NASKHAH SAHIH – BAHASA KEBANGSAAN

HARI RABU, 15 MAC 2000 PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 20 1

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Tuan Billy Abit Joo [Hulu Rajang] minta MENTERI TENAGA, KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah status terkini di Projek Hidro-Elektrik Bakun (HEP). Bilakah kerja pembinaan akan disambung (selain “diversion tunnel”). Adakah Kerajaan menimbang kemungkinan membina HEP di Sg. Murum. (PM #3906 v1)

2. Tuan Wilfred Madius Tangau [] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kerajaan sedar bahawa ramai pelajar-pelajar daripada yang mempunyai masalah untuk mendaftar di universiti-universiti tempatan kerana masalah kewangan termasuklah untuk membayar wang pendaftaran disebabkan kelambatan untuk memproses permohonan biasiswa dan jikalau sedar, apakah langkah-langkah khusus yang sedang dan akan diambil oleh Kerajaan. (PM #3860 v1)

3. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad [Lipis] minta MENTERI PERTANIAN menyatakan jumlah petani-petani yang terlibat dengan tanah runtuh dan banjir lumpur yang berlaku pada 6 dan 9 Januari 2000 di Cameron Highland, dan nyatakan jumlah kerugian dan apakah Kementerian menyalurkan kepakaran berkenaan kaedah penanaman di curam bukit dan apa - apa bantuan meringankan beban petani-petani yang mengalami malapetaka itu. (PM #3648 v1)

4. Hajah Sukinam Domo [Batang Sadong] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah program-program ibu tunggal yang sedang dilaksanakan dan bagaimanakah kemajuannya. (PM #3198 v1)

5. Tuan Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah nilai sebenar asset BBMB dan harga sesaham sebelum kegawatan ekonomi:

(a) berapakah nilai jualan sesaham BBMB yang dijual kepada CAHB oleh Khazanah Holding Berhad; dan

2 AUM 2000/03/15 (PM #4707 v1)

(b) apakah kaedah nilai yang digunakan untuk menilai harga sesaham BBMB yang dijual kepada CAHB dan siapakah yang membuat penilaian. (PM #4068 v1)

6. Tuan Ho Cheong Sing [Ipoh Barat] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kebaikan dan keburukan pembubaran kawalan mata wang asing dan langkah-langkah untuk mengatasi keburukan pembubaran kawalan mata wang asing. (PM #3563 v1)

7. Dr. Maximus Johnity Ongkili [Bandau] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah program-program pembangunan tanah yang sedang dirancang dan dilaksanakan oleh pihak FELCRA di negeri Sabah. Adakah pihak FELCRA bercadang membangun tanah untuk tujuan membasmi kemiskinan di kawasan parlimen Bandau dan Marudu. (PM #3817 v1)

8. Tuan [Teluk Intan] minta MENTERI PERTANIAN menyatakan bahawa oleh kerana banyak bandar-bandar menghadapi masalah banjir kilat dan banjir bermusim, adakah pihak Kementerian bercadang mewujudkan satu Jawatankuasa atau Pasukan Petugas Khas yang dianggotai oleh pakar-pakar bagi mengkaji serta mencari penyelesaiannya. (PM #3302 v1)

9. Tan Sri Dato’ Dr. K.S Nijhar [Subang] minta MENTERI PERPADUAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT menyatakan rancangan untuk penempatan semula Orang Asli dalam Skim Tanah seperti Felda. (PM #3751 v1)

10. Puan Chew Mei Fun [Petaling Jaya Utara] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR menyatakan:-

(a) sama ada Kerajaan mempunyai rancangan untuk membolehkan laporan keadaan cuaca diumum dengan lebih teliti dan sila beritahu setakat manakah ketepatan maklumat-maklumat tentang keadaan cuaca yang dilaporkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca Negara; dan

(b) adakah Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca mempunyai rancangan mempelajari dari Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca Luar Negara, bagaimana memberi amaran awal tentang ketibaan hujan ribut demi membolehkan rakyat yang tinggal di kawasan tinggi dan kawasan banjir membuat persediaan. (PM #3553 v1)

11. Tuan Joseph Mauh ak Ikeh [Selangau] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah guru-guru yang terlatih mengajar Bahasa Iban di Maktab- maktab Perguruan di dan Sabah pada 1999/2000. (PM #3584 v1)

3 AUM 2000/03/15 (PM #4707 v1)

12. Dato’ Dr. Hasan bin Mohamed Ali [Parit Buntar] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan dengan lebih terperinci mengenai masalah rendah akhlak dan etika profesional yang dihadapi oleh kaum guru di Malaysia. Sila nyatakan jumlah guru yang terlibat mengikut pecahan dari segi jantina, kaum, tahap pendidikan dan lokasi sekolah luar bandar dan banda r. (PM #4129 v1)

13. Tuan Fu Ah Kiow [Mentakab] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan cara melindungi kepentingan pengguna dalam memastikan caj-caj perkhidmatan seperti kadar tol lebuhraya, caj pasport, caj Indah Water dan lain-lain yang dikenakan oleh pejabat-pejabat Kerajaan dan syarikat-syarikat penswastaan adalah munasabah. (PM #3259 v1)

14. Datuk Lau Ngan Siew [Sandakan] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sehingga kini berapa banyak graduan komputer sains tela h mendapat pekerjaan di Multimedia Super Corridor (Koridor Raya Multimedia) di Malaysia dan apakah peluang pekerjaan yang dibuka untuk graduan universiti. (PM #3284 v1)

15. Tuan Mah Siew Keong [Teluk Intan] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bahawa adakah pihak Kementerian bercadang melantik Wakil Rakyat atau ahli politik bagi mengetuai pihak berkuasa tempatan. (PM #3303 v1)

16. Tuan Robert Lau Hoi Chew [Sibu] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan:-

(a) jumlah kekurangan guru-guru di Sekolah-sekolah Rendah Bantuan Cina di seluruh negara; dan

(b) langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan untuk mengatasi masalah kekurangan guru-guru di Sekolah-sekolah Rendah Bantuan Cina. (PM #3405 v1)

17. Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-

(a) kedudukan kemasukan warga negara asing tanpa izin; dan

(b) langkah Kementerian membendung penyeludupan manusia ke dalam negara dengan cara pemalsuan dokumen perjalanan. (PM #3480 v1)

4 AUM 2000/03/15 (PM #4707 v1)

18. Tuan [Cheras] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah tindakannya keatas memorandum yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Dong Jiao Zong mengenai permintaan untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina terutama masalah kekurangan sekolah tersebut dan guru-guru terlatih dan apakah keputusan Kementerian sendiri. (PM #3686 v1)

19. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [Keningau] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah hasil siasatan Biro Pencegah Rasuah (BPR) terhadap siasatan kes penjualan saham Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) dan adakah pihak BPR akan mengambil tindakan undang-undang berhubung dengan kes tersebut. (PM #3693 v1)

20. Tuan Haji Mat Basir bin Rahmat [Parit] minta MENTERI PERPADUAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT menyatakan sejauhmanakah pihak pemaju di negara ini mematuhi piawaian Kod Amalan Kemudahan Akses Bagi Orang Kurang Upaya (Kokaboku) dalam menyediakan pelbagai kemudahan untuk golongan kurang upaya sama ada dalam bangunan ataupun di tempat awam. (PM #3930 v1)

21. Dr. Abu Bakar bin Othman [Jerlun] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa banyak jenayah dan gejala sosial yang berlaku di kawasan perumahan yang dikategorikan mengikut perumahan kos rendah, sederhana dan mewah. (PM #3988 v1)

22. Tuan Haji Mohd. Yusof bin Mohd Noor [Machang] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan oleh kerana telah ada desakan daripada pertubuhan termasuk parti-parti politik sama ada Kerajaan telah membuat kajian ke arah pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau membuat pindaan terhadapnya. (PM #4137 v1)