NO. SOALAN: 254

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB BUKAN LISAN

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA DATO’ NGEH KOO HAM [BERUAS]

RUJUKAN 10106

SOALAN

Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Balai Polis di Daerah Manjung, yang telah dirancang untuk dibina semula akan bermula.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Sehingga kini, tiada cadangan daripada pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak untuk membina semula Balai Polis ini kerana keutamaan projek pada masa ini adalah untuk kerja-kerja menaik taraf premis/kompieks PDRM yang sangat uzur dan tidak ekonomik untuk dibaik pulih. \s!o

SOALAN NO: 255

PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA YB. DATO* NGEH KOO HAM KAWASAN BERUAS

SOALAN: minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berapakah jumlah yang diperuntukkan untuk penyelenggaraan jalan - jalan Persekutuan dan jumlah yang diperuntukkan untuk pembinaan jalan-jalan baru di Perak bagi tahun 2013 hingga sekarang. Nyatakan jumlah yang diminta oleh Kerajaan Negeri untuk penyelenggaraan jalan-jalan Persekutuan dan pembinaan jalan-jalan baru bagi tahun-tahun tersebut.

1 ( 5 7

JAWAPAN:

Tuan Yang Di- Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi tempoh dari tahun 2013 hingga 2017 Kementerian Kerja Raya telah memperuntukan sebanyak RM1.57 bilion bagi tujuan membina dan menaik taraf Jalan-Jalan Persekutuan di Negeri Perak.

Manakala bagi maksud penyelenggaraan Jalan-Jalan Persekutuan di Negeri Perak pula, Kementerian Kerja Raya telah memperuntukkan secara keseluruhan sebanyak RM385.5 juta sehingga bulan Jun 2017 sahaja.

Sekian, terima kasih.

2 158

SOALAN NO: 256

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA YB DR. [GOPENG] TARIKH SOALAN 256

YB Dr. Lee Boon Chye [Gopeng] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kedudukan pembinaan Hospital Seri Iskandar di Perak.

Tuan Yang di-Pertua,

Projek pembinaan Hospital Seri Iskandar, Perak telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) RP 4 dengan kos RM 120 juta. Projek ini akan menggunakan Pelan Piawai (PAP) berdasarkan rekabentuk Hospital Parit Buntar (76 katil) di mana rekabentuk projek sedang dimuktamadkan oleh JKR.

i 1*1 SOALAN (257 )

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, PARLIMEN MALAYSIA

PERTANYAAN : BERTULIS

DARIPADA YB DR. LEE BOON CHYE [GOPENG]

SOALAN

YB DR. LEE BOON CHYE [ GOPENG ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah peruntukan pembangunan setiap tahun sejak 2008 di Kawasan Parlimen Gopeng.

i JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peruntukan sebanyak RM11.4 juta (tahun 2008) dan RM8.1 juta dalam tahun 2009 telah disediakan untuk tujuan pembangunan bagi Parlimen Gopeng. Bagi Rancangan

Malaysia Ke-10 (RMKe-10) (2011 - 2015) pula, peruntukan sebanyak

RM77.2 juta telah disediakan. Momentum pembangunan di kawasan

Parlimen Gopeng diteruskan dalam RMKe-11 (2016 - 2017) di mana peruntukan sebanyak RM8.3 juta telah disediakan bagi tahun 2016 dan peruntukan sebanyak RM13.3 juta dalam tahun 2017.

Sekian, terima kasih.

7 Ogos 2017

2