Prosiding RENTAS 2021: Bahasa, Sastera Dan Budaya Mendepani Cabaran Pembinaan Negara Bangsa, 2-3 Jun 2021
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
PROSIDING BAHASA, SASTERA DAN BUDAYA MELAYU BAHASA, SASTERA DAN BUDAYA MENDEPANI CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA JILID 1 (2) 2 -3 JUN 2021 Unit Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, UUM Dengan Kerjasama: Dewan Bahasa dan Pustaka (Wilayah Utara) PERSIDANGAN ANTARABANGSA BAHASA, SASTERA DAN BUDAYA MELAYU (RENTAS) 2021 BAHASA, SASTERA DAN BUDAYA MENDEPANI CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA 2-3 JUN 2021 PENYUSUN: MAIZATUL AZURA YAHYA SIDANG EDITOR: MASHETOH ABD. MUTALIB SHARIFAH FAZLIYATON SHAIK ISMAIL NADIATUL SHAKINAH ABDUL RAHMAN PUSAT PENGAJIAN BAHASA, TAMADUN DAN FALSAFAH, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA PERSIDANGAN ANTARABANGSA BAHASA, SASTERA DAN BUDAYA MELAYU (RENTAS) 2021 Hak Cipta 2021 SLCP Hak cipta terpelihara, tiada mana-mana bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar kepada apa-apa bentuk dengan sebarang cara sekalipun tanpa izin daripada Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, UUM CAS, Universiti Utara Malaysia. Perpustakaan Negara Malaysia Data-Pengkatalogan-dalam-Penerbitan e-Prosiding RENTAS 2021: Bahasa, Sastera dan Budaya Mendepani Cabaran Pembinaan Negara Bangsa, 2-3 Jun 2021 Penyusun: Maizatul Azura Yahya eISSN 2785-8014 1. Bahasa 2. Sastera 3. Budaya I. Maizatul Azura Yahya. II. RENTAS 2021: Bahasa, Sastera dan Budaya Mendepani Cabaran Pembinaan Negara Bangsa/ Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah,UUM Diterbitkan oleh: Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun & Falsafah, Universiti Utara Malaysia 06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia Tel: +604928 5707 Faks: +604928 5709 E-mel: [email protected] Laman Sesawang: http://slcp.uum.edu.my/ http://rentas2021.wixsite.com/ Prosiding RENTAS 2021 i KATA PENGANTAR Kami memulakan prakata ini dengan nama Tuhan yang memercikkan setitis ilmu daripada segara keilmuan-Nya kepada kita. Kami juga ingin memulakan prakata ini dengan kalimah yang menjelmakan rasa syukur yang amat sangat. Pertamanya, dengan penganjuran RENTAS 2021. Keduanya, kita masih dapat di sini dan dalam ruang maya, walaupun seluruh psikologi kita diserang rasa bimbang: pandemik virus korona yang menatijahkan ketidakstabilan sosial, ekonomi dan politik; dan ketidaktentuan masa hadapan. Barangkali fakta sejarawi perlu dikongsi. Sekadar untuk tatapan, dan tentunya ingatan. Kami yakin, semua sudah sedia maklum, bahawa kalau mengikut rencana asal, RENTAS sepatutnya dilangsungkan pada tahun 2020. Akan tetapi, virus korona menyerang dunia tanpa belas. Manusia yang ditakrifkan sebagai makhluk sosial oleh Aristoteles dipaksa menyendiri, dipaksa untuk mengurangi, dan kalau boleh tiada langsung, kontak. Natijahnya terkena langsung kepada RENTAS, lalu penundaannya adalah pasti. Daripada RENTAS 2020 kepada RENTAS 2021. Memang, tahunnya berbeza: daripada 2020 ke 2021. Keadaannya juga demikian: daripada bersemuka kepada maya. Bagaimanapun, semangatnya kekal sama. Malah lebih lagi. Sebabnya, keterujaan menganjurkan persidangan dalam norma baharu. Alhamdulillah, RENTAS 2021 berjaya juga dilangsungkan dalam latar yang sedemikian. Secara maya, tentunya. Walaupun sederhana, tetapi luapan keinginan untuk berkongsi buah fikiran dan rasa ingin tahu keilmuan yang menjadi dasarnya tidak pernah suram. Bahkan sentiasa membuak-buak. Barangkali, RENTAS 2021 menjadi lapangan untuk kita lari sebentar daripada hari-hari yang suram, dan daripada rutinitas dihempap dengan sihir SOP dan PKP. Kami menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pembentang dan pemakalah. Satunya, kerana memilih RENTAS sebagai gelanggang persilatan ilmu. Keduanya, kerana kekal setia dan bersabar dengan kekangan dan kelemahan daripada pihak kami. Semoga perkongsian tuan-tuan sekalian membuahkan manfaat kepada kemajuan budaya ilmu dalam konteks negara kita. Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka turut kami lafazkan ucapan terima kasih. Atas kesudian untuk bekerjasama menjayakan RENTAS 2021. Juga atas sumbangan kepakaran dan sumbangan kewangan yang diberikan. Semoga kita bisa meneruskannya pada masa-masa mendatang. Ucapan terima kasih juga kami sandarkan pada pohon tempat kami berteduh, yakni Universiti Utara Malaysia dan Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah. Kelembutan angin yang bertiup lembut di bawah pohon itu melegakan kami ketika kami sedang bergelut dengan gerak kerja RENTAS yang hanya menemui titik akhir pada 3 Jun 2021. Kepada semua ahli jawatankuasa RENTAS 2021, tiada lain daripada lafazkan terima kasih yang seikhlas mungkin dijulang kepada kalian semua. Tanpa kalian, RENTAS 2021 hanyalah rencana yang terkandung dalam kertas cadangan. “Segala yang mendesak akan segala berakhir hanya saat abadi dapat membawa erti kesucian.” Prosiding RENTAS 2021 ii ISI KANDUNGAN TAJUK HALAMAN Mengkonsepsikan Kosa Kata Kata Adjektif Sifatan dalam Dialek Kedah 1 Mashetoh Abd Mutalib, Hishamudin Isam, Yusniza Yaakub, Marzalina Mansor Kesatuan Teks Dalam Ucapan Tuanku Abdul Rahman: Analisis Kohesi Kata Penghubung 8 Yusniza Yaakub, Mashetoh Abd Mutalib, Rohizah Halim Kecelaruan Tatabahasa Bahasa Melayu dalam Penulisan Ilmiah Jurnal Berimpak Tinggi 18 Zamimah Osman Wajah Baharu, Wajah Lama: Tekstualiti dan Wacana dalam Teks Berita Dalam Talian 27 Tentang Covid-19 Rohizah Halim Pengelasan Gerak Bukan Ruang Berdasarkan Teori Struktur Konseptual 43 Nurul Jamilah Rosly, Arina Johari, Nora’azian Hj. Nahar Unsur Eufemisme dalam Novel Satu Janji 55 Balakrishnan A/L Arumugam, Mashetoh Abd. Mutalib, Melor Fauzita Md. Yusoff Preposisi Lokatif dalam Dialek Melayu Semenanjung Timur 62 Mohd Tarmizi Hasrah Fonologi Bikinan Semasa Menyanyikan Lagu Melayu 72 Khairul Faiz Alimi Meninjau Perspektif Amalan Kesantunan Berbahasa Berlandaskan Islam di IPT 80 Arina Johari, Nurul Jamilah Rosly, Nasihah Hashim, Maizatul Azura Yahya Konsep Waktu Makan dalam Karya Terjemahan Berbahasa Melayu Enid Blyton 89 Sharifah Fazliyaton Shaik Ismail Syair Warisan Islam dalam Kehidupan Masyarakat Melayu Riau: Identifikasi, Fungsi dan 99 Pertunjukan Sudirman Shomary, M. A Penyarikataan Humor Deadpool: Analisis Prosedur Pengimbangan 110 Mohamad Zakuan Tuan Ibharim Gambaran Perwatakan Watak Wanita dalam Siri Animasi Bergenre Aksi 117 Mawarni Nazrin, Sharifah Fazliyaton Shaik Ismail Pengangkutan Air dan Akal Budi Melayu dalam Pantun 124 Maulana Al-Fin Che Man, Nor Hashimah Jalaluddin, Junaidi Kasdan Penulisan Aspek Berkaitan Isu Global dalam Novel Penulis Wanita 139 Melor Fauzita Md. Yusoff Bukit Lagi Bintang Berkarang: Manifestasi Puitika Sastera Melayu 145 Mohamad Zaki Abdul Halim Prosiding RENTAS 2021 iii Membaca Firasat Melayu dalam Lirik Lagu Kebangsaan dan Lagu Negeri-negeri di 154 Malaysia Phat A/L Awang Deng Analisis Karakter Negatif “Suneo” dalam Karya Animasi “Doraemon” Jepun 161 Zeety Kartini Abdul Hamid, Zaleha Mat Aman, Yuzairi Abdul Rahim Unsur Konflik dalam Kartun ‘Aku Budak Minang’ 170 Maizatul Azura Yahya, Ainal Akmar Ahmad, Nasihah Hashim, Arina Johari Generasi Z, Revolusi Teknologi dan Warisan Budaya 179 Jazliza Jamaluddin Al-Qalb Sebagai Teras Pemikiran: Analisis Pandangan Pakar 187 Nor Hanani Ismail, Salmah Omar, Mardzelah Makhsin, Mohamad Khadafi Hj. Rofie Institusi Haji dan Pembangunan Intelektual Melayu Abad Ke-19 192 Sharifah Ismail, Haslinda Hassan Pandemik Covid-19 Terhadap Sektor Pelancongan Warisan di Malaysia: Permasalahan 201 dan Cabaran Zulhilmi Paidi Verbal dan Non-Verbal Analyses of Malaysia Orang Asli Children’s Discursive Interactions 209 in An Educational Setting Mohamad Ibrani Shahrimin, Adam Assim, Salina Janis Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian: Analisis Kesilapan Sebutan Bacaan Pelajar 225 Antarabangsa Melalui Aplikasi Flipgrid Juwati Abdullah, Nasrol Hadi Ahmad Shukeri, Che Hasniah Ya’acob, Hayati Jalil Emosi dan Persekitaran: Identifikasi Gaya Belajar Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar 234 Antarabangsa di UUM Marzalina Mansor, Mashetoh Abd. Mutalib, Juwati Abdullah Lakuan Bahasa Ekspresif Sebagai Strategi Komunikasi Guru dalam Pengajaran dan 243 Pembelajaran di Rumah (PdPR) Nasihah Hashim, Maizatul Azura Yahya, Ainal Akmar Ahmad, Arina Johari Prosiding RENTAS 2021 iv JAWATANKUASA PENGANJUR Penaung Prof. Dr. Shukri Ahmad Dekan SLCP Penasihat P.M. Dr. Hishamudin Isam Tim. Dekan SLCP Pengerusi Dr. Mohd Tarmizi Hasrah Timbalan Pengerusi Dr. Khairul Faiz Alimi Setiausaha Dr. Zamimah Osman Timb Setiausaha Puan Rosilah Ishak Bendahari Dr. Ahmad Fuad Mat Hassan Jawatankuasa Prosiding/Buku Program Dr. Maizatul Azura Yahya Dr. Melor Fauzita Md. Yusoff Jawatankuasa Promosi & Publisiti En. Mohamad Zakuan Tuan Ibrahim Pn. Iliya Nurul Iman Mohd Ridzuan En. Muhammad Hafiz Ummah Abu Bakar Bakri Pn. Lieyana Teo Mohd Zulkifli Teo Pn. Wafa Omar Jawatankuasa Logistik dan Hospitaliti En. Nasrol Hadi Dr. Phat Awang Deng En. Zulkifli Bakar Jawatankuasa Penajaan & Kewangan Dr. Yusniza Yaakub Dr. Marzalina Mansor En. Hazizi Harun Pn. Roshita Che Ani Jawatankuasa Pendaftaran dan Penyertaan Pn. Ainal Akmar Ahmad Pn. Che Hasniah Ya’akub Pn. Sharina Abdullah Jawatankuasa Abstrak/Kertas Kerja dan Saringan/ Dr. Mashetoh Abd Mutalib Penilaian Dr. Sharifah Fazliyaton Shaik Ismail Dr. Rohizah Halim Dr. Nadiatul Sakinah Abdul Rahman Jawatankuasa Protokol dan Sambutan Dr. Rohaya Md. Ali Dr. Nasihah Hashim Jawatankuasa Jamuan Pn. Nor Hafidah Ibrahim Jawatankuasa Sijil/Cenderamata Pn. Juwati Abdullah Pn. Zeety Kartini Abdul Hamid Pn. Aida Husni Abdul Hamid Pn. Masni Mansor Jawatankuasa Dokumentari Dr. Melor Fauzita Md Yusoff Prosiding RENTAS 2021 v TEMA: PEMARTABATAN DAN PENGANTARABANGSAAN BAHASA, SASTERA DAN BUDAYA (LINGUISTIK) PERSIDANGAN ANTARABANGSA BAHASA, SASTERA DAN