‘ABQARI Modul pendidikan al-Quran ‘Abqari merupakan hasil perbandingan modul hafazan al-Quran institusi-institusi tahfiz sedia ada yang ditambah nilai dan disesuaikan dengan kurikulum pelajar pintar berbakat. Terdapat empat landasan utama dalam pembinaan modul pendidikan al-Quran ‘Abqari iaitu: 1. Memenuhi hak-hak al-Quran terhadap manusia: Al-Quran yang diturunkan Allah SWT mempunyai hak yang tersendiri ke atas seluruh manusia amnya dan Muslim khasnya. Ulama menggariskan hak-hak al-Quran terhadap manusia ialah; beriman bahawa al-Quran merupakan Kalam Allah, mengagungkan al- Quran dengan sebenar-benarnya, membaca al-Quran dengan sebenar-benar pembacaan (antara hak pembacaan termasuklah menghafal dalam ingatan dan lubuk hati), mengkaji dan memahami kandungan al-Quran, memberikan segala perhatian kepada ketinggian bahasa, memahami ilmu-ilmu al-Quran dan berpegang pada hukum hakam seterusnya menjadikan al-Quran sebagai landasan hidup. Sementara hak al-Quran yang khas terhadap Muslim ialah menyampaikan seruan beriman dengan al-Quran sebagai pematuhan kepada arahan dan menunaikan kewajipan.1 2. Merangkumi semua aspek dalam gaya pembelajaran VARK (visual, aural, read/write and kinesthetic): Gaya pembelajaran merupakan satu faktor penting dalam memahami cara seseorang pelajar memahami perkara yang dipelajari di samping membantu pelajar tersebut memilih cara terbaik untuk memperbaiki kelemahan dalam pembelajaran. Umumnya setiap individu dianugerahi keupayaan dan kekuatan berbeza dalam memproses maklumat dan bahan pembelajaran. Bagi mencapai keupayaan optimum seseorang individu dalam pengajaran dan pembelajaran, guru dan pelajar perlu mengenal pasti gaya pembelajaran peribadi agar dia menggunakan kekuatan dan kemahiran tersebut dalam proses pembelajaran apa juga subjek yang dipilih. Terdapat banyak teori gaya pembelajaran yang dikembangkan dalam bidang pendidikan namun kajian ini menumpu kepada gaya pembelajaran yang dikenali sebagai Visual, Audio, Read/Write, dan Kinestetik (VARK) yang menumpukan kepada kekuatan deria penglihatan, pendengaran, kemahiran menulis dan membaca, dan juga kemampuan fizikal dari segi pergerakan individu.2 Kecenderungan gaya belajar mampu mempengaruhi pelajar dalam perlakuan pembelajaran mereka di dalam dan luar bilik darjah. Hakikatnya pemilihan gaya pembelajaran akan menentukan pencapaian pelajar di dalam sesuatu mata pelajaran yang mereka ikuti. Maklumat tentang gaya dan cara belajar juga membolehkan guru dan pelajar menentukan teknik pembelajaran yang sesuai untuk mereka. Dengan maklumat gaya pembelajaran individu, pelajar akan menggunakan kekuatan salah satu gaya (sama ada V, A, R atau K) yang ada pada mereka dan membina maklumat pembelajaran dalam bahan yang mudah dihadam dengan teknik pembelajaran individu. Mereka juga boleh menggunakan paduan dua atau tiga gaya pembelajaran tersebut. Bagi guru pula, pengetahuan tentang gaya dan

1 ‘Atar, Nur al-Din. 1993. ‘Ulum al-Qur’an al-Karim. Damshiq: Matba‘ah al-Sabah, hlm. 255-257 2 Fleming, N., and Baume, D. 2006. Learning Styles Again: VARKing up the right tree!. Educational Developments, SEDA Ltd, Issue 7.4, hlm. 4-7.

162

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

teknik pengajaran dan pembelajaran sebegini dapat membantu menyediakan bahan mengajar yang pelbagai dan mengambil kira juga kepelbagaian pelajar yang ada di dalam kelas. Secara tidak langsung, pengajaran dan pembelajaran akan jadi lebih menarik dan memungkinkan suasana pembelajaran yang positif dan berkesan untuk kebanyakan pelajar dengan kepelbagaian gaya pembelajaran. 3. Mengambil kira pendekatan Differentiated Model fo Gifted and Talented (DMGT). Model pendidikan pelajar pintar dan berbakat yang disarankan oleh Françoys Gagné menjurus kepada dua jenis kebolehan individu, keupayaan semula jadi dan kemahiran yang dibentuk secara sistematik, dikenali sebagai kepintaran (atau aptitud) dan bakat. Kedua-dua kemampuan diterangkan dan dijelaskan dalam model DMGT beliau. Model ini juga meletakkan pembangunan yang bersaling-kait di antara kedua-dua kemampuan tersebut, aptitud sebagai ciri utama dalam bakat, kepentingan pembelajaran dan latihan kemampuan semula jadi kepada kemahiran pelbagai bentuk bakat yang boleh dibentuk. Ia turut dibantu faktor pemangkin lain yang berkaitan (motivasi, personaliti, persekitaran, individu berpengaruh, peristiwa, dan lain-lain) terhadap proses pembangunan tersebut. Model dapat digunakan untuk mengenal pasti individu dengan kemampuan kecapaian yang tersendiri dalam sesuatu populasi pelajar dengan latar-belakang yang dipengaruhi faktor yang disebut, dengan penekanan kepada IGAT (intellectually gifted and academically talented) pelajar pintar cergas dan berbakat secara akademik, dan terkesan dengan konsep pendidikan yang lain seperti, kebijaksanaan, kemampuan, genius, dan prodigi.1 4. Penggunaan teknologi semasa. Teknologi dalam pendidikan adalah suatu pendekatan holistik yang mengambil kira cara dan gaya pembelajaran pelajar yang pelbagai.2 Secara umumnya, para pendidik akan cuba membuat pemilihan dan padanan teknologi dan perisian yang ada di dalam pasaran dan cuba menggunakan peralatan dan perisian tersebut di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kadar kejayaan penggunaan teknologi sememangnya banyak bergantung kepada kemampuan pendidik mencari cara kreatif dan berkesan peralatan dan perisian yang dipilih. Dengan bantuan teknologi, guru dan pelajar dapat menggunakan kemudahan mendapatkan maklumat dan menghasilkan tugasan dengan bantuan perisian dan peralatan ICT (Information Communication Technology). Antara contoh peralatan yang dapat dilihat digunakan dalam pendidikan adalah peranti telefon pintar dan tablet. Memandangkan ramai pendidik tidak dilatih secara khusus dalam penggunaan teknologi khas untuk pendidikan, ramai yang menggunakannya dengan pendekatan cuba dan betulkan (trial-and-error) dan hasil kejayaannya pelbagai. Pendekatan pembelajaran padu cara (blended learning) menjadi antara teknik pengajaran dan pembelajaran terkini kerana gabungan gaya pengajaran yang digunakan bagi memaksimumkan keberkesanan sesi pembelajaran di dalam dan luar kelas.3 Gabungan teknik tradisional dan kelas maya contohnya digunakan dalam banyak sesi pembelajaran di pelbagai peringkat pengajian, dari peringkat sekolah sehinggalah ke universiti. Dalam pembelajaran paducara ini, pelajar bukan sahaja dibekalkan dengan buku rujukan dan latihan untuk sesuatu matapelajaran malah mereka turut mengikuti kelas maya (e-learning

1 Gagné, F., 2000. A differentiated model of giftedness and talent (DMGT). Systems and models for developing programs for the gifted and talented. 2 Fu, J. S. 2013. ICT in Education : A Critical Literature Review and Its Implications Jo Shan Fu. International Journal of Education and Development Using Information and Communication Technology, 9(1), 112–125. 3 Laborda, J. G. (2014). Essentials for blended learning. British Journal of Educational Technology (Vol. 45). doi:10.1111/bjet.12177_5

163

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

tau mobile learning) yang dapat dicapai pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja (ubiquitous learning).1

KOMPONEN MODUL PENDIDIKAN HAFAZAN AL-QURAN Modul pendidikan Al-Quran ‘Abqari mempunyai lima komponen utama iaitu Al-Qiraat, Al-Hifz, Al-Fahm, Al-‘Amal dan Al-Tabligh. Lima komponen tersebut merupakan sebahagian besar daripada hak-hak al-Quran terhadap manusia seperti yang dibincangkan sebelum ini. Penjelasan lanjut bagi setiap komponen diperincikan sebagaimana berikut: 1. Al-Qiraat (Pembacaan)

Kemahiran paling asas dalam pendidikan al-Quran ialah pembacaan. Wahyu pertama yang diturunkan memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w. membaca sebagaimana firman Allah s.w.t.: ٱ ْق َرأْ بِٱ ْس ِم َربِ َك ٱلَّ ِذى َخ َل َق ﴿١﴾ Terjemahan makna: “Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Maha Pemurah” [Surah Al-‘Alaq (96): Ayat 1] Al-Quran merupakan Kalamullah Allah yang perlu dibaca dengan betul seperti mana diturunkan. Ilmu yang menyentuh perihal bacaan Al-Quran dikenali sebagai ilmu tajwid. Hukum mempelajari tajwid adalah fardu kifayah namun hukum membaca Al-Quran dengan bertajwid adalah fardu ‘ain. Firman Allah s.w.t.: َو َرتِ ِل ٱ ْلقُ ْر َءا َن تَ ْرتِيالً ﴿٤﴾ Terjemahan makna:“Bacalah Al-Quran dengan tartil” [Surah Al-Muzzammil (73): Ayat 4] Pengertian tartil ialah bacaan lambat dan tenang serta melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul dan memenuhi hak sifat asli dan sifat mendatang pada huruf yang berkenaan dan memelihara segala hukum tajwid serta merenung maknanya. Bacaan bertajwid dan sebutan huruf dengan betul amat penting sebelum proses hafazan bermula. Hal ini kerana bacaan tidak bertajwid dan sebutan huruf yang salah akan menyebabkan pelajar melazimi perkara tersebut setelah tamat proses hafazan.

1 Graham, C. R. (2006). Introduction to Blended Learning. Handbook of Blended Learning Global Perspectives Local Designs, 3–21. doi:10.2307/4022859

164

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Antara pendekatan yang diambil oleh Kolej PERMATA Insan sebagai inisiatif adalah tajwid diajar secara rasmi sebagai kursus audit pada semester awal pengajian. Kursus tajwid ini akan mendedahkan pelajar dengan ilmu dan kemahiran yang patut dikuasai dalam bacaan Al-Quran. Selain itu, guru berperanan penting dalam memberi sepenuh perhatian dan bersikap tegas bagi memastikan pelajar membaca dengan bacaan bertajwid sama ada ketika sesi talaqqi, tasmik dan muraja’ah. 2. Al-Hifz (Penghafalan) Komponen kedua setelah selesai proses pembacaan ialah penghafalan. Keutamaan menghafal Al- Quran adalah begitu jelas dalam Al-Quran dan Al-Hadith, malah individu pertama yang menghafal Al-Quran ialah Nabi Muhammad s.a.w. itu sendiri. Kelompok yang melibatkan diri secara langsung dengan Al-Quran mendapat penghormatan yang tinggi di sisi Allah s.w.t. Hal ini boleh dilihat melalui sabda Nabi s.a.w: خيركم من تعلم القرآن وعلمه Terjemahan makna: “Sebaik-baik kamu adalah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya”1 Idea pengumpulan Al-Quran juga tercetus apabila gugurnya 70 orang penghafaz Al-Quran dalam peperangan Al-Riddah pada zaman pemerintahan Abu Bakar Al-Siidiq. Umar Al-Khattab berpendapat tulisan-tulisan Al-Quran perlu dikumpulkan kerana khuatir Al-Quran akan lenyap selepas peristiwa tersebut. Ini menunjukkan betapa penghafal Al-Quran mempunyai kedudukan yang istimewa dalam masyarakat. Dalam hadith yang sahih dinyatakan bahawa Al-Quran akan memberi syafaat pada hari akhirat kepada mereka yang sentiasa mendampingi Al-Quran. Sabda Nabi s.a.w.: اقرأوا القرآن فإنه يأتي يوم القيامة شفيعا ألصحابه Terjemahan makna: “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan datang memberi syafaat pada hari kiamat kepada pembacanya.”2 Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab setiap manusia untuk menghafal ayat-ayat Al-Quran di dalam dada masing-masing walaupun tidak keseluruhan. Sukatan hafazan Menyedari keperluan dan kepentingan hafazan Al-Quran, Kolej PERMATA Insan menjadikan hafazan Al-Quran sebahagian daripada kurikulum institusi. Hafazan Al-Quran akan membantu perjalanan pengajaran dan pembelajaran di kolej yang menggunakan pendekatan integrasi ilmu naqli dan aqli. Permasalahan yang sering menghantui pelajar terutama aliran agama adalah kesukaran mengeluarkan dalil naqli dalam sesuatu isu. Langkah diambil untuk mengatasi kekurangan tersebut adalah dengan mewajibkan pelajar menghafal 30 juzuk Al-Quran sementara umur masih muda. Ibarat kata pepatah Arab “Belajar di usia muda ibarat menulis pada batu, belajar di usia tua ibarat menulis di atas air.” Sukatan hafazan Al-Quran di Kolej PERMATA Insan dibahagikan kepada tiga pakej iaitu Pakej Asas, Pakej Pecutan 1 dan Pakej Pecutan 2 (rujuk lampiran). Wujudnya tiga pakej tersebut adalah bersandarkan kepada teori Differentiated Model for Gifted and Talented (DMGT). Setiap

1 Al-Bukhari, Muhammad Ibn Isma‘il. 1979. Al-Jami‘ al-Sahih. Kaherah: Al-Matba‘ah Al-Salafiyyah, j. 3, hlm. 346. 2 Muslim, Al-Hajjaj. 2006. .Riyad: Dar Taybah, hlm. 361

165

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN pelajar terutama pelajar pintar dan berbakat mempunyai keupayaan menghafal yang berlainan. Kepelbagaian keupayaan tersebut diambil kira dalam merangka sukatan yang perlu dicapai oleh setiap pelajar. Metodologi Hafazan Secara umumnya Kolej PERMATA Insan menggunakan pendekatan kaedah hafazan Luh daripada Makkah dengan beberapa penambahan nilai diterapkan. Berdasarkan kaedah Luh ini, pelajar akan menghafal Al-Quran berdasarkan tema-tema tertentu bagi surah-surah panjang, manakala bagi surah-surah pendek pula pelajar akan menghafal berdasarkan surah tersebut. Kaedah ini dilihat sama seperti keadaan sebahagian besar wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.aw. juga adalah berdasarkan tema. Pendekatan ini dilihat membantu pelajar dalam memahami ayat dihafal dengan lebih mudah. Kebebasan diberikan kepada pelajar untuk memilih teknik mengingat yang sesuai dengan diri mereka. Sekiranya pihak institusi meletakkan teknik mengingat tertentu, ini akan memberikan impak kepada pelajar yang kurang sesuai dengan teknik tersebut. Hafazan Al-Quran adalah tertakluk kepada faktor individu tersendiri dan kaedah cuba jaya perlu digunakan sehinggalah empunya menemui teknik yang sesuai. Pelaksanaan Hafazan Terdapat beberapa langkah dalam pelaksanaan hafazan Al-Quran yang digariskan agar proses tersebut berjalan dengan lancar dan teratur. Langkah tersebut adalah seperti berikut: 1. Pelajar akan membacakan (talaqqi) ayat yang akan dihafal di hadapan guru. 2. Pelajar diwajibkan menghafal ayat mengikut tema yang diberikan oleh guru dan waktu hafalan adalah bergantung kepada kesesuaian pelajar. 3. Pelajar membaca terjemahan umum ayat yang dihafal. 4. Pelajar kemudiannya dikehendaki menulis hafalan yang akan ditasmik (penulisan ayat) di kertas khas. 5. Pelajar juga hendaklah mengulangi membaca satu halaman hafalan yang terdahulu (I‘adah) sebelum tasmik hafalan yang baru. 6. Pelajar yang berjaya menghafal akan diberikan gred mengikut prestasi bacaan di dalam buku rekod 7. Pelajar yang gagal memperdengarkan hafalan akan ditentukan hukuman mengikut budi bicara guru tasmi’. Penulisan Ayat Penulisan ayat yang dimaksudkan ialah ayat-ayat Al-Quran yang telah hafal akan ditulis pada kertas khas mengikut format mashaf. Sebaiknya penulisan ayat tersebut dilakukan sebelum sesi tasmik berlangsung. Konsep hafal dan tulis ini seiring dengan saranan Nabi Muhammad s.a.w. dalam sabda baginda: قيدوا العلم بالكتاب Terjemahan makna: “Ikatlah ilmu dengan tulisan”1 Konsep ini kemudiannya dibangunkan menjadi salah satu daripada gaya pembelajaran VARK seperi yang telah dinyatakan pada awal perbincangan. Pelaksanaan penulisan ayat ini

1 Al-Albani, Muhammad Nasir Al-Din. 1988. Beirut: Al-Maktab Al-Islami, cet.3, hlm. 816

166

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN berperanan penting dalam memastikan pelajar mempunyai kemahiran menulis kembali hafazan tanpa melihat mashaf. 3. Al-Fahm (Kefahaman) Tujuan utama penurunan Al-Quran adalah untuk memberi hidayah kepada manusia. Tanggungjawab manusia adalah untuk memahami isi kandungan Al-Quran walaupun bahasa pengantar digunakan ialah Bahasa Arab. Firman Allah s.w.t.: َو َل َق ْد يَ َّس ْرنَا ٱ ْلقُ ْر َءا َن ِلل ِذ ْك ِر َف َه ْل ِمن ُّمدَّ ِك ٍر ﴿١٧﴾ Terjemahan makna: “Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?” [Surah Al-Qamar (54): Ayat 17] Dewasa ini terdapat banyak terjemahan dan tafsir Al-Quran dalam pelbagai bahasa. Apa yang tinggal cuma usaha untuk mendapatkan dan membaca bahan-bahan tersebut. Aspek kefahaman dalam pendidikan Al-Quran adalah penting supaya pelajar mengetahui maksud ayat al-quran yang telah dihafal. Untuk peringkat permulaan, pelajar boleh mengetahui tafsiran umum ayat melalui terjemahan Al-Quran sedia ada. Pelajar akan menyampaikan tafsiran umum ayat yang dihafal selepas sesi tasmik dan asbabun nuzul jika ada. Pendekatan ini memastikan pelajar memahami ayat yang dihafal secara kontekstual dan mengelakkan pelajar salah faham dalam memahami maksud ayat secara tekstual. Aspek kefahaman ayat secara lebih mendalam diterapkan dalam projek Al-Quran di mana pelajar diberikan tugasan penulisan artikel tentang topik tertentu. Tugasan ini memerlukan pelajar merujuk kitab-kitab tafsir yang muktabar berkenaan topik yang diberikan. 4. Al-‘Amal (Pengamalan) Kesinambungan daripada kefahaman ayat ialah aspek pengamalan. Manusia bertanggungjawab melaksanakan apa yang terkandung dalam Al-Quran setelah memahami isi kandungannya. Allah s.w.t. memberikan peringatan yang cukup tegas bagi sesiapa yang berpaling daripada petunjukNya sebagaimana firmanNya: َو َم ْن أَ ْع َر َض َعن ِذ ْك ِرى َفإِ َّن َله ۥُ َم ِعي َشةً َضن ًكا َونَ ْح ُش ُره ۥُ يَ ْو َم ٱ ْل ِقيَ َٰـ َم ِة أَ ْع َم َٰى ﴿١2٤﴾ Terjemahan makna: "Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". [Surah Taha (20): Ayat 124] Nabi Muhammad s.a.w. merupakan suri tauladan yang paling baik dalam dalam segenap aspek kehidupan kerana baginda mendapat didikan secara langsung daripada Allah s.w.t. Akhlak baginda s.a.w. adalah Al-Quran itu sendiri seperti dinyatakan dalam riwayat Sayyidatina ‘Aisyah r.a.: " َكا َن ُخلُقُهُ ا ْلقُ ْرآ َن" Terjemahan makna: Aku bertanya Sayyidatina Aisyah r.a. tentang akhlak Nabi Muhammad . Maka beliau menjawab. “Sesungguhnya akhlak Baginda ialah Al-Quran.”1 Dalam konteks Kolej PERMATA Insan, pemerkasaan pelaksanaan program keagamaan dan kerohanian dalam kalangan pelajar dapat mendidik pelajar mengaplikasikan ayat yang telah dihafaz setelah memahami maksud ayat tersebut. Nilai-nilai murni juga diterapkan dalam kurikulum, kokurikulum dan kehidupan seharian pelajar sepanjang keberadaan di institusi.

1 Ibid, hlm. 872.

167

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Persekitaran institusi yang dihiasi dengan kepelbagaian ayat al-Quran yang berbentuk pengetahuan, perintah, larangan dan sebagainya dapat menjadi rujukan, panduan dan peringatan kepada para pelajar di samping mewujudkan suasana Qurani. 5. Al-Tabligh (Penyampaian) Komponen terakhir dalam modul pendidikan Al-Quran ‘Abqari ialah al-tabligh (penyampaian). Allah s.w.t. memerintah Nabi Muhammad s.a.w. untuk menyampaikan apa yang diturunkan kepada baginda. Firman Allah s.w.t.:

ي َـأَيُّ َها ٱل َّر ُس و ُل بَ ِل ْغ َمآ أُن ِز َل إِ َل ْي َك ِمن َّربِ َك ۖ َوإِن لَّ ْم تَ ْفعَ ْل َف َما بَلَّ ْغ َت ِر َسا َلتَ ۥه ُ ۚ َوٱللَّـهُ يَ ْع ِص ُم َك ِم َن ٱلنَّا ِس ۗ إِ َّن ٱللَّـهَ َلَ يَ ْه ِدى ٱ ْلقَ ْو َم ٱ ْل َك َٰـ ِف ِري َن ﴿٦٧﴾ Terjemahan makna: “Wahai Rasulullah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir.” [Surah Al-Maidah (5): Ayat 68] Setelah kewafatan baginda, tanggungjawab tersebut berpindah kepada seluruh umat Islam tanpa pengecualian. Oleh yang demikian, komponen ini memberi penekanan kepada penyampaian kefahaman pelajar tentang ayat yang dihafal. Kefahaman tersebut disampaikan sama ada dalam bentuk lisan, penulisan artikel atau dokumentari. Pendekatan ini memberikan pendedahan dan melatih pelajar dengan teknik penyampaian yang berkesan selain membentuk jati diri dan keberanian dalam kalangan pelajar.

GAYA PEMBELAJARAN VARK DALAM MODUL Keupayaan setiap individu dalam proses pembelajaran adalah berbeza. Memahami gaya pembelajaran seseorang pelajar amat membantu dalam menentukan pendekatan gaya pembelajaran yang sesuai bagi pelajar tersebut. Modul pendidikan Al-Quran ‘Abqari yang dibina telah menggunakan pendekatan gabungan semua elemen dalam gaya pembelajaran VARK. Jadual di bawah menunjukkan elemen- elemen VARK yang terdapat dalam setiap komponen modul: Elemen VARK Komponen Modul Visual Aural Read/Writing Kinesthetic Al-Qiraat    Al-Hifz    Al-Fahm   Al-‘Amal  Al-Tabligh  

Pemilihan model gabungan ini adalah untuk memberi peluang kepada semua pelajar mengenal pasti kecenderungan dan kekuatan masing-masing dalam setiap komponen model pendidikan Al-Quran tersebut. Setelah kecenderungan dan kekuatan dikenal pasti, pelajar akan memberikan fokus yang tinggi dalam komponen tersebut. Dalam masa yang sama, pelajar perlu membangunkan kemahiran dalam komponen yang lain.

168

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

PENDEKATAN DMGT DALAM MODUL Pendekatan DMGT dalam modul pendidikan Al-Quran ‘Abqari diterapkan dalam penentuan sukatan hafazan pelajar. Keupayaan berbeza pelajar dalam hafazan Al-Quran perlu dititikberatkan dalam meletakkan sukatan yang perlu dicapai oleh pelajar. Mengambil kira perbezaan tersebut, Kolej PERMATA Insan menggubal tiga pakej sukatan hafazan mengikut tahap kemampuan yang dapat dicapai oleh pelajar. Tahap kemampuan pelajar dapat diukur melalui penilaian yang dibuat pada awal semester. Pelajar seterusnya akan dibahagikan dalam kumpulan mengikut tahap tersebut.

PENGGUNAAN TEKNOLOGI SEMASA DALAM PELAKSANAAN Seiring dengan kemajuan abad ke-21, penggunaan teknologi semasa diterapkan dalam pelaksanaan modul. Dewasa ini terdapat pelbagai aplikasi dibangunkan dalam pendidikan Al-Quran yang mudah dimuat turun melalui gajet mudah alih. Aplikasi tersebut mampu menarik minat dan memudahkan generasi masa kini dalam pendidikan Al-Quran seperi aplikasi Quran maya. Pelajar dapat mempelajari ilmu tajwid, mendengar bacaan, merekod bacaan, membaca terjemahan dan tafsir dengan lebih mudah. Projek Al-Quran juga melibatkan penggunaan teknologi apabila pelajar membuat pembentangan video. Penyediaan video adalah memerlukan komitmen dan kemahiran yang tinggi memandangkan prosesnya yang panjang dan rumit. Namun hasil daripada pembikinan video tersebut adalah amat memuaskan dan menjadikan gaya penyampaian lebih berkesan.

KEDUDUKAN MODUL BERDASARKAN TAKSANOMI BLOOM Keseluruhan komponen modul pendidikan Al-Quran ini merangkumi tahap pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis dan sintesis berdasarkan Taksanomi Bloom. Jadual di bawah menunjukkan perincian rangkuman tahap Taksanonomi Bloom dalam setiap komponen modul:

Komponen Taksanomi Bloom Modul Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Al-Qiraat  Al-Hifz  Al-Fahm     Al-‘Amal  Al-Tabligh   

FORMAT PENTAKSIRAN Terdapat beberapa aspek dalam pentaksiran modul pendidikan Al-Quran digariskan untuk memastikan penilaian tersebut bersifat menyeluruh. Pecahan aspek tersebut dapat dilihat dalam jadual carta di bawah:

169

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Hafazan Pelajar diberikan markah berdasarkan pencapaian hafazan mereka dalam setiap pakej bagi setiap semester. Peruntukan markah untuk bahagian ini adalah sebanyak 20% daripada keseluruhan markah. Penulisan Ayat Pelajar diberikan markah berdasarkan penulisan ayat yang telah disiapkan dalam setiap pakej bagi setiap semester. Peruntukan markah untuk bahagian ini adalah sebanyak 10% daripada keseluruhan markah. Ujian Pelaksanaan ujian merangkumi dua bahagian iaitu syafawi sebanyak 40% dan tahriri 60%. Peruntukan markah bagi bahagian ujian ini daripada keseluruhan markah adalah sebanyak 10%. Peperiksaan Akhir Peperiksaan Akhir Semester merangkumi dua bahagian iaitu syafawi sebanyak 40% dan tahriri 60%. Peperiksaan ini mewakili 60% daripada keseluruhan markah. Projek Pelajar dipecahkan kepada beberapa kumpulan diberikan tugasan berdasarkan topik terpilih yang terdapat dalam pakej hafalan setiap semester. Tugasan ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu penulisan artikel dan pembentangan dengan setiap satu dinilai sebanyak 50 markah. Peruntukan markah untuk bahagian ini adalah sebanyak 10% daripada keseluruhan markah.

PENUTUP Pengenalan modul pendidikan Al-Quran ‘Abqari diharapkan dapat memberi nafas baru dalam arus pendidikan Al-Quran negara. Modul ini secara umumnya dapat diaplikasikan oleh institusi-institusi yang berminat tidak terhad kepada pelajar pintar dan berbakat. Pelaksanaan modul juga boleh diubah suai mengikut kesesuaian institusi. Hasil pelaksanaan modul bakal melahirkan pelajar yang mantap dalam bidang pengajian Al-Quran.

PENGHARGAAN Penulis merakamkan penghargaan kepada Universiti Sains Islam Malaysia yang telah meluluskan penyelidikan bertajuk “Pembinaan Modul Hafazan Al-Quran Di Institusi Pendidikan: Kajian Di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong, Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, MRSM

170

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Ulul Albab Kota Putra, Sekolah Menengah Imtiyaz Besut Dan Darul Quran (PPP-KPI-18215-00). Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan penyelidik, pihak Kolej PERMATA Insan dan pihak- pihak yang terlibat atas kerjasama yang diberikan.

RUJUKAN ‘Atar, Nur al-Din. 1993. ‘Ulum al-Qur’an al-Karim. Damshiq: Matba‘ah al-Sabah. Al-Albani, Muhammad Nasir Al-Din. 1988. Beirut: Al-Maktab Al-Islami, cet.3. Al-Bukhari, Muhammad Ibn Isma‘il. 1979. Al-Jami‘ al-Sahih. Kaherah: Al-Matba‘ah Al- Salafiyyah. Azmil Hashim, and Ab.Halim Tamuri, (2012) Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Pembelajaran Tahfiz Al-Quran di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education, 2 (4). Fleming, N., and Baume, D. 2006. Learning Styles Again: VARKing up the right tree!. Educational Developments, SEDA Ltd, Issue 7.4. Fu, J. S. 2013. ICT in Education : A Critical Literature Review and Its Implications Jo Shan Fu. International Journal of Education and Development Using Information and Communication Technology, 9(1), 112–125. Gagné, F., 2000. A differentiated model of giftedness and talent (DMGT). Systems and models for developing programs for the gifted and talented. Graham, C. R. (2006). Introduction to Blended Learning. Handbook of Blended Learning Global Perspectives Local Designs, 3–21. Laborda, J. G. (2014). Essentials for blended learning. British Journal of Educational Technology (Vol. 45). Muslim, Al-Hajjaj. 2006. Sahih Muslim .Riyad: Dar Taybah.

LAMPIRAN

Pakej Asas

171

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Pakej Pecutan 1

172

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

SUMBANGAN DATUK HAJJAH FARIDAH BINTI MAT SAMAN DALAM PENGAJARAN GOLONGAN HAFIZ AL-QURAN Shafiza Binti Safie1 Prof. Dato. Dr M.Y Zulkifli Bin Haji Mohd Yusoff2 Dr Khadher Bin Ahmad3

ABSTRAK Golongan hafiz al-Quran merupakan golongan yang diberikan pelbagai keistimewaan dan ganjaran oleh Allah SWT. Di Malaysia, JAKIM berusaha gigih bagi memartabatkan pendidikan al-Quran dengan menubuhkan Darul Quran. Artikel ini bertujuan untuk memperkenalkan tokoh ilmuan Islam dari kalangan wanita berkaitan bidang pengajian tahfiz al-Quran. Beliau ialah Datuk Hajjah Faridah Binti Mat Saman merangkap johan qariah terbanyak Malaysia samada dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan mahupun Antarabangsa. Ketokohannya dikenali dan disegani di serata dunia. Artikel ini juga adalah untuk mengenengahkan sumbangan tokoh dalam bidang pengajian al-Quran khususnya dalam pengajaran al-Quran kepada golongan hafiz al-Quran. Hasil kajian mendapati bahawa sumbangan yang diberikan oleh tokoh memantapkan lagi penguasaan hafalan golongan hafiz al-Quran bertepatan dengan tuntutan Islam seterusnya membangunkan generasi hifz al-Quran yang berkualiti dan cemerlang. Kata Kunci: Sumbangan, Pengajaran, Hafiz, Al-Quran

PENDAHULUAN Pendidikan al-Quran bertujuan untuk mendidik manusia ke arah kebaikan dan mengenal Pencipta Yang Maha Esa. Manusia yang celik al-Quran juga merupakan golongan yang sentiasa dipayungi rahmat dan kasih sayang Allah SWT samaada di dunia dan di akhirat. Al-Quran juga mendidik manusia supaya mentaati perintah atau suruhan Allah SWT dan meninggalkan laranganNya agar mereka sentiasa berada pada jalan yang lurus dan diredhai. Di dalam ayat dibawah Allah SWT memberi jaminan kepada golongan yang membaca al-Quran merupakan orang yang mengharapkan sebuah perniagaan yang tidak akan rugi dan memuliakan mereka dengan pelbagai ganjaran dan kemuliaan. Firman Allah SWT: إِ َّن الَّ ِذي َن يَتْلُو َن ِكتَا َب اللَّـ ِه َوأَ َقا ُموا ال َّص َالةَ َوأَنفَقُوا ِم َّما َر َز ْقنَا ُه ْم ِس ًّرا َو َع َالنِيَةً يَ ْر ُج و َن تِ َجا َرةً لَّن تَبُو َر * ِليُ َوفِ يَ ُه ْم أُ ُجو َر ُه ْم َويَ ِزيدَ ُهم ِ من َف ْض ِل ِه ۚ إِنَّهُ َغفُو ر َش ُكو ر Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah SWT dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara tersembunyi atau secara berterang-terang, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian. Supaya Allah SWT menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya). [Surah Fathir (35): 29-30]

1 Calon doktor falsafah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. 2 Profesor dan Pengarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. 3 Pensyarah kanan, Akademi Pengajian Islam, Univerisiti Malaya.

173 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

BIOGRAFI DATUK HAJJAH FARIDAH BINTI MAT SAMAN Kelahiran, Keluarga dan Pendidikan Awal Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia1 Hajah Faridah Binti Mat Saman dilahirkan pada 29 Oktober 1948 di Kampung Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang. Ketika dilahirkan, ibu bapanya yang merupakan anak jati Kelantan sedang merantau di Temerloh, meneroka tanah di daerah tersebut. Selepas itu beliau dibesarkan di kampung Padang Turap, Pasir Mas, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu, Pasir Mas, seterusnya menyambung pelajaran di Sekolah Pondok Mundok, Thailand. Setelah mendirikan rumah tangga dengan Haji Hizam bin Suriadi seorang pegawai tentera dan kini menetap di Kota Bharu, Kelantan. Beliau dikurniakan sembilan orang anak. Menurut JAKIM2 menyatakan bahawa beliau juga merupakan seorang suri rumah tangga. Selain itu, Nik Safiah et.al3 menyatakan bahawa beliau turut belajar al-Quran daripada qari- qari yang terkenal di Kelantan. Di samping itu, JAKIM4 menjelaskan antara guru al-Quran yang pernah mencurah ilmu dan mendidik beliau dalam seni al-Qur’an ialah Haji Ahmad bin Mat Som, Haji Nik Jaafar bin Nik Ismail dan Haji Hassan bin Che’ Musa. Menurut Nik Safiah et. al5 pula beliau mula mendapat johan bagi pertandingan Musabaqah Al-Quran pada usia 16 tahun. Beliau merupakan johan qariah pertama bagi pertandingan Musabaqah Al-Quran Peringkat Antarabangsa iaitu pada tahun 1964. Beliau telah memenangi pertandingan Musabaqah Al-Quran sehingga tahun 1992 sebanyak 8 kali samaada di Peringkat Kebangsaan mahupun Antarabangsa. Selain itu, JAKIM6 menjelaskan bahawa mengimbas pengalaman dan kenangan manis sepanjang pembabitannya dalam bidang tilawah al-Qur’an, antara yang mungkin tidak dapat dilupakannya ialah apabila beliau diisytiharkan sebagai johan qariah Majlis Tilawah al-Qur’an Peringkat Antarabangsa yang pertama kali dibuka penyertaannya kepada wanita, iaitu pada tahun 1964. Pada ketika itu Mufti Palestin telah menghadiahkan beliau sebuah al-Qur’an kecil bersarung warna emas. Selain itu beliau juga dijemput memperdengarkan bacaan al-Qur’an oleh kerajaan Thailand pada Majlis Maulidul Rasul yang diadakan di negara tersebut. Pada masa itu lima peserta terpaksa memperdengarkan bacaan al-Qur’an di atas pentas sehingga fajar menyinsing. Secara umumnya beliau pernah merangkul gelaran Johan Qariah Majlis Tilawah al-Qur’an Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa Tahun 1983H/1964M, 1384H/1965M, 1392H/1972M, 1396H/1976M, 1397H/1977M, 1409H/1989M, 1410H/1990M, 1411H/1991M.

1 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2007), Johan Qari Dan Qariah Malaysia Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Dan Antarabangsa 1379 H/ 1960 M- 1427 H/ 2006 M, Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB), 114-115. 2 19th National and 18th International Levels Quran Reading Competition Prize Giving And Closing Ceremony Merdeka Stadium, Kuala Lumpur 6th September 1977, 15. 3 Nik Safiah Karim et.al (2014), Biografi Tokoh Wanita Kelantan, Kota Bharu: Universiti Malaysia Kelantan, 37. 4 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2007), Johan Qari Dan Qariah Malaysia Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Dan Antarabangsa 1379 H/ 1960 M- 1427 H/ 2006 M, Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB), 115. 5 Nik Safiah Karim et.al (2014), Biografi Tokoh Wanita Kelantan, Kota Bharu: Universiti Malaysia Kelantan, 37. 6 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2007), Johan Qari Dan Qariah Malaysia Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Dan Antarabangsa 1379 H/ 1960 M- 1427 H/ 2006 M, Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB), 115.

174

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Menurut Nik Safiah et.al1 sekarang beliau memberi bimbingan dan mengajar al-Quran di rumahnya, di surau dan di masjid-masjid. Selain itu, JAKIM2 juga menyatakan bahawa beliau sering memenuhi jemputan mengajar al-Quran dan Tarannuum di seluruh Malaysia dan juga luar negara. Beliau tidak lokek menurunkan ilmu dan kemahiran yang dimilikinya kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mendalami seni bacaan al-Qur’an. Antara muridnya yang berjaya menjadi Johan Peringkat Kebangsaan ialah Hajah Rahmah binti Abdul Rahman, Hajah Amnah binti Haji Ayub dan Ustaz Che Yahaya bin Daud. Di samping itu menurut PERTIWI3 beliau juga mempunyai sebuah syarikat pelancongan iaitu Tola Travel & Tours yang bermula sejak tahun 1993 sehingga sekarang. Penerbitan dan Penganugerahan Menurut JAHEIK4 bagi menghargai sumbangan dan khidmat baktinya yang banyak kepada masyarakat dan negara, beliau dianugerahkan dengan pingat Darjah Kebesaran Kelantan (DKK) dan Pingat Pangkuan Negara (PPN). Ini juga merujuk kepada penganugerahan watikah pengurniaan Darjah Panglima Jasa Negara (P.J.N) daripada Darjah KebesaranYang Mulia Jasa Negara yang membawa gelaran “Datuk” kepada Hajah Faridah Binti Mat Saman dari Yang Di-Pertuan Agong XIV iaitu pada hari Sabtu 28 haribulan Syaaban tahun 1437 Hijriyah bersamaan 4 haribulan Jun 2016. Hajah Faridah Binti Mat Saman telah dikurniakan gelaran “Datuk” oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV Al-Mu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah bersempena sambutan ulang tahun baginda yang diadakan di Istana Negara, Kuala Lumpur. Keperibadian Menurut Datuk Nik Jaafar Nik Ismail5 Datuk Hajjah Faridah merupakan seorang yang tidak sombong dan mudah menerima teguran yang berkaitan dengan pengajian al-Quran ataupun tarannum. Sikapnya itu membuatkan dia mudah disenangi oleh orang ramai dan tidak angkuh dengan kehebatan yang ada pada dirinya dalam bidang pengajian al-Quran. Selain itu menurut pemerhatian penulis juga beliau seorang yang penyayang terhadap makhluk. Beliau dilihat sangat meraikan tetamu yang datang untuk berjumpa dengannya dan beramah mesra dengan mereka serta bersedia memberikan pertolongan atau cuba sedaya mampu memenuhi undangan mereka seperti memenuhi undangan bagi membaca ayat-ayat suci al-Quran di majlis pembukaan bagi sesuatu program, majlis pertunangan, majlis perkahwinan dan sebagainya. Beliau juga dilihat bersifat penyayang terhadap anak-anak kecil.

1 Nik Safiah Karim et.al (2014), Biografi Tokoh Wanita Kelantan, Kota Bharu: Universiti Malaysia Kelantan, 37. 2 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2007), Johan Qari Dan Qariah Malaysia Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Dan Antarabangsa 1379 H/ 1960 M- 1427 H/ 2006 M, Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB), 116-117. 3 Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI) (2004), Biografi Tokoh Wanita Malaysia, Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd: Selangor, 115. 4 Tradisi Keunggulan Qari Dan Qariah Negeri Kelantan (2013), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan, Buku Khas Sempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke 56 Tahun 1434H/ 2013M, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan: Kelantan, 9-10. 5 Wawancara bersama Datuk Nik Jaafar Bin Nik Ismail di kediaman beliau di Pasir Mas bertarikh 11 Mei 2016, jam 11.30 am.

175

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

SUMBANGAN DATUK HAJJAH FARIDAH BINTI MAT SAMAN TERHADAP GOLONGAN HAFIZ AL-QURAN Datuk Hajjah Faridah Binti Mat Saman merupakan johan qariah terbanyak Malaysia samada di Peringkat Kebangsaan mahupun di Peringkat Antarabangsa. Sumbangan beliau dalam memartabatkan pengajian al-Quran dan seni lagu al-Quran tidak dapat dinafikan lagi. Meskipun beliau tidak mengasaskan sebarang sekolah atau menulis sebarang buku namun sumbangannya tetap dirasai dan dipandang tinggi. Pengajaran beliau terhadap golongan huffaz atau hafiz juga tidak terkecuali. Ini sebagaimana Wan Khalijah Binti Wan Jusoh1 menyatakan gelaran sebagai Huffaz merupakan satu gelaran yang sangat tinggi darjat dan martabatnya di sisi Allah SWT. Golongan ini juga dipandang mulia oleh manusia. Sungguhpun demikian ia bukanlah kebanggaan tetapi merupakan amanah yang berat untuk dipikul kerana ia secara langsung dari Allah SWT. Justeru, para Huffaz mestilah memelihara dan mengekalkan bacaan mereka dengan baik agar tidak hilang dari ingatan. Antara sumbangan Datuk Hajjah Faridah Mat Saman dalam pengajaran golongan huffaz atau golongan hafiz ini ialah pertama, beliau mengajar mereka di rumah beliau sendiri secara sukarela tanpa mengambil sebarang bayaran. Ini sebagaimana hasil temubual penulis dengan Datuk Hajjah Faridah Mat Saman2 yang menyatakan bahawa sudah beberapa tahun beliau menjadi guru al-Quran luar yang telah diberikan kepercayaan untuk diperdengarkan al-Quran kepadanya yang mana pelajar-pelajar tersebut datang dari Markaz Tahfiz Al-Quran Al-Ridha, Kota Bharu Kelantan. Di samping itu, beliau juga tidak mengambil sebarang bayaran dan mengajar secara sukarela serta beliau juga dilantik sebagai penasihat bagi markaz tahfiz tersebut. Pengajaran al-Quran oleh beliau berlangsung di rumahnya yang mana dahulunya di buat di markaz tahfiz tersebut. Antara kaedah- kaedah yang digunakan oleh beliau dalam pengajaran al-Quran bagi golongan tahfiz ini adalah seperti berikut: 1. Kaedah Talaqqi dan Musyafahah Datuk Hajjah Faridah Mat Saman telah menggunakan kaedah talaqqi dan musyafahah dalam pengajaran al-Quran. Ini sebagaimana hasil temubual penulis dengan Datuk Hajjah Faridah Mat Saman3 menyatakan bahawa beliau menggunakan kaedah ini dalam pengajaran golongan tahfiz. Pembacaan mereka dijalankan secara berkumpulan dengan memperdengarkan surah-surah yang sama kepada beliau dan beliau memperbetulkan bacaan mereka sambil menjelaskan berkenaan kesalahan-kesalahan yang dilakukan. Beliau juga memberi penjelasan setelah beliau menyuruh pelajar-pelajar membacakan ayat-ayat suci al-Quran dihadapannya, beliau akan memerhatikan pergerakan bibir mereka dengan teliti. Seandainya mereka masih tidak mampu membacanya sebagaimana yang guru mahukan maka guru akan mengulangi bacaan tersebut sebanyak beberapa kali bertujuan untuk memberi peluang agar pelajar dapat mengikutinya dengan baik. Setelah itu beliau selaku guru akan menyuruh mereka membacanya dan beliau akan mendengar dengan teliti sambil memperbetulkan kesalahan bacaan pelajar samada dari segi hukum-hukum tajwid, makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan sebagainya . Ia berlaku sepanjang proses pengajaran al-Quran dan menurut beliau juga dengan pembacaan secara bersemuka ini ia dapat memberi manfaat yang besar kepada pelajar supaya mengetahui secara amali bagaimana pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dan bacaan yang merangkumi sifat-sifat huruf, makhraj huruf, hukum tajwid dan sebagainya. Di samping itu, beliau menggunakan kaedah ini adalah kerana masa yang terhad di samping

1 Wan Khalijah Binti Wan Jusoh (2013), Ahmad Bin Haji Abdul Rahman, Wan Nasyruddin Bin Wan Abdullah, Nur Hanisah Binti Mohammad Nor Affandi, Kaedah Menghafaz Al-Quran Yang Diaplikasi Oleh Para Pelajar Darul Quran, JAKIM, Jurnal KIAS, Kelantan: Pustaka Aman Press, Bilangan viii, 19. 2 Wawancara bersama Datuk Hajjah Faridah Binti Mat Saman di kediaman beliau di Kota Bharu bertarikh 11 Oktober 2016, jam 6.30 pm. 3 Ibid

176

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN kebolehan mereka dalam menghafaz al-Quran yang hampir sama. Ini juga sebagaimana Yusuf Zaki Yaakub1 menyatakan bahawa mengajar berkelompok atau berkumpulan iaitu secara talaqqi digunakan adalah disebabkan masa yang tidak mencukupi dan para huffaz juga mempunyai kebolehan pengajian al-Quran dalam peringkat yang sama. Ini sebagaimana menurut Abd al-Salam Muqbil al-Majidi2 menyatakan bahawa talaqqi al- Quran berasal dari masdar ilqa’ yang bermaksud melontar atau mencampakkan. Manakala Ibrahim et.al3 pula menjelaskan makna talaqqi ialah mengambil sesuatu ilmu yang disampaikan oleh guru. Dari segi istilah bermaksud pertemuan antara guru dan pelajar secara bersemuka atau berhadapan. Semasa proses pengajaran, ia berlaku samaada guru tersebut berhadapan dengan seorang pelajar atau berkumpulan secara bersemuka atau secara kelas. Kaedah ini amat berkesan kerana guru dapat mengetahui dan mengesan pelajar yang mempunyai kebolehan yang tinggi dalam bacaan atau hafazan di samping dapat mengesan pelajar-pelajar yang lemah dan tidak dapat menguasai bacaan al-Quran dengan baik. Kaedah talaqqi ini membuatkan guru dapat memperbaiki kesalahan bacaaan dan sekiranya mereka masih tidak mampu memperbaiki bacaan tersebut maka mereka akan diasingkan dengan mengadakan kelas pemulihan. Musyafahah dari segi bahasa pula ialah menyampaikan sesuatu percakapan dengan mulut kepada seseorang. Manakala dari segi istilah pula menurut Mohd Yusuf Ahmad4 musyafahah bermaksud guru menyebut huruf dan kalimah dalam ayat al-Quran dengan memberi penekanan kepada gerakan bibir. Pelajar-pelajar akan memerhatikan gerakan bibir guru semasa proses pengajaran al-Quran berlangsung. Ia bertujuan untuk guru memberikan contoh bacaan terbaik dan fasih di hadapan pelajar supaya pelajar dapat mencontohi bacaan guru serta mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Menurut Kamaria Binti Saburahim5 talaqqi mushafahah yang memberi makna pelajar bersemuka atau berhadapan dengan guru serta memerhati gerak bibir guru dan mengikut bacaan guru. Di dalam al-Quran Allah SWT ada menyebut perkataan talaqqi sepertimana firman Allah SWT: َوإِنَّ َك َلتُ َلقَّى ا ْلقُ ْرآ َن ِمن لَّدُ ْن َح ِكي ٍم َع ِلي ٍم Maksudnya: “Dan sesungguhnya Engkau (wahai Muhammad) diberikan menyambut dan menerima al-Quran dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui”. [Surah al-Naml (27): 6]. Ini juga sebagaimana Kementerian Pelajaran Malaysia Dan Moral6 menyatakan bahawa Kaedah talaqqi dan mushafahah dilaksanakan dengan cara guru berhadapan dengan pelajar atau bersemuka. Secara umumnya, prosedur melaksanakan kaedah talaqqi dan mushafahah ini ianya merangkumi 4 langkah. Langkah pertama ialah guru membaca bacaan contoh kepada seorang atau beberapa orang murid. Kedua, murid mengikut bacaan guru. Ketiga guru meminta seorang atau

1 Yusuf Zaki Yaakub & Ismail Bin Awang (1980), Sistem Dan Kaedah Pengajian Al-Quran Di Kelantan, Seminar Pengajaran Al-Quran Anjuran Kerajaan Negeri Kelantan, 9. 2 Abd Salam Muqbil al-Majidi (2000), Talaqqi al-Nabi Sallallah Alaihi wa Sallam Alfaz al-Quran al-Karim, 129. 3 Ibrahim Mustapha, Ahmed Hasan Zayyat, Hamid Abdulqadir, Muhammad Ali Najjar (2008), Mukjam al- Wasit, Maktaba al Islamiyya. 4 Mohd Yusuf Ahmad, Pendidikan Islam, http://pendislami.tripod.com/kaedah_al- quran.htm, 13.10. 2016. 5 Kamaria Binti Saburahim (2012), Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1, Fakulti Pendidikan Dan Bahasa, Open University Malaysia, 13. 6 Kementerian Pelajaran Malaysia & Moral (2007), Buku Panduan Kursus Pemantapan Guru-Guru J-Qaf Tahun 2007, Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam, Kuala Lumpur: JAPIM KPM.

177

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN beberapa orang murid membaca di hadapan guru dan keempat, guru mendengar dan memberikan penilaian terhadap bacaan murid. Menurut Kamaria Binti Saburahim1 antara kelebihan kaedah talaqqi dan musyafahah pertama ia amat berkesan dalam mengenalpasti secara amali tahap kefahaman dan pelaksanaan murid terhadap hukum tajwid dalam bacaan al-Quran yang meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat- sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid, kedua pelajar dapat memerhati cara pergerakan bibir guru semasa membuat bacaan seterusnya dapat mengikuti cara sebutan guru dengan tepat, ketiga guru dapat memperbaiki dan memperbetulkan bacaan pelajar secara terus, cepat dan tepat, keempat guru dapat mengenalpasti kebolehan pelajar khususnya yang mempunyai kebolehan dalam bacaan atau hafazan mereka dan yang terakhir ialah kaedah ini dapat meningkatkan keyakinan pelajar terhadap guru. 2. Kaedah Tasmi’ Kaedah kedua yang digunakan oleh Datuk Hajjah Faridah Binti Mat Saman dalam pengajaran al- Quran terhadap golongan hafiz ini ialah kaedah tasmi’. Menurut Mohd Yusuf Ahmad2 Tasmi’ merupakan perkataan yang diambil dari Bahasa Arab yang bermaksud mendengar. Kaedah ini digunakan oleh guru dalam pengajaran al-Quran melalui aktiviti guru mendengar bacaan pelajar. Kaedah ini digunakan untuk menguji tahap pencapaian pelajar dalam penguasaan bacaan dan hafazan al-Quran. Menurut Datuk Hajjah Faridah Mat Saman3 beliau menggunakan kaedah tasmi’ ini dengan meminta seorang demi seorang pelajar agar membaca al-Quran dihadapannya sambil diperbetulkan bacaan mereka. Selepas itu pelajar akan ditanya berkenaan hukum-hukum bacaan, tajwid, maksud tanda-tanda bacaan dan sebagainya. Ia bertujuan untuk menguji tahap pencapaian setiap pelajar dalam penguasaan bacaan hafazan al-Quran mereka. Jika beliau berpuas hati maka beliau akan menyuruh pelajarnya agar beralih ke ayat atau surah yang baru. Ini juga sebagaimana Kementerian Pelajaran Malaysia4 menyatakan bahawa kaedah ini dimulakan dengan guru mendengar bacaan pelajar. Kedudukan guru berada berdekatan dengan pelajar secara bersemuka atau berhadapan agar guru dapat melihat cara pelajar menyebut kalimah atau ayat. Pelajar juga dikehendaki membaca ayat-ayat atau surah yang disuruh oleh guru secara nyaring bertujuan supaya guru dapat mendengar dengan jelas sebutan dan bacaan pelajar tersebut. Kaedah tasmi’ ini mempunyai beberapa kelebihan. Pertama ialah guru dapat mengetahui dan mengesan kelemahan bacaan pelajar pada waktu yang cepat. Kedua, guru dapat memperbetulkan bacaan pelajar dengan tepat. Ketiga, guru dapat mengesan dan mengenal pasti tahap kebolehan sebenar pelajar. Keempat, guru dapat memastikan pelajar tidak melakukan kesilapan. Kelima, guru dapat mendisiplinkan pelajar dengan cara yang berkesan. Melalui kaedah ini guru dapat mengesan dengan cepat penguasaan pelajar terhadap ayat bacaan yang diajar. Kesimpulannya, menurut hasil temubual penulis dengan pelajarnya iaitu Muhamad Ziyad Osman5 menyatakan bahawa kaedah-kaedah yang digunakan oleh Datuk Hajjah Faridah Mat Saman sangat bersesuaian dengan kehendak mereka dalam memperbetulkan bacaan ke arah yang

1 Kamaria Binti Saburahim (2012), Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1, Fakulti Pendidikan Dan Bahasa, Open University Malaysia, 13. 2 Mohd Yusuf Ahmad, Pendidikan Islam, http://pendislami.tripod.com/kaedah_al- quran.htm, 13.10. 2016 3 Wawancara bersama Datuk Hajjah Faridah Binti Mat Saman di kediaman beliau di Kota Bharu bertarikh 11 Oktober 2016, jam 6.30 pm. 4 Kementerian Pelajaran Malaysia & Moral (2007), Buku Panduan Kursus Pemantapan Guru-Guru J-Qaf Tahun 2007, Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam, Kuala Lumpur: JAPIM KPM. 5 Wawancara bersama Muhamad Ziyad Bin Osman di Markaz Tahfiz al-Quran Al-Ridha, Kota Bharu bertarikh 17 Oktober 2016, jam 6.30 pm.

178

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN lebih baik. Beliau juga menyatakan bahawa beliau sangat seronok untuk terus mendalami al-Quran bersama gurunya iaitu Datuk Hajjah Faridah Mat Saman dan dapat merasakan perubahan dalam pembacaan ayat-ayat suci al-Quran terutamanya berkaitan hukum tajwid, makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan sebagainya. Sumbangan kedua Datuk Hajjah Faridah Binti Mat Saman terhadap pengajaran golongan tahfiz ini ialah untuk melahirkan golongan hafiz yang berkualiti. Ini sebagaimana hasil temubual penulis bersama Datuk Hajjah Faridah Mat Saman1 yang menyatakan kebimbangan terhadap golongan hafiz yang dijadikan imam samada di surau atau masjid yang banyak melakukan kesilapan dalam pembacaan ayat-ayat suci al-Quran seperti tidak mementingkan hukum tajwid, makhraj huruf yang salah, maksud tanda-tanda bacaan dan sebagainya. Jadi antara tujuan beliau mengajar golongan tahfiz ini ialah untuk memperbetulkan bacaan mereka yang dikatakan lancar tetapi masih tidak memberikan penekanan yang serius di bahagian tajwid al-Quran. Ia seterusnya dapat memperbetulkan kembali tanggapan sesetengah masyarakat terhadap pembacaan golongan ini. Menurut beliau juga, golongan tahfiz yang datang memperdengarkan ayat-ayat suci al-Quran kepadanya juga turut diminta menjadi imam bukan sahaja di Negeri Kelantan bahkan mereka juga turut diundang menjadi imam ke negeri-negeri lain seperti Perak, Johor, Kedah dan sebagainya. Ini bagi menampung permintaan masyarakat terhadap golongan ini terutamanya menjelang bulan Ramadhan untuk dijadikan mereka sebagai imam solat Terawih. Perkara sebegini tidak boleh dipandang remeh kerana ia melibatkan kesucian al-Quran itu sendiri. Terdapat dalil yang jelas di dalam Islam yang menyuruh ummatnya agar sentiasa menjaga dan memperelokkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Firman Allah SWT: أَ ْو ِز ْد َع َل ْي ِه َو َرتِ ِل ا ْلقُ ْرآ َن تَ ْرتِي ًال Maksudnya: Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah al-Quran dengan “Tartil”. [Surah Muzammil (73): 4] Selain itu dalil seterusnya sebagaimana firman Allah SWT: ََل تُ َح ِ ر ْك بِ ِه ِل َسانَ َك ِلتَ ْع َج َل بِ ِه * إِ َّن َعلَ ْينَا َج ْمعَهُ َوقُ ْرآنَهُ * َفإِذَا َق َرأْنَاهُ َفاتَّبِ ْع قُ ْرآنَه ُ Maksudnya: “Janganlah Engkau (wahai Muhammad)- kerana hendakkan cepat menghafaz al- Quran yang diturunkan kepadamu- menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu). Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu). Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu. [Surah al-Qiaamah (75): 16-18] Ini juga sebagaimana hasil temubual penulis dengan pelajarnya Muhamad Ziyad Osman2 yang menyatakan bahawa mereka juga merasa lebih yakin untuk tampil menjadi imam dengan bacaan yang diajar oleh gurunya iaitu Datuk Hajjah Faridah Binti Mat Saman selaku tokoh yang mahir dalam bidang al-Quran atau seni lagu al-Quran.

1 Wawancara bersama Datuk Hajjah Faridah Binti Mat Saman di kediaman beliau di Kota Bharu bertarikh 11 Oktober 2016, jam 6.30 pm.

2 Wawancara bersama Muhamad Ziyad Bin Osman di Markaz Tahfiz al-Quran Al-Ridha, Kota Bharu bertarikh 17 Oktober 2016, jam 6.30 pm.

179

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Manakala sumbangan terakhir beliau dalam pengajaran golongan tahfiz al-Quran ini ialah beliau menerapkan atau memasukkan seni lagu al-Quran atau tarannum1 dan beliau juga mengajar tentang tingkatan bacaan al-Quran dalam pembacaan mereka. Ini sebagaimana hasil temubual penulis dengan Datuk Hajjah Faridah Mat Saman2 yang menyatakan bahawa pelajar-pelajar dari golongan tahfiz yang menghadiri bacaan di rumahnya kebanyakan telah dipilih oleh guru mereka yang mana mereka mempunyai kelebihan dalam tingkatan suara untuk melagukan bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Menurut beliau lagi jika pelajar tersebut tidak mampu menguasai tarannum dengan baik sekurang-kurangnya mereka mengetahui cara tingkatan bacaan al-Quran atau kepelbagaian bacaan ayat-ayat suci al-Quran dalam pembacaan al-Quran mereka. Ini bermaksud mereka diajar juga dengan menggunakan tingkatan bacaan al-Quran seperti tadwir, hadhar dan sebagainya. Selain itu mereka juga dapat mengetahui kepelbagaian seni lagu dalam tarannum dengan kesesuaian ayat- ayat suci al-Quran yang dialunkan. Ini membuatkan pembacaan ayat-ayat suci al-Quran mereka bertambah menarik dan dapat menimbulkan pelbagai rasa atau perasaan terhadap para pendengar bersesuaian dengan ayat-ayat suci al-Quran yang dialunkan. Ia disokong oleh pelajarnya iaitu Muhamad Ziyad Osman3 yang menyatakan bahawa memang mereka merasai perubahan besar dalam bacaan ayat-ayat suci al-Quran setelah mereka diajar oleh gurunya iaitu Datuk Hajjah Faridah Mat Saman dengan memasukkan unsur-unsur tarannum atau diajar tingakatan suara dalam pembacaan ayat-ayat suci al-Quran. Perubahan tersebut juga dilihat memberi kesan yang positif terhadap pembacaan mereka. Kesimpulannya dari hasil pemerhatian penulis terhadap pengajaran Datuk Hajjah Faridah Binti Mat Saman ini juga dilihat dapat membantu pelajar golongan hafiz dalam memantapkan bacaan atau hafalan mereka bertepatan dengan ajaran Islam. Pelajar juga dilihat dapat mengikuti dan menerima baik pengajaran Datuk Hajjah Faridah Binti Mat Saman dalam pengajian al-Quran mereka. PENUTUP Sebagai kesimpulan, jelas dapat kita lihat daripada apa yang dibentangkan oleh penulis akan sumbangan-sumbangan penting yang dicurahkan oleh Datuk Hajjah Faridah Binti Mat Saman dalam pengajaran golongan hafiz al-Quran antaranya ialah beliau mengajar golongan hafiz ini di rumahnya secara sukarela tanpa mengambil sebarang bayaran, berusaha melahirkan golongan hafiz yang berkualiti dan menerapkan atau memasukkan seni lagu al-Quran atau tarannum dalam pembacaan pelajar-pelajarnya atau golongan hafiz. Hasilnya, ia mampu membantu golongan hafiz al-Quran ke arah memperbaiki mutu bacaan dan hafalan mereka seterusnya membangunkan generasi hifz al-Quran yang berjaya dan cemerlang. Ini kerana ia merupakan sumbangan yang penting oleh tokoh dalam usaha memastikan al-Quran sentiasa terpelihara dan terjaga kesuciannya. Namun hakikatnya, masih banyak lagi aspek sumbangan tokoh ini di dalam pengajian al-Quran ataupun dalam disiplin-disiplin pengajian Islam yang lainnya. Semoga Allah SWT memberkati penat lelah serta pengorbanan beliau dalam usaha memartabatkan Kalam Allah SWT di muka bumi ini. Amin.

1 Tarannum ialah suatu ilmu atau suatu kaedah suara yang dipelbagaikan bunyi mengikut proses nada, rentak dan irama yang tertentu, untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan, khusunya bacaan al- Quran. 2 Wawancara bersama Datuk Hajjah Faridah Binti Mat Saman di kediaman beliau di Kota Bharu bertarikh 11 Oktober 2016, jam 6.30 pm. 3 Wawancara bersama Muhamad Ziyad Bin Osman di Markaz Tahfiz al-Quran Al-Ridha, Kota Bharu bertarikh 17 Oktober 2016, jam 6.30 pm.

180

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

BIBLIOGRAFI Al-Quran al-Karim. Abd Salam Muqbil al-Majidi, Talaqqi al-Nabi Sallallah Alaihi wa Sallam Alfaz al-Quran al-Karim, Muassasah al-Risalah: Beirut, 2000. Ibrahim Mustapha, Ahmed Hasan Zayyat, Hamid Abdulqadir, Muhammad Ali Najjar , Mukjam al-Wasit, Maktaba al Islamiyya, Beirut: Lebanon, 2008. Izuli Dzulkifli, Keperluan Bertalaqqi Dan BerMusyafahah Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Ilmu Al-Quran: Satu Tuntutan, Seminar Qiraat Peringkat Kebangsaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia: Gombak, 2011. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Sejarah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia: Kuala Lumpur, Cetakan Pertama, 2003. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Johan Qari Dan Qariah Malaysia Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Dan Antarabangsa 1379 H/ 1960 M- 1427 H/ 2006 M, Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB), Cetakan Pertama, 2007. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 19th National and 18th International Levels Quran Reading Competition Prize Giving And Closing Ceremony Merdeka Stadium, Kuala Lumpur 6th September 1977. Kamaria Binti Saburahim, Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1, Fakulti Pendidikan Dan Bahasa, Open University Malaysia, 2012. Kementerian Pelajaran Malaysia, Buku Panduan Kursus Pemantapan Guru-Guru J-Qaf Tahun 2007, Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral, Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam, Kuala Lumpur: JAPIM KPM, 2007. Nik Safiah Karim, Rahimah Haji Ahmad, Azizah Hamzah, Zainun Ishak, Wan Tik Sakinah & Farok Zakaria, Biografi Tokoh Wanita Kelantan, Kota Bharu: Universiti Malaysia Kelantan, Jil 1, Cetakan Pertama, 2014. Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI), Biografi Tokoh Wanita Malaysia, Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd: Selangor, 2004. Tradisi Keunggulan Qari Dan Qariah Negeri Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan, Buku Khas Sempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke 56 Tahun 1434H/ 2013M, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan: Kelantan, 2013. Wan Khalijah Binti Wan Jusoh, Ahmad Bin Haji Abdul Rahman, Wan Nasyruddin Bin Wan Abdullah, Nur Hanisah Binti Mohammad Nor Affandi, Kaedah Menghafaz Al-Quran Yang Diaplikasi Oleh Para Pelajar Darul Quran, JAKIM, Jurnal KIAS, Kelantan: Pustaka Aman Press, Bilangan viii, Muharram 1435H/ Disember 2013M. Yusuf Zaki Yaakub & Ismail Bin Awang, Sistem Dan Kaedah Pengajian Al-Quran Di Kelantan, Seminar Pengajaran Al-Quran Anjuran Kerajaan Negeri Kelantan, 29 Muharram hingga 2 Safar 1401/ 7 hingga 10 Disember 1980. Wawancara 1. Datuk Hajjah Faridah Binti Mat Saman, Johan Qariah Terbanyak Malaysia. 2. Datuk Nik Jaafar Bin Nik Ismail, Hakim Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Dan Antarabangsa. 3. Muhamad Ziyad Bin Osman, Pelajar Tahfiz Datuk Hajjah Faridah Binti Mat Saman.

181

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Laman Web Mohd Yusuf Ahmad, Pendidikan Islam, http://pendislami.tripod.com/kaedah_al- quran.htm, 13.10. 201

182

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

CABARAN PENGAJIAN GOLONGAN HAFIZ AL-QURAN DI KALANGAN ORANG KURANG UPAYA PENGLIHATAN DI MALAYSIA Siti Nor Azimah Binti Sabaruddin1 Dr Tengku Intan Zarina Binti Tengku Puji2 Mohd Ridhuwan Bin Remly3 Prof. Dato. Dr M.Y Zulkifli Bin Haji Mohd Yusoff4 Shafiza Binti Safie5

ABSTRAK Golongan orang kurang upaya (OKU) tidak terlepas dari tuntutan mempelajari al-Quran, menghafaz, memahami dan mempraktikkan isi kandungannya sebagaimana golongan tipikal. Di Malaysia, JAKIM berusaha gigih dalam memartabatkan pengajian al-Quran dengan menubuhkan Darul Quran. Penubuhannya memupuk kesedaran di kalangan OKU penglihatan dengan memberi peluang kepada golongan tersebut untuk mengikuti program pensijilan dan Diploma Tahfiz Al-Quran seterusnya melahirkan golongan hafiz di kalangan OKU penglihatan yang berkualiti dan cemerlang. Artikel ini bertujuan menghuraikan cabaran yang ditempuhi oleh golongan OKU penglihatan sehingga dapat menghafaz al-Quran dengan sempurna 30 juzuk. Selain itu juga, artikel ini akan mengenengahkan tokoh-tokoh hafiz al-Quran di kalangan OKU penglihatan di Malaysia. Hasil kajian mendapati walaupun terdapat pelbagai cabaran dan rintangan yang ditempuhi untuk menghafaz al-Quran, ianya tidak mematahkan semangat mereka untuk turut mendapat gelaran Hafiz al-Quran. Kata Kunci: Cabaran, Hafiz al-Quran, OKU Penglihatan, Malaysia

PENDAHULUAN Orang kurang upaya (OKU) adalah satu terminologi yang tidak asing di Malaysia. Selain orang kurang upaya, terdapat pelbagai istilah diberikan kepada OKU seperti orang kelainan upaya, insan istimewa, anak syurga, orang cacat, murid berkeperluan khas dan sebagainya. Berdasarkan Akta OKU 685 yang dikuatkuasakan pada tahun 2008 mendefinisikan istilah “orang kurang upaya” sebagai mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan keberkesanan mereka dalam masyarakat6. Namun begitu, kekurangan upaya dan keterbatasan pancaindera mereka tidak sesekali membataskan kehidupan mereka seharian. Sebagai orang insan, tuntutan mempelajari dan mentadabburkan al-Quran juga diwajibkan ke atas mereka sebagaimana golongan tipikal. Apa yang lebih membanggakan lagi, telah lahir ramai hafiz al-Quran di kalangan insan istimewa ini. Hal ini kerana, golongan ini juga sedar bahawa menghafaz al-Qur’an merupakan satu usaha untuk memelihara keaslian isi kandungan al-Quran dan juga mengelak dari sebarang usaha untuk

1 Universiti Kebangsaan Malaysia. 2 Universiti Kebangsaan Malaysia. 3 Universiti Kebangsaan Malaysia. 4 Universiti Malaya. 5 Universiti Malaya. 6 Akta Orang Kurang Upaya (Akta 685) (2008), Percetakan Nasional Malaysia Berhad, Diakses pada 8 September 2015. http://www.jkm.gov.my/oldsite16082013/images/stories/pdf/oku2008scan.pdf

183

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN menyelewengkan dan memalsukan al-Quran1. Sejak zaman nabi Muhammad saw menghafaz Al- Quran merupakan salah satu kaedah berkesan dalam memelihara keaslian isi kandungan Al-Quran. Pada zaman ini, kesedaran terhadap usaha memelihara Al-Quran masih diteruskan dan banyak sekolah dan institusi tahfiz Al-Quran dibangunkan di semua peringkat di seluruh negara. Dengan kelebihan ilmu teknologi yang Allah swt kurniakan pada zaman ini proses pemeliharaan Al-Quran menjadi semakin mudah untuk dikawal dan dipantau oleh panel ulamak yang berautoriti melalui penguatkuasaan terhadap pengesahan keaslian isi kandungan Al-Quran. Seperti janji Allah SWT: إِنَّا نَ ْح ُن نَ َّز ْلنَا ال ِذ ْك َر َوإِنَّا َلهُ َل َحافِ ُظو َن “Sesungguhnya Aku (Allah) telah menurunkan Az-Zikir (Al-Quran ini dan sesungguhnya Akulah yang bertanggungjawab memeliharanya (atas kesuciannya)”. [Surah Al-Hijr : 9] Kajian ini dijalankan bagi mengkaji cabaran-cabaran yang dihadapi oleh golongan OKU penglihatan dalam menghafaz al-Quran. Seramai 5 orang huffaz OKU penglihatan telah ditemubual secara mendalam bagi mendapatkan maklumat kajian.

SEJARAH PERKEMBANGAN TAHFIZ AL-QURAN DI KALANGAN OKU PENGLIHATAN DI MALAYSIA Sejarah pembelajaran al-Quran secara hafazan bermula sejak turunnya ayat pertama dari al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW. Sebagaimana dimaklumi dari berbagai nas bahawa beliau adalah seorang nabi yang ummi, yakni tidak tahu menulis dan membaca. Dalam keadaan yang ummi itulah baginda Nabi Muhammad SAW menerima al-Quran dari Malaikat Jibrail dan seterusnya menyampaikannya kepada para sahabat menerusi hafazan. Proses turunnya al-Quran secara berperingkat-peringkat membantu dan memudahkan Rasulullah S.A.W. untuk menyampaikannya kepada para sahabat, yang kemudiannya menghafaz dan memahami isi kandungannya. Kebiasaan tidak terburu-buru ini dikekalkan sehinggalah menjadi salah satu metode atau manhaj di dalam menghafaz al-Quran2. Di Malaysia pula, asas pembangunan dalam bidang tahfiz secara formal telah digerakkan oleh pihak Kerajaan Pusat sejak tahun 1966. Pada ketika itu, Kerajaan Pusat telah menubuhkan Kelas Pengajian Menghafaz al-Quran dan Ilmu Qiraat di Masjid Negara. Penubuhan kelas ini adalah berdasarkan arahan daripada Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Sejarahnya secara rasminya bermula dengan penubuhan Maahad Tahfiz. Maahad ini diberi nama Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat dan mula beroperasi di Majid Negara, Kuala Lumpur. Bilangan pelajar pada masa itu hanyalah lapan orang yang dipilih sebagai perantis3. Penubuhan ini bermula dengan hasrat yang dicetuskan oleh Syeikh Mahmud Syaltut, Syaikhul al- Azhar yang ketika itu hadir pada majlis perasmian pembukaan Masjid Negara. Faktor penyumbang kepada penubuhan Kelas Pengajian Menghafaz al-Quran adalah ekoran daripada penganjuran Majlis Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan yang diadakan semenjak tahun 1960. Pelaksanaan program ini ternyata mendapat sokongan dan dorongan daripada semua pihak. Kesannya, masyarakat Islam pada ketika itu berusaha untuk mempertingkatkan mutu bacaan al-Quran4. Kesedaran terhadap pengajian al-Qur’an secara khusus untuk OKU cacat penglihatan di peringkat pengajian tinggi dimulakan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan

1 Al-Suyuti. JalaluddinAbdul Rahman (1987), Al-Itqan fi ulumil Quran, Maktabah Mustafa al-Bab al-Halaby. 2 Abu Najihat al-Hafiz. (2001). Panduan Bagi Hafiz-Hafizah & Qari-Qari'ah. Selangor: Penerbitan Darul Iman Sdn. Bhd. Hlm. 20-22. 3 Darul Quran. 2006. Sejaran Darul Quran. Bahagian Perhubungan Darul Quran JAKIM. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 4 Wan Muhammad Abdul Aziz. 1995. Ke Arah Penyelarasan Sistem Pengajian Tahfiz al-Quran di Malaysia. Jurnal Institut Pengajian Tahfiz al-Quran. Bil 1. 1-8.

184

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang menawarkan pengajian al-Qur’an melalui subjek “Aplikasi Braille Dalam Pengajaran Quran dan Sunnah” di peringkat ijazah sarjana muda pada tahun 2008, merupakan langkah awal ke arah merealisasikan harapan ini. Dalam hal ini, USIM mengorak langkah setapak ke hadapan ke arah mencapai misinya dengan menjalinkan kerjasama PERTIS yang dimeterainya secara rasmi pada 2 Mac 2012. Untuk rekod, kerjasama antara USIM dan PERTIS telah bermula seawal tahun 2008 dalam melatih dan membimbing pensyarah FPQS dalam menyampaikan kandungan penawaran kursus (QAA4013) ‘Aplikasi Braille dalam Pengajian Quran dan Sunnah’. Kursus ini ditawarkan khas kepada pelajar- pelajar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM. Menurut Cikgu Zakaria Yahya, Yang Dipertua PERTIS, USIM merupakan satu- satunya IPTA yang menawarkan kursus ini dan uniknya, kursus ini ditawarkan kepada pelajar FPQS tipikal. Perkara ini secara tidak langsung memberi pendedahan kepada pelajar terhadap isu dan cabaran OKU khususnya mereka yang mengalami masalah penglihatan dalam berinteraksi dengan al-Qur’an. Selain itu, kursus ini sedikit sebanyak memberi impak kepada kesedaran golongan agamawan dalam membantu mengembangkan ajaran Islam dalam kalangan warga OKU di Malaysia1. Langkah proaktif yang diambil oleh USIM ini dilihat bertepatan dengan keperluan untuk menyediakan tenaga pakar dalam bidang tersebut sebelum menerima kemasukan graduan Diploma Tahfiz wa al-Qiraat JAKIM di peringkat Sarjana Muda. Dalam menyediakan pendidikan al-Qur’an tertinggi secara khusus di kalangan OKU penglihatan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui institusinya Darul Quran telah bekerjasama dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk menyediakan prasarana di bidang pendidikan al-Quran dalam kalangan golongan OKU penglihatan sehingga peringkat ijazah2. Projek yang julung-julung kalinya diadakan di Malaysia ini dimulakan dengan satu semester untuk program sijil tahfiz al-Qur’an di mana para pelajar wajib menyelesaikan silibus hafazan al-Qur’an sebanyak 6 juzuk terawal dari 30 juzuk al- Qur’an di samping beberapa subjek sampingan yang lain. Para pelajar ini telah dikehendaki menghafaz sebanyak 6 juzuk selama tempoh satu semester untuk memperolehi sijil tahfiz al-Qur’an di mana silibus ini adalah sama seperti pelajar normal sebelum memasuki kelas diploma. Graduan diploma tahfiz al-Qur’an wa al-Qiraat ini akhirnya akan meneruskan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang berkampus tetap di Nilai, Negeri Sembilan. Justeru itu, pada tahun 2008, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengorak langkah awalnya dengan menawarkan subjek “Aplikasi Braille Dalam Pengajaran Quran dan Sunnah” dalam rangka menyediakan tenaga pakar dalam bidang tersebut sebelum menerima kemasukan graduan diploma tahfiz wa al-Qiraat JAKIM di peringkat sarjana muda3. Projek kerjasama USIM dan JAKIM ini dilihat sebagai satu usaha murni yang baik dan wajar diberikan pujian kerana telah memberikan sumbangan yang besar dalam memartabatkan al-Qur’an dalam kalangan golongan cacat penglihatan di negara ini4.

1 Siti Nor Azimah. 2014. Kaedah Pengajran dan Pembelajaran al-Quran Braille: Kajian Kes di Kompleks Malaysia Association for the Blind, Brickfields, Kuala Lumpur. Disertasi Sarjana. Fakulti Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 39. 2 Noor Najihan Jaafar & Kauthar Abdul Kadir. 2008. Pengajaran Braille Al- Quran di Malaysia: Sejarah dan Perkembangannya. Seminar Warisan al-Quran dan Hadis Nusantara. Universiti Malaya. Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Hlm. 222. 3 Mustaffa Abdullah. 2010. Pengajian al-Quran Dalam Kalangan Warga Cacat Penglihatan Di Malaysia. Al- Bayan. Volume 8. Universiti Malaya. Hlm. 25-26. 4 Siti Nor Azimah. 2014. Kaedah Pengajran dan Pembelajaran al-Quran Braille: Kajian Kes di Kompleks Malaysia Association for the Blind, Brickfields, Kuala Lumpur. Disertasi Sarjana. Fakulti Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 39.

185

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

KELEBIHAN MENGHAFAZ AL-QURAN Cita-cita menjadi seorang hafiz sepatutnya menjadi impian setiap umat Islam kerana pelbagai keutamaan dan kelebihan akan diperolehi samada di dunia mahupun di akhirat. Menjadi hafiz merupakan nikmat rabbani yang datangnya dari Allah SWT kerana kelebihan menghafaz al-Quran sama nilainya dengan nikmat kenabian, cuma bezanya tidak diberi wahyu1. Menurut pandangan al-Sharbini, menghafaz al-Quran adalah suatu fardhu kifayah dan ia termasuk suatu usaha untuk melengkapkan pengetahuan agama daripada ilmu-ilmu syara’ seperti menghafaz al-Quran. Imam an-Nawawi menambah, orang yang melaksanakan fardhu kifayah adalah lebih istimewa daripada orang yang menunaikan tanggungjawab fardhu ain kerana ia telah melepaskan bebanan yang ditanggung oleh masyarakat. Fardhu kifayah lebih utama daripada fardhu ain kerana orang yang melaksanakannya telah menyelesaikan permasalahan ummah dan telah menggugurkan bebanan ummah sedangkan fardhu ain hanyalah terbatas ke atas individu pelaksananya sahaja. Hukum fardu kifayah ini bermakna sekiranya sudah ada di antara kaum muslimin di suatu tempat yang menghafaz al-Quran, maka lepaslah tanggungjawab kesemua masyarakat tersebut dari kewajipan itu. Sebaliknya jika tiada seorang pun yang menghafaznya maka seluruh kaum muslimin pada tempat tersebut akan menerima dosa2. Sememangnya “title” seorang hafiz atau hafizah al-Quran sangat tinggi darjat dan martabatnya di sisi Allah S.W.T. dan dipandang mulia di sisi manusia. Kemuliaan ini kerana ia adalah suatu amanah langsung dari Allah S.W.T. ke atas mereka untuk bertanggungjawab terhadap penjagaan hafazan3. Kelebihan menghafaz al-Quran ini dinyatakan di dalam al-Quran sebagaimana firman Allah di dalam surah Fathir: إِ َّن الَّ ِذي َن يَتْلُو َن ِك تَا َب اللَّـ ِه َوأَ َقا ُموا ال َّص َالةَ َوأَنفَقُوا ِم َّما َر َز ْقنَا ُه ْم ِس ًّرا َو َع َالنِيَةً يَ ْر ُجو َن تِ َجا َرةً لَّن تَبُو َر * ِليُ َوفِ يَ ُه ْم أُ ُجو َر ُه ْم َويَ ِزيدَ ُهم ِ من َف ْض ِل ِه ۚ إِنَّهُ َغفُو ر َش ُكو ر Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah SWT dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara tersembunyi atau secara berterang-terang, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian. Supaya Allah SWT menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya) [Surah Fathir (35): 29-30] Selain itu, golongan hafiz al-Quran mendapat gelaran “Hamilul Quran” iaitu iaitu orang yang mampu memahami makna ayat-ayat al-Quran, mengetahui hukum hakam di dalamnya dan mengamalkan isi kandungannya4. Para Hafiz akan dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga serta diberi kelebihan untuk memberi syafaat kepada sepuluh orang dari kalangan keluarga terdekatnya yang telah ditetapkan oleh Allah SWT masuk neraka. Ini digambarkan dalam sebuah hadith Rasulullah SAW yang berbunyi:

1 Abdul Hafiz Abdullah. Ajmain Safar. Mohd Ismail Mustari. Azhar Muhammad. Idris Ismail. 2003. Keberkesanan Kaedah Hafazan di Pusat Tahfiz. Universiti Teknologi Malaysia. Hlm. 16. 2 Al-Sharbini, Ibrahim Abd. al-Mu’an. (1995). Qasd al-Sabil Ila al-Jinan Bi Bayan Kaifa Tahfaz al-Quran. Mansurah: Maktabat al-Iman. 12. 3 Mohd Fazri Ahmad Murad (1999), “Metode-Metode Penghafalan al-Quran : Kajian Khusus di Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat Negeri Sembilan, Maahad Ahmadi, Gemenceh, Negeri Sembilan”, Universiti Malaya: Tesis Ijazah Sarjana Muda. Hlm. 26-27. 4 Ismail Masyhuri al-Hafiz (1993), “Fadhilat Membaca dan Menghafal al-Qu’ran Serta Panduan Menghafalnya”, Kuala Lumpur: Syarikat NurulHas. Hlm. 87.a

186

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

َم ْن َق َرأَ ا ْلقُ ْرآ َن َفا ْستَ ْظ َه َرهُ َفأَ َح َّل َحالَ َلهُ َو َح َّر َم َح َرا َمهُ أَ ْد َخ َلهُ هللاُ أ َجنَةَ َو َش َفعَهُ فِ ْي َع ْش َرةَ ِم ْن اَ ْه ِل بَ ْيتِ ِه آُلُّ ُه ْم َق ْد َو َجبَ ْت َل ُه ْم النَّا َر . "Barangsiapa membaca al-Quran dan menghafaznya serta menghalalkan apa yang dihalalkan oleh al-Quran (mengamalkannya) serta mengharamkan apa yang diharamkan oleh al-Quran (meninggalkannya) nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan menerima syafaatnya bagi sepuluh orang dari ahli keluarganya yang kesemuanya telah diwajibkan masuk neraka". (Hadith riwayat Ahmad dan Tirmidhi) Seorang hafiz al-Quran akan diberi nikmat di alam kubur lagi meskipun kesusahan, kepayahan dan huru hara di alam akhirat amat dahsyat. Jasadnya akan terpelihara seperti keadaan asalnya tanpa dirosakkan oleh sesuatu pun sedangkan tubuh orang lain tidak terkecuali daripadanya. Hafiz al-Quran merupakan orang yang mendapat penghargaan khusus dari Nabi Muhammad SAW.

LATAR BELAKANG HUFFAZ AL-QURAN OKU PENGLIHATAN 1. Ahmad Qushairi bin Mat Zizi1 Beliau merupakan graduan Diploma Tahfiz di Darul Quran, Kuala Kubu Baru pada tahun 2015. Sekarang ini, beliau berkhidmat sebagai salah seorang tenaga pengajar pengajian tahfiz di Darul Quran. 2. Muhammad Ali bin Mat Dahan2 Beliau merupakan hafiz dari Madrasah Tahfiz al-Quran, Kubang Bujuk, Terengganu pada tahun 1998. Sekarang ini, beliau bekerja sebagai guru tahfiz di Madrasah Paka Terengganu. 3. Hafizu bin Hasan3 Beliau mendapat pendidikan tahfiz di Maahad Ehya Essunnah Almuhammadiah, Thailand. Sekarang ini, beliau berkhidmat sebagai guru tahfiz di sebuah Madrasah di Bachok, Kelantan sejak tahun 2003-2016. 4. Mohd Nazri bin Salleh4 Beliau merupakan hafiz dari Madrasah Tahfiz al-Quran, Kubang Bujuk, Terengganu pada tahun 1988. 5. Zainuddin bin Mustafa5 Beliau mendapat pendidikan tahfiz di Jamia Ulumul Islamia, Karachi, Pakistan pada tahun 1994. Sekarang ini beliau merupakan salah seorang tenaga pengajar tahfiz di Darul Ulum al- Furqani, Dusun Raja sejak tahun 2000 sehingga sekarang.

CABARAN OKU PENGLIHATAN DALAM MENGHAFAZ MENGEKALKAN HAFAZAN AL-QURAN Gelaran sebagai huffaz adalah sangat tinggi darjat dan martabatnya di sisi Allah SWT dan dipandang sangat mulia di mata manusia. Namun demikian, gelaran sebagai huffaz bukanlah suatu

1 Wawancara bersama Ahmad Qushairi bin Mat Zizi melalui telefon bertarikh 22 September 2016. 11.46 pagi. 2 Wawancara bersama Muhammad Ali bin Mat Dahan melalui telefon bertarikh 25 September 2016, jam 6.11 petang. 3 Wawancara bersama Hafizu bin Hassan melalui telefon bertarikh 1 Oktober 2016, jam 6.00 petang. 4 Wawancara bersama Mohammad Nazri bin Salleh melalui telefon bertarikh 1 Oktober 2016, jam 5.00 petang. 5 Wawancara bersama Zainuddin bin Mustapha melalui telefon bertarikh 1 Oktober 2016, jam 5.45 petang.

187

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN title yang boleh dibangga-banggakan kerana ianya merupakan satu amanah dari Allah SWT. Oleh itu, para huffaz seharusnya tahu bahawa di sebalik keutamaan dan kemuliaan tersebut, terdapat mehnah dan tribulasi di sepanjang perjalanan menuju cita-cita yang mulia itu. Namun begitu, setiap ujian dan dugaan yang mendatang bukanlah sebagai satu amaran dari Allah SWT, tetapi sebagai satu cabaran yang mesti dihadapi oleh para huffaz demi memartabatkan kalam suci Allah1. Oleh yang demikian, seseorang hafiz itu perlu mempersiapkan dirinya dalam menghadapi sebarang bentuk kesusahan ketika mula menghafaz, sabar dalam mengulangkaji hafazan yang telah diperolehi serta sabar dalam menghadapi setiap dugaan yang melanda. Sesungguhnya hafazan al- Quran itu terlalu mudah untuk hilang dari dada para huffaz kecuali bagi mereka yang benar-benar istiqamah memeliharanya. Sebagai seorang huffaz, pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu ditempuhi bagi menjadi seorang hafiz yang baik. Cabaran yang dihadapi oleh huffaz golongan istimewa ini tidak jauh bezanya dengan huffaz golongan tipikal. Berdasarkan temubual dengan huffaz OKU, terdapat beberapa cabaran yang dihadapi semasa menghafaz al-Quran. Antarnya ialah: 1. Tempoh masa menghafaz al-Quran Tempoh pengajian dalam bidang hafazan al-Quran bergantung kepada keupayaan tahap ingatan individu. Proses hafalan al-Quran lebih berkesan dan cepat jika dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu pembelajaran al-Quran dengan hati (Tilawa), menghafal (Hafizi) dan menyempurnakan keupayaan untuk menulis seluruh al-Quran tanpa ralat sama ada di papan tulis atau di dalam kertas (Darasi)2. Pembelajaran dilakukan secara manual kerana pelajar perlu duduk membaca dan memperdengarkan (tasmik) secara bersemuka dengan guru al-Quran bagi memeriksa dan membetulkan kesilapan bacaan al-Quran3. Peringkat menghafal bermula dari hafalan individu dan diikuti dengan tasmik bersama rakan-rakan dan seterusnya guru. Tasmik adalah salah satu proses penting dalam menghafal al- Quran bagi memastikan hafalan yang dilaksanakan mencapai kesempurnaan dan mentashihkan aspek tajweed dan makhraj. Tahap memori yang berbeza di kalangan pelajar memberi kesan kepada proses dan prestasi hafalan yang dilaksanakan. Guru akan menilai tahap hafazan pelajar melalui penyediaan buku hafalan prestasi seterusnya memudahkan proses penggredan pelajar. Integrasi antara hafalan dan pemahaman pada ayat-ayat al-Quran dalam proses hafazan al- Quran akan menghasilkan kesan yang baik dari segi kualiti ilmu dan pengetahuan yang diterima. Hasil analisis menunjukkan bahawa pemahaman dan menghafal memerlukan komitmen kepada memori dalam pengulangan pembelajaran kerana kedua-dua menyumbang kepada penghasilan pengetahuan4. Yang paling penting dalam pembelajaran al-Quran adalah bagaimana untuk memastikan pengetahuan yang bernilai digunakan dalan kehidupan seharian dan kekal dalam ingatan. Bagi OKU penglihatan, tempoh masa yang diambil untuk menghafal al-Quran juga bergantung kepada daya kekuatan individu masing-masing. Ada yang mengambil masa hampir 3

1 Norhanan Abdul Rahman. 2009. Kaedah Hafazan Al-Quran Sistem Turki : Kajian di Tahfiz al-Quran Darul Tuba. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam). 2 Taiwo, F. (2014). Transforming the Almajiri Education for the Benefit of the Nigerian Society. International Letters of Social and Humanistic Sciences. Retrieved from http://www.ceeol.com/aspx/getdocument.aspx?logid=5&id =6128b808dfc94ceebaf76ece274c878c 3 Muhammad, A., & Qayyum, Z. ul. (2012). E-Hafiz: Intelligent System to Help Muslims in Recitation and Memorization of Quran. Life Science, Retrieved from http://www.lifesciencesite.com/lsj/life0901/080_8204life0901_ 534_541.pdf. 4 Entwistle, N., & Entwistle, D. (2003). Preparing for Examinations: The Interplay of Memorizing and Understanding, and the Development of Knowledge Objects. Higher Education Research & Development. Doi :10.1080/0729436032000056562

188

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN tahun untuk menghafal 30 juzuk al-Quran, dan ada juga yang mampu menghafal 30 juzuk keseluruhannya dalam masa 1 tahun sahaja. Ini bermakna, tempoh masa menghafal bergantung kepada keupayaan ingatan individu masing-masing kerana setiap orang mempunyai daya kemampuan ingatan yang berbeza-beza. Ini kerana, lupa merupakan sifat semulajadi manusia. Tidak dipanggil manusia kecuali kerana sifat nisyannya, sebagaimana penyair arab berkata: وما سمى القلب قلبا إَل لتقلبه ما سمى اإلنسان انسانا إَل لنسيانه tidak )تقلب( kecuali kerana banyak berdolak dalihnya )قلب( Maksudnya: Tidak dinamakan hati .)نسيان( kecuali kerana sifat nisyannya )اإلنسان( dinamakan manusia Walaupun lupa merupakan sifat semula jadi manusia, namun terdapat juga beberapa faktor yang boleh menyebabka lupa itu terjadi, pada masalah menghafaz. Antara penyebabnya ialah: a. Tidak mematuhi disiplin menghafaz. Hal ini boleh berlaku apabila penghafaz al-Quran tidak mengamalkan teknik menghafal yang betul, kurang memberikan penekanan awal menghafaz, tidak melakukan pengulangan yang banyak setiap kali menghafaz ayat yang baru, dan tidak mempunyai tahap ingatan yang kuat. b. Tidak Mengulang Hafazan Lama Hal ini boleh terjadi disebabkan sifat malas di dalam diri penghafaz al-Quran, sibuk dengan urusan yang tidak berkaitan, lebih memberikan tumpuan pada subjek-subjek yang lain, dan tidak cekap mengatur masa menghafaz dan mengulang. c. Menambah Masalah(beban) Untuk menjadi huffaz, individu tersebut tidak seharusnya terlalu memberikan tumpuan pada aktiviti yang lain seperti aktiviti persatuan, terlibat mengajar al-Quran dirumah-rumah, (menggunakan masa menghafaz) dan bekerja sambilan. d. Melakukan Maksiat Maksiat boleh terjadi melalui banyak cara iaitu maksiat mata, hati dan melakukan maksiat besar. Imam Al-Syafie pernah mengadu pada gurunya: شوك ُت إلى وكيع سوء حفظى، فأر شدنى إلى ترك المعاصى فإن الحفظى فض ل من إله وفض ُل هللا َل يعطى للعاصى Aku mengadu kepada guru buruknya (cepat lupa) hafazanku. Dia menyarankan kepadaku supaya meninggalkan segala maksiat, kerana menghafaz itu satu kelebihan dari Allah, maka kelebihan(kemuliaan)itu tidak diberikan kepada pelaku maksiat. 2. Pengaruh Pesekitaran Pelajar tahfiz perlu memberikan perhatian yang serius akan hal ini, kerana ia membawa kesan kepada prestasi hafazan. Sekiranya penempatan itu disatukan dengan pengajian yang selain pelajar tahfiz, maka pelajar tahfiz perlu bijak mengawal diri dan menjaga pergaulan. Ini kerana suasana pengajian tahfiz amat berlainan dengan suasana pengajian selain tahfiz. Mereka bukan sahaja perlu memberikan penumpuan penuh, keazaman dan komitmen kepada penghafazan dan pengulangan al- Quran bahkan mereka juga perlu memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang lain, sedangkan pengajian yang selain tahfiz kurang memberikan penekanan pada hafazan secara serius kerana mereka hanya menghafaz surah-surah tertentu sahaja. Hal ini dibimbangi kerana terdapatnya pelajar tahfiz yang terbawa atau terikut budaya hidup selain budaya pengajian tahfiz. Pengajian tahfiz amat mementingkan pengawalan masa yang

189

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN sedia ada dan para huffaz mestilah bijak menguruskan masa dengan sebaiknya agar proses penghafazan dan pengulang hafazan tidak terabai. 3. Terdapatnya Ayat mengelirukan ingatan. a. Ayat mutaqaribat. b. Ayat mutasyabihat. c. Ayat Mutamasilat. Tiga kategori ayat-ayat di atas disebut juga ayat tashaboh, bentuk ayat ini hampir serupa tetapi tidak sama. Terdapat juga ayat yang sama dari awal hingga akhir ayat. Bagi pelajar-pelajar yang sedang menghafaz mereka perlu rajin membuat semakan atau pencarian terhadap bentuk bentuk ayat yang mengelirukan tadi. Ini bertujuan memantapkan lagi hafazan dan dapat mengelakan diri dari tersalah sambung ayat atau termasuk ke dalam ayat atau surah yang lain. Di antara bentuk ayat yang mengelirukan itu: 1. Sama dipermulaan ayat tetapi tidak sama dipenghujungnya. 2. Tidak sama dipermula ayat tetapi sama di penghujungnya. 3. Sama dari permula ayat hingga ke penghujungnya. Antara contoh ayat yang mengelirukan ialah: 1. Ayat 35 surah Al-Baqarah dan Ayat 19 surah Al-'Araf 2. Ayat 48 surah Al-Baqarah dan Ayat 123 surah Ali-Imran. 3. Ayat 49 surah Al-Baqarah dan Ayat 141 surah Al-'Araf.

CABARAN MENGEKALKAN HAFAZAN AL-QURAN Selain cabaran yang dihadapi semasa menghafaz al-Quran, para huffaz juga berhadapan dengan cabaran selepas menghafal al-Quran keseluruhan 30 juzuk. Antara cabaran yang paling sukar dihadapi adalah: 1. Pengekalan hafazan Semua umat Islam mampu menghafal al-Quran, namun tidak semuanya mampu mengekalkan hafazan al-Quran tersebut. Ini kerana, menghafal al-Quran tidak sesusah sebagaimana untuk mengekalkan hafazan tersebut. Bagi mengekalkan hafazan tersebut, beberapa langkah perlu diambil oleh huffaz. Antaranya ialah hafiz al-Quran bertanggungjawab untuk konsisten dalam mengulang dan mengkhatamkan bacaan al-Quran; membaca al-Quran pada waktu malam secara lazim; serta memelihara hafazan al-Quran dalam ingatan1. Menghafal ayat-ayat al-Quran memerlukan kesabaran dan disiplin yang tinggi untuk mencapai jumlah sasaran ayat-ayat yang perlu dihafal pada satu-satu masa. Pelajar perlu mempersiapkan diri dalam menghadapi segala bentuk permasalahan apabila ia mula menghafal dan mengekalkan hafalan dengan cara melaksanakan pengulangan hafalan secara konsisten. Hafalan al- Quran terlalu mudah untuk hilang dari ingatan kecuali mereka yang benar-benar memastikan pemeliharaannya2. Terdapat pelbagai teknik dan sistem yang digunakan di institusi menghafal al- Quran untuk memastikan pelaksanaan proses hafazan adalah teratur dan sistematik. Proses pengulangan dalam ayat-ayat al-Quran dan menghafal boleh dijalankan ketika solat lima waktu

1 Murihah Abdullah et.al (2015), Garis Panduan bagi Hafiz al-Quran Menurut Pandang al-Nawawi, www,researchgate.net/publication/287647707. 2 Nor Musliza Mustafa, Mokmin Basri. 2014. Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e- ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, pp.827-834. Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Hlm. 829.

190

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN solat-solat sunat dan zikir setiap hari untuk memastikan bahawa ayat-ayat al-Quran yang dihafal terpelihara. a. Konsisten dalam memelihara dan mengkhatamkan bacaan al-Quran Seorang hafiz al-Quran mempunyai peranan yang besar untuk tetap memberikan tumpuan kepada hafazan al-Quran meskipun dia sudah tamat menghafaz 30 juzuk al-Quran. Ini bermakna, jadual hafazannya perlu diteruskan dalam jadual hidupnya. Al Nawawi mengatakan: “Hendaklah dia memelihara bacaan al-Quran dan memperbanyakkan bacaan. Ulama salaf RA mempunyai kebiasaan yang berlainan tentang tempoh dan jangka masa dalam mengkhatamkan al-Quran.”1 Merujuk kepada penyataan tersebut, hafiz al-Quran bertanggungjawab untuk memelihara bacaan al-Quran dan memperbanyakkan membaca al-Quran. Semakin banyak al-Quran dibaca, semakin kerap al-Quran dapat dikhatamkan. Selain itu, hafiz al-Quran disarankan mempunyai jadual tersendiri dalam mengulang hafazan. Hal ini dapat membantu hafiz al-Quran agar dapat mengulang secara konsisten. b. Membaca al-Quran pada waktu malam secara lazim Dalam memperincikan amalan membaca al-Quran kepada hafiz al-Quran, al-Nawawi mengutamakan waktu malam. Beliau menyebut dalam kitab bahawa: “Hendaklah seorang penghafaz al-Quran lebih banyak membaca al-Quran pada waktu malam, dan dalam solat malam (qiyamullail).”2 Berdasarkan petikan tersebut, terdapat dua perkara yang ditekankan oleh an-Nawawi. Pertama; hafiz al-Quran digalakkan untuk melebihkan bacaan al-Quran pada waktu malam. Manakala yang kedua; hafiz al-Quran membiasakan diri untuk qiyamullail dan membaca surah dalam solat yang didirikan. Kenyataan ini bertepatan dengan saranan Nabi Muhammad SAW yang menganjurkan kepada para sahabat agar sentiasa menghafaz al-Quran dan membacanya dalam solat mahupun di luar solat3. An-Nawawi menyambung dalam karyanya: “Sesungguhnya solat malam dan membaca al-Quran ketika itu amat digalakkan, kerana ia lebih menyatukan hati dan lebih jauh dari hal-hal yang menyibukkan dan melalaikan. Di samping itu, ia lebih mampu menjaga daripada riya’ dan hal-hal lain yang sia-sia. Dan ia menjadi sebab timbulnya kebaikan-kebaikan pada waktu malam.” Realiti kehidupan hari ini, waktu siang diperuntukkan untuk sibuk dengan kerja-kerja seharian dan mencari rezeki. Hal ini menyebabkan kurangnya peluang hafiz al-Quran untuk banyak membaca al-Quran pada waktu siang. Justeru itu, sesuailah saranan al-Nawawi agar waktu malam diperuntukkan untuk tujuan tersebut. An-Nawawi memfokuskan waktu malam kerana pada waktu tersebut dapat memberi manfaat kepada hati sesiapa sahaja yang menghidupkan malam, memberi manfaat untuk pemantapan hafazan; serta baik untuk pengurusan masa agar tidak tergopoh dengan urusan yang lain4. c. Memelihara hafazan al-Quran dalam ingatan Elemen yang terakhir dalam tema pengekalan hafazan ialah memelihara hafazan al Quran dalam ingatan. An-Nawawi menukilkan dalam karya beliau:

1 Al-Nawawi, Abu Zakaria Yahya b. Syarf (1996), Al-Risalah al-Mufassolah li Ahwal al-Muallimin wa Ahkam al-Muallimin. Kaherah: Dar al-Ihya’ Kutub al-ARabiyah. 2 Ibid. 3 Ahmad Don Denffer (1991), Ulum al-Quran: An Introduction to the Sciences of the Quran, Kuala Lumpur: The Islamic Foundation. 4 Al-Nawawi, Abu Zakaria Yahya b. Syarf (1996), Al-Risalah al-Mufassolah li Ahwal al-Muallimin wa Ahkam al-Muallimin. Kaherah: Dar al-Ihya’ Kutub al-ARabiyah.

191

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

“Perintah memelihara al-Quran dan peringatan agar tidak melupakannya.” Seorang hafiz al-Quran berperanan untuk sedar bahawa menghafaz al-Quran dan memelihara hafazan adalah dua perkara berbeza yang perlu dilakukan. Benar, hafiz al-Quran telah berjaya dalam menghafaz al-Quran, namun memelihara serta mengekalkan hafazan yang telah dihafaz merupakan tindakan susulan yang perlu dilakukan. Di sini pertarungan serta mujahadah hafiz al-Quran dengan nafsu teruji. Seorang hafiz al-Quran bertanggungjawab memikul tugas memelihara dan mengekalkan hafazan al-Quran yang mana bukan berlaku untuk satu hari, satu minggu, mahupun satu tahun. Bahkan ia merupakan suatu proses yang berlaku selagi dia hidup. Bagi mengekalkan momentum seorang hafiz al-Quran berada di laluan ini, kuncinya ialah kesabaran yang tinggi serta kecintaan luar biasa terhadap al-Quran1 (Muhammad Saleem, 2012).

KESIMPULAN Berdasarkan perbincangan mengenai cabaran yang dihadapi oleh golongan hafiz dalam menghafaz al-Quran dan mengekalkan hafazan, telah terbukti bahawa menjadi seorang huffaz bukanlah satu tugas biasa dan mudah. Namun begitu, dengan lahirnya ramai hafiz di kalangan OKU penglihatan telah membuktikan bahawa golongan istimewa yang sering dipandang serba kekurangan ini mampu membuka mata umat Islam di luar sana. Sesungguhnya, hanya insan terpilih sahaja yang mampu bergelar huffaz dan mendapat kemuliaan serta ganjaran pahala di sisi Allah SWT. Semoga dengan bertambahnya bilangan hafiz di kalangan OKU penglihatan ini, kerajaan akan lebih memberi peluang pendidikan tahfiz yang lebih meluas kepada golongan OKU di Malaysia pada masa akan datang.

BIBLIOGRAFI Al-Quran al-Karim Akta Orang Kurang Upaya (Akta 685) (2008), Percetakan Nasional Malaysia Berhad, Diakses pada 8 September 2015. http://www.jkm.gov.my/oldsite16082013/images/stories/pdf/oku2008 scan.pdf Abdul Hafiz Abdullah. Ajmain Safar. Mohd Ismail Mustari. Azhar Muhammad. Idris Ismail (2003), Keberkesanan Kaedah Hafazan di Pusat Tahfiz, Universiti Teknologi Malaysia. Abu Najihat al-Hafiz. (2001). Panduan Bagi Hafiz-Hafizah & Qari-Qari'ah. Selangor: Penerbitan Darul Iman Sdn. Bhd. Hlm. 20-22. Ahmad Don Denffer (1991), Ulum al-Quran: An Introduction to the Sciences of the Quran, Kuala Lumpur: The Islamic Foundation. Al-Nawawi, Abu Zakaria Yahya b. Syarf (1996), Al-Risalah al-Mufassolah li Ahwal al-Muallimin wa Ahkam al-Muallimin. Kaherah: Dar al-Ihya’ Kutub al-ARabiyah. Al-Suyuti. JalaluddinAbdul Rahman (1987), Al-Itqan fi ulumil Quran, Maktabah Mustafa al-Bab al-Halaby. Al-Sharbini, Ibrahim Abd. al-Mu’an. (1995). Qasd al-Sabil Ila al-Jinan Bi Bayan Kaifa Tahfaz al- Quran. Mansurah: Maktabat al-Iman. Darul Quran (2006), Sejarah Darul Quran. Bahagian Perhubungan Darul Quran JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Entwistle, N., & Entwistle, D. (2003). Preparing for Examinations: The Interplay of Memorizing and Understanding, and the Development of Knowledge Objects. Higher Education Research & Development. Doi :10.1080/0729436032000056562

1 Muhammad Saleem Patel (2012), Hifz (Memorization Of The Qur’an): Importance, Methods & Modern Techniques Quickest Ways For Beginners and Elders, Karachi:t.p.

192

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Ismail Masyhuri al-Hafiz (1993), “Fadhilat Membaca dan Menghafal al-Qu’ran Serta Panduan Menghafalnya”, Kuala Lumpur: Syarikat NurulHas. Mohd Fazri Ahmad Murad (1999), “Metode-Metode Penghafalan al-Quran : Kajian Khusus di Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat Negeri Sembilan, Maahad Ahmadi, Gemenceh, Negeri Sembilan”, Universiti Malaya: Tesis Ijazah Sarjana Muda. Hlm. 26-27. Muhammad, A., & Qayyum, Z. ul. (2012). E-Hafiz: Intelligent System to Help Muslims in Recitation and Memorization of Quran. Life Science, Retrieved from http://www.lifesciencesite.com/lsj/life0901/080_8204life0901_ 534_541.pdf. Muhammad Saleem Patel (2012), Hifz (Memorization Of The Qur’an): Importance, Methods & Modern Techniques Quickest Ways For Beginners and Elders, Karachi:t.p Murihah Abdullah, Mohd Faeez Ilias (2015), Garis Panduan bagi Hafiz al-Quran Menurut Pandang al-Nawawi, www,researchgate.net/publication/287647707. Mustaffa Abdullah. 2010. Pengajian al-Quran Dalam Kalangan Warga Cacat Penglihatan Di Malaysia. Al-Bayan. Volume 8. Universiti Malaya. Hlm. 25-26. Noor Najihan Jaafar & Kauthar Abdul Kadir. 2008. Pengajaran Braille Al- Quran di Malaysia: Sejarah dan Perkembangannya. Seminar Warisan al-Quran dan Hadis Nusantara. Universiti Malaya. Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Hlm. 222. Norhanan Abdul Rahman. 2009. Kaedah Hafazan Al-Quran Sistem Turki : Kajian di Tahfiz al- Quran Darul Tuba. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam). Nor Musliza Mustafa, Mokmin Basri. 2014. Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, pp.827-834. Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Siti Nor Azimah. 2014. Kaedah Pengajran dan Pembelajaran al-Quran Braille: Kajian Kes di Kompleks Malaysia Association for the Blind, Brickfields, Kuala Lumpur. Disertasi Sarjana. Fakulti Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 39. Taiwo, F. (2014). Transforming the Almajiri Education for the Benefit of the Nigerian Society. International Letters of Social and Humanistic Sciences. Retrieved from http://www.ceeol.com/aspx/getdocument.aspx?logid=5&id=6128b808dfc94ceebaf76ece 274c878c Wan Muhammad Abdul Aziz. 1995. Ke Arah Penyelarasan Sistem Pengajian Tahfiz al-Quran di Malaysia. Jurnal Institut Pengajian Tahfiz al-Quran. Bil 1. 1-8. Temubual Wawancara bersama Ahmad Qushairi bin Mat Zizi melalui telefon bertarikh 22 September 2016. 11.46 pagi. Wawancara bersama Muhammad Ali bin Mat Dahan melalui telefon bertarikh 25 September 2016, jam 6.11 petang. Wawancara bersama Hafizu bin Hassan melalui telefon bertarikh 1 Oktober 2016, jam 6.00 petang. Wawancara bersama Mohammad Nazri bin Salleh melalui telefon bertarikh 1 Oktober 2016, jam 5.00 petang. Wawancara bersama Zainuddin bin Mustapha melalui telefon bertarikh 1 Oktober 2016, jam 5.45 petang.

193

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

INSTITUSI TAHFIZ DI MALAYSIA: PROSPEK DAN CABARAN1 Solahuddin bin Ismail PhD2

ABSTRAK Perkembangan pengajian Islam khususnya pengajian tahfiz telah diperkenalkan sejak zaman pra kolonial.Ia mula diinstitusikan setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Bermula dengan Kelas Pengajian Menghafaz al-Quran wal Qiraat kepada Maahad Tahfiz wal Qiraat seterusnya dinaiktaraf menjadi Darul Quran pada masa kini menunjukkan kemajuan yang sangat positif bagi pembangunan agama negara.Modenisasi yang berlaku di Malaysia pasca kemerdekaan telah membuka ruang dan peluang kepada penyebaran dakwah Islam dengan luas.Masyarakat Islam telah mula menyedari kepentingan beragama sebagai wadah bagi kemajuan hidup.Pengajian tahfiz menjadi salah satu platfom untuk masyarakat menterjemahkan kesedaran Islam mereka.Institusi tahfiz yang dipelopori oleh kerajaan tidak berupaya menampung jumlah permintaan yang tinggi daripada masyarakat.Kesannya telah membuka ruang bagi institusi tahfiz swasta untuk turut serta membantu kerajaan dalam memenuhi permintaan yang banyak itu.Dengan demikian, prospek bagi perkembangan bidang pengajian tahfiz ini sangat luas dengan adanya gandingan pihak kerajaan dan swasta tersebut.Namun lambakan institusi tahfiz terutama institusi tahfiz swasta turut memberi kesan dan akibat dari ketidakselarasan dalam pentadbiran, kurikulum, tempoh pengajian, penarafan sijil dan sebagainya. Akhirnya cabaran ini akan berbalik kepada pihak kerajaan melalui agensi yang bertanggungjawab untuk penyelesaian masalah tersebut. Cabaran ini perlu ditangani secara cermat dan bijaksana agar imej Islam di mata rakyat Malaysia tidak tercalar dengan isu-isu berbangkit masalah teknikal tersebut.Oleh kerana prospek institusi ini sangat luas, demikian juga dengan cabarannya. Kata kunci : tahfiz, kurikulum, huffaz

PENDAHULUAN Pengajian tahfiz telah bertapak di Alam Melayu sejajar dengan kedatangan Islam.Ia mula diperkenal di surau, masjid dan rumah tuan guru dalam bentuk yang tidak formal (Fazlullah Shuib 1995) dan digandingkan bersama-sama mata pelajaran asas Islam yang berkaitan fardu ain dan fardu kifayah. Sarjana menggelarkannya sebagai pengajian Alif Ba Ta (Abdullah Jusuh 1989) atau sekolah al-Quran (Abdullah Ishak 1995, Shamsul A.B. 2002, Rosnani Hashim 2004). Kaedah pembelajaran memberi fokus kepada proses mengenal, mengeja dan menghafaz bermula dari Mukaddham hinggalah kepada surah lain di dalam al-Quran. Guru pula terdiri dari mereka yang arif tentang ilmu al-Quran (Md. Jani Naim 1980).Suasana secara tidak formal ini berterusan sehinggalah timbul idea tentang penubuhan pengajian tahfiz secara formal, sistematik dan tersusun berikutan saranan al-Marhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra yang tercetus dari penganjuran Ujian Tilawah al-Quran Kebangsaan pada tahun 1960M(Noor Hisham Md Nawi et all, Murihah Abdullah et. all 2015 ). Cadangan mewujudkan pengajian tahfiz secara formal ini telah berjaya direalisasikan pada tahun 1966M dengan tertubuhnya Kelas Pengajian Menghafaz al-Quran dan Ilmu Qiraatyang diletakkan dibawah pengelolaan Jawatankuasa Tadbir Masjid Negara dan Urusetia Majlis

1 Kertas kerja ini dibentangkan di Simposium Antarabangsa Tahfiz sempena Sambutan 50 Tahun Jubli Emas Darul Quran anjuran Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi Selangor pada 23-24 November 2016. 2 Pusat Pengajian Kerajaan, Kolej Undang-Undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, emel: [email protected]. 194

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Ia sebagai usaha dan wadah rasmi bagi masyarakat Islam di Malaysia untuk mempertingkatkan kualiti bacaan al-Quran (Nordin Ahmad 2015, Wan Muhammad A. Aziz 2003). Hasil dorongan dan permintaan yang tinggi oleh masyarakat, institusi ini terus berkembang dan telah dinaiktaraf menjadi Maahad Thfiz wal Qiraat pada tahun 1972M seterusnya menjadi Darul Quran pada tahun 1998M. Pengajian hafazan al-Quran telah diangkat sebagai teras utama pangajian dan telah diperkukuhkan dengan ilmu Islam lain seperti qiraat, dakwah, syariah, hadis, muamalat dan pengurusan halal. Pada peringkat awal, Sijil Pengajian Tahfiz wal Qiraat bertaraf diploma telah ditawarkan dan ia dinaiktaraf menjadi Diploma Pengajian Tahfiz wal Qiraat sejajar dengan perkembangan dan permintaan pendidikan tinggi negara dan antarabangsa (Nordin Ahmad 2015). Sehingga kini, perkembangan pengajian dan institusi tahfiz di Malaysia amat memberangsangkan.Kesedaran masyarakat Islam Malaysia umumnya tentang perlunya mendekatkan diri dengan al-Quran semakin menebal dan mendapat perhatian.Natijahnya, telah wujud begitu banyak sekali pusat pengajian dan institusi tahfiz yang masing-masing telah menawarkan program pengajian tahfiz al-Quran dalam pelbagai bentuk dan kaedah.Matlamatnya adalah satu iaitu untuk membuka ruang dan peluang kepada masyarakat yang berminat untuk menghafaz dan mengingati ayat-ayat suci al-Quran.Namun konteks pengurusannya adalah berbeza.Ia boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kerajaan dan swasta. Kedudukan ini akan memperlihatkan kepada kita prospek dan cabaran sebenar terhadap hala tuju institusi tahfiz negara. Penilaiannya harus mengambil kita beberapa aspek utama seperti tahap pengajian merangkumi rendah, menengah dan pengajian tinggi, penarafan sijil sama ada diiktiraf atau tidak oleh kerajaan, kelangsungan pengajian di dalam dan luar negara, keperluan koloborasi yang bersifat silang ilmu dan sebagainya. Kepelbagaian dan keragaman ini sebenarnya telah membuka ruang dan prospek yang luas ke atas perkembangan instusi tahfiz di Malaysia dan dalam sisi yang sama ia juga turut memberi cabaran untuk mengurus pendidikan tersebut akibat dari melebarnya masalah-masalah berbangkit dari kepelbagaian dan keragaman tersebut.

PROSPEK PENGAJIAN TAHFIZ DI MALAYSIA. Malaysia hanya yang berkembang maju sejak setelah berjaya memperoleh kemerdekaan dari British pada tahun 1957M.Pelbagai dasar dan polisi telah diketengahkan oleh kerajaan untuk membangunkan kehidupan rakyat sama ada dalam yang bersifat fizikal mahu pun spiritual. Aspek pendidikanpula menjadi pemangkin utama dalam mengeluarkan sumber manusia untuk membangunkan negara.Ia bergerak selari dengan arus pembangunan negara yang lain. Rakyat Malaysia telah diberi hak yang sama rata untuk mendapatkan pendidikan. Sistem pendidikan dibaik pulih, dinaiktaraf dan diselaraskan di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan untuk semua kaum yang ada di Malaysia.Pendidikan Islam juga tidak terkecuali dalam memberi sumbangan tenaga manusia khususnya untuk pembangunan ummah di Malaysia.Ia diangkat dan dimartabatkan menjadi institusi sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Kemajuan Negara Kepesatan pembangunan di Malaysia telah memberi impak yang sangat besar dalam bidang pendidikan Islam. Kemajuan negara yang telah mencapai usia hampir 60 tahun merdeka telah melonjak aspek pendidikan terutama pendidikan Islam ke satu tahap yang sangat membanggakan. Agama Islam yang diiktiraf sebagai agama rasmi menurut Perlembagaan Malaysia menjadi asas untuk kerajaan memperkasakan bidang pendidikan agama.Sistem pendidikan Islam yang dahulunya bergerak secara tidak formal telah diinstitusikan secara formal setaraf dengan institusi pendidikan konvensional yang lain. Ini membolehkan institusi pendidikan Islam berkembang pesat dan sehingga hari ini ia wujud dalam pelbagai jenis dan bentuk tetapi masih selari dengan kehendak dan keperluan yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Islam

195

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Negara yang menginginkan potensi individu dikembangkan secara seimbang dan harmonis berasaskan al-Quran dan sunnah untuk kemakmuran negara demi mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat. Keperihatinan kerajaan untuk mengurus pendidikan Islam dengan baik dan berkesan sebenarnya merupakan tuah yang sangat besar untuk umat Islam di Malaysia (Solahuddin Ismail 2015). Demikian halnya jika dilihat dalam skop pengajian tahfizdi Malaysia.Ia merupakan sebahagian daripada jenis atau bentuk sistem pendidikan Islam yang wujud di Malaysia yang terhasil dari kepesatan dan kemajuan pembangunan pendidikan negara.Bermula dengan sekolah a- Quran sejak sebelum penjajahan sehinggalah ke Darul Quran selepas pasca penjajahan memperlihatkan kesungguhan kerajaan untuk merangsang modal insan khususnya untuk masyarakat Islam di Malaysia.Ia sebagai platfom bagi kerajaan untuk memenuhi tuntutan umat Islam Malaysia yang semakin bertambah setiap tahun. Institusi tahfiz yang bertebaran banyak di negara ini mampu menjadi tapak untuk masyarakat Islam khususnya dan rakyat awam amnya lebih mengenali al-Quran dengan jelas.Dengan adanya golongan huffaz yang banyak, dakwah Islam menjadi lebih mudah kerana golongan yang mendadai al-Quran sudah tentu lebih memahami hujah, uslub dan konteks ayat al-Quran dalam kegiatan dakwah mereka.Kerajaan juga memperoleh manfaat dengan adanya sumber tenaga dakwah pakar yang ramai yang mampu menyampaikan Islam yang sebenar kepada masyarakat.Justeru, kegiatan Islam yang melampau dapat ditangkis hasil dari sistem pendidikan yang betul dan benar serta memahami konteks budaya dan keperluan setempat.Kelebihan ini wujud semestinya bertitik tolak dari kemajuan dan kepesatan pembangunan insan yang berlaku dalam negara. Kesedaran Beragama Pembangunan ummah yang berkembang maju dalam negara lazimnya merujuk kepada dua bentuk iaitu pembangunan fizikal dan pembangunan sahsiah (Zulkifli Mohd Yusoff 2004). Malaysia secara fizikalnya telah maju setanding dengan kemajuan yang berlaku ke atas negara maju yang lain. Banyak mercu tanda yang telah wujud bagi melambang kemajuan tersebut.Begitu halnya dalam konteks pembangunan sahsiah teruatama dalam aspek pendidikan. Pelajar telah diasuh seawal usia kanak-kanak hingga ke peringkat pengajian tinggi tentang akhlak, morak dan etika bagi membentuk generasi yang bukan sahaja tinggi tahap intelektual/ akademik mereka tetapi juga ada nilai-nilai murni dalam diri dan jiwa mereka. Demikian juga berlaku kepada pendidikan Islam umumnya dan pengajian tahfiz khususnya.Kesungguhan kerajaan untuk membina modal insan yang berpotensi dalam memahami, menghayati serta mempraktik ajaran Islam terbuka luas sama ada melalui dasar atau program yang dijana dan dirancang. Ia dirancakkan lagi dengan penyertaan pihak swasta yang turut sama membantu menyemarakkan syiar Islam. Program keagamaan telah mendapat tempat di hati masyarakat.Masjid-masjid yang dibanggakan sebagai mercu tanda Islam terutama di kawasan bandar telah diimarahkan dengan sebaiknya.Keperihatinan ini telah menimbulkan tahap kesedaran beragama yang tinggi di kalangan masyarakat Islam di Malaysia.Maka sudah tentu kesedaran beragama ini turut memberi kesan kepada kelangsungan pendidikan Islam itu sendiri. Sedar betapa Islam itu penting untuk pembangunan insan manusia telah menyebabkan ramai dari kalangan ibubapa yang mahu anak-anak mereka dididik dengan norma-norma Islam.Dengan itu, muncul banyak sekali institusi pengajian Islam yang menawarkan pakej pengajian Islam termasuklah institusi tahfiz.Permintaan tinggi yang terhasil dari penghayatan agama yang tinggi di kalangan ibubapa telah menjadikan institusi tahfiz di Malaysia terbahagi kepada dua pola. Pertama, institusi tahfiz kerajaan yang merujuk kepada institusi tahfiz yang ditubuhkan oleh kerajaan Persekutuan atau pun kerajaan negeri dan kedua, institusi tahfiz swastayang diurus secara persendirian oleh individu atau organisasi (Noor Hisham Md. Nawi 2014). Data Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang menunjukkan bilangan institusi tahfiz di Malaysia adalah seperti berikut:

196

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Bil. Negeri Kerajaan Swasta Jumlah 1 Selangor 2 120 122 2 Kelantan 1 60 61 3 Perak 1 20 21 4 Kedah 1 15 16 5 Pulau Pinang 1 8 9 6 Johor 1 7 8 7 Pahang 1 7 8 8 Melaka 1 5 6 9 Negeri Sembilan 1 3 4 10 Terangganu 1 3 4 11 Sabah 1 3 4 12 Kuala Lumpur 1 2 3 13 Perlis 1 2 3 14 Sarawak 0 0 Jumlah 14 254 278 * sumber JAKIM 2011 Jumlah institusi tahfiz yang besar dan mungkin lebih dari itu menunjukkan bahawa ramai dari kalangan ibubapa yang mahukan anak-anak mereka terlibat dalam pengajian tahfiz.Dorongan tersebut menjadi asas bagi mengelakkan diri daripada terlibat dengan kegiatan yang tidak sihat dan tidak bermoral.Ini kerana faham agama yang cetek merupakan salah faktor penyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan masalah sosial dalam negara (Zulkifli Mohd Yusoff 2014).Kesedaran agama juga menjadikan masyarakat Islam percaya dan berpegang teguh hanya agama sahaja yang dapat membantu merungkai permasalahan sosial ummah dan menghalanganya dari terus berleluasa.al-Quran yang memenuhi dada manusia jika dipraktik dengan betul akan memberi pedoman tentang yang benar dan yang salah. Selain itu, arus modenisasi yang melanda negara telah menjadikan institusi tahfiz lebih kreatif dalam penawaran kursus bagi pengajian mereka.Sama ada di bawah pentadbiran kerajaan atau swasta, sebahagian besar institusi tahfiz berusaha untuk menempatkan diri selari dengan arus pendidikan semasa.Pengajian tahfiz tidak terhad hanya kepada kegiatan menghafaz al-Quran dan pengajian al-Quran semata-mata. Telah wujud nilai tambah bagi sebahagian besar institusi tahfiz di Malaysia yang menggabungkan hafazan al-Quran dengan ilmu-ilmu Islam yang lain. Malah ada yang lebih berinovasi telah menggabungkan ilmu hafazan dengan ilmu-ilmu konvensional lain yang lebih bersifat teknikal. Ia berlaku dengan banyak sekali di peringkat menengah dan pengajian tinggi. Usaha memberi inovasi ilmu dengan menggabungkan tahfiz dan sains telah mencetuskan transformasi baru dalam sistem pendidikan agama di Malaysia.Ia telah melahirkan satu produk baru pendidikan Islam yang dinamakan sebagai program ulul albab yang menjadikan hafazan al-Quran sebagai teras pengajian. Sekolah IMTIYAZ Terengganu, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Menengah Agama Kebangsaan (SMKA), Sekolah Menengah Agama Bantuak Kerajaan (SABK) dan Sekolah Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) telah menjadikan hafazan al-Quran sebagai sebagai dari subjek pengajian. Ia bertujuan untuk melahirkan generasi Quranik, Ijtihadik dan Ensiklopedik (Arniyuzie Mohd Arshad 2015). Hal yang sama turut diperkenal ke institusi

197

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN pengajian tinggi seperti Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) (Nordin Ahmad 2015) yang telah mewujudkan bekerjasama dengan Darul Quran bagi memantapkan lagi program pengajian mereka. Transformasi khususnya dalam kurikulum yang menggabungkan pengajian tahfiz dan sains ini turut menjadi ikutan sebahagian institusi tahfiz swasta masa kini.Ia telah menjadi satu ‘trend’ dalam usaha untuk menarik minat masyarakat mengikuti program pengajian yang mereka tawarkan. Oleh kerana institusi tahfiz kerajaan sangat terhad pengambilannya maka lebihan tersebut telah ditampung oleh institusi tahfiz swasta.Mereka juga turut bergerak selari dengan permintaan semasa dalam arus pendidikan perdana.Justeru kesedaran beragama serta kemajuan negara dalam aspek fizikal dan spiritual turut menjadi pemangkin kepada bertambahnya bilangan institusi tahfiz di Malaysia. CABARAN PENGAJIAN TAHFIZ DI MALAYSIA Kemajuan negara pada masa kini turut menuntut masyarakatnya untuk bertindak secara rasional dan agresif untuk survival kehidupan mereka.Kepesatan pembangunan telah memaksa manusia bergerak selari dengan kemajuan tersebut.Namun dalam mendepani cabaran ini, kerajaan dan masyarakat harus berfikir secara jujur dan memahami secara mendalam keperluan kepada perubahan yang diinginkan.Banyak aspek kehidupan telah berubah termasuklahpendidikanyang turut menerima tempias yang diakibatkan oleh proses modenisasi itu. Ia perlu diurus dengan baik agar tidak terpinggir oleh kemajuan tersebut. Demikian juga institusi tahfiz yang memerlukan transformasi dan pendekatan baru untuk meneruskan kelangsungan untuk mengangkat kedudukan al-Quran ke tahap yang sepatutnya.Penelitian yng cermat dan jelas perlu dibuat untuk melihat apa yang perlu berubah dan apa pula yang perlu dikekalkan agar institusi tahfiz yang dibangunkan berjaya mencapai objektif dan sasarannya. Jangan yang dikejar tidak dapat dan yang dikendong akan berciciran. Kerajaan akan rugi kerana telah membelanjakan peruntukan yang besar dan masyarakat pula tidak boleh mendapat faedah dari program yang telah terlaksana itu. Justeru, institusi tahfiz perlu memberi fokus ke atas prinsip utama untuk melahirkan huffaz yang jika digabungkan dengan disiplin ilmu lain sekalipun tidak akan hilang ilmu al-Quran yang tersemat dalam jiwamereka. Cabaran Modenisasi Pembangunan Malaysia yang berkembang maju telah membawa banyak perubahan dalam kehidupan rakyatnya.Ia turut memberi impak kepada perkembangan institusi tahfiz. Mutakhir telah memperlihatkan institusi tahfiz terbahagi kepada tiga bentuk.Pertama, institusi tahfiz yang masih mengekalkan elemen tradisional yang hanya mempelajari ilmu al-Quran dan fardu ain sahaja.Kedua, institusi tahfiz yang menggabungkan ilmu al-Quran, ilmu qiraat dan ilmu agama.Dan ketiga institusi tahfiz yang menggabungkan ilmu al-Quran, ilmu qiraat dan ilmu sains (Noor Hisham et. all 2014).Ia wujud akibat dari proses modenisasi yang telah membentuk disiplin ilmu yang semakin kecil tetapi banyak. Ini menjadikan usaha untuk membentuk kurikulum dan pengagihan masa belajar menjadi semakin sulit.Begitu juga dengan penguasaan pelajar ke atas didiplin ilmu yang pelbagai tersebut menjadi semakin sukar kerana metod pengajian ilmu tersebut adalah berbeza. Cabaran Teknologi Kepesatan teknologi masa kini yang bergerak pantas menjadi cabaran baru dalam aspek pendidikan. Intitusi tahfiz sama ada mahu atau tidak terpaksa berdepan dengan kemajuan teknologi agar tidak ketinggalan. Pentadbir dan guru perlu menguasai teknologi agar pengurusan dan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) menjadi lebih mudah dan berkesan. Iaakan meningkatkan kos pentadbiran,

198

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN peralatandan latihan yang sudah semestinya terpaksa ditanggung oleh pelajar. Selain itu, ia juga turut menjadi dilemma di kalangan guru dan pelajar untuk mendalami teknologi, ilmu dan hafazan secara serentak.Beban ini menjadi lebih berat untuk ditanggung oleh institusi tahfiz swasta yang kebanyakkannya berada dalam keadaan serba kekurangan. Cabaran Persijilan. Penarafan sijil memainkan peranan penting bagi masyarakat moden. Ia sebagai lambang kejayaan setelah bergelut dengan pelbagai ujian dan kesulitan semasa pengajian. Ia juga sebagai ‘alat’ untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian. Ini adalah tuntutan dan keperluan masyarakat sekarang.Pengiktirafan kerajaan menjadi mekanisme penting dalam menentukan sijil yang dikeluarkan tersebut diterima atau tidak dalam pasaran pekerjaan.Masalah ini boleh dibahagikan kepada dua keadaan.Pertama, sebahagian dari institusi tahfiz swasta di Malaysia telah mengeluarkan sijil tahfiz yang tidak mendapat pengiktirafan dari pihak berwajib (Solahuddin Ismail 2015). Kedua, sebahagian institusi tahfiz swasta yang mengambil pelajar yang tidak mempunyai satu pun sijil peperiksaan awam (contoh SPM) yang diiktiraf oleh kerajaan. Keadaan ini boleh dianggap sebagai satu penganiayaan terhadap pelajar kerana sijil yang mereka perolehi tersebut tidak diperakui untuk menyambung pengajian atau mendapatkan pekerjaan sedangkan pelajar sememangnya mempunyai kemahiran dan menguasai ilmu hafazan seperti yang diperlukan.Perhatian yang sewajarnya perlu diambil oleh kerajaan dan pentadbiran institusi agar pelajar tidak menjadi mangsa keadaan dan tercicir dari arus perdana pengajian tahfiz.

PENGUKUHAN INSTITUSI TAHFIZ: SATU CADANGAN Mendepani cabaran modenisasi dan perubahan teknologi yang pesat perlu menggabungkan ilmu dan kemahiran secara seimbang.Teori dan praktik harus dijalin agar tindakan yang dilaksanakan menguntungkan kerajaan dan rakyat. Institusi tahfiz sama ada kerajaan atau swasta mesti berubah agar sejajar dengan keperluan semasa masyarakat masa kini. Justeru beberapa aspek dicadangkan kepada pihak berkaitan bagi tujuan penambahbaikan dan pengukuhan institusi tahfiz di Malaysia dan ianya adalah seperti berikut: Mendaftar Semua Institusi Tahfiz Institusi tahfiz swasta yang terdapat di Melaysia masa kini secara keseluruhannya perlu didaftarkan di bawah penyeliaan pihak berwajib. Pendaftaran ini semestinya diwajibkan mengikut dua keadaan. Pertama, tahap pengajian – awal kanak-kanak, tahfiz sekolah rendah, tahfiz sekolah menengah dan tahfiz peringkat pengajian tinggi. Kedua, mengikut pola pengajian – tahfiz tradisional, tahfiz pengajian agama dan tahfiz sains. Tujuannya adalah untuk memudahkan pemantauan ke atas institusi berkenaaan dari aspek pentadbiran, kurikulum, kelayakkan tenaga pengajar, kegiatan pelajar dan kemudahan infrastruktur. Dengan adanya data yang sistematik akan lebih memudahkan lagi pihak berwajib mengurus dan menyelesaikan permasalahan yang berbangkit. Pengalaman boleh dikongsi secara bersama untuk memajukan lagi pengajian tahfiz negara dan ia akan menjadikan institusi tahfiz lebih dekat dengan kerajaan dan tidak merasa terpinggir oleh arus pembangunan pendidikan negara. Bantuan juga dapat disalurkan dengan lebih tersusun mengikut keupayaan kerajaan dan keperluan institusi berkenaan. Maka perlu ada satu badan yang diberi tanggungjawab untuk mengurus proses pendaftaran tersebut (contoh Darul Quran atau JAKIM) dan menyelia secara berkala bagi mengawal kualiti program-program tahfiz yang ditawarkan. Penyelarasan Kurikulum Kurikulum program pengajian tahfiz seluruh negara harus diselaraskan menjaga kualiti dan mutu pengajian tahfiz. Kerajaan perlu menyediakan satu kurikulum pengajian secara standard yang boleh diguna pakai secara bersama di semua institusi pengajian tahfiz sama ada kerajaan atau pun swasta.

199

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Menggubal satu kurikulum tahfiz yang standard perlu berbalik kepada matlamat dan tujuan asal penubuhan sesebuah institusi tahfiz. Teras pengajian (niche area) yang hendak dibangunkan perlu dominan walaupun ia bergabung dengan ilmu-ilmu lain. Dengan ada satu kurikulum tahfiz yang standard dan berkualiti, para huffaz yang dilahirkan akan lebih berdaya saing dan berkeyakinan kerana mereka dididik dan diuji di bawah satu kurikulum yang sama. Kurikulum lain yang diterapkan secara bersama (jika ada) dengan kurikulum hafazan al-Quran adalah bersifat nilai tambah yang tidak akan mencederakan. Justeru untuk membina kurikulum standard ini memerlukan penelitian yang cermat dalam semua aspek. Kajian bersifat emperikal harus dijalankan dengan mengambil kira pandangan pakar, kerajaan dan institusi terbabit agar hasilnya dapat memberi faedah kepada semua pihak. Mewujudkan Satu Standard Sijil Tahfiz Penarafan sijil institusi diukur berasaskan tahap pengajian sama ada sijil, diploma atau ijazah. Dengan adanya penyelarasan kurikulum standard tahfiz akan lebih memudahkan pihak institusi tahfiz dan kerajaan mewujudkan satu standard sijil tahfiz yang diiktiraf oleh semua pihak mengikut tahap pengajian pelajar. Penyelarasan ini difikirkan berupaya merungkai permasalahan wujudnya persijilan tahfiz yang tidak diiktiraf atau tidak direkomendasi oleh kerajaan bagi tujuan melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi atau memohon sesuatu perjawatan khususnya yang berkaitan dengan kerajaan. Malahan pihak swasta juga pada masa kini mahukan sijil yang diiktiraf oleh kerajaan bagi keperluan perjawatan mereka. Dilemma ini perlu diselesaikan secara bijaksana kerana pelajar sudah pun menghafaz 30 juzuk al-Quran di dada mereka. Ia adalah persoalan teknikal yang sekiranya kerajaan bersedia mengeluarkan persijilan tahfiz yang standard maka ramai dari kalangan huffaz akan terlepas rasa teraniaya dan menyalahkan pihak berwajib. Mereka juga tidak akan kerugian tempoh masa tertentu bagi menduduki semula ujian bagi mendapatkan sijil tahfiz yang diiktiraf oleh kerajaan. Memperkenal Program Kemahiran Perhatian juga harus diberikan kepada golongan huffaz yang tidak berkemahiran. Mereka perlu diberi peluang hidup yang sama seperti orang lain. Amat merugikan jika ilmu hafazan yang mereka ada tidak dimanfaatkan untuk pembangunan ummah dan perkembangan masyarakat Islam Malaysia. Golongan ini kebanyakkan tidak mengikuti proses pendidikan arus perdana tetapi mereka mempunyai sijil tahfiz. Dengan menyediakan sijil kemahiran yang setaraf, para huffaz ini boleh membantu kerajaan menyemarakkan lagi kegiatan dakwah di Malaysia. Pada masa kini, Darul Quran telah berkoloborasi dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia dengan menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia Bidang Pengurusan Masjid Tahap 3. Selain itu, wujud cadangan memperluaskan bidang Pendidikan dan Latihan Vokasional (TVET) kepada pelajar tahfiz yang dikelola oleh Kolej Komuniti. Program kemahiran seperti ini perlu diperluaskan lagi bagi dimanfaatkan oleh mereka. Antara bidang lain yang boleh diperkenal dan ditawarkan ialah keusahawanan, pengurusan, pelancongan, pertanian komersil dan sebagainya. Dan sijil kemahiran tersebut akan menjadi ‘tauliah’ kepada mereka mengurus kelangsungan hidup.

PENUTUP Golongan huffaz di Malaysia adalah aset yang cukup besar untuk dimafaatkan bagi menjalankan kegiatan dakwah kepada masyarakat. Prospeknya sangat luas dan mempunyai potensi yang sangat tinggi jika diurus dengan telus dan baik. Kesedaran ummah menjadikan berkembang luasnya institusi tahfiz dalam negara bagi menampung permintaan yang tinggi. Kepelbagaian bentuk dan pola pendidikan tahfiz di Malaysia yang standing dengan pendidikan arus perdana menjadi alternatif kepada ummah untuk membuat pilihan terbaik bagi kelangsungan hidup anak-anak mereka. Teknologi yang berkembang maju di Malaysia telah berjaya dimanfaatkan oleh sebahagian institusi tahfiz memperkasakan lagi institusi mereka. Ilmu al-Quran telah digandingkan dengan

200

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN ilmu agama dan sains dalam usaha melahirkan ulama profesional yang dapat menjulang Malaysia sebagai negara Islam yang moderate di mata dunia. Namun di sebalik potensi tersebut, wujud juga cabaran yang sebenarnya lebih bersifat teknikal. Permasalahan berkaitan ketidakseragaman kurikulum, tiada yang lengkap berkaitan seluruh institusi tahfiz, sijil yang tidak diiktiraf kerajaan, huffaz yang tidak berkemahiran dan sebagainya bukanlah merupakan isu pokok. Ia boleh diselesaikan secara musyawarah dan ada kesefahaman di kalangan pihak yang terlibat. Cabaran ini tidak boleh diambil mudah. Ia perlu dirungkai dengan pembaharuan dan penambahbaikan yang bersesuaian agar potensi yang memberangsangkan tersebut tidak ketinggalan dari arus perdana negara. Oleh yang demikian, institusi tahfiz di Malaysia sama ada kerajaan atau swasta perlu kembali kepada matlamat asal tentang hasrat dan tujuan penubuhannya. Keinginan negara dan rakyatnya untuk melihat huffaz professional yang menguasai pelbagai disiplin ilmu terutama ilmu sains tulen mampu direalisasikan jika kerajaan dan ummah peka dengan perubahan persekitaran mereka.

RUJUKAN Fadzlullah Shuib, 1995, Kecemerlangan Ilmu dalam Sejarah dan Tamadun Islam: Penginstitusian Ilmu di Zaman Abbasiyah 750-1258, KL; Pustaka Warisan. Abdullah Jusuh 1990, Pengenalan Tamadun Islam di Malaysia, KL: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Ishak, 1995, Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia, KL; Dewan Bahasa dan Pustaka. Shamsul A.B.,Islam Embedded: Political Islam and Governance in Southeast Asia working paper for An International Conference on “Islam in Southeast Asia: Political. Social and Strategic Challenges for the 20st Century, ISEAS Singapore, 2-3 September 2002. Rosnani Hashim. 2004. Educational Dualism in Malaysia; Implication for Theory and Practice, PJ; The Other Press Sdn. Bhd. Noor Hisham Md Nawi et all, Matlamat dan Hala Tuju Sistem Pengajian Tahfiz di Kelantan; Satu Pengamatan Awal, 4th International Conference and Exhibition on Islamic Educationdi Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan pada 31Mei - 2 Jun 2014 Murihah Abdullah et. all, Pendidikan Tahfiz di Malaysia: Satu Sorotan Sejarah,International Conference on Islamic Education and Social Entrepreneurshipdi Resort World Langkawi, Tanjung Malai, Langkawi pada12-14 Oktober 2015 Wan Muhammad A. Aziz 2003, Pengurusan Ma’ahad Tahfiz al-Quran; Pengalaman Darul Quran, Jurnal Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), bil.3, Jun 1997. Nordin Ahmad 2015, Memperkasa Darul Quran ke Arah Memartabatkan Pendidikan Tahfiz di Malaysia dalamSimposium Pendidikan Tahfiz Nusantara Dan Multaqa Huffaz Kali Ke IV, Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di InstitutLatihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor pada 1 hingga 3 Jun 2015. Solahuddin Ismail 2015, Pembangunan dan Perubahan Pendidikan Islam di Malaysia: Satu Kajian Kes di Kedah, 1800M-2012M, tesis Doktor Falsafah, Tidak diterbitkan, Bangi Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Yusoff, Zulkifli (2004) Gejala Sosial Dalam Komuniti: Satu Sorotan Penyelesaian Dari Perspektif WahyudalamSeminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), Hotel City Bayview Langkawi pada 4-6 September 2004.

201

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

PENGHAYATAN KONSEP HAMLAH AL-QURAN DARI PERSPEKTIF ADAB DAN AKHLAK DALAM KALANGAN HUFFAZ: SATU KAJIAN UNTUK PENGUKUHAN HAFAZAN Zainora Daud1 Hayati binti Hussin2 Muhammad Lukman Ibrahim 3 Abdul Rahim bin Ahmad4 Nurfatihah Mohd Dzahir5

ABSTRAK Artikel ini mengkaji berkaitan penghayatan konsep hamlah al-Quran dalam huffaz dari perspektif adab dan akhlak untuk pengukuhan al-Quran. Setiap penghafaz al-Quran dikenali sebagai Hamlah al-Quran yang bertanggungjawab melaksanakan segala tuntutan yang terkandung di dalam al-Quran sebagai habl al-matin. Objekjtif kajian ini adalah untuk mengenalpasti konsep Hamlah al-Quran dari perspektif adab dan akhlak serta mengkaji sejauhmana konsep Hamlah al-Quran ini diaplikasi kalangan huffaz. Kajian berbentuk kuantitatif dipilih sebagai rekabentuk kajian ini. Instrumen soal selidik berbentuk lima skala likert diagihkan kepada 80 orang responden dalam kalangan pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima di Ma’ahad Tahfiz swasta terpilih di Negeri Sembilan. Instrumen pengutipan data telah diubahsuai oleh pengkaji dan disahkan kandungannya oleh panel rujukan pakar. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif menggunakan skor peratus. Dapatan kajian menunjukkan seramai 15.0% tidak pasti mempunyai perasaan takut hendak melakukan sifat-sifat mazmumah kerana Allah sentiasa melihat, 2.5% bersetuju bahawa menghisap rokok atau vape adalah merupakan perkara biasa, 11.5% tidak suka mendengar teguran rakan-rakan, 2.5% tidak minat menghafaz al-Quran kerana tidak suka dengan guru tasmik, 3.75% tidak memelihara akhlak ketika bermua’malah dengan manusia, 21.25% tidak memiliki sifat sabar dan 2.5% tidak suka membantu rakan- rakan tanpa mendapat ganjaran, 2.5% suka pinjam barang-barang rakan tanpa meminta kebenaran mereka terlebih dahulu, 1.25% tidak suka memaafkan kesalahan rakan-rakan, 12.5% ikhtilat antara ajnabi, 12.5% tiada kaitan antara maksiat dengan hafazan al-Quran, 1.25% tiada kaitan pembentukan peribadi dengan pemakanan halal dan 1.25% percaya tiada kaitan pemeliharaan ayat hafazan dengan hubungan dengan Allah. Kajian ini amat signifkan dilakukan kerana penghayatan konsep Hamlah al-Quran dari segi adab dan akhlak para Huffaz, secara tidak langsung sangat memberi impak yang besar dalam pengukuhan hafazan al-Quran sebagai generasi al-Quran yang cemerlang di dunia dan akhirat. Kata kunci: Hamlah al-Quran, Adab, Akhlak, Ma’ahad Tahfiz,

PENGENALAN Al-Quran merupakan menjadi mukjizat terakhir Nabi Muhammad s.a.w dan menjadi sumber perundangan Islam yang mengeluarkan manusia daripada kegelapan jahiliyyah kepada cahaya iman dan Islam (al-Qattan, 1996). Malaikat Jibril menunaikan amanahnya sebagai penyampai ayat-ayat

1 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). 2 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). 3 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). 4 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 5 Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). 202

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN al-Quran dengan pelbagai cara penurunan wahyu daripada langit kepada Rasulullah. (al-Majidi, 2000). Al-Quran juga diturunkan secara berperingkat-peringat selama dua puluh tiga tahun untuk meneguhkan hati Rasulullah s.a.w, memberi kemudahan dalam proses menghafaz, memahami ayat- ayat al-Quran dan sebagainya (Muhaysin, 1989). Lantaran itu Rasulullah s.a.w menjadi Sayyidul Huffaz yang merintis bidang tahfiz al-Quran kerana terlibat dengan proses talaqqi daripada malaikat Jibril. Rasulullah sangat gigih dan komited menghafaz al-Quran sehingga Allah mendidik Rasulullah supaya tidak gopoh gapah dengan mendahului bacaan malaikat Jibril semasa dalam proses talaqqi al-Quran (al-Majidi, 2000). Bahkan Allah memberi jaminan kepada Rasulullah untuk mengumpulkan al-Quran di dalam dadanya, membacakan al-Quran serta mentafsirkan al-Quran kepada baginda s.a.w. Suruhan mendengar dahulu bacaan ayat-ayat al-Quran yang disampaikan oleh malaikat Jibril terakam dalam ayat 16 hingga 19 surah al-Qiyamah (Ibnu Kathir, 2001). ۡ ََل تُ َح ِ ر ۡك بِ ِهۦ ِل َسانَ َك ِلتَ ۡع َج َل بِ ِۤهۦ ) ١٦ ( إِ َّن َع َلۡينَا َج ۡمعَه ُۥ َوقُ ۡر َءانَه ُۥ ) ١٧ ( َفإِذَا َق َرأنَ َٰـهُ َفٱتَّبِ ۡع قُ ۡر َءانَه ُۥ ) ١٨ ( ثُ َّم إِ َّن َع َلۡينَا بَيَانَه ُۥ ) ١٩ ( Maksudnya: Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu) dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu). Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu. Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan). Sedarlah wahai orang- orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya (al-Qiyamah, 16-19:75) Rasulullah mengajar al-Quran kepada para sahabat dengan bacaan al-Quran secara betul dan menerangkan maksud ayat-ayat tersebut. Dan para sahabat juga sangat menitiberatkan al-Quran dengan berlumba-lumba untuk menghafaz dan memeperbanyakkan tilawah al-Quran (Mukram,1996) mempelajari, memahami al-Quran, mengamalkannya serta mengajarkan al-Quran kepada keluarga mereka (Mohd Yusuf Ahmad, 2000) sehingga Rasulullah menyuruh sahabat mengkhatamkan al-Quran dengan tadabbur ayat-ayat al-Quran sekurang-sekurangnya tiga hari (Riwayat Ahmad bin Hanbal) dan setiap minggu sekali khatam (Riwayat al-Bukhari) (Abd al-Qadir, 2014). Pengajian tahfiz al-Quran berkembang sejak penurunan wahyu kepada Rasulullah s.a.w, zaman sahabat, tabi’in melalui proses talaqqi dan musyafahah dan berkembang sehingga ke hari ini secara mutawatir (al-Marshafi, t.t). Terdapat banyak hadis-hadis yang berkaitan para penghafaz dan pembaca al-Quran antaranya hadis Rasulullah s.a.w yang menunjukkan kelebihan para penghafaz al-Quran, yang diriwayatkan oleh Al-Bukhariy, Sahih, Fadail al-Quran (k), Khairukum Man Ta’allama al-Quran wa ‘Allamah (b), No. Hadith: 5027, hlm.1284.: خيركم من تعلم القرأن وعلمه Sebaik-baik kamu ialah orang-orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya. Bermula daripada masjid, rumah individu, istana-istana khalifah dan rumah-rumah pembesar yang menjadi tempat perkembangan al-Quran selepas kedatangan Islam. Di Tanah Melayu kelas al-Quran telah wujud bermula di rumah-rumah guru, sekolah-sekolah pondok sehingga dalam sistem pendidikan sekolah Islam (Mohd Yusuf Ahmad, 2005) dan semakin berkembang sehingga lahir institusi tahfiz kerajaan dan swasta.

203

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

LATAR BELAKANG Pada awal penubuhan Pusat Pendidikan As-Sai’diyyah dinamakan Darul Falah sebelum dikenali sebagai Sekolah Rendah Islam As-Sai’diyyah (SRIAS). Ia merupakan sebuah sekolah agama rakyat yang ditubuhkan pada tahun 1985 yang berkonsepkan pendidikan Islam yang bersepadu. Kini SRIAS memiliki bangunan sendiri yang terletak di Taman Rashidah Utama, Jalan Senawang, Seremban Negeri Sembilan pada tahun 1999, selepas berlaku proses pemindahan beberapa kali. (Al-Quran Tahfiz As-Sai’diyyah. 2012) Pada tahun 2000, Ma’ahad Tahfiz Al-Quran As-Sai’diyyah (MTAS) pula ditubuhkan dengan pendaftaran pelajar seramai 10 orang dan tahun berikutnya lebih 15 orang dan sehingga tahun 2016 jumlah pelajar meningkat sehingga 300 orang dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Objektif MTAS adalah untuk melahirkan pelajar profesional yang menghafaz dan menghayati al- Quran dengan misi untuk mendidik dan membentuk generasi al-Quran bertakwa yang ikhlas, berilmu, beramal, berakhlak mulia dan berketrampilan, melalui system pendidikan integrasi dan holistik berasaskan pengurusan berkualiti serta berperanan sebagai khalifah di muka bumi. Kurikulum yang dilaksanakan adalah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (Aliran Sains Tulen dan Sastera) dan kelas tahfiz al-Quran. Unik daripada Al-Quran Tahfiz lain. Asas yang mesti ada pada diri setiap pelajar dan pengajar di sini ialah ikhlas. Pendekatan yang digunakan pula ialah secara berhikmah, pelaksanaan ukhuwah, tarbiyah serta berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. (Ibid, 2012) Pengertian Hamlah diambil daripada perkataan Himla ialah mengangkat al-Quran dan selain daripadanya seperti ilmu atau boleh juga diterjemahkan sebagai penghafaz al-Quran (T.p, 1995), atau menanggung sesuatu (Ibrahim Mustafa, 1960). Hamalah al-Quran didefinisikan sebagai penghafaz al-Quran (Husin Al-Habsyi, 1990 & Zakiah Abdul Hamid, 2004). Al-Nawawi menyatakan bahawa hamlah al-Quran ialah pembawa al-Quran yang sentiasa komited menjaga etika dan akhlak ketika bersama-sama al-Quran. Adab seorang pelajar sebagai seorang penuntut ilmu termasuklah adab menjalani hal-hal yang menyibukkan sehingga tidak boleh fokus perhatian untuk belajar, kecuali hal yang mesti dilakukan kerana keperluan. Hendaklah dia membersihkan hati dari kotoran-kotoran dosa supaya boleh menerima al-Quran, menghafaz dan memanfaatkannya. Tujuannya ialah menjaga dan melindungi al-Quran dari kebatilan, kepalsuan dan pengubahan tidak lain (al-Nawawi, 1999). Sebagaimana hadis daripada Anas yang diriwayatkan oleh al-Tabrani, no.hadis 2833, bab al-Ha’ al-Husayn bin ‘Ali bin Abi Talib (al-Tabrani, t.t) dengan sanad marfu’ (al-Suyuti, 2006): حملة القرآن عرفاء أهل الجنة Maksudnya: Para pembaca Al-Quran itu adalah orang-orang yang arif di antara penghuni syurga. Adab ialah tingkah laku serta tutur kata yang sopan dan halus atau cara seseorang berkelakuan dalam sesuatu situasi. Manakala akhlak pula kelakuan atau tingkah laku yang baik, budi pekerti, moral atau tabiat (Kamus DBP, 2005). Hubungan akhlak serta adab dan agama Islam mempunyai kaitan yang rapat dalam proses pendidikan untuk mengubah tabiat manusia yang menjadikan tingkah laku manusia berteraskan kesepaduan iman dan amal dalam menerapkan akhlak-akhlak mulia. (Al-Naimy, 1994) Rasulullah s.a.w. juga merupakan qudwah hasanah di dalam aspek adab dan akhlak sebagaimana hadis bahawa Baginda diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia (Abdullah, 1995). Rasulullah telah berjaya mentarbiyyah dan membina para sahabat sebagai

204

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN generasi al-Quran, yang benar-benar faham tentang al-Quran sehingga sanggup berkorban kerana Allah (al-Qadi, 2001).

PERMASALAHAN KAJIAN Cabaran bergelar hafiz adalah untuk mengingatkan semua ayat-ayat hafazan, di samping untuk memelihara diri daripada sifat-sifat mazmumah dan menjauhkan perkara-perkara maksiat di dalam mengukuhkan ayat-ayat hafazan. Bahkan faktor diri sendiri, sikap, displin yang tinggi, cara hidup, suasana persekitaran sangat menyumbang dalam pengukuhan ayat-ayat hafazan (Utusan Malaysia Online, 31/8/2010). Hasil kajian Ahmad Syamil Ikhwan (2014) mendapati bahawa tiga puluh peratus para huffaz menghadapi kesukaran dalam menghafaz al-Quran kerana terlibat dengan masalah-masalah akhlak seperti menghisap rokok, tidak komited dengan kelas tasmik, tidak menghormati guru serta tidak menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Lantaran itu sebagai hamlah al-Quran yang sentiasa dekat dengan al-Quran, perlu memiliki hati yang bersih dari sifat-sifat mazmumah iaitu sifat-sifat yang tercela seperti pemarah, dengki, menurut hawa nafsu, khianat, takbur, bongkak dan lain-lain supaya mudah menerima segala kefahaman. Secara tidak langsung akan menghasilkan perwatakan yang baik. Malahan tuntutan fardhu ain dengan menjaga hubungan dengan Allah, dengan manusia serta diri sendiri menjadi tanggungjawab kepada setiap mukallaf termasuk Hamlah al-Quran (Abd Salam Yusof, 2013). Azmil Hashim, 2014 menyatakan bahawa terdapat hubungan yang sangat signifikan antara adab-adab pembelajaran tahfiz dan pencapaian hafazan pelajar. Adab-adab dalam pembelajaran tahfiz ialah sentiasa ikhlas, sentiasa memelihara wudhu, membaca doa hafazan, mengadap kiblat, menjauhi maksiat, makruhat dan syubhat, menjaga pemakanan halal, menjaga pemakanan berkhasiat, bersabar, bergaul dengan golongan huffaz, menjaga solat berjemaah, menghormati guru dan memperbanyakkan amalan sunat perlu dijadikan amalan, budaya dan cara hidup mereka. Pusat-pusat pengajian tahfiz menjadikan objektif pentarbiyahan akhlak merupakan asas utama dalam pendidikan tahfiz. Amalan akhlak baik yang berterusan perlu diseimbangkan dengan tahap kecemerlangan IQ mereka supaya dapat melahirkan huffaz yang cemerlang dalam hafazan dengan amalan yang sholeh. Para pelajar sentiasa dinasihati supaya memiliki akhlak yang baik meskipun sesetengah daripada mereka adalah pelajar-pelajar yang cerdik serta cepat menghafaz al- Quran tetapi jika tidak memiliki akhlak yang baik, mereka tidak akan suka pergi ke masjid, tidak suka membaca al-Quran, sebaliknya mereka lebih suka menghabiskan masa dengan hal yang sia- sia maka lama-kelamaan hafazan mereka akan luput dan hilang. Begitu juga dengan pelajar yang sudah tamat pengajian dinasihatkan supaya hidup dalam suasana amalan keagamaan untuk menjamin al-Quran yang dihafaz sentiasa kekal dalam ingatan (Erzani, 2005). Dalam menyatakan adab tentang hamlah al-Quran ini, faktor pergaulan antara huffaz, persekitaran kondusif (Al-Sharbayni 2004), menghormati guru, (Mohd Farouq 2008), meninggalkan perkara-perkara maksiat, makruhah dan syubhah menjadi antara faktor-faktor yang menyumbang dalam pengukuhan ayat-ayat hafazan (Abu Najihat 2002, Al-Syarbayni 2004 dan Abu al-Fida’ 2006). Kajian ini bertujuan untuk untuk mengenalpasti konsep Hamlah al-Quran serta mengkaji pelaksanaan konsep Hamlah al-Quran dari perspektif adab dan akhlak di Ma’ahad Tahfiz as- Sa’idiyyah di Negeri Sembilan.

METODOLOGI KAJIAN Kajian ini menggunakan reka bentuk kaedah tinjauan yang menggunakan satu set soal selidik iaitu Skala Konsep Hamlah al-Quran dari perspektif adab dan akhlak. Tujuannya untuk mendapatkan

205

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN maklumat daripada sumber yang berbeza-beza menggunakan alat ukur yang berlainan (Wiersma 2000; Gay dan Airasian 2000). Menurut Kerlinger (1973) soal selidik adalah merupakan salah satu cara untuk mendapatkan jawapan kepada soalan penyelidikan. Babbie (2001) pula berpendapat soal selidik boleh merangkumi bidang yang luas dan boleh dirangka dengan mudah tanpa kehadiran penyelidik. Situasi ini memberi ruang yang agak selesa, tenang dan telus kepada responden untuk menjawab soalan. Pengkaji telah memilih Ma’ahad Tahfiz Swasta di Negeri Sembilan iaitu Ma’ahad Tahfiz As-Sa’idiyyah (MTAS) sebagai tempat kajian kerana mempunyai subjek dan data yang mampu menjawab persoalan kajian serta tujuan kajian. Neuman (2006), Marohaini Yusof (2004) dan Sidek Mohd. Noah (2002) mencadangkan empat faktor untuk ditimbangkan dalam pemilihan tapak atau lokasi kajian; kaya dengan data, unfamiliarity, sesuai dan mempunyai rangkaian sosial yang baik. Populasi kajian ini adalah terdiri daripada pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima yang mengikuti pengajian Tahfiz al-Quran secara sepenuh masa. Kaedah persampelan yang digunakan bagi memilih sampel dalam kajian ini adalah kaedah persampelan secara rawak. Kaedah ini digunakan bagi memastikan setiap ahli mempunyai peluang yang sama bagi mewakili populasi dalam kajian ini (Ary et al. 1996). Melalui kaedah ini juga pengkaji berupaya melakukan inferens secara statistik daripada sampel kepada populasi kajian (Berenson & Levine 1992). Dalam kajian ini, pemilihan jumlah sampel ini mengambil kira pandangan yang dikemukakan oleh Krejcie & Morgan (1970), Cochran’s Formula (1977) dan Uma Sekaran (2003) berkenaan bilangan dan formula pemilihan sampel serta mendapati jumlah sampel yang telah dipilih adalah yang terbesar. Secara umumnya, kajian ini akan dikumpulkan dengan menggunakan kaedah pengumpulan data secara kuantitatif. Instrumen yang dibentuk bagi mengumpulkan data yang diperlukan ialah melalui pengedaran soal selidik yang telah dibina oleh sekumpulan penyelidik. Set soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian; Bahagian A: Latar belakang responden dan Bahagian B: Maklumat tentang Konsep Hamlah al-Quran dari perspektif adab dan akhlak. Konstruk ini digunakan untuk mengukur elemen konsep Hamlah al-Quran dari perspektif perspektif adab dan akhlak. Instrumen kajian telah dibina oleh sekumpulan pakar dalam bidang masing-masing yang kemudiannya diuji melalui ujian rintis kepada sekumpulan belia Islam seramai 10 orang. Instrumen kajian ini juga mendapat kesahan daripada panel rujukan pakar. Sebanyak 80 soal selidik telah diedarkan kepada responden kajian rintis. Data yang dikumpulkan daripada 10 orang sampel rintis diproses dua kali untuk menentukan kebolehpercayaan dan kesahan instrumen yang digunakan.

DAPATAN KAJIAN Kajian ini melaporkan dapatan kajian yang bertujuan untuk mengenalpasti serta mengkaji pelaksanaan konsep Hamlah al-Qur’an dari perspektif adab dan akhlak di Ma’ahad Tahfiz as- Saidiyyah di Negeri Sembilan. Peserta kajian yang dipilih secara rawak adalah seramai 80 orang. Analisis deskriptif peratusan digunakan untuk menerangkan profil responden kajian. Manakala analisis deskriptif peratus digunakan bagi mengenal pasti tahap kefahaman dan penghayatan Huffaz terhadap Konsep Hamlah al-Quran dari perspektif adab dan akhlak peserta kajian. Latar Belakang Demografi Kajian Kajian profil dilakukan kepada 80 orang huffaz yang belajar di Ma’ahad Tahfiz as-Sai’diyyah di Negeri Sembilan (sila rujuk jadual 5.1.1 hingga jadual 5.1.5) bagi mengenalpasti profil responden kajian.

206

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Jadual 5.1.1: Profil sampel mengikut jantina dan tingkatan

Tingkatan Empat Tingkatan Lima Jantina Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan Lelaki 28 70 18 45 Perempuan 12 30 22 55 Sumber: Soal Selidik Dari segi jantina jadual di atas menunjukkan seramai 28 orang responden (70.0%) dalam kajian ini adalah pelajar lelaki, manakala seramai 12 orang (30.0%) pula adalah terdiri daripada pelajar perempuan dalam tingkatan 4. Manakala bagi tingkatan 5 pula menunjukkan seramai 18 orang (45.0%) adalah pelajar lelaki berbanding 22 orang (55.0%) adalah pelajar perempuan. Ini menunjukkan jumlah responden lelaki melebihi jumlah responden perempuan dalam kajian ini. Dari segi umur menunjukkan keseimbangan antara umur 16 tahun dan 17 tahun kerana soal selidik hanya diedarkan kalangan pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 disebabkan mereka merupakan pelajar senior yang telah lama terlibat dengan proses p&p hafazan al-Quran. Jadual 5.1.2: Profil sampel mengikut Pendorong Responden Untuk Mengambil Bidang Tahfiz Al- Quran Pendorong Lelaki % Perempuan % TINGKATAN 4 Ibu bapa 14 35 7 17.5 Diri Sendiri 11 27.5 5 12.5 Kawan 3 7.5 - - Lain-lain - 0 - - Ibu bapa 4 10 12 30 Diri Sendiri 12 30 10 25 TINGKATAN 5 Kawan 1 2.5 - - Lain-lain 1 2.5 - - Sumber: Soal selidik Manakala jadual 5.1.2 menunjukkan bahawa pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5, pendorong utama untuk mengambil bidang tahfiz kebanyakannya daripada diri sendiri responden iaitu seramai 23 orang (57.5%) bagi lelaki. Manakala bagi pelajar perempuan seramai 19 orang (47.5%) bersetuju ibu bapa menjadi pendorong utama untuk memilih bidang tahfiz al-Quran. dorongan diri sendiri. Faktor kawan-kawan dan diri sendiri, hanya pelajar lelaki tingkatan 4 iaitu 3 orang (7.5%) bersetuju kawan-kawan berbanding tingkatan 5 seramai seorang (2.5%) Faktor lain-lain, hanya pelajar lelaki tingkatan 5 bersetuju seramai seorang (2.5%). Jadual 5.1.3: Profil sampel mengikut Jumlah juz yang telah dihafaz Juz Bilangan pelajar Peratus % 1-5 28 35 6-10 15 18.75 11-15 8 10

207

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Juz Bilangan pelajar Peratus % 16-20 9 11.25 21-25 6 7.5 26-30 14 17.5 Jumlah 80 100 Sumber: Soal Selidik Jadual 5.1.3 menunjukkan bahawa jumlah responden yang telah menghafaz 1-5 juz ialah seramai 28 orang mewakili 35 peratus. Pelajar yang telah menghafaz 10 juz ialah seramai 15 orang iaitu 18.75 peratus. Seramai 8 orang pelajar yang telah menghafaz 15 juz iaitu bersamaan 10 peratus. 9 orang pelajar telah menghafaz 20 juz iaitu 11.25 peratus. Seramai 6 orang pelajar yang telah menghafaz 25 juz iaitu 7.5 peratus manakala pelajar yang telah tamat menghafaz keseluruhan al-Quran ialah seramai 14 orang yang mewakili 17.5 peratus. Jadual 5.1.4: Profil sample mengikut Jumlah juz yang telah dihafaz Juz Bilangan pelajar Peratus % 1-5 28 35 6-10 15 18.75 11-15 8 10 16-20 9 11.25 21-25 6 7.5 26-30 14 17.5 Jumlah 80 100 Sumber: Soal Selidik Jadual 5.1.4 menunjukkan bahawa jumlah responden yang telah menghafaz 1-5 juz ialah seramai 28 orang mewakili 35 peratus. Pelajar yang telah menghafaz 10 juz ialah seramai 15 orang iaitu 18.75 peratus. Seramai 8 orang pelajar yang telah menghafaz 15 juz iaitu bersamaan 10 peratus. 9 orang pelajar telah menghafaz 20 juz iaitu 11.25 peratus. Seramai 6 orang pelajar yang telah menghafaz 25 juz iaitu 7.5 peratus manakala pelajar yang telah tamat menghafaz keseluruhan al-Quran ialah seramai 14 orang yang mewakili 17.5 peratus. Jadual 5.1.5: Profil sample mengikut Mula menghafaz Pernah % Tidak Pernah % 48 60 32 40 Sumber: Soal Selidik Jadual 5.1.5 di atas menunjukkan bahawa seramai 48 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 yang pernah menghafaz sebelum memasuki MTAS. Manakala seramai 32 orang pelajar MTAS yang tidak pernah menghafaz sebelum memasuki MTAS. Hasil dapatan profil responden menunjukkan bahawa pelajar lelaki lebih dominan berbanding dengan pelajar perempuan tetapi terdapat sedikit perbezaan jantina antara pelajar lelaki tingkatan 4 yang lebih ramai berbanding dengan pelajar perempuan tingkatan 5 lebih dominan. Manakala dari aspek faktor-faktor pendorong utama minat memilih bidang hafazan al-Quran ialah diri sendiri dan

208

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN ibu bapa juga mendapat peratus kedua tertinggi. Ini berdasarkan faktor umur responden yang masih lagi berada di bawah tanggungjawab ibubapa. Aspek jumlah ayat-ayat yang telah dihafaz menunjukkan majoriti responden kalangan pelajar tingkatan 4 dan 5 masih menghafaz 5 juz. Ini menunjukkan pelajar masih mencari dan mungkin faktor baru mula menghafaz sehingga mereka sukar untuk menghafaz al-Quran dengan lebih cepat. Ini disokong dengan hasil dapatan menunjukkan bahawa punca utama jumlah hafazan yang sedikit disebabkan mereka tidak pernah menghafaz al-Quran sebelum memasuki MTAS menyebabkan mereka kurang mahir dan tidak berpengalaman dalam kaedah hafazan al-Quran. Konsep Hamlah al-Quran Dari Perspektif Adab dan Akhlak Konsep Hamlah al-Quran dari perspektif adab dan akhlak menunjukkan sebanyak 15 item yang merangkumi aspek-aspek adab dan akhlak iaitu tidak pasti mempunyai perasaan takut hendak melakukan sifat-sifat mazmumah kerana Allah sentiasa melihat, menghisap rokok atau vape adalah merupakan perkara biasa, tidak suka mendengar teguran rakan-rakan, tidak minat menghafaz al- Quran kerana tidak suka dengan guru tasmik, tidak memelihara akhlak ketika bermua’malah dengan manusia, tidak memiliki sifat sabar dan tidak suka membantu rakan-rakan tanpa mendapat ganjaran, suka pinjam barang-barang rakan tanpa meminta kebenaran mereka terlebih dahulu, tidak suka memaafkan kesalahan rakan-rakan, ikhtilat antara ajnabi, tiada kaitan antara maksiat dengan hafazan al-Quran, tiada kaitan pembentukan peribadi dengan pemakanan halal dan percaya tiada kaitan pemeliharaan ayat hafazan dengan hubungan dengan Allah, amalan ikhtilat, kaitan maksiat dengan hafazan al-Quran, kaitan makanan syubhah dengan pembentukan peribadi, kaitan hafazan al-Quran dengan penjagaan hubungan dengan Allah s.w.t, . Jadual 5.2.1: Penghayatan Pelajar Terhadap konsep Allah sentiasa melihat segala perbuatan Hamba-hambaNya Skala likert Jumlah Pelajar Peratus % Sangat Tidak Setuju - 0 Tidak Setuju - 0 Agak Setuju 12 15 Setuju 29 36.25 Sangat Setuju 39 48.75 Jumlah 80 100 Sumber: Soal Selidik Jadual 5.2.1 di atas menunjukkan responden kajian berkenaan dengan adab sebagai seorang hamba Allah s.w.t. berdasarkan soalan kaji selidik ‘Takut hendak melakukan sifat-sifat mazmumah kerana saya tahu Allah sentiasa melihat saya ’. Hasil dapatan menunjukkan bahawa seramai 39 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 yang sangat setuju mewakili 48.75 peratus. 29 orang pelajar yang bersetuju dengan 36.25 peratus. 12 orang pelajar yang agak setuju bahawa Allah s.w.t sentiasa melihat perbuatan hambaNya. Manakala tiada seorang responden yang tidak setuju bahawa Allah sentiasa melihat setiap perbuatan yang dilakukan oleh hambaNya. Hasil analisis menunjukkan bahawa ramai pelajar tahfiz yang memenuhi tanggungjawab sebagai hamlah al-Quran dalam menjaga adab sebagai hamba Allah s.w.t.

209

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Jadual 5.2.2: Sikap Pelajar Terhadap Amalan Rokok Skala likert Jumlah Pelajar Peratus % Sangat Tidak Setuju 62 77.5 Tidak Setuju 12 15 Agak Setuju 4 5 Setuju 2 2.5 Sangat Setuju - 0 Jumlah 80 100 Sumber: Soal Selidik Jadual 5.2.2 di atas menunjukkan responden kajian berkenaan dengan sikap pelajar terhadap amalan rokok berdasarkan soalan kaji selidik ‘Menghisap rokok atau vape adalah satu perkara biasa bagi saya’. Hasil dapatan menunjukkan bahawa seramai 62 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 yang sangat tidak setuju mewakili 77.5 peratus. 12 orang pelajar yang tidak bersetuju dengan 15 peratus. 4 orang pelajar yang yang merokok dengan jawapan agak setuju. Manakala 2 orang pelajar yang merokok kerana bersetuju dengan soalan kaji selidik ini. Hasil analisis menunjukkan bahawa majoriti pelajar tahfiz mengetahui bahawa tabiat merokok itu adalah menurut syariat Islam. Jadual 5.2.3: Adab dengan Rakan-Rakan Skala likert Jumlah Pelajar Peratus % Sangat Tidak Setuju 11 13.75 Tidak Setuju 49 61.25 Agak Setuju 11 13.75 Setuju 7 8.75 Sangat Setuju 2 2.5 Jumlah 80 100 Sumber: Soal Selidik Jadual 5.2.3 menunjukkan responden kajian berkenaan dengan adab dengan rakan-rakan berdasarkan soalan kaji selidik ‘Kadang-kadang saya tidak suka mendengar teguran rakan-rakan saya’. Hasil kajian menunjukkan bahawa seramai 11 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 yang sangat tidak setuju mewakili 13.75 peratus. 49 orang pelajar yang tidak bersetuju bersamaan dengan 61.25 peratus. 11 orang pelajar yang yang tidak suka ditegur oleh rakannya sekiranya melakukan kesalahan dengan jawapan agak setuju. Manakala 9 orang pelajar yang tidak suka ditegur rakan mereka dengan jawapan setuju dengan soalan kaji selidik ini. Jadual 5.2.4: Adab dengan Guru Skala likert Jumlah Pelajar Peratus % Sangat Tidak Setuju 40 50 Tidak Setuju 32 40 Agak Setuju 6 7.5 Setuju 1 1.25

210

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Skala likert Jumlah Pelajar Peratus % Sangat Setuju 1 1.25 Jumlah 80 100 Sumber: Soal Selidik Jadual 5.2.4 menunjukkan responden kajian berkenaan dengan adab dengan guru iaitu hendaklah hormati guru berdasarkan soalan kaji selidik ‘Saya tidak minat menghafaz al-Quran kerana tidak suka dengan guru tasmik saya’. Jadual di atas menunjukkan bahawa seramai 40 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 yang sangat tidak setuju mewakili 50 peratus. 32 orang pelajar yang tidak bersetuju bersamaan dengan 40 peratus. 8 orang pelajar mewakili jawapan agak setuju, setuju dan sangat setuju. Hasil analisis menunjukkan bahawa hanya terdapat dua orang sahaja responden yang benar-benar setuju tidak minat menghafaz al-Quran disebabkan faktor guru. Konsep Hamlah al-Quran dari Perspektif Akhlak Jadual 5.3.1: Cara bermua’malah Skala likert Jumlah Pelajar Peratus % Sangat Tidak Setuju 1 1.25 Tidak Setuju 2 2.5 Agak Setuju 27 33.75 Setuju 32 40 Sangat Setuju 18 22.5 Jumlah 80 100 Sumber: Soal Selidik Jadual 5.3.1 menunjukkan responden kajian berkenaan dengan adab cara bermua’malah berdasarkan soalan kaji selidik ‘Saya sangat memelihara akhlak saya ketika bermua’malah dengan manusia’. Jadual di atas menunjukkan bahawa seramai 18 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 yang sangat setuju mewakili 22.5 peratus. 32 orang pelajar yang bersetuju bersamaan dengan 40 peratus. 27 orang pelajar yang agak setuju (33.75%). Manakala hanya 3 orang (3.75%) sahaja yang tidak menjaga cara bermua’malah dengan manusia. Jadual 5.3.2: Sifat Sabar Skala likert Jumlah Pelajar Peratus % Sangat Tidak Setuju 3 3.75 Tidak Setuju 51 63.75 Agak Setuju 9 11.25 Setuju 7 8.75 Sangat Setuju 10 12.5 Jumlah 80 100 Sumber: Soal Selidik Jadual 5.3.2 menunjukkan responden kajian berkenaan dengan sifat sabar soalan kaji selidik ‘ Saya cepat marah apabila rakan saya mengambil hak saya’. Jadual di atas menunjukkan bahawa seramai 54 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 yang sangat tidak setuju dan tidak setuju

211

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN mewakili 67.5 peratus. 9 orang pelajar yang agak setuju bersamaan dengan 11.25 peratus. 7 orang (8.75%) yang tidak dapat menahan kesabaran dan 10 orang (12.5%) yang sangat setuju bahawa mereka tidak dapat bersabar. Jadual 5.3.3: Contoh ikutan (qudwah hasanah) Skala likert Jumlah Pelajar Peratus % Sangat Tidak Setuju - 0 Tidak Setuju 2 2.5 Agak Setuju 13 16.25 Setuju 39 48.75 Sangat Setuju 26 32.5 Jumlah 80 100 Sumber: Soal Selidik Jadual 5.3.3 menunjukkan responden kajian berkenaan dengan qudwah hasanah iaitu contoh ikutan yang baik berdasarkan soalan kaji selidik ‘Saya suka membantu rakan-rakan saya tanpa mengharapkan balasan’. Jadual di atas menunjukkan bahawa seramai 26 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 yang sangat setuju mewakili 32.5 peratus. 39 orang pelajar yang bersetuju bersamaan dengan 48.75peratus. 13 orang pelajar yang agak setuju bahawa mereka suka membantu rakan-rakan. 2 orang pelajar tidak suka membantu rakan-rakan tanpa mengharap balasan. Hasil analisis menunjukkan bahawa hanya terdapat minoriti pelajar sahaja yang bersifat negatif dalam pergaulan dengan membantu rakan-rakan. Ini membuktikan ramai pelajar tahfiz MTAS faham hamlah al-Quran sangat perlu menunjukkan contoh ikutan yang baik iaitu membantu rakan-rakan tanpa mengharap balasan. Jadual 5.3.4: Mengambil barang dengan izin Skala likert Jumlah Pelajar Peratus % Sangat Tidak Setuju 42 52.5 Tidak Setuju 31 38.75 Agak Setuju 5 6.25 Setuju 1 1.25 Sangat Setuju 1 1.25 Jumlah 80 100 Sumber: Soal Selidik Jadual 5.3.4 menunjukkan responden kajian berkenaan dengan akhlak pelajar iaitu mengambil barang dengan izin berdasarkan soalan kaji selidik ‘Saya suka pinjam barang-barang rakan saya tanpa meminta kebenaran mereka terlebih dahulu’. Jadual di atas menunjukkan bahawa seramai 42 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 yang sangat tidak setuju mewakili 52.5 peratus. 31 orang pelajar yang tidak bersetuju bersamaan dengan 38.75 peratus. 5 orang agak setuju iaitu suka mengambil barang tanpa izin, seorang setuju dan seorang lagi sangat setuju bahawa mereka suka mengambil barang tanpa izin.

212

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Jadual 5.3.5: Kekerapan Responden Terhadap Memaafkan Skala likert Jumlah Pelajar Peratus % Sangat Tidak Setuju - 0 Tidak Setuju 1 1.25 Agak Setuju 4 5 Setuju 25 31.25 Sangat Setuju 50 62.5 Jumlah 80 100 Sumber: Soal Selidik Jadual 5.3.5 menunjukkan responden kajian berkenaan dengan akhlak sebagai seorang pemaaf berdasarkan soalan kaji selidik ‘Saya suka memaafkan kesalahan rakan-rakan saya’. Jadual di atas menunjukkan bahawa seramai 50 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 yang sangat setuju mewakili 62.5 peratus. 25 orang pelajar yang bersetuju bersamaan dengan 31.25 peratus. 4 orang pelajar yang tidak suka memaafkan kesalahan rakan-rakan dengan jawapan agak setuju, seorang pelajar yang tidak setuju bermakna tidak suka memaafkan kesalahan rakan-rakannya. Hasil analisis menunjukkan bahawa hanya terdapat lima orang sahaja pelajar yang terlibat dengan sikap susah memaafkan orang lain. Jadual 5.3.6: Kekerapan Responden Terhadap Amalan Ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan perempuan) Skala likert Jumlah Pelajar Peratus %

Sangat Tidak Setuju 13 16.25 Tidak Setuju 30 37.5 Agak Setuju 19 23.75 Setuju 11 13.75 Sangat Setuju 7 8.75 Jumlah 80 100 Sumber: Soal Selidik Jadual 5.3.6 menunjukkan responden kajian berkenaan dengan pergaulan antara lelaki dan perempuan di kalangan pelajar tahfiz MTAS berdasarkan soalan kaji selidik ‘Saya tidak kisah untuk bersembang dengan lelaki ajnabi ’. Hasil kajian menunjukkan bahawa seramai 13 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 yang sangat tidak setuju mewakili 16.25 peratus. Ini membuktikan bahawa ramai pelajar MTAS yang menjaga ikhtilat antara lelaki dan perempuan. 30 orang pelajar yang tidak bersetuju dengan peratus 37.5. Pelajar yang agak setuju dan tidak kisah dalam menjaga hubungan antara lelaki dan perempuan adalah seramai 19 orang. Pelajar yang setuju dan tidak kisah tentang hal ikhtilat seramai 11 orang bersamaan 13.75 peratus. Manakala tiada pelajar yang sangat setuju dan tidak kisah langsung tentang ikhtilat seramai 7 orang iaitu 8.75 peratus.

213

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Jadual 5.3.7: Kefahaman Responden Terhadap Kaitan Maksiat dan Hafazan al-Quran Skala likert Jumlah Pelajar Peratus %

Sangat Tidak Setuju 4 5 Tidak Setuju 6 7.5 Agak Setuju 10 12.5 Setuju 10 12.5 Sangat Setuju 50 62.5 Jumlah 80 100 Sumber: Soal Selidik Jadual 5.3.7 menunjukkan responden kajian berkenaan dengan pengetahuan tentang kaitan maksiat boleh menyebabkan hafazan al-Quran hilang pelajar tahfiz MTAS berdasarkan soalan kaji selidik ‘Rancangan televisyen yang berunsurkan maksiat boleh menyebabkan ayat-ayat hafazan saya hilang’. Dapatan kajian menunjukkan bahawa seramai 50 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 yang sangat setuju mewakili 62.5 peratus. Ini membuktikan bahawa ramai pelajar MTAS yang mengetahui bahawa maksiat boleh menghilangkan ayat hafazan al-Quran. 10 orang pelajar yang bersetuju dengan peratus 12.5. Pelajar yang agak setuju bahawa maksiat boleh melupakan pelajar dengan ayat hafazan al-Quran seramai 10 orang. Manakala 6 orang pelajar yang tidak setuju dan 4 orang yang sangat tidak setuju dengan kaitan maksiat boleh melupakan ayat hafazan yang telah dihafaz. Jadual 5.3.8: Kefahaman Responden Terhadap Kaitan Makanan Syubhah dan Pembentukan Peribadi Skala likert Jumlah Pelajar Peratus %

Sangat Tidak Setuju - 0 Tidak Setuju 1 1.25 Agak Setuju - 0 Setuju 14 17.5 Sangat Setuju 65 81.25 Jumlah 80 100 Sumber: Soal Selidik Jadual 5.3.8 menunjukkan responden kajian berkenaan dengan pengetahuan tentang kaitan makanan halal dengan pembentukan peribadi muslim pelajar tahfiz MTAS berdasarkan soalan kaji selidik ‘Saya tahu makanan halal akan membentuk jiwa dan peribadi muslim yang baik ’. Dapatan kajian menunjukkan bahawa seramai 65 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 yang sangat setuju mewakili 81.25 peratus. Ini membuktikan bahawa ramai pelajar MTAS yang menjaga pemakanan mereka. 14 orang pelajar yang bersetuju dengan peratus 17.5. Tiada pelajar yang agak setuju bahawa penjagaan makanan yang tidak halal boleh mempengaruhi pembentukan jiwa dan peribadi muslim. Manakala seorang yang tidak setuju dengan peratus 1.25.

214

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Jadual 5.3.9 Kefahaman Responden Terhadap Kaitan Hafazan al-Quran dengan penjagaan hubungan dengan Allah s.w.t. Skala likert Jumlah Pelajar Peratus %

Sangat Tidak Setuju - 0 Tidak Setuju 1 1.25 Agak Setuju 2 2.5 Setuju 13 16.25 Sangat Setuju 64 80 Jumlah 80 100 Sumber: Soal Selidik Jadual 5.3.9 menunjukkan responden kajian berkenaan dengan pengetahuan tentang kaitan hafazan al-Quran dengan hubungan dengan Allah s.w.t. pelajar tahfiz MTAS berdasarkan soalan kaji selidik ‘Saya tahu menghafaz al-Quran perlu menjaga hubungan dengan Allah s.w.t.. Kesimpulannya jadual di atas menunjukkan bahawa seramai 64 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 yang sangat setuju mewakili 80 peratus. Ini membuktikan bahawa ramai pelajar MTAS yang menjaga hubungan dengan Allah s.w.t. 13 orang pelajar yang bersetuju dengan peratus 16.25. 2 orang pelajar yang agak setuju bahawa menghafaz al-Quran perlu menjaga hubungan dengan Allah s.w.t.. Manakala seorang yang tidak setuju dengan peratus 1.25. Walaupun hasil dapatan menunjukkan bahawa lima belas item dalam konstruk konsep Hamlah al-Quran dari perspektif adab dan akhlak menunjukkan tahap yang baik tetapi masih terdapat segelintir huffaz yang terlibat dengan amalan-amalan yang tidak sewajarnya iaitu seramai 15.0% tidak pasti mempunyai perasaan takut hendak melakukan sifat-sifat mazmumah kerana Allah sentiasa melihat, 2.5% bersetuju bahawa menghisap rokok atau vape adalah merupakan perkara biasa, 11.5% tidak suka mendengar teguran rakan-rakan, 2. 5% tidak minat menghafaz al-Quran kerana tidak suka dengan guru tasmik, 3.75% tidak memelihara akhlak ketika bermua’malah dengan manusia, 21.25% tidak memiliki sifat sabar dan 2.5% tidak suka membantu rakan-rakan tanpa mendapat ganjaran, 2.5% suka pinjam barang-barang rakan tanpa meminta kebenaran mereka terlebih dahulu, 1.25% tidak suka memaafkan kesalahan rakan-rakan, 12.5% ikhtilat antara ajnabi, 12.5% tiada kaitan antara maksiat dengan hafazan al-Quran, 1.25% tiada kaitan pembentukan peribadi dengan pemakanan halal dan 1.25% percaya tiada kaitan pemeliharaan ayat hafazan dengan hubungan dengan Allah. Konsep Hamlah al-Quran dari perspektif adab dan akhlak dapat disimpulkan bahawa sifat-sifat mukmin sejati ialah orang yang beriman, bertaqwa dan berakhlak mulia. Bagi seorang mukmin setiap yang dilaksanakan dalam kehidupan adalah mengikut syariat dan peraturan Allah s.w.t., menjalani kehidupan dalam suasana ibadah dan mendapat keredhaan Allah s.w.t. (Zainora Daud, 2011).

KESIMPULAN Kajian ini menunjukkan aspek konsep Hamlah al-Quran kalangan Huffaz dari perspektif adab dan akhlak berada di tahap yang baik. Walau bagaimanapun pihak yang berwajib perlu memberi perhatian dan mengambil langkah yang sewajarnya apabila dikaitkan dengan pengukuhan hafazan, hanya terdapat 35 peratus pelajar yang berjaya menghafaz juz satu hingga lima sahaja walaupun mereka sudah berada tingkatan empat dan tingkatan lima berbanding dengan 36.25 peratus yang berjaya menghafaz lebih lima

215

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN belas juz. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti Huffaz sangat menitiberatkan dan memahami bahawa terdapat hubungan antara maksiat dengan hafazan al-Quran, kaitan pembentukkan peribadi dengan pemakanan halal serta kaitan antara pemeliharaan ayat hafazan dengan hubungan Allah. Ini bertepatan dengan hasil temubual menunjukkan bahawa penekanan dari segi adab dan akhlak amat diterapkan dalam setiap pelajar tahfiz di MTAS. Bagaimanapun terdapat beberapa aspek konsep Hamlah al-Quran perlu diberi perhatian, walaupun hanya minoriti sahaja yang terlibat dengan akhlak-akhlak mazmumah. Perkara ini perlu diambil perhatian serius kerana dikhuatiri akan menular kepada pelajar-pelajar lain. Ini mungkin disebabkan umur mereka yang masih berada tahap pentarbiyahan serta faktor jadual yang padat dan pengaruh daripada media sosial juga turut memberi kesan kepada sikap para Huffaz.

RUJUKAN Abdul Fattah Al-Qadhi. (2011). Sejarah Kitab al-Quran. Terengganu: Siri Penerbitan Yayasan Islam Abdul Salam Yusof. (2003). Imam Al-Ghazali Pendidikan Berkesan. Selangor: Utusan Publication & Distributar Sdn Bhd. Abdullah Ishak. (1995). Pendidikan Islam dan pengaruhnya di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur, Malaysia Ahmad Bin Abi al-Hawari. (2015). Indeks Kebahagiaan. Majalah Al-Ustaz. Januari. Ahmad Syamil Ikhwan, (2014). Latihan Ilmiah (Pelaksanaan Kaedah Hifz al-Quran: Satu Kajian di Kalangan Pelajar Jabatan Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, KUIS. Al-Bukhari Muhammad bin Ismail bin Ibrahim. 1410H/1937. Sahih. Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi. Beirut. Al-Majidi, ‘Abd al-Salam Maqbal, Talaqqi al-Nabi Alfaz al-Qur’an al-Karim. Cet.per-1, Beirut, Lubnan: Mu’assash al-Risalah, 1421H/2000M. al-Na’imy, Abdullah al-Amin, Kaedah dan Teknik Pengajaran Menurut Ibnu Khaldun dan al- Qabisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1994. al-Nawawi, Mahyudin Abi Zakaria Yahya Syarafin. (1999). Al-Tibyan fi Adab. Beirut-Lubnan. Al-Qaṭṭan, (1996). Manna’, Mabaḥith fi ‘Ulum al-Qur’an. Kaherah: Maktabat Wahbat. Al-Quran Tahfiz As-Sai’diyyah. 2012. http://www.mtas.edu.my/ Al-Shabuni, Muhammad ‘Ali. (1980). Al-Tibyan fi Ulum al-Quran. Makkah al-Mukarramah: Kulliyah al-Syari’ah wa al-Dirasat al-Islamiyyah. Al-Suyūtī, ‘Abd Raḥmān Abī Bakr, Al-Itqān fī ‘Ulūm al-Qur’ān. Jilid 1. Bayrūt: Dār al-Kutub al- Ilmiyyah, 1427H/2006M. Al-Tabrani, Abi al-Qasim Sulaiman bin Ahmad al-Tabrani. Al-Mu’jam al-Kabir, al’Ayn: man ismuhu “Abd Allah (b). Kaherah: Maktabat Ibnu Taimiyyah. Ary, D., Jacobs, L. C. & Razavieh, A. (1996). Introduction To Research In Education. Orlando, Florida: Harcourt Brace College Publishers. Babbie, E. R. (2001). The Practise Of Social Research. Ed. ke-9. USA: Thompson Learning. Berenson, M. L. & Levine, D. M. (1992). Basic Business Statistics: Concepts And Applications. Ed. Ke-5. New Jersey: Prentice Hall.Bhd. Gay, L. R. & Airasian, P. (2003). Educational Research: Competencies For Analysis And Applications. Ed. ke-7. Upper Saddle River, NJ: Pearson Education.

216

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Hamlatul Quran. Beirut-Lubnan. Husin Al-Habsyi. (1990). Kamus al-Khauthar Lengkap. Selangor: Thinkers Library Sdn Ibn Al-Kathir, ‘Imad al-Din Abi al-Fida’ Ismail bin ‘Umar. (2003). Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir. Kaherah: Dar al-Salam. Jil.3. Kamus Dewan. (2005). Ed. ke-4. cet. per-1, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kerlinger, F. (1973). Foundations of Behavioral Research. Ed. ke-2. New York: Holt, Rinehart and Winston. Kerlinger, F. (1986). Foundations of Behavioral Research. Ed. ke-2. New York: Holt, Rinehart and Winston. Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement 30: 607-610. Ma’ahad Tahfiz As-Sai’diyyah. (2012). http://www.mtas.edu.my/ Marohaini Yusoff. (2001). Penyelidikan Kualitatif: Pengalaman Kerja Lapangan Kajian. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Mohd Yusof Ahmad. (2000). Sejarah Dan Kaedah Pendidikan Al-Quran. Kuala Lumpur: Muḥaysin, Muḥammad Salim, (1409H/1989M) .Fi Rihab al-Qur’an al-Karim. Juzu’.1. Beirut: Dar al-Jil. 1 Mukram, Abd al-‘Al Salim. (1996). Al-Qiraat al-Quraniyyah wa Atharuha fi al-Dirasat al- Nahwiyyah. Beirut: Muassasah al-Risalah. Neuman, W. Lawrence. (2006). Social Research Methods. Ed. Ke- 5. New York: Pearson Education Inc. Qabah, ‘Abd Halim bin Muhammad al-Hadi. (1999). Al-Qira’at al-Quraniyyah Tarikhuha, thubutuha, Hujjiyyatuha wa Ahkamuha. Beirut: Dar al-Gharb al-Islami. Sekaran, Uma. (2003). Research Methods for Business. Ed. Ke- 4. New York: John Wiley & Sons, Inc. Sidek Mohd. Noah. (2002). Reka Bentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori Dan Praktis. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Serdang: Perkhidmatan Percetakan FPP. Syahrin Jasah.(2007). Panduan Berkhatam Al-Quran. Kuala Lumpur. Al-Hidayah T.p. Mu’jam al-Wajiz. (1995). Mesir: T.p. Utusan Malaysia Online, Cabaran bergelar Hafiz, 31/8/2010 http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0831&sec=Sabah_%26_Sarawa k&pg=wb_04.htm). Wiersma, W. (2000). Research Methods In Education: An Introduction. Needham Heights: A Division of Simon & Schuster Inc. Zainora Binti Daud. Rosfazila Binti Abd Rahman. 2011. Pengajian Tahfiz di Kalangan Kanak- kanak: Kesan Terhadap Personaliti Ibadah, Satu Tinjauan. Kertas kerja dibentangkan di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 11 dan 12 Oktober, Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya. Zakiah Abdul Hamid. (2004). Kamus al-Ma’rifah. Kuala Lumpur: al-Risalah Produk Sdn.

217

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

METHOD OF AL-QURAN MEMORIZATION REINFORCEMENT SULAIMANIYYAH TECHNIQUE Ustad Ahmet Hilmi Elmas1

ABSTRACT Since the revelation of The Holy Qur’an, there have been two main methods for preservation. The first one is memorization of the verses which ensure the verbal protection. The second method however, is more to ensure the literal protection which is literary composition. Until today, the first method is widely practiced by all over the Muslim world not only to protect the text of The Holy Quran, but also the positive effect of worshipping aspect is highly considered by the Practicers. Undoubtedly the memorization methods vary on different conditions which are very much related to the culture, climate, lifestyle, education system, etc. This study will conduct to uncover one of the methods which were found by early Ottoman Empire Scholars and have been practiced till now in Turkey and many other countries including Malaysia. Keyword : The Holy Quran, memorization, technique

INTRODUCTION During the rule of Ottoman Empire among the Turks and other Middle Eastern nations, there were many kinds of improvements in high education system especially on religious basis. Scholars whom were invited from other Muslim countries to teach in religious schools found out many different methods of improving the religious studies which are now widely used in Islamic Institutes.2 As a result, many different aspects were found and practiced throughout the centuries. Ottoman memorization method was one of these new findings. This method is now largely practiced in Turkey and many other Muslim countries. This method was brought to Malaysia by a couple of Malaysians who studied in Turkey in early 90’s and has been practiced till now.3 “Maa’had Tahfiz Sulaimaniyyah Malaysia” is the first private religious school which uses this method in six branches with offering higher education including three years education in Turkey. MTS Malaysia provides a full memorization program by using Ottoman method which approximately takes 2 years. As students go on their higher education for another 4 years, they were asked to repeat the verses on daily basis which allow them to recall and reinforce their memorization for a lifetime.

OTTOMAN MEMORIZATION METHOD Memorizing The Holy Quran was one of the subjects that the Ottoman Scholars studied on. As it had many challenges during the memorization, they came to understand that changing the mindset would affect the student positively. There are some terms special terms which will be explained below shortly.

1 Director Maa’had Tahfiz Sulaimaniyyah, Malaysia. 2 Karacam, Ismail, Kur’an-i Kerim’in Faziletleri ve Okuma Kaideleri [The Benefits and the rules of reading The Holy Quran], Istanbul 1996 3 Sedek Ariffin, Mustafa Abdullah, Khadher Ahmad, Implementation of Othman Method on memorization The Quran: A Study in Sulaimaniyyah Institute Malaysia, 2015

218 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

 Division of The Holy Qur’an Rather than saying 606 pages which usually put extra pressure over the student, “20 pages of 30 Juzu” term was used. In another words, The Holy Quran was divided to 30 pieces which would allow students to absorb easier and stronger than the usual.  Preparation for Memorization In preparation for memorizing The Holy Qur’an, Students are given some time to know The Holy Qur’an and to understand the value of being a “Hafiz\Hafizah”. Many experiments showed that the more time is given to the student in this Era, the faster he memorizes during the Memorization Era. This Era called Pra-Tahfiz where students are not allowed to memorize but read and repeat until they become familiar with the words and the Arabic alphabet. Usually it takes 5-6 Months to be ready for memorization but depending on the capacity of the student, sometimes it reaches to 10 months to start. In this Era, students are also taught the basics of Islam including how to love and respect The Holy Quran which might affect their studies during the memorization. Especially students who are not really concentrating with the value of memorization are kindly asked to quit as it is a high responsibility for a teacher to allow a student become “Hafiz\Hafizah”.  Memorization Technique After the right preparation of the student, he is asked to memorize the 20th page of 30th Juzu’ and recite in front of his teacher. After reciting he is asked to go on memorizing 20th page of 29th Juzu’. This method goes till to 20th page of the first Juzu’. After finishing 30 pages from 30 Juzu’ it is called “The first round”. In second round, The student is asked to memorize 19th page of 30th Juzu and recite in front of his teacher with the 20th page of the same Juzu’ that he had memorized one month ago. At the end of the second round, he would be able to recite 2 pages from every single Juzu’. These rounds go till to 20th round which means he already memorized 20 pages from 30 Juzu’. Every 5 rounds, he is asked to repeat only the pages he memorized before in order to strengthen his memorization. After finishing the rounds he is asked to recite 1 Juzu’ for one day. After this round he is asked to recite 2 Juzu’ for one day which will end in 15 days. Students were asked to add more Juzu’ in each round so that they would repeat every page at least 120 to 150 times during this 2 years. In the final, they are asked to sit and recite the whole Qur’an in one day which will be witnessed by 3 teachers. If the recitation is successful they will be given “Syahadah” which recognizes them as a “Hafiz\Hafizah”.  Reinforcement technique As it is explained above, this system is based on repetition which reinforces the memorization. In addition to this, students are asked to recite 1 Juzu’ in front of their teacher every day for another 4 years. In another word, during their study in MTS Malaysia, They were never let to close The Holy Quran even for one day which might affect their memorization very quickly. Another technique which is widely used by MTS Malaysia is the recitation of the verses in Taraweh Prayers during The Holy Month of Ramadan. Students who became

219 MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

“Hafiz” were asked to lead the Prayers by reciting at least one page for each “Rakaat” which gives them the opportunity to finish The Holy Quran in one month and strengthen their memorization.

CONCLUSION As a result from this study, Ottoman memorization method could be used as it has many privileges especially in terms of reinforcing the memorization. Indeed this method also contains negativities. However in Malaysia for last 6 years, MTS Malaysia succeeded in implementing this method in 6 branches and graduated more than 150 students whom are still working as Teachers, Preachers and Imams all over the Country. Moreover, by applying this method, students are given a bright calendar of memorizing which shows them when they will finish and become “Hafiz\Hafizah”. By knowing when to finish, students will no longer face the biggest enemy of them which is “lack of optimism”.

REFERENCES The Holy Quran Elmalili, Mehmed Hamdi Yazir, Hak Dini Kur’an Dili [The Commentary of The Holy Quran, Istanbul 1942 .Ozcan, Tahsin, Osmanlilar [The Ottamans] Istanbul 2007 Demirci, Mustafa, Kur’an Tarihi [The History of The Holy Qur’an], Istanbul 1997 Karacam, Ismail, Kur’an-i Kerim’in Faziletleri ve Okuma Kaideleri [The Benefits and the rules of reading The Holy Quran], Istanbul 1996 Bayraktar, Faruk, Islam Egitiminde Ogretmen ve Ogrenci Munasebetleri [The relationship between Teacher and Student in Islamic Education], Istanbul 1989 Sahin, Hatice, Baslangicindan Gunumuze Kadar Islam Cografyasinda Hafizlik Tedrisati [Since the beginning until now the education of memorizing The Holy Qur’an in the Muslim World], Samsun 2015 Sedek Ariffin, Mustafa Abdullah, Khadher Ahmad, Implementation of Othman Method on memorization The Quran: A Study in Sulaimaniyyah Institute Malaysia, 2015

220