<<

Ruj : RTM(BPR)/SM/JLD.1 ( 08 )

SIARAN MEDIA

Informasi Filem Terbaharu di Pawagam Dalam “Jom Ke Panggung” Siri 6 di TV2

KUALA LUMPUR, 12 Januari 2017 – Kita makin lama makin mahukan kepuasan bila menonton sesebuah rancangan TV. Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi program “Jom Ke Panggung” siri terbaharu musim keenam sedang bersiaran setiap Ahad, pukul 9.05 malam di TV2 cuba merealisasikan keinginan penonton setia salurannya.

Sepanjang setengah jam siarannya, program yang disiarkan khas untuk kaki-kaki wayang mendapatkan informasi tentang filem-filem yang berada di pawagam ini mengekalkan Naz Habibur Rahman sebagai pengacara lokasi.

Program 26 episod arahan Ahmad Hilal Ayub minggu ini (15 Januari 2017) akan memaparkan tentang di sebalik tabir pembikinan filem Desolasi arahan Syafiq Yusuf. Beberapa adegan filem ini menggunakan teknik CGI dan filem pertama Malaysia yang menghasilkan Dinosour menggunakan teknik CGI. Selain itu juga ada kisah pelakon Pekin Ibrahim yang kini mula berjinak-jinak dalam dunia pengarahan sehingga berjaya merangkul anugerah di Festival Filem Malaysia. Turut memberi info tentang filem-filem menarik yang sedang dan bakal berada di panggung.

Minggu seterusnya pada 22 Januari depan pula akan bersama Nabil Ahmad, berkongsi tentang karektor-karektor yang pernah beliau lakonkan, dan Nabil juga menyatakan beliau menginginkan watak pembunuh dan seorang yang psiko. Selain dari juga menyelami kisah suka duka Ziana Zain menceburi bidang lakonan dan adakah beliau masih ingin berlakon jika diberi watak yang sesuai, ingin tahu jawapannya nantikan dalam Jom Ke Panggung.

Info menarik dalam Jom Ke Panggung episod berikutnya pula bersama-sama dengan Pengarah Seni Filem Pulang, David Munjik yang akan berkongsi cabaran dalam menyiapkan grafik dan set filem yang berdasarkan kisah benar sekitar tahun 1939 yang mana filem ini banyak menggunakan kesan khas CGI. Juga ada kisah bagaimana penyanyi Adibah Nor menjadi seorang pelakon, siapakah yang bertanggungjawab memperkenalkan beliau dalam bidang lakonan, ingin tahu segalanya, nantikan dalam Jom Ke Panggung episod ini.

Ikuti juga episod yang berkongsi memaparkan kisah suka duka perjalanan dalam bidang lakonan, yang mana beliau telah berlakon dalam 24 buah filem. Turut memaparkan di sebalik tabir pembikinan filem aksi terhebat 2017, JRevolusi yang dibintangi oleh pelakon- pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Farid Kamil, Izara Aisyah dan Fazura.

Teruskan menonton siaran program “Jom Ke Panggung Siri 6”.

rtm_malaysia RTM – Radio Televisyen Malaysia rtmmobile myklik.rtm.gov.my rtm_malaysia

Ruj : RTM(BPR)/SM/JLD.1 ( 08 )

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

- ### -

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut sila hubungi :

NURUL FARIZA IBRAHIM Seksyen Perhubungan Media & Publisiti, Bahagian Perhubungan Raya, Jabatan Penyiaran Malaysia Tingkat 2, Wisma TV, ANGKASAPURI 50614 Tel : 603 2288 7166 E-mel : [email protected]

rtm_malaysia RTM – Radio Televisyen Malaysia rtmmobile myklik.rtm.gov.my rtm_malaysia