NASKHAH SAHIH/BAHASA

http://www.parlimen.gov.my

HARI ISNIN, 26 NOVEMBER, 2001 PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 73 1

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Tuan Haji Siam bin Haji Kasrin [Batu Pahat] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah keselamatan yang diambil bagi mencegah penipuan kad kredit terutama sindiket mencuri maklumat pengguna kad kredit dan mengklonkan kad demi menjamin pihak bank, peruncit dan peniaga tidak terus menjadi mangsa. (PM #17849 v1)

2. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] minta MENTERI KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN PELANCONGAN menyatakan menjelaskan tentang sikap pengusaha hotel yang menaikkan sewa hotel pada musim-musim tertentu. (PM #18335 v1)

3. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah punca kelemahan utama kawalan sempadan negara sehingga begitu mudah dibocori oleh kegiatan penyeludupan senjata dan berapa ramaikah yang telah ditahan kerana kegiatan tersebut sepanjang lima tahun terakhir. (PM # 18210 v1)

4. Tuan Haji Mohamed Sayuti bin Said [Kuala ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan:-

(a) apakah langkah yang telah diambil bagi mengatasi masalah pihak bengkel membaiki kereta motor mengenakan kadar bayaran yang keterlaluan serta tidak seragam; dan

(b) adakah Akta yang membolehkan pengguna mengambil tindakan undang-undang ke atas pemilik bengkel di atas penipuan alat ganti dan juga kadar caj bayaran yang keterlaluan. (PM #18105 v1)

2 AUM DR 26/11/2001 (PM #18499 v1)

5. Tuan [Beluran] minta MENTERI PERPADUAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah perpaduan kaum di Malaysia tergugat berikutan pergaduhan yang berlaku di Jalan Lama, penentangan terhadap konsep sekolah Wawasan, Al-Maunah dan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM). Adakah kerajaan berpuas hati bahawa perpaduan yang wujud di Malaysia kukuh walaupun diancam kejadian-kejadian berbau perkauman. (PM #18447 v1)

6. Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-

(a) apakah konsep keselamatan negara yang diperjuangkan oleh Kerajaan dan berapa jenis elemen jenayah yang dikategorikan sebagai pengancam keselamatan negara sekarang ini dan;

(b) adakah tindakan golongan tertentu yang memfitnah dan memburuk-burukkan Ulama, pemimpin pembangkang dan pemimpin kerajaan dan melalui media massa dengan tujuan untuk menjatuhkannya. (PM # 18358 v1)

7. Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh bin Tun Md. Said Keruak [Kota Belud] minta MENTERI PERTANIAN menyatakan prestasi pembangunan sektor pertanian terutamanya pengeluaran makanan sejak pengenalan Dasar Pertanian Negara Ketiga. Bagaimanakah tahap penyertaan sektor swasta dalam sektor pertanian, terutamanya di dan . (PM #18281 v1)

8. Tuan Goh Kheng Huat [Nibong Tebal] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-

(a) jumlah keseluruhan penagih dadah yang ditahan di pusat tahanan seluruh negara serta jumlah perbelanjaan dan adakah cadangan Ketua Setiausaha Negara untuk melanjutkan tempoh tahanan maksimum sekarang dari 2 tahun kepada beberapa tahun lagi akan diterima oleh Kerajaan; dan

(b) jika ya, apakah Kerajaan akan menambah peruntukan dan menambah pusat tahanan yang sedia ada sekarang. (PM #17928 v1)

3 AUM DR 26/11/2001 (PM #18499 v1)

9. Tuan Liow Tiong Lai [Bentong] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan-

(a) langkah-langkah yang telah diambil untuk membanteras aktiviti-aktiviti cetak rompak cakera padat; dan

(b) apakah langkah yang diambil untuk melindungi hak pengguna agar harga cakera padat asal adalah rendah. (PM # 18312 v1)

10. Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron [Rantau Panjang] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah pelajar yang gagal di dalam peperiksaan di semua universiti mulai tahun 1998 sehingga sekarang dan berapakah jumlah pelajar yang gagal kerana mengikuti program menguatkan aqidah, mengukuhkan iman seperti Usrah, Tamrim, Qiamulail Muqayyam, Rehlah dan sebagainya. (PM #18055 v1)

11. Dato’ Haji Suhaili bin Abdul Rahman [] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah pihaknya akan memperbaiki perkhidmatan hospital dan klinik kerajaan yang ada sekarang dengan kemudahan ICT. (PM #18437 v1)

12. Puan Suh Sim [Seputeh] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan warganegara dan warga asing yang ditembak mati dan dicederakan oleh polis dalam tempoh tahun 1990-2000 mengikut pecahan tahun, negeri dan sebab tembakan. Berapa kes diambil tindakan susulan untuk siasatan dan keputusannya. (PM #18178 v1)

13. Tuan Hassan bin Mohamed [Besut] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-

(a) apakah beliau tidak berhasrat untuk memohon maaf daripada keluarga Dato’ Seri berkaitan tuduhan beliau mencederakan diri sendiri sewaktu dalam tahanan polis; dan

(b) apakah pihak polis tidak berhasrat untuk memohon maaf daripada keluarga Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana membiarkan/membenarkan Dato’ Seri dicederakan sewaktu dalam jagaan polis. (PM #18222 v1)

4 AUM DR 26/11/2001 (PM #18499 v1)

14. Tuan Tiong Thai King [Lanang] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan berikutan kelembapan ekonomi negara:-

(a) bilangan syarikat pelaburan asing yang menamatkan perniagaan dan jumlah pekerja berkenaan yang menganggur; dan

(b) bagaimana Kerajaan menempatkan pekerja-pekerja tersebut. (PM #18377 v1) 15. Dato’ Haji Mustafa bin Ali [Dungun] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah pekerja-pekerja di bidang elektronik dan komputer yang telah diberhentikan setakat ini dan apakah penutupan kilang-kilang ini akan berterusan untuk jangka masa yang panjang. (PM #18415 v1)

16. Tuan Haji Mohamad bin Sabu [Kuala ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) jumlah hutang keseluruhan syarikat-syarikat yang terlibat dalam penstrukturan semula seperti sistem Penerbangan Malaysia, Renong Berhad dan MRCB dan kepada siapakah mereka berhutang; dan

(b) jumlah dan yang terlibat dalam penyusunan semula syarikat- syarikat tersebut dan agensi Kerajaan atau bank manakah yang terlibat menanggungnya. (PM #18345 v1)

17. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad [Lipis] minta MENTERI KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN PELANCONGAN menyatakan apakah kesan terhadap seni lagu dan tarian akibat keghairahan mengkontemporarikan bidang tersebut. (PM #17879 v1)

18. Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron [Rantau Panjang] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) di mana rasionalnya Kerajaan menolak desakan Pemuda UMNO supaya Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat terhadap skandal kehilangan wang simpanan dan pelaburan di dalam Tabung Haji sebanyak lebih daripada 7 juta; dan

(b) berapa luas tanah yang diperolehi oleh Tabung Haji untuk ladang kelapa sawit di Kalimantan serta berapakah pembiayaan setakat ini. (PM #18061 v1) 5 AUM DR 26/11/2001 (PM #18499 v1)

PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI PERTAMA

1. Menteri Pendidikan

* Rang Undang-undang Majlis Peperiksaan Malaysia (Pindaan) 2001

* Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan dibawa pada semua peringkat di mesyuarat ini.

6 AUM DR 26/11/2001 (PM #18499 v1)

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Menyambung semula pertimbangan ke atas Rang Undang-undang Perbekalan 2002 (D.R. 37/2001) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2002 seperti berikut:

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih tiga puluh tiga bilion lima ratus tiga puluh enam juta empat ratus sembilan puluh satu ribu enam ratus tiga puluh ringgit (RM33,536,491,630) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2002, bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Belanjawan Persekutuan, 2002 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 31 Tahun 2001 adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut, hendaklah disahkan.

dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis (Hari Keempat diuntukkan)

2. (D.R. 38/2001) Rang Undang-undang Penapisan Filem 2001 Bacaan Kali Yang Kedua

3. (D.R. 39/2001) Rang Undang-undang Kewangan 2001 “

4. (D.R. 40/2001) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan “ Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001

5. (D.R. 41/2001) Rang Undang-undang Suruhanjaya “ Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2001

6. (D.R. 42/2001) Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti “ (Pindaan) 2001

7 AUM DR 26/11/2001 (PM #18499 v1)

7. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10 (4) (a) Akta Prosedur Kewangan 1957 (Pindaan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baharu seperti berikut:-

‘Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara’

8. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini menyokong laporan dan rekomendasi SUHAKAM berhubung tindakan ganas pihak polis dalam menangani kejadian demonstrasi Jalan Kebun, Shah Alam oleh penunjuk-penunjuk perasaan dan mendesak Kerajaan mengambil tindakan ke atas Polis yang bertanggungjawab.

9. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya pencabulan dan serangan agresif tentera Israel ke atas kawasan yang diduduki Palestin dan mendesak masyarakat antarabangsa terutama Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi dan ketenteraan ke atas Israel atas kedegilannya.

10. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini bersetuju berdasarkan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan Kerajaan melaksanakan secara saksama dan seadil-adilnya dasar kebebasan beragama di Malaysia dan menggalakkan rakyat supaya mengamalkan hidup murni dan bertoleransi ke arah melahirkan masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia saling hormat- menghormati antara agama dan budaya.

11. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini bersetuju untuk menggesa Kerajaan menubuhkan suatu badan Ombudsman di bawah Perlembagaan Persekutuan yang bebas dari pengaruh eksekutif bagi memastikan urusan pentadbiran negara berjalan menurut landasan undang-undang negara dan berkuasa merekomen tindakan undang-undang diambil ke atas mana-mana pihak yang menyeleweng.

8 AUM DR 26/11/2001 (PM #18499 v1)

12. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini menggesa Kerajaan menubuhkan suatu Yayasan Pendidikan Wilayah Persekutuan untuk membantu semua pelajar daripada pelbagai lapisan kaum dan latar-belakang untuk mendapat biaya yang mencukupi untuk menyambung pengajian mereka dan menyeragamkan kemudahan pendidikan tinggi bagi warga kota.

13. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini menggesa KWSP mengumumkan secara lengkap butir-butir pelaburan dan pinjaman yang dikeluarkan terutama yang bersabit kerugian akibat kehilangan pelaburan lebih RM300 juta dan pinjaman tanpa kolateral dan jaminan bernilai lebih RM2 billion dalam syarikat MBSB, YTR Holdings Sdn. Bhd, Capital Ventures Sdn Bhd, STAR Sdn Bhd, projek Bandar Samariang dan lain-lain serta mengambil langkah untuk mendapatkan balik kehilangan tersebut jika tidak dividen caruman akan terjejas.

14. Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak [Setiu] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengutuk dengan sekeras-kerasnya tindakan pihak pelampau yang mengebom Pusat Dagangan Antarabangsa (WTC) New York yang melibatkan orang awam. Bagaimanapun Pihak Kerajaan Amerika hendaklah mendapatkan bukti kukuh sebelum apa-apa tindakan diambil supaya mereka terutamanya masyarakat Arab Islam yang tidak berdosa menjadi mangsa.

Dewan ini turut merasa kesal dengan Kerajaan yang didalangi oleh UMNO dan BN menggunakan peristiwa ini untuk menyerang PAS dan mengesahkan penahanan zalim tanpa bukti mangsa Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) untuk menahan aktivis-aktivis politik yang menggugat kedudukan mereka.

Bahawa Dewan ini kecewa dengan tindakan tersebut yang menidakkan proses keadilan menerusi perbicaraan dalam mahkamah terbuka sekiranya terbukti bersalah dan peranan media yang terus melabel golongan Islam sebagai pihak yang bersalah walaupun tidak ada sebarang bukti.

Maka dengan ini Dewan mengambil ketetapan supaya media massa milik Kerajaan haruslah bersifat adil dan bertanggungjawab serta membebaskan semua tahanan politik di bawah ISA yang ternyata tidak mempunyai bukti kukuh dan melenyapkan akta yang lapuk itu.

9 AUM DR 26/11/2001 (PM #18499 v1)

15. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini hendaklah membincangkan keadaan semua fahaman pelampau (extremism) dan keganasan (terrorism) di negara ini terutamanya selepas laporan media bahawa Malaysia merupakan satu daripada 34 buah negara yang mempunyai khemah latihan Osama bin Laden. Dewan ini juga akan membahaskan sama ada terdapat kemungkinan peristiwa ganas seperti yang berlaku pada 11 September 2001, World Trade Centre dan Pentagon, Amerika Syarikat akan berlaku di Malaysia serta langkah-langkah yang harus diambil supaya perbuatan ganas ini dapat dicegah.

16. Tuan Saupi bin Daud [Tanah Merah] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan menyanggah sebarang tindakan mengenai polisi terkini Amerika Syarikat yang berhasrat menghancurkan Negara Islam Afghanistan yang disyaki melindungi pengganas. Washington juga mendakwa mereka ini meletupkan Bangunan strategik mereka seperti Pusat Dagangan Dunia (WTC) dan Pentagon. Ini dikhuatiri sebagai tuduhan serong mereka terhadap umat Islam keseluruhannya tanpa dikemukakan sebarang bukti yang meyakinkan.

Maka dicadangkan agar Kerajaan tidak terlalu gopoh mengeluarkan sokongan terhadap tindakan kekerasan Amerika kerana ia sudah pasti melanggar hak asasi rakyat dalam negara tersebut dan dikhuatiri serangan yang dibuat dan akan dibuat akan mengorbankan penduduk awam, wanita dan kanak-kanak. Sebarang kenyataan Kerajaan hendaklah mengambil kira semangat ummah dan sensitiviti Pertubuhan Negara- negara Islam (OIC).

17. Tuan Saupi bin Daud [Tanah Merah] akan mencadangkan:-

Dewan yang mulia ini hendaklah memberi ruang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat membahaskan usul sindrom Dominasi Eksekutif yang agak keterlaluan yang dibuat oleh Kerajaan UMNO dan BN. Ini kerana seolah-olah Kerajaan hari ini tidak mengambil kira pandangan badan-badan profesional dan NGO yang mewakili sebahagian besar rakyat dalam negara ini. Contohnya isu penyelewengan Tabung Haji adalah suatu yang amat mengecewakan kerana tidak ada satupun siasatan yang profesional dan telus yang boleh meyakinkan rakyat mengenai pengurusan caruman mereka. Kerajaan hanya merencanakan dasar mengikut selera dan yang hanya mementingkan individu tertentu dan kroni. Ini dibuat adalah semata-mata memperkukuhkan kuasa politik daripada usaha menjaga dana awam ini. Ini menggambarkan walaupun kita mengamalkan demokrasi berparlimen tetapi politik kita masih dikuasai oleh unsur-unsur dominan yang boleh mengetepikan nasihat dan teguran yang membina dari mana-mana sumber-sumber.

10 AUM DR 26/11/2001 (PM #18499 v1)

18. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan UMNO menyalahgunakan sekolah-sekolah Kerajaan dan IPTA untuk kepentingan politik sempit mereka.”

Bahawa Dewan ini menyedari akan kedudukan pendidikan negara yang tidak boleh dipolitikkan secara sempit oleh mana-mana pihak demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Bahawa Dewan ini merasa amat kesal dengan kebenaran yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan bagi membenarkan UMNO dan sayapnya seperti Pemuda UMNO dan Puteri UMNO menjalankan aktiviti secara bebas terhadap pelajar-pelajar sekolah dan universiti awam di seluruh Malaysia.

Dewan Ini menyedari bahawa polisi kementerian agar sekolah-sekolah dan IPTA perlu bebas dari politik kepartian adalah amat bercanggah apabila berlakunya sikap ‘double standard’ dalam melaksanakan polisi ini.

Maka dewan ini mengambil ketetapan agar mempertahankan dasar berkecuali pendidikan negara yang kini sedang tercabar dan cuba dipermainkan oleh tindakan politik kotor UMNO.

19. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman dan tindakan tidak beperikemanusian yang berterusan rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin yang mengakibatkan ribuan nyawa yang tidak berdosa terkorban serta beribu-beribu lagi mengalami kecederaan.

Bahawa Dewan ini menyedari akan kedudukan strategik kota Baitulmuqaddis yang mana terletaknya Masjid Al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam. Tindakan provokatif pemimpin Zionis Israel yang mencemar kesucian tempat ibadah umat Islam serta rancangan mereka untuk merobohkan Masjid Al-Aqsa adalah amat dikesali. Malahan rejim Zionis ini terus menerus mengenepikan segala bantahan antarabangsa terhadap tindakan kejam mereka serta tidak pernah menghormati lebih dari 100 resolusi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mendesak mereka berundur dari wilayah yang dirampas sejak sekian lama.

11 AUM DR 26/11/2001 (PM #18499 v1)

Bahawa Dewan ini merasa amat kesal dengan sikap dingin kuasa-kuasa besar Barat yang terus membisu terhadap kekejaman rejim Zionis ini terutamanya di bawah pimpinan Ariel Sharon yang merupakan ‘penjenayah perang’ yang telah membunuh beribu-beribu umat Islam Palestin secara zalim tanpa sebarang perikemanusiaan.

Dewan ini juga menyedari bahawa isu ini bukan persoalan umat Islam semata-mata, tetapi juga berkaitan dengan persoalan kemanusiaan sejagat yang melewati batasan agama, kaum dan sempadan.

Maka dewan ini mengambil ketetapan agar mempertahankan maruah umat Islam yang sedang tercabar dari ancaman rejim Zionis Israel serta Kuasa-kuasa Besar yang terus menerus melindungi serta menghalalkan tindakan berbentuk ‘State Terrorism’ terhadap umat Islam.

20. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan supaya memulihkan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan dan memulangkan hak penduduk untuk memilih Datuk Bandar dengan tujuan meningkatkan keberkesanan Kerajaan tempatan untuk memberi perkhidmatan yang lebih cekap kepada penduduk di kawasan berkenaan.

21. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan menghormati hasrat penduduk Kampung Damansara untuk membuka semula bangunan asal SJK (C) Damansara di samping menubuhkan cawangan sekolah tersebut demi penduduk di kawasan Petaling Jaya yang lain dengan alasan (i) kawasan Petaling Jaya tidak mempunyai sekolah jenis Kebangsaan Cina yang cukup untuk menampung kehendak penduduk di kawasan tersebut, (ii) bangunan SJK(C) Damansara masih berada dalam keadaan yang baik, (iii) Laporan EIA yang diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bunyi bising dan pencemaran udara di bangunan asal SJK(C) sebenarnya telah jatuh berbanding dengan tempoh sebelum lebuhraya SPRINT dibina, (iv) SJK(C) Damansara merupakan Sekolah Rendah Cina yang tunggal dalam Seksyen 11, 12,13, 14, 16, 17 di Petaling jaya, (v) penduduk diKampung Baru Damansara mempunyai keinginan yang kuat untuk mengekalkan sekolah rendah tersebut.

22. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan untuk meminda Akta Kolej dan Kolej Universiti supaya memberi lebih ruang dan kebebasan kepada ahli akademik dan pelajar untuk meluahkan pandangan mereka di samping menganjurkan aktiviti kampus.

12 AUM DR 26/11/2001 (PM #18499 v1)

23. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini memperakui pelajar-pelajar universiti juga mempunyai hak asasi mereka, terutamanya hak untuk bersuara dan berkumpul dan menggesa penggunaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Peraturan yang berkenaan dihentikan ke atas pelajar-pelajar universiti yang berkenaan tidak seharusnya dihukum sebelum perbicaraan dengan menafikan hak pendidikan mereka. Mereka harus dikembalikan hak pendidikan dengan serta merta.

13 AUM DR 26/11/2001 (PM #18499 v1)

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA MASUK KE DALAM MESYUARAT

TAHUN RISALAT/DOKUMEN TARIKH 2001 DIBENTANGKAN

CMD. 37 Laporan Tahunan Suruhanjaya Perkhidmatan 26 November Kehakiman dan Perundangan Malaysia tahun 2001 2000.

ST. 101 Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1890. 26 November Pindaan Kertas Kertas Statut ST. 95 Tahun 2001 1980 Elaun dan Keistimewaan bagi Yang di- Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

ST. 102 Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1890. 26 November Pindaan Kertas Kertas Statut ST. 102 Tahun 2001 1980 Elaun dan Keistimewaan bagi Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.