Laporan 5 Profil Ngo-Ngo Dan Individu-Individu Yang
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
LAPORAN 5 PROFIL NGO-NGO DAN INDIVIDU-INDIVIDU YANG BERKECENDERUNGAN MENYOKONG GERAKAN ATEISME 1. Islamic Renaissance Front (IRF) Individu yang perlu dipantau: Dr. Farouk Musa Status: Aktif Aktiviti: Banyak menganjurkan program yang mempromosikan ideologi liberal dan membawa masuk pelbagai individu yang mempunyai ideologi sesat untuk dibawa kepada masyarakat Malaysia. Kaitan dengan gerakan ateisme: Menyatakan jikalau golongan ateis menikmati dan mempercayai kebebasan beragama tanpa mempengaruhi orang lain untuk menganut agama mereka, sepatutnya tidak timbul masalah untuk isu itu. Selain itu, IRF juga menerima dana daripada National Endowment for Democracy (NED), iaitu sebuah badan NGO overt yang giat mempromosikan proses demokrasi di dunia dan menguasai empat agensi yang mendukung prinsip demokrasi yang sama iaitu American Center for International Labour Solidarity (ACILS), Center for International Private Enterprise (CIPE), National Democratic Institute for International Affairs (NDI) dan International Republican Institute (IRI). Bukan itu sahaja, IRF seolah-olah menggalakkan pembawaan sekularisme dan bekerjasama dengan pelbagai entiti anti Islam. Sudah tentu kebebasan beragama adalah sesuatu yang disokong IRF dan mereka juga mempunyai objektif agar umat Islam di Malaysia mampu membuka minda ke arah ideologi IRF. Sumber: • http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/08/17/muslims-with- atheistic-views-violate-shariah-laws-says-igp/ 1 2. Lawyers for Liberty Individu yang perlu dipantau: Eric Paulsen Status: Aktif Aktiviti: Disertai oleh golongan liberal berpengalaman dalam bidang undang- undang serta bersikap anti Islam dan anti Melayu. Menerima dana yang kerap daripada National Endowment for Democracy (NED), iaitu sebuah NGO yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang giat mempromosikan proses demokrasi di dunia. Kaitan dengan gerakan ateisme: Bersetuju bahawa golongan ateis tidak patut diganggu kerana mereka mempunyai hak untuk mempercayai apa sahaja kerana mendakwa Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan kebebasan agama, sama ada untuk mempercayai Tuhan atau sebaliknya. Beliau juga adalah seorang individu yang aktif dan lantang dalam mengusulkan hak kebebasan beragama termasuk kepada yang beragama Islam. Bukan itu sahaja, beliau juga menyatakan, “Undang-undang atau konstitusi Malaysia tidak memerlukan seseorang untuk mempunyai agama untuk menjadi seorang rakyat di negara ini.”. Katanya lagi, “Golongan ateis hanya ingin menjalankan kehidupan seperti biasa tanpa diikat dan diganggu oleh institusi agama. Lagipun, tiada paksaan dalam agama.” Sumber: • http://www.thesundaily.my/news/2017/08/09/being-atheist-msia-not-against- federal-constitution-say-lawyers 2 3. Atheist Republic Individu yang perlu dipantau: Armin Navabi Status: Aktif Aktiviti: Mempromosi ideologi ateisme dan menentang pengajaran agama yang mempromosi penindasan dan kekejaman. Mereka juga membantu golongan ateis di serata dunia untuk berkumpul dan berkongsi pengalaman masing-masing dengan mewujudkan konsulat-konsulat di serata dunia untuk memudahkan proses komunikasi di antara ahli- ahli. Kaitan dengan gerakan ateisme: Pada bulan Ogos 2017, Atheist Republic, sebuah NGO yang mempunyai konsulat di merata dunia, selain memberi peluang kepada golongan ateis di seluruh dunia untuk berkumpul dan berkongsi pandangan serta menyediakan talian untuk menghubungi ahli-ahli yang lain. Ia mempunyai lebih daripada 1.7 juta pengikut di seluruh dunia. Atheist Republic secara tiba-tiba telah berkongsikan satu foto perjumpaan ahli-ahli yang disyaki adalah Melayu murtad dan juga bangsa lain yang mendukung ateisme. Ia telah mencetuskan kerisauan di kalangan pemimpin-pemimpin negara dan juga masyarakat Islam di Malaysia. Selain daripada itu, pengasas Atheist Republic ini pernah mengadakan sebuah temu bual bersama seorang penolong pengarang di Malay Mail, Zurairi AR yang mendukung dan mengetengahkan pemahaman ateisme yang telah menular di laman media sosial baru-baru ini. Susulan daripada temu bual bersama beliau tersebut, wujud campur tangan daripada media Barat dan mereka memberikan gambaran yang buruk terhadap sistem pemerintahan yang berlandaskan konsep Islam. Bukan itu sahaja, pengasas Atheist Republic telahpun mengugut Kerajaan Malaysia supaya berhenti mengganggu golongan ateis di Malaysia atau bakal dimalukan di peringkat antarabangsa. Akhir sekali, terdapat beberapa bahan bacaan yang mengaitkan negara Malaysia di laman sesawang mereka dan kebanyakannya berunsur menghasut untuk membenci dan memburukkan nama Islam dan Malaysia. Sumber: 3 • http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/targeting-atheists-will-ruin- moderate-image-malaysia-told) • http://www.atheistrepublic.com/news/malaysia-world-watching • https://www.facebook.com/AtheistRepublic/photos/a.199993620087505.50762.13 0148817071986/1500361930050661/?type=3&fref=mentions • http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/08/08/malaysia- probes-atheist-group-after-uproar-over-muslim-apostates/ 4. Projek Dialog Individu yang perlu dipantau: Individu-individu atau kumpulan yang terlibat dengan Projek Dialog Status: Aktif Aktiviti: Mengadakan projek wacana sosial yang diwujudkan untuk mempromosikan kebebasan bersuara, selain daripada memupuk sifat untuk menghargai ideologi liberalisme, kelompok lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), hak asasi manusia termasuk menerima fahaman Syiah di Malaysia. Mereka sering menganjurkan perbahasan, pertukaran pendapat bersama pihak-pihak yang mendukung ideologi sesat. Contohnya, bekerjasama dengan Kerajaan Kanada untuk melatih golongan LGBT dan mengadakan sesi dialog dan ceramah bersama tokoh-tokoh liberal di Malaysia. Kaitan dengan gerakan ateisme: Mengadakan projek dialog dengan kerjasama Kerajaan Kanada dan pihak gereja yang disertai oleh golongan ateis, Muslim dan penganut agama lain untuk memupuk sikap menghargai ideologi dan penerimaan agama yang berbeza. Projek Dialog juga pernah menganjurkan dan menggalakkan beberapa siri tentang ateisme. Selain itu, mereka, pernah melibatkan seorang individu dan melantik beliau sebagai seorang editor iaitu Benz Ali. Benz Ali adalah individu yang banyak mencetuskan kontroversi pada satu ketika dahulu dan terkenal dengan pembawaan hujah-hujah yang menyesatkan serta mendakwa Tuhan itu tidak wujud. Beliau sangat mendukung fahaman ateisme dan menggunakan platform Projek Dialog sebagai landasan dakyah beliau. Mungkin kerana tindak tanduknya terlalu menarik perhatian, maka mereka telah menggunakan cara lain untuk menarik sokongan terhadap mereka. Adakah wujud kemungkinan bahawa gerakan ateisme salah satu jentera serangan daripada musuh yang dilantik sebagai untuk mengganggu ketenteraman secara sekali sekala? Liberal dan ateis boleh bercampur kerana mereka yang liberal ini boleh berkembang sebagai 4 seorang ateis dan yang liberal mempercayai hak seseorang itu untuk mempercayai kewujudan Tuhan kerana mereka mempercayai kebebasan beragama bermaksud untuk memilih tidak mempunyai agama. Sumber: • http://olfkb.blogspot.my/2016/01/projek-dialog-with-fr-francis-andrew.html • http://www.projekdialog.com/featured/ateis-agnostik-melayu-dan-lain-lain-kita- tidak-keseorangan/ • http://www.heraldmalaysia.com/news/projek-dialogs-visit-to-the-kota-bharu- parish/27862/5 5. Dr. Patricia Anne Martinez Kaitan dengan gerakan ateisme: Beliau merupakan seorang Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Kristian di Malaysia yang telah menyatakan sokongannya terhadap golongan ateis di Malaysia yang begitu berani menonjolkan diri di media sosial. Selain daripada itu, beliau juga mendakwa Melayu murtad berhak untuk meninggalkan agama Islam. Antara kenyataan beliau di media sosial adalah, “Love their courage” dan “Freedom of religion in our Constitution and in fundamental Human Rights is also the freedom not to have a religion.” Selain daripada itu, Persekutuan Kristian Malaysia dilaporkan mewakili 90 peratus gereja di Malaysia dengan jutaan pengikut daripada kalangan penganut beragama Kristian. Bukan itu sahaja, beliau juga pernah menghina Mufti Perak dengan menyamakan Mufti Perak dengan seekor keldai pada bulan April 2017 ketika menyokong kenyataan Siti Kasim. Sumber: • http://bersihotai.blogspot.com/2017/04/kerana-tegur-siti-kasim-mufti-perak.html • https://www.menara.my/kebebasan-beragama-juga-bermaksud-kebebasan-untuk- tidak-beragama-patricia-martinez/ 5 6. Clement Chin Kaitan dengan gerakan ateisme: Dilaporkan daripada Menara.my, aktivis Perhimpunan Bersih tersebut mengkritik semua negara Islam yang menurutnya menyekat kebebasan bersuara dan beragama, namun bebas berdakwah kepada masyarakat bukan Islam. Beliau berkata, “Berdasarkan pembacaan-pembacaan saya, tidak ada satu pun negara Muslim yang ada demokrasi yang bagus dan efektif yang memisahkan antara agama daripada pemerintahan.” Tambahnya lagi, “Mereka akan menghukum mereka yang dituduh murtad, berdakyah kepada umat dan kufur kepada Islam semata-mata. Pada masa yang sama, tidak mengendahkan dakwah yang dilakukan kepada orang-orang kafir.”. Tuduhnya lagi, “Secara mutlaknya semua negara Muslim tidak membenarkan kebebasan bersuara dan beragama. Inilah sebabnya Islam yang radikal tidak boleh wujud bersama dengan demokrasi.”. Bukan itu sahaja, beliau juga rajin menghina pemimpin Islam di Malaysia dan pernah menyatakan, “Kebanyakan mufti terlebih makan dedak. Setiap kali mereka membuka mulut, cacing akan keluar dari mulut mereka.”. Clement Chin juga terlibat dalam gerakan Bersih, sebuah kempen demonstrasi jalanan yang ingin menjatuhkan Kerajaan Malaysia. Sumber: • https://www.menara.my/kebebasan-beragama-juga-bermaksud-kebebasan-untuk-