<<

RINGKASAN MINGGUAN ISU SEMASA | 1

ANTARABANGSA & KESELAMATAN

 PDRM SEDIA SIASAT AL-JAZEERA  10 JULAI PENENTU PRU13 SINGAPURA  AUSTRALIA IKUT JEJAK LANGKAH KANADA, SOKONG HONG KONG  CHINA-INDIA REDAKAN KETEGANGAN SEMPADAN  KEMATIAN DATUK BANDAR SEOUL JADI TANDA TANYA

PENDIDIKAN & SUMBER MANUSIA  PNS BANTU KEMBANGKAN PERNIAGAAN FRANCAISOR  PENJAWAT AWAM PERLU BERANI TAMPIL MELAPORKAN KES RASUAH  PENDIDIKAN RUKUN NEGARA SEBAGAI AGENDA TERAS KERAJAAN - PM  PRASARANA TAMBAH 27 TREN BAHARU  TIMBALAN SPEAKER SOKONG PENUH USUL DAN CADANGAN PARLIMEN DIGITAL

EKONOMI & KEWANGAN  TEMA UTAMA BELANJAWAN 2021  PENINGKATAN KADAR KEMISKINAN DI  TINDAKAN MALAYSIA DIIKTIRAF DI PERINGKAT GLOBAL  UTAMAKAN PENGANGGUR DAN PEKERJA TEMPATAN  NILAI SYARIKAT TEKNOLOGI GERGASI DUNIA

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) 6 J u l a i – 9 J u l a i 2 0 2 0 | 2

KESEJAHTERAAN SOSIAL  WABAK BUBONIK MUNCUL SEBELUM WABAK COVID-19 REDA  KHIDMAT KESIHATAN BERKONSEPKAN ‘UBER’  AKSESORI KERETA BERISIKO MEMBAWA MAUT  WHO KAJI SEMULA DAKWAAN COVID-19 BOLEH TERSEBAR LEBIH DUA METER  PEMBANGUNAN BELIA TERAS PEMBANGUNAN MASA KINI

ALAM SEKITAR, SUMBER ASLI & ASAS TANI  PEMBUANGAN FOG ANTARA PUNCA PENCEMARAN SUNGAI  LAKAR SEJARAH CIPTA BIOGAS DARIPADA KANJI RUMBIA  PEKEBUN KECIL TIDAK MEMILIKI SIJIL BOLEH DIAMBIL TINDAKAN  PBB MEMBERI AMARAN PENYAKIT HAIWAN KE MANUSIA SEMAKIN MENINGKAT  PERUBAHAN IKLIM: SUHU GLOBAL NAIK MELEBIHI 1.5C

PERUNDANGAN & HAK ASASI  RUU COVID-19 BERI PELEPASAN SEMENTARA KEPADA RAKYAT  KESEDARAN MP LEBIH PENTING DARIPADA PERTUKARAN SPEAKER  MENTERI SARAWAK MAHU JAWATANKUASA KHAS KEWARGANEGARAAN  PEGAWAI TINGGI ATM DITAHAN KES RASUAH  DUA UNIVERSITI SAMAN KERAJAAN AS KERANA BATALKAN VISA PELAJAR HADIRI KELAS DALAM TALIAN

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) RINGKASAN MINGGUAN ISU SEMAS | 3

ANTARABANGSA & KESELAMATAN PDRM SEDIA SIASAT AL-JAZEERA Ketua Polis Negara, Tan Sri menjelaskan PDRM akan mengambil tindakan sewajarnya mengenai dakwaan menyeleweng stesen media antarabangsa, Al-Jazeera berkenaan langkah PKPD yang diambil Kerajaan terhadap PATI. Walau bagaimanapun, beliau masih belum dapat mengesahkan sama ada peruntukan dibawah Kanun Keseksaan atau Akta Hasutan 1948 akan dikenakan (Sumber: Berita Harian,2020) terhadap mereka.

Namun, Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid pula menegaskan bahawa Al-Jazeera akan didakwa dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan disebabkan melaporkan sesuatu yang boleh mengundang fitnah dan sangkaan jahat terhadap Malaysia selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana berniat jahat (Berita Harian, 7 Julai 2020).

www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/708182/polis-akan-panggil-al-jazeera-kpn

10 JULAI PENENTU PRU13 SINGAPURA Pada 10 Julai 2020, rakyat Singapura akan turun untuk memilih siapa yang bakal menerajui Kerajaan bagi tempoh yang berikutnya. Ia akan ditentukan oleh kira-kira 2.65 juta pengundi. Kempen pengundian yang lebih banyak tertumpu dalam talian memberikan peluang yang sama rata kepada semua parti untuk berkempen.

Walau bagaimanapun, ramai pemerhati melihat PAP tidak akan mengalami kesukaran untuk mempertahankan kemenangan yang dipegangnya sejak tahun 1965. Kemenangan di 47 kerusi daripada keseluruhan 93 kerusi yang dipertandingkan sudah cukup memberikan kemenangan majoriti mudah kepada PAP. Pada PRU12 yang lalu, PAP menguasai lebih dua pertiga undi majoriti (, 9 Julai 2020).

beta.astroawani.com/berita-dunia/singapore-election-pap-going-for-super-majority-again-in- parliament-250517

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) RINGKASAN MINGGUAN ISU SEMASA | 4

AUSTRALIA IKUT JEJAK LANGKAH KANADA, SOKONG HONG KONG Perdana Menteri Australia, Scott Morrison turut mengambil langkah agresif berikutan langkah-langkah drastik yang diambil Beijing terhadap Hong Kong ketika ini. Hal yang demikian disebabkan penggubalan undang-undang keselamatan negara yang memberikan implikasi terhadap kebebasan Hong Kong serta bertentangan dengan prinsip Satu Negara Dua Sistem.

Morrison membuka ruang sempadan kepada rakyat Hong Kong untuk datang berlindung di negaranya selain memanjangkan tempoh visa sehingga 5 tahun. Beliau juga dalam masa yang sama mengambil langkah membatalkan perjanjian ekstradisi dengan Hong Kong yang turut tertakluk dibawah undang-undang keselamatan negara China tersebut (Astro Awani, 9 Julai 2020). english.astroawani.com/world-news/australian-pm-suspends-extradition-treaty-extends- visas-hong-kong-citizens-250454

CHINA-INDIA REDAKAN KETEGANGAN SEMPADAN Media antarabangsa melaporkan China dan India akan mengambil satu kata sepakat bagi mengendurkan ketengangan sempadan yang berlaku sejak kebelakangan ini. Menteri Luar China, Wang Yi dalam satu temu bual menerusi telefon dengan Perwakilan Khas India, Ajit Doval menjelaskan bahawa kata sepakat tersebut diambil bagi memelihara hubungan 70 tahun (Sumber: Google image) bilateral di antara kedua-dua negara.

Sebelum ini China dan India bukan sahaja berhadapan dengan pertempuran di sempadan darat, bahkan turut melibatkan laluan perdagangan di antara kedua-dua negara. India mengambil langkah untuk berkerjasama bersama-sama Australia, Jepun dan US bagi meningkatkan keupayaan dan aset di kawasan perairan dalam usaha membentuk cegah rintang terhadap China (Berita Harian, 7 Julai 2020). www.bharian.com.my/dunia/asia/2020/07/708239/china-india-sepakat-redakan-ketegangan- di-sempadan

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) RINGKASAN MINGGUAN ISU SEMAS | 5

KEMATIAN DATUK BANDAR SEOUL JADI TANDA TANYA Pemimpin kanan Parti Demokratik yang telah mentadbir Seoul selama hampir 10 tahun, Park Won-Soon akhirnya telah ditemui mati oleh pasukan polis. Beliau merupakan Datuk Bandar Seoul dan antara calon yang disebut-sebut bakal menggantikan tempat Presiden Korea Selatan.

Penemuan mayat beliau (Sumber: AFP) meninggalkan tanda tanya sama ada ia adalah suatu kejadian membunuh diri atau sebaliknya. Beberapa hari sebelumnya, bekas kakitangan Bandar Seoul telah membuat laporan polis berkenaan dengan gangguan seksual melibatkan mendiang. Namun, polis belum mengesahkan kaitannya dengan penemuan mayat Won-Soon. Pada tahun 2009, kes bunuh diri berprofil tinggi telah berlaku melibatkan bekas presiden, Roh Moo-hyun selepas dilibatkan dengan kes rasuah (Berita Harian, 10 Julai 2020). www.bharian.com.my/dunia/asia/2020/07/709148/datuk-bandar-seoul-ditemui-maut-selepas- dakwaan-gangguan-seksual

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) RINGKASAN MINGGUAN ISU SEMASA | 6

PENDIDIKAN & SUMBER MANUSIA PNS BANTU KEMBANGKAN PERNIAGAAN FRANCAISOR Mana-mana syarikat yang berkelayakan dan mempunyai potensi untuk menjadi francaisor akan dibantu oleh pihak Perbadanan Nasional Berhad (PNS) bagi mengembangkan lagi perniagaan mereka. Menurut Ketua Jabatan Pembangunan dan Pemasaran Francais PNS, pihaknya akan berperanan memberi panduan dan khidmat nasihat kepada bakal francaisor selain membantu mereka sehingga syarikat didaftar dengan bahagian pembangunan sebagai satu perniagaan francais.

Antara syarat utama untuk layak menyertai program pembangunan francaisor ini ialah usahawan telah pun mempunyai jenama yang telah didaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), selain mempunyai rekod kewangan yang memuaskan (, 10 Julai 2020).

www.sinarharian.com.my/article/91500/KHAS/Wacana/PNS-sedia-program-pembangunan- francaisor-bantu-usahawan

PENJAWAT AWAM PERLU BERANI TAMPIL MELAPORKAN KES RASUAH Statistik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan terkini hanya 0.02 peratus sahaja daripaa 1.6 juta penjawat awam berani tampil melaporkan perbuatan rasuah yang berlaku dalam jabatan dan agensi masing-masing. Hal ini menyebabkan sesetengah pihak beranggapan penjawat awam sinonim dengan korupsi walaupun yang melakukannya hanya segelintir sahaja. (Sumber: Selangorkini, 2019) Justeru, penjawat awam disaran berani melapor dan menjadi saksi bagi kes rasuah kerana mereka dilindungi peruntukan undang-undang seperti Akta Pemberi Maklumat 2010 dan Akta Perlindungan Saksi 2009 bagi memenuhi aspirasi Pelan Antirasuah Nasional agar Malaysia bakal dikenali dunia kerana integriti dan bukan sebaliknya (Berita Harian, 9 Julai 2020).

www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/708967/penjawat-awam-belum-berani-lapor- kes-rasuah

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) RINGKASAN MINGGUAN ISU SEMAS | 7

PENDIDIKAN RUKUN NEGARA SEBAGAI AGENDA TERAS KERAJAAN - PM “Kita berasa bangga menjadi warganegara Malaysia walau apapun kaum, agama, dan warna kulit kita kerana kita mempunyai jati diri yang sebahagiannya dibentuk oleh prinsip Rukun Negara”. Demikian antara ucapan Perdana Menteri ketika merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara.

Beliau turut mencadangkan agar Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia menerajui aspirasi menjadikan pendidikan Rukun Negara sebagai agenda teras Kerajaan menerusi pelbagai program, inisiatif dan aktiviti di bawah kementerian dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO), swasta dan masyarakat sivil. Hal ini bagi menyemarakkan penghayatan prinsip dan nilai Rukun Negara demi perpaduan rakyat di negara ini (Astro Awani, 9 Julai 2020). http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pm-cadang-pendidikan-rukun-negara-dijadikan- agenda-teras-kerajaan-250495

PRASARANA TAMBAH 27 TREN BAHARU Selaras misi syarikat untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam, Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) bakal menambah 27 tren empat gerabak baharu bagi transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya (KLAV 27) yang dijadualkan bakal diterima bermula akhir tahun ini sehingga tahun 2023.

Berbanding KLAV 14, KLAV 27 dilengkapi sistem baru Paparan Peta Laluan Digital (Sumber: Berita Harian, 2020) yang diselaraskan dengan sistem pintu, selain Sistem Pengurusan Tren (TMS) dan status bagi Sistem Maklumat Penumpang bagi setiap gerabak juga dinaik taraf. Projek KLAV27 juga dibangunkan pihak tempatan pada kadar 35 peratus untuk memaksimumkan penggunaan barangan tempatan dan mengurangkan kebergantungan sumber luar (Berita Harian, 9 Julai 2020). https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/708931/prasarana-tambah-27-tren- baharu

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) 6 J u l a i – 9 J u l a i 2 0 2 0 | 8

TIMBALAN SPEAKER SOKONG PENUH USUL DAN CADANGAN PARLIMEN DIGITAL Inisiatif anak muda menganjurkan Parlimen Digital baru-baru ini yang berlangsung selama dua hari membahaskan dua usul utama iaitu pembangunan semula ekonomi melalui pakej ransangan khas untuk belia dan penstrukturan sistem pendidikan pasca COVID-19 disokong penuh oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon. Beliau malahan mencadangkan usul yang dibahaskan dipertimbangkan sebagai dasar Kerajaan.

Selain itu, beliau turut berhasrat melihat Parlimen Digital diperluas di peringkat Dewan (Sumber: Malaymail, 2020) Undangan Negeri (DUN) dan program- program berkaitan seterusnya mampu merubah landskap negara ke arah pendigitalan parlimen gaya baharu selari perkembangan teknologi semasa (Astro Awani, 7 Julai 2020). www.astroawani.com/berita-malaysia/ambil-serius-usul-dan-cadangan-parlimen-digital- timbalan-speaker-250218

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) RINGKASAN MINGGUAN ISU SEMASA | 9

EKONOMI & KEWANGAN

TEMA UTAMA BELANJAWAN 2021 Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengatakan terdapat empat tema utama di dalam Belanjawan 2021 iaitu; i) Mengambil peduli terhadap rakyat, ii) Memacu ekonomi, iii) Kehidupan yang mampan dan lestari serta, iv) Menambahbaik penyampaian perkhidmatan awam. Tema pertama membabitkan dua Pakej Rangsangan Ekonomi sebelum ini iaitu PRIHATIN dan PENJANA (Sumber: , 2020) yang mana tujuan pertama adalah melindungi dan memperkasakan rakyat.

Tema kedua adalah untuk memastikan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), meningkatkan pelaburan langsung asing (FDI), melonjakkan keyakinan pelabur serta merancakkan penggunaan teknologi dan digitalisasi merentasi pelbagai sektor awam dan swasta. Tema ketiga menyentuh soal pelaburan lestari dan pandemik COVID-19 tidak menjejaskan momentum sedia ada. Di Amerika Syarikat semakin banyak syarikat mula menerapkan amalan yang mementingkan persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG). (, 8 Julai 2020)

www.hmetro.com.my/bisnes/2020/07/597645/empat-tema-utama-belanjawan-2021

PENINGKATAN KADAR KEMISKINAN DI MALAYSIA Kadar kemiskinan Malaysia sebanyak 0.4 peratus seperti yang dinyatakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2016 tidak lagi relevan pada masa kini berikutan Paras Garis Kemiskinan (PGK) yang digunakan pada ketika itu mengikut metodologi 2005, iaitu RM 980 sebulan. Berdasarkan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, Kerajaan akan mengumumkan PGK yang mengikut metodologi 2019 dalam masa terdekat.

Keputusan itu dibuat berdasarkan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-11 yang dibentangkan oleh Kerajaan terdahulu pada Oktober 2018 lepas. Justeru itu, beliau menjangkakan PGK yang terbaharu akan meningkat kepada RM 2,500 sebulan seterusnya menaikkan kadar kemiskinan melebihi 0.4 peratus. (Sinar Harian, 7 Julai 2020)

www.sinarharian.com.my/article/91151/BERITA/Nasional/Kadar-kemiskinan-negara- mungkin-meningkat

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) RINGKASAN MINGGUAN ISU SEMASA | 10

TINDAKAN MALAYSIA DIIKTIRAF DI PERINGKAT GLOBAL Matlamat kedua di dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang membantu untuk melonjakkan semula perniagaan mendapat pengiktirafan di peringkat global. Selain diiktiraf di kedudukan ke-4 dunia dalam pengurusan krisis COVID- 19 oleh TolunaBlackbox Index of Global Crisis Perceptions 2020, Malaysia turut (Sumber: FMT, 2020) mendapat tempat ke-12 dunia dalam Laporan Ease of Doing Business 2020 oleh Bank Dunia dan kedudukan sama dalam DHL Global Connectedness Index 2019.

Bukan itu sahaja, Malaysia bahkan berjaya menarik pelaburan sebanyak RM 208 Billion walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil. Dari jumlah tersebut, 40 peratus adalah pelaburan langsung asing (FDI) manakala 60 peratus adalah pelaburan langsung domestik yang menghasilkan lebih 5,000 projek dan bakal menawarkan sebanyak 120,000 peluang pekerjaan. Terdapat ramai pelabur yang teguh memilih untuk bertapak dan melabur di Malaysia dengan 66 peratus dari jumlah FDI adalah pelabur dari Amerika Syarikat, China dan Jepun. (Berita Harian, 8 Julai 2020) www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/07/708665/penilaian-global-iktiraf-dasar- langkah-diambil-malaysia

UTAMAKAN PENGANGGUR DAN PEKERJA TEMPATAN Pencari kerja (Job seekers) dari warganegara perlu terlebih dahulu diutamakan oleh para majikan dalam menawarkan pekerjaan. Kementerian Sumber Manusia mencadangkan agar para majikan mengiklankan kerja kosong di portal JobsMalaysia dalam tempoh 30 hari sebelum mereka berniat mengambil pekerja asing. Tindakan ini agar setiap syarikat yang mencari pekerja dapat melakukan padanan kerja (job- matching) yang sesuai dengan permintaan dan mengutamakan pekerja tempatan.

Selain itu, para majikan juga diingatkan agar mematuhi peraturan Pekerja Asing Pertama Keluar (FWFO) selaras dengan peuntukan di bawah Seksyen 60N Akta Pekerjaan 1955 dan Kod Tingkah Laku untuk Keharmonian Industri. Hal ini bertujuan untuk memastikan ketika syarikat terpaksa mengurangkan bilangan pekerja kerana kekangan tertentu, pekerja asing perlu diberhentikan terlebih dahulu dan perlu membuat laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja. ( Markets, 9 Julai 2020) www.theedgemarkets.com/article/employers-must-prioritise-local-job-seekers- saravanan

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) RINGKASAN MINGGUAN ISU SEMASA | 11

NILAI SYARIKAT TEKNOLOGI GERGASI DUNIA Lima syarikat terbesar dunia adalah di dalam bidang teknologi dan sentiasa menjana keuntungan sehingga jutaan billion dolar setiap tahun. Syarikat gergasi tersebut yang terdiri daripada Amazon, Apple, Facebook, Microsoft dan Alphabet mempunyai pecahan aliran tunai dan lintasan pertumbuhan yang sangat berbeza walaupun terdapat persamaan di antara mereka secara umum. Ada yang mempunyai gabungan aplikasi dan perkhidmatan cloud, produk, dan pengumpulan data yang pelbagai, sementara yang lain mempunyai fokus yang lebih unik dan pelbagai.

Pendapatan tahunan kesemua syarikat ini mencecah sehingga ratusan billion dolar pada setiap tahun. Sehingga Julai 2020, jumlah pendapatan lima syarikat ini melebihi pendapatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) empat negara G20, yang mana jika diandaikan mereka sebagai sebuah negara, kedudukan mereka mengikut KDNK adalah yang ke-18, di hadapan Arab Saudi dan di belakang Belanda. Secara pecahannya, nilai setiap syarikat ini didahului oleh syarikat Apple dengan nilai sebanyak RM 6.76 Trillion (US$ 1.58 Trillion) diikuti oleh Microsoft (US$ 1.56 Trillion), Amazon (US$ 1.44 Trillion), Alphabet (US$ 1.02 Trillion) dan Facebook (US$ 665.04 Billion). Di era pasca COVID- 19 dan perkembangan teknologi pada 2020 yang semakin meningkat, berapakah pendapatan dan perolehan syarikat- syarikat ini? (Visual Capitalist, 6 Julai (Sumber: Pinterest, 2020) 2020) www.visualcapitalist.com/how-big-tech-makes-their-billions-2020/

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) 6 J u l a i – 9 J u l a i 2 0 2 0 | 12

KESEJAHTERAAN SOSIAL

WABAK BUBONIK MUNCUL SEBELUM WABAK COVID-19 REDA Dalam keadaan dunia masih belum mampu menangani krisis wabak COVID-19, dua kes jangkitan wabak bubonik pula muncul. Wabak yang berasal dari sebuah bandar di utara China itu dipercayai berpunca daripada bakteria yang disebarkan melalui pepijat yang hidup dalam spesies tikus termasuk marmot. (Sumber: Astro Awani, 2020)

Marmot merupakan haiwan daripada spesies tupai tanah dengan nama saintifiknya Marmota. Kedua-dua pesakit disahkan dijangkiti wabak bubonik selepas menikmati hidangan daripada haiwan marmot. Apa yang lebih membimbangkan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wabak tersebut mampu membunuh mangsa hanya dalam tempoh 24 jam (Astro Awani, 6 Julai 2020).

beta.astroawani.com/berita-malaysia/belum-pun-reda-isu-covid19-wabak-bubonik-pula- dikesan-di-china-249988

KHIDMAT KESIHATAN BERKONSEPKAN ‘UBER’ Kementerian Kesihatan akan memperkenalkan khidmat pengamal kesihatan berkonsepkan ‘uber’ bagi memudahkan orang ramai mendapatkan rawatan dari rumah. Perkhidmatan ini diperkenalkan bagi meningkatkan uberisasi perkhidmatan kesihatan yang merupakan salah satu tawaran baharu KKM atau Agenda Nasional Malaysia Sihat Bagi Memperkukuhkan Promosi Kesihatan dan Amalan Gaya Hidup Sihat.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah perkhidmatan ujian makmal seperti ujian darah, perkhidmatan pesakit luar bukan kecemasan, perkhidmatan penjagaan luka yang khusus dan dialisis peritoneal untuk pesakit buah pinggang. Platform ini sepenuhnya diuruskan oleh pihak swasta yang dipilih oleh KKM melalui tender terbuka (Sinar Harian, 7 Julai 2020).

www.sinarharian.com.my/article/91119/BERITA/Nasional/Konsep-Uber-untuk-khidmat- kesihatan-di-rumah-akan-diperkenal

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) RINGKASAN MINGGUAN ISU SEMAS | 13

AKSESORI KERETA BERISIKO MEMBAWA MAUT Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menggesa Kerajaan agar diwujudkan undang-undang berkaitan penjualan aksesori kenderaan yang berisiko membawa maut. Hal ini kerana, penjualan aksesori kenderaan pada masa kini dijual bebas tanpa kawalan undang-undang walaupun aksesori tersebut membahayakan nyawa pengguna.

Langkah pertama yang boleh dijalankan adalah dengan mengambil tindakan penguatkuasaan bagi mana-mana peniaga yang menjual aksesori kenderaan tanpa mengambil kira aspek keselamatan. Hal ini berikutan penjualan penyambung tali pinggang keledar yang mampu memberhentikan bunyi peringatan memasangkan tali keledar sekaligus mampu membahayakan nyawa. Apa yang lebih membimbangkan, alat tersebut tidak (Sumber: Berita Harian, 2020) mampu mengaktifkan beg udara sekiranya berlaku impak pelanggaran ketika kemalangan (Berita Harian, 7 Julai 2020). www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/708320/larang-jual-aksesori-kereta-berisiko- maut

WHO KAJI SEMULA DAKWAAN COVID-19 BOLEH TERSEBAR LEBIH DUA METER Sekumpulan saintis mendakwa virus COVID-19 boleh tersebar di udara melebihi 2 meter dengan hanya melalui pernafasan. Menurut kumpulan tersebut, individu yang dijangkiti dan menghembuskan pernafasan boleh menyebabkan titisan air tersebar di udara selama beberapa jam.

Perkara ini membimbangkan banyak pihak terutama ia memberi kesan kepada aspek langkah pencegahan yang dipraktiskan banyak negara berlandaskan garis panduan yang ditetapkan oleh WHO. Oleh itu, pertubuhan tersebut dalam proses mengumpulkan maklumat berkenaan kajian tersebut bagi memastikan panduan kesihatan yang dikeluarkan selari dengan bukti (Harian Metro, 8 Julai 2020). www.hmetro.com.my/global/2020/07/597667/covid-19-boleh-tersebar-lebih-dua-meter

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) RINGKASAN MINGGUAN ISU SEMASA | 14

PEMBANGUNAN BELIA TERAS PEMBANGUNAN MASA KINI Generasi muda adalah generasi yang menentukan kelangsungan pembangunan masa kini dan sewajarnya dilibatkan dalam proses pembangunan dasar. Keutamaan buat masa sekarang adalah dengan memastikan sifat kepimpinan ada dalam diri setiap belia sekurang-kurangnya untuk memimpin diri sendiri. Golongan belia ini juga akan menjadi pengantara kepada Kerajaan dalam menyampaikan fakta dan polisi kerajaan terutama dalam kalangan mereka sendiri.

(Sumber: KBS Malaysia, 2020) Selain itu, Kerajaan juga menekankan aspek kemahiran insaniah melalui kemahiran pengurusan, kemahiran berkomunikasi dan hubungan perseorangan, ketrampilan diri dan kemahiran menyelesaikan masalah. Oleh itu, Kerajaan menyediakan platform ‘Felo Perdana’ adalah langkah yang paling tepat bagi mengasah bakat kepimpinan sedia ada dan bagi mempersiapkan diri anak muda untuk memimpin negara (Sinar Harian, 8 Julai 2020). www.sinarharian.com.my/article/91247/BERITA/Nasional/Pembangunan-generasi-muda- jadi-keutamaan-kerajaan-PM

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) RINGKASAN MINGGUAN ISU SEMAS | 15

ALAM SEKITAR, SUMBER ASLI & ASAS TANI PEMBUANGAN FOG ANTARA PUNCA PENCEMARAN SUNGAI Merujuk kenyataan Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) menyatakan bahawa antara penyumbang pencemaran sungai di negara ini adalah pembuangan lemak, minyak dan gris (FOG) daripada sisa makanan secara haram dan tidak teratur ke paip pembentungan awam dan sistem perparitan.

Namun begitu, pihak Kementerian begitu menitikberatkan tahap kesedaran yang perlu ditingkatkan terutama kepada pengusaha- pengusaha restoran kecil mengenai cara yang betul dalam membuang sisa FOG daripada kawasan mereka. Sekiranya permasalahan ini tidak diambil tindakan segera, pembuangan sisa FOG boleh Sumber: , 2020 menyebabkan pencemaran alam sekitar termasuk sungai sekali gus menjejaskan kesihatan orang awam. (New Straits Times, 8 Julai 2020)

www.nst.com.my/news/nation/2020/07/606965/fog-discharge-remains-major-source-river- pollution-says-minister

SARAWAK LAKAR SEJARAH CIPTA BIOGAS DARIPADA KANJI RUMBIA Negeri Sarawak melakar sejarah baharu apabila mencipta biogas daripada kanji rumbia sebagai alternatif bagi menggantikan gas silinder konvensional. Kanji rumbia yang berasal daripada pokok rumbia atau pokok sagu dijadikan sebagai biogas yang diusahakan oleh Craun Research dengan kelulusan kerajaan negeri Sarawak pada Mac lalu.

Usaha ini merupakan satu alternatif dengan kos yang lebih murah berbanding gas silinder. Selain itu, biogas yang dihasilkan juga akan disalurkan kepada dua buah kampung iaitu Kampung Teh dan Kampung Tabo, Mukah untuk kegunaan isi rumah. Pada awalnya, projek ini diusahakan bagi mencari penyelesaian secara kondusif mengenai masalah pencemaran alam sekitar akibat pemprosesan kanji rumbia di dua buah kampung tersebut. Namun begitu, pada tahun 2018 pemprosesan kanji rumbia telah beralih kepada penghasilan biogas yang berasaskan kanji rumbia yang memberi manfaat kepada penduduk kampung tersebut. (Astro Awani, 8 Julai 2020)

beta.astroawani.com/berita-malaysia/sarawak-cipta-biogas-kanji-rumbia-pertama-di-dunia- 250372

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) 6 J u l a i – 9 J u l a i 2 0 2 0 | 16

PEKEBUN KECIL TIDAK MEMILIKI SIJIL BOLEH DIAMBIL TINDAKAN Berdasarkan kenyataan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menyatakan bahawa sekiranya pekebun kecil masih tidak mempunyai Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), akan dikenakan kompaun atau denda di bawah Peraturan 15 Akta MPOB yang telah bermula 1 Julai lalu walaupun jumlah denda masih belum diputuskan lagi oleh Kerajaan. Sementara itu, MPOB juga akan mula Sumber: Berita Harian, 2020 memberi peringatan kepada pekebun kecil yang masih gagal mematuhi syarat yang ditetapkan pada 1 Januari 2021 sebelum denda dikeluarkan bermula 1 Julai 2021 seandainya ada yang masih ingkar.

Selain itu, tindakan yang lebih tegas akan diambil terhadap pekebun kecil yang masih ingkar dengan menarik balik lesen mereka selain kilang sawit tidak membeli buah sawit yang dikeluarkan oleh mereka bermula 1 Januari 2022. Merujuk kenyataan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menyasarkan hampir 492,000 pekebun kecil sawit akan mendapat Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) pada akhir tahun ini. (Berita Harian, 9 Julai 2020) www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/07/709016/mpob-sasar-492000-pekebun-kecil- sawit-dapat-mspo

PBB MEMBERI AMARAN PENYAKIT HAIWAN KE MANUSIA SEMAKIN MENINGKAT Berdasarkan laporan UN Environment Programme (UNEP) menyatakan 75 peratus daripada semua penyakit berjangkit adalah berpunca daripada zoonotik iaitu penyakit haiwan kepada manusia. Hal ini kerana disebabkan interaksi antara manusia, haiwan dan alam sekitar. Pada masa yang sama, dunia pada hari ini melihat kes yang dijangkiti oleh manusia disebabkan haiwan seperti koronavirus semakin meningkat secara mendadak.

Sehubungan itu, PBB menyeru kepada kerajaan seluruh dunia untuk mengambil tindakan secara holistik dan komprehensif dalam mencegah wabak pandemik ini pada masa akan datang. (Al Jazeera, 7 Julai 2020) www.aljazeera.com/news/2020/07/failing-warns-rise-animal-human-diseases- 200707055027985.html

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) RINGKASAN MINGGUAN ISU SEMASA | 17

PERUBAHAN IKLIM: SUHU GLOBAL NAIK MELEBIHI 1.5C Merujuk laporan The World Meteorological Organisation (WMO) menyatakan bahawa suhu global kemungkinan akan meningkat 1.5C pada lima tahun akan datang. Perkara ini boleh mendatangkan kesan yang buruk terhadap perubahan iklim. Sementara itu, WMO juga meramalkan bahawa akan lebih banyak berlakunya ribut pada lima tahun Sumber: BBC News, 2020 akan datang di Eropah barat selain kenaikan tahap air laut. Penilaian ramalan tersebut juga mengambil kira kejadian bencana semula jadi selain kesan pelepasan karbon daripada aktiviti manusia yang tiada had.

Dunia melihat wabak Covid-19 telah menyebabkan krisis kesihatan dan ekonomi antarabangsa yang begitu kritikal. Namun begitu, kegagalan dunia dalam memerangi perubahan iklim juga boleh menjejaskan kesejahteraan manusia, ekosistem dan ekonomi selama berabad-abad.

Sehubungan itu, pemerintah seluruh dunia seharusnya memainkan peranan dan mengambil peluang untuk menyelamatkan bumi dan seisinya dengan tindakan iklim yang bersepadu dan proaktif. Antara contohnya, menjadikan sebahagian daripada program pemulihan agenda utama tindakan iklim selain memastikan kehidupan manusia yang lebih baik pada masa akan datang. (BBC News, 9 Julai 2020) www.bbc.com/news/science-environment-53342806

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) 6 J u l a i – 9 J u l a i 2 0 2 0 | 18

PERUNDANGAN & HAK ASASI RUU COVID-19 BERI PELEPASAN SEMENTARA KEPADA RAKYAT Rang Undang-Undang Covid-19 (Langkah Sementara) akan dibentangkan pada sesi parlimen Julai ini bagi memberikan pelepasan sementara atau “temporary relief” kepada rakyat daripada tanggungjawab perjanjian bagi satu tempoh yang ditetapkan.

RUU ini digubal bagi membuktikan komitmen kerajaan yang mahu mengurangkan impak perundangan Covid-19, agar kelangsungan hidup rakyat Malaysia dapat diteruskan. (Sinar Harian, 5 Julai 2020)

www.sinarharian.com.my/article/86461/BERITA/Nasional/Rang-Undang-Undang-Covid-19- dibentang-sesi-Parlimen-Julai

KESEDARAN MP LEBIH PENTING DARIPADA PERTUKARAN SPEAKER Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mencadangkan usul di Dewan Rakyat untuk menamatkan khidmat Speaker, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dan Timbalan Speaker, Nga Kor Ming.

Pembangkang telah membantah kerana beranggapan bahawa jawatan berkenaan harus berkecuali dan tidak terkesan dengan mana-mana pergolakan politik. (Sumber: Sinar Harian, 2020) Namun begitu, pertukaran Speaker adalah suatu amalan biasa dan merupakan kelebihan yang diberikan kepada kerajaan semasa.

Yang lebih penting, ahli Parlimen perlu mempertingkatkan kefahaman mengenai kepentingan ruang diberikan kepada mereka khususnya dalam membawa dan membentangkan ‘private members bills’ atau rang undang-undang persendirian (Berita Harian, 5 Julai 2020), (Sinar Harian, 9 Julai 2020).

www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/707534/ahli-parlimen-pembangkang- bantah-tukar-speaker-dewan-rakyat www.sinarharian.com.my/article/91345#_=_

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) RINGKASAN MINGGUAN ISU SEMAS | 19

MENTERI SARAWAK MAHU JAWATANKUASA KHAS KEWARGANEGARAAN Jawatankuasa Khas Kewarganegaraan pernah ditubuhkan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan pada tahun 2016 bagi menyelesaikan isu kanak-kanak tanpa kewarganegaraan atau dokumen pengenalan diri.

Sebanyak 717 kes permohonan untuk (Sumber: Google Image) mendapatkan status kewarganegaraan bagi kanak-kanak di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan telah dikemukakan oleh jawatankuasa sebelum ditamatkan perkhidmatannya pada 2 Julai tahun lalu.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah mahu agar Jawatankuasa ini dikembalikan bagi membantu untuk menapis serta memastikan semua dokumen permohonan yang lengkap dan sahih diberikan sokongan sebelum dimajukan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) (Harian Metro, 8 Julai 2020). www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/07/597902/sarawak-mohon-kembalikan-jawatankuasa- khas-kewarganegaraan

PEGAWAI TINGGI ATM DITAHAN KES RASUAH SEORANG pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dikatakan menerima rasuah RM 500,000.

Penahanan pegawai itu dikatakan mempunyai kaitan dengan kes setiausaha politik bekas Menteri Pertahanan, berhubung siasatan rasuah membabitkan projek secara rundingan terus di Kementerian Pertahanan bernilai lebih RM56 juta (Harian Metro, 8 Julai 2020). www.hmetro.com.my/utama/2020/07/597885/pegawai-tinggi-atm-ditahan-sprm

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) RINGKASAN MINGGUAN ISU SEMASA | 20

DUA UNIVERSITI SAMAN KERAJAAN AS KERANA BATALKAN VISA PELAJAR HADIRI KELAS DALAM TALIAN Universiti Harvard dan Massachusets Institute of Technology (MIT) telah memfailkan saman ke atas Jabatan Kastam dan Keselamatan Dalam Negeri (ICE) AS setelah Presiden, Donald Trump mengumumkan pembatalan visa pelajar asing.

Trump mahukan semua pelajar kembali ke institusi pengajian pada penggal musim luruh dan akan membatalkan semua visa pelajar asing yang menghadiri kelas secara dalam talian kerana pandemik Covid-19.

Dua universiti tersebut telah memohon injunksi mahkamah untuk menggantung sementara keputusan itu kerana menganggapnya sebagai tidak bertanggungjawab (Astro Awani, 9 Julai 2020). www.astroawani.com/berita-dunia/visa-pelajar-asing-dua-universiti-fail-saman-atas-jabatan- kastam-250421

(Sumber: Astro Awani, 2020)

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)