SOALAN NO.: 18

PERTANYAAN

PERTANYAAN LIS AN DARIPADA VB. TUAN WONG SZE PHIN @ ..IIMMY KAWASAN KOTA KINABALU TARIKH 20 NOVEMBER 2014, KHAMIS

SOALAN:

VB. TUAN WONG SZE PHIN @ JIMMY (KOTA KINABALU) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah status pembinaan Lebuh Raya Pan-Borneo terkini di . Nyatakan syarikat yang memperoleh tawaran kontrak projek tersebut dan berapa peruntukan yang akan diberikan kepada syarikat tersebut. Adakah lebuh raya ini akan diuruskan seperti Lebuh Raya Utara-Selatan dan akan mengenakar. tol kepada pengguna jalan tersebut.

1 JAWAPAN:

Tuan Yang Di-Pertua;

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan setakat ini telah meluluskan 4 projek baru Jalan Pan Borneo di Sabah yang sedang dilaksanakan secara konvensional mulai tahun 2013. Kos keseluruhan untuk 4 projek itu ialah sebanyak RM647 juta.

Senarai projek baru Jalan Pan Borneo di Sabah itu ialah seperti berikut:

(a) Menaik taraf Jalan Donggongon ke Simpang Papar Spur, Pakej 1 (13.7km)- anggaran kos RM233 juta; (b) Menaik Taraf Jalan Petagas ke Lok Kawi, Pakej 1A dan 18 (6km)- anggaran kos RM136 juta; (c) Menaik Taraf Jalan ke Semporna dari Persimpangan Lapangan Terbang Tawau ke Pekan Semporna, Fasa 1 (15km) - anggaran kos RM170 juta; dan (d) Menaik Taraf Jalan Segama Lahad Datu, Fasa 1 (5.6km) - anggaran kos RM1 08 juta.

Walau bagaimanapun untuk mempercapatkan lagi pelaksanaan baki projek Jalan Pan Borneo ini, Kerajaan secara prinsipnya telah bersetuju untuk melaksanakan projek tersebut menerusi inisiatif daripada pihak swasta. Pada masa kini rundingan awal sedang diadakan dengan pihak swasta yang berminat untuk melaksanakan projek Jalan Pan Borneo ini dalam tempoh masa yang

1 lebih singkat, berbanding kaedah pelaksanaan secara konvensional menerusi peruntukan Rancangan 5 Tahun Kerajaan.

Maklumat mengenai pembida terlibat dan kaedah pelaksanaan projek ini tidak dapat diumumkan pada masa ini kerana proses rundingan masih berada pada peringkat awalan.

Sekian. Terima kasih .

1