SIARAN AKHBAR JABATAN KEMAJUAN PELANCONGAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN

ACARA PELEPASAN PERLUMBAAN MEMERHATI BURUNG BERSIRI 2019 KEDUA: EDISI

3:00 pm, Sabtu, 3hb Ogos 2019 Taman Warisan Tasek Merimbun Daerah Tutong Negara Brunei Darussalam

1

MAJLIS PELEPASAN PERLUMBAAN MEMERHATI BURUNG BERSIRI BRUNEI (BBRS) 2019 KE DUA: EDISI TASEK MERIMBUN

Tarikh dikeluarkan: 03hb Ogos 2019 / 2hb Zulhijjah 1440, Kawasan Tempat Letak Kereta Bangunan Galeri Taman warisan Tasek Merimbun

Pada petang ini, pukul 3 petang, Yang Berhormat Awang Haji Abd. Wahab Bin Apong, Ahli Mesyuarat Negara dan Penghulu Mukim Tanjung Maya, Daerah Tutong, selaku tetamu kehormat, telah menyempurnakan majlis pelepasan pertandingan Memerhati Burung Bersiri Brunei (BBRS) 2019 ke dua; iaitu Edisi Tasek Merimbun; bertempat dilokasi permulaan perlumbaan di Taman Warisan Tasek Merimbun, Daerah Tutong.

BBRS 2019 merupakan rangkaian pertandingan memerhati burung secara bersiri (empat kali) untuk mengambil bilangan foto spesis burung liar terbanyak menggunakan kamera, dalam kawasan dan lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti bermula dengan pertandingan pertama yang telah diadakan di kawasan pada 14hb April 2019 yang lepas. BBRS 2019 dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Sumber- Sumber Utama dan Pelancongan dengan sokongan dari agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan, rakan strategik dari sektor swasta, pihak komuniti majlis perundingan kampong setempat dan persatuan organisasi bukan Kerajaan tempatan.

Yang Berhormat Penghulu, dalam wawancaranya menyatakan bahawa para penduduk tempatan perlu mengambil pengajaran dari acara perlumbaan ini dan menyedari kepentingan bersama dalam tanggungjawab kita semua untuk memelihara alam semula jadi dan hidupan liar warisan kitani; kerana ianya boleh menjadi produk tarikan yang berdaya tahan khusus untuk para pelancong asing yang berminat dengan aktiviti memerhati spesis burung dan hidupan liar, lebih-lebih lagi yang unik dan endemik (hanya terdapat di kepulauan Borneo).

Pendaftaran bagi BBBS 2019 Edisi Tasek Merimbun telah dibuka selama tiga minggu yang lalu dan telah menerima lebih daripada lima belas orang peserta tempatan dan beberapa penyertaan dari negara jiran, Sabah dan Sarawak, . Penyertaan adalah secara individu dengan bayaran BND$30 seorang. Setiap peserta menerima sijil penyertaan, beg dan barangan cenderamata dari para penaja termasuk Baju-T BBRS 2019, “Birdwatching in Brunei Guidebook” edisi 2016 terbitan Jabatan Kemajuan Pelancongan. /2.. 2

-2-

Perlumbaan kedua BBRS 2019 mempunyai perbedaan dan keunikan tersendiri berbanding acara pertama di Bandar Seri Begawan, iaitu: selain mengetengahkan lokasi- lokasi tarikan pelancongan di Daerah Tutong; masa pertandingan telah ditambah kepada tempoh dua hari termasuk aktiviti memerhati burung pada waktu malam. Aktiviti pada malam hari termasuk menyusuri kawasan laluan ‘hiking’ Taman Warisan Tasek Merimbun, diketuai dan dipantau oleh pihak renjer Taman Warisan Tasek Merimbun Jabatan Muzium; Kementerian Kebudayan, Belia dan Sukan; sebagai langkah keselamatan.

Untuk makluman, Edisi perlumbaan yang akan datang ialah untuk edisi Daerah Belait BBRS 2019 dirancang untuk diadakan pada bulan Oktober 2019 nanti, tertakluk kepada pengesahan kawasan utama. Sementara itu, perlumbaan ke empat dan terakhir akan diadakan pada bulan Disember 2019 bertempat di sekitar kawasan Kampong Batang Duri, Mukim Amo, Daerah Temburong dan telah disenaraikan sebagai salah satu acara Brunei Disember Festival 2019 anjuran Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

Turut hadir semasa acara pelepasan BBRS 2019 pada petang ini ialah Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap (Pelancongan) Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Ketua-Ketua Jabatan agensi rakan strategik, ketua kampong dan komuniti setempat, perwakilan sektor swasta dan persatuan organisasi bukan Kerajaan tempatan.

Maklumat mengenai para pemenang dan gambar-gambar spesis burung akan dikeluarkan pada masa yang terdekat di Facebook: Brunei Bird Race Series dan Instagram: bruneibirdraceseries. Untuk penjelasan lanjut sila e-mel:[email protected]

Majlis Penyampaian Hadiah akan diadakan pada hari Ahad, 4hb Ogos 2019, jam 12:30 tengah hari bertempat di salah sebuah hotel utama di Pekan Tutong (The Lanes Hotel).

- Tamat -

3

MEDIA RELEASE TOURISM DEVELOPMENT DEPARTMENT MINISTRY OF PRIMARY RESOURCES AND TOURISM

FLAG OF EVENT BRUNEI BIRD RACE SERIES 2019 RACE 2: TASEK MERIMBUN EDITION

3:00 pm, Saturday, 3hb Ogos 2019 Tasek Merimbun Heritage Park Brunei Darussalam

4

FLAG OFF CEREMONY BRUNEI BIRD RACE SERIES 2019 RACE 2: TASEK MERIMBUN EDITION

Release date: 03hb Ogos 2019 / 2hb zulhijjah 1440, Car park area of the Tasek Merimbun Heritage Park Gallery Building

This afternoon at 3 pm, Yang Berhormat Awang Haji Abd. Wahab Bin Apong, a member of the Legislative Council and Penghulu to Mukim Tanjung Maya, Tutong District as the guest of honor, ‘Flagged Off’ the Tasek Merimbun Edition of the Brunei Bird Race Series (BBRS) 2019 at the starting point of the bird race, at the Tasek Merimbun Heritage Park, Tutong District.

The BBRS 2019 is a series of four bird race competitions to take the most number of photographs of bird species within the identified birdwatching locations starting with the first race in Bandar Seri Begawan held earlier on the 14th April 2019. BBRS 2019 is organized by the Tourism Development Department, Ministry of Primary Resources with the support of relevant Government agencies, strategic partners from the private sector, comunity members of the nearby village consultative council and local NGO associations.

Yang Berhormat Penghulu, in his interview stated that the local community within the Tutong District should learn from the teachings of this event and realize the importance of our mutual responsibility together in conservation efforts of our nature and wild life heritage, as they can become attractive and sustainable tourism products specifically targeted for foreign tourists who are interested in birds and wild life watching activities, especially the unique and endemic species of the Borneo continent.

The registration for the Tasek Merimbun edition of the BBRS 2019 has been opened for the past three weeks and has received more than fifteen local participants including several entries from neighboring countries, Sabah and Sarawak, Malaysia. Entries are individually priced at a fee of BND $30 per person. Each participant receives a certificate of participation, a BBRS 2019 T-shirt, ‘Bird watching in Brunei guidebook’ 2016 edition, published by the Tourism Development Department, and souvenirs from sponsors.

The second BBRS 2019 race has its own differentiation and uniqueness in comparison to the first race in Bandar Seri Begawan; i.e: besides showcasing the available tourist attractions in the Tutong District; the time duration of the race has been extended to cover over a two days period including the night birdwatching through the hiking trails at Tasek Merimbun Heritage Park, led and monitored by the rangers team from the Muziums Deparment, Ministry of Culture Youth and Sports as a safety precaution.

/2..

5

-2-

Next edition of the BBRS 2019 will be the , scheduled to be held in October 2019, pending race area confirmation. Whilst the fourth and final race is scheduled to be in December 2019 at the vicinity of the Kampong Batang Duri, Mukim Amo, and has been listed as one of the Brunei December Festival 2019 organised by the ministry of Primary resources and Tourism. Also present during the flag off event is the Deputy Permanent secretary (Tourism) MPRT, Head of Departments and Divisions within MPRT, and representatives from strategic partner agencies, local comunity village council heads and members, private sectors and Non-Governmental Organisations.

Information on the winners and bird photographs will be released at a later date on the Facebook: Brunei Bird Race Series dan Instagram: bruneibirdraceseries. For further clarifications please email: [email protected]

Prize presentation Ceremony will be held on Sunday, 4th August 2019, 12:30 pm at one of the leading hotels in Pekan Tutong (The Lanes Hotel)

- End -

6