DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

ETNASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my

HARI KHAMIS, 21 JUN 2007, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 32

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1122-L9305 Datin Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail [ Permatang Pauh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan Kerajaan seterusnya memandangkan bahawa indeks rasuah yang diberikan oleh Transparency International (IT) kepada Malaysia semakin meningkat berbanding dengan negara jiran seperti Indonesia, Vietnam dan Singapura memandangkan YAB Perdana Menteri menekankan pentingnya membanteras rasuah.

2. PR-1122-L8624 Dato' Dr Wan Azmi Bin Wan Ariffin [ Sik ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah pihak Kementerian mempunyai perancangan untuk mempertingkatkan kemahiran ICT untuk semua pemaju masyarakat KEMAS.

3. PR-1122-L8677 Dato' Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar [ Larut ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh mana rasional menggunakan kepakaran perubatan tradisional dari negara Republik Rakyat China (RRC) di hospital Kerajaan.

4. PR-1122-L9587 Datuk Haji Md. Alwi Bin Haji Che Ahmad [ Ketereh ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah sebab yang membolehkan Kerajaan melalui Suruhanjaya Sekuriti dan FIC membenarkan syarikat gergasi telekomunikasi Maxis dibenarkan memilikperibadikan (go private) sehingga menimbulkan tanggapan semasa Maxis susah mengajak orang ramai melabur dan apabila memperolehi banyak keuntungan, ia hendak memilikperibadikan.

2 AUM DR 21/6/2007

5. PR-1122-L8933 Dato' Dr. James Dawos Mamit [ Mambong ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan faktor-faktor yang menyebabkan keracunan susu segar dalam kotak yang dibekalkan di sekolah-sekolah kebangsaan.

6. PR-1122-L9122 Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa beliau mengamalkan sikap talam dua muka berhubung dengan dialog antara agama dan budaya kerana cakap sesuatu dalam arena antarabangsa tetapi buat yang lain di negara kita.

7. PR-1122-L9663 Tuan Jawah Anak Gerang [ Lubok Antu ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan keberkesanan usaha- usaha Kerajaan bagi membanteras masalah gengsterisme di negeri .

8. PR-1122-L8725 Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah kejayaan Kementerian dari segi pelaburan jangka panjang dan pendek dalam lawatan ke Afrika dan lain-lain.

9. PR-1122-L8512 Datuk Dr. Bin Tuanku Jaafar [ Santubong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan memandangkan ASEAN Komuniti dan ekonomi serantau adalah hala tuju serantau, dengan itu adakah Kementerian telah memikir dan merancang Pelan Induk Perhubungan dan Pengangkutan untuk merealisasikan matlamat ini.

10. PR-1122-L9244 Datuk Haji Mat Yasir Bin Haji Ikhsan [ Sabak Bernam ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan setakat manakah kawalan terhadap metadon dan subutex yang dikatakan sangat berkesan dalam menghilangkan rasa ketagih kepada bekas penagih dadah dan setakat ini nyatakan keberkesanan dan rancangan untuk memanfaatkannya di masa akan datang mengikut negeri-negeri.

11. PR-1122-L9411 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan keadaan sisa pepejal termasuk tapak pelupusan dan stesen pemindahan di setiap negeri termasuk . Selain Alam Flora, apakah syarikat lain yang terlibat dengan pembuangan sisa pepejal di seluruh negara serta cara-cara yang berkesan untuk mengatasinya.

3 AUM DR 21/6/2007

12. PR-1122-L9195 Tuan Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan jumlah dan nilai rampasan cakera optik haram mengikut negeri pada tahun 2005, 2006 dan enam bulan pertama tahun 2007.

13. PR-1122-L8824 Datuk Razali Bin Ismail [ Kuala ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan menerangkan tindakan penguatkuasaan dan pematuhan arahan terhadap kelas tuisyen. Apakah kesan buruk kurikulum arus perdana Kementerian Pelajaran daripada The Shadow Education System ini.

14. PR-1122-L8890 Dato' Che Min bin Che Ahmad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan rasionalnya pertukaran besar-besaran Pegawai Polis dari Bahagian Jenayah (Ketua Jenayah Daerah) telah ditukarkan menjadi Pegawai di Pasukan Gerak Am (PGA).

15. PR-1122-L8658 Dato' Yap Pian Hon [ Serdang ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan :-

(a) berapakah jumlah wang yang diuntukkan untuk mengambil alih pengurusan IWK dan berapakah jumlah wang untuk menanggung bebanan subsidi kepada IWK pada tahun 2006 dan 2007; dan

(b) sama ada pihak Kementerian akan mengkaji semula pengurusan IWK dan berapakah jumlah loji rawatan kumbahan telah diuruskan.

16. PR-1122-L9298 Dato' Wan Adnan Bin Wan Mamat [ Indera Mahkota ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah kesan langsung terhadap pertumbuhan ekonomi negara apabila pelaksanaan kenaikan gaji kepada anggota- anggota perkhidmatan awam di seluruh negara dan berapakah peratus kadar pertumbuhan yang dijangkakan.

17. PR-1122-L9431 Dato' Goh Siow Huat [ Rasah ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan adakah Jabatan Alam Sekitar mempunyai peralatan kaji cuaca yang canggih yang dapat meramalkan bila akan berlakunya sesuatu angin ribut bagi pengetahuan orang ramai agar mereka lebih berhati-hati akan kemusnahan dahsyat yang akan menimpa alam persekitaran, harta benda, nyawa manusia dan sebagainya.

4 AUM DR 21/6/2007

18. PR-1122-L9071 Datuk Haji Mohd. Razali Bin Che Mamat [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk melahirkan golongan celik IT di kawasan luar bandar khususnya di Parlimen Kuala Krai.

19. PR-1122-L8691 Dato' Tan Lian Hoe [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah guru sekolah rendah dan menengah di seluruh negara yang mengikuti kursus jangka panjang dan jangka pendek di seluruh negara mengikut negeri.

20. PR-1122-L9270 Puan Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan senarai sijil penamatan kursus di Kolej Tunku Abdul Rahman yang diiktiraf oleh Kerajaan dan kursus-kursus yang masih belum diiktiraf oleh Kementerian.

21. PR-1122-L8774 Tuan [ Bukit Bintang ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan :-

(a) hutang terkini Jabatan Radio dan Televisyen Malaysia dan syarikat-syarikat penyiaran swasta dengan telekom Malaysia ; dan

(b) jumlah hutang terkini dan bilangan pelanggan berhutang dengan STM, TNB dan Syabas serta langkah-langkah yang diambil untuk para pelanggan melunaskan hutang tersebut.

22. PR-1122-L8920 Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa luaskah tanah di Negeri yang telah diperuntukkan kepada Skim FELDA dan FELCRA dan berapa ramaikah peserta dari Sabah yang menjadi peserta skim berkenaan.

23. PR-1122-L9140 Dato' Ir. Shaari Bin Hassan [ Tanah Merah ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah bangunan Kerajaan dan swasta disyaratkan menjalankan pemeriksaan secara berskala selepas mendapat CF bagi mengelakkan kejadian- kejadian yang tidak diingini selepas bangunan diduduki.

24. PR-1122-L9615 Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah projek paip minyak sepanjang 320 km dari Yan ke Tumpat atau Bachok akan dimulakan pembinaannya.

5 AUM DR 21/6/2007

25. PR-1122-L8667 Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah kedudukan terkini ekoran penangguhan GST dan nyatakan bilakah ia akan dilaksanakan dan impak kepada orang ramai.

26. PR-1122-L8595 Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bilakah Kementerian akan melaksanakan satu garis panduan untuk penubuhan ‘Gated Community’ supaya pagar, pintu dan palang jalan yang didirikan oleh Jawatankuasa Penduduk demi keselamatan penghuni tidak dirobohkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

27. PR-1122-L8964 Tuan Syed Hood Bin Syed Edros Alhaj [ Parit Sulong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan rasional kepada tindakan FELDA melabur di beberapa buah syarikat di Amerika Syarikat serta nyatakan jumlah pelaburan yang dibuat dan syarikat yang terbabit.

28. PR-1122-L9346 Tuan Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada pihak Kerajaan bersedia untuk memberi pengampunan kepada suatu kategori banduan untuk menandakan ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara Malaysia pada 31 Ogos, 2007.

29. PR-1122-L8856 Ir. Dr. [ Ayer Hitam ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan jumlah rakyat asing yang mengunjungi Malaysia mengikut negara asal pada 2005 hingga 2007. Perihalkan kaedah Jabatan Imigresen Malaysia mengenal pasti pengunjung asing yang memasuki negara ini sebagai pelancong, pekerja sah di Malaysia dan tunjukkan pecahan pelancong dan pekerja asing di Malaysia.

30. PR-1122-L9715 Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan keuntungan besar yang akan dinikmati oleh negara ini dengan membenarkan warga asing memasuki WPI daripada Singapura hanya dengan menggunakan smart card atau kad pintar sahaja tanpa sebarang pemeriksaan Imigresen dan adakah Kerajaan meminta Singapura memberikan kelonggaran yang sama kepada ribuan warga Malaysia yang saban hari berulang-alik daripada Bahru untuk bekerja di Singapura.

6 AUM DR 21/6/2007

31. PR-1122-L8702 Tan Sri Law Hieng Ding [ Sarikei ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan :-

(a) jumlah kes kejadian gangguan bekalan elektrik dan bekalan air yang telah berlaku sejak lima tahun yang lepas dan sebab-sebab gangguan-gangguan tersebut berlaku; dan

(b) langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang diambil untuk memastikan gangguan bekalan elektrik dan bekalan air tidak berlaku lagi di negara ini pada masa akan datang.

32. PR-1122-L9551 Dato' Dr. Wan Hashim Bin Wan Teh [ Gerik ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah faktor-faktor yang menyebabkan mutu kerja binaan batu-batan kini semakin menurun memandangkan semakin banyak kerosakan dan kebocoran berlaku pada bangunan-bangunan baru siap sejak akhir-akhir ini.

33. PR-1122-L8981 Tuan Edmund Chong Ket Wah [ Batu Sapi ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah jumlah sekolah mubaligh dan pelajarnya di seluruh Malaysia dan adakah mereka diberi bantuan kewangan memandangkan Kerajaan telah meluluskan dan mengiktiraf mereka.

34. PR-1122-L8966 Dr. Junaidy bin Abd. Wahab [ Batu Pahat ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan implikasi Perjanjian Pertahanan Indonesia dan Singapura pada bulan April tahun ini ke atas strategi pertahanan negara kita yang membolehkan pihak Singapura menggunakan pangkalan latihan TNI di sekitar kepulauan Indonesia dan malahan menjemput pihak ketiga contohnya pihak Amerika atau Israel untuk turut serta dalam latihan peperangan tersebut.

35. PR-1122-L8998 Dato' Hashim Bin Jahaya [ Kuala ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-

(a) langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian bagi mengatasi masalah jalan-jalan kampung yang kurang penyelenggaraan dari masa ke semasa; dan

(b) jumlah panjang jalan kampung seluruh negara yang diselenggarakan dengan sempurna dan yang tidak dapat diselenggarakan serta sebab-sebabnya.

7 AUM DR 21/6/2007

36. PR-1122-L9191 Dato' Paduka Badruddin Bin Amiruldin [ Jerai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil bagi memastikan bahawa saham-saham Syarikat Awam dan GLC Malaysia yang perniagaannya terlibat dalam bidang keselamatan, kesihatan dan telekomunikasi yang boleh menggugat maruah negara tidak dijual atau dipindah milik kepada pelabur-pelabur luar negara.

37. PR-1122-L9574 Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah tindakan yang telah, sedang dan akan diambil kepada warga asing dan warga tempatan yang menjadikan meminta sedekah sebagai satu kerjaya hidup mereka.

38. PR-1122-L9514 Tuan Kulasegaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kementerian sama sekali tahu cadangan Kerajaan Persekutuan (Federal Government) bagi 196 hektar tanah di Bidor yang akan ditukar ke Taman Botani (Botani Garden) . Ia jelas melanggar Aboriginal People Act 1954 di mana akan mendukacitakan orang-orang asli dan jika berlaku adakah YAB Perdana Menteri akan membatalkan cadangan ini.

39. PR-1122-L8850 Tuan Che Azmi Bin Haji Abdul Rahman [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan setakat ini berapa orang yang telah diambil tindakan di bawah Akta Kutipan Rumah Ke Rumah 1947. Kenapakah Kerajaan tidak meminda akta ini untuk membersihkan bandar-bandar besar dari gejala pengemis.

40. PR-1122-L9457 Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-

(a) apakah usaha Kerajaan dalam menyempurnakan bekalan kemudahan asas pendidikan seperti elektrik dan air bagi sekolah-sekolah daerah luar bandar; dan

(b) apakah kewajaran sistem serta modul pembelajaran di negara ini yang mengutamakan peperiksaan (exam oriented) bagi menilai pelajar dan bukannya berdasarkan kepada kecerdasan secara praktikal.

8 AUM DR 21/6/2007

41. PR-1122-L8875 Tuan Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah kutipan cukai bagi pengangkutan darat termasuk cukai jalan kenderaan (roadtax) di setiap negeri dalam masa 5 tahun kebelakangan ini dan jumlah yang dibelanjakan oleh Kerajaan bagi pembinaan serta penyenggaraan jalan-jalan di Sabah dalam masa 5 tahun tersebut.

42. PR-1122-L9461 Tuan Haji Fadillah Bin Yusof [ Petra Jaya ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapakah jumlah penerbangan antarabangsa yang mendarat di Lapangan Terbang di Kuching, Sibu dan Miri dan adakah Kerajaan bercadang untuk menambah penerbangan tersebut dan apakah perancangan Kerajaan berkenaan perkara tersebut.

43. PR-1122-L9091 Datuk Rosli Bin Mat Hasan [ Dungun ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan perbandingan kes jenayah melibatkan ragut, bunuh dan rogol di negara ini antara Mei 2006 dan Mei 2007 dan sekiranya mengalami peningkatan adakah ini bermakna langkah Kerajaan memperkenalkan Rakan Cops, menjalankan penguatkuasaan undang-undang dan mengenakan denda yang tinggi masih tidak berkesan.

44. PR-1122-L8834 Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh Bin Tun Said [ Kota Belud ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan berapa ramai pelancong asing sudah berkunjung ke negara ini setakat ini sempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2007, dan apakah usaha-usaha diambil bagi menangani rungutan pelancong asing sebelum ini.

45. PR-1122-L9657 Datuk Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah Kementerian akan memperkenalkan akaun bagi tujuan menunaikan fardu haji bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

46. PR-1122-L9303 Tuan [ Ipoh Timur ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tentang perbelanjaan butiran peruntukan RM220 juta diumumkan baru-baru ini untuk memeriksa bangunan baru Kerajaan di demi menjelaskan keperluannya untuk membelanjakan wang yang begitu banyak daripada tabung Kerajaan apabila rakyat sudah tidak yakin dengan kualiti kerja Jabatan Kerja Raya (JKR).

9 AUM DR 21/6/2007

47. PR-1122-L9087 Tuan Bernard S. Maraat [ Pensiangan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah tiada hala tuju dan rakan strategik asing Proton Holdings Bhd, punca pengedar Proton rugi dan apakah perancangan strategik Kementerian agar dapat memulihkan keyakinan pengguna terhadap jenama kereta nasional.

48. PR-1122-L9105 Tuan Loh Seng Kok [ Kelana Jaya ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan kes bunuh diri yang dibawa ke mahkamah dengan penggunaan seksyen 309 Kanun Keseksaan. Sejauh manakah keberkesanan seksyen itu dan relevannya digunakan untuk mengurangkan kes bunuh diri.

49. PR-1122-L8938 Dato' Dr. Haji Shafie bin Mohd. Salleh [ Kuala Langat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang diambil sejak 50 tahun negara mencapai kemerdekaan ada juga suara sumbang yang meminta Perlembagaan Persekutuan dikaji semula dan peristiwa 13hb. Mei 1969 dilihat dari sudut yang berlainan.

50. PR-1122-L8574 Tan Sri Dr. Ting Chew Peh [ Gopeng ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan memandangkan keperluan yang mendesak bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di kawasan bandar, sama ada Kerajaan mempunyai rancangan untuk membina lebih banyak SJKC baru di samping dua buah SJKC seperti yang dijanjikan bagi tempoh RMK-9.

51. PR-1122-L8663 Datuk Astaman Bin Abdul Aziz [ Titiwangsa ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh pihak Kementerian untuk mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2007 setakat 30hb April 2007 serta menyatakan berapakah peratusan peningkatan kedatangan pelancongan berbanding tahun 2006 bagi suku pertama tahun ini.

52. PR-1122-L8618 Tuan Haji Ismail Bin Noh [ Pasir Mas ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah-langkah yang berkesan bagi mengatasi kemalangan jalan raya yang meningkat di negara kita khususnya di hari perayaan.

53. PR-1122-L8904 Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan sejauh mana perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar sepenuhnya telah dilaksanakan di seluruh negara.

10 AUM DR 21/6/2007

54. PR-1122-L9042 Datuk Suhaili Bin Abdul Rahman [ ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sama ada Kementerian bercadang untuk melaksanakan sistem Scholastic Assessment Test (SAT) dalam Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan (2006-2010).

55. PR-1122-L8744 Dato' Hasan Bin Malek [ Kuala Pilah ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah perlu Kod Etika Pakaian Islam diguna pakai dalam acara sukan di semua peringkat lapisan masyarakat Islam di negara ini.

56. PR-1122-L9688 Tuan Lau Yeng Peng [ Puchong ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan di manakah jalan alternatif di bawah konsesi Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP). Jika tiada, mengapa.

57. PR-1122-L9256 Datuk Richard Riot Ak. Jaem [ Serian ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apa telah terjadi dengan Projek Lampu Jalan Kampung (LJK).

58. PR-1122-L8760 Tuan Razali Bin Haji Ibrahim [ Muar ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan :-

(a) kesan kenaikan harga petrol dan diesel ke atas kos perniagaan dan barangan harian terhadap kuasa membeli rakyat; dan

(b) apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi mengurangkan inflasi di dalam negara sambil mempertingkatkan kuasa membeli.

59. PR-1122-L9729 Tuan [ Bandar Kuching ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan nama-nama kontraktor yang dianugerahkan kontrak projek pembinaan bangunan Kerajaan yang kini didapati ada kebocoran dan kerosakan lain. Adakah kontrak-kontrak itu dianugerahkan secara tender terbuka. Apa tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan ke atas kontraktor-kontraktor tersebut.

60. PR-1122-L9317 Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bilangan aduan yang diterima berkaitan gangguan seks bagi pekerja perempuan di tempat kerja serta langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini.

11 AUM DR 21/6/2007

61. PR-1122-L9767 Dato' Tengku Putera bin Tengku Awang [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan mengapa Kementerian tidak membuka lintasan bertingkat (interchange) Lebuh Raya Pantai Timur I (LPT I) sehingga ke Lintasan Bertingkat Jabor bagi memudahkan kenderaan dari Pelabuhan Kuantan dan Negeri Terengganu untuk keluar masuk ke LPT I, memandangkan pakej ini telah lama disiapkan.

62. PR-1122-L8525 Datuk Abdul Rahim Bin Bakri [ Kudat ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan kemajuan yang dicapai setakat ini di dalam usaha untuk melahirkan ‘multinasional corporation’ Malaysia yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa khususnya di dalam bidang perkilangan seperti syarikat Korea dan Jepun.

63. PR-1122-L8573 Dato' Mohd Zaid Bin Ibrahim [ Kota Bharu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilakah Kerajaan bercadang hendak mewajibkan semua tender bagi semua projek mestilah secara tender terbuka, dan jika rundingan terus atau ‘negotiated tender’ akan terus diguna pakai, bila dan atas kriteria apakah ‘negotiated tender’ ini ditentukan.

64. PR-1122-L9217 Datuk Ismail Bin Abd. Mutalib [ Maran ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah jumlah kes keracunan makanan yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah di seluruh negara dalam tahun 2005, 2006 dan 2007 dan apakah tindakan Kementerian bagi mempastikan peristiwa seperti ini tidak berulang lagi.

65. PR-1122-L9390 Dr. Mohamed Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah keuntungan yang diperolehi oleh Syarikat-syarikat GLC yang menjual saham minoriti dalam syarikat Maxis dan apakah sekatan atau syarat yang dikenakan oleh Kerajaan kepada Maxis hasil daripada pelepasan milikan saham GLC tersebut.

66. PR-1122-L9173 Tuan Lim Hock Seng [ Bagan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan amaun perbelanjaan Kerajaan yang boleh dibelanjakan oleh Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen untuk hari-hari perayaan. Sila senaraikan pegawai-pegawai tersebut dan amaun dibelanjakan untuk 3 tahun kebelakangan.

12 AUM DR 21/6/2007

67. PR-1122-L8496 Datuk Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) apakah Kementerian sedar banyak kenyataan umum oleh pemimpin agama di negara ini kebelakangan ini mengelirukan dan boleh disalah gunakan kerana tidak jelas sama ada ianya fahaman, pendapat, pandangan, tafsiran atau fatwa muktamad; dan

(b) jika sedar apakah tindakan Kementerian untuk membendung perkara ini dan apakah rancangan Kementerian agar sebarang fatwa hanya dibuat oleh satu badan pusat yang ditauliahkan oleh Kerajaan.

68. PR-1122-L9500 Tuan Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sama ada Program Latihan Khidmat Negara dapat diterapkan dalam ko-kurikulum sekolah dengan sekolah sebagai pusatnya contohnya setiap sekolah menguruskan Program Latihan Khidmat Negara di sekolah masing-masing dengan bantuan guru dan pihak tentera supaya ibu bapa akan berasa keselamatan anak mereka lebih terjamin.

69. PR-1122-L9040 Dato' Ismail Sabri Bin Yaakob [ Bera ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perancangan Felda di mana memastikan peneroka tidak terikat dengan putaran hutang sepanjang hayat apabila terpaksa berhutang semula untuk sara diri semasa tanam semula walaupun telah menjelaskan keseluruhan hutang asal.

70. PR-1122-L8825 Datuk Haji Mohd Said bin Haji Yusof [ Jasin ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah dasar dan strategi Kementerian di dalam menentukan jenis pesawat tempur kegunaan TUDM pada masa akan datang memandangkan akhir-akhir ini terdapat banyak kemalangan udara yang berlaku pada pesawat yang sedia ada.

71. PR-1122-L8556 Dato' Markiman Bin Kobiran [ Hulu Langat ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan polisi dan inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan pengkomersilan hasil penyelidikan dan penemuan (research and discovery) yang dilakukan oleh kakitangan akademik universiti awam dan sehingga kini berapakah hasil penyelidikan dan penemuan akademik berkenaan berjaya dibangunkan, dengan menyatakan contoh-contohnya.

13 AUM DR 21/6/2007

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 16/2007) Rang Undang-undang Bahan Letupan Bacaan (Pindaan) 2007 Kali Yang Kedua 2. (D.R. 17/2007) Rang Undang-undang Pendaftaran “ Sewa Beli (Sarawak) (Pemansuhan) 2007 3. (D.R. 22/2007) Rang Undang-undang Keterangan Saksi “ Kanak-kanak 2007

4. (D.R. 18/2007) Rang Undang-undang Sistem “ Pengukuran Kebangsaan 2007

5. (D.R. 19/2007) Rang Undang-undang Timbang dan “ Sukat (Pindaan) 2007

6. (D.R. 24/2007) Rang Undang-undang Agensi Kelayakan “ Malaysia 2007

7. (D.R. 20/2007) Rang Undang-undang Makmal Patologi “ 2007

8. (D.R. 23/2007) Rang Undang-undang Pengangkutan “ Melalui Udara (Pindaan) 2007

9. (D.R. 39/2006) Rang Undang-undang Biokeselamatan “ 2006

10. PR-1122-U8507 Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa dewan ini mengambil maklum bahawa, sungai-sungai merupakan sumber bekalan air terpenting negara.

Dan mengambil maklum bahawa pencemaran sungai-sungai di negara ini semakin serius, malahan kempen Selamatkan Sungai Kita anjuran Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar dianggap gagal, di mana terdapat sungai-sungai yang sudah dianggap mati.

14 AUM DR 21/6/2007

Dan mengambil maklum bahawa, hakisan sungai menjadi sangat serius pada ketika ini kerana tiadanya sokongan aur-aur pepohon di tebing- tebing sungai, disebabkan pokok-pokok ditebang secara diskriminasi.

Dan mengambil maklum juga, bahawa tepi-tepi pantai juga tidak terkecuali daripada hakisan, yang sebahagian besar disebabkan oleh aktiviti manusia.

Maka dengan ini dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan untuk meminda atau menggubal akta atau pun peraturan bagi memastikan semua pihak, mahu pun pihak berkuasa tempatan, pemaju atau orang perseorangan, yang memajukan kawasan berdekatan dengan tebing sungai dan tepi pantai, hendaklah mengekalkan tanah simpanan tebing sungai dan tepi pantai, selain daripada menanam pokok-pokok."

(Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

11. PR-1122-U8510 Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa dewan ini mengambil maklum bahawa sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar bahawa bekalan air mentah terawat berkurangan dan ada kalanya menjadi kritikal terutama sekali di musim kemarau yang panjang.

Dan mengambil maklum bahawa kebanyakan pengguna selalu membazir air terawat untuk menyiram bunga, mencuci kereta dan lain-lain lagi.

Dan juga mengambil maklum bahawa negara kita juga mempunyai taburan hujan yang tinggi dan agak kerap sepanjang tahun.

Dan juga mengambil maklum bahawa sejak kebelakangan ini, negara kita sering dilanda banjir kilat kerana sistem perparitan dan sungai-sungai tidak lagi dapat menampung jumlah air hujan yang besar.

Maka dengan ini dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan untuk menggubal satu akta atau peraturan yang memastikan semua pembangunan baru menyediakan tangki-tangki atas atau bawah tanah untuk tujuan menuai dan menyimpan air hujan, untuk tujuan-tujuan lain selain daripada untuk digunakan sebagai bekalan air untuk makan dan minum selain dapat mengelakkan banjir kilat."

(Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

15 AUM DR 21/6/2007

12. PR-1122-U8513 Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa dewan ini mengambil maklum bahawa parit-parit terbuka sering menjadi tempat pembuangan sampah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Dan mengambil maklum bahawa sering kali parit-parit ini tersumbat dan Kerajaan dipersalahkan.

Dan mengambil maklum bahawa sampah-sampah ini akan hanyut ke muara sungai dan akhirnya ke laut dan kini telah menjadi masalah pencemaran yang serius.

Maka dengan ini dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan meminda akta atau peraturan bahawa, semua sistem perparitan akan datang hendaklah dibina di bawah tanah (sistem perparitan bawah tanah) dan dipasang siap dengan perangkap sampah bagi mengatasi masalah pencemaran laut dan seterusnya menjimatkan kos pengendalian parit-parit dan pemuliharaan laut."

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

13. PR-1122-U8951 Tuan Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan dengan seriusnya agar pihak Kerajaan mempertingkat pemantauan dan penguatkuasaan undang- undang kepada penceroboh-penceroboh di perairan lautan kita agar penangkapan ikan serta kedatangan pendatang tanpa izin dapat ditangani".

(Perdana Menteri)

14. PR-1122-U8952 Tuan Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil kedudukannya yang serius dalam menjalankan tafsiran undang-undang dan peraturan keluarga syariah dengan undang-undang serta peraturan Adat Mahkamah Anak Negeri dalam percanggahan kerumitan menjalankan keputusan undang-undang tafsiran Anak Angkat serta tuntutan pembahagian harta pusaka dan pencarian ini mengakibatkan persaudaraan adik-beradik yang berbilang anutan agama masing-masing tidak dapat penentuan hak".

(Perdana Menteri)

16 AUM DR 21/6/2007

15. PR-1122-U8953 Tuan Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan dengan seriusnya untuk membincangkan agar demi untuk keunikan perpaduan Negara Malaysia yang rakyatnya berbilang kaum dan berbilang kepercayaan agama sebagai Bangsa Malaysia yang berdaulat dan menjunjung prinsip-prinsip Rukun Negara dapat meneruskan membincang dan mengukuhkan persefahaman kerohanian dengan lapisan pemimpin yang bersemangat keadilan dan kesetiaan sesama".

(Perdana Menteri)

16. PR-1122-U9121 Tuan Loh Seng Kok [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini membuat ketetapan agar pembelian saham untuk mengambil alih RHB tidak dijadikan sebagai satu ‘precedent’ bagi KWSP mengambil alih institusi lain kerana fungsi dan objektif KWSP adalah menjaga kepentingan rakyat yang menjadi pencarum KWSP serta mentadbir urus tabung KWSP dengan berhemah."

(Menteri Kewangan)

17. PR-1122-U9124 Tuan Loh Seng Kok [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini menggesa pihak institusi pentadbiran Kerajaan mewujudkan kelas pendidikan khas, kemudahan dan infrastruktur mesra OKU di semua sekolah supaya kanak-kanak istimewa atau khas tempatan dapat menerima pendidikan di sekolah yang berhampiran dengan tempat kediaman mereka."

(Menteri Pelajaran)

18. PR-1122-U9288 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk membenarkan siaran langsung sidang melalui televisyen supaya rakyat boleh menonton ucapan para Ahli Yang Berhormat dan proses Dewan Rakyat membuat keputusan terhadap dasar dan undang-undang. "

(Perdana Menteri)

17 AUM DR 21/6/2007

19. PR-1122-U9289 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk memulihkan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan demi menjadikan perkhidmatan Kerajaan Tempatan di negara kita lebih berkesan di samping memulangkan hak kepada rakyat untuk memilih Datuk Bandar dan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan. "

(Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)

20. PR-1122-U9291 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk mendesak Kerajaan untuk melaksanakan Kempen Kitar Semula dan Kempen Pengurangan Penggunaan Plastik dengan lebih gigih demi memelihara kebersihan alam sekitar. "

(Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)

21. PR-1122-U9292 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen yang telah dimansuhkan pada tahun 1993 sebagai langkah untuk menjadikan Parlimen Malaysia sebagai Parlimen Dunia Pertama. "

(Perdana Menteri)

22. PR-1122-U9293 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini menyokong cadangan Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM dan YAB. Perdana Menteri untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC). "

(Menteri Keselamatan Dalam Negeri)

18 AUM DR 21/6/2007

23. PR-1122-U9467 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini membuat ketetapan memberi kuasa kepada Jawatankuasa Dewan untuk memanggil orang hadir di hadapannya atau meminta dikeluarkan surat-surat supaya Jawatankuasa ini boleh menyiasat permasalahan kebocoran teruk Bangunan Parlimen setelah membelanjakan RM90 juta bagi tujuan pengubahsuaian baru-baru ini. Majlis hendaklah memperbahaskan tanggungjawab Jawatankuasa ini untuk mengendalikan segala perkara berkaitan dengan kesenangan dan kemudahan serta khidmat-khidmat dan kenikmatan-kenikmatan yang terdapat bagi Ahli-ahli Majlis. "

(Perdana Menteri)

24. PR-1122-U9470 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini membuat ketetapan untuk mendebatkan isu kecacatan seperti kebocoran bangunan-bangunan awam misalnya di Putrajaya dan Kompleks Mahkamah di Kuala Lumpur walaupun pembinaannya baru disiapkan. Bahawa Majlis hendaklah memperbincangkan objektif Kementerian Kerja Raya dalam perancangan, pelaksanaan dan penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan- kemudahan awam termasuk bangunan-bangunan."

(Menteri Kerja Raya)

19 AUM DR 21/6/2007

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN RAKYAT)

TAHUN TARIKH 2007 RISALAT/DOKUMEN DIBENTANGKAN

ST.127 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Universiti 21 Jun 2007 Malaysia Sarawak Bagi Tahun 2005 (Telah Diaudit)

20 AUM DR 21/6/2007

UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN

TARIKH AHLI YANG BERUCAP TAJUK UCAPAN MENTERI YANG UCAPAN BERTANGGUNGJAWAB DIBUAT

1. 21.6.2007 1. YB. Dato’ Razali bin Ismail 1. Dasar Bahasa dalam 1. YB. Menteri Pelajaran (Khamis) (Kuala Terengganu) Sistem Pendidikan.

2. 21.6.2007 2. YB. Tuan Salahuddin bin 2. Spekulasi kenaikan gaji 2. YB. Menteri (Khamis) Ayub (Kubang Kerian) dan kenaikan harga Perdagangan Dalam barang. Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.