Bil. 15 Rabu 28 Julai 2010

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA

PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KEDUA

K A N D U N G A N

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1)

USUL-USUL: Rancangan Kesepuluh (2011-2015) (Halaman 17) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 26) Meminda Susunan Aturan Urusan Mesyuarat (Halaman 27)

Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2010 DN.28.7.2010 i

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Armani binti Haji Mahiruddin (Sabah) 3. “ Dato’ Haji Abdul Rahim bin Abdul Rahman (Dilantik) 4. “ Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar (Dilantik) 5. “ Dato’ Haji Abdul Rashid bin Ngah (Dilantik) 6. “ Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop (Johor) 7. “ Tuan Ahmad bin Hussin (Perlis) 8. “ Tuan Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim (Kelantan) 9. “ Datuk Akbar bin Ali (Melaka) 10. “ Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri Luar Negeri I 11. “ Tan Sri Amirsham bin A. Aziz (Dilantik) 12. “ Dato’ Dr. Awang Adek Hussin (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri Kewangan II 13. “ Dato’ Azian bin Osman (Perak) 14. “ Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad (Dilantik) 15. “ Datuk Chandrasekar Suppiah (Dilantik) 16. “ Dato’ Daljit Singh Dalliwal (Dilantik) 17. “ Puan Doris Sophia ak Brodi (Dilantik) 18. “ Tuan Ng Fook Heng (Pahang) 19. “ Dato Sri Empiang Jabu (Sarawak) 20. “ Puan Hajah Fatimah binti Hamat (Terengganu) 21. “ Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah (Dilantik) 22. “ Puan Heng Seai Kie (Perak) – Senator – Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan II 23. “ Dato’ Haji Idris bin Haji Buang (Sarawak) 24. “ Dato’ Sri Idris Jala (Dilantik) – Senator – Menteri di Jabatan Perdana Menteri 25. “ Mejar Jeneral (B) Dato’ Jamil Khir bin Baharom (Dilantik) – Senator – Menteri di Jabatan Perdana Menteri 26. “ Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin (Dilantik) 27. “ Dato’ Haji Kamarudin bin Haji Ambok (Dilantik) 28. “ Tuan Khoo Soo Seang (Johor) 29. “ Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon (Dilantik) – Senator – Menteri di Jabatan Perdana Menteri 30. “ Tuan Lee Cheam Choon (Melaka) 31. “ Datuk Maijol bin Mahap (Sabah) 32. “ Dr. Malasingam a/l Muthukumaru (Dilantik) ii DN.28.7.2010

33. Yang Berhormat Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 34. “ Dato’ Maznah binti Mazlan (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri Sumber Manusia 35. “ Tuan Mohamed Ezam bin Mohd. Nor (Dilantik) 36. “ Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah (Negeri Sembilan) 37. “ Dato’ Sri Dr. Mohd. Effendi bin Norwawi (Dilantik) 38. “ Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad (Perlis) 39. “ Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin (Kedah) 40. “ Tuan Muhammad Olian bin Abdullah (Dilantik) 41. “ Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi (Kelantan) 42. “ Dato’ Murugiah a/l Thopasamy (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 43. “ Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir (Dilantik) 44. “ Tuan Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff (Pulau Pinang) 45. “ Datin Paduka Datuk Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn (Dilantik) 46. “ Puan Hajah Noriah binti Mahat (Dilantik) 47. “ Dato’ Palanivel a/l K. Govindasamy (Dilantik) 48. “ Tuan Pau Chiong Ung (Dilantik) 49. “ Datuk Paul Kong Sing Chu (Dilantik) 50. “ Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin (Dilantik) – Senator – Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar 51. “ Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah (Selangor) 52. “ Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid (W.P. Kuala Lumpur) 53. “ Datuk Haji Roslan bin Awang Chik (Dilantik) 54. “ Dato’ Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed (Dilantik) 55. “ Dato Sri Shahrizat binti Abdul Jalil (W.P. Putrajaya) – Senator – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (PS) 56. ” Tuan Haji Shamsudin bin Mehat (Dilantik) 57. “ Datuk Sim Kheng Hui (Dilantik) 58. “ Dr. Syed Husin Ali (Selangor) 59. “ Tan Sri Datuk Tee Hock Seng (Dilantik) 60. “ Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim (Pulau Pinang) 61. “ Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram (Dilantik)) 62. “ Datuk Hajah Wan Hazani binti Haji Wan Mohd. Nor (Dilantik) 63. “ Dato’ Wong Siong Hwee (Dilantik) 64. “ Dato’ Dr. Yeow Chai Thiam (Negeri Sembilan) 65. “ Puan Hajah Zainun binti A. Bakar (Terengganu) 66. “ Dato’ Zaitun binti Mat (Pahang) DN.28.7.2010 iii

67. Yang Berhormat Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf (Kedah)

iv DN.28.7.2010

DEWAN NEGARA

Ketua Pentadbir Parlimen Datuk Kamaruddin Mohamed Baria

Setiausaha Dewan Negara Datuk Zamani bin Haji Sulaiman

PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI ( HANSARD ) Azhari bin Hamzah Monarita binti Mohd Hassan Rosna binti Bujairomi

Supiah binti Dewak Sarimah binti Haji Amran Hadzirah binti Ibrahim Nurziana binti Ismail Suriyani binti Mohd. Noh Aisyah binti Razki Yoogeswari a/p Muniandy Nor Liyana binti Ahmad Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Mohd. Shahrul Hafiz bin Yahaya Mulyati binti Kamarudin Ganesan a/l Nanthan

Nor Hamizah binti Haji Hassan Azmir bin Mohd Salleh Nur Nazihah binti Mohd. Nazir Noraidah binti Manaf Nurul Farihah binti Mohd. Isa Mohd. Fairus bin Mohd. Padzil Mohd. Zaidi bin Mahmood Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Hazrul bin Sharif Nurul Aishah binti Sha’arin Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib Farah Asyraf binti Khairul Anuar DN.28.7.2010 1

MALAYSIA DEWAN NEGARA Rabu, 28 Julai 2010 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat ]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato’ Azian bin Osman minta Menteri Pelajaran menyatakan, jumlah kes pelajar perempuan yang didapati mengandung luar nikah dan mengapakah wujudnya masalah sosial ini lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar. Timbalan Menteri Pelajaran II [Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi]: Tuan Yang di-Pertua, mengikut data Kementerian Pelajaran Malaysia menunjukkan daripada tahun 2006 hingga 2010 iaitu dalam tempoh lima tahun, terdapat sebanyak 21 kes murid yang mengandung luar nikah dan bersalin iaitu lebih kurang 0.0018 peratus dalam tempoh lima tahun tersebut. Kesemua kes ini dikumpulkan berdasarkan sumber daripada laporan akhbar Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat. Data telah menunjukkan daripada 21 kes yang dilaporkan, 12 kes berlaku di sekolah luar bandar dan sembilan di sekolah kawasan bandar. Siasatan yang telah dilakukan menunjukkan 20 kes adalah berdasarkan suka sama suka dan berlaku dalam kawasan perumahan masing-masing. Manakala satu kes melibatkan jenayah rogol. Pihak KPM melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah banyak mengadakan program penerangan mengenai seksualiti perhubungan antara lelaki dan perempuan serta adab dan tatacara berkawan. KPM dengan kerjasama beberapa NGO telah merancang dan melaksanakan beberapa program yang menjuruskan murid lelaki dan perempuan. Berikrar secara bertulis setelah tamat program untuk mempertahankan diri sehingga malam pengantin. Program ini akan dikembangkan ke sekolah-sekolah lain termasuk latihan khas untuk guru bimbingan dan kaunseling. Setakat ini program tersebut telah berjaya dijalankan dengan kerjasama pihak NGO. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kebanyakan kes ini berlaku atas naluri kedewasaan murid di samping mendapat kebebasan keterlaluan daripada keluarga. Sebahagian kejadian berlaku di rumah sendiri sebagaimana pengakuan daripada murid yang terlibat sama ada di rumah murid perempuan tersebut, di rumah kawan mahupun di rumah pasangan mereka. Selain daripada usaha pihak sekolah, keluarga perlu lebih prihatin dengan perhubungan anak-anak mereka terutama kegiatan dengan orang-orang yang rapat dengan anak-anak. Perubahan harian anak-anak juga perlu diikuti dan diawasi. Terima kasih. Dato’ Azian bin Osman: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Timbalan Menteri yang menjawab soalan. Soalan tambahan saya apabila perkara ini berlaku, apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian Pelajaran terhadap murid-murid ini dan adakah di dalam mengambil tindakan itu diambil kira pula masa hadapan anak murid ini dalam pelajaran mereka. Sekian terima kasih. Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Terima kasih Yang Berhormat. Mengikut Akta Pendidikan 1966, kita tidak boleh membuang pelajar-pelajar ini. Apa yang kita lakukan ialah kita akan memberi nasihat kepada pelajar-pelajar ini untuk bercuti sehingga mereka bersalin dan selepas itu mereka dibenarkan kembali ke sekolah untuk meneruskan pelajaran mereka. Sekiranya mereka ini sudah mendaftar peperiksaan mereka boleh mengambil peperiksaan tetapi, ada sesetengah daripada pelajar ini, kita tidak tahu dia mengandung. 2 DN.28.7.2010

Sebab itu kadang-kadang dia melahirkan anak di tandas dan sebagainya, sebab biasanya pelajar ini kalau dia badan kecil, maka tidak nampak dia mengandung tetapi, dalam kes yang kita ketahui, kita akan menasihatkan dia untuk bercuti terlebih dahulu untuk mengelakkan kesan kepada pelajar-pelajar ataupun rakan-rakan dalam bilik darjah yang sama, mereka dibenarkan kembali menyambung persekolahan selepas daripada itu. Terima kasih. Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, kalau berdasarkan kepada jumlah tadi 0.0018 peratus merupakan angka yang kecil. Akan tetapi data ini dikeluarkan oleh Parlimen pada tahun 2009 terdapat 257,411 orang anak luar nikah yang didaftarkan di Malaysia. Ini menunjukkan kesan kegagalan kerajaan mendidik anak-anak muda kita di peringkat persekolahan sehingga mereka apabila keluar sekolah mereka terlibat dengan gejala seks bebas. Jadi saya hendak tanya, apakah tindakan yang akan dibuat oleh pihak kementerian bagi mengkaji semula sistem pendidikan kita agar gejala sosial ini tidak berlaku walaupun mereka, katakanlah ikrar sehingga malam pengantin, selepas sekolah itu sebelum sampai ke pengantin itu macam mana kita hendak bagi effect kepada pihak pelajar? Terima kasih. ■1010 Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi: Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tersebut. Pertama saya perlu jelaskan di sini bahawa yang penting tadi ialah untuk mencari apa yang salah, bukan siapa yang salah. Kalau hendak cari siapa yang salah, itulah tuduh kerajaan sahaja tetapi bagaimana ibu bapa, bagaimana masyarakat, bagaimana badan- badan dakwah dan sebagainya. Mereka juga berperanan dalam soal seperti ini. Sebab itu saya kata bahawa dalam tindakan Kementerian Pelajaran, kita memang memperkenalkan pendidikan kesihatan reproduktif dan juga sosial. Iaitu di mana pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial ini diajar melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani ataupun merentasi kurikulum seperti subjek Bahasa, subjek Moral, subjek Agama Islam, Pendidikan Islam, Biologi, Sains Tambahan dan Sains. Maka dalam pendidikan reproduktif dan sosial ini, memang kita memasukkan perkara-perkara yang berkaitan dengan seksualiti dan sebagainya – hubungan kekeluargaan, mementingkan hubungan seks selepas hanya berkahwin. Semua ini diajar sebenarnya. Oleh itu, pada saya peranan ibu bapa juga penting di dalam hubungan dengan anak, memberikan penjelasan tentang isu-isu seksualiti ini supaya anak-anak ini lebih terbuka. Apabila parent mereka sendiri menjelaskan perkara ini, maka saya fikir ini membantu supaya anak-anak ini faham tentang bahayanya seks sebelum perkahwinan, betapa pentingnya menghargai institusi kekeluargaan iaitu seks hanya selepas mereka berkahwin dengan sah. Ini yang penting sebenarnya. Sebab itu pada saya apabila timbul tekanan, pandangan daripada pelbagai pihak bahawa kita perlu memasukkan mata pelajaran seks, sebenarnya sudah ada dalam pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial ini yang kita ajar melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan merentasi kurikulum tadi. Terima kasih.

2. Datuk Akbar bin Ali minta Perdana Menteri menyatakan, apakah faktor-faktor yang menyebabkan nilai aset FELDA dilaporkan merosot hampir RM3 bilion bagi tempoh lima tahun yang lalu dan apakah tindakan yang bersesuaian telah diambil ke atas mereka yang terlibat. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kedudukan tunai FELDA – bukan kedudukan nilai aset FELDA sebagaimana yang ditanyakan, kedudukan tunai FELDA pada 31 Disember 2004 adalah sebanyak RM4.08 bilion dan berkurang kepada RM1.35 bilion pada 31 Disember 2009. Penurunan ini adalah disebabkan oleh perbelanjaan yang dibelanjakan sejak tahun 2004 hingga tahun 2009 dan bukan kita songlap duit itu. Angka tunai ini tidak termasuk nilai saham kira-kira RM4 bilion.

DN.28.7.2010 3

Komponen terbesar perbelanjaan yang dikeluarkan FELDA dalam tempoh lima tahun ialah membiayai program pembangunan tanam semula kebun peneroka. Ia melibatkan pembiayaan sara hidup RM1,000 ke RM1,300 untuk 10 ekar sebulan bagi seramai 17,705 peneroka, manakala pembiayaan pendahuluan hasil RM1,400 ke RM1,500 untuk sepuluh ekar sebulan membabitkan seramai 38,058 peneroka. Pembiayaan ini termasuk juga kos tanam semula yang dianggarkan RM2,630 seekar bagi kawasan seluas 37,302 ekar. Keseluruhan kos yang telah dikeluarkan bagi tanam semula ini adalah berjumlah RM2.42 bilion. Selain daripada itu, perbelanjaan adalah bagi tujuan berkaitan peneroka dan generasi baru membabitkan jumlah RM2.41 bilion. Perbelanjaan ini membabitkan aktiviti sosioekonomi, latihan kemahiran, bayaran bonus insentif produktiviti, pinjaman saham koperasi permodalan FELDA KPF, sumbangan hari raya, tuntutan insurans dan aktiviti kebajikan. Kesemua perbelanjaan ini diberi bagi membantu kewangan peneroka di samping sebagai galakan untuk membangunkan tanah rancangan. Sejumlah RM603 juta telah dikeluarkan kepada 19,546 peneroka bagi pinjaman pembesaran rumah. Nilai jumlah maksimum yang dikeluarkan kepada peneroka adalah RM40,000 sebuah rumah untuk membesarkan rumah, di samping meningkatkan kualiti hidup. Pinjaman yang dikeluarkan ini tidak dikenakan sebarang riba’ dan dikenakan bayaran balik bagi tempoh 20 tahun. Selain itu, bagi membantu Kerajaan Negeri Sabah, FELDA telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM269 juta bagi membiayai program pembasmian kemiskinan rakyat di Sabah. Tuntutan ini adalah sebahagian daripada keuntungan ladang FELDA di Sabah. Untuk membantu menyelesaikan masalah air di FELDA kawasan Pahang pula, FELDA telah mengeluarkan peruntukan sebanyak RM220 juta. Perumahan Warga FELDA (PWF) diwujudkan sebagai usaha membantu generasi FELDA untuk memiliki rumah. Bagi melaksanakan program ini, sejumlah RM134 juta telah digunakan. Lima projek PWF fasa pertama ini berkonsepkan rumah mampu milik di mana ia ditawarkan dengan harga RM35,000 bagi rumah kos rendah dan RM65,000 bagi rumah kos sederhana rendah. Kos prasarana dibiayai oleh FELDA di mana setiap unit rumah melibatkan subsidi kira-kira RM20,000 yang ditanggung oleh FELDA. Untuk membiayai pembinaan Menara FELDA di hadapan KLCC, sebanyak RM662 juta telah diperuntukkan. Ketika dimuktamadkan, harga pada tahun 2008 ialah RM930 sekaki persegi. Menara itu sekarang ini sudah separuh siap dan nilai sekaki persegi telah meningkat sekitar RM1,400. Walaupun dilihat tunai FELDA berkurangan daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion pada tahun 2005, namun begitu FELDA mempunyai aset semasa dan aset tetap yang telah melonjak dalam tarikh yang sama sebanyak RM6.2 bilion iaitu daripada RM9.17 bilion pada tahun 2004 kepada RM15.37 bilion pada tahun 2009. Terima kasih. Datuk Akbar bin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada dua soalan Yang Berhormat. Satu, saya dengar tadi perbelanjaan juga digunakan untuk pembangunan semula termasuk menanam semula. Saya difahamkan para peneroka telah pun awal-awal lagi sebahagian daripada bayaran mereka dipotong dan sudah tentulah potongan ini mungkin bertujuan untuk menanam semula. Mengapakah ia dimasukkan dalam perbelanjaan FELDA? Kedua, ada kemungkinankah mudah tunai ini digunakan sebahagiannya untuk menampung kerugian di mana-mana dalam FELDA termasuk anak syarikat jika ada, contohnya Global Ventures yang dilaporkan kerugian kira-kira RM250 juta? Mohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih. Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Setiap peneroka dipotong RM4 seekar untuk setiap bulan selama 20 tahun dan jumlahnya ialah RM9,600 untuk seorang peneroka bagi tujuan tanam semula tetapi, RM9,600 ini, itu adalah anggaran waktu dahulu. Sekarang ini tanam semula untuk seekar sebagaimana saya sebut tadi ialah RM2,630. Untuk tanam semula sepuluh ekar bersamaan RM26,300 dan yang kita kutip daripada peneroka ialah RM9,600. Bakinya itu ditanggung oleh FELDA. Paling murah 4 DN.28.7.2010 tanam semula ini ialah RM17,000 untuk sepuluh ekar. Itu pun ada peneroka yang tidak membayar penuh RM9,600 itu. Pelbagai alasan diberikan apabila kita hendak kutip RM4 sebulan seekar itu. Ada yang mengatakan – yalah, tidak cukup duit dan sebagainya. Jadi kadang-kadang ada peneroka bayar RM8,000, ada peneroka bayar RM7,000, ada peneroka bayar RM9,000. Tidak penuh bayarannya. Oleh kerana itu kita memerlukan satu dana yang besar. Waktu mula-mula kita memikirkan tentang dana tanam semula ini, tidak pernah kita terfikir untuk melaksanakan apa yang dipanggil sebagai pendahuluan hasil dan juga elaun sara hidup. Tuan Yang di- Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau pokok sawit ini ditebang, pokok getah ditebang, peneroka hendak makan apa? Mereka tidak ada pendapatan. Oleh kerana itu, kita beri apa yang disebut sebagai sara hidup RM1,000 ke RM1,500 sebulan. Itu tidak termasuk dalam potongan RM4 itu. Jadi sebab itu banyak kewangan perlu kita gunakan sebanyak RM2.41 bilion untuk tujuan tanam semula dan juga pendahuluan hasil serta apa yang kita sebut sebagai pinjaman sara hidup itu. ■1020 Kita ada 86 anak syarikat di bawah FELDA Holding, FGVH iaitu FELDA Global Ventures Holdings. Majoriti daripada syarikat-syarikat berkaitan itu adalah untung. Ada satu dua yang kita hadapi sedikit masalah. Sebagai contoh, angka yang disebut oleh Yang Berhormat tadi tidak tepat. Sebagai contoh, di Boston apa yang kita buat di sana ialah untuk mewujudkan sebuah kilang oleo-chemical yang terbesar. Kita mempunyai peluang untuk meneroka pasaran oleo-chemical di Amerika Utara. Kilang itu di Boston dan kilang itu memang menghadapi sedikit masalah tetapi kita positif terhadap pelaburan itu kerana pelaburan itu ialah pelaburan jangka panjang. Mana kita terus buat kilang terus untung ya Ahli-Ahli Yang Berhormat. Ia adalah pelaburan jangka panjang dan yang penting hasil sawit pada satu masa ketika nanti kalau negara lain tidak hendak beli, kita hantar ke kilang kita di Boston. Seterusnya kita boleh menembusi pasaran itu untuk Amerika Syarikat dan juga Kanada. Itu adalah pandangan jauh pihak FELDA apabila kita melaksanakan pelaburan itu. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, tambahan Yang Berhormat Tuan Ahmad Hussin. Tuan Ahmad bin Hussin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Timbalan Menteri. Saya cuma hendak tanya soalan disebabkan berita sensasi mengatakan FELDA muflis. Ini menjejaskan nama Kerajaan Barisan Nasional. Soalan saya, berapakah pendapatan minimum sebulan yang FELDA dapat berikan kepada peneroka-peneroka FELDA dewasa ini? Kedua, bilakah agaknya seluruh warga FELDA akan mendapat hak milik kekal iaitu geran tanah di bawah ... [Disampuk] Saya hendak bila agaknya semua mendapat hak milik tidak boleh disangkal iaitu bila ada geran, dia rasa confident, dia yakin, dia akan menyokong kerajaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Tuduhan FELDA bankrap. Orang yang menuduh itu ialah bankrap idea tuan-tuan. Kita tidak bankrap insya-Allah , FELDA tidak bankrap. Saya pernah menyebut kalau pun diracun semua sekali pokok sawit kerana pembangkang marah sangat dekat FELDA ini. Insya-Allah kita tidak bankrap lagi sebab kita ada banyak tanah. Kita ada 330,000 hektar tanah dan nilaian itu tidak dinilai dengan harga semasa. Setakat ini aset FELDA lebih daripada RM15,000 juta. Net asset, aset bersih FELDA RM12.2 bilion, net asset. Jadi kalau ada RM12.2 bilion tidak akan kita boleh bankrap. Satu lagi sebagaimana saya sebut dalam laporan sehari dua ini, FELDA membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri RM1.3 bilion dan berpuluh-puluh juta lagi kita bayar zakat. Pendapatan minimum satu-satunya organisasi di Malaysia yang ada skim pendapatan minimum ialah FELDA. Tidak ada agensi lain yang meletakkan pendapatan minimum kepada orang-orang di bawah mereka. Agensi di bawah mereka tidak ada berikan pendapatan minimum kecuali FELDA iaitu RM1,000 sekurang-kurangnya guaranteed income, dengan izin, dalam masa sebulan, RM1,000 sebulan. DN.28.7.2010 5

Sekarang ini pendapatan pelbagai. Ada purata RM2,500, ada purata RM3,000 pendapatan bergantung kepada umur kelapa sawit mereka masing-masing. Kemudian mengenai hak milik. Saya hendak maklumkan bahawa 70 peratus daripada 112,635 warga peneroka ini telah mendapat hak milik. Di bawah Menteri FELDA, Perdana Menteri sebagai Menteri FELDA, saya membantu. Dahulu nama hanya kepada peneroka, hak milik, sekarang ini isteri peneroka pun kita letakkan nama. Ini ada satu pembaharuan kerana usaha dibuat bukan hanya apabila masuk dalam rancangan itu bukan hanya suami. Dia bersama dengan isteri dan anak-anak, oleh kerana itu nama ada dua. Ini satu perkara yang berita gembira untuk para wanita khasnya penerokawati. Kita juga akan terus membantu, ada 1.6 juta generasi baru FELDA ini 1.6 juta generasi baru yang terdiri daripada anak dan cucu yang ada bertebaran di seluruh negara dan kita akan terus membantu. Bukan hanya peneroka FELDA tetapi juga generasi baru ini. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat jawapan begitu jelas, dan amat menerangkan.

3. Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta Menteri Luar Negeri menyatakan, pendirian kerajaan terhadap cadangan menyatukan semua penuntut ASEAN terhadap Spratly di bawah Kumpulan Spratly Asia Tenggara supaya menggunakan satu entiti untuk berunding dengan negara China dalam masalah pertikaian kedaulatan. Pernahkah pihak TLDM menjejaki kapal perang/penguat kuasa China memasuki kawasan EEZ Malaysia tanpa notis. Timbalan Menteri Luar Negeri I [Tuan A. Kohilan Pillay a.l G. Appu]: Tuan Yang di-Pertua terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Mulia Senator Tunku Abdul Aziz di atas soalan yang dikemukakan. Seperti yang telah dimaklumkan di dalam Dewan mulia ini sebelum ini wujud tuntutan bertindih di kawasan maritim dan tuntutan bertindih ke atas ciri-ciri geografi di atas maritim seperti Pulau Terumbu dan sebagainya yang terletak di Laut China Selatan. Tuntutan bertindih di Laut China Selatan ini melibatkan Malaysia, Vietnam, Brunei Darussalam, Filipina dan Republik Rakyat China. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Republik Rakyat China menuntut keseluruhan Laut China Selatan termasuklah Kepulauan Spratly. Seperti yang telah dimaklumkan di dalam Dewan yang mulia ini, isu berhubung tuntutan ke atas pulau-pulau iaitu Terumbu dan kawasan maritim ini ditangani berasaskan kepada semangat dan aspirasi yang terkandung dalam Declaration on the Conduct of Parties in the South China Sea (DOC) yang ditandatangani pada 4 November 2002 antara negara-negara ASEAN dan Republik Rakyat China. Melalui deklarasi ini pihak-pihak yang mempunyai tuntutan bertindih di Laut China Selatan bertekad untuk menyelesaikan pertelingkahan dan perbalahan berhubung tuntutan wilayah maritim bertindih di Laut China Selatan secara damai. Melalui jalan perundingan tanpa menggunakan kekerasan ataupun ugutan. Dalam masa yang sama usaha-usaha juga telah diambil untuk membina keyakinan di antara negara-negara yang terlibat. Dalam hal ini sukacita saya ingin memaklumkan perbincangan sedang dijalankan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti kerjasama di bawah kerangka DOC bagi meningkatkan keyakinan dan mengelakkan ketegangan di kawasan Laut China Selatan. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia sentiasa peka dengan isu-isu yang melibatkan tuntutan bertindih ke atas pulau-pulau dan Wilayah Malaysia. Usaha-usaha sentiasa dilaksanakan demi mengukuhkan tuntutan Malaysia ke atas ciri-ciri geografi di dalam maritim berkenaan. Malaysia percaya penyelesaian kepada isu tuntutan bertindih boleh dicapai melalui perbincangan secara damai tanpa menggunakan kekerasan. Dalam hal ini Malaysia sentiasa mewujudkan rundingan dua hala dengan negara- negara jiran bagi membataskan sempadan maritim. Malaysia berpendirian bahawa tuntutan bertindih wajar diselesaikan secara rundingan dua hala dan rujukan kepada pihak ketiga seperti Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atau Tribunal Timbang Tara adalah opsyen 6 DN.28.7.2010 terakhir di dalam mencapai penyelesaiannya. Dalam masa yang sama Malaysia juga sentiasa mengambil kira perkembangan semasa yang berlaku. Pada masa ini Malaysia berpandangan bahawa isu tuntutan bertindih di Laut China Selatan wajar diselesaikan secara dua hala atau pelbagai hala dan hanya melibatkan negara-negara yang mempunyai tuntutan bertindih. Pada masa ini tiada sebarang cadangan dari mana-mana negara ASEAN yang mempunyai tuntutan bertindih untuk bergabung sebagai satu entiti dan berunding dengan Republik Rakyat China. ■1030 Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan isu sama ada pihak Tentera Laut Diraja Malaysia menjejaki kapal perang penguat kuasa republik rakyat China yang memasuki kawasan Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia tanpa notis, sukacita saya ingin maklumkan bahawa Malaysia menjalankan rondaan dan pengawasan secara berterusan di kawasan maritim yang dituntut di Laut China Selatan. Dalam masa yang sama, peruntukan undang-undang antarabangsa membolehkan kapal-kapal belayar di lautan di bawah prinsip freedom of navigation tanpa perlu memohon kebenaran sesebuah negara berpantai. Dalam masa yang sama, kapal-kapal yang menjalankan aktiviti yang bercanggah dengan prinsip navigation seperti menjalankan kajian saintifik marin dan sebagainya di dalam Zon Ekonomi Eksklusif di Malaysia akan diambil tindakan sewajarnya. Dalam hal ini, sukacita saya maklumkan bahawa pihak Tentera Laut Diraja Malaysia sentiasa memantau aktiviti-aktiviti kapal perang negara-negara luar di kawasan maritim Malaysia di Laut China Selatan. Sekian. Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana jawapannya. Soalan tambahan saya, adakah Malaysia dan negara China membuat apa-apa perjanjian? Kalau ada, bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri terangkan the main points dengan izin perjanjian ini. Perjanjian yang mengandungi kita kata dalam bahasa Inggeris, rules of engagement dengan izin. Terima kasih. Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu: Tuan Yang di-Pertua, sepertimana dikatakan tadi iaitu negara-negara ASEAN telah bermesyuarat bersama dengan republik rakyat China di mana bersetuju untuk menyelesaikan isu ini secara yang terbaik. Kalau kita lihat, negara China memang menutup keseluruhan Laut China Selatan sebagai milik mereka. Namun Malaysia, kita mempunyai pendekatan yang berlainan iaitu kita menggunakan kaedah 200 batu nautika dari base line – menganggap itu adalah sempadan kita. Jadi memang wujud pertindihan di antara negara China, negara Malaysia dan juga negara-negara jiran yang berpantai. Kalau kita lihat sebenarnya terdapat lebih kurang – sekelilingnya terdapat lebih dari seratus buah pulau. Namun yang terdapat di dalam kawasan bertindih adalah tidak begitu banyak. Namun kita membenarkan kesemua negara ini mengusahakan bersama, mengkomersialkan bersama pulau-pulau ini. Jadi itulah pendekatan yang kita gunakan iaitu untuk menyelesaikan melalui perbincangan dua hala. Sekian. Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertanyaan tambahan saya, mengapakah apabila wujudnya isu-isu maritim ataupun persempadanan, ia tidak dirujuk kepada Parlimen dan apakah kita pernah menerima ataupun mengesan kapal-kapal perang dari negara-negara lain memasuki kawasan EEZ? Terima kasih. Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kalau kita lihat, apa yang kita lakukan ialah di mana ia tidak – saya boleh kata sebagai apa yang kita lakukan ini tidak bercanggah dengan apa yang terdapat dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Artikel 2 di mana Perlembagaan Persekutuan ini menyatakan Parlimen boleh DN.28.7.2010 7 dengan undang-undang dilibatkan apabila kita memasukkan negeri-negeri lain dalam Persekutuan. Kedua, mengubah sempadan negeri-negeri berkenaan tetapi, undang-undang yang menggubah sempadan sesuatu negeri tidak boleh diluluskan tanpa kebenaran dari negeri dan Majlis Raja-Raja Melayu. Bagi isu maritim, keputusannya adalah di mana kuasanya adalah terletak di bawah Kerajaan Persekutuan sepenuhnya dan tidak perlu merujuk perkara ini kepada negeri ataupun kepada Parlimen. Sekian.

4. Dato’ Daljit Singh Dalliwal minta Menteri Kesihatan menyatakan, jumlah subsidi kos rawatan untuk setiap pesakit Klinik 1Malaysia yang ditanggung oleh kerajaan di sebalik caj RM1 yang diwajibkan dan sejauh manakah dipastikan subsidi kesihatan tersebut hanya dinikmati oleh warganegara sahaja dan bukan warga asing. Timbalan Menteri Kesihatan [Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Kementerian Kesihatan tidak mempunyai maklumat berhubung dengan jumlah subsidi kos rawatan untuk setiap pesakit Klinik 1Malaysia. Walau bagaimanapun, 98 peratus kos perkhidmatan kesihatan dan perubatan yang disediakan oleh semua facility kesihatan kerajaan termasuk hospital dan klinik adalah di subsidi oleh kerajaan. Pada tahun 2009, subsidi untuk penjagaan kesihatan individu ataupun personal care dengan izin, yang disediakan oleh hospital dan klinik kerajaan berjumlah RM9.9 bilion dalam nilai ringgit semasa. Untuk memastikan hanya warganegara Malaysia menikmati subsidi ini, bayaran yang dikenakan ke atas warganegara untuk mendapatkan perkhidmatan di Klinik 1Malaysia hanyalah RM1 manakala dengan warga asing dikenakan bayaran sebanyak RM15. Setakat 25 Julai 2010, daripada 721,888 kedatangan ke Klinik 1Malaysia di seluruh negara, kurang daripada 1 peratus pesakit terdiri daripada warga asing. Terima kasih. Dato’ Daljit Singh Dalliwal: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tersebut. Yang Berhormat Timbalan Menteri, Klinik 1Malaysia ini diwujudkan bagi mencerminkan keikhlasan dan komitmen kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada semua masyarakat terutamanya dari golongan berpendapatan rendah dan kita dapat lihat keberkesanannya. Apakah kementerian bercadang agar menyediakan perkhidmatan mesin dialisis buah pinggang di semua Klinik 1Malaysia bagi meringankan beban masyarakat berpendapatan rendah untuk mendapatkan perkhidmatan yang kini terpaksa pergi jauh dari penempatan mereka. Terima kasih. Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan tambahan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, pada masa ini perkhidmatan hemodialisis hanya disediakan di hospital dan tidak di klinik kesihatan termasuklah Klinik 1Malaysia kerana ia memerlukan infrastruktur yang sesuai dan kepakaran dalam bidang tersebut. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini juga, perkhidmatan dialisis memerlukan infrastruktur yang sesuai untuk memastikan kawalan infeksi terjaga dan juga kepakaran dalam bidang nefrologi termasuklah pegawai yang terlatih dan berkemahiran hanya terdapat di hospital. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, setakat ini terdapat 485 pusat dialisis seluruh negara yang dikendalikan oleh kerajaan, pihak swasta dan pihak NGO yang melibatkan seramai 17,477 pesakit dan sebanyak 5,255 mesin. Pada masa ini, keperluan untuk mengujudkan perkhidmatan hemodialisis di Klinik 1Malaysia belum timbul. Walau bagaimanapun Yang Berhormat, saya mengucapkan terima kasih di atas cadangan tersebut. ■1040 8 DN.28.7.2010

Datin Paduka Nor Hayati binti Tan Sri Dato' Seri Onn: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nak sentuh pasal isu kelayakan doktor dan medical assistant yang menerajui Klinik 1Malaysia ini. Saya difahamkan bahawa ada di antara klinik-klinik ini dikendalikan oleh pembantu perubatan yang bukan bertaraf doktor dan ia juga dibantu oleh jururawat biasa yang hanya mengubati penyakit yang ringan dan tidak kronik Jadi saya kurang pasti sama ada ianya melanggar tidak Akta Perubatan Swasta di mana mengikut akta tersebut, hanya orang yang berdaftar dengan MMC sahaja yang boleh membuka klinik berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan. Jadi saya ingin dapat pandangan daripada kementerian sama ada isu kelayakan doktor dan kebenaran di sebalik isu Klinik 1Malaysia yang diurus selia oleh pembantu perubatan sahaja bukannya yang bertaraf doktor ini. Begitu juga dengan penggunaan instrumen, kalau mengikut Akta Perubatan 1972, instrumen stetoskop hanya boleh digunakan oleh doktor sahaja, tetapi sekarang ini kita lihat farmasi pun mengaku bahawa dia juga seorang doktor kerana dia boleh menggunakan stetoskop itu. Saya rasa ini juga melanggar akta. Saya juga difahamkan bahawa MMA juga telah membantah dengan penubuhan klinik ini kerana ianya diawasi oleh paramedik yang tidak bertauliah dan hanya boleh memberi ubat kategori ‘C’ yang seumpama panadol sahaja. Apa pandangan kementerian? Terima kasih. Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih kepada Yang Berhormat di atas soalan dan juga pandangan tersebut namun saya ingin menyatakan kepada Yang Berhormat, kekhuatiran Yang Berhormat itu sebenarnya tidak - pendapat kementerian ataupun polisi kementerian ianya tidak melanggar apa-apa akta seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Izinkan saya untuk memberikan secara ringkas mengenai skop perkhidmatan yang ada di Klinik 1Malaysia supaya Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan ini memahami mengenai pendekatan dan juga pelaksanaan rawatan perubatan di Klinik 1Malaysia. Skop perkhidmatan Klinik 1Malaysia berbeza dengan perkhidmatan di klinik-klinik biasa Yang Berhormat kerana Klinik 1Malaysia hanya menyediakan perkhidmatan rawatan ringan yang boleh dikendalikan oleh Penolong Pegawai Perubatan dan jururawat. Manakala skop perkhidmatan di klinik kesihatan meliputi perkara-perkara yang lebih serius iaitu perkhidmatan pencegahan, rawatan penyakit dan juga perkhidmatan-perkhidmatan yang lain yang menyentuh mengenai patologi, diagnostik, farmasi dan sebagainya. Mengapa saya katakan skop perkhidmatan berbeza, kerana Klinik 1Malaysia juga berbeza dengan perkhidmatan di hospital dan sekiranya ada kes-kes yang lebih serius, selalunya penolong pegawai perubatan ini akan merujuk kes-kes tersebut di hospital di mana perkhidmatan yang dijalankan di hospital adalah lebih bersifat rawatan penjagaan pesakit di dalam wad ataupun inpatient care. Antara perkhidmatan yang ditawarkan di bawah Klinik 1Malaysia Yang Berhormat, adalah seperti rawatan ringan, demam, batuk, demam selesema, susulan penyakit kronik yang telah stabil dan terkawal iaitu susulan kepada kes-kes diabetes, darah tinggi dan juga asma dan seterusnya prosedur ringan seperti merawat luka dan juga membuka jahitan di mana kes-kes ini boleh diselenggarakan oleh penolong pegawai perubatan, Yang Berhormat. Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, di dalam Klinik 1Malaysia Tuan Yang di-Pertua, penolong pegawai perubatan akan memberikan rawatan ringan dan juga melakukan rawatan susulan bagi kes yang boleh dikendalikan oleh kumpulan ini. Jadi, kenyataan Yang Berhormat yang mengatakan ianya bercanggah dengan akta tidak benar sama sekali Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, penolong pegawai perubatan akan merujuk kes yang bermasalah kepada pegawai perubatan di klinik kesihatan yang berhampiran dan hospital yang berdekatan. Klinik 1Malaysia ini akan sentiasa diselia oleh pegawai perubatan daripada klinik-klinik kesihatan yang telah dipertanggungjawabkan dan pegawai perubatan yang menjaga klinik tersebut perlu memantau dan juga menyelia secara berkala bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah mengikut piawaian, berkualiti dan juga mengikut prosedur piawai operasi yang telah ditetapkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. DN.28.7.2010 9

5. Dato' Zaitun binti Mat minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, sejauh manakah kejayaan Program Pemulihan - Return oo Work ( RTW) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan nyatakan bilangan pekerja yang mendapat pekerjaan. Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato' Maznah binti Mazlan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Zaitun binti Mat. Program Kembali Bekerja atau Return to Work yang dikendalikan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah dimulakan pada Januari 2007 dan ia merupakan program pemulihan fizikal melalui kaedah biopsikososial iaitu pendekatan biologi, sosiologi dan juga psikologi. Ia dikendalikan oleh pengurus-pengurus kes yang disediakan oleh PERKESO kepada orang yang berinsurans ataupun mereka yang mencarum kepada PERKESO yang mengalami hilang upaya akibat kecederaan atau penyakit. Program ini bertujuan mengembalikan fungsi anggota badan orang berinsurans dan seterusnya membolehkan mereka kembali semula ke alam pekerjaan lebih awal. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, bagi tempoh tahun 2007 hingga 2009, sebanyak 1,349 orang berinsurans PERKESO telah menyertai Program Kembali Bekerja ataupun Return to Work dan 744 daripada mereka iaitu 55 peratus telah berjaya ditempatkan semula dalam pekerjaan dan angka ini termasuk mereka yang memilih untuk bekerja sendiri. Di samping itu bagi tempoh Januari hingga Jun 2010, seramai 1,260 orang berinsurans PERKESO telah menyertai program ini dan 629 daripada mereka ataupun 50 peratus berjaya ditempatkan semula dalam alam pekerjaan. Tuan Yang di-Pertua, kejayaan program ini sebenarnya memerlukan kerjasama semua pihak baik pekerja itu sendiri, keluarga pekerja, majikan, doktor yang merawat, penyedia perkhidmatan rehabilitasi, pertubuhan-pertubuhan sukarela dan pelbagai pihak lagi. Kefahaman penglibatan serta komitmen semua pihak dalam program ini memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan setiap mereka yang mengikuti program ini agar cepat pulih seterusnya dapat kembali bekerja. Terima kasih. Dato' Zaitun binti Mat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan yang memperkenalkan program yang menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada pekerja hilang upaya dan tidak mampu bekerja mendapat peluang baru bagi mengubah tanggapan umum bahawa PERKESO hanya menguruskan tuntutan pekerja sahaja. Soalan tambahan saya ialah apakah langkah yang diambil bagi meningkatkan bilangan peserta di bawah program RTW ini mendapat pekerjaan. Kedua, selain pemulihan fizikal dan vokasional yang diberikan, adakah kerajaan turut memperkenalkan modul keyakinan diri, jati diri, motivasi dan soft-skill bagi meningkatkan kebolehpasaran peserta-peserta ini dan adakah kerajaan bercadang membuka peluang peserta Program Pemulihan Return to Work PERKESO ini untuk memberikan pekerjaan dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Sekian, terima kasih. Dato' Maznah binti Mazlan: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas soalan tambahan tersebut. Sememangnya PERKESO berusaha untuk meningkatkan usaha-usaha yang dimulakan pada tahun 2007. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, dua hari yang lalu, satu seminar khusus berkenaan dengan Kembali Bekerja di peringkat kebangsaan telah diadakan yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia yang melibatkan badan antarabangsa yang mana bertempat di Geneva iaitu International Social Security Association iaitu badan induk yang mengawal selia semua aktiviti perkhidmatan sosial di dunia ini. ■1050 Yang datang sendiri adalah Setiausaha General nya iaitu yang telah memberi kertas kerja mengenai dimensi dan juga memperluaskan usaha mengikut modal-modal yang telah dilaksanakan dan berapa pakar dari Germany yang telah mengendalikan 10 DN.28.7.2010 program ini juga datang untuk memaparkan kejayaannya. Usaha-usaha kerajaan seterusnya ialah untuk menambah bilangan pegawai-pegawai kes yang mengendalikan kes-kes ini. Pada masa ini kita ada 35 pegawai kes yang membantu menyelaras mangsa- mangsa ataupun pesakit-pesakit ini dengan pihak PERKESO, perubatan, pemulihan dan lain-lainnya. Terdapat empat pegawai yang khusus berusaha untuk menempatkan mereka kembali bekerja. Insya-Allah, hasil daripada persidangan antarabangsa yang diadakan sekarang ini, hari ini pegawai-pegawai berkenaan sedang diberi kursus yang khusus untuk meningkatkan kecekapan mereka. Ini adalah usaha-usaha untuk memperluaskan pendekatan memberi bantuan sosial ataupun keselamatan sosial kepada pekerja supaya ia merentasi sempadan hanya memberi pampasan tetapi akan menekan kepada rehabilitasi dan juga kepada usaha-usaha untuk pencegahan. Penempatan pekerja kalau mengikut rekod yang telah dilaksanakan Tuan Yang di- Pertua. Sebelum ini kita dapati yang kembali bekerja 65.5 peratus, mereka bekerja dengan pekerjaan asal dengan majikan yang sama, 10.9 peratus bekerja dengan majikan yang sama tetapi membuat pekerjaan yang lain. Terdapat juga 2.1 peratus yang bekerja dengan majikan-majikan yang lain tetapi membuat pekerjaan yang sama, ada yang terus bekerja dengan majikan dan pekerjaan yang lain. Ada juga 6.1 peratus bekerja sendiri. Mengenai penempatan di GLC, sebenarnya penempatan mereka yang telah dipulihkan ini bergantung pada kesesuaian mereka dengan pekerjaan yang wajar mereka buat. Jadi, tidak kiralah di GLC kah atau di mana-mana tetapi pegawai-pegawai penempatan ini akan berusaha menempatkan mereka semula. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan soalan tambahan yang kedua Yang Berhormat Dr. Syed Husin Ali. Dr. Syed Husin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada mendengar rungutan bahawa masa menunggu di antara tuntutan dibuat dengan kelulusan adalah terlalu panjang. Adakah kementerian mempunyai maklumat tentang berapa lama biasanya tempoh menunggu ini, dan adakah tempoh menunggu ini dapat disingkatkan terutama sekali dalam kes-kes yang serius? Dato' Maznah binti Mazlan: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas soalan Yang Berhormat. Ini tentang tuntutan pampasan yang dibuat, sebenarnya PERKESO mempunyai piagam Tuan Yang di-Pertua supaya perkara ini diselesaikan dalam masa 14 hari. Akan tetapi sebenarnya sekarang ini kaunter-kaunter kita dengan latihan dan juga keupayaan yang ada sekarang ini, kes-kes yang lengkap dengan maklumat, pengesahan, dan lain-lainnya boleh dibiayai dalam masa 3 hari Tuan Yang di-Pertua. Jadi, kalau masih ada kes-kes yang lewat dapat kiranya dirujuk, mungkin kes ini ada masalah atau ada perkara-perkara yang lain yang patut diberi perhatian kepada PERKESO. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat.

6. Datuk Maijol bin Mahap minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, apakah usaha-usaha kementerian untuk memperbaiki Pertumbuhan Pelaburan Asing ke negara kita (FDI) yang hanya 1 peratus pada tahun 2000-2007 berbanding dengan Vietnam (8 peratus), Taiwan (12 peratus), Filipina (12 peratus), India (30 peratus), dan Thailand (13 peratus). Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II [Dato’ Jacob Dungau Sagan]: Terima kasih Yang berhormat. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia terus kekal sebagai destinasi yang menarik dan kompetitif bagi aliran masuk pelaburan berdasarkan laporan, World Investment Report tahunan oleh UNCTAD. Trend aliran masuk pelaburan menunjukkan peningkatan. Misalnya pada tahun 2000, Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang masuk ke Malaysia direkodkan sebayak USD3.7 bilion dan telah meningkat kepada USD4.6 bilion pada tahun 2004. Jumlah ini terus meningkat kepada USD8.4 bilion pada tahun 2007. Ini menunjukkan penubuhan FDI melebihi 1 peratus. Pada masa yang sama, negara lain juga DN.28.7.2010 11 mengalami pertumbuhan dalam FDI. Sebagai contoh Vietnam telah menerima FDI sebanyak USD1.2 bilion pada tahun 2000 dan meningkat kepada USD1.6 bilion pada tahun 2004 dan USD6.7 bilion pada tahun 2007. India pula telah menerima FDI sebanyak USD2.3 bilion pada tahun 2000 terus meningkat kepada USD5.8 bilion pada tahun 2004 dan USD25.1 bilion pada tahun 2007. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan kini menggalakkan pelaburan dalam sektor pasaran baru muncul seperti advance electronic dan semiconductor, peralatan dan peranti perubatan, sumbar tenaga alternatif dan tenaga solar, photonics, optoelectronics, teknologi nano, jentera, dan industri sokongan kejuruteraan terkini. Di samping penekanan terhadap industri-industri berintensif moden dan teknologi serta penglibatan dalam R&D. Industri- industri yang disasarkan tersebut adalah selaras dengan strategi pembangunan industri seperti yang telah digariskan di dalam Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3). Pendekatan berfokus akan diambil untuk menarik FDI berdasarkan kekuatan tertentu negara dalam industri dan teknologi terpilih. Usaha ini juga akan melonjakkan pertubuhan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi selaras dengan Model Ekonomi Baru kita. Kerajaan juga melipat gandakan usaha untuk menarik FDI dan memastikan FDI berkualiti terus mengalir masuk ke dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan di Malaysia. Kementerian ini telah memperkenalkan pendekatan berfokus atau targeted approach dengan izin, bagi menggalakkan kemasukan pelaburan. Di samping itu, kerajaan juga menganjur Specific Project Mission (SPM) dengan izin, untuk menarik pelaburan daripada industri-industri yang dikenal pasti berpotensi untuk masa depan. SPM diadakan ke negara-negara terpilih untuk berbincang dengan syarikat- syarikat yang dikenal pasti untuk menarik mereka ke Malaysia. Untuk tahun 2010, sejumlah 37 mission SPM telah, dan akan dianjurkan ke Jepun, Asia Barat, Taiwan, Amerika Syarikat, Eropah, Korea, Singapura, China, Australia, dan India. Kementerian juga telah mempergiatkan lagi aktiviti promosi pelaburan di mana bagi tahun 2010 sebanyak misi penggalakan pelaburan telah dan akan dilaksanakan ke Eropah, Amerika Syarikat, China, Jepun, Korea, Singapura dan India. Di samping itu, kementerian juga mengambil peluang semasa misi penggalakan pelaburan untuk mengadakan mesyuarat dan berbincang berasingan dengan para industrialis dan pelabur yang berpotensi seperti yang dijalankan semasa lawatan Emiriah Arab Bersatu dan Jerman pada tahun 2009. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga terus memperbaiki dasar semasa termasuk merehabilitasikan dasar-dasar pelaburan dagi menggalakkan FDI. Antara langkah-langkah yang telah dan akan diambil bagi tujuan tersebut adalah seperti berikut, iaitu melonggarkan syarat pemilikan ekuiti asing bagi projek perkilangan di mana pelabur asing kini bebas memiliki 100 peratus ekuiti mereka tanpa tertakluk kepada sebarang syarat eksport, dan menurunkan cukai korporat secara berperingkat daripada 27 peratus pada tahun 2007 ke 26 peratus pada tahun 2008 dan seterusnya kepada 25 peratus pada tahun 2009 dan 2010. ■1100 Memperkenalkan pakej-pakej intensif tambahan untuk koridor-koridor pembangunan ekonomi seperti pengecualian cukai korporat dan kebenaran mendapatkan semua modal asing. Intensif yang diberikan adalah lebih khusus kepada sektor-sektor ekonomi yang strategik dan bidang-bidang baru seperti pertanian moden dan sektor tenaga. Menubuhkan jawatankuasa nasional mengenai pelaburan NCER yang diberi mandat untuk membuat keputusan secara real time menerusi empowerment oleh MIDA. Jawatankuasa ini juga dipertanggungjawabkan untuk menyelaras pembangunan cluster bagi lima wilayah koridor ekonomi. Pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas bahan mentah mesin ganti dan dibuat melalui general exception order dan melonggarkan syarat pemilikan ekuiti asing dalam 27 subsektor perkhidmatan serta subsektor yang diliberalisasikan adalah dalam bidang perkhidmatan, kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan komputer dan perkhidmatan komputer yang berkaitan. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Seterusnya tambahan, Yang Berhormat Datuk Maijol. 12 DN.28.7.2010

Datuk Maijol Mahap: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dengan jawapan yang begitu komprehensif. Tuan Yang di- Pertua, saya mempunyai beberapa statistik di sini yang sumbernya daripada laporan pelaburan dunia 2010 iaitu World Investment Report 2010 . FDI kita dalam tahun 2009 menurun sebanyak 81 peratus berbanding dengan FDI pada tahun 2008. Pada tahun 2008, FDI kita ialah sebanyak RM23 bilion, manakala tahun 2009 FDI hanyalah RM4.4 bilion. FDI outflow juga 5.81 kali lebih banyak daripada inflow, daripada jumlah RM118 bilion pelaburan asing ke Asia Tenggara, hanya 3.75 peratus ke negara kita di Malaysia ini. Pertanyaan saya Tuan Yang di-Pertua ialah tidakkah road show–road show yang kita buat di luar negara termasuk juga menandatangani FTA-FTA dengan negara-negara asing telah berjaya menarik pelaburan ke negara kita selama ini. Yang kedua ada kaitan dengan topik FDI Tuan Yang di-Pertua ialah dalam RMKe- 10, kita bercadang untuk menubuhkan Malaysian Institute Export. Jadi, bilakah ini bermula dan siapa yang akan melaksanakan institut seperti ini untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat kita? Terima kasih. Dato’ Jacob Dungau Sagan: Terima kasih Yang Berhormat. Memang kita nampak bahawa dalam tahun 2009 itu tadi, oleh kerana economic crisis yang ada pada tahun 2009, dahulu kita nampak semua FDI yang ada bagi seluruh negara menurun 37 peratus tetapi, apa Yang Berhormat sentuh tadi dari segi world economic investment report yang ada itu memang betul, iaitu global FDI inflows itu tadi memang betul. Jadi, inilah satu perkara yang kita amat terkejut apabila kita melihat satu statistik yang seperti itu. Akan tetapi, dari segi Annual Report 2009 yang di published pada Mac 2010 oleh Bank Negara kita, ada sebahagian daripada sebab-sebab itu adalah, saya quote Tuan Yang di-Pertua kerana ini dalam bahasa Inggeris, “Gross inflows of foreign direct investment moderated to RM31.6 billion or 4.8 peratus of GNI in 2009. This largely reflected the significantly lower amount of earnings retained for investments by existing multinational corporations (MNCs) due to lower profits during the year. In addition, a significant share of the profits was also repatriated to home countries. Rising excess capacity admit the falling export demand and uncertainty in the global economic outlook further discouraged inflows of FDI during the year. After taking into account, the adjustments for outflows due largely to loan repayments to parent companies, net inflows of FDI amounted to RM5.7 billion or 0.9 peratus of GNI”. Jadi, inilah sebab-sebab yang disebutkan oleh Bank Negara mengapa FDI kita menurun sampai kita diletakkan di tempat yang keenam di rantau ASEAN ini. Jadi walaupun demikian, tahun 2010 yang kita nampak ini – dalam first quarter 2010 itu, kita ada nampak bahawa FDI inflow yang ada bagi kita sudah meningkat USD5.66 bilion kurang lebih tinggi lagi dari seluruh FDI yang masuk di negara kita dalam 2009 tadi. Jadi, kita nampak bahawa tahun 2010 akan nampak cerah sekali bagi kita dan kita akan terus berusaha untuk menjalankan beberapa strategi tadi yang saya sebut dalam ucapan saya tadi, supaya FDI yang masuk ataupun inflows yang masuk ke negara kita ini dapat dipertingkatkan dengan lebih besar lagi dalam tahun 2010. Saya rasa soalan yang kedua itu tadi saya sudah jawab dalam jawapan saya. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Seterusnya tambahan kedua... Datuk Maijol Mahap: Yang soalan nombor dua itu, Malaysian Institute of Export. Dato’ Jacob Dungau Sagan: Malaysian ? Datuk Maijol Mahap: Institute of Export. Dato’ Jacob Dungau Sagan: Malaysian export ke luar negara? Datuk Maijol Mahap: Ya. DN.28.7.2010 13

Dato’ Jacob Dungau Sagan: Saya rasa ini, kalau tidak salah sudah terkeluar sedikit dari soalan asal yang kita dapat ini. Akan tetapi kita akan memberi jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat supaya dapat lebih tepat lagi jawapannya. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Tuan Haji Ahamad Yusop. Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dari semasa ke semasa kita mendengar pekerja-pekerja kilang diberhentikan, retrench oleh kilang-kilang multinasional yang beroperasi di negara kita ini. Kita juga mendengar dari semasa ke semasa, multinasional yang beroperasi di negara kita ini berpindah ke negara lain dan tidak lagi melabur di sini. Jadi, adakah kementerian, kerajaan mempunyai angka- angka pelabur yang keluar dan apakah sebab-sebabnya mereka ini keluar dan kesannya terhadap negara kita? Terima kasih. Dato’ Jacob Dungau Sagan: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Kita tahu bahawa dalam negara kita ini ada syarikat-syarikat MNC yang datang dari luar masuk ke negara kita dan melabur di negara kita. Oleh kerana kadang-kadang ada keadaan di mana mereka nampak bahawa dari segi business model mereka ini tadi ataupun dari segi cash flow mereka ini, mereka mempunyai masalah di mana keuntungan mereka itu berkurangan ataupun mereka tidak membuat keuntungan oleh sebab satu daripadanya ialah oleh kos yang tinggi seperti di negara kita oleh cost of labour mungkin yang lebih tinggi. Jadi, oleh sebab itu ada juga syarikat-syarikat yang ingin berpindah ke negara yang lain oleh kerana labour cost mereka itu yang berkurangan. Syarikat yang seperti ini adalah berpindah terus pergi ke Vietnam, pergi ke Thailand ataupun pergi ke China. ■1110 Akan tetapi syarikat yang sebegini adalah seperti in the textile and the agro- industry dengan izin. Jadi mereka ini walaupun kita menjalankan penggalakan, berjumpa dengan mereka dalam keadaan syarikat mereka sendiri, pejabat mereka sendiri dan menggalakkan mereka untuk membuat Direct Domestic Investment (DDI) tetapi, oleh sebab masalah mereka yang tertekan dengan kos-kos yang tinggi, maka mereka tidak dapat memperkembangkan lagi investment mereka ataupun pelaburan mereka di negara kita. Walaupun demikian, kalau kita lihat dari segi statistik yang ada pada saya, pada tahun 2009, kalau kita nampak foreign investment yang datang – di rekod dari MIDA punya rekod, foreign investment ialah RM22.1 bilion dan dalam Direct Domestic Investment ialah RM10.5 bilion. Jadi jumlah dalam tahun 2004 hingga Mei 2010 ini tadi ialah RM32.6 bilion. Ini pada tahun 2009, we got RM32.6 bilion. Jadi ini nampak amat menurun sekali jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang lepas seperti tahun 2008 dan tahun 2007. Walau demikian, seperti mana Yang Berhormat Senator sebutkan tadi, syarikat- syarikat MNC yang ingin keluar ataupun ingin memperkembangkan business mereka keluar negara itu, kita telah mengambil tindakan tertentu untuk berjumpa dengan mereka tetapi mereka tertumpu kepada business model mereka untuk mencari keuntungan yang lebih baik. Dari segi data-data yang ada itu, kita mempunyai data, jadi data itu kita boleh beri kepada Yang Berhormatlah. Okey? Sekian, Terima kasih.

7. Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan, strategi kerajaan yang menggalakkan penggunaan NGV yang lebih mesra alam sedangkan bilangan stesen NGV masih berkurangan dan menimbulkan masalah kepada pemilik kenderaan terbabit. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan II [Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim]: Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha untuk menggalak dan memperluaskan kemudahan NGV, kerajaan telah mengarahkan Petronas untuk membina 200 buah stesen NGV menjelang tahun 2010. Walau bagaimanapun, sehingga kini terdapat 144 buah stesen NGV yang beroperasi iaitu:

14 DN.28.7.2010

Negeri Bilangan Stesen NGV Selangor 59 Wilayah Persekutuan 27 Johor 28 Negeri Sembilan 11 Melaka 7 Pulau Pinang 3 Kedah 4 Perak 4 Terengganu 1

Manakala bakinya sebanyak 39 buah masih dalam pelbagai peringkat pembinaan dan 17 buah lagi dalam peringkat analisa kesesuaian sebelum kita dapat mengimplementasikannya. Terima kasih. Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan itu tadi. Soalan saya sebenarnya, apakah strategi kerajaan bagi menggalakkan kereta-kereta yang hari ini menggunakan petrol berpindah ke NGV? Oleh kerana kita sedar faktor environmental hari ini, saya difahamkan dunia hari ini sedang beralih ke NGV. Jadi adakah kita mengambil langkah-langkah strategik berpindah, kalau ada, strateginya apa? Ini kerana sebagai seorang pengguna, saya tidak nampak satu inisiatif yang diambil oleh mana-mana pihak mahupun pihak kerajaan ataupun pihak pengusaha petrol stesen yang boleh memberi maklum kepada pemilik kenderaan supaya berpindah ke NGV. Kedua, saya juga ingin tahu Tuan Yang di-Pertua, berapa banyak setakat hari ini kenderaan-kenderaan telah berpindah ke NGV dan apakah insentif-insentif yang ditawarkan agar lebih banyak kenderaan akan berpindah termasuk juga kenderaan-kenderaan jenis perdagangan – bas misalnya ataupun lori, yang kita tahu bahawa kenderaan berat inilah yang banyak mengeluarkan asap berbanding dengan kenderaan-kenderaan individu yang kita pakai? Terima kasih. Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Mohammed Najeeb. Pertama Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa setakat ini ada 44,156 buah kenderaan yang menggunakan NGV dan daripada angka itu, 486 buah adalah bas – kebanyakannya Nadi Putera di Putrajaya, dan selebihnya 46 itu ialah lori, 97 peratus pula iaitu 43,624 adalah teksi. Daripada angka itu, 90 peratus teksi ini adalah di dalam Lembah Klang. Jadi oleh yang demikian Yang Berhormat, setakat Yang Berhormat mengatakan apakah strategi, jadi kami di kementerian ini kami berpandu kepada – kami memastikan bahawa kalau ada arahan, kalau ada keperluan dan itu pun kami telah membuat anggaran untuk servis 44,156 buah kenderaan ini, 200 stesen ini adalah memadai. Ini kerana memandangkan Yang Berhormat, kadang-kadang ia tidak serentak datang and refuel , ia ada masa-masa dan ketikanya. Kadang-kadang kalau kita rajin berjalan di dalam Lembah Klang ini, ada masanya memang langsung tidak ada kenderaan yang queue up untuk membeli sebab jumlah ini kita berpandu kepada bahawa ia mencukupi. Jadi dari segi tadi Yang Berhormat kata – insentifnya memang ada Yang Berhormat. Yang Berhormat telah mengatakan memang mengguna NGV ini mesra alam dan juga Yang Berhormat, memang juga diberi kadar pengurangan lesen kenderaan motor. Sebenarnya ada, iaitu untuk kereta yang bermono-gas iaitu enjin NGV sahaja, diberi 50 peratus dari kadar lesen kenderaan motor enjin petrol. Manakala yang mengguna bi-fuel iaitu enjin NGV dan petrol, 25 peratus dari kadar lesen kenderaan motor yang di banding dengan petrol. Dual-fuel pula iaitu enjin NGV dan diesel, 20 peratus pengurangan dan dual- fuel iaitu enjin NGV dan diesel hijau, 75 peratus. Bermakna, memang ada. Selepas itu Yang Berhormat, juga diberikan insentif dari segi potongan cukai. Insentif cukai import diberi pengecualian 100 peratus. DN.28.7.2010 15

Yang Berhormat, semua ini sebenarnya telah dimaklumkan tetapi masih juga angka kenaikan kereta Yang Berhormat – saya ingin kongsikan dengan Dewan yang mulia ini, tahun 2005 hingga tahun 2006 – 19,491. Selepas itu naik sedikit pada tahun 2006 – 25,387. Selepas itu naik dalam tahun 2007 – 32,325 kenderaan. Tahun 2008, naik 39,544 sehinggalah ke tahun ini. Bermakna kenaikannya itu ada. Memang ada Yang Berhormat, tetapi seperti saya katakan, ini terpulang kepada operator, terpulang juga kepada pengguna. Jadi kalau banyak diwar-warkan, minta semua kenderaan ini ditukar kepada NGV, kami di kementerian ini, insya-Allah kami memantau dari segi mengeluarkan lesen kepada petrol dealer . Itu tanggungjawab kami. Jadi sebab itu Yang Berhormat, memang dialu- alukan dan kalau Yang Berhormat boleh bawa ke satu peringkat yang lebih tinggi sebab polisi ini bermula dahulu adalah atas cadangan EPU. Jadi kalaulah dapat dibawa, insya- Allah kita semua di dalam jawatankuasa tersebut akan mengambil tindakan-tindakan tertentu untuk memperbanyakkan. Ini kerana kalau kita memperbanyakkan sekarang Yang Berhormat, kereta itu tidak – ini berbalik kepada untung rugilah Yang Berhormat. Disebabkan itu, memang kami juga akan bersama-sama jika ada dikatakan bahawa ditukarkan semua kepada tenaga hijau, insya-Allah. ■1120 Puan Doris Sophia ak Brodi: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, seterusnya tambahan Yang Berhormat Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf. Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih dengan penjelasan daripada pihak Menteri tadi. Jadi, strategi awalnya penggunaan NGV ini kita lihat ingin menggalakkan supaya semua teksi dan limo menggunakan NGV sebagai satu kaedah pengurangan kos dan akhirnya akan diterima oleh pengguna. Akan tetapi saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, setakat ini apakah telah benar-benar 100 peratus teksi dan limo ini menggunakan sepenuhnya NGV bagi mengurangkan kos? Keduanya ialah, polisi yang kedua juga kita telah bincangkan sebelum ini supaya kenderaan buatan tempatan khususnya Proton menyediakan ataupun memasang terus penggunaan NGV ini pada kereta-kereta keluaran Proton. Ini kerana pengguna sangat tidak selesa untuk memasang sendiri kerana kedudukan pemasangan tambahan ini menyebabkan storage tank itu yang hampir 4,000 pam per square feet tekanannya itu agak tidak menyenangkan ataupun sukar bagi pengguna. Jadi, apakah polisi kementerian untuk memastikan kenderaan buatan tempatan memasang terus penggunaan NGV ini? Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Haji Zamri atas soalan tambahan. Untuk makluman Yang Berhormat, seperti saya katakan, dasar awal ini telah diputuskan oleh EPU dan khasnya untuk kenderaan- kenderaan awam khasnya teksi. Saya beritahu juga tadi 97 peratus adalah teksi dan kebanyakannya di Lembah Klang atau di Wilayah Persekutuan. Jadi, dasar itu telah diambil peranannya yang terbesarnya memang Wilayah Persekutuan sahaja Yang Berhormat. Akan tetapi kita juga nampak tadi dengan adanya wujud stesen-stesen ini bahawa ada jugalah stesen di mana tempat stesen-stesen ini bermakna adalah juga kenderaan- kenderaan yang telah menukar enjin pada enjin yang boleh menggunakan NGV. Jadi, yang di luar Yang Berhormat sebab saya berbalik pada mungkin ini kesesuaian, mungkin ini pada mind set dan sebagainya. Lebih-lebih lagi Yang Berhormat, telah terjadi ada satu accident di mana meletupnya van di Melaka. Jadi, mungkin pengusaha atau pengguna tidak mahu mengambil risiko yang begitu tinggi. Kami juga menggalakkan Yang Berhormat, kita sediakan 110 buah pusat servis untuk yang betul-betul genuine ini untuk menukar sebab ini fully guarantee oleh SIRIM. Jadi, kalau dia menukar di bengkel lain, kami takut accident ini juga akan berlaku. Yang di Melaka ini Yang Berhormat, dia menggunakan tong gas yang biasa, tong gas untuk memasak. Jadi, ini yang... [Ketawa] Kreativiti kadang-kadang, tong gas untuk memasak yang dia guna. Jadi, ia meletup. Ia tidak boleh. 16 DN.28.7.2010

Kapasiti tong gas ini kalau menggunakan bahasa PSI ini pascal, ada ia punya pascal measurement itu, tong gas 100 PSI. Akan tetapi untuk NGV memerlukan 3,000 PSI. Jadi, yang itu jugalah yang mungkin telah memberikan satu mind set yang tidak terlalu positif. Jadi, bagi kami Yang Berhormat, insya-Allah kalau banyak lagi kereta yang ada, insya-Allah kita akan arahkan Petronas untuk tambah lagi stesen yang menjual NGV. Terima kasih Yang Berhormat.

8. Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta Perdana Menteri menyatakan, jumlah aduan rakyat yang diterima oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) bagi tahun 2009 dan 2010 dan sejauh manakah keberkesanan Biro Pengaduan Awam (BPA) dalam menyelesaikan kes-kes yang telah diadukan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Murugiah a/l Thopasamy]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Puan Hajah Zainun binti A. Bakar yang sangat prihatin untuk bertanya soalan pasal BPA. Sudah lama saya menunggu Yang Berhormat semua tanya soalan fasal BPA tetapi jarang-jarang ada soalan. So, saya ucapkan terima kasih. Sepanjang tahun 2009, BPA telah menerima sebanyak 12,683 aduan manakala bagi tahun 2010 iaitu sehingga 30 Jun 2010 adalah sebanyak 6,634 aduan. Keberkesanan BPA menyelesaikan aduan boleh dinilai daripada beberapa aspek iaitu kejayaan BPA mempertingkatkan bilangan kes-kes yang diselesaikan. Contohnya, sejak tiga tahun terakhir iaitu pada tahun 2007 sebanyak 5,347 aduan diterima dan 4,762 atau 89.1 peratus berjaya diselesaikan. Bagi tahun 2008, 8,066 aduan yang diterima dan 7,308 telah diselesaikan. Begitu juga pada tahun 2009, 97.6 peratus atau sebanyak 12,376 daripada 12,683 aduan diterima dapat diselesaikan. BPA juga telah menetapkan standard operation procedure (SOP) penyelesaian aduan iaitu aduan diselesaikan dalam tempoh 15 hari bekerja. Sehubungan dengan ini, dalam tahun 2007 sehingga tahun 2009, peratusan kes yang diselesaikan dalam tempoh tersebut terus meningkat seperti berikut iaitu pada tahun 2007, kita telah berjaya menyelesaikan kes yang dianggarkan 17.3 peratus diikuti dengan tahun 2008, 19.6 peratus dan tahun 2009, 27.3 peratus. Bilangan aduan yang meningkat dari tahun ke tahun mencerminkan keyakinan rakyat ke atas BPA dalam menguruskan aduan mereka. Bahawasanya masalah mereka yang disuarakan melalui aduan itu dilayani dan diuruskan secara cekap dan berkesan dalam tempoh yang munasabah ini. Sekian, terima kasih. Dato’ Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Ya. Soalan tambahan Yang Berhormat Puan Hajah Zainun binti A. Bakar. Puan Hajah Zainun binti A. Bakar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Saya ucapkan tahniah kepada kementerian yang telah berjaya meningkatkan prestasi Biro Pengaduan Awam semenjak mengambil alih pada tahun 2008. Soalan tambahan saya, apakah impak BPA sebagai mata dan telinga kerajaan dalam meningkatkan prestasi sistem penyampaian kerajaan khususnya dalam mencapai matlamat RMKe-10 untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi? Soalan yang kedua, apakah kerajaan bercadang memperluaskan bidang kuasa dan tanggungjawab BPA selain yang digariskan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Am (PKPA) Bil. 4, tahun 1992. Terima kasih. Dato’ Murugiah a/l Thopasamy: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita telah memperkenalkan pelbagai sistem untuk memantau setiap anggota penjawat awam supaya mereka dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik sejajar dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. DN.28.7.2010 17

Apa sahaja aduan yang diajukan oleh rakyat kepada pihak kami, kami mengambil tindakan dengan segera termasuk penjawat awam. Jika sekiranya sebarang permohonan dibuat dan agensi yang berkaitan, ia melambat-lambatkan kelulusan mereka dan sesuatu jawapan yang diberikan itu tidak memuaskan hati mereka, maka kami sejak saya mengambil alih tanggungjawab saya di biro ini dari tahun 2008, yang mana sebelum ini kalau sekiranya ada aduan diterima, kami akan menulis surat kepada agensi yang berkaitan dan mendapatkan maklum balas daripada mereka tetapi, apa yang saya lihat, rakyat tidak berapa berminat dan tidak bersetuju dengan jawapan-jawapan yang diberikan melalui tulisan oleh agensi yang berkaitan. ■1130 Sekarang ini saya memperkenalkan satu sistem yang baru di mana apabila ada aduan yang diterima pada minggu ini, minggu yang akan datang kami akan menetapkan tarikh untuk mendengar kes, di mana pengadu akan dipanggil dan pihak agensi kerajaan juga akan dipanggil dan kami akan bagi peluang untuk mereka bersemuka dan menanyakan soalan-soalan yang mereka rasa keliru dan mendapat jawapan terus daripada mereka. Inilah cara dan mekanisme yang telah diguna pakai oleh pihak kami untuk mengendalikan kes-kes yang diterima dan sudah tentu dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini banyak lagi masalah akan timbul. Saya yakin dan percaya kes-kes ini dapat ditangani dengan baik dan rakyat akan gembira dengan apa yang kami buat ini. Sekian terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat kerana masa telah sampai ke 11.30, selesailah sudah soalan-soalan lisan. Seterusnya kita akan berbincang dan perbahaskan daripada kementerian- kementerian yang masih perlu diselesaikan pada hari ini. Untuk makluman semua Yang Berhormat, kita ada 12 lagi kementerian. Oleh yang demikian saya mempersilakan Kementerian Kerja Raya.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

USUL

RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH (2011-2015) Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: “Bahawa Dewan ini , menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan dalam menghadapi persekitaran global yang begitu mencabar; merestui usaha kerajaan untuk terus melaksanakan Misi Nasional dengan disokong oleh Model Baru Ekonomi sebagai rangka dasar pembangunan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020; meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan peruntukan yang diperlukan untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020 seperti dibentangkan dalam Kertas Perintah CMD.3 Tahun 2010; 18 DN.28.7.2010

Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu padu dengan semangat “1Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” dan mempunyai iltizam yang teguh bagi melaksanakan tanggungjawab yang murni untuk menjayakan pelan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing, demi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia”. [27 Julai 2010] Tuan Yang di-Pertua: Sekarang saya mempersilakan Kementerian Kerja Raya untuk menjawab. 11.32 pg. Timbalan Menteri Kerja Raya [Dato’ Yong Khoon Seng]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada lapan Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Senator Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid, Yang Berhormat Senator Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir, Yang Berhormat Senator Tuan Haji Zamri bin Haji Yusuf, Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Abdul Rahim bin Abdul Rahman, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Fatimah binti Hamat, Yang Berhormat Senator Tuan Ng Fook Heng, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Zainun binti A. Bakar dan Yang Berhormat Senator Pau Chiong Ung, yang sudi berkongsi memberi pandangan dan cadangan menyentuh bidang tugas dan tanggungjawab Kementerian Kerja Raya semasa mengambil bahagian dalam sesi perbahasan mengenai Rancangan Malaysia Kesepuluh di Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid telah meminta penjelasan mengenai had-had sempadan kawasan penyelenggaraan jalan di Jalan Lingkaran Tengah II MRR2, isu air bertakung di atas jejambat MRR2 apabila hujan, usaha-usaha untuk mengindahkan landskap di sekitar jalan-jalan raya utama di Kuala Lumpur termasuk di MRR2 dan langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah kesesakan yang teruk di jalan raya dan lebuh raya sekitar Kuala Lumpur. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jalan Lingkaran Tengah II atau lebih dikenali sebagai MRR2 bermula dari persimpangan Jalan Damansara, Jalan Kepong dan melalui pinggir bandar Baru Sri Damansara, Taman Desa Jaya, FRIM, Batu Caves, Taman Sri Gombak, Lebuh Raya Karak, Taman Melati, Taman Melawati, Ampang, Pandan Jaya, Cheras, Taman Tasik Salak Selatan sehingga Bandar Baru Sri Petaling di persimpangan lebuh raya Kuala Lumpur-Seremban (KESAS), sepanjang 45.3 kilometer. Daripada 45.3 kilometer tersebut, sepanjang 26.8 kilometer jalan berada di bawah kawalan dan penyelenggaraan Jabatan Kerja Raya (JKR). Manakala bakinya adalah di bawah kawalan dan penyelenggaraan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, JKR bertanggungjawab melaksanakan penyelenggaraan MRR2 dalam daerah Hulu Langat, daerah Gombak dan daerah Petaling, manakala penyelenggaraan MRR2 di kawasan Kuala Lumpur terletak di bawah kawalan DBKL. Walau bagaimanapun, JKR dan DBKL sentiasa bekerjasama melalui mesyuarat penyelarasan antara kedua-dua agensi tersebut demi memastikan jalan raya ini sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan selamat kepada pengguna jalan raya. Ingin saya menjelaskan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan oleh JKR meliputi kerja-kerja rutin seperti menampal porthole, memotong rumput, membersihkan perabot jalan, penyelenggaraan longkang dan pengutipan sampah. Pada masa yang sama, JKR turut melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan landskap di bawah skop kerja seni hiasan taman. Mengenai masalah air bertakung di atas jejambat MRR2 pula, pihak JKR telah mengambi tindakan untuk membersihkan longkang-longkang dan outlet yang tersumbat menerusi kerja-kerja penyelenggaraan rutin. Di samping itu bagi meningkatkan lagi tahap penyelenggaraan MRR2, Kementerian Kerja Raya baru-baru ini telah meluluskan peruntukan tambahan khas sebanyak RM10 juta untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan rutin antaranya memperbaharui muka jalan, pembaikan lampu-lampu jalan, pembaikan sistem penghadang jalan dan penyelenggaraan perabot jalan. DN.28.7.2010 19

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat mengenai isu kesesakan kawasan sekitar Kuala Lumpur, pihak kementerian sedang mengambil beberapa langkah proaktif. Antara langkah-langkah yang telah diambil adalah dengan mengenal pasti rancangan dan pembinaan missing link bagi memantapkan jaringan jalan raya. Jalan pintas turut dirancang dan dibina bagi memudahkan pengguna meneruskan perjalanan tanpa perlu memasuki kawasan bandar. Laluan tambahan dan persimpangan bertingkat juga dibina bagi meningkatkan kapasiti trafik. Sebagai contohnya, projek penyuraian lalu lintas di persimpangan bertingkat Pandan Indah Kuala Lumpur di MRR2, projek ini sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada Februari 2012. Di samping itu, pengurusan trafik yang lebih teratur dan lebih selamat juga dilaksanakan seperti sistem laluan sehala bagi penyaluran dan penyuraian trafik dengan lebih berkesan. Pengurusan trafik yang cekap dengan pendekatan kemajuan teknologi terkini seperti Intelligent Transportation System (ITS), turut diperkenalkan bagi memudahkan pengguna merancang perjalanan masing-masing. Dengan menggunakan bantuan peralatan elektronik, maklumat trafik terus disebar terus kepada pengguna melalui Variable Message Sign (VMS) yang dipasang di jalan-jalan raya dan juga melalui perkhidmatan siaran radio, televisyen dan internet . Kementerian Kerja Raya juga bercadang untuk menjalankan satu kajian yang terperinci dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh bagi menyediakan pelan pembangunan jalan raya yang cekap di Lembah Klang. Walau bagaimanapun pelaksanaan kajian ini tertakluk kepada kelulusan Agensi Pusat untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh kelak. Tuan Yang di-Pertua, walaupun berbagai-bagai perancangan dan pelaksanaan telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk membendung kesesakan lalu lintas di bandar- bandar, isu ini tidak akan dapat diselesaikan dengan cara membina jalan-jalan baru sahaja. Oleh yang demikian kerajaan telah melancarkan Program Transformasi Kerajaan di mana salah satu Bidang Keberhasilan Utama Nasional yang menjadikan fokus kerajaan adalah mempertingkatkan pengangkutan awam bandar kepada 13 peratus menjelang 2010 dan kepada 25 peratus menjelang 2012, semasa waktu puncak. Langkah ini dilihat lebih bertepatan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas yang sering kali dihadapi oleh penduduk-penduduk di bandar, sekali gus mengurangkan beban kewangan kerajaan untuk membina dan menaik taraf jalan-jalan perhubungan. ■1140 Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir minta menyatakan adakah benar... Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid: Yang Berhormat. Minta laluan. Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat. Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid: Terima kasih. Dalam ucapan perbahasan saya, saya ada menyentuh tidak adakah cadangan daripada Kementerian Kerja Raya atau JKR untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di sempadan Selangor terutama di antara Bandar Manjalara, Sungai Buloh, Kuala Selangor dan LDP. Ini kalau Yang Berhormat sendiri pergi terlalu sesak, terlalu teruk bertahun-tahun. Tidak ada cara untuk kita hendak mengelak sebab jalan ini terlalu sempit. Adakah jalan-jalan ini akan dilebarkan ataupun ditambah jambatan supaya orang Kuala Lumpur kalau hendak pergi ke Sungai Buloh, Kuala Selangor kalau mereka mengelak pun mereka pergi ke LDP sama juga. Selepas tol, saya meminta selepas tol LDP dekat Universiti Malaya itu jalan itu masuk ke jalan persekutuan atau jalan mana pun terlalu sibuk. Apakah caranya kita hendak menyenangkan warga Kuala Lumpur atau negeri Selangor ini menggunakan lebuh raya? Terima kasih. Dato’ Yong Khoon Seng: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya kita telah pun berusaha untuk menambahkan bypass missing link ditambah baik. Ada cadangan kita 20 DN.28.7.2010 sentiasa melihat di mana-mana kesesakan berlaku kita menambah dan melebarkan jalan dan juga menambahkan persimpangan untuk tujuan ini. Kalau ada kes spesifik saya akan bagikan jawapan bertulis. Ini kita telah pun dalam rancangan kita ada juga untuk mengurangkan kesesakan, kita tambahkan bypass missing link dan juga kita gunakan persimpangan bertingkat seperti mana saya tadi sebut di MRRII di Taman Indah telah pun kita buat dengan satu projek untuk mengurangkan kesesakan. Projek kosnya adalah RM114 juta, sedang dibina sekarang. Ini adalah satu cara yang kita buat untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir minta menyatakan adakah benar 30 peratus daripada nilai projek diberikan kepada kontraktor kelas ‘F’. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat mulai 5 April 2010, Kementerian Kerja Raya telah melaksanakan mekanisme baru agihan kerja kepada kontraktor kelas ‘F’. Mekanisme baru ini turut diperluaskan juga kepada kontraktor kelas ‘E’ dan tidak lagi menyatakan secara spesifik peratusan agihannya seperti mana sebelum ini. Ini bermakna wujud fleksibiliti dari segi peratus agihan berdasarkan keperluan dan kompleksiti projek yang mungkin kurang ataupun lebih daripada 10 peratus. Walau bagaimanapun jumlah keseluruhan nilai kerja yang diagih kepada subkontraktor kelas ‘E’ dan ‘F’ tidak melebihi 15 peratus daripada nilai kontrak. Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga proses agihan skop kerja dan nilai kerja yang sesuai untuk dilaksanakan oleh kontraktor kelas ‘E’ dan ‘F’ bagi sesuatu projek akan dibuat secara sebut harga di kalangan kontraktor kelas ‘E’ dan ‘F’ dan bergantung kepada wujudnya projek bernilai RM10 juta dan ke atas di sesuatu kawasan atau daerah terbabit. Memandangkan mekanisme ini baru dilaksanakan kebanyakan kerja khusus untuk kontraktor kelas ‘E’ dan ‘F’ akan dilaksanakan secara meluas dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh kelak. Yang Berhormat Senator Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf minta dinyatakan mengapa had laju Lebuh Raya Utara Selatan di Jelapang - Simpang Pulai hanya 90 kilometer sejam sedangkan lebuh raya tersebut besar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat semua lebuh raya yang dibina di negara ini telah direka bentuk dengan menepati piawai reka bentuk antarabangsa seperti American Association of State Highway and Transportation Officials yang digunakan secara meluas. Had kelajuan sesuatu kawasan di lebuh raya telah ditentukan berdasarkan kepada faktor geometri, reka bentuk serta kedudukan jajaran dan sebagainya. Selain itu had kelajuan juga berbeza mengikut jenis lebuh raya di mana bagi lebuh raya antara bandar (interurban highways) had kelajuan yang ditetapkan adalah di antara 90 kilometer sejam hingga 110 kilometer sejam. Manakala bagi lebuh raya dalam bandar (urban highways) had kelajuan yang ditetapkan adalah di antara 70 kilometer sejam hingga 90 kilometer sejam. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat walaupun seksyen Jelapang ke Simpang Pulai Lebuh Raya Utara Selatan telah direka bentuk dengan geometri yang lebar, had kelajuan di seksyen tersebut telah dihadkan kepada 90 kilometer sejam sahaja atas faktor keselamatan iaitu dengan mengambil kira faktor jajaran lebuh raya berkenaan melibatkan jumlah aliran trafik yang tinggi. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman... Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf: Minta laluan. Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin: [Bangun] Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada pihak menteri dengan penjelasan tadi demi keselamatan itu. Jadi saya hendak pastikan benar-benarlah apakah benar-benar trace itu dinamakan trace urban highway. Hendak confirm kerana pastikan 90 kilometer sejam. Saya juga ingin tanya balik tentang pelaksanaan kepada sistem sebut harga melalui circular 5 April 2010 tadi yang dibangkitkan oleh rakan saya. Apakah yang kita tanyakan kerana sebelum ini juga kita tidak nampak ketelusan bilangan kontraktor itu. DN.28.7.2010 21

Kemudian dengan pelaksanaan baru ini pihak menteri menyebut langsung tidak boleh lagi hendak dihitung berapa peratus pengagihan. Adakah ini satu pembaikan atau bagaimana? Dato’ Yong Khoon Seng: Tuan Yang di-Pertua tujuan kita memberikan agihan kontrak ini kepada subkontraktor kelas ‘E’ dan ‘F’ memang untuk membantu mereka menjalankan kerja pembinaan dan juga memberikan mereka peluang untuk memperbaiki prestasi mereka. Memang jumlah yang ditetapkan, kita dahulu tetapkan 10 peratus dari projek yang bernilai lebih RM10 juta ke atas. Kali ini kita dengan cara sebut harga supaya semua boleh masuk dalam sebut harga ini dan jumlahnya kita mesti ada satu had. Kita tidak boleh kata bagi banyak itu - tidak melebihi 15 peratus dari jumlah projek ini yang akan diagihkan kepada pihak subkontraktor. Ini memang kita telah pun ada perbincangan dengan pihak kelas ‘F’, ‘E’ kontraktor supaya mereka setuju dengan cara ini lebih berkesan. Dahulu kita bagi 10 peratus kepada kontraktor tempatan dan ramai mereka pun tidak dapat buat kerja dan kita teruskan dengan cara ini supaya kita boleh membantu mereka menjalankan semua kerja pembinaan. Ini alright lah, engineer ... Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat. ■1150 Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mendapatkan penjelasan apabila di jalan, sama ada di lebuh raya atau jalan utama, had kelajuannya 110 dan 90 kilometer sejam seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri. Permasalahan yang berlaku sekarang ini, kesesakan boleh berlaku disebabkan kereta terlampau perlahan. Saya ambil contoh satu jalan di Kedah, daripada kilang lama Kulim ke Serdang, di mana jalan ini lebih kurang 40 kilometer dan terlalu banyak jalan bengkang-bengkok corner nya. Apabila seorang hamba Allah – saya tidak mahu sebut namanya di dalam Dewan yang mulia ini, dia di depan, kelajuannya hanya 30 kilometer sejam. Ini menyebabkan kesesakan itu hampir sejam untuk sampai ke Serdang. Jadi, adakah kerajaan tidak bercadang untuk mengadakan had minimum supaya kereta tidak dipandu terlalu perlahan supaya kesesakan tidak berlaku. Terima kasih. Dato’ Yong Khoon Seng: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya isu ini pun pernah dibangkitkan beberapa tahun yang dulu. Kita tidak dapat memaksa orang untuk memandu laju kerana keselamatan. Jikalau dia memang cermat, mungkin dia tidak akan memandu dengan laju kerana jalan itu, geometrinya memang susah untuk orang yang cermat, dia tidak akan memandu dengan lebih laju. Akan tetapi, saya setuju dengan adanya pemandu, kalau sekali skala buat seperti itu memang akan ada memberi kesan kesesakan di jalan raya tersebut. Namun, kita tidak dapat membuat apa-apa undang-undang supaya mereka tidak boleh memandu dengan satu had perlahan, kurang daripada satu had kelajuan di jalan raya. Cadangan ini baik tetapi, kita perkenalkan dengan memberitahu orang ramai khususnya pemandu supaya jangan buat sedemikian kerana ia akan mengganggu orang di belakang, yang tidak dapat lalu. Saya harap tidak ramai pemandu seperti ini... [Disampuk] Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin: Ramai... [Menyampuk] Dato’ Yong Khoon Seng: Ramai ya... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk... Ini saya sudah baca. Okey, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penekanan terhadap aspek penyelenggaraan semasa peringkat perancangan projek sentiasa menjadi perhatian Kementerian Kerja Raya. Penekanan yang diberikan melibatkan aspek reka bentuk yang memudahkan penyelenggaraan melalui konsep design for maintenance . Konsep ini selaras dengan Dasar Pengurusan Aset Kerajaan melalui pendekatan Pengurusan Aset Menyeluruh. 22 DN.28.7.2010

Pendekatan pengurusan aset menyeluruh ini diamalkan untuk memastikan pengurusan kitaran hayat sesuatu aset dilaksanakan bermula dari peringkat perancangan, pembinaan, penyelenggaraan dan hingga ke peringkat pelupusan aset tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerja-kerja penyelenggaraan dibahagikan kepada dua, iaitu yang dijalankan secara jabatan dan secara penswastaan. Bagi kerja-kerja yang dilaksanakan secara jabatan, kerja-kerja ini dijalankan oleh pegawai dan kakitangan yang berkelayakan dan terlatih dengan menempatkan kakitangan Kader di JKR di pelbagai jabatan kerajaan. Penempatan kakitangan Kader JKR ini dilihat mampu untuk memberikan nasihat dan bantuan teknikal bagi memastikan kerja-kerja berkaitan teknikal seperti perancangan dan pelaksanaan projek juga penyelenggaraan berjalan dengan lancar. Kemahiran kakitangan yang terlibat ini akan ditingkatkan lagi dari semasa ke semasa melalui berbagai-bagai sesi latihan dan kursus. Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Minta laluan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Adakah pihak Kementerian Kerja Raya khususnya, sedar bahawa hanya syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Penaksir dan Agen Hartanah sahaja yang dibenarkan untuk melantik sebagai pengurus harta? Sementara bagi bangunan-bangunan kepunyaan swasta, diselenggarakan oleh syarikat-syarikat yang bertauliah. Saya tahu bahawa, banyak bangunan kepunyaan kerajaan dan agensi kerajaan, termasuk bangunan kepunyaan parti politik yang diuruskan oleh syarikat-syarikat yang tidak berdaftar dan yang tidak mempunyai kelayakan dan pengalaman yang sempurna. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Dato’ Yong Khoon Seng: Terima kasih Yang Berhormat. Pertamanya, kelayakan pihak dari segi kerajaan kita ada Kader ini semuanya ada kelayakan. Namun, penyelenggaraan bangunan oleh pihak swasta, saya perlukan notis, jika saya dapat Yang Berhormat beritahu kepada saya. Saya hendak check, sama ada betul mereka tidak layak untuk penyelenggaraan bangunan-bangunan. Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Apa yang saya maksudkan, bangunan-bangunan kepunyaan swasta memang mempunyai pengurus harta yang berkelayakan kerana mereka itu mendaftar mengikut akta yang diluluskan, termasuk Dewan yang mulia ini. Akan tetapi, bangunan-bangunan kepunyaan kerajaan, di mana ia diuruskan oleh syarikat-syarikat swasta, ada di antara syarikat-syarikat ini yang tidak berdaftar. Oleh sebab itu, it is illegal lah. Itu apa yang saya minta pandangan. Kita tidak mempunyai masalah dengan bangunan-bangunan kepunyaan syarikat swasta. Masalahnya ialah, bangunan-bangunan kepunyaan kerajaan, di mana kalau ia diurus secara swasta, syarikat-syarikat ini tidak didaftar. Oleh sebab itulah, kita pernah mendengar bahawa bangunan-bangunan kerajaan ini mempunyai masalah-masalah yang tertentu dari segi pengurusan harta. Terima kasih. Dato’ Yong Khoon Seng: Terima kasih Yang Berhormat. Saya ambil perhatian dalam hal ini. Saya tidak dapat jawab secara lisan sekarang. Bagi kerja-kerja penyelenggaraan yang dijalankan oleh syarikat swasta, kementerian akan menilai syarikat berkenaan dari segi aspek teknikal dan kewangan syarikat. Kelayakan itu kita tidak disebut di sini. Saya akan menelitinya. Melalui penilaian ini, kelayakan sesuatu syarikat dapat dikenal pasti bagi memastikan kerja-kerja penyelenggaraan yang akan dilakukan, berkualiti dan mematuhi piawaian yang ditetapkan. Pada masa yang sama, lawatan pemantauan audit juga dijalankan pada semasa ke semasa untuk memastikan prosedur dan spesifikasi yang dinyatakan di dalam kontrak penyelenggaraan itu dipatuhi oleh syarikat tersebut. Yang Berhormat Senator Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta dinyatakan apakah status kemajuan projek-projek infrastruktur yang dibangunkan di bawah Koridor Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur (ECER), khususnya di wilayah segi tiga Kuala Terengganu-Kenyir-Dungun. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat tiga projek utama yang dikenal pasti untuk dilaksanakan di bawah Koridor Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur. Projek ini adalah seperti berikut: DN.28.7.2010 23

(i) projek jalan persekutuan laluan lapan dan sembilan, Central Spine Road dari Kuala Krai, Kelantan ke Simpang Pelangai, Pahang sepanjang 360 kilometer. Status bagi projek ini adalah dalam peringkat pra-pembinaan; ■1200 (ii) projek menggantikan jambatan Bukit Kuang di Jalan Persekutuan III Kemaman, Terengganu. Status bagi projek ini adalah dalam pembinaan dan dijangka siap pada Julai 2013; (iii) projek menaik taraf Jalan Persekutuan III dari persimpangan bertingkat Jabor-Jerangau ke persimpangan bertingkat Sungai Ular, Kuantan. Status bagi projek ini adalah dalam peringkat reka bentuk. Manakala bagi permohonan di wilayah segi tiga Kuala Terengganu - Kenyir - Dungun, setakat ini kementerian difahamkan tidak akan ada projek khusus di bawah ECER dilaksanakan di kawasan berkenaan. Walau bagaimanapun, terdapat projek-projek jalan yang tidak disenaraikan di bawah ECER tetapi, terletak di bawah skop Kementerian Kerja Raya yang sedang dilaksanakan iaitu seperti projek pembinaan Jalan Aring-Tasik Kenyir-Kuala Berang dan projek menaik taraf Jalan Paka-Santong, Laluan 122, di Dungun Terengganu. Yang Berhormat Senator Puan Hajah Fatimah binti Hamat minta dinyatakan mengapa tidak diambil tindakan yang lebih positif terhadap kontraktor yang dilantik bagi pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur II dari Jabor ke Kampung Gemuroh, Terengganu. Atas kelewatan yang disebabkan oleh kenaikan harga bahan binaan, memohon pantau projek tersebut dengan lebih berkesan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat seperti yang mana telah dimaklumkan semasa pertanyaan jawab lisan pada 22 Julai 2010 mengenai Lebuh Raya Pantai Timur fasa dua bahawa kerajaan telah mengambil tindakan dengan menamatkan satu pakej, manakala lima pakej lagi telah ditamatkan secara persetujuan bersama atau dengan izin, mutual termination. Tindakan ini diambil adalah selaras dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3, tahun 2008 mengenai pelaksanaan syarat perubahan harga di dalam kontrak kerja sebagai kemudahan kepada kontraktor-kontraktor yang dihimpit dengan masalah kenaikan harga bahan binaan. Surat pekeliling ini adalah sebagai menambahbaikkan ke atas syarat perubahan yang telah ditetapkan sebelum ini di mana pengiraan perubahan harga bagi kerja-kerja kejuruteraan awam diperluaskan kepada sebelas jenis bahan berbanding hanya lima jenis bahan sebelum ini. Di samping itu pihak kontraktor juga diberi tiga bulan lanjutan tempoh masa EOT dan pilihan untuk menamatkan kontrak secara persetujuan bersama, sekiranya kontraktor masih tidak mampu untuk meneruskan projek. Walaupun syarat-syarat perubahan harga telah diberikan untuk menampung kenaikan harga bahan binaan terdapat juga kontraktor yang tidak mampu untuk meneruskan pelaksanaan projek ini. Oleh itu mereka telah menarik diri menerusi penamatan kontrak secara persetujuan bersama. Kontraktor yang ditamatkan secara persetujuan bersama ini tidak disenaraihitamkan dan masih boleh menyertai tender- tender kerajaan yang lain. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat... Datuk Haji Roslan bin Awang Chik: Minta laluan Yang Berhormat. Terima kasih sebelum saya meneruskan teguran saya Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya juga mengucap tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah membawa rombongan, saya nampak di luar tadi ulung-ulung kali KSU sendiri yang datang ke Parlimen ini. Saya ucap tahniah kepada rombongan Yang Berhormat. Soalan saya ada dua iaitu berkait sama dengan LPT yang telah disebutkan tadi, iaitu bilakah sebenarnya laluan ini dapat dijalankan dengan sepenuhnya daripada Kuantan ke Kuala Terengganu. 24 DN.28.7.2010

Dalam soalan lisan tempoh hari Yang Berhormat juga telah pun menjawab tetapi, tarikh yang sebenarnya masih lagi menjadi kabur sehingga kalaulah boleh saya meminta, kalau boleh disiapkan sebelum PRU ke-13 kerana perkara ini menjadi satu rungutan. Sudahlah pakai begitu banyak duit daripada wang ihsan tetapi masih lagi tidak dapat dinikmati oleh rakyat negeri Terengganu khususnya. Soalan yang kedua ataupun celahan kedua ialah berkait sama dengan maintenance tadi. Saya difahamkan beberapa tahun yang lepas bahawa Kerajaan Pusat di bawah kelolaan Jabatan Kerja Raya ataupun Kementerian Kerja Raya telah pun memberi kerja-kerja maintenance kepada beberapa syarikat seperti di selatan, di utara dan di timur. Ini sedikit sebanyak telah mengambil kerja-kerja yang dahulunya dibuat oleh kontraktor- kontraktor kecil seperti Kelas F dan apabila ia berjalan setelah hampir lapan ke sembilan tahun kalau tidak silap saya, ianya telah memberi satu impak kepada kontraktor-kontraktor kecil ini yang mana kerja-kerja ini terpaksa diminta dengan harga yang begitu rendah sekali. Dahulunya tahun yang pertama contohnya di Pantai Timur diberi oleh syarikat yang mendapat kelolaan maintenance di Pantai Timur ini begitu baik harganya tetapi, dari setahun ke setahun harganya menurun sehingga mencekik kontraktor-kontraktor Kelas ‘F’. Tidakkah kerajaan bercadang untuk menamatkan konsesi penswastaan ini. Oleh kerana penswastaan ini sedikit sebanyak telah mencengkamkan kepada kontraktor-kontraktor kecil yang mana ianya menjejaskan ada yang terpaksa meminta-minta untuk memasuki, apatah lagi dengan kelolaan itu jumlah bayaran ataupun kadar bayaran dan kekerapan bayaran itu sering kali menjadi rungutan. Masa yang diambilnya terlalu lama dan akhirnya kontraktor yang mengendalikan kerja ini mengalami kerugian yang amat teruk. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat. Terima kasih. Dato’ Yong Khoon Seng: Terima kasih Yang Berhormat. LPT dua ada tempohnya, saya pun tidak tahu bila pilihan raya akan datang. Yang sebenarnya ada juga yang telah siap dan kita akan buka untuk digunakan dan yang belum siap kita akan mempercepatkan pakej-pakej yang telah pun tergendala. Kita sudah memanggil tender dan kita akan menetapkan tempoh untuk mereka menyelesaikan projek-projek tersebut. Mungkin saya tidak dapat memberikan masa tempohnya tetapi, kerana kontrak ini telah pun diberi mungkin hujung tahun ini dan mungkin dalam 18 bulan atau dua tahun, jadi saya haraplah belum ada pilihan raya yang ke-13. Yang sebenarnya pasal kontraktor kecil dulunya ada menjalankan tugas untuk pakej-pakej jalan, untuk penyelenggaraan jalan, tetapi sekarang dibahagikan kepada pihak konsesi. Inilah kita sentiasa membantu pihak subkontraktor-kontraktor kecil Kelas ‘E’, Kelas ‘F’ supaya kita mengenakan satu mekanisme baru, di mana projek melebihi RM10 juta akan diagihkan kepada kontraktor Kelas ‘F’ dan ‘E’ juga supaya jumlah peruntukan ini di bawah 15 peratus jumlah kontrak asal akan dibahagikan kepada subkontraktor Kelas ‘F’ dan ‘E’. ■1210 Sebenarnya dahulu kita tahu juga pembayaran kepada pihak subkontraktor atau kontraktor kecil dari main contractor ini mungkin mengambil masa, harganya diberi tidak berapa lumayan. Kita akan meminda satu akta CIDB supaya kontrak-kontrak ini kalau dibayar dengan cara-cara yang kita ada peraturan-peraturan supaya subkontraktor atau kontraktor kecil ini dapat dibayar dengan secepat mungkin. Ini adalah satu cara yang kita cuba sedaya upaya membantu pihak subkontraktor atau kontraktor Kelas ‘E’ dan ‘F’. Tuan Yang di-Pertua, saya lanjutkan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak kementerian telah memberi perhatian yang khusus terhadap projek LPT II, di mana tindakan-tindakan yang diambil oleh kementerian bagi memastikan projek ini berjalan lancar adalah seperti berikut: (i) mengetatkan pemberian EOT kepada kontraktor; (ii) memastikan siling peruntukan mencukupi berdasarkan kos sesuatu projek; dan DN.28.7.2010 25

(iii) melantik kontraktor penyiap yang berwibawa bagi projek yang telah ditamatkan. Yang Berhormat Senator Tuan Ng Fook Heng minta agar projek pembinaan jalan dari Sungai Lembing ke Jerantut dapat dilaksanakan kerana telah memohon sejak dari Rancangan Malaysia Kelima. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sememangnya peka terhadap kepentingan masyarakat dan pembangunan seimbang dengan memperluaskan rangkaian jalan raya yang menghubungkan pusat pertumbuhan ekonomi sedia ada ke kawasan pertumbuhan baru. Sehubungan dengan itu, berdasarkan kepada Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya atau dengan izin, Highway Network Development Plan, Kementerian Kerja Raya sememangnya mempunyai perancangan untuk membina jalan raya dari Sungai Lembing ke Jerantut sepanjang 43 kilometer dengan kos sebanyak RM640 juta yang meliputi pembinaan jalan baru satu lorong dua hala dan membina beberapa buah jambatan yang merentasi sungai-sungai sedia ada di sepanjang cadangan projek ini. Cadangan projek ini akan melalui FELDA di daerah Jerantut, kawasan berbukit dan kawasan hutan yang mana penggunaan teknik dan kaedah pembinaan perlu diambil perhatian bagi pemeliharaan kawasan-kawasan hutan dan berbukit. Projek ini telah pun dicadangkan untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Walau bagaimanapun, reka bentuk terperinci bagi projek ini akan dilaksanakan sebaik sahaja mendapat kelulusan daripada agensi pusat. Yang Berhormat Senator Pau Chiong Ung membangkitkan kerja-kerja penyenggaraan jalan-jalan utama di Sarawak yang amat tidak memuaskan. Kerajaan sepatutnya memberi keutamaan terhadap penyenggaraan jalan berbanding membina jalan- jalan baru dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jalan-jalan Persekutuan di negara ini telah direka bentuk berdasarkan tempoh ketahanan atau dengan izin, design life selama sepuluh tahun. Tempoh tersebut mengambil kira faktor penggunaan sumber kewangan kerajaan secara optimum dan faktor-faktor teknikal yang lain seperti reka bentuk sesuatu jalan, beban gandar purata trafik harian, kekuatan lapisan tapak dan sub tapak jalan, di samping kadar pertumbuhan trafik di sesuatu kawasan atau laluan. Walau bagaimanapun, Kementerian Kerja Raya sememangnya sedar dan mengambil maklum mengenai tahap kualiti jalan raya di Sarawak khususnya antara Sibu- Bintulu-Miri yang tidak rata dan perlu dinaik taraf. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat beberapa faktor yang dikenal pasti mengakibatkan kualiti jalan di Sarawak telah merosot iaitu seperti berikut: (i) keadaan struktur tanah yang lembut dan ketiadaan sistem saliran yang cekap; dan (ii) berat kenderaan telah melebihi kapasiti iaitu disebabkan oleh jumlah trafik yang banyak atau digunakan oleh kenderaan yang lebih muatan. Sehubungan dengan itu, Kementerian Kerja Raya telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM391.4 juta bagi tempoh antara tahun 2004 hingga tahun 2010 untuk menyenggara jalan-jalan Persekutuan di Sarawak. Antara jenis-jenis rawatan jalan yang telah dilaksanakan ialah menerusi kaedah turapan CIPR iaitu cold in-place recycling bertujuan untuk menguatkan struktur jalan, penurapan semula (resurfacing) dan penampalan pathole. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerja-kerja rutin penyenggaraan jalan sebenarnya sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa oleh syarikat konsesi penyenggaraan jalan Persekutuan.

26 DN.28.7.2010

Walau bagaimanapun, Kementerian Kerja Raya telah mencadangkan kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri untuk mendapatkan peruntukan lebih besar dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh bagi melaksanakan projek menaik taraf dan menyenggara jalan-jalan Persekutuan di negeri Sarawak. Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap perkara-perkara... Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Tuan Yang di-Pertua, boleh saya minta laluan? Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Baru-baru ini dalam RMKe-10, Lapangan Terbang Sungai Besi adalah satu projek yang akan dibina. Apa yang saya dengar ialah bahawa projek ini telah pun diberi kepada syarikat yang berhubung dengan jutawan Jho Taek Low. Soalan saya ialah, kita masih bahas RMKe-10, jadi adakah projek ini pun sudah diberi? Soalan kedua ialah, kalau diberi, adakah ini telah melalui open tender atau perunding terus? Terima kasih. Dato' Yoong Khoon Seng: Terima kasih Yang Berhormat. Ini berkaitan dengan lapangan terbang, tidak ada dalam Kementerian Kerja Raya, ini mungkin di bawah Kementerian Pengangkutan. Saya akan majukan soalan Yang Berhormat kepada pihak Kementerian Pengangkutan. Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih di atas perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap perkara-perkara yang menyentuh Kementerian Kerja Raya. Kementerian ini akan sentiasa ambil perhatian terhadap sebarang teguran dan pandangan yang membina dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya kepada isu-isu yang ditimbulkan. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli- ahli Yang Berhormat, sebelum kita meneruskan giliran Kementerian Kesihatan untuk menjawab, saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk mengemukakan usul.

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT 12.19 tgh. Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air [Puan Noriah Kasnon]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 11(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran kementerian menjawab dan usul Rancangan Malaysia Kesepuluh diputuskan. Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Khamis, 29 Julai 2010.” Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan II [Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

DN.28.7.2010 27

■1220 Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, usul kedua saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mengemukakan usul seterusnya.

USUL

MEMINDA SUSUNAN ATURAN URUSAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin]: Tuan Yang di-Pertua, mengikut Peraturan Mesyuarat 26(1) saya mohon mencadangkan supaya giliran Yang Berhormat Menteri-menteri menjawab ke atas perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bertukar giliran di nombor 18 menggantikan giliran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di nombor 23. Terima kasih. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan II [Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan. Timbalan Yang di-Pertua: Seterusnya diminta Kementerian Kesihatan menjawab. 12.21 ptg. Timbalan Menteri Kesihatan [Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya ingin merakamkan ucapan terima kasih serta penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang menyentuh tentang bidang kuasa serta usaha-usaha Kementerian Kesihatan Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Kesepuluh bakal meneruskan tumpuan khusus terhadap aspek penambahbaikan kesihatan rakyat dengan meningkatkan akses, liputan serta kualiti penjagaan kesihatan. Sebagaimana yang pernah dinyatakan melalui sesi penggulungan di Dewan Rakyat yang lalu, Rancangan Malaysia Kesepuluh bakal meneruskan aspek-aspek pembangunan yang belum diselesaikan melalui Rancangan Malaysia Kesembilan. Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang masalah kekurangan katil dan doktor di Hospital Dungun sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Puan Hajah Zainun binti A. Bakar di mana kawasan Dungun telah pun dinaiktarafkan sebagai Majlis Perbandaran sejak Mei 2009. Sukacita dimaklumkan bahawa Hospital Dungun yang beroperasi dengan 100 buah katil dengan kadar penggunaan katil sebanyak 64.46 peratus pada tahun 2009 menyediakan perkhidmatan perubatan asas iaitu rawatan pesakit dalam, pesakit luar, perbidanan, rehabilitasi, hemodialisis, kecemasan dan perkhidmatan sokongan seperti farmasi, makmal patologi dan radiologi. Di samping itu perkhidmatan lawatan pakar diperoleh daripada Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu yang meliputi disiplin perubatan awam, pembedahan am, obstetrik dan ginekologi, pediatrik, ortopedik, psikiatri, telinga, hidung dan tekak, oftalmologi dan juga nefrologi. Pada masa ini terdapat sepuluh orang pegawai perubatan yang berkhidmat di Hospital Dungun di mana tugas hakiki mereka adalah antaranya rondaan wad, klinik pesakit 28 DN.28.7.2010 luar dan klinik pakar dan tugas atas panggilan. Bilangan ini mencukupi pada masa ini untuk memastikan kelancaran perkhidmatan perubatan di hospital tersebut. Kementerian Kesihatan sentiasa prihatin dengan keperluan tambahan perjawatan pegawai perubatan bukan sahaja di Hospital Dungun bahkan juga di seluruh negara bagi tujuan memenuhi keperluan perkhidmatan-perkhidmatan sedia ada serta perkhidmatan-perkhidmatan baru pada masa yang akan datang. Pertambahan bilangan pegawai perubatan bakal disaksikan apabila kumpulan awal pegawai perubatan siswazah lantikan tahun 2008 seramai 2,339 orang yang menjalani latihan siswazah selama dua tahun tamat menjalani latihan mereka pada tahun ini. Pegawai perubatan ini akan ditempatkan di seluruh fasiliti Kementerian Kesihatan terutamanya fasiliti yang menghadapi masalah kekurangan pegawai perubatan. Berhubung dengan persoalan sama ada pembinaan Hospital Dungun yang ditangguhkan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan dimasukkan ke dalam senarai sembilan buah hospital baru di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Hospital Dungun telah disenaraikan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh dan sedang dalam pertimbangan pihak Unit Perancangan Ekonomi. Bagi menampung keperluan katil, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah memohon projek gantian Hospital Dungun dengan 180 buah katil ke tapak baru yang telah dikenal pasti dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh yang mana proses perolehan tanah telah pun diselesaikan sebagai prasyarat untuk membolehkan sebarang projek baru dipertimbangkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh. Sementara itu merujuk kepada permohonan Yang Berhormat Senator Datuk Sim Kheng Hui berkenaan dengan pengambilalihan SIMC di Sarawak. Kementerian pernah menerima cadangan daripada Kerajaan Negeri Sarawak untuk mengambil alih SIMC untuk menampung kesesakan yang dihadapi oleh Hospital Umum Sarawak. Untuk makluman, kerajaan telah membuat keputusan agar pengambilalihan SIMC diletakkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Walau bagaimanapun, disebabkan faktor-faktor yang tidak boleh dielakkan dan atas dasar kepentingan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang mendesak, isu pengambilalihan SIMC ini telah diletakkan semula di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia selepas ianya dibentangkan kepada Majlis Ekonomi Negara yang bersidang pada 15 Julai, 2010. Sehubungan dengan itu proses pengambilalihan SIMC masih di dalam peringkat perbincangan di antara agensi yang berkaitan. Berkenaan isu Hospital Umum Sri Aman pula yang dikatakan tidak dapat menampung bilangan pesakit yang ramai, Kementerian Kesihatan Malaysia sememangnya ada perancangan untuk membina sebuah hospital baru bagi menggantikan Hospital Sri Aman yang ada sekarang. Pada masa ini kementerian sedang dalam proses mengenal pasti tapak yang sesuai untuk mengganti tapak sedia ada. Perolehan tapak baru akan dilaksanakan di dalam Penggal Pertama Rancangan Malaysia Kesepuluh atau lebih dikenali sebagai “First Rolling Plan” dengan izin, manakala pembinaan hospital baru dirancang untuk dilaksanakan pada Penggal Kedua Rancangan Malaysia Kesepuluh setelah selesainya perolehan tanah dan tertakluk kepada kelulusan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Senator Dato’ Zaitun binti Mat, Yang Berhormat Senator Datuk Sim Kheng Hui dan Yang Berhormat Senator Datuk Abdul Rahman bin Bakar berkaitan masalah kekurangan serta nisbah pegawai perubatan, pegawai pergigian dan farmasi, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah bagi tujuan menangani masalah kekurangan pegawai-pegawai berkenaan. Antaranya ialah dengan meningkatkan kapasiti pengeluaran graduan dalam bidang perubatan, pergigian dan juga farmasi. Hal ini telah menunjukkan perkembangan positif di mana terdapat peningkatan ketara bilangan graduan perubatan, pergigian dan farmasi yang dihasilkan oleh IPTA dan IPTS sama ada dalam negara dan juga lulusan daripada luar negara. Sebagai contoh, dalam tahun 2006 jumlah graduan perubatan yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia adalah seramai 1,124 orang dan jumlah ini telah meningkat kepada 3,072 orang dalam tahun 2009. Jumlah pengeluaran graduan perubatan dijangka akan meningkat kepada 3,795 orang dalam tahun 2010. Bagi graduan pergigian pula jumlah graduan yang berkhidmat di kementerian pada tahun 2008 adalah seramai 149 orang dan dijangka akan meningkat DN.28.7.2010 29 kepada 210 orang pada tahun 2010. Manakala pada tahun 2008 jumlah graduan farmasi daripada IPTA dan IPTS yang berkhidmat di bawah kementerian adalah seramai 719 orang dan dijangka akan meningkat kepada 768 orang pada tahun 2010. ■1230 Di samping itu, kerajaan sentiasa berusaha untuk menarik dan mengekalkan pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi untuk berkhidmat dengan kementerian dengan memberikan pelbagai insentif dan juga mengadakan peluang kemajuan kerjaya yang lebih baik melalui pelaksanaan penambahbaikan laluan kerjaya bagi pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 9 Mac 2010. Jumlah graduan perubatan, pergigian dan farmasi yang dapat dihasilkan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam negara pada tahun 2010 adalah dijangka akan menunjukkan peningkatan berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Unjuran bekalan pegawai perubatan, pegawai pergigian, dan farmasi pada tahun 2010 adalah seperti berikut:

Graduan Jumlah (Orang) Pegawai perubatan 2,220 Pegawai pergigian 210 Farmasi 768

Tindakan sebilangan siswazah dalam bidang perubatan seperti graduan UKM yang berkhidmat di Singapura oleh kerana tawaran gaji yang lebih lumayan adalah merupakan pilihan kecil sebilangan individu. Dengan adanya pertambahan ke atas keluaran graduan perubatan dari dalam dan luar negara, kementerian akan memperoleh bekalan pegawai perubatan yang lebih baik. Selain daripada itu, kerajaan telah menambah baik insentif dan allowance yang diterima oleh pegawai perubatan di kementerian seperti peningkatan kadar bayaran insentif perkhidmatan kritikal daripada RM500 kepada RM750 mulai 1 Januari 2008 dan bayaran insentif pakar di antara RM1,600 sehingga RM3,100 mengikut gred bermula pada 1 Januari 2009. Di samping itu, pegawai perubatan dan pegawai perubatan pakar yang melaksanakan prosedur serta pembedahan elektif pada hari Sabtu akan dibayar sebanyak RM200 sejam bagi pegawai perubatan pakar dan RM80 bagi pegawai perubatan. Melalui usaha-usaha yang disebutkan di atas, kerajaan sentiasa berusaha untuk memperbaiki kadar nisbah pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi kepada penduduk. Terdapat peningkatan nisbah yang significant melalui tahun 2006 sehingga tahun semasa di mana perbandingan nisbah pegawai perubatan, pegawai pergigian, dan pegawai farmasi kepada penduduk pada tahun 2006 dan 2010 adalah seperti berikut:

Jenis Perkhidmatan Kadar Nisbah (2006) Kadar Nisbah (2010) Pegawai Perubatan 1:1,383 1:920 Pegawai Pergigian 1:9,716 1:8,153 Pegawai Farmasi 1:4,895 1:3,350

Nisbah yang disasarkan untuk dicapai pada tahun 2020 bagi pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi adalah seperti berikut.

Jenis Perkhidmatan Nisbah Pegawai Perubatan 1:600 penduduk 30 DN.28.7.2010

Pegawai Pergigian 1:4,000 penduduk Pegawai Farmasi 1:2,000 penduduk

Bagi pegawai perubatan, nisbah tersebut dijangka akan dicapai pada tahun 2015, manakala pegawai pergigian dan pegawai farmasi adalah pada tahun 2019. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dr. Malasingam a/l Muthukumaru telah membangkitkan pertanyaan mengenai jumlah... Datuk Akbar bin Ali: Mohon mencelah. Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Okey. Datuk Akbar bin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya, apabila saya melihat wajah Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya lihat ketua puteri, saya lihat dua Timbalan Menteri. Dia begitu menarik. Dia macam bunga anggerik, siapa melihat sudah pasti hati tertarik. Terima kasih di atas penjelasan yang telah diberikan itu. Cuma saya hendak lihat atau saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, sekali lagi apa yang banyak dicakapkan itu ialah merupakan input based tetapi, alhamdulillah Yang Berhormat Timbalan Menteri juga telah memasukkan apa yang dikatakan outcome based. Tahniah kerana pendekatan OBB itu. Cuma saya hendak tanya, sebab melangkah ke negara maju pada tahun 2020, apa yang penting ialah kita benchmarking kemajuan kita pada 2020 nanti dan benchmarking itu, dengan izin, biasanya dikaitkan dengan negara maju sama ada Amerika Syarikat atau pun OECD, as a group lah. Jadi, di sini mohon Yang Berhormat tunjukkan pertalian kita nanti pada tahun 2020 di manakah kedudukan kita vis-a-vis negara maju berhubung tiga perkara tadi, perubatan, pergigian dan farmasi. Ini kerana walaupun sasaran nisbah 1:600, nampak cantik tetapi, adakah itu benchmark negara maju. Setahu saya kalau kita ambil purata OECD ialah 1:300 . Jadi, apakah usaha kita supaya hendak capai tahap negara maju bahawa dalam bidang kesihatan, kita juga setanding dengan mereka berdasarkan nisbah yang saya sebutkan tadi. Itu satu. Apa usaha ke arah itu? Mindful pada tahun ini penduduk kita ialah 28.3 juta. Tahun 2015, 29.8 juta. Pada tahun 2020, hampir-hampir 32 juta. Jadi, peningkatan penduduk akan memberi kesan exacting the demand on facilities and services. Kedua, tadi disebut bahawa imbuhan, gaji, semua hendak diusahakan untuk menarik pegawai-pegawai perubatan supaya dapat menarik dan dikekalkan dalam perkhidmatan masing-masing. Cuma, saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memang sudah tahu. Apakah usaha yang hendak dibuat selain memperbaiki imbuhan tadi tetapi environment persekitaran kerja, working environment itu diperbaiki kerana kadang-kadang kita kesian doktor biasa, doktor pakar, biliknya kadang- kadang lebih kecil atau sama lebih kurang saiz bilik kerani atau pegawai EO sahaja. Jadi, kemudahan-kemudahan ini harus diberikan supaya mereka rasa lebih comfortable semasa memberi layanan, treatment kepada para pesakit. Mohon beri penjelasan. Terima kasih. Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih Yang Berhormat Senator yang bijak sana dan terima kasih juga di atas pandangan-pandangan dan juga cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat yang saya pasti adalah antara cadangan yang terbaik untuk diimplementasikan terutama sekali oleh Kementerian Kesihatan. Untuk menjawab kepada persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat mengenai pertalian ataupun bezanya kita dengan negara maju apabila kita menyasarkan 1:600. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, bezanya tidaklah begitu ketara kerana sasaran yang telah diunjurkan oleh negara maju seperti Amerika Syarikat adalah 1:400 di mana untuk beberapa kawasan Yang Berhormat terutama sekali di Lembah Klang dan juga kawasan DN.28.7.2010 31

Putrajaya, kita telah mencapai sasaran itu dan jauh lebih baik lagi Yang Berhormat, di mana untuk Putrajaya, nisbah doktor kepada pesakit ataupun kepada penduduk adalah 1:288 penduduk. Begitu juga di kawasan Lembah Klang. Unjurannya adalah 1:388 penduduk. Oleh daripada itu, kita telah mencapai Yang Berhormat jauh lebih baik daripada 600 nisbah tersebut sekiranya kita ambil penekanan kepada rawatan ataupun nisbah di kawasan- kawasan yang tertentu. Untuk menjawab kepada... Datuk Akbar bin Ali: Dengan izin Yang Berhormat, please don’t lie with the statistic. Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: I don’t. I never lie on statistic. ■1240 Datuk Akbar bin Ali: Maksud saya di sini. Kalau comparekan country per country it is not fair, tidak adillah, kita compare kan America such a huge country yang patut kita pilih berbanding dengan Putrajaya bukan? Saya lebih suka berbanding dengan Sabah atau Sarawak. Kita be fair in these tetapi, saya take note . Memang keadaan di lokasi tertentu lebih baik. Ini yang kita bimbang sebenarnya. Yang Berhormat Datuk, mengundang soalan lain, bilakah kita hendak move, melakukan anjakan paradigma daripada urban buyers development kepada rural buyers development ? Rich buyers development kepada poor buyers development. Kalau ini tidak berubah, maka sering kali dan sentiasa serta di masa hadapan pun nanti, apabila kita mencapai tahap negara maju, maka yang maju itu ialah orang bandar dan orang kaya. Orang luar bandar dan miskin akan terus tertinggal. Ini sepatutnya diubah supaya kita yang dikatakan di dalam Wawasan 2020, sembilan cabaran itu yang diutarakan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr, Mahathir, kita mesti mencapai negara maju mengikut acuan kita. Terima kasih. Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Okey, terima kasih Yang Berhormat di atas pandangan. Saya bersetuju Yang Berhormat dan memanglah sebenarnya tidak adil sekiranya kita hendak membandingkan negara maju dengan kawasan seperti Putrajaya dan sebagainya. Saya cuma hendak memaklumkan kepada Yang Berhormat bahawa inisiatif untuk mengurangkan nisbah seorang doktor ataupun pegawai perubatan kepada penduduk telah diusahakan dan sedang dalam pemerhatian serta usaha Kementerian Kesihatan. Jadi, seperti saya katakan tadi 1:600 dan 1:400, bezanya tidak begitu ketara mengambil kira mengenai unjuran penduduk, keperluan semasa dan sebagainya Yang Berhormat. Jadi, saya sangat menghargai pandangan Yang Berhormat mengenai rural dan juga rich area tidak memberikan fokus hanya kepada kawasan-kawasan tertentu iaitu kawasan rural dan mengabaikan terus kawasan yang sepatutnya menjadi pencapaian dari segi perawatan serta pemberian perkhidmatan kesihatan itu sendiri. Jadi oleh sebab itulah Yang Berhormat, langkah-langkah telah diambil oleh pihak kerajaan. Baru-baru ini seperti yang diketahui oleh Yang Berhormat, kita mempunyai klinik 1Malaysia. Tujuannya adalah untuk memberikan rawatan kepada pesakit-pesakit yang berada di urban area untuk keperluan. Oleh daripada itu Yang Berhormat, waiting period untuk pesakit-pesakit di klinik-klinik kesihatan menunjukkan pengurangan disebabkan oleh pewujudan Klinik 1Malaysia. Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, semasa membentangkan Rancangan Malaysia Kesepuluh di Dewan Rakyat, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah mengumumkan akan memperkenalkan Klinik Mobil 1Malaysia yang akan dilaksanakan tidak lama lagi, insya-Allah bagi mengatasi masalah-masalah pencapaian yang ada di estet-estet dan sebagainya yang sebelum ini kurang mendapat pencapaian dari segi perkhidmatan kesihatan itu sendiri. Terima kasih Yang Berhormat. Untuk meneruskan ucapan, saya ingin sekali lagi.... Dr. Malasingam a/l Muthukumaru: [Bangun] 32 DN.28.7.2010

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada Ahli Yang Berhormat minta penjelasan. Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Okey. Dr. Malasingam a/l Muthukumaru: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Anggaran- anggaran yang telah diberi paling cantik tetapi itu adalah keadaan di beberapa klinik kesihatan yang ada di luar bandarkah macam mana sahabat saya tadi telah tanya. Apabila kita lihat contohnya di Tapah, pegawai perubatan ada hanya seorang atau dua orang sahaja. Selain daripada itu, semua tiga, empat, lima bilik yang sepatutnya dipenuhi oleh pegawai perubatan kita ada pembantu perubatan. Kadang-kadang patient yang pergi mengambil rawatan, mereka berada dalam condition yang serius. Pada sebelah pagi pun di Dewan yang mulia ini Yang Berhormat Menteri ada memberi ulasan iaitu di Klinik 1Malaysia kita ada pembantu perubatan untuk merawat kes- kes seperti kencing manis dan darah tinggi. Kes-kes kencing manis dan darah tinggi bukannya mudah boleh dirawat. Setiap satu kes ada dengan izin, every diabetic and hypertension patient has got its merits and demerits. It has to be properly valued, properly access, correct dosage has to be given and follow up. So , apabila kita kata boleh dirawat dengan pembantu perubatan, saya sendiri pun tidak bersetuju. Kalau saya seorang pesakit kencing manis, saya tidak mahu pergi rawat dengan pembantu rawatan atau whoever you put there, dengan izin. So , apa kerajaan kena ambil perhatian ialah klinik-klinik 1Malaysia pun kalau boleh di masa hadapan, kita mesti ada pegawai perubatan yang bertauliah dan bukannya pembantu perubatan. Itu nombor satu. Keduanya, mengikut anggaran yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri, which not have a shortage of doctors in the vary field, dengan izin tetapi, itu yang is the actual situation, dengan izin. Penjelasan keduanya ialah bilakah Kementerian Kesihatan akan dengan izin, when are we going to separate the prescription and the dispensing market ? Sekarang kita pergi ke satu klinik. Di situ sahaja kita dapat consultation dengan ubat tetapi di beberapa negara maju kita lihat doktor-doktor or pegawai-pegawai perubatan hanya buat consultation sahaja dan dispensing is the right of the pharmacist . So bilakah kita akan mengubah ini? Saya tanya penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih. Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih Yang Berhormat di atas persoalan yang telah dikemukakan. Izinkan saya untuk menjawab soalan yang kedua yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat mengenai kes diabetes dan juga hypertension – darah tinggi. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kes-kes yang melibatkan kencing manis ataupun diabetes dengan hypertension ataupun penyakit darah tinggi yang dirawat ataupun yang dipreskripsikan ubat-ubatannya di Klinik 1Malaysia adalah kes-kes yang stabil sahaja Yang Berhormat. Sekiranya trend pesakit menunjukkan ada perubahan ataupun menunjukkan mereka memerlukan rawatan yang lebih spesifik ataupun lebih lanjut, selalunya pesakit ini akan dirujuk kepada klinik-klinik kesihatan yang berhampiran dengan klinik 1Malaysia di mana beliau mendapatkan rawatan. Jadi untuk menjawab persoalan Yang Berhormat kemukakan itu, kita hanya memberikan preskripsi ubat-ubatan untuk pesakit yang stabil dan untuk rawatan susulan sahaja Yang Berhormat. Okey, untuk menjawab kepada persoalan Yang Berhormat mengenai seharusnya kita... Dr. Malasingam a/l Muthukumaru: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat... Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: ...Mempunyai masalah kekurangan doktor dan... ■1250 Dr. Malasingam a/l Muthukumaru: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tentang penyakit kencing manis dan darah tinggi, kita tidak boleh pastikan bilakah ia stabil atau tidak stabil. Sebab ini bergantung kepada banyak faktor, misalnya makanan atau tidak buat DN.28.7.2010 33 exercise. So , tiap-tiap kali bila patient datang jumpa doktor, dia perlu diperiksa dengan pemeriksaan yang betul. Contohnya kalau dia ada kencing manis, tiap-tiap kali dia kena buat random blood sugar, fasting blood sugar dengan izin. Sama juga dengan darah tinggi sebab dua penyakit ini, komplikasinya banyak and bila dia sudah dapat komplikasi kita tidak boleh... Is a one way track. We cannot go back and it cannot be reverse dengan izin. Sebab itu tadi saya berkata tentang dua penyakit ini patut dirawat dengan pegawai perubatan. Terima kasih. Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Okey, terima kasih Yang Berhormat. Untuk pengetahuan Yang Berhormat sekali lagi saya tekankan rawatan yang diberikan oleh pembantu pegawai perubatan di Klinik 1Malaysia hanya menjurus kepada pesakit-pesakit yang stabil dan random blood sugar checking dengan izin, yang dinyatakan oleh Yang Berhormat itu sebenarnya boleh dilakukan oleh pembantu pegawai perubatan kita. Jadi isunya tidak timbul Yang Berhormat dan saya tekankan sekali lagi sekiranya pesakit menunjukkan... Dato' Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed: Minta laluan Yang Berhormat. Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Minta izin, saya habiskan dahulu ya Yang Berhormat Senator. Dato' Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed: Sebab ia ada kaitan dengan apa Yang Berhormat jawab sekejap tadi. Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat. Dato' Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebelum kita pergi lebih lanjut lagi dalam jawapan Yang Berhormat tadi, saya rasa perlulah terpanggil untuk bertanya apakah inspirasi Yang Amat Berhormat Presiden ataupun Perdana Menteri untuk mewujudkan Klinik 1Malaysia ini di beberapa tempat. Kalau sekadar untuk memberi panadol dan berjumpa dengan pembantu perubatan, saya rasa perkara ini tidak perlu lagi kita menghabiskan duit, menyewa premis untuk mengadakan Klinik 1Malaysia ini. Jangan di peringkat awal kita menguar-uarkan perkara ini tetapi apabila sampai ke beberapa bulan, lepas itu perkara ini menjadi satu persoalan di mana rakyat bertanya apakah fungsi betul-betul Klinik 1Malaysia ini. Terima kasih. Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih Yang Berhormat. Memang soalan berkaitan cuma saya hendak address dahulu isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator tadi. Saya tekankan sekali lagi bahawa rawatan yang diberikan di bawah Klinik 1Malaysia adalah menjurus kepada rawatan yang ringan, sama ada yang disebabkan oleh demam, sakit kepala dan sakit perut dan sebagainya. Jadi apabila seorang pesakit kronik, sama ada pesakit kencing manis dan juga hypertension mendapat rawatan susulan. Apabila mereka menunjukkan test ataupun segala bentuk random blood sugar testing, yang menunjukkan ada peningkatan dan sebagainya selalunya kita akan merujuk pesakit ini ke hospital-hospital ataupun klinik-klinik kesihatan yang berhampiran Yang Berhormat. Sebenarnya pihak kementerian seperti yang saya nyatakan lebih awal telah mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kekurangan. Nampaknya Yang Berhormat, walaupun kita melihat statistik ini, kita masih mempunyai usaha untuk menambah lagi jumlah pegawai perubatan kita di seluruh negara. Khususnya kepada negeri-negeri yang memerlukan seperti Sabah dan Sarawak. Untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dato' Hajah Saripah Aminah. Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat sebenarnya Klinik 1Malaysia ini telah mendapat sambutan yang begitu baik daripada anggota masyarakat kita kerana dari segi kemampuan Klinik 1Malaysia ini menyediakan perkhidmatan rawatan yang ringan dan mudah diperolehi. Ianya disifatkan sebagai langkah wajar kerajaan kita dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada golongan masyarakat dan golongan sasarannya adalah mereka yang tinggal di kawasan-kawasan pinggir bandar. 34 DN.28.7.2010

Kemiskinan bukan sahaja berlaku di luar bandar Yang Berhormat tapi juga di kawasan-kawasan pinggir bandar. Daripada maklum balas yang kita dapati sebenarnya masyarakat khususnya di kawasan-kawasan pinggir bandar ini merasa bertuah dan mengucapkan jutaan terima kasih di atas perkhidmatan Klinik 1Malaysia yang dikatakan mampu memberikan perkhidmatan. Terutama sekali untuk mereka supaya mereka ini dalam kes-kes yang ringan seperti demam, batuk dan sebagainya. Tidak perlulah mereka menunggu begitu lama di klinik-klinik ataupun facility kerajaan yang ada seperti hospital- hospital. Di mana mereka menunggu masa yang lama hanya untuk mendapatkan rawatan untuk demam dan batuk sahaja Yang Berhormat. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, analisa kedatangan pesakit-pesakit dan juga penyakit di Klinik 1Malaysia adalah seperti berikut. Saya ingin berkongsi dengan Yang Berhormat semua. Majoriti pesakit yang datang adalah untuk kes-kes ringan seperti batuk, selesema iaitu 56 peratus, badan yang tidak sihat 11 peratus, sakit perut 8 peratus, sakit kulit 7 peratus dan sakit otot 5 peratus dan hanya 0.21 peratus merupakan kes-kes kecemasan. Manakala majoriti kes iaitu 99.4 peratus dapat dikendalikan penolong pegawai perubatan kita dan hanya 1,439 ataupun 0.6 peratus yang telah dirujuk dengan 619 kes dirujuk di hospital kerajaan dan 820 ataupun 0.34 peratus ini telah dirujuk ke klinik kesihatan untuk rawatan lanjut. Walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia sedang mengkaji keberkesanan di klinik kesihatan yang berdekatan. Melalui maklumat yang dipantau didapati terdapat pengurangan di antara 10 hingga 12.5 peratus kedatangan pesakit ke klinik kesihatan yang berhampiran dengan Klinik 1Malaysia, seperti yang saya katakan lebih awal tadi Yang Berhormat. Izinkan saya meneruskan... Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf: Mohon sedikit penjelasan. Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Okey, teruskan. Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya melihat sekali lagi pihak kementerian perlu bertegas dan meletakkan prioriti yang tinggi dalam mencukupkan penambahan pegawai perubatan kerana saya bimbang bila melihat tadi kepada kekurangan yang berlaku dan juga bila kita melihat kes-kes yang berkaitan tingkah laku ini meningkat begitu tinggi dalam 10 tahun terakhir seperti yang dibentangkan dalam RMKe-10 kita. Peningkatan untuk hipertensi sahaja 43 peratus, diabetes 88 peratus dan obesiti 250 peratus, sedangkan kita akan bina juga dalam RMKe-10 ini, saya lihat dua tahun pertama 197 klinik dan mungkin ditambah 50 lagi Klinik 1Malaysia. Jadi keperluan ini saya harapkan diletakkan benar-benar prioriti untuk dapatkan pegawai perubatan yang cukup di semua tempat dan saya sangat bimbang kalau penolong pegawai perubatan pun tidak cukup dalam masa dua tahun ini. Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih Yang Berhormat di atas kenyataan Yang Berhormat tadi. Sukacita saya memaklumkan Yang Berhormat perancangan memang dibuat oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menambah bilangan pegawai perubatan dan juga beberapa perjawatan yang lain, demi untuk menambah baik nisbah pegawai perubatan kepada penduduk kita Yang Berhormat. Jadi langkah pertama yang diambil adalah dengan meningkatkan kapasiti pengeluaran graduan dalam bidang perubatan yang dihasilkan oleh IPTA dan IPTS tempatan kita Yang Berhormat, sama ada di dalam ataupun di luar negara. Yang Berhormat memang maklum kita menekankan mengenai kapasiti pengeluaran graduan ini. Kita memang menggalakkan profesion perubatan ini dipelopori oleh golongan masyarakat kita. Yang kedua Yang Berhormat, kita juga menarik serta mengekalkan pegawai perubatan yang berkhidmat dengan kerajaan dengan memberikan insentif serta pembaikan peluang kerjaya seperti yang saya nyatakan lebih awal. Dengan menawarkan insentif- insentif kita mengharapkan pegawai-pegawai kita kekal... Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat, oleh kerana masa cukup Yang Berhormat boleh sambung jawapan pada jam 2.30 petang. DN.28.7.2010 35

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang nanti. Terima kasih. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat ] Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, kita sambung semula ya. Tadi Kementerian Kesihatan, saya persilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri. 2.32 ptg. Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dr. Malasingam a/l Muthukumaru telah membangkitkan pertanyaan berkenaan dengan jumlah doktor asing yang berkhidmat dengan kerajaan, mekanisme pengukuran yang digunakan untuk mendapatkan perkhidmatan doktor asing dan adakah terdapat masalah komunikasi antara mereka dengan pesakit serta tahap kefasihan mereka berbahasa Malaysia dan berbahasa Inggeris. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia, jumlah pegawai perubatan warganegara asing termasuk pakar perubatan yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia secara kontrak adalah seramai 484 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 168 orang adalah terdiri daripada warganegara India. Kementerian memang prihatin terhadap aspek bahasa di kalangan pegawai perubatan kontrak warganegara asing yang berkhidmat dengan kementerian. Susulan daripada itu, semua pegawai perubatan kontrak warganegara asing yang ingin berkhidmat dengan kementerian diwajibkan mempunyai kemahiran dalam bahasa Inggeris supaya dapat memberikan perkhidmatan kepada pesakit dengan memuaskan. Di samping itu mereka digalakkan mempelajari bahasa Malaysia supaya dapat berkomunikasi dengan lebih mantap. Semua pegawai perubatan warganegara asing yang bakal dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia akan melalui proses tapisan bagi memastikan mereka mempunyai keupayaan untuk memberikan perkhidmatan kesihatan. Antara lain, pegawai perubatan tersebut mestilah mempunyai ijazah asas perubatan yang diiktiraf oleh Majlis Perubatan Malaysia, manakala pakar perubatan pula, mereka mestilah mempunyai ijazah kepakaran di samping mempunyai pengalaman yang bersesuaian. Mereka hendaklah sihat tubuh badan, berusia dalam lingkungan 25 hingga 56 tahun, boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris dengan fasih dengan mengemukakan sijil-sijil yang disahkan serta testimoni daripada majikan yang sebelumnya. Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada permohonan Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Yeow Chai Thiam, untuk mempercepatkan proses kelulusan Tabung Bantuan Perubatan yang dikatakan mengambil masa yang panjang iaitu dua hingga tiga bulan. Adalah dimaklumkan bahawa setiap permohonan bantuan kepada Tabung Bantuan Perubatan ataupun TBP melibatkan dua peringkat iaitu peringkat hospital dan peringkat urus setia Tabung Bantuan Perubatan. Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia dari semasa ke semasa sentiasa membuat penambahbaikan untuk mempercepatkan lagi proses kelulusan tabung ini. Pada November 2007, kementerian ini telah membuat penambahbaikan dengan memendekkan proses kerja kelulusan permohonan TBP kepada 14 hari di peringkat urus setia, TBP bagi kes-kes precedent . Manakala mulai Mac 2009, kementerian telah mengambil inisiatif untuk memendekkan tempoh pemprosesan permohonan Tabung Bantuan Perubatan kepada 14 hari di peringkat hospital. Berdasarkan penambahbaikan ini, pada tahun 2009, sebanyak 86.57 peratus permohonan Tabung Bantuan Perubatan diluluskan dalam tempoh 14 hari berbanding 17.89 peratus pada tahun 2007. Untuk makluman juga, dari 2005 hingga Jun 2010, 36 DN.28.7.2010 sebanyak 10,196 permohonan telah diluluskan di bawah tabung ini dengan jumlah yang diluluskan sebanyak RM91,205,568. Oleh itu kementerian ini amat prihatin dalam memberikan bantuan perubatan kepada pesakit-pesakit golongan miskin dan kurang berkeupayaan. Tuan Yang di-Pertua, hanya 20 peratus daripada permohonan Tabung Bantuan Perubatan mengambil masa lebih daripada 14 hari, tetapi kurang daripada dua bulan. Ini adalah bagi kes-kes baru kerana kes-kes tersebut perlu dibawa ke peringkat Jawatankuasa Teknikal Perubatan ataupun JKTP untuk membincangkan rawatan yang sesuai berdasarkan cadangan serta ulasan daripada pakar perubatan yang berkenaan. Berdasarkan penambahbaikan tersebut, ini jelas menunjukkan bahawa setiap pesakit golongan miskin dan kurang berkeupayaan mendapat bantuan dalam tempoh yang ditetapkan. Kebajikan rakyat perlu diutamakan selaras dengan hasrat kerajaan, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.” Tuan Yang di-Pertua... Dato’ Dr. Yeow Chai Thiam: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada yang bangun. Silakan, Yang Berhormat. Dato’ Dr. Yeow Chai Thiam: Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebelum kelulusan Tabung Bantuan Perubatan di hospital, adakah pesakit itu dibenarkan untuk duduk di hospital atau mereka akan dihantar balik? Jikalau dihantar balik, adakah itu wajar untuk kita hantar seseorang yang sakit balik ke rumah, tunggu kelulusan? Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Secara polisinya, Yang Berhormat, pesakit tidak akan dihantar balik sekiranya pesakit itu masih memerlukan rawatan. Namun sekiranya pesakit tersebut perlu menjalani pembedahan dan peralatan itu perlu ditempah, dalam kes-kes seperti ini, Yang Berhormat, kita selalunya membenarkan pesakit balik. Dan kemudian setelah barangan tersebut ada dan juga kelulusan telah diberikan, kita akan meminta pesakit untuk datang. Selalunya kes-kes yang melibatkan kes-kes yang serius, Yang Berhormat, kita tidak akan membenarkan pesakit balik. Terima kasih Yang Berhormat... Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin: [Bangun] Datuk Akbar bin Ali: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Ini ada dua orang yang bangun, Yang Berhormat. Macam mana, boleh? Silakan... Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Tuan Yang di-Pertua... Tuan Yang di-Pertua: Cuma saya hendak peringatkan kepada semua Ahli Yang Berhormat, kita ada sepuluh kementerian lagi. Kalau sekiranya kita terlalu panjang nanti, Yang Berhormat semua sangguplah sampai tengah malam ya tetapi walau bagaimanapun, dari segi... Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Belum pun sampai separuh. Tuan Yang di-Pertua: Lama lagi tidak, Yang Berhormat? Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Setakat ini belum sampai separuh isu yang dibangkitkan. Tuan Yang di-Pertua: Belum sampai separuh? Sudah itu, cuba kita dengar sedikit dahulu, tetapi kalau ada hendak bertanya itu yang penting yang berkaitan itu, saya persilakan. Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Selepas ini saya akan minum kopi dekat luar, jadi mungkin boleh Ahli Yang Berhormat sampaikan... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua: Kalau boleh agaknya selesai di luar bertanya itu lebih baik juga, tetapi untuk menjimatkan, kalau serius untuk kebaikan bersama dan untuk makluman bersama, persilakan. DN.28.7.2010 37

■1440 Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sedikit sahaja. TBP ini saya pernah bercakap dalam Dewan yang mulai ini - di mana pengalaman. Apabila saya berjumpa dengan pegawai yang berkenaan di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star, mereka mengatakan paling cepat satu bulan setengah untuk mendapatkan sumbangan tabung ini. Yang keduanya, peruntukan tabung ini ia tidak boleh melebihi RM8,000 sedangkan pesakit yang saya maksudkan memerlukan RM14,800. Bakinya diminta mencari sumber lain dan kena tunggu sebulan setengah. Jadi saya hendak minta pastikan Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya 14 hari yang didakwa itu benar-benar berlaku pada masa akan datang. Terima kasih. Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang saya nyatakan tadi Yang Berhormat, secara polisinya kita memang menetapkan 14 hari itu di peringkat hospital. Apabila Yang Berhormat maklumkan tadi mengenai sebulan setengah, kemungkinan kes-kes ini adalah kes yang baru Yang Berhormat, yang bukan merupakan precedent . Jadi ianya memerlukan tempoh yang lebih panjang untuk dibincangkan di peringkat urus setia Tabung Bantuan Perubatan ini Yang Berhormat. Menjurus kepada jumlah, sebenarnya jumlah bantuan tabung perubatan itu kita akan berikan sama ada secara penuh ataupun separuh, Yang Berhormat. Ia bergantung kepada kes-kes yang telah dikemukakan oleh pesakit. Selalunya, untuk pengetahuan Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, sekiranya diberi peluang Yang Berhormat untuk berinteraksi dengan masyarakat, kita minta Yang Berhormat supaya menasihatkan pesakit- pesakit ini supaya dapat merujuk kes-kes mereka kepada pegawai sosial kita yang memang ditempatkan di semua hospital kerajaan bagi mendapatkan nasihat dan makluman bagaimana dana daripada Tabung Bantuan Perubatan ini boleh diperolehi. Kita mempunyai pegawai-pegawai yang telah dipertanggungjawabkan untuk membantu pesakit-pesakit terutama sekali mendapatkan nasihat mengenai bagaimanakah cara dan juga jenis bantuan-bantuan yang boleh diperolehi. Terima kasih Yang Berhormat. Datuk Akbar bin Ali: Mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dua minit sahaja, boleh? Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Ya. Datuk Akbar bin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama, saya ucapkan terima kasih kerana jawapan Yang Berhormat saya memang suka kerana ia berunsurkan outcome dan KPI. Yang kedua, saya ingin merakamkan penghargaan terhadap pegawai kebajikan yang Yang Berhormat sebutkan itu, khususnya di Melaka – Encik Halim kalau saya boleh sebutkan nama – very helpful, very cooperative. Soalan saya berkenaan tabung yang sudah diluluskan tadi – saya dengar a few million ya. Saya hendak tahu dua perkara. Dari segi kaum, berapa peratus penerima mengikut kaum dan berapa peratus nilai itu yang diberikan mengikut kaum? Dua soalan, terima kasih. Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan yang dikemukakan. Malangnya, saya tidak mempunyai maklumat tersebut. Namun, saya akan memberikan jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah telah merujuk kepada isu perkhidmatan kardiogram dan angiogram hospital kerajaan, di mana terdapat pesakit iaitu ibu bapa kepada pegawai kerajaan serta pesara kerajaan sendiri diminta untuk membuat pembayaran terlebih dahulu bagi menjalani perubatan ini dan tuntutan kepada JPA dilakukan kemudian. Yang Berhormat Senator juga telah mencadangkan agar kementerian memberikan perkhidmatan terlebih dahulu bagi pegawai bertaraf tetap dan bersara dalam menjalani kardiogram dan angiogram serta pembayaran dilakukan kemudian selepas tuntutan bayaran balik dilakukan oleh pegawai dan pesara kepada JPA. 38 DN.28.7.2010

Berkaitan isu ini, sukacita diperjelaskan bahawa perkhidmatan echocardiogram dan juga angiogram yang disediakan di hospital Kementerian Kesihatan adalah percuma bagi pegawai yang telah bersara dan ibu bapa kepada pegawai kerajaan. Walau bagaimanapun, mengikut Pekeliling Perkhidmatan 21/2009 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, sekiranya rawatan dengan alat ataupun stand, dengan izin, dilakukan semasa angiogram , pegawai yang telah bersara perlu membayar dahulu kepada pembekal alat tersebut dan membuat tuntutan kepada JPA, manakala ibu bapa kepada pegawai kerajaan tidak layak untuk membuat tuntutan untuk alat tersebut. Pihak kementerian akan mengambil perhatian terhadap saranan Yang Berhormat Senator dan akan memanjangkan perkara ini untuk pertimbangan agensi pusat, insya-Allah . Tuan Yang di-Pertua, beralih fokus kepada cadangan Skim Penjagaan Kesihatan Negara. Kementerian bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat Senator Dr. Malasingam a/l Muthukumaru supaya Skim Penjagaan Kesihatan Negara dapat dilaksanakan dengan lebih mantap dan mendalam agar semua rakyat dapat menikmati kemudahan kesihatan. Adalah menjadi aspirasi kerajaan untuk mewujudkan suatu sistem penjagaan kesihatan yang dapat dinikmati oleh semua golongan rakyat melalui mekanisme pembiayaan kesihatan yang sesuai. Justeru, pada masa ini pihak Kementerian Kesihatan sedang bekerja ke arah penstrukturan semula sistem kesihatan negara yang digabungkan bersama satu mekanisme pembiayaan kesihatan agar ia lebih berkesan dan memberi manfaat kepada semua rakyat dari segi kesaksamaan terhadap akses, kemampuan dan responsif terhadap keperluan kesihatan. Sebagai contoh, konsep responsif tersebut diterjemahkan antaranya sebagai pengurangan masa menunggu pesakit. Kerajaan menyedari bahawa perlunya proses transformasi sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan yang mengintegrasikan sektor swasta serta awam, serta pelaksanaan skim pembiayaan kesihatan seperti insurans kesihatan sosial, memberi kesan kepada pelbagai pihak. Oleh itu, ia perlu dilakukan dengan berhati-hati agar perancangan dan pelaksanaan yang dibuat dengan teliti dan licin serta dapat diterima pakai oleh penduduk di negara kita. Perancangan teliti sedang diusahakan untuk mengeluarkan sebuah blueprint untuk proses transformasi ini. Butiran terperinci untuk membangunkan mekanisme yang akan diaplikasikan juga sedang dikenal pasti, dibincang dengan pelbagai pihak berkepentingan ataupun stakeholder dan juga diusahagiatkan. Walau bagaimanapun, tarikh pelaksanaannya belum dimuktamadkan lagi. Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan isu penyampaian perkhidmatan yang turut dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Yeow Chai Thiam berkenaan dengan penempatan pegawai perubatan yang kurang berpengalaman iaitu di unit kecemasan di hospital-hospital daerah. Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa memastikan tenaga kerja di semua jabatan klinikal hospital adalah pegawai perubatan yang kompeten, berwibawa, profesional, berkualiti dan selamat. Pada masa ini, pegawai perubatan siswazah dikehendaki menjalankan latihan siswazah mereka dengan izin, housemanship di hospital berpakar terpilih dalam enam disiplin perubatan asas yang mana disiplin perubatan kecemasan adalah salah satu daripada penempatan yang perlu dilalui oleh housemanship ini. Semasa menjalani latihan dalam setiap disiplin, pegawai perubatan siswazah dibimbing dalam semua aspek perawatan pesakit oleh pegawai perubatan pakar yang berpengalaman. Pegawai perubatan siswazah juga perlu melalui proses penilaian berkala sebelum berpindah ke penempatan seterusnya supaya mereka memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang telah ditetapkan. Mana-mana pegawai yang didapati tidak kompeten, akan dilanjutkan tempoh latihan siswazah mereka mengikut garis panduan sedia ada. ■1450 Latihan klinikal termasuk program continous professional development, dengan izin, kepada pegawai perubatan dijalankan secara berterusan sepanjang perkhidmatan DN.28.7.2010 39 mereka bersesuaian dengan perkembangan teknologi perubatan semasa. Mengulas kenyataan daripada Yang Berhormat Senator Lee Cheam Choon berkaitan dengan isu-isu penyampaian perkhidmatan di hospital berkaitan dengan masalah menunggu terlalu lama bagi menemui pakar, pembatalan rawatan pembedahan segera atau pun urgent surgery, dengan izin, atas sebab tiada doktor pakar, kekurangan katil, kekurangan operation theater, dengan izin, dan lain-lain serta masalah pengurusan hospital yang kurang profesional dalam menjalankan tugas. Sukacitanya, untuk makluman Dewan yang mulia ini pada masa ini hanya terdapat 55 daripada 130 buah hospital Kementerian Kesihatan Malaysia yang menyediakan perkhidmatan kepakaran. Dengan sumber yang terhad ini pesakit perlu diberi temu janji untuk dilihat di klinik-klinik pakar. Kes-kes kecemasan akan dilihat di Jabatan Kecemasan di mana pesakit akan diperiksa dan dinilai sama ada perlu dimasukkan ke wad ataupun tidak. Bagi kes-kes lain pula komunikasi di antara doktor-doktor pakar telah menjadi amalan di mana kes-kes tersebut boleh dilihat segera di klinik-klinik pakar bergantung kepada keadaan klinikal pesakit. Dengan itu, bukan semua kes yang perlu menunggu lama untuk dilihat di klinik pakar. Berkenaan dengan pembatalan pembedahan segera, mulai bulan Oktober 2009 pembatalan kes pembedahan telah diambil sebagai key performance indicator untuk Menteri Kesihatan di mana perkara ini akan dapat mengurangkan jumlah kes pembedahan yang dibatalkan dan secara tidak langsung akan dapat mengurangkan kes-kes pembatalan pembedahan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh. Mengulas tentang tahap profesionalisme pengurusan hospital kementerian, pengurusan di peringkat hospital dilaksanakan mengikut Perintah Am Kerajaan, pekeliling- pekeliling garis panduan dan, dengan izin, standard operating procedure dan dasar-dasar kementerian yang telah ditetapkan. Pengurusan hospital juga mengamalkan nilai-nilai murni budaya korporat iaitu profesionalisme, kerja berpasukan dan penyayang dalam melaksanakan tugas harian bagi memenuhi keperluan serta kepuasan pelanggan yang dipenuhi. Kementerian juga telah melancarkan kempen budaya korporat bagi menyemai tahap profesionalisme di setiap peringkat jabatan di bawah Kementerian Kesihatan. Di samping itu pegawai perubatan yang bertindak sebagai pengarah hospital ataupun menjalankan tugasan klinikal dikehendaki mematuhi etika perubatan yang disediakan oleh Majlis Perubatan Malaysia supaya bersikap adil dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada pesakit. Pihak Kementerian Kesihatan dengan kerjasama United Nations University melaksanakan kursus Credential Courses for Hospital Directors, dengan izin, bagi pengarah-pengarah hospital untuk melengkapkan mereka dengan ilmu pengurusan hospital dalam menyampaikan perkhidmatan yang cemerlang. Program kepastian kualiti serta akreditasi juga dilaksanakan di hospital-hospital supaya kualiti perkhidmatan bertambah baik dari semasa ke semasa... Datuk Akbar bin Ali: Mohon Tuan Yang di-Pertua kebenaran, satu minit. Tuan Yang di-Pertua: Ya Yang Berhormat. Datuk Akbar bin Ali: Tahniah di atas perkhidmatan kesihatan yang diberikan yang mana menunjukkan berdasarkan proksi tertentu kesihatan di Malaysia lebih baik daripada India, China dan Indonesia. Salah satu proksi itu ialah CDR dan IMR. Soalan saya, sekiranya kesihatan kita sudah bertambah baik, mengapa IMR kita meningkat sedangkan sepatutnya menurun. Terima kasih. Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Perkara ini ada disentuh selepas ini. Saya akan rangkumkan sekali. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Okey, teruskan Yang Berhormat. Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Yang Berhormat Senator Tuan Ahmad bin Husin telah membangkitkan persoalan untuk mencari kaedah untuk meningkatkan jangka hayat penduduk Malaysia. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kadar jangka hayat penduduk dipengaruhi oleh faktor sosioekonomi iaitu pendidikan perumahan dan juga kesihatan. 40 DN.28.7.2010

Dari segi kesihatan, Kementerian Kesihatan sentiasa berusaha gigih demi untuk kesejahteraan rakyat termasuklah peningkatan jangka hayat. Pada tahun 1957, jangka hayat penduduk Malaysia adalah 55.8 tahun bagi lelaki dan 58.2 tahun untuk wanita berbanding dengan 71.7 tahun untuk lelaki dan 76.4 tahun untuk wanita bagi tahun 2007. Ini diambil daripada fakta kesihatan 2007 keluaran Kementerian Kesihatan iaitu peningkatan lebih kurang 20 tahun dalam jangka masa 53 tahun. Ini satu peningkatan yang boleh dibanggakan Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian. Antara usaha yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan untuk meningkatkan jangka hayat adalah pendidikan dan promosi kesihatan, saringan kesihatan, aktiviti pencegahan seperti perkhidmatan imunisasi dan kawalan penyakit, khidmat rawatan, kaunseling, rujukan rehabilitasi, kesihatan persekitaran serta bekalan air bersih. Dari segi sumber dan infrastruktur, Kementerian Kesihatan telah menambah jumlah hospital, klinik kesihatan, penjawat awam kesihatan termasuklah pakar-pakar perubatan sama ada di hospital ataupun di klinik kesihatan serta menaik taraf makmal-makmal. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Noriah binti Mahat mempersoalkan apakah perancangan kementerian untuk memastikan perkhidmatan kesihatan mengutamakan kesaksamaan jantina. Pada umumnya Yang Berhormat, Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan satu perkhidmatan kesihatan yang lengkap dan gender responsif yang merangkumi promosi kesihatan, pencegahan, kuratif dan pemulihan yang bertujuan mencegah mobiliti dan mortaliti kepada semua kumpulan umur tanpa mengira bangsa, agama, umur dan status sosio ekonomi. Kementerian Kesihatan merupakan salah satu daripada kementerian yang melaksanakan analysis budget gender sejak tahun 2008 di mana perancangan adalah berasaskan gender. Secara khususnya, Kementerian Kesihatan Malaysia menekankan kepada kepentingan soft skills dan pembangunan modal insan ataupun capacity building, dengan izin. Berkaitan dengan kesaksamaan gender dengan mengadakan program khusus secara berkala melalui National Workshop on Gender and Rights in Reproductive and Maternal Health setiap tahun kepada pakar sakit puan, pakar perubatan keluarga, pakar perubatan kesihatan awam, pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan serta jururawat. Merujuk kepada persoalan daripada Yang Berhormat Senator Tuan Lee Cheam Choon berkenaan dengan keperluan melengkapkan soft skills kepada kakitangan. Kementerian Kesihatan sentiasa memastikan anggota yang kurang profesional menjalankan tugas diberikan teguran dan tunjuk ajar serta amaran tunjuk sebab sekiranya kesalahan serius dilakukan. Setiap kakitangan perubatan khususnya graduan baru sememangnya diberi kursus soft skills dan setiap kakitangan yang bertugas sentiasa diawasi oleh penyelia untuk memastikan aplikasi soft skills diamalkan semasa memberikan penjagaan kepada pesakit di mana jua mereka berkhidmat. Kerajaan memang prihatin terhadap keperluan kemahiran soft skills bagi setiap anggota yang memberikan perkhidmatan kesihatan di semua hospital dan klinik kerajaan termasuklah doktor-doktor baru. Aspek ini adalah sejajar dengan tiga unsur utama budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia yang berteraskan profesionalisme, penyayang dan kerja berpasukan. Bagi memastikan doktor-doktor baru mendapatkan kemahiran soft skills , mereka diwajibkan untuk menjalani latihan siswazah selama dua tahun di mana mereka perlu melengkapkan enam postings selama minimum empat bulan bagi setiap posting . ■1500 Pendedahan dalam enam posting tersebut memberikan peluang kepada mereka untuk merawat pelbagai kategori pesakit dengan variasi penyakit yang berbagai-bagai serta ragam pesakit yang juga bermacam-macam. Semasa latihan ini selain daripada dilatih untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran klinikal mereka. Mereka ini juga turut dilatih mengenai kemahiran soft skills meliputi cara mendapatkan sejarah pesakit atau dengan izin, history taking , bahasa yang perlu digunakan, cara untuk memaklumkan berita yang kurang menyenangkan ataupun dengan izin, breaking bad news dan sebagainya. DN.28.7.2010 41

Kementerian sentiasa berusaha untuk meningkatkan pencapaian soft skills di mana ia juga turut menggabungkan dalam pelbagai aktiviti kualiti yang dijalankan dengan tujuan untuk memastikan kepuasan pelanggan. Selain daripada persoalan kesaksamaan gender, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Noriah juga bertanyakan sama ada Kementerian Kesihatan mempunyai data dan hasil penyelidikan mengikut jantina tentang isu kesihatan bagi membolehkan perancangan jangka panjang dilaksanakan. Untuk makluman Yang Berhormat Senator data-data yang dikumpulkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia terbahagi kepada dua jenis data iaitu data rutin dan spesifik. Kesemua data yang dikumpulkan adalah mengikut pecahan jantina ataupun sex disaggregated data, dengan izin. Analisis data ini sentiasa diguna pakai untuk perancangan jangka pendek dan juga jangka panjang. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh tentang perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datin Paduka Datuk Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn mengenai punca pesakit mental dan kaitannya dengan kes pembuangan bayi. Untuk makluman, tiada satu punca utama bagi berlakunya penyakit mental. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor utama ataupun multifactor dengan izin, yang menyumbang kepada terjadinya penyakit mental. Faktor-faktor tersebut adalah: (i) faktor genetik ataupun keturunan individu di mana ahli keluarganya mempunyai sejarah penyakit mental lebih berisiko untuk mendapat penyakit mental berbanding dengan individu yang ahli keluarganya tiada sejarah penyakit mental; (ii) individu yang mengalami sejarah hidup yang pahit ataupun getir. Contohnya kehilangan ataupun kematian orang yang disayangi mengalami cabaran serta krisis hidup yang sukar seperti masalah perhubungan, perceraian dan juga konflik keluarga; dan (iii) individu yang mengalami keadaan faktor sosioekonomi yang rendah seperti contoh kemiskinan, tiada kemudahan asas, tinggal di tempat yang sesak serta bising serta terdedah dengan masalah keganasan dalam persekitaran. Kes-kes pembuangan bayi tidak berkaitan secara langsung dengan sakit mental. Sungguhpun begitu kejadian pembuangan bayi dipengaruhi oleh beberapa faktor yang berkait rapat dengan kesihatan mental seseorang individu. Faktor-faktor tersebut adalah: (i) tekanan yang dialami individu disebabkan oleh serba salah dan malu kepada masyarakat serta tidak tahu bagaimana hendak menghadapi cemuhan masyarakat di atas perbuatan hamil di luar nikah; (ii) mengalami masalah kesihatan mental serta kemurungan akibat daripada tekanan emosi ataupun stress yang keterlaluan; dan (iii) kurang kemahiran daya tindak untuk mengatasi ataupun menyelesaikan masalah yang dihadapi, tiada kemahiran menangani konflik ataupun kemahiran assertive ataupun dikenali sebagai tegas diri. Justeru individu-individu yang mengalami faktor-faktor yang dinyatakan sekiranya tidak dibantu akan mengambil tindakan tanpa memikirkan kesan dan akibat yang dihadapi. Individu-individu ini juga perlu dibantu untuk mencapai kesihatan mental yang baik iaitu menyedari potensi diri, boleh berdaya tindak terhadap stress dan boleh bekerja secara produktif serta boleh menyumbang kepada masyarakat dan juga komuniti. Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada permohonan Yang Berhormat Senator Datin Paduka Datuk Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn. Untuk menubuhkan satu suruhanjaya bagi mengkaji serta mempertimbangkan penuaian organ secara menyeluruh. Buat masa ini Kementerian Kesihatan tidak bercadang untuk menubuhkan satu suruhanjaya bagi mengkaji serta mempertingkatkan proses pendermaan organ. Walau bagaimanapun, kementerian ini telah menubuhkan Majlis Transplantasi Kebangsaan serta 42 DN.28.7.2010

Jawatankuasa Teknikal Transplantasi Kebangsaan bagi mengkaji polisi serta strategi pelaksanaan bagi mempertingkatkan proses pendermaan organ. Majlis dan jawatankuasa tersebut telah ditubuhkan bagi memenuhi peruntukan di dalam polisi transplantasi organ tisu dan sel kebangsaan yang telah dikeluarkan oleh kementerian pada tahun 2007. Strategi mempertingkatkan kadar pendermaan organ dan tisu merupakan salah satu strategi membangunkan perkhidmatan transplan di negara ini. Antara langkah yang telah dan sedang diambil dan serta dijalankan adalah termasuk: (i) menubuhkan serta memperkukuhkan Unit Pengurusan Perolehan Organ dan Tisu Transplan peringkat kebangsaan dan wilayah atau National and Regional Unit dengan izin, di hospital- hospital yang dikenal pasti; (ii) melatih lebih ramai anggota perubatan sama ada di dalam dan di luar negara dalam aspek pengurusan klinikal serta koordinasi proses pendermaan organ; dan (iii) mempertingkatkan aktiviti kesedaran awam seluruh negara melalui Kempen Media serta laman web www.agiftoflife.gov.my. Kementerian juga bekerjasama dengan agensi kerajaan yang lain serta badan-badan bukan kerajaan bagi menarik lebih ramai rakyat Malaysia mendaftar sebagai penderma organ. Kementerian juga bekerjasama rapat dengan pihak Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia bagi mempermudahkan serta mempercepatkan kes-kes pendermaan organ dan juga tisu. Langkah-langkah yang telah dilaksanakan telah menunjukkan petanda yang positif di mana pada tahun 2009 terdapat 39 orang rakyat Malaysia yang telah menderma organ serta tisu selepas kematian. Jumlah ini merupakan jumlah tertinggi dicatat sejak tahun 1974. Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan menyedari bahawa jumlah bekalan organ masih rendah jika dibandingkan dengan keperluan organ yang semakin meningkat di negara kita. Oleh itu kementerian menyeru kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang, agama serta keturunan untuk berikrar mendermakan organ selepas meninggal dunia demi kepentingan pesakit yang memerlukan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Yeow Chai Thiam menyatakan bahawa terdapat pusat dialisis yang beroperasi tanpa lesen. Juga meminta kementerian untuk memastikan pusat dialisis ini memiliki lesen supaya ia dapat beroperasi dengan sempurna. Untuk makluman Yang Berhormat pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa berusaha untuk memastikan setiap pusat hemodialisis swasta yang beroperasi mempunyai lesen dan menjamin keselamatan pesakit ataupun patient safety dengan izin. Juga kualiti jagaan ataupun quality of care dengan izin, yang disampaikan kepada pesakit. Oleh yang demikian pihak kementerian tidak keberatan untuk terus membantu ataupun facilitate dengan izin, pusat-pusat hemodialisis swasta bagi memenuhi keperluan untuk dilesenkan. ■1510 Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada cadangan Yang Berhormat Senator Dr. Malasingam a/l Muthukumaru untuk mengujudkan tabung stem cell bagi mengubati penyakit seperti kanser, strok dan lain-lain serta pengukuran kadar kelahiran bayi di hospital kerajaan dan swasta untuk mengadakan stem cell harvesting dengan izin, bagi menjamin pembekalan stem cell yang mencukupi. Pada masa ini, terdapat dua buah tabung tali pusat dengan izin, cord blood bank Tuan Yang di-Pertua iaitu satu di Pusat Darah Negara yang bermula semenjak tahun 2002 dan satu lagi di Alor Setar yang baru dimulakan pada Jun 2010. Sehingga kini, lebih kurang 6,000 unit telah dikutip. Terdapat dua unit yang sesuai selepas ujian keserasian ataupun HLA yang telah digunakan untuk pesakit hematologi di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Ampang. DN.28.7.2010 43

Untuk makluman semua, stem cell boleh didapati daripada sum-sum tulang, ferriferous blood dan juga cord blood, dengan izin. Stem cell yang sesuai untuk penyimpanan adalah didapati daripada tali pusat bayi yang baru lahir. Mengulas tentang kenyataan bekalan simpanan tabung darah negara yang agak kritikal semenjak tahun 2005 lagi, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberikan insentif-insentif tertentu kepada para penderma darah di facility kesihatan sama ada di hospital, institusi dan juga klinik kesihatan. Sebagai contoh, untuk pendermaan darah melebihi 30 kali, insentif yang diberikan adalah percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh tertentu. Kementerian berpendapat insentif- insentif ini adalah memadai dan tidak bercadang untuk mengaitkannya dengan pemberian darjah kebesaran. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya bagi membincangkan isu penyalahgunaan ubat psikotropik ataupun mental pill drug yang berleluasa serta cadangan mengehadkan bekalan ubat ini kepada doktor yang berdaftar dengan Jabatan Kesihatan Negeri, suka dinyatakan bahawa ubat psikotropik adalah ubat yang dikawal di bawah peraturan khas iaitu Peraturan- peraturan Racun (Bahan-bahan Psikotropik) 1989 yang digubal di bawah Akta Racun 1952. Di bawah peraturan ini, bahan psikotropik boleh dijual atau dibekalkan oleh pengamal perubatan yang berdaftar di bawah Akta Perubatan 1971 untuk tujuan rawatan pesakit ini sahaja. Mengehadkan bekalan hanya untuk pengamal perubatan yang berdaftar dengan Jabatan Kesihatan Negeri akan menimbulkan keadaan yang bercanggah dengan peraturan di atas. Kementerian Kesihatan telah mengambi beberapa tindakan untuk mengurangkan masalah penyalahgunaan ubat tersebut termasuklah: (i) mengehadkan bilangan pemborong setiap jenama ubat psikotropik kepada tiga pemborong iaitu satu di Semenanjung, satu di Sarawak dan satu di Sabah; (ii) kuota untuk mengimport dan mengilang ubat psikotropik dikurangkan kepada kuantiti sebenar yang diperlukan untuk kegunaan rawatan perubatan yang sah; (iii) klinik dikehendaki memberi perakuan bertulis ataupun return attestation, dengan izin terhadap kuantiti yang dipesan termasuklah kenyataan bilangan pesakit yang perlu dirawat bagi setiap jenis bahan psikotropik; (iv) pemeriksaan audit terhadap klinik yang membeli ubat psikotropik dalam kuantiti yang disyaki dan tidak munasabah; (v) klinik yang melanggar peraturan tersebut akan disiasat dan seterusnya didakwa di mahkamah. Klinik yang disabitkan kesalahan juga akan dilaporkan kepada Majlis Perubatan Malaysia untuk diambil tindakan tatatertib; dan (vi) syarikat pembekal ubat psikotropik ini juga telah mengambil inisiatif untuk mengawal kuantiti maksima yang dijual kepada klinik-klinik dan farmasi hasil pemantauan yang rapi oleh Pegawai-pegawai Penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Abdul Rahman Bakar memohon penjelasan daripada kementerian berkaitan masa menunggu tuntutan ubat di farmasi yang dikatakan terlalu lama iaitu empat hingga lima jam. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, masa menunggu tuntutan ubat merupakan KPI Menteri Kesihatan dan statistik yang dikumpulkan menunjukkan bahawa 92 peratus facility kerajaan berjaya membekal ubat dalam masa kurang daripada 30 minit pada tahun 2009. Manakala statistik terkini pada bulan Jun 2010 menunjukkan bahawa 97.4 peratus preskripsi telah berjaya di dispense dalam tempoh 30 minit. 44 DN.28.7.2010

Pihak Kementerian Kesihatan amat prihatin tentang masalah ini dan telah bekerja keras untuk mengatasinya. Justeru, Kementerian Kesihatan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk mengurangkan masa menunggu tuntutan ubat di hospital dan klinik kesihatan kerajaan di seluruh negara. Antara tindakan yang telah diambil adalah sistem temu janji, SMS dan ambil, serta farmasi pandu lalu. Perkhidmatan penghantaran ubat melalui pos ke alamat pilihan pesakit juga akan diperkenalkan di semua hospital utama tidak lama lagi. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dr. Malasingam juga telah membangkitkan mengenai isu dispensing dan prescription. Untuk menjawab persoalan ini Tuan Yang di-Pertua, fungsi prescription dan dispensing sebenarnya telah dipisahkan di facility Kementerian Kesihatan sejak daripada dahulu lagi di mana doktor akan prescribe, dengan izin, dan dispensing ubat akan dilakukan oleh pegawai farmasi. Kementerian Kesihatan memang ke arah untuk menyebarluaskan pemisahan tersebut secara lebih menyeluruh terutama sekali di klinik-klinik swasta. Untuk itu juga, kementerian sedang meneliti cadangan tersebut dengan melaksanakan kajian bagi menentukan taburan pharmacist melalui geo-mapping di seluruh negara agar taburan pegawai farmasi tersebut mencukupi dan tidak membebankan rakyat sekiranya pemisahan ini berlaku. Seperti yang dimaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, nisbah pegawai farmasi kepada penduduk yang disasarkan pada tahun 2019 adalah 1:2000 penduduk dan ia menjadi antara faktor-faktor pemisahan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Menyentuh mengenai pertanyaan daripada Yang Berhormat Datuk Akbar bin Ali mengenai isu mengapa kadar kematian bayi bukan sahaja bergantung – IMR tadi Yang Berhormat. Kadar kematian bayi bukan sahaja bergantung kepada perkhidmatan kesihatan tetapi juga dipengaruhi oleh faktor sosioekonomi dan kadar IMR telah menunjukkan penurunan daripada 40.8 kepada 1,000 kelahiran hidup pada tahun 1970 sehingga mencapai 6.3 peratus pada tahun 2007. Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup, saya ingin sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam sesi perbahasan yang menyentuh tentang usaha-usaha Kementerian Kesihatan. Saya menaruh sepenuh kepercayaan bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian akan bersama- sama dengan kementerian dalam usaha menyumbang ke arah pembangunan serta penyampaian kesihatan yang cemerlang di negara kita. Segala pandangan dan teguran yang dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini akan diambil perhatian yang sewajarnya oleh pihak kementerian bagi menjamin perkhidmatan kesihatan yang cemerlang serta terbilang pada masa yang akan datang. Sekian, wabillahi taufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. ■1520 Tuan Yang di-Pertua: Walaikumussalam , terima kasih Yang Berhormat. Tanpa buang masa, saya persilakan Kementerian Belia dan Sukan. 3.20 ptg. Timbalan Menteri Belia dan Sukan I [Tuan Gan Ping Sieu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli- ahli Yang Berhormat. Khasnya sembilan orang Yang Berhormat Senator di atas pertanyaan dan pandangan yang dikemukakan mengenai Kementerian Belia dan Sukan semasa perbahasan RMKe-10 baru-baru ini. Pertama, menyentuh mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir dan Yang Berhormat Senator Tuan Ng Fook Heng. Dimaklumkan bahawa kementerian sememangnya menyalurkan peruntukan bantuan pentadbiran dan aktiviti terus kepada persatuan-persatuan belia bagi melaksanakan aktiviti- aktiviti yang telah mereka rancang. DN.28.7.2010 45

Kaedah penyaluran dana ini adalah menerusi pengagihan peruntukan dana bantuan pentadbiran dan dana bantuan aktiviti. Program-program tersebut dilaksanakan sendiri sama ada oleh pegawai kementerian mahupun secara rakan kongsi bersama dengan pertubuhan belia. Sehubungan itu Tuan Yang di-Pertua, kementerian tidak melantik mana-mana konsultan untuk menganjur atau melaksanakan program-program tersebut. Namun begitu, kementerian ada menjemput individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu untuk berkongsi kepakaran mereka sama ada dalam sesi ceramah, taklimat mahupun bengkel yang dianjurkan. Tuan Yang di-Pertua, mengulas mengenai pandangan... Dato' Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Yang Berhormat, minta laluan. Minta laluan Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Ya, silakan Yang Berhormat. Dato' Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Tuan Yang di-Pertua, saya kurang puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri tadi. Sebabnya saya mintalah Timbalan Menteri turun padang, pergi lihat. Jangan dengar pegawai-pegawai belia sahaja bagi laporan. Saya ada bukti bahawa tidak ada wang disalurkan kepada persatuan belia untuk menjalankan aktiviti, ada konsultan. Kalau hendak bukti saya bagi tapi janganlah, kalau kita ini kadang-kadang buat teguran, siasatlah perkara itu betul-betul, seriuslah sikit. Kadang- kadang buat siasatan nak ‘mai’ jawab ini untuk melepaskan batuk di tangga Tuan Yang di- Pertua, ini Dewan. Bila kita balik kampung, rakyat kompelin kita, kita ada bukti. Menteri dan Timbalan Menteri turun padang. Jangan pergi negeri, jumpa pegawai, balik terus. Jumpalah persatuan belia. Saya tahu apa yang berlaku di kawasan saya, tidak ada wang yang disalurkan kepada persatuan belia dan saya berani cabar Menteri, turun padang ke Pulau Pinang, saya nak bawa persatuan belia berjumpa lihat betul tak betul apa yang berlaku. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Gan Ping Sieu: Terima kasih atas aduan yang dibawa oleh Yang Berhormat Senator. Kementerian Belia dan Sukan ambil maklum dan ambil perhatian serta menganggap aduan ini agak serius. Saya mintalah kerjasama dan bantuan daripada Yang Berhormat Senator supaya memberi maklumat yang terkini untuk pegawai-pegawai KBS untuk mengambil siasatan. Mungkin untuk memberi gambaran yang sebenarnya ialah walaupun Kementerian Belia dan Sukan ada mengagihkan peruntukan melalui dana bantuan pentadbiran dan dana bantuan aktiviti. Dukacitanya dimaklumkan untuk tahun ini iaitu 2010, peruntukan ataupun bajet untuk pengurusan operasi untuk aktiviti-aktiviti belia memanglah tidak mencukupi dan amaun yang dapat disalurkan adalah agaknya kecil. Oleh sebab itu mungkinlah membangkitkan perasaan ataupun aduan daripada persatuan-persatuan belia di peringkat akar umbi. Seterusnya... Dato' Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf. Perkara ini saya mintalah kementerian siasat, seriuslah sikit. Saya tidak kata dana tidak mencukupi. Kalau dana itu banyak itu, katalah RM4 juta, RM4 juta itu diagihkan kepada persatuan-persatuan belia. Kenapa hendak adakan konsultan? Nak buat futsal kena ada konsultan pergi ke kampung buat futsal. Kalau nak ada ceramah misalan nak buat, kenapa tidak salurkan wang ini kepada majlis belia daerah ke apa, biar mereka ini anjurkan ceramahlah, nak buat motivasi ke apa. Kenapa perlu ada konsultan dari Kuala Lumpur? Mana dia tahu, dia daripada Kuala Lumpur, dia tahukah di Bukit Mertajam? Dia tahukah di Jelutung kawasan kami? Dia duduk Kuala Lumpur, mana dia tahu masalah orang luar bandar. Inilah masalah berlaku, pembaziran wang kementerian sendiri. Jadi saya minta kementerian serius perkara ini. Saya tidak kata wang tambahan, dana yang ada kalau RM4 juta agihkanlah kepada semua persatuan, jangan beri kepada konsultan. Konsultan kalau beri RM1000, aktiviti yang dilakukan mungkin RM300-RM400 sebab dia nak untung. Apa salahnya kalau bagi terus kepada persatuan itu. 46 DN.28.7.2010

Apabila persatuan ini ada aktiviti, maka sudah tentulah belia-belia itu tidak akan buang masa, tidak akan jadi gejala sosial. Itu maksud saya, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, pada pandangan saya teguran daripada Yang Berhormat Dato' Musa itu mungkin agaknya Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh ambil perhatian kerana to be fair dengan izin, kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, dia pun baru dilantik Yang Berhormat. Jadi senator baru-baru ini, terus jadi timbalan dan inilah contohnya kalau boleh apabila perkara-perkara penting macam ini, kalau Timbalan Menteri itu masih baru lagi Menteri patut turun, lagi baik... [Tepuk] Saya rasa saya mengenali, baru lagi dilantik tapi memang betullah. Kepada pegawai-pegawai pula, jangan bagi laporan yang umum sahaja kerana Dewan ini mengambil perhatian serius. Tidak apalah Yang Berhormat, teruskan pergi kepada perkara lain tapi saya menasihatkan kalau boleh Yang Berhormat, lepas ini esok jumpalah sekali lagi. Saya rasa Dato' Musa bersedia bekerjasama dengan Yang Berhormat. Teruskan. Tuan Gan Ping Sieu: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memang terima kasihlah ke atas maklumat yang dibawa oleh Yang Berhormat Senator dan saya memberi aku janji bahawa perkara ini akan disiasat selanjutnya. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat, teruskan. Tuan Gan Ping Sieu: Tuan Yang di-Pertua, mengulas mengenai pandangan daripada Yang Berhormat Senator Datuk Haji Roslan bin Awang Chik. Kementerian menyedari bahawa peruntukan RM40 juta yang disediakan untuk melaksanakan program- program pembangunan belia adalah terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan populasi belia yang berjumlah kira-kira 12 juta pada masa sekarang. Sehubungan itu, kementerian sedang dalam rangka menyediakan Pelan Transformasi Pembangunan Belia yang akan menepati keperluan pembangunan belia negara. Pelan ini juga akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia yang akan datang. Dengan adanya pelan-pelan yang tetap, Kementerian Belia dan Sukan akan memohon peruntukan tambahan untuk mengimplementasikan pelan-pelan berkenaan. Seterusnya, kementerian ingin merakamkan... Datuk Haji Roslan bin Awang Chik: Yang Berhormat Timbalan Menteri, laluan ya? Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat, silakan. Datuk Haji Roslan bin Awang Chik: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucap terima kasih di atas usaha kementerian untuk menambahkan peruntukan ini. Yang pertama sekali kita nak tanya macam mana boleh perancangan boleh dibuat sebegitu rendah mutunya sehingga hanya RM40 juta diperuntukkan. Walhal kita tahu 42 peratus rakyat negara kita ini adalah di golongan belia. Dalam akhbar baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pun mengatakan bahawa pengundi-pengundi muda akan menentukan masa depan corak pimpinan ataupun kerajaan yang akan datang. Jadi saya merayu dan menyeru kepada kerajaan terutama sekali kementerian ini untuk mempercepatkan pertambahan peruntukan ini kerana mereka ini adalah penting sebagai satu, salah satu modal insan. Keduanya, akan memajukan lagi kecerdasan pemikiran mereka pada masa-masa yang akan datang. Terima kasih Tan Sri. Tuan Gan Ping Sieu: Terima kasih atas pandangan dan cadangan daripada Yang Berhormat Senator Datuk dan saya mengucapkan terima kasihlah atas sokongan daripada Yang Berhormat Senator Datuk atas perkara ini. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, kementerian ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datin Paduka Datuk Nor Hayati binti Tan Sri Dato' Seri Onn di atas sokongan beliau terhadap pendekatan baru yang dibuat oleh kementerian dalam sambutan Hari Belia Negara 2010 yang lalu. Sesungguhnya adalah menjadi harapan kementerian agar pendekatan baru ini DN.28.7.2010 47 dapat diteruskan dalam sambutan Hari Belia Negara 2011, dengan sasaran untuk menghimpunkan seramai sejuta orang belia. ■1530 Untuk makluman, sambutan hari belia negara buat masa ini dilaksanakan di peringkat kebangsaan dan negeri. Walau bagaimanapun, sambutan tersebut turut melibatkan golongan belia dari pelbagai peringkat seperti negeri, daerah, dan mukim. Tuan Yang di-Pertua, bagi maklum balas ke atas pertanian dan cadangan konstruktif yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah dimaklumkan, bahawa kementerian sememangnya telah melaksanakan program-program patriotik seperti Program Khemah Kerja Patriotik, Program Jati Diri Kesukarelaan Nasional (PJDKN) yang berbentuk PLKN, dan Program Integrasi Nasional 1Belia 1Malaysia iaitu salah satu exchange program untuk belia. Pada tahun 2009 yang lalu sahaja seramai 3,957 orang peserta telah berjaya mengikuti program-program tersebut melalui 57 buah program yang dianjurkan. Untuk makluman Yang Berhormat juga, kementerian telah pun menetapkan bahawa bantuan pentadbiran disalurkan kepada Majlis Belia Malaysia sebanyak RM1 juta. Bantuan pentadbiran yang disalurkan kepada pertubuhan belia peringkat kebangsaan adalah berdasarkan kepada bilangan keanggotaannya dan bantuan pentadbiran yang disalurkan kepada Majlis Belia Negeri adalah RM50,000 setiap negeri dan Majlis Belia Daerah RM20,000 setiap daerah. Dana tersebut pada keseluruhannya adalah lebih kurang RM4 juta. Dana tersebut adalah dengan tujuan untuk membantu sebahagian daripada perbelanjaan pengurusan pentadbiran persatuan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, terdapat 6,497 buah pertubuhan belia yang telah didaftarkan dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia. Dengan adanya dana pentadbiran yang sebanyak RM4 juta ini tidak dapat memenuhi keperluan atau permintaan daripada semua pertubuhan belia. Selanjutnya, mengenai Skim Tabung Ekonomi Belia, kementerian pada masa ini telah menangguhkan sementara pinjaman STEB pada penghujung tahun 2009. Ini disebabkan oleh Dana Tabung Kumpulan Wang Amanah ini tidak mencukupi untuk menampung jumlah permohonan daripada belia. Kementerian juga sedang mengkaji semula program STEB ini untuk diserapkan di bawah agensi-agensi kerajaan yang lain. Seterusnya berhubung cadangan supaya kementerian menambah kemudahan- kemudahan sukan. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian dari semasa ke semasa sentiasa memantau keperluan untuk menambah kemudahan-kemudahan sukan untuk kegunaan para belia dan masyarakat setempat. Sehubungan itu, pada masa ini kementerian telah merancang untuk membina sebanyak 1,240 buah gelanggang futsal 1Malaysia dan kini sebanyak 970 buah telah disiapkan. Tuan Yang di-Pertua, saya akan teruskan untuk memberi ulasan ke atas pertanyaan serta cadangan mengenai kecemerlangan sukan bola sepak yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Eg Fook Heng, Yang Berhormat Senator Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir, dan Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kementerian tidak menafikan bahawa mutu bola sepak Korea Selatan dan Jepun misalannya telah jauh meninggalkan kita. Kewujudan Liga Bola Sepak Profesional Jepun (JLA) pada tahun 1993 merupakan paksi kepada pembudayaan sukan di negara Jepun. The one hundred years vision the sport committee forward, dengan izin, merupakan satu konsep yang diamalkan di Jepun di mana segenap masyarakat dari pelbagai usia sentiasa mengambil bahagian dalam aktiviti sukan pada hujung minggu dan akan memberi sokongan kepada pasukan profesional mereka di stadium-stadium semasa hari perlawanan. Namun, pada masa kini keadaan sedemikian tidak berlaku di dalam negara kita. Begitu juga bagi Korea Selatan sejak Piala Dunia 2002 lalu, mereka telah memiliki 20 juta penyokong berbaju merah dengan nama lain the red devils, iaitu separuh dari populasi rakyatnya yang kini menjadi trademark negara Korea Selatan khususnya dalam bola sepak. Kini, Korea selatan mempunyai Liga Bola Sepak Remaja Kebangsaan Korea yang telah melahirkan 11,520 orang pemain yang dipantau oleh 15 kelab bola sepak profesional. 48 DN.28.7.2010

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan telah membuat kajian-kajian berkaitan dengan pembangunan bola sepak di negara lain. Kami mendapati bahawa di negara-negara maju lain seperti Sepanyol, Belanda, Jerman, Jepun, Korea selatan, dan sebagainya telah lama mengamalkan Program Pembangunan Pemain. Itu PPP bola sepak yang lebih teratur dan terancang. Inilah amalan dan praktis yang dijalankan di negara lain. Misalannya Sepanyol telah memulakan PPP ini sejak 30 tahun dahulu dan salah satu hasil daripada itu adalah mereka telah menjadi juara Piala Dunia baru-baru ini. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan merancang membangunkan Program PPP ini dengan lebih menyeluruh. Walau bagaimanapun, kerajaan sebagai penggerak utama pelaksanaan pembangunan bola sepak negara kita juga memerlukan bantuan dan kerjasama semua pihak termasuk masyarakat dan pihak badan bukan kerajaan NGO bersama-sama membantu merencanakan rangkaian struktur bola sepak negara kita. Selain itu, Tuan Yang di-Pertua, kementerian menyarankan kepada pihak swasta... Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: [Bangun] Tuan Gan Ping Sieu: Untuk bersama-sama... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada Ahli Yang Berhormat bangun. Silakan... Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Mohon penjelasan. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat. Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam laporan media pada 14 Julai yang baru lalu, Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan bersama dengan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia telah mencadangkan ataupun berura-ura untuk menjadi host kepada World Cup pada tahun 2026. Hari ini, Malaysia di tangga ataupun di ranking yang 142 World Cup daripada 180 buah negara. Kalau kita lihat negara-negara yang turut serta dalam World Cup baru-baru ini, ranking mereka bagus-bagus. South Africa sebagai host ranking nya ialah yang ke-66. Kalau kita bercita-cita mahu jadi host, ertinya kita perlu melonjak daripada 142 ke tangga sekurang- kurangnya meniru South Africa iaitu 66. Ini memerlukan lonjakan setiap tahun sekurang- kurangnya lima anjakan. Akhirnya, selepas 16 tahun kita boleh sampai ke ranking yang 66 tadi ataupun sebagai pembida Tuan Yang di-Pertua, kita perlu berada di ranking yang baik dalam masa empat tahun akan datang. Ini kerana kalau hari ini kita baca akhbar, pembida-pembida sedang sibuk membida untuk menjadi host pada tahun 2022. Jadi kalau 2026 mungkin lagi 4 tahun akan datang. Adakah kita bercita-cita? Adakah kita ada konkrit pelan untuk menjadi pembida dengan ranking kita bertambah baik yang ke 66 atau 70 saya katakan tadi. Ertinya kita perlu melonjak 20 ranking pada setiap tahun. Jadi, soalan saya ataupun penjelasan yang saya minta sama ada kita serius dalam perkara ini dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kementerian? Terima kasih. Tuan Gan Ping Sieu: Terima kasih atas soalan ataupun pertanyaan yang dibawa oleh Yang Berhormat Senator Dato’ sebentar tadi. Sememangnya adalah objektif Kementerian Belia dan Sukan untuk bersama-sama dengan Indonesia untuk menganjurkan Piala Dunia ataupun membida untuk menganjurkan Piala Dunia bersama dengan Indonesia pada tahun 2006. Untuk makluman Yang Berhormat, sebelum tahun 2026, pada tahun 2022 dijangka Jepun atau Korea Selatan, Australia dan Qatar telah menunjuk minat untuk mengadakan Piala Dunia 2022. ■1540 Sekiranya negara-negara tersebut dapat menganjurkan Piala Dunia pada tahun 2022, itu akan menjejaskan pada keseluruhannya bidaan or bidding untuk menganjurkan DN.28.7.2010 49

Piala Dunia pada tahun 2026. Itu belum sebut lagi sama ada negara kita, taraf bola sepak kita sudah sampai setakat boleh mendapatkan keyakinan daripada FIFA dan badan-badan antarabangsa untuk mengadakan Piala Dunia di Malaysia dan Indonesia. Mungkin untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, bahawa baru-baru ini beberapa program yang telah dianjurkan oleh KBS bersama-sama dengan Football Association of Malaysia telah menghasilkan atlet-atlet bola sepak kita yang begitu menunjukkan potensi masing-masing. Misalnya skuad di bawah umur 23 tahun kita baru- baru ini, minggu lepas telah dapat menewaskan skuad remaja yang datang dari Korea Selatan. Ini telah menunjukkan bahawa beberapa tahun kebelakangan ini, FAM, MSN dan Kementerian Belia dan Sukan telah memberi tumpuan, perhatian dan juga menyalurkan sumber-sumber kewangan dan manusia untuk membangunkan program bola sepak. Di antaranya juga termasuk skuad Harimau Muda ‘A’, skuad Harimau Muda ‘B’ yang mana kita telah mendedahkan atlet-atlet remaja kita yang berpotensi di dalam beberapa pertandingan antarabangsa. Selain daripada itu, kita juga telah hantar pasukan-pasukan kita, skuad kita mengadakan attachment ataupun latihan jangka masa panjang di Jepun, England, Brazil dan sebagainya. Inilah beberapa langkah yang telah KBS ambil... Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Yang Berhormat, minta laluan. Tuan Gan Ping Sieu: Ya. Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Tuan Yang di-Pertua... Tuan Yang di-Pertua: Teruskan. Silakan. Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik tadi tentang kita hendak jadi hos pada tahun 2026. Saya ingat beginilah Yang Berhormat Timbalan Menteri, balik beritahu kepada Yang Berhormat Menteri, jaga sukan kita di Malaysia ini. Bola sepak pun kita hancur, badminton pun kita hancur, hoki pun tidak lekat mana, buat apa kita angan-angan Mat Jenin hendak jadi hos tahun 2026? Beritahu kepada Yang Berhormat Menteri, tidak perlulah angan-angan Mat Jenin lah, buat yang ada di Malaysia dahululah. Terima kasih. Tuan Ng Fook Heng: Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Ya. Ada seorang lagi Yang Berhormat bangun. Silakan. Tuan Ng Fook Heng: Tuan Yang di-Pertua, saya setuju sangatlah dengan kita punya rakan sejawat, I think. Saya rasa semasa saya muda dahulu, saya amat mengagung- agungkan Piala Malaysia antara negeri semasa Soh Chin Aun, Santokh Singh semua ini. Jadi kita berasa berbangga sehingga – selepas itu ada pula piala apa, lupa sudah... [Disampuk] Piala Merdeka? Saya ingat state antara state , Pahang lawan Selangor, semua ini. Sekarang nampaknya apa permainan pun, perlawanan pun, tidak ada hendak tengok. Tengok dalam televisyen pun stadium kosong sahaja. Jadi adakah selepas era Soh Chin Aun ini, sampai sekarang ini, maknanya kita ini terbiar ataupun kita punya jalan salah, hala tuju salah ataupun terlalu banyak sangat masuk campur badan-badan lain yang masuk campur pentadbiran bola sepak? Jadi ini menunjukkan Kementerian Belia dan Sukan ini amat lemah dalam bidang ini. Betul-betul lemah, bukannya lemah – betul-betul lemah! Sama juga, jangan angan-anganlah menjadi hos Piala Dunia 2026. Jangan anganlah! Saya rasa kalau hidup lagi saya masa itu, saya lihatlah ada atau tidak. Terima kasih. Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Isu yang sama juga. Tuan Yang di-Pertua: Okey. Agaknya last one untuk consider beri peluang kepada Yang Berhormat ini. Silakan Yang Berhormat. Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Tuan Yang di-Pertua, saya minta satu soalan lisan mengenai perkara yang sama juga. Jawapan yang saya terima ialah kementerian menafikan bahawa peringkat sukan kita turun dan ada memberi beberapa misalan bahawa 50 DN.28.7.2010 bagaimana kita masih lagi hebat dalam sukan. Nampaknya kementerian ini dalam denial mode dan oleh sebab itu kita tidak maju dalam sukan. Terima kasih. Datuk Maijol Mahap: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Ya. Bangun lagi seorang, Yang Berhormat. Silakan. Datuk Maijol Mahap: Boleh? Tuan Yang di-Pertua: Boleh, last one. Datuk Maijol Mahap: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya pun terlibat sedikit mengenai sukan ini dan saya tahu sedikit sebanyak tentang sukan terutama sekalinya badminton di Malaysia. Apabila kita kalah di Thomas Cup yang lalu, pihak BAM telah membuat postmortem yang begitu terperinci dan satu daripada finding yang kita temui ialah tentang sikap pemain-pemain. Ini bukan hanya berlaku kepada pemain-pemain badminton tetapi saya percaya juga ia berlaku kepada pemain-pemain yang lain di sukan yang lain, iaitu kita tidak ada ketahanan diri, resilience. Tidak seperti pemain- pemain Korea, Jepun dan juga China yang mempunyai sikap yang begitu bersemangat, mempunyai resilience yang begitu tinggi, yang sentiasa bekerja keras dan inginkan kemenangan. Semangat itu yang berkobar-kobar. Ini yang BAM temui. Saya percaya, mindset seperti ini juga ada pada sukan-sukan lain seperti bola sepak dan lain-lain yang tidak perlu saya sebutlah. Jadi saya rasa ini tumpuan yang harus dibuat oleh kementerian. Bagaimana kita boleh mengubah sikap dan minda jaguh-jaguh sukan kita supaya mereka lebih resilience, lebih hardworking dan sebagainya yang boleh bertanding di peringkat antarabangsa? Kalau kita mempunyai... Tuan Yang di-Pertua: Okey, cukup Yang Berhormat. Ringkaskanlah. Datuk Maijol Mahap: Tadi kalau mahu jadi hos Piala Dunia itu, saya ingat itu to remote dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kalau beginilah mutu kita sekarang ini. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Yang Berhormat, teruskan. Tuan Gan Ping Sieu: [Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama, saya hendak menafikan bahawa Kementerian Belia dan Sukan dalam denial mode . Itu adalah sesuatu yang tidak betul sebab dalam beberapa sesi ataupun dalam Dewan yang mulia ini, pernah saya memberi jawapan bahawa Kementerian Belia dan Sukan memang mengakui bahawa mutu bola sepak kita ini memang mengecewakan. Oleh sebab itu, kita terpaksa memandang apa pendekatan ataupun cara-cara untuk meningkatkan mutu. Itulah yang lebih mustahak. Apa yang telah berlaku sebelum ini, beberapa sebab yang menyebabkan kemerosotan mutu ini, telah saya sampaikan beberapa hari sebelum ini dan itulah sepatutnya menjadi satu pengajaran kepada kita dan bukanlah sebagai suatu perkara yang menjadi tuduhan tidak henti. Walau bagaimanapun, beberapa sebab yang saya sampaikan sebelum ini termasuklah semangat atlet-atlet kita ini sebagaimana Yang Berhormat Senator sebut sebentar tadi. Kita mendapati bahawa ketahanan sikap ataupun ketahanan fizikal atau mental atlet ini memang tidak begitu memuaskan. Inilah sesuatu yang memang berlaku dan kementerian melalui Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara telah membuat kajian dan telah mengadakan program-program untuk meningkatkan lagi mutu fizikal, fitness dan juga mutu mental untuk mempertahankan ataupun semasa melibatkan diri atau mengambil bahagian dalam pertandingan tournament antarabangsa. Saya memang fahamlah, Ahli-ahli Yang Berhormat memang rasa kecewa sepertimana rakyat-rakyat kita, bahawa seandainya ataupun pada setakat sekarang ini, kalau sekiranya mutu ataupun prestasi bola sepak kita sekarang ini kurang memuaskan atau mengecewakan, kalau sekiranya Kementerian Belia dan Sukan buat satu sasaran atau satu projection untuk menganjurkan Piala Dunia, ia akan seolah-olahnya adalah suatu impian, suatu angan-angan dan tidak realistik. DN.28.7.2010 51

■1550 Akan tetapi untuk baru-baru ini sepertimana saya sebut sebentar tadi, kita telah nampak potensi skuad muda kita telah menunjukkan bakat dan juga potensi mereka untuk membawa negara kita dalam bidang bola sepak ini kepada suatu tahap yang lebih tinggi. Lagipun kalau sekarang ini kita pun tidak tonton sangatlah Liga Bola Sepak Malaysia. Inilah di antara beberapa sebab termasuklah juga sebab ESPN, siaran langsung daripada liga- liga sukan luar negara, yang premier league dan sebagainya, ia lebih menarik kalau berbanding dengan mutu bola sepak kita. Oleh sebab itu dia membawa perasaan yang mengecewakan, itu saya rasa boleh difahami juga. Walau bagaimanapun, sasaran untuk meningkatkan mutu atlet bola sepak dan keupayaan kita untuk menganjurkan satu tournament yang begitu mustahak seharusnya ditetapkan supaya pegawai-pegawai Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara dan seluruh masyarakat boleh berganding bahu. Kita menuju kepada satu arahan yang bersama, satu objektif yang sama sekiranya semua orang memberi tumpuan, perhatian dan sama-sama bekerjasama dan juga sering bantu-membantu saya rasa ini bukan satu impian sahaja. Mungkin pada suatu hari kita akan capai... Tuan Yang di-Pertua: Panjang ke lagi Yang Berhormat, panjangkah lagi? Tuan Gan Ping Sieu: Saya cuma... Tuan Yang di-Pertua: Kalau tidak ada, boleh gulung. Tuan Gan Ping Sieu: Hanya ada tiga... Tuan Yang di-Pertua: Jawab dahulu semua yang ada dalam rekod itu. Selepas itu, tidak ada, Yang Berhormat gulung. Tuan Gan Ping Sieu: Baiklah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua, kementerian menyarankan kepada pihak swasta untuk bersama-sama membangunkan industri sukan negara. Usaha ini seperti mana jejak langkah syarikat- syarikat korporat di Korea Selatan dan Jepun yang menjadi pelabur utama kepada kelab- kelab bola sepak mereka. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, usaha permulaan telah dijalankan oleh Kementerian Belia dan Sukan termasuk beberapa usaha termasuk Konvensyen Industri Sukan (KISMAS) yang pada tahun lepas dan Konvensyen KISMAS yang kedua akan dianjurkan pada hujung tahun ini dan sebuah sekretariat sepenuh masa juga telah ditubuhkan dan Sprint Test iaitu Sport Industry Expo telah dirangka sempena tahun industrial sukan 2011 yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Tuan Yang di-Pertua, di Dewan yang mulia ini sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan tahniah di atas kejayaan Skuad Bawah-23 negara kerana telah berjaya menewaskan Skuad Olimpik Korea Selatan pada 25 Julai lalu. Semoga kemenangan ini dapat menjadi pembakar semangat kepada pasukan negara untuk terus berusaha bagi memperoleh kejayaan dalam lain-lain kejohanan pada masa akan datang. Sebagai rancangan jangka masa panjang Yang Berhormat Menteri telah mengumumkan dalam satu majlis malam semalam bahawa kerajaan bercadang mewujudkan akademi bola sepak di setiap daerah-daerah untuk melatih generasi muda dalam bola sepak. Setakat ini Tuan Yang di-Pertua, sebuah Jawatankuasa Tabung Pembangunan Bola Sepak Negara telah ditubuhkan. Seterusnya mengenai iklan televisyen... Dato’ Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed: Minta laluan Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat. Dato’ Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed: Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya menyanjung tinggi di atas saranan dan juga ilham Yang Berhormat Menteri untuk menubuhkan akademi sukan di peringkat daerah-daerah tetapi mengikut apa yang dipersoalkan dalam soalan tambahan dua hari yang lalu kepada Kementerian Belia dan Sukan, kita perlu turun ke kampung-kampung untuk menengok jaguh-jaguh yang ada di kampung itu melalui sekolah-sekolah. Oleh kerana orang-orang di kampung-kampung ini 52 DN.28.7.2010 dia tidak dapat pendedahan, cuma main di padang, di sawah padi dan lain-lain tetapi, mereka ada bakat. Kalau boleh janganlah bila hendak tubuh akademi di peringkat daerah- daerah ini perlu turun ke kawasan-kawasan kampung untuk menengok pemain-pemain bola, up and coming pemain ini. Terima kasih. Tuan Gan Ping Sieu: Terima kasih atas cadangan Yang Berhormat Senator. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya mengenai iklan televisyen semasa kejohanan Piala Dunia baru- baru ini. Dimaklumkan bahawa iklan tersebut merupakan inisiatif syarikat telekomunikasi Maxis selaku penyiar mobiliti rasmi Piala Dunia Afrika Selatan 2010. Usaha syarikat tersebut yang memaparkan ikon bola sepak negara era 1970-an dan 80-an seperti Datuk Soh Chin Aun, Hassan Sani, James Wong, Santokh Singh dipertontonkan semula kejaguhan masing-masing di era prestasi pasukan bola sepak kita cukup menonjol di kalangan negara-negara Asia. Sekurang-kurangnya bagi pendapat Kementerian Belia dan Sukan, promosi ini mendedahkan kepada generasi muda nama-nama besar bola sepak negara yang mungkin tidak dikenali oleh mereka sebelum ini. Promosi ini juga mengembalikan nostalgia kehebatan bola sepak negara yang pernah menjadi jaguh bola sepak antarabangsa bermula dengan Pestabola Merdeka hingga layak bertanding ke Sukan Olimpik 1972 dan 1980. Selain daripada itu, ia juga dapat menyemarakkan semangat para pemain muda bola sepak negara agar mencapai kejayaan yang lebih cemerlang khususnya di peringkat antarabangsa. Untuk makluman Ahli Dewan juga, di sini saya ingin menjelaskan bahawa iklan yang memaparkan sekumpulan kanak-kanak sedang bermain bola sepak sebenarnya bukanlah di bendang, bukan di sawah tetapi, jelas menunjukkan mereka sedang bermain di sebuah padang taman perumahan semasa hari hujan. Oleh yang demikian padang tersebut ditakungi air hujan sehingga kelihatan seperti sebuah bendang. Iklan ini menunjukkan... Tuan Yang di-Pertua: Bendang, bendang. Bukan pendang, bendang. Tuan Gan Ping Sieu: Bendang... [Ketawa] Terima kasih. Untuk makluman Ahli- ahli Yang Berhormat yang jarang menonton televisyen, iklan ini menunjukkan Datuk Soh Chin Aun sedang duduk melihat kanak-kanak bermain bola sepak dan teringat saat-saat beliau dan rakannya layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980 setelah menewaskan Korea Selatan. Sehubungan itu usaha kreatif yang ditunjukkan oleh syarikat telekomunikasi tersebut wajar diberi pujian dan kementerian berharap agar lebih banyak lagi syarikat- syarikat swasta melaksanakan usaha sedemikian.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk Maijol bin Mahap yang memberi pandangan membina mengenai sukan badminton. Dimaklumkan bahawa usaha untuk membangunkan sukan badminton di peringkat daerah sememangnya sedang giat dilaksanakan oleh persatuan-persatuan badminton negeri yang menerima peruntukkan daripada Persatuan Badminton Malaysia. BAM juga mempunyai ramai jurulatih bertauliah yang mempunyai Sijil Kejurulatihan Tahap I. Dianggarkan seramai 8,000 orang yang layak untuk melatih pemain bawah 12 tahun, dan Sijil Kejurulatihan Tahap II dianggarkan seramai 600 orang yang layak untuk melatih pemain di peringkat kelab dan negeri. Selain itu kementerian dengan kerjasama kelab badminton profesional Nusa Mahsuri ada melaksanakan Kem Bakat Badminton di enam buah zon utama iaitu Zon Utara, Zon Selatan, Zon Tengah, Zon Pantai Timur, Zon Sarawak, Zon Sabah dan Zon Labuan yang menumpukan pemain-pemain dari umur sembilan hingga 14 tahun. Oleh sebab program ini dilihat dapat menonjolkan bakat-bakat muda, justeru kementerian bercadang memperluaskan kem ini ke peringkat daerah pada masa akan datang sebagaimana yang disarankan oleh Yang Berhormat Senator. Namun ia bergantung kepada kemampuan kewangan kementerian. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan cadangan Yang Berhormat Senator Tuan Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim yang praktikal mengenai pembangunan sukan negara, kementerian mempunyai pelan pembangunan sukan yang dikenali sebagai Program Pembangunan Sukan Teras Prestasi Tinggi Negara. Program ini telah diluluskan oleh DN.28.7.2010 53

Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan pada 8 November 2004 yang melibatkan sebanyak 19 jenis sukan teras untuk dibangunkan secara menyeluruh serta dalam usaha untuk melahirkan atlet yang bertaraf dunia melalui Sukan Prestasi Tinggi. Melalui program latihan atlet Majlis Sukan Negara juga tambahan tujuh jenis sukan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 26 jenis sukan yang telah dikenal pasti untuk dimasukkan ke dalam program ini. ■1600 Pemilihan sukan-sukan tersebut adalah berdasarkan strategi yang memberi penumpuan pada jenis sukan yang mana atlet-atlet Malaysia boleh dilatih untuk menjadi atlet bertaraf dunia. Strategi-strategi tersebut adalah sukan-sukan ini mempunyai peluang untuk memenangi pingat di temasya sukan seperti Sukan SEA, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan Olimpik. Sukan yang mempunyai rekod pencapaian cemerlang pada masa lalu dan sukan yang mempunyai perancangan dan komitmen jangka panjang serta telah mempunyai kemudahan sukan. Jenis-jenis sukan tersebut kemudiannya dibahagikan pada empat kumpulan iaitu sebanyak 10 sukan dikenal pasti yang mampu memberikan saingan di Sukan Olimpik, 10 sukan, 12 sukan tumpuan Sukan Komanwel, 21 sukan disasarkan untuk memenangi pingat di Sukan Asia serta kesemua 26 sukan mampu memberikan kejayaan negara di Sukan SEA. Melalui program inilah lahirnya jaguh-jaguh dunia dari negara kita seperti Datuk Nicol Ann David dalam bidang skuasy; Datuk Lee Chong Wei, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong dalam bidang badminton; Azizulhusni Awang, berbasikal; Safuan Said di bidang lawn bowl; Sazali Samad dalam bidang bina badan; Shalin Zulkifli, Wendy Chai, Siti Safiya Amirah dalam bidang bowling dan lain-lain lagi. Tuan Yang di-Pertua, mungkin untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat Kementerian Belia dan Sukan memang sedar penurunan mutu bola sepak menyinggung perasaan atau membawa kekecewaan kepada rakyat kita. Namun begitu, penurunan mutu itu walaupun kita mengakui dan terpaksa meningkatkan lagi mutu itu, itu seharusnya tidak dianggap sebagai satu bench mark yang mana ataupun satu ukuran tahap kecemerlangan sukan negara kita. Kita masih mempunyai atlet-atlet yang menduduki ranking yang tinggi dunia termasuk beberapa tokoh-tokoh atlet jaguh-jaguh dunia yang saya sebutkan sebentar tadi. Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja jawapan saya ke atas pertanyaan, cadangan dan pandangan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat kerana telah menunjukkan minat dan keprihatinan terhadap isu-isu yang menyentuh Kementerian Belia dan Sukan. [Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat ] Sekali lagi saya hendak mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator yang meminta KBS ambil tindakan serta-merta ataupun mengambil siasatan, mengambil langkah-langkah siasatan untuk meneliti apakah masalah yang dibangkitkan berkaitan sama ada KBS ataupun segelintir kecil pegawai-pegawai KBS pada peringkat akar umbi telah menyeleweng kuasa-kuasa mereka. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Timbalan Menteri. Seterusnya minta Kementerian Sumber Manusia menjawab. 4.03 ptg. Menteri Sumber Manusia [Datuk Dr. S. Subramaniam]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada semua Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan menyentuh isu-isu berkaitan dengan Kementerian Sumber Manusia. Berhubung dengan pertanyaan dengan isu brain drain yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Sim Kheng Hui, Yang Berhormat Senator Dato’ Zaitun binti 54 DN.28.7.2010

Mat dan Yang Berhormat Senator Yang Mulia Tunku Abdul Aziz kerajaan menyedari lebih 200,000 orang rakyat Malaysia telah berhijrah ke luar negara atas pelbagai alasan seperti menerima tawaran gaji yang lumayan, mencari pengalaman kerja di luar negara, mengikut ahli keluarga dan berhasrat untuk menetap di luar negara. Menyedari akan isu ini, di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh kerajaan akan menubuhkan talent corporations bagi menyediakan blue print untuk mengurangkan penghijrahan rakyat Malaysia ke luar negara dan pada masa yang sama untuk menarik mereka yang berada di luar negara kembali ke Malaysia untuk memberikan sumbangan pada pembangunan negara. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan penghijrahan ke luar negara oleh golongan profesional dan tenaga mahir seperti pada masa sekarang telah menetapkan satu dasar untuk meningkatkan pendapatan per kapita rakyat Malaysia daripada USD7,000 pada USD15,000 pada tahun 2020 melalui Model Ekonomi Baru. Kita berharap ia akan dapat meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia dan mengurangkan rakyat Malaysia yang mengejar pendapatan lumayan di luar negara. Melalui beberapa jawatankuasa yang telah ditubuhkan di bawah kerajaan, Jawatankuasa Khas Keperluan Tenaga Mahir yang dianggotai oleh beberapa agensi dan di bawah Kementerian Sumber Manusia, kita mengenal pasti keperluan, kegunaan tenaga profesional dan mahir yang diperlukan oleh industri untuk memastikan bagaimana kita akan mengadakan program- program untuk membekalkan keperluan itu. Kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia berusaha untuk menarik FDI yang diasaskan kepada pengetahuan yang akan diasaskan pada kemahiran yang lebih tinggi dan tidak diasaskan pada kemahiran yang rendah yang diasaskan pada buruh, kegunaan tenaga kerja yang banyak. Kita berharap melalui ini wajar sistem perindustrian yang ada di negara kita akan berubah dan kita akan menubuhkan satu sistem yang baru yang akan memerlukan tenaga kerja yang lebih mahir yang diasaskan pada pengetahuan. Ini akan mewujudkan peluang-peluang baru yang akan menarik balik mereka yang ada di luar negara. Di dalam Talent Corporations beberapa usaha akan diambil khasnya untuk mencari langkah-langkah untuk melibatkan despair rakyat Malaysia di luar negara daripada pelbagai jenis dan mewujudkan program-program yang sesuai melalui yang mana pengetahuan dan kemahiran mereka boleh digunakan demi pembangunan negara. Kementerian Sains dan Teknologi telah mewujudkan Program Brain Drain Malaysia yang ditumpu khas kepada mereka yang berasaskan sains dan teknologi dan memberikan galakan-galakan untuk mereka supaya mereka boleh datang semula ke Malaysia. Di Kementerian Sumber Manusia ada rancangan yang mana mereka yang ingin pulang ke Malaysia boleh mendapat layanan dan keistimewaan dalam memperoleh status penduduk tetap dan sebagainya untuk isteri atau keluarga mereka. Inilah beberapa daripada langkah yang telah dijalankan oleh kerajaan untuk mengurangkan bilangan mereka yang berhijrah ke negara yang lain untuk menarik semula mereka yang sudah ada di situ supaya mereka boleh menyumbang pada pembangunan negara. Lagi satu isu yang dibangkitkan ialah oleh Yang Berhormat Senator Puan Hajah... Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Saya mohon mencelah. Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat. Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berhubung dengan isu yang telah dikemukakan berkenaan dengan brain drain . Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan sebelum sebarang surat release diberikan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam kepada mana-mana pelajar yang ingin tidak berkhidmat kepada kerajaan, apakah syarat-syarat yang dikenakan? Adakah brain drain yang kita akan buat ini bertumpu kepada pakar-pakar kita dari luar negara tetapi tidak kepada pelajar yang baru sahaja menamatkan pengajian? Adakah ia ada jangka masa tertentu? Sebagai contohnya katakanlah pada tahun ini mereka tamat, adakah terus dilakukan brain drain itu.... Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri dijemput duduk. DN.28.7.2010 55

Datuk Dr. S. Subramaniam: Ya. Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Ataupun penumpuan kerajaan kepada pelajar-pelajar kita yang telah lama menetap di luar negara dan mereka kemudian akan menjadi pakar baru dipanggil dalam Program Brain Drain ini? Terima kasih. Datuk Dr. S. Subramaniam: Kalau yang belajar di luar negara baru-baru sahaja menamatkan pelajaran mereka, mereka seharusnya pulang ke negara. So, mereka tidak boleh menggunakan kemudahan-kemudahan yang sudah disediakan di dalam Program Brain Drain. Ini cuma ditujukan kepada mereka yang sudah menetap di negara yang lain, sudah untuk satu jangka yang tertentu dan mereka akan diambil langkah-langkah supaya bagaimana untuk tarik balik mereka kepada Malaysia. Soalan yang lagi satu apa..., itu sahaja? Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Pertama, yang berkaitan bagaimana surat released itu. Ini kerana saya difahamkan bahawa ramai pelajar kita yang telah tamat pengajian tetapi, mereka tidak ada jaminan kerja di Malaysia. Jadi surat release itu dikeluarkan dengan mudah oleh JPA, ini yang menyebabkan lebih ramai pelajar kita yang sebenarnya menetap di luar negara, tidak ada jaminan kerja di negara kita sekiranya mereka pulang. Terima kasih. ■1610 Datuk Dr. S. Subramaniam: Okey, saya akan mengambil maklum tentang maklumat yang diberi oleh Yang Berhormat. Sepatutnya semua tenaga pelajar Malaysia yang diberi bantuan oleh JPA melalui biasiswa atau melalui pinjaman untuk belajar di negara sepatutnya mereka balik berkhidmat di dalam negara kita dan kita tahu ada golongan-golongan tertentu, mereka yang mengikuti bidang perubatan yang tidak balik kerana mereka mahu meneruskan latihan mereka di situ dan datang selepas itu. Pada masa sekarang pendirian daripada kerajaan ialah semua kena balik dan memberi perkhidmatan di dalam negara sebelum mereka boleh melanjutkan pendidikan mereka di dalam apa-apa bidang yang mereka pilih. Lagi satu isu ialah tentang peluang kenaikan pangkat wanita khasnya di sektor swasta yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Puan Hajah Noriah binti Mahat. Sistem perundangan di negara kita yang diasaskan kepada sistem yang adil kepada kedua-dua lelaki dan perempuan, tidak ada diskriminasi yang dibenarkan di bawah sistem perundangan kita, khasnya melalui Akta Kerja. Kalau ada keadaan-keadaan tertentu di mana seseorang wanita telah dipinggirkan atau diketepikan di dalam meningkatkan pangkat mereka kerana atas dasar gender sahaja, kerajaan memang boleh mengambil tindakan ke atas majikan itu melalui Akta Kerja. Akan tetapi, kadang-kadang ini mungkin keputusan boleh dibuat bukan diasaskan berdasarkan gender tetapi oleh kelayakan-kelayakan yang lain. Contohnya pengetahuan, kemahiran dan pencapaian mereka di dalam bidang kerjaya mereka, itu terpulang kepada majikan untuk membuat keputusan itu tetapi, kalau diskriminasi cuma boleh dibuktikan bahawa ini cuma boleh dibuat berasaskan kerana gender sahaja, memang di bawah sistem perundangan negara kita, kita boleh mengambil tindakan kerana Akta Kerja memang jelas bahawa tidak boleh ada mana-mana diskriminasi ke atas seorang di dalam bidang kerja mereka daripada mana-mana segi. Oleh itu kalau ada keadaan-keadaan tertentu Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membawa kes-kes untuk pandangan kementerian supaya tindakan yang sewajarnya boleh diambil. Yang Berhormat Senator Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed telah membangkitkan isu untuk mencari kemungkinan supaya gaji suami dipotong dilaksanakan bagi bayaran nafkah kepada isteri-isteri yang diceraikan dan anak-anak yang ditinggalkan. Keputusan ini dibuat oleh mahkamah syariah selepas bercerai dan kalau gaji suami dipotong secara langsung bayaran dibuat kepada isteri, ini memerlukan di bawah Akta Kerja, persetujuan daripada pihak suami supaya perkara ini dibuat dan ada kaedah-kaedah tertentu yang mesti dipatuhi sebelum ini boleh dilaksanakan. Salah satu daripadanya jumlah yang dipotong adalah kurang daripada 50 peratus daripada gaji suami dan dia kena memberi persetujuan untuk membolehkan potongan ini. Kalau kedua-dua keadaan ini boleh 56 DN.28.7.2010 ditunaikan, maka proses pemotongan boleh dijalankan untuk membantu isteri atau anak- anak yang terlibat di dalam kes ini. Yang Berhormat Senator Datuk Abdul Rahman bin Bakar telah membangkitkan isu berkenaan pengangguran di Malaysia. Pada masa sekarang kadar pengangguran di Malaysia ialah 3.1 peratus iaitu lebih kurang 385,000 orang yang menganggur di negara kita. Pada masa yang sama seperti yang Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum ada lebih kurang 1.5 atau 1.8 juta pekerja asing yang bekerja secara rasmi di dalam negara kita. Oleh itu peluang-peluang pekerjaan di negara memang ada, tetapi mereka yang menganggur kerana beberapa sebab. Kadang-kadang kerja yang ada mungkin tidak sesuai dengan mereka atau mencari pilihan utama mereka dan ada kerja-kerja contohnya di bidang-bidang yang rendah, di mana tidak menjadi pilihan untuk rakyat Malaysia, ini menjadi sebab utama mengapa kita ada pengangguran. Kerajaan kita telah mengadakan pelbagai jenis langkah untuk membantu golongan ini, di dalam kementerian saya tiap-tiap tahun kita mengadakan banyak karnival-karnival job fair di merata-rata tempat, di mana majikan dipanggil untuk mengambil bahagian dan mereka memberi peluang-peluang pekerjaan dengan serta-merta kepada mereka yang ada. Selain daripada itu kita telah mewujudkan satu portal percuma www.jobsmalaysia.com, di mana mereka yang mahu mencari kerja boleh mendaftarkan diri dan akan dipadankan dengan majikan-majikan yang sesuai di dalam bidang-bidang kerja yang sesuai selaras dengan kemahiran dan pengetahuan mereka dan pencapaian mereka. Baru-baru ini, kita telah mewujudkan banyak pusat Community Employment Support Services, pusat-pusat untuk memberi bantuan kepada mereka yang mencari kerja, supaya mereka boleh pergi ke tempat itu dan mereka akan diberi nasihat, bimbingan bagaimana untuk memohon kerja, apa keperluan yang perlu dibuat, di mana ada kerja dan ini semua akan diberi oleh kerajaan sebagai satu perkhidmatan percuma oleh kerajaan untuk membantu rakyat kita yang mencari kerja. Selain daripada itu, kerajaan telah mengambil banyak langkah untuk memastikan rakyat Malaysia diberikan kerja yang sesuai dan baru-baru ini melalui langkah-langkah ini, kita berharap ramai orang akan mendapat kerja. Dana kadar pengangguran kita iaitu 3.3 peratus ini, walaupun boleh dikatakan jika dibandingkan dengan negara-negara yang lain termasuk negara-negara yang sudah membangun seperti Amerika Syarikat dan sebagainya, kadar pengangguran mereka lebih tinggi daripada kadar pengangguran yang ada di dalam negara kita. Kita masih boleh mengurangkan kadar itu untuk satu kadar yang lebih munasabah. Yang Berhormat Puan Hajah Zainon... Datuk Akbar bin Ali: Boleh saya mencelah Yang Berhormat? Datuk Dr. S. Subramaniam: Boleh. Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat. Datuk Akbar bin Ali: Yang ini bukan soalan, saya hendak merakamkan penghargaan Yang Berhormat ya. Pertama sekali saya mengucapkan tahniah kerana hadir sejak saya di sini, ini kali pertama saya dapat melihat wajah Yang Berhormat sendirilah. Tahniah sejajar dengan langkah PM dan TPM. Saya ingin merakamkan penghargaan where the credit is due, it should be given, sesungguhnya Malaysia beberapa tahun consecutively mencatatkan kadar guna tenaga penuh stately speaking dengan izin, 4 peratus and below . Itu mengikut Aero Standard , so tahniah di atas kejayaan Yang Berhormat personally dan juga Kerajaan Malaysia berbanding dengan Spain sekarang almost 20 peratus, USA 9 peratus. Kedua, saya hendak membantu kerajaan pergi ke perspektif termasuk Yang Berhormat Menteri supaya kita sentiasa tidak dihantui brain drain ini. Kita akui brain drain berlaku tetapi, to put in proper perspective dengan izin, sebenarnya dari segi statistik negara yang kita dewa-dewakan seperti Singapura, UK sebenarnya lebih ramai rakyat berhijrah keluar daripada kita. Bilangan rakyat Singapura yang keluar dua kali ganda lebih DN.28.7.2010 57 tinggi daripada kita, iaitu kita setiap seorang yang berhijrah berbanding 36, di Singapura 18 dan di UK 15. Jadi ini satu sudut secara positif kita harus lihat selain daripada brain drain yang perlu diakui dan ditangani dan saya ucapkan terima kasih, angka itu diberi oleh Timbalan Menteri dan saya masukkan ke dalam blog saya tetapi, saya ada soalan-soalan lain yang menanti. Terima kasih. Datuk Dr. S. Subramaniam: Terima kasih Yang Berhormat, sebagai seorang pakar dalam bidang perangkaan, saya berterima kasih kerana Ahli Yang Berhormat telah memahami apa yang dimaksudkan sebagai hundred percent employment, apabila kadar itu sudah dicapai kepada satu tahap. Saya pun mengucapkan terima kasih kerana memberi pandangan bahawa kadar brain drain kita dalam nisbah jika dibandingkan dengan jumlah penduduk, memang kita masih kurang daripada negara-negara lain seperti United Kingdom, Australia, New Zealand, Singapura dan negara-negara yang lain. Yang Berhormat Puan Hajah Zainon telah meminta kerajaan memastikan peningkatan gaji pekerja adalah selaras dengan produktiviti dan kerajaan telah mewujudkan sesuatu sistem yang dipanggil productivity link wages system dan garis panduan mengenai sistem upah ini telah dipersetujui oleh National Labor Advisory Council atau Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan pada tahun 1996. ■1620 Sistem ini bertujuan untuk mewujudkan kaitan yang lebih rapat di antara upah dan produktiviti untuk meningkatkan daya saing syarikat dan negara di samping menyumbangkan kepada peningkatan upah dan kualiti hidup pekerja. Melalui pelaksanaan PLWS seseorang pekerja akan menikmati upah yang tinggi sekiranya tahap produktiviti atau prestasi syarikat berada di tahap yang tinggi. Selain daripada tahap produktiviti atau prestasi keuntungan organisasi juga turut diambil kira dalam PLWS. Dengan erti kata lain peningkatan upah tinggi harus dikaitkan dengan produktiviti, prestasi kerja dan keuntungan syarikat. Pelaksanaan bayaran upah sedemikian akan dapat memberikan faedah kepada pekerja, syarikat dan negara. Pada masa sekarang lebih daripada 27,000 syarikat telah melaksanakan PLWS dalam pembayaran upah kepada pekerja mereka. Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi dan Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Yeow Chai Thiam telah membangkitkan beberapa isu berkenaan dengan PERKESO. Berkenaan dengan isu PERKESO yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mumtaz supaya undang-undang PERKESO dipinda dengan membuang had bantuan pencen daripada yang dihadkan kepada RM1,500 pada masa ini. PERKESO tidak mengenakan sebarang had pencen tetapi pengiraan kadar pencen adalah berdasarkan tahap gaji yang diinsuranskan oleh seseorang pekerja. PERKESO dari semasa ke semasa menjalankan kajian aktuari dan mengambil kira indeks kos sara hidup atau Consumer Price Index terkini untuk mempertimbangkan kenaikan kadar pencen penerimaan faedah. Pada tahun ini pada bulan April, kita telah mengumumkan satu kenaikan kepada mereka yang menerima pencen ilat dan ini dibuat beberapa tahun sekali untuk memastikan pencen yang diterima oleh mereka adalah selaras dengan kos kehidupan yang ada pada masa itu. Bagi pekerja warga asing, perlindungan diberikan kepada mereka melalui Skim Pampasan Insurans yang telah diwujudkan di bawah akta kerja dan mereka diwajibkan bayar, tiap-tiap majikan diwajibkan untuk mengambil insurans untuk mereka. Kalau mereka menghadapi apa-apa bencana kerja semasa mereka kerja, bayaran pampasan akan dibuat kepada mereka daripada syarikat-syarikat insurans. Ada isu yang dibangkit mengapa mereka tidak diberikan perlindungan di bawah Skim PERKESO. Terdapat dua Skim PERKESO, satu ialah skim yang memberi perlindungan di dalam keadaan kemalangan semasa kerja dan lagi satu ialah Skim Pencen Ilat. Kalau untuk pekerja-pekerja asing, kalau kita memberi perlindungan kepada isu pencen ilat..., pencen ilat ini kalau kita mula pada masa sekarang, kita perlu beri bayaran sampai sepanjang hidup mereka dan selepas itu kepada keluarga mereka. Kebanyakan mereka yang datang sini bekerja untuk satu masa yang pendek sahaja, satu tahun atau dua 58 DN.28.7.2010 tahun. Oleh itu dengan mengambil kira segala isu yang ada itu, kerajaan telah membuat satu keputusan bahawa perlindungan diberi kepada pekerja-pekerja asing di bawah Skim Pampasan Insurans yang akan memberikan mereka, kalau ada apa yang berlaku mereka akan mendapat perlindungan... Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: [Bangun] Datuk Dr. S. Subramaniam: Nanti. Pada masa ini pembantu rumah tempatan adalah dikecualikan dari liputan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja kerana pada masa dahulu, isu yang menjadi... Tidak membolehkan kerajaan ialah kerana pembantu di PERKESO, tempoh waktu kerja ditetapkan. Semua pencarum pekerja, mereka cuma diberi perlindungan untuk tempoh waktu kerja sahaja. Iaitu kalau mereka kerja daripada pagi pukul 10, sampai pukul 6 petang, perlindungan untuk masa itu sahaja dan tempat kerja sahaja. Melainkan pengangkutan mereka dari rumah ke tempat kerja dan dari tempat kerja balik ke rumah. Itulah perlindungan yang diberikan oleh... Kalau ada apa-apa berlaku dil uar waktu kerja mereka tidak diberi perlindungan. Akan tetapi untuk pembantu-pembantu rumah, yang mereka kerja di rumah, mereka kerja sepenuh masa. Kalau mereka diberi perlindungan untuk sepenuh masa memang implikasi itu kepada PERKESO daripada segi kewangan amat tinggi. Oleh kerana PERKESO ialah sistem di mana cross subsidy, iaitu ada satu kumpulan yang memberikan caruman untuk bantu mereka yang menghadapi masalah. Itulah sistem insurans. Oleh itu kalau satu kumpulan diberi perlindungan di mana coverage mereka 24 hours , di mana satu kumpulan lain yang coverage mereka cuma untuk lapan jam, ini tidak adil. Oleh itu pada masa itu kita telah membuat keputusan supaya golongan ini tidak diberi perlindungan. Akan tetapi pada masa sekarang kita sedang kaji kebolehan bukan untuk mereka sahaja, ada permohonan supaya those yang kerja sendiri pun diberi perlindungan melalui sistem Skim PERKESO. Oleh itu kementerian dan PERKESO sedang membuat kajian bagaimana kita boleh meluaskan perkhidmatan PERKESO dan perlindungan yang diberi oleh PERKESO untuk meliputi kategori-kategori itu tetapi, ini mempunyai implikasi yang tinggi daripada segi bayaran dan caruman yang munasabah dengan perubahan ini. Oleh itu kita kena buat kajian, aktuari studies untuk menentukan apa yang kadar munasabah yang membolehkan kerajaan untuk mengadakan program ini dan meluaskan kepada golongan-golongan yang telah dibangkit... Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat. Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan CAP. Saya pernah mengendalikan sendiri kes-kes yang melibatkan PERKESO dan saya dimaklumkan bahawa mana-mana pekerja yang telah terlibat dengan kemalangan ini ataupun kematian. Jumlah wang dibayar kepada mereka adalah tertakluk kepada kecederaan dan bukan sepenuhnya yang didapati. Contohnya kalau si ayah meninggal gajinya RM2,000, dia cuma akan dapat dalam RM1,500 sahaja. Jadi saya hendak tahu adakah ini bermakna kerajaan sekarang sudah ikut kepada gaji asal si mati. Kalau inilah perkara yang benar, saya akan maklumkan kepada orang-orang bawahlah, ini yang pertama. Kedua, berkaitan dengan – tadi untuk pekerja asing, mereka diletakkan di bawah akta kerja. Jadi dari segi pengurusan adakah dibuat oleh PERKESO ataupun di bawah agensi lain ataupun direct kepada insurans? Kalau di bawah insurans saya ingin tanya, ini bagi saya merugikan duit kerajaan, because kalau kita letak di bawah PERKESO. Mungkin di bawah schedule lain ataupun di bawah jadual lain, ianya mungkin boleh mengumpulkan duit yang banyak kerana ini merupakan pulangan direct kepada kerajaan. Ketiga berkait dengan pembantu rumah. Bila pembantu rumah asing kita insuranskan mereka. Kalau mereka ini pembantu rumah tempatan, tidak ada ruang untuk mereka ini diinsuranskan. Jadi adakah ini bermaksud untuk pembantu rumah dan juga untuk pekerja asing kita cuma akan sediakan mereka PA sahaja dan tidak menyediakan DN.28.7.2010 59 perlindungan keseluruhan kepada mereka yang mungkin berbentuk pelaburan. Saya minta komen Menteri. Datuk Dr. S. Subramaniam: Terima kasih. Memang pencen yang diberi bukan mengikut gaji sepenuhnya. Seperti di dalam kerajaan bila seseorang bersara pencen yang didapati oleh pegawai itu bukan sepenuh gaji mereka, yang mereka dapat semasa menamatkan pekerjaan mereka. So, kadar itu yang diikuti di dalam PERKESO pun dan diambil kira berapa pendapatan mereka di dalam satu masa yang tertentu dan ini digunakan sebagai asas untuk menentukan berapa bayaran yang diberi. Skim Pampasan Insurans untuk pekerja asing ini diuruskan daripada dasarnya oleh Jabatan Tenaga Kerja di bawah Kementerian Sumber Manusia. Mereka menentukan di dalam satu keadaan, kalau ada kemalangan apakah disability, berapa peratusan kekurangan mereka dan berasaskan kepada peratusan yang telah ditetapkan, syarikat insurans membayar bayaran pampasan kepada pekerja itu. Saya menerima pandangan daripada Ahli Yang Berhormat tentang insurans untuk pekerja-pekerja tempatan. Oleh kerana pekerja tempatan ini, kita mempunyai pelbagai skim perlindungan dan sebenarnya tiap-tiap jenis majikan dan tiap-tiap jenis pekerja di dalam negara kita, kalau mereka ialah pekerja tempatan sebenarnya mesti membayar kepada sistem PERKESO. Akan tetapi di dalam keadaan pembantu, pekerja-pekerja rumah, tadi saya sudah jelaskan apa isu yang kita hadapi. Saya setuju dengan Ahli Yang Berhormat untuk memberikan keadilan yang lebih baik, mereka pun mesti ada satu sistem yang memberikan perlindungan kepada mereka. ■1630 Kerana itulah sebabnya mengapa kerajaan pada masa sekarang telah mencari satu jalan yang lebih sesuai di mana kita boleh memberi perlindungan kepada mereka. Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Yeow Chai Thiam telah membangkitkan isu PERKESO juga tetapi, tentang subsidi yang diberi kepada pesakit buah pinggang dan isu-isu bayaran berkenaan dengannya. Untuk menjelaskan dan menjawab kepada soalan yang dibangkitkan, PERKESO pada masa sekarang membuat bayaran dialisis kepada penerima bantuan mengikut kadar RM130 untuk rawatan di pusat dialisis NGO, panel PERKESO dan kadar RM150 untuk rawatan di pusat dialisis swasta yang menjadi panel PERKESO. Anggaran kos setiap rawatan serta tuntutan perjalanan orang berinsurans yang menerima bantuan rawatan dialisis setiap bulan adalah lebih RM5,000 untuk purata 13 kali rawatan. Iaitu pada satu bulan, biasanya mereka yang menghidapi penyakit buah pinggang, mereka membuat dialisis sekurang-kurangnya dua atau tiga kali seminggu. So , di dalam satu bulan, mungkin mereka membuat dialisis 12 kali. Jikalau bayaran untuk itu dan bayaran untuk mereka pulang balik untuk setiap seorang caruman PERKESO yang diberikan perlindungan untuk penyakit buah pinggang ini, lebih kurang RM5,000. Ini tidak termasuk kepada Pencen Ilat yang mereka terima pada setiap bulan. Namun, semasa Yang Berhormat bertanya soalan, ada sedikit maklumat yang saya ingat tidak tepat, iaitu ada dibangkitkan bahawa kadar bayarannya ialah RM30 tetapi, kadar bayaran RM30 cuma diberi kepada bayaran suntikan erythropoietin, iaitu satu suntikan yang diperlukan oleh mereka yang menjalankan dialisis untuk meninggikan paras darah di dalam badan mereka. Pada masa dahulu, kita tidak memberi bantuan itu. Baru- baru ini pada tahun ini, kita telah meluluskan bantuan ini. Bantuan ini ialah tambahan kepada apa yang diberi sebelum ini. Senator Puan Hajah Mumtaz pun telah membangkitkan... Dato’ Dr. Yeow Chai Thiam: Soalan tambahan. Datuk Dr. S. Subramaniam: Ya, boleh. Dato’ Dr. Yeow Chai Thiam: Yang Berhormat, kos untuk suntikan adalah RM50. Saya hendak tanya mengapa kita tidak boleh bayar kos sepenuhnya, dan mengapa kita menganaktirikan NGO? Kita bayar RM130 untuk pusat rawatan dialisis swasta, mengapa kita hanya bayar RM110 untuk NGO? Ada juga pemeriksaan darah yang dijalankan oleh pusat untuk kepentingan pesakit dan mengapa kementerian tidak bayar atau SOCSO tidak 60 DN.28.7.2010 bayar untuk pesakit, bayaran untuk pemeriksaan darah iaitu lebih kurang RM720 setahun untuk seorang pesakit? Datuk Dr. S. Subramaniam: Terima kasih Yang Berhormat. Untuk perbezaan di antara NGO dan yang menjalankan itu sebagai satu perniagaan, biasanya NGO ini menerima bayaran bantuan daripada agensi-agensi yang lain. Oleh sebab mereka mendapat bantuan-bantuan yang pelbagai jenis, termasuk daripada PERKESO, selain daripada bayaran untuk dialisis, PERKESO pun ada memberi mereka bantuan, di mana membekalkan mesin-mesin dialisis kepada pihak-pihak yang menjalankan dialisis. Oleh itu, satu perbezaan dibuat kepada agensi-agensi ini, tetapi saya akan mengambil maklum tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Yang Berhormat telah mencadangkan bahawa bayaran penuh diberikan kepada suntikan erythropoietin dan bayaran untuk kajian darah pun diberi oleh PERKESO. Pada masa sekarang, jumlah perbelanjaan untuk membantu mereka yang menghidapi penyakit buah pinggang dan menjalani rawatan dialisis ialah lebih kurang untuk setahun RM43 juta. Oleh itu, PERKESO perlu mengambil kira setiap keputusan ini, implikasi daripada kos mereka dan adakah ini di bawah kemampuan PERKESO untuk terus memberi bayaran itu. Kita boleh memberi pelbagai jenis bantuan, tidak ada masalah. Cuma perlu meningkatkan pendapatan. Jikalau untuk menambahkan pendapatan, caruman perlu dinaikkan, kerana pada masa sekarang, Yang Berhormat mesti sedar bahawa caruman yang dibuat kepada PERKESO oleh kedua-dua majikan dan pekerja adalah lebih kurang 2.5 peratus sahaja. Walaupun di dalam menangani isu bencana kemalangan itu, memang kita cukup. Namun, untuk memberi bantuan Pencen Ilat, kerana pada masa sekarang umur kita sudah panjang dan pada masa dahulu mereka hidup cuma 60-70 tahun tetapi, sekarang 75-80 tahun. Bilangan mereka yang masuk di dalam kumpulan Pencen Ilat pun sudah bertambah. Oleh itu, saya boleh beritahu Dewan yang mulia ini, daripada caruman yang dapat untuk Pencen Ilat, kerajaan sedang bayar balik lebih daripada 85 peratus sehingga 90 peratus. So , Yang Berhormat mesti tahu, mana-mana sistem insurans yang membuat sedemikian itu tidak boleh terus di dalam keadaan ini. Oleh itu, kalau kita mahu menambahkan apa-apa jenis bantuan daripada PERKESO, mahupun di dalam hal ini ataupun dalam hal-hal yang lain, boleh dibuat tetapi memerlukan kenaikan di dalam caruman. Oleh yang demikian, kerajaan memang sedar tentang hal ini dan ada harapan daripada rakyat dengan perubahan masa, PERKESO meluaskan bantuannya kepada bidang-bidang yang lain tetapi, kalau kita mahu membuat perkara sedemikian, memang caruman yang dibuat mesti munasabah dengan apa bantuan yang diberi. Pada masa sekarang, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, iaitu bayaran untuk erythropoietin dan blood test itu, kita akan mengambil kira. Jika kita boleh berbuat sedemikian, kerajaan akan memberi bantuan itu. Saya akan teruskan dengan jawapan daripada Yang Berhormat Puan Hajah Mumtaz tentang saham yang dimiliki oleh PERKESO di dalam syarikat-syarikat yang haram. PERKESO telah membuat keputusan pada April tahun ini untuk menjual segala saham di dalam syarikat haram seperti syarikat yang menjual arak dan sebagainya. Pada masa sekarang kita tidak mempunyai mana-mana saham di dalam syarikat-syarikat tersebut. Walaupun pada satu ketika, memang betul pun PERKESO telah membeli saham daripada syarikat-syarikat yang sedemikian. Yang Berhormat Senator Dato’ Mohammed Najeeb telah membangkitkan isu tentang pembantu rumah dari negara yang lain dan adakah kita mengkaji kemungkinan dapat daripada sumber-sumber yang lain? Pada masa sekarang, kita sedang mengkaji kemungkinan untuk membawa pembantu-pembantu rumah dari negara lain termasuk Mindanao dan Selatan Thailand. Kita juga membenarkan pembantu rumah datang dari Indonesia, Filipina, Myanmar, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan India tetapi, 90 peratus masih dari Indonesia sahaja dan itu menjadi pilihan utama. Pada masa sekarang, kita mempunyai sedikit masalah di dalam hal ini. Mungkin Yang Berhormat tidak tahu tentang hal ini. Perbincangan masih diteruskan dengan pihak Indonesia untuk mendapatkan satu penyelesaian yang sesuai kepada isu-isu ini. Pada DN.28.7.2010 61 masa sekarang, kita telah lihat kepada negara-negara yang lain, di mana kita boleh mendapat bekalan pembantu rumah supaya mereka boleh datang... Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri. Datuk Dr. S. Subramaniam: Nanti, saya akan jawab. Biarkan saya habis menjawab dahulu. Timbalan Yang di-Pertua: Silakan. Datuk Dr. S. Subramaniam: Tentang isu gaji minimum yang telah dibangkitkan oleh pihak Indonesia, kita tidak membuat apa-apa persetujuan tentang hal ini, kerana di Malaysia sehingga waktu sekarang, walaupun isu gaji minimum masih di dalam perbincangan dan kita sedang membuat satu kajian yang lebih menyeluruh. Oleh sebab kita tidak mengamalkan sistem gaji minimum di negara kita untuk pekerja-pekerja yang lain. Maka, pendirian kerajaan kepada Kerajaan Indonesia adalah bahawa kita tidak boleh setujui dengan apa-apa cadangan untuk mengadakan gaji minimum untuk pembantu- pembantu rumah. So, mereka pun sudah setuju bahawa gaji untuk pembantu rumah ditetapkan oleh kuasa pasaran iaitu market forces yang akan menetapkan gaji yang sesuai untuk pembantu-pembantu rumah. ■1640 Tentang isu satu hari cuti yang diberikan kepada mereka, ini ialah satu perkara dibangkitkan bukan di sini sahaja tetapi sudah dibangkitkan di medan antarabangsa khasnya di ILO dan sebagainya, bahawa kita tidak memberi cuti kepada pembantu- pembantu rumah kerana mereka sebagai pekerja mempunyai hak sebagai seorang pekerja uutuk mendapat cuti. Oleh itu, untuk menyelesaikan isu ini, kita telah membuat perbincangan dan dengan menyedari segala masalah dan implikasi yang akan datang dengan keputusan itu, kerajaan telah membuat keputusan bahawa kita akan memberi cuti ini tetapi dengan satu syarat iaitu kalau ada keadaan di mana majikan dan pekerja bersetuju supaya pekerja itu terus kerja di dalam hari cuti itu, beliau akan dibayar gaji sebagai gantian untuk kerja pada hari itu, kerana ini adalah pandangan yang kita terima daripada kedua-dua pihak iaitu daripada majikan dan daripada pekerja pun. Bukan semua pembantu rumah mahu keluar pada hari cuti itu kerana untuk mereka, itu pun ada masalah kerana itu melibatkan kos dan melibatkan isu-isu yang lain. Oleh itu, ramai yang tidak mahu keluar tetapi, dengan membuat satu keputusan bahawa kalau mereka terus kerja, mereka akan diberi gaji untuk kerja pada hari cuti, kita berharap isu itu boleh diselesaikan daripada semua pihak – daripada sistem perundangan, daripada apa yang dimohon oleh pihak Indonesia dan daripada keperluan majikan-majikan di dalam negara kita. Ya, Yang Berhormat. Dr. S. Ramakrishnan a/l Suppiah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Di Malaysia ada dua juta pekerja asing yang sah dan 1.9 juta pekerja haram. Nampaknya kita terlalu bergantung dengan pekerja asing. Saya nampak Yang Berhormat Menteri, bahawa di Malaysia, orang Malaysia sangat begitu pampered and spoil sebab kadang-kadang di satu rumah ada dua tiga pembantu rumah. Macam siapa ada wang boleh employ pekerja tetapi keadaan macam ini mengenai pekerja – macam negara maju – US atau UK, susah nak dapat pembantu rumah. Mesti sangat-sangat kaya baru dapat pembantu rumah. Jadi saya ingat Yang Berhormat Menteri, bahawa rakyat Malaysia ada satu culture – work culture, living culture yang terlalu bergantung dengan pekerja. Jadi bergantung kepada empat juta pekerja asing, saya ingat tidak baik untuk negara kita. Jadi adakah apa- apa rancangan bahawa kementerian mengetuai atau memimpin toward direction di mana we change our work culture dan living culture untuk kita kurang bergantung kepada pekerja asing ataupun maids ? Terima kasih. Datuk Dr. S. Subramaniam: Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Saya pun setuju kalau suatu hari akan wujud di mana tiada keperluan kepada pembantu-pembantu rumah di negara kita. Lebih senanglah untuk kerajaan pun untuk menyelesaikan masalah yang kita 62 DN.28.7.2010 hadapi. Akan tetapi pada masa sekarang, memang keadaan itu tidak berlaku tetapi saya setuju, kerajaan memang mempunyai pendirian yang tegas bahawa kita mesti mengurangkan kebergantungan kita kepada pekerja-pekerja asing. Beberapa langkah yang sedang diambil khasnya bagaimana untuk membantu golongan wanita bekerja kerana ada latent work force yang ada di rumah yang tidak boleh kerja pada masa sekarang dan bagaimana dengan menggalakkan penubuhan pusat-pusat asuhan kanak-kanak. Pada baru-baru ini di Kabinet, kita telah meluluskan peraturan pekerja separa masa iaitu part time work regulation yang akan secara rasmi menjadikan itu sebagai satu sistem perundangan, di mana mereka yang kerja separa masa akan diberi perlindungan daripada sistem perundangan kita sebagai seorang pekerja kerana pada masa dahulu, kalau mereka bekerja pun, tidak ada perlindungan kepada kedua-dua pihak. Majikan pun tidak mempunyai perlindungan, yang kerja part time pun tidak mendapat perlindungan. Inilah usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan supaya latent workforce yang ada di Malaysia boleh digunakan untuk menunaikan keperluan tenaga kerja yang ada di dalam negara kita. Untuk mendapat satu pemindahan minda di kalangan rakyat Malaysia terhadap kerja dan culture be yourself menjadi satu budaya di dalam negara kita, ini ialah satu cadangan yang baik dan saya ingat di dalam satu evolusi satu-satu negara, bila gaji akan naik dan kemahiran akan naik dan pendidikan jadi lebih luas dan semua peratusan mereka yang telah mendapat pendidikan lebih tinggi dan tidak ada bilangan yang cukup untuk membuat kerja-kerja jenis yang lain khasnya yang labor related itu, memang budaya ini akan wujud secara sendiri. This will be a natural revolution. Ini telah dirasai oleh negara- negara yang lain dan mungkin di dalam negara kita pun satu masa akan datang di mana kita kena buat kerja sendirilah. Untuk teruskan jawapan saya, Yang Berhormat Datin Paduka Nor Hayati... Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin: Yang Berhormat. Datuk Dr. S. Subramaniam: Ya? Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Bercakap mengenai pembantu rumah seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi, lebih 90 peratus adalah dari Indonesia dan sepertimana yang kita maklum, pekerja-pekerja dari Indonesia ini majoritinya beragama Islam. Permasalahan yang timbul ialah apabila pembantu-pembantu rumah ini diletakkan di rumah majikan yang bukan beragama Islam, mereka ini dipaksa melakukan kerja-kerja rumah termasuk memasak bahan-bahan yang haram bagi orang Islam sebagai contoh, dan ini banyak menimbulkan masalah agama. Saya ingin penjelasan Yang Berhormat Menteri, adakah kerajaan tidak bercadang untuk mensyaratkan supaya pekerja-pekerja beragama Islam ini hanya bekerja di rumah orang Islam atau memenuhi syarat-syarat tertentu supaya mereka ini tidak melakukan kerja- kerja yang bertentangan dengan suruhan agama Islam? Terima kasih. Datuk Dr. S. Subramaniam: Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Perkara ini adalah satu perkara yang selalu di bawah pandangan kementerian. Pada masa sekarang, walaupun kerajaan membenarkan pekerja-pekerja Indonesia untuk kerja di rumah orang bukan Islam, tetapi syarat-syarat yang memang jelas dikenakan kepada mereka supaya mereka tidak perlu melakukan apa-apa yang bertentangan dengan agama. Kalau ada aduan bahawa mereka diminta atau dipaksa buat sedemikian, memang kerajaan akan ambil tindakan dan memastikan bahawa pekerja itu tidak terus di dalam rumah itu. Kita berharap satu keadaan boleh wujud di mana pembekalan pekerja-pekerja ini – kerana ada keperluan daripada permohonan pada masa sekarang walaupun tadi Yang Berhormat Ramakrishnan membuat pandangan satu keadaan di mana mereka tidak diperlukan, itu lain, tetapi pada masa sekarang masih ada keperluan daripada kedua-dua pihak iaitu daripada bukan Islam dan Islam. Kita berharap kalau ada keadaan di mana pembekalannya, sumber dari negara-negara yang bukan Islam yang mencukupi keperluan DN.28.7.2010 63 kita untuk bekerja di dalam rumah-rumah bukan Islam dan dari negara-negara Islam untuk kerja di dalam rumah-rumah orang beragama Islam ini, isu ini akan selesai. ■1650 Pada masa sekarang bila Indonesia tidak membenarkan, kita mempunyai sumber dari negara Kemboja contohnya. Di negara Kemboja, bilangan mereka yang Islam ini sedikit sahaja. Akan tetapi mereka yang datang kebanyakan ialah orang yang Buddhist. Oleh itu isu ini yang menjadi isu kepada kerajaan. So, kita berharap kalau sumber yang mencukupi daripada negara-negara yang boleh menunaikan keperluan yang ada di dalam negara kita dan isu ini tidak akan berbangkit tetapi, kerajaan memang sedar tentang apa yang sudah dibangkit oleh Yang Berhormat. Yang Berhormat Dato’ Senator Datin... Dato’ Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed: Yang Berhormat boleh saya minta laluan? Datuk Dr. S. Subramaniam: Boleh, Yang Berhormat. Dato’ Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed: Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selain daripada pembantu rumah daripada Indonesia mengikut apa yang dikatakan oleh pihak Menteri tadi, ataupun pihak yang bertanya lebih kurang 90 peratus kita ambil daripada Indonesia. Selain daripada Kemboja, saya rasa ada permintaan-permintaan daripada India, daripada kalangan India Muslim dan juga yang beragama Hindu. Saya difahamkan permit dan kelulusan untuk membawa masuk pembantu rumah daripada India ini belum diluluskan lagi. Agaknya bila Yang Berhormat hendak diluluskan. Terima kasih. Datuk Dr. S. Subramaniam: Ahli Yang Berhormat, daripada pihak Kerajaan Malaysia kita tidak ada halangan supaya pembantu rumah datang daripada India tetapi, Kerajaan India ada pelbagai syarat yang mesti ditunaikan sebelum mereka membenarkan pekerja mereka kerja sebagai pembantu rumah. Mereka mesti mendapat kelulusan daripada High Commission of India di dalam negara kita. Di situlah jadi masalah. Ini kerana mereka mahu kontrak di antara majikan dan pekerja dan kontrak itu menetapkan satu gaji yang tinggi sangat dan lain-lain syarat. Macam satu hari cuti, mereka diberi handphone dan sebagainya. Oleh itu kerana syarat- syarat mereka tidak boleh ditunaikan oleh majikan oleh mereka yang kerja ini memang kurang tetapi, daripada segi Kerajaan Malaysia, India adalah satu negara sumber untuk mendapat pembantu-pembantu. Biarlah saya teruskan dengan jawapan untuk ini isu. Di mana gaji yang munasabah untuk graduan. Yang Berhormat Datin Paduka Datuk Nor Hayati telah bangkitkan bahawa ada graduan pada masa sekarang mendapat gaji kurang daripada RM1,000. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini? Kerajaan memang sedar bahawa gaji untuk semua rakyat di Malaysia termasuk graduan mesti di tingkatkan kepada satu kadar yang lebih baik. Itulah kita berharap dari apa yang sudah ditetapkan di dalam Model Ekonomi Baru iaitu satu ekonomi yang diasaskan kepada pendapatan yang lebih tinggi, kerajaan kita boleh menyelesaikan masalah ini. Pada masa sekarang kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk bantu graduan supaya mereka ada beberapa kecenderungan dan kemahiran yang akan bantu mereka mendapat kerja yang lebih sesuai yang akan membawa pendapatan yang lebih tinggi. Di dalam hal ini ada program-program internship yang diwujudkan oleh beberapa agensi kerajaan. Contohnya, Industrial Skills Enhancement Programme oleh Kementerian Kewangan, Graduate Employment Management Programme oleh Khazanah Nasional, Business Process Outsourcing Programme yang dibuat oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Program Tunas Mekar di mana siswazah ditempatkan di perindustrian kecil sederhana, Program Graduan Siswazah Industri Pembinaan oleh CIDB, SME University Internship Programme dan Securities Commission Executive Enhancement and Development 64 DN.28.7.2010

Programme , Multimedia Super Corridor Malaysia Graduate Trainee Programme dan Program Pembangunan Usahawan Siswazah oleh FAMA. Semua program ini ditujukan untuk menyelesaikan masalah yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat bahawa kita memberi kemahiran yang lebih tinggi dan employability skills yang lebih tinggi kepada siswazah-siswazah kita supaya mereka boleh mendapat gaji yang lebih lumayan dan pendapatan yang lebih tinggi. Saya berharap melalui ini kita boleh melahirkan tenaga kerja yang mempunyai employability skills yang lebih banyak dan ini akan membantu mereka mendapat gaji yang selaras dengan iaitu pengetahuan mereka, pendidikan mereka dan kemahiran mereka. Ahli Yang Berhormat Senator Dato’ Mustafa Kamal... Datuk Akbar bin Ali: Saya mohon... Datuk Dr. S. Subramaniam: Ya, ya YB... Datuk Akbar bin Ali: ...Datuk, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Silakan. Datuk Akbar bin Ali: Kementerian Yang Berhormat Datuk adalah merupakan tiang seri untuk menjayakan RMKe-10 dan juga MBE dari segi guna tenaga. Kita semua tahu bahawa sasaran kita ialah bergerak, berganjak kepada high per capita income, dengan izin. Akan tetapi saya dapati saya lihat kementerian Datuk akan mengalami satu paradoks atau satu dilema. Bagaimana hendak mengatasi paradoks dan dilema ini. Maksud saya, saya sudah tanya soalan ini kepada Kementerian Dalam Negeri, dia main Tai Chi, dia kata ini isu Kementerian Sumber. Saya harap Datuk tidak bersilat dengan saya... [Ketawa] Orang India pandai Silambam. Jadi maksud saya begini. Untuk hendak meningkatkan pendapatan dari segi per kapita income ini tadi sudah tentulah salah satu ialah berpendapatan tinggi. Ini disokong oleh pihak swasta tetapi, dilema paradoksnya pula mereka masih pergi ke Kementerian Sumber Manusia untuk dapat buruh daripada luar negara yang murah untuk dieksploitasikan. Di situlah dilemanya. Jadi bagaimana hendak mengatasi, satu hendak menambahkan gaji supaya pendapatan per kapita akan meningkat. Akan tetapi mereka pula sedangkan swasta 90 peratus contributing to the economy. Masih mahu menggunakan buruh murah. Itu satu. Keduanya, kita ada tempoh hanya 10 tahun. Kementerian Pelajaran tidak dapat melaksanakan dalam tempoh 10 tahun kerana merombak kurikulum dan sebagainya dan hanya boleh dilaksanakan mungkin 2011-2012. Begitu juga Kementerian Pengajian Tinggi. Very nice employability yang mereka hendak cuba buat dan selaras dengan market demand tetapi, is not so easy to change, dengan izin. Jadi akhirnya akan terserah kepada Kementerian Sumber Manusia untuk membekalkan guna tenaga yang dapat memenuhi pasaran Malaysia, pasaran dunia sehingga tempoh 2020 yang perlu dirancang sekarang. Jadi bagaimana Kementerian Sumber Manusia hendak menangani isu yang cukup besar ini supaya kita boleh dapat pendapatan per kapita in USD15,000 almost sekali ganda daripada sekarang. Yang kedua soalan saya, saya bimbang tidak akan dijawab. Saya cadang tidak hendak bangun selalu. Satu lagi ialah berkenaan dengan konsep keterangkuman dalam MBE yang kita kena sokong. Salah satunya ialah ada database berkenaan dengan guna tenaga mengikut kaum, mengikut occupational clarification dan juga kategori occupation. Sektor awam tidak ada masalah, kita boleh pergi ke JPA tetapi, bagaimana kita hendak dapat dari segi sektor swasta yang merupakan 90 peratus atau 89 peratus tenaga kerja datang daripada sektor swasta. Peruntukan ini adalah dalam RMKe-9 akan tetapi tidak dibuat. Gagal dilaksanakan atau tidak sempat hendak dilaksanakan. Akan tetapi sekarang ada dalam RMKe-10, muka surat 145... [Menunjukkan buku Laporan RMKe-10] Saya cukup berminat hendak tahu, bagaimana Kementerian Datuk hendak menangani isu ini. Ini kerana kita tahu very high degree of reluctance in co-operation daripada private sector, dengan izin. Bagaimana isu ini hendak ditangani supaya konsep baru DN.28.7.2010 65 keterangkuman ini yang merupakan rebranding daripada restructuring pada hemat saya, dapat dijayakan. Terima kasih. Datuk Dr. S. Subramaniam: Terima kasih Ahli Yang Berhormat kerana beberapa soalan yang memerlukan pemikiran yang begitu mendalam untuk memberi jawapan yang tetap dan tepat. Untuk jawab soalan yang pertama iaitu di mana bila ada pembekalan pekerja asing yang murah, macam mana gaji boleh naik untuk pekerja-pekerja tempatan. Ini yang soalan. Kita sudah bincang hal ini semalam di mana satu Jawatankuasa Pekerja Asing yang dipengerusikan oleh saya dan Ahli Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri. Cadangan daripada pihak kementerian saya ialah satu, kedua-dua ini mesti naik iaitu semasa kita menaikkan gaji pekerja tempatan kalau satu keputusan dibuat bahawa gaji pekerja tempatan akan dinaik, kos pembawaan pekerja asing mesti dinaik juga. Ini supaya mereka tidak menjadi satu sumber murah kepada majikan. ■1700 Ini kerana ada pandangan daripada rakyat bahawa pekerja asing adalah satu sumber tenaga kerja murah. Oleh itu mereka menjadi pilihan kepada majikan dan mereka tidak memberi keutamaan kepada pekerja tempatan seperti seorang pakar dalam bidang perangkaan, Ahli Yang Berhormat mungkin tahu bahawa ada tuduhan kerana pekerja asing kenaikan gaji secara natural di dalam negara kita tidak berlaku. Tidak berlaku oleh forces which suppress wage increase dan itulah sebabnya apa yang kita cadangkan kedua- duanya iaitu macam mana kita akan meningkatkan kos pembawaan pekerja asing ialah kita berharap dengan menggunakan sistem levi yang ada pada masa sekarang. Kalau satu perubahan yang dibuat kepada sistem levi di mana kos pembawaan mereka, pekerja-pekerja asing akan dinaikkan pada satu ketika di mana kena fikir beberapa kali sebelum membuat keputusan untuk membawa pekerja asing kerana ini bukan murah. Ini kerana membawa pekerja asing ialah sama seperti ada pekerja tempatan. Bayarannya lebih kurang sama. Mungkin di dalam keadaan ini pilihan akan ditumpukan kepada pekerja- pekerja tempatan. Itulah formula yang dicadangkan oleh pihak kita dan dipersetujui oleh beberapa agensi kerajaan di dalam kajian awal bagaimana kita boleh menyelesaikan isu pertama yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Untuk menjawab soalan yang kedua bagaimana Kementerian Sumber Manusia boleh membantu untuk memastikan bahawa keperluan tenaga kerja mahir ini boleh disediakan di dalam satu masa yang pendek ini. Ini memang satu perkara yang susah tetapi peranan Kementerian Sumber Manusia ada di dalam beberapa proses yang tertentu. Salah satu daripadanya baru-baru ini dalam RMKe-10 ada diumumkan skim untuk pelajar-pelajar tercicir yang daripada sistem pengajaran kita, PMR atau SPM mereka tidak berjaya mendapat kelulusan. Kita ada mewujudkan satu sistem pada masa sekarang dan dasar sudah disebut dalam RMKe-10 supaya mereka diberi satu saluran alternatif iaitu skill base alternative pathway melalui mana mereka akan diberi kemahiran dan melalui itu mereka boleh membuat pensijilan dan naik ke peringkat diploma. Kalau boleh sistem itu mesti membolehkan mereka mendapat ijazah di dalam bidang kemahiran. Kalau kita wujudkan saluran yang alternatif itu bilangan murid-murid yang tercicir ini satu jumlah yang begitu tinggi lebih kurang RM100,000 pada tiap-tiap tahun. Kita boleh memastikan mereka pun boleh menjadi satu daripada kuasa tenaga kerja yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran. Itu akan membantu negara di dalam pembekalan tenaga kerja yang lebih mahir. Selain daripada itu institusi-institusi di bawah Kementerian Sumber Manusia kita sedang di dalam proses untuk mengubah kurikulum dan sistem pengajaran yang diberi supaya ia selaras dengan keadaan yang ada pada masa sekarang dan selaras dengan keperluan industri-industri baru yang akan wujud. Di bawah Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Modal Insan satu majlis telah ditubuhkan iaitu majlis untuk menyelaraskan pembangunan di dalam bidang kemahiran. Melalui majlis ini kita berharap pada masa sekarang di dalam bidang pengajaran kemahiran ada institusi-institusi yang berlainan, sistem yang berlainan, sistem pensijilan yang berlainan yang diasaskan kepada kurikulum yang berlainan. 66 DN.28.7.2010

Kita berharap melalui majlis ini satu proses penyelarasan akan wujud di mana kita akan mempunyai kurikulum yang sama yang digunakan oleh semua agensi di dalam negara kita mahupun swasta atau di dalam sektor awam. Mereka akan menumpukan latihan mereka kepada satu kemahiran yang tinggi yang setanding dengan apa yang diberi oleh agensi-agensi yang serupa di negara-negara yang lain. Kita pun sedang menuju kepada satu arah di mana kita akan menggalakkan apa yang dipanggil dual certification iaitu pensijilan yang diberi oleh negara kita akan diiktiraf oleh agensi-agensi yang sama di negara yang lain. Kalau kita boleh mendapat pensijilan sedemikian contohnya kalau ada welding, pensijilan welding di dalam Malaysia, mereka akan diberi pengiktirafan oleh international body. Kalau ini sudah berlaku ini bererti bahawa taraf pencapaian kita akan naik kepada satu tahap yang lebih tinggi. Melalui ini bilangan pekerja mahir yang ada di Malaysia ini kemahiran mereka pun selaras dengan apa yang ada di negara-negara yang lain. Ini semua di bawah tanggungjawab Kementerian Sumber Manusia. So ini adalah langkah-langkah dan peranan yang boleh dimainkan oleh Kementerian Sumber Manusia untuk memastikan bahawa kita mencapai satu taraf dan tahap kemahiran yang lebih tinggi selaras dengan apa yang diperlukan oleh Model Ekonomi Baru. Isu ketiga ialah tentang labor returns yang dibangkitkan. Saya setuju Ahli-ahli Yang Berhormat, pada masa sekarang kita pun bergantung kepada national labor returns yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan. Beberapa tahun sekali mereka akan membuat labor returns survey dan ini digunakan sebagai asas tentang kegunaan tenaga pekerja mahir di dalam negara kita. Di dalam makmal yang telah diwujudkan untuk membincangkan tentang pekerja asing dan bagaimana kita boleh menyelesaikan isu-isu berkenaan mereka, satu daripada cadangan ialah untuk mewujudkan data base yang lebih sempurna dan tepat tentang kegunaan. Bukan sahaja untuk masa sekarang tetapi untuk jangka masa yang panjang dan ini di dalam proses seperti yang ada di dalam RMKe-10 supaya untuk memastikan bahawa kita akan mempunyai satu data base yang lebih menyeluruh dan tetap tentang kegunaan tenaga kerja pada masa sekarang dan memberi pandangan tentang keperluan untuk jangka masa panjang untuk membantu kerajaan di dalam proses perancangan bagi menyediakan tenaga kerja yang mencukupi. Saya teruskan dengan isu pekerja asing yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat... Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin: Minta laluan. Datuk Dr. S. Subramaniam: Yang Berhormat Dato’ Mustafa Kamal, Yang Berhormat Dato’ Mohammed Najeeb, Yang Berhormat Puan Usha Nandhini, Yang Berhormat Datuk Akbar Ali. Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin: Mohon laluan. Datuk Dr. S. Subramaniam: Okey sebelum saya masuk ke dalam pekerjaan. Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Boleh? Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Baru-baru ini telah tersiar di akhbar ada lima ribu pemandu-pemandu teksi di Lembah Klang ini adalah terdiri daripada pekerja-pekerja asing. Siapakah yang bertanggungjawab membenarkan mereka mendapatkan lesen pemandu teksi? Lima ribu bukan sedikit. Tidakkan Kementerian Sumber Manusia juga bertanggungjawab untuk mengatasi perkara ini supaya pemandu-pemandu teksi ini hendaklah pekerja tempatan kerana mereka membawa kadang-kadang ramai pelancong dari luar negara, mana dia faham. Jadi imej negara kita. Pemandu teksi adalah salah satu daripada imej kerana mereka ini dapat membawa mesej kepada negara kita. Jadi apakah pandangan Yang Berhormat dan apakah tindakan yang boleh kita ambil untuk menggantikan pemandu-pemandu teksi seramai lima ribu di Lembah Klang ini dan bukan lima ratus. Terlalu besar! Apakah tindakan yang boleh kita ambil supaya dapat kita atasi masalah ini? Terima kasih Yang Berhormat. Datuk Dr. S. Subramaniam: Terima kasih Yang Berhormat. DN.28.7.2010 67

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Yang Berhormat minta laluan sebelum menjawab. Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat. Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Saya hendak tanya satu soalan. Yang Berhormat boleh menjawab sekalilah iaitu kenyataan-kenyataan Menteri kadang-kadang mengelirukan rakyat. Misalnya baru-baru ini Yang Berhormat membuat kenyataan bahawa gaji minimum untuk pengawal keselamatan. Selepas itu ditangguhkan. Ini kadang-kadang mengelirukan rakyat. Jadi apa masalahnya dan kenapa ditangguhkan? Adakah kadang-kadang keputusan dibuat oleh Menteri belum lagi dibincangkan dalam Kabinet dan terus Menteri buat kenyataan. Jadi saya minta pandangan Yang Berhormat. ■1710 Datuk Dr. S. Subramaniam: Tentang isu teksi, memang benar bahawa mereka tidak boleh diberi permit. So ini adalah menyalahgunakan permit yang mungkin diberi oleh rakyat Malaysia yang mereka telah membenarkan orang-orang asing ini membawa teksi. Oleh itu tanggungjawab untuk memantau dan mengambil tindakan ke atas mereka ialah terpulang kepada agensi-agensi yang berkaitan termasuk JPJ, pihak polis dan pihak imigresen untuk memastikan bahawa mereka tidak membawa permit kerana di dalam sektor-sektor yang dibenarkan, tidak ada pekerja asing yang diberi kebenaran untuk kerja sebagai drebar teksi, tidak. Mungkin mereka datang sini sebagai kerja di dalam industri atau di ladang, selepas itu mereka menggunakan peluang ini untuk kerja sambilan dan ini disokong oleh rakyat kita sendiri. Saya berharap bahawa perkara ini memang mesti mendapat pandangan, sokongan dan tindakan daripada agensi-agensi kerajaan, khasnya JPJ, pihak polis dan pihak imigresen supaya mengambil tindakan ke atas mereka. Untuk menjawab soalan tambahan yang dibangkit tentang pengawal keselamatan, segala isu berkenaan dengan pengawal keselamatan telah dibuat melalui apa yang ditetapkan oleh Akta Majlis Penetapan Gaji iaitu dimulakan pada tahun 2005, proses-proses siasatan dan proses-proses pengumpulan maklumat dan selepas itu membuat keputusan. Apa yang menjadi masalah semasa kita membuat keputusan, syarikat-syarikat yang membekalkan pekerja-pekerja pegawai keselamatan ini, mereka telah mengadakan perjanjian-perjanjian dengan majikan mereka yang beratus-ratus perjanjian kerana perjanjian-perjanjian mereka buat untuk jangka masa yang tertentu yang diasaskan kepada kadar-kadar yang berbeza. Mereka telah mohon bahawa mereka mesti diberi masa yang mencukupi untuk berbincang balik dan macam mana menyesuaikan dengan kadar kenaikan yang dicadangkan. Kadar yang dicadangkan oleh kerajaan ialah kadar yang sangat munasabah kerana apa yang kita cadangkan ialah mereka yang mendapat RM300 sekarang dinaikkan kepada RM500. Mereka yang dapat RM400 dinaikkan kepada RM500 dan mereka yang dapat RM500 dinaikkan kepada RM700 selaras dengan gaji yang sesuai kepada mereka. So oleh itu proses itu sedang berlaku pada masa sekarang dan selepas kita boleh dapat penyelesaian kepada satu isu itu, kita berharap kita boleh meneruskan dengan apa yang telah diumumkan pada masa dahulu. Biar saya teruskan dengan isu pekerja asing dan soalannya ialah macam mana kerajaan boleh mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dan macam mana kita boleh menggalakkan rakyat tempatan bekerja di sektor-sektor perladangan dan pembinaan dan banyak cadangan yang dibuat. Salah satunya ialah macam mana kita boleh menggunakan kaedah Integrated Building System atau IBS System bagi mengurangkan tenaga kerja dan dalam masa yang sama dapat mempercepatkan progress pembangunan dan untuk minta CIDB melantik tenaga kerja tempatan dalam industri pembangunan dan untuk mengehadkan pekerja asing di sektor perladangan bagi jawatan-jawatan tertentu seperti pemetik kelapa sawit, pemungut kelapa sawit dan membaja dan meracun, menggalakkan penggunaan teknologi automasi melalui penggunaan mesin bagi menjimatkan penggunaan tenaga buruh. 68 DN.28.7.2010

Kita melalui makmal yang diwujudkan, ada beberapa cadangan dan daripada itu apakah galakan yang boleh dibuat dan diberi oleh kerajaan untuk bantu majikan untuk menggunakan cara automasi dan mungkin untuk memberi insentif kepada majikan-majikan yang boleh mengurangkan penggunaan tenaga pekerja asing dan untuk satu langkah jangka masa panjang ialah tindakan oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri iaitu untuk memastikan industri- industri yang diasaskan kepada pengetahuan dan kemahiran yang tinggi sahaja diminta untuk melabur dan menubuhkan factory di dalam negara kita. Kita tidak lagi menggalakkan mereka yang labor intensive supaya datang kerja untuk menubuhkan industri. Saya berharap melalui langkah-langkah ini kita boleh mengurangkan bilangan pekerja asing ini tetapi memang ini akan mengambil masa dan kita mesti membuat perubahan itu. Jadi proses transformasi ini akan dibuat dengan sokongan oleh kerajaan dan pelbagai jenis galakan yang akan diberi oleh kerajaan supaya sektor-sektor tertentu boleh berjaya dalam proses ini. Yang Berhormat Senator Datuk Akbar bin Ali telah membangkitkan isu tentang macam mana kerajaan boleh mencapai negara berpendapatan tinggi sedangkan majikan cenderung mengambil pekerja asing yang murah dan untuk menjadikan Malaysia negara maju dan berpendapatan tinggi, kerajaan telah mengambil langkah untuk mewujudkan Modal Ekonomi Baru dan saranan untuk meninggikan pendapatan daripada USD7,000 kepada USD15,000 menjelang 2020 dan ini mengarusperdanakan kemahiran dan vokasional dengan sasaran mempertingkatkan kemahiran pekerja Malaysia yang ada pada masa sekarang, 23 peratus kepada 37 peratus menjelang tahun 2015. Pada masa yang sama, kerajaan sedang berusaha untuk mengurangkan kebergantungan melalui langkah menggalakkan ‘ latent workforce’ untuk kerja seperti peraturan bekerja separuh masa yang saya telah jelaskan tadi. Ini ialah beberapa daripada langkah yang kita telah ambil dan saya berharap dengan mewujudkan sistem perindustrian yang berbeza dengan apa yang ada pada masa sekarang, perubahan daripada ekonomi kita pada masa sekarang diasaskan kepada kemahiran yang rendah dan kegunaan tenaga kerja yang lebih akan diubah dan dipindah kepada industri yang kemahiran lebih tinggi dan mengenakan tenaga kerja yang rendah. Selain daripada itu, ada isu... Datuk Akbar bin Ali: Boleh saya tanya? Datuk Dr. S. Subramaniam: Boleh, boleh. Datuk Akbar bin Ali: Yang Berhormat Tuan Speaker dan Yang Berhormat Datuk, saya harap kementerian in fact the whole government mungkin kena beri perhatian juga bahawa kalau berdasarkan historical data , masalah kita ialah low absorption rate bagi high income job . Terutama kalau kita banding contoh dengan Taiwan dan Singapura, dalam tempoh lima tahun, our absorption rate is about 2 pecent sedangkan Singapore, absorption nya 10 peratus. Jadi, usaha ini perlu diberi perhatian, Yang Berhormat Datuk. Terima kasih. Datuk Dr. S. Subramaniam: Terima kasih di atas pandangan itu, Yang Berhormat. Saya teruskan dengan soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Hajah Fatimah binti Hamat tentang sambutan majikan sektor swasta untuk mewujudkan pusat asuhan kanak-kanak di tempat kerja dan adakah kerajaan bercadang untuk mengadakan dasar dan polisi untuk mewajibkan majikan swasta membina pusat asuhan kanak-kanak dan pelepasan cukai yang akan diberi. Kementerian Sumber Manusia pada tahun 1992 telah membuat garis panduan penubuhan pusat asuhan kanak-kanak dan pada masa dahulu, 98 majikan didapati telah menubuhkan PAKK di tempat kerja mereka. Antara masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka adalah akibat penutupan kilang, tiada permintaan daripada pekerja, kos penyelenggaraan yang tinggi dan tidak ada anak-anak, tetapi kementerian masih berusaha untuk meningkatkan aktiviti menggalakkan majikan menubuhkan PAKK di tempat kerja dan usaha ini khusus dilaksanakan melalui aktiviti lawatan, promosi dan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain. DN.28.7.2010 69

Kita sedang bekerja dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, macam mana kita boleh memberi galakan kepada mereka yang mahu menubuhkan PAKK sebagai satu langkah supaya ini akan membenarkan lebih golongan wanita untuk mengambil bahagian di dalam bidang kerja. Di dalam sistem perundangan, cuma di perladangan sahaja, majikan diwajibkan menubuhkan pusat asuhan kanak-kanak kerana ini di bawah akta minimum perumahan pekerja ladang di mana ada dijelaskan bahawa di dalam ladang-ladang, kementerian membuat pemantauan untuk memastikan bahawa pusat-pusat asuhan yang ada di dalam ladang-ladang ialah selaras dengan apa yang telah ditetapkan oleh akta tersebut. ■1720 Inilah sahaja Ahli-ahli Yang Berhormat, beberapa daripada isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkaitan dengan Kementerian Sumber Manusia. Saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat, bukan sahaja membangkitkan isu-isu tetapi di dalam perbincangan tadi telah memberi pandangan- pandangan yang baik dan murni, yang akan membantu kerajaan untuk mewujudkan dasar- dasar yang lebih sesuai demi kepentingan negara kita. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya minta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menjawab. 5.21 ptg. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera, selamat petang dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menyampaikan ucapan penggulungan bagi pihak Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat dan Senator yang baru yang telah dilantik menganggotai di dalam Dewan Negara pada kali ini. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) yang menyentuh bidang tugas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, isu pertama – isu rumah mampu milik dan Dasar Perumahan Negara. Ahli Yang Berhormat Senator Datuk Abdul Rahman bin Bakar membangkitkan rasional kerajaan menyediakan unit perumahan mampu milik sebanyak 78,000 unit sahaja, sedangkan dianggarkan terdapat kira-kira 500,000 permohonan untuk rumah-rumah yang disediakan oleh kerajaan di seluruh negara. Ahli Yang Berhormat turut mencadangkan supaya Dasar Perumahan Negara perlu digubal pada kadar segera bagi memastikan rakyat hidup dengan sejahtera. Kerajaan sememangnya prihatin untuk memastikan penyediaan perumahan yang selesa, berkualiti dan mampu dimiliki oleh masyarakat. Sehubungan dengan itu, kerajaan melaksanakan Program Perumahan Rakyat (PPR) bagi memberikan peluang kepada rakyat, pertama sekali golongan setinggan dan golongan berpendapatan rendah untuk menyewa atau memiliki rumah yang selesa dan kondusif. Di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh, kerajaan menyasarkan tambahan sebanyak 161,000 unit Rumah Mampu Milik yang merangkumi 78,000 unit dibina oleh kerajaan. Sementara 83,000 unit dibina oleh pemaju swasta khususnya bagi memenuhi permintaan sejumlah 97,260 keluarga setinggan di seluruh negara selain untuk memenuhi permintaan daripada golongan berpendapatan rendah. Daripada 78,000 unit yang dirancang, kerajaan membina sebanyak 38,942 unit Rumah Mampu Milik melalui Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, sementara 39,058 unit Rumah Mampu Milik melalui Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. 70 DN.28.7.2010

Pada ketika ini dianggarkan terdapat sebanyak 500,000 permohonan bagi memiliki Rumah Mampu Milik berasaskan kepada data terkumpul di dalam sistem pendaftaran terbuka berkomputer sejak tahun 1997. Walau bagaimanapun, jumlah ini menggambarkan jumlah permintaan yang sebenar. Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Tuan Yang di-Pertua minta laluan, terima kasih. Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin: Ya. Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Rumah PPR di Selangor dan beberapa tempat, saya nampak bahawa rumah PPR itu, ada beribu-ribu orang yang duduk di satu tempat yang kecil dan rumah pun kecil. Jadi saya nampak remaja-remaja dan budak-budak kecil, dia selalunya tidak ada di rumah. Selalu ada di bawah rumah pangsa itu. Ini adalah satu kawasan sasaran gejala-gejala sosial yang tidak sesuai. Jadi, di banyak kawasan PPR ia juga ada banyak gejala gengsterisme dan semua yang tidak elok. Adakah kementerian sedar gejala ini dan apakah tindakan yang diambil oleh kementerian? Terima kasih. Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin: Terima kasih Yang Berhormat. Memang kerajaan membina rumah ini agak kecil dengan keluasan 700 kaki persegi dan mempunyai tiga bilik. Akan tetapi kalau soal para remaja berkeliaran, itu memang kurang ataupun bukanlah bagi kawalan kementerian sebab kita menyediakan rumah. Kawalan kementerian bagi remaja yang berkeliaran di bawah, itu bukan kawalan kementerian. Itu maksud soalan Yang Berhormat. Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Ya, tujuan saya bangkitkan perkara ini adalah kerana terlalu banyak rumah, high density of people . Bolehkah buat rumah PPR di beberapa tempat dan bukannya satu tempat, di mana beribu-ribu orang duduk? Itulah tujuan saya. Terima kasih. Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin: Pada peringkat awalnya memang kemungkinan kita juga tidak menyedari bahawa setiap kawasan kita bina lebih kurang 1,000 unit. Akan tetapi hari ini setelah kita menyedari bahawa berlakunya perkara-perkara seperti apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat, mulai dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh kita hanya membina dalam satu kawasan, 500 unit sahaja. Antaranya berlaku ialah kadang-kadang penyewa-penyewa rumah kos rendah PPR ini, mereka juga bawa keluarga daripada tempat yang lain datang untuk tinggal dengan mereka. Jadi, di antara masalah ialah kesesakan kenderaan di mana mereka ini juga ada kenderaan. Keduanya, mungkin keluarga ini terlalu ramai kerana ia hanya mempunyai tiga bilik. Jadi sudah tentu yang lainnya di waktu siang mereka tiada tempat untuk berehat ataupun untuk dapat keselesaan sedikit mereka akan turun. Bagi para remaja, sudah tentu mereka akan membuat, mungkin ada yang bermain kerana kita juga menyediakan tempat- tempat permainan dan sebagainya. Jadi, untuk mengatasi masalah ini Yang Berhormat ialah bermula pada RMKe-10, kita tidak akan membina rumah yang sebanyak mana dalam satu kawasan. Ini adalah kerana kita menyedari juga berlakunya vandalisme, remaja-remaja yang nakal, penyelewengan dadah dan sebagainya. Ini juga atas rekomendasi ataupun rekomen daripada pihak keselamatan khususnya pihak polis. Oleh yang demikian, kementerian bersama-sama dengan kerajaan negeri sedang bekerjasama mengemas kini maklumat berkenaan bagi mendapatkan sebenarnya permintaan untuk perumahan mampu milik semasa. Ini juga untuk makluman Yang Berhormat-Yang Berhormat, masalah kita antaranya ialah tentang soal tapak kesesuaian tanah yang diberikan oleh kerajaan-kerajaan negeri. Ada kesesuaian ataupun tapak-tapak perumahan ini yang tidak sesuai. Kadang- kadang jauh daripada kawasan. Jadi orang pun tidak mahu datang untuk tinggal. Jadi, kadang-kadang ada beberapa skim perumahan kita yang masih kosong dan tidak ada orang ingin tinggal sebabnya dari segi kemudahan asas misalnya. Kawasan-kawasan yang diberikan oleh kerajaan negeri jauh daripada sekolah, tadika dan kemudahan-kemudahan DN.28.7.2010 71 yang lain seperti hospital, klinik dan sebagainya. Jadi, ini juga di antara masalah yang dapat kita lihat oleh kementerian kita. Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Minta laluan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dengan keterangan oleh Yang Berhormat tadi seolah-olah mengatakan bahawa rumah-rumah mampu milik ini hanya dibina oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam tanah-tanah kerajaan negeri. Kalaulah satu- satu kerajaan negeri itu tidak mempunyai tanah di tempat yang sesuai, apakah perancangan kementerian untuk tinggalkan kawasan itu sahaja ataupun tidakkah ada perancangan untuk mengambil tanah ataupun membeli tanah daripada pihak-pihak swasta. Terima kasih. ■1730 Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin: Memang pada peringkat awalnya apabila kita melaksanakan projek ini, kita hendakkan penglibatan kerajaan negeri untuk menyediakan tanah-tanah yang lebih sesuai, tetapi oleh kerana kita pun tidak mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri bukan sahaja kerajaan yang tidak dipimpin oleh Kerajaan Barisan Nasional tetapi juga yang dipimpin oleh Kerajaan Barisan Nasional pun kita juga susah untuk mendapatkan tanah dan kita maklum bahawa ada di kawasan- kawasan bandar dan pinggiran bandar kita tidak mempunyai tanah dimiliki oleh kerajaan. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Jadi dengan itu satu dasar ataupun satu polisi telah dibuat untuk membenarkan pihak swasta misalnya sebagai contoh Yang Berhormat mempunyai tanah yang sesuai di kawasan Yang Berhormat ataupun di Kelantan misalnya, bolehlah Yang Berhormat mengemukakan cadangan kepada kementerian saya dengan menggunakan tanah milik syarikat ataupun Yang Berhormat sendiri boleh kita bangunkan tanah itu asalkan pada kementerian dan juga atas syor daripada kerajaan negeri bersetuju untuk membina dan kita akan benarkan menggunakan tanah individu-individu ataupun syarikat-syarikat swasta untuk membangunkan rumah PPR. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat... Dr. Syed Husin Ali: Minta laluan sedikit. Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin: ...Juga dasar... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada yang minta laluan. Silakan. Dr. Syed Husin Ali: Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan pertanyaan terdahulu, saya ingin tahu tentang usaha-usaha pemajuan yang dilakukan secara swasta yang melibatkan terutama sekali pengusiran secara paksa ke atas peneroka-peneroka bandar ataupun setinggan dan pengusiran ini kadang-kadang tanpa notis dan tanpa pampasan. Dan apabila rumah didirikan di tempat itu kita dapati bahawa tidak semestinya mereka yang dihalau keluar itu mendapat rumah itu. Sebabnya ialah pertama kadang- kadang ada orang luar yang mendapat, keduanya kadang-kadang mereka tidak mampu untuk membeli rumah itu dan masalahnya ialah apabila mereka tidak mampu, mereka tidak dapat mengambil loan daripada bank misalnya kerana pendapatan mereka adalah rendah. Jadi dengan cara begini saya rasa soal pemajuan tanah begini tidak akan menyelesaikan masalah perumahan terutama sekali rakyat yang susah. Terima kasih. Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin menjelaskan bahawa kita membina rumah PPR ini, kita telah membuat satu dasar iaitu bermula pada tahun 2002 di mana kerajaan berpendapat bahawa kita akan menyelesaikan masalah setinggan terutama sekali yang tinggal di pinggiran-pinggiran bandar misalnya sebagai contoh di Kota Kinabalu. Kita mempunyai setinggan yang begitu banyak di pinggiran bandar di Kampung Likas, di Kampung Lembaga Padi, Sabah di Kampung Bakau, dan juga di Putatan dan sebagainya. Jadi oleh kerana hasrat kita untuk memberikan rumah yang lebih baik untuk mereka ini, maka kita membuat dasar iaitu rumah dibina oleh kerajaan dengan sewaan yang murah hanya RM124 sebulan. Itu sahaja. Mereka juga akan kita beri keutamaan, prioriti kepada setinggan-setinggan yang kita halau. Sebagai contoh kita telah mengusir setinggan secara paksa berdekatan dengan Lapangan Terbang Kota Kinabalu di Kampung 72 DN.28.7.2010

Pitagas ataupun di Tanjung Aru dan kita telah ‘menghalau’ lebih daripada 300 buah rumah dan kita telah membina satu penempatan di Kinarut dan kita telah tempatkan 100 peratus mereka ini di Kinarut kecuali ada yang tidak setuju. Untuk makluman Yang Berhormat oleh kerana ada juga di kalangan setinggan- setinggan ini bukanlah setinggan yang susah. Ada yang berniaga, ada yang bekerja dengan pihak kerajaan gaji lebih daripada RM2,500, ada yang bekerja sebagai pemandu limousin, teksi dan sebagainya. Jadi ada juga yang tidak mengambil dan mereka membeli rumah yang lebih baik dan mempunyai keluasan yang cukup sederhana. Di samping itu, sebagaimana Yang Berhormat kata tadi tentang pinjaman loan di bank. Sebenarnya bagi rumah PPR yang disewa tidak perlu mereka untuk mendapatkan pinjaman daripada pihak bank, tetapi bagi rumah yang mampu milik yang akan dimiliki, maka mereka memerlukan pinjaman daripada pihak bank seperti apa yang telah pun diumumkan di sekitar Kuala Lumpur di mana dahulunya pihak bank enggan untuk memberikan pinjaman, tetapi alhamdulillah kita dapat selesaikan dan mereka akan diberikan pinjaman oleh pihak bank dengan mempunyai pilihan. Pertama sama ada yang membeli ini mempunyai slip gaji. Kalau mereka tidak ada mungkin ada keluarga yang terdekat terutama sekali anak mereka, maka itulah sebagai penjamin dan sebagai peminjam kepada rumah yang akan dibeli oleh setinggan-setinggan ataupun mereka yang berpendapatan rendah iaitu di antara RM2,500 sebulan. Jadi Yang Berhormat soalan Yang Berhormat tadi kerana mungkin ada yang tidak dapat dan sebagainya itu saya tidak dapat memberikan jawapan yang tepat, tetapi memang benar ada juga complain dan aduan yang kita terima bahawa ada di antaranya tidak dapat. Ini ada satu yang mungkin berlaku di pihak berkuasa negeri sebab apabila rumah ini siap... Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: [Bangun] Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin: Sebentar Yang Berhormat, sebentar. Apabila rumah ini siap kita akan serahkan kepada kerajaan negeri untuk mencari penyewa dan juga untuk mencari pembeli misalnya di Pahang sekarang ini. Terpulanglah kepada kerajaan negeri siapa yang layak untuk membeli dan di negeri-negeri lain seperti di Sabah, di Sarawak, di Johor dan sebagainya terpulanglah kepada kerajaan negeri siapa yang layak melalui PBT masing-masing menerima permohonan dan mereka yang meluluskan permohonan tersebut. Terima kasih. Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya apa yang jadi di Selangor pada tahun 2004 dan 2005 mengenai perkara ialah penghuni mohon loan daripada bank tetapi mereka tidak layak. Ramai penghuni yang squatter miskin yang tidak layak. Jadi pemaju tidak boleh tunggu begitu lama. Apa yang pemaju buat ialah dia longgarkan. Jadi orang yang berpendapatan tinggi pun akhirnya dapat beli rumah kos murah itu. Ini bercanggah dengan tujuan kementerian. Jadi saya harap kementerian ada satu mekanisme untuk mengelakkan keadaan macam ini. Terima kasih. Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat pada program ataupun projek kementerian kita tidak pernah katakan bahawa di Selangor untuk dijual. Kita tidak pernah di Selangor. Kita tidak pernah jual untuk di Selangor. Kita hanya mula jual pada tahun 2008 yang lalu. Yang 2004, 2005 kita belum jual. Ini barangkali masa itu Yang Berhormat ada rumah-rumah kos rendah yang dibina oleh swasta bukan dibina oleh kementerian saya. Jadi rumah swasta ini dibina oleh pihak swasta, kita pun hanya memberikan kuota semata-mata kepada pihak swasta sekurang- kurangnya memperuntukkan 30 peratus daripada projek pembangunan mereka itu diberikan kepada rumah kos rendah. Akan tetapi memang amat sukar juga kerana mereka yang pergi membeli ini sebagaimana yang saya beritahu tadi, bahawa ada pihak bank yang tidak menerima pinjaman mereka sebab antaranya mereka tidak mempunyai pendapatan yang cukup untuk mereka layak buat pinjaman dan juga tidak mempunyai slip gaji. Jadi ini di antara masalah. Namun demikian ada di kalangan negeri-negeri tertentu, saya percaya di Selangor juga mereka akan beli rumah kos rendah melalui agensi negeri dan dijual kepada rakyat DN.28.7.2010 73 dengan pinjaman secara dalaman. Ini saya percaya di Selangor telah dibuat dan saya percaya juga di Sabah telah dibuat, di mana rumah yang diperuntukkan oleh pemaju 30 peratus kepada bumiputera khususnya dan yang berpendapatan rendah dibeli oleh agensi kerajaan negeri, dan sementara itu agensi kerajaan negeri menjual kepada yang layak untuk membeli dengan pinjaman dalaman daripada agensi itu sendiri. Ini boleh dilakukan oleh pihak kerajaan negeri. Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat juga, dasar... ■1740 Dato’ Dr. Yeow Chai Thiam: Pertanyaan. Tuan Yang di-Pertua: Ya, sila Yang Berhormat. Dato’ Dr. Yeow Chai Thiam: Yang Berhormat Menteri, kita sentiasa galakkan pemaju swasta untuk membina rumah rakyat untuk kepentingan warga miskin. Akan tetapi, berapa buahkan rumah rakyat yang telah dibina melalui agensi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu Syarikat Perumahan Negara? Berapa buah untuk tahun ini atau untuk tahun lepas? Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin: Yang Berhormat, untuk makluman, SPNB bukan di bawah kementerian saya. Di sebelah Yang Berhormat itu adalah bekas Pengerusi SPNB. Jadi bolehlah bisik-bisik dengan Yang Berhormat itu sebab sebenarnya SPNB adalah di bawah Kementerian Kewangan. Jadi saya tidak boleh jawablah bagi pihak kementerian. Tuan Yang di-Pertua: Tidak apa Yang Berhormat. Kalau tidak di bawah kementerian Yang Berhormat, teruskan. Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin: Ya, terima kasih. Dasar Perumahan Negara (DRN) telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 16 Julai 2010 yang lalu. Dasar Perumahan Negara digubal bermatlamat untuk memastikan penyediaan perumahan yang mencukupi, selesa dan berkualiti dan mampu dimiliki bagi meningkatkan kemampanan hidup rakyat. Pada ketika ini, kementerian sedang dalam proses penyediaan Pelan Tindakan DRN bagi tujuan pelaksanaan dasar yang berkenaan. Kedua Tuan Yang di-Pertua, isu pemberian rumah mampu milik. Yang Berhormat Senator Tuan Pau Chiong Ung telah menyarankan supaya kementerian menyediakan satu sistem yang lebih sempurna dalam pemberian rumah mampu milik kepada golongan yang betul-betul memerlukan. Kerajaan-kerajaan negeri bertanggungjawab untuk menguruskan sewaan dan penjualan kepada rumah rakyat berpendapatan rendah melalui mekanisme dan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi Program Perumahan Rakyat (PPR) yang dibina oleh kementerian. Bagi penjualan rumah kos rendah pemaju swasta juga dipertanggungjawabkan kepada kerajaan negeri untuk meluluskan pembelinya yang layak. Itu yang saya maksudkan tadi Yang Berhormat. Kementerian telah pun menetapkan Sistem Pendaftaran Terbuka (SPT) untuk dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi memastikan penyewaan dan penjualan perumahan kos rendah awam atau swasta mengikut kelayakan dan proses pemilihan yang tertentu. Kerajaan negeri perlu melaksanakan mekanisme sedia ada secara telus dan mengambil tindakan penguatkuasaan sekiranya terdapat golongan yang tidak berkelayakan menikmati kemudahan dan menyewakan rumah berkenaan kepada pihak lain. Tuan Yang di-Pertua, isu kualiti rumah kos rendah. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Senator Tuan Pau Chiong Ung juga telah menyarankan supaya kualiti perumahan kos rendah ditingkatkan di tahap yang lebih tinggi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kualiti perumahan kos rendah yang dibina adalah mengikut piawaian Standard Industri Pembinaan (Construction Industry Standard) dengan izin, CIS 1:1998. Walau bagaimanapun, kerajaan akan terus mempertingkatkan lagi kualiti perumahan kos rendah di masa akan datang dengan kemudahan-kemudahan yang sesuai 74 DN.28.7.2010 bagi projek baru dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Di samping itu, kerajaan juga memberikan keutamaan kepada penyelenggaraan untuk memastikan kualiti rumah dan kemudahan yang baik. Kerajaan telah memberikan peruntukan khusus di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh bagi tujuan penyelenggaraan rumah kos rendah awam dan swasta untuk dilaksanakan. Isu yang keempat, isu perumahan kos sederhana. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman mencadangkan agar pihak kementerian membuka peluang kepada golongan berpendapatan sederhana – RM2,500 hingga RM4,000, memiliki rumah dengan penyediaan rumah kos sederhana sebanyak 100,000 unit di bawah harga RM100,000 seunit. Ahli-ahli Yang Berhormat turut mengesyorkan supaya kuota 30 peratus perumahan kos rendah bagi suatu projek perumahan ditukar kepada 20 peratus rumah kos rendah dan 10 peratus rumah kos sederhana. Dasar semasa sedia ada adalah berkaitan dengan kuota rumah kos rendah dan kawalan terhadap harga penjualan yang ditetapkan pada kadar RM42,000 seunit. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Dasar Perumahan Negara (DRN) telah mencadangkan dasar untuk menggalakkan penyediaan rumah kos rendah sederhana untuk golongan berpendapatan sederhana. Dengan itu, syor Ahli Yang Berhormat bagi mewujudkan kuota 10 peratus kos sederhana dan 20 peratus kuota rumah kos rendah bagi projek perumahan akan dikaji pihak kementerian sama ada sesuai atau tidak untuk dilaksanakan. Isu yang kelima... Datuk Akbar bin Ali: Mohon mencelah Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ya. Datuk Akbar bin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, berkenaan keperluan perumahan, ini adalah salah satu keperluan asas rakyat untuk menyumbang kepada kesejahteraan hidup. Soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, pertama sekali, adakah kementerian Yang Berhormat Timbalan Menteri mungkin bersama dengan Kementerian Luar Bandar mempunyai satu database yang lengkap, yang terkini, tuntas berkenaan berapa ramaikah rakyat sekurang-kurangnya 40 peratus pertengahan, 40 peratus di bawah sekali yang memerlukan rumah? Itu satu. Keduanya, dalam RMKe-10, tidak ada sasaran rumah untuk orang miskin, untuk miskin tegar, tidak ada. Untuk miskin pun tidak ada tetapi untuk orang yang berpendapatan RM2,500 ke bawah ada. Sasarannya ialah 78,000 buah. Mengambil kira database yang saya katakan tadi, dan 78,000 ini adalah 3 peratus sahaja Yang Berhormat, menggunakan based 40 peratus rakyat di bawah yang seramai 2.4 juta isi rumah. Manakala orang miskin sahaja seramai 228,400 dan miskin tegar ada 42,200. Jadi, melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh ini, bagaimana hendak mengatasi masalah keperluan perumahan kerana sasarannya agak terlalu rendah berbanding dengan keperluan? Terima kasih. Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin: Terima kasih Yang Berhormat. Saya mengakui bahawa kita kurang mendapat tahu ataupun belum mempunyai database tentang berapa ramai yang memerlukan rumah terutama sekali generasi muda. Akan tetapi daripada kerajaan-kerajaan negeri, kita juga memang minta kerajaan-kerajaan negeri supaya menyediakan database ini supaya meringankan beban Kerajaan Persekutuan untuk membina rumah-rumah untuk kepentingan rakyat. Jadi dalam usaha untuk menyediakan rumah kepada rakyat, peranan kerajaan negeri amat penting terutama sekali sebagaimana yang disebutkan tadi, database mereka perlu ada. Kedua, mereka juga perlu menyediakan kawasan-kawasan ataupun tempat- tempat yang lebih strategik dan sesuai untuk membina rumah kos rendah. Saya nafikan soalan Yang Berhormat tadi mengenai dengan tidak ada peruntukan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk yang miskin. Sebenarnya ada iaitu 39,058 unit iaitu melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di mana rumah ini dibina dengan kos RM42,000 secara percuma kepada orang miskin, ibu tunggal, warga emas, dan orang- orang yang betul-betul berpendapatan rendah. DN.28.7.2010 75

Di Sabah dan Sarawak kita mempunyai database RM970 adalah dianggap sebagai miskin dan RM890 di Sarawak adalah dianggap sebagai miskin. Maka di Semenanjung RM740 adalah dianggap sebagai miskin tegar. Jadi mereka inilah yang sebenarnya yang menjadi sasaran kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang berjumlah 39,058 unit, Yang Berhormat. Datuk Akbar bin Ali: Minta maaf, Tuan Yang di-Pertua. Bilangan orang miskin, isi rumahnya ialah 228,400... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat. Datuk Akbar bin Ali: Sebenarnya agak sukar. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya tahu Yang Berhormat banyak soalan. Kalau boleh, berunding dekat luarlah begitu. Ini agaknya daripada dasar yang kita ambil dahulu. Datuk Akbar bin Ali: Okey. Tuan Yang di-Pertua: Silakan. Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Ahli Yang Berhormat Senator Datuk Haji Roslan bin Awang Chik membangkitkan mengenai maintenance dan sinking fund bagi rumah-rumah pangsa dan akta yang memberikan kuasa untuk menguruskannya. Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) tahun 2007 (Akta 663) telah berkuat kuasa melalui 12 April 2007 yang bertujuan untuk memperkemaskan penyenggaraan dan pengurusan semua bangunan dan harta bersama di kawasan pemajuan perumahan bertingkat dan berstrata di Semenanjung Malaysia dan juga di Wilayah Persekutuan Labuan. ■1750 Berkenaan dengan penyelenggaraan seksyen 16, Akta 663 memperuntukkan pemaju hendaklah membuka dan menyelenggarakan Akaun Penyelenggaraan Bangunan (APB) selepas penubuhan Badan Pengurusan Bersama (GMB). Seksyen 22, Akta 663 memperuntukkan pemaju hendaklah menyerahkan APB kepada pihak GMB tidak lewat dari satu bulan daripada tarikh penubuhan GMB untuk membuka dan menyelenggara Kumpulan Wang Penyelenggaraan Bangunan (KWPB). Kedua-dua EPB dan KWPB ini diwujudkan bagi membiayai kos penyelenggaraan bangunan dan harta bersama di dalam sesuatu pemajuan berstrata. Sumber kewangan adalah diperolehi daripada fee atau bayaran penyelenggaraan yang perlu dibayar oleh pemilik-pemilik tetap. Jika didapati GMB yang dipilih datang menjalankan tugas pengurusan dan penyelenggaraan bangunan dengan berkesan, pemilik-pemilik tetap bolehlah mencalon dan memilih ahli jawatankuasa pengurusan bersama GMC yang baru bagi mengurus, menyelenggara kawasan yang terlibat melalui Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) atau Mesyuarat Agung Luar Biasa AGM. Selain daripada itu juga, selaras dengan seksyen 25, Akta Bangunan dan Harta Bersama, Penyelenggaraan dan Pengurusan 2007 (Akta 663), Pesuruhjaya Bangunan boleh melantik agen pengurusan jika pemaju dan badan gagal mengurus dan menyelenggara bangunan yang berkesan. Berkenaan Kumpulan Wang Penjelas. Seksyen 24, Akta 663 memperuntukkan GMB hendaklah membuka dan menyelenggarakan Kumpulan Wang Penjelas, kegunaan Kumpulan Wang Penjelas ini adalah seperti berikut; (i) mengecat atau mengecat semula harta bersama; (ii) perolehan apa-apa harta alih bagi bangunan berhubung dengan harta bersama; (iii) pembaharuan atau penggantian apa-apa kelengkapan atau pemasangan yang terdapat dalam mana-mana harta bersama; (iv) apa-apa perbelanjaan lain sebagaimana yang difikirkan perlu oleh jawatankuasa. 76 DN.28.7.2010

Sehingga 3 Disember 2009, terdapat 11,981 kawasan pemajuan di seluruh negara tidak termasuk Sabah dan Sarawak dengan jumlah bilangan mencecah 1,283,419 daripada jumlah kawasan pemajuan ini. Terdapat lima jenis pihak pengurusan yang menguruskan kawasan pemajuan ini iaitu pemaju sebanyak 5,246 Jawatankuasa Badan Pengurusan (GMC), sebanyak 1,922 Badan Pengurusan (MC), sebanyak 3,558 agen pengurusan dan 198 selebihnya terdiri daripada lain-lain pihak pengurusan sebanyak 1,057. Kerajaan begitu komited tentang usaha yang diperlukan bagi menjamin semua lapisan masyarakat dapat menikmati kehidupan yang berkualiti. Sehubungan dengan itu sebanyak RM500 juta telah diperuntukkan melalui Tabung Penyelenggaraan Bangunan Berstrata bagi rumah kos rendah awam dan juga swasta. Dana ini adalah berasaskan kepada geran sempadan yang separuh daripadanya perlu disumbang oleh penghuni- penghuni rumah menerusi badan pengurusan. Isu yang keenam, isu pindaan Akta Kerajaan Tempatan 1971 (Akta 171). Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Senator Puan Hajah Noriah binti Mahat telah menggesa supaya akta-akta berkenaan PBT perlu dipinda dengan pada kadar yang segera. Ahli Yang Berhormat juga bertanya apakah status dan bilakah pindaan Akta PBT akan dilakukan? Kementerian ingin menjelaskan bahawa selaras dengan butiran empat, senarai kedua, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, kerajaan tempatan juga adalah di bawah bidang kuasa negeri-negeri yang bertanggungjawab memastikan PBT memberikan perkhidmatan kerajaan tempatan dan menjalankan pentadbiran tempatan. Walau bagaimanapun, di bawah Perkara 76(4), Perlembagaan Persekutuan, Parlimen mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang dan dasar berhubung membuat kerajaan tempatan supaya seragam. Sehubungan dengan itu pada 1 Januari 1997, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) mula dikuatkuasakan untuk diguna pakai oleh semua PBT di Semenanjung Malaysia sahaja tidak termasuk Sabah dan Sarawak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, draf cadangan pindaan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) telah disediakan dengan mengkaji semua cara keseluruhan peranan dan fungsi PBT yang berubah mengikut keperluan dan kehendak semasa. Draf cadangan pindaan Akta 171 tersebut telah mengambil kira pandangan dan keperluan terutama sekali kerajaan negeri dan PBT. Draf cadangan pindaan Akta 171 ini akan dimuktamadkan setelah semua isu dan keputusan dasar diputuskan. Isu yang ketujuh, isu peruntukan pihak berkuasa tempatan. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Senator Puan Hajah Noriah binti Mahat juga telah memohon supaya peruntukan PBT ditambah selaras dengan perubahan semasa bagi memastikan pentadbiran dan penguatkuasaan oleh PBT boleh dijalankan dengan lebih efisien. Peruntukan yang diberikan kepada PBT oleh peruntukan di bawah Akta 245, Akta Pemberian Kepada Negeri serta geran seperti berikut: (i) geran tahunan mengikut formula yang diambil kira faktor-faktor seperti berikut; (a) indikator perbelanjaan mengurus bagi setiap penduduk oleh sesebuah PBT; (b) anggaran bilangan penduduk PBT pada tahun yang berkenaan; (c) wajaran keunikan fungsi PBT mengikut kawasan iaitu industri, bandar pelancongan, luar bandar dan dikeperluan pelaburan sosial. (ii) sumbangan bantu kadar bagi harta dan aset Kerajaan Persekutuan di bawah kawasan PBT; (iii) peruntukan projek-projek kecil di bawah butiran projek 1 manakala butiran projek 6 bagi kampung tradisional; (iv) peruntukan bagi bantuan local agenda , LA21 keselamatan awam dan kesihatan awam. DN.28.7.2010 77

Buat masa ini PBT tidak mampu juga memberikan bantuan untuk menguruskan pungutan sisa pepejal serta pembersihan awam. Purata bantuan kepada PBT adalah di antara RM7 juta hingga RM10 juta setahun tertakluk kepada saiz serta taraf PBT. Sementara PBT juga dibantu oleh geran ‘maris’ iaitu untuk pengurusan jalan raya, bantuan projek landskap serta lain-lain di bawah rancangan tempatan. Tuan Yang di-Pertua, perkara lapan isu Kampung Baru Cina. Tuan Yang di-Pertua, kementerian juga ingin memberikan makluman balas mengenai dengan isu-isu Kampung Baru Cina yang dibangkitkan secara mendalam oleh Ahli Yang Berhormat Senator Tuan Lee Cheam Choon. Seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, pemberian hak milik tanah adalah merupakan bidang kuasa kerajaan negeri. Walau bagaimanapun, kerajaan sedang berusaha membantu penduduk Kampung Baru Cina untuk mendapatkan hak milik terutama dari segi penyediaan dana pinjaman bagi penduduk Kampung Baru Cina membayar premium tanah apabila permohonan hak milik tanah mereka diluluskan oleh kerajaan negeri masing-masing. Kerajaan juga sedar akan kekurangan kemudahan asas sosial di Kampung Baru Cina seperti mana yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat. Lantaran itu Pelan Induk Kampung Baru telah disediakan pada tahun 2005 untuk menentukan perancangan dan pembangunan Kampung Baru yang teratur dan sistematik. Sungguhpun begitu, disebabkan pembentukan Kampung Baru dibuat secara tergesa-gesa tanpa perancangan dan pelan tata atur, maka pembangunannya perlu disesuaikan dengan halangan yang ada. Pada masa ini kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ada menyediakan peruntukan permohonan infrastruktur asas dan sosial bagi kampung- kampung baru seperti jalan-jalan raya, longkang, dewan orang ramai, gelanggang bola keranjang, taman permainan kanak-kanak dan taman rekreasi warga tua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, faktor integrasi Kampung Baru sememangnya ditekankan dalam pelan induk untuk Kampung Baru. Integrasi ini meliputi aspek fizikal, sosio ekonomi dan politik supaya seiring dengan pembangunan negara, dasar dan strategi untuk memodenkan Kampung Baru adalah dengan membangunkan mereka supaya dapat mengekalkan kehidupan yang produktif dan berkualiti di samping dapat bersaing dengan komuniti dan penempatan lain dalam negara. Melalui dana yang akan diwujudkan dalam RMKe-10 kerajaan menyediakan pinjaman modal untuk peniaga kecil sebagai satu cara untuk meningkatkan ekonomi Kampung Baru Cina dan secara langsung menangani masalah kemiskinan bagi penduduk yang terlibat. ■1800 Selain daripada itu, dana juga membolehkan penduduk Kampung Baru untuk membuat pinjaman dan menaiktarafkan rumah mereka. Isu yang kesembilan memperkasakan kawasan kejiranan. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Senator Dato’ Daljit Singh ingin mengetahui apakah langkah-langkah kementerian dalam memperkasakan kawasan kejiranan. Kementerian Perumahan dan Kerajaan melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa telah mengambil beberapa inisiatif bagi meningkatkan tahap keselamatan di kawasan bandar dan di kawasan perumahan bagi tujuan memastikan kehidupan masyarakat kejiranan terpelihara. Untuk makluman Dewan yang mulia ini pada 26 Julai 2010 yang lalu kementerian telah melancarkan program bandar selamat untuk dilaksanakan bagi tujuan tersebut. Selain daripada itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga telah menyediakan garis panduan guided community and guided neighborhood, dengan izin yang bertujuan untuk menunaikan hasrat penduduk untuk mendapatkan tahap keselamatan terbaik. Garis panduan umum dan khusus dalam menggariskan aspek-aspek berikut yang berhubung kait dengan keselamatan; (i) penyediaan sekurang-kurangnya dua laluan keluar masuk; (ii) pembinaan tembok pagar dengan ketinggian maksimum sembilan kaki; dan 78 DN.28.7.2010

(iii) sekatan sementara boleh dikenakan. Garis panduan ini dalam peringkat untuk dibawa ke Jemaah Menteri bagi pertimbangan sebelum dikuatkuasakan. Isu yang kesepuluh isu kenderaan bagi pengurusan sisa pepejal. Yang Berhormat Senator Daljit Singh juga membangkitkan mengenai dengan bilangan lori yang diperlukan bagi urusan pembuangan sisa pepejal di ketiga-tiga zon umum dan juga zon tanah khususnya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan modal optimum bagi kutipan dan kos sisa pepejal yang dibangunkan oleh kementerian untuk menentukan keperluan optimum, kenderaan kutipan sisa pepejal dan tenaga manusia bagi menyediakan perkhidmatan kutipan sisa pepejal yang cekap dan berkesan. Jumlah optimum lori-lori yang diperlukan bagi ketiga-tiga zon adalah sebanyak 1881 buah di mana sebanyak 511 buah diperlukan untuk zon tengah. Perkara yang kesebelas isu facilities balai bomba di Bintulu. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tuan Pau Chiong juga ingin mengetahui apakah perancangan kementerian bagi menaik taraf facility balai bomba di bandar Bintulu yang dianggap ketinggalan selama 20 tahun. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian sememangnya menyedari keperluan bagi menaik taraf facilities Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu memandangkan bangunan tersebut telah lama dibina mula beroperasi semenjak tahun 1992. Walau bagaimanapun, hingga hari ini pelbagai kelengkapan peralatan jentera berteknologi telah dibekalkan di balai bomba tersebut dalam usaha untuk memastikan perkhidmatan yang cekap dan menyeluruh dapat diberikan kepada masyarakat setempat. Pada masa ini kementerian melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sedang dalam proses pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan ke atas dua blok Kuarters Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu melibatkan kerja-kerja seperti penggantian bumbung, sistem bekalan air domestik, sistem kumbahan dan lain-lain kerosakan kecil dijangka akan dimulakan pada awal Ogos tahun 2010. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ucapan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang sudi memberikan pandangan dan cadangan mengenai dengan isu-isu yang berkaitan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Segala teguran, cadangan dan pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat akan diberikan perhatian sewajarnya. Sebelum saya mengakhiri saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada kita semua yang beragama Islam dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri... [Tepuk] Saya juga difahamkan bahawa ada beberapa orang Senator yang akan menamatkan perkhidmatan mereka di Dewan ini. Saya mengucapkan tahniah di atas perkhidmatan yang telah diberikan. Sekian dan terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Tanpa membuang masa saya persilakan Kementerian Pengangkutan. 6.04 ptg. Timbalan Menteri Pengangkutan II [Tuan Jelaing anak Mersat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang menyentuh bidang tugas Kementerian Pengangkutan di Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Senator Dato’ Zaitun binti Mat telah membangkitkan berkenaan usaha kerajaan dalam merealisasikan hasrat mempertingkatkan sistem komuter, KTMB dan LRT pada tahun 2012 serta prasarana yang akan dibangunkan bagi tujuan ini. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sebagaimana yang digariskan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara ataupun DN.28.7.2010 79

National Key Result Areas pengangkutan awam bandar, kerajaan mensasarkan untuk meningkatkan peratusan yang menggunakan pengangkutan awam kepada 25 peratus pada tahun 2012 semasa waktu puncak iaitu pukul 7.00 pagi hingga pukul 9.00 pagi di Lembah Klang. Peratusan yang telah dicapai pada masa kini ialah 12 peratus dan disasarkan meningkat pada 20 peratus pada penghujung tahun 2010. Bagi maksud ini beberapa inisiatif telah dirangka untuk mencapai hasrat tersebut termasuklah membangunkan kemudahan prasarana. Antara inisiatif-inisiatif yang dimaksudkan adalah seperti berikut; (i) pelaksanaan Projek Terminal Pengangkutan Bersepadu Selatan di Bandar Tasek Selatan dijangka siap sepenuhnya pada November tahun 2010; (ii) pelaksanaan Projek Terminal Pengangkutan Bersepadu Timur di Gombak yang dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2012; (iii) perolehan 35 set trains, trains empat gerabak bagi perkhidmatan LRT aliran Kelana Jaya yang dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada Mei 2011. Pada masa ini 13 set telah pun beroperasi sepenuhnya; (iv) perolehan 38 set EMU ataupun Electric Multiple Unit untuk perkhidmatan KTM komuter yang dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada Jun 201; (v) menambah baik serta melaksanakan projek-projek integrasi rel antara monorel, LRT dan KTM komuter yang dijangka akan siap pada Januari 2012; dan (vi) memperkenalkan sistem tiket bersepadu atau tiket tunggal merentasi semua pengusaha mode pengangkutan awam melalui penggunaan kad tanpa tunai dijangka akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada Disember tahun 2010. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Senator Dato’ Zaitun juga telah membangkitkan beberapa isu mengenai saman-saman tertunggak di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat jumlah terkumpul saman tertunggak adalah sebanyak RM16,985,635 saman untuk tahun 2000 hingga 2008. Jumlah tersebut adalah bagi tiga agensi penguatkuasaan iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan sebanyak RM485,590 saman mulai bulan Jun 2010 kementerian telah mengemukakan laporan prestasi kutipan saman-saman tertunggak ini secara mingguan kepada Ketua Setiausaha Negara dan juga unit NKRA kementerian. Berhubung pertanyaan tentang jumlah hasil kutipan saman oleh JPJ bagi tahun 2008 pula adalah sebanyak RM37,929,785. Bagi tahun 2009, jumlah kutipan adalah sebanyak RM47,338,186 manakala bagi tahun 2010 sehingga Jun, jumlah kutipan adalah sebanyak RM22,740,146. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, semua hasil kutipan saman dimasukkan dalam kumpulan wang yang disatukan. Bagi tujuan pendidikan keselamatan jalan, pihak jabatan Keselamatan Jalan Raya atau pun JKJR telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM59 juta bagi tahun 2008 dan sebanyak RM57.5 juta bagi tahun 2009 dan sebanyak RM33 juta bagi tahun 2010. ■1810 Bagi pertanyaan berhubung dengan punca-punca yang telah dikenal pasti melambatkan proses kutipan saman tersebut adalah seperti berikut: (i) orang kena saman dengan sengaja tidak menjelaskan kompaun atau denda yang dikenakan ke atas mereka walaupun telah dikeluarkan beberapa notis dan juga waran tangkap terhadap 80 DN.28.7.2010

mereka. Perkara ini terjadi kerana terdapat kekangan di kalangan agensi penguat kuasa terutamanya dari aspek tenaga pekerja dalam menyempurnakan notis-notis dan waran tangkap tersebut; (ii) orang kena saman tidak memberikan alamat secara tepat mengikut tempat tinggal atau tidak memaklumkan perubahan alamat terkini kepada JPJ. Menyebabkan notis-notis tidak diterima oleh orang kena saman atau dikembalikan kepada agensi penguat kuasa. Di samping itu sikap pemilik kenderaan mengabaikan notis saman enggan mendedahkan butir-butir pesalah. Menyebabkan agensi penguat kuasa tidak dapat menentukan pesalah yang sebenar sehingga menyebabkan tunggakan saman; dan (iii) pihak Jabatan Pengangkutan Jalan menghadapi kekangan dari sudut kapasiti untuk menyekat urus niaga pesalah-pesalah lalu lintas yang terlalu banyak. Walau bagaimanapun JPJ sedang menaik taraf sistem komputer jabatan tersebut dan mulai tahun 2009 pesalah-pesalah yang tidak menjelaskan saman mereka telah disekat daripada melakukan urus niaga di kaunter-kaunter JPJ. Kerja-kerja menaik taraf sistem komputer tersebut dijangka akan siap sepenuhnya pada bulan Jun tahun 2012. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan tidak bercadang untuk memansuhkan saman yang tertunggak dan akan terus mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pesalah yang gagal menjelaskan saman tersebut. Ini kerana kerajaan perlu bertindak adil terhadap pesalah-pesalah yang telah menjelaskan bayaran saman mereka. Sekiranya kerajaan memansuhkan saman-saman tertunggak ini maka kerajaan akan dianggap melakukan tindakan double standard, dengan izin, terhadap rakyat. Selain itu beberapa inisiatif telah dikenal pasti dan tindakan telah diambil oleh JPJ bagi tujuan penyelesaian saman tertunggak... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ada Ahli Yang Berhormat bangun. Datuk Hajah Wan Hazani binti Haji Wan Mohd. Nor: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan saman kenderaan apa pula pandangan Yang Berhormat Menteri. Kalaulah saman begitu sekali tinggi, kalau bagi pada orang miskin, orang susah, rakyat. Sampai ke 10, 40, 30 saman bererti beribu-ribu. Kalau kali dengan tiga berapa, bukan? Jadi terlalu banyak sangat saman ini kalaulah apa kiranya kerajaan atau pihak kementerian bagi boleh bayar ansur-ansur, ansuran. Saman terlalu banyak orang tidak mampu bayar beribu-ribu kesalahan. Bukan disengajakan. Kadang-kadang kenderaan bukan kita yang bawa kenderaan. Kadang-kadang orang lain yang pinjam kenderaan kita. Kalaulah, ada juga yang gunakan nombor kita, tempat yang kita tidak pergi tiba-tiba saman itu keluar. Ada kegunaan macam itu. Akan tetapi kalau satu kenderaan kata atas nama saya ya. Orang lain yang guna kereta itu, laju kena saman. Berapa banyak? Kalau saya, saya rasa dalam 40 rasa saman, saman laju tetapi tidak saya yang bawa motokar itu. Lepas itu pada orang yang – orang lain pun begitu juga hendak bayar tidak mampu beribu-ribu. Mana lagi anak sekolah apa semua. Jadi kebencian rakyat kerana samanlah inilah orang bawah, orang yang susah, orang yang sederhana atau miskin atau pegawai kerajaan. Begitu juga walaupun orang politik jadi kebencian rakyat kerana saman yang terlalu banyak, kesalahan tidak seberapa tetapi samannya cukup teruk sehingga RM150, RM300 tidak boleh tolak ansur. Kata Yang Berhormat Datuk Salleh tidak boleh hendak tolak ansur itu saya rasa satu kekejamanlah pada orang miskin pada orang susah. Saya minta Yang Berhormat Menteri tolonglah mempertimbangkan untuk orang kampung, orang susah. Kesalahan yang tidak disengajakan kadang-kadang. Hok pandu laju itu biarlah ke dia. Satu orang beli motokar ya Yang Berhormat saya minta maaf. Orang beli motokar sedap yang bawa merayap sahaja satu hal, kalau hendak begitu gunakanlah jalan raya yang ekspres yang DN.28.7.2010 81 boleh laju dengan kenderaan yang pakai Harrier, Ferrari. Guna ekspres. Orang yang kereta yang bawa slow pergi jalan... Tuan Yang di-Pertua: Kita sudah faham sudah. Datuk Hajah Wan Hazani binti Haji Wan Mohd. Nor: Pergi jalan ekspres boleh denda. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat sudah faham sudah faham. Datuk Hajah Wan Hazani binti Haji Wan Mohd. Nor: Terima kasih banyak minta Tuan Yang di-Pertua dipertimbangkanlah pihak Yang Berhormat Menteri masalah rakyat bawahan. Terima kasih. Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Tuan Yang di-Pertua mohon penjelasan sedikit. Tuan Yang di-Pertua: Silakan, silakan. Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Sehubungan dengan isu yang sama. Apabila kementerian mengetatkan bahawa lesen atau road tax tidak boleh diperbaharui jika saman tidak dijelaskan dahulu. Saya yakin hari ini mereka yang tidak menjelaskan saman atau tidak mampu menjelaskan saman, road tax nya tidak diperbaharui. Jadi adakah angka- angka dari pihak kementerian atau JPJ, banyakkah kenderaan yang tidak diperbaharui road tax nya disebabkan oleh samannya yang masih banyak outstanding. Terima kasih. Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Okey Yang Berhormat. Yang Berhormat catat dahulu agaknya... Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad: Yang Berhormat Timbalan Menteri, tolong buat kutipan saman pecahan ikut negeri-negeri. Terima kasih. Puan Hajah Noriah binti Mahat: [Bangun] Tuan Ng Fook Heng: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Oh ramai lagi. Silakan. Saya rasa terlalu banyak nanti lupa. Silakan ya. Puan Hajah Noriah binti Mahat: Tuan Yang di-Pertua ini yang sama menteri jawab sekali. Tuan Yang di-Pertua: Nanti dahulu, nanti dahulu lepas ini menteri jawab. Tuan Jelaing anak Mersat: Yang Berhormat buat soalan yang pertama tadi ataupun komen yang pertama tadi. Satu, kita buat masa sekarang ini tidak ada pelan untuk kita buat bayaran ansuran. Dua, pada hemat saya kalau tuan punya kereta itu mestilah dia tahu siapa yang bawa kereta ini dan jangan suruh orang lain bawa kalau takut dia speeding dan sebagainya. Cadangan-cadangan lain daripada Yang Berhormat tadi kita terima supaya ianya dapat diperbincangkan semasa membuat satu-satunya polisi, membuat satu- satunya ruling dan sebagainya. Ada lagi yang saya tidak jawabkah Yang Berhormat? Tuan Yang di-Pertua: Silakan sekarang Yang Berhormat ada ya. Tuan Jelaing anak Mersat: Yang Berhormat yang minta statistik bagi kenderaan yang tidak dapat dikeluarkan, tidak dapat urus niaga oleh kerana tidak bayar dia punya saman... Tuan Yang di-Pertua: Tidak dapat renew road tax kerana saman tidak bayar. Berapa jumlah itu tadi? Tuan Jelaing anak Mersat: Jumlah itu saya tidak ada di sini. Tuan Yang di-Pertua: Saya rasa spesifik Yang Berhormat ambil catatan cuba dapatkan bagi Yang Berhormat. Tuan Jelaing anak Mersat: Akan beritahu secara bertulislah. 82 DN.28.7.2010

Tuan Yang di-Pertua: Ya. Tuan Jelaing anak Mersat: Okey Yang Berhormat ada lagi? Tuan Ng Fook Heng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat saya hendak tanya sedikit. Tahu tidak Yang Berhormat Menteri betapa susahnya kalau seseorang itu tahan daripada renew dia punya road tax. Pengalaman saya sendiri saya pergi ke luar negara, kereta saya tinggal di rumah kawan di Kuala Lumpur. Kemudian saya tinggalkan duit dengan sijil pendaftaran semua beritahu kawan saya tolong renew road tax itu. Akan tetapi bila sampai balik ke negeri ini road tax tidak boleh diperbaharui kerana ada 12 saman belum bayar. Jadi maksudnya adalah nasib baik Datuk Donald Lim tolong saya boleh pinjam kereta balik ke Kuantan satu keluarga. Maknanya saya rasa JPJ ini kadang-kadang dengan polis ini kejam terhadap rakyat. Buat jalan elok-elok, straight lurus cantik kemudian tahan orang bawa kereta 110km. Bila menteri senang bawa duduk dengan saya duduk tepi jalan kita tengok dahulu sambil tengok. Mana kereta yang tidak lepas 110km di lebuh raya? Tengok mana kereta yang tidak lepas? Patutnya kita hendak tangkap ialah kereta bukan kereta yang lepas 110km tangkap kereta yang tidak lepas 110km. Sebab mereka blocking holding . Sekian terima kasih. Tuan Jelaing anak Mersat: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat itu satu cadangan yang baik... [Ketawa] Saya tahu berapa susahnya kalau kita tidak ada kereta tetapi apa boleh buat kerana ini apa yang kita jalankan ini berasaskan akta, berasaskan undang-undang yang kita telah pun disetujui di Dewan Rakyat kita sendiri. Okey, let me go on Tuan Yang di-Pertua.

■1820 Datuk Akbar bin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dari segi saman, sekurang-kurangnya ada tiga cara atau kaedah saman diberi. (i) secara fizikal iaitu saman itu diberi kepada pesalah; (ii) ditinggalkan pada kereta atau diletakkan di viper; dan (iii) menggunakan kamera atau apa yang dikatakan sebagai saman ekor. Benarkah dari segi statistik, peratus yang paling tinggi sekali ialah saman yang tidak bayar ini ialah saman ekor. Berkemungkinankah Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa ada masalah teknikal dari segi undang-undang bahawa mereka tidak membayar saman dan Jabatan Pengangkutan Jalan pun tidak boleh menguatkuasakan kerana ada benefit of the doubt bahawa kereta yang disaman itu mungkin bukan kereta yang sebenar, kerana misal kata nombor plat palsu. Apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang isu teknikal ini? Terima kasih. Tuan Jelaing anak Mersat: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, kereta yang kena saman dengan menggunakan CCTV ini, saya nafikan bahawa sebab ia belum dikutip, bukan kita tidak kenal kereta itu. Namun yang disebutkan tadi adalah oleh kerana kita tidak mampu dari segi manpower kita dan dari segi juga sistem komputer kita yang belum lagi lengkap atau belum cukup kompeten untuk menjalankannya. Sebab itu dengan adanya komputer ini nanti pada tahun 2012, kita harap semua saman ini akan diselesaikan. Mulai dari sekarang, kutipan saman ini juga telah pun meningkat pada tahun ini. Inisiatif yang telah diambil tersebut adalah seperti berikut: (i) mengemas kini maklumat orang kena saman bagi mengesahkan kesahihan data pesalah tersebut. Bagi tujuan ini, semakan telah dibuat kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Jabatan Pendaftaran Negara ini menentukan sama ada orang yang kena saman ini masih hidup ataupun sudah tidak ada lagi; DN.28.7.2010 83

(ii) menyekat urus niaga pembaharuan lesen memandu dan lesen kereta motor bagi orang kena saman yang terlibat; dan (iii) memberikan advocacy agar pemandu dan pemilik kenderaan mengemas kini alamat mereka. Tuan Yang di-Pertua, sehubungan itu JPJ juga telah mengambil beberapa langkah bagi memudahkan orang ramai membuat bayaran saman. Langkah-langkah yang telah diambil adalah seperti berikut: (i) menyediakan kemudahan kepada orang awam untuk membuat semakan saman secara online; dan (ii) menyediakan kemudahan one stop payment centre di mana saman JPJ dan PDRM boleh dibayar di single portal atau mana- mana kaunter JPJ atau PDRM. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Senator Dato’ Zaitun binti Mat juga membangkitkan sama ada kerajaan bercadang... Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: [Bangun] Tuan Jelaing anak Mersat: ...Mengkaji semula modul sekolah memandu yang sedia ada sekarang... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat. Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Saya mohon. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada yang meminta laluan. Dipersilakan. Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ada dua soalan yang berkaitan dengan isu tadi sebelum Yang Berhormat Timbalan Menteri pindah kepada isu yang lain. Pertama, berkaitan dengan bila saman terlalu banyak dan mereka tidak mampu bayar. Dari segi effect nya kalau kereta mereka dipandu juga, kalau mereka terlibat dengan kemalangan jalan raya, mereka mungkin tidak memperbaharui insurans kerana mereka tidak mampu membayar saman. Jadi, consequencesnya akan menjadi lebih teruk sekiranya kita menghalang mereka daripada memperbaharui road tax mereka kerana mereka tidak membayar saman. Dalam masa yang sama, mereka juga mungkin tidak akan membayar insurans kerana membayar insurans hanya untuk membayar road tax. Itu yang pertama. Ada atau tidak pihak kementerian membuat kajian tentang effect perkara tersebut? Kedua, saya difahamkan bahawa di negara Thailand, mereka hanya perlu membayar lesen memandu kereta sekali seumur hidup. Di negara kita, kita terpaksa memperbaharui lesen kereta setiap tahun. Kita rasa walaupun kita memperbaharui setiap tahun, kemahiran untuk membawa kereta bukannya bertambah dengan kita bayar. Jadi, saya rasa ada atau tidak cadangan daripada pihak kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat bagi menjadikan satu usul bahawa lesen kereta hanya perlu dibayar sekali. Yang kita hendak renew every year adalah road tax . Apa cadangan Yang Berhormat Timbalan Menteri? Tuan Jelaing anak Mersat: Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tiada cadangan. Saman ini bagi saya tetap saman dan kena diselesaikan. Beberapa Ahli: [Ketawa] Tuan Jelaing anak Mersat: Kalau ada buat rayuan dan sebagainya, itu terpulanglah kepada si pemohon ini. Mungkin JPJ boleh fikirkan bagaimana hendak meringankan saman ini. Kita tahu yang kena beban ini sampai 20 hingga 30 saman tetapi itu berpaksi kepada carelessness dia ataupun kecuaian mereka dalam driving. Ahli Yang Berhormat Senator Dato’ Zaitun binti Mat juga membangkitkan sama ada kerajaan bercadang mengkaji semula modul sekolah memandu yang sedia ada sekarang. Kementerian Pengangkutan telah pun mengkaji semula kurikulum pemandu 84 DN.28.7.2010 sedia ada melalui usaha sama di antara Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia. Sehubungan dengan itu, kurikulum latihan pemandu baru telah digubal selaras dengan perkembangan drastik dalam industri permotoran serta untuk menangani peningkatan kadar kemalangan jalan raya dan ragam pemandu yang semakin kompleks. Kurikulum baru ini yang berbentuk metrik taksonomi pembelajaran dan ringkasan kurikulum akan menitik beratkan aspek keselamatan jalan raya dan kurikulum ini diharapkan akan mampu melahirkan pemandu yang berkualiti dan patuh kepada undang-undang jalan raya. Kurikulum baru ini akan diperkenalkan sebaik sahaja pihak kementerian menerima peruntukan yang telah dipohon daripada Kementerian Kewangan bagi tujuan ini. Ahli Yang Berhormat Senator Dato’ Zaitun juga telah membangkitkan sama ada kerajaan bercadang meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu Akta 333 untuk memantapkan tindakan penguatkuasaan JPJ. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan kini sedang meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu Akta 333 serta kaedah-kaedah di bawahnya bagi memantapkan tindakan penguatkuasaan. Antara pindaan-pindaan bagi memantapkan penguatkuasaan JPJ adalah seperti berikut: (i) mengemas kini sistem keselamatan jalan raya dengan mengenakan mata demerit kepada pesalah trafik yang gagal menyelesaikan pembayaran penalti dalam tempoh tiga bulan dari tarikh notis dikeluarkan. Penyelesaian penalti dalam tempoh tiga bulan akan dikecualikan daripada dikenakan mata demerit; (ii) mengadakan peruntukan baru yang memberi kuasa kepada pengarah untuk menggantung atau membatalkan lesen vokasional sekiranya pemegang lesen vokasional mempunyai perkara yang belum selesai dengan JPJ atau PDRM berhubung dengan apa-apa pelanggaran atau kesalahan; (iii) mengkaji semula senarai kesalahan terjadual yang ada melibatkan kesalahan-kesalahan yang menjadi penyumbang utama kepada kemalangan jalan raya dan menggugurkan beberapa senarai kesalahan yang dilihat tidak serius dan bukan penyebab kepada kemalangan; dan (iv) mengurangkan proses rayuan dalam tindakan penggantungan. Pembatalan lesen dilaksanakan secara terus apabila pemegang lesen memandu mencapai mata demerit maksima yang ditetapkan. Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Yeow Chai Thiam telah mencadangkan agar diwujudkan tabung kebajikan daripada hasil pendapatan tender nombor pendaftaran. Tuan Yang di-Pertua, mengikut Akta Acara Kewangan 1957, semua hasil yang dipungut oleh jabatan kerajaan termasuk hasil daripada tender nombor pendaftaran hendaklah dimasukkan ke Kumpulan Wang Disatukan dalam akaun hasil kerajaan. Kementerian ini menyokong dan mengalu-alukan cadangan bagi mengujudkan tabung kebajikan ini. Walau bagaimanapun, merujuk kepada Akta Acara Kewangan 1957 berkenaan wang kutipan hasil ini tidak boleh digunakan bagi tujuan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Senator Tuan Pau Chiong Ung telah membangkitkan mengenai muara Sungai Kemena dan muara Sungai Baram di Sarawak yang masih cetek dan menyebabkan kesukaran bagi laluan kapal. Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, kerajaan telah melantik beberapa perunding untuk projek kajian hidraulik dan pemendapan bagi menentukan keperluan pengerukan di pelabuhan- pelabuhan dan di kuala-kuala sungai di Malaysia. Kajian bagi Kuala Baram telah siap dilaksanakan manakala kajian bagi Kuala Sungai Kemena sedang dilaksanakan dan dijangka siap pada bulan Oktober 2010. Hasil daripada kajian-kajian tersebut akan diteliti bagi menentukan keperluan pengerukan di kuala sungai-sungai tersebut dan sama ada pengerukan adalah economically viable, DN.28.7.2010 85 dengan izin, atau sebaliknya. Perunding juga akan mengemukakan syor-syor tindakan susulan bagi mengawal ataupun mengurangkan kadar pemendapan serta anggaran kos terlibat. ■1830 Jabatan Laut telah memohon peruntukan di bawah RMKe-10 untuk penggerokan di kuala sungai-sungai tersebut mengikut keutamaan. Yang Berhormat Senator Datuk Maijol Mahap telah melahirkan rasa terkilan bahawa potongan tambang 50 peratus oleh Air Asia yang boleh diberi kepada Ahli-ahli Parlimen hanya terpakai kepada Ahli Dewan Rakyat sahaja dan bukan Ahli Dewan Negara. Dalam hubungan ini, adalah dimaklumkan bahawa pihak AirAsia sedang menyemak semula polisi berhubung perkara ini. Buat masa ini, pihak AirAsia sedang mengemas kini program dan sistem tempahan. Yang Berhormat Senator Datuk Maijol Mahap juga ada membangkitkan berhubung isu peningkatan harga tambang penerbangan MAS bagi sektor domestik pula. Adalah dimaklumkan bahawa berdasarkan rasionalisasi sektor penerbangan domestik tahun 2006, syarikat-syarikat penerbangan Malaysia termasuk MAS dibenarkan sepenuhnya untuk menetapkan harga tambang bagi semua penerbangan sektor domestik. Dalam hubungan ini, pihak MAS memaklumkan bahawa penetapan harga tambang penerbangan bagi sektor domestik adalah berasaskan kepada permintaan penumpang ataupun market forces, dengan izin semata-mata. Akibat daripada kemelesetan ekonomi pada tahun 2008 dan 2009, pihak MAS telah menurunkan harga tambang sehingga 30 peratus daripada harga tambang semasa bertujuan bagi merangsang pergerakan penumpang udara. Walau bagaimanapun, keadaan ekonomi negara telah mulai pulih pada tahun 2010 dan menyaksikan pemulihan semula kadar pergerakan penumpang udara. Sehubungan itu, pihak MAS tidak lagi menawarkan potongan harga tambang penerbangan bagi sektor domestik. Berhubung dakwaan bahawa semua pemegang Enrich Gold kini mesti membayar penalti untuk mengubah penerbangan, adalah dimaklumkan bahawa kemudahan pengecualian pembayaran bagi pemegangan Enrich Gold adalah tidak termasuk di dalam kemudahan ataupun keistimewaan yang ditawarkan kepada pemegang kad tersebut. Sebaliknya, pengecualian tersebut telah diberikan oleh MAS atas dasar budi bicara semata-mata. Susulan daripada penstrukturan semula struktur tambang MAS pada tahun 2009, amalan ini sudah tidak dapat diteruskan lagi. Semua penumpang MAS termasuk pemegang kad Enrich Gold adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang berkaitan dengan pembelian tiket penerbangan. Akhir kata, saya ingin sekali lagi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat di atas kesudian memberikan pandangan dan cadangan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan Kementerian Pengangkutan. Segala pandangan, maklum balas, teguran serta cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat akan diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak kementerian. Ini benar-benar membantu kita dalam pentadbiran kementerian dan kita mengalu-alukan kalau ada dibawa secara bertulis ataupun pada masa yang akan datang. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya mempersilakan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Ke mana pula perginya? Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar [Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin]: Tuan Yang di-Pertua, saya rasa dia ada perubahan, kalau tak silap saya. Tuan Yang di-Pertua: Kalau tak silap tadi, saya tidak persetujui kerana masa terlalu suntuk dan prosedur kita, kalau nak ubah itu dalam masa yang terlalu terdekat amat menyusahkan kita dan juga prosesnya amat susah. Yang Berhormat daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitarkah? Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup]: Ya. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon maaf oleh sebab sebenarnya saya telah diberitahu bahawa kementerian saya telah di swap kepada kementerian lain. 86 DN.28.7.2010

Tuan Yang di-Pertua: Tak apa Yang Berhormat, tak apa. Sebenarnya saya baru menyatakan tadi sebenarnya saya terima dia punya permohonan dalam pukul dua lebih kurang, dah petang dah Yang Berhormat. Maka kerana proses nak ubah itu amat menyulitkan ia hanya dua sahaja di antara dua itu, jadi kita tidak dapat luluskan. Mesej itu mungkin Yang Berhormat tak sampaikah, tak terima? Tak apa, sekarang ini Yang Berhormat sedia tak sekarang? Dipersilakan Yang Berhormat. Tak ada apa-apa, okey. 6.35 ptg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya mohon maaf ... Tuan Yang di-Pertua: Tak mengapa Yang Berhormat. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: Oleh sebab mesej tak sampai sebentar tadi. Tuan Yang di-Pertua: Tak apa, tak apa. Kita maafkan. Silakan, teruskan. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberi cadangan dan pandangan terhadap perkara-perkara yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar semasa perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh di Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mempunyai visi untuk menerajui kecemerlangan dan pengurusan sumber asli dan alam sekitar secara lestari. Selaras dengan visi ini dan hasrat status negara menjelang tahun 2020, kerajaan mensasarkan pendekatan pembangunan seimbang di mana keperluan pemuliharaan alam sekitar dan sosioekonomi telah menjadi tonggak utama di dalam agenda pembangunan negara. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh di Dewan yang mulia ini. Yang Berhormat Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin membangkitkan isu pemuliharaan alam sekitar dan menyarankan agar alam sekitar negara dikawal dan dijaga. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan memang komited terhadap perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar negara. Pelbagai dasar dan perundangan termasuk peraturan-peraturan serta program telah diperkenalkan bagi mengimbangi pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar untuk memastikan kelestarian dapat dicapai. Antara dasar-dasar ialah Dasar Alam Sekitar Negara, Dasar Perhutanan Negara, Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan, Dasar Mineral Negara dan Dasar Perubahan Iklim Negara. Manakala Akta Perhutanan Negara dan Akta Perlindungan Hidupan Liar juga dikuatkuasakan. Dasar Perhutanan dan garis panduan sedia ada ini memberi panduan kepada semua pihak termasuk agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan serta industri dan masyarakat bagi memastikan sumber asli negara digunakan secara lestari di samping memelihara alam sekitar. Di samping itu, kementerian dan jabatan-jabatannya juga melaksanakan program-program untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pentingnya perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar. Yang Berhormat Senator Daljit Singh Dalliwal telah membangkitkan masalah pencemaran udara yang berpunca daripada bas-bas di kawasan bandar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah mewartakan Peraturan-peraturan Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 untuk mengatasi masalah pencemaran kualiti udara akibat pelepasan daripada kenderaan bermotor termasuk bas. Antara tindakan yang diambil termasuk program penguatkuasaan pelepasan asap dari ekzos kenderaan melalui operasi statistik di sepanjang lebuh raya serta jalan-jalan utama di seluruh negara sepanjang tahun. Selain daripada itu, melalui program AWASI atau dengan izin, Area Watch and Sanction Inspection, rondaan, pemerhatian serta mengenal pasti kenderaan- kenderaan berenjin diesel yang didapati mengeluarkan asap hitam berlebihan. Bagi kenderaan yang melepaskan asap yang melebihi 50ssu dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 seperti yang telah diperuntukkan dalam peraturan di atas. DN.28.7.2010 87

■1840 Yang Berhormat Datuk Haji Roslan bin Awang Chik membangkitkan isu pencemaran sungai yang berpunca daripada pembuangan sisa toksik, industri domestik, pertanian dan juga penternakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian melaksanakan pendekatan pencegahan dan pengawalan untuk menangani isu pencemaran sungai di negara ini. Sebagai contoh, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya, khususnya dari punca atau point sources yang tertakluk di bawah akta tersebut. Di samping itu, pihak kementerian juga melaksanakan langkah-langkah struktur seperti pemasangan gross pollutant trap dan log boom bagi mencegah pencemaran sungai, di samping melaksanakan aktiviti-aktiviti kesedaran mengenai kepentingan sungai di dalam kehidupan seharian serta melaksanakan program pencegahan pencemaran dan peningkatan kualiti air sungai. Namun begitu, usaha-usaha menangani isu pencemaran sungai melintas sektor dan melibatkan pelbagai kementerian dan agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri. Justeru, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Sumber Air, Kuantiti dan Kualiti Air yang dipengerusikan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk menangani isu pencemaran sungai di negara ini. Jawatankuasa ini dianggotai oleh NRE, Kementerian Kesihatan, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dan kementerian saya iaitu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Yang Berhormat Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi menyarankan agar penerbitan-penerbitan berhubung biodiversiti diterjemahkan dalam bahasa Malaysia untuk memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat. Sememangnya pihak kementerian mengambil makluman cadangan Yang Berhormat dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menterjemahkan penerbitan yang sesuai tentang isu biodiversiti ke bahasa Malaysia untuk memberi manfaat kepada semua lapisan masyakat. Yang Berhormat Senator Tuan Ezam bin Muhammad Nor membangkitkan isu melombong pasir di kawasan berhampiran Taman Paya Indah Wetlands di Dengkil. Beliau melahirkan kebimbangan bahawa aktiviti ini akan mengancam keindahan tasik dan seluruh habitat haiwan di Taman Paya Indah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian memang prihatin terhadap kebimbangan tentang kegiatan perlombongan pasir di kawasan bersempadan dengan Paya Indah Wetlands berhampiran Kampung Olak Lempik di Daerah Kuala Langat ini kerana kegiatan ini akan menjejaskan kedudukan paras air di kawasan tersebut. Sehubungan dengan itu, Jabatan Alam Sekitar telah membuat pemeriksaan tapak pada 12 Julai tahun ini. Pihak kementerian difahamkan bahawa kerja-kerja pembaikan menaikkan benteng sedang dilaksanakan serta emergency spillway telah ditinggikan oleh pihak yang terlibat dalam pengorekan pasir bagi mengelakkan pengaliran air keluar. Selain itu, satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah ditubuhkan untuk menilai kesan perlombongan pasir terhadap Paya Indah Wetlands . Di samping itu, kementerian juga telah memutuskan bahawa mana-mana pihak yang ingin melaksanakan Environmental Management Plan hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan Environment Impact Assessment (EIA) . EIA bertujuan untuk mengkaji impak aktiviti perlombongan pasir ke atas alam sekitar dan mengesyorkan langkah-langkah kawalan untuk mengatasinya. Dalam hubungan ini, EMP merupakan pelan yang memberi tumpuan kepada langkah-langkah kawalan yang digariskan dalam EIA. Yang Berhormat Senator Tuan Pau Chiong Ung membangkitkan masalah banjir serius yang sering berlaku di lembah Sungai Rajang yang menyusahkan penduduk di Sibu dan kawasan-kawasan sekitarnya. Beliau menyarankan agar kementerian memberi perhatian sewajarnya untuk menangani masalah ini. 88 DN.28.7.2010

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pendekatan pengurusan banjir yang dilaksanakan bagi Bandar Sibu ialah: (i) membina benteng di sekeliling Bandar sepanjang 22 kilometer serta membina 11 buah rumah pam bagi mengeluarkan air yang berlebihan. Kaedah ini telah berjaya digunakan di Taman Sri Muda dan TTDI Jaya di Selangor, dan juga di negara Netherlands; (ii) mengorek sungai di tempat-tempat terpilih bagi melancarkan laluan air; dan (iii) menaikkan sistem perparitan di kawasan bandar. Kerajaan yakin dengan pelaksanaan langkah-langkah ini dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan seterusnya dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, masalah banjir di Sibu akan dapat dikurangkan. Mengenai saranan Yang Berhormat Tuan Senator Pau Chiong Ung supaya tindakan diambil untuk mengatasi masalah kecetekan muara sungai Kemena di Sarawak, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, kementerian peka dengan masalah kecetekan muara Sungai Kemena di Bintulu, Sarawak. Bagi menangani masalah ini, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah memohon peruntukan yang sewajarnya dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk menjalankan kajian di muara Sungai Kemena untuk menentukan penyelesaian jangka masa panjang. Yang Berhormat Senator Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin membangkitkan isu penjualan tanah rizab Melayu... Datuk Akbar bin Ali: [Bangun] Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: Biarlah saya habis dahulu ayat ini. Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang berhormat, silakan. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: Ini berkaitan dengan isu tanah rizab Melayu. Yang Berhormat Senator Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin membangkitkan isu penjualan tanah rizab Melayu kepada bukan bumiputera, manakala Yang Berhormat Senator Datuk Akbar bin Ali bertanya mengenai pemilikan tanah rizab Melayu. Untuk makluman Yang Berhormat Senator Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin, mengikut makluman yang diterima oleh kementerian daripada pentadbiran tanah negeri- negeri, tidak ada rekod tanah-tanah rizab Melayu yang dijual kepada bukan bumiputera. Sekiranya ada cubaan untuk mendaftarkan pindahan milik tanah rizab Melayu kepada bukan Melayu, maka Pejabat Tanah akan menolak permohonan tersebut kerana bercanggah dengan Enakmen Rizab Melayu kerana penjualan tersebut adalah tidak sah dan tidak berkuasa. Walau bagaimanapun, sekiranya Yang Berhormat mempunyai maklumat atau bukti-bukti berlakunya pindah milik tersebut, bolehlah dikemukakan kepada pihak berkenaan untuk siasatan selanjutnya. Datuk Akbar bin Ali: Terima kasih. Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin: Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, beri Datuk Akbar dahulu, selepas itu Yang Berhormat. Datuk Akbar bin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Selepas ini Yang Berhormat Tan Sri Datuk Akbar bin Ali: Saya buat masa ini ada 2 soalan. Berkenaan dengan banjir tadi, kita memang mengucapkan ribuan terima kasih kerana banyak usaha dibuat oleh DN.28.7.2010 89 kerajaan terutama dari segi peruntukan dan sebagainya untuk mengatasi maslah banjir. Akan tetapi itu on the input side of the equation Yang Berhormat ya, dengan izin. Saya juga minat on the outcome side of the equation. ■1850 Boleh atau tidak Yang Berhormat terangkan keberkesanan usaha-usaha ini menggunakan indeks-indeks tertentu yang bersifat kuantitatif dan kualitatif yang boleh menunjukkan bahawa sesungguhnya kerajaan telah berjaya atau sebaliknya dalam menangani masalah banjir ini sebab dengan data seperti ini boleh menunjukkan prestasi itu. Keduanya, berkenaan dengan rizab tanah Melayu ini, kalau benarlah tidak ada dijual kepada bukan Melayu tetapi isunya yang saya bangkit di sini itu Tan Sri bangkitkan, saya agak pasti bahawa ada tanah-tanah Malay reserve ini diambil bagi tujuan pembangunan. Jika sekiranya benar, adakah tanah-tanah ini diganti, di equivalent seperti mana yang dituntut oleh Kanun Tanah Negara dan selaras dengan Wasiat Raja-Raja Melayu? Satu lagi tentang ketiga, saya ada bangkitkan soal global warming , kalau akan dijawab, saya akan menunggu jawapannya. Terima kasih. Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Baik Yang Berhormat, agaknya untuk menyenangkan Yang Berhormat ini, ada samakah Yang Berhormat? Is it, adakah juga sama dengan yang itu? Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin: Saya hendak maklumkan buktinya. Tuan Yang di-Pertua: Okey. Silakan. Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin: Kebetulan di Batu 7 1/2 Jalan MRR2 di Gombak – sebab saya mempunyai sebidang tanah di hadapan itu. Saya ada dua ekar tanah di hadapan, di belakang tanah saya itu, ada 400 lot di situ telah dijual kepada orang Cina. Rizab itu rizab Melayu! Saya ada buktinya kerana saya ada tanah di situ. Jadi, tanah saya itu memang saya beli kerana rizab Melayu. Jadi, di belakang itu semua adalah rizab Melayu, Batu 7 1/2 Jalan MRR2, Gombak. Jadi itu buktinya. Jadi kalau ada keperluan itu, saya boleh bawa pegawai untuk ke sana kerana tanah di negeri Selangor ini di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor. Jadi kerana itu saya tidak tahu bagaimana tanah itu dijual. Begitu juga di Hulu Klang di hadapan FINAS juga ada beberapa lot tanah yang telah dijual dan sekarang ini dibangunkan oleh bukan bumiputera. Itu buktinya. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, sebelum Yang Berhormat jawab, boleh kalau boleh saya bantu. Masalah tanah kalau sekiranya dari segi undang-undangnya tidak boleh dipindah milik kepada yang bukan Melayu. Kalau sekiranya berlaku, besar kemungkinan berlaku penyelewengan, penipuan dan sebagainya. Andainya ada berlaku penyelewengan dan sebagainya, buat polis report dan tindakan sewajarnya, siasat akan diambil. Selepas itu mungkin agaknya kementerian terpaksa membetulkan perkara ini dan ini saya cuma hendak beri pandangan dari segi perundangan. Terima kasih. Yang Berhormat, kalau boleh sambung. Ada apa perbezaankah apa saya cakap tadi? Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: Saya ingin jawab sedikit sebanyak... Tuan Yang di-Pertua: Ini soalnya tanah rizab Melayu dipindah milik kepada yang bukan Melayu, dari segi perundangan, tidak boleh! Kalau berlaku, ia perlu disiasat. Terima kasih. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: Saya berpendapat, itu satu jawapan yang cukup tepat sekali seperti mana saya katakan sebentar tadi... [Ketawa] Kalau ada pertukaran pun, it is a non legal. Tuan Yang di-Pertua: Memang. Benda ini banyak berlaku. I think tidak perlu kita cerita panjang. Benda berlaku ini, make a report then perkara itu kita akan ambil tindakan. Kementerian elok agaknya mengambil perhatian dan untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang tertentu. Terima kasih. 90 DN.28.7.2010

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau ada bukti seperti mana saya katakan sebentar tadi itu, Yang Berhormat dialu-alukan untuk membuat aduan kepada pihak yang berkuasa dan akan disiasat dan dengan ada perundangan yang kita sedia kala ada, maka tindakan akan diambil. Berkaitan dengan soalan Ahli Yang Berhormat tadi itu, berkaitan dengan kuantitatif untuk mengukur kejayaan berkaitan dengan penjagaan sungai. Itu satu cadangan yang lebih baik dan kita akan kaji itu. Kedua ialah berkaitan dengan pengambilan tanah. Saya sudah tahu maksud Yang Berhormat tadi sama ada tanah itu diambil pihak kerajaan untuk public purpose atau lain mungkin ia punya tujuan. Akan tetapi kalau ia diambil oleh kerajaan for a public purpose, saya difahamkan bahawa status tanah itu tidak ditukar. Ia juga merupakan status Malay reserve juga. Jadi, soal untuk mengganti itu tidak timbul. It will still remain as a Malay reserve land . Jadi, hanya kita mempertimbangkan pembayaran pampasan. Itu sahaja yang kita... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya boleh tambah masalah yang Datuk Akbar bangkitkan. Kalau sekiranya tanah itu diambil oleh kerajaan melalui, dengan izin, Land Acquisition Act, maknanya tuan tanah tidak ada hak menahan tetapi persoalannya harga nilai itu mestilah mengikut persetujuan pihak yang berkenaan. Kedua, kalau sekiranya tanah itu adalah Malay reserve , diambil oleh kerajaan, selepas itu ia beri kepada swasta dijadikan – itu salah! Dari segi perundangannya salah. Ada kes dahulu, kes Muslim, kes lama sudah. Itu dari segi perundangannya very clear , jelas sekali. Oleh demikian, agaknya banyak perkara ini berlaku. Kalau kerajaan ambil, selepas itu dia beri kepada commercial purpose, maknanya kalau dia ambil - must be, mestilah untuk kepentingan awam. Tidak boleh kepada benda-benda lain. Kalau pergi kepada komersial, itu sudah melanggari niat atau pun spirit undang-undang yang kita wujudkan. Terima kasih. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Akhir sekali ialah berkaitan dengan pemanasan global itu. Bagi itu mungkin tidak ada kait- mengait berkaitan apa yang saya sedang bicarakan sekarang ini jadi, tidak perlulah saya untuk menjawab itu. Boleh saya teruskan Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Teruskan. Yang Berhormat teruskan. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: Berhubung pertanyaan Yang Berhormat Senator Datuk Akbar Ali adalah dimaklumkan bahawa berdasarkan maklumat yang diterima daripada pentadbiran tanah negeri-negeri, jumlah keseluruhan tanah rizab Melayu di Semenanjung Malaysia ialah 4.268 juta hektar. Yang Berhormat Datuk Akbar Ali juga telah membangkitkan isu pemilikan tanah iaitu berapa banyak tanah dikuasai oleh rakyat Malaysia dan bukan rakyat Malaysia. Beliau mencadangkan supaya Kanun Tanah Negara dikaji semula agar kepentingan negara tidak terabai. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, maklumat dan data lengkap mengenai pemilikan tanah oleh rakyat Malaysia dan bukan rakyat Malaysia hanya terdapat di pentadbiran tanah negeri masing-masing. Kementerian telah mengambil langkah sewajarnya untuk mengumpul data-data ini. Proses ini mengambil masa dan bergantung kepada kerjasama dari semua pihak pentadbiran yang berhubung kait dengan tanah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak kementerian telah memulakan kajian semula Kanun Tanah Negara untuk memenuhi keperluan semasa dan ke arah melaksanakan agenda transformasi sistem penyampaian pentadbiran tanah. Skop kajian yang dijalankan ini melibatkan kajian kepada peruntukan-peruntukan Kanun Tanah Negara yang didapati lapuk dan tidak lagi sesuai dengan kehendak semasa. Justeru itu, kementerian mengalu-alukan apa-apa cadangan atau pandangan daripada semua pihak mengenai kajian tersebut melalui laman web JKPTG, www.kptg.gov.my, national line code online consultation. Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahim mencadangkan kerajaan mewujudkan satu pangkalan data berpusat yang berfungsi sebagai daftar aset hartanah kerajaan yang komprehensif dan terkini bagi membolehkan pihak kerajaan menilai dan membuat keputusan dengan cepat dan tepat. DN.28.7.2010 91

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan sememangnya mempunyai rekod dan daftar aset hartanah milik Kerajaan Persekutuan yang didaftarkan atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. ■1900 Maklumat mengenai aset hartanah tersebut adalah disimpan di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian dalam dua bentuk iaitu berbentuk digital dan berbentuk numeral bagi memelihara ketetapan maklumat. Ahli-ahli Yang Berhormat saya kira semua isu, saranan dan cadangan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh... Datuk Akbar bin Ali: [Bangun] Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: ...Terutama yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada yang minta laluan. Datuk Akbar bin Ali: Minta laluan. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: Ada lagi? Datuk Akbar bin Ali: Ada. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenar isu global warming telah saya bangkitkan tetapi mungkin terlepas pandang pegawai Yang Berhormat Datuk mungkin terlupa hendak menyediakan jawapan. Isu yang saya bangkitkan ialah apakah roadmap kerajaan dalam menangani isu global warming ini yang saya katakan mengikut satu sumber the economic cost ialah kombinasi World War I, World War II plus the Great Depression begitu severe dia punya potential effect nya. [Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat ] Seterusnya yang kedua saya cuba kaitkan, apakah roadmap kerajaan untuk merealisasikan komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Conpenhagen dan apakah implikasi terhadap kehidupan kita dalam usaha ke arah itu termasuk greening the economy . Satu lagi sebenarnya Yang Berhormat Datuk, Yang Berhormat Datuk ada hutang saya jawapan ini jawapan bertulis dalam sesi yang dahulu sehingga sekarang belum terima. Terima kasih. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: Saya tidak tahu di mana kesilapan itu oleh sebab jawapan secara bertulis itu saya telah difahamkan diberi kepada Yang Berhormat sendiri yang lalu itu, yang sudah lalu. Akan tetapi tidak apa jangan khuatir, saya akan check sekali lagi. Berkaitan dengan global warming sebentar tadi hanya yang saya boleh cakap di sini ialah kementerian saya mempunyai master plan . Master plan untuk diadaptasi mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan diagnose carbon mengurangkan global warming ini. Dia ada berhubung kait dengan pengurusan sisa pepejal renewable energy , perhutanan dan sebagainya. Saya juga telah difahamkan bahawa selain daripada itu Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sudah pun menjawab soalan ini, tetapi kalau Yang Berhormat ingin mengetahui secara komprehensif lagi saya fikir kami tidak keberatan memberi taklimat kepada Yang Berhormat. Sekian dan Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seterusnya diminta Kementerian Luar Negeri untuk menjawab. Sebelum itu Dewan Negara mengalu-alukan dan ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana datang sendiri untuk menjawab bagi pihak kementerian... [Tepuk] Terima kasih. 7.04 mlm. Menteri Luar Negeri [Dato’ Sri Anifah bin Aman]: Bismillahhir Rahmannir Rahiim . Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh , salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli- ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian di dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh di Dewan yang Mulia ini dari 20 hingga 26 Julai 2010. 92 DN.28.7.2010

Izinkan saya memberi penjelasan terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan tersebut. Perkara pertama iaitu hubungan Malaysia dengan Indonesia. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin telah menyentuh isu-isu berkenaan hubungan Malaysia-Indonesia. Ingin saya tekankan di sini bahawa Malaysia dan Indonesia sentiasa mempunyai hubungan dua hala yang mesra dan juga akrab. Sesungguhnya adalah menjadi amalan dan prinsip Dasar Luar Negara Malaysia untuk sentiasa berbaik-baik dengan semua negara, lebih-lebih lagi dengan negara jiran seperti Indonesia. Kontroversi yang tercetus di Indonesia berikutan penayangan klip Tarian Pendet dan isu berkaitan sempadan Laut Sulawesi telah mengakibatkan provokasi meluas dari pihak-pihak media Indonesia yang mengambil kesempatan untuk mengeksploitasikan isu- isu tersebut yang berpotensi untuk mengeruhkan lagi hubungan di antara Malaysia dan Indonesia. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini pada tahun lalu di bulan Ramadhan saya sendiri telah pun berkunjung ke Indonesia untuk memberi penjelasan yang terperinci pada pihak-pihak berkuasa. Saya telah juga membawa sepucuk surat daripada National Geographic yang mengatakan bahawa merekalah yang bertanggungjawab atas penayangan klip Tarian Pendet dan bukannya Kerajaan Malaysia. Ia telah disambut baik oleh pihak Kerajaan Indonesia dan akhirnya masalah itu dapat kita selesaikan. Dalam isu berkaitan sempadan Laut Sulawesi pula Tuan Yang di- Pertua, kini kita sedang dalam rundingan dan kita memanglah mengetahui bahawa batasan sempadan Laut Sulawesi ini agak sulit. Oleh itu kedua-dua negara telah pun mengambil keputusan supaya apa juga penyelesaian yang dicapai adalah juga dalam keadaan win-win situation di antara kedua buah negara. Ingin saya memberi syor di sini pada rakyat Malaysia bahawa kita akan selesaikan perkara ini secepat mungkin dengan mengambil kira manfaat-manfaat kepada kedua buah negara. Juga di peringkat yang tertinggi Tuan Yang di-Pertua, hubungan baik di antara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan TYT Presiden Republik Indonesia terbukti dengan adanya kekerapan lawatan antara kedua-dua pemimpin utama dan juga kita ada satu acara rundingan tahunan Malaysia-Indonesia ataupun annual consultation, dengan izin yang merupakannya satu-satu mekanisme yang terpenting untuk memantapkan lagi hala tuju hubungan dua hala kedua-dua negara. Kejayaan hasil rundingan tersebut telah dijadikan sebagai panduan bagi pegawai-pegawai kerajaan kedua-dua negara bagi mempertingkatkan lagi hubungan demi keberuntungan bersama. Selain itu Kementerian Luar Negeri juga mengaturkan mesyuarat-mesyuarat berkala seperti Suruhanjaya Bersama, Joint Commission Meeting, dengan izin dan membantu usaha agensi-agensi kerajaan lain dalam mesyuarat-mesyuarat seperti Jawatankuasa Sosio Ekonomi, Jawatankuasa Sempadan Bersama dan Jawatankuasa Am Sempadan. Pada masa yang sama Kementerian Luar Negeri juga menyelaras mesyuarat- mesyuarat bagi Kumpulan Tokoh-Tokoh Terkemuka atau Imminent Personal Group dengan izin di antara Malaysia dan Indonesia. Sehubungan itu buat masa ini tidak ada lagi perancangan untuk menubuhkan satu lagi jawatankuasa untuk meneliti hubungan di antara Malaysia dan Indonesia kerana jawatankuasa-jawatankuasa yang sedia ada adalah memadai untuk berbincang dan menyelesaikan segala isu yang dihadapi di samping mempertingkatkan lagi hubungan antara kedua buah negara. Isu yang kedua ialah pertambahan kakitangan wakil di Jeddah. Tuan Yang di- Pertua, menyentuh kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad mengenai kekurangan penjawat awam di Konsulat Malaysia di Jeddah, Kementerian Luar Negeri menghargai keprihatinan Yang Berhormat terhadap perkara tersebut. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Luar Negeri sememangnya sentiasa mempunyai perancangan untuk memperkukuhkan lagi kekuatan semua perwakilan Malaysia di luar negeri khususnya untuk menguruskan dan memberikan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia yang berada di luar negeri termasuklah bagi Konsulat General di Jeddah, Arab Saudi. DN.28.7.2010 93

Untuk makluman Dewan yang mulia ini selanjutnya, selain daripada penjawat awam daripada Kementerian Luar Negeri terdapat juga penjawat awam daripada agensi- agensi lain seperti Lembaga Tabung Haji, MATRADE, Tourism Malaysia dan Kementerian Pelajaran yang sentiasa menyokong tugasan-tugasan dan urusan-urusan yang berkaitan. Berkenaan dengan bangunan Kerajaan Malaysia di luar negara Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Senator Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad juga telah bertanyakan tentang jumlah bangunan di luar negara yang disewa atau dibeli oleh kerajaan. ■1910 Pada masa ini, Kerajaan Malaysia mempunyai 105 perwakilan. Perwakilan- perwakilan ini adalah yang beroperasi di bangunan milik Kerajaan Malaysia dan juga yang beroperasi di bangunan yang disewa. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Malaysia mempunyai 32 buah bangunan canseleri, 33 buah bangunan kediaman rasmi dan 189 buah unit kediaman home based staff, dengan izin di bawah tanggungjawab dan seliaan Kementerian Luar Negeri. Pada masa ini terdapat dua buah unit bangunan canseleri dan dua buah unit bangunan kediaman rasmi yang sedang dalam pembinaan iaitu di Islamabad, Pakistan dan Phnom Penh, Cambodia. Jumlah bangunan yang disewa pula sebagaimana mengikut pecahan adalah sebanyak 73 buah unit bangunan canseleri, 76 buah unit kediaman rasmi dan pelbagai jenis kediaman bagi home based staff. Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM123,080,994 bagi tahun 2009 untuk kadar sewa keseluruhannya. Berhubung dengan pemilikan hartanah-hartanah kerajaan di luar negara, Kementerian Luar Negeri di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh mempunyai perancangan untuk membuat perolehan baru secara pembelian terus, mempertimbangkan perolehan tanah secara timbal balas dan juga mengutamakan projek-projek pembinaan kompleks kedutaan di hartanah-hartanah sedia ada yang belum lagi dibangunkan. Satu lagi pertanyaan iaitu penyertaan Malaysia di pertubuhan antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop bertanya... Datuk Akbar bin Ali: Mohon mencelah Yang Berhormat. Dato’ Sri Anifah bin Aman: Izin saya habiskan. Manfaat atau faedah yang diperoleh oleh Malaysia dengan menyertai pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti OIC, ASEAN, D-8, NAM dan PBB. Silakan. Datuk Akbar bin Ali: Terima kasih Yang Berhormat Dato’. Timbalan Yang di-Pertua: Silakan. Datuk Akbar bin Ali: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan di atas perkhidmatan yang diberikan kepada saya sendiri oleh kakitangan Dato’ di luar negara yang saya dapati seperti di Thailand, Hanoi, Paris memang memuaskan hatilah. Cuma saya hendak menarik perhatian Yang Berhormat Dato’. Negara kita daripada segi per kapita adalah lebih tinggi berbanding dengan Indonesia, Thailand, China dan beberapa negara lain walaupun kita ada lebih rendah pula berbanding dengan negara-negara yang lain pula. Soalan saya di sini berbanding dengan negara-negara seperti Thailand, Indonesia yang mana per kapitanya lebih rendah daripada kita dan kadar kemiskinan lebih tinggi daripada kita tetapi kemudahan yang diberikan kepada pegawai-pegawai diplomat mereka di negara-negara mereka bertugas, nampaknya jauh lebih baik, lebih lumayan berbanding dengan pegawai kita. Kadang-kadang rasa malu apabila kemudahan itu lebih rendah. Boleh atau tidak ditimbangkan supaya kemudahan-kemudahan ini ditambah, ditingkatkan supaya lebih selesa untuk pegawai ini bertugas dan dengan itu dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan mengharumkan lagi nama negara pada mata dunia. Terima kasih. 94 DN.28.7.2010

Dato’ Sri Anifah bin Aman: Terima kasih atas pandangan dan cadangan Yang Berhormat. Memanglah hasrat kerajaan dan juga Kementerian Luar Negeri untuk memastikan penjawat-penjawat awam di luar negara memperkenalkan satu imej yang boleh kita bangga-banggakan. Pada ketika ini, kita juga harus melihat daripada segi kesesuaian ataupun kemampuan kewangan kita. Walau bagaimanapun, kita mempunyai perancangan- perancangan yang terperinci untuk meningkatkan dan juga memberikan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi daripada segi kemudahan-kemudahan pegawai-pegawai kita. Setakat ini kalau Yang Berhormat bertanya dengan saya secara ikhlas memang saya katakan bahawa ada banyak lagi yang perlu kita perbaiki dan kita tambah, walaupun bagaimanapun perhatian ini telah pun diambil kira oleh kerajaan. Insya-Allah, kita akan memperbaikinya dari semasa ke semasa supaya misi-misi kita di luar negara bukan sahaja dapat menampilkan satu imej yang boleh membanggakan negara kita tetapi juga memberikan servis kepada warganegara-warganegara kita yang berada di negara masing- masing. Sudah jawab? [Bertanya kepada Yang Berhormat Senator Datuk Akbar bin Ali]. Okey, terima kasih Yang Berhormat. Malaysia juga dalam penyataan Malaysia di pertubuhan antarabangsa yang saya katakan tadi, Malaysia merupakan negara pengasas penubuhan ASEAN pada tahun 1967. Kini ASEAN adalah antara pertubuhan yang disegani dan diiktiraf sebagai salah sebuah pertubuhan serantau yang berjaya di dunia ini. Melalui kerjasama ASEAN, rantau Asia Tenggara telah menjadi aman, stabil dan juga makmur. Dengan wujudnya keamanan dan kestabilan politik di rantau ASEAN, Malaysia dapat meraikan banyak manfaat baik daripada segi politik, ekonomi dan juga sosiobudaya. Antara manfaat utama yang diperoleh daripada penyertaan Malaysia adalah peningkatan aliran perdagangan intra ASEAN dan juga peluang-peluang pelaburan melalui kerjasama erat ekonomi antara negara-negara anggota ASEAN seperti Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA). Tuan Yang di-Pertua, memandangkan saiz pasaran ASEAN adalah dalam kalangan 580 juta orang penduduk dengan jumlah keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar ataupun combine GDP, dengan izin sebanyak USD1.5 trilion. ASEAN telah berjaya mengadakan hubungan kerjasama erat dengan 10 negara rakan dialog seperti Amerika Syarikat, Australia, China, India, Jepun, Kanada, Kesatuan Eropah, New Zealand, Republik Korea dan juga Rusia. Hasil hubungan ASEAN dengan negara-negara rakan dialog tersebut turut dapat meningkatkan jumlah perdagangan dan pelaburan ke Malaysia dan seterusnya membangunkan ekonomi melalui peluang-peluang pekerjaan serta meningkatkan taraf kehidupan masyarakat di negara kita. Dalam konteks Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), pelaksanaan protokol pilihan dagangan OIC atau dengan izin Protocol In on the Preferential Tariff Scheme for TPS-OIC pada bulan Februari 2010 adalah meningkatkan jumlah dagangan dalam kalangan negara anggota OIC daripada 16.8 peratus pada masa ini ke 20 peratus menjelang tahun 2015. Jumlah dagangan Malaysia dengan negara-negara OIC dari Januari sehingga bulan Mei 2010 ini adalah sebanyak RM48.5 bilion. Manakala sebagai ahli Kumpulan Lapan Negara-negara Membangun ataupun D-8, Malaysia boleh memperoleh faedah melalui pelaksanaan perjanjian pinjaman prosedur visa bagi ahli-ahli perniagaan negara anggota yang dapat menggalakkan kemasukan pelabur daripada negara-negara anggota. D-8 juga telah bersetuju menggalakkan penglibatan pihak swasta sebagai pemangkin ekonomi negara D-8 pada Sidang Kemuncak D-8 Ketujuh di Abuja, Nigeria dan 4 Julai sehingga 8 Julai 2010 yang dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri Luar Negeri. Melalui keanggotaan di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pula Malaysia telah mendapat manfaat daripada aspek kerjasama, sosial dan ekonomi ke arah pembangunan mampan serta pembasmian kemiskinan di samping menjamin kestabilan dan keselamatan politik serantau dan sejagat. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan sekali lagi ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh... DN.28.7.2010 95

Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop: [Bangun] Dato’ Sri Anifah bin Aman: Tentang isu Kementerian Luar Negeri semasa perbahasan... Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri. Dato’ Sri Anifah bin Aman: Rancangan Malaysia Kesepuluh. Dijemput Yang Berhormat. Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop: [Ketawa] Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat. Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Datuk Hajah Wan Hazani binti Haji Wan Mohd. Nor: Saya minta laluan. Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Luar Negeri kita yang telah menjawab dengan panjang lebar persoalan yang saya timbulkan dalam perbahasan mengenai apakah manfaat dan faedah yang diperoleh oleh negara kita dalam pertubuhan-pertubuhan yang disebutkan tadi. Cuma saya ingin bertanya, dahulu beberapa kedutaan kita di luar negara mempunyai atase penerangan yang saya ingat di Kanada pada satu ketika dahulu. Akan tetapi sekarang ini saya tidak tahu adakah atase penerangan ini masih ada lagi di beberapa kedutaan kita. Kedua, saya juga ingin merakamkan terima kasih sekali lagi kerana rombongan daripada Dewan Negara pada tahun lepas ke Parlimen European Union di Europe yang diketuai oleh Dato’ Wong sangat bermanfaat dan kerjasama yang kita peroleh daripada kedutaan-kedutaan kita di beberapa negara Eropah dan saya antara yang ikut sertalah. Penjelasan yang saya ingin tahu yang kedua ialah tentang Yang Berhormat ada menyebut tentang Eminent Persons Group tadi khususnya antara Malaysia dengan Indonesia. ■1920 Apakah status Eminent Persons Group ini masih lagi berfungsi seperti yang diharapkan kerana daripada pengamatan saya hubungan Malaysia-Indonesia ini, NGO seperti GAPENA lebih banyak memainkan peranan untuk mengeratkan lagi hubungan serantau ini. Jadi, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat, seberapa yang boleh, terima kasih. Dato’ Sri Anifah bin Aman: Terima kasih Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat tentang adakah atase penerangan atau information attache , di kedutaan- kedutaan kita yang lain. Perkara ini adalah di bawah tanggungjawab dan keputusan Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi. Walau bagaimanapun kalau tidak silap ada beberapa negara terutama sekali negara-negara yang strategik, mereka akan menempatkan pegawai-pegawainya di kedutaan kita. Pada umumnya tugas-tugas penerangan dijalankan oleh pegawai-pegawai Kementerian Luar Negeri di kebanyakan kedutaan atau pesuruhjaya tinggi kita di luar negara. Saya juga berbangga dengan apa yang disarankan oleh Yang Berhormat bahawa layanan kedutaan kita di Eropah, apabila lawatan Ahli-ahli daripada Dewan Negara ini melawat Eropah telah dilayan dengan baik. Insya-Allah kita juga akan cuba untuk meningkatkan layanan-layanan seperti berikut supaya kita dapat membantu Ahli-ahli Yang Berhormat apabila mereka pergi ke luar negara. Tentang Eminent Persons Group antara Malaysia dan Indonesia, pada masa kini Yang Berhormat kita telah pun mengemaskinikan keahlian dengan mengambil kira juga jawatan-jawatan atau kedudukan-kedudukan seseorang itu supaya ia tepat kepada apa yang kita kehendaki. Cadangan Yang Berhormat supaya GAPENA, kita akan lihat kalau sekiranya ada ruang dan kita akan sedia untuk mempertimbangkan supaya keahlian GAPENA itu juga dapat kita sertakan dalam EPG. Insya-Allah kalau sekiranya belum ada keputusan yang rasmi ataupun kita membuat 96 DN.28.7.2010 pemilihan-pemilihan EPG itu, maka saya akan mengambil kira tentang cadangan Yang Berhormat tadi dan ada lagi? Okey, oleh itu saya sekali lagi... Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: [Bangun] Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: [Bangun] Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Yang Berhormat boleh saya minta laluan. Datuk Hajah Wan Hazani binti Haji Wan Mohd. Nor: Saya minta laluan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Inilah baru ada kesempatan untuk saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Anifah bin Aman sebagai Menteri Luar Negeri Malaysia dan terima kasih kepada pegawai-pegawai kedutaan yang berusaha mengurus membawa balik ke Malaysia, jenazah Allahyarham Tengku Asmawi Tengku Mat yang menghembuskan nafas yang terakhir di hospital negara China. Ribuan terima kasih saya dan keluarga dan sahabat handai yang rapat kepada Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara yang menanggung semua kos Allahyarham Tengku Asmawi. Begitu juga Dato’-Dato’, pegawai-pegawai Bukit Aman dan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, sehingga selamat dikebumikan jenazah Allahyarham di Malaysia. Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat. Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hanya ingin merakamkan penghargaan kepada kedutaan ataupun specifically Consulate General di Medan, kerana pada hari Sabtu yang baru lepas, saya secara peribadi telah menemui pegawai di sana, kerana saya ada seorang sahabat yang meninggal di Medan. Alhamdulillah lah dengan bantuannya, jenazah dapat dibawa balik dengan cepat pada hari minggu yang baru lalu. Begitu juga pengalaman saya di beberapa buah kedutaan rasmi kita di seberang laut yang saya rasa memang, walaupun saya bukan seorang Ahli Dewan Negara pada ketika itu, tetapi saya dapati memang tahap perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat kita ataupun pengunjung di negara, di mana kedutaan kita berada memang di tahap yang paling tinggi, terima kasih dan tahniah. Dato’ Sri Anifah bin Aman: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada kedua-dua Yang Berhormat... Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: [Bangun] Dato’ Sri Anifah bin Aman: Iaitu Yang Berhormat Datuk Hajah Hazwani binti Mohd. Nor dan juga Yang Berhormat Senator Dato’ Mohammed Najeeb Abdullah yang telah pun memaklumkan kita di Dewan yang mulia ini. Saya mengharapkan bahawa kerjasama-kerjasama yang wujud di antara agensi-agensi dan juga rakyat Malaysia di luar negara, dapatlah kita membantu rakyat-rakyat kita yang memerlukan bantuan seumpama ini. Oleh itu, sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat... Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Yang Berhormat Menteri, satu soalan last... [Ketawa] Dato’ Sri Anifah bin Aman: Okey, silakan. Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Perdana Menteri dahulu Tun Dr. Mahathir memperkenalkan Look East Policy . Sangat popular dan lama diikuti dan diheboh-hebohkan. Adakah polisi masih dikuatkuasakan atau diikuti oleh kerajaan sekarang? Terima kasih. Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad: Minta laluan. DN.28.7.2010 97

Dato’ Sri Anifah bin Aman: Terima kasih, Yang Berhormat Datuk Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah, polisi ini masih lagi dikuatkuasakan. Kita juga telah pun menghantar bukan sahaja pelajar-pelajar kita ke Jepun dan Korea tetapi juga pekerja- pekerja kita, penjawat awam untuk berlatih pada bidang-bidang yang tertentu. Saya baru juga mendapat akuan daripada pegawai, dia kata masih lagi relevan, jadi ialah ini masih lagi kita jalankan, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat. Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, saya bersama dengan kawan-kawan saya tadi untuk mengucapkan rakaman terima kasih kepada kedutaan kita di bawah Kementerian Luar Negeri, yang mana baru-baru ini saya ke XPDC (Expedition Route ). Yang pertama daripada China, Kyrgstan, Uzbekistan, Turmenistan, Iran, Turkey, Syria, Jordan dan Saudi Arabia. Dengan pertolongan dan kerjasama kedutaan, wakil kedutaan bagi saya cukup baik. Kalau tidak dapat bantuan dengan kedutaan Tuan Yang di-Pertua, susah kerana tiap- tiap sempadan di Israel, Kazakhstan , Syria cukup susah. Sampai di Turki Yang Berhormat Menteri, pasport saya dikatakan pasport palsu, setiap negeri semua lepas, sampai di Turki kata palsu. Jadi saya lepas ini hendak jumpa dengan imigresen, macam mana dia kata pasport saya palsu, jadi saya mengucapkan terima kasih dengan bantuan kedutaan kita di sana, alhamdulillah lah . Di Jeddah pun sama, terima kasih banyak, jadi saya pun tidak sangka dengan bantuan kedutaan yang begitu baik, rapat dengan orang-orang di sana, terima kasih. Dato’ Sri Anifah bin Aman: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad . Insya-Allah, alhamdulillah lah saya akan sampaikan kepada mereka yang berkenaan supaya mereka dapat lagi meningkatkan usaha-usaha seumpama ini. Tuan Yang di-Pertua, oleh itu sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kerana telah mengutarakan soalan-soalan kepada Kementerian Luar Negeri. Walau bagaimanapun sekiranya ada yang tertinggal, kita akan membuat jawapan secara bertulis, sekian wassalam. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri, seterusnya diminta Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Sebelum itu sekali lagi Dewan yang mulia ini mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Menteri sendiri datang untuk menjawab bagi pihak kementerian, terima kasih. 7.29 ptg. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar [Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan perkara-perkara yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, sepanjang perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh di Dewan Negara. Izinkan saya untuk menjawab isu-isu yang telah dibangkitkan mengikut subjek yakni: (i) Kampong Bharu; (ii) landskap di Kuala Lumpur; (iii) pembangunan Waterfront di Kuala Lumpur; dan (iv) kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur. ■1930 (v) Amanah Saham Wawasan Bandar 2020; dan (vi) Little India dan Chinatown. 98 DN.28.7.2010

Tuan Yang di-Pertua, isu pembangunan Kampung Baru telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid dan Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman. Untuk makluman Dewan yang mulia ini memang menjadi hasrat kementerian untuk membangunkan Kampung Baru dengan cara yang terbaik dan teratur yang akan mendatangkan manfaat kepada para pemilik, pewaris, orang Melayu dan juga kepada status Kuala Lumpur itu sendiri. Insya-Allah ciri-ciri kebudayaan serta kepentingan Melayu akan terus dipertahankan. Kementerian juga akan sentiasa mengambil kira dan mengutamakan maklum balas dari pewaris dan pemilik tanah Kampung Baru dalam segala aspek perancangan pembangunannya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator Datuk Haji Rizuan dan juga Senator Dato’ Haji Abdul Rahim, sebuah makmal atau lab bagi membincangkan segala perkara berkaitan dengan pembangunan Kampung Baru akan diadakan daripada 1 hingga 5 Ogos 2010 di Melaka. Lab itu antara lain akan membincangkan secara terperinci mengenai cadangan penubuhan sebuah perbadanan bagi mentadbir, mengurus dan merancang pembangunan Kampung Baru. Perkara-perkara seperti bidang kuasa struktur organisasi, keanggotaan, perwakilan pemilik dan sebagainya akan dibincang secara luas. Hasil perbincangan daripada lab ini kemudian akan dijadikan sebagai isu kandungan draf Rang Undang-undang Perbadanan Kampung Baru yang akan dibentangkan di Parlimen pada sesi persidangan insya-Allah sebelum hujung tahun ini. Mengenai model pembangunan yang akan digunakan sama model Kerinchi atau Segambut ataupun Sentul Raya semuanya akan ditentukan oleh pemilik dan pewaris sendiri. Cadangan Yang Berhormat Datuk Haji Rizuan untuk menggunakan model pembangunan semula seperti yang dibuat di flat empat tingkat Kampung Kerinchi boleh dipertimbangkan dengan beberapa pengubahsuaian di mana perlu. Ini oleh kerana keluasan pembangunan di Kampung Kerinchi itu hanya lapan ekar berbanding dengan lebih kurang 300 ekar di Kampung Baru. Mengenai skim pembiayaan inovatif ia antara beberapa kaedah yang boleh dipilih oleh pemilik tanah sama ada ingin menyertai pembangunan atau menjual terus tanah mereka. Bagi mereka yang menyertai pembangunan pulangan yang akan diperolehi mungkin di dalam bentuk unit kediaman ataupun unit perniagaan yang bakal dibina. Bagi mereka yang tidak menyertai pembangunan dan yang tidak mempunyai kewangan yang mencukupi skim pembiayaan akan disediakan buat mereka. Perkara ini akan turut dibincang secara terperinci dalam lab Kampung Baru nanti. Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian mengucapkan terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Abdul Rahim di atas beberapa cadangan beliau seperti keperluan untuk menyediakan pelan induk khusus untuk pembangunan Kampung Baru dengan pembinaan Central Core Area, dengan izin dan pembabitan GLC seperti Permodalan Nasional Berhad, Pelaburan Hartanah Berhad dan Tabung Haji sebagai pemaju dalam usaha untuk membangunkan Kampung Baru. Cadangan untuk penubuhan syarikat trust akan diambil kira apabila kementerian mengadakan perbincangan yang lebih mendalam dengan semua GLC yang tersebut. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya perkara lain yang dibangkitkan ialah mengenai landskap di Kuala Lumpur. Menurut Yang Berhormat Datuk Haji Rizuan tidak cantik. Beliau juga mahu landskap di jalan-jalan selain jalan-jalan utama turut dijadikan lebih menarik. Soal cantik atau tidak cantik dan lebih menarik adalah satu yang subjektif. Untuk makluman Yang Berhormat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang berusaha ke arah menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya bertaraf antarabangsa. Salah satu ciri yang perlu direalisasikan ialah Kuala Lumpur sebagai bandar raya taman tropika lestari menjelang 2020. Ke arah itu DBKL telah menggariskan objektif-objektif tertentu seperti membanyakkan serta menaiktarafkan taman-taman awam, kawasan rekreasi dan kemudahan riadah, pemuliharaan rizab kawasan hijau, mengintegrasikan dan menghubungkan jalinan hijau serta penjagaan landskap yang berkualiti, efisien dan selamat. Untuk makluman DBKL masih kekurangan peruntukan bagi melaksanakan landskap di jalan-jalan selain daripada jalan-jalan utama dan jalan sekitar Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun DBKL akan melaksanakan... DN.28.7.2010 99

Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Yang Berhormat minta laluan. Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin: Sekejap saya selesaikan paragraf ini Yang Berhormat Dato’. Walau bagaimanapun DBKL telah melandskapkan Kuala Lumpur dengan menggunakan peruntukan yang ada. Program jalinan hijau pula telah berjaya menanam sebayak 31,000 batang pokok sepanjang tahun ini sehingga Julai. Silakan Yang Berhormat. Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat. Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana bagi laluan kepada saya. Oleh sebab ini Yang Berhormat Menteri, saya tidak mahu bincang berhubung Kampung Baru lagi, sebab saya pun akan ada di lab yang akan dibuat di Melaka nanti. Saya hanya tertarik kepada perancangan Yang Berhormat Menteri untuk menjadi Kuala Lumpur sebagai landskap lestari. Pada pandangan saya sebagai berkecimpung dalam real estate di Kuala Lumpur ini yang sebenarnya Kuala Lumpur tidak mempunyai enough green areas yang terperinci. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Menteri sebagai Menteri yang bertanggungjawab berhubung dengan rancangan untuk develop side Pudu Jail itu, kita dengar surat khabar-surat khabar bahawa UDA akan diberi tugas untuk membuat perancangan di situ. Memandangkan kepada sejarah tapak itu, kepada sayalah apa pun yang hendak dibuat di side itu, sama ada rumah kediaman ataupun untuk perniagaan susah kita hendak jual kerana history tempat itu berhantulah macam-macam. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri kalau kita turn sahaja side jail ini sebagai satu garden ? Terima kasih. Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin: Terima kasih Yang Berhormat. Memang betul kawasan bekas Pudu Jail telah diberi milik kepada UDA dan UDA sebagai satu syarikat hartanah yang dipunyai sepenuhnya oleh kerajaan perlu juga menunjukkan prestasi dari segi keuntungan. Jadi jika mereka hanya ditugaskan untuk menghijaukan Pudu Jail ini, mungkin tidak memberikan kesan yang positif dari segi kewangan mereka. Walau bagaimanapun mungkin boleh buat satu cadangan kepada pihak UDA yang masih belum ada perancangan yang dimajukan kepada pihak kerajaan ataupun DBKL untuk masukkan ciri-ciri kehijauan yang lebih dalam suasana Pudu Jail itu seperti mungkin hantu-hantu yang masih berkeliaran akan berkurangan selepas pokok-pokok ditanam dan kehijauan bertambah di sana. Mungkin juga satu cadangan yang telah dibincangkan adalah Pudu Jail itu juga boleh digunakan sebagai tarikan seperti apa yang ada di sana, iaitu soal hantu-hantu itu mungkin boleh dijadikan tarikan kepada pelancongan-pelancongan asing juga khususnya pada waktu malam oleh kerana kawasan itu berdekatan dengan Bukit Bintang. Jadi, sekurang-kurangnya kita boleh tunjuk satu ciri-ciri pelancongan yang berbeza daripada tempat-tempat pelancongan yang lain. Boleh saya sambung Tuan Yang di-Pertua? ■1940 Timbalan Yang di-Pertua: Silakan. Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid: Yang Berhormat Menteri, boleh beri laluan? Terima kasih. Terima kasih di atas jawapan mengenai landskap tadi di Kuala Lumpur terutamanya yang saya sebut iaitu di Jalan Parlimen – setiap hari kita datang ke sini melalui Jalan Parlimen. Saya ini sebenarnya pencinta landskap dan saya amat sedih sebagai orang Kuala Lumpur. Jika saya pergi ke Putrajaya, kalau dibandingkan Putrajaya dengan Kuala Lumpur, angan-angan Yang Berhormat Menteri hendak menjadikan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai bandar dalam taman itu, kalau tidak ada peruntukan sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, ia hanya menjadi angan-angan kosong. 100 DN.28.7.2010

Pertamanya saya hendak tanya, di mana Putrajaya dapat duit, peruntukan yang begitu besar untuk menyelenggarakan atau maintain landskap? Jikalau kita lihat di Putrajaya, pokok painnya apabila di trim – kalau pergi ke Sri Perdana dan melihat pada waktu malam terutamanya, semasa di trim itu, cukup cantik! The best in the world. Saya bercakap ini kerana pengajian saya dahulu ialah pengajian landskap, sebab itu saya boleh komen. Jika Yang Berhormat Menteri pergi ke Jalan Parlimen dan tengok sendiri pokok pain yang ada itu, ada kurus, ada gemuk, ada tinggi dan ada yang rendah. Yang kena langgar macam lembu dan patah pokok itu pun tidak diganti, tinggal tompok- tompoknya. Pokok pain di Jalan Parlimen ini kalau lihat secara teliti, ada pokok-pokok lain pula tumbuh di mana dibiarkan. Kalau di trim, trim sekali pokok-pokok lain di situ. Inilah yang saya hendak tanya. Satu lagi yang saya cadangkan semasa saya duduk sebagai ahli lembaga penasihat bandar raya dahulu, 10 tahun dahulu, sehingga sekarang tidak diambil peduli. Bermula dari Jalan Muzium Negara sampai Mahameru dan sehingga di PWTC, lihat sendiri pokok itu, apabila sudah kembang tinggi, mengganggu dan nampak tua sedikit digondolkan. Digondolkan itu ambil masa dua bulan hendak tumbuh baru dan keluar bunga. Mengapa tidak ditanam pokok-pokok yang tidak perlu digondolkan? Walaupun di trim tetapi masih elok. Jika pelancong datang semasa tengah gondol dan hendak tunggu dua bulan itu, nampak hodoh! Inilah yang saya hendak bangkitkan supaya kita kena cakap – kalau hendak jadikan bandar raya bandar dalam taman, mesti kita lihat di luar sedikit daripada Kuala Lumpur. Seperti saya katakan hari itu, Majlis Perbandaran Selayang cukup cantik dan hebat. Kecil sahaja. Putrajaya besar sebab kawasan baru. Akan tetapi Majlis Perbandaran Selayang lagi hebat dan lagi cantik daripada Kuala Lumpur. Terima kasih. Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin: Terima kasih pandangan daripada Yang Berhormat Datuk Rizuan. Mungkin soal peruntukan dan soal prioriti menyebabkan mengapa DBKL ataupun Kuala Lumpur tidak mencapai ke tahap seperti di kawasan Putrajaya dan Selayang. Ini kerana tanggungjawab DBKL lebih luas daripada tanggungjawab Majlis Perbandaran Selayang. Sama juga tanggungjawab DBKL lebih luas daripada tanggungjawab di Putrajaya. Walau bagaimanapun, itu bukanlah satu alasan dan pandangan Yang Berhormat Datuk Rizuan kita akan ambil kira untuk memperbaiki lagi, khususnya pokok-pokok yang kurang sihat dalam perjalanan khususnya di jalan-jalan utama di Kuala Lumpur. Memang perkara ini telah pun dibincangkan di peringkat kementerian dan pandangan-pandangan juga telah diberi di peringkat DBKL. Mungkin satu sebab adalah kurang kepakaran dalam bidang pokok ini. Ia ada pakar-pakar tertentu di dalam bidang pokok. Di peringkat Putrajaya ada pakarnya, tetapi di peringkat DBKL tidak ada pakar seperti itu. Ia hanya ada pakar kontraktor-kontraktor yang potong pokok. Jadi dia pandai tebang pokok dan potong pokok, dia tidak tahu hendak jaga pokok. Mungkin selepas ini DBKL pun sudah ambil kira pandangan ini dan akan memperbaiki prestasi pada masa akan datang. Mengenai penggunaan pokok bunga kertas di Kuala Lumpur, program penanaman pokok jenis ini diperkenalkan pada awal 90-an. Selain pokok bunga kertas, pelbagai jenis pokok renek dan daun berwarna dan berbunga seperti ixora, sunken, musanda, murraya, heliconia dan lain-lain turut diperkenalkan. Walau bagaimanapun, pokok bunga kertas didapati mempunyai beberapa kelemahan seperti terlalu sensitif kepada asap dan kedudukan geografi Kuala Lumpur yang terletak di lembah dan dikelilingi oleh Banjaran Titiwangsa dan bukit-bukit menyebabkan kandungan air di udara adalah tinggi dan menyebabkan pokok bunga kertas kurang menghasilkan bunga secara meluas berbanding mungkin di Selayang dan mungkin juga di Putrajaya. Tuan Yang di-Pertua, mengenai cadangan pembangunan waterfront , pihak kementerian mengambil maklum di atas perkara ini, walaupun sebenarnya sungai adalah terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Pengairan dan Saliran di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Fungsi utama sungai di Kuala Lumpur adalah bagi mencegah banjir. Ke arah itu, JPS menjalankan projek-projek tambatan banjir di sungai- DN.28.7.2010 101 sungai utama yang mengalir di Kuala Lumpur seperti Sungai Batu, Sungai Gombak, dan Sungai Klang. Manakala antara peranan DBKL ialah membersihkan dan memungut sampah di perangkap sampah, mengorek dan membuang kelodak dan membaiki tebing- tebing yang runtuh. Cadangan Yang Berhormat Datuk Rizuan supaya dimajukan projek waterfront , laluan basikal dan pejalan kaki di tebing-tebing sungai di Kuala Lumpur akan dikaji dengan teliti dengan mengambil kira faktor-faktor komersial dan juga sambutan orang ramai. Sebenarnya perkara ini telah dibincangkan dalam Lab NKEA Greater Kuala Lumpur ataupun dengan izin, National Key Economic Area Greater Kuala Lumpur . Sekiranya Kabinet meluluskan cadangan-cadangan daripada lab ini, DBKL akan mengetuai usaha- usaha membangunkan waterfront di Kuala Lumpur. Berhubung isu kesesakan jalan raya terutama di lokasi-lokasi yang disebut oleh Yang Berhormat Datuk Rizuan iaitu di persimpangan Jalan Kuala Selangor, Bandar Seri Damansara dan Bandar Manjalara, MRR2 ke Pandan Indah dan Pandan Jaya, serta di Bulatan Batu Caves, kawasan ini memang merupakan lokasi yang sesak akibat bottleneck dan dengan izin, capacity traffic . Daripada tiga lokasi yang disebutkan tadi, dua adalah di luar bidang kuasa DBKL iaitu Bandar Seri Damansara dan Pandan Indah. Oleh itu, saya hanya dapat menyentuh mengenai kesesakan di Bulatan Batu Caves. Di sini, terdapat sebuah bulatan berkaki empat atau dengan izin, four legged roundabout di mana kesesakan yang paling serius adalah di ramp naik ke bulatan dari arah pasar borong. Kapasiti ramp ini tidak mencukupi atau mencapai tahap tepu pada masa puncak. Kedudukan ramp ini terletak betul-betul di atas garisan sempadan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan Selangor, di mana keseluruhan rizab jalan telah digunakan. Dalam usaha mengurangkan kesesakan, DBKL telah memasang lampu-lampu isyarat bagi memperbaiki kelicinan pergerakan trafik. Lampu isyarat ini dihubung terus ke bilik kawalan Ibu Pejabat DBKL bagi tujuan penyelarasan. Di samping itu, DBKL juga sedang menambah kamera litar tertutup (CCTV) untuk tujuan memantau trafik di kawasan hot spot yang mengalami kesesakan. ■1950 Bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur, kementerian berharap apabila inisiatif-inisiatif yang terhasil daripada lab NKRA mengenai pengangkutan awam terlaksana, satu perubahan besar di dalam sasaran penggunaan mod pengangkutan awam berbanding dengan persediaan akan meningkat daripada 12 peratus pada masa kini kepada 25 peratus menjelang akhir tahun 2012. Mengenai had-had kawasan penyenggaraan MRR2, saya difahamkan perkara ini telah dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya dalam sesi penggulungan kementerian pagi tadi. Berhubung isu jalan MRR2 di Taman Manjalara yang sering ditakungi air apabila hujan, DBKL telah mengenal pasti punca masalah tersebut ialah paras bahu jalan yang tinggi akibat longgokan pasir. Keadaan ini menyebabkan aliran air ke salur keluar terganggu. DBKL akan mengambil tindakan untuk mengatasi masalah tersebut dalam masa terdekat. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Datuk Rizuan mencadangkan supaya dividen tahunan Amanah Saham Wawasan 2020 Bandar dinaikkan kepada RM1,000. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, tujuan pemberian Amanah Saham Wawasan 2020 Bandar yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah untuk membantu golongan miskin tegar memperolehi pendapatan tambahan selain untuk menggalakkan mereka menabung dan melabur dalam pasaran saham yang dijaminkan oleh kerajaan. Justeru dividen yang diterima itu boleh dicampur dengan pendapatan dari sumber lain yang akan meningkatkan lagi pendapatan keluarga mereka. Penerima saham Amanah Saham Wawasan 2020 Bandar tidak dihalang dari menambah pelaburan mereka. Walau bagaimanapun jika pemantauan yang dijalankan oleh kementerian mendapati pendapatan isi rumah penerima saham telah melebihi pendapatan garis kemiskinan semasa yang 102 DN.28.7.2010 diguna pakai ianya bermakna isi rumah tersebut telah terkeluar dari kongkongan kemiskinan dan tidak layak lagi menerima saham 10,000 unit itu. Bagaimanapun, si penerima boleh meneruskan pelaburan di dalam Amanah Saham Wawasan 2020 Bandar dengan menggunakan sumber kewangan sendiri. Isu terakhir yang disentuh dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang membabitkan tanggungjawab Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ialah sama ada kawasan Little India dan Chinatown perlu diwujud di Kuala Lumpur. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat Senator Datuk Abdul Rahman Bakar dan juga Senator Dato’ Haji Kamarudin Ambok, pembangunan kawasan seperti Little India dan Chinatown dan juga Kampung Baru, insya-Allah, nampak seolah-olah berciri-cirikan satu kaum tersebut sahaja. Bagaimanapun sebenarnya apabila kita membangunkan kawasan seperti Little India kita turut memasukkan ciri-ciri 1Malaysia meskipun kawasan tersebut sinonim dengan penempatan kaum India. Umpamanya dalam sektor penjaja kita juga menggalakkan penjaja daripada kaum Melayu dan Cina untuk bersama-sama dengan kaum India menjaja di Little India. Begitu juga keadaan di Petaling Street ataupun Jalan Petaling ataupun dikenali sebagai Chinatown terdapat pelbagai kaum berniaga dan mencari rezeki di sana meskipun kawasan tersebut mempunyai majoriti penduduk dan peniaga daripada kaum Cina. Kita juga tidak boleh menafikan faktor sejarah bahawa majoriti penduduk, peniaga dan pekerja di kawasan Brickfields di mana akan didirikan Little India adalah terdiri daripada kaum India. Manakala majoriti penduduk di Jalan Petaling adalah kaum Cina dan turut menyumbang kepada kemerdekaan dan juga kemajuan ekonomi Malaysia. Pewujudan Little India perlu dilihat dalam konteks perpaduan dalam kemajmukan ataupun, dengan izin, unity in diversity . Untuk makluman, projek Little India adalah merupakan cadangan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri yang setelah menerajui kepimpinan Perdana Menteri saya rasa tidak sampai sehari atau dua hari telah melancarkan Little India itu. Tuan Yang di-Pertua... Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Yang Berhormat Menteri, boleh beri jalan? Okey, dua perkara. Satu ialah Chinatown, kalau kita pergi ke Chinatown boleh nampak banyak gerai dijaga oleh pendatang asing. So, nampaknya Chinatown dikuasai oleh pendatang asing, satu. Yang kedua ialah Little India iaitu tempat gerai-gerai amat tidak memuaskan. Nampaknya banyak murah, tempat macam murah dan tidak cukup tempat parking lagipun tidak ada bumbung lagi, soal parit dan saliran air dan maintenance dan juga isu sivil belum di selesai lagi. Saya harap kementerian boleh menguruskan itu secepat mungkin, terima kasih. Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan Chinatown ataupun Petaling Street memang seolah-olah ada beberapa penjaja-penjaja di sana diuruskan oleh warga asing. Akan tetapi ini adalah kelemahan daripada penjaja-penjaja yang telah dilesenkan walaupun berbagai usaha oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengambil tindakan. Jadi fenomena Ali Baba ini juga telah berjangkit kepada Baba juga di mana kaum Cina juga telah menjual lesen kepada mungkin kaum Bangladesh ataupun kaum-kaum yang lain. Jadi oleh kerana itulah kadangkala kita mengambil tindakan tetapi masalah dia apabila kita terlalu berkeras di kawasan-kawasan seperti ini ada pihak-pihak tertentu khususnya daripada pihak pembangkang mengatakan pihak kerajaan terlalu kejam kepada pihak-pihak penjaja. Jadi inilah oleh kerana mereka kata keluarga mereka tidak dapat membantu, perlu mereka adakan pembantu-pembantu daripada warga asing. Akan tetapi, memang kita memberi kelonggaran untuk pembantu yang sah tetapi kita tahu bahawa ada juga mereka yang telah menjual lesen-lesen mereka daripada kaum Cina kepada kaum-kaum khususnya bukan warganegara. Jadi bagaimanapun kita akan pantau keadaan di sana supaya Chinatown ataupun Petaling Street tidak menjadi Chittagong ataupun Bangladesh Street. DN.28.7.2010 103

Jadi berkenaan dengan Little India, apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Amat Berhormat adalah kawasan sementara yang telah dibina oleh MRCB yang telah menawarkan CSR untuk membina Little India sementara kawasan yang tetap dibinakan. Jadi tempat yang digunakan adalah satu padang dan pembinaan telah dibuat dengan secepat mungkin untuk mengejar masa sebelum waktu kaum India tidak mahu berpindah iaitu pada pertengahan bulan Julai iaitu 16 Julai sehingga Ogos mereka kata ini adalah masa yang tidak begitu baik dari segi ‘Feng Shui’ untuk berpindah. Jadi kita telah mengejar masa untuk menyiapkan iaitu MRCB yang akhirnya menyebabkan mungkin ada kekurangan-kekurangan tertentu dalam pembinaan sementara ini dari segi perparitan dan juga dari segi bumbung. Saya telah diberitahu bumbung telah ditambah dan soal parit yang kurang cukup pun akan telah diperbaiki. Jadi kekurangan- kekurangan ini akan diambil kira dan faktor-faktor lain seperti soal sewa dan lain-lain pun akan dihalusi supaya tidak membebankan penjaja-penjaja yang telah dipindah dengan sementara. Akan tetapi, kebanyakannya penjaja-penjaja sebelum ini pun telah menduduki tempat-tempat yang lebih tidak sesuai iaitu dengan cara kemudahan-kemudahan yang tidak mencukupi seperti yang ada di tempat sekarang ini. Jadi akhirnya, yang paling penting ini adalah tempat sementara apabila seluruh projek Little India itu telah siap, untuk fasa pertama adalah pada penghujung bulan Oktober ini apabila Perdana Menteri India akan bersama dalam satu majlis. Jadi kawasan Brickfields ini pada lawatan beliau pada hujung tahun ini penjaja- penjaja ini, insya-Allah , akan berada di tempat yang tetap yang saya rasa lebih selesa, lebih cantik dan akan memberi kesan yang positif peniaga-peniaga ini yang sekarang menghadapi kesulitan sementara. ■2000 [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat ] Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang membabitkan tanggungjawab kementerian ini. Kami amat menghargai segala teguran dan pandangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam usaha untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan negara. Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua: Waalaikumsalam . Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya saya persilakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. 8.01 mlm. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan II [Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang turut serta memberikan pandangan dan mengutarakan isu-isu yang berkait rapat dengan kementerian ini. Izinkan saya memberi maklum balas kepada Yang Berhormat Senator Tuan Ahmad bin Hussin dan Yang Berhormat Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi mengenai isu koperasi. Ahli-ahli Yang Berhormat sektor koperasi adalah merupakan salah satu sektor yang menyumbang kepada pembangunan serta perkembangan ekonomi negara. Pada ketika ini terdapat 7,723 buah koperasi dengan keanggotaan seramai 6.8 juta orang, modal syer RM9 bilion, aset RM65 bilion dan perolehan sebanyak RM8.9 bilion. Walaupun dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh peranan koperasi tidak disebut namun kerajaan melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia sentiasa memastikan gerakan koperasi 104 DN.28.7.2010 terus berkembang dan menjadi penyumbang berkesan dalam pertumbuhan ekonomi negara. Dasar Koperasi Negara bagi tahun 2011 hingga tahun 2020 yang telah dilancarkan baru-baru ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk melibatkan koperasi dalam agenda pembangunan negara. Selain menggalakkan penubuhan koperasi-koperasi baru melalui program 1Komuniti 1Koperasi, pelbagai program diwujudkan kerajaan supaya aktiviti koperasi dapat terus berkembang seperti meningkatkan penglibatan koperasi dalam aktiviti- aktiviti yang boleh menjana pendapatan seperti Ar-Rahnu, pemborongan dan peruncitan, pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan, pertanian dan industri asas tani serta perladangan. Kerajaan masih terus menyediakan sumber kewangan seperti bantuan pembangunan dan pinjaman mudah, tabung modal pusingan kepada gerakan koperasi. Pada tahun 2010 kerajaan menyediakan peruntukan baru sebanyak RM6.92 juta dan tambahan peruntukan bagi tabung modal pusingan sebanyak RM100 juta. Menjelang tahun 2015 bilangan koperasi yang disasarkan adalah sebanyak 12,000 buah koperasi. Merujuk kepada pertanyaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi berkaitan pengenalan pengajaran pendidikan koperasi di sekolah sebagai subjek elektif. Untuk pengetahuan Yang Berhormat kerajaan masih belum melaksanakan pengajaran pendidikan koperasi di sekolah sebagai subjek elektif. Walau bagaimanapun, kerajaan melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah mengadakan program mengenalkan koperasi dan pembudayaan keusahawanan di kalangan golongan pelajar sekolah. Ini kerana golongan pelajar sekolah adalah golongan yang akan menjadi bakal anggota dan pemimpin koperasi. Pendidikan ilmu koperasi dapat meningkatkan kefahaman berkoperasi di kalangan pelajar sebagai pelapis dan pemangkin kecemerlangan gerakan koperasi untuk menyumbang kepada pembangunan kepada negara pada masa yang akan datang, insya-Allah . Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Senator Tuan Ahmad bin Hussin mengenai ANGKASA dimaklumkan setakat ini ANGKASA masih dapat kemudahan mengutip wang bagi pihak koperasi-koperasi kredit ke atas potongan gaji bagi pinjaman oleh kakitangan kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberikan maklum balas kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin mengenai filem lama yang tidak dibayar royalti. Kementerian menyambut baik usul dan cadangan yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Senator Tan Sri dan memandang serius akan isu pembayaran royalti ke atas karya-karya hak cipta penggiat-penggiat seni tanah air. Dalam usaha memartabatkan dan mengiktiraf karya-karya tempatan serta menggalakkan penerbitannya, kementerian melalui agensinya Perbadanan Hak Intelek Malaysia (MyIPO) sedang giat mengadakan sesi-sesi perbincangan di mana pada 11 Mei yang baru lalu MyIPO telah mengambil inisiatif untuk berdialog secara langsung dengan para penggiat seni tanah air bagi merungkai isu royalti dan mencari penyelesaian terbaik untuk menggalakkan penghasilan karya-karya tempatan. Pada 19 Julai baru-baru ini MyIPO telah mengadakan satu lagi sesi mesyuarat bersama penerbit filem dan televisyen yang menjurus pada fact finding dengan izin, di mana kementerian sedang membuat pindaan terhadap Akta Hak Cipta 1987 yang akan dibentangkan pada sesi Oktober nanti, insya-Allah . Jadi kami mohon Yang Berhormat Senator Tan Sri supaya mengambil peranan yang begitu penting di dalam masa kita membuat pindaan tersebut, insya-Allah . Kementerian mengambil berat akan kebajikan anak seni tempatan dengan langkah permulaan yang telah diambil, kementerian akan terus merangka strategi di mana hak-hak penggiat seni tanah air diberikan perhatian yang serius. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberi maklum balas kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Wan Hazani binti Haji Wan Mohd. Nor, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi dan Yang Berhormat DN.28.7.2010 105

Senator Puan Hajah Noriah binti Mahat mengenai isu subsidi dan juga isu sistem kawalan harga. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat kerajaan melalui makmal rasionalisasi telah membuat penyelarasan subsidi bagi memastikan subsidi diberikan kepada golongan yang layak dan penjimatan subsidi akan digunakan untuk menyediakan kemudahan kepada rakyat seperti keperluan asas, bidang pendidikan dan kemudahan kesihatan. Penyelarasan semula subsidi ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat supaya tidak membebankan rakyat di samping memastikan bekalan barangan perlu sentiasa mencukupi di pasaran dan harga barangan terkawal. Ahli-ahli Yang Berhormat melalui penyelarasan subsidi ia dapat merapatkan jurang perbezaan harga antara negara-negara jiran dan seterusnya mengurangkan ketirisan di kawasan-kawasan sempadan. Kerajaan juga mengecualikan cukai jualan dan masih menanggung subsidi bagi memastikan pengguna menikmati harga yang berpatutan. Walaupun demikian pelarasan subsidi telah dilaksanakan kerajaan masih lagi menanggung subsidi sebanyak RM7.8 bilion setahun. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberikan... Datuk Akbar bin Ali: Mohon mencelah. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pagi tadi saya ada bercakap akan tetapi Yang Berhormat Datuk tidak ada. Jadi izinkan saya ulang sekali lagi sebab saya rasa benda ini benda baikkan. ■2010 “Datuk umpama bunga anggerik, siapa memandang sudah pasti hati tertarik”. Jawapan yang diberi tadi agak menarik perhatian saya. Jadi saya hendak timbulkan dari soal dasar berkenaan subsidi ini. Pertama, saya ucapkan terima kasih kerana usaha kerajaan hendak mengurangkan subsidi maka mengurangkan beban kewangan kerajaan. Ini akan membantu dari segi mengurangkan defisit fiskal. Cuma pendapat saya mungkin lebih baik kerajaan dalam menangani isu subsidi ini sebenarnya mengubah dasar subsidi. Apa yang saya sering bangkitkan di Dewan ini mengubah dari seri paradigm nya, subsidizing at the production level diubah kepada subsidizing at the consumption level . Dengan itu sepertimana yang ditekankan dalam MBE dan RMKe-10 kita tumpukan kepada golongan 40 peratus di bawah untuk diberikan subsidi ataupun lebih tepat lagi kumpulan miskin. Ada 3.8 peratus jadi kita tumpukan kepada mereka ini diberikan subsidi, yang lainnya tidak mendapat subsidi maka harga sebenar akan betul-betul merupakan harga pasaran. Maka tidak berlaku market distortion . Oleh yang demikian lebih banyak wang subsidi dapat diselamatkan dan hanya orang-orang yang patut mendapat subsidi diberikan subsidi maka tidak berlaku ketirisan. Apa yang berlaku sekarang dinaikkan harga subsidi yang mana orang miskin juga kena bayar ia seolah-olah Yang Berhormat ya minta maaf cakap, seolah-olah meletakkan kuda di belakang keretanya. Kita patut ubah ini. Satu lagi masalah ketirisan di border atau sempadan ini, adakah ia masalah enforcement atau sebenarnya masalah dasar? Saya fikir adalah kerana masalah dasar yang cuba diselesaikan secara pendekatan enforcement . Itu sebab ia tidak begitu berkesan kerana punca masalah ketirisan atau menjual ke luar negara itu ialah masalah harga murah, masalah dasar. Itu kita perbetulkan dahulu. Apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih. Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim: Yang Berhormat Datuk, terima kasihlah Yang Berhormat Datuk. Saya rasa macam anggerik... [Ketawa] Terima kasih. Yang Berhormat Senator ini suka color lah agaknya – color pink sedikit, lembut, pastel. Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat. Dalam kita menyentuh perkara yang serius ada jugalah kita mengambil macam kita sama-samalah berbincang dan Yang Berhormat pernah menyatakan kepada saya dan yang sebenarnya Yang Berhormat semua yang disebutkan Yang Berhormat memang setuju 100 peratus. Namun demikian Yang Berhormat kerajaan kita pada masa ini melalui rasionalisasi subsidi dan juga melalui lab-lab dan hari-hari terbuka didapati bahawa termasuk orang ramai yang mencadangkan bahawa 106 DN.28.7.2010 adanya seperti Yang Berhormat katakan memang kita hapuskan subsidi dan kita tumpukan kepada golongan yang betul-betul memerlukan. Memang itu juga satu daripadanya. Keduanya, sementara Yang Berhormat kita mendapat capture yang 3.8 peratus ini, kumpulan yang betul-betul memerlukan bantuan yang kita harus tumpukan jadi kerajaan mengadakan Program Rasionalisasi Subsidi di mana kalau mengikut saranan daripada lab kita menjurus kepada Yang Berhormat katakan tadi. Ini bermakna kita terus hapuskan atau satu jumlah atau peratusan yang tinggi dan di mana juga Yang Berhormat khasnya mengenai gula, khasnya Consumer Association of Penang , dia mengatakan kenapa tidak kita terus maintain RM2.60 sekilo? Bermakna tidak ada subsidi tetapi kerajaan mengambil juga perhatian tentang bebanan yang mungkin dialami oleh rakyat kalau kita terus mengambil satu sikap seperti itu sebab kerajaan ini kerajaan yang prihatin ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Jadi Kabinet telah menyarankan kita menggunakan baby steps dengan izin. Akan tetapi insya-Allah Yang Berhormat, memang satu hari nanti mungkin kita akan menjurus kepada apa yang disarankan oleh Yang Berhormat tadi di mana Yang Berhormat kata kalau harga sudah tidak banyak beza, Yang Berhormat kata memang tidak ada ketirisan, memang betul Yang Berhormat sebab dengan izin, not worth the effort . Ini kerana kadang-kadang dia hendak membawa ke sempadan risikonya banyak sebenarnya. Banyak pihak yang menunggu, banyak pihak yang hendak mencekup ini Yang Berhormat. Akan tetapi memandangkan sekarang atau sebelum naik 25 sen untuk gula didapati bahawa begitu lumayan sebab itu ketirisan berlaku. Jadi Yang Berhormat terima kasih banyak Yang Berhormat dan kami sangat menghargai saranan-saranan seperti ini khasnya daripada Upper House dan insya-Allah Yang Berhormat saya rasa apa yang kita katakan dalam Dewan yang mulia ini memang masuk juga dalam hansard . Memang kita menjurus kepada inilah sikap yang kita kehendaki Yang Berhormat. Kalau semua seperti Yang Berhormat mudah sedikit lah kerja kita Yang Berhormat ya tetapi kita ada subsektor-subsektor yang tidak mempunyai sefahaman seperti kita. Insya-Allah kita bermula dengan baby steps dan kita akan menjurus nanti kepada hanya menumpu kepada kumpulan sasaran yang Yang Berhormat katakan tadi. Itu pun saya pernah berbincang dengan Yang Berhormat. Mungkin disarankan, ada satu effort untuk kita supaya betul-betul dapat memutihkan senarai-senarai orang yang dikatakan miskin, miskin tegar dan mudah miskin ini supaya mudah kita mengambil tindakan-tindakan yang menjurus kepada kumpulan ini. Juga supaya yang lain kita menyumbang sedikit sebanyak untuk membantu kerajaan dan kita tidaklah dilihat sebagai heavily subsidized nation kepada seantero dunia. Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu hypermarket dan kesannya kepada pertumbuhan kedai-kedai runcit. Jadi saya ingin memberi maklum balas kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Kamarudin bin Haji Ambok iaitu mengenai isu kewujudan hypermarket yang semakin bertambah dan dilihat memberi kesan kepada pertumbuhan kedai-kedai runcit. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kementerian pada dasarnya sememangnya mengawal selia pertumbuhan pasar raya-pasar raya asing di Malaysia. Kementerian telah mewujudkan satu garis panduan bagi penyertaan asing di dalam sektor perdagangan, pengedaran di Malaysia. Salah satu objektif utama garis panduan tersebut ialah untuk memastikan pembangunan sektor perdagangan, pengedaran yang adil dan saksama termasuk kebajikan kepada pengusaha tempatan. Oleh itu setiap pembangunan dan kelulusan yang dipohon oleh pasar raya asing perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam garis panduan tersebut. Terlebih dahulu perlu dibincangkan di peringkat Mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan Pengedaran yang dipengerusikan oleh kementerian ini dan dianggotai oleh kementerian- kementerian lain seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan, Unit Perancang Ekonomi serta pihak berkuasa tempatan yang memantau setiap permohonan untuk membuka pasar raya di Malaysia. Antara peranan utama mesyuarat tersebut adalah: DN.28.7.2010 107

(i) menimbang segala permohonan pasar raya asing berdasarkan keperluan tanpa meminggirkan perkembangan dan kebajikan pengusaha-pengusaha tempatan; (ii) PBT memainkan peranan yang sangat penting semasa memberikan ulasan dan maklum balas mengenai cadangan lokasi permohonan dan juga mengenai peniaga di kawasan sekitar yang terlibat; dan (iii) setiap pengusaha-pengusaha asing juga perlu melaksanakan satu kajian impak terlebih dahulu untuk setiap permohonan pembukaan pasar raya asing. Berdasarkan syarat-syarat kelulusan pembukaan pasar raya asing maka perniagaan kedai-kedai runcit di Malaysia tidak akan terjejas dan masih terlindung serta terpelihara. Tuan Yang di-Pertua, akhir kata saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah banyak menyumbangkan pandangan dan saranan seperti tadi yang disebut oleh Yang Berhormat Datuk Akbar bin Ali bahawa banyak teguran, saranan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat akan dapat memantapkan lagi. ■2020 Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Minta laluan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Okey. Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Terima kasih banyak. Saya hendak membawa satu perkara kepada perhatian Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa koperatif- koperatif yang membayar dividen semakin kurang tiap-tiap tahun. Seperti satu laporan tahun 2006 - 1,916 unit membayar dividen, 2007 - 1,833, 2008 - 1,796 dan 2009 - 941. Jadi, tiap-tiap tahun unit koperatif yang membayar dividen semakin berkurang. Jadi, adakah ini tanda-tanda bahawa koperatif movement bukan semuanya, not all is to well dalam koperatif movement di Malaysia. Apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri? Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator tadi. Sebenarnya Yang Berhormat, dari segi urusan pembayaran dividen adalah diputuskan di dalam mesyuarat agung koperasi-koperasi itu sendiri. Jadi, kadang-kadang kalau didapati bilangan koperasi yang tidak membayar dividen ini bukan bermakna pergerakan koperasi itu lemah. Tidak semestinya Yang Berhormat. Ada koperasi dia menerangkan kepada ahli-ahlinya. Ahli lembaga koperasi ini menerangkan kepada ahlinya, kita tidak akan membayar dividen tahun ini atau beberapa tahun memandangkan untuk pembelian aset, untuk menambahkan saham dan macam- macam lagi. Jadi, Yang Berhormat, kami di Suruhanjaya Koperasi Malaysia, kita tidak boleh penalize . Kita tidak boleh mengatakan dengan izin, you must pay dividen sebab ini semua diuruskan di dalam mesyuarat agung mereka sendiri , because it is members for members. That is koperasi. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, cukuplah. Saya sendiri pun berpendapat kalau koperasi ini bergantung pada management koperasi itu. Soal dividen dan sebagainya. Agaknya cukuplah setakat itu. Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Sambunglah, gulunglah Yang Berhormat. Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Ya, terima kasih. Jadi, oleh yang demikian saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan insya-Allah segala saranan dan teguran daripada Ahli-ahli Yang Berhormat akan memantapkan lagi tugasan di kementerian ini. Sekian, terima kasih. 108 DN.28.7.2010

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Saya mempersilakan Kementerian Kewangan. Terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan kehadiran Menteri Kewangan II sendiri. Ini pun salah satu petanda yang cukup baik kepada Dewan yang mulia ini. Menteri sendiri turun memberi jawapan. Syabas Yang Berhormat... [Tepuk] 8.23 mlm. Menteri Kewangan II [Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh dan menyentuh urusan Kementerian Kewangan. Izinkan saya untuk menjelaskan beberapa isu yang telah dibangkitkan. Pertama, Yang Berhormat Senator Datuk Akbar bin Ali meminta penjelasan mengenai berapa banyak wang mengalir keluar daripada negara oleh pekerja asing. Untuk makluman Yang Berhormat, keseluruhan wang keluar, secara kasar di bawah balance of payment dengan izin, adalah sebanyak RM160 bilion. Yang melibatkan pengeluaran oleh pekerja asing adalah RM3 bilion, mewakili 2 peratus daripada keseluruhannya. Di samping itu, saya juga ingin menjelaskan bahawa kerajaan mempunyai perancangan untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Sekarang secara rasmi ada seramai 1.8 juta orang dan ini akan diturunkan kepada 1.5 juta orang dalam tempoh tiga tahun akan datang, terutama apabila kita melaksanakan Model Ekonomi Baru, struktur kerja kita akan berteraskan kepada kemahiran tinggi. Maka, penggunaan kepada buruh yang berdasarkan kepada kos ini akan kurang. Yang Berhormat juga menyentuh tentang GLC, tentang penswastaan. Saya ingin menyatakan di sini bahawa tujuan kita menswastakan beberapa syarikat yang mempunyai hubungan dengan kerajaan adalah bertujuan untuk, pertama kita mahu supaya ekonomi bidang perniagaan ini biarlah dilaksanakan oleh sektor swasta kerana mereka sepatutnya menjalankan tugas itu. Dengan ini, mengurangkan penglibatan kerajaan di dalam bidang- bidang perniagaan. Di samping itu, kita bercita-cita untuk mencergaskan bursa Malaysia. Kita sedar dalam perbincangan kita dengan pihak dalam dan luar negara, antara isu yang dibangkitkan adalah saiz bursa kita kecil dibandingkan dengan negara luar. Kemudian, dari segi velocity perniagaan di dalam bursa, tidak begitu pantas disebabkan sebahagian daripada saham dalam bursa dimiliki oleh kerajaan. Apabila ini dipindahkan kepada swasta, akan berlaku kekerapan perniagaan. Ini akan menambahkan velocity. Kemudian Yang Berhormat bertanya mengenai Sime Darby. Saya ingin menjelaskan di sini bahawa terdapat persepsi bahawa Sime Darby mengalami kerugian sebanyak RM1.7 bilion. Apa yang berlaku sebenarnya, pihak Sime Darby menyediakan peruntukan RM1.7 bilion pada tahun fiskal 2010 sehingga suku tahun ketiga. Suku tahun ketiga adalah sehingga bulan Mac. Ini adalah bertujuan untuk mengambil kira kerugian yang mungkin akan dialami. Dalam bahasa Inggeris provision for potential loses. Itu belum rugi lagi. Saya ingin jelaskan di sini, dengan adanya peruntukan tersebut RM1.7 bilion, sebenarnya pada suku tahun ketiga iaitu pada bulan Mac, 31 Mac 2010, third quarter of the financial year dengan izin, mereka telah memperoleh keuntungan RM1.716 bilion. Setelah ambil kira provision . Maknanya kalau secara arithmatic , kalau tidak ada provision tersebut bermakna Sime Darby mendapat keuntungan RM3.4 bilion. Itu secara arithmatic . Yang Berhormat juga menyentuh mengenai tentang SPANCO. Kita tahu SPANCO telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan begitu lama. Kerajaan mengambil sikap untuk ‘berkolaborasi’ dengan syarikat swasta untuk menjaga kereta kerajaan. Ini kerana, di bawah pengendaliannya sendiri terdapat beberapa masalah. Jadi, diserahkan kepada SPANCO. Kita sedar apabila diserahkan kepada SPANCO, ada isu-isu mengenai pembayaran lebih. Justeru Kerajaan telah mengadakan dua kali kajian. Berdasarkan kajian tersebut, akhirnya pada awal tahun 2000 kita telah mengurangkan kos pembayaran kepada DN.28.7.2010 109 syarikat SPANCO. Pada tahun 2009 jumlah yang kita keluarkan adalah RM190.2 juta, pada tahun 2010 sehingga bulan Jun RM100.7 juta. Ini termasuk bayaran sewa kereta tersebut dan juga perkhidmatan servis kereta. Yang Berhormat Dr. Syed Husin Ali bertanya mengenai dengan pemilihan kontraktor oleh kerajaan. Kita melihat daripada dua aspek. Pertama, syarikat manakah yang patut kita pilih untuk mendapatkan kontrak kerajaan. Kita mengenakan kriteria tertentu. Pertama, mesti berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan CIDB dan juga dalam bidang-bidang yang dimaksudkan. Kedua, keupayaan syarikat untuk mengurus dan bilangan pekerja teknikal yang mereka miliki, pengalaman dan prestasi kerja, beban dan kedudukan kerja dalam tangan, kedudukan kewangan serta kriteria lain yang bersesuaian. Itu dari segi syarikat manakah yang patut kita pilih. Dari segi sistemnya, kita mengamalkan sistem yang transparent . Pertama, kita akan membuat penilaian di peringkat agensi pelaksana yang akan membuat technical evaluation satu, berteraskan penilaian awalan. Peringkat kedua penilaian keupayaan petender dan peringkat ketiga, tender yang paling menguntungkan untuk diperakukan. Selepas itu, akan dihantar kepada Kementerian Kewangan supaya bahagian perolehan pula membuat lagi satu kajian. Adakah kajian teknikal dilaksanakan oleh agensi atau pun kementerian pelaksana itu mengikut peraturan. Setelah itu, dikemukakan kepada jawatankuasa untuk kelulusan. Jadi sistem ini adalah sistem yang terbuka, yang telus dan asas kepada semuanya adalah value for money . Bermula tahun ini kita memperkenalkan satu lagi sistem value management dan kita yakin serta percaya bahawa di bawah bajet tahun 2011, value management akan menjadi satu lagi asas untuk kita memastikan bahawa projek yang dilaksanakan oleh sektor swasta itu adalah diberi berdasarkan kepada value for money yang lebih daripada itu. Bermakna kita mahu memastikan kosnya rendah dan kita mendapat keuntungan maksimum daripada pelaksanaan projek-projek tersebut. Yang Berhormat Senator Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid membangkitkan tentang pembangunan... Datuk Akbar bin Ali: Dato’ Seri, mohon izin. Boleh Tuan Yang di-Pertua? Tuan Yang di-Pertua: Silakan. Datuk Akbar bin Ali: Dua soalan Yang Berhormat Dato’ Seri. Pertamanya saya ucapkan tahniahlah kerana dapat memberikan gambaran yang lebih tepat berkenaan Sime Darby tadi yang mana sebelum ini saya pun tidak tahu. Dua soalan tambahan saya Dato’ Seri, berkenaan dengan SPANCO itu tadi untuk memastikan benar-benar adakah ia bersifat win-win situation atau win-loose situation, dengan izin dan sesungguhnya sistem sekarang lebih baik daripada sistem dahulu. Itu satu. Yang keduanya berkenaan dengan privatisation of GLC itu tadi, saya cukup bersetuju dari sudut ekonomi tadi hendak increase the velocity dan untuk memastikan swasta betul-betul menerajui aktiviti ekonomi negara. Cuma ada satu aspek lain dalam RMKe-10 Dato’ Seri dari segi dasar kerajaan hendak memastikan bahawa jurang kekayaan akan dapat dirapatkan. Jurang kekayaan kalau diukur daripada Gini Coefficient hendak diturunkan daripada 0.44 kepada 0.42. Jadi, bagaimana hendak meyakinkan rakyat bahawa usaha privatisation ini sesungguhnya menepati juga hasrat untuk merapatkan jurang kekayaan ini tadi? Terima kasih. Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah: Tuan Yang di-Pertua, mengenai dengan SPANCO tadi, saya berani mengatakan bahawa pelaksanaannya adalah berteraskan win-win situation . Saya telah jelaskan tadi, apabila dilaksanakan oleh kerajaan sendiri, pengendaliannya mempunyai beberapa masalah. Saya membuat kajian sendiri dari segi kosnya kalau kita beli semua kenderaan, ia melibatkan sebanyak RM534 juta untuk tempoh empat tahun bagi keseluruhan 9,337. Sekarang kita ada 9,337 dalam berbagai-bagai kategori kereta daripada Perdana V6 Executive kepada Proton Chancellor. Nilainya dalam RM534 juta. Jika ini dibahagikan dengan empat tahun kerana satu kereta itu empat tahun. Bermakna, satu tahun lebih 110 DN.28.7.2010 kurang RM130 juta. Jadi tidak jauh dengan apa yang kita bayar dan ini tidak termasuk servis. Jika kita beli berteraskan kepada pinjaman bank umpamanya, ini akan menambahkan lagi dari segi faedah yang perlu kita bayar. Mengenai dengan isu privatisation GLC tadi, Yang Berhormat mengaitkan dengan GINI bagaimana hendak narrow the gap, dengan izin. Kita tidak melihat untuk tujuan melaksanakan usaha bagi kita merapatkan jurang berteraskan kepada privatisation of GLC, dengan izin. Kita mempunyai berbagai-bagai inisiatif yang kita lakukan. Saya cuba bayangkan di sini, apabila kita bercakap tentang kepimpinan kerajaan sekarang. Kepimpinan kerajaan telah mencetuskan satu idea. Pertama, kerajaan menerima hakikat bahawa negara kita terperangkap dalam middle income economy, dengan izin. Kemudiannya kerajaan memutuskan kita mesti berpindah kepada high income economy . Selebihnya di sini, kita bukan sekadar wawasan kerana apabila kita bercakap tentang hasil, wawasan hanya 1 peratus. Akan tetapi execution nya adalah 99 peratus. Bermakna kita telah ada rangka-rangka termasuklah transformasi kerajaan melalui NKRA. Kita ada New Key Economy Areas yang akan dibentangkan secara terperinci nanti sebelum hujung tahun ini. Kita ada Rancangan Malaysia Kesembilan. Cuba kita bayangkan sekiranya ini berjaya pada setiap tahun nanti, pendapatan rakyat kita akan bertambah. Kita percaya melalui salah satu inisiatif yang sedang kita buat, yang menumpu kepada low income group untuk memperkasakan mereka. Ia nanti akan dapat mengurangkan jurang GINI Yang Berhormat nyatakan itu. Bermakna, inisiatif itu banyak. Ini tidak kita ambil kira dari segi bagaimana kita hendak memindahkan rakyat kita yang bekerja daripada skil sekarang kepada skil yang lebih tinggi. Untuk itu kita menubuhkan Talent Corporation supaya kita dapat bawa balik rakyat kita. Ada 700,000 yang high powered dan bekerja di berbagai-bagai negara supaya mereka menjadi catalyst dan peneraju kepada pembangunan Model Ekonomi Baru ini. Daripada situlah nanti melalui kolaborasi itu kita dapat meningkatkan kemampuan kemahiran rakyat kita. Jadi inisiatifnya adalah besar, bukan setakat privatisation tadi. Kemudian Yang Berhormat Senator Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid menyentuh mengenai projek UDA dan juga Bukit Bintang City Centre. Saya bersetuju dengan pandangan beliau bahawa projek ini jangan dibiarkan UDA sahaja untuk melaksanakan. Memang kita mempunyai perancangan tersebut. Kita mempunyai berbagai-bagai komponen pembangunan. Kita ada residential dalam bentuk apartment. Kita ada office space, dengan izin dan kita juga ada commercial. Sekiranya Yang Berhormat melihat kepada pelan yang disediakan, kita kagum kerana apa yang cuba dibuat adalah di tengah-tengah Kuala Lumpur nanti ada satu kompleks yang saya sebut tadi iaitu yang integrated, tetapi menekankan kepada kehijauan tanaman rumput dan sebagainya. Oleh sebab ia berbentuk fasa dan mempunyai beberapa komponen projek, pihak UDA pun sedang berbincang dan berunding dengan pelbagai GLC supaya mereka turut menjadi pelaksana. Dengan cara itu, isu kedua Yang Berhormat Senator Datuk Haji Riduan merasa bimbang nanti UDA akan expose, dengan izin, kepada pinjaman kewangan yang tinggi serta pembayaran faedah yang tinggi. Insya-Allah dengan sistem itu nanti tidak akan berlaku masalah tersebut. Yang Berhormat Senator Datuk Haji Rizuan juga menyentuh tentang Real Estate Investment Trust oleh Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera, ini telah kita bincang di mana pada masa ini Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera mempunyai pelaburan hartanah berhad di mana mereka memiliki beberapa aset di Kuala Lumpur dan juga di Pulau Pinang. Ada beberapa lagi lot tanah yang akan dibangunkan. Apa yang akan dibuat melalui REIT ini nanti akan memberi peluang serupa dengan unit trust dijual kepada bumiputera secara indirect sebagai shareholder dalam REIT tadi memiliki bangunan di Kuala Lumpur. Yang Berhormat Senator Tuan Mohamad Ezam bin Mohd. Nor, Senator Dato’ Musa, Senator Datin Paduka Datuk Nor Hayati menyentuh tentang kriteria dan pemilihan ketua pegawai eksekutif syarikat GLC. Di bawah jawatankuasa Putrajaya bagi prestasi tinggi GLC yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menerbitkan garis panduan bagi pemilihan ketua pegawai eksekutif syarikat-syarikat berkaitan kerajaan. DN.28.7.2010 111

Ini juga termasuk garis panduan untuk melantik ahli lembaga pengarah, kerana kita tahu ahli lembaga pengarah mempunyai peranan besar dari segi fiduciary role . Jadi kriteria- kriteria ini ada disenaraikan. Apa yang penting di sini, CEO mestilah memiliki pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang yang mereka hendak dilantik. Kalau dalam bidang kewangan mesti mempunyai kemahiran bidang kewangan dari segi IT, telekomunikasi dan sebagainya. Ketua eksekutif juga diberi KPI. Sekiranya mereka gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab tersebut, ahli-ahli lembaga pengarah bertanggungjawab untuk mengambil tindakan termasuk tidak menyambungkan kontrak ke atas mereka. ■2040 Di samping itu, terbangkit isu mengenai seorang CEO memegang banyak jawatan ahli lembaga pengarah. Di bawah garis panduan yang saya nyatakan tadi, seorang CEO hanya dibenarkan memegang jawatan lima ahli lembaga pengarah dalam syarikat tersenarai dan sepuluh yang tidak tersenarai. Saya ingin jelaskan di sini, kalau kita banding dari segi... Dato' Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Minta laluan. Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah: Sekejap, sekejap. Kalau kita bandingkan pula dengan standard yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia, di Bursa Malaysia mereka boleh memegang sepuluh buah syarikat tersenarai dan 15 buah syarikat tidak tersenarai. Bermakna, yang kita letak itu lebih stringent lagi daripada yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia. Tuan Yang di-Pertua: Silakan. Dato' Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya pendek sahaja. Tadi Yang Berhormat kata... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, tekan mikrofon. Dato' Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Minta maaf. Tadi Yang Berhormat kata ada garis panduan tetapi yang sebenarnya board itu important . Siapakah yang akan menentukan – yang muktamadnya the members of the board sebab the chief executive boleh ditentukan oleh board of governors atau board of directors . Siapa yang menentukan dengan muktamad the chairman of the board and members of the board ? Terima kasih. Dato' Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Yang Berhormat, beri laluan. Yang Berhormat, saya memang akui tentang garis panduan Yang Berhormat Menteri bentangkan tadi tetapi bayangkan – syarikat GLC ini adalah syarikat besar-besar milik kerajaan, kalau seorang itu memegang sampai sepuluh jawatan, bolehkah dia melakukan kerja? Kalau CEO dia, lembaga pengarah dia, esok dia pengerusi syarikat itu, timbalan pengerusi syarikat ini, masa mana dia hendak betul-betul beri perhatian kepada syarikat GLC ini? Jadi saya mintalah – kita lihat hari ini terlalu ramai lembaga pengarah yang duduk seorang sampai tiga empat. Jadi saya minta kalau boleh, rakyat Malaysia yang muda-muda yang ramai yang pandai-pandai ini, kenapa tidak diagihkan sama rata? Kalau CEO, CEO lah buat kerja CEO. Kalau dia pengerusi syarikat GLC, yang lain itu beri kepada orang lain. Memang ada garis panduan tetapi janganlah kita serongkolkan supaya seorang itu seolah- olah dia seorang sahaja yang pandai. Yang kedua, duduk sebagai lembaga pengarah sampai 10 tahun, 15 tahun, menghangatkan kerusi sahaja! Tidak bolehkah kita tukar orang lain? Kalau dia itu pegawai tinggi kerajaan, habis pencen bagi duduk dekat syarikat GLC. Ini yang kita tidak mahu ada parking lot ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Puan Hajah Mumtaz binti Md Nawi: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Biar Yang Berhormat Menteri jawab dahulu selepas itu kita boleh... Bagi Yang Berhormat jawab sekejap yang dua itu dahulu. 112 DN.28.7.2010

Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah: Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Senator Dato' Musa bin Haji Sheikh Fadzir. Sebenarnya selepas kita melihat beberapa episod berlaku di dalam sektor korporat negara kita, kita di Kementerian Kewangan berbincang, kita melihat dalam konteks adakah 10-15 itu wajar atau tidak dan mengapa tidak kita kurangkan. Kita pun telah berbincang, kita mempunyai 27 juta rakyat dan ramai orang yang bijak pandai yang boleh kita gunakan. Perkara ini memang telah kita bincang. Kedua, dari segi mereka yang telah duduk lama, tindakan telah kita ambil. Kita sedar dan kita tahu yang duduk lama ini kita tukar kerana yang penting sekarang ialah fiduciary role. Malah, kita sedang melihat dari segi fiduciary role bagaimana hendak dilaksanakan kerana apabila kita cakap fiduciary role seorang ahli lembaga pengarah pergi mesyuarat dan dia mewakili diri dia sendiri, tidak ada back up support system, jadi bila dia balik, dia baliklah. Jadi kita sedang melihat bagaimana pula shareholder mesti memainkan peranan kerana shareholder mempunyai pelbagai mekanisme di dalam agensi tersebut untuk mereka memantau dengan lebih upaya lagi berbanding dengan ahli lembaga pengarah. Jadi apa Yang Berhormat nyatakan tadi betul, ahli lembaga pengarah hendaklah ditetapkan, berteraskan garis panduan yang telah kita tetapkan. Akhirnya kuasa dalam tangan kita juga. Kalau mereka tidak mengikut syarat-syarat yang kita tetapkan, kita pula ambil keputusan ke atas lembaga pengarah tersebut. Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Puan Hajah Mumtaz. Puan Hajah Mumtaz binti Md Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ada tiga soalan. Pertama bila disebut GLC, ia berkaitan dengan rakyat dan juga kerajaan. Jadi bilamana kita sebut tentang kriteria yang boleh pegang sampai lima dan sepuluh untuk yang tidak tersenarai di Bursa, saya ingin tanya, adakah pihak kerajaan bercadang bila kita mewujudkan Talent Corporation untuk memastikan yang kita bawa balik 350,000 orang itu boleh ditempatkan di GLC-GLC ini? Adakah pembaharuan ataupun pelantikan semula ahli lembaga pengarah ini ditentukan oleh pencapaian GLC yang telah mereka duduki? Yang kedua, daripada garis panduan yang diberikan lima dan sepuluh syarikat itu, berapa yang telah pun kerajaan lantik yang pegang sampai lima dan sepuluh syarikat ini? Maknanya kita guna sampai maksimum ini dari segi bilangan untuk GLC kita. Yang ketiga, untuk memastikan kelancaran RMKe-10, adakah kerajaan bercadang untuk mengurangkan daripada lima tadi kepada tiga dan lima yang tidak tersenarai di pasaran saham? Terima kasih. Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan. Tuan Yang di-Pertua: Ya, silakan. Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu yang sama. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri – terima kasih di atas jawapan tadi. Hanya sedikit penjelasan saya minta sebab apabila seseorang duduk di dalam lembaga pengarah satu syarikat gergasi ataupun konglomerat, di samping board, dia juga selalunya akan duduk dalam sub-sub committee yang sekurang-kurangnya ada lapan – separuh syarikat mungkin ada sampai 12 committee, dan itu juga akan mengambil masa ahli lembaga berkenaan. Di samping itu juga, syarikat-syarikat besar ada subsidiari. Selalunya, board yang sama juga akan duduki dalam subsidiari. Jadi kalau orang yang sama duduk dalam lima syarikat, ertinya dia akan duduk dalam mungkin berpuluh committee yang akhirnya satu company pun sudah cukup untuk dire dalam masa sebulan. Terima kasih. Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah: Tuan Yang di-Pertua, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mumtaz serta Yang Berhormat Senator Dato' Mohammed Najeeb ini telah saya rangkumkan apabila saya menjawab Yang Berhormat Senator Dato' Haji Abdul Rahim dan juga Yang Berhormat Senator Dato' Musa bin Haji Sheikh Fadzir. Jadi, perkara itu terpakailah. DN.28.7.2010 113

Yang Berhormat Senator Datuk Haji Roslan menyentuh mengenai dengan jualan insurans iaitu penjual insurans yang janjikan pulangan tinggi. Apakah bentuk tindakan yang boleh diambil oleh Bank Negara Malaysia dan Persatuan Insurans Hayat Malaysia terhadap syarikat insurans tersebut ataupun agen insurans tersebut. Syarikat insurans tersebut boleh diarah untuk memulangkan semula wang premium dan kemudian membayar pampasan insurans dijanjikan oleh agen semasa menjual polisi dan ketiga boleh mengambil tindakan undang-undang sivil ke atas pihak yang terbabit. Kemudian Yang Berhormat Senator Datuk Haji Roslan juga menyentuh mengenai dengan jualan unit teras sepertimana agen menjanjikan pulangan yang tinggi. Kita sedia maklum bahawa unit teras pulangannya adalah berteraskan kepada pasaran. Jikalau pasaran itu tinggi, maka dividen yang akan dibayar itu adalah tinggi. Bagi individu yang telah dijanjikan itu, mereka boleh membuat laporan kepada Bank Negara. Kita ada BNM LINK untuk mereka membuat laporan tersebut. Yang Berhormat Senator Dato' Haji Abdul Rahim menyentuh tentang UDA Holdings yang menyentuh mengenai kelemahan management . Yang ini kita ambil maklum. Tindakan-tindakan sedang kita ambil untuk memperkukuhkan lagi UDA. Ada beberapa pendekatan yang telah kita ambil. Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mumtaz, Yang Berhormat Senator Dato' Mohammed Najeeb menyentuh tentang soal kewangan Islam. Apa tidaknya kerajaan dan juga badan-badan GLC mengguna pakai sistem kewangan Islam dalam menjalankan operasi mereka. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, badan-badan GLC sekarang ini telah mula membiayai aktiviti melalui sukuk. Mereka telah pun memasuki pasaran, baik Khazanah dan juga badan-badan yang lain, melibatkan sukuk yang tinggi nilainya. Begitu juga anak syarikat kepada GLC, Bank CIMB telah menubuhkan CIMB Islamic Bank Berhad dan juga Takaful dan sebagainya. ■2050 Yang Berhormat Puan Hajah Mumtaz juga bertanyakan tentang Skim Galakan Perbankan Islam yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia. Untuk makluman Yang Berhormat, beberapa insentif disediakan: (i) cukai; (ii) pengurangan kos penerbitan sukuk; (iii) pelepasan cukai pegangan ke atas keuntungan dibayar oleh Bank Islam kepada pelabur asing dan liberalisasi pentadbiran pertukaran asing yang membenarkan urus niaga mata wang asing dijalankan di seluruh Malaysia; (iv) menyediakan skim galakan. Antaranya pelepasan cukai kepada Perbankan Islam dan Takaful, pengecualian sebanyak 20 peratus ke atas duti setem untuk instrumen kewangan Islam yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia; (v) pengecualian cukai ke atas keuntungan dari sukuk sama ada dalam ringgit atau bukan ringgit; (vi) potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan mempromosi Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa; dan (vii) potongan perbelanjaan penerbitan sekuriti Islam yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Di samping itu, saya ingin maklumkan juga bahawa baru-baru ini Kerajaan Persekutuan telah pun menerbitkan sukuknya sendiri di pasaran antarabangsa. Kita pada asalnya memerlukan sebanyak USD1 bilion. Oleh kerana penglibatan yang banyak iaitu sebanyak USD6 bilion, kita putuskan untuk mengambil USD1.4 bilion. Bermakna kerajaan juga melaksanakan usaha untuk membiayai aktiviti kerajaan melalui sukuk. 114 DN.28.7.2010

Yang Berhormat Tuan Mohd. Khalid bertanya mengenai prosedur pembelian rumah lelong dari institusi kewangan yang dikatakan lewat dari segi delivery, dengan izin. Untuk makluman Yang Berhormat, penjualan rumah lelong ini bukan melibatkan bank tersebut semata-mata. Mereka perlu melepaskan daripada beberapa pihak tentang aset yang hendak dijual, kepada pihak firma guaman, pejabat tanah, majlis perbandaran dan mahkamah dan juga bayaran tertunggak seperti cukai tanah, cukai pintu dan juga pinjaman dengan institusi kewangan. Setelah selesai ini semua, barulah lelongan itu dilepaskan. Yang Berhormat Senator Dato’ Mohammed Najeeb mencadangkan rebat kepada syarikat korporat dan perdagangan dilakukan. Sekarang ini, rebat zakat kita lakukan untuk individu. Untuk syarikat belum lagi. Kita ada berbincang tetapi kita belum laksanakan kerana ini memerlukan satu kajian yang mendalam dari segi implikasi kepada kewangan kerajaan. Yang Berhormat Senator Hajah Fatimah... Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad: Minta laluan. Tuan Yang di-Pertua: Silakan, silakan. Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, rumah lelong itu semua sudah selesai. Dengan bank. Rumah kosong. Kawan ini dia beli cash . Dia beli cash rumah ini. Yang melambatkan ialah bank. Bank kata duduk CIMB di Perlis, dia hantar ke Alor Setar. Alor Setar pula transfer ke Penang di sebelah utara. Duduk di Penang, dia kata mai di Bangsar. Jadi kawan itu dok ulang alik. Penang, Perlis, mereka akan hantar. Dia kata hendak bagi surat ini kena melalui lawyer. Lawyer pula tidak bagi. Kenapa bank pilih l awyer yang lemah, minta maaflah. Kenapa bank pilih panel lawyer yang malap, slow? Jadi orang marah dekat bank. Orang tidak boleh marah dekat lawyer. Orang JUSA marah kerajaan pula. Kemudian itu, takkan lawyer pun tidak ada audit? Takkan bank pun tidak ada audit? Tiga bulankah, enam bulankah atau setahun sekali. Ini sampai hampir dua tahun, Tuan Yang di-Pertua. Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah: Tuan Yang di-Pertua, saya ingat ini satu kes yang isolated . Boleh Yang Berhormat bagi maklumat kepada saya dan kita akan berbincang dengan pihak bank. Tidak patut dari Perlis pergi ke Kedah, pergi ke Pulau Pinang. Tuan Yang di-Pertua: [Ketawa] Betul, betul. Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah: Nasib baik tidak pergi ke Perak. Kalau Perak pergi ke tempat saya. Tuan Yang di-Pertua: Ini isolated case . Betul Yang Berhormat, betul. Saya setuju. Bawa dan beri maklum kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad Husni. Saya tahu dia boleh buat. Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah: Boleh, boleh. Insya-Allah. Kemudian Yang Berhormat Senator Hajah Fatimah, begitu mulia sikapnya. Beliau bercakap dalam konteks wanita bekerja, suami tidak bekerja. Pelepasan cukai, maklumat dan butir maklumat tidak diberi dengan sempurna. Yang ini tindakan kita ambil. Sepertimana Yang Berhormat maklum bahawa sekiranya suami tidak bekerja dan isteri bekerja, pembayar cukai boleh dapat tuntutan pelepasan RM3,000. Kemudian bagi mereka yang bergaji RM35,000 ke bawah setahun, boleh dapat lagi pelepasan dalam bentuk rebat cukai sebanyak RM400. Jadi soal butir dan sebagainya, ini akan diperkukuhkan lagi. Dari segi syarikat untuk pusat jagaan kanak-kanak, kita memang memberi galakan cukai. Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Kamarudin menyentuh mengenai dengan geran teknologi hijau. Sepertimana yang kita maklum, kerajaan menyediakan jaminan sebanyak RM1.5 bilion untuk membiayai kegiatan ataupun aktiviti untuk syarikat-syarikat terlibat di dalam teknologi hijau. Pihak bank akan menyediakan kewangan. Kerajaan DN.28.7.2010 115 memberi jaminan sebanyak 60 peratus daripada pinjaman yang diluluskan. Sehingga kini, 33 syarikat telah dapat kelulusan. Dari segi jumlahnya saya tidak ada statistik di sini Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Kamarudin menyentuh tentang LLN, Syarikat Kereta Api Melayu Berhad dan Telekom Malaysia yang pencennya kecil iaitu RM200 hingga RM300 sebulan berbanding dengan pencen minima RM720 yang diterima oleh pesara kerajaan. Saya ingin memaklumkan di sini bahawa kerajaan pada masa itu telah putuskan untuk menukar sistem ketiga-tiga badan ini ke sistem korporat dan mereka diberi pilihan sama ada hendak berterusan sebagai penjawat kerajaan ataupun swasta. Mereka ini memilih untuk menjadi penjawat swasta. Apa yang mereka peroleh, mungkin yang menarik kepada mereka adalah oleh kerana gajinya lebih tinggi dibandingkan jika mereka memilih bekerja dengan kerajaan. Mereka juga akan dibayar KWSP setiap bulan dan gratuiti apabila mereka tamat bekerja. Oleh kerana kerajaan berpegang kepada perjanjian awal, bagi mereka yang bekerja katalah tiga, empat ataupun sehingga lima tahun, masih lagi mendapat pencen. Itu yang RM200 hingga RM300. Akan tetapi mereka juga dapat KWSP dan dapat gratuiti daripada kerja mereka di agensi tersebut. Yang Berhormat Senator Tuan Mohamad Ezam bertanya mengenai dengan siasatan SPRM ke atas pembelian saham KL Infrastruktur Group Berhad oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad. Untuk makluman, pembelian ini adalah untuk mewujudkan sinergi. Kita tahu bahawa kita sudah ada dua LRT iaitu STAR dan PUTRA. Jadi untuk mewujudkan sinergi, ambil yang monorel ini. Oleh kerana laporan dibuat mengatakan ada penyelewengan, pihak SPRM telah menjalankan siasatan. Siasatan telah selesai dan kes ini telah ditutup. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang ini kita ada yang terakhir sekali iaitu Jabatan Perdana Menteri yang terbahagi kepada empat. Mengikut notis yang saya terima, pertama sekali Yang Berhormat Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, yang kedua Yang Berhormat Senator Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir, yang ketiga Yang Berhormat Datuk Liew Vui Keong dan yang keempat Yang Berhormat Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy. Oleh itu saya mempersilakan pertama sekali Yang Berhormat Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon. Dipersilakan. 8.59 mlm. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi ulasan dan berkongsi pandangan bernas mengenai dua portfolio saya iaitu Pengurusan Prestasi dan Perpaduan Negara. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato’ Azian bin Osman dan Yang Berhormat Tuan Mohamad Ezam bin Mohd. Nor masing-masing telah menyarankan agar terus memperkukuhkan lagi langkah-langkah untuk menambahbaikkan sektor awam dan mengurangkan red tape supaya Malaysia akan terus berdaya saing. ■2100 Kerajaan memang sentiasa melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan sektor awam agar Malaysia akan terus berdaya saing dan dapat mencapai Wawasan 2020 melalui empat tunggak utama yang telah diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita iaitu; (i) Gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; (ii) Program Transformasi Kerajaan (PTK); (iii) Model Baru Ekonomi (MBE); dan 116 DN.28.7.2010

(iv) Rancangan Malaysia Kesepuluh. [Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat ] Usaha untuk menjayakan empat tunggak ini, adalah melalui memenuhi empat nilai asas pelengkap iaitu: (i) membudayakan, kreativiti dan inovasi; (ii) mementingkan kepantasan bertindak dan membuat keputusan; (iii) nilai untuk wang atau value for money ; dan (iv) nilai integriti. Dengan pengenalan Program Transformasi Kerajaan selaras dengan konsep 1Malaysia, kerajaan dituntut untuk menjadi lebih peka dan responsif terhadap keperluan dan expectation rakyat. Tuntutan rakyat yang semakin meningkat terhadap penambahbaikan dalam kualiti perkhidmatan awam, telah mendorong kerajaan untuk menyahut cabaran ini dengan memperkenalkan satu kaedah yang baru iaitu makmal atau lab , serta satu alat yang dapat mengukur keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam melalui Key Performance Indicator (KPI), dengan izin. Menerusi Model Baru Ekonomi, Malaysia dijangka menuju ke arah ekonomi yang berpendapatan tinggi dan berinovatif. Bagi tujuan ini, lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik atau Strategic Reform Initiative (SRI) telah digubal di mana SRI yang keempat ialah mengukuhkan lagi sektor awam. Antara inisiatif utama bagi tujuan ini ialah penyusunan semula institusi awam yang sedia ada supaya fungsi-fungsi yang diduplikasikan dapat diurus dengan baik agar penyampaian perkhidmatan kerajaan menjadi lebih cekap dan berkesan. Di bawah Program Transformasi Kerajaan juga, pembaharuan perkhidmatan awam yang berterusan, peningkatan kemahiran dan latihan semula kakitangan menjadi kunci kepada kecekapan perkhidmatan awam yang akan menyumbang kepada peningkatan daya saing negara. Selain daripada itu, untuk memperkukuhkan lagi sektor awam, kerajaan turut mengambil beberapa langkah untuk meningkatkan tadbir urus baik di dalam sektor awam melalui penubuhan beberapa jentera iaitu: (i) Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan di peringkat persekutuan negeri dan daerah bagi mencegah rasuah dan amalan salah guna kuasa dan penyelewengan di kalangan pegawai awam; (ii) pasukan petugas bagi mengurangkan karenah birokrasi di peringkat kementerian yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri yang berkenaan bertujuan untuk mengurangkan kerenah birokrasi bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan. Di peringkat persekutuan wujudlah jentera memudahcarakan prosedur kerajaan ataupun PEMUDAH yang merupakan kerjasama antara sektor swasta dan sektor awam. Sektor swasta diwakili oleh Federation of Malaysian Manufactures (FMM) dan PEMUDAH ini telah dapat menghasilkan beberapa pembaharuan yang significant ; dan (iii) Pelan Integriti Nasional yang antara lain mensasarkan peningkatan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam melalui dwi objektif iaitu pengukuhan prinsip ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang terbaik di samping meningkatkan integriti pengurusan dan pentadbiran. Selain daripada itu kerajaan juga terus berusaha memantapkan sistem penyampaian melalui penambahbaikan... Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri... DN.28.7.2010 117

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Saya mahu minta laluan. Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon: ...Dan sistem pengurusan - satu minit lagi - engurusan organisasi, proses kerja serta memperkasakan penggunaan ICT yang merentasi agensi- agensi kerajaan supaya menjadi lebih cekap, cepat, efisien, berintegriti dan mesra pelanggan. Silakan. Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat. Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Menteri. Antara perkara tertinggi tanda aras kita untuk menilai KPI ialah Parlimen. Adakah pihak kerajaan setelah membuat rombakan kepada pelantikan ahli Kabinet baru-baru ini membuat KPI kepada kehadiran Menteri-menteri dan Timbalan Menteri khususnya ke Dewan Negara. Kerana kita melihat dari hari ke hari kadar kehadiran Menteri-menteri ini dan juga Timbalan Menteri amat mengecewakan dan perkara ini disebut sendiri oleh Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara yang saya rasa orang kedua selepas YDPA. Saya minta perkara ini diambil perhatian, diambil tindakan. Saya juga ingin tahu daripada KPI untuk para Menteri dan para Timbalan Menteri khususnya untuk jawapan di Parlimen, adakah pihak kerajaan menyediakan satu KPI bagi memantau sama ada jawapan yang diberikan di Parlimen ini dibuat, diambil tindakan oleh kementerian-kementerian dan sejauh mana bertanggungjawabnya kerajaan kepada jawapan yang diberikan dalam Parlimen kerana sepanjang pengalaman saya terdapat beberapa jawapan yang diberikan oleh Menteri sebenarnya tidak tepat. Apabila kita check balik banyak perkara yang tidak betul. Jadi seolah-olah jawapan yang diberikan hanya untuk melepaskan diri di Parlimen dan saya minta adakah dari segi pengurusan ini KPI ini diperhatikan dan dipantau oleh pihak Yang Berhormat, terima kasih. Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon: Tuan Yang di-Pertua, sememangnya kerajaan mengambil berat terhadap peranan yang penting Dewan Negara dan Dewan rakyat sebagai institusi demokrasi berparlimen di dalam sistem negara kita ini. Maka sememangnya kita menegaskan bahawa semasa Dewan Rakyat bersidang, Menteri dan Timbalan Menteri seberapa yang boleh hendaklah mengelakkan daripada membuat apa-apa lawatan ke luar negara, mestilah berada di dalam negeri untuk menjalankan tugas di Parlimen sekiranya perlu. Di samping itu, semasa Dewan Rakyat bermesyuarat, Jemaah Menteri bermesyuarat pada hari Jumaat supaya mengelakkan bertindihnya kedua-dua mesyuarat ini. Ini cukup menunjukkan keazaman kerajaan untuk memberi peranan yang penting dan perhatian yang serius terhadap Dewan Rakyat dan juga Dewan Negara. Di dalam Dewan Negara saya ingat seperti yang dibuktikan pada hari ini, terdapat ramai juga Menteri yang turut hadir untuk memberi jawapan sendiri. Walau bagaimanapun, saya berharaplah bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat memang memahami bahawa selain daripada tugas-tugas kami di dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat, kami juga mempunyai banyak tugas lain seperti mempengerusikan dan menghadiri mesyuarat, mengadakan perbincangan dan juga menjalankan lawatan mesra ataupun walkabout dan banyak lagi tugas-tugas lain selain daripada tugas-tugas kawasan kita. Maka ini adalah merupakan satu cabaran yang kita sudi memikul kerana kita sangat menghormati Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Tuan Yang di-Pertua, boleh saya teruskan? Datuk Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Yang Berhormat minta laluan? Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon: Baik, Yang Berhormat. Datuk Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya setuju dengan Yang Berhormat tadi mengatakan bahawa Menteri dan Timbalan Menteri mempunyai tugas-tugas lain. Kita faham dengan tugas Menteri dan Timbalan Menteri. ■2110 Akan tetapi bukankah apabila ada sidang Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara tiap-tiap Menteri, Timbalan Menteri diberi tugas setiap hari, ada tugas, giliran-giliran untuk 118 DN.28.7.2010 menjaga Dewan Negara. Jadi di mana mereka ini, itu yang kita hendak tahu. Kadang- kadang sampai seorang Timbalan Menteri pun tidak ada apabila kita bercakap, siapa pun tidak ada di belakang ini. Jadi itu yang kita mintalah, jadi kalau Menteri tidak ada, Timbalan Menteri tiada, pegawai tidak boleh disalahkan. Jadi ini yang kita minta. Jadi saya setuju tadi biar kita ada KPI kepada Menteri dan Timbalan Menteri ini supaya hadir dalam Dewan Rakyat atau Dewan Negara, itu juga sebagai KPI kepada mereka sebab mereka tahu tugas mereka. Terima kasih... [Tepuk] Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon: Tuan Yang di-Pertua, saya memang setuju dengan apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Musa. Memang kita memandang serius tugas kami tetapi sememangnya kita juga hendak menjalankan tugas misalnya pada hari ini saya menghadiri Mesyuarat Jemaah Menteri pada waktu pagi hingga pukul 1 lebih. Pukul 2.30 saya menghadiri satu program perkisahan Tun Razak yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Perpaduan Negara dan sebagai Menteri yang bertanggungjawab, tidak eloklah kalau saya tidak hadir dan selepas itu saya datang terus ke Dewan Negara, Parlimen. Walaupun saya tidak masuk untuk duduk di sini kerana saya perlu membuat persiapan untuk menjawab dan memberi ulasan kepada isu-isu yang dibangkitkan, namun saya memang sentiasa memerhatikan video untuk mengikuti perbahasan walaupun semasa ulasan atau jawapan diberi oleh rakan-rakan saya. Ini sebagai pengalaman saya sendiri secara jujur tetapi saya percaya itu juga caranya untuk rakan-rakan saya dalam menjalankan tugas. Oleh itu saya ingin... Ya, dipersilakan Datuk. Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat. Datuk Akbar bin Ali: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertama sekali tentang GTP, yang ini memang adalah salah satu daripada empat isu besar yang diketengahkan dan memang saya hargai dan appreciate usaha Perdana Menteri. Dari segi pegawai kerajaan yang disebut memang ada dalam buku MBE ini muka surat 26 dan 27, tetapi bagi kami di Melaka sebagai contoh sebelum ini pun kita sudah laksanakan. Sebagai contoh approval of site plan , dalam buku ini Tuan Yang di-Pertua pada 42 hari telah dapat diluluskan dalam masa 48 jam, dua hari, we have done this . Saya yakin di tempat-tempat lain pun menggunakan KPI pencapaian yang cemerlang telah dapat dibuat. Namun demikian sebenarnya paksi kejayaan GTP ini ialah sejauh mana ada buying in oleh pihak sektor awam sendiri dan bagaimana ia dapat diterapkan dan di internalization of this philosophy is very important dan selepas itu dilaksanakan. Cuma saya bimbang sebelum saya ambil kepada specific example sebagai contoh, saya hendak quote apa yang dikatakan oleh ahli falsafah China kerana ini ada berkait rapat dengan apa yang berlaku sekarang. Nama ahli falsafah itu ialah Zhuangzi, “ He who considers wealth a good thing can never bear to give up his income; he who hope considers eminence a good thing can never bear to give up his fame. He who has a taste for power can never bear to handover authority to others. Holding tight to these things, such men shiver with fear; should they let them go, they would pine in sorrow.” Apa yang sebenarnya berlaku bukan semua tetapi sebahagian daripada sektor awam kepayahan, kesulitan, kebimbangan untuk melepaskan, mendelegasikan kuasa. Ini yang berlaku yang akan boleh jadi menggagalkan GTP Tuan Yang di-Pertua. Sebagai contoh saya suka ambil kes yang ini spesifik dan memang benar berlaku saya sudah sarankan sejak Disember 2008, salah satu sebab kelewatan pemberian kepada orang miskin oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana cek masih dibuat oleh Jabatan Akauntan Negara. Sehingga sekarang masih lagi dibuat oleh Jabatan Akauntan Negara. Sebuah negeri Melaka yang kecil, bayangkan Perak, Selangor dan Pulau Pinang yang ramai penduduk miskin, lagi lambat kerana semuanya centralize . Apa salah Jabatan Akauntan Negara mendelegasikan kuasa itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Maka cepatlah orang miskin dapat bantuan. Ini pun susah hendak dibuat Tuan Yang di-Pertua sebagai contoh. DN.28.7.2010 119

Jadi untuk memastikan GTP berjaya, improving delivery system yang akan menggembirakan rakyat dan mengharumkan nama kerajaan dan pegawai-pegawai kerajaan ialah decentralization of power, delegation of power and empowerment . Ini semua ada dalam muka surat 27 MBE cuma pelaksanaannya. Bagaimana pandangan Tuan Yang di-Pertua... Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf: [Bangun] Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk Akbar. Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, ada seorang lagi minta laluan. Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon: Okeylah, saya bagi sekali gus. Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf: Berkaitan dengan perkhidmatan awam juga. Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon: Baik. Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Menteri. Berkaitan dengan peningkatan kecekapan perkhidmatan awam ini saya ingin penjelasan daripada pihak Menteri. Daripada KPI yang kita adakan, apakah tindakan susulan selepas kita dapati pihak MACC melaporkan bahawa mereka telah adakan siasatan dan mereka telah berikan senarai tindakan tatatertib yang perlu diambil oleh pihak kerajaan ke atas kakitangan perkhidmatan awam yang telah disiasat ini. Namun daripada laporan yang kita lihat ialah mereka merungut kerana tindakan tidak diambil dan hanya yang paling ringan tindakan sebagai amaran berbanding dengan siasatan yang begitu lengkap menunjukkan sepatutnya tindakan yang lebih berat. Mungkin sebelum ini kita tidak ketahui tetapi yang saya hendak tanya pakah tindakan susulan yang kita buat selepas mereka telah keluarkan laporan 2009 hari itu. Terima kasih. Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon: Saya ucapkan terima kasih terlebih dahulu kepada Yang Berhormat Senator Datuk Akbar Ali kerana telah merujuk kepada Ahli Falsafah Zhuangzi, mengenai betapa sukarnya untuk seorang yang berkuasa melepaskan kuasa. Maka itu adalah sememangnya merupakan pendekatan dalam transformasi kerajaan iaitu seberapa banyak yang boleh, kami akan cuba memperkasakan pegawai-pegawai di peringkat yang lain dan bukan menumpukan semua kuasa kepada KSU atau KP. Ini dapat dicerminkan apabila kita mengadakan makmal, kita tidak memilih ketua setiausaha atau ketua pengarah tetapi kita memilih mereka di tangga 48 hingga setingginya JUSA C supaya membolehkan pegawai-pegawai yang lebih muda dan berpotensi untuk memainkan peranan yang penting, supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan penuh keyakinan. Maka itulah satu proses decentralization dan empowerment yang memang amat dipersetujui tetapi ianya memerlukan masa untuk dilaksanakan dan kesannya akan dirasai mungkin dalam tempoh beberapa bulan dan sehingga dua tiga tahun yang akan datang ini. Saya ingin memaklumkan bahawa melalui proses transformasi ini kami amatlah terkagum dengan prestasi dan minat yang ditunjukkan oleh penjawat-penjawat awam yang menyertai dalam makmal-makmal ini. Mereka mempunyai inisiatif dan juga inovasi yang memang sangat menggalakkan. Oleh itu proses ini akan berterusan dan semakin ramai terlibat dalam proses ini, saya percaya semakin ramai akan menjadi lebih handal, lebih yakin diri dan lebih berkemampuan. Itu yang ditunjukkan. ■2120 Keduanya Yang Berhormat Senator Ir. Zamri mengenai tindakan tatatertib. Sememangnya ini satu proses berterusan yang dijalankan tetapi oleh kerana siasatan sesuatu kes itu kadang kala mengambil masa dan juga kita berpaksikan kepada prinsip bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sedemikian, “you are innocent until proven guilty” sebagai satu asas keadilan maka ianya memerlukan masa dan kita kenalah teliti dalam mengambil tindakan. Saya ingin melanjutkan dengan memberi... Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf: Menteri, penjelasan Menteri. 120 DN.28.7.2010

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon: Bolehkah saya lanjutkan nanti mungkin kita boleh celah... Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf: Berkenaan pembetulan tadi. Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon: ...Sebab saya ingat sudah pukul 9 lebih, kita ada tiga lagi Menteri dan Timbalan Menteri yang lain. Akan tetapi izinkan saya memberi contoh inisiatif penggunaan ICT seperti MyID, membenarkan warganegara kita menggunakan nombor kad pengenalan sebagai nombor rujukan yang tunggal untuk berurusan dengan agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam, KWSP, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Pengangkutan Jalan. Kerajaan turut juga menyediakan perkhidmatan atas talian atau online services melalui inisiatif MyBayar sebagai kemudahan untuk membuat pembayaran secara elektronik tanpa perlu menghadirkan diri ke kaunter perkhidmatan. Inisiatif pemantapan sistem dan prosedur kerja adalah untuk mempermudahkan prosedur kerja dengan memendekkan tempoh masa yang diambil melalui pemansuhan prosedur-prosedur kerja yang tidak relevan dengan keadaan semasa. Misalnya Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah mengurangkan sembilan prosedur kepada tiga prosedur, mengurangkan tempoh kelulusan dari sebelas hari ke tiga hari. Sememangnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah juga menyarankan supaya seberapa yang boleh, satu hari untuk 1Malaysia. Begitu juga tempoh pengeluaran pasport oleh Jabatan Imigresen telah dikurangkan daripada tempoh tiga hari pada dua tahun dahulu kepada hanya satu jam. Inilah contoh-contoh yang memang amat menggalakkan. Oleh itu adalah jelas bahawa kerajaan memang berazam terus berusaha untuk meningkatkan lagi keberkesanan dan kecekapan perkhidmatan awam. Sebarang pandangan bernas dan sokongan padu memang dialu-alukan dan dihargai. Saya beralihlah kepada satu isu yang lain, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Azian Osman, juga Yang Berhormat Dr. Ramakrishnan. Di mana Dato’ Azian membangkitkan isu supaya kita mestilah terus berusaha untuk meningkatkan lagi perpaduan negara, manakala Yang Berhormat Senator Dr. Ramakrishnan mencadangkan agar satu undang-undang perhubungan kaum digubal bagi menyingkirkan diskriminasi perkauman. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya cadangan untuk menggubal Akta Hubungan Kaum di negara ini telah timbul semasa persidangan Dewan Rakyat selepas pilihan raya umum tahun 2008, apabila beberapa orang Ahli Parlimen pada waktu itu telah membangkit dan membahaskan isu-isu yang dianggap sensitif, yang menyentuh perkara-perkara tertentu yang dikhuatiri boleh menjejas perhubungan antara kaum. Isu-isu ini termasuk hak keistimewaan Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain, institusi Raja, status agama Islam dan kebebasan beragama, isu kehakiman, isu kebebasan bersuara dan sebagainya. Ada ketikanya perbahasan dalam Dewan Rakyat pada waktu itu berlangsung dalam suasana yang agak tegang dan menyentuh emosi. Perbahasan isu-isu ini telah mendapat liputan luas di dalam media cetak dan elektronik. Hasilnya para pemimpin politik dan masyarakat, ahli akademik dan orang awam turut memberi pandangan masing-masing. Salah satu cadangan yang dikemukakan ialah satu akta perhubungan kaum perlu digubal bagi mengawal golongan mahupun individual yang tertentu, supaya tidak mempolitikkan dan memutarbelitkan isu-isu dan peruntukan-peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, serta membahas atau melaksanakan perkara-perkara dengan cara yang boleh menjejas atau merenggangkan perhubungan antara kaum di negara ini. Memandangkan bahawa pelbagai reaksi, pandangan dan cadangan yang disiarkan di media masa telah menjadi agak hangat. Maka Jemaah Menteri di mesyuaratnya pada 10 September 2008 telah mengarahkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) yang pada ketika itu di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menyusur pandangan tentang perlunya digubal satu Akta Perhubungan Kaum. Lanjutan daripada itu kerajaan melalui Institut Kajian Etnik atau dengan ringkas KITA, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di bawah Profesor Shamsul Bahrin telah mengadakan satu perbincangan meja bulat sehari mengenai usul DN.28.7.2010 121

“Penggubalan Akta Perhubungan Ras di Malaysia, Nilai Murni atau Perundangan sebagai Asas Kawalan” pada 30 Oktober tahun 2008. Perbincangan ini disertai oleh para ahli akademik, para wakil badan-badan bukan kerajaan, sektor awam dan sektor swasta. Perbincangan ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan awal mengenai cadangan untuk menggubal akta tersebut. Hasilnya hanya terdapat sekumpulan kecil yang menyokong penggubalan akta yang berkenaan, manakala yang lain tidak bersetuju. Kumpulan yang tidak bersetuju berpendapat bahawa: (i) Perlembagaan Persekutuan adalah bersifat nasional, yang mengambil kira kepentingan semua kaum di negara kita ini. Di samping itu undang-undang yang sedia ada adalah mencukupi untuk menangani isu-isu perkauman. Hanya pelaksanaan akta tertentu mungkin perlu dititikberatkan. Jikalau perlu, undang- undang yang sedia ada boleh diteliti dan dibuat penambahbaikan di mana yang perlu; (ii) akta baru yang dicadangkan itu dikhuatiri mungkin akan bercanggah dengan fasal-fasal tertentu yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan; (iii) undang-undang tidak boleh memaksa seseorang untuk menyukai orang lain. Sebaliknya mengutamakan penerapan nilai-nilai perpaduan melalui pendidikan dan proses pemasyarakatan atau socialization, dianggap akan memberi kesan yang lebih positif; (iv) lazimnya hanya beberapa ahli politik dan media masa yang tertentu yang menjadikan isu perkauman itu begitu sensasi, bukannya rakyat jelata yang sering tidak begitu terlibat, walaupun kadang kala mereka rasa risau; dan (v) isu hubungan kaum pada amnya melibatkan Semenanjung Malaysia dan tidak begitu ketara dan serius di Sabah dan Sarawak. Kumpulan yang bersetuju supaya akta digubal berpendapat bahawa: (i) kerajaan perlu menubuhkan satu suruhanjaya perhubungan kaum bagi menangani isu-isu perkauman; (ii) akta perhubungan kaum boleh mengelakkan berlakunya diskriminasi antara kaum dan mencegah tingkah laku yang tidak diingini; (iii) akta ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada semua kaum supaya tidak membangkitkan isu-isu yang boleh menjejaskan hubungan kaum. Berdasarkan kepada hasil rumusan perbincangan ini Jemaah Menteri pada bulan Januari 2009 telah membuat keputusan bahawa adalah tidak perlu untuk menggubal satu akta baru. Ini kerana akta-akta yang sedia ada seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan adalah memadai untuk mengawal mana- mana pihak yang membangkitkan isu-isu yang boleh menjejaskan perhubungan antara kaum. Kerajaan berpendapat adalah lebih baik akta-akta yang sedia ada itu disemak, diteliti, diperjelas, diperkukuhkan mana yang perlu dan dilaksanakan dengan lebih berkesan dan lebih adil lagi. ■2130 Sebagai langkah untuk mengekal, memelihara dan memperkukuhkan perpaduan nasional, kerajaan telah memperkenalkan beberapa inisiatif yang terkandung di dalam Gagasan 1Malaysia dan Program Transformasi Kerajaan serta Model Ekonomi Baru yang menegaskan perpaduan dalam kepelbagaian atau unity in diversity yang dipandu oleh teras-teras perpaduan dan penerapan nilai-nilai aspirasi serta konsep keterangkuman atau 122 DN.28.7.2010 inclusiveness, supaya semua kaum mendapat manfaat daripada dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan, dan tidak ada mana-mana golongan warganegara yang dipinggirkan atau dinafikan hak mereka. Di samping itu, kerajaan akan terus mempertingkatkan lagi program-program yang sedia ada dan memperkenalkan program baru untuk memupuk persefahaman dan perpaduan seperti Rukun Tetangga dan Skim Rondaan Sukarela dalam kawasan-kawasan perumahan di bawah JPNIN, Rancangan Integrasi Murid-murid untuk Perpaduan atau RIMUP antara sekolah-sekolah rendah pelbagai aliran, Program Latihan Khidmat Negara untuk remaja serta pelbagai program sukan dan interaksi sosial untuk belia dan wanita. Galakan dan sokongan juga diberi kepada syarikat swasta dan pertubuhan bukan kerajaan untuk memainkan peranan yang positif dan membina dalam menganjurkan aktiviti untuk menggalakkan interaksi antara etnik.

Oleh itu kerajaan berpendapat bahawa tumpuan hendaklah diberi terhadap langkah-langkah konkrit seperti tersebut supaya menjadi lebih berkesan berbanding dengan menggubal satu akta yang baru buat ketika ini. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Diminta Yang Berhormat Senator Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharum untuk menjawab. 9.33 mlm. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli- ahli Yang Berhormat Senator yang telah membangkitkan isu-isu yang berkaitan hal ehwal Islam semasa perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) di Dewan yang mulia ini. Saya telah meneliti semua isu yang telah dibangkitkan. Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri, khususnya jabatan, agensi berkaitan telah mengambil perhatian menghargai pandangan, teguran, cadangan serta saranan Ahli-ahli Yang Berhormat, juga saya mengucapkan tahniah kerana dengan penuh tekun untuk bersama di dalam Dewan ini, bahkan termasuk Speaker yang telah memberikan perhatian tinggi kepada semua soalan terutamanya kepada tanggungjawab yang telah diberikan kepada saya. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin menjelaskan mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah. Yang Berhormat mencadangkan supaya dikaji komposisi Jawatankuasa Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar dan membaiki kebocoran atap masjid tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kaedah-kaedah Jawatankuasa Kariah Wilayah Persekutuan 1987, Perkara 6(1) memperuntukkan bahawa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan boleh untuk menubuhkan satu jawatankuasa kariah bagi mana-mana kariah dengan melantik mana- mana orang yang sesuai dan layak untuk menjadi anggota jawatankuasa kariah. Majlis boleh menentukan jawatan bagi tiap-tiap anggota tersebut. Manakala Perkara 23B(2) dalam kaedah tersebut pula juga memperuntukkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan boleh menamatkan atau menggantung mana- mana anggota jawatankuasa kariah yang gagal menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan. Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Boleh saya mohon laluan, Yang Berhormat? Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum: Sila. Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Saya sebenarnya tidak pernah meragukan atau mempertikaikan wibawa dan kuasa jawatankuasa agama Islam itu, tetapi apa yang saya suarakan di Dewan ini adalah suara daripada kariah masjid itu mengenai pelantikan baru jawatankuasa kariah di mana seorang yang dia sendiri mengaku tidak larat menjadi bendahari masjid, sedangkan sebelum itu ada seorang yang lebih berkelayakan digugurkan daripada jawatan itu. Itu satu. DN.28.7.2010 123

Kemudian, yang ini tidak begitu pasti. Sehingga beberapa bulan yang lalu ada dua jawatan lagi dalam kariah itu yang masih tidak dipenuhi. Begini, masalahnya Tuan Yang di- Pertua, saya hanya menyuarakan sungutan ahli-ahli kariah itu dan saya rasa adalah tanggungjawab saya untuk membawa kepada perhatian Yang Berhormat. Jadi sekali lagi saya tidak pernah mempertikaikan kuasa Jawatankuasa Agama Islam Wilayah ini. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum: Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Firdaus, saya sebenarnya tidak sempat hendak habis lagi jawapan saya ini. Tidak apalah, saya jump , pergi dahulu sedikit, Tuan Yang di-Pertua, bahawa apa yang telah disuarakan oleh Yang Berhormat Senator, kita telah pun mengambil tindakan dan orang yang berkenaan itu pun juga telah ditukarkan. Cuma jawapan saya ini ia panjang sedikit. Bukan hanya untuk Yang Berhormat tetapi untuk pengetahuan semua. Sebab itu saya gulung awal sedikit bagi panjang. Apa pun, tindakan telah pun diambil kepada yang berkenaan dan sebenarnya sedikit tambahan. Saya suka hendak memaklumkan bahawa oleh kerana ada pemisahan di antara Jabatan Agama Islam Wilayah dan juga Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, maka pihak kerajaan telah memohon untuk diwujudkan satu perjawatan baru. Jadi perjawatan itu telah pun diluluskan oleh pihak JPA pada tahun 2007, di mana dengan kelulusan tersebut sebanyak 248 perjawatan baru yang diluluskan dan daripada itu, kita menempatkan di semua masjid. Di masjid-masjid, buat masa sekarang di Wilayah Persekutuan, perjawatan imam ialah S41, di mana S41 ini mereka yang keluar daripada universiti, dia punya pekerjaan, dia punya pintu masuk pertamanya ialah bermula dengan S41. Jadi sebab itu, ada jawatan-jawatan ini yang kita minta supaya kita tidak hendak supaya dia hanya menjadi imam semata-mata, dalam erti kata lima waktu, bahkan ada campur lagi imam rawatib dan sebagainya, ada pula imam yang volunteer . Jadi kadang- kadang bidang tugas dia itu hanya pada hari Jumaat sahaja membaca khutbah. Dalam erti kata seminggu empat kali. Jadi sebab itu kita bagikan tambahan tugasan-tugasan. Di antaranya yang agak penting ialah setiausaha masjid, bendahari masjid ataupun juga sebagai pengerusi. Jadi ini bergantung kepada penerimaan setempat. Apa pun Yang Berhormat Senator sebutkan itu telah pun diambil tindakan bagi Masjid Saidina Abu Bakar. Selain daripada itu juga, saya telah meminta untuk diadakan siasatan tentang kebocoran Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar dan kemudian insya-Allah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan akan mengambil tindakan selain daripada permohonan secara biasa untuk RMKe-10 untuk membaiki masjid-masjid yang ada di Wilayah Persekutuan, termasuk untuk kesegeraan bagi Masjid Saidina Abu Bakar di Bangsar. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan cadangan membina masjid di kawasan sekitar Taman Seputeh, Sentral dan Brickfields, dimaklumkan bahawa surau-surau sekitar kawasan Brickfields adalah terletak di bawah kariah Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar. Memandangkan keadaan yang mendesak, maka pihak Surau Al-Ghotiyah memohon Masjid Saidina Abu Bakar untuk dinaikkan taraf kepada surau Jumaat. Jabatan Agama Islam telah pun membuat tinjauan kepada surau berkenaan, cumanya didapati ruang untuk mendirikan solat dan Jumaat, disebabkan kapasiti surau yang agak terhad, termasuk kawasan tempat letak kenderaan yang terhad bagi keselesaan masjid. Apa pun ini masih boleh diperbincangkan dengan pihak JAWI dan justeru itu ada dua lot yang telah dikenal pasti berdekatan dengan kawasan Brickfields iaitu Lot 171 di Jalan Tun Sambanthan dan Lot 178 yang terletak di Jalan Ang Seng 4. Jadi lot ini telah pun dibawa kepada cadangan untuk kelulusan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang insya-Allah kalau diluluskan, kita akan menggunakan peruntukan RMKe-10 bagi tujuan pembangunan masjid bagi persekitaran kawasan yang kita nampak sudah semakin padat. ■2140 Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya beralih kepada isu... Profesor Dato' Dr. Firdaus bin Abdullah: Saya bukan nak mencelah tetapi hanya nak mengucapkan terima kasih dan tahniah atas tindakan yang amat segera yang 124 DN.28.7.2010 memang sangat membanggakan dan saya rasa bersesuaian sangat dengan slogan 1Malaysia ‘rakyat diutamakan’. Terima kasih dan terima kasih Tok Mat belakang sana. Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharom: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga Yang Berhormat Senator. Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada isu yang berkaitan undang-undang dan mahkamah syariah. Yang Berhormat Dato' Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed inginkan penjelasan mengenai Akta Pindaan Keluarga Islam yang ditangguhkan dan minta pindaan dipercepatkan. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Rang Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005 telah diluluskan pada 26 September dahulu di Dewan Rakyat dan di peringkat Dewan Negara pada 22 Disember 2005. Seterusnya, undang-undang tersebut telah diwartakan pada 2 Februari 2006 sebagai Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2006 (Akta A1261). Walaupun Rang Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005 telah diwartakan sebagai akta, oleh kerana terdapat beberapa isu yang telah dibangkitkan dan pelbagai cadangan pindaan kepada perkara tersebut, maka perkara tersebut ditangguhkan. Walaupun telah diwartakan, penguatkuasaannya ditangguhkan. Suka saya jelaskan Tuan Yang di-Pertua, bahawa buat masa sekarang kita masih lagi dalam proses untuk melakukan pindaan kepada akta tersebut supaya tidak timbul kekeliruan. Saya sebutkan siap-siap, ada jawapan saya ini panjang lagi tetapi saya nak sebut siap-siap takut nanti difahami bahawa telah pun dikuatkuasakan. Ia telah pun diwartakan tetapi pihak kerajaan telah menangguhkan penguatkuasaan kepada undang-undang tersebut sehingga kita mendapat pelbagai pandangan daripada ahli akademik universiti tempatan, mufti-mufti, jabatan dan kementerian yang berkaitan termasuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Kemajuan Islam, Jabatan Kehakiman Syariah dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) bagi mendapat pandangan mereka bagi penambahbaikan kepada akta tersebut. Hasil daripada mesyuarat itu, satu cadangan pindaan telah pun digubal oleh Jabatan Peguam Negara bagi penambahbaikan akta tersebut. Memandangkan Akta A1261 ada berkait dengan pindaan kepada Akta Memperbaharui Undang-undang Perkahwinan dan Penceraian 1976 (Akta 164), Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) dan Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303), maka pindaan-pindaan terkini kepada undang-undang berkenaan akan dibentangkan di Parlimen setelah rundingan dengan Majlis Agama Islam Negeri-negeri selesai. Jadi kita masih lagi dalam proses untuk supaya perundingan dengan Majlis Agama Islam Negeri-negeri untuk mendapat persetujuan dan perkenan ke bawah duli Raja-Raja dan juga Tuanku-Tuanku dan kalau sekiranya selesai, barulah akan dibawa ke Parlimen nanti bagi tujuan pindaan Akta 505, Akta 303 dan Akta A1261. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat juga telah mencadangkan supaya mahkamah syariah diberi kuasa agar potongan gaji dibuat tanpa keizinan suami atau majikan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada soalan ini untuk supaya kita dapat penjelasan dan maklumat. Sukacita dimaklumkan bahawa potongan gaji adalah merupakan salah satu daripada cara atau bentuk penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 159(1D), Akta/Enakmen Tatacara MAL Mahkamah Syariah. Sekiranya permohonan penguatkuasaan nafkah dengan cara potongan gaji ini dikemukakan di mahkamah dan mahkamah berpuas hati dengan permohonan tersebut, mahkamah akan memerintah potongan gaji walaupun suami atau majikan tidak bersetuju ataupun tidak memberi keizinan. Bahkan lebih untuk menambahkan keberkesanan dan keyakinan Tuan Yang di- Pertua, pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah julung kali menerajui pelantikan hakim-hakim wanita di Wilayah Persekutuan yang insya-Allah , ia akan mula berkuat kuasa pada 2 Ogos yang akan datang. Ini bukan apa tetapi untuk kita menambahkan keyakinan setelah pihak Jawatankuasa Fatwa memutuskan bahawa pihak DN.28.7.2010 125 hakim wanita boleh untuk menerajui ataupun membicarakan kes-kes yang dibenarkan. Sebab itu kita membuat pelantikan... [Tepuk] Jadi bukan hanya Yang di-Pertua sahaja wanita, termasuk juga di mahkamah syariah nanti ada hakim-hakim wanita yang akan bermula pada 2 Ogos. Cuma, Yang Amat Berhormat pagi semalam bertemu dengan hakim-hakim wanita yang dua orang ini telah memesankan supaya dua hakim wanita ini akan bakal dinilai, dilihat bukan sahaja di Malaysia, bahkan seluruh dunia kerana pelantikan ini menjadi fokus kepada semua orang. Jadi nak menunjukkan... Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, semoga pelantikan itu dapat mengurangkan wanita digantung tidak bertali. Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharom: Ini amat memerlukan ketekunan dua wanita tadi Tuan Yang di-Pertua. Seterusnya ... Dato' Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed: Minta laluan Yang Berhormat. Puan Hajah Mumtaz binti Md Nawi: [Bangun] Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharom: Ya, sila. Dato' Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Pagi tadi jawapan yang kita dapat adalah kalau sekiranya selepas mahkamah membuat keputusan untuk buat pemotongan gaji, cuma 50 peratus sahaja pemotongan gaji boleh dibuat dan itu pun mesti mendapat persetujuan suami ataupun bekas suami untuk membuat pemotongan untuk memberi kelulusan supaya gajinya dipotong untuk membayar nafkah anak-anak dia. Akan tetapi pada malam ini Yang Berhormat beri saya satu lagi jawapan yang saya rasa lebih konkrit di mana sekiranya pihak mahkamah telah pun menjatuhkan hukuman untuk pemotongan gaji sama ada bekas suami itu suka ataupun tidak, majikan perlu memotong gaji untuk membayar nafkah. Adakah itu betul Yang Berhormat oleh kerana pagi tadi jawapan lain, malam ini ada jawapan lain? Terima kasih. Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharom: Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itu soalan yang bukan daripada sayalah dan jawapan pun bukan daripada saya. Cumanya, saya akan semak kembali daripada maklumat yang bercanggah pagi dan malam ini, dah masuk pukul 21.47. Jadi saya akan semak balik. Akan tetapi apa pun, untuk maklumat, bahawa berdasarkan kepada apa yang kita bentangkan di dalam peruntukan-peruntukan yang telah sedia ada, kita berhak untuk memotong apabila dibawa kepada pihak mahkamah dan mahkamah mendapati bahawa ada kebenaran. Maka sebab itu kerajaan menyediakan RM15 juta BSK (Badan Sokongan Keluarga) kerana kita meyakini selepas pembahagian RM15 juta ini dibuat, pihak kita mengharapkan pihak mahkamah, terutamanya hakim-hakim, pengamal undang-undang memutuskan supaya selepas daripada itu bukan hanya sekadar pemotongan - sebab bagi yang bekerja tetapi yang tidak bekerja tidak boleh pemotongan, kita minta juga untuk supaya maksimumkan termasuk penguatkuasaan pemenjaraan kepada mereka yang enggan membuat bayaran kepada nafkah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka terutamanya anak dan juga isteri yang telah diceraikan. Jadi saya melihat bahawa di sana ada peruntukan. Apa pun, saya akan pastikan balik kepada dua percanggahan pagi dan malam yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Senator Dato' Hajah Saripah. Puan Hajah Mumtaz binti Md Nawi: Yang Berhormat Menteri, sedikit penjelasan. Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat. Puan Hajah Mumtaz binti Md Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Berdasarkan kepada pengalaman saya di mahkamah, kalau setakat ini berdasarkan enakmen sedia ada, kita perlu mendapatkan perintah penceraian ataupun perintah poligami dahulu, kemudian kita akan memfailkan satu lagi perintah permohonan untuk pemotongan gaji kepada hakim - mungkin hakim yang 126 DN.28.7.2010 sama ataupun hakim berlainan. Ini bererti pihak ibu tunggal ataupun orang yang diceraikan tersebut terpaksa membayar dua kali kerja kepada peguam. Pertama, untuk mendapatkan penceraian, yang kedua untuk mendapatkan arahan pemotongan gaji. Jadi saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, adakah dengan pindaan yang bakal dicadangkan yang telah disebutkan oleh menteri tadi, bererti bahawa hakim setelah memutuskan penceraian ataupun berlaku penceraian tersebut, pihak isteri boleh terus minta dengan hakim tanpa perlu memasukkan notis permohonan secara formal sebagaimana yang diamalkan sekarang dengan pindaan baru yang dicadangkan? ■2150 Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Senator Hajah Mumtaz kepada soalan adakah kita telah masukkan belum untuk kedua-dua satu kes ini diselesaikan dalam sekali pendengaran? Apa pun saya memohon untuk saya semak semula balik daripada jawapan saya kepada soalan yang telah diberikan. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin meneruskan jawapan saya berkenaan dengan soalan daripada Yang Berhormat Dato’ Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed bahawa supaya kerajaan memperbanyakkan program pembangunan sahsiah diri, moral dan juga agama. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana kita merasakan inilah soalan dan perkara yang paling menghambat masyarakat, bukan hanya sekadar Islam, bahkan seluruh masyarakat, umat di Malaysia, bahkan dunia sebenarnya. Kita melihat bahawa saya merasakan ada di sana ungkapan keruntuhan sesuatu negara. Ia bermula kepada keruntuhan moral bangsa di negara tersebut. Maka, sebab itu kerajaan mengambil perhatian yang begitu tinggi khususnya kepada permasalahan perzinaan yang jelas haram di dalam Islam dan hal-hal lain gejala sosial yang untuk ke arah kita membina pembangunan diri. Maka, oleh sebab itu saya tidak mahu membariskan pada malam ini, kesempatan malam ini dengan memperbanyakkan program-program. Memanglah kalau saya mahu sebutkan pada malam ini daripada pelbagai yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri dan juga Majlis Agama Islam Negeri termasuk JAKIM termasuklah agensi- agensi agama yang lain, bahkan dalam NGO dan sebagainya dalam menghadapi pelbagai gejala yang timbul di dalam masyarakat melalui penerbitan buku dalam akhbar, televisyen dan pelbagai. Termasuk juga program-program yang dianjurkan oleh kementerian lain. Akan tetapi apa pun saya mahu melihat, akhirnya saya merasakan Tuan Yang di-Pertua, titik noktah yang dapat kita fahamkan bahawa gejala sosial yang sedang menghambat ini ia bukan hanya tanggungjawab sebab lazimnya orang melihat apabila hal yang berkaitan dosa pahala ini, dia pergi kepada JAKIM, dia nampak JAIN dan MAIN. Akan tetapi saya melihat, titik noktahnya, dia berada pada semua orang yang walaupun kadang-kadang dia terasakan tidak begitu banyak tetapi sebenarnya walaupun katakan Kementerian Kesihatan tetapi kalau Kementerian Kesihatan dapat melihat bahawa menjauhi AIDS dan gejala yang menyebabkan membawa kepada AIDS itu juga sebahagian daripada untuk menyekat. Jadi semua peringkat mesti merasakan apa yang Nabi sebutkan... [Membaca sepotong Hadis] Maksudnya: “Barang siapa yang melihat ada di sana kemungkaran, maka ubahlah dengan tangan. Tidak mampu dengan tangan, dengan lidah, tidak mampu, dengan hati.” Dalam erti kata yang bukan tujuan untuk khutbah pada malam ini tetapi saya sebutkan bahawa semua orang daripada ibu bapa, masyarakat, kampung, negeri, dan negara harus merasakan bahawa ini adalah merupakan gejala yang semua orang bertanggungjawab dan JAKIM di bawah tanggungan saya dan juga Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri akan sentiasa berterusan dengan program mereka. Tuan Yang di-Pertua, Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi menyarankan supaya RMKe-10 memberikan penekanan kepada aspek kerohanian dan pembinaan jati diri di mana kerajaan terutamanya JAKIM sentiasa menggunakan dan mengambil pendekatan langkah yang pelbagai, merangka, merancang bagi program berkaitan kerohanian serta jati diri di mana pelan jangka panjang untuk 2009 sehingga 2014 bagi memacu transformasi pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia. Pelan strategik telah disediakan bagi mengatur DN.28.7.2010 127 pembangunan ummah secara holistik termasuklah elemen kerohanian dan jati diri. Ini kerana kerajaan sentiasa menyedari bahawa pembangunan modal insan adalah merupakan satu proses yang berterusan... [Membaca sepotong Hadis] “Proses pembangunan insan daripada dalam buaian sehinggalah sampai kepada liang lahad” . Agenda yang kritikal yang diambil dalam pelan strategik adalah penghayatan Islam secara holistik, tadbir urus institusi masjid, meningkatkan kompetensi pegawai hal ehwal Islam, membanteraskan penyelewengan akidah, menjadikan Malaysia sebagai hub pembelajaran tinggi al-Quran dan al-Hadis, pengurusan dan pematuhan fatwa, memprofesionalkan ulama, penyelarasan dan penyeragaman undang-undang syarak sivil, dakwah media bersepadu dan pengurusan saudara baru. Selain itu, JAKIM juga melaksanakan khusus bina takwa, bina insan, penerapan kefahaman Islam secara berterusan dalam usaha memantapkan, memperkukuhkan nilai rohani, jati diri masyarakat. Yang Berhormat Puan Hajah Zainun binti A. Bakar pula mengesyorkan supaya mewujudkan pengukuhan di antara sesama umat Islam bukan hanya sekadar perpaduan antara kaum. Tuan Yang di-Pertua, suka dimaklumkan bahawa di bawah Gagasan 1Malaysia, kerajaan mempromosikan “Gagasan 1Malaysia, 1Ummah”, dalam erti kata kalau kita sebutkan tadi, 1Malaysia dalam erti kata integrasi perhubungan pelbagai kaum dengan mengambil pendekatan keizinan yang diberikan oleh Perlembagaan, maka kita mengambil kira juga dalam menggagaskan supaya sesama umat Islam kita menghubungkan, menjalinkan ukhuwah mereka, maka “Gagasan 1Malaysia, 1Ummah” juga diperkenalkan ke arah perpaduan sesama umat Islam. Di mana “Gagasan 1Malaysia, 1Ummah” menekankan tentang peri perlu pentingnya masyarakat Islam bersatu di bawah akidah islamiah dan mengamalkan pendekatan wasatiah, kesederhanaan yang berimbang. Aspek perpaduan sangat penting bagi mengekalkan kerana bertitik tolak daripada merancakkan kesuburan ekonomi seterusnya membantu pembangunan dan juga ketamadunan yang terancang ke arah melahirkan masyarakat Malaysia yang sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya mengenai isu pemilikan saham Lembaga Tabung Haji di Bank Islam dan AirAsia yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Datuk Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selain daripada berfungsi untuk menyempurnakan urusan jemaah haji ke arah haji yang mabrur, Lembaga Tabung Haji juga diamanahkan untuk menguruskan dana simpanan pendeposit dengan melakukan pelaburan yang memberikan pulangan yang kompetitif, halal dan thoyyiban. Tabung Haji telah terus dan akan memainkan peranan dalam meningkatkan ekonomi ummah dan menyumbang kepada pembangunan negara. Sehubungan dengan itu, semua pelaburan yang diceburi oleh Tabung Haji mendapat kelulusan daripada Menteri sendiri dan dapat saya sebutkan pada malam ini bahawa proses untuk pelaburan ini ditentukan dalam beberapa fasa untuk penelitian di mana ia melalui beberapa tingkatan pengkajian yang mendalam. Peringkat pertama, dipanggil dengan kajian ketekunan wajar ataupun due diligent, dibuat oleh Jabatan Pelaburan. Apabila diluluskan di peringkat ini, dibawa kepada portfolio review committee yang dipengerusikan sendiri oleh CEO Tabung Haji dan kemudian apabila diterima di peringkat yang kedua, diangkat dari peringkat panel pelaburan. Mesyuarat panel pelaburan yang terdiri daripada tokoh-tokoh korporat, syariah dan juga undang-undang. Kemudian yang kelima, tingkatan sesuatu pelaburan itu dibuat diangkat kepada lembaga pengarah daripada pelbagai agensi termasuk Kementerian Kewangan, Bank Negara, JPM dan daripada kalangan korporat. Akhirnya, kelima barulah ditandatangani oleh pihak menteri sendiri. Jadi, saya mahu meletakkan ini keyakinan bahawa tingkatan proses sesuatu pelaburan yang mungkin perlu saya perjelaskan Tuan Yang di-Pertua, bahawa memang daripada asal Tabung Haji ia beroperasi pada peringkat sebagai mengambil simpanan untuk menunaikan ibadah haji di Makkah. Akan tetapi, selepas daripada itu, sejak penubuhan 1963, ada 3 pindaan Akta Penubuhan Tabung Haji yang telah dibuat termasuklah Tabung Haji untuk melakukan pelaburan. Jadi, pada tiga pindaan ini, mungkin Yang Berhormat tidak mendapat maklumat dari kedudukan ini. Jadi, memang daripada asal penubuhannya ialah untuk tujuan supaya menghantar dan menguruskan orang pergi haji. Akan tetapi, kita telah ada 3 cabang daripada Tabung 128 DN.28.7.2010

Haji ini iaitu cabang Jabatan Haji dan juga Jabatan Pelaburan dan Jabatan Pendeposit dan Operasi. Semua ini untuk memberikan kekuatan untuk Tabung Haji bergerak. Selain daripada itu juga, memang kita akui bahawa kita mempunyai saham yang telah kita miliki di dalam Bank Islam iaitu sebanyak 51.47 peratus dan begitu juga dengan AirAsia 2.38 peratus. ■2200 Apa pun untuk maklumat sekalian Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Dewan, kita melabur pada tempat-tempat yang hanya diluluskan oleh SC ataupun kita senarai sekuriti yang patuh syariah yang dikeluarkan oleh sekuriti yang saya pegang buku ini termasuk dalam ini dengan AirAsia. Jadi maknanya proses pelaburan yang melalui lima proses yang saya sebutkan tadi termasuklah di tempat yang diperakui oleh Suruhanjaya Sekuriti. Jadi ini untuk menjaga kepentingan umat dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan itu sahajalah yang telah dibangkitkan oleh... Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Saya mohon sekali lagi. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum: Yes . Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat. Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan pelan tindakan strategik yang telah pun dinyatakan Yang Berhormat Menteri tadi berkaitan dengan pelan kerohanian yang telah pun dibuat oleh pihak kerajaan. Yang saya ingin tanya kebetulan hari ini Yang Berhormat Menteri KPI pun ada, dengan jumlah pegawai kerajaan yang mencecah lebih kurang 1.2 juta yang saya rasa sebahagian besarnya ialah orang Islam. Adakah pihak kerajaan dalam kita mencapai RMKe-10 ini akan menjadikan KPI integriti dari sudut solat, amalan personaliti seorang Islam yang menjadi pegawai kerajaan itu akan dimasukkan dalam penilaian kenaikan pangkat seseorang pegawai kerana ini merupakan apa yang saya bahaskan pagi itu adalah berkenaan bagaimana perkara ini diambil kira dalam dari segi pengurusan kerajaan untuk memacu RMKe-10. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Mumtaz yang memberikan pandangan dan cadangan supaya kita masukkan KPI. Apa pun, satu cadangan yang cukup baik pada saya untuk menilai. Cumanya mungkin di sana ada kekangan-kekangan yang lain. Untuk buat sementara ini, bagi pihak saya belum ada cadangan untuk supaya diangkat dan mungkin pandangan ini boleh dibawa pada masa-masa akan datang supaya menjadi realiti bahawa solat menjadi KPI ukuran. Cumanya takut nanti ada yang solat bukan kerana Lillahi taala , ia kerana KPI. Jadi kalau kerana KPI nanti, wuduk pun tidak sempat, dia sembahyang sahaja sebab zaman- zaman saya sekolah dahululah tetapi bukanlah saya Tuan Yang di-Pertua... [Ketawa] Jadi ada kawan-kawan yang oleh kerana sebelum balik perlu sembahyang dahulu, jadi menyebabkan ada yang..., ya lah, bilik air terhad dan sebagainya, hendak berebut payah. Dia sembahyang tanpa wuduk, jadi memanglah tidak sah sudah sembahyang itu. Jadi, apa pun satu pandangan yang baik sebab ukuran sembahyang adalah merupakan di antara... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Siapa yang menunaikan sembahyang... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Dia akan membantu diri menjadi orang yang kebal jati diri dan kekuatan sahsiah diri, transparensi dan sebagainya. Dia adalah yang punya integriti apabila dia sembahyang. Ini hal yang penting dan kita mengambil perhatian yang tinggi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Minta Yang Berhormat Datuk Liew Vui Keong untuk menjawab. 10.03 mlm. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya bagi pihak Jabatan Perdana Menteri yang DN.28.7.2010 129 menjaga perundangan dan hal ehwal Parlimen dan portfolio lain-lain di bawah tanggungan saya. Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang menyentuh perkara- perkara di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri. Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri amat menghargai pandangan, teguran, saranan dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mula-mula menjawab isu yang dibangkitkan yang menyentuh Dewan yang mulia ini. Yang Berhormat Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir dan Yang Berhormat Datuk Abdul Rahman bin Bakar membangkitkan isu kehadiran Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri ke persidangan Dewan Negara. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sentiasa menitikberatkan kehadiran anggota pentadbiran sewaktu Dewan bersidang. Untuk tujuan itu. Bilik-bilik kementerian yang lengkap dengan kemudahan telah disediakan di Bangunan Parlimen agar segala tugasan dan temu janji Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri bersama pegawai-pegawai dan rakyat dapat diadakan walaupun mereka berada di pejabat rasmi. Jadual bertugas Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri sepanjang persidangan Dewan juga dipantau secara dekat dan sekiranya ada di antara mereka yang tidak dapat hadir pada hari tersebut, seorang anggota pentadbiran yang lain akan secara rasmi menggantikannya. Begitu juga dengan kehadiran pegawai-pegawai yang bertugas. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada satu-satu hari persidangan, terdapat tiga kriteria pegawai bertugas yang hadir iaitu yang hadir bertugas untuk melaporkan prosiding Dewan pada hari tersebut, yang hadir untuk memberi taklimat kepada Yang Berhormat Menteri ataupun Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab soalan kementerian dan pegawai yang hadir untuk mencatat isu-isu yang berbangkit di dalam perbahasan yang melibatkan kementerian mereka. Memandangkan kehadiran mereka agak ramai bagi setiap kementerian, mereka ditempatkan sama ada di bilik pegawai bertugas, di bilik kementerian dan di kawasan berhampiran bilik Dewan Negara. Tambahan lagi, kemudahan internet, faks, telefon dan printer yang terdapat di dalam bilik-bilik tersebut membantu pegawai sepenuhnya untuk mencatat, melaporkan dan menghantar maklum balas isu-isu yang dibangkitkan secara langsung kepada ibu pejabat mereka... Datuk Akbar bin Ali: [Bangun] Datuk Liew Vui Keong: Ya, silakan. Datuk Akbar bin Ali: Saya mengucapkan terima kasih di atas penjelasan yang diberi itu. Kita tidak nafikanlah kadang-kadang kemudahan berada di bilik yang sediakan. Cuma saya hendak tanyalah pandangan Yang Berhormat Datuk, ini dokumen penting untuk lima tahun akan datang, sebahagian besar nyawa kita, sebahagian besar rakyat atau semua bergantung pada buku inilah. Di Dewan Rakyat, buku ini dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri dan digulung oleh – saya tidak pasti, mungkin Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Di Dewan Negara pula dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan selepas itu apabila hendak gulung malam ini, siapa agak-agak yang agak sesuai yang menggulung supaya memberikan digniti kepada dokumen ini? Kita tidak kata Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak sesuai, tidak! Akan tetapi, hendak memberi penghormatan dan digniti kepada dokumen yang penting ini apabila orang-orang yang berkenaan yang kita harapkan lebih sesuai tidak membentangkannya, apakah agaknya tanggapan Ahli-ahli Dewan Negara dan rakyat terhadap keutamaan, prioriti yang diberikan kepada buku ini? Kita ada seperti tadi Yang Berhormat Menteri Kewangan, terima kasih. Kita ada Yang Berhormat Tan Sri Koh Tsu Koon tetapi buku ini siapakah custodian nya? The actual custodian of this book siapa? Jadi, Menteri yang berkenaanlah sekurang-kurangnya. Kalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak dapat hadir, Menteri berkenaan saya rasa - itulah harapan 130 DN.28.7.2010

Ahli Dewan supaya Menteri berkenaanlah bertanggungjawab menggulungnya, barulah ada digniti terhadap buku ini, penguatan yang lebih wajar. Apakah pandangan Yang Berhormat? Datuk Liew Vui Keong: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk Akbar. Yang Berhormat Senator telah pun memahami bahawa dalam konsep collective responsibility ini, kami semua bertanggungjawab. Every Cabinet Minister dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri bertanggungjawab atas semua keputusan kerajaan collectively . Ini tidak dapat dinafikan. Jadi, kami telah pun diberikan kuasa dan juga tanggungan untuk membentangkan semua isu yang dibangkitkan di Dewan yang mulia ini. Jadi, Yang Berhormat Senator ini janganlah memperkecilkan peranan-peranan kami walaupun sebagai seorang Timbalan Menteri dan juga kepada Menteri-menteri lain yang berkenaan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun datang ke Dewan ini pada hari yang pertama juga dan telah pun menjawab soalan dan juga Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri juga telah pun datang dan hadir di Dewan yang mulia ini termasuk juga Menteri-menteri yang lain. Di mana Menteri berkenaan tidak dapat hadir, sebagai Timbalan I means it is matter of cause, timbalan akan hadir . This is the concept of collective responsibility. Jadi, saya tidak ingin memperpanjangkan isu itu kerana saya faham bahawa Yang Berhormat Senator faham dengan konsep ini. ■2210 Jadi Tuan Yang di-Pertua seterusnya saya ingin menyentuh mengenai Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi yang meminta kerajaan mengkaji Perlembagaan Persekutuan supaya pemilihan Ahli Dewan Negara dibuat melalui pilihan raya. Untuk makluman Yang Berhormat, perenggan (b) fasal (4) Perkara 45 Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan memperuntukkan bahawa Parlimen boleh melalui undang- undang memperuntukkan bahawa Ahli Dewan Negara yang akan dipilih bagi setiap negeri dipilih sedemikian melalui undi terus melalui pemilih-pemilih negeri itu. Walau bagaimanapun, sekiranya pemilihan Ahli Dewan Negara dibuat melalui pilihan raya maka terdapat implikasi yang berbangkit iaitu seperti Ahli Dewan Negara akan berkurangan daripada 72 orang kepada 39 orang sahaja. Ini kerana mengikut fasal (4) Perkara 45 Perlembagaan, bilangan Ahli Dewan Negara yang boleh dipilih adalah seramai tiga orang bagi setiap negeri. Dalam hal ini Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak akan mempunyai Ahli Dewan Negara yang dipilih melalui pilihan raya kerana mengikut fasal (2) Perkara 160, Perlembagaan yang dibaca bersama- sama dengan fasal (2) dan fasal (4) Perkara 1, Perlembagaan, Wilayah Persekutuan tidak termasuk dalam tafsiran negeri. Seterusnya yang kedua, cadangan ini akan menghapuskan kuota pelantikan Ahli Dewan Negara yang dilantik mengikut perenggan (b) fasal (1) Perkara 45, Perlembagaan yang memberikan anggota perkhidmatan awam yang cemerlang atau telah mencapai keunggulan dalam profesion, perdagangan, perindustrian, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial antara yang mewakili race minority atau berkebolehan mewakili kepentingan Orang Asli. Keperluan melantik golongan ini dijelaskan dalam Federation of Malaysia Constitution Report ataupun Laporan Suruhanjaya Reid yang menyatakan seperti berikut dengan izin, “Senate should be nominated by the Yang di-Pertuan Besar or Yang di- Pertuan Agong and these member should be person who have rendered distinguished public service or have achieved distinction in the professions commerce industry or agricultural in cultural activities or in social service or are representative of racial minorities or are competent to represent the aborigines. We do not recommend that the Senate should be wholly elected because we think that at least in the initial stages it would be valuable to have in the Senate persons who might be unwilling to stand for election but who have given distinguished service to the Federation or who have possess the special qualifications above referred to.” DN.28.7.2010 131

Untuk makluman Yang Berhormat selanjutnya tujuan diadakan peruntukan di bawah fasal (1) Perkara 45 Perlembagaan yang memperuntukkan bahawa Dewan Negara hendaklah terdiri daripada ahli-ahli dipilih dan dilantik adalah selaras dengan hasrat yang terdapat dalam Laporan Suruhanjaya Reid seperti berikut, “We makes this recommendation only on the basis that the powers of the Senate with regard to legislation other than amendment of the Constitution will not be equal to the powers of the House of Representatives but will be revising and delaying powers, and that Ministers will be able to continue in office notwithstanding an adverse vote in the Senate”. Oleh yang demikian berdasarkan perkara-perkara yang dinyatakan di atas, buat masa ini kerajaan tidak bercadang untuk mengadakan pilihan raya bagi memilih Ahli-ahli Dewan Negara. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tuan Mohamad Ezam bin Mohd. Nor... Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Saya mohon mencelah. Datuk Liew Vui Keong: Silakan. Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat. Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya percaya Yang Berhormat Timbalan Menteri juga adalah seorang peguam dan saya juga adalah seorang peguam. Jadi kalau kita baca kepada Bab 4 dan di bawah 45 keanggotaan Dewan Negara jelas disebut dipilih dan dilantik. Saya berasaskan sebelum saya membentangkan perkara ini di Dewan Negara saya telah berbincang dengan pakar Perlembagaan dan dari segi pakar Perlembagaan dengan jelas menyatakan bahawa untuk kemasukan ataupun keanggotaan Dewan Negara boleh dipilih dan dilantik. Saya mencadangkan perkara ini di peringkat sekarang kerana negara kita telah pun ada dua parti yang besar yang telah memerintah negeri-negeri. Jadi saya cadangkan di sini ialah sampai masanya kita untuk membuat pelantikan dan pemilihan dalam bentuk pilihan raya. Saya rasa hujah diberikan berdasarkan undang- undang tadi dan juga berdasarkan sejarah yang telah berlaku adalah tidak relevan. Saya percaya kalau boleh dibuat satu kajian dan satu seminar di peringkat kerajaan sendiri khususnya di Parlimen bagi memperkasakan Dewan Negara kerana pagi tadi sebagaimana tadilah yang diberitahu seolah-olah kami ini tidak penting walaupun ada seniority, kekananan tidak nampak fungsinya. Jadi saya minta kalau boleh pihak kerajaan buat kajian dan kita seminarkan perkara ini. Kita panggil pakar undang-undang yang betul-betul pakar perlembagaan. Adakah kita ada peluang? Ini kerana di negara seperti Thailand, negara lain ada dipilih dan dilantik. Kenapa kita tidak boleh berbuat demikian juga? Terima kasih. Datuk Liew Vui Keong: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Seperti yang saya telah pun menyatakan tadi jelas daripada laporan yang telah pun diberikan oleh Suruhanjaya Reid iaitu bahawa mereka telah pun merasai bahawa dalam keadaan masa itu tidak sesuailah Ahli-ahli Senat dipilih. Seperti Yang Berhormat Senator faham sebagai seorang peguam perlembagaan kita ini adalah perlembagaan yang what we call, living - yang hidup that its relevant . Dia relevan pada masa yang dulu sebelum Malaysia ditubuhkan dan relevan until today . So seperti yang Senator sedia maklum bahawa the operation of this undang- undang ialah mengatakan bahawa Parliament by law . Ini bererti bahawa kita Parlimen perlulah menukarkan perundangan untuk mengadakan member to be elected di bawah peruntukan 4 di mana Parliament may by law provide that the members to be elected for each State shall be so elected by the direct vote of the electors of that State . So ini bermakna Parlimen sahaja yang dapat menukar pandangan yang telah pun di buat oleh Yang Berhormat Senator. Silakan Yang Berhormat Senator Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf. Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf: Okey, terima kasih... Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat. 132 DN.28.7.2010

Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf: Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada pihak kementerian. Sedikit susulan tentang pelantikan ini ataupun dengan kebijaksanaan yang disebutkan oleh kementerian tadi dalam urusan pelantikan Ahli Dewan Negara supaya dipilih dan juga dilantik, dan dilantik itu bagi memastikan kelompok minoriti juga tidak tertinggallah. Jika dalam pemilihan dibimbangi kelompok minoriti tertinggal. Cuma saya ingin tanya pandangan pihak kementerian pihak Jabatan Perdana Menteri kerana pada ketika ini ataupun pada saat ini telah dilantik penuh kerusi untuk Ahli Dewan Negara. Saya lihat tidak ada wakil minoriti iaitu melibatkan kelompok OKU dan juga pihak Siam yang ada sebelum ini. Macam mana pandangan pihak JPM? Datuk Liew Vui Keong: Ya, mengenai pelantikan OKU sama juga dengan pihak negeri-negeri berkenaan di mana sekiranya ada OKU yang sesuai dilantik, saya rasa pihak kerajaan termasuk juga kerajaan daripada pembangkang akan meneliti permohonan tersebut. Jadi saya rasa kita apa sahajalah jangan menunggu sahaja sekiranya ada yang sesuai dan sekiranya yang ber qualification tepat untuk dilantik saya rasa kita akan mempertimbangkan perkara tersebut. Yang Berhormat Senator Tuan Mohamad Ezam bin Mohd. Nor, Yang Berhormat Tuan Ahmad bin Hussin dan Yang Berhormat Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf mencadangkan agar SPRM diberikan kuasa pendakwaan sebagaimana yang telah dibangkitkan dalam Laporan Tahunan Jawatankuasa mengenai rasuah. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan tidak bercadang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa kepada SPRM memulakan pendakwaan bagi kes rasuah secara penuh tanpa perlu merujuk Peguam Negara kerana dalam menjalankan penyiasatan dan pendakwaan perlu ada dengan izin check and balance . Sekiranya agensi penyiasatan dalam hal ini, SPRM diberi kuasa untuk membuat keputusan untuk mendakwa. Maka tidak wujud satu unsur pemikiran yang bebas, dengan izin the independence of mind, dalam mempertimbangkan fakta dan keterangan sesuatu kes secara objektif. ■2220 Ini juga adalah bertentangan dengan prinsip keadilan asasi dengan izin, natural justice iaitu a man should not be judge is in his own cause kerana ketua pesuruhjaya dan pegawai SPRM menjalankan kuasa siasatan mengikut seksyen 7, Akta 694. Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan kuasa yang mutlak kepada Peguam Negara di bawah fasal (3), perkara 145 untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan selain prosiding di hadapan Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak Negeri atau Mahkamah Tentera. Di mana-mana negara pun kuasa untuk membuat pertuduhan dan pendakwaan adalah terletak hak kepada Peguam Negara atau pendakwa raya yang bebas dan tidak dipengaruhi oleh agensi penyiasatan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat seterusnya... Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Minta laluan. Datuk Liew Vui Keong: Ya. Silakan. Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Kita beralih kepada pelantikan di Senat. Sekarang 26 orang dipilih oleh negeri dan 44 orang dari Federal. Nampaknya Federal overbearing on this state. Saya ingat dalam hal ini, negeri mesti diberikan lebih say . Jadi, ertinya saya cadangkan bahawa lebih wakil daripada state ataupun seimbang antara Federal dan state. Itu satu perkara. Kedua, Yang Berhormat Menteri ialah dalam RMKe-10, satu falsafah ataupun dasar asas yang kita ikuti sehingga sekarang ialah Rukun Negara iaitu satu philosophy yang sangat penting. Akan tetapi dalam RMKe-10, saya tidak nampak rujukan pada Rukun Negara. Ertinya adakah Rukun Negara tidak lagi penting ataupun tidak lagi menjadi dasar penting? Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri? Datuk Liew Vui Keong: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator. Seperti yang saya katakan tadi bahawa semua pelantikan Senator dalam Dewan yang mulia ini DN.28.7.2010 133 adalah mengikut peruntukan yang diberikan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Jadi, ini termasuk juga pelantikan Senator dari negeri-negeri yang mana sebuah negeri diberikan dua orang Senator. So, this is accordance with the Constitution. Jadi, itu saya tidak ingin memanjangkan lagi kerana ini tertera dalam Constitution . Mengenai philosophy yang diberikan oleh Yang Berhormat mengenai Rukun Negara ini, kita tidak dapat nafikan bahawa philosophy ini telah pun bersama-sama dengan kita, sejak sudah lama lagi. Philosophy ini is enshrine di dalam kehidupan kita. Jadi, walaupun mungkin tidak ternyata bahawa perkataan Rukun Negara di dalam RMKe-10, ini tidak bermakna bahawa the spirit of the philosophy tidak ada di dalam RMKe-10. It is always there bahawa kita sentiasa mesti percaya kepada Tuhan , you know. It goes without saying, we do not have to memberitahu semua orang bahawa kita tidak percaya kepada Tuhan because it is already in us. Jadi, saya tidak ingin mengatakan... Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Boleh minta laluan? Sedikit sahaja. Datuk Liew Vui Keong: Sedikit sahaja, ya. Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Ya. Datuk Liew Vui Keong: Pasal masa kita sudah lambat ini, Yang Berhormat. Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Ya. Memang spirit ada tetapi satu dasar yang begitu penting mesti sekali pun, at least once mesti mention juga. Terima kasih. Datuk Liew Vui Keong: Itu pandangan Yang Berhormat Senator. Saya tidak semestinya bersetuju. Akan tetapi walau bagaimanapun saya akan teruskan Tuan Yang di- Pertua. Mengenai isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Mohamad Ezam bin Mohd. Nor juga, berhubung dengan saranan agar SPRM menyiasat dan mengambil tindakan dalam kes pengorekan pasir di Bukit Canggang, Selangor. Untuk makluman Yang Berhormat, SPRM mengambil perhatian akan perkara ini dan berharap sekiranya terdapat sebarang maklumat terperinci tentang jenayah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan berhubung isu yang dibangkitkan, Yang Berhormat adalah dialu-alukan untuk menyalurkannya kepada pihak SPRM. Berhubung dengan Laporan Ketua Audit Negara dan juga individu-individu yang terlibat, Yang Berhormat Tuan Mohamad Ezam telah pun bertanya apakah tindakan atau hukuman yang telah dikenakan? Untuk makluman Yang Berhormat, SPRM memberikan perhatian serius terhadap isu yang dibangkitkan dalam setiap Laporan Ketua Audit Negara. Laporan tersebut dikaji secara terperinci bagi menentukan sama ada wujud sebarang kesalahan di bawah bidang kuasa SPRM. Namun, perlu dijelaskan bahawa tidak semua pendedahan di dalam Laporan Ketua Audit Negara adalah berkaitan dengan perlakuan jenayah sebaliknya terdapat pendedahan yang hanya melibatkan kelemahan pengurusan yang hanya memerlukan tindakan secara pentadbiran oleh agensi-agensi yang berkaitan. Bagi Laporan Ketua Audit Negara 2008, sebanyak empat laporan SPRM telah dikemukakan untuk tindakan tatatertib dan lima pucuk surat nasihat dikeluarkan berkaitan kelemahan-kelemahan pentadbiran yang telah dikenal pasti. Berhubung cadangan agar satu badan bebas ditubuhkan untuk memantau dan membuat laporan susulan terhadap maklum balas Laporan Ketua Audit Negara. Untuk makluman Yang Berhormat, ia adalah satu cadangan yang baik. Walau bagaimanapun, mengikut arahan Perbendaharaan 13(b), “Perbendaharaan Malaysia adalah pihak yang bertanggungjawab untuk mengusul perkara-perkara yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara supaya tindakan sewajarnya diambil bagi memperbaiki sebarang kelemahan yang telah dibangkitkan.” Berhubung tindakan... Tuan Mohamad Ezam bin Mohd. Nor: Mohon laluan. Datuk Liew Vui Keong: Ya, okey. Silakan Yang Berhormat. Tuan Mohamad Ezam bin Mohd. Nor: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih di atas jawapan dan 134 DN.28.7.2010 menghormati pandangan yang diberikan, khususnya dari sudut kuasa pendakwaan di bawah Jabatan Peguam Negara. Saya faham dan akui tentang principle of natural justice yang diguna pakai. Cuma saya mohon supaya juga dirujuk pada beberapa kasus, cases dalam negara-negara yang berjaya dalam membanteras rasuah seperti di Hong Kong, yang mana kuasa pendakwaan itu diberikan kepada badan penyiasatan juga seperti SPRM di Hong Kong. Juga saya mohon supaya dirujuk juga pada sejarah dan pengalaman penubuhan BPR ini pada tahun 1967 yang mana pada awal lagi BPR ini ditubuhkan, kuasa penyiasatan dan pendakwaan diberikan kepada BPR untuk menyiasat dan mendakwa. Pada ketika itu, sejarah menyaksikan bagaimana BPR ini dilihat cukup berkesan, taringnya hebat dan cukup digeruni. Kalau mengikut sejarah dua orang Menteri Besar terpaksa melepaskan jawatan di atas tindakan siasatan dan pendakwaan yang dibuat oleh Badan Pencegah Rasuah pada ketika itu. Jadi, saya mohon juga pihak kementerian merujuk perkara-perkara ini supaya ada ruang juga untuk dibuat penambahbaikan sekiranya perlu untuk terus... Matlamat akhir kita ialah untuk memperkasakan SPRM dan memberikan satu persepsi yang cukup baik kepada SPRM dalam menjalankan tugas membanteras rasuah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Datuk Liew Vui Keong: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator. Seperti yang saya telah pun nyatakan bahawa selain daripada Hong Kong yang telah pun disebutkan oleh Yang Berhormat. Negara lain yang mana, prosecution power masih terletak di Peguam Negara adalah seperti negara di United Kingdom, Singapura. I believe also di Amerika Syarikat dan seperti yang saya nyatakan sebab-sebab tertentu the power has to be separated daripada segi siasatan dan juga prosecution . Walau bagaimanapun, cadangan daripada Yang Berhormat memang diambil kira dan kami sentiasa akan meninjau keadaan ini, untuk menyesuaikan keadaan ini dengan negara. Kita tidak dapat nafikan bahawa SPRM di negara ini baru ditubuhkan sejak tahun 2009, 1st of January 2009 selepas BPR digazet dan diluluskan, dipindahkan sebagai SPRM. ■2230 Jadi saya ingin meneruskan mengenai isu rasuah yang telah pun mendapat perhatian Yang Berhormat Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah yang telah pun menyentuh kedudukan Malaysia dalam Transparency International Corruption Perceptions Index yang semakin menurun di sebalik usaha kerajaan bersungguh-sungguh untuk membanteras isu rasuah. Untuk maklumat Yang Berhormat, membanteras rasuah adalah salah satu daripada enam inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Nasional iaitu NKRA yang telah ditetapkan oleh kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, ini menunjukkan betapa seriusnya kerajaan untuk membasmi rasuah. Sementara itu pelbagai inisiatif telah pun dan akan terus dilaksanakan oleh kerajaan bagi memerangi rasuah dan seterusnya mengangkat martabat negara di persada antarabangsa, kerajaan menyedari walaupun banyak usaha telah dilakukan, namun kedudukan yang dikeluarkan oleh CPI ini masih tidak menggalakkan, sebenarnya keutamaan dan keazaman kerajaan membanteras rasuah bukan semata-mata didorong atau disebabkan oleh kedudukan dalam indeks yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak, sebaliknya ia lahir dari hasrat untuk membina masyarakat Malaysia yang bebas dari rasuah. Antara insentif yang telah berjaya dilaksanakan sehingga kini oleh kerajaan adalah, pembangunan Name and Shame Data yang dibangunkan bertujuan sebagai satu langkah pencegahan dan pengajaran kepada individu agar tidak melakukan jenayah rasuah setelah mengambil kira kesan lanjutan sekiranya didapati bersalah melakukan rasuah. Kedua, mendedahkan butiran kontrak perolehan kerajaan sebagai usaha meningkatkan capaian maklumat kepada rakyat dan meningkatkan ketelusan dalam perolehan kerajaan melalui portal procurement yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 1 April 2010, menjelaskan pada mereka surat sokongan apabila Jabatan Perdana Menteri pada 8 Mac 2010, telah mengeluarkan garis panduan DN.28.7.2010 135 tindakan ke atas sokongan yang diterima daripada pemimpin kerajaan, individu berpengaruh atau mana-mana orang mengenai urusan kerajaan. Ketiga, menggubal Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 ataupun Whistleblower Protection Act, yang mana rang undang-undang berkenaan telah diluluskan oleh Dewan Negara yang merupakan salah satu usaha kerajaan menggalakkan orang ramai tampil memberi maklumat salah laku rasuah di sektor kerajaan ataupun swasta. Yang terakhir penubuhan 14 buah Mahkamah Khas Rasuah serta menyelesaikan kes-kes rasuah dalam masa setahun. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat insinyur... Datuk Akbar bin Ali: Mohon mencelah. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, cukuplah. Datuk Akbar bin Ali: Cukuplah okey. Datuk Liew Vui Keong: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua Yang Berhormat Dato’ Zaitun binti Mat pula telah menyentuh beberapa perkara berkaitan perkhidmatan awam antaranya pencapaian kerajaan dalam memastikan 30 peratus peringkat pembuat dasar adalah wanita serta isu Skim Pekerja Khidmat Singkat seperti kontrak perkhidmatan diserapkan ke perkhidmatan tetap kemudiannya kemudahan imbuhan hasil kajian impak PKS dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 1 Jun tahun ini, terdapat seramai 454 orang iaitu 30.2 peratus pegawai wanita di peringkat membuat keputusan iaitu jawatan utama ataupun gred khas dalam sektor awam, bilangan ini tidak termasuk pegawai wanita lantikan di bawah badan berkanun serta perkhidmatan tentera dan polis. Sebenarnya kerajaan sentiasa memberi ruang dan peluang yang saksama kepada penjawat awam untuk mengisi jawatan di peringkat pembuat keputusan dan strategi. Walau bagaimanapun, bilangan jawatan-jawatan tersebut adalah terhad dan perlu melalui suatu proses pemilihan yang ketat berdasarkan merit yang meliputi prestasi kelayakan, kompetensi dan daya kepimpinan, pengalaman, integriti dan juga kesesuaian pegawai dengan jawatan yang akan disandang, justeru hanya pegawai yang benar-benar layak dan tersaring sahaja akan diperakukan. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja isu-isu yang saya sempat jawab pada kali ini dan saya rasa sekiranya mana-mana isu yang saya tidak sempat jawab, perkara tersebut telah pun dicatat akan diambil perhatian serta tindakan sewajarnya oleh Jabatan Perdana Menteri. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya Ahli Yang Berhormat sekalian, saya jemput Yang Berhormat Dato’ Devamany. 10.36 mlm. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy]: Tuan Yang di-Pertua, saya telah mendapat 29 Ahli Parlimen yang telah berbahas isu-isu daripada 35 orang saya gabungkan, maka begitu ramai Ahli Parlimen yang telah ataupun berbahas mengenai Rancangan Malaysia Kesepuluh dan saya rasakan ini induk Tuan Yang di-Pertua, saya pun tidak tahu bagaimana masa pun sudah lewat. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat saya cadangkan Yang Berhormat sebut nama-nama itu dan juga... Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy: Ya, ya. Tuan Yang di-Pertua: Kemudian Yang Berhormat jawab. Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy: Saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Parlimen, Yang Berhormat yang telah berbahas mengenai Rancangan Malaysia Kesepuluh dan saya akan cuba menjawab seringkas dan setepat yang boleh. Tuan Yang di-Pertua: Akan tetapi di samping itu Yang Berhormat, kalau sekiranya ada Ahli-ahli Yang Berhormat ada soalan-soalan apa yang tidak terjawab, bolehlah tanyalah on that issue itu sahaja, jangan dipanjang-panjangkan lagi, silakan. 136 DN.28.7.2010

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Datuk Akbar bin Ali telah menanyakan mengenai pihak swasta dan bukan Melayu yang kurang menerima fokus bantuan dari segi Rancangan Malaysia Kesepuluh. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat berdasarkan kajian rambang yang dibuat sebahagian besar rakyat menerima Rancangan Malaysia Kesepuluh, penerimaan Rancangan Malaysia Kesepuluh memang untuk semua, tidak mungkin ini disebabkan oleh kurangnya kesedaran dan pemahaman terhadap kandungan. Yang pertama saya rasa dari konteks terlalu banyak perkara yang disebutkan, 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi, selepas itu Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Kesebelas, apabila banyak sangat dibincangkan dan kemudian disusuli dengan Model Ekonomi Baru mungkin hala tujunya kurang jelas. Saya ingin tegaskan di sini bahawa memang Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk semua rakyat dan bukan sahaja untuk kaum Melayu tetapi untuk semua, dan ini berdasarkan need based contohnya 40 peratus kaum di bawah itu dari segi pendapatan akan menjadi fokus untuk dimartabatkan, kerana ini akan menjadi penanda utama untuk menjadikan Malaysia, high income economy atau high income nation , maka semuanya akan diambil kira dari segi 40 peratus ke bawah. Kemudian untuk pertengahan itu, untuk memperkasa kita mempunyai Modal Ekonomi Baru, di mana sektor perkhidmatan akan diliberalisasikan, persekitaran untuk inovasi akan diwujudkan, ini untuk semua orang bukan sahaja satu golongan dan memperluaskan lagi peluang untuk syarikat melabur, dari segi penswastaan, dari segi facilitation fund, mewujudkan undang-undang perdagangan yang lebih longgar dan senang untuk bersaing. Kemudian mewujudkan kelonggaran syarat kawal selia SME dan memperkukuhkan kerajaan sebagai pemudah cara efektif aktiviti sektor swasta, kerana andaian kita pada 2015 hingga 2020, fokus Wawasan 2020 adalah mengurangkan kerajaan yang besar dan supaya lebih kecil dan cekap, dan swasta menjadi the growth engine of the country , maka ini perlu difahami satu ship yang besar, anjakan paradigma yang besar, tetapi perlu kesedaran dan sedikit demi sedikit kita perkukuhkan, itulah yang saya ingin ceritakan kepada Yang Berhormat. Senator Datuk Hajah Wan Hazani, Yang Berhormat itu telah bertanya mengenai faktor-faktor yang diambil kira untuk pemberian subsidi, beliau ingin tahu apakah sektor dan kegiatan yang perlu diberi subsidi, dan siapakah golongan sasaran dan sampai bilakah pemberian subsidi akan diteruskan, saya rasa satu soalan yang penting, kerana banyak kontroversi mengenai subsidi baru-baru ini, rationalization dan sebagainya. ■2240 Saya rasa dari segi subsidi ini, memang kita sedia maklum sektor pertanian memang mendapat subsidi kerana golongan miskin melalui Dasar Jaminan Bekalan Makanan, kita mempunyai golongan nelayan dan petani masih jauh ketinggalan. Maka golongan ini perlu bantuan. Di sektor pengangkutan supaya tidak bebankan rakyat – kadar tol seterusnya Kereta Api Tanah Melayu, penerbangan MASwings di Sabah dan Sarawak ke pedalaman – semua ini telah diberikan subsidi dalam pengangkutan. Seterusnya dari segi Petronas, subsidinya diberi kepada NGV kepada kenderaan individu dan juga pengangkutan awam seperti bas dan teksi untuk bantu mengurangkan kadar pengangkutan. Serta industri juga dapat bantuan dari segi penjanaan elektrik dan tarif elektrik dan dari segi subsidi barangan untuk kegunaan orang awam, kita kos barangan untuk minyak masak, tepung, gula, beras diberi subsidi untuk memberikan bantuan. Seterusnya perkhidmatan kesihatan dan pendidikan juga banyak diberi subsidi. Oleh sebab ini merupakan tunjang untuk pembangunan, negara maka golongan-golongan yang kurang berada dapat dibela melalui cara-cara ini. Akan tetapi rationalization nya, perlu mengambil kira ada golongan-golongan yang tidak perlu dibantu juga menikmati subsidi ini. Itu sebabnya pergerakan subsidi ini dilakukan mulai Januari. Baru-baru ini 25 sen telah dinaikkan untuk gula dan 5 sen telah dinaikkan tetapi diterima oleh rakyat. Ini kerana perkara ini telah diuar-uarkan sejak Januari untuk kita DN.28.7.2010 137 mengurangkan RM74 bilion secara langsung dan tidak langsung yang diberi untuk subsidi supaya negara kita dapat memberikan keimbangan fiskal yang lebih kukuh ke arah Wawasan 2020. Rakyat menerima hakikat yang sebenarnya, bukan diterapung-apungkan ataupun disogok-sogokkan tetapi di understand dengan izin, the real scenario of the nations. Itu sebabnya. Yang Berhormat Senator Puan Hajah Noriah telah cadangkan supaya kerajaan mengkaji semula dasar subsidi negara. Memang itu yang sedang berlaku supaya kita juga selain daripada apa yang saya nyatakan tadi menyekat ketirisan penyeludupan minyak ke negara-negara jiran kerana harga minyak kita paling murah di rantau ini dan maka itu telah menyebabkan kita kerugian, kawalan kita – walaupun ada tetap masih ada masalah. Kenderaan dari negara-negara jiran juga masuk ambil petrol dia masuk dalam ini. Maka inilah masalah-masalah yang perlu kita tangani. Selain daripada itu, Yang Berhormat Senator Datin Paduka Datuk Nor Hayati telah membicarakan mengenai Model Ekonomi Baru dan mohon penjelasan akan keupayaan dan kemampuan kerajaan melaksanakan Model Ekonomi Baru secara adil dan saksama. Itu sebabnya Perdana Menteri kita pada awalnya memperkenalkan konsep Program Transformasi Nasional dahulu – NKRA, yang melibatkan 200 orang dari semua sektor bersama dengan kakitangan kerajaan duduk mencari penyelesaian secara spesifik terhadap masalah-masalah rakyat. Enam perkara yang dirasakan bahawa menjadi kekangan masalah rakyat bila turun padang iaitu masalah rasuah, masalah pendidikan, masalah pengangkutan, masalah kemiskinan, masalah infrastruktur dan akhir sekali masalah penyampaian – sistem penyampaian yang orang marah. Maka dengan cara ini, sedang berlaku sekarang. Kita telah belanjakan mungkin RM17 bilion untuk dua tahun ini – tahun 2010. Selepas itu kita akan pergi ke NKRA II, fasal II. Maka transformasi itu akan berlaku, maka Model Ekonomi Baru akan diumumkan pada Oktober 2010 oleh Perdana Menteri bersama dengan belanjawan negara di Parlimen nanti. Apabila beliau memaparkan Model Ekonomi Baru ini, maka lab , makmal yang tengah berlaku sekarang ini, sampai minggu ini, mungkin akan diperlanjutkan lagi selama lapan minggu. Akan buat NKEA untuk meletakkan perkara-perkara yang akan jadi landasan untuk membawa Malaysia ke Wawasan 2020 oleh kerana krisis-krisis yang kita lalui. Krisis pertama iaitu krisis kewangan pada tahun 1997 dan tahun 1998. Kemudian kita ada krisis kemelesetan selepas September 2001. Kemudian kita ada wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS). Selepas itu kita ada krisis ekonomi terkini. Semua ini telah menjadi pengajaran kepada kita. Pengajaran kepada kita untuk kita letakkan bahawa ekonomi perlu kita kukuhkan. Maka inilah akan jadi pada September ini. Kita tunggulah pada Oktober ini untuk pengumuman Perdana Menteri. Saya ambil masa ini sedikit kerana ramai yang telah menanyakan supaya tidak payah saya jawab yang lain Tuan Yang di-Pertua, terus saya pergi sesuatu yang umum. Maka pertumbuhannya akan fokus kepada Model Ekonomi Baru inclusive , keterangkuman. Semua orang tidak akan ditinggalkan dalam proses pembangunan, daripada golongan bawahan sampai ke atasan. Dunia korporat akan ada pemudah caranya, golongan pertengahan akan ada pemudah caranya – SME, SMI. Kemudian golongan bawah sekali untuk mereka membina kapasiti akan ada caranya untuk membina keseimbangan dalam pembangunan. Maka, kesemua komuniti akan dijaga. Perkhidmatan awam, sistem penyampaian sektor swasta, penggunaan kewangan yang berhemah dan pembangunan kapasiti kerajaan akan jadi tunjang dalam Model Ekonomi Baru. Yang Berhormat Senator Dato’ Azian pula menanyakan mengenai situasi birokrasi yang menjadi banyak isu ini. Beliau memohon penjelasan tentang situasi birokrasi kerajaan yang dilaporkan masih tinggi yang dilihat melalui kedudukan negara yang berada di tangga ke-23 dalam ranking Doing Business Report 2010. Saya tertarik dengan hujah beliau tetapi ingin saya mengatakan bahawa, walaupun ada turun daripada 21 ke 23 dari segi ranking itu, tetapi kita lihat World Competitive Year Book 2010 yang diterbitkan oleh International Institute of Management Development (IIMD) yang mempunyai reputasi besar. Pada Mei 2010, kita telah berjaya dalam kedudukan ke 10 daripada 18. Maka masing-masing 138 DN.28.7.2010 mempunyai kriteria masing-masing dalam penilaian mereka terhadap kedudukan sesebuah negara. Akan tetapi kita lihat pada tahun 2008 dan tahun 2010 sekarang, kita nampak perbezaannya. Kalau dahulu kita kekang tetapi sekarang tidak ada, ia open . Pelaburan kita memang... Kita setujulah tetapi kita akui kekurangan, kekurangan memang ada dari sudut kos memulakan perniagaan kita masih dari bawah – 88. Permohonan permit kita masih lambat – 109, kemudian hak milik pula, kerajaan negeri punya masalah tanah, maka ini pun – 86. Maka inilah perkara yang perlu kita perkasakan balik supaya kita boleh dapat imej negara di peringkat antarabangsa. Maka kita bukan sahaja sekarang kita gunakan Pemuda tetapi sekarang koridor sendiri, semua koridor SDC, NCIA, ECER dan juga SCORE dan Wilayah Pembangunan Iskandar, pelabur boleh terus pergi sana, mereka akan jadi one window . Mereka akan dapatkan MIDA untuk luluskan.

Inilah cara baru dan banyak pelaburan telah turun melalui cara ini. Maka inilah tidak payah saya ceritakan secara banyak sangat di sini. Seterusnya ialah isu tenaga. Datuk Akbar bin Ali: Tuan Yang di-Pertua, mohon laluan. Tuan Yang di-Pertua: Ya, silakan. Kalau boleh secara ringkas, Yang Berhormat. Datuk Akbar bin Ali: Baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucap tahniahlah kerana saya lihat ada perubahan cara Yang Berhormat memberikan jawapan – lebih berimbang kalau berbanding dahululah. Perkara buruk ada dan perkara baik pun ada. Kalau dahulu baik sahaja. Tuan Yang di-Pertua: Teruskan Yang Berhormat, terus kepada soalan. Datuk Akbar bin Ali: Soalan saya ini tentang lab Yang Berhormat ya. Saya hendak memberikan ruang kepada Yang Berhormat untuk menghapuskan apprehension dan salah faham tentang penggunaan lab – dikatakan terlalu mahal, menggunakan foreign , bayaran dikatakan RM130 juta dan sebagainya. Apa pandangan Yang Berhormat tentang apprehension ini, sedangkan mereka tidak lebih daripada integrator sahaja sedangkan mereka menggunakan minda pegawai-pegawai kerajaan sendiri? Mengapa tidak gunakan local research university yang kita ada tujuh buah untuk mengendalikan tugas ini supaya universiti ini akan dapat nama, akan diberi ruang dan diberi penghormatan berbanding dengan foreign company ini tadi? Terima kasih. Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy: Terima kasih Yang Berhormat. Pertama, mereka memang terlibat, profesor memang terlibat dalam lab ini. Tidak kita tinggalkan universiti. Kedua, keberanian dan juga keterbukaan dan ketelusan labs ini boleh nampak melalui kenyataan Datuk Seri Idris Jala dengan EPU. Fundamental polemic , polemik itu. Perbezaan pandangan yang mengatakan bahawa rasional subsidi, isu muflis yang dibawanya. Kemudian, EPU pula membawa pandangan-pandangan mengatakan tidak akan berlaku melihatkan senario Jepun di mana 190 peratus defisitnya, tetapi EPU pula memberikan pandangan-pandangan yang kukuh mengatakan bahawa kita punya pinjaman itu bukan luar negara tetapi pinjaman dalam negara. ■2250 Maka, ini yang membawa satu negara. So , dalam lab ini telah kita nampak pertumbuhan pandangan, cetusan idea dan input yang begitu tulen. Kita nampak report yang dikeluarkannya. Maka, saya rasa begitu jitu sekali konsep keseluruhannya. Mereka dapatkan juga pandangan daripada global kerana sebelum lab ini, ada banyak international advisory panel, mesyuarat yang dilakukan oleh Perdana Menteri, pelbagai menteri dan juga pelbagai agensi. Saya sendiri menghadiri tiga, untuk bioteknologi, ICT dan beberapa perkara yang lain. Di mana Edward Prescott - Nobel Prize winner , Vikram Nehru, Andrew Chiang dan ramai orang telah dibawa. Tuan Yang di-Pertua: Cukup Yang Berhormat. DN.28.7.2010 139

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy: So , itu sebabnya saya - terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Maka, jangan khuatir kerana ini fundamental . Maka, kita terima pandangan itu dan teruskan. Tuan Yang di-Pertua: Okey. Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy: Dari segi tenaganya, Tuan Yang di-Pertua, isu Petronas agar melantik di kalangan orang-orang Sabah dilantik menjadi Ahli Lembaga Petronas. Ini daripada Yang Berhormat Datuk Maijol Mahap. Yang Berhormat, saya ingin mengatakan di sini bahawa Petronas akan melantik mengikut kepakaran dan juga ada 12 orang di dalamnya dari segi kerajaan, lima orang dari sektor swasta dan pegawai kanan Petronas. Maka, ia berasaskan kepada kriteria kualiti dan juga kepakaran. Yang Berhormat juga menyeru agar membina infrastruktur minyak di kawasan Sabah. Memang banyak. Infrastruktur memang banyak, terminal minyak mentah Labuan, Terminal Gas Sabah, Terminal Penerimaan Gas Sabah dan juga SOGT dan SSGP. Memang ada. Saya minta supaya Yang Berhormat pergi check balik. Yang Berhormat juga khuatir ada syarikat tidak dapat. Banyak syarikat yang telah ditawarkan kontrak di dalam semua institusi tenaga ini. Yang Berhormat juga minta supaya caj RM20 untuk biasiswa Petronas dimansuhkan. Saya pun setuju dengan Yang Berhormat. Ini akan kami sarankan kepada Petronas. Untuk mohon biasiswa Tuan Yang di-Pertua, dia kena bayar RM20. Saya pun setuju dengan Yang Berhormat ini. Cadangannya bagus. Tuan Yang di-Pertua: Sudah setuju tu kira, next point. Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy: Okey. Isu pengagihan dan kemiskinan. Ramai Ahli Yang Berhormat telah meminta ini dalam semangat meneruskan Dasar Ekonomi Baru, dibawa oleh Yang Berhormat Dr. Syed Husin Ali dan juga Yang Berhormat Datuk Akbar Ali dan juga Yang Berhormat Ahmad Hussin yang khuatir bahawa Dasar Ekonomi Baru ini, penerusannya mungkin akan tergugat. Maka, saya rasa senang sahaja. Konsep Dasar Ekonomi Baru adalah pengagihan secara saksama dan juga untuk menyusun semula kekayaan negara. Jika ini, maka kita lihat dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh memang itu tuntutannya, need based. Tidak mengira siapa dan juga pembangunan wilayah, koridor dan sebagainya. Di mana, semua pihak akan dapat keuntungannya. Ingin saya katakan di sini bahawa kadar kemiskinan pada tahun 2009 telah diturunkan sampai 3.8 peratus berbanding pada tahun 1970, di mana ia adalah 40 peratus. So , ini menunjukkan bahawa dasar ekonomi dan langkah-langkahnya memang berjaya. Maka, kita harap bahawa Model Ekonomi Baru dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh akan memperkasakan balik. Satu perkara yang ingin saya katakan, 72 peratus daripada golongan bumiputera masih dalam kadar kemiskinan 40 peratus ke bawah. Jika kita lihat iaitu 2,300 ke bawah dan golongan ini akan mendapat fokus di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Yang Berhormat Tuan Haji Muhammad Yusof Husin telah bertanyakan bahawa sama ada terdapat sebarang tanda aras (benchmark) untuk memastikan Rancangan Malaysia Kesepuluh tidak menyisihkan sesuatu kaum. Saya rasa tidak ada kerana dalam kumpulan yang teratas itu 20 peratus, 5.1 peratus adalah daripada golongan bumiputera. Okey? Yang teratas adalah the 20 peratus of the top, belongs 5.1 peratus, dengan izin, golongan bumiputera. 72 peratus daripada golongan bawah itu golongan bumiputera. Maka, semua ini akan diberi fokus untuk dirombak semula, vis-a-vis, dengan izin, dengan kaum lain. Baik itulah ya. Datuk Akbar Ali menanyakan prasyarat untuk perkongsian pintar bumiputera dan bukan bumiputera. Dulu ada usaha-usaha dibuat untuk ini tetapi tidak berjaya. Saya ingat Yang Berhormat sendiri tahu. Maka, apakah hala tuju baru untuk ini, mungkin Yang Berhormat sendiri boleh beri pandangan kepada EPU. Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Boleh minta mencelah sedikit, satu minit? Jikalau dulu, usaha untuk mengadakan perkongsian pintar itu diakui tidak berjaya. Sudahkah dikaji sebab-sebab kegagalan itu Yang Berhormat. Maksud saya, kalau sudah dikaji sebab-sebab kegagalan itu, maka hasil daripada kajian itu haruslah dijadikan iktibar untuk memastikan bahawa harapan atau rancangan untuk mengadakan perkongsian pintar 140 DN.28.7.2010 antara bumiputera dan bukan bumiputera dapat dilaksanakan. Maksud saya, mungkin ada sabotaj dan mungkin ada yang tidak ikhlas. Inilah antara kemungkinan-kemungkinan mengapa perkongsian pintar yang diharapkan itu tidak berlaku dan berjaya. Terima kasih. Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy: Terima kasih Yang Berhormat dan Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memang setuju. Dulunya, persatuan-persatuan perniagaan digunakan sebagai saluran untuk perkongsian. Maka, saya setuju bahawa mungkin mereka terlalu mementingkan diri dalam perniagaan mereka sehingga kewujudan kelompok itu tidak diberi perhatian. Maka, kita kena lihat semula bagaimana ia boleh dijana kembali dan lihat kaedah-kaedah baru untuk kita cari dengan memberi fokus kepada bidang-bidang yang boleh tambah nilai, inovasi dan kreativiti. Tidak business-business yang tradisional ini. Banyak kaedah sedang dilihat, maka kita akan teruskan. Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Wan Hazani telah menanyakan mengenai National Global Economy iaitu National G-Economy, penubuhannya. Ia begitu bayi sekali dan belum lagi ada landasan yang jelas. Tunggulah untuk pengumuman yang selanjutnya. Yang Berhormat Senator Dato’ Azian telah cadangkan supaya agensi-agensi kerajaan yang berperanan untuk memperkasa kaum bumiputera di bawah Jabatan Perdana Menteri. Memang ada unit khas untuk menjana mereka dan Perdana Menteri menjadi penaung untuk ini. He is very interested in this, dengan izin. Seterusnya,... Dato’ Azian bin Osman: Mohon mencelah sedikit. Ya, Yang Berhormat, apa yang saya bangkitkan Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh atau tidak agensi-agensi seperti MARA, UDA dan lain-lain agensi ini yang bertaburan di kementerian-kementerian yang ada, disatukan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Itu cadangannya. Bukan unit tadi. Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy: Terima kasih Yang Berhormat, untuk makluman Yang Berhormat, penubuhan satu majlis tertinggi akan ditubuhkan. Iaitu Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera (MTAB) yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri, akan bermesyuarat setiap dua bulan. Mesyuarat pertamanya akan diadakan pada Ogos 2010. Memang sudah ada agenda itu ya. Yang Berhormat juga telah mengatakan bahawa pihak Majlis Ekonomi Negara menghadapi masalah dalam kemasukan elemen bumiputera dalam Model Baru Ekonomi. Saya ingat itu tidak betul. Sorry ya, saya menafikannya. Maklumat e-Kasih perlu dikemaskinikan, kegagalan SUBUR. Saya akui, memang SUBUR adalah satu projek yang gagal kerana daftar e-Kasih itu belum dikemaskinikan. Niatnya memang ikhlas tetapi daftar itu tidak dapat dikemaskinikan. Setakat ini, 2,600 orang telah mendaftar tetapi ada ramai yang belum diverifikasi. Perlu diverifikasi dulu, baru kita boleh melanjutkan bantuan itu. Niat untuk SUBUR itu memang baik. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, malam tadi agaknya Menteri Pertanian sendiri pun sudah beritahu, beliau pun mengaku, tidak perlu ulas. Teruskan yang lain-lain. Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy: Terima kasih. So , Yang Berhormat Senator Lee Cheam Choon ingin mencadangkan kerajaan mengadakan program membasmi kemiskinan dan perpaduan di kalangan kaum Cina di Kampung Baru. Maka, ini adalah bidang tugas KPKT, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, mereka mempunyai satu unit khas untuk melihat pembangunan kampung-kampung baru. Di samping itu, kita sudah ada e-Kasih dan pelbagai program lain di mana kita boleh plug in , dengan izin. Maka, saya mengesyorkan kepada Yang Berhormat, perkara ini boleh dilihat di peringkat penyampaian. Yang Berhormat Datin Paduka Datuk Nor Hayati telah membawa isu mengenai dasar-dasar affirmative dalam Model Baru Ekonomi untuk pembangunan secara adil. Maka perkara pertama untuk Yang Berhormat: ■2300 (i) mengurang ketidaksamaan pendapatan; (ii) mewujudkan tindakan affirmative yang mesra pasaran; (iii) merapatkan jurang perbezaan wilayah; DN.28.7.2010 141

(iv) menggalakkan pemberian ganjaran; dan (v) akses yang adil. Semua ini memang ada dalam Model Ekonomi Baru dan Yang Berhormat Dato’ Abdul Rahman pun telah tanya mengenai CAPE ekonomi dan MEB memang itulah. Semuanya telah menanya soalan yang sama isu Pembangunan Modal Insan Yang Berhormat Datuk Sim Kheng Hui telah menanyakan mengenai strategi kerajaan untuk melahirkan modal insan berkualiti dan bagaimana melahirkan modal insan di peringkat melalui di mana kita akan berhentikan mencegah brain drain . Pertama, kalau kita tengok Model Ekonomi Baru kita atau Rancangan Malaysia Kesepuluh pertama prasekolah. Kita mula daripada awal prasekolah di peringkat persekolahan lagi di mana kita ada LINUS. LINUS itu penjaringan literasi dan huma rasi piawaian antarabangsa supaya kita piawai standard sekolah rendah dan juga peringkat vokasional di peringkat sekolah dapat diperkukuhkan. Lembaga Teknologi Malaysia untuk pensijilan teknikal peringkat kebangsaan dan dunia dan kualiti pendidikan tinggi. Prosesnya begitu luas sekali menyusun semula pasaran pekerjaan, okey. Kemudian pendekatan untuk menarik kembali orang-orang 70,000 Tuan Yang di-Pertua yang dikenal pasti duduk di luar rakyat Malaysia di mana kita hendak tarik macam mana dengan ganjaran hendak beri. Kemudian kita buat jaringan networking untuk bawa mereka dan Talent Corporation diwujudkan untuk tujuan ini. Yang Berhormat Puan Hajah Mumtaz telah tanyakan mengenai program rohani, kerohanian dan juga jati diri. Memang itulah, itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua dulu Rancangan Malaysia Kesembilan kita ada 22 peratus perbelanjaan pembangunan untuk modal insan. Sekarang ditingkatkan kepada 40 peratus total expenditure , dulu fizikal banyak sekarang kita hendak bawa pembangunan modal insan. Maka Kerajaan Malaysia dan juga Perdana Menteri mahu fokus kepada pembinaan kapasiti. Detail nya ada dalam buku-buku boleh lihat apakah rancangan-rancangan yang bakal akan dibuat tolong lihat kerana kita kekangan masa. Isu sosial apakah usaha kerajaan untuk membentuk penduduk tempatan terutama di kawasan persekitaran rumah kos rendah untuk kualiti hidup mereka dan persekitaran lebih baik. Memang isu lama ini, ya lif tidak kerja itu masalah semua. Inilah Senator Yang Berhormat Pau Chiong Ung, RM500 juta telah diperuntukkan di mana ianya adalah 50 peratus dan jawatankuasa penduduk di sana akan juga menampung sedikit dan mereka akan pastikan isu-isu berkaitan dengan lif, bumbung, cat, rosak dan semua dapat diatasi. Selain daripada itu, kita ada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang ditubuhkan baru-baru. Kesejahteraan bandar bukan sahaja di wilayah, di seluruh bandar-bandar mereka akan memantau kemiskinan dan flat-flat ini yang akan jadi problematic ini. Di samping itu akan ada 1Malaysia Klinik macam-macam lagilah akan diwujudkan di tempat-tempat ini surau, tadika perpaduan dan sebagainya. Memang ini satu transformasi utama kerana the urban poor menjadi di mana ghettos kita hendak selesaikan masalah ini. ICT, Senator Puan Hajah Dayang Madinah telah membawa mengenai jaringan jalur lebar di negeri Sarawak. Memang sudah ada zon satu, zon dua dan zon tiga. Zon satu di Kuching, zon dua di Sibu dan zon tiga adalah di kawasan luar bandar dan mereka menggunakan BBGP iaitu telekomunikasi broadband satellite. Akhir sekali ada 351 tele- center di Sarawak. So tidak payah risaulah ya, di Sarawak dalam map untuk diberi ICT. Seterusnya, digital ICT di luar bandar-bandar memang adalah kita ada ceritakan. Isu pertanian sikit sahaja lagi Tuan Yang di-Pertua saya akan habiskan Yang Berhormat Senator Haji Ahmad Yusof memohon penjelasan tentang hala tuju sektor pertanian dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh adakah pembangunan tanah baru akan diteruskan dan juga perkembangan terkini. Memang sektor pertanian merupakan landasan utama kalau kita tengok kemiskinan maka dalam konteks ini kita akan meningkatkan produktiviti dan kedayasaingan dalam menjamin bekalan makanan food security dan juga menggunakan kaedah inovasi menggunakan pelabur-pelabur untuk komersial berskala 142 DN.28.7.2010 besar. Di koridor sudah mula, konsep ini sudah bermula di koridor di lima-lima koridor, R&D dan universiti akan diberi ganjaran melalui kluster-kluster rantaian nilai pertanian. Inilah ya, dalam Dasar Pertanian inilah ya dan kita ada dalam Dasar Pertanian Negara Keempat tahun 2011, tahun 2020 di mana segalanya akan diberi tumpuan iaitu minyak kelapa sawit, ternakan burung walid, akuakultur, herba, buah-buahan, sayur- sayuran, rumpai laut, padi akan diberi keutamaan. Inilah fokusnya isu pembangunan wilayah koridor, saya rasa setiap satu koridor Tuan Yang di-Pertua telah pun terbitkan semua ini. Saya minta supaya baca kerana ada tohmahan di sini mengatakan bahawa ada macam contohnya dia kata tiada projek-projek Pantai Timur Semenanjung iaitu dari Johor Timur sampai ke Tumpat, Kelantan. Ini Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Abdul Rashid Ngah ini satu tidak betul ini. Mana tidak ada, tolong balik semua baca ini semua setiap koridor ada benda ini. Semua projek sudah masuk sini tolong balik bacalah terlalu banyak untuk saya baca. Memang sudah ada okey untuk isu-isu berkaitan acer status ini Yang Berhormat Puan Hajah Zainun. Status kemajuan projek, bilangan pekerjaan semua ada di sini. Minta balik baca ya, tidak payah saya jawab soalan-soalan itu. Kemudian, asas di kawasan pembangunan SCORE iaitu Sarawak oleh Yang Berhormat Dato’ Abdul Rahman Bakar. Beliau ingin tahu mengenai kemudahan asas ini maka ‘ recodar’ yang menjaga ini untuk makluman Yang Berhormat sejumlah 1.214 bilion telah diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan untuk Rancangan Malaysia Kesepuluh menang satu peruntukan yang besar telah diperuntukkan. Fokusnya sosioekonomi di Tanjung Manis, Mukah dan Simalaju. Baik isu bajet pembangunan Senator Puan Hajah Mumtaz, ini isu yang selalu dibangkitkan saya kena jawab Tuan Yang di-Pertua. Peruntukan pembangunan Kerajaan Persekutuan diberi kepada Kerajaan Negeri. Okey, beliau menyarankan agar peruntukan pembangunan Kerajaan Negeri diberi kepada Kerajaan Negeri yang berhak menerima dan tidak disalurkan kepada agensi yang lain. Pandangan itu diterima. Terima kasih. Okey, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Noriah. Pengagihan peruntukan antara fizikal dan bukan fizikal saya sudah beritahu tadi. Fizikal dan bukan fizikal - bukan fizikal akan ambil lebih peruntukan lebih ketara kerana modal insan menjadi fokus. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali ada satu isu bagaimana Malaysia dapat melonjak daripada negara pendapatan sederhana kepada status pendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Segalanya ada di dalam buku New Economic Module apakah strategi dan langkah maka tidak pernah saya menjawab sebegini laju saya ucapkan terima kasih. Maka untuk jawapan yang terakhir sekali, lima perkara akan jadi tunjang kepada pembangunan negara dalam tahun 2020. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri perbahasan saya ciri-cirinya ialah: (i) market lack dijanakan oleh pasaran; (ii) well grown ditadbir dengan telus dan berwibawa; (iii) regionally integrated dirangkaikan secara rantauan iaitu Asia akan jadi fokus bukan barat lagi; (iv) entrepreneur berkeusahawanan rakyat kita kena jadi orang berusahawanan bukan bekerja untuk orang lain; akhir sekali; dan (v) inovatif. Terima kasih. Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Boleh sikit saya mencelah sikit sekejap Tuan Yang di-Pertua sekejap sahaja. Tuan Yang di-Pertua: Cukup Yang Berhormat cukuplah. Cukuplah. DN.28.7.2010 143

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy: Dengan itu saya ucap terima kasih kepada semua Yang Berhormat saya mohon maaf kerana terlalu laju dalam jawapan ini kesuntukan masa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat maka dengan akhirnya isu sebentar tadi selesailah sudah perbahasan RMKe-10 kita yang diperuntukkan selama dua hari, hari semalam dan hari ini. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri-Menteri, Timbalan Menteri dan semua pegawai dari kementerian-kementerian dan tidak ketinggalan kepada semua Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini khususnya Senator-senator yang hadir yang telah begitu berminat dan aktif melibatkan diri membahaskan Rancangan Malaysia Kesepuluh dengan penuh bersemangat dan insya-Allah akan dapat sama kita manfaatkan apa yang telah diharapkan oleh kerajaan. Satu perkara yang saya minta kepada semua Ahli Yang Berhormat saya mengucapkan banyak-banyak terima kasih hingga ke malam ini sudah pukul jam 11.10 Ahli-ahli Yang Berhormat masih ada dan tetap bersemangat membahaskannya. Akan tetapi, saya harap janganlah segelintir ini sahaja. Saya minta semua sekali hadir di Dewan ini melainkan kalau ada hal-hal penting bolehlah memohon. Ini kerana saya fikir di Dewan yang mulia ini membahaskan perkara-perkara yang amat penting sekali. Manakala kepada Yang Berhormat Menteri-Menteri, Timbalan Menteri dan pegawai-pegawai kerajaan dan khususnya Ahli-ahli Yang Berhormat selesai tadi kita hendak setujukan perkara ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang diekumukakan hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan. Ahli-ahli Yang Berhormat selesailah sudah maka ini saya dengan ini tangguhkan mesyuarat sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 29 Julai 2010 esok. Sekian, terima kasih.

Dewan ditangguhkan pada pukul 11.12 malam.