DEWAN RAKYAT YANG KESEMBILAN

MALAYSIA

------

MESYUARAT KEDUA

PENGGAL KELIMA

ATURAN URUSAN MESYUARAT

HARI ISNIN, 12 JULAI 1999, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 22 1

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Dr. G. Leelavathi (KAPAR) minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan tentang kajian serta kedudukan terkini berkenaan dengan cadangan pemberian insentif gaji bulanan kepada pekerja ladang terutamanya pekerja ladang getah di seluruh negara.

2. Tuan Md. Isa bin Sabu (KANGAR) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan setakat manakah prestasi Danamodal dan Danaharta menyumbang ke arah pemulihan ekonomi negara sehingga ke hari ini.

3. Tuan Chang See Ten (GELANG PATAH) minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah jaminan yang boleh diberi oleh Kerajaan bahawa penimbusan bangkai-bangkai khinzir dalam krisis Japanese Encephalitis baru-baru ini tidak mendatangkan sebarang masalah pencemaran alam sekitar, sumber air dan kesihatan, dari segi jangka pendek dan jangka panjang.

4. Dr. Tan Kee Kwong (SEGAMBUT) minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan mengenai kapalterbang Caribou kepunyaan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) yang jatuh terhempas dalam bulan Mei:

(a) adakah lapuran siasatan mengenai kejadian ini sudah selesai. Jika ia, apakah keputusan lapuran tersebut. Jika belum, mengapa; dan

2

b) adakah Kerajaan mempunyai rancangan untuk menggantikan ataupun memperbaharui kapalterbang-kapalterbang generasi lama kepunyaan TUDM.

5. Dato’ Dr Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis (ROMPIN) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kedudukan barangan tenusu dari EU yang dicemari dioksin.

6. Puan Chua Soon Bui () minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah Harga Indeks Pengguna di berbanding dengan negeri lain. Apakah rancangan dan tindakan yang akan diambil untuk memastikan adanya usaha yang berkesan untuk meringankan beban para pengguna di Sabah.

7. Tuan Michael Lisa Kaya (BUKIT MAS) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tentang sebab-sebab Projek Bakun dijalankan semula dan jangka masa yang diambil untuk melaksanakan projek tersebut dan siapakah bakal pemegang saham BHEC ini.

8. Tuan Vincent Lim Kuo Phau (PETALING JAYA UTARA) minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR menyatakan:-

(a) memandangkan masalah tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang serious, apakah langkah- langkah Kerajaan akan ambil untuk memastikan pemaju-pemaju mengambil penilaian kesan pembangunan ke atas alam sekitar sebelum projek pembangunan di kawasan tanah tinggi diluluskan; dan

(b) memandangkan baru-baru ini terdapat kesan berulangnya jerebu, apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk mengawal keadaan ini.

9. Tuan Zainal Abidin bin Haji Osman (MERSING) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilangan pelajar asing yang menuntut di IPTS sehingga 30 Jun 1999, negara asal mereka serta bidang pengajian yang diikuti. Sejauhmana matlamat menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan telah berjaya.

10. Dato’ Haji Mohd. Zihin bin Haji Mohd. Hassan (LARUT) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah wang kertas RM 1,000.00 dan RM 500.00 dikembalikan ke Malaysia setelah Kerajaan mengambil ketetapan ianya tidak laku diperniagakan selepas 1 Julai 1999.

11. Tuan Fu Ah Kiow (MENTAKAB) minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan:-

(a) berapa Majlis Daerah/Majlis Perbandaran telah menyerahkan kerja kutipan dan pelupusan sampah kepada syarikat penswastaan; dan

3

(b) apakah sistem pemantauan untuk memastikan syarikat penswastaan benar-benar mempunyai kenderaan, sumber manusia dan sumber kewangan yang mencukupi untuk menjalankan kerja yang diswastakan.

12. Puan Hajjah Seripah Noli binti Syed Hussin (SEPANG) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah- langkah yang diambil oleh Kementerian bagi mengatasi masalah kekurangan guru-guru di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri setakat ini.

13. Tuan Tiong Thai King (LANANG) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan:-

(a) adakah Kementerian merancang supaya sebahagian jalanraya diswastakan sebagaimana di Semenanjung terutamanya projek jalanraya sepanjang pinggir pantai Sarawak; dan

(b) sekiranya tidak, apakah langkah- langkah yang diambil oleh Kerajaan Pusat bagi mempercepatkan persiapan jalanraya tersebut.

14. Datuk Lim Si Cheng (SENAI) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kesan positif yang dicapai setelah beliau berusaha memaklumkan kepada negara-negara Bar at menerusi forum- forum ekonomi antarabangsa tentang pengalaman Malaysia mengatasi krisis kewangan Asia, dan apakah sikap dan pandangan IMF kini tentang kawalan kewangan yang dilaksanakan negara kita.

15. Tuan Hoo Seong Chang (KLUANG) minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan:-

(a) jumlah kos dan projek pembinaan jalan kampung di bawah konsep payung di seluruh negara dan di Negeri Johor pada tahun ini; dan

(b) sehingga 30.6.1999 berapa peratus projek tersebut telah dilaksanakan.

16. Datuk Lau Ngan Siew (SANDAKAN) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah- langkah pencegahan yang diambil untuk mencegah penyeludupan dadah dari Filipina ke Sabah dengan menggunakan Sandakan sebagai pintu masuk melalui laut.

17. Dr Tan Seng Giaw (KEPONG) minta PERDANA MENTERI menyatakan setakat mana buku karya YAB. Perdana Menteri yang mutakhir mengenai ekonomi dapat membantu negara, rantau dan dunia memperbaiki sistem kewangan. Apakah yang paling penting untuk mengubah sistem kewangan negara dan arkitektur sistem kewangan dunia bagi memelihara ekonomi.

4

18 Datuk Philip Yong Chiew Lip (GAYA) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapakah nisbah antara bilangan doktor perubatan dengan jumlah penduduk di Sabah menjelang tahun 2000 dan berapakah nisbah antara bilangan doktor perubatan dengan jumlah penduduk di negeri- negeri lain di Malaysia.

19. Tuan Asmat Nungka (BELURAN) minta MENTERI PERTANIAN menyatakan berapakah jumlah pampasan yang telah diberikan oleh Kerajaan kepada para penternak khinzir yang terjejas akibat Virus Japanese Encephalitis (JE).

20. Tuan Liew Ah Kim (SEPUTEH) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah permohonan yang dibuat untuk menubuhkan parti-parti politik di negara ini dalam tempoh 1995, 1996, 1997, 1998 hingga 30 Jun 1999. Sila nyatakan juga dalam tempoh tersebut:

(a) jumlah parti-parti politik yang telah diluluskan pendaftarannya; dan

(b) jumlah permohonan bagi menubuhkan parti-parti politik yang ditolak.

21. Tuan Amihamzah bin Ahmad (LIPIS) minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan jenis pesawat pengangkut yang digunakan oleh Tentera Udara DiRaja Malaysia sekarang dan apakah program pemodenan yang dijalankan untuk mengelakkan kemalangan udara berlaku.

22. Dr. Lee Chong Meng (BUKIT BINTANG) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah benar berita yang mengatakan bahawa konsesi tol di Jalan Pahang dan Jalan Cheras akan dilanjutkan lagi selama tempoh 20 tahun sekiranya pihak yang menerima konsesi menaikkan taraf jalan-jalan di sekitar kawasan tol yang terbabit.

23. Puan Chua Soon Bui (TAWAU) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa banyakkah wang kertas RM 500 dan RM 1000 telah dikembalikan kepada Bank Negara sehingga 1 Julai 1999 dari dalam dan luar negeri. Apakah dasar Bank Negara ke atas wang kertas yang tidak digunakan dan berapa banyakkah jumlahnya.

24. Tuan Robert Lau Hoi Chew (SIBU) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah-langkah pencapaian pemulihan Ekonomi Negara dari segi:

(a) nilai sebenar pertukaran Ringgit Malaysia, Indeks Komposit harga saham di BSKL, lebihan dagangan, rizab asing, kadar inflasi, Pelaburan Langsung Asing, kadar Pengangguran dan kadar pertumbuhan KDNK; dan

(b) langkah seterusnya yang akan diambil oleh Kerajaan untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi negara.

5

25. Tuan Robert Lau Hoi Chew (SIBU) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kerajaan Persekutuan dapat mempertimbang untuk memberi insentif cukai khas kepada Sarawak di dalam bidang projek pengeluaran makanan secara besar-besaran yang dilancar di Negeri Sarawak.

26. Tuan Chiew Chin Sing (BINTULU) minta MENTERI PERTANIAN menyatakan mengapa terdapat lesen- lesen tangkapan ikan diberikan kepada nelayan- nelayan asing di mana satu lesen untuk 5 kapal bagi tangkapan ikan laut dalam di perairan Sarawak. Siapakah pemegang lesen-lesen ini dan apakah syarat-syarat lesen ini dikeluarkan.

27. Tuan Yunof Maringking (TUARAN) minta PERDANA MENTERI menyatakan tindakan yang diambil oleh Kerajaan untuk memastikan Pilihanraya Umum akan datang tidak berjalan dengan cara yang kotor dan rakyat akan benar- benar bebas menjalankan kewajipan masing-masing tanpa ditipu atau diugut oleh mana -mana pihak.

28. Tuan Kula Segaran (TELUK INTAN) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:-

(a) mengapa ubat Chloram Plenicol (antibiotik) yang digunakan dengan meluas untuk menggemukkan ayam masih tidak diharamkan di negara ini walaupun antibiotik ini telah diharamkan di beberapa negara kerana ia mengakibatkan penyakit kanser; dan

(b) apakah kesan dan keburukan yang telah diakibatkan oleh antibiotik sebegini.

29. Tuan Haji Abdul Rahin bin Dato’ Haji Mohd Said (KUALA NERUS) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kerajaan bersetuju supaya Institusi Kewangan Islam memperbanyakkan lagi “instrument” kewangannya supaya ianya lebih kompetitif dalam arena kewangan masa kini. Adakah Kerajaan bercadang untuk mengasingkan (isolate) jenis-jenis perniagaan berbentuk Rumah-Rumah Kewangan (Financing House) yang telah luas seperti menubuhkan Al-Bathaman Ajil (M) Bhd., Al-Wakalah (M) Bhd, Al-Mudharabah (M) Bhd. dan lain-lain lagi untuk memperbesarkan rangkaian yang ada.

30. Tuan Jimmy Donald (SRI AMAN) minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan jumlah hutang yang belum diselesaikan ekoran Sukan Komanwel yang telah diadakan pada tahun 1998 dan apakah langkah- langkah yang sedang diambil supaya ia tidak membebankan Kerajaan.

31. Tuan Michael Lisa Kaya (BUKIT MAS) minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan tentang hasil daripada lawatan rasmi YAB. Perdana Menteri ke negeri Jepun baru-baru ini.

6

32. Tuan Haji Mustafa bin Muda (HULU TERENGGANU) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah jumlah institusi- institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang melanggar syarat-syarat Lembaga Akreditasi Negara (LAN) sehingga sekarang. Jika ada IPTS yang melanggar syarat-syarat tersebut apakah tindakan yang telah diambil.

33. Dr Tan Chong Keng (BUKIT MERTAJAM) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah- langkah yang diambil oleh Kementerian Kesihatan untuk menjamin kesihatan orang ramai yang menggunakan barangan makanan keluaran European Union selepas pencemaran dioxin didapati.

34. Dr Tan Chong Keng (BUKIT MERTAJAM) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah rancangan Kementerian Pendidikan untuk mempertimbangkan pengiktirafan ijazah-ijazah dari universiti-universiti Taiwan dan Cina.

35. Datuk Abdol Mulok bin Haji Awang Damit (LABUAN) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan:-

(a) bilangan pelajar lepasan SPM, SPVM dan STPM yang mendapat tempat di IPTA dan IPTS tempatan dan luar negara; dan

(b) jumlah pelajar yang telah menikmati skim wang perkhidmatan diri (WPD) yang tela h disediakan dan apakah cara penyalurannya berkesan.

36. Tuan Richard Riot Jaem (SERIAN) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada Maktab Perguruan Batu Lintang (MPBL) yang tidak jauh beza usia penubuhannya dengan Maktab Perguruan Tanjung Malim yang te lah dinaikkan tarafnya kepada Universiti Perguruan, akan dinaikkan tarafnya kepada universiti perguruan penuh atau dijadikan sebagai Kampus Cawangan kepada Universiti Perguruan Tanjung Malim (UPTM). Kalau ya, bilakah rancangan ini dijangka bermula. Kalau tidak mengapa.

37. Tuan Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz (HULU LANGAT) minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan mempunyai kaedah tertentu untuk memantau keseluruhan kakitangan perkhidmatan awam tidak menggunakan kedudukan mereka dan kemudahan ya ng disediakan untuk menikam Kerajaan dari belakang memandangkan terdapatnya anggota perkhidmatan awam dan agensi serta syarikat Kerajaan cenderung ke arah itu sekarang.

38. Tuan Chia Kwang Chye (BUKIT BENDERA) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) berapakah jumlah modal jangka pendek (short term capital) yang telah mengalir masuk ke negara sejak pelaksanaan kawalan modal pada 1hb. September 1998; dan

7

(b) apakah jangkaan jumlah modal yang akan mengalir keluar dari negara selepas 1hb. September 1999 walaupun dasar cukai keluar berperingkat (exit tax) telah dilaksanakan oleh Kerajaan.

39. Dr. L. Krishnan (TELOK KEMANG) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:-

(a) jumlah kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun dan yang berumur di antara 12 dan 18 tahun yang dikenalpasti menghidap HIV positif di negara ini sehingga tahun 1998. Apakah punca jangkitan HIV bagi golongan umur ini; dan

(b) apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian untuk mengawal penyakit ini di kalangan golongan umur tersebut.

40. Dr. L. Krishnan (TELOK KEMANG) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan nama barangan import serta yang di kilang yang dilarang di negara kita kerana pencemaran bahan dioxin. Sejauh manakah larangan ini akan dikekalkan.

41. Dato’ Haji Salamon bin Selamat (SHAH ALAM) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah strategi jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan untuk mengambil alih sekolah-sekolah agama rakyat di seluruh negara. Sejak Rancangan Malaysia Ke Tujuh dilancarkan, berapa banyakkah peruntukan te lah diberikan kepada sekolah-sekolah agama rakyat mengikut negeri.

42. Tuan Abdul Rahman bin Sulaiman (PARIT BUNTAR) minta MENTERI PENERANGAN menyatakan sama ada beliau:

(a) bercadang mengkaji semula rancangan-rancangan yang disiarkan oleh RTM dalam menyiarkan lebih banyak rancangan mengenai hal ehwal semasa termasuk mengenai ekonomi, politik, agama dan pertanian agar orang ramai mengetahui keadaan sebenar yang berlaku dalam negara sekarang; dan

(b) bercadang mengurangkan amalan bersaing dengan stesyen- stesyen TV swasta oleh RTM kerana masing-masing mempunyai peranan yang berbeza.

43. Tuan Karpal Singh (JELUTONG) minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Petronas akan diarahkan untuk mengubahkan logo barunya. Jika demikian, nyatakan sebab-sebabnya.

44. Tuan Lim Hock Seng (BAGAN) minta MENTERI PERTANIAN menyatakan butir-butir pemusnahan babi di ladang-ladang di negeri Pulau Pinang. Sila beri tarikh, tempat, jumlah perbelanjaan dan pampasan untuk setiap ladang yang dimusnah.

8

45. Tuan Lim Hock Seng (BAGAN) minta MENTERI PERTANIAN menyatakan jumlah bilangan babi yang telah dimusnah di seluruh negara sejak wabak Virus JE dan Nipah melanda negara. Apa langkah yang diambil untuk membangunkan industri penternak babi bagi menampung keperluan daging babi dan menjaga harga yang berpatutan ekoran pemusnahan raksasa ini.

46. Tuan Henrynus Amin (KINABALU) minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah nama-nama pengundi yang berpindah alamat dari kawasan N28 Bingkor, N27 Tambunan dan N25 Kundasang ke kawasan N26 Ranau dalam tempoh 1995-1998, dan mengapakah begitu ramai pengundi berpindah alamat ke N26 Ranau secara mendadak, dan adakah benar dakwaan bahawa ramai di antara pemohon tersebut tidak pernah memohon pindah alamat.

47. Dr. Maximus Johnity Ongkili (BANDAU) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah pelajar yang telah mendapat pinjaman atau bantuan daripada Tabung Pendidikan Negara bagi tahun 1998 dan 1999 dan jumlah wang yang telah dikeluarkan. Sila beri pecahan jumlah pelajar dan pinjaman seperti berikut:

(a) pelajar-pelajar IPTA; dan

(b) pelajar-pelajar IPTS dan jenis kursus yang ditaja dan berapakah jumlah pelajar yang berasal dari Sabah dan Sarawak yang telah menikmati pinjaman tersebut.

48. Dr. Maximus Johnity Ongkili (BANDAU) minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan jumlah peruntukan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian untuk pembangunan luar bandar di kawasan Parlimen P147 Bandau bagi tahun 1998 dan 1999. Sila maklumkan nama/jenis projek, peruntukan projek dan lokasi projek-projek yang telah dibiayai atau yang sedang dilaksanakan.

49. Tuan Haji Ibrahim bin Mahmood (KUALA KRAI) minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah mengatasi eksploitasi terhadap seruan menjaga batas-batas iman yang telah menjadi isu kafir mengkafir yang lapuk yang dibangkitkan semula oleh pihak tertentu untuk agenda halus dan tersembunyi. Adakah khidmat dan pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan perlu dalam hal ini.

50. Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood (TUMPAT) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan rasional dan justifikasi pengambilan alih sekolah agama rakyat dan apakah jaminan kemajuan dan masa depan pelajar dan sekolah berkenaan.

51. Tuan Haji Mohamad bin Sabu (KUBANG KERIAN) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan nama tokoh-tokoh dan syarikat-syarikat yang telah me ndapat hutang sejuta ke atas daripada bank-bank (sebutkan nama bank) tanpa mempunyai sandaran.

9

52. Tuan Joseph Mauh Ikeh (SELANGAU) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan:-

(a) adakah semua 1,835 pelajar (SPM dan SPMV) dari Sarawak menerima wang pendahuluan diri sebagai persediaan memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam terutamanya mereka yang kurang berkemampuan dari luar bandar Sarawak, dari peruntukan (RM 551,000.00) yang telah dibekalkan kepada Jabatan Pendidikan Sarawak baru-baru ini; dan

(b) berapa ramai dari pelajar memasuki IPTA yang menerima RM 1,000.00 seorang dan berapa ramai juga yang menerima RM 1,500.00 seorang.

53. Tuan Haji Abdul Hamid bin Abd. Rahman (SUNGAI BENUT) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) jumlah dan bilangan dana yang telah diwujudkan di dalam membantu usahawan khususnya Bumiputera pada masa kegawatan ekonomi dan nyatakan prestasi kemajuan dana-dana tersebut; dan

(b) adakah punca-punca dan halangan yang dikenalpasti di mana rungutan yang menyatakan proses pembiayaannya terlalu lambat dan apakah langkah-langkah baru dan peraturan yang diambil untuk mengatasi masalah ini.

54. Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang (MARANG) minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah peguam asing yang berkhidmat di negara ini dan apakah syarat-syarat yang dikenakan kepada mereka.

55. Tuan Haji Buniyamin bin Yaakob (BACHOK) minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah amaun kutipan bayaran denda (kompaun) oleh Polis/Dewan Bandaraya dan (hukuman mahkamah) terhadap pengguna kenderaan di Wilayah Persekutuan sejak lima tahun lalu.

56. Tuan Haji Buniyamin bin Yaakob (BACHOK) minta PERDANA MENTERI menyatakan kos perpindahan Jabatan Kerajaan ke Putrajaya dan tempoh/tarikh perpindahan menyeluruh dapat dilaksanakan.

57. Puan Hajjah Ilani binti Dato’ Haji Isahak (KOTA BHARU) minta PERDANA MENTERI menyatakan:-

(a) apakah tujuan dan pencapaian Institut Kefahaman Islam Malaysia; dan

(b) sejauhmanakah Kerajaan terlibat di dalam pembiayaan institut secara aktivitinya,

10

58. Tuan Vincent Lim Kuo Phau (PETALING JAYA UTARA) minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:-

(a) apakah pendapat penumpang-penumpang kapalterbang berkenaan dengan perkhidmatan dan kelengkapan di KLIA jika dibandingkan dengan lapangan terbang antarabangsa yang lain; dan

(b) apakah masalah- masalah yang dihadapi oleh pengguna - pengguna KLIA dan sekiranya ada, apakah langkah yang diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

59. Tuan Vincent Lim Kuo Phau (PETALING JAYA UTARA) minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan:-

(a) peratus sumber pekerja yang sedia ada, peratus sumber pekerja yang akan menyertai pasaran pekerjaan dan peratus sumber pekerja yang akan mencapai usia bersara pada masa 10 tahun yang akan datang; dan

(b) berdasarkan usia bersara di Malaysia adalah 55 tahun berbanding kebanya kan negara lain yang meningkatkan usia bersara kepada 60 tahun, apakah langkah yang diambil untuk memastikan pembekalan sumber pekerja mencukupi untuk membantu pembangunan negara kita.

60. Dr. Ramli bin Taib (KEMAMAN) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan se jauhmanakah Kerajaan menjalankan kajian terhadap bahan yang dilarang yang terdapat dalam barang-barang makanan yang diimport dari Luar Negara seperti kandungan dioxin yang terdapat dalam produk tenusu dari Eropah atau buah- buahan atau sayur-sayuran yang dimport dari negara jiran. Sebutkan tindakan yang pernah diambil sebelum ini.

61. Tuan Tan Kok Wai (CHERAS) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan pesakit dan kematian di setiap negeri sejak adanya rekod wabak penyakit demam denggi dan demam denggi berdarah.

62. Tuan Radin Malleh (TENOM) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah jumlah peruntukan untuk membiayai pembinaan Sekolah Menengah Harian Berasrama yang dilaksanakan di Kg. Entabuan, Tenom dan bilakah ianya siap dan sedia digunakan.

63. Datuk Dr Kamal bin Mat Salih (WANGSA MAJU) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah kedudukan aliran keluar masuk modal asing masa kini berbanding dengan tahun lepas apabila kawalan modal mula- mula dilaksanakan.

11

64. Dr. Yee Moh Chai (TANJONG ARU) minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan sedar mengenai isu pendatang tanpa izin di negeri Sabah yang semakin berleluasa. Oleh itu apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan mengenai isu ini.

65. Tuan Noh bin Omar (TANJONG KARANG) minta PERDANA MENTERI menyatakan faedah-faedah dan keuntungan jangkamasa pendek dan jangka masa panjang yang diperolehi oleh rakyat dan negara hasil dari pembinaan Pusat Pentadbiran Putra Jaya.

66. Tuan Noh bin Omar (TANJONG KARANG) minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan pengundi yang telah memohon pertukaran kawasan mengundi dalam tempoh semakan Daftar Pengundi baru-baru ini.

67. Tuan Lim Kit Siang (TANJONG) minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan untuk mempastikan pilihanraya umum yang akan datang tidak akan menjadi pilihanraya yang paling kotor sekali dalam sejarah Malaysia dengan politik ketakutan, ugutan, wang dan supaya peristiwa ‘tengkuluk Tengku Razaleigh’ tahun 1990 tidak akan berulang lagi.

68. Tuan Haji Mohamad bin Sabu (KUBANG KERIAN) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan nama tokoh-tokoh korporat dan syarikat-syarikat bermasalah yang telah diselamatkan sejak bulan Julai 1997 hingga hari ini dan berapakah jumlah yang terlibat.

***********************************

PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT

MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN

1. Menteri Pengangkutan

* Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 1999.

2. Menteri Sumber Manusia

* Rang Undang-undang Kumpulan Wang Buruh India Selatan (Pembubaran) 1999.

12

3. Menteri Luar Negeri

* Rang Undang-undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999.

______

* Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan dibawa pada semua peringkat di mesyuarat ini.

***********************************

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (DR. 2/99) Rang Undang-undang Keistimewaan Bacaan Kali Diplomatik (Konvensyen Vienna) (Pindaan) Yang Kedua 1999

2. (DR. /99) Rang Undang- undang Hubungan Konsular ” (Konvensyen Vienna) 1999

3. Tuan Haji Abdul Hadi bin Awang (MARANG) akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini memberikan kebenaran menurut Peraturan Mesyuarat 49 (1) kepada YB. Ahli bagi Kawasan Marang untuk mencadangk an suatu Rang Undang-undang Ahli Persendirian bernama Rang Undang- undang Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) (Pindaan) 1999 bagi memasukkan ke dalam Seksyen 46, Sub -seksyen (2)(a) yang berikut:-

““dalam bidangkuasa jenayahnya………Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, termasuk kesalahan murtad” atau ……”

4. Tuan Haji Abdul Hadi bin Awang (MARANG) akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini memberikan kebenaran menurut Peraturan Mesyuarat 49(1) kepada YB. Ahli bagi Kawasan Marang mencadangkan suatu Rang Undang- undang Ahli Persendirian bernama Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 1999 bagi memasukkan ke dalam Seksyen 2, selepas perenggan 2, perenggan 3 yang berikut:-

13

“Dengan syarat selanj utnya bahawa kuasa sedemikian boleh dijalankan berkenaan dengan kesalahan murtad yang boleh dihukum bunuh”.

5. Tuan Haji Abdul Hadi bin Awang (MARANG) akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini memberikan kebenaran menurut Peraturan Mesyuarat 49 (1) kepada YB. Ahli bagi Kawasan Marang mencadangkan suatu Rang Undang- undang Ahli Persendirian bernama Rang Undang-undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 1999 bagi memasukkan ke dalam Senarai Kedua, Jadual Kesembilan List II – State List selepas perkataan ‘Malay Customs’ dibaris 11, perkataan-perkataan yang berikut:

“Dengan syarat selanjutnya bahawa kuasa sedemikian boleh dijalankan berkenaan dengan kesalahan murtad yang boleh dihukum bunuh”.

6. Tuan Haji Abdul Hadi bin Awang (MARANG) akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini memberikan kebenaran menurut Peraturan Mesyuarat 49 (1) kepada YB. Ahli bagi Kawasan Marang mencadangkan suatu Rang Undang- undang Ahli Persendirian bernama Rang Undang- undang Kesalahan Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) (Pindaan) 1999 bagi memasukkan ke dalam Seksyen 5, Seksyen 5A yang berikut:

(1) Irtidad atau riddah atau murtad ialah apa-apa perbuatan yang dilakukan atau perkataan yang disebabkan oleh seorang Islam yang mukallaf yang mana perbuatan atau perkataan itu mengikut Hukum Syara’ adalah menjejaskan atau berlawanan dengan aqidah agama Islam; Dengan syarat bahawa perbuatan itu dilakukan atau perkataan itu disebutkan dengan niat, dengan sukarela dan dengan pengetahuan, dan tanpa apa-apa paksaan oleh sesiapa atau oleh keadaan.

(2) Perbuatan-perbuatan atau perkataan-perkataan yang menjejaskan aqidah itu ialah perbuatan-perbuatan atau perkataan-perkataan mengenai atau bersabit dengan perkara-perkara dosa yang dianggap mesti diketahui dan dipercayai oleh tiap-tiap orang Islam sebagai pengetahuan umumnya kerana dia orang Islam seperti perkara-perkara mengenai Rukun Islam, Rukun Iman dan perkara-perkara halal dan haram.

(3) Sesiapa yang disabitkan melakukan kesalahan irtidad, hendaklah sebelum dijatuhi hukuman ke atasnya, dikehendaki oleh Mahkamah supaya bertaubat dalam tempoh yang tidak kurang daripada tiga hari setelah dia didapati bersalah.

14

(4) Sekiranya dia enggan bertaubat dan masih lagi berterusan dengan pendiriannya terhadap perbuatan yang dilakukan atau perkataan yang disebutkan itu, maka Mahkamah hendaklah mengisytiharkan hukuman bunuh ke atasnya, dan memerintahkan supaya hartanya sama ada diperolehi sebelum atau selepas dia melakukan kesalahan itu dirampas untuk dipegang bagi keperluan Baitulmal. Dengan syarat bahawa sekiranya dia bertaubat sama ada sebelum dijatuhi hukuman bunuh ke atasnya atau selepas dijatuhi hukuman itu ke atasnya tetapi sebelum dijalankan lagi hukuman bunuh itu, maka hendaklah dia terlepas daripada hukuman bunuh itu, dan hartanya yang dihukum rampas itu hendaklah dipulangkan kepadanya. Dengan syarat selanjutnya bahawa dia hendaklah dipenjara selama tempoh yang tidak melebihi lima tahun.

7. Tuan Haji Abdul Hadi bin Awang (MARANG) akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini memberikan kebenaran menurut Peraturan Mesyuarat 49 (1) kepada YB. Ahli bagi Kawasan Marang mencadangkan suatu Rang Undang- undang Ahli Persendirian bernama Rang Undang-undang Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1999.

8. Tuan Yunof Maringking (TUARAN) akan mencadangkan:

Bahawa Dewan ini memberikan kebenaran menurut Peraturan Mesyuarat 49(1) kepada YB. Ahli bagi Kawasan Tuaran mencadangkan suatu Rang Undang- undang Ahli Persendirian bernama Rang Undang-undang Kesalahan Pilihanraya (Pindaan) 1999 bagi memasukkan ke dalam Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 peruntukan-peruntukan baru seperti berikut:

(i) Di bawah Seksyen 42, selepas Seksyen 42(2) diwujudkan Seksyen 42(3) baru yang berikut:

“Perbicaraan setiap Petisyen Pilihanraya hendaklah dimulakan tidak lewat 21 hari selepas tarikh Petisyen Pilihanraya itu difailkan dan hendaklah diselesaikan dalam tempoh 60 hari selepas pembicaraan dimulakan”.

(ii) Di bawah Seksyen 42, diwujudkan Seksyen 42(4) baru yang berikut:

15

“Mana-mana pihak yang tidak puas hati dengan keputusan Hakim Pilihanraya bolehlah mengemukakan rayuan dalam tempoh 7 hari terus kepada Mahkamah Persekutuan mengenai apa-apa keputusan Hakim Pilihanraya tetapi sesuatu rayuan hanya dibenarkan jika ianya berkaitan dengan tafsiran peruntukan undang-undang dan tidak melibatkan fakta yang telah dibangkitkan semasa perbicaraan dan rayuan itu hendaklah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam tempoh 14 hari selepas Memorandum Rayuan diterima”.

9. Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood (TUMPAT) akan mencadangkan:

Bahawa Dewan ini membincangkan bagi menubuhkan Jawatankuasa Bebas bagi mengatasi masalah wujudnya lebih kurang 100,000 pengundi hantu yang boleh menjejaskan proses demokrasi da lam pilihanraya umum yang semakin hampir.

10. Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood (TUMPAT) akan mencadangkan:

Bahawa Dewan ini membincangkan isu kenyataan Perdana Menteri bahawa pilihanraya akan datang akan menjadi pilihanraya umum paling kotor dalam sejarah, memandangkan perbuatan sabotaj, eksploitasi agensi Kerajaan dan penyelewengan undang-undang hanya boleh dilakukan oleh pihak yang berkuasa.

11. Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood (TUMPAT) akan mencadangkan:

Bahawa Dewan ini memandang serius dan membincangkan konspirasi pemimpin politik peringkat atasan Kerajaan sehingga menjatuhkan karier politik bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim secara yang paling jijik dan kotor sepanjang sejarah tanah air dan juga sejarah tamadun manusia iaitu dengan mengeksploitasi pegawai-pegawai tinggi dan juga agensi-agensi Kerajaan tunduk di bawah kekuasaan Perdana Menteri.

12. Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood (TUMPAT) akan mencadangkan:

Bahawa Dewan ini membincangkan isu ancaman luar dan penjajahan semula kuasa asing di negara ini yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri, sedangkan pihak Kerajaan sendiri masih terus terikat dengan pengaruh dan cengkaman kuasa asing khususnya Yahudi seumpama perlantikan Solomon Smith Barney sebagai Penasihat Kewangan Kerajaan.

16

13. Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood (TUMPAT) akan mencadangkan:

Bahawa Dewan ini membincangkan isu provokasi dan eksploitasi pihak Kerajaan terhadap pengembangan dakwah dan pengajaran mengenai ‘batas- batas keimanan’ sehingga menjadi isu ‘takfir’ (kafir mengkafir) yang amat mengelirukan dan membahayakan akidah serta perpaduan umat Islam di negara ini.

14. Dr Tan Seng Giaw (KEPONG) akan mencadangkan:

Bahawa Dewan ini hendaklah membincangkan cara-cara untuk memastikan pilihanraya umum akan datang adalah dilangsungkan dengan adil daripada semua aspek, khasnya setelah YAB. Perdana Menteri memberi amaran bahawa pilihanraya ini akan menjadi paling kotor dalam sejarah negara ini. Bahawa Dewan ini juga haruslah membahaskan langkah-langkah yang perlu diadakan untuk menentukan pilihanraya itu benar-benar dilangsungkan mengikut semangat Perlembagaan Persekutuan.

15. Dr Tan Seng Giaw (KEPONG) akan mencadangkan:

Bahawa Dewan ini berasa bimbang terhadap masalah keberkesanan mekanisme dan langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan untuk mencegah wabak di negara ini sama ada virus enterovirus 71 atau virus encephalitis Nipah atau Hendra atau Tambun. Bahawa Dewan ini mengambil perhatian mengenai kemampuan Kerajaan untuk mencegah wabak-wabak seperti taun tetapi kelemahannya untuk menangani wabak virus seumpama encephalitis yang mengorbankan 102 nyawa. Bahawa Dewan ini berkehendakkan mekanisme yang efektif untuk mengendalikan semua jenis wabak terutamanya di dunia yang semakin hari semakin terbuka.

16. Tuan Kula Segaran (TELUK INTAN) akan mencadangkan:

Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan kesal terhadap Kerajaan yang walaupun telah mengundang IPU (Inter-Parliamentry Union) menyiasat kes Encik Lim Guan Eng, bakas Ahli Parlimen Kota Melaka dalam usaha untuk mendapatkan pengampunan dari Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong dan Gabenor Melaka tetapi missi IPU telah gagal apabila Kerajaan tanpa alasan yang munasabah, telah tidak membenarkan anggota IPU berjumpa untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas dari YAB. Perdana Menteri, YB. Menteri Luar Negeri, Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong dan Gabenor Melaka.

17

17. Tuan Kula Segaran (TELUK INTAN) akan mencadangkan:

Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan kesal terhadap pihak polis di mana beberapa rakyat Malaysia telah ditembak mati oleh pihak polis termasuk Puan N. Selamalar, 31 tahun dari Balakong, Selangor, yang hamil 8 bulan dan mendesak Kerajaan menubuhkan satu Suruhanjaya bebas (Royal Commission) untuk menyiasat semua kes-kes seperti ini.

18. Tuan Kula Segaran (TELUK INTAN) akan mencadangkan:

Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan kesal terhadap Kerajaan yang enggan mengesahkan dan melaksanakan dua muafakat (Covenant) iaitu:

(a) International Covenant on Civil and Political Rights; dan

(b) International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights;

Yang telah diluluskan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu pada 16 haribulan Disember, 1966 di mana ia telah dipersetujui dan ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia.

19. Tuan Kula Segaran (TELUK INTAN) akan mencadangkan:

Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan kesal terhadap Kerajaan yang tidak memberhentikan tindakan merobohkan kuil-kuil Hindu yang dibina di atas tanah Kerajaan.

***********************************

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT

TAHUN RISALAT / DOKUMEN TARIKH 1999 DIBENTANGKAN

ST. 84 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 12 Julai 1999 Universiti Kebangsaan Malaysia bagi tahun 1997

ST. 85 Lapora n Tahunan dan Penyata Kewangan 12 Julai 1999 Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia bagi tahun 1997

***********************************

18

PERTANYAAN-PERTANYAAN BUKAN BAGI JAWAB LISAN

1. Dr. G. Leelavathi (KAPAR) minta MENTERI KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN PELANCONGAN menyatakan bilakah Panggung Negara di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur akan dibuka secara rasmi dan beberapa kegiatan seperti pementasan teater, bangsawan, konsert, koir dan orkestra simponi, teater komidi, teater kanak-kanak dan festival tarian dari semua kaum di negara ini akan dipentaskan secara besar-besaran.

2. Tuan Asmat Nungka (BELURAN) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan setakat ini berapakah jumlah pelaburan ASN2 yang dikeluarkan daripada Skim Caruman KWSP; dan bagaimanakah cara Kerajaan mempastikan bahawa golongan berpendapatan rendah di kawasan luar bandar benar-benar mendapat faedah daripada Skim ASN2 ini.

3. Tuan Asmat Nungka (BELURAN) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan wajar dan bersesuaian pada masa ini golongan pelajar seperti mahasiswa dibenarkan bergiat dalam politik; dan sekiranya boleh setakat mana tahap penglibatan mereka.

4. Tuan Asmat Nungka (BELURAN) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan perkembangan terkini pembinaan Jambatan Nangoh seperti yang dijadualkan akan dimulakan pada bulan Mac 1999.

5. Tuan Asmat Nungka (BELURAN) minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan selepas kejayaan gemilang Sukan Komanwel Ke-16, adakah negara kita mampu menganjurkan sukan yang lebih besar seperti Sukan Olimpik dan Asia; dan sejauhmana usaha -usaha Kerajaan berhasil untuk melobi sebagai tuan rumah sukan berkenaan, setakat ini.

6. Tuan Asmat Nungka (BELURAN) minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan selain kempen, iklan dan penguatkuasaan seperti yang telah dijalankan apakah ada alternatif lain yang telah diambil oleh Kerajaan yang mengurangkan masalah kecelakaan jalanraya di negara kita.

7. Dr. Tan Kee Kwong (SEGAMBUT) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kerajaan mempunyai rancangan untuk mendapatkan lebih banyak wang daripada bon-bon yang dikeluarkan di luar negara. Jika ia, bilakah Kerajaan akan berbuat demikian. Jika tidak, mengapa.

8. Dr. Tan Kee Kwong (SEGAMBUT) minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan telah mempertimbangkan penggubalan undang- undang tentang penghinaan mahkamah, berikutan cadangan Majlis Peguam kepada Kerajaan untuk menggubal Akta Penghinaan Mahkamah. Jika ia, bilakah Kerajaan akan mula menggubal Akta tersebut. Jika tidak, mengapa.

19

9. Dr. Tan Kee Kwong (SEGAMBUT) minta PERDANA MENTERI menyatakan mengenai perbelanjaan Kerajaan yang kurang memuaskan bagi projek- projek pembangunan:

(a) adakah objektif membelanjakan 50% daripada jumlah peruntukan sudah dicapai. Jika tidak, bilakah objektif itu akan dicapai; dan

(b) mungkinkah Kerajaan tetapkan tarikh untuk membelanjakan baki peruntukan tersebut.

10. Dr. Tan Kee Kwong (SEGAMBUT) minta MENTERI PERPADUAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT menyatakan dengan komprehensif apakah program-program pembangunan masyarakat yang dianjurkan oleh Kementerian kini. Baga imanakah program-program tersebut dipromosikan dan bagaimanakah Kementerian mendapatkan kerjasama rakyat Malaysia untuk menyertai program-program tersebut.

11. Dr. Tan Kee Kwong (SEGAMBUT) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah rancangan Kerajaan untuk mempengaruhi negara-negara lain supaya menerima idea bagi kewujudan perangkaan kewangan antarabangsa yang baru. Jika ia, apakah forum yang akan digunakan oleh Kerajaan untuk membentangkan idea ini.

12. Tuan Chiew Chin Sing (BINTULU) minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah bilangan undi pos untuk setiap kawasan Parlimen di Sarawak. Bagaimana SPR boleh mempastikan bahawa setiap undi yang dibuang sememangnya undi rahsia.

13. Tuan Chiew Chin Sing (BINTULU) minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan jumlah Projek Luar Bandar yang dilaksanakan di Kawasan Parlimen Bintulu pada Penggal Parlimen ini, mengikut pecahan nama, amaun dan tarikh.

14. Tuan Chiew Chin Sing (BINTULU) minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan rancangan pembekalan elektrik ke luar bandar Bintulu terutama rumahpanjang di Jalan Ulu Sebauh. Berapakah jumlah peruntukan dan bilakah akan dilaksanakan.

15. Tuan Chiew Chin Sing (BINTULU) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah bilangan peruntukan sekolah-sekolah menengah Cina Persendirian dalam masa 10 tahun kebelakangan di Sarawak. Sila nyatakan nama, akaun dan tarikh peruntukan.

16. Tuan Chiew Chin Sing (BINTULU) minta MENTERI PERTANIAN menyatakan bagaimana cuaca dalam tahun-tahun kebelakangan ini menjejaskan tanaman dari segi pengeluaran beras, lada hitam, buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain di Sarawak. Apakah langkah- langkah yang diambil oleh Kementerian bagi membaiki situasi tersebut.

20

17. Tuan Yunof Maringking (TUARAN) minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan mengapakah Kementerian belum memberi bekalan air dan elektrik dari Kg. Bongol ke Batu 20 Jalan Tamparuli-Pekan Nabalu.

18. Tuan Yunof Maringking (TUARAN) minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah tiada seorang dari Sabah dilantik menjadi Ahli Suruhanjaya Pilihanraya dan mengapakah kewarganegaraan para pemilih tidak diminta disahkan oleh Pendaftar.

19. Tuan Kula Segaran (TELUK INTAN) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berikan jumlah tahanan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan mengikut la in- lain jenis undang-undang terlarang / terhad (restrictive law). Berapa ramaikah telah meninggal dunia semasa dalam tahanan sehingga hari ini.

20. Tuan Kula Segaran (TELUK INTAN) minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sejauhmanakah berkesannya kempen menanam pokok dan kempen kebersihan setakat ini.

21. Tuan Kula Segaran (TELUK INTAN) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:-

(a) apakah kadar dan kecenderungan masalah penyakit jiwa/mental.

(b) berikan angka-angka terperinci mengenai pesak it jiwa mengikut hospital-hospital.

22. Tuan Kula Segaran (TELUK INTAN) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa banyakkah syarikat telah diambil alih oleh Danaharta dan sudahkah perubahan dibuat kepada pengurusan syarikat dan adakah syarikat mengalami keuntungan.

23. Tuan Michael Lisa Kaya (BUKIT MAS) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah Jambatan Batang Trusan di Daerah Lawas akan dibina.

24. Tuan Michael Lisa Kaya (BUKIT MAS) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilakah Hospital Daerah di Bandar Lawas akan dibina.

25. Tuan Michael Lisa Kaya (BUKIT MAS) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah jalan raya yang menghubung Nanga Medamit ke Gunung Buda dan Gunung Mulu di Daerah Limbang akan dibina.

26. Tuan Michael Lisa Kaya (BUKIT MAS) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah jumlah murid-murid Tingkatan Lima yang lulus dan diberi tempat melanjutkan pelajaran di Tingkatan Enam di Negeri Sarawak mengikut Bahagian masing-masing seperti Samarahan, Kuching, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

21

27. Tuan Michael Lisa Kaya (BUKIT MAS) minta MENTERI PERTANIAN menyatakan polisi dan syarat-syarat yang baru mengenai permohonan lesen menangkap ikan laut dalam.

28. Tuan Richard Riot Jaem (SERIAN) minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah langkah-langkah yang sedang dan akan diambil untuk mempastikan bahawa projek-projek jalan kampung (PJK) di bawah Konsep Payung tidak “Sub-Standard”. Dari tahun 1996 hingga sekarang berapa buah batang jalan kampung di negeri Sarawak telah dinaiktaraf dengan dipremix, pecahan mengikut daerah, serta kosnya.

29. Tuan Lim Kit Siang (TANJONG) minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah rakyat Malaysia yang berdaftar sebagai pengundi dalam kempen mendaftar yang diadakan baru-baru ini (bulan Mei) serta jumlah pengundi berdaftar seluruh negara, mengikut negeri dan kaum.

30. Tuan Lim Kit Siang (TANJONG) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah sekolah yang masih tidak mendapat bekalan elektrik, dengan angka berasingan untuk setiap negeri.

31. Tuan Henrynus Amin (KINABALU) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah peruntukan yang diberikan untuk tujuan pembinaan Sekolah Menengah Agama di Kg Lohan, Ranau (Sabah) dan bilakah ianya akan dilaksanakan dan apakah rancangan Kerajaan terhadap bangunan Sekolah Menengah Agama Ranau di Pekan Ranau yang didapati rosak akibat masalah pergerakan tanah.

32. Tuan Henrynus Amin (KINABALU) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah peruntukan yang sudah diluluskan bagi maksud pembinaan SMK Bundu Tuhan di Ranau, Sabah dan bilakah ianya akan dilaksanakan.

33. Tuan Henrynus Amin (KINABALU) minta MENTERI TANAH DAN PEMBANGUNAN KOPERASI menyatakan adakah benar Kementerian mempunyai rancangan untuk memajukan tanah-tanah terbiar milik penduduk kampung kawasan N26 Ranau dan N25 Kundasang untuk penanaman kelapa sawit, dan adakah benar FELDA akan membuka sebuah kilang memproses buah kelapa sawit di kawasan Ranau dan kalau ia, bilakah projek tersebut akan dimulakan dan nyatakan keuntungan kepada rakyat hasil dari projek ters ebut.

34. Tuan Henrynus Amin (KINABALU) minta MENTERI TANAH DAN PEMBANGUNAN KOPERASI menyatakan berapakah luas tanah kepunyaan FELDA dan FELCRA di negeri Sabah, di manakah tempat-tempat tersebut, dan jumlah pekerja yang telah diambil untuk bekerja di ladang- ladang tersebut, dan adakah Kementerian masih bercadang untuk mengambil lebih banyak tanah-tanah terbiar kepunyaan orang-orang kampung untuk ditanam kelapa sawit.

35. Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang (MARANG) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan:-

(a) bilakah projek penghantaran air dari Pahang ke Selangor akan dilaksanakan dan kos yang terlibat; dan

22

(b) pakar-pakar asing dari manakah yang akan terlibat di dalam projek tersebut.

36. Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang (MARANG) minta MENTERI TENAGA, KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah sektor- sektor kritikal yang menghadapi masalah pepijat alaf tahun 2000(Y2K) dan berapakah kos yang diperuntukkan bagi mengatasinya.

37. Tuan Radin Malleh (TENOM) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai 34,442 keping Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (KPT) dari Sabah yang belum dikutip oleh para pemohon, dan akan dimusnahkan pada bulan Oktober ini seperti yang diumumkan oleh Ketua Pengarah, Jabatan Pendaftaran Negara di Alor Setar, Kedah baru-baru ini. Sila senaraikan mengikut daerah dengan nama, alamat dan nombor kad pengenalan supaya pihak kami dapat tolong mengesan mereka.

38. Dr. Tan Seng Giaw (KEPONG) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah wang yang dianggarkan hilang sejak krisis ekonomi dua tahun yang lepas. Berapa banyak wang mengalir masuk dan keluar negara. Bagaimana kawalan modal beroperasi.

39. Dr. Tan Seng Giaw (KEPONG) minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan bagaimana beliau mengkontrolkan inflasi ketika krisis ekonomi ini. Apakah langkah- langkah yang efektif. Berapakah barang kawalan dan berapa dibenarkan naik harga.

***********************************

DEWAN RAKYAT YANG KESEMBILAN

MALAYSIA

------

MESYUARAT KEDUA

PENGGAL KELIMA

KERTAS PEMBERITAHU

HARI SELASA, 13 JULAI 1999, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 23 1

23

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Dr. G. Leelavathi (KAPAR) minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah tindakan yang telah dan akan diambil oleh pihaknya supaya syarikat pemaju perumahan membina lebih banyak projek perumahan kos rendah dan sederhana di seluruh negara, memandangkan jenis kediaman ini lebih banyak permintaannya bagi golongan yang berpendapatan rendah.

2. Tuan Chang See Ten (GELANG PATAH) minta PERDANA MENTERI menyatakan:-

(a) sejauhmanakah Bahasa Malaysia digunakan dalam perbicaraan di mahkamah pada semua peringkat; dan

(b) adakah terdapat usaha membantu para hakim dan peguam mempertingkatkan kemahiran Bahasa Malaysia masing- masing.

3. Dr. Patau Rubis (MAS GADING) minta PERDANA MENTERI menyatakan perkataan-perkataan YAB tentang pilihanraya yang akan datang menjadi pilihanraya yang terkotor dalam sejarah Malaysia. Adakah ini bermakna bahawa undang-undang yang ada tidak akan dihormati oleh pihak Kerajaan mahupun pembangkang.

4. Datuk Lim Si Cheng (SENAI) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) kadar peningkatan lebihan imbangan perdagangan dalam negara dan jumlah rizab negara yang terkini; dan

(b) langkah yang sedang dan akan dilaksanakan bagi menjamin supaya pemulihan ekonomi yang tercermin dalam peningkatan pasaran saham sekarang bukan hanya “buih ekonomi” dan memberi gambaran sebenar.

5. Tuan Hoo Seong Chang (KLUANG) minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan:-

(a) sejak Januari 1999 hingga 30 Jun 1999 (6 bulan pertama tahun ini) berapakah jumlah nilai dan projek indust ri pembuatan yang telah diluluskan oleh Kementerian; dan

(b) berapa peratuskah pelaburan asing dan adakah ia menunjukkan peningkatan atau penurunan jika dibandingkan dengan tahun lalu.

24

6. Datuk Lau Ngan Siew (SANDAKAN) minta MENTERI KESIHATAN menyataka n apa kemudahan-kemudahan perubatan yang terdapat dan akan disediakan kepada pesatkit-pesakit apabila poliklinik baru Sandakan beroperasi kelak.

7. Dr Tan Seng Giaw (KEPONG) minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tanda-tanda yang konkrit terhadap pemulihan ekonomi selepas krisis selama dua tahun. Apakah tempoh untuk pemulihan yang sepenuhnya.

8. Tuan Asmat Nungka (BELURAN) minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan-tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan setakat ini dalam usaha menyelesaikan isu Pendatang Tanpa Izin di negara kita khususnya di Sabah yang telah mencapai angka 500,000 orang.

9. Dr. Tan Kee Kwong (SEGAMBUT) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengenai tindakan Kerajaan yang baru untuk melegakan prosedur - prosedur supaya kontraktor-kontraktor dapat memulakan projek-projek dengan segera:

(a) bagaimanakah Kerajaan akan memastikan supaya kelegaan di dalam prosedur -prosedur ini tidak disalahgunakan; dan

(b) apakah garispanduan- garispanduan yang harus diikuti oleh pegawai-pegawai Kerajaan di dalam konteks ini.

10. Tuan Liew Ah Kim (SEPUTEH) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sebab-sebab yang dikenalpasti kenapa sejumlah 107,002 kad-kad pengenalan baru (KPBT) yang siap sebelum 31 Disember 1997 di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak dituntut, akan dilupuskan hujung tahun ini dan langkah-langkah keselamatan telah diambil oleh JPN bagi mengawal keselamatan KPBT.

11. Tuan Liew Ah Kim (SEPUTEH) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada sedar kenyataan yang dibuat oleh YAB. Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini bahawa pilihanraya umum akan datang paling kotor dalam sejarah pilihanraya dan apakah langkah- langkah telah diambil dan adakah YAB. Dr Mahathir akan didakwa di bawah Akta Hasutan kerana menyebarkan berita palsu.

12. Tuan Lim Siang Chai (PETALING JAYA SELATAN) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apa tindakan Kerajaan akan ambil tentang saham Malaysia yang berada di CLOB, Singapura selama lebih kurang satu tahun.

25

13. Dr. Lee Chong Meng (BUKIT BINTANG) minta PERDANA MENTERI menyatakan setakat ini berapakah jumlah pusat perniagaan yang telah diluluskan perniagaannya dan jumlah pusat yang masih di dalam pembinaan. Apakah dasar Kerajaan dalam mengeluarkan lesen pusat perniagaan serta tidakkah ada cadangan bagi menswastakan pengendalian pusat penjaja di Bandaraya Kuala Lumpur.

14. Dato’ Dr Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis (ROMPIN) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kedudukan pendatang tanpa izin dari negara jiran yang sedang dilanda krisis ekonomi dan politik.

15. Dr. Yap Yit Thong (LUMUT) minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan:-

(a) kos membina “incinerator” sampah di Pulau Pangkor; dan

(b) kapasiti membakar serta masalah-masalah yang dihadapi dalam operasi “incinerator” tersebut.

16. Tuan Hashim bin Ismail (LEDANG) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berkaitan kontraktor-kontraktor yang terlibat dengan pembinaan PULAREK. Apakah hasil siasatan dan bentuk tindakan terhadap kontraktor- kontraktor yang cuai melaksanakan kerja-kerja dan tugas mereka.

17. Puan Chua Soon Bui (TAWAU) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah punca bilangan pelajar sekolah merokok atau menagih dadah bertambah dengan drastik. Berapa ramai dan apakah tahap umur para pelajar yang terlibat di setiap negeri. Apakah langkah yang akan diambil untuk memastikan kempen “sifar merokok” atau “sifar menagih dadah” berkesan di kalangan pelajar.

18. Tuan Robert Lau Hoi Chew (SIBU) minta MENTERI PERTANIAN menyatakan:-

(a) jumlah terkini lesen menangkap ikan laut dalam yang dikeluarkan untuk kawasan menangkap ikan laut dalam Sarawak dan jumlah lesen laut dalam yang dikeluarkan di seluruh negara; dan

(b) jumlah pemegang lesen menangkap ikan laut dalam tempatan yang bergabung dengan syarikat-syarikat perikanan asing (nyatakan dari negara mana).

19. Tuan Robert Lau Hoi Chew (SIBU) minta MENTERI PERTANIAN menyatakan sama ada benar pemegang lesen menangkap ikan laut dalam tempatan menyewakan lesen mereka kepada nelayan asing tanpa mereka sendiri terlibat di dalam operasi tersebut. Jika ia, dapatkah Kementerian membenteras kegiatan tidak sihat ini yang hanya merugikan negara, dan apakah tindakan terhadap nelayan asing yang mengguna lebih daripada satu kapal bagi setiap lesen yang disewa.

26

20. Tuan Chiew Chin Sing (BINTULU) minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sama ada laporan kajian kesan alam sekitar (EIA) telah dibuat kepada kilang penapis Alumina yang dicadangkan dibina di Similanjau, Bintulu, Sarawak. Jika sudah, bagaimanakah kedudukannya sekarang. Jika belum, bila penilaian akan dibuat.

21. Tuan Yunof Maringking (TUARAN) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah keseluruhan hutang tidak berbayar (NPLs) yang telah dijual balik kepada pihak ketiga setakat 30 Jun 1999 dan apakah kesan/beban jangka panjang terhadap ekonomi dan kewangan Negara jika NPLs itu terus tidak dapat dijual balik kelak.

22. Tuan Kula Segaran (TELUK INTAN) minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan:-

(a) berapakah kos yang terlibat dalam usaha membantu menjayakan projek ‘Jalur Gemilang’, berikan kos terperinci termasuk jumlah kos tenaga manusia, pengangkutan kapal terbang dan lain-lain perbelanjaan; dan

(b) apakah asas dan justifikasi penglibatan dalam projek sebegini.

23. Tuan Ibrahim bin Pateh Mohamad (TANAH MERAH) minta MENTERI PENDIDIKAN menya takan berikutan langkah Kementerian menaikkan taraf guru- guru lepasan Maktab Perguruan daripada Sijil kepada Diploma (DPM), sama ada Kementerian akan mewujudkan skim gaji yang sesuai untuk guru- guru yang telah lama berkhidmat.

24. Tuan Haji Abdul Rahin bin Dato’ Haji Mohd Said (KUALA NERUS) minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan sama ada Kerajaan telah bersetuju ataupun terdapat perbincangan dengan JPA untuk menambah kakitangan Kementerian Belia seperti disarankan oleh ramai pemimpin-pemimpin tempatan bagi menyelesaikan masalah kekurangan Pegawai Belia di daerah-daerah di seluruh negara.

25. Tuan Jimmy Donald (SRI AMAN) minta MENTERI TANAH DAN PEMBANGUNAN KOPERASI menyatakan langkah- langkah yang akan diambil untuk menjaga tanah-tanah yang dimiliki oleh rakyat Malaysia yang sekarang telah disahkan dalam kawasan negara Indonesia disebabkan pemetaan baru sempadan Negara Malaysia dan Indonesia dan khususnya, apakah tindakan yang telah diambil untuk menjaga tanah-tanah seluas lebih kurang seribu hektar kepunyaan rakyat Malaysia yang tinggal di Batu Lintang dan di Punggu di Bahagian Sri Aman, Sarawak.

26. Tuan Michael Lisa Kaya (BUKIT MAS) minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah pihak yang berkuasa mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengawal pembinaan di lereng bukit dengan mengadakan syarat-syarat yang ketat atau menubuhkan satu badan yang berkuasa dan bertanggungjawab memastikan yang setiap cadangan dikaji sebelum diberi kelulusan.

27

27. Tuan Haji Mustafa bin Muda (HULU TERENGGANU) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah penuntut bumiputera di IPTS dan nyatakan bidang-bidang yang mereka ikuti di pusat-pusat tersebut.

28. Tuan Haji Mustafa bin Muda (HULU TERENGGANU) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan setelah Kementerian mewujudkan lebih banyak pusat pengajian tinggi swasta selain Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia, nyatakan berapa jumlah sehingga kini Kerajaan Malaysia telah menghantar pelajar- pelajar ke luar negara dan nyatakan negara mana yang dihantar.

29. Dr. Tan Chong Keng (BUKIT MERTAJAM) minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan:-

(a) bilangan agensi pekerja asing yang berlesen untuk setiap negeri; dan

(b) bilangan pekerja asing yang dibawa masuk ke Malaysia secara sah dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini.

30. Datuk Abdol Mulok bin Haji Awang Damit (LABUAN) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) sejauhmanakah pelaksanaan penjualan semula saham Bumiputera kepada bukan Bumiputera dan warga asing; dan

(b) apakah kedudukan pegangan ekuit i Bumiputera dalam syarikat (tidak termasuk pegangan Kerajaan) akibat kelembapan ekonomi, kejatuhan harga pasaran saham dan penjualan ekuiti saham Bumiputera.

31. Tuan Haji Che Ibrahim bin Mustafa (SUNGEI PETANI) minta MENTERI PERTANIAN menyatakan:-

(a) sejauhmanakah Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN 3) yang bertujuan merangsang penyertaan sektor Swasta dalam bidang pertanian yang menetapkan sasaran 2/3 pelaburan dalam pertanian perlu diterajui oleh sektor ini dapat dicapai; dan

(b) sejauhmanakah Pusat Maklumat Setempat dan Bank Tanah yang ditubuhkan oleh Kementerian dapat membantu mencapai matlamat tersebut.

32. Datuk Wira Abu Seman Yusop (ALOR GAJAH) minta PERDANA MENTERI menyatakan bahawa semasa Badan Pencegah Rasuah (BPR) di bawah kepimpinan Tan Sri Harun Hashim dalam tahun enam puluhan mendapat publisiti yang meluas terutama dalam tindakan kes-kes rasuah yang diambil oleh BPR sehinggakan pegawai-pegawai Kerajaan merasa gerun terhadap BPR, adakah kes-kes rasuah telah berkurangan pada masa ini memanda ngkan tidak banyak publisiti dibuat oleh BPR kini.

28

33. Tuan Richard Riot Jaem (SERIAN) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan, memandangkan daerah kecil Tebedu di Sarawak belum lagi mempunyai sekolah menengah, adakah Kerajaan bercadang untuk mendirikan sebuah sekolah menengah di situ. Kalau ya, bilakah ianya dijangka bermula. Kalau tidak, mengapa.

34. Tuan Lim Kit Siang (TANJONG) minta MENTERI PERTANIAN menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan untuk membantu para penternak babi yang terjejas oleh serangan virus Nipah selain dari bergantung kepada derma orang ramai dan sama ada pihak Kerajaan akan memikul tanggungjawab terhadap lebih 100 kematian yang berlaku berikutan dengan serangan virus ini hasil dari salah urus khasnya pihak Menteri Kesihatan.

35. Dato’ Haji Mohd. Zihin bin Haji Mohd. Hassan (LARUT) minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh MTEN yang setakat ini berjaya memulihkan ekonomi negara.

36. Tuan Haji Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman (POKOK SENA) minta MENTERI KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN PELANCONGAN menyatakan adakah Kementerian sedar bahawa lambang beruk atau orang utan sebagai lambang Malaysia untuk menarik pelancong ke negara ini adalah memalukan dan membuat orang-orang luar menganggap kita sebagai Negara Orang Utan. Tidak adakah rancangan untuk menukar lambang ini.

37. Tuan Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz (HULU LANGAT) minta PERDANA MENTERI menyatakan memandangkan setiap anggota PDRM telah memainkan peranan yang sangat penting menjaga keamanan dan keharmonian negara, adakah Kerajaan bercadang untuk menyemak kembali sekim perkhidmatan dan gaji mereka supaya lebih sesuai dengan tanggungjawab masa kini.

38. Tuan Chia Kwang Chye (BUKIT BENDERA) minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan mengenai cadangan Kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Kebangsaan bagi Hak Asasi Manusia (NCHR):

(a) bilakah Suruhanjaya ini akan ditubuhkan dan apakah taraf rasmi Suruhanjaya ini dalam Pentadbiran Negara; dan

(b) apakah tanggungjawab dan peranan utama Suruhanjaya ini.

39. Tuan Wong Kam Hoong (BAYAN BARU) minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan:-

(a) sama ada syarat-syarat keselamatan yang sedia ada mencukupi untuk projek di lereng bukit demi mencegah keruntuhan tanah; dan

(b) bagaimanakah Kementerian bercadang memperketat syarat- syarat ini supaya dipatuhi sepenuhnya oleh pemaju demi keselamatan penghuni-penghuni.

29

40. Dr. L. Krishnan (TELOK KEMANG) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-

(a) jumlah pekerja asing yang bekerja di sektor perladangan di seluruh negara, bilangan yang belum memperbaharui permit kerja dan jumlah kerugian (dari segi pungutan levi) kepada Kerajaan; dan

(b) apakah cadangan Kerajaan dalam memberi lanjutan masa kepada majikan untuk memperbaharui permit kerja pekerja- pekerja asing tersebut.

41. Tuan Paulis Nointien (PENAMPANG) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jika Kementerian sedar bahawa banyak sekolah di negeri Sabah yang berhampiran dengan bandar mempunyai bilangan guru yang berlebihan manakala sekolah yang terpencil pula mengalami kekurangan guru. Apakah langkah- langkah Kementerian untuk menyelesaikan masalah ketidakseimbangan ini.

42. Dato’ Haji Salamon bin Selamat (SHAH ALAM) minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan setakat ini berapakah perbelanjaan yang telah dibuat oleh pihak Kerajaan dan swasta dalam pembinaan Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Di Lembah Klang, Sejauhmanakah sambutan orang ramai mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak pengusaha LRT dari segi bilangan pengguna dan pendapatan yang diperolehi.

43. Tuan Abdul Rahman bin Sulaiman (PARIT BUNTAR) minta MENTERI PENERANGAN menyatakan sama ada beliau bersedia menimbangkan semula penyiaran laporan khas persidangan Parlimen melalui TV bagi membolehkan Rakyat mengetahui apa yang berlaku dalam Parlimen Malaysia.

44. Tuan Fu Ah Kiow (MENTAKAB) minta MENTERI PERUSAHAAN UTAMA menyatakan apakah langkah masa jangka pendek dan panjang untuk meningkatkan harga getah asli di pasaran antarabangsa. Adakah sistem pembelian getah beku oleh MARDEC pada satu harga minima, berkesan dalam membantu penoreh getah dan pekebun kecil.

45. Tuan Fu Ah Kiow (MENTAKAB) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan:-

(a) keperluan kursus Tingkatan Enam (STPM) memandangkan kian banyak IPTA dan IPTS telah menawarkan kursus Diploma/Ijazah kepada murid lepasan SPM; dan

(b) berapa kolej/universiti swasta telah diambil tindakan oleh Kementerian atas sebab pengiklanan yang mengandungi maklumat palsu atau “misrepresentation”.

30

46. Tuan Karpal Singh (JELUTONG) minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan akan mencadangkan pindaan kepada Akta Profesion Undang-undang 1976 untuk membolehkan Peguam Negara menjadi Ketua Majlis Peguam. Jika demikian, nyatakan sebab-sebabnya.

47. Tuan Karpal Singh (JELUTONG) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kategori-kategori bahan-bahan makanan dari negeri- negeri Eropah seperti Ireland, Peranchis, Denmark, Sweden dan Itali yang sehingga kini telah diisytiharkan bebas daripada pencemaran dioxin.

48. Dato’ Sng Chee Hua (JULAU) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah Jalan Pekan di daerah Julau, Sarawak yang mana merupakan laluan utama menghubungkan daerah Meradong, Julau, Betong dan Saratok akan ditingkatkan tarafnya daripada jalan tanah merah kepada jalan raya yang berturap dan mempunyai papan tanda yang sempurna serta mempunyai kemudahan-kemudahan seperti jalanraya yang lain.

49. Dato’ Haji Abu Zahar bin Nika Ujang (KUALA PILAH) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah prestasi perbelanjaan pembangunan Negara yang telah digunakan setakat akhir bulan Jun 1999 dari aspek pelaksanaan projek-projek pembangunan; dan apakah sebab-sebabnya serta langkah- langkah diambil untuk membetulkan keadaan jika terdapat kelembapan pelaksanaan projek-projek oleh pihak-pihak yang telah dipertanggungjawabkan dengan memb eri peratus dan jumlah wang peruntukan yang terlibat.

50. Tuan Lim Hock Seng (BAGAN) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jenis -jenis binatang yang telah dikesan atau di dapati membawa virus JE dan Nipah dan apakah langkah-langkah diambil untuk mencegah ia menjangkiti manusia dan merebak berleluasa.

51. Tuan Henrynus Amin (KINABALU) minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah sebenar penduduk negeri Sabah setakat tahun ini dan berapakah dari jumlah tersebut penduduk tempatan atau warganegara asing dan adakah benar dakwaan bahawa pendatang asing kini sudah mencapai jumlah 1,000,000 orang dan kalau benar, mengapakah negeri Sabah dibiarkan terdedah kepada ancaman luar.

52. Tuan Haji Ibrahim bin Mahmood (KUALA KRAI) minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk menubuhkan Suruhanjaya Penyiasat Bebas ke atas dakwaan bahawa Menteri Kewangan Pertama pernah membawa wang RM 1 bilion ke luar negeri. Jika tidak, sila nyatakan mengapa.

53. Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood (TUMPAT) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah rasional dan justifikasi rancangan indoktrinasi guru-guru ke pulau-pulau tertentu seperti yang beliau nyatakan dalam Perhimpunan UMNO baru-baru ini.

31

54. Tuan Haji Mohamad bin Sabu (KUBANG KERIAN) minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh Badan Pencegah Rasuah berikutan memorandum yang dihantar kepada badan itu hampir dua tahun lalu mengenai 200 syarikat yang ada hubungan, sebagai pengarah atau pemilik saham, dengan tiga orang anak Perdana Menteri.

55. Tuan Joseph Mauh Ikeh (SELANGAU) minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan:-

(a) untuk memudahkan dan mempercepatkan pelaksanaan projek jalan-jalan kampung/rumah panjang di luar bandar seluruh Malaysia terutamanya di Negeri Sarawak dan Sabah, adakah Kementerian bercadang projek ini disalurkan terus kepada Wakil Rakyat/Ahli Parlimen seperti projek (MPR) tanpa menggunakan konsep payong; dan

(b) adakah benar Syarikat Payong telah memotong tidak kurang daripada 15 peratus dari tiap-tiap peruntukan tersebut sebelum diberi kepada anak Syarikat yang melaksanakan projek ini.

56. Puan Lim Lay Hoon (PADANG SERAI) minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan:-

(a) langkah-langkah jangka masa panjang dan pendek yang diambil untuk meningkatkan dan mempromosikan sukan Snooker di Malaysia dan apakah pencapaian setakat kini; dan

(b) masalah atau rintangan yang dihadapi oleh Kementerian.

57. Tuan Haji Abdul Hamid bin Abd. Rahman (SUNGAI BENUT) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) jumlah hutang lapok yang ditanggung oleh Institusi Kewangan di Malaysia sehingga kini; dan

(b) apakah langkah dan tindakan yang telah diambil terhadap institusi kewangan yang terlalu ketat untuk memberi pinjaman sedangkan Bank Negara Malaysia telah menyarankan Institusi Kewangan melonggarkan dan mempercepatkan proses pinjaman untuk memulihkan ekonomi negara.

58. Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang (MARANG) minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah jaminan pihak Kerajaan agar Pilihanraya Umum Ke-10 yang akan datang dapat diadakan secara adil dan saksama.

59. Tuan Haji Buniyamin bin Yaakob (BACHOK) minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah- langkah bagi mengatasi sasaran Dasar Ekonomi Baru yang masih belum tercapai.

32

60. Puan Hajjah Ilani binti Dato’ Haji Isahak (KOTA BHARU) minta PERDANA MENTERI menyatakan:-

(a) apakah Kerajaan bersedia melantik wanita sebagai Hakim Syariah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan; dan

(b) menggalak perlantikan itu di negeri-negeri lain.

61. Tuan Vincent Lim Kuo Phau (PETALING JAYA UTARA) minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan memandangkan masalah- masalah yang dialami oleh pembeli kondominium mengenai penjagaan kemudahan-kemudahan di kondominium seperti pemotongan bekalan elektrik, kerosakan lif dan lain-lain, dan juga masalah dialami oleh pemaju di dalam pengutipan “Maintenance charges” dari pembeli sebelum Perbadanan Pengurusan ditubuhkan mengikut Akta Hakmilik Strata 1985, apakah langkah Kementerian akan ambil untuk mengatasi masalah tersebut.

62. Tuan Vincent Lim Kuo Phau (PETALING JAYA UTARA) minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan:-

(a) dalam cadangan untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Nasional Hak Asasi Manusia, apakah kriteria untuk menentukan perlantikan ahli-ahli Suruhanjaya dan apakah tahap kebebasan Suruhanjaya tersebut; dan

(b) apakah kuasa-kuasa Suruhanjaya tersebut memandangkan bahawa terdapat sebilangan undang-undang yang melanggar hak-hak manusia yang diterima di peringkat antarabangsa.

63. Tuan Tiong Thai King (LANANG) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan:-

(a) penduduk-penduduk di kawasan perumahan Sibu Jaya telah bertambah pesat, maka pembinaan sekolah rendah dan menengah Kerajaan adalah sangat diperlukan. Bilakah Kementerian dapat merancang mendirikan sekolah-sekolah ini; dan

(b) adakah Kementerian mempertimbangkan menyelaraskan gaji dan elaun kebajikan guru- guru sekolah apabila ekonomi pulih.

64. Tuan Zainal Abidin bin Haji Osman (MERSING) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan daripada RM 1.3 billion pinjaman IKS yang diperuntukkan kepada bumiputera sejak 31 Mac 1998, berapakah jumlah yang telah dikeluarkan dan juga nyatakan bidang-bidang perniagaan yang dijalankan.

33

65. Tuan Tan Kok Wai (CHERAS) minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan kedudukan pelanggaran Akta Hak Cipta dan Akta Paten memandangkan terdapat kecenderungan para peniaga menciplak dan mencetak rompak serta kegiatan memplagiat karya di Malaysia sejak akhir-akhir ini.

66. Tuan Radin Malleh (TENOM) minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan:-

(a) jenis program-program pembangunan yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Kementerian di kawasan Tenom pada tahun ini dan nyatakan lokasi/tempat serta jumlah pembiayaan bagi satu-satu program; dan

(b) kampung-kampung dalam kawasan Tenom yang telah diberi bantuan BELB, BALB dan PPRT pada tahun ini dan nyatakan jumlah peruntukan bagi tiap-tiap jenis bantuan.

67. Dr. Yee Moh Chai (TANJONG ARU) minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sama ada tindakan yang berkesan akan diambil untuk memastikan sempadan Negeri Sabah akan diberi perlindungan yang cukup, sepertimana kejadian yang berlaku di sepanjang Selat Melaka supaya pendatang tanpa izin yang mendarat secara haram di kawasan yang haram dapat dielakan.

68. Puan Hajjah Seripah Noli binti Syed Hussin (SEPANG) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan mengapakah produk tenusu keluaran negara-negara Kesatuan Eropah (EU) yang mengandungi dioxin masih terdapat di pasaran secara meluas. Apakah tindakan Kerajaan bagi menangani masalah ini dan nyatakan senarai penuh produk -produk tersebut (tercemar dan tidak tercemar).

69. Tuan Noh bin Omar (TANJONG KARANG) minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan berapakah jumlah pengaliran masuk pelaburan asing ke dalam sektor elektrik dan elektronik serta sektor pembuatan sejak sistem kawalan modal dilaksanakan oleh Kerajaan.

70. Datuk Mansor bin Masikon (BATU PAHAT) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) sejak ianya ditubuhkan apakah kesan nyata yang telah dapat dimainkan oleh Labuan Reinsurance International Ltd. Labuan bagi pembendungan pengaliran keluar premium insurans semula. Sila sebutkan angkanya bagi tiap-tiap tahun; dan

(b) adakah ianya juga dapat membawa pertukaran balik (Reinsurance inwards) dengan menggunakan premium berlebihan yang keluar (Excess outwards reinsurance). Sila sebutkan angkanya bagi tiap-tiap tahun.

***********************************

34

HARI RABU, 14 JULAI 1999, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 24 1

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Dr. G. Leelavathi (KAPAR) minta MENTERI TENAGA, KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan tindakan yang telah dan akan diambil oleh pihaknya berhubung dengan masalah bekalan tenaga elektrik di Bagan Sg. Lima, Pulau Ketam di mana para penduduknya hanya menikmati 12 jam bekalan elektrik sehari. Apakah Kementeriaannya mempunyai cadangan bagi menswastakan projek pembekalan tenaga elektrik ke pulau ini untuk menyelesaikan masalah tersebut.

2. Dr. G. Leelavathi (KAPAR) minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan tentang permasalahan rumah setinggan di ibukota dan di seluruh negara. Apakah pihaknya membuat kajian menyeluruh mengenai permasalahan ini serta apakah tindakan yang telah dan akan diambil oleh Kementerian bagi mengatasi permasalahan ini.

3. Tuan Chang See Ten (GELANG PATAH) minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan statistik tentang jumlah insiden pili bomba yang berdekatan dengan tempat kebakaran tidak dapat digunakan untuk pemadaman api bagi tahun 1997, 1998 dan suku pertama 1999. Apakah sebab-sebab kejadian sedemikian. Apakah tindakan yang diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab.

4. Tuan Md. Isa bin Sabu (KANGAR) minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan prestasi projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dan projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) mengikut negeri- negeri. Juga nyatakan, apakah faktor yang menyebabkan kelembapan projek-projek berkenaan di negeri- negeri tertentu. Apakah langkah pemulihannya.

5. Dr. Patau Rubis (MAS GADING) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan kedudukan jambatan Batang Kayan di Daerah Lundu di mana pemecahan tanah dan perletakan batu asas dibuat dua kali oleh Ketua Menteri Sarawak. Adakah peruntukan seka rang, jika ada, berapa.

6. Datuk Lim Si Cheng (SENAI) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:-

(a) berapa pengimport barangan makanan manusia dan haiwan di Malaysia yang telah mendapat surat pengesahan daripada pembekal dan memastikan tidak mengandungi bahan kimia yang diharamkan; dan

(b) kesan sampingan jangka panjang penggunaan produk hasil tenusu dan susu bayi yang mengandungi dioksin dari negara Kesatuan Eropah (EU) kepada pengguna tempatan.

35

7. Tuan Hoo Seong Chang (KLUANG) minta PERDANA MENTERI menyatakan:-

(a) jumlah peruntukan untuk membangunkan Pusat Pentadbiran baru Kerajaan Persekutuan di Putrajaya; dan

(b) setakat 30.6.1999 bagaimanakah perkembangan terbaru terhadap projek ini dan bilakah ia akan beroperasi sepenuhnya.

8. Datuk Lau Ngan Siew (SANDAKAN) minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kementerian beliau telah merancang pelan-pelan positif untuk menubuhkan perhubungan udara di antara Sandakan dan Samboangan di Filipina Selatan supaya dapat memperkukuh hubungan perdagangan dan pelancongan di bawah konsep BIMP-EAGA.

9. Dr Tan Seng Giaw (KEPONG) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilangan universiti awam dan swasta (IPTA & IPTS) di negara ini dan enrolmen masing-masing. Berapa pelajar tajaan Kerajaan dan persendirian di universiti seberang laut. Adakah beliau hendak menyiasat keadaan harmoni dan toleransi di kalangan pelajar di dalam dan luar negara.

10. Datuk Philip Yong Chiew Lip (GAYA) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bahawa berapakah orang bakal Pengetua/Guru Besar dipilih dari Sabah untuk mengikuti Kursus Keberkesanan Kepimpinan Pengetua pada tahun 1999.

11. Tuan Asmat Nungka (BELURAN) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan setakat ini berapakah jumlah kes akibat wabak Dioksin telah dikesan di negara kita.

12. Dr. Tan Kee Kwong (SEGAMBUT) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai kad pintar nasional yang akan siap dalam bulan Ogos tahun depan:

(a) berapa Ringgitkah rakyat mesti membayar sebagai bayaran pemerosesan untuk mendapatkan kad tersebut; dan

(b) apakah data perib adi lain yang akan didapati di dalam kad pintar itu selain daripada kad pengenalan, lesen memandu dan paspot pemegang kad tersebut.

13. Tuan Liew Ah Kim (SEPUTEH) minta MENTERI PERTANIAN menyatakan jumlah pampasan yang dibayar kepada penternak-penternak babi di Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan dan di negeri-negeri lain berikutan wabak JE/Nipah setelah lebih 700,000 ekor babi dibunuh yang menyebabkan penternak- penternak ini mengalami kerugian berjuta-juta ringgit di samping kematian hampir 100 orang ahli keluarga.

36

14. Dr. Lee Chong Meng (BUKIT BINTANG) minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan adakah pihaknya bercadang bagi menambahkan pengeluaran permit teksi kepada orang ramai. Nyatakan jumlah permit yang telah dikeluarkan kepada individu, syarikat swasta serta persatuan-persatuan pemandu teksi di Bandaraya Kuala Lumpur.

15. Dr. Lee Chong Meng (BUKIT BINTANG) minta PERDANA MENTERI menyatakan dalam menuju ke alaf baru (next millenium) apakah tindakan dan cadangan untuk membangunkan serta mempromosikan Kuala Lumpur sebagai kota metropolitan antarabangsa selari dengan peruntukan di bawah RMK7.

16. Dato’ Dr Jamaludin bin Dato’ Mohd Jarjis (ROMPIN) minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah dasar pembinaan perumahan di kawasan tebing tinggi memandangkan banyak kejadian tanah runtuh berlaku.

17. Puan Chua Soon Bui (TAWAU) minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah anggaran bilangan pendatang tanpa izin berbanding dengan keseluruhan penduduk di Sabah. Sila nyatakan di manakan mereka tinggal. Apakah langkah- langkah dan tindakan-tindakan berkesan yang akan diambil oleh pihak berkuasa sebelum masalah ini menjadi lebih teruk di Sabah dan di Malaysia.

18. Puan Chua Soon Bui (TAWAU) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bagaimanakah sambutan terhadap “Viagra” sejak ia mula dipasarkan. Sila senaraikan mengikut setiap negeri. Apakah aduan-aduan atau kesan-kesan sampingan yang telah diterima setakat ini oleh Kementerian.

19. Tuan Robert Lau Hoi Chew (SIBU) minta MENTERI PERTANIAN menyatakan:-

(a) sama ada Kementerian dapat mempertimbangkan membina kilang membuat air batu di Kuala Igan bagi kemudahan pemilik-pemilik kapal ikan tempatan, terutama sekali dari Sibu; dan

(b) sama ada Kementerian dapat mempertimbangkan membenarkan pemilik-pemilik kapal ikan kelas “C” yang mendaftar dalam tahun 1985 atau sebelumnya untuk membina semula kapal mereka dengan “marine steel plats” dengan muatan yang sama serta peralatan dan sistem keselamatan pelayaran yang moden dan kekal di dalam kelas “C”.

20. Tuan Chiew Chin Sing (BINTULU) minta MENTERI TENAGA, KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan bilakah siaran berita dalam bahasa Iban akan dimulakan oleh NTV 7 kerana menurut jawapan Menteri pada 21.10.1996, siaran akan dibuat pada akhir 1997 dan adakah juga program dalam bahasa Iban akan diperkenalkan.

37

21. Tuan Chiew Chin Sing (BINTULU) minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan lapangan terbang baru Bintulu kerana menurut jawapan Menteri pada 22.7.1998 tawaran kerja akan dibuat pada awal 1997. Bilaka h sebenarnya pembinaan akan dimulakan.

22. Tuan Yunof Maringking (TUARAN) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilangan penuntut-penuntut dari luar bandar yang layak meneruskan pelajaran ke Universiti di seluruh negara tahun ini tetapi tidak dapat meneruskan pelajaran atas berbagai sebab seperti kekurangan tempat belajar atau kewangan dan apakah tindakan khusus oleh pihak Kementerian untuk memastikan masalah seperti ini tidak akan berterusan.

23. Tuan Kula Segaran (TELUK INTAN) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:-

(a) mengapakah dengan pengswastaan sektor-sektor hospital, kos- kos seperti kos operasi telah meningkat 4 kali ganda dari sebelumnya; dan

(b) dalam situasi begini apakah justifikasi dan rasional untuk mengkopratkan Hospital- hospital.

24. Tuan Haji Abdul Rahin bin Dato’ Haji Mohd Said (KUALA NERUS) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah sekatan dikenakan oleh Bank Negara Malaysia keatas bank-bank bagi pembiayaan kakitangan bank sama ada pembiayaan perumahan atau kenderaan bermotor dan juga sama ada sistem dana terkumpul yang dibentuk oleh majikan-majikan (bank) dapat membantu kakitangan bank merasa pembiayaan tersebut. Apakah rationalnya sekatan ini dibuat sedangkan pelanggan-pelanggan bank diberi kemudahan yang lebih baik.

25. Tuan Jimmy Donald (SRI AMAN) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk menjaga kesihatan penduduk - penduduk di pendalaman di Malaysia, khususnya di Sabah dan Sarawak, yang terpaksa menggunakan air mentah dari perigi dan ‘gravity feed water supply’.

26. Tuan Michael Lisa Kaya (BUKIT MAS) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan perkembangan terkini tentang adanya Paspot Khas untuk penduduk di bahagian Limbang/Miri yang berulang-alik ke Negara Brunei Darussalam setiap hari memandangkan penduduk -penduduk di kawasan tertentu menghadapi banyak masalah tentang perjalanan seharian.

27. Tuan Haji Mustafa bin Muda (HULU TERENGGANU) minta MENTERI TANAH DAN PEMBANGUNAN KOPERASI menyatakan memandangkan negara Malaysia banyak perubahan struktur muka bumi disebabkan oleh pembangunan yang pesat, adakah Kementerian menyiapkan pemetaan semula jarak muka bumi negara Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dan nyatakan sejauhmana penghakisan pantai- pantai di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak.

38

28. Dr Tan Chong Keng (BUKIT MERTAJAM) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-

(a) projek-projek pembinaan jalan yang sedang dijalankan atau akan dijalankan dalam Kawasan Bukit Mertajam pada tahun ini, dengan memberikan kos pembinaan dan tarikh penyempurnaan setiap projek jalan; dan

(b) apakah rancangan untuk mengurangkan lagi kesesakan lalulintas bandar Bukit Mertajam bagi tempoh lima tahun akan datang.

29. Datuk Abdol Mulok bin Haji Awang Damit (LABUAN) minta PERDANA MENTERI menyatakan:-

(a) jumlah sebenar bakal jemaah haji yang terkandas kerana masalah visa dan apakah tindakan Kerajaan dalam menangani masalah ini agar ianya tidak berulang; dan

(b) bilangan syarikat-syarikat yang mengendalikan perkhidmatan jemaah haji dan daripada jumlah ini, berapakah lesen yang telah ditarik balik.

30. Tuan Haji Che Ibrahim bin Mustafa (SUNGAI PETANI) minta MENTERI KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN PELANCONGAN menyatakan:-

(a) sejauhmanakah artifak sejarah dan budaya dapat dieksploitasi untuk menarik minat pelancong; dan

(b) apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mempertingkatkan kedatangan pelancong ke Negara kita.

31. Tuan Richard Riot Jaem (SERIAN) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah perkembangan terkini tentang rancangan untuk membina sebuah sekolah rendah baru untuk kawasan Tong Nibong, Serian, iaitu SRK Triang.

32. Tuan Richard Riot Jaem (SERIAN) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) jumlah pelabur yang telah membuat pelaburan dalam Amanah Saham Nasional 2 (ASN2) sejak ianya dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 9 Jun 1999 hingga kini serta nilai pelaburan; dan

(b) dari jumlah ini, berapakah jumlah pencarum KWSP yang telah mengeluarkan sebahagian dari simpanan KWSP mereka, serta nilai pelaburan mereka.

39

33. Tuan Lim Kit Siang (TANJONG) minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sama ada Kerajaan berhasrat menggubal undang-undang demi menangani penderitaan pekerja ladang Malaysia selama ini dengan menetapkan gaji bulan saksama serta peruntukan perumahan yang sewajarnya kepada golongan yang berpendapatan rendah ini.

34. Dato’ Haji Mohd. Zihin bin Haji Mohd. Hassan (LARUT) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan setakat manakah langkah-langkah untuk menswastakan hospital-hospital Kerajaan.

35. Tuan Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz (HULU LANGAT) minta MENTERI PERTANIAN menyatakan berdasarkan pengalaman virus JE/Nipah, adakah pihaknya telah mengkaji kesesuaian lokasi ladang semua jenis ternakan di seluruh negara untuk memastikan ladang- ladang berkenaan adalah selamat dan tidak mengancam kehidupan lain, khususnya manusia.

36. Tuan Chia Kwang Chye (BUKIT BENDERA) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) apakah status usaha menyelesaikan isu CLOB pada masa kini;

(b) pihak manakah yang telah diberi mandat untuk menyelesaikan perkara ini.

37. Tuan Chia Kwang Chye (BUKIT BENDERA) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan mengenai kontaminasi dioxin dalam barang makanan yang diimport:

(a) apakah langkah-langkah sedia ada dan yang akan diambil oleh Kerajaan supaya mempastikan barang makanan yang diimport ke negara adalah bebas daripada apa jua kontaminasi termasuk dioxin; dan

(b) apakah keadaan kontaminasi dioxin dalam negara ini pada masa kini.

38. Tuan Wong Kam Hoong (BAYAN BARU) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) sama ada Kerajaan masih menggalakkan rakyat menabung lagi memandangkan kadar faedah simpanan bank begitu rendah; dan

(b) apakah ikhtiar Kerajaan untuk menggalakkan rakyat biasa menabung atau melabur untuk pembangunan negara selain menyimpan dalam bank dan melabur dalam pasaran saham.

39. Dr. L. Krishnan (TELOK KEMANG) minta MENTERI PERTANIAN menyatakan bilangan anjing, kucing, kambing dan lembu yang diuji bagi virus Nipah, jumlah yang didapati positif bagi virus Nipah dan jumlah yang telah dimusnahkan.

40

40. Tuan Fu Ah Kiow (MENTAKAB) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:-

(a) jadual pelaksanaan pembinaan Hospital Baru di Temerloh; dan

(b) jumlah peruntukan untuk Tahun 1999 dan 2000 pada projek ini.

41. Tuan Karpal Singh (JELUTONG) minta PERDANA MENTERI menyatakan tahap pemulihan ekonomi Negara sejak kemerosotan ekonomi melanda negara kita pada tahun 1997.

42. Tuan Karpal Singh (JELUTONG) minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapa beliau mengutuk rencana editorial kebelakangan ini, contohnya di dalam Business Times di Singapura yang mencadangkan bahawa Malaysia akan lebih baik dengan suatu pasukan baru dalam milenium yang akan datang, khususnya, sedangkan rencana editorial tersebut mencadangkan apa yang logikal dan diperlukan untuk Malaysia.

43. Dato’ Sng Chee Hua (JULAU) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah- langkah yang telah diambil oleh pihak Kementerian dalam menangani permasalahan para penduduk khasnya penduduk luar bandar yang mengalami kesukaran untuk menuntut kad pengenalan mereka yang telah siap. Adakah pihak Kerajaan akan membuat pengumuman melalui radio, mencetak nama- nama dan alamat mereka di dalam surat khabar, mempamerkan senarai nama - nama pemilik di Pejabat Daerah dan pejabat penghulu-penghulu untuk makluman pemilik kad pengenalan tersebut.

44. Dato’ Haji Abu Zahar bin Nika Ujang (KUALA PILAH) minta MENTERI PERTANIAN menyatakan bentuk pendekatan yang serius dan terancang diambil oleh Kerajaan tentang perlunya mewujudkan sebuah institusi penyelaras tanah terbiar di peringkat pusat dan negeri bagi memantau dan menggerakkan usaha pemulihan tanah bagi pengeluaran makanan untuk mengurangkan import bahan makanan yang mencecah RM 10 bilion. Setakat ini, apakah bentuk bantuan atau insentif yang diperuntukkan untuk rakyat.

45. Tuan Lim Hock Seng (BAGAN) minta MENTERI PENDIDIKAN menyataka n sama ada Kementerian telah menerima sebarang permohonan untuk menubuh Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Rendah atau Menengah di negeri Pulau Pinang. Jika ada, beritahu nama pemohon, tempat dan keputusan Kerajaan.

46. Tuan Henrynus Amin (KINABALU) minta MEN TERI PERPADUAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kementerian sedar negeri Sabah mencapai kadar pertumbuhan penduduk tahunan sebanyak 6.2% bagi tahun 1990-1995, sedangkan kadar pertumbuhan penduduk di peringkat nasional hanya berada pada paras 2.7%, dan negeri Sarawak pula pada 2% dalam tempoh yang sama dan adakah Keajaan sengaja membiarkan perubahan corak etnik atau ethnic restructuring di negeri Sabah untuk memihak kepada kumpulan etnik tertentu.

41

47. Dr. Maximus Johnity Ongkili (BANDAU) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan:-

(a) bilakah Kementerian akan membina bangunan sekolah baru serta kelengkapan-kelengkapan asas bagi sekolah SK Magandai di kampung Sungai Magandai, Tandek memandangkan sekolah yang ada sekarang tidak mencukupi untuk menampung kanak- kanak sekolah; dan

(b) bilakah Kementerian akan membina rumah-rumah guru yang baru bagi sekolah SK Tagibang, Tandek memandangkan sekolah tersebut tidak mempunyai rumah-rumah guru yang sesuai dan mencukupi.

48. Dr. Maximus Johnity Ongkili (BANDAU) minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan berapakah jumlah peruntukan yang ditetapkan bagi negeri Sabah untuk tujuan membasmi kemiskinan, khasnya di kalangan rakyat termiskin bagi tahun 1998 dan 1999. Sila beri pecahan peruntukan mengikut jenis program/projek yang dibiayai.

49. Dr. Maximus Johnity Ongkili (BANDAU) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah pekerja asing dalam negara pada masa kini dan apakah jenis-jenis pekerjaan yang mereka jalankan. Sila beri pecahan jenis pekerjaan dan negara asal pekerja asing. Berapakah jumlah pekerja asing yang bekerja secara haram (tanpa permit dan dokumen yang sah) dalam negara pada masa ini.

50. Tuan Haji Ibrahim bin Mahmood (KUALA KRAI) minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindaka n yang telah diambil terhadap pelampau dalam kepimpinan Kerajaan yang menghalau rakyat Malaysia supaya keluar dari negara ini semata- mata kerana pihak berkenaan berbeza pendapat dengan Kerajaan.

51. Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood (TUMPAT) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Suruhanjaya Penyiasat Bebas akan diwujudkan bagi menyiasat segala keganasan pihak polis terhadap tunjuk perasaan secara aman dan orang-orang di dalam tahanan polis.

52. Tuan Haji Mohamad bin Sabu (KUBANG KERIAN) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan, jika Malaysia meminjam dari IMF berapakah kadar faedah yang dijangka dikenakan oleh badan itu dan berapa pula kadar faedah yang perlu dibayar oleh Malaysia untuk menebus kembali bon-bon bernilai US1 bilion yang dijual dengan pengawasan Menteri Kewangan sendiri Jun lalu.

53. Tuan Joseph Mauh Ikeh (SELANGAU) minta MENTERI TENAGA, KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan:-

(a) memandangkan terdapat 5,000 buah kampung dan rumah panjang di seluruh luar bandar Sarawak, berapa peratus daripada kampung dan rumah panjang ini dapat dibekalkan dengan elektrik dari janakuasa Hidro-Batang Ai; dan

42

(b) adakah Kerajaan akan membayar pampasan kepada tuan punya tanah yang mana tanahnya digunakan untuk mendirikan tiang elektrik dari janakuasa Hidro-Batang Ai tersebut.

54. Puan Lim Lay Hoon (PADANG SERAI) minta MENTERI TENAGA, KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan:-

(a) sama ada Kementerian berhasrat menubuhkan satu Perbadanan Pengawasan (Monitory Body) untuk mengumpulkan segala aduan terhadap sebarang penyelewengan tentang penyalahgunaan E-Commerce oleh syarikat tempatan; dan

(b) keperluan menubuhkan satu Badan untuk mendaftarkan syarikat tempatan yang ingin memasarkan perkhidmatan mereka dengan penggunaan E-Commerce di Internet.

55. Tuan Haji Abdul Hamid bin Abd. Rahman (SUNGAI BENUT) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) jumlah Amanah Saham yang telah diwujudkan dan apakah langkah yang diambil untuk menggalakkan industri tersebut; dan

(b) apakah langkah-langkah yang diambil untuk membantu amanah saham negeri-negeri yang telah diwujudkan yang terjejas teruk semasa kegawatan ekonomi yang mana terdapat banyak pelaburan Bumiputera yang melabur.

56. Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang (MARANG) minta MENTERI PERTANIAN menyatakan setakat manakah keberkesanan dasar Kerajaan untuk mengetatkan syarat agar semua hasil tangkapan ikan didaratkan di pengkalan tempatan.

57. Tuan Haji Buniyamin bin Yaakob (BACHOK) minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bersedia memberikan cuti 90 hari (30 hari sebelum dan 60 hari sesudah) wanita bersalin, jika tidak sila nyatakan mengapa.

58. Puan Hajjah Ilani binti Dato’ Haji Isahak (KOTA BHARU) minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan bertindak membanteras perbuatan di dua masjid berdekatan yang kini masih berlaku di 28 buah kampung di Negeri Terengganu ekoran isu mengkafirkan ahli UMNO oleh pemimpin PAS pada tahun 1979.

59. Dr. Ramli bin Taib (KEMAMAN) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah benar punca kelewatan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur yang diswastakan kerana ketidakupayaan Syarikat MMC dari segi kewangan. Jika benar kenapakah penswastaan ini tidak diserahkan kepada syarikat lain. Jika tidak mengapakah pembinaannya masih tidak dimulakan.

43

60. Tuan Tiong Thai King (LANANG) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan masih banyak penduduk luar bandar yang berpendidikan rendah di negeri Sarawak belum memperolehi Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan. Bagaimana Kementerian menyelesaikan masalah ini.

61. Tuan Zainal Abidin bin Haji Osman (MERSING) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sehingga 30 Jun 1999 jumlah suntikan oleh Danamodal kedalam bank dan amaun masing- masing. Berkaitan dengan penggabungan bank - bank, apakah kriteria-kriteria dan sejauhmanakah ia membantu dalam memulihkan ekonomi negara.

62. Puan Hajjah Rohani binti Haji Abdul Karim (SANTUBONG) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah pendekatan dan formula baru dalam sistem pendidikan negara untuk memantapkan pelajar dalam bidang akademik dan vokasional supaya sistem lebih berkesan dan berkualiti sebagai wadah persediaan menjelang alaf baru akan datang.

63. Tuan Tan Kok Wai (CHERAS) minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah langkah- langkah yang dibuat untuk memperbaiki taraf hidup pekerja-pekerja ladang terutama dari segi gaji bulanan dan perumahan tetap untuk mereka.

64. Tuan Radin Malleh (TENOM) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-

(a) berapa jumlah laporan polis berhubung dengan kehilangan kad pengenalan mengikut daerah dan tahun di Sabah di dalam tempoh di antara tahun 1990 dan 1999; dan

(b) setakat ini berapakah jumlah kes kad pengenalan palsu yang telah dimiliki oleh pendatang asing tanpa izin di Sabah yang telah disabit kesalahan di dalam Mahkamah.

65. Datuk Dr Kamal bin Mat Salih (WANGSA MAJU) minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dan sedang diambil oleh Kerajaan untuk menangani dan membalas laporan dan penganalisaan- penganalisaan negatif media asing tentang negara Malaysia dan usaha- usaha pemulihan ekonomi. Apakah Kerajaan berpuas hati dengan kesan pelaksanaan langkah-langkah ini.

66. Dr. Yee Moh Chai (TANJONG ARU) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan rangka masa yang akan diambil untuk mengeluarkan kesemua pendatang tanpa izin Malaysia.

67. Puan Hajjah Seripah Noli binti Syed Hussin (SEPANG) minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan sedar wujudnya ketidaktelusan di dalam penilaian mutu kerja di dalam sistem SSB sehingga menjejaskan prestasi sesetengah pekerja yang berpotensi dan berdaya maju. Apakah perancangan Kerajaan bagi mempertingkatkan sistem SSB ini.

44

68. Tuan Noh bin Omar (TANJONG KARANG) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk menggubal undang- undang atau mengenakan denda terhadap warganegara yang menghilangkah kad pengenalan dan pasport yang peratusan kehilangannya adalah tinggi sejak akhir-akhir ini.

***********************************

HARI KHAMIS 15 JULAI, 1999 PUKUL 10.00 PAGI

Bil.25 1

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Dr. G. Leelavathi (KAPAR) minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah tindakan yang telah dan akan diambil oleh pihaknya supaya negara kita mempunyai peluang untuk menganjurkan sukan yang bertaraf antarabangsa memandangkan kita mempunyai segala kemudahan bagi tujuan penganjuran tersebut.

2. Tuan Chang See Ten (GELANG PATAH) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik tentang jenis serta jumlah dadah utama yang dirampas dalam tahun 1997, 1998 dan suku pertama 1999. Berapa ramaikah remaja di bawah umur 18 tahun didapati mengambil ecstasy/pil khayal dalam tempoh tersebut dan apakah tindakan yang diambil.

3. Dr. Patau Rubis (MAS GADING) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan-tindakan sudah dan akan diambil supaya Polis Di-Raja Malaysia menjadi satu pasukan yang beliau pernah menyatakan “people friendly”.

4. Datuk Lim Si Cheng (SENAI) minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJ AAN TEMPATAN menyatakan berikutan kes-kes tanah runtuh yang berlaku, termasuk kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Ampang baru-baru ini, sama ada Kerajaan akan mengkaji semula pengalihan sebahagian kuasa dan tanggungjawab Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan dalam perancangan dan penguatkuasaan pembangunan di kawasan-kawasan bukit. Jika tidak, sila nyatakan sebabnya.

5. Datuk Lim Si Cheng (SENAI) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) bagaimana Kementerian mengatasi masalah bank -bank tempatan yang mengenakan syarat yang ketat kepada peminjam industri kecil dan sederhana (IKS), seperti tanggungan harta- benda dan simpanan tinggi yang mencecah 30% daripada modal syarikat; dan

45

(b) adakah Bank Negara mempunyai data “real-time” dan analisa mengenai syarat pinjaman bank tempatan kepada IKS.

6. Datuk Lau Ngan Siew (SANDAKAN) minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kementerian beliau sedar akan pengurangan penerbangan MAS di Sandakan pada masa cuti sekolah sehingga menimbulkan kesusahan kepada orang ramai. Jika benar, apa langkah- langkah yang harus diambil untuk menangani masalah ini.

7. Dr. Tan Seng Giaw (KEPONG) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sifat, perwatakan, “reservoir dan mode of transmission of virus” yang mengorbankan sekurang-kurangnya 102 nyawa. Apakah jumlah wang yang dibelanjakan untuk mengendalikan wabak ini. Apakah langkah- langkah yang terkini untuk mencegah semua jenis wabak.

8. Dr. Tan Seng Giaw (KEPONG) minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan jumlah wang yang dibelanjakan untuk infrastruktur dan pembelian senjata serta jenis senjata sejak 1999. Apakah peruntukan untuk Kementeriannya sejak tahun tersebut.

9. Datuk Philip Yong Chiew Lip (GAYA) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bahawa berapakah guru Bahasa Cina SRJK dari Sabah telah dipilih untuk mengikuti kursus khas setahun (1 tahun di Maktab dan 2 tahun di Universiti) dalam tahun 1999.

10. Tuan Asmat Nungka (BELURAN) minta MENTERI PERPADUAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT menyatakan tentang tahap keseriusan jenayah Juvana di negara kita dan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan dalam usaha membe ndung fenomena ini.

11. Tuan Liew Ah Kim (SEPUTEH) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kerajaan akan membenarkan penubuhan China Bank yang diasaskan di Republik Rakyat China bagi menjalankan operasi di negara ini. Jika ya, bila dan jika tidak, mengapa.

12. Dr. Tan Kee Kwong (SEGAMBUT) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bagaimana pembangunan lebuhraya Sprint akan mempengaruhi lalulintas di Pusat Bandar Damansara dan Bukit Damansara.

13. Dr. Tan Kee Kwong (SEGAMBUT) minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sama ada Kerajaan merancang untuk menggubal undang- undang mengenai gaji bulanan bagi pekerja-pekerja ladang, berbanding dengan upah harian yang kini dibayar kepada mereka, oleh kerana pekerja-pekerja tersebut merupakan orang yang sangat miskin walaupun mereka bekerja bertungkus -lumus.

14. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad (LIPIS) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jenis-jenis komoditi yang diseludup ke dalam negara dan berapakah jumlah tangkapan dan nilai komoditi tersebut bagi tahun 1998 dan 1999.

46

15. Tuan Lim Siang Chai (PETALING JAYA SELATAN) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apa tindakan akan diambil oleh Kementerian tentang 500 juta saham yang tidak dituntut (claimed) atau oleh pelabur selepas masa ditetap oleh “Sekuriti Commission” (SC).

16. Dr. Lee Chong Meng (BUKIT BINTANG) minta MENTERI KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN PELANCONGAN menyatakan apakah langkah jangka pendek dan jangka panjang bagi mengatasi kemerosotan industri pelancongan di negara kita. Apakah pihak Kementeriannya telah menghantar delegasi pegawainya ke negara-negara seperti Jepun, Korea, Taiwan, Hong Kong dan China untuk menggalakkan lebih ramai pelancong daripada negara tersebut untuk datang ke negara kita.

17. Dato’ Dr. Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis (ROMPIN) minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:-

(a) usaha menarik minat syarikat tempatan menggunakan perkhidmatan pelabuhan Kelang sebagai Pusat Pemunggahan Nasional; dan

(b) usaha mengatasi masalah kelewatan penghantaran dan pengendalian seperti yang dirungutkan.

18. Dato’ Dr. Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis (ROMPIN) minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR menyatakan usaha pihaknya untuk mengatasi masalah pencemaran sungai dan pantai yang didapati semakin buruk.

19. Dr. Yap Yit Thong (LUMUT) minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan:-

(a) pecahan angka pegawai kadet, yang telah diambil oleh TLDM untuk latihan pada tahun 1996, 1997 dan 1998; dan

(b) kenapa bilangan calon yang bukan Bumiputra yang dipilih untuk latihan adalah terla lu kecil.

20. Tuan Robert Lau Hoi Chew (SIBU) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan kemajuan terakhir terhadap pembinaan Jambatan Durin.

21. Tuan Chiew Chin Sing (BINTULU) minta MENTERI TENAGA, KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan bilakah TV3 akan memulakan transmisi siaran di Bintulu kerana menurut jawapan Menteri pada 31.3.1997, siaran dijangka bermula pada akhir tahun 1997 disebabkan menunggu kesesuaian tanah untuk tapak tiang pemancar daripada pihak berkuasa tempatan. Apakah kedudukan sekarang.

47

22. Tuan Hashim bin Ismail (LEDANG) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah kes langgar lari yang masih belum dapat dikesan pemandunya dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini. Bagaimanakah pihak polis menyelesaikan kesalahan ini dan apakah bentuk hukuman kerana kesalahan melanggar dan kesalahan melarikan diri daripada tanggungjawab ini.

23. Puan Chua Soon Bui (TAWAU) minta MENTERI TENAGA, KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan sejauh manakah persediaan telah dibuat oleh pelbagai Jabatan Kerajaan da n sektor perniagaan seperti perbankan dan kewangan, perkhidmatan awam dan telekomunikasi terhadap “Y2K”. Bagaimanakah untuk memastikan terdapat bantuan untuk sistem jaringan keselamatan jika terdapat gangguan di saat-saat akhir.

24. Tuan Yunof Maringking (TUARAN) minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan:-

(a) sama ada Kementerian sedar bahawa bekalan eletrik ke Kampung Mengkonihab dan Belotikon, Kiulu belum siap lagi walaupun kerja pembinaan/pendawaian telah lama bermula; dan

(b) bilangan rakya t termiskin di Kawasan Parlimen Tuaran yang telah diberi bantuan di bawah skim PPRT sejak 1994 hingga 30 Julai, 1999.

25 Tuan M. Kulasegaran (TELUK INTAN) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan:-

(a) jumlah penuntut yang telah didaftarkan masuk di setiap universiti- universiti tempatan; dan

(b) berikan pecahan jumlah penuntut yang mendapat biasiswa/pinjaman pendidikan mengikut Bumiputera/Bukan Bumiputera.

26. Tuan Ibrahim bin Pateh Mohamad (TANAH MERAH) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa ramai pendatang asing yang masih berada di negara kita setakat 1.1.99 – 30.6.99 mengikut jenis pekerjaan yang dijalankan di negara kita.

27. Tuan Abdul Rahin bin Dato’ Mohd. Said (KUALA NERUS) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada terdapat garis panduan baru tentang pembahagian kontrak-kontrak besar yang diberi secara runding kepada kontraktor-kontraktor berwibawa dan apakah Kerajaan pernah membuat kajian tentang manafaat yang boleh dirasai oleh kontraktor kecil kelas F, E, D dan C yang perlu pembelaan.

48

28. Tuan Jimmy Donald (SRI AMAN) minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan semua destinasi Syarikat Penerbangan MAS yang tidak membawa keuntungan dan sama ada pihak Kementerian akan menamatkan penerbangan bagi destinasi-destinasi itu. Apakah sebab-sebab yang lain yang menyebabkan MAS dilanda begitu banyak hutang.

29. Tuan Michael Lisa Kaya (BUKIT MAS) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah pekerja asing di Negara kita sekarang dan apakah tindakan Kerajaan dari segi penginapan mereka dengan cara yang terkawal untuk mengelakkan mereka dari diperalatkan oleh pihak pembangkang untuk mencetuskan kekacauan dan mengambil bahagian dalam perhimpunan haram di negara kita.

30. Tuan Haji Mustafa bin Muda (HULU TERENGGANU) minta MENTERI PEMBANGUN AN USAHAWAN menyatakan berapakah jumlah usahawan- usahawan kecil bumiputera yang telah berjaya dipelbagai bidang hasil daripada dasar yang telah diperkenalkan oleh Kementerian sekurang-kurangnya 50 orang usahawan bumiputera dalam satu daerah.

31. Tuan Haji Mustafa bin Muda (HULU TERENGGANU) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah halangan atau sebab yang menghalang pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Karak-Kuantan-Chendering Terengganu yang kini masih belum ada apa-apa tindakan.

32. Dr. Tan Chong Keng (BUKIT MERTAJAM) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan usaha dan rancangan Kementeriannya dalam pembangunan sukan di kalangan pelajar-pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi dengan tujuan mempertingkat lagi taraf pencapaian Malaysia dalam pertandingan sukan antarabangsa.

33. Tuan Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman (POKOK SENA) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah beliau sedar bahawa surat khabar Harakah yang sepatutnya dijual kepada ahli-ahli sahaja, dijual di kedai-kedai biasa dan di hadapan supermarket. Adakah KDN akan mengambil tindakan terhadap orang-orang yang menjual benda-benda haram ini yang penuh dengan fitnah dan hasutan yang boleh merosakkan masyarakat di negara ini.

34. Datuk Abdol Mulok bin Haji Awang Damit (LABUAN) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pelaburan LUTH dan KWSP di Bursa Saham Kuala Lumpur, Perladangan dan Industri sehingga Jun 1999 dan apakah jumlah ekuiti Kerajaan dalam syarikat yang tersenarai, apakah ianya menurun atau meningkat berbanding sebelum negara mengalami kegawatan ekonomi.

35. Tuan Haji Che Ibrahim bin Mustafa (SUNGAI PETANI) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:-

(a) bilangan Pegawai Perubatan Asing yang sedang berkhidmat di Negara ini; dan

49

(b) nyataka n nisbah antara penduduk dengan setiap seorang Pegawai Perubatan.

36. Datuk Wira Abu Seman bin Yusop (ALOR GAJAH) minta PERDANA MENTERI menyatakan tujuan mewujudkan Amanah Saham Nasional 2 (ASN2) dan sejauhmana ASN 2 ini tidak menjejaskan prestasi tabung ASN yang pertama dan juga Amanah Saham Bumiputra.

37. Tuan Richard Riot Ak. Jaem (SERIAN) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah rasionalnya Jabatan Pendaftaran Negara mahu memusnahkan sejumlah 107,002 Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (KPT) yang sepatutnya dituntut sebelum 31 Disember 1997 tetapi tidak dituntut sehingga bulan Oktober 1999 ini. Adakah Jabatan Pendaftaran Negara khususnya di Sarawak sudah benar-benar pasti bahawa pemohon-pemohon kad pengenalan tersebut telah dimaklumkan melalui surat tentang perkara itu atau sebaliknya.

38. Tuan Lim Kit Siang (TANJONG) minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada Kerajaan akan melanjutkan tempoh penghapusan kawalan sewa ke atas rumah-rumah sebelum perang ke tahun 2005 supaya rumah alternatif dapat disediakan untuk penghuni-penghuni masa kini dan supaya masalah sosial yang bakal muncul selepas penghapusan kawalan dilaksanakan dapat diminimakan.

39. Tuan Lim Kit Siang (TANJONG) minta MENTERI KEWANGAN menyataka n apakah yang dilakukan oleh pihak berkenaan untuk memastikan kenaikan indeks komposit yang mendadak pada masa kini bukannya sesuatu yang direka dan tidak berasaskan kewangan kukuh tetapi suatu bayang-bayang demi mencipta salah anggapan bahawa ekonomi negara telah pulih seperti sedia kala.

40. Dato’ Haji Mohd. Zihin bin Haji Mohd. Hassan (LARUT) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan setakat manakah penyakit Aids boleh dikawal dan jumlah pengidap penyakit tersebut sampai akhir tahun 1998.

41. Tuan Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz (HULU LANGAT) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah kewajaran memberikan lesen senjata api kepada pihak-pihak kurang wajar seperti peniaga ikan yang menggunakan lori kecil. Adakah Kementerian bercadang menarik balik kelulusan berkenaan sekiranya semakan semula mendapati individu berkenaan tidak memenuhi syarat- syarat yang sedia ada.

42. Tuan Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz (HULU LANGAT) minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan berapakah jumlah yang diperuntukkan bagi program Motivasi Perdana di seluruh negara dan apakah kaedah mengukur kejayaannya. Sila nyatakan kejayaan-kejayaan tersebut.

43. Tuan Chia Kwang Chye (BUKIT BENDERA) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengenai “roadshow” Kerajaan ke negara- negara asing yang dilaporkan telah berjaya menarik ramai pelabur membeli bon Malaysia:-

50

(a) apakah syarat-syarat bon ini dan kenapa ia dapat menarik sambutan baik daripada pelabur-pelabur asing; dan

(b) setakat ini, berapa ramai pelabur telah membeli bon ini dan apakah jumlah nilai bon yang telah dijual.

44. Tuan Wong Kam Hoong (BAYAN BARU) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:-

(a) bilakah hospital awam dijangka akan dikorporatkan; dan

(b) bagaimanakah Kementerian memastikan rakyat miskin dan pesara tidak dinafikan rawatan kesihatan yang bermutu berikutan pengkorporatan Hospital Kerajaan atas alasan ketidakmampuan untuk membayar rawatan dan perkhidmatan kesihatan.

45. Dr. L Krishnan (TELUK KEMANG) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) jumlah majikan yang telah berdaftar dengan KWSP dan bilangan majikan yang didakwa di mahkamah kerana gagal membuat caruman pada tahun 1998; dan

(b) bilangan majikan yang dikenalpasti tidak berdaftar dengan KWSP dan apakah tindakan yang diambil terhadap majikan- majikan tersebut.

46. Tuan Paulis Nointien (PENAMPANG) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan perancangan Kementerian untuk menambahkan lagi bilangan sekolah rendah dan menengah khususnya di kawasan Penampang untuk menampung bilangan murid -murid sekolah yang semakin bertambah.

47. Dato’ Salamon bin Selamat (SHAH ALAM) minta PERDANA MENTERI menyatakan setakat ini apakah tindakan yang telah diambil kepada 16 buah syarikat yang telah dikenalpasti mengendalikan 6,000 jemaah haji musim lalu tanpa kelulusan Tabung Haji. Berapa ramaikah bakal-bakal haji yang telah terkandas kerana masalah visa haji dan berapa banyakkah kerugian yang dialami oleh syarikat-syarikat dan bakal-bakal haji yang terlibat.

48. Tuan Fu Ah Kiow (MENTAKAB) minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:-

(a) perancangan oleh pengurusan KTM untuk memodenkan taman perumahan kakitangan KTM yang kebanyakannya telah daif dan keadaan infrastruktur tidak memuaskan; dan

(b) adakah syarikat penswastaan KTM iaitu Renong Berhad telah mengambilalih pengurusan KTM dan apa manafaat yang akan dibawa oleh Renong kepada rakyat jelata.

51

49. Tuan Abdul Rahman bin Sulaiman (PARIT BUNTAR) minta MENTERI KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN PELANCONGAN menyatakan sama ada beliau mempunyai rancangan baru untuk meningkatkan lagi industri pelancongan negara dan sama ada beliau berpuas hati dengan rancangan yang ada sekarang.

50. Tuan Karpal Singh (JELUTONG) minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sama ada Kerajaan akan mencadangkan undang-undang yang memperuntukkan gaji bulanan untuk pekerja -pekerja ladang.

51. Datuk Sng Chee Hua (JULAU) minta MENTERI PERTANIAN menyatakan apakah langkah- langkah yang telah diambil pihak Kerajaan untuk menghalang penyalahgunaan atau penggunaan secara berleb ihan racun perosak di dalam bidang pertanian, khasnya dalam penanaman sayur -sayuran. Adakah pihak bertanggungjawab menjalankan sebarang pemeriksaan (Spot-Check) terhadap tanaman-tanaman yang disyaki telah menggunakan racun perosak yang berlebihan.

52. Dato’ Haji Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang (KUALA PILAH) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan pendapat dan pendekatan Kementerian terkini dari segi realitinya Bahasa Malaysia belum digunakan secara meluas dan memuaskan sebagai bahasa ekonomi perniagaan, perdagangan dan langkah serius diambil oleh Kerajaan tentang “Kelonggaran” tindakan pihak Kementerian terhadap penggunaan Bahasa Inggeris, yang telah disalahgunakan oleh IPTS sejajar dengan peruntukan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 dan Akta Pendidikan 1996.

53. Tuan Lim Hock Seng (BAGAN) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapa ramai guru- guru dari negara China sedang berkhidmat di Malaysia. Apakah mata pelajaran yang diajar dan syarat-syarat perkhidmatan.

54. Tuan Haji Mohamad bin Sabu (KUBANG KERIAN) minta MENTERI PERUSAHAAN UTAMA menyatakan sejauh manakah skim pembelian getah untuk membantu pekebun-pekebun getah dapat membantu mereka yang terlibat dan apa jaminan bahawa skim itu bukan merupakan skim sementara sahaja memandangkan ia memberi kesan negatif kepada daya saing dan eksport getah negara.

55. Tuan Henrynus Amin (KINABALU) minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada beliau sedar bahawa dalam tahun 1995 terdapat 864,000 pendatang asing di negeri Sabah mengikut laporan Sta tistical Bulletin of Sabah, dan jumlah tersebut akan mencapai tahap 1,000,000 orang menjelang tahun 2000, dan kalau sedar, mengapakah Kerajaan Persekutuan gagal melaksanakan tanggungjawab untuk menjamin keselamatan dan mempertahankan kedaulatan serta integriti sempadan negara.

56. Tuan Joseph Mauh Ak. Ikeh (SELANGAU) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapa bidang tapak tanah di seluruh Negeri Sarawak tempat untuk mendirikan sekolah rendah dan sekolah menengah Kerajaan yang belum dibayar pampasan oleh pihak Jabatan Pendidikan Sarawak dan adakah benar bahawa tapak tanah tempat SRK Sg. Dijih Daerah Mukah dan SEK Pg. Lobang, Sg. Bawang, Balingan belum dapat pembayaran pampasan daripada pihak Jabatan Pendidikan Sarawak.

52

57. Tuan Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman (SUNGAI BENUT) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah kaedah dan garis panduan yang telah diberikan oleh Bank Negara Malaysia bagi memberi peruntukan pinjaman kepada usahawan bumiputera dalam bentuk sasaran kualitatif ke atas institusi kewangan melalui dana-dana yang telah diwujudkan dan sejauh manakah prestasi kejayaan sasaran tersebut.

58. Tuan Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman (SUNGAI BENUT) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) bilangan Syarikat-syarikat Berhad yang tersenarai di BSKL yang telah dipanggil untuk siasatan oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti; dan

(b) apakah bentuk-bentuk kesalahan yang telah dikenalpasti dan sehingga kini apakah tindakan yang telah diambil terhadap syarikat tersebut.

59. Tuan Haji Ibrahim bin Mahmood (KUALA KRAI) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah hutang tidak berbayar (NPL) yang telah diambil alih oleh Danaharta dan berapakah jumlah yang telah disuntik oleh Danamodal kepada sistem perbankan dan institusi kewangan yang lain. Sila senaraikan semua syarikat yang terlibat dengan NPL berkenaan.

60. Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang (MARANG) minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan jumlah kes melibatkan Malaysia yang masih belum diputuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Sila nyatakan jenis-jenis kes dan negara-negara yang turut terlibat sama.

61. Tuan Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood (TUMPAT) minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Suruhanjaya Penyiasat Bebas akan diwujudkan bagi mengkaji dan mengesyhorkan agar badan/sistem kehakiman dan pentadbiran undang-undang tidak dikuasai atau diperalat oleh pihak Eksekutif.

62. Tuan Haji Buniyamin bin Yaakob (BACHOK) minta minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang meneruskan pembayaran pencen seseorang balu yang berkahwin baru, jika tidak sila nyatakan mengapa.

63. Puan Hajjah Ilani binti Dato’ Haji Isahak (KOTA BHARU) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan memandangkan golongan Orang Asli ketinggalan dalam bidang pendidikan apakah Kementerian beliau telah menyediakan pelan tindakan bersesuaian bagi memastikan pada tahun 2020 golongan Orang Asli mengecapi kemajuan dalam bidang pendidikan.

64. Dr. Ramli bin Taib (KEMAMAN) minta PERDANA MENTERI menyatakan untung rugi Petronas dalam tiga ta hun yang lepas. Sebutkan jumlah pelaburan dan syarikat baru yang dibeli oleh Petronas yang tidak melibatkan industri petroleum dan gas. Mengapakah laporan kewangan Petronas tidak dibentangkan di Dewan Rakyat.

53

65. Tuan Tiong Thai King (LANANG) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan saham-saham mesti deposit dalam Akaun CDS sebelum 30 November, 1998:-

(a) jumlah saham-saham yang tidak deposit dalam Akaun CDS; dan

(b) apakah langkah yang diambil untuk mengendalikan saham- saham ini.

66. Tuan Zainal Abidin bin Haji Osman (MERSING) minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah pelaburan asing sejak Julai, 1997 hingga 1999 mengikut jenis perniagaan dan negeri. Sejauhmana tindakan diambil sehingga kini untuk mempertingkatkan pelab uran asing untuk masa jangka panjang.

67. Tuan Tan Kok Wai (CHERAS) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kedudukan siasatan Polis ke atas laporan yang dibuat oleh Ketua Pemuda Keadilan (Mohd Ezam Mohd. Nor) terhadap Peguam Negara dan Pendakwa Raya Abd. Ghani Patail pada 8.5.99 di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur atas tuduhan rasuah bagi menutup kes rasuah seorang Menteri berasaskan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi pada 14.4.99.

68. Tuan Tan Kok Wai (CHERAS) minta PER DANA MENTERI menyatakan siapakah dia kuasa asing yang beliau dakwa akan menimbulkan hura- hara dalam Malaysia bersama parti-parti pembangkang dan apakah bukti kukuh yang menyokong dakwaan beliau itu.

69. Tuan Radin Malleh (TENOM) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-

(a) berapakah jumlah kes “Police brutality” selain daripada kes Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikut tahun mulai tahun 1970 hingga 1999; dan

(b) berapakah jumlah pegawai dan anggota polis yang telah dibawa ke muka pengadilan dan sabit kesala han atas sebab “Police brutality” ini.

70. Puan Seripah Noli binti Syed Hussin (SEPANG) minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah kekosongan jawatan professional dan para professional di semua sektor sehingga Jun 1999. Berapakah jumlah keseluruha n pekerja professional dan para professional yang terlibat dalam skim pemberhentikan pekerja serta apakah usaha Kerajaan agar tenaga mereka dapat terus digunakan demi pembangunan negara.

54

71. Tuan Noh bin Omar (TANJONG KARANG) minta MENTERI KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN PELANCONGAN menyatakan sama ada Kerajaan bercadang memperkenalkan Cenderamata Nasional yang wajib digunakan pada setiap majlis rasmi Kerajaan supaya ia menjadi lambang indentiti negara.

72. Tuan Asmat Nungka (BELURAN) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah- langkah tambahan, selain dari yang sedia ada yang telah diambil oleh Kerajaan dalam usaha membendung masalah penyalahgunaan dadah khususnya di Sabah seperti penyalahgunaan pil Syabu dan sebagainya.

73. Datuk Mansor bi n Masikon (BATU PAHAT) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan:-

(a) berapakah jumlah rumah-rumah guru yang akan dibina di seluruh Negara. Sila sebutkan bilangan bagi setiap Negeri; dan

(b) apakah strategi perlaksanaannya dan bilakah kemudahan ini dapat disiapkan pada keseluruhannya.

***********************************

HARI ISNIN 19 JULAI, 1999 PUKUL 10.00 PAGI

Bil.26 1

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Dr. G. Leelavathi (KAPAR) minta MENTERI TENAGA, KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah pihaknya tidak bercadang untuk menjadikan sumber tenaga solar sebagai salah satu sumber tenaga di negara kita memandangkan ianya lebih menjimatkan berbanding lain- lain tenaga yang sedia ada.

2. Tuan Chang See Ten (GELANG PATAH) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan statistik tentang jumlah pendakwaan yang dibuat berkaitan dengan penjualan ubat tidak berdaftar dalam tahun 1997, 1998 dan suku pertama 1999, serta jumlah nilai ubat yang terlibat. Apakah masalah yang dihadapai dalam pencegahan kegiatan menjual ubat tidak berdaftar.

3. Datuk Lim Si Cheng (SENAI) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan:-

(a) perkembangan projek pelebaran dan peningkatan taraf jalan utama dari simpang Sengkang, Kulai ke Senai, Kulai; dan

55

(b) sila nyatakan kos anggaran yang berkenaa n dan bilakah perlaksanaan projek ini akan bermula.

4. Datuk Lim Si Cheng (SENAI) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan:-

(a) sama ada kerja rekabentuk projek peningkatan taraf jambatan di atas landasan keretapi di simpang Kulai-Kota Tinggi sudah siap dijalankan; dan

(b) apakah anggaran kos terbabit dan bilakah perlaksanaan projek berkenaan akan bermula.

5. Datuk Lau Ngan Siew (SANDAKAN) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah-langkah yang harus diambil untuk menyediakan perkhidmatan sosial kepada pesakit-pesak it gila atau kurang siuman yang berkeliaran di tempat- tempat awam di Sandakan.

6. Dr. Tan Seng Giaw (KEPONG) minta MENTERI PERTANIAN menyatakan bilangan jabatan untuk mengawal haiwan ternakan dan liar. Apakah peruntukan tahunan. Apakah prosedur untuk mencegah penyakit haiwan. Bilakah virus wabak yang mengorbankan 102 nyawa dikesan dan apakah jenis dan reservoir virus ini.

7. Dr. Tan Seng Giaw (KEPONG) minta PERDANA MENTERI menyatakan setakat mana beliau berjaya untuk mengw ujudkan Kuala Lumpur sebagai bandaraya bertaman. Bilangan pokok ditanam. Bilangan kawasan hijau dan tanah lapang. Bagaimana Lot 15-1, Jalan Jambu Melaka, Jinjang Selatan, menjadi Ibu Pejabat Rela atau Badan lain.

8. Datuk Philip Yong Chiew Lip (GAYA) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bahawa apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mengatasi kekurangan guru di SRJK di negeri Sabah.

9. Tuan Asmat Nungka (BELURAN) minta MENTERI KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN PELANCONGAN menyatakan apakah program yang telah dan sedang diatur oleh Kementerian dalam usaha mempromosikan negara kepada pelancong asing akibat masalah sejak kebelakangan ini dan Sabah khususnya.

10. Tuan Liew Ah Kim (SEPUTEH) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada sedar kekurangan di antara 2,000 hingga 3,000 guru-guru terlatih di sekolah-sekolah rendah aliran Cina di seluruh negara dalam tempoh 10-20 tahun lalu hingga sekarang dan pelan induk yang dirangka bagi mengatasi masalah kekurangan guru-guru terlatih di sekolah-sekolah aliran Cina bagi tempoh menjelang alaf baru 2000.

56

11. Tuan Liew Ah Kim (SEPUTEH) minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah pelarasan skim gaji kepada kakitangan Kerajaan akan dilaksanakan, bagi membolehkan mereka menikmati kenaikan skim gaji pokok selaras dengan perubahan belanja hidup yang semakin meningkat dan sama ada ini akan meliputi juga pasukan beruniform iaitu tentera dan polis.

12. Dr. Tan Kee Kwong (SEGAMBUT) minta MENTERI PERTANIAN menyatakan sama ada Kerajaan mempunyai rancangan untuk memulihkan industri penternakan babi akibat wabak Japanese Encephalitis dan virus Nipah.

13. Dr. Lee Chong Meng (BUKIT BINTANG) minta MENTERI PERTANIAN menyatakan lanjutan daripada wabak JE, Nipah, Dioxin dan sebagainya apakah langkah pihaknya untuk membenteras bahan-bahan kimia bagi tujuan penternakan seperti “Beta Agonis” digunakan oleh para penternak di negara kita. Apakah tindakan yang telah dan akan diambil oleh pihaknya untuk mengatasi masalah tersebut.

14. Dr. Lee Chong Meng (BUKIT BINTANG) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah benar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah mencecah pertumbuhan sebanyak 1%. Apakah tindakan yang telah dan akan diambil oleh pihak nya bagi meningkatkan lagi pencapaian ini.

15. Dato’ Dr. Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis (ROMPIN) minta MENTERI KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN PELANCONGAN menyatakan strategi memulihkan imej Malaysia sebagai lokasi pelancongan setelah dilanda jerebu, JE dan fitnah media asing kononnya berlaku ketegangan politik yang buruk.

16. Dato’ Dr. Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis (ROMPIN) minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan sejauh manakah kejayaan kempen Belilah Barangan Buatan Tempatan yang dilancarkan pada tahun 1998 demi memulihkan ekonomi negara.

17. Tuan Robert Lau Hoi Chew (SIBU) minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:-

(a) kemajuan terakhir terhadap pembinaan 2 buah aerobridge untuk Lapangan Terbang Sibu; dan

(b) sama ada Kementerian dapat mempertimbangkan agar MAS mengurangkan harga tiket penerbangan domestik supaya dapat mempromosikan industri pelancongan di Sarawak dan Sabah.

18. Tuan Chiew Chin Sing (BINTULU) minta MENTERI TENAGA, KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan bilakah rangkaian gelombang mikro bertujuan untuk mempertingkatkan telekomunikasi di Tubau, Bintulu, disiap untuk kegunaan, menurut jawapan Menteri pada 13.5.1996, ia akan disia p dalam tahun 1997.

57

19. Puan Chua Soon Bui (TAWAU) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada penyeludupan dadah terutamanya “syabu” berleluasa di Sabah pada tahun 1998 sehingga Julai 1999 berbanding tahun-tahun sebelumnya iaitu 1996 dan 1997. Apakah langkah- langkah berkesan yang boleh diambil oleh pihak berkuasa atau pihak-pihak yang berkaitan di negara-negara jiran untuk menangani masalah ini.

20. Tuan Yunof Maringking (TUARAN) minta MENTERI PERTANIAN menyatakan apakah teras Dasar Pertanian Negara yang baru dan:-

(a) bilakah dasar tersebut akan mula dilaksanakan dengan sepenuhnya; dan

(b) adakah Kementerian bercadang melatih para petani, terutama belia di luar bandar untuk menjayakan Dasar Pertanian Negara itu kelak.

21. Tuan M. Kulasegaran (TELUK INTAN) minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai kedatangan setiap Ahli Parlimen untuk persidangan Parlimen bagi tahun-tahun 1995, 1996, 1997, 1998 dan 1999. Mengapa kadar kedatangan/kehadiran untuk persidangan Parlimen tidak menggalakkan.

22. Tuan Abdul Rahin bin Dato’ Mohd. Said (KUALA NERUS) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan perkembangan berikut:-

(a) jumlah peruntukan yang diluluskan kepada tiap-tiap Kementerian dan berapakah jumlah yang masih belum dibelanjakan; dan

(b) sama ada terdapat cadangan bagi peruntukan yang tidak dibelanjakan mudah dipindahkan ke Kementerian lain untuk digunakan bagi projek-projek lain.

23. Tuan Jimmy Donald (SRI AMAN) minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan memandangkan Malaysia hendak membangun begitu cepat sebagai negara yang maju, langkah- langkah yang akan diambil untuk mempercepatkan pemberian elektrik kepada semua penduduk di luar bandar di Sarawak dan Sabah.

24. Tuan Michael Lisa Kaya (BUKIT MAS) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tentang hasil lawatan rombongan Menteri Kewangan ke Amerika Syarikat baru-baru ini dan sambutan dan pihak Amerika Syarikat terhadap penjualan Bond kita.

25. Tuan Haji Mustafa bin Muda (HULU TERENGGANU) minta MENTERI PERPADUAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah peruntukan yang telah diberi kepada Majlis Pusat Kebajikan Malaya (Malaysia) setiap tahun dan nyatakan adakah Kementerian telah menyusun semula majlis tersebut dengan diberi tanggungjawab yang berkesan selaras sebagai sebuah badan kebajikan.

58

26. Dr. Tan Chong Keng (BUKIT MERTAJAM) minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR menyatakan:-

(a) apakah garis panduan EIA (Environment Impact Assessment) yang terkini; dan

(b) apakah usaha Kementeriannya dalam menangani masalah pencemaran air dalam sungai dan laut yang mengancam kualiti hasil tangkapan nelayan.

27. Dr. Tan Chong Keng (BUKIT MERTAJAM) minta MENTERI TANAH DAN PEMBANGUNAN KOPERASI menyatakan peratusan hakmilik strata yang dipohon telah diluluskan mengikut negeri dan mengapakah begitu lama untuk proses permohonan hakmilik strata.

28. Tuan Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman (POKOK SENA) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah beliau sedar bahawa Sekolah Rendah ABIM telah dijadikan ‘Pusat Mengutuk Kerajaan’ atau Ibu Pejabat Parti Keadilan. Adakah rancangan Kementerian untuk menarik balik lesen- lesen sekolah ini atau menutupnya sebelum terlewat.

29. Datuk Abdol Mulok bin Haji Awang Damit (LABUAN) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan:-

(a) tindakan yang akan dan telah dikenakan kepada pelajar-pelajar Malaysia di luar negara yang secara terbuka memburukkan dan mengkritik Kerajaan dan berapakah bilangan yang terlibat; dan

(b) usaha yang sedang diambil bagi menangani kegiatan ini.

30. Tuan Richard Riot Ak. Jaem (S ERIAN) minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk membangunkan bandar baru di kawasan sempadan negeri Sarawak dengan Kalimantan Barat sebagai usaha untuk meningkatkan keadaan sosio-ekonomi di kawasan sempadan antara kedua-dua Wilayah. Kalau ya, bilakah ianya dijangka bermula.

31. Tuan Lim Kit Siang (TANJONG) minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah Kerajaan masih belum menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Kronisma, nepotisma dan rasuah yang melibatkan pucuk pimpinan politik tertinggi negara ini supaya semua kroni, sama ada yang berhubung kait dengan bekas pemimpin Kerajaan maupun pemimpin sedia ada, akan dapat dibongkar dan tindakan yang sewajarnya diambil ke atas mereka yang terlibat dalam kelakuan haram ini.

32. Dato’ Haji Mohd. Zihin bin Haji Mohd. Hassan (LARUT) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan seperti berikut:-

(a) jumlah penuntut masuk universiti-universiti dalam negeri tahun 1999/2000; dan

59

(b) jumlah penuntut di luar negeri.

33. Tuan Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz (HULU LANGAT) minta MENTERI TENAGA, KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan adakah pihaknya berpuas hati dengan prestasi kesemua stesyen TV dan radio swasta yang ada. Sila nyatakan komposisi slot penerangan, pendidikan dan hiburan stesyen- stesyen berkenaan.

34. Tuan Chia Kwang Chye (BUKIT BENDERA) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) berapakah jumlah cukai jualan yang dikutip pada tahun 1998 dan separuh tahun pertama 1999; dan

(b) apakah kadar tunggakan bayaran cukai jualan dalam tempoh masa yang sama.

35. Tuan Wong Kam Hoong (BAYAN BARU) minta MENTERI PERUSAHAAN UTAMA menyatakan:-

(a) berapa kontrak minyak sawit telah tidak ditunaikan oleh pembeli-pembeli negara asing berikutan harganya jatuh daripada RM2,300 setan kepada RM1,300 setan tahun lepas; dan

(b) bagaimanakah Kementerian bercadang untuk menghadapi saingan pengeluar-pengeluar kacang soya dan bunga matahari di Amerika Syarikat, Brazil dan Argentina yang dikatakan telah menyumbang kepada kejatuhan harga minyak sawit.

36. Dr. L Krishnan (TELUK KEMANG) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan:-

(a) nama sekolah-sekolah Kerajaan Jenis Kebangsaan Tamil & Cina di negara kita dimana bangunannya dikenalpasti dalam keadaan buruk dan perlu dirobohkan; dan

(b) apakah program Kementerian untuk memperbaharui semua bangunan/sekolah tersebut.

37. Tuan Paulis Nointien (PENAMPANG) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jika Kementerian ada cadangan untuk memberi peruntukan khas kepada Jawatankuasa Peristilahan Bahasa Kadaza ndusun, Jabatan Pendidikan negeri Sabah untuk membiayai kerja-kerja jawatankuasa tersebut. Jika ada, berapakah jumlah peruntukan yang akan disalurkan untuk tujuan melicinkan dan mempercepatkan lagi usaha jawatankuasa itu.

60

38. Dato’ Salamon bin Selamat (SHAH ALAM) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan setakat ini beberapa peratuskah jumlah tabungan dan transaksi kewangan dalam sistem perbankan yang diuruskan melalui Sistem Perbankan Tanpa Faedah (SPTF). Apakah langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai Pusat Perkhidmatan Kewangan Islam bagi Asia Tenggara.

39. Tuan Fu Ah Kiow (MENTAKAB) minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah langkah yang diambil oleh Asean untuk menangani konfliks diantara negara yang menuntut Kepulauan Spratly supaya isu tersebut tidak diexploitasikan oleh kuasa besar.

40. Tuan Fu Ah Kiow (MENTAKAB) minta PERDANA MENTERI menyatakan:-

(a) berapakah kes aduan awam telah diterima dan berapakah kes telah diselesaikan; dan

(b) jenis utama kes aduan awam tersebut dan Kementerian yang terlibat.

41. Tuan Abdul Rahman bin Sulaiman (PARIT BUNTAR) minta MENTERI PERTANIAN menyatakan sama ada Kementerian bersedia memberi pengecualian dalam pengambilan lesen bagi nelayan-nelayan pantai terutama kepada mereka yang tiada mata pencarian lain di Kuala Kurau, Tanjung Piandang dan Bagan Tiang di Perak.

42. Tuan Karpal Singh (JELUTONG) minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan tentang keputusan cadangan Kerajaan bahawa Gua Niah di Sarawak diletakkan pada senarai warisan dunia UNESCO.

43. Dato’ Haji Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang (KUALA PILAH) minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR menyatakan ekoran peristiwa tanah runtuh di Lereng Bukit Antarabangsa baru-baru ini, tidakkah Kementerian ada mengambil tindakan serius melalui Jabatan Environmental Impact Assessment (EIA) supaya memastikan kekuatan tanah di sekeliling lerengan Bukit Kawasan “Tragedi Highland Towers” dahulu betul-betul stabil sebelum bangunan besar, seperti Atheneum At The Peak itu dibina, dan apakah tindakan pengawasan diambil; dan

44. Tuan Lim Hock Seng (BAGAN) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan butir-butir ijazah (nama universiti dan subjek) Taiwan dan China yang telah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

45. Dr. Maximus Johnity Ongkili (BANDAU) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah kad pengenalan yang belum dituntut oleh pihak pemohon di seluruh negara. Sila beri jumlah bagi setiap negeri. Bagi negeri Sabah apakah langkah- langkah yang dilakukan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara supaya para pemohon memperolehi kad pengenalan mereka yang telah siap.

61

46. Dr. Maximus Johnity Ongkili (BANDAU) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah pemoho nan kad pengenalan oleh rakyat di kawasan Daerah Kota Marudu (Bandau) yang belum siap diproses oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara Sabah.

47. Tuan Haji Mohamad bin Sabu (KUBANG KERIAN) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah tindakan Kerajaan da lam menangani kemerosotan pegangan Bumiputera dalam syarikat-syarikat di negara ini iaitu merosot kepada 19.4 peratus dalam tahun 1998 berbanding kira-kira 20.6 peratus pada tahun 1995.

48. Tuan Henrynus Amin (KINABALU) minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah pendatang asing di daerah Ranau termasuk pendatang haram yang didaftarkan oleh Pasukan Petugas Khas, dan berapakah diantara mereka sudah berdaftar sebagai pemilih dalam daftar pemilih kawasan N 26 Ranau.

49. Tuan Joseph Mauh Ak. Ikeh (SELANGAU) minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan:-

(a) adakah Kerajaan bercadang membekalkan kemudahan pengangkutan seperti Land Crusier ‘outboard engine’, ‘motor boat’ kepada KEMAS seperti yang telah dibekalkan kepada pejabat dan jabatan-jabatan lain di Sarawak untuk pegawai KEMAS membuat lawatan ke kawasan luar bandar; dan

(b) adakah Pegawai KEMAS seperti Penyelia Kanan dan Pegawai- pegawai lain cukup ditiap-tiap kawasan Parlimen dan ADUN di seluruh Malaysia.

50. Tuan Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman (SUNGAI BENUT) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-

(a) jumlah operasi dan tangkapan yang berhubung dengan kegiatan lumba motosikal haram di seluruh negara; dan

(b) apakah langkah-langkah konkrit jangka panjang yang telah diambil bagi mengurangkan kegiatan ini dan adakah Kerajaan bercadang untuk mengenakan denda punitif bagi pelumba yang mengulangi tabiat buruk ini.

51. Tuan Haji Ibrahim bin Mahmood (KUALA KRAI) minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah tindak balas tegas yang telah diambil oleh Kerajaan terhadap rencana pengarang Business Times Singapura baru-baru ini yang mempersoalkan kewibawaan kepimpinan Kerajaan.

52. Tuan Haji Ibrahim bin Mahmood (KUALA KRAI) minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadangkan membatalkan perlantikan syarikat Solomon Smith Barney sebagai penasihat kewangan Kerajaan bagi mengelakkan negara ini terus dijajah oleh kuasa asing.

62

53. Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang (MARANG) minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah hasil siasatan terhadap kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang pada bulan Mei lepas dan apakah langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang diambil terhadap lokasi-lokasi lain yang terdedah kepada kejadian seumpamanya.

54. Tuan Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood (TUMPAT) minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada bersetuju menerima pemerhati antarabangsa di atas perjalanan pilihanraya umum kesepuluh bagi mengelakkan berlakunya pilihanraya terkotor di negara ini.

55. Tuan Haji Buniyamin bin Yaakob (BACHOK) minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang mengadakan polisi bagi menurunkan kadar caj air dan api pada sesuatu tahun kewangan berikutnya setelah mengambil kira keuntungan yang diperolehi pada sesuatu tahun sebelumnya. Jika tidak, mengapa.

56. Puan Hajjah Ilani binti Dato’ Haji Isahak (KOTA BHARU) minta MENTERI PERPADUAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT menyatakan masalah hakmilik tanah masih berterusan kerana Kerajaan-kerajaan Negeri tidak berminat menyelesaikannya, apakah langkah berwibawa yang akan dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli bagi menyelesaikan, masalah itu dalam masa yang singkat.

57. Dr. Ramli bin Taib (KEMAMAN) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan:-

(a) berapa ramaikah pelajar-pelajar yang berada di dalam Sistem Matrikulasi dan Sistem STPM; dan

(b) apakah punca kegagalan yang tinggi yang berlaku di Pusat- Pusat Matrikulasi yang di francaiskan dan apakah langkah- langkah yang tela h diambil untuk mengatasinya.

58. Tuan Tiong Thai King (LANANG) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan Bank of China memohon membuka cawangan semula di Malaysia. Sudahkan Kerajaan membuat keputusan mengenai perkara ini.

59. Tuan Zainal Abidin bin Haji Osman (MERSING) minta PERDANA MENTERI menyatakan oleh kerana ada kalangan memutarbelitkan tafsiran Al- Quran dan Hadis untuk kepentingan sendiri, ini mengakibatkan timbul banyak kekeliruan dan menjejaskan perpaduan masyarakat Islam. Adakah Kerajaan bercadang memperkenalkan pengajian dalam bidang tafsiran Al-Quran dan Hadis di sekolah-sekolah menengah dan pusat pengajian tinggi supaya rakyat khususnya golongan muda tidak mudah dikelirukan.

63

60. Puan Hajjah Rohani binti Abd. Karim (SANTUBONG) minta MENTERI PERPADUAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT menyatakan bagaimanakah cara dan strategi untuk mengwujudkan masyarakat penyayang sebagai penggerak dan teras untuk memangkin wawasan negara dalam bentuk globalisasi ke arah pembangunan cyber.

61. Tuan Tan Kok Wai (CHERAS) minta PERDANA MENTERI menyatakan kadar kemiskinan dari segi peratus dan bilangan di setiap negeri sebelum dan sesudah krisis ekonomi melanda negara.

62. Tuan Radin Malleh (TENOM) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada pengecualian daripada membayar kos rawatan hospital bagi pesakit-pesakit yang tidak berkemampuan masih diteruskan. Jika ianya masih diteruskan, apakah kaedah dan peraturan harus dipatuhi oleh para pesakit.

63. Dato’ Dr. Kamal bin Mat Salih (WANGSA MAJU) minta MENTERI KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN PELANCONGAN menyatakan apakah perangkaan kemasukan pelancong asing ke Malaysia bagi tahun lepas dan bagi tahun ini. Memandangkan laporan negatif mengenai Malaysia dari segi kegawatan ekonomi, kedudukan politik dan laporan seperti JE apakah langkah- langkah yang diambil oleh Kementerian untuk menarik balik minat pelancong asing terhadap Malaysia.

64. Dr. Yee Moh Chai (TANJONG ARU) minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan pendatang tanpa izin yang telah dibuang dari Negeri Sabah dan berapa yang telah kembali selepas itu.

65. Puan Seripah Noli binti Syed Hussin (SEPANG) minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah halangan- halangan dan punca utama kelembapan kegiatan R&D disemua sektor swasta dan Kerajaan memandangkan Malaysia berkedudukan terkebawah dalam kegiatan R&D jika dibandingkan dengan negara-negara Asia yang lain. Apakah langkah Kerajaan bagi menggalakkan dan menggiatkan lagi aktiviti R&D ini.

66. Puan Seripah Noli binti Syed Hussin (SEPANG) minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kementerian mempunyai angka terkini lapuran berkaitan “sexual harassment” dengan izin, yang berlaku di tempat kerja dan awam, mengikut peringkat umur dan jantina serta apakah us aha yang telah diambil bagi mengurangkan jumlah kes dan bagi menggalakkan mangsa membuat laporan kepada pihak-pihak berkenaan.

67. Tuan Noh bin Omar (TANJONG KARANG) minta MENTERI PERTANIAN menyatakan kesan pada harga beras dan harga padi hasil da ripada peraturan yang tidak membenarkan padi dari Selangor dijual ke Kedah dan Perlis.

***********************************

64

HARI SELASA 20 JULAI, 1999 PUKUL 10.00 PAGI

Bil.27 1

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Dr. G. Leelavathi (KAPAR) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah tindakah yang telah dan akan diambil oleh pihaknya bagi mencegah hasil keluaran tenusu daripada benua Eropah yuang mengandungi “Dioxin” serta bahan kimia yang lain daripada terus digunakan memandangkan hasil keluaran ini mempunyai permintaan yang tinggi di negara kita.

2. Tuan Chang See Ten (GELANG PATAH) minta MENTERI TENAGA, KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan adakah terdapat sebarang garis panduan untuk menetapkan bilangan pondok telefon awam di sesuatu kawasan. Apakah langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan untuk memastikan syarikat- syarikat yang mendirikan pondok telefon awam menyelenggara pondok masing- masing.

3. Tuan Md. Isa bin Sabu (KANGAR) minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan sanggup serta bersedia bekerjasama dengan “syaitan” atas tujuan untuk mengekalkan kuasa politik dan pemerintahan negara ini. Kalau ya, apakah rasionalnya. Kalau tidak, mengapa.

4. Dr. Patau Rubis (MAS GADING) minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan langkah-langkah yang akan diambil supaya bukan sahaja beban kakitangan Kerajaan dikurangkan dengan pemberian RM600 tetapi rakyat biasa juga menerima bantuan-bantuan tertentu kepada semua keluarga yang miskin.

5. Datuk Lim Si Cheng (SENAI) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan:-

(a) mengapa masalah melanjutkan perkhidmatan guru bersara tidak dapat diselesaikan dengan sepenuhnya, dan mengapa masalah kekurangan guru yang berkhidmat di SRJK (C) masih menjadi isu yang hebat dibangkitkan; dan

(b) adakah Pejabat Pendidikan enggan melanjutkan guru bersara untuk terus berkhidmat di SRJK (C) disebabkan oleh “ketandusan peruntukan”.

65

6. Tuan Hoo Seong Chang (KLUANG) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-

(a) sejak Januari, 1999 hingga 30.6.1999 (6 bulan pertama tahun ini) berapakah jumlah mereka yang disyaki sebagai pengedar dadah dan antaranya berapa orang yang telah ditahan dan dijatuhkan hukuman; dan

(b) apakah tindakan pihak berkuasa terhadap kes-kes pengedaran dadah yang melalui perkhidmatan syarikat penghantaran cepat (Courier Service) yang telah dikesan.

7. Datuk Lau Ngan Siew (SANDAKAN) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan pendir ian Kementerian tentang guru-guru khasnya di Sabah yang mengikuti kursus ijazah PJJ (Pendidikan Jarak Jauh) sama ada mereka akan diserap ke DG 3 atau dibiarkan begitu di gred yang mereka kini berada walaupun sudah memperoleh ijazah yang diiktiraf.

8. Tuan Asmat Nungka (BELURAN) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah cadangan penubuhan Universiti kedua di Sabah yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara sebagai wajar dan perlu dipertimbangkan, jika tidak kenapa.

9. Tuan Liew Ah Kim (SEPUTEH) minta MENTERI PERTANIAN menyatakan sama ada sedar rungutan lebih 25 keluarga pekebun-pekebun kecil yang meliputi kawasan kebun kelapa lebih 100 ekar di Kampung Sungai Belukang, Kampung Sungai Haji Muhammad, Bagan Datoh, Perak mengenai hasil kelapa mereka yang turun mendadak berikutan serangan kumbang perosak, kera dan babi hutan ke atas kebun kelapa mereka.

10. Dr. Tan Kee Kwong (SEGAMBUT) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengenai pengumuman Kerajaan bahawa projek Hidroelektrik Bakun akan dihidupkan semula pada skala yang lebih kecil:

(a) apakah skop projek tersebut; dan

(b) syarikat-syarikat atau konsortium manakah yang akan terlibat dalam projek tersebut.

11. Dr. Tan Kee Kwong (SEGAMBUT) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan mengenai kecemasan kontaminasi dioksin:-

(a) mengapakah Malaysia tidak mempunyai kemudahan untuk memeriksa makanan untuk dioksin; dan

(b) apakah nilai konsignasi makanan dari Persatuan Eropah yang telah dirampas sehingga kini.

66

12. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad (LIPIS) minta MENTERI TENAGA, KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan berapakah kes mencuri talian telefon domestik dan antarabangsa yang dapat dikesan dan berapakah jumlah tangkapan yang dibuat sama ada melibatkan warganegara Malaysia atau asing pada tahun 1998 dan 1999.

13. Tuan Lim Siang Chai (PETALING JAYA SELATAN) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apa tindakan akan diambil oleh Kementerian tentang perkara yang dibangkit oleh 12 Persatuan Penduduk di Petaling Jaya dan Taman Tun Dr. Ismail, mereka telah mengutip 22,775 “signatures” daripada penduduk di sekeliling PJ. Mereka tidak setuju dengan pembinaan Plaza Tol di Batu 6 ½ , Jalan KL - Damansara (depan Taman Lee Yan Lian Section 17, PJ) oleh Syarikat SRINT Sdn. Bhd.

14. Dr. Lee Chong Meng (BUKIT BINTANG) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah kedudukan terkini berkenaan dengan langkah kawalan modal serta ‘exit tax’ yang telah diimplementasikan oleh Kementeriannya.

15. Dato’ Dr. Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis (ROMPIN) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan unjuran pertumbuhan Keluaran Negara Kasar negara yang dianggarkan 1%. Jika benar, apakah langkah memastikannya terus meningkat.

16. Dr. Yap Yit Thong (LUMUT) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:-

(a) kos membina “paperless” Hospital di Selayang dan masa hospital ini akan mula dijalankan; dan

(b) apakah kemudahan Hospital ini dibandingkan dengan sebuah hospital biasa.

17. Tuan Robert Lau Hoi Chew (SIBU) minta MENTER PENDIDIKAN me nyatakan:-

(a) jumlah pengambilan calon-calon yang berjaya ke kelas Mandarin di Maktab-maktab Latihan Perguruan kita di seluruh negara (juga nyatakan jumlah calon yang tidak berjaya serta sebabnya); dan

(b) jumlah kekurangan guru- guru Mandarin, di kedua -dua seko lah menengah dan rendah (sila nyatakan berasingan untuk sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan).

18. Tuan Chiew Chin Sing (BINTULU) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilakah pejabat pendidikan daerah Bintulu akan dinaiktaraf sebagai Pejabat Pendidikan Bahagian Bintulu kerana menurut jawapan pada 5.12.96 ia akan dibina dalam Rancangan Malaysia Ketujuh.

67

19. Tuan Hashim bin Ismail (LEDANG) minta PERDANA MENTERI menyatakan prestasi berkaitan pelaksanaan projek-projek pembangunan oleh Jabatan- jabatan Kerajaan sehingga bulan Jun 1999 ini. Adakah Kerajaan telah mengenalpasti punca yang mengakibatkan kelembapan perlaksanaan projek-projek ini dan cara mengatasinya.

20. Puan Chua Soon Bui (TAWAU) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilangan sekolah rendah (SK) dan sekolah menengah (SMK) akan didirikan di Tawau pada tahun 1999 – 2000. Apakah nama sekolah-sekolah tersebut dan berapa banyakkah peruntukan yang diagihkan untuk setiap sekolah. Adakah sekolah-sekolah ini akan disediakan dengan kemudahan-kemudahan canggih untuk mendidik dan melatih para pelajarnya bersesuaian dengan konsep “IT”.

21. Tuan Yunof Maringking (TUARAN) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada pihak Kementerian bercadang menjalankan kajian tentang kandungan kimia berbahaya kepada setiap bahan makanan yang diimport dari mana - mana negara sebelum penjualan barangan itu dibenarkan dalam Negara ini agar ancaman kimia merbahaya seperti dioksin tidak akan berlaku di Negara ini.

22. Tuan M. Kulasegaran (TELUK INTAN) minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah peruntukan untuk perbelanjaan kawasan telah diberikan sehingga hari ini kepada ahli-ahli Parlimen. Senaraikan untuk tujuan apa peruntukan ini digunakan dan mengapa peruntukan tidak diberikan kepada ahli-ahli Parlimen pembangkang.

23. Tuan M. Kulasegaran (TELUK INTAN) minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah asas dan penjelasan Perdana Menteri yang mengatakan pilihanraya akan datang akan menjadi “pilihanraya yang terkotor”. Apakah rasionalnya bilamana pengundi adalah berbeza dari satu kawasan Parlimen dengan kawasan lain (ada kawasan yang mempunyai 20,000 pengundi dan ada yang lebih 70,000 pengundi).

24. Tuan Ibrahim bin Pateh Mohamad (TANAH MERAH) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah levi yang diperolehi hasil daripada kemasukan pendatang asing.

25. Tuan Abdul Rahin bin Dato’ Mohd. Said (KUALA NERUS) minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah masalah sebenar yang dihadapi oleh Kerajaan-kerajaan negeri yang tidak bersetuju untuk menyelaraskan kedudukan Hakim-Hakim Mahkamah Syariah dengan Kerajaan pusat sedangkan pindaan undang- undang tersebut dibuat di Parlimen. Nyatakan negeri-negeri mana.

26. Tuan Jimmy Donald (SRI AMAN) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilangan sekolah rendah di Sarawak yang telah ditutup dari 1990 hingga 1995. Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk menyatakan sekolah- sekolah yang dianggap masih kecil supaya kemudahan dan pendidikan bermutu dapat diadakan.

68

27. Tuan Michael Lisa Kaya (BUKIT MAS) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan langkah-langkah yang tertent u yang disediakan oleh Kementerian untuk menghindari pelajar-pelajar menghadiri rally dan perjumpaan yang dibuat oleh pembangkang supaya mereka tidak di dedah kepada gejala-gejala yang tidak baik.

28. Tuan Haji Mustafa bin Muda (HULU TERENGGANU) minta MENTERI PERPADUAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah pusat latihan orang cacat di seluruh negara dan apakah program latihan yang diwujudkan serta berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada pusat-pusat tersebut.

29. Dr. Tan Chong Keng (BUKIT MERTAJAM) minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan prestasi Keretapi Tanah Melayu (KTM) dari segi pembangunan kemudahan dan perkhidmatan penumpang serta kargo, status kewangan dan aset, dan juga rancangan ‘upgrading’ lintasan keretapi.

30. Datuk Abdol Mulok bin Haji Awang Damit (LABUAN) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) jumlah langganan ASN 2 sejak ianya dilancarkan dan apakah kelebihannya berbanding amanah-amanah saham yang lain; dan

(b) adakah Kerajaan bercadang untuk memudahkan cara pengeluaran caruman KWSP bagi menggalakkan lebih ramai rakyat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah terutamanya Bumiputera untuk melabur.

31. Tuan Haji Che Ibrahim bin Mustafa (SUNGAI PETANI) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:-

(a) adakah Kerajaan masih berhasrat untuk menswastakan perkhidmatan perubatan di Hospital Awam; dan

(b) adakah Kerajaan sering menyemak dan memantau bayaran yang dikenakan oleh Hospital Swasta yang dianggap masih tinggi, terutama untuk pesakit yang berpendapatan rendah.

32. Tuan Richard Riot Ak. Jaem (SERIAN) minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bersedia untuk melaksanakan gaji berdasarkan perkiraan mingguan kepada kakitangan awam. Gaji sebenar kakitangan awam mengikut perkiraan bulanan adalah selama 48 minggu sahaja sedangkan terdapat 52 minggu dalam setahun dan sesetengah syarikat mengamalkan pembayaran gaji dua minggu sekali.

33. Tuan Richard Riot Ak. Jaem (SERIAN) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan walaupun Jalan Tebakang-Mongkos, seperti yang dijawab oleh YB Menteri sendiri pada 5/11/98 di Dewan yang mulia ini, adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri, adakah Kerajaan Pusat bersedia untuk memberi peruntukan tambahan untuk menurapnya sekiranya diminta untuk berbuat demikian oleh Kerajaan Negeri.

69

34. Tuan Lim Kit Siang (TANJONG) minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah yang dilakukan oleh pihak Kementeriannya dalam memastikan MAS menghapuskan dasar ‘low- fuel’ nya yang membahayakan penumpangnya, juga menjejaskan nama baik negara.

35. Dato’ Haji Mohd. Zihin bin Haji Mohd. Hassan (LARUT) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah, sedang dan akan diambil ke atas guru-guru dan pegawai-pegawai Kementerian yang terang- terang menentang Kerajaan.

36. Tuan Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz (HULU LANGAT) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah perkembangan terbaru mengenai sistem kewangan Islam di bank -bank selain daripada Bank Islam. Adakah kemungkinan kesemua bank di negara ini beralih kepada sistem kewangan Islam yang semakin mendapat sambutan sekarang ini.

37. Tuan Chia Kwang Chye (BUKIT BENDERA) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan:-

(a) apakah projek-projek jalanraya/lebuhraya yang telah diluluskan oleh Kerajaan di kawasan Parlimen Bukit Bendera; dan

(b) bagi projek-projek jalanraya ini, apakah peruntukannya dan jangkaan tarikh siap.

38. Tuan Wong Kam Hoong (BAYAN BARU) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-

(a) apakah punca-punca berlakunya rusuhan di kalangan pelatih di Pusat Serenti; dan

(b) apakah langkah-langkah yang akan atau telah diambil oleh Kementerian untuk mencegah berlakunya rusuhan pelatih di Pusat Serenti.

39. Dr. L Krishnan (TELUK KEMANG) minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan:-

(a) bilangan anggota tentera dan polis yang telah dihantar sebagai Pasukan Keamanan Kosovo dari Malaysia; dan

(b) adakah Kementerian mempunyai sebarang rancangan untuk meningkatkan bilangan tersebut pada masa yang akan datang.

40. Tuan Paulis Nointien (PENAMPANG) minta PERDANA MENTERI menyatakan jika Kerajaan ada rancangan yang berkesan untuk mengalakkan penglibatan seluruh rakyat Malaysia untuk menyelesaikan masalah pendatang tanp a izin terutamanya di negeri Sabah dan adakah insentif seperti ‘cash reward system’ atau lain-lain bentuk insentif perlu di perkenalkan demi menjayakan rancangan ini.

70

41. Dato’ Salamon bin Selamat (SHAH ALAM) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berapa banyakkah projek-projek pembangunan Rancangan Malaysia Ke Tujuh di bawah Kementeriannya yang lewat dilaksanakan terutama dari segi bilangan projek dan kos projek. Apakah sebab-sebab utama kelewatan tersebut dan sejauhmanakah tindakan telah diambil ke atas kontraktor-kontraktor yang terlibat.

42. Tuan Fu Ah Kiow (MENTAKAB) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) jumlah pinjaman terkumpul luar negeri dan dalam negeri oleh Kerajaan menjelang tahun 1999 dan 2000; dan

(b) apakah kesan pinjaman tersebut terhadap ekonomi negara dalam jangkamasa panjang.

43. Tuan Abdul Rahman bin Sulaiman (PARIT BUNTAR) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada Kerajaan bersedia mengambil alih sekolah- sekolah mubaligh Kristian yang terdapat di seluruh negara untuk mengelakkan sekolah-sekolah tersebut terus terbiar dan merugikan pada pelajar.

44. Tuan Karpal Singh (JELUTONG) minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan setakat mana ahli-ahli pasukan keselamatan Malaysia telah dihantar untuk berkhidmat dengan misi pengawalan keamanan di KOSOVO. Dalam bentuk apa lagi Kerajaan telah memberi bantuan kepada mangsa-mangsa kekejaman di KOSOVO.

45. Tuan Karpal Singh (JELUTONG) minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada keputusan Mahkamah Antarabangsa bahawa pelapor khas Bangsa-bangsa Bersatu, Datuk Param Cumaraswamy, adalah berhak kepada kekebalan daripada tindakan undang- undang, telah dipatuhi oleh Kerajaan Malaysia.

46. Tuan Lim Lay Hoon (PADANG SERAI) minta PERDANA MENTERI menyatakan:-

(a) belanjawan yang diperuntukan oleh Kementerian dari tahun ke tahun kepada Biro Bantuan Guaman; dan

(b) sama ada “means test” (ujian kelayakan) yang sedia ada perlu dipertimbang semula (review) supaya bantuan guaman percuma dapat diberi kepada mereka yang memerlukannya.

47. Datuk Sng Chee Hua (JULAU) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah sebarang perancangan oleh pihak Kerajaan untuk membina perhentian bas yang sempurna (Proper Entry and Exit Points) di sepanjang Lebuhraya Trans -Borneo, bagi memastikan keselamatan para pengguna jalan raya di kawasan tersebut.

71

48. Dato’ Haji Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang (KUALA PILAH) minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah dasar Kerajaan dalam jangka masa pendek dan jauh, sama ada perlukah kita menggalakkan menambak laut untuk pembangunan, dan apakah bentuk kawalan dari segi undang-undang dan penguatkuasaan yang telah diambil bagi mengelakkan penghakisan dan pencemaran.

49. Tuan Lim Hock Seng (BAGAN) minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa kali beliau telah melawat secara rasmi dan tidak rasmi ke Pulau Langkawi bagi lima (5) tahun kebelakangan ini. Nyatakan jumlah perbelanjaan dari Kerajaan Pusat dan Negeri yang diberi kepada Lembaga Kemajuan Pulau Langkawi dan la in agensi untuk membangunkan pulau tersebut.

50. Tuan Haji Mohamad bin Sabu (KUBANG KERIAN) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah pampasan yang diberikan kepada Ekran Berhad semenjak Kerajaan mengambilalih Projek Hidroelektrik Bakun dan berapakah pampasan yang dicadangkan oleh Price Waterhouse yang diumumkan telah dilantik oleh Kerajaan untuk mengkaji projek itu.

51. Tuan Haji Mohamad bin Sabu (KUBANG KERIAN) minta minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah kriteria keutamaan Jawatankuasa Penyusunan Semula Hutang Korporat untuk mendahulu atau mengkemudiankan sesebuah syarikat memandangkan syarikat-syarikat seperti Renong Berhad dengan hutang sebanyak RM10.96 bilion dan Tongkah Holding, di mana anak Perdana Menteri mempunyai kepentingan yang besar, didahulukan oleh jawatankuasa itu.

52. Tuan Henrynus Amin (KINABALU) minta MENTERI PERUSAHAAN UTAMA menyatakan sama ada benar atau tidak dakwaan bahawa terdapat perbezaan harga kepingan getah dalam skim subsidi Kerajaan terhadap pekebun kecil getah di antara negeri Sabah dan Semenanjung Malaysia dan adakah benar bahawa pekebun kecil negeri Sabah hanya dibayar RM0.87 sekilo sedangkan pekebun kecil di Semenanjung Malaysia dibayar RM1.40 sekilo.

53. Tuan Joseph Mauh Ak. Ikeh (SELANGAU) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa ramai penduduk Sarawak yang belum menukarkan Kad Pengenalan lama mereka kepada Kad Pengenalan baru dan berapa banyak Kad Pengenalan baru yang telah siap yang belum diambil oleh pemohon di Pejabat Pendaftaran Negeri, Bahagian dan Daerah di Sarawak, dan bilakah Kerajaan memperkenalkan Kad Pengenalan Baru atau Kad Pintar.

54. Tuan Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman (SUNGAI BENUT) minta MENTERI PERTANIAN menyatakan jumlah terkini import makanan negara dan sejauh manakah kejayaan sasaran Kementerian yang mendapati sebanyak RM6 bilion dari produk pertanian yang diimport dapat digantikan dengan pengeluaran tempatan dan apakah produk-produk baru dari hasil R & D yang telah ditemui oleh jabatan- jabatan di bawah Kementerian.

72

55. Tuan Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman (SUNGAI BENUT) minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:-

(a) jumlah kemalangan yang melibatkan keretapi dan apakah punca-punca dan kerugian yang dialami akibat dari kemalangan tersebut; dan

(b) bilakah Kerajaan akan membina lintasan keretapi di Pekan Layang- layang Johor untuk kegunaan murid -murid sekolah rendah dan menengah yang begitu berbahaya melintas landasan keretapi di tempat tersebut.

56. Tuan Haji Ibrahim bin Mahmood (KUALA KRAI) minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan sedar bahawa bahagian (share) kaum bumiputera dalam kekayaan negara masih belum sampai ke tahap yang dihajati terutama akibat kegagalan matlamat pembasmian kemiskinan, jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan sektor bandar-luar bandar serta kurangnya kumpulan kerja peringkat atasan. Maka apakah langkah berkesan bagi mengatasi masalah itu.

57. Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang (MARANG) minta MENTERI PERTANIAN menyatakan apakah penekanan yang diberikan di dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) untuk memastikan negara tidak terlalu banyak mengimport bahan makanan dari luar.

58. Tuan Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood (TUMPAT) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sebab-sebab dan kejayaan tindakan pihak Suruhanjaya Sekuriti mengeluarkan waran tangkap kepada tokoh korporat tertentu baru-baru ini.

59. Tuan Haji Buniyamin bin Yaakob (BACHOK) minta MENTERI PERPADUAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT menyatakan sama ada kadar bantuan bulanan kepada fakir miskin akan dikaji semula memandangkan kadar sekarang tidak relevan dengan kos kehidupan semasa.

60. Puan Hajjah Ilani binti Dato’ Haji Isahak (KOTA BHARU) minta MENTERI KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN PELANCONGAN menyatakan:-

(a) apakah Kerajaan mencadang beberapa produk pelancongan baru yang melibat golongan Orang Asli; dan

(b) sejauhmanakah Kerajaan bersedia untuk mengumpul data dan membuat kajian bagi mengekalkan identiti pelbagai kaum golongan Orang Asli untuk khazanah kebudayaan negara.

61. Tuan Vincent Lim Kuo Phau (PETALING JAYA UTARA) minta MENTERI TANAH DAN PEMBANGUNAN KOPERASI menyatakan apakah langkah yang diambil oleh Kementerian dalam meminda undang- undang supaya memberi kuasa kepada Perbadanan Pengurusan untuk memotongkan bekalan air dan/atau elektrik terhadap mereka yang gagal untuk membayar “maintenance charges”.

73

62. Tuan Vincent Lim Kuo Phau (PETALING JAYA UTARA) minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan:-

(a) sama ada pengotor alam sekitar dikehendaki membuat kerja- kerja komuniti seperti dibangkitkan di Parlimen dan adakah Kementerian telah membuat kajian mengenainya. Apakah keputusan kajian yang dibuat oleh Kementerian dan angkahl - langkah untuk menguatkuasakannya; dan

(b) apakah langkah yang diambil untuk mengatasi masalah pengurusan pembuangan sampah khususnya di kawasan perumahan.

63. Dr. Ramli bin Taib (KEMAMAN) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) 10 institusi bank tempatan yang terbesar di negara ini mengikut susunan; dan

(b) apakah langkah-langkah yang diambil terhadap bank yang tidak berdaya maju dan berapa banyakkah yang akan ditutup.

64. Tuan Tiong Thai King (LANANG) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan pasaran saham di negara-negara Asia lain yang dilanda kegawatan ekonomi telah pulih sepenuhnya. Di negara kita, pemulihan pasaran saham daripada tahap terendah sehingga tahap yang dicapai kini adalah menggalakkan tetapi masih belum mencapai tahap tertinggi sebelum kegawatan ekonomi. Apakah langkah- langkah yang diambil bagi mencapai tahap tertinggi tersebut.

65. Tuan Zainal Abidin bin Haji Osman (MERSING) minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bilangan taman perumahan di seluruh negara yang masih belum memperolehi Sijil Layak Menduduki (CF) sehingga 30 Jun, 1999 dan sejauhmana berkesannya perlaksanaan dan penguatkuasaan pekeliling bertajuk “Prosedur Bagi Mempercepat Pengeluaran CF di PBT” dalam menangani masalah ini. Berapakah bilangan permohonan CF yang dapat diluluskan dalam masa 14 hari sebagaimana dihasratkan dalam Pekeliling tersebut.

66. Dr. Tan Seng Giaw (KEPONG) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bagaimana Fomema beroperasi. Apakah jumlah spesimen darah ditangani disetiap tahun. Apakah cajnya. Bagaimana para pekerja dihantar kepada doktor-doktor.

67. Tuan Tan Kok Wai (CHERAS) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan rancangan pembinaan baru sekolah-sekolah rendah Cina seluruh negara, negeri-negeri yang terlibat dan kawasan-kawasan yang ditentukan menerima projek ini dan adakah keutamaan diberikan supaya tambahan SR Cina baru dikawasan padat penduduk Cina disediakan. Jika tidak, mengapa.

74

68. Tuan Radin Malleh (TENOM) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada pihak Kementerian sudah menyelesaikan masalah sejumlah 14,789 pencarum di dalam KWSP di Sabah yang terdiri daripada pendatang asing tanpa izin seperti yang dilaporkan di dalam akhbar tempatan pada awal tahun 1997. Apakah tindakan lanjut yang telah diambil oleh pihak Kementerian selepas itu.

69. Puan Seripah Noli binti Syed Hussin (SEPANG) minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah hasil siasatan terkini terhadap isu kerosakan bangunan Pusat Latihan Tentera Laut (PULAREK) dan apakah tindakan Kementerian selanjutnya.

70. Tuan Noh bin Omar (TANJONG KARANG) minta MENTERI PERTANIAN menyatakan syarat-syarat yang membolehkan individu diberi lesen membeli padi dan menyatakan jumlah pembeli padi individu yang telah diberi lesen.

71. Datuk Mansor bin Masikon (BATU PAHAT) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-

(a) berapkah jumlah pendatang asing yang masih berada di dalam negara ini yang tidak mempunyai permit kerja; dan

(b) apakah stretegi Kerajaan bagi mengatasi masalah ini yang sedang ber larutan.

***********************************

HARI RABU, 21 JULAI, 1999 PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 28 1

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Tuan Chang See Ten (GELANG PATAH) minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik tentang jumlah kakitangan awam yang mengambil cuti/meninggalkan jawatan kerana melanjutkan pelajaran dalam tahun 1997, 1998 dan suku pertama 1999. Apakah bantuan yang diberikan kepada mereka. Adakah mereka akan sambung berkhidmat selepas tamat pengajian.

2. Dr. G. Leelavathi (KAPAR) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh pihaknya bagi memindahkan sesetengah operasi perkhidmatan HKL (Hospital Kuala Lumpur) ke lokasi yang lain. Apakah jenis perkhidmatan yang terlibat di dalam operasi pemindahan tersebut dan jenis operasi perkhidmatan yang masih dikekalkan oleh Kementerian.

75

3. Dr. G. Leelavathi (KAPAR) minta MENTERI PERTANIAN menyatakan adakah benar tentang berita yang mengatakan nelayan-nelayan tempatan telah menjual hasil tangkapan mereka kepada pembeli ikan daripada negara luar. Jikalau benar apakah tindakan yang telah dan akan diambil oleh pihaknya bagi mengatasi masalah ini.

4. Dr. Patau Rubis (MAS GADING) minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan peruntukan yang ada bagi tahun 1999 untuk Negeri Sarawak bagi jalan luar bandar dan bekalan elektrik luar bandar. Berapa peratus dari peruntukan itu untuk kawasan Tasik Biru pada tahun ini.

5. Datuk Lim Si Cheng (SENAI) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah-langkah yang sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan bagi menyelesaikan masalah hutang lapuk yang serius di institusi- institusi kewangan dan syarikat-syarikat besar di negara ini.

6. Datuk Lau Ngan Siew (SANDAKAN) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan langkah-langkah Kementerian dalam mengatasi kekurangan guru-guru tingkatan atas khasnya dalam matapelajaran Reka Cipta, Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Akaun di Sabah khasnya di Sandakan.

7. Tuan Hoo Seong Chang (KLUANG) minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) berapakah jumlah peruntukan dan projek Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang telah diluluskan kepada semua Kerajaan Negeri khususnya di Negeri Johor oleh Perbendaharaan Negara melalui Jabatan Perdana Menteri pada tahun ini; dan

(b) bagaimanakah pelaksanaan projek-projek ini sehingga 30 Jun 1999.

8. Datuk Philip Yong Chiew Lip (GAYA) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bahawa adakah penyiasatan diambil oleh Kerajaan tentang tuduhan kad pengenalan palsu yang diterbitkan dalam buku 'IC Palsu, Merampas Hak Anak Sabah'. Jika perkara didapati betul, apakah langkah-langkah yang akan diambil terhadap perkara ini.

9. Tuan Asmat Nungka (BELURAN) minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARAB ANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-

(a) berapakah jumlah pelaburan Syarikat Swasta yang telah diluluskan di Sabah semenjak Barisan Nasional mengambil alih tampuk pemerintahan negeri ini; dan

(b) apakah tumpuan pelaburan berkenaan.

76

10. Dr. Tan Kee Kwong (SEGAMBUT) minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan dengan komprehensif apakah isu- isu dua hala yang sedang diselesaikan dengan Singapura. Sudahkah isu mengenai perjanjian air baru di antara Malaysia dan Singapura diselesaikan.

11. Tuan Liew Ah Kim (SEPUTEH) minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada sedar bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba telah berjanji akan membina pasar baru di Salak South sejak dalam pilihanraya umum 1986. Jika sedar, bilakah pasar baru itu akan dibina untuk penduduk -penduduk di Salak Selatan yang semakin bertambah, dan jika tidak kenapa.

12. Dr. Lee Chong Meng (BUKIT BINTANG) minta MENTERI PERTANIAN menyatakan apakah tindakan yang telah dan akan diambil bagi memastikan industri pengeluaran makanan negara terus berkembang memandangkan sektor pertanian boleh menolong ke arah pemulihan ekonomi negara.

13. Puan Chua Soon Bui (TAWAU) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada mereka sedar tentang terdapatnya pertambahan penagih dadah di kalangan wanita di Sabah. Jika ya, apakah ta hap umur mereka. Apakah rancangan dan tindakan yang akan diambil oleh Kementerian untuk menyelesaikan masalah ini.

14. Dato’ Dr. Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis (ROMPIN) minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan plan bertindak Kerajaan bagi memastikan perumahan yang mencukupi bagi golongan berpendapatan rendah di bandar dan pinggirnya.

15. Tuan Robert Lau Hoi Chew (SIBU) minta MENTERI TENAGA, KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan :-

(a) kemajuan bagi menayangkan semua program Cina di televis yen di dalam bahasa Mandarin dan bukannya di dalam bahasa Kontonis; dan

(b) kemajuan terhadap mengadakan krew kamera televisyen di Sibu, Bintulu dan Miri di Sarawak.

16. Tuan Haji Mustafa bin Muda (HULU TERENGGANU) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa ramai jumlah rakyat negara asing yang telah diberi taraf kerakyatan atau taraf pemastautin yang tetap di negara ini dan nyatakan rakyat negara asing yang telah berkahwin dengan rakyat Malaysia yang telah diberi taraf kerakyatan atau pemastautin tetap serta nyatakan negara mana.

17. Dr. Tan Chong Keng (BUKIT MERTAJAM) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-

(a) bilangan pelajar perubatan baru yang diambil oleh universiti- universiti tempatan bagi sesi 1999/2000 mengikut universiti dan kelayakan minima kemasukan; dan

77

(b) bilangan IPTS tempatan yang menawarkan latihan doktor perubatan dan struktur kursus doktor perubatan yang ditawarkan.

18. Tuan Richard Riot Ak. Jaem (SERIAN) minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan jumlah rumah yang telah dibina dan dibaikpulih untuk rakyat termiskin di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) serta kosnya, pecahan mengikut negeri, dari tahun 1996 hingga sekarang. Bagi negeri Sarawak, sila nyatakan pecahan mengikut daerah.

19. Tuan Lim Kit Siang (TANJONG) minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pendirian pihak Kerajaan terhadap pengumuman Peguam Negara bahawa kamar beliau kebal dari kritikan orang ramai dan barang siapa yang menyoal kuasa pendakwaan mengikut budi bicaranya adalah melanggari undang-undang hasutan, fitnah secara kriminal dan libel.

20. Tuan Lim Kit Siang (TANJONG) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah pihak Kerajaan akan menubuhkan Ombudsman Polis Bebas untuk menyiasat aduan orang ramai mengenai salah guna kuasa serta salah laku pihak polis demi memastikan pihak polis melaksanakan tugas mereka secara bertanggungjawab dan profesional, supaya polis menjadi rakan dan bukannya musuh masyarakat Malaysia.

21. Datuk Wira Abu Seman bin Yusop (ALOR GAJAH) minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan berapakah jumlah keseluruhan pembinaan projek Pusat Latihan Rekrut Tentera Laut (Pularek) di Johor dan nyatakan syarikat-syarikat kontraktor (serta pemiliknya) yang terlibat dalam pembinaan projek Pularek tersebut dan apakah kriteria yang diambil kira dalam memberi projek ini kepada syarikat- syarikat kontraktor tersebut.

22. Tuan Che Ibrahim bin Mustafa (SUNGAI PETANI) minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kerajaan bercadang menggubal undang- undang khusus mengenai skim gaji pekerja -pekerja ladang, sebagai salah satu cara berkesan untuk mempertingkatkan taraf sosio ekonomi para pekerja ladang.

23. Datuk Abdol Mulok bin Haji Awang Damit (LABUAN) minta MENTERI PERTANIAN menyatakan jumlah pinjaman yang diluluskan kepada peminjam menerusi Tabung Untuk Makanan (3F) sehingga Jun 1999. Apakah Kerajaan berpuashati terhadap pencapaian tabung ini dan apakah usaha yang diambil bagi mempertingkatkannya.

24. Tuan Michael Lisa Kaya (BUKIT MAS) minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan jumlah keperluan perumahan untuk kakitangan di setiap negeri.

25. Tuan Michael Lisa Kaya (BUKIT MAS) minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan tentang siasatan kemalangan kapal Caribou yang berlaku di Kuching baru-baru ini dan nyatakan tindakan seterusnya untuk mengelakkan kejadian seperti ini berulang lagi.

78

26. Tuan Jimmy Donald (SRI AMAN) minta MENTERI PENDIDIKAN memandangkan begitu ramai murid -murid kita yang diberi peluang menuntut terus ke universiti- universiti dan kolej-kolej tempatan menyatakan kerelevenan pendidikan Tingkatan Enam di negara kita,. Sila nyatakan bilangan kelas Tingkatan Enam yang telah diadakan di Sarawak pada tahun 1998 dan jumlah murid yang masuk ke Tingkatan Enam dan yang telah meninggalkan pengajian Tingkatan Enam hingga sekarang dan sila beri sebab-sebabnya .

27. Tuan Abdul Rahin bin Dato’ Mohd. Said (KUALA NERUS) minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada terdapat arahan Kementerian kepada semua Majlis Daerah seluruh negara mewajibkan ditubuhkan Jawatankuasa "One Stop Agency" bagi mempercepatkan proses kelulusan pelan-pelan rumah dan urusan-urusan lain. Berapa lamakah masa yang diambil oleh sesuatu Jabatan untuk meluluskan sesuatu perumahan.

28. Tuan Ibrahim bin Pateh Mohamad (TANAH MERAH) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah- langkah untuk mencegah kemasukan pendatang-pendatang asing secara haram ke negara ini.

29. Tuan M. Kulasegaran (TELOK INTAN) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-

(a) berikan pecahan mengikut negeri-negeri (dalam angka) jumlah sekolah-sekolah aliran Cina , Tamil dan sebagainya yang mendapat bantuan penuh, bantuan separuh dan jenis yang lain (sila senaraikan kesemuanya); dan

(b) bila kesemua sekolah akan diberi bantuan penuh kalau tidak kenapa.

30. Tuan M. Kulasegaran (TELOK INTAN) minta MENTERI PENERANGAN menyatakan :-

(a) bila Kerajaan akan mengudarakan rancangan ajaran bukan Islam (mingguan) melalui saluran televisyen nasional. Jika tidak, mengapa.

(b) kenapa ruang siaran yang munasabah tidak diberikan dalam saluran televisyen kepada pihak pembangkang untuk mengutarakan versi dan pendapat mereka seperti yang diamalkan di hampir semua negara demokratik.

31. Tuan Chiew Chin Sing (BINTULU) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berapakah jumlah belanjawan diperuntukkan untuk menurap semula Jalan Tanjong Kidurong, Bintulu dan sebahagian Lebuhraya Pan Borneo dari Tatau ke Miri. Bilakah kerja boleh dimulakan.

79

32. Tuan Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman (POKOK SENA) minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan adakah beliau sedar bahawa banyak pemandu-pemandu te ksi di Kuala Lumpur masih mengutuk Kerajaan dan menggantung gambar-gambar dan memasang pita ucapan pembangkang di dalam teksi mereka. Adakah rancangan Kementerian ini untuk menarik balik lesen-lesen teksi daripada mereka yang tidak mengenang jasa di atas nikmat yang dikecapi selama ini.

33. Tuan Chia Kwang Chye (BUKIT BENDERA) minta MENTERI TENAGA, KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan mengenai perkembangan Internet di Malaysia :-

(a) berapakah bilangan pelanggan Internet yang aktif dan tidak aktif di negara kita sehingga kini; dan

(b) apakah implikasi masalah Y2K ke atas operasi Internet di Malaysia.

34. Tuan Chia Kwang Chye (BUKIT BENDERA) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-

(a) apakah status usaha Kerajaan untuk melaksanakan sistem satu sesi secara berperingkat di sekolah dan apakah implikasi sistem ini; dan

(b) apakah tindakan atau program yang dilaksanakan oleh Kerajaan untuk mempertingkatkan kesedaran ibu bapa mengenai kepentingan dan keperluan penglibatan mereka di dalam pendidikan anak-anak mereka.

35. Tuan Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz (HULU LANGAT) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan, memandangkan imbuhan dan kemudahan yang diberikan kepada para guru sentiasa meningkat, kenapakah semakin banyak di kalangan mereka yang mengumpat dan memburuk -burukkan Kerajaan serta menghasut pelajar membenci Kerajaan. Apakah tindakan yang akan diambil.

36. Tuan Wong Kam Hoong (BAYAN BARU) minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-

(a) berapakah pembangunan awam dan swasta di negara ini telah diberi peta tematik melalui kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) sebelum pembangunan itu dimulakan; dan

(b) bagaimanakah Kementerian mewajibkan sebarang rancangan pembangunan di kawasan bukit menjalani kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar untuk memastikan keselamatan dalam guna tanah dan sumber-sumber semulajadi.

80

37. Dato’ Haji Mohd. Zihin bin Haji Mohd. Hassan (LARUT) minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah langkah yang diambil :-

(a) untuk memajukan ekonomi pemuda; dan

(b) setakat mana projek-projek Rakan Muda berjaya.

38. Tuan Yunof Meringking (TUARAN) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) jumlah rakyat asing di Sabah setakat 30 Jun 1999 yang telah menjadi warganegara Malaysia secara pendaftaran di bawah perkara 18 Perlembagaan Persekutuan dan beri pecahan mengikut negara asal setiap sepuluh tahun bagi tempoh di antara tahun 1968 hingga 1999; dan

(b) bilangan rakyat Filipina yang datang ke Sabah sebagai pelarian sekitar tahun 1970 yang masih meminta perlindungan politik di Malaysia dan atas sebab apa Bangsa-bangsa Bersatu masih membenarkan mereka berbuat demikian sekarang.

39. Dr. L Krishnan (TELUK KEMANG) minta PERDANA MENTERI menyatakan nama projek-projek besar yang ditangguhkan dahulu akibat kemerosotan ekonomi tetapi telah mula pelaksanaannya. Berapakah kos bagi projek-projek tersebut dan bilakah ia akan disiapkan.

40. Tuan Paulis Nointien (PENAMPANG) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sebab-sebab mengapa sebanyak 34,442 kad pengenalan rakyat Sabah belum lagi diambil seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Pendaftaran. Adakah sistem yang digunapakai untuk pengambilan kad pengenalan juga menyebabkan keadaan sedemikian atau adakah kemungkinan sebilangan besar bilangan tersebut dimiliki oleh pendatang tanpa izin yang telah menukar kad pengenalan lama mereka yang diperolehi secara haram.

41. Dato’ Salamon bin Selamat (SHAH ALAM) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengapakah pasport Malaysia menjadi buruan sindiket pemalsuan pasport negara dan mendapat permintaan tinggi daripada pasaran gelap antarabangsa. Dalam tempoh lima tahun yang lalu, berapa banyakkah pasport Malaysia yang dilaporkan hilang dan apakah tindakan-tindakan positif yang telah diambil oleh Jabatan Imigresen untuk mengatasi masalah tersebut.

42. Tuan Fu Ah Kiow (MENTAKAB) minta MENTERI KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN PELANCONGAN menyatakan :-

(a) strategi dan perancangan untuk meningkatkan pelancongan luar bandar ke Malaysia; dan

(b) perancangan untuk membangunkan pelancongan dalam negeri.

81

43. Tuan Karpal Singh (JELUTONG) minta PERDANA MENTERI menyatakan sebab-sebab Pusat Pentadbiran Persekutuan dipindahkan ke Putrajaya dari Kuala Lumpur, khususnya memandangkan bahawa kita masih belum mengatasi kegawatan ekonomi.

44. Tuan Henrynus Amin (KINABALU) minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah asas sebenar untuk melayakkan seseorang diiktiraf sebagai kaum Bumiputera bagi Negeri Sabah dan adakah puluhan ribu warga pribumi Indonesia atau Filipina yang masuk ke Negeri Sabah selepas hari Malaysia terutamanya sejak tahun 1985 dan telah menetap di Sabah dan kini memiliki kad pengenalan Malaysia diiktiraf sebagai Bumiputera serta layak untuk menerima segala kemudahan yang dikhususkan kepada penduduk asli Negeri Sabah.

45. Dr. Maximus Johnity Ongkili (BANDAU) minta PERDANA MENTERI me nyatakan apakah perkembangan terkini mengenai BIMP-EAGA dari segi program- program ekonomi yang sedang dijalankan dan penglibatan Malaysia dalam program tersebut. Setakat ini apakah sumbangan BIMP-EAGA kepada ekonomi negara, khasnya ekonomi Negeri Sabah.

46. Dr. Maximus Johnity Ongkili (BANDAU) minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang menggubal suatu rang undang-undang supaya mana -mana Ahli Yang Berhormat yang dipilih oleh rakyat atas lambang parti asalnya akan meletakkan jawatan dan memberi peluang kepada para pengundi kawasan tersebut memilih semula wakil rakyat mereka melalui pilihanraya kecil sekiranya Ahli Yang Berhormat tersebut melompat ke parti lain.

47. Tuan Haji Ibrahim bin Mahmood (KUALA KRAI) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang menggunakan sistem mata wang Dinar bagi mengatasi sistem ekonomi dan kewangan negara yang begitu rapuh dan terdedah kepada ancaman dalaman dan luaran. Jika tidak, apakah sebabnya.

48. Tuan Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood (TUMPAT) minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauhmana tindakan telah diambil oleh beliau bagi membersihkan pengaruh bekas Timbalan Perdana Menteri di dalam Jabatan Kerajaan dan juga parti Umno/BN sendiri.

49. Tuan Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood (TUMPAT) minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauhmanakah tindakan telah diambil bagi membersihkan imej menteri dan pemimpin politik Kerajaan yang didakwa oleh bekas Timbalan Perdana Menteri yang sepatutnya dihadapkan ke mahkamah, tetapi telah dihalang oleh Perdana Menter i.

50. Tuan Lim Hock Seng (BAGAN) minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah pelaksanaan memasang kotak hitam untuk Bas-bas express akan dikuatkuasakan selepas beberapa kali tundaan. Adakah Kerajaan bersedia mengorbankan keselamatan pengguna jalanraya dan penumpang demi memenuhi hasrat tauke-tauke bas express.

82

51. Dato’ Haji Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang (KUALA PILAH) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah tindakan dan bentuk kawalan berjaga-jaga diambil berkenaan dengan kewujudan kumpulan-kumpulan samseng sekolah dan juga gejala-gejala tidak baik di persekitaran sekolah, ekoran daripada insiden seperti kes pembunuhan ke atas seorang murid perempuan Tingkatan 5 Sekolah Menengah Perempuan Methodists di Kuala Lumpur baru-baru ini.

52. Tuan Haji Mohamad bin Sabu (KUBANG KERIAN) minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan mengapakah ketika Perdana Menteri tidak berhenti-henti mengulangi amaran tentang perancangan kuasa asing untuk mensabotaj negara ini, Amerika Syarikat tetap menjadi pelabur dan rakan dagang terbesar manakala syarikat-syarikat negara itu dan juga Eropah terus digalakkan dengan aktif untuk mendirikan perusahaan mereka di negara ini.

53. Tuan Joseph Mauh Ak. Ikeh (SELANGAU) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

(a) berapa jenis produk Nestle keluaran Malaysia (Bhd.) yang telah dikesan tidak selamat diminum/dimakan akibat pengharaman produk yang dicemari oleh dioksin; dan

(b) berapa jenis produk Nestle keluaran luar negara yang diimport oleh negara kita yang mengandungi dioksin dan apakah tindakan pihak Kerajaan kepada penjual produk -produk tersebut.

54. Tuan Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman (SUNGAI BENUT) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) apakah fungsi Syarikat Perumahan Negara (SPN) sekarang dan sejauhmanakah penerimaan institusi perbankan terhadap bantahan yang telah diberikan oleh SPN; dan

(b) apakah kesan terhadap pemaju-pemaju yang telahpun menerima bantuan daripada SPN khususnya terhadap pemaju- pemaju Bumiputera.

55. Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang (MARANG) minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah wujud unsur -unsur penyelewengan berhubung dengan projek Pusat Latihan Rekrut (Pularek) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Tanjung Pengelih, Johor setelah siasatan dibuat oleh pihak BPR dan apakah tindakan selanjutnya yang akan diambil.

56. Tuan Haji Buniyamin bin Yaakob (BACHOK) minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan sejauhmana peranan dan kejayaan persatuan belia dapat menghindarkan gejala negatif seperti penagihan dadah, bohsia dan sebagainya dan sila nyatakan statistik berkaitan.

83

57. Puan Hajjah Ilani binti Dato’ Haji Isahak (KOTA BHARU) minta MENTERI PERPADUAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT menyatakan memandangkan 25 Ogos Hari Wanita Negara ditetapkan sempena penubuhan Wanita UMNO yang akan menyambut ulang tahun yang ke-50 apakah Kerajaan bercadang untuk menyambut hari itu dengan acara-acara istimewa bagi menghargai jasa wanita kepada negara.

58. Tuan Zainal Abidin bin Haji Osman (MERSING) minta MENTERI PERPADUAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT menyatakan bilangan ibu tunggal yang telah berjaya dibantu di bawah Program Ibu Tunggal Waja. Apakah kesan positif yang diperolehi daripada program ini.

59. Tuan Tiong Thai King (LANANG) minta MENTERI PERTANIAN menyatakan Negeri Sarawak banyak mengimport beras dari luar, adakah Kementerian merancang penanaman padi secara meluas memandangkan tanah yang luas dan cuaca di Sarawak sangat sesuai bagi penanaman padi, dan bila Sarawak berkemampuan membekal beras keperluan negeri.

60. Dr. Ramli bin Taib (KEMAMAN) minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan jumlah peruntukan yang diluluskan kepada KETENGAH dalam RM Ke7. Nyatakan projek yang lewat dan gagal dilaksanakan dan nyatakan sebabnya dan berapa banyakkah peruntukan-peruntukan yang masih belum d ibelanjakan.

61. Tuan Vincent Lim Kuo Phau (PETALING JAYA UTARA) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) memandangkan bahawa sekarang terdapat lebih kecairan dalam sektor kewangan dan perbankan disebabkan, antara lain, pengumpulan modal ("recapitalization") Danamodal Malaysia Berhad dan langkah pemulihan ekonomi oleh Kerajaan, apakah tindakan pencegahan diambil oleh Kerajaan untuk memastikan bank dan institusi kewangan lebih waspada dalam memberi pinjaman; dan

(b) memandangkan bahawa dalam krisis ekonomi ini terdapat banyak syarikat berhad awam yang mendapat perlindungan di bawah Seksyen 176 Akta Syarikat 1965, apakah langkah Kerajaan untuk memastikan syarikat-syarikat tersebut diuruskan dengan lebih baik.

62. Tuan Vincent Lim Kuo Phau (PETALING JAYA UTARA) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

(a) memandangkan tanda-tanda menunjukkan peningkatan bilangan perokok di antara pemuda-pemudi, khususnya golongan remaja perempuan, apakah langkah wajar diambil untuk mengatasi kejadian yang tidak sihat ini; dan

84

(b) memandangkan terdapat ramai orang merokok dengan bebas di kompleks beli-belah yang melarang merokok, akan menguatkuasakan undang-undang melarang merokok di tempat-tempat tersebut.

63. Tuan Tan Kok Wai (CHERAS) minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah jaminan yang SPR boleh bertindak bebas dan tegas untuk mempastikan pilihanraya akan datang berjalan bersih dan adil terutamanya tempoh kempen yang singkat, penyalahgunaan media massa dan jentera Kerajaan oleh Kerajaan sementara, perbelanjaan pilihanraya di luar had, politik ugutan, politik wang, pengundi hantu dan penyelewengan undi pos tidak berlaku.

64. Tuan Radin Malleh (TENOM) minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) jumlah pendatang asing tanpa izin mengikut negara asal masing- masing yang masih ada di Sabah; dan

(b) jumlah pekerja asing yang bekerja di Sabah sekarang ini mengikut negara asal masing- masing.

65. Dr. Tan Seng Giaw (KEPONG) minta MENTERI PERTANIAN menyatakan skim-skim tebatan banjir dan peruntukannya di Lembah Klang termasuk Kuala Lumpur sejak 1973. Setakat manakah skim-skim ini dilaksanakan.

66. Tuan Noh bin Omar (TANJONG KARANG) minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bilakah Balai Bomba di Sekinchan akan dilaksanakan memandangkan tapak Balai Bomba tersebut telah lama diluluskan.

67. Puan Seripah Noli binti Syed Hussin (SEPANG) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah dan perancangan Kementerian bagi memastikan bilangan guru mencukupi apabila sekolah satu sesi diwujudkan.

68. Dr. Yee Moh Chai (TANJONG ARU) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kerajaan sedar bahawa nyawa dan harta rakyat Sabah sentiasa dalam bahaya oleh kerana berlakunya aktiviti- aktiviti yang melanggar undang-undang oleh pendatang-pendatang tanpa izin di Sabah dan jikalau Kerajaa n sedar, apakah langkah- langkah yang akan diambil.

69. Datuk Dr. Kamal bin Mat Salih (WANGSA MAJU) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah kedudukan dan usaha Kerajaan membantu penyusunan semula pinjaman syarikat-syarikat yang menghadapi masalah dalam kemelesetan ekonomi melalui jawatankuasa penyusunan semula pinjaman korporat dari segi jumlah dan saiz mengikut bidang perniagaan syarikat-syarikat yang terlibat. Apakah Kementerian berpuas hati dengan kemajuan penyusunan semula pinjaman korporat setakat ini.

***********************************

85

HARI KHAMIS, 22 JULAI, 1999 PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 29 1

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Tuan Chang See Ten (GELANG PATAH) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kesan-kesan yang positif dan baik dari pelaksanaan klasifikasi penagih-penagih dadah di pusat-pusat Serenti :-

(a) adakah jumlah 'relapse' penagih-penagih dadah yang dipulihkan dapat dikurangkan; dan

(b) nyatakan jumlah penagih-penagih dadah di tiap-tiap pusat Serenti.

2. Dr. G. Leelavathi (KAPAR) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah tindakan yang telah dan akan diambil oleh pihaknya bagi mengatasi masalah kekurangan tempat pengajian bagi penuntut jurusan perubatan di universiti-universiti tempatan.

3. Tuan Md. Isa bin Sabu (KANGAR) minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan kejayaan 'Ops Bungkus' yang dijalankan oleh pihak Kementeriannya. Juga minta dinyatakan adakah Ops ini akan diperkembangkan ke seluruh negara. Kalau 'tidak' mengapa.

4. Datuk Lim Si Cheng (SENAI) minta MENTERI PERTANIAN menyatakan :-

(a) sama ada "Tabung Ikhtiar Nelayan" yang tidak mengenakan faedah pinjaman berjaya membantu nelayan dalam pembelian peralatan serta menaikkan mutu alat penangkapan ikan sejak pelancarannya pada Jun 1997; dan

b) berapa jumlah nelayan yang telah membuat laporan mengenai kes ancaman lanun- lanun laut dan peronda laut negeri jiran.

5. Datuk Lau Ngan Siew (SANDAKAN) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah- langkah positif yang telah diambil oleh Polis Marin untuk memerangi pengemboman ikan secara haram di Sabah.

6. Tuan Hoo Seong Chang (KLUANG) minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan :-

(a) bagaimanakah keadaan inflasi di negara kita; dan

86

(b) adakah Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat atau menurun dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini jika dibandingkan dengan tahun lalu.

7. Tuan Asmat Nungka (BELURAN) minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-

(a) apakah Kementerian melalui agensinya mempunyai kepakaran yang khusus dalam bidang pembangunan kawasan cerun, memandangkan masih terdapat kejadian tanah runtuh di kawasan perumahan; dan

(b) apakah pihak pemaju setakat ini mematuhi peraturan-peraturan pembangunan kawasan cerun seperti yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

8. Dr. Tan Kee Kwong (SEGAMBUT) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan mengenai rancangan Kementerian untuk mengharamkan semua jenis pengiklanan tidak langsung mengenai rokok :-

(a) mungkinkah rancangan ini menjejaskan industri pengiklanan; dan

(b) bolehkah Menteri menyatakan dengan komprehensif apakah yang akan diklasifikasikan sebagai 'pengiklanan tidak langsung mengenai rokok'.

9. Tuan Liew Ah Kim (SEPUTEH) minta MENTERI TANAH DAN PEMBANGUNAN KOPERASI menyatakan sama ada sedar hampir 400 keluarga penghuni enam blok iaitu Blok B, Blok C, Blok D, Blok E, Blok F dan Blok J rumah pangsa di Taman United, Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur masih belum menerima hak milik strata sejak dua puluh tahun dulu hingga sekarang.

10. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad (LIPIS) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah reaksi terhadap terbitan Bon Global di Amerika Syarikat baru-baru ini dan apakah ada cada ngan untuk diperluaskan ke negara lain seperti ke Britain dan lain-lain negara di Europah.

11. Dr. Lee Chong Meng (BUKIT BINTANG) minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pihaknya tidak bercadang bagi mengkaji semula sistem gaji setiap kakitangan perkhidmatan awam. Apakah langkah yang telah dan akan diambil berkaitan perkara ini.

12. Tuan Hashim bin Ismail (LEDANG) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kerajaan bercadang berbuat sesuatu untuk menyelamatkan Amanah Saham Negeri- negeri yang benar-benar melibatkan golongan rakyat akar umbi yang terjejas teruk oleh kegawatan ekonomi. Jika tidak mengapa.

87

13. Dr. Yap Yit Thong (LUMUT) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan memandangkan pada 1 September 1999, sistem kawalan modal telah wujud selama satu tahun dan selepas masa ini, tabung-tabung asing yang terperangkap oleh sistem kawalan ini boleh mengambil keluar modal tanpa bayaran cukai keluar, berapa amaun duit dijangka akan dibawa keluar. Apakah kesannya di atas ekonomi kita serta Bursa Saham Kuala Lump ur.

14. Puan Chua Soon Bui (TAWAU) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan kad pengenalan yang telah siap tidak diambil mengikut setiap negeri setakat ini. Apakah masalah yang dihadapi. Bolehkan pihak berkuasa ini meminta bantuan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pertubuhan Berdaftar untuk memanggil orang-orang ini mengambil kad pengenalan mereka.

15. Dato’ Dr. Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis (ROMPIN) minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan usaha membantu usahawan Bumiputera dalam keadaa n ekonomi sekarang.

16. Tuan Robert Lau Hoi Chew (SIBU) minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan :-

(a) jumlah nilai projek pembangunan luar bandar masing-masing di bawah Sistem Payung di seluruh Malaysia, Sarawak dan Sibu untuk 1999; dan

(b) langkah-langkah tertentu yang diambil oleh Kementeriannya untuk menghalang kontraktor-kontraktor payong utama serta kontraktor kecil mereka dan kontraktor kecil mengaut keuntungan yang besar dengan mengguna kepentingan- kepentingan orang ramai.

17. Tuan Haji Mustafa bin Muda (HULU TERENGGANU) minta MENTERI PENERANGAN menyatakan memandangkan bahawa Jabatan Penerangan adalah satu Jabatan yang amat berkesan untuk menangani isu- isu negara melalui komunikasi- komunikasi bersemuka (dua hala), adakah Kementerian bersedia mengemaskinikan lagi tugas-tugas pegawai penerangan di seluruh negara termasuk penambahan peruntukan aktiviti dan peralatan-peralatan canggih serta saluran-saluran maklumat terkini kepada pegawai-pegawai.

18. Dr. Tan Chong Keng (BUKIT MERTAJAM) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) apakah rancangan, jika ada, untuk memudahkan proses permohonan visa masuk ke Malaysia oleh pelawat-pelawat Republic of China supaya membantu pembangunan industri pelancongan; dan

(b) apakah prosedur yang diamalkan untuk permohonan visa masuk ke Malaysia oleh isteri daripada Republic of China untuk tinggal bersama suami di Malaysia.

88

19. Tuan Richard Riot Ak. Jaem (SERIAN) minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan adakah Kementeriannya berpuashati dengan pelaksanaan Projek-projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di negeri Sarawak sejak pelaksanaan program tersebut diambilalih oleh syarikat SHOREFIELD Sdn. Bhd dari Perbadanan Pembekalan Elektrik Sarawak (SESCO). Sila nyatakan jumlah projek-projek termasuk bilangan penggunanya.

20. Tuan Lim Kit Siang (TANJONG) minta MENTERI TENAGA, KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan sama ada Kerajaan akan menggubal Undang-undang Kebebasan Maklumat (Freedom of Information Act) menjelang alaf baru selaras dengan zaman maklumat sebagaimana yang telah dilakukan di banyak negara termasuk Negeri Thai dan Filipina.

21. Tuan Che Ibrahim bin Mustafa (SUNGAI PETANI) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan memandangkan masalah kelewatan memulakan kelas Tingkat Enam semakin meruncing setiap tahun dan menyebabkan guru dan pelajar tidak mempunyai cukup masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang ditetapkan, adakah Kerajaan berhasrat untuk memansuhkan program Tingkatan Enam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) untuk digantikan dengan Maktab Rendah.

22. Datuk Abdol Mulok bin Haji Awang Damit (LABUAN) minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :

(a) apakah bentuk bantuan yang diberikan bagi perniagaan tukar barang dan komoditi yang diniagakan; dan

(b) negara manakah yang terlibat dengan perniagaan ini dan apakah pencapaian serta prospek perniagaan ini pada masa yang akan datang.

23. Tuan Michael Lisa Kaya (BUKIT MAS) minta MENTERI PERTANIAN menyatakan tentang kejayaan Kementerian berkenaan dengan rancangan-rancangan yang telah dilaksanakan untuk membangun tanah pertanian yang terbiar secara komersial memandangkan negara kita masih mengimport kira-kira 10 billion bahan makanan setiap tahun.

24. Tuan Jimmy Donald (SRI AMAN) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan rancanga n-rancangan yang akan diadakan untuk mempercepatkan pembangunan dan perkembangan fizikal Universiti Malaysia Sarawak supaya dapat menampung permintaan murid yang kian bertambah. Apakah jumlah budget yang telah dirancangkan untuk tahun 1999 dan tahun 2000.

25. Tuan Jimmy Donald (SRI AMAN) minta MENTERI PENERANGAN menyatakan tindakan yang telah dan akan diambil untuk memastikan rancangan Radio Bahasa Iban dapat didengar di seluruh Sarawak dengan jelas.

89

26. Tuan Abdul Rahin bin Dato’ Mohd. Said (KUALA NERUS) minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan adakah Kementerian sedar bahawa pelaksanaan Konsep Payung pembinaan jalan-jalan PJK (Projek Jalan Kampong) tidak mengikut senarai sebenar jalan yang diluluskan, kos jalan yang agak tinggi. Bayaran dar i induk payung kepada anak payung lambat sampai dan terdapat consultant pengendalian tidak memuaskan.

27. Tuan Ibrahim bin Pateh Mohamad (TANAH MERAH) minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) jumlah jemaah haji yang tidak dapat menunaikan ibadat haji pada tahun ini; dan

(b) syarikat-syarikat yang membawa jemaah haji yang telah tergendala dan sebab-sebabnya dan tindakan terhadap pengusaha-pengusaha syarikat-syarikat terlibat. Nyatakan jumlah kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan.

28. Tuan Ibrahim bin Pateh Mohamad (TANAH MERAH) minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan :-

(a) sejak kebelakangan ini mengapa pesawat-pesawat tentera udara kita sering terhempas ketika menjalankan operasi-operasi ketenteraan; dan

(b) berapakah jumlah pampasan yang telah dibayar oleh Kerajaan kepada waris-waris mangsa kecelakaan pesawat-pesawat sehingga 30 Jun 1999.

28. Tuan M. Kulasegaran (TELOK INTAN) minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) bilakah Mahkamah Keluarga (Family Court) dengan hakimnya tersendiri akan diperkenalkan, jika tidak, apakah alasannya.

(b) senaraikan jumlah kes penceraian yang telah selesai dan yang masih sedang dibicarakan mengikut tahun-tahun 1996, 1997, 1998 dan 1999.

30. Tuan Chiew Chin Sing (BINTULU) minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapa banyak penerbangan tambahan MAS antara Kuala Lumpur dan Kuching telah disediakan untuk menampung pertambahan bilangan penumpang terutama kaum Dayak yang berulangalik semasa pesta Gawai. Adakah tambahan penerbangan itu mencukupi.

31. Tuan Chiew Chin Sing (BINTULU) minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan mengapakah harga makanan meningkat semasa pesta Gawai di Sarawak setiap tahun. Apakah langkah-langkah diambil oleh Kementerian bagi mempastikan bahawa harga di bawah kawalan semasa pesta akan datang.

90

32. Tuan Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman (POKOK SENA) minta MENTERI PERPADUAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT menyatakan tidakkah ada rancangan supaya keluarga yang benar-benar miskin dijadikan sebagai keluarga kepada syarikat-syarikat atau ahli-ahli korporat yang berjaya agar dapat mengurangkan bebanan Kerajaan di dalam hal ini.

33. Tuan Chia Kwang Chye (BUKIT BENDERA) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

(a) apakah keadaan terkini penyakit virus Nipah yang telah melanda negara kita sejak Disember 1998; dan

(b) sehingga kini berapa ramai mangsa penyakit virus Nipah yang telah meninggal dunia dan berapa ramai masih dirawat dalam hospital.

34. Tuan Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz (HULU LANGAT) minta MENTERI PERPADUAN NEGARA DAN PEMBANGUN AN MASYARAKAT menyatakan setakat manakah kejayaan Kementerian serta agensinya membawa penghidupan lebih cerah dan ceria kepada golongan yang kurang upaya di negara ini.

35. Tuan Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz (HULU LANGAT) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada terdapat calon yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi kerana kesulitan kewangan. Jika ada, apakah tindakan segera yang telah diambil.

36. Dato’ Haji Mohd. Zihin bin Haji Mohd. Hassan (LARUT) minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-

(a) amaun perbelanjaan bagi menyiapkan LRT; dan

(b) amaun perbelanjaan bagi projek PUTRA.

37. Tuan Yunof Meringking (TUARAN) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-

(a) berapakah kos pembinaan Jalanraya Menggatal - Sepangar dan mengapakah Jalanraya Menggatal/Telok Sepangar itu tidak disambung terus dengan jalan Raya Lama Menggatal - Tuaran dengan jajaran baru dan bukan yang sedang dibina yang mungkin akan membahayakan kepada para pengguna kelak; dan

(b) adakah Kementerian sedar tenta ng kemungkinan besar Jalanraya Tamparuli - Ranau akan putus kerana tanah runtuh secara besar-besaran di Kampung Balabakan dan Kg. Tomis Jaya boleh berlaku pada bila-bila masa dan jika sedar apakah tindakan persediaan yang telah diambil untuk mengatasi masa lah itu.

91

38. Dr. L Krishnan (TELUK KEMANG) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-

(a) bilangan pelajar yang mengikuti kursus-kursus di universiti luar negara yang tidak mampu meneruskan pelajaran akibat penurunan matawang ringgit; dan

(b) sejauh manakah Kerajaan membantu pelajar-pelajar tersebut.

39. Dr. L Krishnan (TELUK KEMANG) minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah kemajuan dan pembangunan Koridor Raya Multimedia pada masa kini.

40. Tuan Paulis Nointien (PENAMPANG) minta MENTERI KEWANGAN menyataka n jumlah modal yang telah disuntik oleh Bank Negara Malaysia melalui Danamodal Nasional Berhad kepada setiap institusi kewangan yang terlibat setakat ini dan adakah suntikan tersebut telah berhasil untuk meningkatkan prestasi institusi kewangan terbabit te rutamanya dari segi keuntungan.

41. Tuan Abdul Rahman bin Sulaiman (PARIT BUNTAR) minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan sejauh manakah rancangan- rancangan luar bandar yang dilaksanakan setakat ini berjaya membandarkan penduduk-penduduk desa dan adakah rancangan jangka panjang Kementerian untuk membolehkan mereka yang masih tertinggal turut menikmati kemudahan-kemudahan yang kini diperolehi oleh penduduk bandar.

42. Tuan Fu Ah Kiow (MENTAKAB) minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-

(a) jumlah nilai yang didagangkan melalui perdagangan elektronik pada tahun 1997, 1998, 1999, 2000 dan 2001; dan

(b) langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan untuk menggalak perdagangan elektronik.

43. Datuk Sng Chee Hua (JULAU) minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan adakah penguatkuasaan kawalan harga barangan khasnya barangan makanan, contohnya telur, tepung, minyak dan lain- lain diimplementasikan di Sabah dan Sarawak khasnya semasa musim perayaan (Gawai Dayak di Sarawak dan Pesta Menuai di Sabah). Jika tidak bilakah penguatkuasaan ini akan dikembangkan dan diimplementasikan ke Sabah dan Sarawak.

44. Tuan Henrynus Amin (KINABALU) minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai projek pembangunan yang telah dilulus dan akan dilaksanakan dalam tahun 1999 bagi kawasan N 25 Kundasang dan N 26 Ranau dan adakah benar bahawa Kerajaan Persekutuan akan menarik balik peruntukan kepada mana - mana kawasan di mana calon-calon Barisan Nasional tewas dalam pilihanraya Negeri Sabah yang lalu.

92

45. Tuan Henrynus Amin (KINABALU) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berapakah jumlah peruntukan pembinaan jalanraya bagi Jalan Kg. Bongkud - Kg. Perancangan di daerah Ranau (kawasan N 25 Kundasang) dan bilakah ianya akan dilaksanakan.

46. Tuan Haji Ibrahim bin Mahmood (KUALA KRAI) minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan akan membenarkan pemerhati antarabangsa memantau pilihanraya umum kesepuluh. Jika tidak apakah sebabnya.

47. Tuan Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood (TUMPAT) minta MENTERI PENERANGAN menyatakan apakah rasional, justifikasi, kepentingan dan status undang-undang serta keutamaan nasional liputan media elektronik Kerajaan menyiarkan perhimpunan Umno selama tiga-empat hari baru-baru ini sedangkan penyiaran tersebut telah melibatkan cukai yang dikutip daripada rakyat.

48. Tuan Lim Hock Seng (BAGAN) minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan kedudukan terkini mengenai Projek Perumahan Majestic Height di Paya Terubong, Pulau Pinang. Adakah ia memuaskan. Jika tidak, apa tindakan selanjutnya boleh diambil.

49. Dato’ Haji Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang (KUALA PILAH) minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan bentuk tindakan dari segi pengawalan, pencegahan dan penguatkuasaan yang serius serta berkesan dengan memberi jumlah kes-kes tangkapan dan tindakan di mahkamah diambil pada tahun 1998 sehingga 31 Mei 1999, untuk membenteras penjenayah-penjenayah cetak rompak di bawah Akta Hakcipta.

50. Tuan Haji Mohamad bin Sabu (KUBANG KERIAN) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah usaha yang dilakukan oleh Kerajaan untuk mengatasi nisbah antara guru dan murid yang begitu membimbangkan di negara ini di mana terdapat sekolah di sekitar Kuala Lumpur sendiri yang terpaksa mengisi sehingga 50 murid dalam satu kelas dan di bawah pengawasan seorang guru sahaja.

51. Tuan Joseph Mauh Ak. Ikeh (SELANGAU) minta MENTERI PERUSAHAAN UTAMA menyatakan memandangkan harga kelapa sawit yang tinggi adakah Kerajaan memberi subsidi kepada penanam kelapa sawit seperti subsidi baja padi, subsidi penanaman lada dan penanam getah.

52. Tuan Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman (SUNGAI BENUT) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-

(a) jumlah Sekolah-sekolah Agama Rakyat (SMAR) dan bilangan pelajar-pelajar SMAR di seluruh negara mengikut pecahan negeri-negeri. Berapakah anggaran kos yang terlibat untuk pengambilalihan SMAR tersebut dan bilakah jangkaan proses ini dijangka selesai keseluruhannya; dan

93

(b) apakah langkah-langkah jangka panjang yang akan diambil untuk membendung kewujudan SMAR baru apabila selesai proses pengambilalihan ini.

53. Tuan Haji Buniyamin bin Yaakob (BACHOK) minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah membanteras dan sejauhmana keberkesanan Bahagian Pencegah Maksiat mengatasi kegiatan pelacuran di hotel- hotel besar khususnya di Ibu Kota di mana remaja wanita Melayu didapati ramai terlibat.

54. Tuan Haji Buniyamin bin Yaakob (BACHOK) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah-langkah menyekat iklan rokok mempengaruhi golonga n remaja/belia terlibat dengan kegiatan menghisap rokok.

55. Puan Hajjah Ilani binti Dato’ Haji Isahak (KOTA BHARU) minta MENTERI PERPADUAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT menyatakan apakah usaha -usaha Jabatan Hal Ehwal Wanita/HAWA menggalak semua parti politik yang akan mengambil bahagian dalam pilihanraya umum tidak lama lagi untuk menambah bilangan calon wanita.

56. Puan Hajjah Ilani binti Dato’ Haji Isahak (KOTA BHARU) minta MENTERI PERPADUAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT menyatakan setakat ini apakah prestasi pihak-pihak yang terlibat di dalam melaksanakan Pelan Tindakan Wanita dan jika dikesan kelembapan apakah langkah- langkah berwibawa yang sedang atau akan diambilnya.

57. Tuan Zainal Abidin bin Haji Osman (MERSING) minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sejauhmana tindakan Kerajaan dalam menangkis dakyah media asing yang menyebarkan berita-berita negatif terhadap negara dan kepimpinan kita agar masyarakat antarabangsa tidak mendapat maklumat yang salah tentang negara kita.

58. Tuan Tiong Tha i King (LANANG) minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan semasa perayaan Hari Gawai di Sarawak tahun ini, harga ayam dan telur melambung hingga tidak berpatutan jika berbanding dengan Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina . Sama ada Kementerian merancang mengatasi masalah ini pada tahun-tahun yang akan datang.

59. Tuan Vincent Lim Kuo Phau (PETALING JAYA UTARA) minta MENTERI KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN PELANCONGAN menyatakan :-

(a) memandangkan industri pelancongan adalah salah satu sumber pendapatan negara yang utama, apakah langkah yang diambil untuk memastikan bahawa Malaysia menjadi destinasi pelancong termasuk destinasi "Shopping Paradise; dan

94

(b) apakah langkah yang diambil untuk merayakan kedatangan tahun milenium 2000 supaya menarik ramai pelancong asing ke Malaysia.

60. Puan Hajjah Rohani binti Abd. Karim (SANTUBONG) minta MENTERI TANAH DAN PEMBANGUNAN KOPERASI menyatakan adakah pihak Kementerian Koperasi telah membuat kesimpulan yang releven untuk mengatasi kurang minat penglibatan wanita dalam kegiatan koperasi sedangkan ianya telah di monopoli oleh kaum Adam.

61. Tuan Tan Kok Wai (CHERAS) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan jumlah kutipan tol setakat ini baik dalam ramalan mahupun kutipan sebenar bagi jalan-jalan dalam bandaraya Kuala Lumpur, Jalan Cheras, Lebuhraya Timur-Barat (East-West Link), Jalan Pahang, Jalan Kuching dan Lebuhraya Sungai Besi.

62. Dr. Tan Seng Giaw (KEPONG) minta PERDANA MENTERI menyatakan peruntukan pembangunan tahunan untuk Kuala Lumpur sejak 1996. Berapa projek pembangunan telah disiapkan. Berapa masih belum dilaksanakan atau disiapkan.

63. Tuan Noh bin Omar (TANJONG KARANG) minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah rasional pihak sekolah mengadakan ujian kelayakan masing- masing untuk membolehkan pelajar-pelajar menduduki ujian Penilaian Taraf Satu (PTS) memandangkan soalan-soalan di setiap sekolah tidak ada keseragaman (penyelarasan).

64. Tuan Noh bin Omar (TANJONG KARANG) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah kelulusan pinjaman dana-dana yang telah disediakan oleh Kerajaan yang disalurkan melalui bank-bank perdagangan. Sila nyatakan kelulusan pinjaman tersebut mengikut jenis-jenis dana yang disediakan.

65. Puan Seripah Noli binti Syed Hussin (SEPANG) minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah punca-punca utama yang mengakibatkan kemalangan pesawat-pesawat udara TUDM dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini dan adakah benar dakwaan yang mengatakan ianya lebih bersangkutpaut dengan usia pesawat-pesawat tersebut.

66. Puan Seripah Noli binti Syed Hussin (SEPANG) minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan hasil siasatan terhadap pesawat MAS yang dilaporkan terbang dengan jumlah minyak di bawah paras yang ditetapkan mengikut pihak Penerbangan Antarabangsa.

67. Dr. Yee Moh Chai (TANJONG ARU) minta MENTERI TENAGA, KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan sama ada mengikut kehendak pengguna dan juga selaras dengan konsep Multimedia Koridor Raya, rakyat Malaysia akan dapat menikmati saluran isyarat satelit sedunia yang bebas tanpa gangguan yang sekarang dimonopoli oleh Astro.

95

68. Datuk Dr. Kamal bin Mat Salih (WANGSA MAJU) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan perolehan bantuan daripada Kerajaan Jepun di bawah "Miyazawa Plan" yang dilaksanakan tahun ini. Apakah Kerajaan bercadang mengambil kesempatan kemudahan bon yang ditawarkan oleh Kerajaan Jepun untuk pengeluaran bon-bon Kerajaan baru-baru ini dan di masa depan.

69. Datuk Mansor bin Masikon (BATU PAHAT) minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) apakah Kerajaan sedar bahawa pampasan yang dibayar bagi pegawai-pegawai Kerajaan yang meninggal dunia atau ditimpa kemalangan di dalam tempoh perkerjaan terlalu rendah berbanding dengan pekerja-pekerja swasta; dan

(b) adakah Kerajaan bercadang untuk mengadakan satu skim yang lebih realistik memandangkan taraf hidup dan kos sara hidup sekarang sudah meningkat.

***********************************

/FH/SA/Sulo