Akademika 89(Isu Khas/Special Issue), 2019: 5-14

https://doi.org/10.17576/akad-2019-89SI-02 Menelusuri Elemen Sejarah dalam Novel Searching History Elements in Novel

Che Abdullah Che Ya & Mohamad Rodzi Abd Razak

ABSTRAK Karya kreatif termasuklah novel, mempunyai kaitan yang rapat dengan sejarah kerana ia dihasilkan berdasarkan kreativiti yang terbentuk daripada pengetahuan serta pengalaman diri sendiri ataupun pengalaman orang lain. Novel Bukit Kepong karya Ismail Johari, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1999 bertolak daripada peristiwa sejarah Bukit Kepong. Peristiwa Bukit Kepong adalah satu peristiwa berdarah di mana pengganas komunis telah menyerang Balai Polis pada 23 Februari 1950 di Bukit Kepong, , . Novel ini antara lain memaparkan kembali perjuangan anggota polis mempertahankan Bukit Kepong daripada serangan pengganas komunis itu dalam bentuk karya kreatif. Kajian ini melihat bagaimana elemen sejarah digarapkan dalam novel ini serta sejauh mana elemen sejarah itu boleh dipertanggungjawabkan sebagai sumber sejarah. Hasil penelitian mendapati novel ini telah menggunakan elemen sejarah yang tepat apabila menampilkan watak-watak sebenar yang terlibat dalam peristiwa tersebut. Dari sudut latar masa dan tempat juga memperlihatkan waktu dan tempat di masa peristiwa Bukit Kepong itu berlaku dan kawasan sekitarnya seperti , Muar dan lain-lain. Novel turut menampilkan wajah Johor pra-merdeka. Daripada aspek peristiwa pula novel ini bertolak daripada tiga peristiwa besar iaitu gerakan komunis di Tanah Melayu, Darurat di Tanah Melayu dan Majlis Kenangan 1976. Pengarang didapati telah melakukan penyelidikan yang cukup teliti termasuklah mengadakan beberapa sesi temu ramah dengan tokoh-tokoh yang terlibat dalam peristiwa tersebut baik secara langsung mahupun tidak langsung, meneliti fakta-fakta daripada fail polis lantas diadun pula dengan daya kreativiti dan imaginasi yang seimbang antara isi dan bentuk. Elemen sejarah dalam novel ini boleh dipertanggungjawab dan dijadikan rujukan.

Kata kunci: Bukit Kepong; darurat; komunis; polis; sejarah

ABSTRAK Creative work includes novels are closely related to history as they are based on creativity formed from the knowledge and own experience or the experiences of others. Ismail Johari’s Bukit Kepong novel, the publication of Dewan Bahasa dan Pustaka in 1999 leaves Bukit Kepong history. The Bukit Kepong event was a bloody incident in which the communist terrorist attacked Police Station on February 23, 1950 in Bukit Kepong, Muar, Johor. The novel shows the struggle of the police to defence Bukit Kepong from the communist terrorist attack in the form of creative work. This article looks at how historical elements applied in this novel as well as how far the historical elements can be accounted for as a source of history. The analysis uses historical approaches that outline three characteristics; character, background and event. The research fnds that this novel has been using the right historical elements when displaying the actual characters involved in the event. Background of time and place also shows the time and place in the Bukit Kepong event happened and the surrounding area like Pagoh, Muar and others. The novels also feature a pre-independence Johor. From the aspect of the event, the novel is based on three major events namely the communist movement in Malaya, the Emergency in Malaya and the 1976 event. The authors are found to have done a thorough research including conducting several interview sessions with the characters involved in the event either directly or indirectly, examining the facts from the police fle then blended with the creativity and imagination of balance between content and shape. The historical elements in this novel can be accounted for and referenced.

Keywords: Bukit Kepong, communist; emergency; history; police 6 Akademika 89(Isu Khas)

PENDAHULUAN estetik serta struktur penulisan. Meskipun begitu sebagai sebuah karya kreatif imaginatif novel- Secara umumnya, sejarah dan karya kreatif novel sejarah turut memuatkan unsur-unsur fantasi merupakan dua perkara yang cukup berbeza. dan imaginasi. Dalam hal ini S. Othman Kelantan Sejarah adalah fakta tentang peristiwa-peristiwa (1985: 27) berpendapat, novel-novel sejarah adalah sebenar yang berlaku dalam kehidupan manusia. berdasarkan kepada bahan-bahan sejarah yang nyata Karya kreatif pula dipenuhi dengan imaginasi dan kemudiannya diberikan unsur-unsur imaginasi oleh wawasan seseorang pengarang. Hakikatnya, karya pengarang. kreatif mempunyai kaitan yang rapat dengan sejarah Pengarang novel Bukit Kepong, Ismail Johari kerana ia dihasilkan berdasarkan imaginasi dan (1947) berasal daripada Tanjung Karang, Selangor. wawasan yang terbentuk daripada pengetahuan Beliau pernah berkhidmat sebagai anggota polis serta pengalaman diri sendiri ataupun pengalaman hampir 20 tahun bermula pada tahun 1969. Pada masa orang lain. Baik sejarah mahupun karya kreatif, yang sama, beliau telah melanjutkan pelajarannya kedua-duanya mempunyai hubungan yang rapat dalam bidang Komunikasi Massa di Universiti dengan masyarakat. Yang berbeza ialah karya Sains . Beliau kemudiannya melanjutkan kreatif memasukkan citra (image), menokok fantasi pelajarannya ke peringkat Sarjana dalam bidang atau meleret-leret nilai seni yang dikira tidak perlu Pentadbiran Sistem Keadilan di Amerika Syarikat. hadir dalam sejarah. Inilah yang dilakukan oleh Ismail Johari telah memegang beberapa jawatan pengarang, mengambil fakta sejarah diadun pula yang penting dalam perkhidmatannya sebagai dengan fantasi dan wawasan yang memerlukan seorang polis iaitu di Interpol, Cawangan Khas, kemahiran yang cukup tinggi lantaran kehadiran Cawangan Siasatan Jenayah dan sebagai pensyarah fakta sejarah dalam novel mestilah bersifat di Maktab Diraja Polis di Kuala Kubu Baru. imaginatif dengan kombinasi fakta sejarah serta Semasa perkhidmatannya beliau telah ditugaskan estetik seni penulisan dan bukannya fakta-fakta mengumpul data bagi pengkajian semula peristiwa sejarah tanpa citra. Bukit Kepong. Ismail Johari kemudiannya meletak Penulisan berdasarkan sejarah secara langsung jawatan sebagai anggota polis dan menjadi tidak banyak dilakukan oleh pengarang kreatif. pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Kebanyakan pengarang mengambil fakta sejarah kemudian bekerja sendiri. Beliau meninggal dunia hanya sebagai latar cerita atau secara tidak langsung pada tahun 2017. seperti mana yang kita jumpa dalam novel-novel A. Samad Said, S. Othman Kelantan, Arena Wati dan lain-lain. Sejarah tidak langsung juga digarapkan PERMASALAHAN KAJIAN oleh Ishak Haji Muhammad melalui Putera Gunung Tahan. Melalui Bukit Kepong pengarang telah Novel Bukit Kepong bertolak daripada peristiwa menggunakan sejarah secara langsung. Novel Bukit Kepong yang berlaku pada tahun 1950. Novel karya Ismail Johari, diterbitkan oleh Dewan Bahasa ini banyak memuatkan fakta-fakta sejarah. Kajian dan Pustaka Pada tahun 1999. Novel ini bertolak ini melihat bagaimana elemen sejarah digarapkan daripada peristiwa berdarah Balai Polis Bukit dalam karya sastera dan Sejauh mana elemen sejarah Kepung yang diserang komunis pada 23 Februari tersebut boleh dipertanggungjawabkan sebagai 1950. Novel ini boleh dianggap sebagai sebuah sumber sejarah. novel sejarah. Novel sejarah adalah novel-novel yang ditulis berdasarkan peristiwa, tokoh, artifak dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan sejarah. OBJEKTIF KAJIAN New Encyclopedia Britannica mendefnisikan novel sejarah sebagai cerita-cerita fksyen yang Kajian ini bertujuan melihat hubungan sastera berhasrat membawa semangat, kemahuan dan dengan sejarah khususnya dalam novel yang keadaan sosial yang lalu secara realistik dan bercorak sejarah. Kajian juga melihat unsur-unsur berketepatan dengan sejarah. Novel-novel sejarah sejarah digarapkan dalam karya sastera yang diadun adalah novel-novel yang mengandungi perkara- antara fakta dan kreativiti seseorang pengarang. perkara yang sahih seperti tokoh, peristiwa, masa, tempat di samping dapat mengutarakan sebab serta akibat, pemikiran, pengajaran dan nilai-nilai Menelusuri Elemen Sejarah dalam Novel 7

METODOLOGI KAJIAN dari pelbagai zaman. Secara umumnya pendekatan sejarah sangat mementingkan konsep masa, bangsa Kajian ini bersifat kualitatif. Novel Bukit Kepong dan persekitaran.. Penelitian akan melihat elemen karya Ismail Johari yang diterbitkan oleh Dewan sejarah daripada tiga aspek iaitu bangsa melalui Bahasa dan Pustaka pada tahun 1999 menjadi perwatakan, masa melalui latar dan peristiwa teks kajian manakala dapatan lain akan menjadi melalui tiga peristiwa besar iaitu Serangan komunis bahan sokongan. Penelitian akan menggunakan terhadap balai polis Bukit Kepong, Darurat di Tanah pendekatan sejarah sebagai kaedah kajian. Melayu dan Majlis Kenangan 1976.

PENDEKATAN SEJARAH PERBINCANGAN

Pendekatan sejarah merupakan salah satu kaedah Novel Bukit Kepong bertolak daripada peristiwa kritikan teks kesusasteraan yang berpengaruh pada serangan komunis terhadap balai polis Bukit abad ke-19 dan awal abad ke-20. Pendekatan ini Kepong tersebut. Peristiwa Bukit Kepong berlaku bersandarkan kepada idea Hippolyte Taine yang pada tahun 1950. Waktu itu dikenali sebagai zaman percaya kepada signifkan konteks sosial dan karya. darurat di Tanah Melayu (1948-1960), pemerintah Menurut Mana Sikana (1998: 57), pendekatan ini British telah mengumumkan zaman darurat ekoran berusaha mengapresiasi, menganalisis dan menilai kegiatan komunis yang berleluasa selepas Perang karya kesusasteraan dalam konteks mencerakinkan Dunia kedua. Dalam kejadian tersebut, balai polis aspek-aspek persejarahan dan nilai estetikanya. Bukit Kepong diserang oleh seramai 180 orang Karya-karya sastera yang berlatar belakangkan pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi aspek sejarah atau yang berbentuk historiograf 23 Februari 1950. Dalam kejadian tersebut, sekitar amat sesuai dianalisis menggunakan pendekatan ini. 25 orang anggota polis berjuang habis-habisan Terdapat beberapa prinsip pada pendekatan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang sejarah. Pertama karya sastera dilihat sebagai isteri anggota Polis Marin turut mengangkat senjata memiliki unsur-unsur kepentingan sejarah. apabila mendapati suami mereka terkorban dan Pendekatan ini menilai aspek-aspek yang boleh mereka terus bertempur bersama anggota-anggota dianggap sejarah dalam sesebuah karya yang lain sehingga kehabisan peluru. Dalam kejadian dibaca, iaitu dokumentasi, keterangan-keterangan ini, 17 orang anggota polis dan hampir 40 orang dan gambaran-gambaran yang terjadi dalam komunis telah terkorban. sesebuah masyarakat atau bangsa. Berdasarkan Novel ini memaparkan sejarah baik secara prinsip pertama ini, sesebuah karya dapat dinilai tersurat mahupun secara tersirat yang memerlukan dari sudut pandang politik. Berlandaskan sudut penelitian yang teliti dan mendalam. Secara politik, penelitian berkaitan sesebuah organisasi tersuratnya novel ini memaparkan sejarah perjuangan pemerintahan, kuasa politik di suatu tempat dapat pasukan anggota polis dalam mempertahankan dianalisis. negara. Peristiwa Bukit Kepong menjadi lambang Pendekatan sejarah juga menilai semula unsur- keberanian, kecekalan dan pengorbanan mereka unsur sejarah berkenaan sama ada penting, kurang yang bergelar polis. Menjadi anggota polis penting atau hanya setakat perakam sahaja. Prinsip khususnya pada zaman darurat merupakan satu seterusnya ialah memperlihatkan hubungan karya cabaran yang cukup besar untuk dipilih oleh dengan aspek budaya dan ideologi-ideologi yang seseorang individu. Keganasan ada di mana- mempengaruhi dan membentuk sejarah manusia. mana, Parti Komunis Malaya (PKM) bertempik Prinsip keempat dapat dilihat berkenaan dengan mengatakan merekalah yang berhak dan merekalah bagaimana falsafah membentuk tamadun dan kesan yang berkuasa. Memilih untuk menjadi anggota yang ditinggalkan oleh semangat sesuatu zaman polis bukan sahaja meletakkan diri pada sebarang itu terhadap penciptaan karya. Prinsip kelima ialah kemungkinan kekejaman pelepasan dendam anggota memberikan tempat yang istimewa kepada kekuatan komunis tetapi meletakkan seluruh ahli keluarga sesuatu zaman dan perlu dilihat pada konteks di atas bara, panasnya turut terasa dan kadang kala zaman itu sahaja. Prinsip pendekatan sejarah yang turut terbakar. terakhir ialah sesebuah karya perlu dilihat pada Sejarah mencatatkan kekejaman komunis ini konteks zaman itu sahaja. Prinsip pendekatan yang lewat buku-buku yang dicetak dan diedarkan tetapi terakhir ini memperlihatkan perlunya karya diteliti sejarah tidak membicarakan tentang psikologi 8 Akademika 89(Isu Khas) watak-watak yang menghadapi kekejaman ini dan politik, kemasyarakatan dan agama. Dalam Bukit inilah kelainan antara gambaran sejarah dengan Kepong, unsur-unsur ini banyak ditemui sama ada sastera. Sastera tidak sahaja menyoroti peristiwa dalam bentuk berkait, bercampur-campur, menjurus yang berlaku secara luaran bahkan menggunakan dan bergerak secara bersepadu. imaginasi yang disertakan penyelidikan yang mendalam agar kesan pemahaman di kalangan PERWATAKAN DALAM BUKIT KEPONG generasi baru itu lebih berkesan dan mendalam. Pengarang membawa kita sehampir mungkin Watak-watak yang mewakili tokoh-tokoh yang dengan peristiwa yang sebenarnya berlaku dan dipaparkan oleh pengarang adalah tokoh-tokoh yang cuba melukiskan sehalus mungkin peristiwa itu, benar-benar terlibat dalam peristiwa sebenar yang memaksa kita turut hadir dalam peristiwa Bukit berlaku. Watak-watak seperti Konstabel Othman Kepong menghayati suasana seram, kejam, pedih, Yahya, Konstabel Yusuf Rono, Lans Koperal Jidin marah, sakit hati dendam dan ketergantungan Omar, Sarjan Jamil Mohd Shah, Penghulu Ali (suspens), memaksa kita membaca dan menghayati Mustafa serta para isteri dan anak-anak polis adalah ayat demi ayat. watak-watak sebenar yang terlibat pada waktu itu. Membaca novel Bukit Kepong akan memberi Nama-nama watak yang digunakan adalah nama kesan yang mendalam dalam jiwa khalayak sebenar mereka kecuali watak-watak komunis yang kerana pengarang cuba menyoroti kejiwaan setiap dikemukakan. Watak-watak tersebut telah ditukar watak baik anggota polis seperti Othman Yusof, seperti catatan pengarang (Ismail 1999: vii): Yusof Rono, Sarjan Jamil Mohd Shah, pengarang Nama-nama dan watak anggota polis, keluarga mereka juga cuba menyoroti pemikiran orang-orang dan orang kampung Bukit Kepong dalam novel awam seperti Penghulu Ali Mustafa, Limah isteri ini adalah nama dan watak sebenar. Watak anggota Othman dan lain-lain. Untuk lebih padukan lagi pengganas komunis adalah watak sebenar dengan nama cerita pengarang turut menyoroti kejiwaan watak- mereka ditukarkan kepada nama baru yang direka tanpa watak komunis yang dipaparkan. Pengarang mengubah peranan watak mereka sesuai mengikut kisah tidak melakukan penyorotan ini secara membabi cerita dan peranan asal. buta sebaliknya pengarang banyak melakukan Penggunaan watak-watak sebenar ini menjelaskan penyelidikan melalui pertemuan dan soal jawab bahawa penghasilan novel ini adalah berdasarkan dengan watak-watak yang sebenar (tidak dinafkan peristiwa yang sebenarnya berlaku. Pengarang penggunaan imaginasi turut membantu penghayatan cuba menghayati perasaan, emosi, pemikiran yang pengarang). Hal ini dicatatkan oleh pengarang bermain di fkiran para watak sebelum, semasa dalam penghargaan, pengarang membariskan dan selepas kejadian yang mengerikan tersebut. sejumlah nama yang diwawancara seperti Yusof Pengarang seupaya mungkin cuba memahami Rono, Othman Yusof, Ahmad Khalid tiga orang watak-watak yang ditampilkan melalui beberapa anggota polis yang terselamat dalam kejadian itu. sesi temu bual dengan watak-watak yang masih Wawancara turut dilakukan dengan ahli keluarga hidup dan ahli keluarga mereka. Pengarang turut polis dan penduduk kampung seperti Penghulu Ali memuatkan foto sebenar watak-watak utama yang Mustapha dan lain-lain (Ismail 1999: ix). dikemukakan. Antara foto-foto yang dilampirkan Penghasilan karya kreatif turut mengambil oleh pengarang termasuklah foto Konstabel Othman fakta-fakta sejarah ini melalui proses penyelidikan, Yusof, Lans Koperal Jidin Omar, Penghulu Ali analisis, taksiran, saringan, penilaian dan pemilihan Mustapha, Konstabel Yusof Rono, Konstabel Laut yang bertujuan mendapatkan sesuatu gambaran yang Abu Bakar Daud, EPC Ahmad Khalid dan lain-lain. meyakinkan dan boleh dipertanggungjawabkan. Turut dilampirkan beberapa keping gambar bersama Hippolyte Taine, seorang tokoh kritikan sastera anggota polis dan pengawal kampung (AP) di balai Perancis berkata “karya-karya sastera perlu polis Bukit Kepong sebelum serangan pengganas difahami daripada tiga faktor yang berhubungan komunis. Penggunaan gambar-gambar lama ini iaitu masa, bangsa dan suasana” (Wallek & Warren memperjelaskan lagi kepada khalayak pembaca 1970: 95). Bertolak daripada pendapat Taine ini bahawa watak-watak yang terdapat dalam Bukit penelitian sejarah melalui Bukit Kepong haruslah Kepong adalah watak-watak sebenar yang terlibat meliputi fakta-fakta yang terdapat dalam karya dalam peristiwa berdarah Bukit Kepong. tersebut seperti tokoh, masa, tempat dan peristiwa Watak utama dalam Bukit Kepong, Othman di samping beberapa bidang lain seperti ekonomi, adalah watak yang benar-benar terlibat dalam Menelusuri Elemen Sejarah dalam Novel 9 peristiwa ini. Hal ini diperkuatkan lagi kerana membendung keganasan yang dilakukan oleh Parti tokoh yang digambarkan iaitu Othman bin Yusof Komunis Malaya (Miller 1972: 32). merupakan sumber sejarah yang penting dalam Pengarang mencatatkan dengan jelas tarikh- penghasilan novel ini. Othman telah memberikan tarikh sesuatu peristiwa yang berlaku seperti maklumat yang agak terperinci tentang peristiwa 22 dan 23 Februari 1950 pengganas komunis yang berlaku kerana beliau sendiri mengalami menyerang Bukit Kepong, 23 Februari 1976 Majlis peristiwa berdarah 23 Februari itu. Dalam memperingati peristiwa Bukit Kepong dan lain- melukiskan watak Othman, pengarang telah lain. Latar masa turut dibantu oleh latar tempat menyoroti kehidupan beliau sebelum memasuki dan persekitaran yang dilukiskan oleh pengarang polis, semasa menjadi polis dan kehidupan selepas di samping beberapa budaya benda yang cukup itu (Ismail 1999: 22): teliti dilukiskan oleh pengarang baik dari segi “Othman Yusof ketika itu baru berusia 19 tahun. Susuk cara berpakaian mahupun penggunaan alat-alat tubuhnya gempal, tingginya sederhana dan kulitnya agak kegunaan diri seperti beg rotan yang digunakan cerah. Lemah lembut budi bahasanya. Cekal sifatnya. oleh Othman Yusof semasa pergi ke Kuala Lumpur Tegas pendiriannya. Pelajarannya Cuma setakat darjah untuk menyertai latihan persediaan untuk menjadi tiga, kerana terbantut akibat Perang Dunia Kedua. Kulit anggota polis (Ismail 1999: 37). tapak tangannya kasar. Anak muda penoreh getah itu Latar tempat yang digunakan adalah tempat- bekerja cukup tekun membantu orang tuanya mencari tempat yang sememangnya wujud dan masih kekal rezeki. Hidup keluarnya sederhana. Tidak kaya dan tidak hingga ke hari ini. Latar utama dalam novel ini pula miskin.” adalah Bukit Kepong. sebuah perkampungan kecil Naratif penceritaan kemudian bergerak kepada yang terdapat di daerah Muar, Johor. Pengarang penglibatan Othman menjadi polis. Bermula dengan melukis secara terperinci tentang keadaan bukit proses pemilihan beliau kemudiannya menjalani kepong pada waktu itu (Ismail 1999: 104– 105): latihan di Pusat Latihan Polis Jalan Gurney, Kuala Ketika itu, Bukit Kepong adalah sebuah mukim Lumpur sebelum diarahkan bertugas di Balai perkampungan yang kecil yang mempunyai 20 buah Polis Pagoh, Muar, Johor. Sebelum bertugas di rumah berderet berbumbung atap, termasuk beberapa Johor, Othman berkahwin dengan Limah. Mereka buah kedai kepunyaan orang Cina, terletak di tebing kemudiannya menjalani kehidupan bersama di sungai Muar. Kampung ini dihubungkan oleh lorong- Pagoh. Melalui penyelidikan yang dilakukan lorong kecil dan ban ke beberapa buah perkampungan pengarang dapat menampilkan watak Othman yang Melayu yang terletak dua hingga tiga batu ke pendalaman. meyakinkan. Begitu juga dengan beberapa watak Penduduknya tidak ramai, Cuma seribu. sampingan seperti Penghulu Ali Mustafa dan Sarjan Selain Bukit Kepong, pembaca turut diperkenalkan Jamil Mohd Shah dan lain-lain. dengan kampung Pagoh, pekan Lenga dan Bandar Muar. Pengarang turut memperkenalkan kepada LATAR BUKIT KEPONG pembaca Kuala Lumpur sebelum merdeka serta pekan Kulim dan Sungai petani di Kedah (watak Latar masa yang dilukiskan oleh pengarang dapat utama Othman Yusof berasal dari Kulim). Turut di bahagi secara jelas iaitu bermula dari tahun 1948 disebut dalam karya ini termasuklah Taiping, hingga peristiwa berdarah 23 Februari 1950 dan Gemas, dan lain-lain yang ditemui dan bahagian kedua kesan yang dihadapi oleh Othman dilihat oleh watak utama Othman Yusof dalam Yusof selepas peristiwa tersebut sehinggalah kepada perjalanan kereta api ke Kuala Lumpur dan dari 23 Februari 1976. Pada tahun tersebut satu majlis Kuala Lumpur ke Kluang. memperingati peristiwa Bukit Kepong telah di Suasana peperangan jelas kelihatan dalam novel adakan di kawasan pondok polis Bukit Kepong, ini. Stesen-stesen kereta api misalnya dipenuhi setelah 25 tahun peristiwa tersebut berlaku. Latar dengan tentera-tentera British dan Gurkha sama masa yang mendominasi novel ini adalah 1948 ada mereka baru balik daripada berjuang ataupun hingga 1950 yang mana pada ketika itu negara pergi bertugas di satu-satu kawasan. Kelibat pasukan berada dalam zaman darurat. Mengikut catatan tentera British dan Gurkha ini jelas kita lihat semasa sejarah pada 18 Jun 1948, Sir Edward Gent, selaku kereta api tiba di stesen. Sewaktu Othman Yusof Pesuruhjaya Tinggi British di Persekutuan Tanah dan isterinya Limah sampai di stesen Kluang dalam Melayu dengan rasminya telah mengisytiharkan perjalanan ke Pagoh kerana bertugas di sana mereka darurat di seluruh Tanah Melayu dalam usaha melihat ramai tentera British dan Gurkha yang baru 10 Akademika 89(Isu Khas) balik daripada menjalankan operasi keselamatan tindakan yang ganas. Banyak kejadian penculikan memburu komunis di bahagian utara. Pada waktu dan pembunuhan dilakukan oleh pengganas itu Perang Dunia Ketiga baru tiga tahun berlalu. komunis. Dalam masa enam bulan pertama tahun Kesannya masih terasa dan segar dalam ingatan. 1948, sejumlah 107 penculikan dan pembunuhan Inggeris kembali berkuasa dan mereka cuba telah dilakukan oleh pengganas komunis. Bukit memperkenalkan Malayan Union namun dasar yang Kepong menggambarkan suasana kehidupan pada menafkan kedaulatan raja-raja dan keistimewaan zaman darurat ini (Ismail 1999: 19-20): orang-orang Melayu itu menerima tentangan yang Pengganas komunis terus berleluasa melakukan hebat daripada orang-orang Melayu. Mereka mulai keganasan dan ugutan serta sering melakukan serang bangkit menentang dan menuntut sebuah negara hendap dan pukul curi. Rakyat diugut dengan seribu yang merdeka. Dalam menghadapi situasi itu, ancaman untuk memaksa mereka membantu perjuangan pemerintah Inggeris terpaksa pula menghadapi pengganas komunis. Sawah padi dan dusun milik tentangan Parti Komunis Malaya (Ismail 1999: 18): penduduk, ladang getah dan bijih Inggeris tempat rakyat mencari rezeki menjadi sasaran keganasan Dalam kesibukan Inggeris menangani masalah yang mereka. Anggota pasukan keselamatan yang mengawal mereka hadapi, tiba-tiba ada golongan manusia yang ladang getah dan lombong bijih menjadi matlamat inginkan kuasa dalam masa yang singkat. Gerakan mereka. Banyak harta musnah dan nyawa yang tidak pengganas komunis memuncak, mereka terlibat dalam berdosa menjadi korban. kegiatan militan dan ketenteraan. Tindakan ganas Parti Komunis Malaya melalui unit militan tersebut, Memahami sastera daripada tiga unsur iaitu menyebabkan Parti Komunis Malaya diisytiharkan masa, bangsa dan suasana akan menemukan kita sebagai sebuah parti siasah haram oleh Inggeris. pada wajah Johor pra-merdeka. Bukit Kepong Berikutan dengan pengharaman itu, mereka bertindak memaparkan masa sebelum merdeka. Suasana secara ganas melalui pertubuhan bawah tanah. penghidupan dan persekitaran masyarakat Johor Keganasan dan tindakan pengganas komunis (khususnya Johor utara) pada waktu itu dimuatkan digambarkan oleh pengarang dengan jelas. oleh pengarang secara terperinci. Beberapa latar Kehidupan menjadi tertekan dan penuh dengan yang kita temui dalam karya kreatif ini termasuklah ketakutan. Sekatan yang dikenakan oleh pemerintah Muar, Pagoh, dan Bukit Kepong adalah turut menambah tekanan ini, pergerakan tidak lagi latar tempat yang sememangnya wujud. Novel ini bebas. Serangan komunis boleh berlaku bila-bila menggambarkan bagaimana suasana latar tempat masa sahaja baik di kampung mahupun serangan itu (Ismail 1999: 104): terhadap pengangkutan awam seperti bas dan kereta Pembangunan dan kemajuan masih asing di Johor api. Gambaran penahanan bas dari bandar Muar ke Utara. Hutan belantaranya masih dara, belum berusik. Pagoh telah dimuatkan oleh pengarang (Ismail 1999: Air sungainya cukup jernih hingga kelihatan dasarnya, 78-97). Pengarang menceritakan bagaimana pasukan kelibat ikan puyu dan sepat boleh dilihat dari tebing pengganas komunis telah menghalang perjalanan sungai. Kedamaiannya belum ternoda. Keindahannya bas dengan sebatang pokok besar. Semua barang masih belum tercemar. Penduduknya hidup damai makanan, barang kemas dan wang yang dimiliki mencari rezeki menampung keperluan hidup dengan oleh penumpang bas dirampas dan pakaian mereka bercucuk tanam dan menoreh getah, mencari rotan di pula dibakar dan mereka ditinggalkan telanjang bulat pinggir hutan dan menangkap ikan dan udang galah di oleh pengganas komunis. Bagi menahan serangan paya dan anak sungai. Alat perhubungan moden tidak ada. Jalan tar dan tambak tanah merah belum di bina. komunis terhadap kereta api pula pemerintah telah Alat perhubungan mereka adalah sungai Muar. Mereka menyediakan satu gerabak khas untuk pasukan menggunakan perahu untuk membawa hasil pendapatan keselamatan menjaga keselamatan kereta api dan mereka ke Pekan Lenga kalau perlu ke Muar. penumpangnya. Gerabak khas itu kalis peluru dan beberapa orang anggota keselamatan bertugas Dari sudut latar tempat, novel ini memperlihatkan dengan senjata masing-masing. Dari dalam gerabak empat latar yang utama (tidak mengambil kira latar itu mereka akan membalas sebarang tembakan di luar Johor) iaitu Muar, Pagoh, Pekan Lenga dan pengganas komunis yang menyerang hendap Bukit Kepong. Muar digambarkan sebuah bandar atau melakukan pengkhianatan kepada kereta api yang menjadi tumpuan masyarakat membeli belah. tersebut ataupun pada landasan kereta api (Ismail Penduduk-penduduk daripada beberapa kampung 1999: 39). Mengikut Thompson (1966: 26-27) PKM berhampiran seperti Pagoh, Bukit Pasir, kampung telah memulakan kegiatan sabotaj dan berbagai raja dan beberapa kampung sekitar berkunjung Menelusuri Elemen Sejarah dalam Novel 11 ke Muar untuk membeli belah. Bandar Muar balai polis Bukit Kepong, Zaman Darurat di Tanah dihubungi oleh jalan raya yang kecil melalui Melayu (1948-1960) dan juga peristiwa perjumpaan sungai, hutan dan berbukit-bukit dengan kampung- semula mangsa serangan komunis Bukit Kepong kampung sekitarnya. Pagoh pula merupakan sebuah pada tahun 1974. perkampungan yang dihubungkan dengan jalan raya Peristiwa yang mendasari novel ini ialah yang sempit melalui sungai Muar dan bukit-bukit. peristiwa Bukit Kepong yang berlaku pada Terletak 1 jam perjalanan dari Muar dan 4 Jam 23 Februari 1950. Pengarang cuba menyoroti perjalanan dari Kluang. Bukit Kepong menjadi pengorbanan dan perjuangan anggota polis negara latar utama novel ini. Bukit kepong digambarkan dalam mempertahankan bukit kepong daripada sebuah perkampungan jauh di pendalaman. serangan komunis. Pengarang melukiskan kejadian- Hanya dihubungkan dengan jalan sungai melalui kejadian yang membawa kepada peristiwa ini sungai Muar. Ia merupakan tempat yang paling berlaku. Bermula dengan beberapa kejadian yang jauh dikunjungi oleh bot-bot besar. Pengarang membawa kepada peristiwa Bukit Kepong seperti menggambarkan (Ismail 1999: 104): kegagalan komunis dalam rancangan menawan Tempat yang paling jauh dikunjungi oleh bot-bot besar , peristiwa pembunuhan anggota komunis oleh ialah Bukit Kepong. Itu pun bot polis. Perjalanan dari penduduk kampung, rancangan serangan komunis bandar Muar ke tempat ini memakan masa lebih kurang diceritakan secara teliti dengan perancangan, lima jam. Perahu dan bot yang tiba di Bukit Kepong ini penyamaran dan seterusnya serangan. Serangan akan berlabuh di jeti yang dibuat khas daripada simen. ini menuntut pengorbanan yang cukup besar dari pasukan polis. 18 orang anggota polis dan lima orang Suasana perang mewarnai Johor Pra-merdeka itu. anggota pengawal kampung yang serba kekurangan Keganasan komunis ada di mana-mana. Perintah dari segi perhubungan mahupun peralatan telah berkurung diadakan. Kawasan Bakri dan berjuang bermati-matian mempertahankan rumah dikenal pasti sebagai kawasan tumpuan komunis. pasung Bukit Kepong daripada serangan lebih Gerakan komunis semakin hari semakin kuat, kurang 200 orang pengganas komunis yang telah mereka tidak putus asa mengembangkan pengaruh merancang dengan cukup teliti sebelum melakukan baik secara sukarela mahupun secara paksa. Mereka serangan. Semangat kerjasama dan cintakan tanah sentiasa mengintai peluang untuk menyebarkan air telah menyemarakkan diri mereka untuk terus pengaruh. Jikalau ternampak ruang mereka cepat berjuang demi maruah negara. Kekentalan semangat bertindak. Tindakan pemerintah menarik semua mereka tidak pernah pudar meskipun seorang demi anggota polis dari Bukit Kepong memandangkan seorang rakan mereka gugur di medan tempur Bukit Kepong merupakan sebuah kawasan yang (Ismail 1999: 334): aman dan tidak ternampak tanda-tanda PKM akan ke situ, telah membuka ruang kepada PKM untuk Pertahanan polis masih kuat. Setiap tembakan anggota memperkembangkan pengaruh dan mereka berjaya pengganas komunis mendapat jawapan tembakan balas memikat beberapa orang pemuda kampung. daripada anggota polis dari segenap penjuru dan dari Berhala Cina Bukit Kepong dijadikan tempat setiap kubu pertahanan. Amaran yang polis sudah dikepung dan digesa menyerah diri untuk menyelamatkan mendidik mereka yang terpengaruh dengan nyawa mereka tidak memberikan apa-apa kesan dan hasil. perjuangan komunis. Pengaruh komunis ada di Malah telah meningkatkan lagi semangat waja polis. mana-mana. Menurut catatan sejarah negeri Johor merupakan kawasan tumpuan PKM. Miller (1972: Menurut Miller (1972: 37) serangan pengganas 32) menegaskan, pengisytiharan darurat bermula komunis terhadap Balai polis yang terpencil banyak di beberapa kawasan Johor dan Perak sebelum ia dilakukan oleh pengganas komunis. Ideologi diumumkan di seluruh negara. komunisme telah mula bertapak di Tanah Melayu sejak dekad 1920-an, terutamanya dalam kalangan PERISTIWA DALAM BUKIT KEPONG segelintir anggota masyarakat Cina. Ideologi ini dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh penghijrah Bukit Kepong mencatatkan beberapa peristiwa daripada negeri China ketika itu. Komunisme yang berlaku dalam masyarakat. Peristiwa ini diperkenalkan kepada segelintir aktivis politik merangkumi peristiwa semasa kejadian dan juga Melayu oleh tokoh komunis Indonesia seperti peristiwa pada masa kini (latar waktu dalam novel Alimin, Tan Malaka, Hasanoesi, Moeso, Winanta, ini (1974)) Antara peristiwa yang digambarkan Boedisoejitro, Soebakat dan Sutan Perpateh (Ho oleh pengarang ialah peristiwa serangan terhadap Hui Ling 2004). Oleh itu, tidak menghairankan 12 Akademika 89(Isu Khas) jika komunisme merupakan salah satu daripada menjadi sasaran pihak komunis yang berikhtiar beberapa aliran kesedaran dan pemikiran politik merampas kuasa dari pihak Inggeris, manakala yang mempengaruhi pergerakan dan langgam Inggeris mahu terus bertahan mengekalkan kuasa kehidupan sebahagian daripada nasionalis Melayu di tanah Melayu. PKM turut menghasut pekerja- dalam dekad 1940-an. Matlamat perjuangan mereka pekerja ladang dan lombong mogok. Mereka mahu adalah untuk mengalahkan kuasa kolonial dan melumpuhkan kepentingan ekonomi Inggeris dan imperialisme, mendirikan sistem pemerintahan melemahkan sokongan rakyat. PKM juga berusaha berdasarkan teori dan ideologi Marxisme-Lenisme memperkembangkan pengaruh mereka di kalangan dengan menguatkuasakan kaedah kepimpinan masyarakat. Situasi ini menekan kehidupan demokrasi terpusat, melancarkan agenda melahirkan masyarakat. Mereka bukan sahaja ketakutan kepada masyarakat egalitarian-sosialis dan sebagainya ancaman komunis tetapi juga bimbang dengan (Kamaruddin M. Said. 2011: 12). tindakan pemerintah Inggeris sekiranya mereka Keganasan yang berlaku di seluruh Johor tersilap langkah. Peristiwa darurat ini benar-benar Utara terutamanya di Daerah Muar dan Labis telah berlaku dalam sejarah negara. Di mana pemerintahan bermula sejak darurat diisytiharkan oleh Inggeris Inggeris telah mengisytiharkan zaman darurat pada pada bulan Jun 1948. Namun begitu, pengganas tahun 1948 dan pengisytiharan itu hanya berakhir komunis telah mula masuk ke kawasan Bukit pada tahun 1960. Menurut Ho Hui Ling (2015: kepong pada bulan Jun 1949 apabila perkhidmatan 25), pergerakan komunis mencapai kemuncak polis di kawasan itu telah dihentikan. Walau pada Jun 1948 berikutan PKM memulakan siri bagaimanapun, pada bulan Disember 1949, hasil keganasan dan kekerasan di negeri-negeri Melayu usaha Penghulu Ali Mustapha serta peningkatan bagi merealisasikan matlamat perjuangannya. pencerobohan komunis di Bukit Kepong, Rumah Kekacauan yang ditimbulkan oleh PKM itu telah Pasung Bukit Kepong telah dinaikkan tarafnya di menyebabkan Tanah Melayu memasuki zaman samping ditambah kekuatannya. Taraf ketua rumah darurat di bawah Undang-undang Darurat yang pasung (OCS) telah dinaikkan dari Koperal kepada diisytiharkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British bagi Sarjan. Manakala anggota tetapnya telah ditambah. Persekutuan Tanah Melayu, Sir Edward Gent pada Pada 23 Februari 1950, Balai Polis Bukit 18 Jun 1948. Zaman darurat berakhir pada 31 Julai Kepong telah diserang hendap oleh pengganas 1960 apabila pihak kerajaan dengan kerjasama komunis. Pada masa itu hanya ada 18 orang orang awam telah berjaya melemahkan pergerakan anggota polis dan dibantu oleh lima orang anggota PKM. pengawal kampung mukim Bukit Kepong. Serangan Satu lagi peristiwa yang digarapkan dalam novel pengganas komunis ini telah mengejutkan semua ini ialah Majlis Kenangan pada tahun 1976 menjadi penduduk Bukit Kepong dan anggota polis. Mereka pemula kepada plot novel ini. Majlis kenangan ini cuba mempertahankan Balai Polis tersebut dan diadakan di kawasan Balai Polis Bukit Kepong berlawan habis-habisan sehingga empat jam. Pada bagi mengenang kembali peristiwa berdarah Bukit masa yang sama dianggarkan seramai 200 orang Kepong yang pernah berlaku 25 tahun dahulu. pengganas komunis terlibat dalam serangan itu. Novel ini menyenaraikan antara mereka yang hadir Selain daripada tenaga yang sedikit, pihak polis termasuklah beberapa orang kenamaan seperti Tan juga gagal meminta pertolongan kerana tidak Sri Mohd Hanif Omar selaku Ketua polis Negara mempunyai peralatan yang lengkap. Akibatnya dan Tan Sri Ghazali Shafe, Menteri Hal Ehwal ramai anggota polis dan ahli keluarga mereka dalam Negara. Majlis ini meraikan beberapa bekas gugur dalam serangan itu. Turut gugur beberapa anggota polis dan keluarga yang terlibat dalam orang kampung yang bersama membantu pihak peristiwa itu seperti Yusuf Rono, Ahmad Khalid polis. Peristiwa ini telah mencatatkan sejarah hitam dan Othman Yusof. Ahli keluarga pula termasuklah negara. Peristiwa ini sangat menyayat hati apabila Fatimah Lawa, Fatimah Tuani, Pon Khalid, Mariam 14 orang anggota polis dan empat ahli keluarga Ibrahim dan Jamilah Abu Bakar. Turut hadir mereka turut terkorban. Penghulu Ali Mustapha yang banyak membantu Novel ini turut menggambarkan peristiwa polis dalam peristiwa tersebut darurat yang berlaku Pada Jun 1948. Pesuruhjaya Tinggi Inggeris mengisytiharkan darurat di seluruh negara. Pergerakan rakyat disekat dan dikawal, sementara makanan pula dicatu. Rakyat terus Menelusuri Elemen Sejarah dalam Novel 13

KESIMPULAN para pembaca dan peneliti novel ini. Satu hasil kerja yang memerlukan tugas yang cukup mencabar Novel Bukit Kepong merupakan satu khazanah dan penulis berjaya mengimbangi kombinasi fakta yang penting untuk tatapan generasi hari ini dan sejarah dengan estetika penulisan novel. Hasilnya masa depan. Dalamnya terakam sejarah bangsa novel ini bukan sahaja berguna untuk kajian dan negara yang akan menginsaf generasi hari kesusasteraan tetapi juga boleh dimanfaatkan ini dan masa depan betapa peritnya kehidupan di sebagai sumber sejarah untuk generasi akan datang. zaman penjajahan dan betapa kentalnya perjuangan Semoga novel Bukit Kepong ini akan menjadi dan besarnya pengorbanan anak watan dalam dorongan dan panduan untuk penulis-penulis mempertahankan maruah negara yang tercinta. kreatif mengangkat peristiwa-peristiwa lain ataupun Kita boleh melihat wajah Johor par-merdeka tokoh-tokoh tertentu dalam bentuk karya kreatif selepas meneliti novel ini. Dengan adanya novel ini kerana karya kreatif lebih terbuka pembaca dan generasi hari ini dan akan datang khasnya anak-anak peminatnya. Negeri Johor khususnya masih banyak warisan Johor akan dapat merenung dan meneliti peristiwa bersejarah dan tokoh-tokoh sejarah yang kembali sejarah negeri Johor, Meneliti persekitaran boleh diteliti dan dipindahkan dalam bentuk kreatif. Johor sebelum merdeka, suasana kehidupan pada masa itu, menilai pergolakan-pergolakan yang RUJUKAN berlaku. Semua itu telah tiada dan sekiranya tidak dirakamkan pada masa sekarang ia akan hilang Ho Hui Ling. 2004. Darurat 1948-1960: Keadaan Sosial ditelan pembangunan negara lebih-lebih lagi di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti gambaran-gambaran itu tidak digambarkan dalam Malaya. sejarah kerana sejarah hanya mencatat peristiwa Ho Hui Ling. 2015. Kebangkitan Parti Komunis Malaya (PKM), 1968-1989: penelitian terhadap berdasarkan rekod-rekod yang mesti difahami dan kegiatan komunis di Semenanjung Malaysia. Jebat: boleh dipertanggungjawabkan oleh sejarawan. Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Catatan-catatan sejarah tidak akan dipengaruhi Studies 42(1): 23-56. oleh emosi dan kenyataan-kenyataan yang tidak Ishak Haji Muhammad. 1973. Putera Gunung Tahan. direkodkan dan sahih kebenarannya. Sastera pula Petaling Jaya: Pustaka Budaya Agency. bertolak daripada fakta sejarah, kemudian menjelajah Ismail Johari. 1999. Bukit Kepong. Kuala Lumpur. Dewan luas dengan tafsiran-tafsiran tersendiri dan di sinilah Bahasa dan Pustaka. letaknya keistimewaan sastera kerana ia mempunyai Kamaruddin M. Said. 2011. Pilihan rasional: minda keupayaan menggambarkan dan melukiskan sesuatu Abdullah C. D. pemimpin komunis Malaysia. yang futuristik serta mampu pula meraba, menjamah Akademika 81(3): 9-11. dan merasakan alam ghaib, melampau sempadan Mana Sikana. 1998. Kritikan Sastera Moden, Teori dan masa, tempat dan pelaku yang tidak terdapat dalam Pendekatan. Selangor: Penerbit Fajar Bakti. Miller, H. 1972. The Jungle War in Malaya. London: sejarah. Itulah Bukit Kepong, bertolak daripada Arthur Barker. peristiwa Bukit Kepong yang terakam dalam Mohd Yusof Ibrahim. 1975. Pengertian Sejarah. Kuala sejarah kemudian menjelajah ke alam pemikiran Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. setiap watak yang terlibat, memperlihatkan S. Othman Kelantan. 1985. Teknik Mengkaji Novel. Kuala suasana tempat sesuai dengan masa kejadian yang Lumpur: Karya Bistari. memerlukan penyelidikan dan Sebagai sebuah karya Sahlan Mohd Saman. 1986. Sastera Bandingan: Konsep, kreatif, bukit Kepong tidak boleh lari daripada Teori dan Amalan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar memasukkan unsur-unsur imaginasi, khayalan, Bakti. taksiran-taksiran pengarang dan juga wawasan Sahlan Mohd Saman. 1995. Novel Perang dalam yang hendak disampaikan kerana sebagai sebuah Kesusasteraan Malaysia, Indonesia dan Filipina. karya kreatif imaginatif sifat-sifat seni dan estetika Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. perlu diberi keutamaan oleh pengarang. Meskipun Thompson, R. 1966. Defeating Communist Insurgency. New York: F.A. Preager. tema dan persoalan yang dikemukakan boleh Ungku Maimunah Mohd Tahir. 2011. Novel Putera diuji dan dipertanggungjawabkan kebenarannya Gunung Tahan oleh Ishak Haji Muhammad sebagai berdasarkan catatan-catatan sejarah namun tidak wacana balikan pascakolonial. Akademika 81(3): kurang penampilan imaginasi, fantasi serta tokoh 65-74. tambah yang dilakukan oleh pengarang bagi Wallek, R. & Warren, A. 1970. Theory of Literature. New memperjelaskan lagi dan menambah penghayatan York: Harcourt, Brace & World. 14 Akademika 89(Isu Khas)

Zainal Abidin Abd. Wahid. 1972. Sejarah Malaysia Mohamad Rodzi Abd Razak Sa-Pintas Lalu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusat Dasar dan Governans Global Pustaka. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Che Abdullah Che Ya (corresponding author) Selangor Pusat Kelestarian Warisan dan Kebitaraan Melayu Malaysia Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan E-mail: [email protected] Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Received: 10 November 2018 Selangor Accepted: 27 Febuari 2019 Malaysia E-mail: [email protected]