PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK (ALUMNI PTD)

LAPORAN TAHUNAN Bagi Tahun Berakhir 2014

Mesyuarat Agung Tahunan Ke-25 Rabu, 27 Mei 2015, 3:00 Petang Kelab Golf Perkhidmatan Awam

Notis Mesyuarat Agung Tahunan Ke-25 ms 3 - 5

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke-24 ms 7 - 13

Perutusan Presiden ms 15

Jawatankuasa Kerja ms 17

Pengurusan & Alamat Perhubungan ms 18

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja ms 19

Keahlian ms 20 - 21

Pindaan Perlembagaan ms 22

Ulang Tahun Jubli Alumni PTD ms 23 - 28

Sukan Golf ms 29

Majlis Tahlil & Berbuka Puasa dan Majlis Hari Raya Aidil Fitri 20 ms 30

Majlis Penghargaan Presiden ms 31

Persidangan Pegawai Daerah ms 32

Buletin ms 33

Laporan Kewangan Tahun Berakhir 31 Disember 2014 ms 35 - 40

PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK The Administrative and Diplomatic Officers' Alumni Association (ALUMNI PTD)

Bilangan Pendaftaran: PPM-003-14-19041989

2

NOTIS MESYUARAT AGONG TAHUNAN KE-25

PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK The Administrative and Diplomatic Officers' Alumni Association ( ALUMNI PTD )

Rujukan: PTDA.01/03 6 Mei 2015

KEPADA SEMUA AHLI ALUMNI PTD

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG KE-25

Adalah saya dengan hormatnya memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan yang Ke-25, Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD) akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 27 Mei 2015, Hari Rabu

Jam : 3.00 petang

Tempat : Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA), Bukit Kiara, Off Jalan Damansara, 50768 Kuala Lumpur.

AGENDA

i. Memilih dua (2) orang Setiausaha Mesyuarat;

ii. Ucapan Dasar Presiden;

iii. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-24 yang telah diadakan pada 16 Jun 2014;

iv. Menerima Laporan Jawatankuasa Kerja mengenai aktiviti-aktiviti bagi Tahun 2014;

v. Menerima dan meluluskan Penyata Kira-Kira Tahun 2014 yang telah diaudit;

vi. Memilih ahli-ahli Jawatankuasa Kerja dua (2) tahun sekali bagi Tempoh 2015 - 2017, seperti berikut:

1. Satu (1) orang Presiden 2. Satu (1) orang Timbalan Presiden 3. Dua (2) orang Naib Presiden 4. Tujuh (7) orang Ahli Jawatankuasa Kerja Biasa

vii. Memilih dua (2) orang Pemeriksa Kira-Kira dua (2) tahun sekali bagi Tempoh 2015 - 2017;

3

viii. Membincangkan usul-usul yang telah diterima oleh Urusetia sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum Mesyuarat Agung dijalankan dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja, dan

ix. Ucapan Penangguhan.

Sekian harap maklum.

Yang benar.

DATU DR. MICHAEL D. LUNJEW Setiausaha Kehormat. 6 Mei, 2015

Nota:

Sila sahkan kehadiran melalui telefon kepada Puan Dewi Kartika Roslan (018-7112230 waktu Pejabat) atau Dato’ Azhar Abu Bakar (013-3374266) atau Datu Dr. Michael D. Lunjew (012-3071951) atau melaui e-mel: [email protected].

Proksi Mengikut peraturan Fasal 7. d), kehadiran dalam Mesyuarat Agung Tahunan boleh dilakukan sendiri atau secara proksi bertulis oleh ahli. Seorang ahli tidak boleh memegang lebih daripada satu (1) proksi.

Borang proksi adalah disertakan. Sila kembalikan borang proksi yang telah diisi kepada Setiausaha Kehormat di alamat seperti di Borang Proksi sebelum 17 Mei 2015.

4

BORANG PROKSI

PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK The Administrative and Diplomatic Officers' Alumni Association ( ALUMNI PTD )

BORANG PROKSI,

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG KE-25, ALUMNI PTD

Saya ______sebagai ahli Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik, dengan ini melantik:

______sebagai proksi saya untuk mengundi bagi pihak saya di Mesyuarat Agung Tahunan Ke-25.

______Tandatangan

Tarikh: ______

Nota:

Pembawa proksi perlulah menyerahkan borang proksi semasa mendaftar sebelum Mesyuarat bermula atau poskan supaya sampai kepada Setiausaha Kehormat seperti beralamat di atas sebelum 17 Mei 2015.

5

6

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-24

PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK (PTD ALUMNI)

MINIT MESYUARAT AGUNG YANG KE DUA PULUH EMPAT, PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK, YANG TELAH DIADAKAN PADA 16 JUN 2014, JAM 03:00 PETANG, BERTEMPAT DI KELAB GOLF PERKHIDMATAN AWAM, KUALA LUMPUR.

Yang Hadir:

1. Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid (180) 2. Datuk Dr. Abdullah Abdul Rahman (191) 3. Datu Dr. Michael D. Lunjew (414) 4. Dato’ Khalid Haji Ismail (145) 5. Datuk Merlyn Kasimir (327) 6. Puan Hajjah Ainon Haji Kuntom (363) 7. Datuk Wira Jahaya Mat (306) 8. Dato’ Abdul Majit Ahmad Khan (361) 9. Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh (390) 10. Puan Lee Meng Foon (505) 11. Tan Sri Dato' Sri Dr. Haji Mohd Nasir Mohd Ashraf (483) 12. Tuan Haji Azmil Mohd Daud KMN (64) 13. Dato' Azhar Abu Bakar (486) 14. Dato’ Ismail Wadin (462) 15. Dato’ Hj. Shaari Hj. Mohd Noor (275) 16. Dato’ Shaari Harun (516) 17. Tan Sri Mohd Sidek Hassan (494) 18. Hj.Shaari Mat Isa (324) 19. Dato’ Mohammad Radzi Salleh (236) 20. Datin Huzaimah Mohd Yusof (446) 21. Dato’ Abdullah Kassim (490) 22. Datuk Norminshah Sabirin (396) 23. Dato’ Ahmad Zabri Ibrahim (149) 24. Dato’ Dr. Zainul Bahrin Dato' Mohd Zain (217) 25. Tan Sri Dr. Zulkarnain Hj. Awang (468) 26. Datuk Mahat Bahari (423) 27. Dato’ Rommel Josef (127) 28. Datin Fauziah Mohd Ramly (371) 29. Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim (144) 30. Dato’ Kamaruddin Mahmood (137) 31. Mohd Halmi @ Hilmi Abdullah (333)

7

32. Datuk Ismail Adam (515) 33. Jaazah Jaafar (485) 34. Tuan Hj. Zainuddin Ahmad (491)

Proksi:

1. Tan Sri Datuk Dr. Hadenan Jalil (222) - Datu Dr. Michael D. Lunjew (414) 2. Tan Sri Mazidah Abdul Majid (412) - Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid (180) 3. Dato’ Haji Ayob Hj. Awang (296) – Tan Sri Dato; Sri Sallehuddin Mohamed 4. Dato’ Hamidin Abdullah (272) – Dato’ Azhar Abu Bakar (486) 5. Tan Sri. Hanafiah Hj.Ahmad (6) - Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid (180)

1. MELANTIK PENGERUSI MESYUARAT

1.1. Mesyuarat telah bersetuju dengan sebulat suara untuk melantik Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid sebagai Pengerusi Mesyuarat Agung Ke-24 di atas cadangan Datuk Ahmad Zabri Ibrahim dan sokongan Datuk Mahat Bahari.

2. MELANTIK SETIAUSAHA BERSAMA MESYUARAT

2.1. Mesyuarat telah bersetuju dengan sebulat suara bagi melantik Datu Dr. Michael D. Lunjew dan Dato' Azhar Abu Bakar sebagai Setiausaha Bersama Mesyuarat diatas cadangan Datuk Ahmad Zabri Ibrahim dan sokongan Datuk Mahat Bahari.

3. UCAPAN DASAR PRESIDEN

3.1. Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid, selaku Timbalan Presiden, telah menyampaikan salam takzim dan mohon maaf daripada Tan Sri Dato' Sri Sallehuddin Mohamed, Presiden, yang tidak dapat hadir bersama di saat-saat akhir atas sebab kecemasan keluarga. Tan Sri Nuraizah juga telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli yang hadir serta memaklumkan bahawa Mesyuarat pada petang ini telah mendapat korum yang mengcukupi sepertimana yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan.

3.2. Seterusnya, Tan Sri Nuraizah telah memaklumkan bahawa di sepanjang Tahun 2013, PTD Alumni telah berjaya melaksanakan berbagai aktiviti seperti terkandung dalam Buku Laporan Tahunan yang telah diedarkan.

8

3.3. Disamping itu, Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid telah menarik perhatian ahli- ahli Mesyuarat Agung kali ini dengan memaklumkan mengenai beberapa aktiviti utama PTD Alumni yang akan dilaksanakan pada pertengahan tahun 2014. Diantaranya, menganjurkan Pameran Mengenai Peranan dan Tanggungjawab pegawai PTD dalam pembangunan negara sejak daripada era sebelum kemerdekaan hingga kini. Pameran ini adalah berdasarkan kepada Buku PTD Alumni berjodol "At The Forefront of Nation Building: Perspectives from the Administrative and Diplomatic Service." Selain daripada Pameran Mini yang telah diadakan semasa Majlis Makan Malam Jubli Perak PTD Alumni pada 19 April 2014 lalu, bertempat di Mahkota Grand Ballroom, Hotel Istana Kuala Lumpur, satu Pameran akan diadakan di Galeri Petronas pada bulan Ogos dan September 2014, di Jabatan Arkib Negara pada bulan Disember 2014 dan, akhirnya, akan ditempatkan di Pustaka Perkhidmatan Awam di Putrajajaya. Pameran di Galeri Petronas dijangka akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri .

3.4. Selain daripada Pameran, PTD Alumni akan melaksanakan satu lagi aktiviti utama pada bulan September 2014 ini, iaitu, PTD Alumni International Conference 2014 bertajuk "Transformational Leadership in Malaysia" bertempat di Hotel Istana Kuala Lumpur. Bebarapa orang "Speakers" dari dalam dan luar negara telah dijemput dan diantara yang dijangka hadir ialah YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamed, Bekas Perdana Menteri Malaysia. Ahli-ahli PTD Alumni adalah dijemput untuk menghadiri Persidangan ini. Ahli-ahli akan dikecualikan yuran penyertaan.

3.5. Akhirnya, Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid, Timbalan Presiden dan selaku Pengerusi Mesyuarat telah memaklumkan bahawa satu cadangan Pindaan Perlembagaan PTD Alumni telah disediakan serta diperstujui oleh Jawatankuasa Kerja untuk dibentangkan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Yang Ke-24 hari ini.

4. MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG YANG KE 23

4.1. Mesyuarat telah bersetuju sebulat suara meluluskan Minit Mesyuarat Agung ke 23 tanpa sebarang pindaan di atas cadangan Datuk Ahmad Zabri Ibrahim dan disokong oleh Datuk Mahat Bahari.

5. MENERIMA DAN MELULUSKAN LAPORAN KEMAJUAN TAHUNAN

5.1. Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid telah membentangkan Laporan Kemajuan Tahunan 2013 sepertimana yang terkandung di muka surat 15 hingga muka surat 31. Tiada

9

soalan dikemukakan mengenai laporan tersebut. Seterusnya, Laporan Tahunan Bagi Tahun Berakhir Disember 2013, telah diterima serta diluluskan oleh Mesyuarat sebulat suara diatas cadangan Tan Sri Dr. Zulkarnain Hj. Awang dan sokongan oleh Dato’ Kamaruddin Mahmood.

6. MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KIRA-KIRA TAHUNAN 2013

6.1. Bendahari telah membentangkan Penyata Kira-Kira Tahunan 2013 sepertimana di muka surat 32 hingga 37. Penerimaan di sepanjang tempoh berkenaan adalah sebanyak RM736,211.17 berbanding sebanyak RM227,756.68 pada tempoh Tahun Kewangan 2012. Peningkatan Penerimaan yang ketara ini adalah kerana Perbendaharaan Malaysia telah menyumbang Bantuan Kewangan sebanyak RM500,000.00 untuk Persatuan melaksanakan aktiviti Pameran PTD Alumni.

6.2 Manakala, Pembayaran pula menunjukkan peningkatan dari RM250,544.22 pada Tahun 2012 kepada RM303,898.66 bagi tempoh sepanjang Tahun 2013. Keterangan lebih lanjut mengenai setiap Penerimaan dan Perbelanjaan adalah yang dinyatakan pada setiap Nota 1 hingga Nota 9.

6.3 Tan Sri Mohd Shariff Kassim telah memohon penjelasan sama ada peruntukan RM500,000.00 daripada Perbendaharaan Malaysia tersebut dikenakan apa-apa syarat perbelanjaan. Bendahari telah menjelaskan bahawa syarat yang telah dikenakan oleh Perbendaharaan Malaysia ialah PTD Alumni tidak dibenarkan menggunakan khidmat Juru Perunding untuk menyelaras perlaksanaan aktiviti Pameran tersebut dan satu penyata perbelanjaan hendaklah dikemukakan kepada Perbendaharaan Malaysia selepas tamat projek yang akan diaudit.

6.4 Datuk Ahmad Zabri Ibrahim meminta penjelasan mengenai keterangan perbelanjaan di Nota 7 menyatakan bahawa perbelanjaan untuk Dato' Ishak Haji Mohamad dikenakan Bayaran Penalty Tambahan sebanyak RM300.00. Bendahari telah menjelaskan bahawa bayaran tambahan RM300.00 ini dikenakan oleh pihak MAS kepada Dato' Ishak Haji Mohamad dan isteri beliau kerana berlaku pertukaran tarikh penerbangan balik. Bayaran penalty ini telah dibuat bayaran balik oleh Dato' Ishak Haji Mohamad.

6.5 Penyata Kira-Kira Tahunan 2013 telah diterima serta diluluskan oleh Mesyuarat dengan sebulat suara diatas cadangan Datuk Ahmad Zabri Ibrahim dan disokong oleh Dato’ Kamaruddin Mahmood.

10

7. MEMBINCANGKAN USUL-USUL YANG TELAH DITERIMA TERDAHULU

7.1. Satu usul yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja untuk kelulusan Mesyuarat adalah untuk menghapuskira Akaun Khairat yang berjumlah sebanyak RM2,400.00 yang lama tidak digunakan, sepertimana di Penyata 3 Laporan Kewangan Tahunan 2013. Akaun Khairat ini adalah merupakan sumbangan dari ahli-ahli untuk Tujuan Khas Khairat sahaja.

7.2 Setelah mendapat pandangan daripada beberapa ahli, Mesyuarat telah bersetuju dengan sebulat suara memberi kuasa kepada Jawatankuasa Kerja untuk menghapuskira Akaun Khairat dengan cara menghadiahkan Wang sebanyak RM2,400.00 kepada mana-mana badan kebajikan yang bersesuaian sekiranya tindakan tersebut tidak bertentangan dengan hukum syarak.

8. CADANGAN PINDAAN DAN PERLEMBAGAAN BARU

8.1. Pengerusi Mesyuarat telah memaklumkan bahawa Jawatankuasa Kerja telah memutuskan untuk membentangkan pindaan Perlembagaan Persatuan kepada Mesyuarat Agung Tahunan kali ini seperti yang terkandung di dalam notis panggilan mesyuarat dan salinan pindaan tersebut telahpun diedarkan bersama-sama notis tersebut. Tujuan membuat pindaan-pindaan berkenaan adalah untuk mengemaskini peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persatuan supaya dapat memenuhi kehendak-kehendak semasa Persatuan. Setiausaha Kehormat telah dijemput untuk membentangkan pindaan-pindaan tersebut.

8.2 Selepas satu keterangan menyeluruh telah dilakukan oleh Setiausaha Kehormat dan pembahasan berkaitan oleh ahli-ahli, Mesyuarat bersetuju dengan sebulat suara supaya Pindaan-Pindaan Perlembagaan yang melibatkan perkara-perkara berikut diterima:

a. Nama singkat Persatuan dipinda kepada “Alumni PTD”;

b. Alamat pejabat Persatuan baru adalah “Pejabat Alumni PTD, Chalet INTAN, Kampus Utama INTAN, Jalan Bukit Kiara, 50480 Kuala Lumpur;

c. Warna riben merah di Lambang dan Cogankata ditukar kepada putih;

d. Tujuan Persatuan diganti kepada: i. Menjaga kebajikan ahli, termasuk kebajikan isteri/suami, dan menyediakan faedah bagi ahli;

11

ii. Membantu Kerajaan dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan awam; dan iii. Memberi perkhidmatan kepada Negara dan masyarakat amnya. e. Jawatankuasa Kerja boleh melantik orang ternama menjadi Penaung; f. Jawatankuasa Kerja boleh melantik Ahli-Ahli Kehormat dan mereka tidak dikenakan sebarang yuran masuk dan/atau apa-apa yuran lain, tetapi tidak berhak mengundi di Mesyuarat Agung; g. Membenarkan Presiden mempengerusi semua mesyuarat termasuk Mesyuarat Agung; h. Membuat pindaan kepada fasal berkaitan Mesyuarat Agung Tahunan mengenai perkara berikut:

i. Presiden mempegerusikan Mesyuarat Agung; ii. Memilih tujuh (7) orang ahli Jawatankuasa Kerja Biasa; iii. Presiden diberi kuasa melantik Dua (2) lagi ahli Jawatankuasa Kerja Biasa; iv. Presiden diberi kuasa melantik daripada ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Biasa, seorang Setiausaha Kehormat dan seorang Bendahari Kehormat; v. Pengundian bagi tiap-tiap perkara, kecuali pemilihan ahli-ahli Jawatankuasa Kerja, dengan cara mengangkat tangan, tetapi bagi pengundian ahli-ahli Jawatankuasa Kerja adalah secara “poll” dan Jawatankuasa Kerja dibenarkan menetapkan prosidur pengundian secara “poll”; vi. Membenarkan Bendahari Kehormat memegang wang tunai dalam tangan tidak melebihi daripada Ringgit Malaysia Satu Ribu (RM1,000) sahaja; vii. Memberi kuasa meminjam kepada Jawatankuasa Kerja bagi satu-satu projek tidak melebihi Ringgit Malaysia Seratus Ribu (RM100,000) sahaja dan bagi jumlah melebihi amaun tersebut, hendaklah mendapat kebenaran Mesyuarat Agung; viii. Membenarkan Persatuan menubuhkan Wang Amanah yang diuruskan oleh Lima (5) orang Pemegang Amanah yang dilantik oleh Mesyuarat Agung, tetapi Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat tidak layak dilantik;

12

ix. Sebarang pindaan Perlembagaan hendaklah mendapatkan persetujuan sekurang-kurangnya dua pertiga (2/3) ahli yang layak mengundi di Mesyuarat Agung; x. Pembubaran Persatuan boleh dibuat dengan persetujuan tidak kurang daripada dua pertiga (2/3) ahli yang layak mengundi di Mesyuarat Agung yang dipanggil bagi maksud itu; dan xi. Memutuskan prosedur pertikaian dengan menggalakkan ianya diselesaikan secara saksama, tetapi, jika masih gagal, untuk merujukkan kepada satu tribunal timbangtara, yang mana keputusannya adalah muktamad dan terikat kepada pihak- pihak berkenaan.

9. UCAPAN PENANGGUHAN

9.1. Pengerusi Mesyuarat telah memaklumkan bahawa Jawatankuasa Kerja telah mengaturkan Majlis Berbuka Puasa pada 3 Julai, 2014 di KGPA dan juga satu Sesi Ceramah mengenai “Goods and Services Tax (GST)” selepas Hari Raya Puasa nanti. Ahli-ahli dijemput serta.

9.2. Seterusnya, Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid, Timbalan Presiden selaku Pengerusi Mesyuarat, mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan, menangguhkan Mesyuarat Agung yang Ke-24 pada jam 5:00 petang.

Disediakan oleh Setiausaha Bersama Mesyuarat:

Datu' Dr. Michael D. Lunjew Dato' Azhar Abu Bakar

Disahkan oleh Pengerusi Mesyuarat:

Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid

13

PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK (ALUMNI PTD)

LAPORAN TAHUNAN Bagi Tahun Berakhir

14

PERUTUSAN PRESIDEN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Syukur Alhamdullilah di sepanjang tempoh dari 01hb. Januari sehingga 31hb. Disember 2014, Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik telah berjaya melaksanakan semua program dan aktiviti yang dirancangan dengan jayanya.

Sepertimana semua ahli sedai maklum bahawa pada 19 April 1989 Alumni PTD genap berusia 25 tahun penubuhannya. Sehubungan dengan itu, semua program dan aktiviti persatuan telah disusun menjurus kepada Sambutan Ulang Tahun Jubli Perak. Diantara progarm utama sambutan ini ialah Penerbitan Buku Alumni PTD dan 3 siri Pameran yang mengimbas kembali peranan serta sumbangan bekas pegawai-pegawai PTD sejak era sebelum kemerdekaan sehinggalah di masa kini.

Ini diikuti dengan Majlis Makan Malam Jubli Perak Alumni PTD pada 19 April 2014 dengan dihadiri oleh YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri. Kemudian, YAB Dato' Sri Mohd Najib Hj Tun Abdul Razak pula telah merasmikan Siri Ke-2 Pameran Alumni selama sebulan di Galeri Petronas, bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Negera yang ke-57. Kemuncak sambutan Jubli Perak Alumni PTD, satu PTD Alumni international Conference telah diadakan pada 9 & 10 September 2014 dan di antara 'guest speaker' ialah YAB Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Alumni PTD juga telah melaksanakan pindaan Perlembagaan Persatuan selaras dengan keputusan dan persetujuan Mesyuarat Agong Tahunan ke-24 yang lalu, bagi menwujudkan dan meningkatkan peranan Alumni PTD sebagai sebuah Persatuan yang lebih bermanfaat serta berkesan.

Selaras dengan tema Sambutan Jubli Perak Alumni PTD "Terus Berbakti," Alumni PTD akan terus memainkan peranan sebagai penggerak ke arah pembangunan dan kesejahteraan negara. Mungkin, ahli-ahli Alumni PTD sudah tidak dapat melaksanakan sendiri dengan secara langsung peranan tersebut, tetapi sebagai pesara Kerajaan yang mempunyai pengalaman dan kebijaksanaan yang luas, peranan ini boleh kita laksanakan melalui penyampaian maklumat serta maklumbalas yang konstruktif kepada pihak Kerajaan. Tambahan pula, kita, suatu ketika dahulu pernah memegang jawatan-jawatan penting dalam perkhidmatan elit negara.

Dengan dermikian, bagi mencapai matlamat ini, kedudukan Alumni PTD sendiri perlulah diperkukuhkan terlebih dahulu. Saya berpendapat bahawa, lebih ramai ahli Alumni PTD, lebih kukuh kedudukan Alumni PTD dan lebih berpegaruh dalam peranan kita.

Bilangan ahli Alumni PTD ketika ini, hanya berjumlah seramai 481 orang atau 13.8% sahaja, berbanding dengan jumlah besar 3,474 pesara PTD. Keadaan ini amat tidak menggalakan dan seharusnya kita sama-sama berusaha mempertingkatkan jumlah keahlian ini, agar Alumni PTD menjadi lebih kuat dan berpengaruh, serta yang lebih penting supaya kita dapat meningkatkan imej kesatuan di kalangan bekas pegawai-pegawai PTD.

Akhirnya, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan semua ahli Alumni PTD, ahli Jawatankuasa Kerja dan Agensi-agensi Kerajaan serta orang perseorangan yang telah menyokong serta bekerjasama dalam membantu menjayakan program dan aktiviti Alumni PTD selama ini.

Sekian, terima kasih.

Tan Sri Dato' Sri Sallehuddin Bin Mohamed Presiden, Pesatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik

15

ALUMNI PTD

Alumni PTD telah didaftarkan pada 19 April 1989 sebagai persatuan pegawai-pegawai kerajaan yang berkhidmat dalam PTD, yang pada mulanya, dikenali sebagai Malayan Civil Service (MCS). Allahyarham Tun Abdullah Mohd. Salleh telah dipilih sebagai Presiden pertamanya dan berkhidmat selama 6 tahun sehingga tahun 1997, apabila Tan Sri Dato' Sri Sallehuddin Mohamed, Presiden sekarang, mengantikan beliau.

Alumni PTD menyediakan berbagai peluang untuk ahli- ahlinya bertemu dalam banyak aktiviti sosial sebagai memenuhi objektif meningkat dan memperkukuhkan hubungan antara mereka. Namun, objektif yang lebih penting ialah menyediakan landasan bagi ahli-ahli terus berbakti kepada masyarakat dan negara. Ini termasuk memberi bantuan dan input kepada pelaksanaan dan pencapaian dasar-dasar kerajaan, memperkukuhkan hubungan antara sektor awam dan sektor swasta, serta memberi pandangan dan ulasan yang membina sebagai makluman balas yang berguna kepada kerajaan yang memerintah.

The PTD Alumni, registered on 19 April 1989, is an association of retired government officers who served in the PTD known, initially, as the Malayan Civil Service (MCS). The late Tun Abdullah Mohd. Salleh was elected the first President and served for six years until 1997 when Tan Sri Dato' Sri Sallehuddin Mohamed, the current President, succeeded him.

Established to foster and strengthen relationships among its members, the PTD Alumni provides opportunities for members to meet by organising a range of social activities. A more important objective, however, is to provide a platform for members to continue to serve the nation and society, including giving assistance and input toward the implementation and achievement of government policies, strengthening the relationship between the public and private sectors, and offering frank and constructive views and opinions as valuable feedback to the Government of the day.

16

JAWATANKUASA KERJA

Jawatankuasa Kerja yang telah dilantik bagi tempoh selama dua tahun, 2013 - 2014, dalam Mesyuarat Agung yang ke-23 pada 11hb. Jun 2013 jam 3:00 petang adalah seperti berikut:

Presiden Tan Sri Dato’ Sri Sallehuddin Mohamed

Timbalan Presiden Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid

Naib Presiden Tan Sri Dato’ Dr. Hadenan Jalil Datuk Dr. Abdullah Abdul Rahman

Bendahari Dato’ Khalid Haji Ismail

Setiausaha Kehormat Datu Dr. Michael D. Lunjew

Ahli Jawatankuasa: Datuk Wira Jahaya Mat Hajjah Ainon Haji Kuntom Datuk Dr. Mohd Tap Salleh Datuk Merlyn Kasimir Dato’ Abdul Majit Ahmad Khan Puan Lee Meng Foon Tan Sri Dato' Sri Dr. Haji Mohd Nasir Bin Mohd Ashraf

Dua orang Pemeriksa Kira-Kira:

Datuk Muhd Feisol Haji Hassan Tuan Haji Azmil Mohd Daud, KMN

17

PENGURUSAN & ALAMAT PERHUBUNGAN

Setiausaha Pengurusan Dato’ Azhar Abu Bakar Penolong Setiausaha Pengurusan Puan Dewi Kartika Roslan

Alamat Pejabat, Surat Menyurat & Hubungan:

ALUMNI PTD Chalet 1 INTAN Kampus Utama INTAN Jalan Bukit Kiara 50480 Kuala Lumpur

Telefon Pejabat:018-711 2230 eMail: [email protected] Laman Web: www.ptdalumni.org

18

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA

Jawatankuasa Kerja telah bermesyuarat sebanyak sebelas (11) kali di sepanjan tahun 2014. Semua mesyuarat telah dijalankan di Bilik Mesyuarat IMATEC, Tingkat 2 Bangunan IMATEC, Kampus Utama INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Manakala, mesyuarat-mesyuarat kecil seperti mesyuarat Jawatankuasa Kecil kepada sesuatu program dan aktiviti dijalankan di pejabat Alumni PTD di Chalet 1 INTAN.

19

KEAHLIAN

Jumlah Ahli Berdaftar pada 31 Disember 2014 ialah seramai 481 orang, iaitu pertambahan seramai 13 orang atau 2.8% daripada seramai 468 orang pada tahun 2013. Ahli-ahli baru adalah seperti berikut:

i. Encik Au Leck Chai No. Ahli: 514 ii. Datuk Ismail Bin Adam No. Ahli: 515 iii. Dato' Shaari Bin Harun No. Ahli: 516 iv. Puan Saraswathy Rajagopal No. Ahli: 517 v. Puan Aimi Lee Abdullah@Lee Chii Shy No. Ahli: 518 vi. Puan Hajah Patimah Binti Mohd Yusof No. Ahli: 519 vii. YM Raja Ismail Bin Dato' Raja Mohamed No. Ahli: 520 viii. Dr. Pola Singh A/L Tara Singh No. Ahli: 521 ix. Datuk Othman Bin Baba No. Ahli: 522 x. Dato' Basar Bin Haji Abdul Rahman No. Ahli: 523 xi. Dato' Chong Huck Joo No. Ahli: 524 xii. Dato' A. Aziz Deraman No. Ahli: 525 xiv. Dato' Sri Kamaruddin Bin Siaraf No. Ahli: 526

481 Bilangan 457 468 432 Orang 418 425 402 365 359 347 306

246 223

174 142 143 130 135 141 141 136 136 113 87

33 33

Tahun 1989 Tahun 1990 Tahun 1991 Tahun 1992 Tahun 1993 Tahun 1994 Tahun 1995 Tahun 1996 Tahun 1997 Tahun 1998 Tahun 1999 Tahun 2000 Tahun 2001 Tahun 2002 Tahun 2003 Tahun 2004 Tahun 2005 Tahun 2006 Tahun 2007 Tahun 2008 Tahun 2009 Tahun 2010 Tahun 2011 Tahun 2012 Tahun 2013 Tahun 2014 Tahun

Manakala,, seramai 6 orang Ahli telah meninggal dunia di sepanjang Tahun 2014, iaitu:

i. Tan Sri Datuk Rozhan Kuntom Meninggal Pada 09 Mei 2014 ii. Abdul Rahman Abu Hassan Meninggal Pada 25 Sept. 2014 iii. Dato' Ramli Haji Ibni Hajar Meninggal Pada 06 Okt. 2014 iv. Datuk Yahya Yaacob Meninggal Pada 11 Okt. 2014 v. Haji Abdul Majid Rejab Meninggal Pada 18 Nov. 2014 vi. Datuk Harun Hashim Meninggal Pada 04 Dis. 2014

20

Jumlah Pesara PTD adalah seramai 3.474 orang pada tahun 2014, tetapi hanya seramai 481 orang atau 13.8% sahaja yang menjadi ahli Alumni PTD. Keadaan ini masih belum begitu menggalakkan kerana untuk menjadi sebuah Persatuan yang berkesan, sokongan daripada pesara‐pesara PTD secara menyeluruh adalah sangat penting, disamping dapat meningkatkan imej Alumni PTD.

21

PINDAAN PERLEMBAGAAN

Bagi melaksanakan keputusan dan persetujuan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-24 Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 16 Jun 2014 yang lalu, Cadangan Pindaan Perlembagaan Persatuan telah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan. Diantara tujuan utama cadangan pindaan ini adalah untuk mengemaskini peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persatuan supaya dapat memenuhi kehendak-kehendak semasa Persatuan, disamping mengugurkan perkataan "Kuala Lumpur" pada nama asal Persatuan. Kini, nama Persatuan dikenali sebagai "Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik" sahaja atau "Alumni PTD".

Pindaan Perlembagaan atau Perlembagaan Baru Persatuan ini telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan pada 04 Februari 2015.

22

ULANG TAHUN JUBLI PERAK ALUMNI PTD

Pada tarikh 19 April 2014, Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD) genap berusia 25 tahun penubuhannya. Pelbagai program dan aktiviti yang khusus untuk menyambut Ulang Tahun Jubli Perak Alumni PTD telah disusun dan dilaksanakan di sepanjang tahun 2014.

Di antara program dan aktiviti utama yang menjurus kepada Sambutan Jubli Perak Alumni PTD ini, adalah:

Penerbitan Buku Alumni PTD - "At the Forefront of Nation Building: Perspective from the Administrative and Diplomatic Service". Telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri pada19 April 2014 semasa Majlis Makan Malam Jubli Perak Alumni PTD 2014 di Hotel Istana Kuala Lumpur

Majlis Makan Malam Jubli Perak Alumni PTD 2014 telah diadakan pada hari Sabtu, 19 April 2014, jam 8:00 malam bertempat di Grand Mahkota Ballroom, Hotel Istana Kuala Lumpur. Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri dan isteri, Yang Amat Berbahagia Puan Sri Noorainee binti Haji Abdul Rahman bersama Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Mohd , Ketua Setiausaha Negara dan isteri Yang Berbahagia Puan Sri Rohani binti Abdullah adalah merupakan Tetamu Terhormat. Seramai lebih daripada 400 orang Ahli Alumni PTD dan Tetamu Undangan telah turut hadir. Di samping itu, sebagai acara sampingan Pameran Mini Alumni PTD - "Transforming the Nation – PTD through the years: Iconic Moments" telah diadakan di ruang legar Grand Mahkota Ballroom, Hotel Istana Kuala Lumpur.

23

Pameran Mini Alumni PTD “Transforming the Nation – PTD through the Years: Iconic Moments” semasa Majlis Makan Malam Jubli Perak pada 19 April 2014 di Hotel Istana Kuala Lumpur.

24

Pameran Sempena Hari Kemerdekaan Ke-57 'MY Story: Transforming the Nation' telah diadakan di Galeri PETRONAS, KLCC, mulai 12 Ogos hingga 16 September 2014. Pameran ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 30 Ogos 2014 jam 5:00 petang.

Jumlah Pelawat: 8,837 Pelawat

Demografi Pelawat:

76% Pelawat Tempatan

24% Pelancong;

64% Pelawat berumur 18 - 40 tahun;

44% Bekerja

22% Pelajar

34% Lain-lain

26% Pelawat Ulangan

74% Pelawat Kali Pertama;

98.7% Pelawat Berpuas Hati; Liputan Media: Media Cetak - 7 Media Online - 47 Online Review - 5 Media Siaran - 12

Total Media Rate of Investment (ROI): RM 6,504,148.00

25

Pameran sempena Sambutan Hari Arkib Negara Ke-57 “Detik-Detik Bersejarah: Transformasi Negara” telah diadakan dari 1 hingga 12 Disember 2014 di Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta Kuala Lumpur. Pameran siri terakhir ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang mewakili Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara.

Semasa majlis perasmian ini, Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Sri Sallehuddin Mohamed, Presiden Alumni PTD telah menyerahkan Transkrip Tokoh- Tokoh PTD kepada Ketua Pengarah Arkib Negara untuk simpanan rekod rasmi Jabatan Arkib Negara. Transkrip ini dihasilkan melalui temubual dan penyelidikan semasa penyediaan buku Alumni PTD. Sepanjang tempoh pameran berlangsung seramai 5,148 orang telah berkunjung ke pameran ini.

26

PTD Alumni International Conference 2014: “Transformational Leadership in Malaysia" telah diadakan pada 9 hingga 10 September 2014, Hotel Istana, Kuala Lumpur. Persidangan ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Haji Mohd Shafie Haji Apdal, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, dan seterusnya, beliau telah menyampaikan Ucaptama.

Di samping itu seramai 10 orang "speakers" telah membentangkan kertas-kertas kerja atas tajuk-tajuk yang berkaitan dengan "Transformational Leadership in Malaysia", termasuk Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad, Bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Mereka adalah terdiri daripada:

YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad Former Prime Minister of Malaysia

YBhg. Datuk Dr. Richard Leete Former Resident Representative of United Nations Development Programme for Malaysia, Singapore and Brunei Darussalam

YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Sulaiman Mahbob Former Director General of Economic Planning Unit, Prime Minister's Department & Chairman, Malaysian Institute of Economic Research (MIER)

YBhg. Datuk Dr. Abdullah Abdul Rahman Former Secretary General of Ministry of Health & Tun Abdul Razak School of Government at Universiti Tun Abdul Razak

Assoc. Prof. Dr. Abdillah Noh Deputy Dean and Assistant Professor, Tun Abdul Razak School of Government, Universiti Tun Abdul Razak

YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Jeffrey Cheah Founder and Chairman, Sunway Group

Mr. Soren Davidsen Senior Governance Specialist, Global Governance Practice, The World Bank

Prof. Dr. Syed Omar Syed Agil Professor and Director, Centre for External Programme, Universiti Tun Abdul Razak

Mr. Ravindran Devagunam Director, Anti-Corruption Unit, National Key Result Areas (NKRA) at Malaysia's Performance Management Delivery Unit (PEMANDU)

27

Mr. Wan Saiful Wan Jan Chief Executive, Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)

Seramai 350 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli Alumni PTD, pegawai-pegawai daripada Kementerian dan Ajensi Kerajaan serta swasta telah menghadiri persidangan selama 2 hari ini, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Mohd Khalil Bin Yaakob, Yang Di-Pertua Negeri Melaka juga telah turut serta. Manakala, Yang Berbahagia Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara telah menyampaikan Ucapan Penutup dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Persidangan Antarabangsa ini.

"PTD Alumni International Conference: Transformational Leadership in Malaysia" ini telah dianjurkan oleh Alumni PTD bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Jubli Perak dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR).

ANJURAN:

DENGAN KERJASAMA:

28

SUKAN GOLF

Pertandingan Golf PTD Alumni Sempena Tahun Baru 2014

Aktiviti Tahun 2014 bermula dengan Pertandingan Golf Alumni PTD Sempena Tahun Baru 2014 pada 20 Februari 2014 jam 7:00 pagi bertempat di Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi. Seramai 58 orang Ahli Alumni PTD telah menyertai pertandingan ini.

Pertandingan Golf Persahabatan Alumni PTD - RAFOC

Pertandingan Golf Persahabatan di antara Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD) dengan Persatuan Pegawai-Pegawai Bersara Angkatan Tentera (RAFOC) telah diadakan pada Khamis, 12 Jun 2014, jam 8:00 Pagi bertempat di Staffield Golf & Country Club, Mantin, Negeri Sembilan. Seramai 52 orang ahli Alumni PTD telah mengambil bahagian dengan diketuai oleh YBhg Dato' Khalid bin Hj Ismail. Manakala pasukan RAFOC diketuai oleh Jen Tan Sri Abd Aziz bin Hj Zainal, (Bersara).

RAFOC telah memenangi Piala Pusingan dengan 1,434 mata, manakala Alumni PTD memperolehi 1,386 mata. Pada tahun 2013, RAFOC juga telah memenangi piala tersebut.

Pertandingan Golf Persahabatan Alumni PTD - Bekas Pegawai Polis

Pertandingan Golf Persahabatan di antara Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD) dengan Bekas Pegawai-Pegawai Polis, bagi merebut Piala Tun Haniff & Tan Sri Sallehuddin 2014, telah diadakan pada Khamis, 06 Nov. 2014 bertempat di Staffield Golf & Country Club, Mantin, Negeri Sembilan. Seramai 46 orang ahli Alumni PTD telah mengambil bahagian. Piala dimenangi oleh pasukan Alumni PTD.

29

MAJLIS TAHLIL & BERBUKA PUASA DAN MAJLIS HARI RAYA AIDIL FITRI 2014

Majlis Tahlil Berbuka Puasa 1435H

Majlis Tahlil dan Berbuka Puasa 1435H telah diadakan pada hari Rabu, 9 Julai 2014 jam 6:00 Petang bertempat di Kelab Golf Perkhidmatan Awam Kuala Lumpur. Seramai 65 orang ahli Alumni PTD bersama suami/isteri telah turut hadir.

Majlis Hari Raya Aidil Fitri 1435 H

Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Alumni PTD telah diadakan pada hari Rabu, 13 Ogos 2014 jam 8:00 Malam bertempat di Royal Lake Club Kuala Lumpur. Seramai 150 orang ahli Alumni PTD dan Tetamu Undangan bersama suami dan isteri telah hadir bagi memeriahkan majlis sambutan ini.

30

MAJLIS PENGHARGAAN PRESIDEN

"Golden 80’s Celebration"

Majlis bagi meraikan ahli-ahli yang mencapai usia emas lapan puluh (80) tahun ke atas telah diadakan pada 18 Mac 2014, jam 8:30 Malam bertempat di Hotel Majestic Kuala Lumpur. Seramai 21 orang Ahli Alumni PTD yang telah berumur 80 tahun ke atas telah hadir bersama isteri masing- masing dan majlis telah ditaja oleh Yang Berbahagia Dato’ Pahamin A. Rajab.

Malam Penghargaan & Terima Kasih Presiden

Satu majlis bagi menyampaikan penghargaan dan terima kasih Presiden kepada ahli-ahli dan ahli Jawatankuasa Kerja Alumni PTD, serta beberapa pihak yang telah banyak membantu dalam penganjuran beberapa aktiviti Alumni secara sukarela telah diadakan pada 28 Mei 2014 jam 8:30 malam, bertempat di Spices Restaurant, Hotel Concorde Kuala Lumpur.

Penghargaan Kepada Tan Sri Asmat Kamaludin

Majlis Makan Tengah Hari telah diadakan pada 17 Disember 2014 bertempat di Sime Darby Convention Centre, bagi meraikan kejayaan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin, yang telah dianugerahkan “The Order of the Rising Sun, Gold and Silver Star” oleh Maharaja Jepun. Anugerah tersebut adalah sebagai pengiktirafan kepada jasa Yang Berbahagia Tan Sri Asmat Kamaludin kepada sumbangan beliau dalam hubungan perdagangan dua hala antara Malaysia dengan Jepun. Yang Berbahagia Tan Sri Asmat Kamaludin, selaku Pengerusi PRODUA Berhad, telah menyampai sumbangan derma kepada Alumni PTD sebanyak RM5,000.00 di majlis berkenaan.

31

PERSIDANGAN PEGAWAI DAERAH 2014

Hasil pertemuan diantara YB Dato’ Sri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dengan YBhg Tan Sri Dato’ Sri Sallehuddin Mohamed, Presiden Alumni PTD, telah dijemput untuk turut bersama menyumbang dalam Persidangan Pegawai-Pegawai Daerah pada 23 Jun 2014. Ucaptama dan Perasmian Persidangan ini telah disampaikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. YBhg Datuk Dr. Abdullah Abdul Rahman, Naib Presiden telah mewakili Presiden Alumni PTD sebagai salah seorang Panel Perbincangan bertajuk: “Perspektif terhadap Peranan Pegawai Daerah.” YBhg Dato' Seri Dr. lsahak Yeop Mohamad Shar telah bertindak sebagai Moderator kepada sesi ini. Manakala, YBhg Dato' Hajah Rahmah Haji Kassim menjadi Moderator kepada sesi Ke-2, yang bertajuk “Peranan Pegawai Daerah: Harapan.”

32

BULETIN

Bagi Tahun 2014, Alumni PTD telah berjaya menerbitkan dua (2) Edisi Buletin Alumni PTD, iaitu pada bulan Januari 2014 dan bulan Disember 2014. Matlamat penerbitan buletin ini adalah bagi menyampaikan maklumat dan berita-berita bergambar mengenai program dan aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan.

33

34

LAPORAN KEWANGAN TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2014

PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK ( PTD ALUMNI )

LAPORAN JURU AUDIT

Kami telah mengaudit Kunci Kira-Kira tersebut dan Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan berkenaan dengan Akaun Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik bagi Tahun Berakhir pada 31 Haribulan Disember 2014.

Mengikut pendapat kami, Kunci Kira-Kira dan Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan bersama dengan catatan-catatan kepada kira-kira itu adalah mengikut peraturan betul untuk menunjukkan keadaan yang benar dan pemandangan sederhana mengenai Akaun Persatuan tersebut mengikut maklumat-maklumat dan penerangan- penerangan yang diberikan kepada kami dan seperti yang ditunjukkan dalam buku kira-kira.

Juru Audit Dalam Alumni PTD

DATUK MUHD FEISOL HAJI HASSAN HAJI AZMIL HAJI DAUD

Bertarikh: 3 Mei 2015 Bertarikh: 3 Mei 2015

35

PERSATUAN ALUMNI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK PENYATA KIRA-KIRA TAHUNAN 2014

PENYATA PENERIMAAN DAN PERBAYARAN UNTUK TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2014

2013 2014

TERIMAAN NOTA RM RM

Yuran Pendaf taran Keahlian 1 1,100.00 1,300.00 Pelaburan Simpanan Tetap Yang Ditamatkan 2 125,280.83 381,385.43 Keuntungan Simpanan Tetap Yang Ditunaikan 126,253.00

Pelbagai Derma Dan Sumbangan 3 5,000.00 22,182.00 Majlis Tahlil Dan Berbuka Puasa Ramadan 1435H 4 7,180.00 4,140.00 Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1435H 5 6,450.00 10,705.00 Majlis Makan Malam Jubli Perak 6 10,000.00 146,000.00 PTD Alumni International Conference 7 76,146.00

Pameran Alumni PTD 8 500,000.00 0.00 Penerbitan Buku Alumni PTD/Buletin 9 3,197.00

Pertandingan Golf 10 21,640.00 15,320.00 Lawatan Sosial 59,560.34

Jualan Lencana 5.00

JUMLAH TERIMAAN 736,211.17 786,633.43

PERBELANJAAN

Majlis Tahlil Dan Berbuka Puasa Ramadan 1435H 4 6,901.20 4,925.00 Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1435H 5 14,604.45 15,447.84 Majlis Makan Malam Jubli Perak 6 2,850.00 120,081.60 PTD Alumni International Conference 7 36,000.00 308,127.16 Pameran Alumni PTD 8 0.00 510,896.20 Penerbitan Buku Alumni PTD/Buletin 9 68,755.50 58,363.00 Pertandingan 10 37,041.05 17,588.00 Golf Perbelanjaan Mesyuarat Agung Tahunan 11 8,350.00 8,962.50 Gaji, Caruman KWSP, Honorarium Dan Tuntutan Perjalanan 30,000.00 49,038.00 Sumbangan Derma Kepada Badan Kebajikan 10,000.00 10,000.00

Makan Malam Sambutan "Golden 80's) 0.00 10,630.40

Percetakan Direktori Ahli, Buku Foto Kad Hari Raya 472.50 9,270.00

Peralatan Pejabat PTD Alumni 0.00 8,208.80

Perbelanjaan Pengurusan Pejabat 11,528.71 15,936.08

Caj Bank Dan Komisyen 15.00 39.00

Lawatan Sosial PTD Alumni 61,313.65 0.00

Forum/Siri Syarahan Alumni PTD 15,653.20 0.00

Pembelian Bunga-Bunga Untuk Jawatankuasa Kebajikan 413.40 508.00

Makan Malam Penghargaan Oleh Presiden 0.00 1,907.60

Makan Tengahari Meraikan Tan Sri Asmat Kamaludin 0.00 2,000.00

JUMLAH PERBELANJAAN 303,898.66 1,151,929.18

LEBIHAN/(KEKURANGAN) PENERIMAAN ATAS PEMBAYARAN 432,312.51 (365,295.75)

36

Nota Kepada Akaun RM RM

NOTA 1 YURAN PENDAFTARAN KEAHLIAN Terimaan 1,300.00

Encik Au Lek Chai No. Ahli: 514 100.00

Datuk Ismail Adam Ahli No: 515 100.00

Dato' Shaari Bin Harun, No. Ahli: 516 100.00

Puan Saraswathy Rajagopal, No. Ahli: 517 100.00 Puan Aimi Lee Abdullah (Lee Chii Shy), No. Ahli: 518 100.00 Puan Hajjah Patimah Binti Mohd Yusof Ahli No: 519 100.00 YM Raja Ismail Bin Dato' Raja Mohamed Ahli No: 520 100.00 Dr. Pola Singh A/L Tara Singh Ahli No: 521 100.00 Datuk Othman Bin Baba Ahli No: 522 100.00

Dato' Basar Bin Haji Abdul Rahman Ahli No: 523 100.00 Dato' Chong Huck Joo Ahli No: 524 100.00

Dato' Haji A. Aziz Deraman Ahli No: 525 100.00

Dato' Sri Kamaruddin Bin Siaraf Ahli No: 526 100.00

NOTA 2 PELABURAN DI BANK RAKYAT Pelaburan Pokok Yang Ditamatkan 381,385.43

Sijil No: 10646062 56,253.01

Sijil No: 10646073 - Daripada Pokok RM1,125,132.42 325,132.42

Keuntungan Pelaburan Yang Dikeluarkan 126,253.00

NOTA 3 DERMA & SUMBANGAN 22,182.00 Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid (Micro Wave) 339.00 Tan Sri Dato' Sri Sallehuddin Mohamed (Peti Sejuk) 528.00 Datuk Wira Jahaya Mat (Coffee Makers) 310.00 Dato' Pahamin A Rajab (Majlis Golden 80's) 11,000.00 Tan Sri Dato' Seri Utama Arshad Ayub 5,000.00

Tan Sri Asmat Kamaluddin - PERODUA 5,000.00

Lebihan Harga Buku 5.00

NOTA 4 MAJLIS TAHLIL 7 BERBUKA PUASA 1434H Terimaan 4,140.00

Sumbangan Ikhlas Daripada Ahli-Ahli 4,140.00

Perbelanjaan 4,925.00 Jamuan Berbuka Puasa 4,465.00

Sagu Hati Iman 2 Orang 300.00

Backdrop 160.00

(785.00)

NOTA 5 MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1434H Terimaan 10,705.00

Sumbangan Ikhlas Daripada Ahli-Ahli 10,705.00

Perbelanjaan 15,447.84

Jamuan Hari Raya 12,297.84

Kumpulan Perrsembahan Hiburan 3,000.00

Saguhati Pembaca Doa Selamat 150.00

(4,742.84)

37

NOTA 6 MAJLIS MAKAN MALAM JUBLI PERAK 2014 Terimaan 146,000.00

Penyertaan Ahli & Tetamu 73,500.00

Tajaan Meja 45,500.00

Permodalan Nasional Berhad 20,000.00

ZATB Sdn. Bhd. 2,000.00

Tan Sri 1,500.00

SAJ Holdings Sdn. Bhd. 10,000.00

Billion Review (M) Sdn. Bhd. 2,000.00

Yayasan AlBukhary 10,000.00

Tajaan Iklan 27,000.00

I & P Group Sdn. Bhd. 2,000.00

Telekom Malaysia Bhd. 5,000.00

UEM Group berhad 10,000.00

Sime Darby Property Bhd. 10,000.00

Perbelanjaan 120,081.60

Pakej Jamuan Makanan 75,750.00

Persembahan Hiburan 21,200.00

Percetakan Kad Jemputan Dan Buku Program 11,175.00 Hiasan Bunga Dewan Dan Pentas 1,000.00

Perkhidmatan Multi Camera Production (MCP) 3,000.00 Perkhidmatan Juru Foto 1,500.00

Perkhidmatan Pengacara Majlis 3,000.00

Saguhati Pembaca Doa 300.00

Saguhati Penyambut Tetamu Dan Petugas 500.00 Brooch Untuk AJK Dan Penyambut Tetamu 239.00 Makan Minum Semasa Raptai Dan Mesyuarat 2,417.60 25,918.40

NOTA 7 PTD ALUMNI INTERNATIONAL CONFERENCE Terimaan 76,146.00

Fee Penyertaan 22,146.00

Sumbangan Tajaan Iklan 54,000.00

Genting Malaysia Berhad 10,000.00

S'jaya Komunikasi & Multimedia Malaysia 10,000.00

Felda Global Ventures Holdings Berhad 10,000.00

Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. 7,000.00

Petrolium Nasional Berhad 10,000.00

Tenaga Nasional Berhad 7,000.00

Perbelanjaan 308,127.16

Bayaran Pakej Persidangan 112,936.00 "Pre-Conference Dinner for Speakers" 5,100.00 Penginapan Rapporteurs Dan Urusetia 7,540.00 Saguhati "Speakers" 31,800.00 Saguhati Pengacara Majlis, Pembaca Doa Dan Petugas 1,400.00 Saguhati Rapportuer 3,310.20 Gimmik Pelancaran 4,000.00 Perkhidmatan MCP Dan Rakaman 34,500.00 Komisyen Kutipan Penajaan 18,500.00 Bayaran Fee Perunding 72,255.00

Iklan Di Akhbar 11,905.92

Cetak Buku Transformational Leadership 3,450.00 Cenderahati Untuk Moderators 1,230.04

Perbelanjaan Runcit Urusetia 200.00

(231,981.16)

38

NOTA 8 PAMERAN ALUMNI PTD

Terimaan 500,000.00

Kumpulan Wang Amanah Perbendaharaan Diterima 2013 Perbelanjaan 510,896.20

Perkhidmatan Kurator Paqmeran 170,750.00

Pembinaan Struktur Panel Pameran 235,840.00

Perkhidmatan Arts Design Dan Touch-up Photo 61,000.00 Perolehan Gambar-Gambar Lama Daripada NSTP 12,400.00 Reka Bentuk Brosyur 8,000.00

Mencetak Buku-Buku "Mock-up" 4,469.50

Peralatan Audio Visual 2,747.00

Iklan Dan Publisiti 7,750.00

Keraiaan & Jamuan 7,189.70

Cenderahati Untuk YAB Perdana Menteri 750.00 (10,896.20)

NOTA 9 PENERBITAN BUKU & BULETIN ALUMI PTD Terimaan 3,197.00

Jualan Buku "At Forefront of the Nation" 3,197.00

Perbelanjaan 58,363.00

Bayaran Akhir Penulisan Dan Suntingan 43,221.60

Penyediaan Buku "Mock-up" Untuk Pelancaran 901.40 Pembelian 200 Naskah Buku Dari UiTM Press@RM57 11,400.00 Percetakan Buletin Edisi Januari 2014 2,840.00

NOTA 10 PERTANDINGAN GOLF Terimaan 15,320.00

Pertandingan Golf Tahun Baru 2014 9,300.00

Pertandingan Golf Piala Tun Haniff & Tan Sri Sallehuddin 1,520.00 Pertandingan Golf Persahabatan Alumni PTD vs RAFOC 4,500.00 Perbelanjaan 17,588.00

Pakej Pertandingan Golf Tahun Baru 2014 6,940.00 Hadiah Pertandingan Golf Tahun Baru 2014 4,020.00 Sumbangan Untuk Golf Tun Haniff & TS Sallehuddin 3,428.00 Sumbangan Untuk Golf Al;umni PTD vs RAFOC 3,200.00 (2,268.00)

NOTA 11 MESYUARAT AGONG TAHUNAN 8,962.50 Percetakan Cadangan Perlembagaan 612.50

Jamuan Semasa Mesyuarat Agong 3,500.00 Percetakan Buku Laporan Tahunan 4,850.00

39

PENYATA KEWANGAN TAHUN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2014

2013 2014

(RM) (RM)

Penyata 1 Tunai dan Pelaburan Tetap

Tunai di Akaun Semasa Maybank Islamic 471,183.09 101,879.34

Pelaburan Tetap Di Bank Rakyat Bangsar 2,216,659.17 1,800,000.00

No. Sijil 10646062 54,028.57

No. Sijil 10646073 1,080,708.35

No. Sijil 10753750 216,384.45

No. Sijil 10753756 216,384.45

No. Sijil 10753757 216,384.45

No. Sijil 10753758 216,384.45

No. Sijil 10753759 216,384.45

Sijil F0441839 200,000.00

Sijil F0441840 200,000.00

Sijil F0441841 200,000.00

Sijil F0441843 200,000.00

Sijil F0519174 200,000.00

Sijil F0519175 200,000.00

Sijil F0519176 200,000.00

Sijil F0519179 200,000.00

Sijil F0519180 200,000.00

Penyata 2 Akaun Khairat 2,400.00 2,400.00

Sumbangan Dari Ahli untuk Tujuan Khas Khairat

dan Belum Pernah Digunakan

Penyata 3 Stok

Buku "Servive Par Excellence" 10,223.69 10,223.69

Buku "At the Forefront of Nation Building: Perspective from the 3,933.00 Administrative and Diplomatic Service".

Peralatan Pejabat (Susutnilai mengikut Sistem Sama Rata 20% Setahun): 7,034.00 1 Unit Asus Notebook 2,020.00

1 Unit NEC Desktop PC & Monitor 1,299.00 1 Unit Tefal Kettle 179.00 1 Unit Panasonic Microwave 339.00 1 Unit M.Richards Coffee Maker 310.00 1 Unit Panasonic Fridge 528.00 1 Unit Sony LED TV 40" 1,499.00

1 Unit Samsung Audio System 860.00

Disediakan oleh:

DATO' KHALID HAJI ISMAIL Bendahari Kehormat

40

ptdalumni.org [email protected]