Diterbitkan Februari 2021 MALAYSIA JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA Pemakluman : Dimaklumkan bahawa susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci Malaysia 2020) secara dalam talian (e-Census) telah dibuka semula. Dimaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan Hari Statistik Negara (MyStats Day) pada 20 Oktober setiap tahun. Tema sambutan MyStats Day adalah “Connecting the world with data we can trust” JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA Diterbitkan dan dicetak oleh: Jabatan Perangkaan Malaysia Blok C6, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62514 Putrajaya, MALAYSIA Tel. : 03-8885 7000 Faks : 03-8888 9248 Portal : https://www.dosm.gov.my Facebook/Twitter/Instagram : StatsMalaysia Emel :
[email protected] (pertanyaan umum)
[email protected] (pertanyaan & permintaan data) Harga : RM20.00 Diterbitkan pada Februari 2021 Hakcipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau alat apa jua pun kecuali setelah mendapat kebenaran daripada Jabatan Perangkaan Malaysia. Pengguna yang mengeluarkan sebarang maklumat dari terbitan ini sama ada yang asal atau diolah semula hendaklah meletakkan kenyataan berikut: “Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia”. ISSN 2756 - 8539 PRAKATA Poket Stats Negeri menyediakan statistik sosioekonomi secara suku tahunan untuk mengukur prestasi ekonomi setiap negeri di Malaysia dan seterusnya memenuhi keperluan penggubalan polisi serta merancang pembangunan negeri. Penerbitan Poket Stats Negeri Johor Suku Tahun Keempat 2020 adalah penerbitan yang kelapan sejak Suku Tahun Pertama 2019. Penerbitan ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu Indikator Ekonomi, Indikator Sosial, Indikator Ekonomi Terpilih Mengikut Negeri dan Indikator Sosial Terpilih Mengikut Negeri yang mengandungi statistik dari tahun 2017 hingga suku tahun keempat 2020. Jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penerbitan ini.