Percutian Pelayaran “Langkawi Escape” dan “Straits of Malacca” Dari Pulau Pinang ke Pulau Langkawi dirancang bermula pada 13 Mei Bersempena Dengan Perayaan Hari Raya Aidilfitri syarikat pelayaran pertama yang kembali beroperasi di Malaysia

Pulau Pinang, 19 Mac 2021 – Genting Cruise Lines dan Port Sdn Bhd mengumumkan rancangan untuk memulakan semula perkhidmatan dan operasi kapal Star Pisces di Pulau Pinang dengan itinerari baru ke Pulau Langkawi mulai 13 Mei 2021 bagi menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Itinerari-itinerari ke Pulau Langkawi yang dicadangkan termasuk pelayaran 2-malam “Langkawi Escape”, dan pelayaran 1-malam “Straits of Malacca” yang akan bertolak dari Pulau Pinang. Dengan pelancaran itinerari-itinerari tersebut, Star Pisces, kapal yang dimiliki Star Cruises dengan muatan 40,053 tan dan kapasiti 1,600 penumpang ini akan menjadi kapal persiaran pertama yang beroperasi semula di Malaysia, dan salah sebuah kapal yang paling awal memulakan operasi di dunia, dan seterusnya membantu perkembangan sektor pelancongan di Pulau Pinang dan Pulau Langkawi.

“Seperti rakyat Malaysia yang lain, percutian alternatif seperti inilah yang kami nanti-nantikan, lebih- lebih lagi apabila melancong ke luar negeri masih tidak dibenarkan pada masa ini,” kata Cik Cynthia Lee, Naib Presiden Jualan, Genting Cruise Lines di Malaysia. “Itinerari-itinerari ke Pulau Langkawi yang baru ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk kembali bercuti di tengah laut. Apabila penumpang-penumpang memanjangkan percutian mereka sebelum atau selepas pelayaran, ia akan menolong sektor pernerbangan, restoran - restoran, peruncit -peruncit dan hotel- hotel.”

“Perkhidmatan pelayaran merupakan tonggak pembangunan Pulau Pinang sejak dulu lagi dan ia telah menjadi keunikan Pulau Pinang. Wabak pandemik COVID-19 yang berterusan telah menjejas pembangunan sektor pelancongan domestik dan adalah penting untuk kami memberi sokongan kepada Genting Cruise Lines untuk menjamin keselamatan dan keselesaan para penumpang yang bercuti di atas kapal supaya ia dapat memberi suntikan kuat kepada sektor pelayaran tempatan.

1

Oleh demikian, kami akan terus bekerjasama dengan Genting Cruise Lines untuk melancarkan semula operasinya dengan percutian pelayaran yang selamat tanpa mengabaikan faktor keselamatan dan kualiti perkhidmatan,” kata Dato’ Sasedharan Vasudevan, Ketua Pegawai Eksekutif, Penang Port Sdn Bhd. "Kami berharap dengan kerjasama antara dua pihak ini kami dapat mewujudkan satu piawaian kualiti yang lebih tinggi untuk sektor perkhidmatan pelayaran dan merangsang kembali industri pelancongan domestik."

Yang penting, permulaan semula perkhidmatan dan operasi kapal persiaran akan dapat menghidupkan semula sektor ekonomi pelancongan dan membantu agen-agen pelancongan yang teruk terjejas akibat penularan pandemik COVID-19 dan seterusnya memberi lebih peluang perkerjaan kepada warga tempatan.

Operasi semula kapal persiaran juga akan dapat memulihkan seluruh rantai bekalan yang berkaitan seperti barang-barang keperluan, perkhidmatan dan bahan-bahan yang berkaitan dengan operasi pelayaran. Ini adalah sejajar dengan prinsip panduan Genting Cruise Lines untuk menyokong dan membangunkan semula ekonomi sektor pelayaran di setiap pelabuhan yang Genting Cruise Lines memulakan semula operasinya.

Kembalinya Sensasi Melancong

“Super Seacation” - percutian dan penginapan di tengah laut ini amat berbeza dari “staycation”, iaitu penginapan hotel di daratan. Ia meberi alternatif kepada penduduk Malaysia untuk bersantai di kapal sambil dilambai bayu laut di bawah sinar matahari. Penumpang pelbagai peringkat umur pasti terhibur dan terpesona dengan pelbagai pilihan restoran, kemudahan rekreasi dan riadah yang tersedia sepanjang pelayaran “Super Seacation” ini. Pada peringkat awal, kapal ini akan beroperasi dengan kapasiti penumpangnya dikurangkan, semua aktiviti di kapal akan diatur mengikut saiz kumpulan yang dibenarkan – berbeza bagi setiap aktiviti – dan selaras dengan dasar negara semasa. Selain itu, pihak kapal akan mengambil langkah untuk memastikan setiap individu dan kumpulan mengamalkan jarak sosial yang selamat.

Itinerari terbaru Star Pisces ke Pulau Langkawi akan memberi peluang kepada para penumpang untuk mendalami keindahan semulajadi dan mengenali keunikan warisan budaya di pulau tersebut, yang juga digelar sebagai ‘Permata Kedah’. Pelayaran 2-malam “Langkawi Escape” akan bertolak dari Pulau Pinang setiap hari Jumaat dan Ahad. Para penumpang akan bersinggah di Pulau Langkawi selama 10 jam untuk menjelajahi pulau ini. Manakala pelayaran 1-malam “Straits of Malacca” akan bertolak setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis dan para penumpang berpeluang menyaksi pelbagai jenis kapal pengangkutan yang berlalu di Selat Melaka, iaitu selat yang paling sibuk di dunia.

Pulau Pinang, homeport terbaru kapal Star Pisces pula adalah sebuah destinasi percutian eksotik yang terkenal di dunia. George Town, Pulau Pinang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 2008. Juga dikenali sebagai “Pearl of the Orient”, Pulau Pinang mempunyai keindahan alam dan kepelbagaian budaya yang tersendiri serta pantai-pantai yang cantik dengan pasir yang halus dan terkenal sebagai destinasi makanan terbaik di Malaysia.

2

Langkah-langkah Kesihatan dan Keselamatan yang Komprehensif Genting Cruise Lines telah menerajui usaha untuk mewujudkan satu piawaian baru untuk kapal- kapal dan industri pelayaran dengan memperketatkan langkah-langkah pencegahan. Usaha ini telah menjadikannya pilihan nombor satu kepada para pelancong yang menginginkan percutian yang selamat dan menenangkan hati.

Genting Cruise Lines merupakan syarikat pelayaran yang pertama beroperasi semula di rantau Asia dengan rekod prestasi yang tinggi. Genting Cruise Lines telah berjaya beroperasi hingga kini tanpa sebarang insiden dengan kapal yang mula beroperasi di Taiwan sejak hampir sembilan bulan lalu dan juga kapal World Dream yang beroperasi di Singapura sejak lima bulan lalu. Kedua-dua kapal setakat ini telah menyambut kedatangan lebih daripada 150,000 penumpang. Baru-baru ini Genting Cruise Lines juga mengumumkan bahawa kapal Crystal Serenity yang dioperasikan oleh Crystal Cruises akan menawarkan ‘Bahamas Escapes’, cuti pelayaran baru mulai 3 Julai. Kapal Crystal Serenity akan menjadi kapal persiaran pertama yang homeport di Bahamas, serta kapal laut pertama yang beroperasi dari benua Amerika sejak industri pelayaran memberhentikan operasi secara sukarela hampir setahun lalu. Negeri Pulau Pinang akan menjadi homeport kelima bagi pihak Genting Cruise Line selepas negara Taiwan, Singapura, Nassau dan Bimini di Bahama.

Segala pengalaman yang diperolehi melalui operasi-operasi tersebut serta kerjasama erat bersama pihak berkuasa tempatan dalam usaha melengkapkan protokol-protokol yang sedia ada berdasarkan garis panduan tempatan telah membantu Genting Cruise Lines mewujudkan norma baru yang menjamin keselamatan pelayaran. Ini termasuk semua penumpang perlu menjalani ujian sebelum naik kapal; proses pemeriksaan kesihatan yang ketat dan garis panduan sebelum naik dan selepas turun dari kapal; prosedur kuarantin anak-anak kapal diperketatkan; sanitasi dan pembasmian kuman yang menyeluruh; mempraktikkan amalan kebersihan yang tinggi di kabin tetamu, kawasan awam di atas kapal dan semasa aktiviti-aktiviti rekreasi; serta peningkatan keselamatan makanan dan minuman.

Setiap kapal Genting Cruise Lines turut dibekalkan udara segar luaran 100% yang disaring dan disalurkan ke setiap kabin penumpang serta ke ruang awam bagi menyediakan persekitaran yang lebih selamat berbanding dengan kebanyakan hotel dan bangunan pejabat.

Genting Cruise Lines akan terus berkerjasama dengan semua pihak berkuasa tempatan yang berkaitan di Malaysia serta membuat pengubahsuaian kepada protokol-protokol yang sedia ada supaya ia lebih menyeluruh dan menepati garis panduan tempatan serta menjamin persekitaran yang paling selamat untuk semua apabila kapal kembali beroperasi kelak.

Protokol-protokol kesihatan dan kebersihan Genting Cruise Lines mendapat pengikhtirafan daripada pihak ketiga yang bebas dan berwibawa, oleh itu keselamatan dan kesihatan penumpang lebih terjamin. Pengiktirafan tersebut termasuk pengiktirafan kapal Explorer Dream dan World Dream dengan "Sijil Pencegahan Jangkitan - Maritim (CIP-M)" yang baru-baru ini diperkenalkan oleh DNV, sebuah persatuan klasifikasi kapal terbesar di dunia. World Dream juga merupakan kapal persiaran pertama di dunia yang mendapat pengiktirafan sijil CIP-M lanjutan selama tiga tahun selain "Persijilan CruiseSafe" dari Lembaga Pelancongan Singapura.

3

###

About Genting Cruise Lines Genting Cruise Lines is a division of Genting Hong Kong comprising of three distinct cruise brands – Star Cruises, Dream Cruises and Crystal Cruises – providing a range of products from contemporary cruises to ultra-luxurious vacation experiences spanning the sea to air.

Founded in 1993, Star Cruises established the Asia-Pacific as a popular, world-wide cruise destination and, with its current fleet (SuperStar Aquarius, SuperStar Gemini, Star Pisces and The Taipan), continues to pioneer the contemporary cruise market in the region.

Launched in 2015, Dream Cruises delivers the highest level of guest service and spacious comfort in the region. Genting Dream which debuted in November 2016 and World Dream, in November 2017, were developed specifically for the China and Asia market, and provides passengers with inspirational journeys at sea that are Asian at heart and international in spirit. Explorer Dream, launched in April 2019, will further fuel Dream Cruises’ global aspirations. Production is also currently underway in Germany on two new Global Class ships.

By sea, river, land or air, Crystal has redefined the way the world views luxury travel. The world-renowned Crystal Experience – featuring global journeys with Crystal Cruises, Crystal River Cruises, Crystal Yacht Expedition Cruises, Crystal AirCruises and Crystal Air – continues to entice the world’s most discerning travelers with incomparable luxury and unparalleled personal service.

Through its family of brands, Genting Cruise Lines offers the widest and most imaginative spectrum of cruise products for the modern traveller, catering to all segments, geographies, life stages and travel styles.

ABOUT STAR CRUISES

Star Cruises is a wholly-owned subsidiary of Genting Hong Kong, a leading global leisure, entertainment and hospitality corporation. A pioneer in the Asia Pacific cruise industry, Star Cruises has been operating its fleet since 1993, taking on the bold initiative to grow the region as an international cruise destination with its fleet consisting of SuperStar Gemini, SuperStar Aquarius, Star Pisces and The Taipan.

Star Cruises' commitment in offering best-in-class services and facilities is reflected in a host of recognitions and accolades received over the years. These include being inducted into the prestigious Travel Trade Gazette's "Travel Hall of Fame" for a twelfth year in 2019 in recognition of winning "Best Cruise Operator in the Asia-Pacific" for 10 consecutive years. Star Cruises was also recently voted "Asia's Leading Cruise Line" at the World Travel Awards for a ninth year in a row in 2020.

For media enquiries, please contact:

(Mr) ONG Hsieh Lien (Ms) ANG Chia Ling Corporate Communications Corporate Communications [email protected] [email protected]

4