EIA for the Proposed Mixed Development on Lot 368 Section U15, PT50037 (Part of Previous Lot 360) Section U16, Lot 2132 Section U17, Mukim and Lot 2685 Section U15, Mukim , District of Petaling, Darul Ehsan

RINGKASAN EKSEKUTIF

I. Pengenalan Cadangan Projek

Kajian EIA ini dijalankan untuk cadangan Pembangunan Bercampur di Lot 368 Seksyen U15, PT50037 (Sebahagian Lot Lama 360) Seksyen U16, Lot 2132 Seksyen U17, Mukim Sungai Buloh and Lot 2685 Seksyen U15, Mukim Bukit Raja, District of Petaling, Selangor Darul Ehsan . Luas Fasa 1 projek ini adalah 1,795.42 acres (726.58 ha) manakala jumlah tapak projek ialah 2,787.41 acres (1,128.03 ha). Pemilik dan pemaju tanah ialah Sime Darby Elmina Development Sdn. Bhd . Lokaliti tapak Projek ini adalah di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya (MBSA). Penilaian Awal Tapak (PAT) telah dihantar ke Jabatan Alam sekitar Selangor pada 14 Mei 2013 dan pihak Jabatan meminta kajian EIA dihantar untuk pembangunan tersebut.

Tapak Projek ini terletak di dalam Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan. Projek yang dicadangkan ini dikelilingi dengan beberapa pembangunan bercampur seperti perumahan dan komersil. Kawasan Projek terletak kira-kira 26km dari Bandar Kuala Lumpur, adalah 17km tenggara dari tapak Projek, 9km dari Shah Alam dan , Sg.Buloh adalah 12km timur laut dari tapak Projek dan adalah kira-kira 10km barat dari tapak projek. Dari segi geografi, tapak Projek berada pada longitud 101 o 29’31.39” T hingga 101 o 31’ 07.38” T dan latitud 03 o 08’ 54.86” U to 03 o 13’ 13.06” U. Lokasi Tapak Projek adalah seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah A . Tapak Projek boleh diakses melalui NKVE di dan melalui persimpangan Guthrie Corridor Expressway dan melalui Lebuhraya Persekutuan yang keluar di Persimpangan Batu 3, Shah Alam dan kemudian ke Guthrie Corridor Expressway. Akses yang sedia ada ke tapak projek adalah dari Laluan Persekutuan 54 (Jalan ) melalui Ladang Elmina.

Pa da masa ini, tapak Projek adalah sebuah ladang kelapa sawit, yang dikenali sebagai Ladang Elmina . Kelapa sawit masih dituai oleh pekerja. Terdapat juga beberapa aktiviti pertanian bersepadu seperti ternakan lembu dan kerbau yang dijalankan di dalam kawasan tadahan LUAS di dalam tapak projek. Selain itu, terdapat beberapa struktur sedia ada di Lot 2132 dan PT50037 yang terdiri daripada Pejabat, Bengkel, kedai, Klinik Elmina, banglo, rumah kakitangan, Kuil Hindu, surau, gereja dan pekerja buruh.Keadaan sediada di Tapak adalah seperti yang ditunjukkan di Gambarajah B . Gunatanah bersebelahan Tapak Projek adalah seperti dibawah:

Di sempadan Utara :Taman Desa Moccis, Kg. Merbau Sempak Tambahan; Di sempadan Timur :Kg.Kubu Gajah, ongoing Elmina East Development, Kg. Merbau Sempak; Taman , ; Di sempadan Selatan :Cahaya SPK, Perdana Heights, , Sunway Alam Suria Di sempadan Barat :Bandar Saujana Utama, Greenhill Residence, Kawasan Tadahan Tasik Subang, Hutan Simpanana Bukit Cherakah.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. I

EIA for the Proposed Mixed Development on Lot 368 Section U15, PT50037 (Part of Previous Lot 360) Section U16, Lot 2132 Section U17, Mukim Sungai Buloh and Lot 2685 Section U15, Mukim Bukit Raja, District of Petaling, Selangor Darul Ehsan

Projek yang dicadangkan ialah pembangunan perumahan yang melibatkan kawasan berkeluasan melebihi 50 hektar dan pembangunan bandar baru yang tertakluk kepada perkara 7 dan 9 (e) di Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 1987 di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Berdasarkan pada 'Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Shah Alam -2020', Tapak Projek terletak di dalam Blok Perancang Kecil (BPK) 4 (Seksyen U15) Lot 368 dan Lot 2685 dan Blok Perancangan Kecil (BPK) 5 (Seksyen U16 dan U17) PT 50037 (Sebahagian Lot Sebelumnya 360) dan Lot 2132 dan memberi keutamaan untuk kediaman, oleh itu ia adalah sesuai dengan pembangunan bercampur yang dicadangkan yang terdiri daripada komponen komersil dan kediaman.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. II

EIA for the Proposed Mixed Development on Lot 368 Section U15, PT50037 (Part of Previous Lot 360) Section U16, Lot 2132 Section U17, Mukim Sungai Buloh and Lot 2685 Section U15, Mukim Bukit Raja, District of Petaling, Selangor Darul Ehsan

Gambarajah A: Lokasi Tapak Projek

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. III

EIA for the Proposed Mixed Development on Lot 368 Section U15, PT50037 (Part of Previous Lot 360) Section U16, Lot 2132 Section U17, Mukim Sungai Buloh and Lot 2685 Section U15, Mukim Bukit Raja, District of Petaling, Selangor Darul Ehsan

Gambarajah B: Keadaan Semasa Tapak Projek

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD.

EIA for the Proposed Mixed Development on Lot 368 Section U15, PT50037 (Part of Previous Lot 360) Section U16, Lot 2132 Section U17, Mukim Sungai Buloh and Lot 2685 Section U15, Mukim Bukit Raja, District of Petaling, Selangor Darul Ehsan

Pihak yang terlibat dalam pembangunan ini:-

i. Pemilik Tanah: SIME DARBY ELMINA DEVELOPMENT SDN. BHD. 10TH Floor, Block G, No.2, Jalan PJU 1A/7A, PJU 1A, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel.: 603-7849 5000; Fax.: 603-7849 5692

dan

SANGUINE () SDN. BHD. 4Th Floor, Wisma Consplant 1, No. 2, Jalan Ss 16/4, Subang Jaya, 47500 Selangor Darul Ehsan.

ii. Pemaju:

SIME DARBY ELMINA DEVELOPMENT SDN. BHD. 10TH Floor, Block G, No.2, Jalan PJU 1A/7A, Ara Damansara PJU 1A, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel.: 603-7849 5000; Fax.: 603-7849 5692 Attn : Mr.Appollo Leong Yong Kuan (Pemangku Ketua Perbandaran)

iii. Perunding Perancang dan Perancang Bandar:

AJC PLANNING CONSULTANTS SDN. BHD. (573126-H) 5, Jalan Semangat, 1 st Floor, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel.: 603-7956 8999; Fax: 603- 7956 9320 Attn.: Mr.Ahmad Jefri Clyde (Perunding Perancang)

Hassell Podium Level, Central Park 152-158 St Georges Terrace Perth Western Australia 6000 Tel.: +61 8 6477 6000; Fax: +61 8 9322 2330 Attn.: Mr.Chris Melsom (Pengarah)

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. V

EIA for the Proposed Mixed Development on Lot 368 Section U15, PT50037 (Part of Previous Lot 360) Section U16, Lot 2132 Section U17, Mukim Sungai Buloh and Lot 2685 Section U15, Mukim Bukit Raja, District of Petaling, Selangor Darul Ehsan

iv. Perunding EIA Europasia Engineering Services Sdn. Bhd. (239233-K) No. 63A-2 & 65-2, Petaling Utama Avenue, Jalan PJS1/50,Taman Petaling Utama, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel. : 03-7783 3639/40; Fax. : 03-7784 3200 U/p. : Ms. Geetha P. Kumaran (C0020) (Ketua Kajian EIA)

v. Jurutera Awam dan Struktur

RANHILL BERSEKUTU SDN. BHD. Level 12, Wisma Perkeso No.155, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur No. Tel: 03-2687 0220; No. Fax: 03-2687 0345 Attn.: Ir. Fan Kok Meng (Timbalan Pengarah)

vi. Juru Ukur JURUKUR RESOURCES SDN. BHD. No. 50-2, Jalan PJU 5/20D, The Strand, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel.: 03-6142 7371; Fax.: 03-6142 7372 Attn.: Sr.Shahrezal Bin Zainuddin

vii. Makmal Akreditasi PERMULAB SDN. BHD. (SAMM No.: 127) No. 38, Jalan SS 22/25, , 47400 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Tel.: 03 - 7710 7913 Fax: 03 - 7710 5379 Attn.: Mr. Lam Kah Chen

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. VI

EIA for the Proposed Mixed Development on Lot 368 Section U15, PT50037 (Part of Previous Lot 360) Section U16, Lot 2132 Section U17, Mukim Sungai Buloh and Lot 2685 Section U15, Mukim Bukit Raja, District of Petaling, Selangor Darul Ehsan

II. Alam Persekitaran Sediada Persekitaran Fizikal a. Topografi • Berdasarkan pada pelan ukur, cadangan Tapak Projek ini terdiri daripada permukaan beralun dengan purata ketinggian dari RL20m hingga RL60m dari min paras air laut. • Kawasan tertinggi (kira-kira RL 128.49m) berada pada cerun bukit di bahagian sempadan barat Tapak Projek manakala kawasan terendah (kira-kira RL 12.54m) berada di dalam lembah cawangan Sg. Buloh yang terletak di bahagian barat laut Tapak Projek. • Permukaan tapak projek mencerun dari kawasan tinggi di bahagian barat ke arah lembah anak sungai Sg.Buloh dan Sg.Subang di sebelah utara dan selatan tapak projek. • Analisis Pelan “Construction Suitability“ di tapak adalah seperti berikut:

Kelas Perkara Kawasan Peratus (%) Ekar (ek) I Sesuai untuk Pembangunan 64.23 1,790.18 II Sesuai untuk Pembangunan 34.21 953.49 III Sesuai untuk Pembangunan (beserta 1.56 43.47 perincian keadaan geoteknikal dan geologi) Total 100 2,787.14 b. Saliran • Tapak Projek berada di dalam lembangan Sg. Buloh dan Sg.Kelang. Kesemuanya terdapat dua (2) takat pengambilan air di dalam kawasan tadahan air Sg. Buloh dan lapan (8) takat pengambilan air di dalam kawasan tadahan air Sg. Kelang dan tiada diantaranya terletak di hilir daripada Tapak Projek. • Air larian permukaan di bahagian utara Tapak Projek disaliri oleh dua anak sungai Sg.Buloh berasal dari pembangunan Saujana Utama di sempadan barat tapak projek dan mengalir ke arah utara untuk dilepaskan ke Sg.Buloh berhampiran dengan Taman Desa Moccis. • Satu lagi anak sungai Sg.Buloh berasal daripada kawasan tinggi di sebelah barat tapak projek dimana iannya mengalir ke arah barat laut dan dilepaskan di Sg.Buloh berhampiran dengan Kg.Kubu Gajah Dalam. • Terdapat aliran utama menyeberangi bahagian tengah tapak projek yang dikenali sebagai Sg.Subang yang berasal dari kawasan tadahan Tasik Subang. • Bahagian tenggara tapak perojek disaliri oleh Sg.Pelampas. Walaubagaimanapun, anak sungai Sg.Pelampas ini kelihatan di takung disebabkan oleh kerja tanah yang telah diubahsuai di kawasan pembangunan Denai Alam yang terletak bersebelahan dengan Tapak Projek. • Kira kira 47%, 44.4% dan 8.6% daripada kawasan tadahan tapak projek yang mengalir ke Sg.Buloh, Sg. Subang, dan Sg.Pelampas masing-masing.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. VII

EIA for the Proposed Mixed Development on Lot 368 Section U15, PT50037 (Part of Previous Lot 360) Section U16, Lot 2132 Section U17, Mukim Sungai Buloh and Lot 2685 Section U15, Mukim Bukit Raja, District of Petaling, Selangor Darul Ehsan c. Aspek Geologi dan Tanah • Hampir keseluruhan tapak projek terletak di dalam Formasi Kenny Hill kecuali bahagian barat laut yang terletak di atas tanah separa liat dan deposit kelodak yang tidak kukuh dan separa kukuh dan dikenali sebagai Formasi Gula. • Di kawasan tanah rendah, tanah di Formasi Kenny Hill dilindungi oleh tanah alluvium terutama yang berada di kawasan berhampiran sungai (Sg.Subang) • Berdasarkan kajian penyiasatan tanah yang dijalankan oleh Subsurface Engineering Sdn. Bhd. dibawah pemantauan jurutera perunding, Ranhill Consulting Sdn Bhd, sejumlah empat puluh enam (46) lubang gerudi iaitu BH1 hingga BH46 telah dicadangkan di PT 50037, Lot 368, Lot 2132 di Mukim Sungai Buloh, sementara terdapat sejumlah dua puluh sembilan (29) lubang gerudi iaitu BH BS1 hingga BH BS 29 di cadangkan di Lot 2685, Mukim Bukit Raja telah digerudi. • Daripada profil log lubang gerudi, permukaan bawah tanah di tapak adalah terdiri daripada tanah KELODAK berpasir dan tanah LIAT berpasir ( phyllite ), pasir ( schist ) dan kuarzit yang kebanyakkannya telah mengalami keadaan luluhawa yang sederhana. • Terdapat kemungkinan untuk menjalani proses letupan dikenalpasti di kawasan BH 4, BH 5, BH 8, BH11, BH13, BH18, BH23, BH30, BH36, BH43, BH44, BH BS28 dan BH BS 29. • Menurut Peta Tanah Semenanjung Malaysia (pindaan 2002), yang diterbitkan oleh Kementerian Pertanian Malaysia, sebahagian besar Tapak Projek adalah terletak dalam tanah jenis Asosiasi Tanah Sedang-Bungor- Munchong (di bahagian tengah tapak projek) dan Asosiasi Serdang-Kedah (di bahagian Selatan tapak projek) manakala di bahagian utara tapak projek terdapat tanah gambut di dataran Sg.Buloh dan di bahagian timur tapak projek terletak Telemong-Akob-Aluvium tempatan. • Walaubagaimanapun, berdasarkan penyiasatan tanah yang dijalankan, tidak terdapat sebarang kesan tanah gambut di bahagian utara tapak projek. • Dengan merujuk kepada Peta Hidrogeologi Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2008) yang diterbitkan oleh Jabatan Mineral and Geosains (JMG) Malaysia, keseluruhan tapak projek terletak di rejim akuifer yang berkeupayaan tinggi di rantau ini. d. Gunatanah • Kawasan pertanian adalah gunatanah yang utama dengan kawasan impak iaitu seluas 21,597.42 ekar atau (46.56% kawasan impak). Tanaman utama ialah kelapa sawit dan hortikultur bercampur. • Kebanyakan kawasan perladangan diwakili oleh Estet Strathairlie, Estet Coalfields, Kemajuan Tanah Bukit Cherakah, Estet Bk .Darah, Estet Lam Bee, Estet Hup Seng, Estet Elmina, Estet Subang dan Estet Palaniappa. • Hortikultur bercampur ditanam dengan buah-buahan tempatan dan sayuran dan boleh dijumpai di sekitar kawasan kampung dan penempatan seperti Kg., Kt. Bt,Tempurong, Kg.Baru Sg.Pelong, Kg.Sg.Pelong, Kg.Merbau Sempak, Kg. Kubu Gajah, Kg.Merbau Sempak Tambahan, Kg. Tengah, Kg.Paya Jaras Hilir, Kg.Paya Jaras Dalam, Kg.Subang, Kg.Melayu Subang, Kg.Budiman dan Rizab Melayu Sg.Binjai. • Kawasan penempatan dan bukan pertanian terdiri daripada kawasan Bandar, kawasan rekreasi,

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. VIII

EIA for the Proposed Mixed Development on Lot 368 Section U15, PT50037 (Part of Previous Lot 360) Section U16, Lot 2132 Section U17, Mukim Sungai Buloh and Lot 2685 Section U15, Mukim Bukit Raja, District of Petaling, Selangor Darul Ehsan

lebuhraya/jalan utama, laluan talian kuasa TNB dan kuari & kawasan bekas kuari merupakan gunatanah yang kedua terbesar dengan kawasan impak seluas 13,090.15 ekar atau 28.22%. • Kawasan Bandar iaitu Taman Bukit Subang, Denai Alam, Bandar Saujana Utama, Mutiara Subang, Taman Desa Subang, Taman Puteri Subang, Taman Nusa Subang, Taman Subang Murni, Bandar Pinggiran Subang, Taman Subang Perdana, Sunway Kayangan, Kayangan Heights, Perdana Heights, Taman Sandara Permai, Taman Puncak Perdana, Cahaya SPK, Bandar Nusa Rhu, Alam Budiman, Taman Desa Coalfields, Taman Desa Moccis, Kg.Sri and dan Penjara Sungai merupakan penerima terdekat dengan tapak projek, meliputi 10,611.52 ekar atau 22.88% kawasan impak. • Kira-kira 2.96% daripada kawasan impak di liputi oleh jalan/ lebuhraya (iaitu Lebuhraya Guthrie Corridor, Jalan Kuala Selangor, Jalan , Jalan Sungai Buloh). • Laluan talian kuasa TNB terdiri daripada 792.27 ekar atau 1.71% daripada kawasan impak manakala kuari dan bekas kuari (2-3 km dari tapak) meliputi 127.28 ekar (0.27%) daripada kawasan impak. • Kawasan berhutan seperti kawasan padang rumput terbiar meliputi kira-kira 559.15 ekar (1.21% daripada jumlah kawasan impak). Hutan (iaitu Hutan Simpan Bukit Cherakah) meliputi kawasan seluas 6,862.33 ekar (14.79% daripada jumlah kawasan impak). Hutan sekunder meliputi kira-kira 421.14 ekar (0.91% daripada jumlah kawasan impak) • Gunatanah yang lain yang terdapat di tapak projek ialah kawasan yang baru dibuka (7.57%), badan air meliputi kira-kira 0.74% daripada kawasan impak. • Tapak projek merangkumi 5.8% daripada jumlah kawasan impak yang terdiri daripada pokok kelapa sawit. • Penerima terhampir bagi cadangan Projek ini ialah rumah-rumah di Taman Bukit Subang, Denai Alam, Kg.Merbak Tambahan dan Bandar Saujana Utama. Jarak dari rumah terdekat ke sempadan tapak projek ialah:  Taman Bukit Subang - 14m  Denai Alam - 16m  Kg.Merbak Tambahan - 18m  Bandar Saujana Utama – 88m

• Selain itu, terdapat pengeluar perabot sedia ada (Tick Keong Industries Sdn. Bhd.) di sebelah utara daripada sempadan projek dengan jarak lebih kurang 400m ke sempadan tapak projek. • Jarak terdekat dari gigi air ke kawasan cadangan kediaman terdekat di tapak projek adalah 242m manakala jarak terdekat ke kawasan cadangan komersil adalah di 440m. • Jarak terdekat dari struktur empangan di Empangan Tasik Subang ke sempadan cadangan komuniti berpagar adalah 573m dan ke sempadan komersil terdekat ialah 427m.

Gambarah yang menunjukkan jarak penerima terhampir sediaada adalah seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah C .

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. IX

EIA for the Proposed Mixed Development on Lot 368 Section U15, PT50037 (Part of Previous Lot 360) Section U16, Lot 2132 Section U17, Mukim Sungai Buloh and Lot 2685 Section U15, Mukim Bukit Raja, District of Petaling, Selangor Darul Ehsan

Gambarajah C: Jarak Penerima Terhampir dengan Tapak Projek

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. X

EIA for the Proposed Mixed Development on Lot 368 Section U15, PT50037 (Part of Previous Lot 360) Section U16, Lot 2132 Section U17, Mukim Sungai Buloh and Lot 2685 Section U15, Mukim Bukit Raja, District of Petaling, Selangor Darul Ehsan e. Kualiti Air • Penilaian kualiti air dasar projek dijalankan pada 16 hb Mei 2013 (untuk sampel W1 hingga W11) dan pada 30hb September 2013 (untuk sampel W12 hingga W15) yang mewakili dua sesi iaitu pagi dan petang. Persempelan dan analisis dilaksanakan oleh makmal akreditasi JSM i.e., Permulab Sdn. Bhd. • Kualiti air yang diambil diringkaskan dalam Indeks Kualiti Air (WQI) seperti yang dijadualkan dalam Jadual B. Berdasarkan pada indeks WQI, menunjukkan kesemua sampel termasuk dalam Kelas I, II, III dan IV Piawaian Kualiti Air Negara. • Secara dasarnya, kualiti air adalah bersih dan boleh diterima untuk rekreasi kecuali di Sg. Buloh dan hulu anak Sg. Subang di Taman Bukit Subang dimana rawatan intensif diperlukan, dan digunakan untuk tujuan perikanan dan pengairan sahaja.

Jadual B: Keputusan Penilaian Indeks Kualiti Air.

Lokasi Lokasi Penerangan WQI Persempelan Pagi Petang

03°10'06.1"N, Mewakili hulu anak Sg. Subang di bahagian 86 84 W 1 101°30'15.0"E selatan tapak projek (Pembangunan Denai Alam ) (Kelas II) (Kelas II) 03°10'27.2"N, Mewakili hulu anak Sg. Subang di bahagian 47 47 W 2 101°30'59.6"E selatan tapak projek (Taman Bukit Subang) (Kelas IV) (Kelas IV) 03°10'23.13"N, Mewakili hulu Sg. Subang di tapak projek di 80 82 W 3 101°29'57.30"E bahagian barat daya. (Kelas II) (Kelas II) 03°10'48.4"N, Mewakili hilir Sg. Subang di Guthrie Corridor 87 83 W 4 101°31'04.2"E Highway (Kelas II) (Kelas II) 03°11'9.31"N, Mewakili hulu anak Sg. Buloh di tapak projek di 88 86 W 5 101°29'35.2"E bahagian barat. (Kelas II) (Kelas II) W 6 03°11'52.6"N, Mewakili hulu anak Sg. Buloh terletak berdekatan 85 85 101°30'27.0"E dengan tol GCE. (Kelas II) (Kelas II) W 7 03°12'15.9"N, Mewakili hulu anak Sg. Buloh terletak berdekatan 77 77 101°29'34.0"E dengan Bandar Saujana Utama. (Kelas II) (Kelas II) W 8 03°12'48.0"N, Mewakili hilir anak Sg. Buloh terletak disepanjang 77 75 101°29'54.7"E sempadan utara di tapak projek. (Kelas II) (Kelas III) W 9 03°11'47.2"N, Mewakili hulu Sg. Buloh. 68 72 101°30'57.5"E (Kelas III) (Kelas III) W 10 03°12'37.5"N, Mewakili bagahian tengah Sg. Buloh. 70 70 101°30'54.5"E (Kelas III) (Kelas III) W 11 03°13'13.0"N, Mewakili hilir Sg. Buloh. 68 68 101°29'34.4"E (Kelas III) (Kelas III) W 12 03°09'37.4"N, Mewakili hulu Sg. Subang. 92 94 101°29'32.0"E (Kelas II) (Kelas I) W 13 03°10'10.8"N, Mewakili hulu Sg. Subang. 95 82 101°29'47.2"E (Kelas I) (Kelas II) W 14 03°9'10.0"N, Mewakili hulu Sg. Pelampas. 86 86 101°30'13.5"E (Kelas II) (Kelas II)

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. XI

EIA for the Proposed Mixed Development on Lot 368 Section U15, PT50037 (Part of Previous Lot 360) Section U16, Lot 2132 Section U17, Mukim Sungai Buloh and Lot 2685 Section U15, Mukim Bukit Raja, District of Petaling, Selangor Darul Ehsan

Bersambung..

Lokasi Lokasi Penerangan WQI Persempelan Pagi Petang

W 15 03°09'16.9"N, Mewakili hilir Sg. Pelampas. 92 91 101°31'22.4"E (Kelas II) (Kelas II) Sumber: Europasia Engineering Services Sdn. Bhd., 2013 Klasifikasi berdasarkan pada “National Water Quality Standards (NWQS ) for Malaysia”.

f. Kualiti Udara • Penilaian kualiti udara dijalankan dari 16hb hingga 18hb Mei 2013 (A1N1 hingga A4N4) dan 30hb September hingga 1hb Oktober 2013 (A5N5 hingga A6N6) di enam (6) kawasan persampelan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual C. • Kualiti udara di tapak Projek dan kawasan persekitaran dianggap sebagai memuaskan memandangkan keenam-enam parameter terletak dalam julat yang dibenarkan oleh Cadangan Garis Panduan Kualiti Udara Malaysia.

Jadual C: Penerangan Stesen Pensampelan Pemantauan Udara

Lokasi Lokasi Penerangan Pensampelan o 03 10’32.6’N, Terletak di Taman Bukit Subang 101 o 30’45.4’E Penyumbang sekeliling: Point A1 o • Sekolah dan taman permainan kanak-kanak Point N1 03 10’32.2’N, 101 o 30’51.4’E • Akitiviti manusia di Taman Bukit Subang o 03 11’49.8’N, Terletak di Kg. Kubu Gajah 101 o 30’27.6’E Penyumbang sekeliling: Point A2 o • Pergerakan kenderaan di sepanjang Guthrie Corridor Point N2 03 11’45.8’N, o Highway (GCE) 101 30’27.6’E • Aktiviti penduduk setempat o 03 12’52.9’N, Terletak di Kg. Merbau 101 o31’24.3’E Penyumbang sekeliling: Point A3 o • Pergerakan kenderaan di sepanjang Guthrie Corridor 03 12’52.2’N, Point N3 Highway (GCE) o 101 30’24.4’E • Aktiviti manusia di Kg. Merbau

o Point A4 03 12’14.4’N, Terletak di Bandar Saujana Utama 101 o 29’33.8’E Penyumbang sekeliling: o Point N4 03 12’14.8’N, • Aktiviti manusia di Bandar Saujana Utama 101 o 29’33.6’E • Pergerakan kenderaan di kawasan perumahan o Point A5 03 09’24.0’N, Terletak di sempadan timur tapak projek di Denai Alam 101 o 30’33.4’E Penyumbang sekeliling: o Point N5 03 09’24.4’N, • Aktiviti manusia di Denai Alam 101 o 30’33.2’E • Pergerakan kenderaan di kawasan perumahan

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. XII

EIA for the Proposed Mixed Development on Lot 368 Section U15, PT50037 (Part of Previous Lot 360) Section U16, Lot 2132 Section U17, Mukim Sungai Buloh and Lot 2685 Section U15, Mukim Bukit Raja, District of Petaling, Selangor Darul Ehsan

Bersambung..

Lokasi Lokasi Penerangan Pensampelan o Point A6 03 08’46.6’N, Terletak di sempadan tenggara tapak projek di Cahaya SPK 101 o 30’21.4’E Penyumbang sekeliling: • Aktiviti manusia di Cahaya SPK o Point N6 03 08’46.6’N, • Pergerakan kenderaan di kawasan perumahan 101 o 30’20.0’E

Sumber: Europasia Engineering Services Sdn. Bhd, 2013

g. Aras Bunyi • Tahap bunyi bising di kawasan persampelan N1, N2, N3, N4, N5 dan N6 (lokasi yang sama dengan pengawasan kualiti udara) dijalankan dari 7:00 pagi hingga 10:00 petang bagi sesi waktu siang dan pada pukul 10:00 petang hingga 7:00 pagi bagi sesi waktu malam. • Keputusan analisis menunjukkan paras bunyi di Point N4 (kedua-dua sesi), N5 dan N6 (sesi pagi) adalah sedikit tinggi iaitu 1-2 dB dari paras yang direkomendasi. Ini mungkin disebabkan oleh pergerakan kenderaan disepanjang jalan berdekatan dengan kawasan perumahan dan aktiviti manusia di lokasi persampelan.

Persekitaran Biologi • Persekitaran biologi di tapak projek ialah terhad kepada komposisi flora dan fauna si kawasan estet di Semenanjung Malaysia. • Terdapat Kawasan Sensitif Alam Sekitar yang berada dalam lingkungan tapak projek seperti dibawah: A. Empangan Tasik Subang – terletak di bahagian barat tapak projek. Ianya merupakan takungan air semulajadi yang masih dilitupi dengan tumbuhan sekunder. Spesies pokok-pokok Dipterokap dan bukan Dipterokap mendominasi di kawasan ini. B. Taman Botani Negeri Shah Alam – merupakan sebuah kawasan hutan yang menggabungkan tanaman dengan taman botani. Ianya terletak kira-kira 3.5 km dibahgaian selatan tapak projek. • Vegetasi utama di kawasan ini ialah kelapa sawit (Elaeis guineensis) yang meliputi keseluruhan tapak projek. Pokok kelapa sawit di tapak projek terdiri dari pokok-pokok matang (ditanam pada 2005 dan 2006) hingga tanaman tua (ditanam pada 1986 hingga 1996). • Komposisi fauna di tapak projek menerima kesan daripada aktiviti yang dijalankan di dalam kawasan kajian dan aktiviti disekeliling tapak projek (iaitu Bandar Saujana Utama, Taman Bukit Subang, Kg. Merbau Sempak, Guthrie Corridor Expressway, etc) yang mana tidak sesuai sebagai habitat untuk hidupan liar. • Pembersihan tumbuhan semulajadi diikuti dengan penanaman intensif pokok kelapa sawit ( Elaeis guineensis) telah memberi kesan pada spesis fauna dari segi komposisi dan kepadatan populasi. • Tiada mamalia besar telah dicatatkan di kawasan estet kecuali kambing, lembu dan kerbau.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. XIII

EIA for the Proposed Mixed Development on Lot 368 Section U15, PT50037 (Part of Previous Lot 360) Section U16, Lot 2132 Section U17, Mukim Sungai Buloh and Lot 2685 Section U15, Mukim Bukit Raja, District of Petaling, Selangor Darul Ehsan

• Berdasarkan temubual dengan penyelia dan pekerja estet, monyet seperti Langur dan Macaques turut dijumpai di tapak projek yang datangnya dari Empangan Tasik subang dan Hutan Simpan Bukit Cerakah.

Persekitaran Sosio-ekonomi • Berdasarkan banci terakhir pada tahun 2010, jumlah penduduk di Mukim Sg. Buloh dan Mukim Bukit Raja adalah masing-masing sebanyak 466,163 orang dan 117,869 orang (jumlah 564,032 orang). • Jumlah populasi Mukim Sungai Buloh dan Mukim Bukit Raja telah direkodkan sebanyak 564,302 orang. Oleh itu, dijangka pembangunan yang dicadangkan ini akan memberi peningkatan sebanyak 36% ke atas unjuran jumlah populasi untuk kedua-dua mukim setelah beroperasi sepenuhnya. • Bagi pembangunan yang dicadangkan ini, pelbagai aktiviti sosio-ekonomi dapat dilihat dalam tapak projek yang dicadangkan serta penempatan manusia. • Terdapat beberapa struktur sedia ada di dalam Tapak Projek ini iaitu di Lot 2132 dan PT50037 yang terdiri daripada Pejabat, Bengkel, kedai, Klinik Elmina, banglo, rumah kakitangan, kuil, surau, gereja dan rumah pekerja. Pada masa persediaan laporan EIA, pemaju telah memulakan strategi penempatan semula dan pampasan kepada pihak-pihak yang terlibat seperti pekerja dan bangunan-bangunan agama. • Satu Penilaian Kesan Sosial (SIA) telah dijalankan oleh PEERS Consult Sdn. Bhd, dari 12hb hingga 19hb September 2013. Kajian ini telah dijalankan bukan sahaja untuk menilai impak sosial terhadap komuniti tetapi juga untuk memenuhi keperluan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). • Pada masa ini, terdapat 134 populasi manusia dalam tapak Projek yang terdiri daripada pegawai eksekutif, pegawai pentadbiran, Pekerja Estet dan bekas pekerja. • Terdapat sejumlah 111 unit struktur yang sedia ada di tapak Projek yang termasuk pejabat pengurusan, bengkel, kedai runcit, klinik, kuil hindu, masjid, gereja, banglo pegawai eksekutif, kuarters kakitangan pentadbiran dan harta pekerja. • Hasil kajian SIA ini diekstrak dan dimasukkan ke dalam kajian EIA.

III. Konsep Cadangan Pembangunan

• Pembangunan yang dicadangkan dibahagikan kepada 2 fasa pembangunan iaitu, Fasa 1 (1,795.42 ekar) dan Pembangunan Akan Datang (991.99 ekar) dengan jumlah 2,787.41 ekar tanah. • Berdasarkan kepada komponen pembangunan yang dicadangkan dalam Fasa 1, peruntukan bagi infrastruktur merupakan jenis guna tanah utama yang menyumbang kepada 43.66% daripada jumlah kawasan yang akan dimajukan (iaitu 728.92 ekar), diikuti dengan pembangunan kediaman, kawasan terbuka, komersial, institusi dan kemudahan. • Jenis guna tanah utama untuk Pembangunan Akan Datang akan menjadi pembangunan kediaman dengan 481,26 ekar atau 48.51%, diikuti oleh kawasan komersil, infrastruktur, tanah pertanian, dan kawasan terbuka. • Komponen Kediaman merangkumi 25.85% daripada jumlah kawasan Fasa 1 iaitu, kira-kira 431.51 ekar

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. XIV

EIA for the Proposed Mixed Development on Lot 368 Section U15, PT50037 (Part of Previous Lot 360) Section U16, Lot 2132 Section U17, Mukim Sungai Buloh and Lot 2685 Section U15, Mukim Bukit Raja, District of Petaling, Selangor Darul Ehsan

untuk 16,914 unit. • Dalam Fasa 1, terdapat lima (5) jenis rumah yang dicadangkan untuk dibina di Tapak Projek iaitu rumah teres, rumah berkembar, rumah bandar, perumahan komuniti berpagar dan pangsapuri. • Komponen Kediaman membentuk 48.51% daripada jumlah kawasan Pembangunan Akan Datang, iaitu, kira-kira 481.26 ekar atau 4,238 unit. Adalah dicadangkan plot Pembangunan Bercampur akan terdiri daripada rumah teres, banglo, komuniti berpagar, rumah bandar, dan kondominium mewah dibina di kawasan Pembangunan Akan Datang di Zon 2A, 2B dan sebahagian daripada Zon 2C . • Sektor komersial adalah 5.80% (iaitu 96.79 ekar) daripada pembangunan Fasa 1, terdiri daripada Kedai Pejabat 2 - tingkat, plot komersil, pembangunan bercampur, gerai, medan selera, stesen minyak, pusat komuniti swasta dan pasar. • Plot komersial dengan keluasan 145.10 ekar tanah dan pembangunan bercampur akan terletak di pintu masuk utama ke kawasan pembangunan yang dicadangkan di bahagian tengah kawasan Pembangunan Akan Datang. • Semua institusi dan kemudahan awam hendaklah dibina dalam kawasan Fasa 1. Jumlah kawasan penggunaan tanah untuk institusi dan kemudahan awam kemudahan di Pembangunan Elmina West adalah 95.21 ekar yang merangkumi 5.70% daripada kawasan Fasa 1. • Kemudahan awam yang akan disediakan dalam pembangunan ini merangkumi sekolah rendah, menengah dan integrasi, tadika, masjid, surau, dewan, balai polis, balai bomba dan pusat komuniti. • Sebanyak 728,92 ekar atau 43,66% daripada kawasan Fasa 1 telah menyediakan kemudahan infrastruktur dan utiliti dalam kawasan Fasa 1 iaitu kolam takungan air, rizab parit, pencawang elektrik, pencawang masuk utama, sistem pembetungan, tanah perkuburan, tangki air dan jalan. • Kolam takungan air meliputi jumlah kawasan 160.28 ekar (9.60%) tanah akan di naik taraf untuk kawasan rekreasi dan landskap di kawasan Fasa 1. • Di kawasan Pembangunan Akan Datang, sejumlah 153.18 ekar atau 15.44% telah diperuntukkan untuk infrastruktur kolam takungan, rizab parit, dan rizab jalan. • 89.58 ekar atau 9.03% daripada kawasan Pembangunan Akan Datang telah disediakan untuk tujuan tadahan air yang terletak di selatan tapak projek di Lot 2685. • Terdapat enam (6) jalan masuk utama ke pembangunan yang dicadangkan. Jalan masuk utama ini termasuk Guthrie Corridor Expressway (GCE), Persiaran Elektron, Persiaran Neutron and Persiaran Metafasa di bahagian timur, Jalan Kuala Selangor – Sg. Buloh (Federal Road 54) di bahagian utara dan Saujana Utama di bahagian barat laut. • Jalan tar merangkumi kira-kira 470.75 ekar tanah di kawasan Fasa 1 dan 53.08 ekar di kawasan Pembangunan Akan Datang yang juga termasuk pembinaan kawasan tempat letak kereta. • Selain daripada kawasan pembangunan dengan built up unit , terdapat juga peruntukan untuk kawasan lapang, zon penampan dan taman bandar. • 207.23 ekar di kawasan Fasa 1 dan 11.10 ekar di kawasan Pembangunan Akan Datang telah dirancang untuk pembinaan kawasan lapan di pembangunan Elmina West.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. XV

EIA for the Proposed Mixed Development on Lot 368 Section U15, PT50037 (Part of Previous Lot 360) Section U16, Lot 2132 Section U17, Mukim Sungai Buloh and Lot 2685 Section U15, Mukim Bukit Raja, District of Petaling, Selangor Darul Ehsan

• Taman Bandar seluas 45.09 ekar di Fasa 1 diperuntukkan di sepanjang kolam tadahan selari dengan cadangan rizab Sg.Subang. • Peruntukan untuk kawasan lapang yang juga dikenali sebagai Green and Blue Network akan menekankan hubungan antara manusia dan dua unsur semula jadi iaitu tumbuhan dan air. • Untuk menekankan konsep Park Haven, bandar Elmina West boleh disambungkan kepada rangkaian hijau di sekitar tapak pembangunan. • Reka bentuk pembangunan Elmina West bertujuan adalah untuk memaksimumkan nilai dan penggunaan kawasan hijau untuk mewujudkan persekitaran yang positif dan kesihatan penduduk, sekali gus menekankan penetapan Elmina Barat sebagai Wellness City . • Terdapat juga peruntukan untuk plot pertanian dengan jumlah kawasan 152.58 ekar atau 15.38% daripada kawasan Fasa 1 di bahagian selatan tapak projek yang dicadangkan untuk pembangunan Akan Datang. • Zon penampan yang mencukupi hendaklah diperuntukkan kerana tapak pembangunan yang dicadangkan adalah berdekatan dengan Empangan Tasik Subang dan Hutan Simpan Bukit Cherakah. Mereka ialah: o Majlis Keselamatan Negara (MKN) memerlukan 100meter daripada struktur empangan kepada pembangunan yang terdekat. o Sebanyak 26.14 ekar tanah diperuntukkan sebagai kawasan tadahan air Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) o 20 meter jalur penampan disediakan di sepanjang sempadan barat tapak projek bersebelahan dengan Hutan Simpan Bukit Cherakah seperti yang diperlukan oleh Pejabat Daerah Hutan Hulu Selangor.

• Keperluan kuatitatif kemudahan infrastruktur asas dan jumlah sisa terjana oleh jangkaan populasi setara (PE) 195,000 orang dirumuskan dalam Jadual D.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. XVI

EIA for the Proposed Mixed Development on Lot 368 Section U15, PT50037 (Part of Previous Lot 360) Section U16, Lot 2132 Section U17, Mukim Sungai Buloh and Lot 2685 Section U15, Mukim Bukit Raja, District of Petaling, Selangor Darul Ehsan

Jadual D: Anggaran Permintaan Utiliti dan Sisa Terjana Semasa Fasa Operasi Projek

Sektor Anggaran Penerangan Permintaan/Sisa Harian Permintaan • 2 unit Pencawang Masuk Utama (PMU) dan 4 Pencawang Pengagih Elektrik maksimum elektrik Utama (PPU) serta 30 unit Pencawang Eletrik (PE) diperuntukan 182,453 KVA untuk menampung keperluan elektrik cadangan projek. • Sumber bekalan air ialah dari Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). Air 14,000,000 gal/hari • Air yang dirawat hendaklah disimpan di dalam tangki air yang terletak di bahagian barat pembangunan sebelum diagihkan kepada keseluruhan kawasan pembangunan. • Terdapat 4 buah pam stesyen di cadangkan untuk mengepam air Sisa 43.875 ML/hari kumbahan ke pembetung terdekat sebelum dialirkan ke Loji rawatan Kumbahan kumbahan. • Kumbahan dari kawasan ini akan dialirkan ke 16.15 ekar Loji rawatan Kumbahan yang dicadangkan terletak di bahagian timur tapak pembangunan melalui aliran graviti sebelum dilepaskan ke Sg. Subang. • Pengutipan dan pelupusan sisa pepejal sewaktu fasa operasi adalah Sisa Pepejal 195,000 kg/hari di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam. Sumber: Europasia Engineering Services Sdn. Bhd., 2013

Pembangunan yang dicadangkan di tapak projek akan dibahagikan kepada tujuh (7) zon pembangunan utama iaitu Zon 1A, Zon 1B, Zon 1C, Zon 1D, Zon 2A, Zon 2B dan Zon 2C yang akan dibangunkan dalam masa kira-kira 26 tahun iaitu dari pertengahan 2015 (pembersihan tapak) hingga pertengahan 2040 (selesai kerja-kerja pembangunan).

Aktiviti kerja tanah akan dibahagikan kepada 7 zon mengikut zon pembangunan iaitu Zon 1A hingga Zon 2C yang dijangka akan siap dalam tempoh 13 tahun. Pembersihan tapak dan kerja tanah dijangka akan dijalankan pada pertengahan tahun 2015 dan dijangka siap pada pertengahan tahun 2027. Kerja tanah di setiap fasa akan bermula apabila pembersihan tapak di kawasan tertentu Tapak Projek telah selesai. Pembinaan bangunan utama akan bermula pada awal tahun 2016 dan dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan 2040. Jadual pembangunan mungkin berbeza disebabkan oleh jualan melancarkan peringkat dan kerja-kerja pembinaan sebenar adalah tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa itu.

IV. Impak-impak Alam Sekitar yang Signifikan

Isu-isu alam sekitar yang utama berhubung dengan aktiviti-aktiviti semasa pelapangan tapak, pembinaan dan fasa operasi. Impak-impak yang utama beserta dengan cadangan langkah-langkah kawalan diringkaskan dalam Jadual E.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. XVII

EIA for the Proposed Mixed Development on Lot 368 Section U15, PT50037 (Part of Previous Lot 360) Section U16, Lot 2132 Section U17, Mukim Sungai Buloh and Lot 2685 Section U15, Mukim Bukit Raja, District of Petaling, Selangor Darul Ehsan

V. Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP)

Selain daripada mencadangkan langkah-langkah kawalan, laporan ini juga menekankan formulasi dan perlaksanaan pelan pengurusan alam sekitar (EMP). Pelan ini perlu dianggotai pihak Pemaju, jurutera perunding, kontraktor dan perunding alam sekitar. Rancangan pengurusan dan program pengawasan yang dicadangkan untuk Projek ini di peringkat pembinaan dan operasi adalah seperti berikut: • Program pengawasan, latihan dan penyelenggaraan berkaitan struktur kawalan pencemaran; • Perlaksanaan langkah-langkah kawalan di tapak; • Perancangan kemajuan kerja di tapak; • Penyediaan langkah keselamatan berserta dengan langkah kecemasan; • Perlaksanaan rancangan pengurusan trafik yang telah di dokumentasi untuk memastikan keselamatan di tapak; • Pengawasan kualiti air, udara dan bunyi bising untuk menilai keberkesanan perlaksanaan langkah mitigasi yang telah dicadangkan. • Penilaian kualiti air, udara dan bunyi bising di kawasan tapak dan analisis makmal dilakukan oleh makmal yang mendapat kelulusan Jabatan Piawaian (Standard) Malaysia.

VI. Kesimpulan

Cadangan Pembangunan ini akan dibangunkan di Lot 368 Seksyen U15, , PT50037 (Sebahagian Lot Lama 360) Seksyen U16, Lot 2132 Seksyen U17, Mukim Sungai Buloh and Lot 2685 Seksyen U15, Mukim Bukit Raja, District of Petaling, Selangor Darul Ehsan . Luas Fasa 1 projek ini adalah 1,795.42 acres (726.58 ha) manakala jumlah tapak projek ialah 2,787.41 acres (1,128.03 ha). Projek ini akan dibangunkan oleh Sime Darby Elmina Development Sdn. Bhd .Lokaliti tapak Projek ini adalah di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Dalam menilai integrasi cadangan Projek dengan persekitaran sediada tapak projek, masalah utama yang dijangka dari segi persekitaran fizikal ialah kesan hakisan tanah (pencemaran air, udara dan bunyi) ke atas persekitaran fizikal dan kesan kepada masyarakat sendiri sewaktu fasa kerjatanah dan fasa pembinaan. Sebahagian persekitaran biologi akan hilang sewaktu kerja pelapangan dan aktiviti pembinaan. Walaubagaimanapun, impak-impak yang dihasilkan oleh projek boleh dikurangkan dengan memperkenalkan berbagai langkah-langkah tebatan yang praktik dan kos efektif seperti yang dicadangkan dalam laporan ini. Kejayaan intergrasi cadangan pembangunan dengan persekitaran kawasan pembangunan akan menyumbang ke arah penerimaan sosial cadangan projek pembangunan ini. Dengan memasukkan konsep kesedaran terhadap alam sekitar dalam perancangan, pembangunan lestari boleh dicapai dan manfaat sosial ekonomi daripada Projek dapat mengimbangi impak-impak negatif.

EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. XVIII