Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Pertama Mesyuarat Kedua
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA Bil. 42 Selasa 27 November 2018 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 8) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2019 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.20 (Halaman 34) Maksud B.21 (Halaman 82) Maksud B.25 (Halaman 139) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 34) Usul Anggaran Pembangunan 2019 Jawatankuasa:- Maksud P.20 (Halaman 34) Maksud P.21 (Halaman 82) Maksud P.25 (Halaman 139) DR.27.11.2018 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA Selasa, 27 November 2018 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Christina Liew Chin Jin [Tawau] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan status perancangan kementerian meletakkan harga rumah mampu milik di Malaysia dalam tiga kategori iaitu RM150,000 dan ke bawah, RM150,000 sehingga RM300,000 dan RM300,000 sehingga RM500,000. Adakah rumah mampu milik di Sabah juga meliputi ketiga- tiga kategori harga rumah tersebut? Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Puan Zuraida binti Kamaruddin]: Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillah Yang Berhormat Tawau di atas soalan yang telah dibacakan tadi iaitu ingin mengetahui tentang dasar untuk menggariskan standard dan situasi utama pembangunan rumah mampu milik yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri atau pihak swasta. Penetapan harga rumah ini terbahagi kepada tiga kategori seperti yang disebut tadi iaitu dalam RM150,000 ke bawah, RM150,000 ke RM300,000 dan RM300,000 ke RM500,000. Mengikut kajian median daripada Bank Negara bahawa berdasarkan formula median multiple, kita mendapati bahawa rakyat yang berpendapatan RM3,000 ke bawah, mereka mampu untuk memiliki rumah yang berharga RM167,000 dengan bayaran bulanan sebanyak RM663. Untuk kategori M40 pula, adalah yang berpendapatan median sebanyak RM6,275 mampu untuk memiliki rumah yang berharga RM335,000 yang dikenakan komitmen anggaran bayaran bulanan sebanyak RM1,588. So, berdasarkan daripada kajian yang dibuat oleh Bank Negara, maka KPKT mengambil dasar ini, membuat dasar ini berdasarkan daripada laporan Bank Negara yang berteraskan median pendapatan rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun di Sabah, KPKT juga mengambil kira tentang kedudukan lokasi rumah-rumah itu. Jadi di antara di bandar dan luar bandar sudah tentu perbezaan pendapatan itu ketara. Jadi untuk Sabah, kita dapati bahawa median income untuk di kawasan bandar adalah RM4,643 untuk M40. Jadi, harga rumah yang sesuai di situ adalah dengan harga RM167,148. Bagi kawasan luar bandar, median income nya adalah RM3,122. Jadi, rumah yang sesuai untuk dibina adalah dalam harga RM112,392. So, ini adalah panduan yang telah kita gubalkan dalam dasar rumah mampu milik negara. Terima kasih. DR.27.11.2018 2 Puan Christina Liew Chin Jin [Tawau]: Soalan tambahan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Lazimnya harga rumah dianggap rumah mampu milik jika harga rumah adalah tiga kali ganda pendapatan tahunan isi rumah. Berdasarkan pengiraan pendapatan tahunan isi rumah Wilayah Sabah 2016 adalah RM4,110, maka harga rumah mampu milik bagi orang di Wilayah Sabah adalah RM147,960. Jadi, bukankah lebih sesuai jika rumah mampu milik di Wilayah Sabah fokus atau melibatkan kategori RM150,000 dan ke bawah dengan lebih banyak unit atas kategori ini. Puan Zuraida binti Kamaruddin: Kita tidak jadi masalah, ya Yang Berhormat Tawau kerana kalau berpendapatan RM3,000 ke bawah, harga rumah yang kita boleh letakkan berdasarkan median adalah harga RM112,392. So, ianya adalah lebih rendah daripada yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Tawau iaitu yang berpendapatan median RM4,110 dengan harga RM150,000. Akan tetapi apa yang kita perlukan ialah memandangkan Yang Berhormat Tawau adalah Timbalan Chief Minister of Sabah, di Sabah jadi saya amat berharap negeri Sabah menawarkan tanah-tanah kerajaan yang mana kita boleh membina rumah-rumah mampu milik ini. Dengan menggunakan kaedah menggunakan tanah kerajaan ini juga mampu untuk menurunkan harga rumah itu. Jadi saya amat berharap kerajaan-kerajaan negeri akan dapat membantu KPKT untuk mencadangkan tanah-tanah yang boleh kita mendirikan rumah mampu milik di negeri masing- masing. Terima kasih. ■1010 Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Tuan Yang di-Pertua, ada banyak rancangan perumahan yang dibuat seperti Rumah Mesra Rakyat (PPR), SPNB dan Rumah Penjawat Awam 1Malaysia. Adakah segala usaha-usaha untuk mewujudkan rumah mampu milik yang ini dikumpulkan di bawah satu kementerian dan akan diteruskan? Satu lagi ialah berapa jumlah hasrat kerajaan untuk mewujudkan rumah mampu milik ini. Adakah jumlah sasaran untuk tahun ini mencukupi, tahun depan mencukupi dengan permintaan daripada rakyat? Terima kasih. Puan Zuraida binti Kamaruddin: Terima kasih Yang Berhormat Pontian di atas soalan tambahan itu. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Pontian, sejajar dengan polisi baru kerajaan baru, kita telah meletakkan streamline, menyelaraskan agensi-agensi perumahan di bawah kerajaan seperti SPNB, PR1MA dan PPA di bawah KPKT. Mereka ini tertakluk kepada dasar perumahan mampu milik negara. So, dia akan diselaraskan di bawah satu dasar dan kita akan menyediakan rumah mengikut keperluan rakyat. Walaupun dalam manifesto kita memang menyebutkan kita hendak membina 1 juta rumah dalam masa 10 tahun dan kita anggarkan 100 ribu dalam setahun. Jadi insya-Allah dengan ada peruntukan yang kita sudah ada dan juga dengan ada projek-projek yang sudah berjalan sekarang dan juga kita memandangkan kita akan bekerjasama juga dengan kerajaan negeri dan pihak swasta. Jadi target itu insya-Allah boleh kita capai. Cuma sekarang kita telah dalam usaha untuk membina satu sistem big data yang mana kita boleh mendapat satu gambaran projection in the DR.27.11.2018 3 housing needs of Malaysia dengan izin. So, dengan ada projection yang lebih tepat itu, maka kita punya penyediaan untuk perumahan di masa akan datang akan lebih tepat. Jadi tidaklah mendatangkan situasi sekarang yang mana rumahnya lebih daripada pembeli dan kategori harga rumah itu yang tidak bersesuaian dan juga lokasi rumah juga itu tidak bersesuaian. So, jadi saya harap dengan adanya rombakan ataupun kajian semula di antara dasar- dasar ini ia akan dapat menyelaraskan dan memperketatkan lagi, memperkukuhkan target, memperkukuhkan lagi usaha-usaha kita untuk mendapatkan target yang telah kita letakkan ya. Terima kasih. 2. Dato' Sri Hasan bin Arifin [Rompin] minta Menteri Kewangan menyatakan berapakah kadar hutang isi rumah atau household debt berbanding dengan KDNK. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan hutang isi rumah. Menteri Kewangan [Tuan Lim Guan Eng]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jumlah hutang isi rumah sebagai nisbah kepada KDNK telah mencatat 83.2 peratus pada akhir September 2018 berbanding 83.8 peratus pada akhir 2017 di mana tahap tertinggi adalah pada tahun 2015, 88.4 peratus. Sejumlah besar daripada hutang isi rumah adalah untuk pengumpulan harta kekayaan seperti membeli harta kediaman 52.8 peratus dan bukan kediaman 6.8 peratus serta pelaburan dalam dana simpanan sebanyak 5.7 peratus. Kebanyakan peminjam individu mempunyai tautan yang berhemat. Median nisbah khidmat hutang atau debt service ratio keseluruhan bagi pembiayaan terkumpul ialah 32 peratus. Namun demikian, masih terdapat segmen peminjam yang mempunyai kedudukan kewangan yang lemah. Sebanyak 6.5 peratus daripada keseluruhan peminjam mempunyai margin kewangan negatif. Kebanyakan daripada peminjam ini berpendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan dan mempunyai tahap debt service ratio melebihi 60 peratus. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, bagi tahun 2016, berdasarkan Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2016, terdapat sebanyak 2.78 juta isi rumah yang tergolong dalam kumpulan B40. Pendapatan penengah bagi kumpulan ini pada tahun yang sama ialah RM3,000 sebulan. Sebagai bandingan, pendapatan penengah isi rumah rakyat bagi tahun yang sama ialah RM5,228. Langkah yang diambil secara berperingkat sejak tahun 2010 oleh pihak kerajaan untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh isi rumah berteraskan dua prinsip. Satu, memupuk amalan kredit yang bertanggungjawab dalam kalangan individu dan institusi kewangan serta mengelak isi rumah daripada berhutang secara berlebihan. Bagi mempertingkatkan kesedaran dan kemahiran pengurusan kewangan dan penyusunan semula hutang dalam kalangan masyarakat, kerajaan melalui agensi kaunseling dan pengurusan kredit telah melaksanakan program-program yang meliputi pelbagai lapisan umur sejak pelancarannya pada 2011. Sehingga September 2018, lebih daripada 204,000 pengguna telah menyertai program, Program Pengurusan Wang Ringgit Anda (POWER!) dan lebih daripada 243,000 peminjam telah menyertai program pengurusan hutang yang dikendalikan oleh program tersebut. DR.27.11.2018 4 Kerajaan akan terus memantau tahap hutang isi rumah dan meneruskan langkah- langkah yang sedia ada bagi memastikan sektor isi rumah kekal mampan dan berdaya tahan. Sekian, terima kasih. Dato’ Sri Hasan bin Arifin [Rompin]: Keadaan ekonomi yang lemah memungkinkan kadar hutang isi rumah akan meningkat. Dalam masa yang sama, dua hingga tiga tahun yang lepas, bank menunjukkan satu keuntungan yang luar biasa. Itu keadaan yang bercanggah, bank