DR.6.9.2007 i

[Dokumen ini belum disemak]

DEWAN RAKYAT

PARLIMEN KESEBELAS

PENGGAL KEEMPAT

MESYUARAT KETIGA

Bil. 47 Khamis 6 September 2007

K A N D U N G A N

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1)

RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2007) 2007 Jawatankuasa:- Jadual Maksud B.26 (Halaman 28) Maksud B.27 (Halaman 42) Maksud B.46 (Halaman 53) Maksud B.29 (Halaman 61) Maksud B.30 (Halaman 80) Maksud B.31 (Halaman 80) Maksud B.32 (Halaman 89) Maksud B.41 (Halaman 98) Maksud B.42 (Halaman 129) Maksud B.43 (Halaman 151) Maksud B.48 (Halaman 157) Maksud B.49 (Halaman 163) Maksud B.28 (Halaman 172) Maksud B.47 (Halaman 190) Maksud B.44 (Halaman 199) Maksud B.45 (Halaman 200) Maksud B.60 (Halaman 200) Maksud B.61 (Halaman 204) Maksud B.62 (Halaman 205)

DR.6.9.2007 ii

USUL-USUL: Anggaran Pembangunan Tambahan (Bil.1) 2007 Jawatankuasa:- Maksud P.26 (Halaman 28) Maksud P.46 (Halaman 53) Maksud P.31 (Halaman 80) Maksud P.41 (Halaman 98) Maksud P.28 (Halaman 172) Maksud P.44 (Halaman 199)

Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 88)

DR.6.9.2007 1

MALAYSIA DEWAN RAKYAT Khamis, 6 September 2007 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Abdul Rahim bin Bakri [Kudat] minta Menteri Luar Negeri menyatakan, relevan dan kepentingan tangible dan intangible yang peroleh daripada mengadakan International Dialogue dan berapakah kos yang terlibat dalam penganjuran dialog ini.

Menteri Luar Negeri [Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Kudat di atas soalan yang telah dikemukakan. Saya mohon izin Tuan Yang di-Pertua untuk menjawab serentak soalan Ahli Yang Berhormat bagi Kuala Langat pada 12 Disember 2007. Tuan Yang di-Pertua: Baiklah. Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Tuan Yang di-Pertua, seperti mana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Langkawi International Dialogue 2007 telah diadakan dan alhamdulillah telah berjaya, pada 5 hingga 7 Ogos 2007, di Langkawi. Langkawi International Dialogue ini dianjurkan oleh Malaysia buat kali kelapan dan telah dihadiri oleh seramai 475 peserta yang terdiri daripada ketua-ketua negara dan kerajaan daripada Lesotho, Namibia, St. Vincent, Granada, Sudan, Swaziland, Thailand, Uganda, Zambia dan Zimbabwe, menteri-menteri, pegawai-pegawai kanan kerajaan dari dalam dan luar negara, ahli-ahli industri dan perniagaan, ahli-ahli akademik dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan turut serta. Tema dialog yang telah dipilih oleh Perdana Menteri kita pada kali ini ialah ”Pembasmian Kemiskinan Melalui Pembangunan Modal Insan dan Pembinaan Keupayaan”. Para peserta dialog telah berbincang serta berkongsi pengalaman serta pandangan tentang model dan kaedah yang terbaik bagi menangani isu kemiskinan melalui pendekatan modal insan dan bina upaya. Kita melihat kepada LID 2007 ini, satu pembaharuan telah dapat kita buat terutama hasil daripada ini telah dapat dirumuskan dalam satu dokumen yang dinamakan dengan izin, The LID 2007 Plan of Action on The Way Forward”. Pelan tindakan ini penting kerana ia boleh dijadikan panduan berguna bagi negara peserta menangani masalah kemiskinan melalui pembangunan modal insan, bina upaya di negara masing-masing. DR.6.9.2007 2

Antara kepentingan tangible sebagaimana yang ditanya oleh Yang Berhormat bagi Kudat adalah seperti berikut:

(i) ia berjaya meningkatkan persefahaman dan kerjasama ekonomi dan sosial di kalangan Negara-negara Membangun dan Negara-negara Selatan-Selatan khususnya di antara Malaysia dan negara-negara di Selatan Afrika. Kerjasama ini dapat dilihat di mana Malaysia dengan membangun saling sokong-menyokong di antara satu sama lain di dalam pertubuhan antarabangsa dan serantau; (ii) melalui interaksi dengan negara-negara Afrika Selatan sewaktu LID, Malaysia memperkukuhkan kerjasama diplomatik dan ekonomi dengan negara-negara tersebut. Misalnya kehadiran Malaysia di Afrika Selatan, Chad, Sudan dan negara-negara Afrika yang lain adalah hasil daripada jalinan dan kerjasama yang telah membolehkan mereka untuk mengenal dan mengetahui Malaysia. Misalnya Petronas mempunyai operasi di 14 buah negara Afrika, Afrika Selatan, Algeria, Angola, Benin, Cameroon, Chad, Equatorial Guinea, Ethiopia, Maghribi, Mesir, Mozambique, Niger, Sudan dan Yaman; (iii) LID juga telah dapat mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi meningkatkan perdagangan dan pelaburan di antara Malaysia dan negara membangun. Sebagai contoh, jumlah perdagangan Malaysia dan Afrika Selatan pada tahun 2005 sebanyak RM3.25 bilion, telah meningkat kepada RM4.15 bilion pada tahun 2006. Malaysia juga terlibat dalam pelbagai pelaburan di Afrika termasuk perbankan, kewangan, pembuatan, pendidikan, pertanian, textile, gas dan petroleum, pembangunan hartanah dan pembinaan dan telekomunikasi; (iv) melalui Malaysian Technical Coorporation Program, kita telah memberikan latihan, kepakaran dan pengetahuan teknikal dalam pelbagai bidang termasuk, pertanian, penyelidikan dan pembangunan dengan negara-negara membangun yang lain; (v) kerjasama yang erat antara Malaysia dan negara Afrika telah dapat melihat juga dalam bidang pendidikan dan kalau kita lihat, Lim Kok Weng University telah baru-baru dapat menubuhkan sebuah kampus di Gaborone, Botswana dan menawarkan tiga biasiswa kepada setiap warganegara Afrika yang menghantar pelajarnya ke universiti ini. Pengalaman Malaysia dalam membangunkan kemudahan pendidikan tinggi telah menarik ramai pelajar dan pada masa kita mempunyai 6,397 DR.6.9.2007 3

pelajar daripada Afrika yang menuntut di institusi pengajian tinggi di Malaysia; dan (vi) LID telah membolehkan pertambahan kedatangan pelancong asing ke Langkawi dan Malaysia, dan kalau kita tengok dari segi bilik yang disewa semasa Langkawi International Dialogue secara langsungnya, 14 buah hotel dan setiap ketua-ketua kerajaan secara purata membawa sekurang-kurangnya 50 orang untuk mengikuti ketua kerajaan dan bermakna kehadiran dalam semua aspek sama ada pengangkutan, sama ada kedatangan orang, perbelanjaan di Langkawi, ia mendatangkan hasil yang paling banyak sekali. Dari segi kos perbelanjaan yang terlibat dalam penganjuran LID 2007, di dianggarkan jumlahnya sebanyak dalam lingkungan RM12 juta dan kalau kita lihat daripada pulangan yang kita dapat hasil daripadanya, RM12 juta adalah suatu pelaburan yang kecil untuk mengusahakan LID dengan berjaya.

Sekian, terima kasih.

Datuk Abdul Rahim bin Bakri [Kudat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kementerian Luar Negeri kerana telah dapat menganjurkan LID dengan begitu sempurna dan juga saya percaya ini akan membantu negara kita untuk meningkatkan profil kita dan bukan sahaja di kalangan negara-negara yang maju tetapi juga di kalangan Negara-negara Dunia Ketiga sesuai dengan peranan kita untuk meningkatkan kerjasama Selatan-Selatan.

■1010 Seperti mana yang telah dijelaskan tadi bahawa memang banyak kebaikan yang telah kita peroleh daripada LID ini, tetapi yang penting di sini yang saya ingin melihat ialah dari sudut ekonomi iaitu kerjasama ekonomi yang sememangnya telah pun wujud. Seperti mana yang kita tahu bahawa kebanyakan negara yang telah mencapai kemajuan hari ini, mereka sebenarnya memulakan kerjasama ekonomi mereka dengan negara-negara dunia ketiga juga pada satu ketika dahulu. Kita di dalam landasan yang betul untuk melihat potensi-potensi negara-negara yang masih lagi sedang membangun kerana mereka akan menyediakan peluang-peluang yang besar kepada kita pada masa-masa akan datang. Apa yang saya ingin bertanya di sini, selain daripada kemajuan-kemajuan yang telah dicapai oleh Petronas, apakah perkara-perkara lain lagi yang kita boleh melihat, khususnya sama ada kita ada memikirkan tentang perjanjian-perjanjian perdagangan bebas dengan negara- negara yang berpotensi seperti Sudan ataupun South Africa... DR.6.9.2007 4

Tuan Yang di-Pertua: Baiklah Yang Berhormat, cukup. Datuk Abdul Rahim bin Bakri [Kudat]: ...dan juga perkara-perkara lain yang berfaedah kepada kita. Terima kasih. Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Saya mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat dari Kudat untuk melihat dari sudut peningkatan kerjasama ekonomi. Inilah menjadi tumpuan kita dan kita berharap pada masa-masa akan datang selain daripada kita dapat meningkatkan perdagangan – memang sudah meningkat perdagangan dan pelaburan kita – kita juga pada satu masa dalam keadaan yang sesuai boleh menjalin hubungan FTA di antara negara-negara ini, tetapi dia punya landasan telah bermula dan insya-Allah ia akan dapat kita teruskan. Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Datuk Menteri. Saya gembira benar mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Menteri menyatakan bagaimana pulangan ekonomi, pulangan perdagangan dan pulangan pengaruh apabila kita berjaya mengadakan program-program seperti ini. Itu satu perkara yang amat-amat membanggakan kita, rakyat dan mungkin juga pembangkang turut sama gembira. Namun saya hairan satu perkara. Dalam kita popular, kita bagus, orang suka kita, kenapa pula kita hendak tarik diri daripada jadi Setiausaha Agung Komanwel? Sedangkan kita pengaruh bagus. Pada saya, kalau kita masuk, tidak kempen banyak pun kita mungkin memang, tetapi tiba-tiba kita jadi takut, tiba-tiba kita jadi risau. Kenapa jadi begitu, Yang Berhormat? Boleh Yang Berhormat hilangkan keraguan saya ini? Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Ada sebab yang tertentu agaknya. Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Tuan Yang di-Pertua, kalau mengikut keputusan kerajaan dan kalau perasaan saya sendiri sebagai Menteri Luar Negeri, kita mempunyai peluang yang paling baik untuk memenangi jawatan Setiausaha Agung Komanwel. Akhirnya, kerajaan hanya boleh membuat keputusan untuk mencalonkan, tetapi kalau tubuh badan mempunyai sekatan tersendiri, maka kita tidak mampu untuk memaksa, maka itulah yang terjadi di dalam kes ini dan tidak perlu untuk kita panjangkan. Memang kita popular, memang kita berpengaruh, tetapi akhirnya kita mesti mempunyai orang yang mahu menduduki jawatan tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

2. Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam] minta Menteri Kerja Raya menyatakan tindakan yang diambil oleh kementerian untuk mencegah kebocoran dan ketidaksempurnaan reka bentuk/pembinaan prasarana atau bangunan kerajaan.

Menteri Kerja Raya [Dato’ Seri S. Samy Vellu]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam usaha mencegah kebocoran di bangunan kerajaan, Jabatan Kerja Raya telah meningkatkan pemantauan dan juga penyeliaan yang lebih rapi bagi memastikan DR.6.9.2007 5

kerja-kerja pembinaan oleh kontraktor dilaksanakan dengan sempurna dan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan. Sebagai langkah jangka panjang, Kementerian Kerja Raya telah mengambil tindakan seperti berikut:

(i) menyusun semula struktur organisasi Jabatan Kerja Raya dengan menubuhkan sektor kejuruteraan selenggara. Sektor ini bertanggungjawab untuk merancang, mengurus, melaksana dan memantau kerja-kerja penyelenggaraan jalan, bangunan dan kemudahan awam. Di samping itu sektor ini juga akan membuat kajian dan penyelidikan dalam bidang teknologi selenggaraan yang terkini; (ii) melatih dan menyediakan modal insan yang mahir dalam urusan selenggaraan bangunan, jalan dan kemudahan awam yang dimiliki oleh kerajaan dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia; (iii) mewujudkan Jawatankuasa Penyelaras Penyelenggaraan Bangunan Gunasama Persekutuan yang terdiri daripada semua ketua jabatan yang menghuni Bangunan Gunasama Persekutuan berdasarkan Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2002, Peranan Jawatankuasa Penyelaras Penyelenggaraan Bangunan Gunasama Persekutuan; (iv) menambah kekerapan lawatan pemantauan ke bangunan-bangunan kerajaan; (v) memantau pelaksanaan pengurusan dan penyelenggara Bangunan Gunasama Persekutuan berdasarkan Technical Requirement Performance Indicator dan Key Performance Indicator, dengan izin; (vi) menjalankan soal selidik kepuasan pelanggan ke atas penghuni; dan (vii) menswastakan kerja-kerja selenggaraan bangunan dan jalan untuk mendapatkan perkhidmatan yang lebih cekap, cepat dan berkesan untuk mengatasi masalah ketidaksempurnaan reka bentuk pembinaan prasarana atau bangunan kerajaan.

Jabatan Kerja Raya telah mula melibatkan pegawai selenggara ke dalam pasukan projek untuk memberi input kepada reka bentuk dari sudut selenggaraan ini, membolehkan sesebuah prasarana bangunan itu dibina dengan mengambil kira elemen keselesaan pengguna serta mudah untuk diselenggarakan. Jabatan Kerja Raya juga sedang berusaha untuk mewujudkan satu ruang ‘Lessons Learned’ di dalam laman webnya. Melalui ruangan ini, semua maklumat berkaitan laporan dan DR.6.9.2007 6

penemuan audit selenggaraan dapat disiarkan untuk dikongsi bersama bagi tujuan penambahbaikan dan pembelajaran kepada semua warga kerja jabatan untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang reka bentuk dan penyelenggaraan sesebuah prasarana bangunan kerajaan. Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Bangunan bocor lagi, bangunan Parlimen, kelmarin bilik media. Walaupun telah ditambah RM12 juta untuk kita hendak memperbaiki bumbung dan sebelum itu, 2004, kita ada RM100 juta. Saya rasa soalannya, kenapa kita menumpukan kepada pemulihan secara kosmetik, tidak kepada struktur. Saya meneliti jawapan panjang lebar Yang Berhormat Menteri, memang saya rasa dari segi teorinya saya boleh terima, tetapi dari segi practicalitynya saya minta Yang Berhormat Menteri terangkan apakah tindakan yang diambil kerana kita lihat mahkamah bocor, Parlimen bocor dan saya tidak dapat dengar satu jawapan bahawa apabila mereka yang mereka bentuk, perunding atau kontraktor yang membina, mereka telah melakukan kecuaian tetapi tidak dengar pun satu clause pun yang mengatakan penalti, hukuman akan diambil terhadap mereka dan kita tidak akan bagi kerja. Saya juga tidak faham, Yang Berhormat, pendekatan yang digunakan oleh JKR baru- baru ini kononnya pemantauan penyediaan itu menjadi satu komponen baru, tetapi sejak kemerdekaan, JKR sebenarnya dalam mana-mana kontrak kerajaan, mereka adalah SO kerja pemantauan dan penyeliaan. Tuan Yang di-Pertua: Baiklah, Yang Berhormat. Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Saya tidak nampak di mana barunya benda ini. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, cukup. Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Dulu, kini dan selamanya macam itu peranan JKR. Terima kasih. Dato’ Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, Parlimen bocor, saya pun tahu. Mengapa Parlimen bocor? Dua tahun dahulu kita sudah siasat, kita sudah dapat laporan waterproofing yang sedia ada mencukupi, tetapi apa jadi? Semua kotor-kotor daripada bawah dibuang di atas – ada kayu, ada ini, ada simen, ada macam-macam. ■1020 Semuanya kasi rosakkan water proofing yang sedia ada, itulah bocor. Kalau orang tidak usik water proofing yang sedia ada, tidak ada masalah. Lebih baik saya panggil semua Ahli Parlimen pergi tengok sekali, baru boleh tahu, saya sendiri sudah memeriksa beberapa kali. Saya minta jangan buang semua sampah di sana, kayu, macam-macam barang disimpan di atas sana, sebab itu Yang Berhormat Parlimen hari ini kita sudah mula kerja, kita sedang menjalankan water proofing. Saya percaya pada kali ini saya akan meletakkan satu papan tanda di sana, “Dilarang membuang sampah di sini”. Itulah Parlimen. DR.6.9.2007 7

Berkenaan dengan mahkamah, bukanlah genting bocor, bocor itu air-conditioner pipe dan juga pemasangan paip itu tidak dipasang dengan betul oleh kontraktor. Oleh sebab itu kerajaan sudah meminta kontraktor memasang semula paip. Sekarang kita ada juga seorang untuk menjaga kepentingan kawasan itu. Itulah dua jawapan daripada saya kepada Yang Berhormat. Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Menteri tadi aneh juga, dipersalahkan kepada sampah. Takkanlah orang bawa naik sampah ke sana, mungkin pegawai-pegawai di sini ada buang sedikit tetapi itukah punca yang sebenar? Saya nak tanya Parlimen ini dah lebih daripada 40 tahun, bagaimana hendak jamin jangka hayat ini, segala-galanya akan fresh balik ataupun boleh bertahan? Bolehkah Yang Berhormat jamin bahawa Parlimen ini selepas dibaiki tidak bocor lagi? Ataupun perlu dibuat semula daripada kita menghabiskan wang yang begitu banyak. Terima kasih. Dato’ Seri S. Samy Vellu: Untuk makluman Yang Berhormat, minta saya benarkan, saya benarkanlah, lagi apa? Kami tahu mengapa ini berlaku, kami mempunyai kelayakan untuk memeriksa dan juga untuk mendapat tahu apa yang berlaku di sana. Saya tidak menuduh sesiapa, siapa yang buang sampah sana tetapi sampah ada. Berapa banyak kayu telah dibuang di atas, bila kayu ini sampah sudah ada di sana, water proofing yang sedia ada rosak. Bila water proofing rosak, mestilah... Di sini untuk makluman Ahli Yang Berhormat, water proofing di atas lantai ini ada dua structure. Satunya, untuk memberi angin kepada kawasan ini kalau tidak kawasan ini akan panas. Jadi ada dua water proofing, bawah satu, atas satu, atas sudah rosak, bawah mesti rosaklah. Kalau Yang Berhormat mahu, saya boleh bawa satu pelan kasi tunjuk mengapa ini rosak. Kalau mahulah? Boleh saya bagi satu pelan, apa pasal ini rosak? Mengapa ini rosak? Siapa kasi rosak? Macam mana kayu simpan di sana, macam mana boleh rosak? Buang pasir di sana, macam mana boleh rosak? Saya boleh beri satu keterangan kepada Ahli Yang Berhormat.

3. Dato’ Firdaus bin Harun [Rembau] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan setakat manakah kejayaan Program Satu Kaunselor yang dilancarkan oleh YAB. Perdana Menteri pada awal tahun ini.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Datin Paduka Chew Mei Fun]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya untuk menjawab pertanyaan oleh Yang Berhormat Dato’ Firdaus Harun pada hari ini bersekali dengan pertanyaan oleh Yang Berhormat Dato’ Mohd. Sarit Haji Yusoh pada 10hb. September DR.6.9.2007 8

memandangkan kedua-dua pertanyaannya menyentuh isu yang sama iaitu “Satu Keluarga Satu Kaunselor”. Tuan Yang di-Pertua: Ya, sila. Datin Paduka Chew Mei Fun: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, program “Satu Keluarga Satu Kaunselor” telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada 4 Februari 2007. Program SKSK ini merupakan inisiatif Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam usaha membendung dan menangani gejala sosial dalam keluarga dan masyarakat di negara ini. Program SKSK diadakan bagi melatih ahli-ahli masyarakat terutama dari kalangan pemimpin akar umbi di pelbagai peringkat untuk mendalami ilmu dan kemahiran kaunseling agar dapat diguna pakai dalam kehidupan seharian. Ahli masyarakat yang terlatih dengan ilmu kaunseling akan memainkan peranan selaku pembimbing dan menjadi pakar rujuk dalam mencapai kesejahteraan keluarga dan komuniti. Sehingga Ogos 2007, seramai 582 orang telah dilatih di pelbagai peringkat dan mendapat manfaat daripada modul latihan kaunseling dan beberapa teknik menolong yang terdapat di dalam program tersebut. Analisis kuantitatif ke atas peserta program SKSK memperlihatkan bahawa program ini berjaya meningkatkan pengetahuan asas peserta berkaitan kaunseling. Meningkatkan pengetahuan asas mengenai manusia dan psikologi kaunseling, dan membentuk kemahiran asas dalam kaunseling seperti kemahiran menerima client, melayan client, mendengar dengan baik dan memberi sokongan kepada client. Melalui maklum balas daripada sebahagian besar peserta yang terdiri daripada ibu bapa atau ketua keluarga, mereka menyatakan bahawa program ini amat baik dan telah banyak membantu mereka memahami permasalahan anak remaja. Ia telah memberikan bantuan yang amat berguna kepada mereka mengenai kemahiran dan teknik kaunseling yang betul terutamanya dalam bidang kemahiran komunikasi, interpersonal dalam menangani isu dan interaksi mereka dengan anak remaja di rumah. Secara umum, hampir semua peserta menyatakan program ini perlu diteruskan lagi di masa-masa akan datang bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran mereka tentang kaunseling. Mereka juga berpendapatan bahawa program SKSK berjaya mendedahkan mereka kepada kemahiran kaunseling melalui pelbagai pendekatan psikologi untuk membantu anak remaja mengatasi masalah. Bukan setakat itu sahaja, malah para peserta merasakan bahawa program SKSK ini dapat meningkatkan keyakinan diri, semangat dan motivasi untuk mendekati dan membantu ahli keluarga dan masyarakat secara lebih kondusif. Walaupun setakat ini belum ada kajian khusus mengenai kesan program SKSK kepada pembasmian masalah remaja yang berpunca daripada masalah keluarga, kementerian yakin apabila program ini telah diperluaskan, maka impak kepada pembangunan sahsiah remaja akan lebih kelihatan, seterusnya akan membantu ahli DR.6.9.2007 9

keluarga membasmi masalah sosial di kalangan anak-anak remaja masing-masing. Sekian, terima kasih. Dato’ Firdaus bin Harun [Rembau]: Terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita tidak nafikan bahawa institusi kekeluargaan adalah permulaan yang amat penting dalam membangunkan agenda modal insan. Malah peranan ibu bapa akan mencorakkan hala tuju kekeluargaan yang akhirnya akan mencorakkan pembangunan insan pada masa depan. Malah kita lihat sekarang ini banyak gejala sosial yang berlaku sama ada penagihan dadah, gejala mat rempit, lepak dan sebagainya banyak berpunca daripada rumah, rumah yang bermasalah, rumah yang tidak bahagia. Jadi saya ucap tahniah kepada kementerian atas pelancaran program ini. Soalan tambahan saya ialah, adakah kementerian akan mengadakan program susulan secara berkala untuk melatih para kaunselor ini, training of trainers dengan izin kepada pemimpin-pemimpin masyarakat khususnya, misalnya imam-imam, pengerusi-pengerusi JKKK dan di bandar mungkin pengerusi-pengerusi KRT dan juga pemimpin masyarakat yang lain, sebab di luar bandar khususnya imam-imam dipandang tinggi oleh masyarakat. Jadi kalau mereka ini diberi latihan yang asas, latihan lanjutan, sudah tentu mereka akan dapat membantu keluarga yang berkenaan dan seterusnya kerajaan dalam membentuk modal insan yang dikehendaki oleh negara. Sekian, terima kasih. Datin Paduka Chew Mei Fun: Terima kasih Yang Berhormat. Seperti apa yang saya telah maklumkan, kumpulan sasar atau peserta bagi SKSK ini adalah ketua keluarga, ahli keluarga dan juga pemimpin masyarakat iaitu termasuk semua yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Bukan sahaja pemimpin masyarakat, tetapi kita juga akan bekerjasama dengan NGO-NGO dan kita akan melatih mereka supaya mereka dapat memainkan peranan semasa ada keperluan. Di samping itu kita juga akan mengadakan peringkat lanjutan iaitu selepas mereka dilatih pada peringkat awal, mereka akan dijemput untuk mengambil bahagian dalam intermediate and advance. ■1030 Ini adalah apa yang kita akan buat dan kita jangka dari November tahun ini hingga Disember 2008, kita jangka dan kita harap kita dapat melatih pemimpin masyarakat di setiap kawasan Parlimen dan juga kumpulan sukarelawan dan juga ahli keluarga sebanyak 2,800 orang, oleh ISM dengan kerjasama badan-badan yang lain. Sekian. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Ya, Sri Gading. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Assalamualaikum warahmutullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan selamat pagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi peluang untuk soalan tambahan dalam soalan yang ketiga ini. DR.6.9.2007 10

Kerajaan kita Tuan Yang di-Pertua, kerajaan yang benar-benar bertanggungjawab memang berharap, berdoa dan telah melaksanakan supaya mewujudkan rakyat dan negara yang berbahagia. Negara tidak akan berbahagia kalau tidak berpunca asalnya daripada keluarga. Jadi program ini sangat baik tetapi saya hendak tanya, kerana ini satu program yang baru. Apakah Program Satu Kaunselor Satu Keluarga matlamat yang hendak dicapai dan apakah yang ingin disemai dalam mewujudkan pembentukan keluarga yang berbahagia. Apakah program ini akan dapat mengurangkan masalah sosial walaupun tidak begitu mengerikan, kalau salah perkataan saya ini saya minta maaf Tuan Yang di-Pertua. “Mengerikan” itu sudah terlalulah. Ini apakah masalah yang sedang kita hadapi ini menakutkan, lebih kuranglah, sama makna itu. Boleh mengurangkan masalah sosial dalam masyarakat kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Ya, baik. Datin Paduka Chew Mei Fun: Terima kasih Yang Berhormat bagi Sri Gading. Sebenarnya tujuan program SKSK ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan, kemahiran, kaunseling di kalangan pemimpin keluarga dan masyarakat agar mereka berpengetahuan dan berupaya menggunakan kaedah-kaedah penyelesaian bagi mengatasi dan mencegah pelbagai masalah serta gejala sosial yang mungkin wujud dalam keluarga, komuniti dan masyarakat. Kebanyakan gejala sosial bermula dari keluarga dan masalah keibubapaan, okey. Bila ibu bapa dia tidak faham macam mana berinteraksi dengan anak-anak mereka, besar kemungkinannya anak-anak walaupun ada masalah tetapi mereka tidak dapat menyuarakan dan tidak dapat bimbingan yang betul dari ibu bapa mereka. Oleh itu, bila kita mewujudkan, melaksanakan Program SKSK ini, kita dapat latih, beri latihan kepada ibu bapa supaya mereka faham taktik-taktik atau mereka ada kemahiran untuk berbincang, berinteraksi dan juga dengar dan beri nasihat kepada anak-anak mereka sebelum mereka buat salah. Inilah jawapan saya. Sekian, terima kasih.

4. Dato' Yap Pian Hon [Serdang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, apa sebabnya projek menambah selorong lagi di sebahagian Laluan 3215, Jalan Persekutuan yang tidak mengikut piawaian JKR dari Taman Universiti Indah, Seri Kembangan ke persimpangan Serdang Jaya lambat dilaksanakan dan kenapa projek menurap semula Jalan Besar, Seri Kembangan tidak dilaksanakan memandangkan keadaannya yang teruk.

Menteri Kerja Raya [Dato' Seri S. Samy Vellu]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini, Jabatan Kerja Raya sedang melaksanakan pembinaan persimpangan bertingkat di Jalan Serdang Raya sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan kesesakan di laluan 3215. Projek ini sedang rancak dilaksanakan di tapak dan dijangka siap pada 14 Disember 2008. Apabila siapnya projek ini, terdapat dua lorong tambahan di atas persimpangan bertingkat untuk menyuraikan trafik dari arah Serdang Raya ke Kuala Lumpur dan sebaliknya. DR.6.9.2007 11

Berdasarkan kajian lalu lintas, kesesakan trafik di persimpangan Serdang Raya adalah disebabkan oleh persimpangan lampu isyarat yang terlalu rapat antara satu sama lain. Dengan adanya persimpangan bertingkat, persimpangan lampu isyarat utama di Serdang Raya digantikan dengan jejambat yang akan melancarkan pergerakan trafik tanpa perlu berhenti. Untuk makluman Yang Berhormat bagi Serdang, penurapan semula Jalan Besar Seri Kembangan dilakukan secara berkala bergantung pada keadaan fizikal permukaan jalan seperti keretakan, pemendapan dan lain kerosakan. Buat masa ini, Jalan 3215 tidak di dalam senarai keutamaan untuk penurapan semula kerana terdapat lebih banyak jalan-jalan lain memerlukan penurapan semula. Walau bagaimanapun, kerja-kerja rutin seperti penampalan pot-hole dan sebagainya dijalankan dari masa ke semasa. Tuan Yang di-Pertua: Serdang. Dato' Yap Pian Hon [Serdang]: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya mohon maaflah. Apa yang dikatakan oleh pembinaan jejantas di Persimpangan Serdang Raya tiada kaitan dengan Laluan 3215. Sebenarnya, jejantas yang dibuat di Serdang Raya ialah dengan Laluan 217. Ada beza banyak. Maka itu, saya mintalah Laluan 3215 ini ialah satu laluan daripada LDP ke Lebuh Raya Sungai Besi. Ada lainlah. Maka itu, soalan yang dijawab, minta maaflah Yang Berhormat. Mungkin pegawai Yang Berhormat bagi kesilapan banyak. Jadi oleh kerana saya tanya itu sebenarnya laluan hanya tiga lorong, lepas itu jururunding yang dilantik oleh kementerian untuk tambah satu lorong yang di mana Yang Berhormat Menteri telah memaklumkan dalam Dewan ini pada 2004. Reka bentuk menambah satu lorong itu ada siap. Saya tanya, bilakah tiga lorong ini, tambah selorong jadi empat lorong. Sepatutnya piawaian JKR, tidak ada laluan Jalan Persekutuan hanya tiga lorong, biasa empat lorong. Maka itu sebab mintalah kementerian please siasat perkara ini. Tuan Yang di-Pertua: Baik, Yang Berhormat. Dato' Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, saya telah kepada ahli Yang Berhormat ini boleh berlaku selepas kita selesai pembinaan persimpangan bertingkat. Yang Berhormat, kawasan Yang Berhormatlah kita belanja banyak wang. RM1.2 bilion telah dibelanjakan di kawasan Serdang. Tidak ada kawasan lain dapat berapa banyak wang seperti itu... [Disorak] Walau bagaimanapun, saya minta sabarlah sedikit. Apabila kita membina persimpangan bertingkat, kita akan mengadakan satu kajian pada keseluruhan untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. Jadi kasi kita selesai inilah selepas semuanya boleh diatasilah. Tuan Yang di-Pertua: Ada lagi? Sekijang. Datuk Baharum bin Mohamed [Sekijang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyentuh tentang soalan Jalan Persekutuan yang tidak mengikut piawaian JKR ini. Saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat Menteri, bahawa ada tanda-tanda jalan yang dibuat oleh JKR itu terutama kepada Jalan Persekutuan ini yang tidak standard. Misalnya DR.6.9.2007 12

ada had laju diletakkan 60, dan ada had laju 70. Contohnya, jalan daripada Gemas ke Segamat. Di Bandar Gemas diletakkan 70 km/j., tetapi selepas daripada Bandar Gemas menuju ke Segamat 70km/j, sedangkan kawasan itu lebih lapang berbanding dengan dalam bandar. Jadi di sini banyak pesalah-pesalah, mereka yang telah membuat kesalahan kerana mengikut kepada 60km/j tadi telah pergi kepada 70km/j. Jadi apa pandangan Yang Berhormat tentang ini. Dato' Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, kita mengambil kira keadaan jalan dan juga pengguna-pengguna dan berapa kenderaan akan menggunakan jalan itu. Walau bagaimanapun, di kawasan daripada Gemas ke Segamat itu, jalan sedang dibina dan juga ada beberapa masalah di antara kontraktor dengan kerajaan. Kami sudah meminta jalan itu mesti dilicinkan dan selesaikan dengan seberapa segera yang boleh. ■1040 Berkenaan dengan had laju 70km dan 60km mesti ada sebablah, sebab kejuruteraan. Kalau Yang Berhormat tunggu satu hari, kita ada juga satu lagi pengumuman, sudah umumkan iaitu sekarang sampai kita selesai perayaan-perayaan itu di mana ada juga 80km/jam jadi 70km/jam. Di mana ada 90km/jam jadi 80km/jam. Kurang 10km oleh kerana kita mahu juga mengatasi masalah kematian yang telah berlaku pada musim-musim perayaan. Datuk Baharum bin Mohamed [Sekijang]: Maksud saya tadi Yang Berhormat Menteri, Dato' Seri S. Samy Vellu: Sudah selesai. Tuan Yang di-Pertua: Sudah. Baik, baik. Datuk Baharum bin Mohamed [Sekijang]: ... dalam bandar 70km... Tuan Yang di-Pertua: ...luar bandar 60km ya? Datuk Baharum bin Mohamed [Sekijang]: ... selepas bandar 60km. Dia terbalik, jadi yang ini yang saya nak tanya ini. Dato' Seri S. Samy Vellu: Seperti apa saya jawab tadi itulah sebabnya.

[Soalan No.5 – Yang Berhormat Dato' Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan (Sabak Bernam) tidak hadir]

6. Dato' Goh Siow Huat [Rasah] minta Menteri Keselamatan Dalam Negeri menyatakan adakah kerajaan menyediakan latihan atau kursus-kursus tertentu dari semasa ke semasa supaya setiap anggota polis dapat menimba pengetahuan baru khususnya kepada anggota polis biasa yang telah lama bertugas.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri [Datuk Fu Ah Kiow]: Tuan Yang di- Pertua, selain daripada kursus asas, anggota dan pegawai polis sentiasa mengikuti kursus lanjutan yang sesuai dengan penugasan atau bidang tugas mereka. Antara kursus-kursus tersebut adalah kursus untuk anggota:

(i) Kursus Untuk Anggota; DR.6.9.2007 13

Kursus Penyeliaan, Kursus MPV, Kursus Penolong Pegawai Penyiasat, Kursus Perkhidmatan Kaunter, Kursus Ketua Balai Polis, Kursus Mekanik Kenderaan, Kursus Mekanik Senjata; dan (ii) Kursus Untuk Pegawai; Kursus Pegawai Penyiasat, Kursus Ketua Polis Daerah, Kursus Pendakwaan, Kursus Pengurusan Barang Kes, Kursus Sains Forensik, Kursus Pegawai Penyiasat Kanan, Kursus Pengurusan Tempat Kejadian dan Kursus Perintah Tinggi.

Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Ya, Rasah. Dato' Goh Siow Huat [Rasah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan, kes-kes jenayah adalah makin serius. Penjenayah adalah ganas dan kadangkala memiliki senjata berbahaya menyerang anggota polis. Adakah kementerian mempunyai apa-apa peralatan terbaru untuk masa akan datang kepada anggota polis supaya mereka menjalankan tugas dengan lebih selamat dan lebih yakin. Sekian, terima kasih. Datuk Fu Ah Kiow: Tuan Yang di-Pertua, pihak PDRM memang sentiasa mengkaji keupayaan polis dari pelbagai aspek termasuk senjata yang termoden yang boleh diguna dan diperoleh untuk meningkatkan keupayaan polis dan ini juga termasuk meningkatkan kebolehan peralatan perhubungan, peralatan komunikasi, peralatan untuk risikan dan sebagainya dan ini memang sentiasa dijalankan supaya kapasiti dan keupayaan polis untuk mencegah jenayah sentiasa dipertingkatkan. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Kinabatangan. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, baru-baru ini empat orang anggota polis terlibat dalam membelasah ataupun memukul seorang wasit dari Indonesia iaitu Jurulatih Karate dan ini telah menimbulkan hubungan tegas-tegang antara kedua-dua negara. Soalan tambahan saya, apakah kementerian ini mempunyai pelan tambah baik, tambah nilai kepada polis-polis kita agar mereka mengetahui undang-undang, mengetahui tanggungjawab mereka dan peranan mereka tanpa perlu memukul orang yang disyaki bersalah dan didakwa di mahkamah dan kalau tanpa pengetahuan yang jelas kepada anggota polis ini, mereka melakukan sesuka hati ini dan ini menimbulkan keresahan di kalangan rakyat. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Ya, sila. DR.6.9.2007 14

Datuk Fu Ah Kiow: Tuan Yang di-Pertua, kes ini merupakan kes salah guna kuasa oleh pihak anggota polis dan PDRM memang tegas dan telah pun ambil tindakan iaitu menggantung kerja mereka untuk siasatan lanjutan dan tindakan susulan akan diambil. Pada masa yang sama, anggota polis dan pegawai sentiasa diingati supaya jangan mengambil tindakan luar daripada sisi undang-undang dan dalam latihan pun Kursus Hak Asasi Manusia termasuk hak perlindungan wanita dan kanak-kanak sentiasa diberi kepada pegawai anggota dan juga rekrut baru. Sekian, terima kasih.

7. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor] minta Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi menyatakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) gagal mengambil tindakan terhadap syarikat-syarikat pembekal perkhidmatan SMS tidak bertanggungjawab yang mengenakan caj bersifat penipuan terhadap pengguna telefon bimbit dan bagaimana ianya bercadang melindungi para pengguna.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi [Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik]: Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat...[Dewan riuh seketika] Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: Mahu jawab ke? [Ketawa] Mahu jawapan ke? Mahu jawapan, shut up. [Dewan riuh seketika] Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Dia jadi Speaker sekarang. Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: You punya boss tanya, saya jawab kepada boss. You semua kecik punya orang, diam. [Dewan riuh seketika] Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Dia jawab kepada Dewan. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat sila jawab. Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: Tuan Yang di-Pertua, [Dewan riuh] ..kacau banyak! Kementerian ini sedar tentang aduan penipuan oleh pengguna-pengguna telefon bimbit mengenai kegiatan tidak bertanggungjawab oleh beberapa syarikat Pemberi Perkhidmatan Kandungan melalui pesanan ringkas atau sms. Kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM telah mengambil tindakan terhadap syarikat-syarikat terlibat yang telah mengenakan caj kepada pengguna melalui aktiviti yang dikenali sebagai spamming atau spoofing dengan izin. Dalam kegiatan spamming, pelanggan dikenakan caj untuk kandungan SMS yang tidak diminta atau dilanggan yang dihantar secara rambang oleh Pemberi Perkhidmatan Kandungan atau CP Content Provider. Spoofing pula ialah perwujudan permintaan yang palsu atau dengan izin, force mobile origination oleh CP seolah-olahnya perkhidmatan kandungan itu telah dipohon oleh pengguna. Kedua-dua kegiatan ini merupakan kesalahan mengikut Garis Panduan Industri mengenai Langgan Perkhidmatan Kandungan Bergerak atau dengan izin Guideline on The Prohibition of Subscription Services of Mobile Content And Services. Sehingga bulan Julai 2007, sejumlah 176 aduan telah diterima oleh SKMM dan Forum Pengguna. Daripada jumlah tersebut, DR.6.9.2007 15

sebanyak 23 kes telah disabitkan di bawah garis panduan dan CP berkenaan telah dikenakan tindakan penggantungan Kod Ringkas. Daripada ini, sembilan syarikat CP juga telah dikenakan kompaun di bawah seksyen 242 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Nama-nama syarikat tersebut turut disenaraikan di laman web SKMM. Tuan Yang di-Pertua, kementerian sentiasa mengutamakan kepentingan pengguna selain daripada tindakan penguatkuasaan seperti dinyatakan, SKMM juga sedang mengambil tindakan seperti berikut:

(i) mengarahkan semua pemberi perkhidmatan cellular atau Celco untuk membangunkan preventives system dengan izin, bagi mengesan dan mencegah spamming dan spoofing secara automatik sebelum 31 September 2007; (ii) mengarahkan semua Celco supaya menyediakan sistem penyemakan bil atau akaun bagi pengguna perkhidmatan prabayar secara dalam talian online. Ini akan membolehkan pengguna prabayar meneliti akaun perkhidmatan prabayar bagi menyemak penggunaan dan caj-caj yang dikenakan; ■1050 (iii) mengadakan kempen kesedaran awam secara berterusan menerusi laman web, seminar, brosur dan pamphlet untuk mendidik dan menyedarkan pengguna tentang cara penggunaan telefon bimbit secara bijaksana dan peka dengan hak-hak mereka sebagai pengguna; dan (iv) mengadakan ruangan maklum balas bagi pengguna mendapatkan maklumat dan membuat aduan. Selain daripada saluran aduan yang disediakan oleh pihak celco, pengguna juga boleh membuat aduan terus kepada biro aduan SKMM menerusi talian 1800-88-030 atau faks kepada 03-86881003.

Tuan Yang di-Pertua, tindakan lain yang boleh diambil ialah penggantungan, pembatalan atau tidak pembaharuan lesen kepada ASP. Pemberi kandungan bergerak CP beroperasi di bawah lesen kelas pemberi perkhidmatan aplikasi atau ASP. Sekiranya CP masih berulang kesalahan, kementerian boleh mengambil... bukan kementerianlah. MCMC boleh mengambil tindakan untuk menggantung, membatalkan atau tidak membaharui lesen kelas ASP yang perlu diperbaharui setiap tahun. Yang kedua tindakan ke atas pemberi perkhidmatan telekomunikasi ialah celco sendiri. Celco hendaklah setiap masa memastikan sistem pembillan (billing system) adalah tepat dan boleh dipercayai (reliable). Adalah menjadi tanggungjawab celco mengikut syarat-syarat DR.6.9.2007 16

lesen untuk memastikan pelanggan tidak disalahkan atau dikenakan caj untuk perkhidmatan yang tidak diberi atau perkhidmatan yang tidak dipohon. Tindakan seperti di atas boleh juga diambil terhadap mana-mana celco yang melanggar syarikat lesen ini. Dengan banyak complain Tuan Yang di-Pertua, saya telah mengarahkan SKMM untuk mengambil tindakan yang tegas atas mereka yang buat kesalahan khas kepada mereka yang buat kesalahan berulang atau repetitive offender. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Ya, jawab lengkap. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sungguhpun Yang Berhormat Menteri kata bahawa kementerian sedar mengenai penipuan ini sebenarnya dan akan mengarahkan tindakan tegas diambil tetapi semua pada mulutnya sahaja sebenarnya kementerian tidur dalam perkara ini. Untuk dua tahun perkara ini sudah menjadi satu kontroversi umum dan tidak ada tindakan-tindakan yang tegas diambil. Pada bulan lalu ada satu memorandum dikemukakan kepada Yang Berhormat Menteri oleh FOMCA, Memorandum on Unsolicited SMS Charges Effecting Malaysian’s Consumers oleh sebab mereka putus asa apabila tidak dapat apa-apa respons positif daripada MCMC. Nampaknya pengerusi MCMC, Datuk Halim Shafie tidak begitu tegas berbanding dengan pengerusi dahulu Noraiza dan bukankah benar bahawa tindakan-tindakan yang ada disebut tidak mencukupi. Ada 11 cadangan dikemukakan dalam memorandum ini kenapa tidak boleh menerima dan melaksanakan cadangan-cadangan 11 recommendations yang ada di sini khasnya apa akan berlaku kepada pengguna-pengguna yang ditipu dengan berjuta-berjuta ringgit mungkin berpuluh-puluh juta ringgit oleh sebab ada 20 juta pengguna mobile phone, mereka bukan sahaja dapat spamming, spoofing tetapi pun sekarang mereka di bil dengan sungguhpun tidak terima SMS. Sungguhpun tidak terima SMS pun ada dibilling dan kenapa semua ini tidak boleh diatasi khasnya bukankah benar bahawa SMS centre adalah teknologi di mana boleh trace back enam tahun semua spamming, spoofing ini. Kalau begitu kenapa semua celco-celco tidak diarahkan supaya semua untuk enam tahun trace back dan refund kepada semua pengguna-pengguna, billing-billing yang tidak sah ini, penipuan ini lebih juta-juta, berpuluh-puluh juta ringgit, orang- orang yang biasa. Tuan Yang di-Pertua: Baik, cukup Yang Berhormat. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Tadi Yang Berhormat kata mengenai 23 CP yang ada disenaraikan, tiada syarikat digantung ada satu syarikat Micro Kiosk Berhad yang the worst culprit empat kali tetapi terus beroperasi. Bukankah bukan sahaja perlu untuk diberhentikan, gantung perkhidmatan ASP itu pun celco-celco sampai bila akan berlaku? Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah Yang Berhormat, Yang Berhormat cukuplah dia sudah faham. DR.6.9.2007 17

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Bukan cakap sahaja manis-manis lepas itu resign, retire habis. Retire from your problem. Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: Itulah cara air dari Ipoh Timor, bukan sedikit hal yang boleh diselesaikan dia jadikan sebagai satu serupa sedunia akan tenggelam atau akan fall down. Yang Berhormat, ada complain, ada tuduhan, ada complain dan tuduhan tetapi sikap Ahli Yang Berhormat ialah ada tuduhan, ada complain, semua masuk penjara. Dia macam punya kalau dia masuk kerajaan, semua orang masuk penjara. Tuduh, complain. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Pertama masuk ialah Yang Berhormat Menteri, oleh sebab cuai dalam perkara ini. Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: Dia mahu tindakan tidak payah selesai, you ada tuduhan ada complain masuk penjara. Ini cara DAP lah sebab itu dia tidak boleh masuk sebagai parti yang memerintah, bodoh. [Dewan tepuk] Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Itu kita boleh main-main, lupa yang lainlah jawab soalan, soalan public interest public interest 20 million mobile. Okay come back, stop the circus lah stop the circus, okay come back to the problem by hand. Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: Yang Berhormat mahu saya jawabkah? Ini kena siasat, ini kena siasat dulu dan jika saya sebagai menteri yang bertanggungjawab ingat SKMM pelan atau tidak ambil tindakan yang cukup keras. Saya arahkan mereka, taruk dia properly, taruk dia tetapi biarkan dia pun tahu walau bagaimanapun saya sudah arah ambil tindakan yang tegas. Dia kena selesai dia tidak boleh bawa semua masuk penjara. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Jawab memorandum FOMCA ini, tidak jawab pun, tidak layan pun. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Menteri jawab. Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: FOMCA, sebab dia ada bagi memo saya ada tengok memo ini tidak payah tunjuklah. Kalau recommendation, cadangan yang baik kita ambillah then ambil tindakan. Kalau yang kurang baik kita bagi kepada DAP lah. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Berapa cadangan ataupun mungkin tidak baca pun, ada baca? Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: [Menyampuk] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, sila diam. Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: Nanti saya cakap ada baca dia cakap you sebut. Memo ini saya tidak bawalah sebab saya tidak mahu main pertunjukan di Dewan. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Mentaliti sudah retirement lah. Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: Kita ambil fakta-fakta, dia mahu jadikan sebagai circus dan Yang Berhormat bagi Bukit akan diri cakap saya clown, saya tahu ini standard lah sudah berapa tahun jadi standard. You panggil saya clown panggil saya apa saya kerja... Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Bukit Gelugor minta soalan tambahan. DR.6.9.2007 18

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Real clown. Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: Mana itu? Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Batu Gajah, Batu Gajah. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Bukit Gelugor minta soalan tambahan. Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: Mengapa dia sangat kecil saya tidak nampak dia pun. [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat sila diam. Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: So, Tuan Yang di-Pertua saya sudah beritahu memo

FOMCA telah diterima dan dikaji dengan teliti dan sebab itu kita sudah ambil beberapa tindakan dan berikan warning kepada celco. Saya tahu satu celco ialah Maxis. Dia tidak ambil tanggungjawab atas ini SMS dan dia berikan seluruh tanggungjawab kepada pemberian perkhidmatan atau CP. Kita cakap tidak boleh, you sebagai celco you kena ambil tanggungjawab atas kesalahan bukan CP yang salah sahaja.

■1100 Sebagai telco yang platformnya yang digunakan oleh content provider dia ambil tanggungjawab bersama-sama. Sebab itu kita harap pada akhir bulan ini semua control dan monitory oleh telco atas apa yang dijalankan oleh content provider ialah orang yang buat spamming dan spoofing sama-sama telco kena ambil tanggungjawab dan mereka kena bagikan peluang kepada pengguna untuk checkkan bil-bil mereka pada semasa ke semasa bila mereka mahu checkkan. Pengguna ada hak untuk memberi aduan dan jika kita kena panggil audit sekarang kepada jika kesalahan telco atas memberikan bil-bil yang salah dan barangkali kita kena ambil atas.... Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Refund? Apa refund yang berlaku? You ada sms teknologi? Tahu boleh trace back, kenapa tidak boleh arahkan refund itu? You ada teknologi, apa guna teknologi kalau tidak mahu digunakan untuk protect consumer interest. Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: Sabarlah. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Refund. Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: Kita dua ini tua, sabar sedikit. [Ketawa] Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Kepentingan orang ramai tidak boleh sabar. Berpuluh-puluh bilion ringgit.. Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: Kiat dua orang tua sabar sedikit, saya boleh dengar lagi tidak payah keluarkan suara yang kuat. Rendah sedikit saya pun boleh dengar. [Ketawa ] DR.6.9.2007 19

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Refund.... Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: Cadangan baik, kita akan kaji dengan teliti. [Ketawa] Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Jangan lari, retirement, jangan tidak kaji... Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: Bersaralah.... Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Soalan tambahan Yang Berhormat bagi Bukit Gelugor. Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: Apa ini? Dia mahu main-main saya pun mahu main. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Yang Berhormat Bukit Gelugor minta soalan tambahan. Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya ada dalam Parlimen semenjak tahun 1978. Perangai menteri ini adalah seperti badut (clown), saya mahu dapat tahu adakah dia bayar cukai hiburan kerana ada satu kesalahan besar jika menjadi badut tanpa bayar cukai hiburan. [ Ketawa ] Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Point Of Order, menghina. Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: Ini sudah tahan, dia dari tahun 1978. Saya masuk Parlimen tahun 1972. [Ketawa] Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: Enam tahun sebelum dia. So, 1978 sehingga sekarang hampir sudah 30 tahun sudah dengar suara ini tidak boleh tahan lagi. Semua boleh tahan tidak payah cakap hina. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Dia masuk Parlimen 1972, dia masuk pada tahun 1972 dari belakang, bukan dari hadapan. Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: Dia... Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Bukan elected. Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: ... Ahli Bukit Gelugor mahukan saya dapat lesen hiburan, Barisan Nasional tidak payah lesen hiburan. Kalau DAP memerintah saya akan memohon lesen hiburanlah. [Ketawa] Yang Berhormat Bukit Gelugor, senyum sedikitlah. You tidak senyum saya tidak seronok hati balik rumah. Senyum sedikit, too serious, apa ini. [Ketawa]

8. Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [Pulai] minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah pelaburan yang dibuat oleh syarikat GLC seperti TM Berhad di luar negara dan apakah kaedah yang digunakan untuk mengawal selia pelaburan berbilion ringgit tersebut supaya wang tersebut tidak dibazirkan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat sehingga 30 Jun 2007, Telekom Malaysia melalui anak-anak syarikatnya TM International telah pun membuat pelaburan di luar negara hampir sebanyak RM6 bilion ataupun USD1.7 bilion. Ini DR.6.9.2007 20

berdasarkan pelaburan ke atas anak-anak syarikat TM seperti berikut. Ada 11 semuanya Tuan Yang di-Pertua. Di Bangladesh, di Sri Langka, di Guinea, di Cambodia, Thailand, Indonesia, Singapore, di Pakistan, di India dan juga di Iran. Tuan Yang di-Pertua, antara kaedah yang diguna pakai untuk mengawal selia pelaburan tersebut adalah seperti berikut:

(i) pelantikan wakil TM dari TM sebagai Lembaga Pengarah dan pengurusan kanan di syarikat-syarikat tersebut; (ii) melaksanakan pematuhan kepada polisi anak syarikat TM ataupun TM Subsidiary policy; (iii) penilaian berterusan ke atas rancangan perniagaan, prestasi kewangan, analisis persekitaran perniagaan dan ekonomi, melaksanakan program pengurusan risiko dan program audit dalaman di dalam syarikat-syarikat tersebut.

Selain daripada itu TM juga menyediakan bantuan dan kepakaran kepada syarikat- syarikat tersebut tadi. Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [Pulai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Setiausaha Parlimen. Syarikat-syarikat GLC seperti Telekom Malaysia melabur berbilion ringgit dengan risiko tinggi di luar negara dan perlu diuruskan dengan baik supaya pelaburan tersebut tidak mengalami kerugian. Keberkesanan urus tadbir korporat atau corporate governance syarikat GLC ini adalah berdasarkan kepada kekuatan proses check and balance dengan izin yang dimainkan oleh Ahli-ahli Lembaga Pengarah syarikatnya berkecuali yang dikawal selia oleh badan seperti Suruhanjaya Sekuriti untuk kepentingan awam. Langkah syarikat pelaburan negara seperti Khazanah Malaysia untuk mengadakan buku panduan urus tadbir korporat berwarna-warni seperti red book, silver book baik tetapi ia tidak akan berkesan jika pihak pengurusan mengetepikan peraturan tersebut. Soalan tambahan saya, apakah langkah yang diambil oleh pihak kementerian untuk menguatkan peranan independent directors yang dilantik ke Lembaga Pengarah syarikat GLC yang mempunyai pelaburan besar di luar negara ini untuk memantau pelaburan di luar ini dengan lebih berkesan. Tuan Pengerusi: Apa directors? Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [Pulai]: Independent directors. Ahli Lembaga Pengarah yang berkecuali, terima kasih. Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, seperti yang kita ketahui bahawa di peringkat Kementerian Kewangan ada satu jawatankuasa dan ada buku-buku yang telah pun dikeluarkan buku yang seperti disebut tadi buku hijau, buku merah, buku dan sebagainya. Itu sebagai guideline secara keseluruhannya. Tetapi di peringkat GLC sendiri masing-masing ada guideline. Dalam hal pelantikan independent director kepada anak-anak DR.6.9.2007 21

syarikat ini, banyak bergantung kepada dasar syarikat-syarikat masing-masing. Kalau mereka rasakan ada keperluan untuk melantik independent director kepada anak-anak syarikat itu boleh dibuat oleh syarikat-syarikat itu Tuan Yang di-Pertua, tidak ada halangan. Tuan Lau Yeng Peng [Puchong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Setiausaha Parlimen. Mengenai portfolio pelaburan GLC saya difahamkan sekarang ini di mana Kementerian Kewangan tidak ada KPI-KPI tertentu. Sebagai contoh pulangan dari segi aset ataupun pulangan daripada pelaburan ini. Saya hendak tanya ialah bagaimana setakat ini fokus dan juga emphasis kita terhadap KPI-KPI ini selain daripada KPI ini. Apakah kriteria pelaburan khasnya daripada syarikat-syarikat GLC sebagai contoh khazanah. Adakah mereka ini mementingkan daripada portfolio pelaburan daripada segi sektor. Sebagai contoh kalau kita lihat Temasek baru-baru ini dia ada melabur satu pelaburan yang besar terhadap China Eastern Airline. So, adakah kita ini hanya mementingkan secara geographical iaitu dia hanya melabur di Amerika ataupun di Middle East. Adakah kita mementingkan portfolio mengikut industri. Bagaimana dengan pelaburan di hartanah ataupun industri penerbangan ataupun industri perkhidmatan kewangan. So, apakah kriteria utama dalam proses pelaburan untuk GLC ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. ■1110 Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, pelaburan di luar negara oleh syarikat-syarikat GLC terpulang kepada aktiviti-aktiviti masing-masing Tuan Yang di-Pertua. Contohnya macam Golden Hope ataupun Guthrie banyak kepada plantation tetapi macam Khazanah, Khazanah nampaknya dia tidak fokus kepada sesuatu sektor. Contohnya saya beri di sini macam perbankan pun ada macam Khazanah terlibat dengan Bank “Lipor” di Indonesia, tentang syarikat telecommunication di India, “LSO” dan juga dengan Parkson di China, dengan Infrastructure Development Finance Cooperation satu syarikat kewangan di India dengan Telecommunication Mobile One di Singapore, di Saudi Arabia pula dengan dia ada Syuhaibah Power and “Destinery” Plant. Jadi dia tidak ada fokus yang tertentu seperti oleh Singapore. Jadi terpulang pada aktiviti utama masing-masing dan juga dalam hal Khazanah dia banyak anak syarikat lain jadi anak syarikat itulah yang ambil bahagian dan menjalankan aktiviti-aktiviti masing-masing Tuan Yang di-Pertua.

9. Datuk Ronald Kiandee [Beluran] minta Perdana Menteri menyatakan adakah Kerajaan akan mengkaji kedudukan Jabatan Pembangunan Persekutuan di Sabah sesuai dengan kedudukan Kerajaan Barisan Nasional di negeri tersebut. Apakah masalahnya jika peruntukan pembangunan Kerajaan Persekutuan di salur melalui Kerajaan Negeri seperti yang berlaku sebelum ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Haji Abdul Rahman bin Suliman]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan tidak bercadang mengkaji kedudukan Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS) seperti di negeri-negeri DR.6.9.2007 22

lain, JPPS diwujudkan untuk melaksanakan fungsi sebagai jentera penyelarasan pelaksanaan dasar program atau projek kerajaan yang menyeluruh selaras dengan keperluan arahan 2004 – Majlis Tindakan Negara. Seperti amalan-amalan di negeri-negeri lain juga, semua kementerian menyalurkan terus sebahagian besar peruntukan pembangunannya kepada agensi kementerian di negeri. JPPS hanya mengendalikan beberapa kementerian terutamanya projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) iaitu Projek Jalan Kampung (PJK) dan Projek Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) serta beberapa projek kecil di bawah Kementerian Pelajaran. Tuan Yang di-Pertua: Beluran. Datuk Ronald Kiandee [Beluran]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita lihat alasan penubuhan JPP ini, di tiga buah negeri di Malaysia, Terengganu, Sabah dan Kelantan, adalah disebabkan negeri diperintah oleh kerajaan yang bertentangan dengan Barisan Nasional tetapi Sabah, telah 13 tahun di perintah oleh Barisan Nasional dan masih lagi pendekatan melalui JPP ini dilaksanakan di negeri tersebut. Mengapa tidak pendekatan yang lalu iaitu melalui State Development Officer yang dikawal secara direct oleh kerajaan negeri tidak dikembalikan setelah kembalinya kerajaan Barisan Nasional di negeri tersebut. Kalau kita lihat, JPP tidak juga sebaik dengan agensi dan Jabatan Negeri. Dari segi kakitangan, dari segi keupayaan jabatan itu, tidak mencukupi, tidak dilengkapkan sepenuhnya banding dengan kakitangan dan juga kelengkapan agensi dan jabatan negeri. Saya ingin kerajaan melihat semula, spirit penubuhan ini dan kembalikan kepada keadaan pentadbiran yang asal yang tidak ada masalahnya jika dilalukan, disalurkan melalui jabatan agensi di bawah State Development Officer yang di bawah kelolaan jabatan negeri. Apakah alasan ini boleh mengubah pendirian kerajaan terhadap kedudukan JPP. Terima kasih. Dato' Haji Abdul Rahman bin Suliman: Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang telah saya sebutkan tadi bahawa setakat ini kerajaan tidak ada berhasrat untuk mengubah keadaan itu kerana pada pandangan kerajaan, JPPS di Sabah bukan sahaja berperanan sebagai pegawai ataupun kita kata pegawai SDO ataupun Pegawai Pembangunan Negeri tetapi bahkan ia kita kata lebih ke hadapan lagi sebab dari segi peranan dan jumlah kakitangannya adalah lebih ramai kalau kita bandingkan dengan Pejabat-pejabat Kemajuan Negeri di negeri-negeri lain dan dalam waktu yang sama ia boleh sebenarnya memberi penambahan bantuan kepada kerajaan negeri Sabah khususnya dari segi saluran projek-projek kerajaan pusat dan sebab itulah kita lihat ada kepentingan JPPS di Sabah ini diteruskan. Umpamanya sebagai contoh kita kerajaan pusat dapat menyalurkan peruntukan secara terus projek-projek persekutuan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ini sebanyak 128 projek iaitu berharga RM1.9 bilion boleh disalurkan dan ini telah sepatutnya mendapat pengiktirafan yang lebih baik lagi daripada pihak negeri yang menerima JPPS ini. DR.6.9.2007 23

Tuan Yang di-Pertua: Tuaran. Datuk Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau begitu Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalaulah JPPS itu begitu baik, lebih baik daripada SDO, adakah pihak kerajaan bercadang supaya semua negeri lain itu dijadikan JPP. Yang SDO sekarang jadi JPP kalau betul-betullah dia lebih baik daripada SDO. Itu soalan yang pertama. Yang kedua, adakah Yang Berhormat sedar, saya ambil satu contoh ya. Pelaksanaan Program Jalan Luar Bandar (JLB) daripada Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, sedikit projek dilaksanakan oleh JKR negeri Sabah. Sedikit lagi dilaksanakan melalui JPPS. Ini membuktikan bahawa kecelaruan dalam penyelarasan projek persekutuan ke Sabah oleh kerana kewujudan JPPS. Tuan Yang di-Pertua: Baik Yang Berhormat, cukup. Datuk Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Kalau ada SDO, projek-projek persekutuan dapat di selaraskan dengan cara pelaksanaan, sehinggalah di peringkat pejabat daerah. Sebab akhirnya di peringkat akar umbi, pejabat daerah juga yang akan melaksanakan memantau projek-projek ini. Tuan Yang di-Pertua: Baik, cukup Yang Berhormat. Datuk Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Mohon penjelasan terima kasih. Dato' Haji Abdul Rahman bin Suliman: Tuan Yang di-Pertua, apa yang kita maklum melalui maklumat-maklumat yang ada pada pihak kerajaan bahawa setakat ini tidak terdapat sebenarnya masalah-masalah yang besar yang ditimbulkan seperti yang telah disarankan oleh Yang Berhormat tadi dan sekiranya ada kes-kes yang boleh membuktikan bahawa ia merupakan sebagai satu peranan organisasi ini telah lari dari asalnya bolehlah Yang Berhormat maklumkan kepada saya supaya kita dapat melihat perkara ini semula.

10. Tuan Mohd. Daud bin Tarihep [Kuala Selangor] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah rancangan kementerian untuk membina rumah mampu milik khususnya rumah kos rendah di Kuala Selangor memandangkan permintaan terhadapnya terlalu banyak.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Dr. S. Subramaniam]: Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa agensi kerajaan yang turut terlibat dalam proses pembinaan rumah kos rendah, salah satu daripadanya adalah kerajaan negeri yang membinakan rumah kos rendah. Nombor dua ialah sumbangan daripada pihak swasta yang diwajibkan membina rumah kos rendah, nombor tiga ialah projek perumahan rakyat dimiliki yang dibina oleh Syarikat Perumahan Negara dan nombor empat ialah projek perumahan rakyat untuk di sewa yang dibina oleh Jabatan Perumahan Negara yang di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dalam kategori ini kementerian cuma membina projek perumahan rakyat untuk disewa dan untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, tidak ada permohonan untuk projek perumahan rumah DR.6.9.2007 24

di sewa daripada Kuala Selangor dan projek yang dibina oleh kementerian iaitu Jabatan Perumahan Negara tetapi pihak swasta telah membina lebih kurang 2,073 unit yang di siap dengan CF sampai sekarang di Kuala Selangor. Manakala 647 unit adalah di dalam peringkat pembinaan dan saya dimaklumkan oleh kerajaan negeri bahawa ada perbincangan dengan SPNB untuk memulakan projek-projek perumahan kos rendah di situ juga. Manakala kementerian mempunyai sistem iaitu sistem pendaftaran terbuka untuk mendapat maklumat terkini tentang keperluan rumah-rumah kos rendah di satu-satu kawasan itu dan di dalam sistem ini cuma 1,822 orang pemohon yang telah daftar daripada Kuala Selangor dan ini adalah kurang daripada rumah-rumah kos rendah yang sudah disediakan yang dalam pembinaan. Mungkin ada perbezaan di antara keperluan dan yang telah daftar secara rasmi. So saya mencadangkan kepada Ahli Yang Berhormat untuk menyelesaikan masalah ini, untuk mendapat maklumat terkini tentang keperluan-keperluan perumahan rumah kos rendah dan membuat satu cadangan kepada kementerian dan kementerian boleh bantu di dalam usaha untuk menyelaraskan program-program pembinaan rumah-rumah kos rendah di Kuala Selangor ini untuk mencapai keperluannya. Terima kasih. ■1120 Tuan Yang di-Pertua: Kuala Selangor Tuan Mohd. Daud bin Tarihep [Kuala Selangor]: Tuan Yang di-Pertua terima kasih di atas jawapan Yang Amat Berhormat Setiausaha Parlimen. Mengikut rekod, baru-baru ini saya mengadakan Karnival Perumahan Rakyat. Jumlah mereka yang berpendapatan rendah, yang telah mendaftar dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor termasuk kajian atau survey yang dijalankan secara rambang oleh Sekretariat Parlimen Kuala Selangor lebih kurang tiga ribu orang yang memerlukan rumah kos rendah atau mampu milik. Di Kuala Selangor masalahnya hari ini tanah kerajaan sudah tidak ada, sedangkan permintaan kepada rumah semakin bertambah. Rumah murah yang dibina oleh pemaju swasta sangat terhad. Jadi untuk mengatasi masalah ini saya ingin mencadangkan kepada kerajaan agar mengambil balik tanah estet untuk dibina rumah kos rendah pangsa empat tingkat dan diserahkan kepada SPNB, Syarikat Perumahan Negara Berhad ataupun anak-anak syarikat kerajaan negeri untuk membinanya. Kedua, saya berharap kementerian dapat mengambil tindakan kepada pemaju-pemaju perumahan yang sedang membangunkan pusat-pusat pertubuhan baru seperti di Kuala Selangor - Taman Saujana Utama dan Puncak Alam, yang melambat-lambatkan pembinaan rumah kos rendah yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri. Apa pandangan kementerian? Terima kasih. Dr. S. Subramaniam: Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Cadangan pertama tentang keperluan yang telah dipanjangkan oleh Ahli Yang Berhormat, saya akan membawa ke pengetahuan Kerajaan Negeri Selangor supaya kita boleh mendapat satu penyelesaian yang baik. DR.6.9.2007 25

Untuk menjawab soalan yang kedua tentang pemaju-pemaju perumahan yang sewenang-wenangnya melambatkan pembinaan rumah-rumah kos rendah, kita akan memastikan bahawa mereka menunaikan segala keperluan dan segala perkara yang telah disyaratkan semasa mereka diberi lesen pemajuan untuk membina projek-projek perumahan itu. Dr. Rozaidah binti Talib [Ampang]: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Ya, Ampang Dr. Rozaidah binti Talib [Ampang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya soalan tambahan kepada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Adakah permintaan terhadap rumah kos rendah ini tidak dapat dipenuhi kerana kebanyakannya tidak memenuhi syarat iaitu berpendapatan RM1 ribu ke bawah. Sedangkan kita tahu akibat kos sara hidup yang tinggi sekarang ini, maka syarat RM1 ribu ini patutnya dikaji semula kerana pendapatan RM1,500 hingga RM2 ribu pun tidak mampu. Jadi apakah kementerian bercadang untuk mengkaji semula syarat kelayakan pinjaman. Terima kasih. Dr. S. Subramaniam: Tuan Yang di-Pertua, kelayakan berbeza dari negeri ke negeri dan ini adalah satu keputusan yang dibuat berasaskan dasar yang ditetapkan oleh negeri. Oleh itu kalau Ahli Yang Berhormat berpendapat bahawa di Selangor apa yang ditetapkan di negeri Selangor ialah paling rendah dan mungkin perkara ini mesti dibincangkan oleh pihak kerajaan negeri supaya meninggikan, kerana di Wilayah Persekutuan sampai RM1,500 dan adanya negeri cuma RM600 sahaja. Jadi ia berbeza dengan mengambil kira kos sebelum ini yang ada di tiap- tiap negeri. Terima kasih.

11. Tuan Eric Enchin Majimbun [Sepanggar] minta Menteri Keselamatan Dalam Negeri menyatakan bilangan kes rogol yang melibatkan kanak-kanak yang ada kaitan dengan hubungan keluarga di setiap negeri dalam lima tahun kebelakangan ini dan sebabnya serta tindakan untuk mencegahnya.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri [Datuk Fu Ah Kiow]: Tuan Yang di- Pertua, daripada statistik Polis Diraja Malaysia, jumlah kes sumbang mahram yang dilaporkan mengikut negeri bagi 2002 hingga Jun tahun 2007 adalah berikut. Untuk negeri, pada tahun 2002 jumlah kes ialah 306, tahun 2003 – 254 kes, tahun 2004 – 335 kes, tahun 2005 – 294 kes, tahun 2006 – 323 kes dan untuk tempoh Januari hingga Jun tahun ini jumlah kes ialah 177. Untuk pecahan negeri, oleh kerana angkanya terlalu banyak, saya bercadang untuk memberi kepada Yang Berhormat secara bertulis. Tuan Yang di-Pertua, antara sebab berlakunya jenayah sumbang mahram adalah:

(i) Mangsa-mangsa jenayah ini kurang berpengetahuan tentang jenayah tersebut dan hak-hak yang diperuntukkan dalam undang-undang bagi mangsa-mangsa berkenaan. Mereka tidak tahu bahawa perlakuan DR.6.9.2007 26

jenayah seks terhadap mereka oleh ahli keluarga adalah salah di sisi undang-undang; (ii) mangsa takut untuk mendedahkan kejadian yang berlaku kerana orang yang melakukan jenayah tersebut terdiri daripada ahli keluarga yang terdekat dan berkuasa terhadap diri mereka; (iii) mangsa bimbang keharmonian keluarga akan terjejas jika kejadian tersebut didedahkan dan ahli keluarga terpaksa menganggung malu; (iv) berlaku jenayah ini yang terdiri daripada pelbagai peringkat kanak- kanak sehingga dewasa kurang berpengetahuan tentang kesan dan tanggungjawab yang terpaksa dipikul akibat perlakuan jenayah sumbang mahram serta jenayah seksual secara amnya; (v) pelaku jenayah sumbang mahram melakukan jenayah ini kerana mereka mempunyai akses yang mudah ke atas kaum keluarga sendiri tanpa kekangan kerana mereka beranggapan mempunyai kuasa terhadap mangsa; dan (vi) kebanyakan mangsa diugut oleh pelaku jenayah ini supaya tidak mendedahkan kepada sesiapa.

Tuan Yang di-Pertua, langkah-langkah untuk mencegah jenayah sumbang mahram yang diambil oleh pihak polis adalah seperti berikut:

(i) mengadakan kempen pencegahan dan kesedaran yang sentiasa dilaksanakan oleh pelbagai agensi kerajaan dan juga bukan kerajaan NGO. Kempen ini memberi penekanan kepada orang ramai supaya lebih peka terhadap keselamatan anak-anak mereka; (ii) sentiasa memberi maklumat melalui ceramah, seminar, bengkel atau pameran-pameran di sekolah-sekolah dan prasekolah. Ia bertujuan memberi kesedaran dan pengajaran tentang cara-cara mengelakkan diri daripada menjadi mangsa; (iii) menyediakan kemudahan bagi orang awam untuk menghubungi pihak polis melalui bilik gerakan peringkat daerah, kontinjen dan Bukit Aman untuk menyalurkan maklumat mengenai kes-kes melibatkan jenayah seksual. Selain itu, masyarakat yang mempunyai maklumat mengenai jenayah-jenayah sedemikian boleh menghantar maklumat secara SMS ke talian Rakan Cop atau melalui laman web PDRM; DR.6.9.2007 27

(iv) bersama dengan lain-lain agensi kerajaan dan NGO meningkatkan kesedaran dan pengajaran kerohanian, keagamaan dan kemoralan kepada masyarakat umum; dan (v) mewujudkan pegawai perhubungan sekolah daripada kalangan anggota PDRM supaya segala maklumat perlakuan jenayah melibatkan pelajar sebagai mangsa dapat disalurkan kepada pegawai- pegawai berkenaan.

Dengan itu jenayah seumpama ini dapat dipantau dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih Tuan Eric Enchin Majimbun [Sepanggar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Nampaknya kes sumbang mahram ini semakin tahun ada kelebihan di mana kita dapati bahawa kemungkinan ini juga disebabkan keluarga itu kurang mendedahkan adat mereka sendiri, adat istiadat mereka sendiri. Adakah ini tidak diketengahkan adat-adat ini supaya mungkin dapat disalurkan kepada sekolah-sekolah supaya adat itu betul- betul dapat salurkan kepada keluarga. Saya ingin penjelasan. Datuk Fu Ah Kiow: Seperti tadi telah saya jelaskan bahawa memang ceramah dan seminar sentiasa diadakan di peringkat sekolah tentang macam mana untuk mencegah dari menjadi mangsa. Saya berpendapat peranan ini juga boleh dimainkan oleh Ahli Parlimen juga dalam menganjurkan ceramah dan seminar supaya mereka terdedah kepada hak-hak mereka dan bagaimana untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa. Sekian, terima kasih. Beberapa Ahli: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Ya, Pendang Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Daripada jawapan tadi saya rasa ada beberapa perkara yang Timbalan Menteri tidak menyebut. Banyak perkara-perkara yang ada dalam masyarakat ini yang boleh mempengaruhi berlakunya sumbang mahram ini. Saya rasa kita ada banyak program-program hiburan yang melampau, bentuk-bentuk VCD lucah yang mudah diperoleh, majalah-majalah dan akhbar yang sering memaparkan gambar-gambar yang menaikkan ego kelelakian. Jadi soalan saya, apakah peranan yang dimainkan oleh kerajaan untuk menyedarkan masyarakat supaya mereka ini menjadi masyarakat yang takutkan Tuhan. Terima kasih. ■1130 Datuk Fu Ah Kiow: Tuan Yang di-Pertua, dalam Rukun Negara kita memang ‘Kepercayaan Kepada Tuhan’ adalah satu rukun yang pertama. Itu pun sentiasa di peringatkan di sekolah, institusi pendidikan juga kita sentiasa tekankan pengajian agama masing-masing, jadi itu memang telah ada. DR.6.9.2007 28

Tentang terdapat majalah-majalah lucah dan sebagainya, saya ingin terangkan di sini melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri kita sentiasa memantau penerbitan dan juga majalah-majalah yang diimport daripada luar negara. Jika ada dapat itu mungkin adalah melalui saluran yang tidak sah atau diseludup, adalah tidak benar mengatakan ada banyak majalah yang lucah. Jika ada saya minta memberi maklumat dan kita sentiasa mengambil tindakan terhadap mereka yang mengedarkan dan menjualkan majalah tersebut. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, soal jawab lisan ditamatkan sekarang.

[Masa untuk pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2007) 2007 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN (TAMB.)(BIL.1) 2007

Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2007) 2007 dan Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2007 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kedua]

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Maksud B.26 [Jadual] – Maksud P.26 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2007 –

Tuan Pengerusi: Kepala Bekalan B.26 dan Kepala Pembangunan P.26 di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Saya minta Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menjawab.

11.33 pg.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi [Dato’ Khamsiyah binti Yeop]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi terlebih dahulu saya ingin mengucapkan DR.6.9.2007 29

ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan perkara- perkara berkaitan dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2007) 2007 pada kali ini.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Yusof bin Yacob) mempengerusikan Jawatankuasa]

Tuan Pengerusi, mengenai pertanyaan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Bukit Mertajam, peruntukan tambahan sebanyak RM18,500,000 adalah bagi membiayai kos operasi dan emolumen lima buah Maktab Rendah Sains Mara.

Lima Maktab Rendah Sains Mara berkenaan yang telah beroperasi ialah:

(i) MRSM Alor Gajah Melaka;

(ii) MRSM Gemencheh Negeri Sembilan;

(iii) MRSM Kepala Batas Pulau Pinang;

(iv) MRSM Kubang Pasu; dan

(v) MRSM Merbok di .

Kelima-lima buah MRSM berkenaan mampu menampung jumlah pelajar seramai 2,400 orang dan mempunyai guru serta kakitangan seramai 401 orang.

Tuan Pengerusi, seramai lima orang Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan perkara- perkara yang berkaitan dengan pelesenan dan penguatkuasaan kenderaan perdagangan. Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan sebagai satu bahagian di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sentiasa menilai dan mengemas kini peraturan sedia ada khususnya Akta LPKP 1987 (334). Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Ayer Hitam...

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat tak payah gendang Yang Berhormat, dah nampak. Yang Berhormat Timbalan Menteri, Santubong.

Dato’ Khamsiyah binti Yeop: Ya. Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Minta maaf Tuan Pengerusi. Saya ingat Tuan Pengerusi tadi concentrate sangat the papers on the table, jadi saya fikir kena attention sikit.

Jadi saya nak bertanya dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri berhubung dengan lembaga perlesenan ini. Sebagaimana Yang Berhormat Timbalan Menteri sedia maklum saya sendiri memang pernah jadi Pengerusi Lembaga Perlesenan di Sarawak. DR.6.9.2007 30

Persoalan saya ialah kalau kita lihat di Kuala Lumpur dan saya banyak berbincang dengan rakan-rakan yang datang ke Kuala Lumpur sama ada dalam negeri ini ataupun datang daripada luar negeri. Baru-baru ini kita mengadakan satu mesyuarat hampir dikatakan antarabangsa mesyuarat regional iaitu Asean Inter-Parliamentary Assembly, ramai orang menegur perangai dan peribadi pemandu teksi. Bahkan saya sendiri terkena apabila nak pergi ke Petronas Twin Tower, apabila hujan saya tidak boleh balik ke Hotel Concorde. Apabila saya meminta teksi untuk membawa saya balik ke Hotel Concorde, teksi driver kata, “Kalau tak ada RM20 saya tidak hendak bawa”. Jadi saya stop lima teksi semua suara sama RM15, RM20, RM25, RM30 Hotel Concorde dengan Petronas Twin Tower hanya 10 minit, tapi hujan lebat saya tidak boleh berjalan. Jadi masalahnya rata-rata orang mengatakan bahawa teksi Kuala Lumpur adalah kumpulan teksi yang terburuk sekali budi pekerti dan perangainya di seluruh dunia, ini branded orang world travellers yang saya jumpa. Jadi kita merasa malu dan sedih.

Masalahnya Tuan Pengerusi ialah bukan sahaja kita blame kepada teksi ini, nak jadi teksi driver dapat (PSV) Public Service Vehicle License hanya perlukan empat jam interview dengan pihak JPJ, lepas itu dia keluarkan sijil. Akhirnya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang akan dimarahi, diblame, dilonggok semua kelemahan ini. Padahal kita dah create di peringkat PSV itu, manusia yang tidak berbudaya, manusia yang tidak mempunyai satu orientasi yang betul untuk menjadi pemandu teksi. Tidak payah dibanding dengan teksi driver di London, bandinglah teksi driver di New York yang kita anggap kurang baik, tetapi jauh lebih baik, macam jauh Kuala Lumpur dengan Johor Bahru baik dia, kalau dibanding dengan Kuala Lumpur taxi drivers yang kita alami. Padahal orang yang naik kereta naik kereta sendiri, naik limousine dan sebagainya...

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat ini Yang Berhormat telah berucap, tanya sikit..

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: ...ini saya bukan berucap saya nak cerita latar belakang Tuan Pengerusi, terima kasih Tuan Pengerusi. Kebanyakan kita pandu kereta sendiri masuk dalam limousine sendiri, masuk dalam staf car sendiri tak pernah pun experience naik teksi, yang naik teksi orang biasa orang pendatang tapi pendatang ini bakal memburukkan nama Malaysia.

Jadi macam mana untuk mengatasi ini, adakah perbincangan ada dibuat dengan Kementerian Pengangkutan supaya mendapat lesen menjadi pemandu ini Public Service Vehicle. Kita dengar bas rosak, payah nak diajak, lori pun bermasalah, treler pun bermasalah driver dia, teksi lagi banyak masalah driver dia, tapi pokok pangkalnya bukan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, tapi Kementerian Pengangkutan, perubahan belum dibuat. Adakah perbincangan dibuat supaya jangan - ini bukan ‘lembu punya susu sapi dapat DR.6.9.2007 31

nama’, tak. Ini yang buat buruk orang lain tetapi yang dapat nama buruk orang lain, perbincangan mesti dibuat. Adakah perbincangan dibuat ataupun tidak? Terima kasih.

Dato’ Khamsiyah binti Yeop: Terima kasih Yang Berhormat, ini merupakan satu pandangan yang memang sering dibawa ataupun diajukan oleh pelanggan-pelanggan kita. Yang Berhormat selepas ini sudah tentulah kita melihat kesilapan, kelemahan yang berlaku sebab itu selepas ini kita akan wujudkan atau kita akan adakan drivers profiling system, di mana apabila kita ada drivers profiling system nanti sudah tentulah kita akan melihat daripada segi usianya tidak melebihi 55 tahun, mempunyai kesihatan yang baik, bebas daripada jenayah, bebas daripada kesalahan trafik dan sebagainya.

Setakat ini kita sememangnya bekerja baik dengan JPJ, sebab itulah dalam lembaga perlesenan itu sendiri dalam lembaganya ada disertai dengan pihak polis, dengan JPJ dan semua peringkat membincangkan masalah ini. ■1140 Saya berterima kasih kerana sekurang-kurangnya Yang Berhormat nampak bahawa kesalahan yang berlaku di akhir-akhir ini bukannya hanyalah tertumpu kepada LPKP malahan semua peringkat perlu melihat ke atas penambahbaikan apa yang sedang berlaku. Terima kasih. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Minta penjelasan. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Baik Yang Berhormat. Hendak bagi penjelasan Yang Berhormat. Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubng]: Belum habis Tuan Pengerusi, sedikit lagi. Minta maaf Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Baik Yang Berhormat. Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Ya, saya menghargai kalau ada ... tetapi asasnya ialah latihan kepada pemandu itu, motivasi dia, pengajaran dia dan kalau ada diadakan peperiksaan. Orang-orang kita 12 tahun dalam sekolah, tiga atau empat tahun dalam universiti, keluar masih jadi penipu, jahat, penyangak dan sebagainya. Inikan pula tiga jam... tiga jam, empat jam, jadi tolonglah latihan ini mula ditekankan. Bagi tahu dengan Kementerian Pengangkutan, kalau saya hendak bagi menerusi Kementerian Pengangkutan, dia tak dengar saya punya cerita, kalau daripada menteri mungkin dia besar sedikit. Sebab itu supaya menteri yang menjawab kelemahan ini, bagi tahu dengan menteri, mengeluarkan resource ini supaya jangan keluarkan banyak-banyak sangat lagi. Beri latihan yang baik supaya bas kita tak langgar, tak bunuh orang di jalan raya lagi, lori kita tak jalan macam racing di Grand Prix Race Track dan sebagainya, semua ini. Tuan Pengerusi, satu soalan yang hendak ditanyakan, minta maaflah Tuan Pengerusi. Persoalan jenayah tadi jangan ada jenayah. Ini polis satu pasal pula. Bincang dengan polis ini. Kita ada e-government punya sistem. E-government punya sistem tetapi polis ini tak embrace e- DR.6.9.2007 32

government. Semua benda dia secret tak boleh, confidential, semua tak boleh, jadi macam mana kementerian, Lembaga Pelesenan hendak get excess into the record of jenayah orang ini. Apa yang kita minta, saya berpengalaman empat tahun saya buat ini, saya bincang dengan Commissioner, apa jawapan yang dibagi? Dia kata ini secret, ini tak boleh. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup Yang Berhormat. Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Kalau tak ada direct excess, tak boleh buat e-government, apa buat e-government? Kita buang duit sahaja. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, cukup Yang Berhormat. Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Datuk menteri, minta tolong bincang dengan polis ini, tak semua benda itu secret macam itu, di antara government dengan government untuk melaksanakan tugas, untuk memberi perkhidmatan dengan masyarakat. Terima kasih. Dato' Khamsiyah binti Yeop: Terima kasih Yang Berhormat. Segala pandangan Yang Berhormat itu akan diambil kira. Sebenarnya kita semua sebagai Wakil Rakyat yang penting ialah kita sama-sama memberi pendidikan kepenggunaan lalu lintas ini kerana kadang-kadang kita orang awam dan pemandu sendiri tidak memahami dari segi penggunaan lalu lintas ini. Kalau semua bekerjasama boleh ia akan kita memperbaiki ke arah sistem pengangkutan yang ada. Berkaitan dengan pandangan ataupun aduan ... pandangan Yang Berhormat tadi memanglah itu adalah tindakan yang akan kita lakukan untuk memberi latihan, kursus dan memperketat dan kita akan minta kerjasama daripada JPJ. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Minta penjelasan. Dato' Khamsiyah binti Yeop: Batu gajah semalam telah pun mengajukan banyak soalan dan hari ini saya hendak jawab dahulu sebelum hendak tanya apa-apa. Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Sebelum itu, sebelum itu. Dato' Khamsiyah binti Yeop: Biar Batu Gajah dengar apa saya hendak cakap hujah awak sebelum awak hendak menyoal saya. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cheras, hendak bagi jalan Yang Berhormat, Cheras. Tak payah dululah, jawab dululah. Dato' Khamsiyah binti Yeop: Biar saya jawab dahulu Cheras. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cheras, sila duduk. Dato' Khamsiyah binti Yeop: Dengar dahulu apa saya hendak cakap. Mungkin ada dalam apa yang Cheras hendak tahu. Terima kasih. Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Penjelasan, penjelasan. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Teruskan Yang Berhormat. Hendak bagi jalankah tidak? Tak bagi jalan. Dato' Khamsiyah binti Yeop: Tak bagi jalan. DR.6.9.2007 33

Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Terima kasih. Dato' Khamsiyah binti Yeop: Okey, Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Hendak bagi jalan atau tidak Yang Berhormat? Dato' Khamsiyah binti Yeop: Bagilah. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Bagi jalan, ya. Bagi jalan, ya. Cheras. Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya memang... Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Jangan bagi ucapan, tanya sudahlah Yang Berhormat. Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Saya memang bersetuju bahawa ada segelintir atau sekumpulan kecil pemandu-pemandu teksi di Kuala Lumpur ini yang tingkah laku dan perangai mereka paling teruk dengan membuat caj-caj atau tambang teksi yang tidak berpatutan dan sebagainya. Saya ingin tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri juga, apakah beliau sedar bahawa pemandu-pemandu teksi di Kuala Lumpur khususnya dan di seluruh negara amnya, pendapatan mereka adalah paling rendah sekali dibandingkan dengan rakan sejawat mereka di mana-mana memandangkan tambang teksi di Malaysia ini adalah paling terendah sekali dalam dunia. Kalau Yang Berhormat sebentar tadi berkata sikap mereka adalah terburuk sekali dalam dunia adakah ini juga berkaitan dengan pendapatan mereka yang sungguh mengecewakan dan pemandu-pemandu teksi juga dari segi kebajikan mereka adakah LPKP atau kementerian pernah memberi perhatian kepada kekecewaan mereka. Berbanding dengan ... Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, cukuplah. Tak payah banyak soalan. Cukuplah Yang Berhormat. Yang Berhormat sudah berucap. Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: ... memang berbeza daripada kerjaya-kerjaya yang lain, pemandu teksi. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah Yang Berhormat. Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Mereka terpaksa ... kebanyakan mereka adalah menyewa kereta. Kalau sakit pun mereka terpaksa kerja atau tidak ada pendapatan untuk membayar sewa teksi dan mereka juga ... Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Timbalan Menteri sila, ya. Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: ... kalangan yang sungguh bernasib tidak baik kerana mereka tidak ada EPF, tidak ada SOCSO dan sebagainya... Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah. Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: ... yang dapat menjamin masa depan mereka. Ini adalah satu masalah yang sungguh besar. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cheras, cukuplah, ya. Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Dalam bandar raya Kuala Lumpur... DR.6.9.2007 34

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, Yang Berhormat dengar... Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: ... kesesakan lalu lintas ini sentiasa ... Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat dengar atau tidak? Tanya yang spesifik Yang Berhormat. Yang Berhormat sudah berucap panjang. Minta penjelasan sudahlah. Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Saya takut Timbalan Menteri tidak sedar ... Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, hah, dia sedar. Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: ... ini dilema-dilema yang dihadapi dan dialami oleh pemandu-pemandu teksi yang selama ini diabaikan oleh pihak kerajaan. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah Yang Berhormat. Dato' Khamsiyah binti Yeop: Baik, saya sedar Yang Berhormat. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah Yang Berhormat, sila duduk Yang Berhormat. Dato' Khamsiyah binti Yeop: Sepatutnya Yang Berhormat berucap macam ini dalam peringkat dasar. Sekarang kita di peringkat Jawatankuasa. Terima kasih. Yang Berhormat, kementerian sememangnya sedar apa yang berlaku tetapi di Malaysia ini agak unik sedikit. Pengguna berkehendakkan servis yang baik tetapi tak sanggup kos tambang yang tinggi. Kalau kita pengusaha ataupun pemandu mengenakan tambang yang tinggi, sudah tentulah DAP orang yang pertama akan membangkang jika kita naikkan tambang yang tinggi bagi kepentingan pengusaha teksi. Walau bagaimanapun, hal ini semua kita ambil kira. Itu semua adalah dapat perbincangan kita untuk menentukan apakah sebenarnya sistem pengangkutan yang perlu kita buat. Adakah perlu kita gunakan usahawan kecil-kecilan menguruskan teksi ataupun kita guna corporate players ataupun big players yang memang tahu macam dia hendak menguruskan. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [Lipis]: [Bangun] Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Lipis bangun Yang Berhormat, hendak bagi jalan. Lipis hendak bagi jalan. Ya, Yang Berhormat tanya yang spesifik Yang Berhormat. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [Lipis]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pembangkang ini sebenarnya pembelit. Tuan Pengerusi, bila tambang naik dia orang bising tambang naik. Sekarang ini dia orang hendak jadi juara pula keadaan kebajikan pemandu-pemandu teksi kononnya, jadi memang pembelit besar itulah kerja mereka, tetapi di sini sebenarnya dari segi pemandu teksi ini rasa saya ramai yang bagus. Rata-rata banyak yang bagus. Saya pun selalu menggunakan teksi memang ... adalah sekali-sekali kadang-kadang mereka minta naik tambahkan tambang dan sebagainya. Itu sebab tertentu mungkin masa sibuk DR.6.9.2007 35

dan sebagainya. Sekarang ini imej mereka terutama semalam saya lihat telah dikotorkan betul oleh pembangkang, macam-macam cakap, tak ada yang baik langsung. Kononnya seolah-olah tak ada satu pun yang baik sedangkan pemandu-pemandu teksi kita ini Tuan Pengerusi, mereka memberi perkhidmatan, imej negara dan sebagainya. Jarang sangat sebenarnya kita dapat kompelin. Sekarang ini apakah langkah-langkah yang hendak dibuat oleh pihak kementerian untuk memastikan imej teksi dan pemandu teksi di Malaysia ini dapat dipertingkatkan, supaya mereka menjadi front liner dengan izin, yang di barisan hadapan yang imejnya memang baik bukan sahaja kepada pelancong tetapi kepada masyarakat dalam negeri kerana imej mereka telah dikotorkan oleh pihak pembangkang ini Yang Berhormat. Mohon penjelasan. Dato' Khamsiyah binti Yeop: Terima kasih Yang Berhormat, saya setuju dengan apa yang berlaku ini adalah segelintir dan bukanlah semua. Ada yang juga yang baik. Sebab itulah untuk mempertingkatkan keupayaan pemandu-pemandu kita dalam melaksanakan ... mereka sebagai pemandu, kita anjurkan kursus-kursus, latihan, kursus motivasi, ketakwaan, keimanan semua ini, sebab itulah pada tahun 2006 kita telah pun menganjurkan kursus kepada pemandu dan lebih daripada 1,500 orang yang hadir dan pada tahun 2007 ini kita telah pun mengadakan kursus dan 600 orang yang hadir. Ini di antara usaha-usaha yang kita buat dan dari semasa ke semasa kita menerima pandangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat dan orang ramai untuk menambahbaikkan dan kita rasa pemandu teksi sedar bahawa mereka mencari makan melalui memandu teksi dan mereka tidak akan buat perkara-perkara yang tidak baik. Dato' Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: [Bangun] Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: [Bangun] Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ada dua yang bangun Yang Berhormat, Pengkalan Chepa. Ya, Cheras sila duduk. Dato' Khamsiyah binti Yeop: Pengkalan Chepa. ■1150 Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Terima kasih. Saya selalu naik teksi di Kuala Lumpur dan sebahagian besarnya bumiputera dan bukan bumiputera pun saya naik. Kebanyakan merungut sudah 15 tahun menjadi hamba kepada company, adakah satu polisi kerajaan buat selepas 15 tahun, misalnya 10 tahun ke boleh memberi keutamaan untuk lesen kepada orang perseorangan. Sekarang ini saya tahu lesen itu dibekukan oleh Kabinet. Apa tujuan pembekuan ini kerana teksi mungkin banyak. Tetapi adakah satu polisi yang dibuat selepas 10 tahun ataupun 15 tahun, keutamaan diberi kepada pemandu teksi yang lama supaya dia boleh berdikari, tidak menjadi hamba company lagi. Ada ke polisi? Kalau tidak ada, bolehkah timbang perkara ini? DR.6.9.2007 36

Dato’ Khamsiyah binti Yeop: Terima kasih Yang Berhormat. Memanglah dalam LPKP dahulu kita beri melalui syarikat supaya syarikat itu menjaga segala kebajikan pemandu dan segala kenderaan sepertinya untuk kita bagi standard. Kemudian bila perkara ini berlaku juga, banyak yang tidak baik seperti yang disuarakan oleh Yang Berhormat, kita bagi. Sekarang ini kita bagi kelonggaran kepada usahawan individu untuk memiliki teksi sendiri. Lagi memberi masalah, bila sampai masa tertentu yang kita berkehendakkan laluan ataupun berkehendakkan berjalannya teksi, kerana mereka rasa buat teksi itu mereka punya sendiri, so mereka buat sendiri-sendirilah. Rasa hendak pergi, pergi. Rasa tidak hendak pergi, tidak pergi. Ini juga mengganggu kepada perkhidmatan awam. Sebab itulah satu teksi kita bagi kepada 200 pelanggan dan teksi hari ini sudah cukup membanjiri negara kita. Sebab itu kita bekukan selain daripada kita hendak mengkaji, membaiki kesilapan-kesilapan ataupun masalah- masalah yang kita hadapi, kita rasa sudah mencukupi. Kita bekukan kerana satu laluan, 200 orang dan kita kiralah berapa yang patut ada di Lembah Klang, berapa ada di Pulau Pinang, berapa ada di Johor Bahru. Itu hadnya. Kita beku bukan kerana tidak beri peluang kepada usahawan teksi untuk mendapatkan lesen teksi. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya. Dato’ Khamsiyah binti Yeop: Jadi terima kasih Yang Berhormat. Buat sementara ini biar saya sambungkan dahulu. Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Sedikit sahaja. Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: [Bangun] Dato’ Khamsiyah binti Yeop: Cheras, cukuplah. Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Sedikit lagi, sedikit lagi. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, Yang Berhormat ini ... Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Tuan Pengerusi... Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, sekejap, sekejap. Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Saya tidak bangkang jika tambang teksi itu dinaikkan sekadar yang munasabah, tetapi apa yang saya ingin tanya Yang Berhormat, memandangkan tambang teksi ini telah tidak dikaji semula selama lebih daripada 10 tahun dan dalam tempoh ini, banyak barangan sudah naik harga, petrol naik, diesel naik, NGV naik berkali-kali tetapi tambang teksi tidak. Saya memang tidak bersetuju dengan keadaan ini kerana mereka yang berkhidmat dalam kerjaya ini memang tidak dapat bersaing dengan kenaikan kos sara hidup. Maka, bilakah tambang teksi itu akan ditimbang dan dikaji semula? Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, semua Yang Berhormat ini bercakap soal dasar. Timbalan Menteri pun jawab soal dasar. Yang kita bincang ini ialah pelantikan pegawai penguat kuasa. Oleh itu kalau boleh kita tumpukan di situlah, bukan soal dasar pemberian permit dan sebagainya. Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: [Bangun] DR.6.9.2007 37

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya. Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Terus berkaitan dengan lesen teksi tadi. Lesen teksi itu kalau sudah dibekukan mengikut prinsip-prinsip tertentu memang itu baik. Tetapi macam mana syarikat-syarikat yang memiliki sekelompok teksi mungkin 50 lesen ataupun 100 lesen? Mengapa lesen-lesen teksi itu tidak diberikan kepada orang yang sebenarnya memerlukan lesen itu sebagai satu cara mencari nafkah, khususnya kepada pemandu-pemandu mereka yang sudah bekerja sebagai pemandu teksi lebih daripada 10 tahun? Itu telah membuktikan bahawa orang ini sepatutnya diberi lesen dan bukan dimonopoli oleh syarikat-syarikat tertentu. Minta penjelasan. Dato’ Khamsiyah binti Yeop: Yang Berhormat, sebab itu kita bekukan, Yang Berhormat sebab dahulu banyak teksi pergi kepada syarikat. Sekarang kita pergi kepada individu. Kita tidak boleh luluskan seberapa banyak kita suka sebab saya sudah kata, laluan- laluan telah ditetapkan, bilangan kita sudah tetapkan, berapa orang pengguna, berapa teksi yang harus dikeluarkan. Kalau ada kes-kes macam Yang Berhormat rasa betul-betul perlu, Yang Berhormat tulis, beritahulah saya. Saya akan pastikanlah dia boleh atau tidak. Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Terima kasih. Dato’ Khamsiyah binti Yeop: Jadi kalau Yang Berhormat bercakap begini dengan tidak memaklumkan kepada saya, macam mana tindakan saya hendak ambil? Jadi kepada DAP ini memanglah dia suka champion. Dia kata, “Oh, naikkanlah tambang teksi.” Katalah Lembaga Pelesenan naikkan tambang teksi, dia juga akan championkan, “Tengok Barisan Nasional menyusahkan orang ramai.” Ha, dia akan jadi champion begitu. Itu memanglah DAP. Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Niat jahat, niat jahat. Dato’ Khamsiyah binti Yeop: Walau bagaimanapun... Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Niat jahat. Dato’ Khamsiyah binti Yeop: Nanti. Walau bagaimanapun.... [Disampuk] Cheras memanglah hendak suka champion. Bila orang tidak buat, dia cuba hendak naikkan. Seolah- olah kita di kementerian tidak pernah memikirkan masalah rakyat. Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Tuan Pengerusi, ini sangkaan jahatlah. Dato’ Khamsiyah binti Yeop: Kita sentiasa memikirkan kerana pemandu teksi adalah usahawan bumiputera dan usahawan kita semua. Kenapa tidak kita pertimbangkan apa yang patut kita beri, kita berikan. Jadi Yang Berhormat, walau bagaimanapun, Jemaah Menteri pada 29 Ogos 2007 bersetuju kadar tambang pengangkutan dikaji semula dan kajian akan mengambil tempoh satu tahun. Bagilah masa, kita hendak kaji. Bukan senang hendak kaji-kaji, Yang Berhormat. Kali terakhir kadar tambang, kita sudah timbang sebab kali terakhir kita timbangkan kenaikan tambang teksi ialah pada tahun 2005, now baru 2007 sebab itu kita mengambil masa. DR.6.9.2007 38

Yang Berhormat, bila kita hendak buat sesuatu, kita perlu hati-hati. Kita tidak boleh sewenang- wenangnya kerana ini akan menjadi isu kepada negara. Walau bagaimanapun, selepas ini kita perkenalkan dua teksi, dua cara. Kita ada perkenalkan juga teksi executive ini. Teksi ini Yang Berhormat sanggup bayar lebih, dia akan bagi servis yang lebih baik. Jadi kita akan buat dua kategori selepas ini. Jadi Yang Berhormat, cukuplah dua ya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Ayer Hitam, Mambong, Ipoh Barat, Bagan dan Bukit Mertajam... Dato’ Ghazali bin Ibrahim [Padang Terap]: [Bangun] Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Padang Terap bangun, Yang Berhormat. Dato’ Khamsiyah binti Yeop: Boleh saya habiskan ini selepas itu saya bagi peluang? Dato’ Ghazali bin Ibrahim [Padang Terap]: Bab teksi tadi. Dato’ Khamsiyah binti Yeop: Ya, teksi tidak habis lagi, Yang Berhormat. Dato’ Ghazali bin Ibrahim [Padang Terap]: Okey. Dato’ Khamsiyah binti Yeop: ... Bukit Mertajam. LPKP sedang dalam proses membuat pindaan akta tersebut supaya ia lebih relevan dengan keperluan sekarang bagi meningkat keberkesanan penguatkuasaan, peruntukan sebanyak RM2.2 juta ini adalah untuk menampung emolumen dan elaun bagi perbelanjaan lantikan baru secara kontrak kepada 10 Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred 27 dan 60 orang Pembantu Penguat Kuasa Gred 17 bagi LPKP. Untuk makluman, LPKP juga sedang mengambil tindakan bagi mewujudkan Unit Pendakwaan dan Unit Pengaduan Awam (Aduan) bagi memantapkan lagi penguatkuasaan. Okey. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Padang Terap. Dato’ Khamsiyah binti Yeop: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih timbalan menteri. Saya hendak bangkit satu perkara tentang radio teksi. Kalau kita pernah naik teksi didapati bahawa penyampaian yang dapat kita dengar dalam teksi macam bahasa rojak, bahasa dalca. Kadang-kadang tidak digunakan bahasa kebangsaan, digunakan bahasa Mandarin. Mungkin alatnya tidak berapa canggih. Adakah kementerian bercadang supaya satu alat yang lebih canggih, yang lebih baik digunakan di dalam semua teksi yang ada di Lembah Klang khususnya, dan memastikan supaya bahasa kebangsaan sahaja yang digunakan antara pemandu teksi dengan yang memberi maklumat di stesen masing-masing. Ini bising, kadang- kadang kelam-kabut di dalam teksi bila naik teksi agak jauh, mengganggu ketenteraman kita, bercakap tanpa henti-henti, dari PJ contohnya, sampai Kuala Lumpur, bercakap-cakap sahaja. Bolehkah satu sistem yang canggih digunakan untuk memberi maklumat kepada pemandu teksi? Terima kasih Tuan Pengerusi. DR.6.9.2007 39

Dato’ Khamsiyah binti Yeop: Terima kasih Yang Berhormat. Saya pun pernah naik teksi dan saya sedar perkara ini berlaku dan akan kita usahakan untuk memperbaiki sistem yang ada dan kita akan cuba batalkanlah kalau sistem itu tidak memberi kebaikan kepada pengguna. Dato’ Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [Lipis]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Tadi berkaitan dengan pelantikan baru Penolong Pegawai Penguat Kuasa dan Pembantu Penguat Kuasa, Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebut lantikan kontrak. Jadi saya agak terkejut juga kerana lantikan ini lantikan kontrak dan saya bimbang masa depan pegawai-pegawai ini nanti. Mungkin mereka bekerja tiga tahun, empat tahun, lima tahun, ada komitmen keluarga dan sebagainya, tiba-tiba dapat surat penamatan kontrak. Jadi ada kemungkinan atau tidak, selepas mereka diletakkan dalam kontrak itu, mereka terus dilantik sebagai pegawai tetap dalam perkhidmatan awam. Mohon penjelasan. ■1200 Dato’ Khamsiyah binti Yeop: Yang Berhormat, saya pun tidak dapat kepastian. Walau bagaimanapun biasanya bila kita bagi kontrak itu, kita bagi percubaan. Kalau dia punya movement ataupun dia punya management dia, atur cara dia menjalankan kerjanya baik mungkin kita akan serapkan. Saya rasakan banyak pegawai-pegawai kontrak dilakukan begitu rupa. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, habis Yang Berhormat, belum? Dato’ Khamsiyah binti Yeop: Okey mengenai cadangan supaya memperketat syarat mendapat lesen memandu, perkara ini adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan. Walau bagaimanapun sebagaimana saranan Yang Berhormat Ayer Hitam dan Yang Berhormat Mambong, suka saya maklumkan bahawa LPKP sedang memperketat syarat kelayakan memohon lesen baru dan memperbaharui lesen kenderaan perdagangan berasaskan kepada kemampuan pengurusan syarikat, pelan keselamatan, pengurusan pemandu. Semua syarikat bas ekspres juga disyaratkan mempunyai fleet management system masing-masing. Ini bertujuan bagi memastikan supaya bukan sahaja syarikat bas ekspres mematuhi syarat-syarat pelesenan ke atas pengurusan kadar tambang dan laluan, bahkan bertanggungjawab ke atas pengurusan latihan disiplin dan kecekapan pemandu. Pengurusan aduan kebajikan dan kadar upah pemandu dan memastikan piawaian keselamatan bas dan penumpang. Di samping itu, kementerian juga akan melaksanakan kad pemandu atau drivers profiling system di mana hanya pemandu yang layak, mempunyai kesihatan yang baik, bebas daripada jenayah dan trafik sahaja diambil bekerja oleh syarikat. Sekiranya syarikat tidak mematuhi syarat ini, lesen kenderaan perdagangan tidak akan dikeluarkan atau diperbaharui. Syarikat-syarikat bas ekspres juga telah diminta untuk membangunkan sistem pemantauan bas ekspres atau menggunakan geographic positioning system atau GPS yang mana boleh mengesan pergerakan fizikal bas merangkumi pematuhan laluan dan had laju kenderaan. Menjadi hasrat LPKP, pelaksanaan GPS ini dapat mengatasi masalah bas ekspres yang mengubah laluan tidak DR.6.9.2007 40

mengikut jadual, melanggar had laju seterusnya dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan bas ekspres. Mengenai isu ulat, seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ayer Hitam, LPKP akan melaksanakan sistem e-ticketing iaitu sistem jualan tiket secara berkomputer dan maya. Sistem ini membolehkan penjualan tiket jarak jauh dan memudahkan urusan pembelian tiket serta dapat membanteras kegiatan ulat. Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia, penyelarasan antara agensi-agensi yang berkaitan dengan pengangkutan awam sentiasa kita laksanakan bagi menyelaras dasar-dasar dan tindakan-tindakan yang melibatkan sistem pengangkutan awam. Penyelarasan ini juga dibuat melalui mesyuarat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan yang mana keahliannya terdiri dari wakil-wakil JPJ, PDRM, PUSPAKOM dan Kementerian Pengangkutan. Bagi meningkatkan kecekapan perkongsian maklumat sedia ada, inisiatif juga sedang dilaksanakan untuk mewujudkan sistem jaringan pangkalan data di antara LPKP, JPJ dan PDRM bagi tujuan perancangan verifikasi pembangunan dan tindakan penguatkuasaan, ia merupakan penambahbaikan kepada sistem aduan LPKP yang ada. Merujuk kepada isu perpindahan terminal bas ekspres dari Medan Kidd ke Medan Gopeng yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat, juga yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah ianya merupakan keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Perak dan kementerian menyokong keputusan yang dibuat ini. Ini kerana Terminal Medan Gopeng mempunyai sistem pengurusan terminal bas ekspres yang sistematik, teratur dan selesa untuk digunakan. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak tahu Yang Berhormat pernahkah lawat Medan Gopeng sana? Kalau tidak pernah, saya boleh bawa, kita pergi masa hari minggu atau masa cuti sekolah. Kalau kita tengok, saya setiap kali menggunakan perkhidmatan di sana, saya merasa kita tunggu sahaja satu hari akan berlaku kemalangan di situ di mana tiada tempat meletak kenderaan yang percuma kepada ahli keluarga yang ingin mengambil anaknya. Mereka meletakkan kenderaan mereka di sepanjang laluan bas yang sempit. Jadi saya rasa, kita ada banyak tragedi yang boleh dielakkan dan keadaan di sana sangat berbahaya. Kalau mereka hendak letak di tempat meletak kenderaan, mereka kena bayar. Ada satu laluan untuk menurunkan penumpang tetapi tidak ada tempat untuk menunggu. Hendak menunggu kena bayar RM1, kalau hendak masuk. Jadi saya rasa itu adalah tempat untuk awam, kita jangan setiap kali ada peluang pun hendak bagi pihak tertentu untuk mengaut keuntungan. Letak kenderaan di sana satu kali masuk, RM1. Saya rasa sangat beratlah, tidak perlu untuk orang ramai menggunakan wang itu kalau pihak kerajaan ada mengambil berat, ada tanggungjawab sosial apabila menyediakan perkhidmatan awam. Saya tidak mahu baca dalam surat khabar tragedi berlaku di sana. Kalau Yang Berhormat sudi, saya boleh bawa pergi hari minggu ini. DR.6.9.2007 41

Dato’ Khamsiyah binti Yeop: Terima kasih Yang Berhormat atas keprihatinan Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya pun duduk di Ipoh Yang Berhormat Saya boleh bezakan antara terminal lama di Medan Kidd dengan terminal baru yang kita pindahkan di Medan Gopeng. Kalau di Medan .Kidd dulu, lagi sempit, lagi sesak dan berlaku hampir setiap hari kemalangan kerana sekolah berada di sebelah terminal Medan Kidd. Atas rasa tanggungjawab itulah, maka kementerian hari ini kita pindah kepada terminal di Medan Gopeng yang memang sedia ada kerana kita tidak ada tempat lain lagi yang boleh kita pindah untuk menyelamatkan keadaan. Walau bagaimanapun, dalam perancangan Kerajaan Negeri Perak, selepas itu terminal bas akan dipindahkan ke Meru Raya yang lebih canggih dan lebih hebat dan Yang Berhormat jangan cuba mencabar yang saya tidak pernah melawat atau sebagainya. Yang Berhormat, saya hampir setiap minggu berada di kawasan itu. Terima kasih. Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan dan saranan yang membina kepada perkara yang berkait pada kementerian saya. Insya-Allah segala saranan, cadangan dan pandangan itu akan memberi penambahbaikan ke arah sistem yang ada pada hari ini. Saya telah cuba menjawab semua namun sekiranya ada perkara yang tidak sempat dijawab, kementerian akan tetap memberi perhatian dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM52,438,000 untuk Maksud B.26 di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM52,438,000 untuk Maksud B.26 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM10 untuk Maksud P.26 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2007 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM10 untuk Maksud P.26 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2007.

DR.6.9.2007 42

Maksud B.27 [Jadual] –

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kepala Bekalan B.27 di bawah Kementerian Kerja Raya dibuka untuk dibahas. Ya, Batu Kawan.

12.09 tgh. Tuan Huan Cheng Guan [Batu Kawan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak sentuh Maksud B.27 iaitu berhubung dengan RM37 juta untuk bayaran pampasan tol. Saya cuma hendak tahu di mana pampasan yang dibayar, tol yang mana? Adakah itu termasuk tol Sungai Nyior di Butterworth? Lagi satu ialah RM1 juta untuk pembinaan menara tinjau kegunaan Polis Diraja Malaysia. Saya cuma nak tahu berapa menara tinjau yang telah dibina dan di manakah lokasi tersebut? Terima kasih. ■1210 Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [Lipis]: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya hendak bawa tentang peruntukan bagi maksud B.27 ini, Kementerian Kerja Raya. Peruntukan sebanyak RM120 juta adalah untuk menampung kerja-kerja pembaikan berkala yang perlu dibuat segera pada tahun 2007 dan kenaikan kerja-kerja berkala tahun 2006 dan 2007. Di sini, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, sama Laluan 8, terutamanya kawasan-kawasan di sekitar Bukit Tujuh di antara Padang Tunku dengan Gua Musang dan juga Laluan 8 yang jalan ini memang amat teruk, perlu dilebarkan jalannya kerana di situ banyak berlaku kemalangan. Saya pun telah bercakap banyak kali tentang perkara ini, tetapi masih tidak ada tindakan lagi diambil di kawasan tersebut. Keduanya, jalan Laluan 8 di antara Benta dengan Lipis, di mana cerun-cerun yang dibuat itu terlalu tajam dan selalunya runtuh. Ini amat menakutkan kami yang selalu menggunakan jalan tersebut kerana rasa saya bila-bila masa saja, yang dibaiki pun sudah nampak retak dan sebagainya. Jadi saya mohon penjelasan, adakah peruntukan ini termasuk untuk membaiki kedua-dua tempat tersebut. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Bagan. Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran, B.27, RM 38.5 juta telah diperuntukkan untuk mengubahsuai ruang pejabat tambahan di Mid Valley dan Maju Junction. Bukankah JKR Pusat telah ada sebuah bangunan berdekatan dengan Bank Negara dan mengapa perlu ada cawangan di shopping centre-shopping centre seperti Mid Valley dan Maju Junction? Bukankah ia mudah untuk diuruskan sekiranya semua di bawah satu bumbung? Tajuk ketiga, RM37 juta untuk bayaran pampasan tol. Saya sependapat seperti Yang Berhormat bagi Batu Kawan dan ingin merayu supaya tol di Sungai Nyiur, Butterworth ini dihapuskan. Kerajaan telah menjual atau memajak Seberang Jaya hingga ke Bagan iaitu DR.6.9.2007 43

Butterworth North Container Terminal (NBCT) RM50 juta kepada konsesi BORR. Jalan ini telah diguna pakai oleh pengguna-pengguna selama 10 tahun tanpa kutipan tol dan bahagian ini juga dibina oleh Butterworth-Kulim Express Way dan bukan BORR yang membinanya. Kerajaan telah memberi konsesi kepada BORR untuk kutipan tol selama 30 tahun dan tol sepatutnya perlu dikutip mulai 21 Februari, tetapi kerana bantahan orang ramai termasuk UMNO dari Permatang Pauh, UMNO dari Seberang Jaya dan kerajaan pun telah memutuskan supaya kutipan tol ditangguhkan sehingga satu hari bulan September. Sepatutnya kutipan tol perlu dikutip pada kadar 90 sen sekali lalu, kini telah dikurangkan kepada 50 sen sekali lalu. Jadi, saya pernah bertanya dalam Dewan ini melalui Jawapan Bertulis dan didapati kerajaan perlu beri pampasan kepada BORR kerana tidak mengutip tol dari 21 Februari sehingga 1 September ini. Saya ingin bertanya, berapa pampasan yang perlu diberi kepada BORR kerana tidak mengutip tol ini. Saya juga ingin sekali lagi merayu supaya bahagian tol Sungai Nyiur ini dihapuskan dan kerajaan perlu mengambil alih balik bahagian ini demi untuk kepentingan orang ramai. Sekian sahaja. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Ledang. Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Tuan Pengerusi, terima kasih. Saya sedikit sahaja. Satu perkara sahaja iaitu butiran, B.27, (4). Sebanyak RM5.4 juta untuk latihan kakitangan JKR. Saya Cuma hendak tahu, siapakah golongan staf JKR yang dilatih. Adakah golongan profesional, kumpulan sokongan dan sebagainya dan di mana dilatih? Adakah hanya dilatih di INTAN atau di pusat-pusat latihan yang lain ataupun di Kelang? Dan saya hendak tahu setakat ini, apakah langkah jangka panjang untuk melatih staf JKR terutamanya setelah IKRAM diserahkan kepada pihak lain. Apakah peruntukkan RM5.4 juta ini juga merangkumi latihan kepada staf JKR terutamanya golongan profesional, golongan teknikal yang sekarang ini perlukan atau kehausan latihan tersebut sebagai mana masa-masa yang dahulu. Kalau dulu IKRAM, sekarang di mana? Sekian, Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Pengkalan Chepa, lepas itu Pensiangan. Dato' Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengakalan Chepa]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak menarik mengenai RM120 juta, iaitu kerja-kerja pembaikan berkala yang telah dilaksanakan 2006, 2007. Saya hendak tanya dan minta penjelasan, adakah dibuat kajian tentang cerun-cerun yang boleh dikatakan bila terkena hujan tidak mampu lagi. Bolehkan JKR membuat jangkaan, cerun ini mestilah dibaiki lebih awal daripada apa yang berlaku. Bila berlaku, barulah segala-galanya dibaiki. Itu saya hendak tanya. Yang kedua mengenai B.27, (2), RM38,500,000 ini. Bayaran gaji kakitangan kontrak. Berapa ramai kakitangan kontrak yang berada di JKR? Tidakkah JKR mengamalkan kontrak untuk buat kerja ini kepada swasta? Jadi kalau ini, apa guna kita ambil kakitangan kontrak lagi? DR.6.9.2007 44

Yang ketiga, iaitu bayaran pampasan tol. Saya hendak mintalah tol di jalan Lebuh Raya Pantai Timur ini terutama sekali di Selangor yang telah begitu lama dan satu lagi di sebelah Pahang, boleh dihapuskan kerana bayarannya sedikit. Kalau boleh dihapuskan dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan kalau tidak boleh hapus, bila boleh dihapus, bila kontrak itu akan tamat? Yang ketiga, iaitulah bilangan kelima, RM1,000,000,000 itu, pembinaan menara. Saya kira kalau boleh JKR menimbangkan untuk meletakkan tanda-tanda yang lebih banyak lagi di jalan raya. Bukan menara sahaja seperti ”letih itu boleh membawa maut”, seperti di Eropah. Tanda-tanda seperti ini boleh membawa kesedaran kepada pemandu-pemandu. Begitu juga saya tengok bahawa tanda-tanda ini termasuklah dengan pihak polis, mungkin yang saya hendak cakap ini boleh jadi tidak di bawah Kementerian JKR. Misalnya katalah di Eropah sana, 500 meter lagi kamera yang akan menangkap ini diberi notis. Sekarang ini kita tengok kamera itu disembunyikan. Di negara-negara maju, kamera ini di notis terlebih dahulu. 500 meter lagi sudah ada kameranya, diberitahu. Bukan dia hendak mengenakan denda, tetapi memberi peringatan supaya pemandu ini lebih berhati-hati. Kalau boleh, tanda-tanda seperti ini dibuat di jalan raya. Kemudian, saya hendak tanya yang keenam ini, RM30,600,000 bertambah ini, berapa banyak dan mengikut kakitangannya, bilangan yang menerima imbuhan baru ini. Terima kasih. ■1220 Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Pensiangan.

12.20 tgh. Tuan Bernard S. Maraat @ Ben [Pensiangan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya nak kemukakan Maksud B.27 Kementerian Kerja Raya Perkara 1 mengenai dengan RM120 juta. Saya ingin tahu, Pensiangan ingin tahu sama ada peruntukan ini ada diagihkan kepada kawasan saya iaitu P.182 Pensiangan dalam pembaikan berkala iaitu jalan-jalan raya yang saya rasa banyak yang sudah rosak umpamanya jalan daripada Nabawan ke Sepurut. Jalan-jalan raya ini sudah rosak disebabkan pembalakan yang begitu terlalu besar sangat maka kita perlu melihat sama ada peruntukkan ini dapat diagihkan ke kawasan tersebut. Saya juga ingin bawa perkara mengenai dengan Jalan Tambunan-Ranau yang perlu juga untuk diperbaiki bahawa jalan-jalan tersebut saya rasa banyak lori-lori yang mengangkut minyak sawit ini ke Sandakan yang perlu supaya jalan raya ini dibaiki. Jalan raya Tambunan-Moyo seumpama juga itu yang telah berlubang-lubang dan perlu diperbaiki, saya ingin tahu sama ada Kerja Raya telah mengagihkan peruntukan ini kepada kawasan-kawasan yang saya sebutkan tadi. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Maran lepas itu Kuala Pilah, lepas itu menteri jawab.

DR.6.9.2007 45

12.21 tgh. Datuk Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya nak bahaskan sikit tentang Maksud B.27 Kementerian Kerja Raya, satu dua perkara. Yang pertama ialah Bahagian 1 RM120 juta tentang pembaikan berkala. Saya minta benar-benar kepada menteri yang ada tentang pembaikan Lebuh Raya Pantai Timur ini. Sebenarnya keadaan jalan ini cukup tidak selesa bagi pengguna-pengguna dan banyak kemalangan telah berlaku. Saya ingin tahu daripada menteri, berapakah jumlah perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan oleh kerajaan bagi membaiki lebuh raya ini dan yang kedua, bilakah proses pembaikan ini akan selesai sebab saya lihat berterusan sudah lama berlalu dan yang keduanya ialah yang saya nak sentuh tentang latihan kakitangan JKR ini, RM5.4 juta ini. Selepas IKRAM diswastakan, saya kira banyak latihan-latihan juga diteruskan kepada kakitangan Kerja Raya dan apabila saya nak bawa kepada kualiti jalan yang dibina sekarang, saya perhatikan sekarang seolah-olah tak ada orang yang menyelia pelaksanaan jalan-jalan ini. Saya ingin tahu daripada kementerian, apakah ketidakbaikan kualiti jalan yang dilaksanakan sekarang ini disebabkan oleh tidak adanya latihan yang cukup kepada kakitangan Kerja Raya sendiri, Jabatan Kerja Raya sendiri, Kementerian Kerja Raya ataupun disebabkan penyeliaan yang tidak baik ataupun disebabkan sikap yang tidak bertanggungjawab yang melibatkan kontraktor-kontraktor yang melaksanakan jalan-jalan ini. Satu lagi yang terakhir Yang Berhormat Tuan Pengerusi, ialah saya nak bertanya sebanyak mana peruntukkan yang telah dibahagikan kepada Parlimen Maran bagi membaiki beberapa jalan di kawasan Parlimen Maran yang saya kira perlu diberikan perhatian. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, terus Kuala Pilah.

12.23 tgh. Datuk Haji Hassan bin Malek [Kuala Pilah]: Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Pertamanya saya mengucapkan terima kasihlah kerana kegigihan Yang Berhormat Menteri meluluskan kerja pelurusan jalan dari Seremban ke Kuala Pilah. Kerja ini telah berjalan dengan baik dan kontraktor yang membuat kerja itu pun telah two months ahead of schedule satu kerja yang saya sungguh cemerlanglah. Cuma saya nak bertanya di dalam Dewan yang mulia ini sama ada pihak kementerian ada bercadang kerana kerja pelurusan jalan ini sekarang sedang dalam pembinaan. Kerjanya sudah terlalu awal, ahead of schedule dan pihak kerajaan negeri saya difahamkan ada mencadangkan supaya pada waktu pembinaan ini berjalan, ada tidak pihak kementerian bercadang untuk membina hentian. Jalan Bukit Putus itu satu jalan yang sungguh cantik. Kalau dilihat daripada atasnya, dia dapat nampak Bandar Seremban dan kalau misalnya di pertengahan jalannya itu kerana akan dibina saya difahamkan lima buah jambatan. Kalau boleh di jambatan itu ada tempat untuk dijadikan hentian ...... di mana pengguna-pengguna kereta yang menggunakan jalan raya kalau DR.6.9.2007 46

dah letih boleh berhenti rehat, boleh tengok pemandangan, minum-minum dan sebagainya kerana saya berpendapat ada baiknya kalau boleh rancangan ini dilaksanakan sewaktu pembinaan jalan ini sedang berlangsung dan yang satu lagi ialah soal pemasangan lampu-lampu jalan. Saya melihat bukan saja soal keselesaan pengguna jalan raya Seremban-Kuala Pilah itu tapi yang pentingnya untuk dijadikan juga sebagai tempat pelancongan. Orang boleh datang melawat dengan lampu-lampu jalan yang cantik dan sebagainya. Jadi adakah termasuk dalam peruntukkan yang ada dalam B.27 ini akan dimasukkan sama dalam perbelanjaan untuk menambahkan sedikit. Saya difahamkan jumlahnya pun tak seberapa banyak. Mungkin RM2- RM3 juta sahaja. Jadi oleh kerana itu, kalau misalnya tak ada saya minta dicari jalanlah oleh Yang Berhormat menteri supaya dapat memikirkan supaya dilihat Jalan Bukit Putus itu bukan saja untuk keselesaan pengguna jalan raya tapi juga untuk mereka-mereka datang berehat melihat kecantikan alam sekitar dan sebagainya. Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Baik, saya jemput Yang Berhormat menteri untuk menjawab.

12.25 tgh. Menteri Kerja Raya [Dato' Seri S. Samy Vellu]: Tuan Pengerusi, saya suka mengucap berbanyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat telah membangkit beberapa perkara dalam Jawatankuasa berkenaan dengan permintaan Kementerian Kerja Raya iaitu RM236,500,000.00 kepada pelbagai kerja-kerja dan juga perancangan telah dilaksanakan oleh kementerian. Pada mulanya saya suka menjawab kepada Ahli Yang Berhormat dari Batu Kawan. Yang Berhormat telah meminta pampasan tol RM37 juta itu, adakah untuk sebenarnya tak ada? Sebenarnya belum, lagi besar. Kita kasi buka semua tol, kita bayarlah. Kita bayar RM1 bilion akhir sekali. Macam itu. Ini bayaran RM37 juta adalah bayaran pampasan terakhir kepada Lebuh raya Damansara-Puchong berikutan keputusan kerajaan untuk mengurangkan kadar tol daripada RM1.50 kepada RM1.00 pada tahun 1999. Pampasan untuk pengurangan kadar tol di Sungai Nyior, itu dalam pertimbangan. Yang Berhormat juga telah meminta berkenaan dengan 16 buah menara pemerhati PDRM. Ini telah dibina di Marang, Terengganu, Dungun, Terengganu, Kuala Muda, Sik, Kedah. Timur Laut di Pulau Pinang, Batang Padang di Perak, Kuala Selangor di Selangor, Kuala Krai di Kelantan. Dua tempatnya dan juga yang kesembilan iaitu Kuantan di Pahang dan Ayer Keroh di Melaka, Tampin di Negeri Sembilan, Kota Tinggi di Johor, Segamat di Johor, Kota Kinabalu di Sabah, Sarawak di Kuching dan Sarawak di Sibu. Inilah 16 tempat kita telah membina untuk menjaga kepentingan nyawa manusia. Jikalau tidak, saya percaya kita akan mengadakan lebih banyak kemalangan dan juga lebih banyak kematian. Kerajaan mengambil serius berkenaan dengan perkara ini. Jadi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah memberi pandangan. Apabila kita balik kampung untuk perayaan, DR.6.9.2007 47

pada akhirnya ini menjadi satu hari yang kita menangis apabila kita hilang anak kita atau isteri kita dalam kemalangan yang berlaku. Jadi, yang kedua saya suka juga menjawab kepada Ahli Yang Berhormat dari Bagan. Beliau meminta adakan pampasan tol ini kepada Sungai Nyior. Saya sudah jawab itu. Pampasan kepada BORR iaitu kerana tidak mengutip tol di Plaza Sungai Nyior di 61 tempoh 21 Februari hingga 1 September masih dalam pertimbangan kerana ia berasaskan jumlah trafik sebenarnya. Sebelum kita menetapkan, kita mesti mendapat tahu berapakah trafik yang sedang menggunakan tol itu baru saja kita boleh tetapkan berapakah pampasan kita kena bayar. ■1230 Yang Berhormat juga telah meminta untuk mengecualikan bayaran tol kepada jalan itu. Cadangan itu baik, sedap dengar tetapi bukan praktikal. Kalau kita mengambil keputusan seperti ini pada masa dahulu tahun 90-an, 80-an, saya percaya negara kita bukan menjadi lebih kurang negara maju seperti hari ini. Beberapa kemudahan jalan telah dibantu oleh pihak swasta. Apabila sahaja kita minta pihak swasta untuk menjalankan projek-projek bagi pihak kerajaan, kita kena jaga kepentingan mereka sendiri. Jadi kepada Ahli Yang Berhormat saya suka juga memberitahu mula-mulanya kita kena 90 sen, bantah juga. Kurang kepada 50 sen masih bantah lagi. Tidak ada bantahan seperti ini di mana-mana, ini bukan bererti kita mesti memberi perhatian yang lebih tinggi kepada rakyat di negeri Pulau Pinang. Kita mesti memberi perhatian kepada semua rakyat di negeri-negeri yang mereka bayar lebih dari Pulau Pinang, tetapi permintaan itu dan juga mengapa kita memberhentikan tol? Bukannya atas permintaan sesiapa, bukan permintaan politik. Permintaan itu Ketua Menteri Pulau Pinang berbincang dengan saya, malam pukul 11.30 sampai pukul 2.00 pagi dalam telefon. Dalam perbincangan itu selepas itu saya telah membawa perkara ini kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kita memutus iaitu Sungai Nyior kita jangan sentuh sekarang, lain diteruskan. Tuan Huan Cheng Guan [Batu Kawan]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dato' Seri S. Samy Vellu: Saya juga mengesyorkan kepada Jemaah Menteri, kata ada juga banyak kenderaan mengguna jalan itu dan kita mesti mengadakan satu tol yang sesuai kepada pengguna-pengguna. Selepas itu, Jemaah Menteri bersetuju menurunkan kepada 50 sen. Satu lagi perkara yang telah berlaku, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membina, menyambung satu jalan di mana ada juga kebocoran untuk membayar tol, tidak boleh bayar tol. Orang boleh guna jalan itu, mana dia suka pergi boleh juga. Ini telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Apabila mereka minta kami pun sudah bersetujulah okeylah bina, biasanya kita tidak membenarkan ini. Mana-mana satu tempat dalam beberapa konsesi telah dijalankan kami tidak bersetuju seperti ini, tetapi Pulau Pinang kita bersetuju. Selain daripada itu saya suka juga memberitahu kepada Yang Berhormat bagi... DR.6.9.2007 48

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Penjelasan. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, hendak bagi jalan? Yang Berhormat bagi Bagan, sila. Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Memang telah berlaku beberapa pertelingkahan antara kerajaan dengan pihak-pihak berkenaan dan akhirnya kerajaan berjanji. Sebagai alternatif kepada kutipan tol ini kerajaan berjanji dan saya ada jawapan daripada kementerian Yang Berhormat. Saya membawa ucapan penangguhan di sini. Satu, menaik taraf Jalan Chain Feri, Jambatan Tunku Abdul Rahman kepada empat lorong dengan anggaran kos RM54 juta, panjangnya lapan kilometer, belum buat. Itu adalah satu syarat untuk menggantikan kutipan tol ini. Menaik taraf Jalan Tiram Sungai Nyior kepada empat lorong dengan anggaran kos RM30 juta, belum buat lagi. Membina jambatan baru merentasi Sungai Perai dari Jalan Jelawat ke Jalan Taman Bagan dengan anggaran kos RM25 juta. Ini pun belum nampak bayang lagi. Sekiranya mahu membina jalan-jalan yang alternatif dan jambatan-jambatan alternatif ini, anggarannya sangat besar. Jambatan sahaja RM25 juta dan kerajaan memajak seksyen ini kepada BORR RM50 juta. Mengapa tidak mahu tebus balik jalan ini dan diberi percuma kepada rakyat. Tidak mahu menebus balik, mahu membelanjakan lebih wang lagi untuk membuat jalan- jalan dan jambatan-jambatan baru tetapi itu semua belum lagi buat. Tol sekarang semua sudah mula dikutip. Yang Berhormat, ini semua adalah perjanjian kerajaan bukan saya yang cakap dan setakat ini tiada apa-apa permohonan daripada kerajaan negeri. Ini jawapan daripada Yang Berhormat bukan saya yang kata. Mengapa tidak kerajaan negeri sampai sekarang ini tidak mahu memohon untuk melaksanakan cadangan-cadangan yang dibuat oleh Yang Berhormat? Dato' Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, suka saya menjelaskan kepada Ahli Yang Berhormat iaitu dia telah membangkit satu perkara dia kata RM50 juta kita pajak jalan kepada BORR. RM50 juta dia bayar untuk mengambil alih sedikit jalan dan sembilan tahun mereka menyelenggarakan jalan. Sembilan tahun pengguna-pengguna enjoy sahaja jalan itu, itu tidak kirakah? Sembilan tahun mereka, ini fasal projek ini sudah ada banyak masalah. Mengapa kita mempunyai masalah dalam projek ini? Kita mesti mendapat tahu apakah sejarah melaksanakan Butterworth Outer Ring Road, Outer Ring Road. Butterworth Outer Ring Road dan Penang Outer Ring Road, sejarah itu kita mahu juga membina jambatan pada masa itu. Jambatan dari Bagan Ajam ke Bagan Dalam, itulah perancangan pertama. Apabila kita rancang, kita sudah minta okey buat, BORR dulu, buat. Ini PORR dan BORR, satu B, satu P untuk menjalankan kerjasama macam ’BORE’, tidak boleh buat. Semua membantah, bantah sahaja tetapi apa yang jadi akhirnya jambatan itu sudah pindah dari kawasan itu ke Batu Kawan. DR.6.9.2007 49

Oleh sebab kerajaan percaya Batu Kawan mesti dibangunkan sebagai satu kawasan baru untuk memberi lebih kemudahan dan juga lebih pembangunan untuk Pulau Pinang. Kita bersetuju, saya bukan kata tidak boleh tetapi kita mesti mengambil perhatian. Jikalau ada juga jambatan dibina dari Bagan Ajam ke Bagan Dalam, hari ini tidak ada masalah semua trafik dari Pulau Pinang mesti ikut jalan itu. Dia bayar 50 sen atau 70 sen bersama dengan . Ini adalah sejarah saya mahu Yang Berhormat mengambil perhatian. Yang Berhormat telah membangkit beberapa persimpangan bertingkat. Kita terus membina persimpangan bertingkat beberapa tempat. Kawasan Yang Berhormat hari ini lebih elok daripada dulu, kita tidak kira itu kawasan dipunyai oleh Yang Berhormat, kita kira rakyat sahaja. Kita mahu bagi kemudahan kepada rakyat. Apabila kita bagi kemudahan kepada rakyat kita kena belanja duit. Jadi itulah penjelasan daripada saya. Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat sekali lagi saya ingin minta penjelasan. Saya tidak membangkitkan persimpangan bertingkat, di Butterworth mungkin tidak ada persimpangan bertingkat. Saya cuma kata bukankah seksyen ini iaitu Tol Sungai Nyior ini dibina oleh BKE, Butterworth-Kulim Expressway. Yang Berhormat telah pergi ke sana beberapa kali dan juga untuk merasmikan tempat-tempat ini. Ia dibuka kepada trafik sepuluh tahun dahulu mungkin sembilan tahun dahulu tanpa mengutip tol. Bukan BORR yang menyenggara ini, BKE yang jaga ini, Butterworth-Kulim Expressway yang jaga ini. Mana ada satu seksyen, jalan atau lebuh raya yang bertol ada empat traffic light? ■1240 Lebuh raya empat traffic light di bahagian ini dari Seberang Jaya hingga ke MBCT ada empat traffic light. Kami tidak bantah tol di Inderawasih, satu tol, satu jalan, satu jambatan yang baru. Kami tidak membantah tol di Jalan Bagan Ajam satu seksyen jalan dan lebuh raya bertingkat itu semua bina baru, tidak ada orang bantah. Cuma ini Sungai Nyiur sahaja Yang Berhormat. Jadi timbanglah berkenaan dengan seksyen ini sahaja. Dato' Seri S. Samy Vellu: Kenapa sudah kurang kepada 50 sen, mahukah kita kenakan 20 sen. 20 sen kita tidak boleh bayar cukai pun. Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Yang Berhormat pernah berkata siapa-siapa jalan tol itu kita tambah bagi dia 20 sen, pernah Yang Berhormat cakap di sini. Dato' Seri S. Samy Vellu: Jikalau kita mengikuti cadangan Yang Berhormat, jikalau kita mahu juga membatalkan kutipan tol di Sungai Nyiur, tahukah berapa kita kena bayar? RM180 juta, berapa lama kerajaan apabila dapat bantahan sahaja, kita batal kita bayar pampasan- pampasan. Sekarang kita sudah bayar pampasan lebih dari RM2 bilion, sudah dibayar. Duit ini boleh diguna untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan rakyat lagi. Walau bagaimanapun, pandangan Yang Berhormat sedikit susah untuk diterima. Saya jelaskan kepada Yang Berhormat, tetapi Yang Berhormat telah membangkitkan satu perkara iaitu saya janji satu jalan di DR.6.9.2007 50

bawah jambatan untuk orang di sebelah kanan dan kiri boleh berhubung antara satu sama lain, itu sudah buat bukan? Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Itu di Seksyen Inderawasih? Dato' Seri S. Samy Vellu: Sudah buat bukan? Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Belum, apa pun tidak ada. Dato' Seri S. Samy Vellu: Belum? Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Tidak buat. Itu Inderawasih hendak menyeberang lebuh raya ini ke Taman Senangin di Prai, di Prai, tidak buat lagi. Dato' Seri S. Samy Vellu: Itu apabila kita selesai dengan kutipan tol kita boleh arah dia membina itu. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Selesaikanlah Yang Berhormat, kalau hendak panjang Butterworth panggil dia datang pejabat. Dato' Seri S. Samy Vellu: Saya ada banyak lagi Tuan Pengerusi. Ini Kementerian Kerja Raya mana-mana satu perkara kena cakap lama-lama, oleh kerana kementerian ini berbelanja lebih banyak wang kerajaan dan rakyat. Oleh kerana itu Ahli-ahli Yang Berhormat mempunyai hak untuk menyoal saya dan saya bertanggungjawab untuk menjawab kepada mereka. Tuan Huan Cheng Guan [Batu Kawan]: Ini Yang Berhormat Menteri baguslah. Dato' Seri S. Samy Vellu: Yang Berhormat dari Pengkalan Chepa telah minta tempoh konsesi hapuskan tol, dia pun kata hapuskan tol Lebuh Raya Pantai Timur. Kalau hapuskan tol Lebuh Raya Pantai Timur, mana Yang Berhormat sudah balikkah? Kalau kita hapuskan tol, sekarang pun tol dia orang bayar rendah, tol yang dikenakan dari Karak ke Kuantan lebih rendah daripada tol-tol yang dikenakan di tempat-tempat yang lain. Walau bagaimanapun, tol dari Kuantan ke Kuala Terengganu masih ditetapkan oleh kerajaan. Kita belum sampai masa untuk menetapkan tol itu. Pengkalan Chepa juga telah meminta bilangan pegawai-pegawai dan kakitangan yang dibayar COLA, iaitu 9,195 orang pegawai JKR, 768 pegawai Kementerian Kerja Raya. Tuan Pengerusi, suka juga saya menjawab kepada Ahli Yang Berhormat dari Ledang, beliau minta apakah golongan profesional sahaja diberi latihan. Program latihan JKR melibatkan semua iaitu semua staf atau pegawai-pegawai dan juga kakitangan JKR termasuk golongan profesional dan sokongan. Golongan profesional mesti diambil kira sebagi golongan yang penting. Kita mesti mempertingkatkan pengetahuan dan knowledge mereka untuk menjaga kepentingan pembinaan yang sedang berlaku, jambatan-jambatan juga ada masalah. Kita mahu juga pegawai-pegawai profesional untuk menjaga, mereka bentuk dan juga mengawasi kerja-kerja dan lain-lain. Yang Berhormat juga telah bertanya adakah latihan masih dibuat di Ikram dengan menggunakan peruntukan RM5.6 juta untuk 2007. DR.6.9.2007 51

Peruntukan diberikan untuk latihan masih menggunakan khidmat Ikram dan peruntukan sebanyak RM2.8 juta digunakan untuk latihan di Ikram juga. Tuan Pengerusi, saya suka juga menjawab kepada Ahli Yang Berhormat dari Pensiangan. Beliau minta Jalan Tambunan-Ranau dan Jalan Tambunan-Munyak termasuk dalam peruntukan tambahan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jalan Tambunan Munyak... Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Monyuk Yang Berhormat. Dato' Seri S. Samy Vellu: M-O-N-Y-UK [Sambil mengeja ] Monyuk... Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Monyuk. Dato' Seri S. Samy Vellu: ... termasuk dalam peruntukan tambahan kecuali di kawasan projek-projek cerun yang masih di bawah kontrak sedia ada. Manakala Jalan Tambunan-Ranau adalah Jalan Negeri di bawah skop peruntukan tambahan ini tidak ada. Saya suka juga menjawab kepada Ahli Yang Berhormat dari Rembau, Yang Berhormat telah meminta pemasangan papan tanda keselamatan jalan raya. JKR mempunyai program tahunan pemasangan papan tanda keselamatan jalan dan amaran melalui program seperti program kawasan-kawasan yang diklasifikasikan sebagai kawasan kemalangan. Pemasangan papan tanda polis untuk menunjukkan lokasi perangkap had laju adalah polisi PDRM bukan di bawah tanggungjawab JKR. Yang Berhormat Bagan juga telah minta satu lagi soalan tadi, ini berkenaan dengan ini jambatan kita sudah jawab. Yang Berhormat dari Labis telah membangkit... Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Bukan Labis Yang Berhormat, Lipis. Dato' Seri S. Samy Vellu: Ya? Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Lipis. Labis Menteri Yang Berhormat. Dato' Seri S. Samy Vellu: Lipis, minta maaf. Pakai cermin mata lebih susah. [Sambil menanggalkan cermin matanya] [Ketawa] Yang Berhormat, bertanya tentang Jalan Persekutuan laluan 8 antara Bukit Tujuh, Padang Tengku, Gua Musang, termasuk dalam peruntukan tambahan kerana banyak kerosakan jalan yang berlaku. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kawasan-kawasan yang dimaksudkan akan diambil kira untuk pembaikan peruntukan tambahan ini. Hanya untuk pembaikan pavement sahaja dan tidak meliputi pembaikan cerun. Akhir sekali Tuan Pengerusi, Ahli Yang Berhormat dari Maran telah membangkit isu berkenaan dengan pembaikan Lebuh Raya Pantai Timur apabila siap. Pembaikan ini adalah pembaikan berkala schedule maintenance, dengan izin. Di Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak terdapat sedikit lagi kerja cerun yang akan diselesaikan sebelum musim perayaan yang bakal menjelang. ■1250 Tuan Pengerusi, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas perkara-perkara-perkara yang telah dibangkitkan tadi. DR.6.9.2007 52

Dato' Haji Hasan bin Malek [Kuala Pilah]: Kuala Pilah. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Minta penjelasan, Yang Berhormat Menteri. Bolehkah bertanya satu soalan? Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukup. Sudah. Dato' Seri S. Samy Vellu: Yang Berhormat tidak bertanya tadi. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Saya tidak minta hendak bertanya tadi. Tadi, Yang Berhormat beritahu saya bahawa kerja-kerja pelebaran Lebuh Raya Ipoh - Lumut akan dibina jejantas, saya hendak tahu di mana di sepanjang jalan itu akan dibina jejantas tersebut dan anggarannya bila kerja-kerja itu akan dimulakan? Buat masa ini penduduk-penduduk, orang kampung di sana mengeluh dan merasa tidak puas hati. Saya risau dalam kalau dalam jangka masa ini akan berlaku kemalangan jalan raya. Lebih-lebih lagi ada sebuah sekolah di sana iaitu sekolah Menengah Pusing. Penduduk-penduduk kena melintas Lebuh Raya Ipoh - Lumut itu. Kita tidak hendak tragedi berlaku di dalam jangka masa tersebut jadi perlulah beri anggaran tempoh bila kerja-kerja bermula dan di manakah jejantas akan dibina. Terima kasih. Dato' Seri S. Samy Vellu: Terima kasih Ahli Yang Berhormat dari Batu Gajah. Masalah ini berkenaan dengan jalan Lumut yang sedang dibina itu. Orang yang membangkitkannya dulu ialah seorang menteri. Dia banyak gaduh dengan saya. Duduk di tepi saya. Sekarang ini tidurkah? [Bertanya kepada Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi (Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik)] [Dewan riuh dengan ketawa] Dia telah membangkitkan perkara ini iaitu dekat dengan kawasan dia. Dia minta beberapa perkara mesti diselesaikan. Saya pun sudah berbincang dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak. Sekarang saya minta Ketua Pengarah Kerja Raya untuk mengkaji bagaimana kita boleh menunaikan janji penduduk-penduduk di tepi jalan, bagaimana keselamatan itu boleh dilakukan dan juga pembinaan beberapa jejantas untuk penuntut dan rakyat biasa boleh menggunakannya. Oleh kerana apabila jalan ini sudah selesai saya percaya, walaupun kita mengehadkan kelajuan kepada 60 atau 70 kmj, mereka guna 170 kmj. Ini tidak boleh di kontrol. Jadi, kita suka mengambil pandangan-pandangan, apakah mesti dibuat untuk menjaga kepentingan keselamatan pengguna-pengguna dan juga penduduk-penduduk di tepi jalan Ipoh - Lumut. Terima kasih. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Yang Berhormat Menteri, kalau ada minta pandangan bolehlah jemput saya bersama agar penduduk dan pengundi saya di kawasan Batu Gajah juga boleh mendapat satu jalan yang selamat. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah, Yang Berhormat. Selesai. Dato' Seri S. Samy Vellu: Di masa akan datang bila saya pergi ke Lumut, saya ambil beg kecil, sudah. Batu Gajah ... tapi saya ambil kira semua rakyat. Kita bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan semua rakyat yang ada di tepi jalan raya. DR.6.9.2007 53

Dato' Haji Hasan bin Malek [Kuala Pilah]: Termasuk yang Kuala Pilah tadi, Yang Berhormat. Yang Jalan Seremban - Kuala Pilah tadi. Dato' Seri S. Samy Vellu: Yang Berhormat telah membangkitkan berkenaan dengan kawasan rehat dan rawat, dan juga jalan yang sedang di bina. Itu adalah dalam pertimbangan, Yang Berhormat. Apabila selesai saya akan menulis surat kepada Yang Berhormat apakah keperluan yang akan diberi kepada kawasan itu. Saya suka mengucapkan terima kasih, Tuan Pengerusi, dan juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di atas minat mereka untuk membangkitkan beberapa perkara dalam kementerian Ini. Jikalau Ahli-ahli Yang Berhormat tidak membangkitkan isu-isu, saya percaya isu-isu ini tidak dapat diselesaikan. Terima kasih, di atas pandangan-pandangan dan semua perkara dapat diselesaikan. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM236,500,000 untuk Maksud B.27 di bawah Kementerian Kerja Raya jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM236,500,000 untuk Maksud B.27 diperintahkan jadi daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima permohonan daripada Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Sumber Manusia untuk bertukar giliran. Oleh itu saya bersetuju supaya Kementerian Sumber Manusia didahulukan.

Maksud B.46 [Jadual] – Maksud P.46 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2007] –

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Kepala Bekalan B.46 dan Kepala Pembangunan P.46 di bawah Kementerian Sumber Manusia terbuka untuk dibahas. Ya, Bukit Mertajam.

12.55 tgh. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ada dua perkara di sini, RM47 juta untuk dana tambahan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi program automotif oleh para penyelia latihan. Saya ingin tahu lebih mendalam mengenai program ini kerana ada mekanik-mekanik yang berjumpa dengan saya memberitahu bahawa ada orang berjumpa mereka dan ingin persuade mereka dan meyakinkan mereka untuk menyertai program-program supaya mereka boleh mendapat satu sijil dan dengan sijil itu barulah mereka boleh membuka satu kedai untuk memperbaiki motosikal. Untuk mendapat sijil mereka mesti membayar bagi program latihan itu. Saya pun tidak ingat, tetapi lebih kurang RM2,000 termasuk satu sijil yang diberi oleh JPJ. Sijil itu berharga RM600. Jadi, saya kurang faham, kalaulah program PTPK sudah memberi satu sijil, mengapa DR.6.9.2007 54

dia mesti mendapat satu sijil lagi dari JPJ baru dia boleh membuka kedai membaiki motosikal ataupun motokar? Jadi, saya ingin mendapat penjelasan sama ada ini satu program yang benar-benar dijalankan oleh kementerian ataupun ada orang lain yang Cuma hendak mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan atau untuk menipu pekedai-pekedai ini. Mereka pun sekarang sudah ada kedai. Seorang Ahli: [Menyampuk] Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ha, ya. Ini memang dari Juru. Bukit Tengah. Jadi, saya tidak tahulah sama ada Yang Berhormat dari Batu Kawan ada menerima ... Tuan Huan Cheng Guan [Batu Kawan]: Yang Berhormat, saya minta penjelasan. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Boleh. Tuan Huan Cheng Guan [Batu Kawan]: Bagi kawasan Parlimen saya, saya pun tidak pernah dengar program ini lagi? Memang tidak pernah. Kalau Yang Berhormat tahu di mana- mana bolehlah maklumkan ataupun kita minta menteri beri penjelasan berhubung dengan program ini. Terima kasih. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Batu Kawan ini cakap seperti dia menteri. Saya ingat dia mahu kata, kalau ada apa-apa aduan boleh sampaikan kepada dia. Ha, itulah kerana Yang Berhormat kurang turun padang. [Ketawa] Orang Juru sepatutnya pergi berjumpa Yang Berhormat, tetapi mereka berjumpa saya pula tetapi tidak apalah, kita memang wakil rakyat... Tuan Huan Cheng Guan [Batu Kawan]: Tidak apalah. Yang Berhormat minta bertanding di Batu Kawanlah. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Mungkin jugalah. Mana tahu, pilihan raya belum sampai lagi. Tuan Pengerusi, saya ingin mendapat makluman berapa pelatih telah menyertai program ini. Bagi setiap pelatih berapakah perbelanjaannya...ataupun how much you need for seorang pelatih. Ini untuk berapa orang dan bilakah diadakan program ini? Di manakah pusat-pusat latihan ini? Adakah ia di Bukit Mertajam? Saya tidak dengar, saya tidak tahu macam mana ia dilaksanakan, walaupun ada orang yang approach mereka untuk menyertai program latihan ini. Saya juga dapati bahawa selain daripada program automatif ini, ada program-program yang lain. Jadi, saya mintalah Yang Berhormat Menteri boleh memberitahu apakah program- program yang lain itu. Saya difahamkan bahawa kaum-kaum bukan Melayu khasnya orang Cina kurang menyertai, ataupun dia kata kurang minat program-program latihan seperti ini kerana MCA dan Pemuda MCA mengatakan mereka akan menghebahkan atau menolong untuk menarik lebih ramai lagi. Di sini saya rasa ada sedikit masalah kalau ia tidak menarik minat pemuda Cina dan orang India. Pada pendapat saya sahajalah, mungkin ia ada masalah dengan bahasa penghantarannya. Sekiranya orang yang menyertai program-program latihan ini biasanya mereka DR.6.9.2007 55

ini merupakan drop out. Mereka tidak bersekolah di peringkat sekolah menengah. Itu most probably. Kemungkinan besar kerana kelayakan akademik mereka bukanlah begitu baik. Mengapa begitu? Ini kerana mereka tidak boleh menguasai bahasa Malaysia iaitu bahasa penghantarannya. Sekiranya ini adalah sebabnya, saya rasa mungkin adalah baik kalau mengadakan program latihan ini dalam pelbagai bahasa. Kalau dia fasih berbahasa Mandarin, gunakan bahasa Mandarin. Kalau bahasa Tamil yang dia pandai, gunakan bahasa Tamil. Kalau bahasa Kadazan yang dia pandai, gunakanlah bahasa itu. Inilah yang disediakan supaya mereka boleh mencari rezeki pada masa hadapan dan tidak menjadi masalah sosial, tidak menjadi peragut dan tidak menjadi perompak. Saya rasa kita mesti lebih berpandangan luas, janganlah setiap kali mesti menggunakan bahasa Malaysia. Kita semua boleh bertutur bahasa Malaysia, bukan tidak boleh, tetapi untuk mempelajari ilmu, ia mungkin ada masalah. Ada sesetengah pekerjaan atau tugas itu mesti dijalankan dalam bahasa Mandarin kerana pelanggannya hanya mereka yang boleh bertutur dalam bahasa Mandarin. Jadi, kalau dia hendak mengupah atau menggaji pekerja, dia mestilah tahu berbahasa Mandarin. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Habiskan ucapan Yang Berhormat. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Kalau tidak, susahlah. Macam mana hendak buat business? Jadi, kalau ia mensyaratkan iaitu menggunakan bahasa Mandarin atau fasih dalam bahasa Mandarin dia kata ini diskriminasi, tetapi dalam bidang yang lain dia kata mesti guna bahasa... [Disampuk] Ha, kalau faham, baguslah. Negara kita yang berbilang kaum, banyak bahasa, gunakanlah banyak bahasa untuk bidang-bidang latihan ini. Terima kasih. Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: [Bangun] Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Bagan. Saya ingat Bagan sambung sebelah petang. Majlis mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob] mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan yang mulia ditangguhkan sehingga 2.30 petang.

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.04 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang Di Pertua [Datuk Lim Si Cheng] mempengerusikan Jawatankuasa]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat mesyuarat disambung semula, Majlis dalam jawatankuasa. Yang Berhormat Bagan sudah habis ucapan? Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Baru nak mula Tuan Pengerusi. DR.6.9.2007 56

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baru hendak mula? Sila-sila.

2.32 ptg. Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Tuan Pengerusi Butiran B.46 Perkara 1 iaitu RM47 juta diperuntukkan untuk dana tambahan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran bagi program automotif. Tuan Pengerusi di kawasan Perindustrian Perai terdapat sebuah Institut kemahiran membaiki automotif dan setahu saya pada satu masa dahulu ia telah diswastakan. Tetapi pada masa sekarang institut ini telah ditutup malah bangunan pun telah runtuh dan kawasan-kawasan telah menjadi semak samun. Saya meminta menteri memberitahu mengapa ini berlaku dan sama ada rancangan untuk memulihkan institut ini. Tuan Pengerusi saya juga dengar kawan-kawan iaitu pemilik-pemilik kedai mekanik atau membaiki kereta berkata, ada pelatih-pelatih lepasan institut datang untuk mencari kerja dan mereka datang dengan menunjukkan sijil-sijil yang diperoleh. Setelah diambil untuk pekerja pemilik-pemilik atau taukeh-taukeh kedai membaiki motor atau kereta mendapati pelatih-pelatih ini tidak cekap dalam bidang ini dan mereka perlu bekerja sebagai pelatih-pelatih, bermula dari awalnya. Bukankah satu petunjuk bahawa walaupun pelatih-pelatih mungkin telah belanja dua tahun dalam institut atau pusat-pusat latihan, tetapi tidak memperoleh pengalaman yang sepenuhnya untuk bekerja sebagai seorang mekanik. Dalam hal ini adakah kerajaan bercadang supaya menghantar pelatih-pelatih untuk terus pergi ke kedai-kedai membaiki motor atau kereta supaya mereka dapat pengalaman atau skil yang benar-benar dalam bidang ini dan kerajaan boleh memberi subsidi kepada pekedai-pekedai atau tuan-tuan punya kedai untuk sejumlah subsidi yang boleh kemudian disalurkan balik kepada pelatih-pelatih ini. Misalnya kerajaan memberi subsidi RM200 atau RM300 kepada pekedai, dan pekedai menambah pula memberi lagi RM200 – RM300 kepada pelatih supaya pelatih dapat RM600 satu bulan pada masa beliau berlatih. Mungkin selepas satu tahun, dua tahun pelatih ini betul hari-hari dapat belajar skil di dalam bidang ini dan ini boleh menjimatkan perbelanjaan kerajaan dan juga boleh menjimatkan masa pelatih-pelatih dan dapat menjadi seorang mekanik yang berpengalaman. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Tangga Batu, selepas itu Pasir Puteh, kemudian kementerian boleh jawab.

2.37 ptg. Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya pun akan bercakap perkara yang sama maksud B.46 Kementerian Sumber Manusia pecahan 1 iaitu peruntukan sebanyak RM47.79 juta terhadap dana tambahan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran. DR.6.9.2007 57

Tuan Pengerusi saya pohon supaya pihak kementerian memerhatikan apabila pelatih- pelatih yang tamat mengikuti program-program automotif dan juga program-program yang lain di bawah kementerian ini yang telah memiliki sijil, yang ada logo kerajaan Malaysia dan logo kementerian tetapi tidak diterima oleh agensi-agensi kerajaan yang lain. Ini mungkin akan menjejaskan kredibiliti, kewibawaan kementerian sendiri. Sebagai contoh Tuan Pengerusi seorang yang memiliki sijil ini ingin membuka syarikat membekalkan perkhidmatan pembaikan kenderaan dan sebagainya. Sijil daripada Kementerian Tenaga Manusia ini tidak diiktiraf sebagai melengkapi syarat-syarat yang dikenakan oleh agensi kerajaan yang lain terhadap penubuhan syarikat membekal perkhidmatan membaiki automotif dan sebagainya. Perkara yang kedua Tuan Pengerusi suka saya bangkitkan di sini ialah bagaimana pihak kementerian boleh melihat akademi-akademi atau pun pusat-pusat latihan yang disediakan oleh kerajaan negeri yang pastinya menghadapi masalah kewangan dan sebagainya boleh dana ini boleh digunakan untuk membantu akademi-akademi kemahiran di peringkat kerajaan negeri bagi membantu Kementerian Sumber Tenaga Manusia melahirkan tenaga-tenaga belia, pemuda yang berkepakaran dan berkemahiran di dalam bidang-bidang ini. Itu sahaja terima kasih Tuan Pengerusi.

2.39 ptg.

Dato’ Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Terima kasih Tuan Pengerusi saya ada satu soalan sahaja atau pun pertanyaan mengenai butiran B.46(i) sebanyak RM47,790,000 ini itu hebat peruntukan ini. Walau bagaimanapun kita akan sokong untuk lulus. Tetapi adakah PTPK ini mengambil kira tentang bagaimana nak survivor sosial atau pun nak stabilitikan sosial di kalangan remaja ini yang lepasan daripada pusat-pusat serenti. ■1440 Kita kalau bina pun 28 pusat serenti, 28 buah lagi pun akan penuh, tetapi apakah alternatif sebagai satu jalan keluar selain daripada kita berehat di sana memberi ubat tetapi kita juga perlu memberi satu jalan untuk peluang-peluang latihan kemahiran. Bukan sahaja automotif, barangkali kita perluas kan kraf tangan -kraf yang boleh menjana ekonomi dan kita beri peluang kepada mereka untuk menjadi usahawan. Saya rasa ini salah satu daripada usaha yang patut diambil dengan seriusnya saya rasa untuk membasmi gejala-gejala. Walaupun dadah ini di bawah kementerian lain, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, tetapi AADK ini harus berkongsi sama dengan tenaga manusia Tuan Pengerusi. Bagi saya ini satu bencana musuh negara yang paling ketat, yang paling utama. Dahulu komunis, sudah tidak ada. Sekarang ini ialah dadah. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri? Itu sahaja. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri, sila. Boleh jawablah.

DR.6.9.2007 58

2.41 ptg. Menteri Sumber Manusia [Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn]: Terima kasihlah Tuan Pengerusi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beberapa Ahli Yang Berhormat yang telah beri pandangan mereka. Ahli Yang Berhormat dari Bukit Mertajam telah sebutkan tentang adanya dia dengarlah adanya satu pusat latihan yang perlukan yuran yang tinggi, iaitu RM2,000.00 untuk latihan dan juga selepas itu perlulah bayar satu yuran pendaftaran untuk dapat sijil JPJ dari segi mekanik tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Bukit Mertajam, memang kursus tersebut tidak di izin oleh Kementerian Sumber Manusia. Sebenarnya pusat-pusat latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Sumber Manusia diiktiraf berasaskan kepada kelengkapan, berasaskan kepada pengajar dan juga kita tentukan mereka beri latihan yang sempurna untuk mendapat Sijil Kemahiran Malaysia. Selain dari itu, apa sahaja yang lain dari itu, itu terpulanglah kepada pelatih dengan budi bicara dengan pusat latihan. Saya ingin arah kementerian saya untuk menentukan semua pusat-pusat yang ditauliahkan oleh Kementerian Sumber Manusia tidak akan kenakan kursus-kursus tersebut dengan yuran-yuran yang tinggi dengan ketaranya. Ahli Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam juga bertanya selain dari mekanik itu, ada apa kursus yang lain? Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Peraturan Mesyuarat. Yang Berhormat, saya ingat tak payah jawablah. Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam pun tak ada. Jawab bertulis sahajalah. Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn: Okey. Lain-lain kursus adalah CNC machine... Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, itu tidak perlu rujuk kepada Peraturan Mesyuarat. Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn: Ahli Yang Berhormat bagi Bagan juga telah sebut berkaitan dengan... Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Pengerusi, adakah itu satu amalan di mana seseorang ahli yang tidak ada di sini, tidak perlu dijawab? Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, saya sudah jawab. Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Ya?? Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Perlu rujuk kepada Peraturan Mesyuarat. Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Ya, dia belum habis jawab, dia terus lari ke lain orang. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, dia sudah jawab tadi. Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn: Saya ada jawab. Saya ada jawab soalan-soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam ini. Yang Berhormat Bagan telah sebut berkaitan dengan ILP ini. Memang kementerian saya faham, prihatin tentang keadaan ILP tersebut kerana ia merupakan satu rancangan penswastaan yang telah gagal dan baru-baru ini dengan izin Kabinet atau Jemaah Menteri, Kementerian Sumber Manusia telah mengambil alih Institut DR.6.9.2007 59

Latihan Prai itu dan kita akan menggunakan satu peruntukan yang cukup untuk membaik pulih institut latihan tersebutlah. Berkaitan dengan tuduhan Ahli Yang Berhormat bahawa ada pelatih-pelatih yang mendapat sijil tetapi didapati tidak fasih. Memang mengikut rancangan yang ditentukan oleh Kementerian Sumber Manusia, Sijil Kemahiran Malaysia itu ada lima tahap. Tahap satu, tahap dua, tahap tiga, tahap empat, dan tahap lima. Kemungkinanlah, pelatih tersebut dapat tahap permulaan sahaja. Dia dipertanggungjawab untuk melaksanakan kerja yang lebih berat. Namun demikian, kita akan terus kawal selia supaya semua latihan yang ditawarkan oleh pusat-pusat latihan itu adalah mengikut kurikulum, adalah mengikut kualiti yang telah ditentukan. Ahli Yang Berhormat bagi Bagan telah juga cadangkan satu attachment di mana pelatih-pelatih dihantar ke workshop untuk kerja supaya dia boleh dapat hands-on dengan izin, experience. Sebenarnya itu merupakan satu rancangan baru yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Sumber Manusia iaitu dual training scheme dengan izin ini di mana pelatih-pelatih kita hantar mereka ke tempat kerja, misalannya ke workshop dan mereka ada lebih kurang 80 peratus masa latihan dalam workshop tersebut dan 20% itu adalah kuliah di institut-institut latihan. Dengan adanya rancangan tersebut dan kita juga bagi subsidi kepada pelatih dan kepada majikan yang ambil bahagian supaya pelatih-pelatih tersebut memang fasih, memang ada hands-on experience dengan izin. Ahli Yang Berhormat bagi Tangga Batu telah sebutkan bahawa sijil-sijil kemahiran Malaysia itu tidak diiktiraf oleh agensi-agensi yang lain. Sebenarnya baru-baru ini di bawah Akta MQA, Malaysian Qualification Agency yang telah diluluskan baru-baru ini di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Sijil-sijil yang ditauliahkan oleh Kementerian Sumber Manusia tahap satu, dua, tiga, empat dan lima ada tempat dalam MQA tersebut dan diberi pengiktirafan yang sempurna. Jadi dengan adanya skim tersebut memang saya rasa tidak ada keraguanlah lagi. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat bagi Tangga Batu, baru-baru ini saya diberitahu Sijil Kemahiran Malaysia yang ditawarkan oleh sudah mendapat pengiktirafan dari pihak-pihak yang berkuasa di Australia. Mereka terima sijil ini sebagai satu sijil yang boleh mengizinkan pelatih tersebut memasuki kursus-kursus yang lebih tinggi di college -polytech dan sebagainya. Berkaitan dengan bagaimana Kementerian Sumber Manusia boleh memberi bantuan kepada institut-institut latihan yang dikendalikan oleh kerajaan negeri, memang kementerian saya akan terus bekerjasama dengan institut-institut termasuklah institut-institut di Melaka supaya pelatih-pelatih yang diambil oleh institut tersebut kita boleh bagi mereka panduan. Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Tuan Pengerusi, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri sedikit. Baru-baru ini ada satu kumpulan pelawat dari kementerian. Terima kasih saya ucapkan kerana menghantar kumpulan pelawat ini untuk melawat serta mengkaji sedikit-sebanyak tentang perkembangan Akademi Kemahiran Melaka DR.6.9.2007 60

dan saya telah pun diberi jawapan. Saya isytihar kepentingan Tuan Pengerusi selaku Pengerusi Akademi Kemahiran Melaka. Ada elaun punya jawatanlah, National Service. Jadi... Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat sedikitlah, Yang Berhormat banyak libatlah. Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Ya, saya menghormati Menteri kerana Menteri menghantar kerana menunjukkan minat tetapi hasilnya agak mendukacitakan, kerana pihak kementerian tidak mempunyai sebarang dana bagi membantu pembangunan Akademi Kemahiran Melaka ini. Namun begitu, bolehkah pihak Yang Berhormat Menteri untuk melihat di manakah ruang boleh membantu ini? Saya juga mengalu-alukan pemimpin masyarakat daripada Parlimen Rembau, Tuan Pengerusi. [Tepuk]. Selamat datang ke Parlimen, Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, ini tak ada berkaitan dengan Batu.... Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: [Ketawa]. Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Tangga Batu, kementerian saya dalam proses untuk memintalah daripada pihak berkenaan untuk menambah peruntukan kepada tabung tersebut iaitu sebanyak RM130 juta. Saya rasa apabila cadangan tersebut dibawa ke Dewan Rakyat ini, saya haraplah Ahli Yang Berhormat boleh beri sokongan supaya kita ada lebih banyak elaun, boleh beri lebih banyak bantuan kepada pelatih ini. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Penjelasan sedikit Yang Berhormat. Saya hendak tahu sama ada program ini boleh kita buat di setiap kawasan-kawasan Parlimen supaya masyarakat yang ada di luar bandar, kadang-kadang dia hendak pergi ke sesuatu tempat itu agak jauh. Jadi dia boleh berlatih di dalam kawasan Parlimen ataupun di tengah-tengah kawasan Parlimen yang berdekatan. Contohnya antara Jerai dengan Merbok. Jadi kita boleh adakah satu centre latihan di situ supaya penduduk dan masyarakat di situ boleh masuk ke pusat latihan tersebut. ■1450 Adakah perancangan pihak kementerian akan mengadakan. Kalau boleh setiap Parlimen satulah macam kita katakan Pusat Giat MARA… Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat ini bukan dasarlah. Menteri boleh jawab semasa jawapan kepada dasar. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Kebetulan hendak masuk itu sedikit Tuan Pengerusi. Masuk sedikitlah Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Kalau hendak masuk kena cari tempat sesuai… Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Ini tempat sesuai. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: …masa sesuai. DR.6.9.2007 61

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Ini masa sesuailah Tuan Pengerusi. Menteri pun ada Tuan Pengerusi. [Ketawa]. Terima kasih Tuan Pengerusi ya. Jangan marah ya. Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn: Cadangan Ahli Yang Berhormat Jerai itu amat baiklah. Saya akan kaji. Sebenarnya saya telah bersetuju kita boleh hantar borang-borang untuk memasuki berlatih kepada Institut Latihan Perindustrian Kementerian Sumber Manusia dan juga borang-borang untuk pelatih-pelatih memohon pinjaman tersebut kepada setiap Ahli Yang Berhormat supaya Ahli-ahli Yang Berhormat boleh tolong di kawasan-kawasan tersebut. Kita boleh carilah pemuda pemudi yang perlu kita tolong supaya mereka boleh dilatih sebagai pekerja-pekerja yang mahir dan dari segi pusat-pusat, memang kita akan menggalakkan penubuhannya di seluruh negara supaya pelatih-pelatih tersebut tidak payah datang ke Kuala Lumpur atau Pulau Pinang. Dia boleh duduk di kampung dan dapat latihan. Sebenarnya sekarang kita ada pusat-pusat tersebut di banyak tempat. Raub juga ada, Kuala Lipis itu ada dan sebagainya. Di Kedah juga ada tapi kita akan kajilah cadangan tersebut. Ahli Yang Berhormat dari Pasir Puteh tanya tentang bagaimana kementerian saya boleh tolong pusat-pusat latihan dari segi sustainability. Saya baru-baru ini kita akan diberilah, kementerian saya akan cubalah minta peruntukan yang lebih 130 juta. Dengar telah diluluskan oleh pihak EPU tapi kita juga perlu minta izin dari Kementerian Kewangan sebelum kita dapat duit tersebut. Apabila kita dapat duit tersebut, barulah kita boleh tolong lebih banyak pusat-pusat. Sekian sahaja Tuan Pengerusi dan saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang ambil bahagian ini. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM68,005,000 untuk Maksud B.46 di bawah Kementerian Sumber Manusia jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM68,005,000 untuk Maksud B.46 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual. Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM10 untuk Maksud P.46 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2007 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM10 untuk Maksud P.46 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2007.

Maksud B.29 [Jadual] – Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Kepala bekalan B.29 di bawah Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi terbuka untuk dibahas. Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Tuan Pengerusi bagaimana dengan Maksud B.28? Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: 29? DR.6.9.2007 62

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Bukan 28 belum lagi. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, baik. Jadi sebab Yang Berhormat, tadi memang kelulusan telah diperoleh untuk membenarkan kedua-dua kementerian tukar. Jadi selepas ini, pengangkutan nanti akan ambil giliran sepatutnya Sumber Manusia. Jadi tadi telah dipersetujui dan telah diumumkan. Bolehlah kita, sekarang bincang ini Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Ya, Yang Berhormat Jerai dan selepas itu Yang Berhormat Tuaran.

2.54 ptg. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi saya dari segi SPAN ataupun bekalan air di bawah kementerian Dato’’ lah. Jadi saya berharap… Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Di bawah kementerian? Kementerian Dato’? Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Kementerian Komunikasi. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: You kata Kementerian Dato’. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Kementerian Air dan Komunikasi. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Sebab banyak Dato’ di sini. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Fasal saya tengok Dato’ Menteri. [Ketawa]. Ini… Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Kementerian KTAK. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Ketaq? [Ketawa]. Oh, kementerian KTAK. Apabila kita tubuh suruhanjaya, saya berpendapat bahawa tarif kerana kita dapati hari ini kerajaan telah membelanjakan banyak duit, kita swastakan kepada syarikat- syarikat untuk menyelamatkan kos kebocoran yang air hilang itu. Jadi apabila syarikat tersebut telah berjaya untuk menyelamatkan kos pembaziran air yang hilang, saya berharap bahawa tarif itu sepatutnya bukan dinaikkan tetapi diturunkan. Kerana air tidak membazir lagi. Jadi kalau 1,000 gelen turun daripada empangan, dia akan sampai ke rumah 1,000 gelen juga, tetapi kalau kita naikkan tarif air, dia akan menambahkan lagi masalah kepada orang-orang yang berpendapatan kecil. Jadi adakah pihak kerajaan akan mempertimbangkan semula kerana kita lihat apabila kita menswastakan sesuatu, selalunya dia win-win. Dato' Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Penjelasan. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Hadhari. Ya sila-sila. Dato' Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Saya tengok di Kelantan, hanya air sampai ke rumah apabila dirawat, lebih kurang 60%. 40% masuk ke tanah sebab paip lama sebelum Perang Dunia Kedua atau selepas Perang Dunia menteri? Minta maaf Yang Berhormat Menteri. Maka apa pandangan Jerai kalau kita naik tarif air, harga meningkat, air sampai rumah tidak banyak, makna kerajaan rugi, rakyat rugi. Bagi saya rakyat Kelantan memang rugi. Rugi DR.6.9.2007 63

serugi-ruginya. Sebab Kelantan ini di perintah oleh pembangkang, dia tidak berduit banyak untuk tukar paip. RM1 bilion lebih. Terima kasih. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Jadi air tidak sampailah? Dato' Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Tapi sikit. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Air sampai tapi sikit. Jadi saya ingat kita kena tukar… Dato' Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Paip sahaja masuk. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Dato’ Menteri? Dia punya air macam kita punya cakap air. Ayaq, ayaq. Dia tidak fahamlah seperti… Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Air, air. [Menyebut Bahasa Cina]. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: …tadi Yang Berhormat kata apa katak ke? Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: Ini air kenapa jadikan ayaq? Saya ingat ayah? [Ketawa]. Saya ingat saya punya bapa, ayah. [Ketawa]. Sama-sama ayaq nak air sama-sama. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Ini bahasa baku. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Betul ke Yang Berhormat ini bukan bapa Menteri ya? Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Bukan, bukan, bukan. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ha, air. Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: Ini Pasir Puteh kata lain, dia ayaq. Apa dia? Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Dia punya air tidak sampai Dato’ Menteri. Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: You punya ayaq sampai. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: [Ketawa] Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: Saya punya ayaq pergi mana pun saya tidak tahu. [Ketawa]. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Terima kasih. Jadi bermaknanya Kerajaan Kelantan pun kena, mana pergi dah? Air sudah lari. Jadi Kerajaan Kelantan kena samalah mengikut dengan perancangan Kerajaan Persekutuan iaitu kita swastakan, kita baik pulihkan kerana air ini adalah keperluan masyarakat dan saya tidak faham Tuan Pengerusi, kenapa apabila kita masih macam di ibu kota ini. Setiap rumah dia kena pakai filter untuk menapis air yang untuk kegunaan sedangkan kita sudah ada sistem perairan yang baru. Kita sudah swasta syarikat ini, telah mengadakan pusat rawatan air dia tetapi boleh dikatakan majoritilah di ibu-ibu kota ini dan di tempat-tempat yang sistem perawatan air ini telah dipertingkatkan juga menghadapi masalah kerana air dia kadang-kadang tidak boleh diminum terus. Yang terbaiknya Tuan Pengerusi apabila kita buka pancur, air itu kita boleh minum terus. Itu maknanya air dirawat dengan baik dan boleh diguna oleh manusia. Kita takut air-air yang DR.6.9.2007 64

tidak bertapis, yang bertapis ini tidak ditapis dengan sebaik mungkin dan ia akan mendatangkan masalah kesihatan apabila orang itu minum air. Kita tengok sesetengah negara maju, kita tak payah belilah mineral water, sekarang ini kita terpaksa beli air minuman dalam botol, air mineral kerana mungkin air daripada paip ini tidak begitu bersih. Bolehkah menteri bagi jaminan bahawa air… Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Pendang. Dia pun tidak faham apa dia ayaq,ayaq… Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Tak, tak. Dia faham Tuan Pengerusi. Dr. Mohd. Daud bin Tarihep [Pendang]: Faham, faham, faham… Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Ini satu negeri Tuan Pengerusi. ■1500 Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Yang Berhormat Jerai, terima kasih Tuan Pengerusi. Berhubung dengan penapis air yang ditapis dan orang ramai terpaksa menggunakan air tapis ini, tetapi sekarang ini banyak tempat-tempat atau pusat penapisan air yang menjual. Misalnya air ria, banyak kedai-kedai yang meletakkan mesin air ria di hadapan kedai kemudian bawa satu tong besar dan membeli air ria itu dengan kos yang agak membebankan pengguna. Jadi apakah Yang Berhormat ingin menasihatkan kerajaan ataupun memberi pandangan kepada kerajaan supaya perkara ini dilihat, supaya tidak membebankan pengguna yang terpaksa membeli air ria untuk diminum? Kerana air yang dibekalkan oleh paip-paip biasa ini dirasakan tidak selamat untuk diminum. Terima kasih. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Saya bersetuju Yang Berhormat fasal apa kalau kita sudah swasta, kita sudah ada Suruhanjaya Air Negara, jadi saya amat berharap sistem bekalan air kepada masyarakat ini, susah saya hendak perbetulkan bahasa ini Tuan Pengerusi, tidak berupaya. Sistem bekalan air kepada rakyat ini akan dapat kita beri dengan sebaiknya. Kalaulah contohnya air itu dibekalkan dengan harga yang ditetapkan kemudian di rumah pula kita kena beli penapis dan penapis itu kita ganti dan lagi menjadi kos kepada kita. Jadi apakah cara yang terbaik pihak kementerian boleh mengatasi masalah ini supaya rakyat rasa berpuas hati. Sebenarnya Tuan Pengerusi, kalau air itu bagus, bekalannya okey, tarif naik sedikit sebanyak rakyat tidak bising, tapi kalau bekalan air pun kadang-kadang keruh, warna tidak sebersih warna air maka... Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: [Bangun] Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Ketereh, apa khabar? [Ketawa] Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Bercakap fasal air ini memang air adalah satu perkara yang selepas daripada nyawa, rumah, DR.6.9.2007 65

airlah yang paling mustahak. Manusia boleh hidup tanpa makanan untuk beberapa hari, tetapi manusia tidak boleh hidup tanpa air lebih daripada dua hari. Baik, masalah air sekarang di negara ini, saya banyak kali bercakap fasal tajuk air walaupun menteri mungkin tidak ingat saya, Ketereh, tapi hari ini dia akan ingatlah. Air ini Tuhan jadikan banyak, lebih daripada makanan kerana Tuhan tahu air diperlukan oleh manusia. Masalah kita di Malaysia Yang Berhormat Jerai ialah air yang sampai kepada pengguna terutama di Kelantan adalah air yang tidak dirawat. Air yang hanya diletak klorin, tetapi tidak dirawat tidak seperti di negeri-negeri lain. Sungguhpun begitu, di negeri lain air yang dirawat juga tidak kurang karatnya. Saya ada rumah di Petaling Jaya dan isteri saya duduk di sini, saya duduk di Kelantan dan hujung minggu kami bertemu. Seorang Ahli: Di Kelantan tidak ada isteri? Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Di Kelantan tidak ada isteri. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, saya hendak tegur... Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Tidak saya hendak, pendek sahaja. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Saya hendak tegur, tidak perlu sebut isteri di PJ ini tidak ada kaitan dengan butiran Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Tangga Batu menyampuk Tuan Pengerusi tidak dengar, dia menyampuk dan saya hendak betulkan persepsi itu Yang Berhormat. Air yang di PJ pun, di Kelantan memang dah kotorlah hendak kena tapis. Yang di PJ, saya terpaksa guna penapis Yang Berhormat Menteri dan penapis ini sekali seminggu mesti backwash. Bila kita backwash, masya-Allah air yang di backwash ini lebih teruk daripada air yang mengalir di Sungai Klang dia punya kotornya dan dia punya merahnya. Jadi tertanya diri saya kepada Yang Berhormat Jerai kalau saya tidak buat this backwash sistem, saya minum air yang kotor itulah, air yang dikatakan dirawat tadi. Jadi sejauh mana sebenarnya Yang Berhormat air yang dikatakan dirawat ini bersih. Sebab mengikut pandangan Pejabat Kesihatan Negeri Kelantan di antara punca banyak orang rongak, rongak tahu rongak? Tidak ada gigi depan, di Kelantan ialah kerana punca air. Di antara sebab penyakit-penyakit banyak di Kelantan itu, ini ialah kerana air yang tidak bersih. Jadi kalau di Kuala Lumpur juga begitu, di Kelantan teruk lagi. Susah kita hendak kita meyakinkan rakyat untuk menaikkan tarif air ini. Jadi Yang Berhormat boleh selesaikah masalah saya ini Yang Berhormat? Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Sebenarnya dalam bahasa Inggeris Tuan Pengerusi crystal clear, makna air itu crystal clear makna very clear. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Betulkah Yang Berhormat? Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Clear lah, tapi bahasa kedah sebut clear [Menyebut dalam loghat Kedah] DR.6.9.2007 66

[ketawa] Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Jadi ini memang betul Yang Berhormat Menteri. Mungkin Yang Berhormat Menteri pun ada filter jugak? Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: Dua [Ketawa] Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Wah, dua filter. Rumah satu ke Dato’? Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: Dua Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Dua jugak? Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: [Bercakap tanpa pembesar suara] [Ketawa] Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: [Ketawa] Seorang Ahli: Orang rumah berapa? Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Jadi rumah Yang Berhormat Menteri pun ada dua filter, kalau tidak ada dua filter nanti Yang Berhormat tinggal kulit dan tulang saja. Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: Jadi hitam Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Ha, jadi hitam. Jadi sekarang Yang Berhormat, kita mahu syarikat-syarikat yang menswastakan air ini yang telah diberi kepercayaan. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: [Bangun] Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Kinabatangan Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Wah, yang ini tiga filter Tuan Pengerusi, [Ketawa] Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Jerai. Memang menjadi permasalahan di negara-negara maju, mana-mana pergi hotel ke, air paipnya boleh diminum. Masalah di negara kita banyak air, tapi sejauh mana jaminan kualiti air paip kita itu bersih, tidak boleh diminum secara direct, mahu dikasi panas lagi. Jadi tidakkah Yang Berhormat mencadangkan kepada kementerian supaya mencari satu pendekatan agar air-air yang dibekalkan ini terus boleh diminum dan kita tidak berhadapan dengan harga air yang terlalu mahal. Minta di kedai kopi satu cawan kecil pun di caj RM0.20 sen, RM0.30 sen dan lebih mahal daripada bahan-bahan lain. Jadi ini akan menjimatkan wang rakyat dan rakyat akan menjadi sihat dan ekonomi kita lebih baik. Minta pandangan Yang Berhormat. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Saya bersetuju dengan pandangan Kinabatangan kerana sekarang Tuan Pengerusi, boleh katakan kita terpaksa beli. Di Parlimen sendiri pun kita beli botol yang besar untuk Ahli-ahli Parlimen minum kerana mungkin DR.6.9.2007 67

air yang dari paip itu tidak boleh memberi jaminan takut jadi sakit perut dan macam-macamlah air ini. Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Gigi? Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Gigi tidak apa, cuma perutlah takut dia trouble Yang Berhormat Menteri. Jadi adakah Yang Berhormat Menteri dalam perjanjian kita menswastakan air ini, keutamaan harus diberi supaya syarikat tersebut boleh memberi jaminan kepada kerajaan bahawa air yang dibekalkan oleh syarikat tersebut 100% dijamin bersih dan tidak mempunyai kekotoran seperti Yang Berhormat Ketereh katakan tadi. Datuk Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: Jerai Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Ya, ini pakar alam sekitar Datuk Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: Tidak nampak sini, jadi saya tanya Jerai sendirilah Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Ya, sila, sila Datuk Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: Cuba tanya daripada menteri sama ada syarikat-syarikat yang membuat rawatan air ini menggunakan coagulant ataupun tidak kerana Yang Berhormat Ketereh menyebut bahawa kalau dia backwash, backwash dia kata tadi kan? Saya guna perkataan itu juga. Dia nampak air itu lebih kotor dari Sungai Klang. Jadi adakah syarikat-syarikat yang merawat air ini menggunakan coagulant, ini tidak ada dalam bahasa Melayu, saya cari dalam kamus tadi tidak ada. So saya gunalah perkataan coagulant, dengan izin. Biasanya syarikat-syarikat ini sepatutnya menggunakan satu bahan kimia yang dinamakan liquid aluminum sulfate yang paling berkesan untuk masalah yang disebut oleh Yang Berhormat Ketereh tadi. Adakah di Kelantan mereka gunakan ini ataupun tidak ataupun di Selangor juga? Ini yang amat penting di dalam rawatan air daripada segi fizikalnya. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Terima kasih Yang Berhormat. Jadi saya mencadangkan kepada kementerian supaya ada satu standard mutu kebersihan air itu harus ditetapkan oleh pihak kerajaan kepada syarikat-syarikat yang telah kita swastakan perawatan dan bekalan air kepada rakyat. Ini kerana kalau boleh kita mahu seluruh negara dapat bekalan air yang bersih. Kadang-kadang kita ambil air masyarakat yang turun dari bukit macam di Jerai. Air itu bersih, very good, very clean, very clear. Crystal clear dan lebih menyejukkan. ■1510 Jadi saya ingat kalau dari segi rawatan air oleh pihak-pihak syarikat swasta ini harus ditekankan. Supaya hari ini kalau saya terpaksa membeli filter, Yang Berhormat Menteri kena beli filter dan kawan-kawan lain kena beli filter ini saya kira kita pula kena merawat air yang telah dirawat, kalau tidak kita akan dirawat di hospital. Jadi inilah yang harus kita ambil kira, kita jadi filter society. DR.6.9.2007 68

Dato’ Seri Diraja Syed Razlan ibni Syed Putra Jamalullail [Arau]: [Menyampuk] kita akan jadi filter society. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: [Ketawa] Arau kata kita akan jadi filter society. Jadi macam pelajar-pelajar kita yang hadir ini pelajar-pelajar UiTM Shah Alam bahagian undang-undang, dia orang hadir hari ini Tuan Pengerusi menghadiri Dewan Rakyat. Saya ingat dia orang pun minum air di Shah Alam air pun air yang tidak di filterkan. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat Bera bangun. Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Jerai, air paip kita sekarang ini memang diakui tidak boleh diminum terus daripada paip, tetapi di dalam brosur yang di sebarkan oleh Kementerian Pelancongan, mengatakan bahawa air kita selamat untuk diminum terus. Jadi kalau timbul masalah orang sakit dan sebagainya seperti pelancong, ini boleh dianggap mission presentation bahaya kepada kita. Adakah Yang Berhormat nak mencadangkan kepada pihak kementerian supaya bincang balik perkara ini, supaya kalau tidak selamat kita tidak boleh taruh dalam brosur kita air kita selamat untuk diminum. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Saya nak tanya Yang Berhormat Menteri sama ada boleh beri jaminan kepada Dewan yang mulia ini bahawa air sekarang ini yang dirawat boleh diminum terus oleh pengguna atau peminum supaya air ini walaupun tidak di filter sekali lagi di rumah, tidak mendatangkan kemudaratan kepada pengguna atau orang yang meminum air tersebut. Ini kalau boleh Yang Berhormat Menteri boleh beri satu jaminan supaya masyarakat merasa lega kalau tidak kita pun risau juga kerana air yang di minum ini mungkin tidak bersih... Tuan Pengerusi[Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah Yang Berhormat, berapakah minit lagi yang diperlukan?. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Saya terpulang kepada Tuan Pengerusi kalau... Tuan Pengerusi[Datuk Lim Si Cheng]: Kalau boleh terpulang kepada saya, bolehlah Yang Berhormat gulung. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Saya tambah Tuan Pengerusi sikit, boleh tak? Tuan Pengerusi[Datuk Lim Si Cheng]: Boleh. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Boleh ya, [Bercakap dalam bahasa cina]. Dato’ Abdul Rahman bin Ariffin [Jerlun]: Yang Berhormat Jerai, saya baru mendapat SMS katanya ada satu lagi kategori air. Kita sebut air jernih, air bersih dan air keruh serta satu DR.6.9.2007 69

lagi air putus. Kemarau putus, hujan putus, hari merdeka putus, hari raya putus. Minta Yang Berhormat Jerai tanya sikit kot ada cadangan supaya air ini tak putus-putus... Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, kenapa sendiri tak bertanya Menteri perlu melalui Jerai? Dato’ Abdul Rahman bin Ariffin [Jerlun]: Jerai tengah bercakap, sekarang Jerai tengah bercakap. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Dia orang menghormati Jerai, terima kasih. Untuk channel terus kepada Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri pun baik punya orang, sudah lama dalam Dewan. Saya ingat air Menteri tak putus [Dewan ketawa]. Jadi bekalan terputus mungkin kerana pressure ataupun kerana takungan air kita tidak mencukupi, dalam kawasan saya pun menghadapi pressure yang kurang. Jadi contohnya keseluruhan rakyat daripada ibu kota balik cuti raya atau sebagainya cuti Tahun Baru Cina ataupun Deepavali, bila balik kampung penggunaan air itu bertambah bekalan air tidak mencukupi. Jadi saya berharap kalau boleh Jabatan Bekalan Air ini harus memastikan perancangan masa depan kita, kaji dari segi penduduk yang akan lahir di dunia ini dan memastikan bekalan ataupun kita punya tempat takungan air ini mencukupi untuk bekalan-bekalan kepada rakyat. Tuan Pengerusi air ini macam kita kata tadi api tak ada kita boleh lagi, kalau air tak ada Tuan Pengerusi macam mana? Terutama sekali bagi orang Islam kalau hari Khamis malam Jumaat air tak ada ... Tuan Pengerusi[Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Tebrau bangun. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Ya. Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Jerai sudah membincang bekalan air dalam masa 50 akan datang, minta Menteri menghitungkan pertumbuhan populasi kita. Namun saya nak tanya Jerai, iaitu macam mana dengan mereka di kawasan-kawasan yang tidak ada air langsung misalnya di kawasan saya, kampung Orang Asli mereka mengatakan dah 50 tahun kemerdekaan tapi sampai sekarang belum ada setitik pun bekalan air. Sungguhpun mereka mendiami di sebelah sungai... Tuan Pengerusi[Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Tebrau nak tanya sama mana satu menteri?. Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Saya nak minta kebijaksanaan Yang Berhormat Jerai untuk mencadangkan satu cara penyelesaian kepada Yang Berhormat Menteri. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Terima kasih Tebrau. Jadi saya minta kalau boleh Yang Berhormat Menteri memberitahu kepada Dewan yang mulia ini berapa tahun jangka masa ke depan ini bekalan air kepada masyarakat kita keseluruhan negara ini dapat kita atasi. Contohnya kalau bekalan air paip ini tidak dapat diatasi apakah alternatif bekalan DR.6.9.2007 70

air kepada masyarakat kerana kita tahulah kalau kita tak mandi dua tiga hari badan panas. Jadi air ini penting kepada manusia kadang-kadang kita dahaga kita minum air... Tuan Pengerusi[Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat cukuplah boleh rehat. Cukup, cukup. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Ini sudah putuskah? Tuan Pengerusi[Datuk Lim Si Cheng]: Cukup, cukup. Yang Berhormat Tuaran boleh sambung. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Terima kasihlah Tuan Pengerusi. Okey, Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi[Datuk Lim Si Cheng]: Cukup, cukup banyak bagus.

3.16 ptg. Datuk Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membahas bagi maksud B... Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Tuaran, Tuaran sambung. Datuk Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Bagi maksud B.29 Kementerian Tenaga Air dan komunikasi Butiran 2000 - Perkhidmatan Pembetungan. Tuan Pengerusi di kawasan saya di Pekan Tamparuli, semua kumbahan di buang terus ke sungai Tuaran dan tidak sampai beberapa meter daripada pembuangan kumbahan ini di sana itulah bekalan air yang dibekalkan ke seluruh bandar raya Kota Kinabalu. Perkara ini kita telah bangkitkan di Dewan yang mulia ini beberapa kali. Saya difahamkan satu pembetungan telah diluluskan untuk membina pembetungan untuk Pekan Tamparuli. Saya ingin bertanya bilakah pembetungan ini akan dilaksanakan dan berapakah kos projek ini. Bagaimana pula proses perlaksanaan projek ini nanti, adakah projek ini akan dilaksanakan melalui majlis daerah ataupun terus dilaksanakan oleh kementerian? Tuan Pengerusi[Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Putatan bangun. Datuk Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Silakan. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih sahabat saya dari Tuaran. Soal mengenai dengan Butiran 29 mengenai pembetungan yang ada di Sabah walaupun tidak termasuk dengan projek SPAN atas agenda kementerian. Jika kita lihat Yang Berhormat, semua peruntukan tambahan yang kita perlukan RM98 juta ini ada tiga perkara sahaja kepada Sabah, SPAN dan Water Konsortium Sdn. Bhd. Jadi saya minta tumpang tanya Yang Berhormat Menteri, berapakah peruntukan yang dibagi kepada negeri Sabah dan Sarawak untuk mengatasi masalah-masalah paip-paip lama ini? Kita mahu tahu berapa jumlah peruntukan yang dibagi kepada kerajaan negeri dan bilakah juga pusat pembetungan air di Telipok itu akan siap dan boleh beroperasi? DR.6.9.2007 71

Datuk Mohamed Razali bin Che Mamat [Kuala Krai]: Perkara yang sama, Tuan Pengerusi saya juga ingin bertanya mengenai dengan peruntukan paip lama yang telah tahun lepas saya juga bertanya mengenai ini dan Yang Berhormat Menteri sendiri yang telah jawab iaitu RM350 juta peruntukan telah dibekalkan kepada 1167 kilometer, manakala Terengganu 200, Pahang 517 dan Kelantan 450. Adakah perkara ini telah dijalankan? Kedua, mengenai dengan SPAN pusat dan ‘...’ negeri, sejauh manakah perkara ini telah dijalankan dan sejauh mana pula keberkesanan kepada negeri-negeri. Terima kasih. ■1520 3.20 ptg. Datuk Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Tuan Pengerusi, kedua-dua Yang Berhormat ini cuma menumpang soalan melalui saya, jadi itu saya serahkan kepada Yang Berhormat Menteri untuk menjawab kedua-dua soalan tadi. Tuan Pengerusi, dalam hal pembetungan tadi, untuk makluman Dewan yang mulia ini sebenarnya kepentingan pembinaan pembetungan untuk pekan Tamparuli itu amat penting, sebab kesemua pembangunan termasuklah perumahan dan persekitaran pekan Tamparuli bergantung kepada terbinanya pembetungan ini. Saya berharap pihak kementerian akan mengambil berat perkara ini. Seterusnya Tuan Pengerusi, saya berpindah ke Butiran 050400 iaitu SPAN yang telah disebut oleh Yang Berhormat Putatan tadi. Kalau kita lihat nama dia, Suruhanjaya Air Negara tetapi seperti mana yang kita tahu bahawa Sabah dan Sarawak tidak termasuk. Ini bererti sebenarnya negara ini tidak berapa sempurna sebab sebahagian besar daripada tanah negara kita iaitu Sabah dan Sarawak, tanah yang merupakan hampir 70% keseluruhan negara kita Malaysia tidak termasuk. Persoalan di sini sehingga pada hari ini belum berapa jelas, ialah bagaimanakah pihak kementerian menyalurkan peruntukan kepada kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak dalam hal- hal seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Putatan, dalam pelbagai jenis pembangunan yang diperlukan dalam soal pembekalan air, memandangkan SPAN ini ia tidak meliputi Sabah dan Sarawak. Selama ini bagaimanakah pihak Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan-peruntukan dalam hal-hal bekalan air untuk Sabah dan Sarawak? Adakah pihak kerajaan meletakkan nisbah tertentu. Sebagai contoh kalau RM50 juta diberi kepada SPAN, apakah satu amaun, peruntukan diberi untuk Sabah dan Sarawak sebab untuk makluman masalah air di Sabah dan Sarawak ini juga menghadapi masalah seperti apa yang diceritakan oleh rakan-rakan tadi. Itu sahaja Tuan Pengerusi, sekian saya mohon menyokong. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Kuala Langat.

DR.6.9.2007 72

3.22 ptg. Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh [Kuala Langat]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri mengenai air yang hilang di dalam tanah. Pembaikan tidak dapat dibuat kerana pelan tidak ada hendak menunjukkan di manakah kebocoran itu berlaku. Selalunya bila pelannya sudah siap dan di atas tanah itu pula dibuat highway dan sebagainya, maka apabila paip lama bocor di bawah highway maka perkara itu tidak dapat dibuat dan diperbaiki. Saya cuma hendak bertanya adakah Suruhanjaya Air Negara (SPAN) nanti akan dapat mengutarakan satu cara yang baru dengan menggunakan alat-alat komputer yang canggih supaya dapat kita tengok demarcation by demarcation, di mana paip air itu bocor melalui komputer dan jika pelan itu ada dan tertera dalam komputer dapatlah kita membaiki tempat yang bocor itu. Sekarang saya rasa banyak kita buat bypass, apabila bocor, kita akan buat bypass kerana kebocoran itu kita tidak dapat tahu di mana kerana pelan tidak ada. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri apakah perkara ini dapat diatasi nanti. Terima kasih. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: [Bangun] Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri boleh jawab. Yang Berhormat tidak ada bangun, tidak apa. Tidak apa Yang Berhormat. Baiklah yang terakhir ialah Ipoh Barat, selepas itu .... Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Sekejap, sekejap, boleh jawab. Yang Berhormat Menteri don’t be exited just wait for a while. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah, Yang Berhormat Menteri sudah tunggu tak ada, Yang Berhormat tak ada. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Two minutes only. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Dia maklum balik, betul tetapi tak apalah kita beri peluang. Yang Berhormat, ini peluang saya bagi dia. Beberapa Ahli Pembangkang: [Ketawa] Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Sila. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Terima kasih. Tuan Pengerusi ada dua tiga hal. Satu ialah mengenai non-revenue water seperti yang telah dibangkitkan. Kita semua tahu bahawa the best state in the list non-revenue water adalah Pulau Pinang dan ada negeri yang lain, yang dikatakan lebih kurang 40%. Apakah target kementerian supaya non-revenue water ini boleh dikurangkan dengan angka seperti di negara Barat, seperti di Holland dan sebagainya, di mana 2% hingga 5% dan sebagainya dan bilakah ia boleh dicapai. Saya juga difahamkan bahawa di seluruh negara, paip-paip yang sedang digunakan adalah has already expired terms of use dan bilakah ini semua akan digantikan, dan jika digantikan berapakah kos yang akan dikenakan. DR.6.9.2007 73

Akhir sekali mengenai Indah Water Konsortium dan rang undang-undang yang telah diluluskan tahun dahulu membenarkan jika bayaran tidak dibuat ke Indah Water Konsortium, supply of water ke rumah-rumah boleh dipotong dan adakah ini telah dilaksanakan dan apakah kelonggaran-kelonggaran yang akan diberi? Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri.

3.25 ptg. Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi [Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik]: You are allowed to answer now. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dan memberikan cadangan dan komen atas beberapa masalah yang dihadapi oleh Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi khas kepada air yang sekarang dimohon dalam Maksud B.29. Kepada Ahli Yang Berhormat Jerai, banyak pandangan dan debat ke atas air yang boleh diminum atau tidak boleh diminum terus dari paip. Air yang selamat dan air yang kotor dari penglihatan mata ada dua base. Air yang selamat melalui standard-standard yang dikeluarkan oleh WHO. Kita ikutkan itu dan ini sedang dicheck dari semasa ke semasa khas kepada air yang keluar dari loji rawatan atau air yang sampai ke rumah masing-masing. Air yang dikeluarkan oleh perawat air dan pembekal air di seluruh negara adalah selamat ialah tidak ada banyak bakteria yang ada racun di dalam air itu, selamat, tetapi bila dia sampai rumah, dia berwarna putih, kurang putih, coklat dan termasuk hitam atau merah bergantung kepada apa tanah air itu disalurkan. Kalau dia tanah merah, dia jadi merah. Jika tanah hitam, ia menjadi hitam sebab air yang dikeluarkan dari loji rawatan, bila kita test, baik crystal clear, A1 mengikut piawaian WHO tetapi sampai rumah apa warna pun ada sehingga .... bukan saya pilih, saya ada dua filter di dalam rumah saya sebab dia orang semua ... Seorang Ahli: [Bangun] Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: Heh, nanti, nanti, dia tengok menteri, you cubalah, saya ada sand filter, ada membrain filter nanti dia osmos river, osmosis filter nanti Yang Berhormat dari mana - saya punya kawan dari Sarawak dia, ‘Co. England Filter’, semua dia mahu try, so I say you trylah. Cubalah, saya ini Menteri guinea pig kepada semua orang - tidak apa, tetapi dia jadi kotor. Mengapa air yang keluar dari loji rawatan A1, tetapi bila dia sampai rumah menjadi kotor mengapa? ■1530 Ini Yang Berhormat dari Kuala Langat betul. Dia cakap ada setengah negeri yang membekalkan air kepada pengguna, dia tidak tahu mana paip dia. Langsung tidak tahu. Hanya air yang keluar dari tanah, ha sudah bocor, dia baru masuk. Apa air yang bocor tetapi tidak keluar dari tanah, dia tidak tahu, tidak nampak. So sehingga adalah air yang tidak terhasil, ada DR.6.9.2007 74

non revenue water dari 9% sehingga 60% pun ada. Kelantan 40%. Ada negeri lebih daripada 60%. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Jangan nangislah. Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik: Saya mana tidak menangis, tengok macam ini punya industri bekalan air, macam mana saya tidak... Yang Amat Berhormat bagi saya tanggungjawab yang berat sangat dan nasib baik ada sumbangan dan pertolongan daripada Yang Berhormat dari pihak sini, bukan sana [Menunjuk ke arah blok pembangkang]. Bukan sana, sini. Melalui support, pertolongan, saya meminda Perlembagaan untuk masuk hal air dalam concurrence list, senarai bersama sekarang. Dengan kuasa itu barulah saya boleh cakap, saya boleh act sedikit, saya boleh siapkan kerja untuk semua itu ialah kawal selia.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Yusof bin Yacob) mempengerusikan Jawatankuasa]

Sebab itu ada SPAN (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara), badan kawal selia untuk menjamin apa benda yang disuarakan di Dewan yang mulia ini. Kawal selia dan melalui dua akta dengan soal pertolongan... Dato’ Mohd. Sarit bin Haji Yusoh [Temerloh]: Boleh minta penjelasan, Tuan Yang di- Pertua? Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: [Bangun] Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Minta dengan Menteri. Menteri bagi tak penjelasan? Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik: Yalah. Dato’ Mohd. Sarit bin Haji Yusoh [Temerloh]: Sedikit sahaja, Dato’. Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik: Oh, siapa? Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Temerloh dengan Pasir Puteh. Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik: Orang tua tidak boleh nampak jauh. [Ketawa] Dato’ Mohd. Sarit bin Haji Yusoh [Temerloh]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tahu Yang Berhormat Menteri cuba sedaya upaya untuk memperbaiki kita punya sistem pembekalan air ini. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, negara seperti Sweden dan Denmark ini, ia boleh capai zero, dengan izin, kosong non revenue water ini. Ertinya tidak ada pembaziran langsung. Saya kira kita di Malaysia boleh buat juga. Adakah Yang Berhormat Menteri fikir kita boleh kalau kita structure semula pembekalan air kita ini mengikut daerah dan sebagainya. Mungkin itu boleh dicapai zero NRW ini. Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik: Saya ingat, Tuan Pengerusi, zero susah sedikitlah. Saya tidak berani mahu letak zerolah, sampai 10 atau 15 pun sudah cukup. So yang pertama, sebab kita tahu masalah ini, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ada RM2,000 juta yang DR.6.9.2007 75

pertama kali disiapkan untuk mengurangkan NRW, air yang tidak terhasil. RM2,000 juta bagi seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak walaupun ia tidak ada dalam kawalan SPAN. Jangan itu dahululah. Ini termasuk mengadakan GIS untuk mengenal pasti mana paip itu. You tidak ada paip, mana boleh tahu air keluar, banyak air hilang, banyak air bocor atau mana paip yang sudah pecah dan usang. You kena tahu manakah? Ada menggunakan teknologi moden, kita boleh memonitor perjalanan air dari loji rawatan kepada rumah and then baru kita tahu. Sebab itu RM2,000 juta dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, tiap-tiap negeri pun ada peruntukan. Sekarang mereka sedang menjalankan. Mana yang tidak tahu ada peta atas semua dia punya paip, pergi jalan menggunakan GIS untuk mengenal pasti semua paip di negerinya. Yang pertama tahu mana you punya paiplah. Yang kedua, gantikan paip di mana bagikan keutamaan kepada kawasan-kawasan yang ada air yang tidak terhasil atau NRW yang tinggi. Pergi tukar paip itu. Diharaplah dalam... saya tidak berani cakaplah satu tahun, dalam dua, tiga tahun baru rakyat boleh nampak, “Haiyo, air sekarang sudah crystal clear.” Bukan crystal clear, nampak clearlah, bukan crystal clear, clearlah dan... Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: [Bangun] Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat, Pasir Puteh. Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik: Apa? Nantilah bagi saya habis, saya ada mood sekarang cakap. You apa mahu? [Ketawa] Dengan air yang clear, dia boleh minum dari tap. Ya, 30 tahun dahulu, Tuan Pengerusi, kita keluar cakap air kita dalam bahasa Inggeris, portable. Portable ialah boleh minum terus dari tap. 30 tahun habis tahun merdeka, kita tidak berani cakap lagi sebab ada separuh yang boleh minum, ada separuh tengok pun takut. Boleh minum tetapi takut minum. Barangkali ada sakit perut sedikit, tidak boleh mati. Perut sakitlah. Yang Berhormat, sila. Oh, sorry, Tuan Pengerusi, boleh ya? Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Pasir Puteh. Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri yang bijaksana menjawab. Saya hendak kepastian, kita selepas 50 tahun merdeka, kita telah disebut kita berada dalam keadaan maju, berjaya dalam pembangunan. Apakah 50 tahun jaminan crystal water ini boleh datang ataupun dalam RMK-9 kerana saya hendak tanya sa lagi. Kelantan macam mana? Kerana Kelantan ini satu negeri sahaja dalam Malaysia yang belum di bawah atau selari dengan Kerajaan Barisan Nasional. Maka bolehkah Kelantan dibuat crystal water ini dengan secepat mungkin ataupun kita tunggu selepas menang? Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik: Satu hari nanti boleh. Sekarang atau esok saya tidak boleh jaminlah. Dengan itu kita ada pelan untuk menyusun semula. Dulu ini adalah tanggungjawab kerajaan-kerajaan negeri. Dia tidak ada duit, dia pinjam dari Kerajaan Persekutuan untuk buat semua infrastruktur seperti empangan dan loji rawatan sehingga dia DR.6.9.2007 76

tidak ada duit untuk tukar paip lagi. So dengan itu ada separuh negeri, sebab dia tidak ada duit dia tidak boleh pinjam dari Kerajaan Persekutuan lagi, dia pergi menswastakannya. Dia menswastakannya bukan pada holistik atau secara mapan, dia swasta setengah, tidak swasta setengah. Ini dua setengah tidak boleh join sama-sama. Sebab itu dia swastakan dengan membina infrastruktur yang mahal, dengan dana kewangan yang mahal. Sebab itu tidak ada perbelanjaan atas menukar paip yang sudah pecah atau usang dan dengan itu kenaikan tarif, tetapi mutu air tidak bersama dengan kenaikan. Tentulah rakyat mesti marah dengan kerajaan. Dia marah Kerajaan Persekutuan, dia bukan marah kerajaan negeri. Sebab itu kita baru ambil alih dan menubuhkan SPAN yang akan jadi kawal selia kepada semua operator atau pemberi perkhidmatan air kepada pengguna. Kawal selia dengan ada program-program tertentu dan mutu-mutu tertentu kepada semua operator. ■1540 Mengapa Sabah dan Sarawak tidak masuk? Yang Berhormat dari mana dia? Tuaran, maaf ya. Ini dalam Majlis Air Negara pada tahun 2003 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan ada semua Ketua Menteri dan Menteri Besar hadir. Bila dicadangkan mengadakan penstrukturan semula untuk mengadakan kawal selia dan semua, Sabah dan Sarawak dia pilih untuk tidak masuk dalam pergerakan itu. Dia ada hak untuk pilih dalam 20 points Malaysia. Kalau mereka pilih, pilihlah tetapi walau bagaimanapun SPAN datang kepada Sabah dan Sarawak tetapi sama-sama mereka akan dapat peruntukan melalui Rancangan Malaysia Kesembilan atau Kesepuluh. Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Tuan Pengerusi, saya hendak minta penjelasan sikit. Kita dah tubuhkan SPAN, jadi bila pihak Kerajaan Persekutuan ingin mengambil alih pengurusan air di negeri-negeri yang masih belum diswastakan. Misalnya contohnya Pahang, setakat ini masih lagi dikendalikan oleh JBA negeri. Jadi selepas adanya SPAN, bila jangka masa pihak Kerajaan Persekutuan akan ambil alih? Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik: So dengan itu kita adakan satu dasar atau cara untuk penstrukturan semula semua bekalan air di negeri. Apa yang telah dijalankan dengan konsesi, kita menghormati konsesi. Negeri yang ada Jabatan Bekalan Air lagi, kita minta negeri berkenaan untuk memperbadankan Jabatan Bekalan Air, corporatize Jabatan Bekalan Air dan akan dilesenkan oleh SPAN sebagai operator yang akan menjalankan perkhidmatan air kepada pengguna-pengguna di negeri ini. Selain dari Selangor dan Johor yang telah menswastakan perkhidmatan air mereka, tiap-tiap negeri akan dilesenkan melalui syarikat negeri mereka yang dipunyai oleh kerajaan negeri sendiri untuk menjalankan perkhidmatan air dari rawatan sehingga pembahagian kepada pengguna-pengguna di negeri tersebut, sedang dijalankan. Saya pun sudah minta negeri Pahang cepat sikitlah, kalau kita jalankan SPAN pada Januari akan datang, tidak ada badan korporat, Pahang air tidak ada lesen, jangan salahkan DR.6.9.2007 77

saya, tidak ada langsung tidak ada orang yang ada lesen untuk mengekalkan air di negeri Pahang. Dato’ Mohd. Sarit bin haji Yusoh [Temerloh]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Kita harap Yang Berhormat Menteri terus kekal di dalam Kabinet sehingga kita dapat crystal water. Yang Berhormat Menteri, saya ingin tanya apa dasar kita tentang underground water dengan izin, air bawah tanah ini. Kita banyak mempunyai underground water ini dan airnya bersih dan kita tahu sekarang ini harga air lebih mahal daripada minyak. Barangkali kita perlu punyai satu dasar menggalakkan pencarian underground water ini. Terima kasih. Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik: Betullah Ahli Yang Berhormat dari Temerloh. Tadi dia minta zero, ingat susah sikitlah. Tetapi di negara kita hanya saya ingat 3% sahaja sumber air datang dari air di bawah tanah. Saya tidak percaya, tidak ada air di bawah tanah dan saya sekarang diberitahu oleh Sime Darby yang telah menjalankan siasatan di mana di kawasan padang-padang di Perak adalah satu tempat air yang mana kita panggil sebagai actifer , bukan aquifer. Maaf I know, wait lah mind cannot move so fast, old already. Aquifer yang mana ia adalah dalam saya tidak tahu you panggil lubang kah, kawah kah... Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Tasik lah Yang Berhormat, tasik bawah tanah. Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik: You panggil tasik pun boleh, tasik di bawah tanah tetapi ini tasik bukan tanah punya tasik, bukan limestone punya tasik tetapi granit punya tasik dan air itu lebih besar dibandingkan dengan Singapura. Bigger than Singapore dan saya sekarang minta mereka mula untuk cuba keluarkan. Saya ingat siapa mahu air itu boleh pergi ambil di padang- padang. Saya tidak takut walaupun saya punya hometown, bandar yang saya dilahirkan, Tapah di padang-padang tidak akan jatuh ke bawah tanah, tidak akan jatuh. Go and take as much, as much water you can, yes. Yang Berhormat, tentu mesti ada, saya minta mereka pergi cari lagi tetapi Jabatan Geologi yang patut pergi cari air, dia tidak ada alat-alat pergi cari air punya. So ini adalah satu sumber yang boleh dicari, dituai, is it tuaikan? Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya. Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik: Tuaikan apa ini ya? So, sepanjang Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Panjang lagi Yang Berhormat? Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik: Perkara ini yang kita tahu boleh atasi. So terima kasih. RM50 juta untuk SPAN adalah sebagai geran pelancaran sebab mula ia tidak ada duit tetapi bila dijalankan dan dilesenkan kita boleh dapat pendapatan melalui caj yang dikenakan kepada pelesen-pelesen yang akan membekal air di negeri masing-masing. IWK, mana saya punya kawan dari Ipoh Timor, no, no Ipoh Barat. IWK menghadapi banyak masalah sebab itu IWK terpaksa minta sebanyak RM19 juta untuk menjelaskan bayaran yuran perkhidmatan perancangan dan teknikal kepada Indah Water Konsortium dibayar oleh Kerajaan Persekutuan. Sebab banyak orang tidak mahu bayar, tidak mahu bayar caj DR.6.9.2007 78

pembetungan so kita kira ini water cycle adalah air yang dari sumber dirawat, dibekalkan kepada rumah dan orang yang menggunakan menjadikan air itu kotor. Kumbahan dan sebagainya dan mesti dirawat sebelum ia balik kepada water cycle itu. So kita anggap sekarang IWK akan memberikan perkhidmatan kepada operator perbekalan air atas merawat kotor air sebelum ia masuk balik ke water cycle. Perkhidmatan ini akan di caj kan kepada operator air. ■1550 Dengan itu, bil air akan masuk, bil untuk menggunakan air dan bil untuk perkhidmatan pembetungan bersama-sama. Saya sudah buat jaminan, hutang dulu, saya tidak masuk dalam apa yang akan dijalankan pada masa akan datang. Masa akan datang, bil pembetungan akan dimasukkan dalam bil air... Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Penjelasan sedikit. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ipoh Barat. Hendak bagi jalan? Ya, sila. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Bil-bil tunggakan IWK yang lama sebelum berkuat kuasa undang-undang baru yang diluluskan tahun dulu, adakah itu semua akan di consider as written off atau ada apa-apa kelonggaran diberi kerana saya difahamkan banyak orang yang tidak membayar dengan alasan-alasan yang baik kerana dia duduk di rumah banglo, di mana tidak ada sistem seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri. Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: Terima kasihlah Yang Berhormat bagi Ipoh Barat. Saya minta don’t push your luck lah sebab saya sudah kata tunggakan tidak masuk dalam tindakan untuk potong air. Ini bermakna bukan semua hutang tidak payah bayar. Apa ini orang bayar punya. Dia mesti marah. Nanti dia minta, ”I sudah bayar, bayar balik”. So, kita akan cari jalan. You hutang, bayarlah. Cari cara macam mana bayar tetapi tunggakan itu tidak masuk sebagai satu sebab bila bil air dan pembetungan disatukan tidak diguna untuk potong air mereka. Okey, that one I bagikan jaminan. Sekarang I said, don’t push your luck lah... Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Kam sia, kam sia.. Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: Semua hutang pun tidak payah bayar lagi. Ini susahlah... Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Minta penjelasan? Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Batu gajah. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Minta penjelasan. Boleh nampak, boleh nampak?... [Melambai-lambaikan tangan kepada Yang Berhormat bagi Beruas] Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: Nampak apa?... [Disorak] Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Boleh nampak saya? Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: Dulu banyak cantik, sekarang kurang cantiklah... [Disorak] Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Tidak apalah. Tidak apalah, asalkan apa yang saya bangkitkan adalah suara-suara rakyatlah. DR.6.9.2007 79

Yang Berhormat, saya ingin tahu sejak Indah Water diambil alih oleh kerajaan, berapa jumlah subsidi yang telah diberi kepada Indah Water untuk mengatasi pelbagai masalah ekoran kegagalan projek kerajaan ini? Mengapakah masih mahu mengenakan tindakan kepada orang ramai apabila orang ramai tidak berpuas hati langsung dengan perkhidmatan Indah Water? Jadi dalam aspek ini mungkin kerajaan ingin tunjuk kerajaan mesra rakyat. Saya haraplah tindakan yang bakal diambil itu dihentikan dan juga ada pekedai mereka sangat marah. Dia kata, ”Bil air saya pun tidak setinggi bil Indah Water”. Kedai kopi, komersial sebab ada satu formula apabila penggunaan air melebihi satu kadar tertentu, charge yang lebih tinggi dikenakan. Ini satu kes. Sampai RM81. Jadi saya pohonlah, jangan memberatkan, membebankan orang ramai. Mereka sudah bayar Cukai Pintu Yang Berhormat Menteri. Kalau macam itu, nanti saya takut Kerusi Beruas akan hilang pada pembangkang dan lagi banyak Kerusi kalau bertegas juga hendak membebankan orang ramai dengan bil-bil Indah Water ini. Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: Wah Tuan Pengerusi. Saya nampak ada threat sedikitlah. Ingat saya takut, saya sudah jadi ahli sini sebelum you beranaklah... [Disorak] Ingat you boleh takutkan saya? Ceh!...[Disorak] Tidak tahu sejarah, tetapi boleh cuba Yang Berhormat tetapi jangan ingat senang. Itu ada sedikit yang boleh, ada stamina lagi. Ini kes yang mana, tolong, sila bagikan kepada saya. Majoriti rakyat mesti tahu, kalau you pergi jamban kena bayar punya. Bukan pergi jamban free of charge. Ini bukan 200 tahun yang dahulu. Mana you pergi jamban you buka satu lubang, campak, tutup dia tidak payah bayar? Sekarang you duduk dalam bandar kena bayar sebab kalau kumbahan itu tidak dirawat, akan masuk kepada sungai-sungai yang mana sungai dijadikan sumber kepada air yang akan dirawat dan kos rawatan akan ditinggikan. Tengok Sungai Langat, dipolluted sehingga kita tidak boleh ambil air dari Sungai Langat lagi. Semua berak, semua itu, semua masuk itu. You mahu pergi Batu Gajah kah? Saya panggil semua orang pergi you punya sungai di Batu Gajah, pergi berak sana you punya sungai, baru you tahu.... [Dewan riuh dengan ketawa] Common lah. Okey you tidak mahu bayar charge, pergi sungai Batu Gajah, berak sana. Kencing berak sana. F.O.C. Tidak payah charge. Common, talk sense lah ya Tuan Pengerusi. So, siapa yang saya belum jawab lagi?... Datuk Mohamed Razali bin Che Mamat [Kuala Krai]: Tuan Pengerusi, saya ingin tahu sebab rakyat bertanya mengenai dengan Yang Berhormat Menteri mengatakan dalam setahun lepas kalau tidak salah, RM350 juta tadi yang telah diperuntukkan kepada 1,167km mengenai dengan paip-paip lama... Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: Kelantan atau Terengganu? Datuk Mohamed Razali bin Che Mamat [Kuala Krai]: Kelantan. Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: Saya ingatlah kalau saya sebut sudahlah dan ini dalam Rancangan Malaysia Kesembilan bukan untuk tahun 2007. Tentulah dia sekarang... DR.6.9.2007 80

Datuk Mohamed Razali bin Che Mamat [Kuala Krai]: Terima kasih. Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: ....Sedang dalam proses dijalankan. All right? Kita bagikan keutamaan kepada menjalankan usaha untuk mengurangkan air yang tidak berkhasiat. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM164,000,000 untuk Maksud B.29 di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM164,000,000 untuk Maksud B.29 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Maksud B.30 [Jadual] –

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kepala bekalan B.30 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi terbuka untuk dibahaskan. Tidak ada Yang Berhormat ya. [Tiada perbahasan] Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM10,570,000 untuk Maksud B.30 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM10,570,000 untuk Maksud B.30 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Maksud B.31 [Jadual] – Maksud P.31 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2007] -

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kepala bekalan B.31 dan kepala pembangunan P.31 di bawah Kementerian Pelancongan terbuka untuk dibahaskan. Ya Batu Gajah, sila.

3.58 ptg. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya ingin tahu berkenaan Eye on Malaysia di mana saya rasa orang ramai sekarang ingin tahu, apakah pada pandangan Yang Berhormat kementerian Eye on Malaysia ini telah berjaya setakat ini? Ia telah dilancarkan pada awal tahun ini bulan Januari dengan... Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, itu tidak termasuk. DR.6.9.2007 81

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Ini salah satu daripada kelulusan projek dibawa oleh pegawai-pegawai ini, kenaikan gaji. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Projek dengan gaji lain Yang Berhormat. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Pegawai yang terlibat dalam merancang... Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Tidak payah Yang Berhormat. Itu di luar... Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Tuan Pengerusi, ini sangat penting. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ini melibatkan dengan COLA ya.. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Ini melibatkan pegawai-pegawai yang melibatkan diri dalam projek Eye on Malaysia. Saya mahu tahu setakat ini, apakah pulangan ekoran daripada penggunaan RM30 juta untuk mengadakan Eye on Malaysia sebab ada khabar mengatakan yang tidak dinafikan oleh kementerian setakat ini bahawa projek ini diberi kepada MSC@Suria Sdn. Bhd. untuk menjalankannya dan baru-baru ini kononnya ada maklumat mengatakan sebanyak RM5.7 juta .... Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, itu tidak masuk Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Tuan Pengerusi, kalau macam ini, ini melibatkan kenaikan gaji. Semakan COLA untuk pegawai-pegawai... Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cakap berkenaan gajilah. Ini projek... Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Kalau tidak layak, banyak isu tadi tidak layak untuk dibahaskan... ■1600 Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ini projek. Projek Eye on Malaysia lain Yang Berhormat. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Ini terlibat dengan pegawai. Saya nak tahu apakah tindakan diambil. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh berfikir sendiri. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Di mana RM5.7 juta apakah itu benar telah digunakan untuk memberi ... Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah Yang Berhormat. Itu tak masuk ya. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: .... tiket-tiket sebanyak 500,000 untuk diedarkan dengan percuma. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, Batu Gajah! Kita bercakap soal emolumen dengan COLA. Itu projek Eye on Malaysia lain, tak sama. Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: [Bangun] DR.6.9.2007 82

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Ini di bawah pegawai-pegawai. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yalah tapi tak sama Yang Berhormat. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: .... pegawai yang terlibat, siapakah... Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kalau Yang Berhormat tak ada perkara, Yang Berhormat boleh bercakap minggu depan selepas Bajet. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Ok Tuan Pengerusi, saya faham. Tuan Pengerusi, saya nak tanya siapakah pegawai yang terlibat di dalam mengadakan projek Eye on Malaysia ini dan setakat ini apakah akauntabiliti terhadap kegagalan sebab orang ramai kata RM500,000 tiket dibeli daripada syarikat ini yang diberi untuk menjalankan projek ini adalah satu pembaziran, kerugian. Jadi saya nak tahu apakah tindakan dan siapakah pegawai yang terlibat ini. Apakah pihak menteri akan bertanggungjawab ke atas kerugian ini dan setakat ini, apakah anggaran kerajaan ataupun kementerian daripada pulangan daripada projek Eye on Malaysia ini sebelum ia diluluskan atas cadangan pegawai-pegawai yang terlibat ini. Saya pohon jawapan. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya Tangga Batu. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Tak payah jawablah, not relevan.

4.01 ptg. Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Memang keras betullah Batu Gajah ini Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, Maksud B.31 Kementerian Pelancongan. Saya tertarik untuk berbincang tentang tambahan sebanyak RM4.062 juta ini ... Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Tak relevan. Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: ... iaitu melibatkan dengan..belum bercakap lagi dah kata tak relevan Tuan Pengerusi. Betul-betullah dia orang ini. Dia dah bercakap banyak kita diam saja. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: [Menyampuk] ... nak bagi kepada kawasan Yang Berhormat Tangga Batu. Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Seputeh diam-diamlah Seputeh. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Teruskan ya Batu Gajah, bukan. Tangga Batu. Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Tuan Pengerusi, saya nak faham betul- betul ini berkaitan dengan prestasi. Ini elaun COLA berkaitan dengan prestasi pekerja di mana anggota kerja yang terlibat dengan penggalakan pelancongan di bawah Majlis Tindakan Pelancongan Negeri. Di Negeri Melaka baru-baru ini kita mengadakan satu program besar iaitu ... Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: [Menyampuk] Tak boleh! Keluar tajuklah. DR.6.9.2007 83

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: [Menyampuk] Keluar tajuk, keluar tajuk. Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: ... iaitu Program Hari Belia Negara peringkat Negeri Melaka. Kita mencadangkan kepada pihak Majlis Tindakan Pelancongan iaitu supaya mereka menghantar pelancong-pelancong datang ke Melaka untuk melihat serta menyaksikan program-program yang menarik. Tuan Pengerusi, jawapan yang diterima daripada anggota... Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Keluar tajuk. Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Siapa yang bercakap? Jangan main- main, guna peraturan Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, ya. Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Susah saya nak bercakap. Tak tahu timbalan menteri dengar tak dengar. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat tumpukan kepada... Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Saya tak boleh nak tumpu bila ada gangguan-gangguan seperti ini. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: ... emolumen-emolumen dengan COLA Yang Berhormat ya. Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Ha, ini dah betul ini. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Apa fungsi? Apa fungsi? Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: ...berkaitan dengan prestasi. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Mana ada! Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, ya. Seputeh sila duduk. Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Elaun, bayar gaji dan sebagainya berkaitan dengan prestasi lebih-lebih lagi sekarang kementerian telah memperkenalkan Key Performance Indicator. Dah ada angka tunjuk prestasi. Berkait rapat dengan elaun ... Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Minggu depan boleh ucaplah. Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: ....berkait rapat dengan gaji. Diam- diamlah. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang lain sila diam. Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Aiya, Kuching banyak bisinglah. Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Jadi jawapan yang saya terima timbalan menteri, sungguh menyakitkan hati. Dia kata ini program, program dianjur oleh Majlis Belia Negeri, kita menyediakan satu hari di mana menggalakkan pelancong untuk menyaksikan program ini dia kata apa, dia kata kita tak tahu. Kita tak tahu, dia kata kalau boleh kita minta notis satu bulan. Program-program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Melaka begitu banyak program. Majlis Penutupan Pesta Air yang lalu, Yang Berhormat Menteri hadir selaku perasmi. Yang Berhormat Menteri sendiri tengok berapa ramai pelancong yang datang ketika itu. Jadi, DR.6.9.2007 84

sikap pegawai seperti ini Yang Berhormat kena tengok sikit Yang Berhormat. Dia tidak proaktif langsung malah tidak reaktif pun. Bila kita minta mereka bawa pelancong datang tengok program kita ini, kita ada produk yang boleh kita pamerkan, boleh kita galakkan kepada pelancong, dia kata “No, itu bukan tugas kita”. Jadi kalau pegawai seperti ini masih ada di dalam kementerian Yang Berhormat, saya ingat sampai bila-bila pun sukar untuk kita mempromosikan Malaysia di mata dunia. Terima kasih. Ha itu lebih, saya kira lebih boleh jawab oleh timbalan menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Minta kementerian menjawab ya. Sila Timbalan Menteri.

4.04 ptg. Timbalan Menteri Pelancongan [Dato' Donald Lim Siang Chai]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat yang telah ambil bahagian di peringkat Jawatankuasa ini. Ada satu dua perkara yang telah bangkit terutama sekali ahli Parlimen dari Batu Gajah yang bangkit dengan isu Eye on Malaysia. Ya, untuk makluman Yang Berhormat, memang tahun ini tahun kita menyambut kemerdekaan yang ke-50 kita dan kerajaan negara kita melalui Kementerian Pelancongan, kita anjurkan program Visit Malaysia Year 2007 dan kita telah menyediakan sebanyak jumlahnya 240 acara sepanjang tahun 2007 dan 50 antaranya ialah program yang utama. Antara program atau acara yang kita adakan, Eye on Malaysia adalah satu yang merupakan satu acara yang baru dan tarikan baru untuk di bawa khas oleh Kementerian Pelancongan sempena menyambut Tahun Melawat Malaysia 2007 dengan kos sewaan sebanyak RM30 juta dan kita sememangnya ada satu sasaran iaitu kita harap dalam satu tahun ini kita boleh menarik lebih kurang 300,000 pelancong menduduki Eye on Malaysia dan buat masa ini sampai 14 Ogos 2007 ini, kita telah capai visitors sejumlah 737,015 orang dan antaranya kita nampak ada lebih kurang pelancong asing iaitu 25% dan kita harap angka ini untuk pelancong asing akan meningkat. Yang Berhormat dari Tangga Batu ada bangkit mengenai isu ... Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Minta penjelasan. Yang Berhormat, saya ingin tahu daripada apakah benar bahawa telah digunakan RM5.7 juta untuk membeli 500,000 tiket untuk menaiki Eye on Malaysia percuma kepada orang ramai. Saya nak tahu daripada jumlah ini satu, apakah benar? Jika ya daripada jumlah ini 737,000 ini apakah mereka yang pergi ini dengan tiket percuma? Saya rasa sangat kadang-kadang kementerian ada ini program amat membazirkan. Kita ada highlands, kita ada lautan... Seorang ahli: Sumber asli. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: ...ada sumber asli, ada Taman Negara yang kita tidak perlu membazirkan RM30 juta untuk mengadakan infrastruktur ini, sewaan infrastruktur ini untuk DR.6.9.2007 85

menarik pelancong. Jadi ini satu projek yang tidak cerdik dan sangat lemah, membazirkan wang rakyat. Jadi saya pohon jawapan apakah benar RM5.7 juta telah digunakan untuk membeli tiket 500,000 daripada syarikat MST Ad Suria Sdn. Bhd. yang menjalankan projek ini. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya dah bagi tahu tadi isu Eye on Malaysia ini di luar daripada Belanjawan. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Tuan Pengerusi, saya pohonlah Tuan Pengerusi, apabila saya membangkitkan, Menteri sedia menjawab, saya .... Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Dengarlah keputusan Menteri. Dato' Donald Lim Siang Chai: Tak apa, saya jawab. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: .... saya hormat Tuan Pengerusi. Saya haraplah Tuan Pengerusi, dia sudah sudi. Dia telah mula menjawab, saya haraplah Tuan Pengerusi. Ini tugas saya check and balance lah. Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Timbalan Menteri jawab terus soalan sayalah. Timbalan Menteri, saya nak dengar jawapan saya tadi. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: First world Parliament, first world Parliament. Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Dengarlah arahan Tuan Pengerusi. Dato' Donald Lim Siang Chai: Saya akan jawab, ok? Untuk makluman Yang Berhormat, memang benar kita beli tetapi Yang Berhormat kita mesti ingat, kita ini buat marketing, promotion. Yang Berhormat tahu atau tidak tahu negara seperti Singapura mereka pun ada program seperti ini. Kita beli tiket ini untuk memberi kepada pelancong asing luar negara supaya ada kita memberi percuma untuk mereka untuk datang ke Malaysia. This is some incentive. Negara-negara yang lain pun semua buat begitu. Oleh itu Yang Berhormat yang tidak tahu marketing janganlah cakap begitu. ■1610 Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Penjelasan, penjelasan. Tuan Pengerusi, saya rasa Malaysia ini sepatutnya kita ada banyak idea untuk memberi, menarik pelancong datang ke sini. Saya lihat seperti yang dikata Eye on Malaysia, ada Eye on London dia copy dari Eye on London tetapi di Thailand, di hawkers centre, dia pun sudah ada seperti itu juga. Dia bukan projek kerajaan dia projek private dan dia boleh buat keuntungan, ini yang pertama. Apakah Kementerian Pelancongan kita kalah kepada pelancongan Thailand? Yang kedua, pada bulan Mei, Mother’s Day tahun ini, Presiden MCA membawa kanak- kanak dan juga single mother, ibu tunggal untuk melancong di sanalah, pergi naik Eye on Malaysia. Saya hendak tahu adakah itu free ticket yang dari kementerian atau dia beli tiket sendiri? Dato' Donald Lim Siang Chai: Untuk makluman Yang Berhormat, program Presiden MCA yang pergi bersama single mother itu, tiket dibeli oleh mereka. Okey, lagi? Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Yang Berhormat, minta penjelasan. DR.6.9.2007 86

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, hendak bagi jalan Yang Berhormat? Batu Gajah. Dato' Donald Lim Siang Chai: Sudah cakap, cukuplah. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak minta penjelasan. Apakah Yang Berhormat kurang kakitangan yang mempunyai idea-idea yang kreatif untuk menarik pelancong sehingga perlu menggunakan wang sebanyak RM30 juta untuk mengadakan satu infrastructure untuk menjadikan tarikan, kontrak untuk satu tahun ini? Apabila perniagaan tidak baik, kita kena sendiri keluar duit lagi untuk bela syarikat itu untuk bagikan tiket yang percuma. Ini tidak logik langsung, ini pembaziran wang rakyat. Saya tidak tahu Yang Berhormat tahu berapa ramai orang marah kat luar? Orang ramai marah kat luar mengapa wang rakyat ini dibazirkan sebegitu? Kita ada alam semula jadi yang diberi oleh Tuhan begitu indah. Ada laut, ada tempat peranginan, ada tasik, ada island, ada pulau. Jadi mengapa tidak guna itu tarikan dan kita berbilang kaum, kita ada sambutan berlainan. Mengapa tidak guna ini untuk menjadi tarikan? Ada berapa orang pelancong yang datang ke Malaysia kerana mereka tertarik dengan Eye on Malaysia kerana ada pakej Eye on Malaysia? Ini amat tidak logik langsung, mesti mengakui kelemahan dalam aspek ini dan memperbaiki dalam aspek ini. Kalau tidak bertegas kata ini strategi marketing saya rasa harapan tidak ada lagi terhadap kementerian. Wang rakyat dibazirkan - mungkin. Dato' Donald Lim Siang Chai: Terima kasih. Tuan Pengerusi saya ingin memberi sedikit maklumat atau data untuk Yang Berhormat bagi Batu Gajah. Untuk maklumat Yang Berhormat, angka yang kita ada, pelancong asing datang dari Januari hingga Jun, jumlahnya ialah 10.7 juta. Ini berbanding dengan masa yang sama daripada tahun 2006 iaitu 8.56 juta. Kita telah nampak kenaikan 24.8% dan tourism receipt yang kita dapat ialah sejumlah RM24 bilion, ini telah exit kita punya sasaran. Untuk makluman Yang Berhormat, kita di Kementerian Pelancongan Malaysia ini peruntukan kita hanya sejumlah lebih kurang RM1 bilion. Kalau dibandingkan dengan Singapore, Singapore jumlah pelancong asing datang berjumlah 9.3 juta, tetapi mereka spend more then Singapore RM2 bilion and kita punya pelancong tahun ini boleh dapat 20 juta pelancong asing. Oleh itu Yang Berhormat strategi kita atau marketing method adalah individual. Itu, cukup untuk... Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Yang Berhormat, jangan alih, jangan alih saya kata berkenaan projek ini. Dato' Donald Lim Siang Chai: Saya hendak kasi Yang Berhormat tahu itu gambaran yang besar. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Jelas, 25% sahaja yang pergi Eye On Malaysia adalah pelancong asing, ini jelas gagal. DR.6.9.2007 87

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, cukuplah. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Jadi Yang Berhormat jangan alih. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kalau tidak bagi jalan tidak payah bagi jalan, cukuplah. Dato' Donald Lim Siang Chai: Cukuplah, saya tidak kasi jalan. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Ini Yang Berhormat alih. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Batu Gajah, sila duduk. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Ini sangat pandai pusing ini jelas Eye on Malaysia gagal. Dato' Donald Lim Siang Chai: Seterusnya, Yang Berhormat bagi Batu Gajah... Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: First world Parliament. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Yang Berhormat sendiri mengakui 25% sahaja pelancong asing pergi. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah, sila duduk Yang Berhormat. Seorang Ahli: Lari daripada tajuklah lari tajuk. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat kalau tidak ada hendak jawab lagi berhentilah. Dato' Donald Lim Siang Chai: Yang Berhormat bagi Tangga Batu ada bangkit isu pegawai yang bersikap... Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Hormatlah Tuan Pengerusi. Dato' Donald Lim Siang Chai: Sikap yang kurang baik. Memang kementerian akan ambil tindakan yang sewajarnya supaya pegawai yang sebegitu bukan sesuailah, memang tidak sesuai untuk kerja di Kementerian Pelancongan. Kita hendak rakyat semua bantu supaya negara kita menjadi destinasi pelancongan yang unggul. Kita tidak mahu wakil rakyat yang bising-bising, ada cadangan baik beritahulah kita. Kita memang terima tetapi memang kita ada program sendiri, kita pun ada konsultan. Oleh itu Yang Berhormat kalau ada cadangan baik di Dewan yang mulia ini kita memang akan kaji. Dengan itu saya ucapkan terima kasihlah kepada Yang Berhormat yang telah memberi pandangan kepada Kementerian Pelancongan. Sekian. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM4,026,000 untuk Maksud B.31 di bawah Kementerian Pelancongan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM4,026,000 untuk Maksud B.31 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual. DR.6.9.2007 88

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM20 untuk Maksud P.31 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2007 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM20 untuk Maksud P.31 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2007. Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob] mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, kita ada usul.

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

4.17 ptg. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2007) 2007 dan usul yang bersangkutan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 4.00 petang hari esok 7 September 2007”. Menteri Pengajian Tinggi [Dato' Mustapa Mohamed]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan, masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Majlis bersidang sebagai Jawatankuasa [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Yusof bin Yacob) mempengerusikan Jawatankuasa]

DR.6.9.2007 89

Maksud B.32 [Jadual] –

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kepala Bekalan B.32 di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat kalau hendak bahas, tunggulah Yang Berhormat. Seputeh, sila.

4.18 ptg. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Terima kasih, saya buat panggilan di luar untuk dapat lebih maklumat untuk berucap. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada peruntukan sebanyak RM19 juta untuk menampung bayaran kesemua emolumen, naik taraf sistem komputer, ubah suai rumah persekutuan, pejabat PTG dan sebagainya. Di sini saya ingin tanya tentang isu naik taraf sistem komputer. Seorang Ahli: [Menyampuk] Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Ya, Kuala Lumpurlah, ini di Kuala Lumpur. Yang Berhormat tidak tahu jangan tanya tidak ada khinzir. Tuan Pengerusi, saya diberitahu bahawa Pejabat Tanah dan Galian telah pun dimasukkan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan. Okey, saya ada satu kes tentang naik taraf sistem komputer di PTG Kuala Lumpur, di mana nama atas hak milik tanah seorang wanita tua yang telah pun ditukar tanpa pengetahuannya kepada nama orang lain, nama dua orang Melayu tanpa kesedarannya, tetapi dia bayar cukai tanah tiap-tiap tahun. Bila kami mendampingi PTG Kuala Lumpur mereka tidak tahu siapa yang buat semua ini, ini kes penipuan dan ini dibuat dalam proses naik taraf sistem komputer di mana semua nama asal dalam title itu dimasukkan dalam proses computerization, ini telah pun berlaku. ■1620 Jadi saya ingin tanya sama ada pihak kementerian mengambil apa-apa tindakan ke atas isu seperti ini. Ini kerana kita mendapati semakin banyak kes penipuan di mana nama hak milik tanah tuan tanah itu ditukar tanpa kesedaran tuan tanah asalnya. Isu kedua ialah Strata Title Board di mana termaktub dalam Akta Hak Milik Strata, kita sudah meluluskan pemindahan hak milik strata ini selama beberapa tahun yang lepas. Saya difahamkan bahawa Strata Title Board di Kuala Lumpur masih belum ditubuhkan. Jadi saya ingin tahu selepas PDG Kuala Lumpur dipinda di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan, sama ada Strata Title Board akan ditubuhkan ataupun tidak dan siapakah anggota mereka, apakah peranan mereka. Sekarang kita dengan kelulusan Rang Undang-undang Perumahan dan sekarang kita ada satu Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Apabila kadang-kadang saya ada isu yang berkenaan dengan hak milik strata dan masalah di antara penduduk dengan pemaju atas isu hak milik strata atau dalam prosesnya, saya diminta untuk menghubungi Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta. DR.6.9.2007 90

Jadi saya hendak tahu apakah hubungan di antara jabatan ini dengan Strata Title Board. Sama ada Strata Tittle Board masih wujud dan apakah tanggungjawab dan peranan di antara Strata Tittle Board dengan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Saya juga ingin tanya sama ada Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta DBKL ini mampu menangani begitu banyak masalah perumahan yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tuan Pengerusi, mengenai peruntukan sebanyak RM2,800,000 untuk penganjuran sukan Wilayah Persekutuan. Di sini saya ingin tanya sama ada pegawai DBKL semasa mereka berada pada waktu kerja, adakah mereka diberikan kebenaran secara sah untuk pergi buat latihan sukan. Ini kerana saya pernah beberapa kali, apabila saya pergi ke DBKL saya diberitahu yang pegawai yang terlibat mereka sibuk membuat latihan golf ataupun dalam latihan sukan jenis yang lain kerana adanya sukan yang dianjurkan oleh DBKL. Pada pandangan saya ini, walaupun kita menggalakkan aktiviti rekreasi di kalangan pegawai kerajaan, tetapi ini memang bagi saya, saya tidak rasa senang. Waktu kerja adalah waktu di mana mereka harus berkhidmat kepada rakyat dan juga berada di pejabat untuk menangani masalah rakyat dan mereka tidak harus guna waktu kerja untuk pergi buat latihan sukan dan juga saya juga pernah diberitahu juga daripada sesetengah peniaga bahawa kadang- kadang ada pegawai DBKL yang datang minta mereka memberi derma untuk sukan anjuran DBKL. Saya hendak tanya sama ada ini diluluskan oleh pihak DBKL ataupun tidak. Akhir sekali saya juga ingin tanya tentang bazaria di tanah hijau di Sri Petaling. Di mana ia beroperasi dari pukul 5 petang sehingga larut malam dan projek ini mendatangkan banyak bantahan daripada penduduk di Sri Petaling khususnya tuan punya kedai di sekeliling tanah hijau. Walaupun itu tanah kerajaan, tetapi itu memanglah tempat hijau yang mana tempat itu sudah tidak cukup parking, ia tidak harus ditukar kepada satu pusat penjaja lagi dan tanpa mendapat persetujuan daripada penduduk di Sri Petaling dan juga para peniaga tuan punya kedai di Sri Petaling. Jadi saya juga diberitahu yang mereka hendak jadi penjaja di kawasan tanah hijau bazaria Sri Petaling itu mereka dikehendaki memberi wang minum kopi RM2 ribu satu gerai. Adakah ini diluluskan oleh pihak DBKL apabila wakil penduduk pergi tanya Jabatan Perancang di DBKL, pengarah kata dia tidak tahu tentang projek ini, jadi saya ingin tanya pihak kementerian siapakah yang memberi kelulusan kepada bazaria di Sri Petaling, adakah ia mendapat kelulusan ataupun ia dijalankan tanpa pengetahuan DBKL dan kementerian dan atas apakah mereka boleh mengadakan satu bazaria yang raksasa tanpa persetujuan daripada penduduk dan peniaga di sekitar Sri Petaling. Jadi saya berharap pihak kementerian boleh memberi satu jawapan kepada soalan yang saya bangkitkan, sekian terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Kepong.

DR.6.9.2007 91

4.25 ptg. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Pengerusi, B.32 saya nampak ada usaha hendak menjayakan konsep Putrajaya bandar raya berbunga, floral city sempena tahun melawat Malaysia. Saya setujulah kalau kita hendak adakan floral city itu kecuali pihak yang berkuasa tidak menggunakan wang ini dengan baik. Saya bagi contoh, setiap kali kita ada rancangan termasuk tasik takung air dan detention pond dan sebagainya di situ setiap kali apabila siap kerja itu kita nampak carpet grass dan sebagainya cantik bukan main untuk mengambil wang. Selepas wang diselesaikan Tuan Pengerusi, flora itu hilang, rumput pun hilang, rumput rampai hilang kerana carpet grass yang diimport itu tidak boleh zaman dek zaman. Rumput tidak rata, rumput tempatan itu mengambil alih atau menggantikannya dan kita boleh nampak carpet grass itu hilang sama sekali, memang hilang, bukan sahaja di Putrajaya, di Kuala Lumpur, bahkan di seluruh negara pun setiap kali dia ada hendak mengindahkan dan sebagainya ditanam pokok yang tidak sesuai, rumput yang tidak sesuai. Jadi saya tidak boleh terimalah kalau itu yang dibuat. Saya berharap dengan adanya Putrajaya bandar raya berbunga itu, kita betul-betul berbunga terutamanya guna pokok yang boleh tahan dengan iklim dan cuaca kita. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Pokok apa? Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Apa dia? Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang boleh tahan pokok apa? Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Banyaklah pokok. Pokok... Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Sri Gading lama tidak ada, pergi mana? Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tidak ada di sinikah? Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Sudah lama tidak ada suara. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Itu masalah dia. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kepong, teruskanlah. Yang lain, Ipoh Barat, Bukit Mertajam sila diam. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: [Ketawa] Pokok banyak.... Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Kita hendak tahu mana Sri Gading pergi sudah lama suara tidak dengar di Parlimen, rindu sama dia. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Pokok jati pun ada, merbau pun ada, rumput ada, dan sebagainya. Itu rumput tempatan boleh tahan, kalau di Sri Gading pun carpet grass tidak boleh tahan. Memang itu bukan untuk iklim kita dan saya berharap pihak kementerian dapat mengambil kisah, mengambil pusing mengenai masalah ini supaya kita tanam betul-betul yang boleh tahan di iklim kita. Seterusnya Tuan Pengerusi mengenai penganjuran sukan Wilayah Persekutuan, lebih itu ada hampir RM3 juta, kita hendak galakan sukan, kita setujulah hendak galakan sukan semua peringkat kita setuju. Namun wang ini mestilah digunakan dengan baik. Di Wilayah Persekutuan DR.6.9.2007 92

pun ada kelab-kelab sukan Tuan Pengerusi. Masalah kita adalah kelab-kelab ini tidak berjalan dengan betul, tidak betul pengurusan dan sebagainya ada sesetengahnya tidak betul. Ada sesetengahnya rebut kuasa. ■1630 Saya bagi satu misalannya, walaupun baru-baru kita di dalam Bola Sepak Merdeka itu oleh kerana pasukan jiran kita Mynmar dan sebagainya kita boleh menang sedikit, itu satu tanda yang baik, tetapi saya nampak oleh kerana masalah-masalah yang tertentu, apabila pasukan muda kita iaitu pemain-pemain bola sepak muda kita yang berumur 12 - 15 tahun... Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Under 23. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Apa masalahnya Sri Gading sekarang? Kalau tidak bersuara dua minggu itu kita senyaplah sikit. Di pergi ke China kah? Pergi ke mana kah? Turki? Seorang Ahli: Pergi beli ubat. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat Kepong, cukuplah. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tidak. Mengenai sukan kita ini, cuba tanya kepada Timbalan Menteri Pertahanan, dia tahu sikit mengenai kelab-kelab kita itu. Apabila belia yang 14 - 15 tahun itu pergi ke antarabangsa dia menang, tahap tinggi, tetapi sampai umur 18 -20, masuk pasukan negara, habis. Tidak ada standard lagi. Saya pun tidak tahulah. Mungkin Ipoh Barat boleh terangkan mengapa di dalam bahagian dewasa sampai 18, 19, 20 dia masuk pasukan negara dia tidak boleh berfungsi lagi. Tidak boleh tahan lagi. Sudah tidak ada standard lagi. Apa masalahnya? Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: [Bangun] Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sri Gading bangun. Sri Gading, apa lagi Sri Gading! Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Begitu juga dengan Sri Gading. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Boleh saya bertanya sedikit dengan Yang Berhormat Kepong? Apakah Yang Berhormat Kepong tidak merasa bangga sebagai rakyat yang setia, Yang Berhormat Kepong saya tahu, rakyat yang setia kepada negara. Kita menang Merdeka Cup pasukan bawah 23, kita menang sebagai Johan. Apakah Yang Berhormat tidak merasa bangga? Wilayah Persekutuan ini ada tak wakil dalam pasukan itu, saya hendak tanyalah. Jadi oleh kerana pencapaian bola kita sudah baik, bolehkah Yang Berhormat Kepong puji sikit bola sepak kita, kalau Yang Berhormat fahamlah tentang bola. Kalau tidak faham... Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Bola sepak, ya, bukan bola yang lain? Tuan Pengerusi, memang munasabah kalau kita hendak puji yang menang, yang berusaha dan yang berikhtiar. Kalau tidak menang pun, kalau berikhtiar kita puji juga. Bola itu bulat, menang kalah itu biasa, tetapi kalau ada berusaha kita puji. Tetapi kalau dibelasah di Stadium Negara di Bukit Jalil itu sampai 5 - 0 peringkat antarabangsa, di pra Olimpik 5 - 0, 5 - 1, itu tidak boleh terima, Sri Gading. Teruk sangat. Tidak ada standard. DR.6.9.2007 93

Dengan itu kita mestilah mengkaji. Di satu peringkat kita berjaya, tetapi apabila lebih daripada 17 - 18 tahun kita gagal. Memang ada, mungkin tahu apakah sebabnya.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Jawatankuasa]

Hari ini tidak ada Larut. Kalau ada Larut kita pun hendak bertanya juga. Di sini, saya berharaplah pihak kementerian dapat mengambil perhatian supaya apabila kita belanjakan wang yang hampir RM3 juta ini untuk Sukan Wilayah Persekutuan, kita betul-betul menjaga supaya semua kelab dan semua peringkat sukan ini diurus dan berjalan dengan baik. Sekian terima kasih. Dato' Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: [Bangun] Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Pasir Puteh, ini mengenai Wilayah Persekutuan. Dato' Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Saya tinggal di Wilayah. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Oh, tinggal di Wilayah.

4.35 ptg. Dato' Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Terima kasih. Tuan Pengerusi, sebenarnya Parlimen boleh alamat Wilayah, tetapi Parlimen Pasir Puteh, state tidak boleh. I know the law. Beberapa Ahli: Wah!! Dato' Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Thank you. Saya balik kepada B.32 (ii). RM10 juta ini sebenarnya tidak banyak kalau kerajaan, tetapi bagi rakyat besar. Kita hendak tembak bunga api pun kita tidak mampu hendak bayar permit sebanyak RM50,000. Maka saya hendak supaya bukan sahaja bandar raya Putrajaya jadikan flora city, Pulau Labuan pulau berbunga iaitu floral island, tetapi saya hendak Kuala Lumpur yang asal ini juga bandar raya floral city. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Butiran yang mana satu, Yang Berhormat? Dato' Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Butiran B.32 (ii). Jelas. Saya tidak lari daripada tajuk. Semalam lari, hari ini duduk, sebab itu tidak lari, Tuan Yang di-Pertua. Saya bercakap rules of law, dalam garis panduan undang-undang. Maka saya mencadangkan pelancong-pelancong dari luar dia tidak tengok yang lain. Dia tidak tengok Parlimen Pasir Puteh, dia tidak tengok Parlimen Santubong, dia tidak tengok Jerai, dia akan tengok bagaimana Kuala Lumpur city, sama ada berbunga atau tidak. Saya hendak supaya Datuk Bandar - ini satu amanah, bukan sahaja berbunga tetapi bersihkan semak samun. Kita tidak mahu ada sarang-sarang maksiat. Kalau tidak berani panggil saya Parlimen Pasir DR.6.9.2007 94

Puteh. Saya pernah sebagai Pengarah JAWI tangkap maksiat dalam Bandar Raya Kuala Lumpur. Terima kasih. Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Eh, sudah duduk? Tidak boleh tanya? Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Bukit Bintang. Lepas itu biar pihak kementerian menjawab.

4.37 ptg. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Maksud B.32 - Kementerian Wilayah Persekutuan peruntukan sebanyak RM42,527,000 untuk perbelanjaan. Saya merujuk kepada RM10 juta untuk membiayai perbelanjaan bagi menjayakan konsep Putrajaya Bandar Raya Flora City sempena Tahun Melawat Malaysia 2007. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Kementerian Wilayah Persekutuan, adakah ini kontrak yang diberi melalui tender terbuka atau tender rundingan dan siapakah kontraktor ini. Adakah wang ini untuk seberapa ramai kontraktor yang supply bunga kepada Putrajaya? Bolehkah Yang Berhormat memberitahu kepada Dewan yang mulia ini bahawa kita harus menjaga wang ini, bahawa berbelanja haruslah memberi manfaat kepada rakyat dan juga pelancong-pelancong yang datang melawat Malaysia. Saya difahamkan bahawa pada tahun 2007, seramai 27 juta pelancong asing akan datang melawat Malaysia, adakah RM10 juta cukup untuk belanja atau lebih? Bolehkah kementerian menjelaskannya pada hari ini? Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan.

4.39 ptg. Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan [Tuan Yew Teong Look]: Tuan Pengerusi, terima kepada empat Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan Kementerian Wilayah Persekutuan peringkat jawatankuasa ini Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Seputeh, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya merupakan salah satu agensi yang baru diletakkan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan. Untuk satu usaha yang dijalankan oleh Wilayah Persekutuan ialah menaik taraf pelaksanaan dan pemakaian sistem pendaftaran tanah berkomputer dan sistem pungutan hasil tanah berkomputer selaras dengan menaik taraf sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada pelanggan. Sebab itulah kita ada satu peruntukan untuk menaik taraf secara komputer untuk Jabatan Hartanah. DR.6.9.2007 95

■1640 Mengenai pertanyaan tentang beberapa kes tipu atau fraud yang terlibat dengan Jabatan Tanah, mengikut maklumat yang saya peroleh setakat ini ada tujuh kes yang terlibat dalam kes fraud tetapi semua bukan melibatkan sistem komputer di PTG Kuala Lumpur ini. Jabatan ini telah menangani dengan secara terus iaitu membuat police report, pengesahan cap jari, bagi mengesahkan kad pengenalan dan juga siasatan dengan Pentadbir Tanah untuk menangani kes- kes ini. Setakat ini hanya dua kes dapat diselesaikan, ada beberapa kes dalam siasatan dan beberapa kes dalam mahkamah, itu jawapan saya. Hak Milik Strata, satu lembaga hak milik serta memang tidak diujudkan, tetapi melalui pindaan Hak Milik Strata 1995 (pindaan 2006), lembaga Hak Milik Strata telah digantikan dengan Suruhanjaya Bangunan di mana kini diletakkan di bawah DBKL. Oleh itu lembaga Hak Milik Strata memang tidak diujudkan dan meluluskan permohonan Hak Milik Strata adalah di bawah DBKL. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Mohon penjelasan. Saya ingin bertanya berapa orang pesuruhjaya bangunan dan berapa orang pegawai diletakkan di bawah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta. Saya rasa ini adalah soalan penting kerana dia Kuala Lumpur terdapat banyak kondominium dan apartmen dan banyak masalah oleh sebab itu kami sibuk selalu. Mampukah jabatan berkenaan membantu penduduk atau pembeli rumah untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh setiap kondominium dan rumah pangsa mereka. Tuan Yew Teong Look: Di bawah PTG Kuala Lumpur seramai 236 ahli dan pegawai yang bertanggungjawab untuk urusan harian. Bilangan ini disebabkan Hak Milik Strata di bawah DBKL. Mungkin DBKL akan menambahkan pegawai-pegawai untuk menjalankan urusan. Mengenai bazar ria Sri Petaling. Saya ingin memberitahu Yang Berhormat bagi Seputeh kawasan lapang ini memang untuk greenland, dan telah digazet. Oleh itu tiada sebarang kelulusan diberi untuk sesiapa yang buat permohonan ini menjadi bazar ria di Sri Petaling, Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Ya, terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Ini berita baik di mana saya boleh guna jawapan Yang Berhormat untuk pengetahuan penduduk di kawasan Sri Petaling, tetapi sekarang kerja tanah telah pun dilakukan dan papan tanda telah pun didirikan di situ dan persatuan penduduk di sana sekurang mengadakan kempen tandatangan untuk membantah projek ini dan juga ada table money, coffee money sudah pun mereka tengah kutip, RM2,000 satu gerai. Saya nak tahu apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak kementerian terhadap isu ini sebab saya rasa isu ini sangat serius kerana saya tahu MCA Seputeh pun telah keluar membantah, tetapi yang saya tahu orang yang di belakang projek ini adalah orang dari Barisan Nasional. Jadi apakah tindakan yang akan diambil oleh kementerian terhadap mereka. DR.6.9.2007 96

Tuan Yew Teong Look: Sebenarnya saya pun ada menerima beberapa aduan mengenai kes bazar ria di Sri Petaling dan tindakan telah diambil. Kita telah bekukan pelaksanaan projek oleh pengusaha ini, dan memang sebab atas tanah ini sebagai tanah hijau tidak sesuai untuk dibangunkan sebagai bazar ria. Memang kita tindakan berikan kelulusan kepada pengusaha. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Saya menjemput Yang Berhormat mengadakan lawatan ke tapak besok pagi. Bolehkah? Sungguh, jadi saya hanya nak minta satu kenyataan daripada pihak kementerian yang kata projek kerja tanah yang dilakukan ke atas tanah lapang, tanah hijau itu adalah tidak sah dan pihak kementerian akan mengambil tindakan terhadap pihak mereka. Jadi besok pagi bolehkah? Tuan Yew Teong Look: Keputusan telah dibuat. Tidak payahlah. Memang keputusan telah dibuat minggu lepas. Sudah diberitahu kepada pengusaha berkenaan. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Tapi hari ini kerja tanah masih dilakukan, macam mana? Ini Ini menunjukkan directive, arahan daripada kementerian dan DBKL tidak dihiraukan. Tuan Yew Teong Look: Tidak mengapa, saya akan ambil perhatian tentang bagaimana setakat kerja ini. Mengenai Floria City, memang kementerian berhasrat untuk menyarankan pusat pentadbiran Putrajaya menjadi sebagai floral city. Oleh itu dengan melaksanakan sebab nak bersama dengan sambutan Kemerdekaan 50 tahun ini dan juga atas usaha bagi mengekalkan konsep Putrajaya sebagai floral city, telah diteruskan pada awal tahun 2007. Objektif floral city ini untuk meningkatkan suasana landskap sedia ada dengan menghijau dengan penanaman bunga-bunga yang berwarna-warni. Ini akan menjadikan Putrajaya sebagai wilayah utama yang mempunyai bunga-bunga yang menarik yang sesuai dengan taraf sebagai sebuah pusat pentadbiran kerajaan yang ulung. Juga ia akan menjadi bahan tarikan pelancong ke Putrajaya. Masyarakat Putrajaya juga dapat dididik untuk menjadikan aktiviti penanaman bunga dan menghiasi sekitar tempat kediaman dan pejabat sebagai satu budaya hidup seharian. Oleh itu kos anggaranya memang RM10 juta tetapi satu untuk maklumat tambahan kepada Yang Berhormat Floria Putrajaya telah dianjurkan oleh kementerian dan memang mendapat sambutan yang baik. Floria Putrajaya menarik minat 300 pempamer dari dalam dan luar negara. Yang menyertai seperti United Kingdom, Australia, India, Macau Indonesia, Singapore dan Taiwan. Seramai 250 pengunjung telah membanjiri Floria Putrajaya sepanjang tempoh ini. Bukan sahaja ini kementerian juga berusaha untuk menjadikan Putrajaya sebagai satu tempat penanaman dan pengeluaran annual dan millennial dengan itu untuk telah berusaha dengan satu syarikat menjadi yang bakal untuk usaha sama untuk membuat penyelidikan tentang hydroculture practice dalam penanaman. Dalam usaha menjadikan Putrajaya sebagai pengeluar bunga, Putrajaya telah menyediakan satu test build dan try field di Putrajaya di bawah Perbadanan Putrajaya supaya usaha-usaha DR.6.9.2007 97

dapat dijalankan. Dengan usaha-usaha ini jikalau berjaya nampaknya Putrajaya akan menjadi salah satu tempat yang boleh mengeluarkan benih-benih tanaman untuk serantau. Flower city. Berkenaan dengan pembangunan sukan. Program pembangunan sukan dilaksanakan secara berterusan di Wilayah Persekutuan oleh Majlis Wilayah Persekutuan. ■1650 Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Penjelasan, Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Tadi saya ada tanya melalui peruntukan sebanyak RM10 juta ini membiayai belanjawan untuk menjayakan konsep Kota Raya Pengguna. Siapakah kontraktor? Adakah kontrak melalui tender terbuka atau tender rundingan? Jika tender terbuka, berapa ramai kontraktor mengambil bahagian dalam tender terbuka ini? Bolehkah Yang Berhormat memberi penjelasan? Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan [Tuan Yew Teong Look]: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebenarnya saya tidak ada maklumat mengenai kontrak siapa yang menjadi ketua, rundingan secara terbuka. Saya akan memberi jawapan secara bertulis. Mengenai tentang pembangunan sukan di Wilayah Persekutuan, memang di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan, kita gabungkan ketiga-tiga Majlis Sukan Kuala Lumpur, Majlis Sukan Putrajaya dan Majlis Sukan Labuan di bawah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan. Usaha-usaha telah dijalankan oleh Wilayah Persekutuan di bawah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan program-program telah diatur supaya sukan di Wilayah Persekutuan akan dijalankan lebih teratur. Memang objektif sukan Wilayah Persekutuan ini adalah menjadi satu medan persiapan kepada pasukan untuk mengenal pasti dan memilih atlet-atlet yang mewakili Wilayah Persekutuan ke Kejohanan SUKMA dan juga mewujudkan suasana untuk SUKMA kepada para atlet dan juga memberi pendedahan awal sebagai persediaan mental dan menjadikan medan ini untuk menyemarakkan semangat perpaduan di antara ketiga-tiga wilayah juga boleh menjadi medan pemilihan atlet pasukan yang berpotensi untuk mewakili Wilayah Persekutuan di peringkat antarabangsa serta mengenal pasti skuad pelapis untuk diberikan latihan berterusan secara bersistematik dan berkonsep My Sukan di samping menyediakan mereka untuk menyertai ... competition di peringkat antarabangsa. Itulah memang satu objektif di bawah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan. Program pembangunan sukan wilayah dilaksanakan secara berterusan dan pegawai-pegawai yang berlatih melalui program ini memang mengikut Pekeliling Perkhidmatan dalam tempoh yang ditetapkan. Itulah sahaja yang saya dapat jawab, Tuan Pengerusi. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Minta penjelasan. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat, selain daripada sukan. Ini yang dianjurkan juga oleh Majlis Sukan Wilayah Persekutuan apakah di bawah kementerian ataupun DBKL juga ada banyak aktiviti sukan bagi pegawai-pegawai DBKL yang mana mereka ada peniaga dan yang datang kepada saya dan kata DR.6.9.2007 98

pegawai DBKL datang kepada mereka minta derma untuk majalah mereka untuk aktiviti mereka. Adakah ini dibenarkan dan juga apakah mereka juga dibenarkan untuk membuat latihan sukan pada waktu kerja? Jadi saya hendak tanya sama ada di bawah DBKL adakah itu banyak aktiviti sukan diadakan semasa waktu kerja? Tuan Yew Teong Look: Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat bagi Seputeh, sepanjang pengetahuan saya, saya dapati bahawa tiada sesiapa pegawai yang dibenarkan untuk mendapatkan derma dari mana-mana pihak untuk sukan atau kelab-kelab di bawah DBKL. Pegawai-pegawai yang menjalankan latihan, juga memang kena mengikut tempat kerjanya. Dia tidak boleh sewenang-wenang mengambil cuti untuk menjalankan latihan yang berkenaan. Itu sahaja. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Okey, saya hanya berharap arahan ini juga dikeluarkan kepada semua pegawai DBKL supaya aduan yang dibuat oleh saya ini tidak akan berulang lagi. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Cukuplah Yang Berhormat. Tuan Yew Teong Look: Okey. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM42,527,000 untuk Maksud B.32 di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM42,527,000 untuk Maksud B.32 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Mkasud B.41 [Jadual] – Maksud P.41[Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2007] –

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Kepala Bekalan B.41 dan Kepala Pembangunan P.41 di bawah Kementerian Pelajaran terbuka untuk dibahas. Tebrau sila.

4.55 ptg. Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh B.41 Kementerian Pelajaran iaitu di bawah Butiran 020000 - Pendidikan Rendah dan Menengah. Tuan Pengerusi, dalam usaha memperkasakan sekolah kebangsaan, kementerian telah mengadakan pelbagai program dan ikhtiar untuk menjadikan sekolah kebangsaan sebagai pilihan pertama kepada ibu bapa. Saya hendak tahu setakat mana usaha-usaha ini telah mendatangkan hasil? Adakah kementerian telah membuat peninjauan yang memfokuskan permintaan dan kehendak pelanggan iaitu ibu bapa yang memilih jenis sekolah untuk pendidikan anak-anak mereka? Adakah kementerian sebenarnya telah memahami permintaan-permintaan ibu bapa? Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ini adalah dasar. Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Saya hendak tahu implementasi dasar itu. DR.6.9.2007 99

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah. Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Setakat mana dia menghasilkan sesuatu? Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Kita di peringkat Jawatankuasa, saya cadangkan supaya kita tumpukan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan butiran. Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Okey.. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik. Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Tentang pengurusan itulah. Tentang pentadbiran itu. Jadi saya hendak tahu adakah kementerian telah memfokuskan permintaan, memahami permintaan sebenar ibu bapa tentang pendidikan anak-anak mereka. Oleh sebab soal pendidikan itu memang merupakan satu hak ibu bapa untuk memilihnya, jadi saya rasa kerajaan harus menghormati pilihan ibu bapa dalam soal pendidikan. Jadi dalam hal ini juga saya minta kerajaan menambahkan peruntukan bagi SJK(C) dan SJK(T) supaya lebih banyak bilik darjah dibangunkan. Di kawasan Tebrau sebenarnya, saya dapati PIBG di SJK(T) dan SJK(C) hampir setiap dua tahun atau tiga tahun perlu mengutip derma daripada kalangan ibu bapa supaya mereka membina bilik darjah yang baru untuk memenuhi permintaan ibu bapa supaya pengambilan baru dapat ditempatkan di dalam bilik-bilik darjah yang baru. Jadi saya rasa peruntukan yang disediakan sekarang untuk maksud ini tidak mencukupi dan saya minta kerajaan menambahkan lagi peruntukan supaya sekolah-sekolah seperti ini yang memerlukan bilik-bilik darjah yang baru, untuk memenuhi permintaan rakyat boleh dilayani dengan secara saksama dan adil. Itu sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Sungai Petani, membantu Kementerian Pelajaran.

4.59 ptg. Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Terima kasih Tuan Pengerusi kerana beri laluan kepada saya... Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Sebab saya fikir Yang Berhormat akan membantu kementerian. Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Ya, saya tetap membantu sebab... Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak akan membebankan Timbalan Menterilah yang.... Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Tidak, saya tetap mempertahankan Menteri saya dan juga Timbalan-timbalan Menteri. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah. Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Saya hendak teruskan kepada Maksud B.41 Kementerian Pelajaran. Perkara dua ataupun perkara (ii), iaitu mengenai dengan DR.6.9.2007 100

sebanyak RM151,500,000 adalah untuk menampung bayaran kenaikan pangkat guru secara time base. ■1700 Dalam hal ini, saya rasa ini angkat yang amat kecil dan apakah kaedah yang saya hendak tahu untuk kenaikan pangkat guru-guru yang baru keluar daripada latihan dan kemudian berapa lama yang mereka dapat dinaikkan pangkat. Nampaknya berapa ramai yang telah dinaikkan pangkat ke dalam suasana time based ini tadi? Sebab saya dapati angka ini terlalu kecil. Ini maknanya kenaikan pangkat di kalangan guru-guru yang layak amatlah terhad. Jadi mengapa tidak boleh kita buka sedikit, luaskan sedikit ataupun dalam bahasa Inggerisnya kita mesti begitu flexible sedikit kerana mereka adalah harapan kita, guru-guru ini. Kalau mereka tidak naik pangkat, ertinya mereka akan terus menerus kehilangan wang itu apabila mereka pencen kelak. Ini saya minta penjelasan daripada kementerian. Perkara III ialah mengenai dengan elaun khas pedalaman dan elaun balik kampung bagi pegawai perkhidmatan pelajaran. Khususnya elaun khas pedalaman ataupun dahulu lebih dikenali dengan elaun kepayahan ataupun hardship allowance. Jadi soalnya, bagaimanakah kementerian telah membuat penentuan bahawa satu-satu kawasan itu agak kawasan pedalaman ataupun agak kawasan begitu terpencil khususnya di Sabah dan Sarawak boleh dikatakan banyak kawasan-kawasan yang masih dianggap terpencil. Jadi apakah elaun-elaun ini sudah mencukupi ataupun memberi galakkan kepada guru-guru muda terutama sekali yang datang dari kawasan-kawasan bandar untuk menyertai sekolah- sekolah di luar bandar. Jadi saya rasa elaun yang ini pun dahulu saya telah bangkitkan, begitu kecil dan tidak begitu menggalakkan. Oleh itu, mengapa tidak kita beri sedikit lebih dan saya rasalah esok kita akan tambah elaun ini kalau boleh. Kalau malam ini sempat lagi kalau hendak beritahu kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya elaun-elaun hardship ini dinaikkan sedikit kalau tidak macam mana guru-guru muda ini hendak pergi kawasan luar bandar. Tak begitu menarik sekali. Jadi harapan saya bahawa kenaikan dalam hal ini amat begitu kecil sekali. Oleh itu, minta lagi tambahan dalam ini. Perkara IV, ialah mengenai dengan menampung kenaikan kadar bantuan makanan asrama. Ini cukup menarik sekali, hal ini. Saya hendak tanya kementerian, apakah kriteria- kriteria yang dipakai untuk seseorang kontraktor itu untuk mendapat kontrak makanan di asrama? Saya dengar khabar kata banyak berlaku haru biru dalam pemilihan kontraktor. Malah kawasan saya sendiri, saya sebagai wakil rakyat, saya buat recommendation kepada orang dalam kawasan, orang yang berpengalaman tapi, tidak dapat. Hanya orang dari luar negeri Kedah dapat kontrak yang demikian. Jadi apakah kriteria dan bagaimanakah pilihan ini. Jadi kami sebagai wakil rakyat banyak rungutan yang kami dapat daripada wakil-wakil rakyat yang lain untuk dapat kontrak kantin ini pun cukup susah daripada Kementerian Pelajaran. DR.6.9.2007 101

Dato' Ghazali bin Ibrahim [Padang Terap]: [Bangun]. Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Jadi saya hendak tahu sebab itulah harapan saya kalau ini akan dapat menyelesaikan masalah terutama sekali pekerjaan…ya. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Padang Terap. Dato' Ghazali bin Ibrahim [Padang Terap]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih sahabat saya Sungai Petani. Saya turut tertarik di atas perkara yang dibangkitkan oleh Sungai Petani, masalah pengusaha kantin atau asrama ini. Tadi kita dapati bahawa, setuju atau tidak dengan pendapat saya, kita dapati bahawa kebanyakan pengusaha kantin yang dapat tender merupakan orang yang tidak berpengalaman langsung. Mereka cuma mendapat komisen satu kepala RM0.10 misalnya. Ini menyebabkan bahawa apabila pengusaha ini tidak berpengalaman, keracunan berlaku di kantin-kantin berkenaan. Mungkin ada cara, sama ada untuk memperketat temu duga ataupun mengkaji semula kriteria yang mungkin di telah pun dipersetujui sebelum ini. Saya juga hendak tanya Sungai Petani, setuju atau tidak tentang kes keracunan yang berlaku di Kedah, dan Kelantan ini. Ini kerana kilang-kilang tersebut hanya ada di Kuala Lumpur sahaja. Untuk sampai ke utara semenanjung, untuk sampai ke Pantai Timur masa yang cukup panjang. Kenapa pihak kementerian tidak mengambil tindakan terhadap kilang-kilang di Kuala Lumpur? Adakah Yang Berhormat bersetuju? Sebab itu berlaku keracunan di Kedah. Jauh, seminggu, sebulan mungkin dua kali sampai susu di Kedah. Tempat simpan tidak sejuk. Dia mesti ada tempat yang sejuk, itu yang berlaku keracunan. Mengambil tindakan yang melulu, mengakibatkan pengusaha-pengusaha kita hampir masalah di akhir-akhir ini. Setuju atau tidak Sungai Petani? Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Inilah yang masa yang saya tunggu-tunggu kawan-kawan membantu saya dalam pendapat dan pandangan saya mengenai dengan pandangan… Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Bukankah Yang Berhormat hendak bantu Kementerian Pelajaran? Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Ya, saya memang saya hendak bantu tapi benda yang ada kelemahan patut kita ada perbaikan, kerana saya dapati nampaknya negeri Kedah dan Kelantan selalu di serang keracunan makanan. Saya pun tidak tahu. Saya tahu Yang Berhormat Seremban lebih faham mengenai dengan perkara ini kerana Yang Berhormat turun padang selalu untuk meninjau keadaan ini. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri daripada Seremban ini. Apa yang saya hendak tahu, sebab itu saya katakan tadi. Adakah kerana orang luar, luar daripada kawasan. Yang ini saya tidak tahu apa hal dia dan di kementerian ini… Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Kuala Krai. DR.6.9.2007 102

Datuk Mohamed Razali bin Che Mamat [Kuala Krai]: Ya, Tuan Pengerusi. Terima kasih. Saya sekejap ya. Perkara yang sama. Terima kasih Sungai Petani. Saya juga tertarik mengenai dengan makanan di kantin-kantin ini. Betullah sebagaimana yang disebutkan oleh Sungai Petani tadi, di Kelantan pun berlaku kerap. Apa kata Sungai Petani jika sekiranya satu jawatankuasa khusus di peringkat negeri termasuk di kawasan itu sendiri kita ketengahkan umpamanya Ahli Parlimen ke, ataupun siapa-siapa yang berkenaan dengan kawasan itu dan begitu juga pihak doktor sendiri supaya perkara ini tidak terjadi. Mengenai dengan orang luar sama sekali kita ketepikan kerana ini ramai yang duduk dalam kawasan sendiri. Berpuluh-puluh, beratus-ratus yang tertunggu-tunggu. Jadi bila mana mari dari negeri luar sudah tentulah menjadi satu kekecohan berlaku terutama sekali yang bebannya ialah wakil rakyat. Terima kasih, bagaimana pendapat Yang Berhormat? Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai dengan keracunan makanan ini. Saya setuju dengan Yang Berhormat. Jadi ini cadangan ini saya rasa satu cadangan yang baik. Mengapa tidak ya, kita di peringkat negeri ada juga jawatankuasa macam wakil rakyat juga turut terlibat. Jadi kadang kala wakil rakyat pun bagi recommendation. Macam saya bagi recommendation, saya tahu saya tidak pernah buat recommendation kepada orang yang tidak mampu, orang yang berpengalaman, orang yang tak ada peruntukkan dan sebagainya. Jadi ini yang masalah dia, termasuk doktor juga dipanggil dalam jawatankuasa untuk mengetahui sama ada dia ini layak atau tidak layak walaupun dia punya tender begitu tinggi, tak semestinya dia layak untuk tender itu. Jadi kadang-kadang, ini sekali lagi. Saya rasa kalau orang itu berpengalaman, dia pun telah lama berusaha, mengapa tidak dia disambung balik dia punya kontrak? Ini tidak, orang yang berpengalaman kadang-kadang dia dapat satu penggal sahaja lepas itu habis orang lain pula masuk. Ini apa cerita ini. Jadi inilah patutlah pihak kementerian terutama sekali menterinya memeriksa semula keadaan diberi tender pada kantin ini. Jangan lepas tangan beri kepada pegawai-pegawai-pegawai sahaja untuk membuat penentuan. Ini soal dia. Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: [Bangun]. Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Kita kena ambil tahu walaupun saya pernah… Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Kelana Jaya. Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: …menjadi anggota pentadbiran, saya tahu ini banyak benda-benda ini yang tidak betul berlaku. Ya. Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Kita tahu bahawa pegawai-pegawai kementerian ataupun jabatan ini memang telah banyak dibebankan dengan tanggungjawab dan tugas. Mereka tidak dapat menyelesaikan semua masalah di peringkat sekolah. Namun kita tahu bahawa perkara ini, pihak DR.6.9.2007 103

pegawai ataupun jabatan sentiasa hendak beri arahan ataupun ambil campur tangan dalam hal ehwal urusan yang berkaitan dengan urusan tender. ■1710 Apakah pendapat Yang Berhormat? Lebih baik kita memberikan tender untuk kantin dan sebagainya, berikanlah kepada Lembaga Sekolah, PIBG untuk uruskan sebab mereka ini on the ground jadi memahami masalah di bawah. Tidak payah kita mengacau pegawai-pegawai untuk menguruskan hal ini. Sebab ini berkaitan dengan sibuk, banyak perkara tidak dapat diselesaikan. Maka apakah pandangan Yang Berhormat Sungai Petani dalam hal ini supaya pegawai dapat fokuskan hal ehwal pelajaran dan pembelajaran di sekolah. Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Ya, terima kasih Yang Berhormat Kelana Jaya. Saya rasa ini pun cadangan baik juga di mana PIBG juga boleh turut berperanan bagi sekolah-sekolah dia. Jadi kalau tender ini saya rasa adalah cerita-cerita yang kurang manis... Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat banyak lagi? Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Ya, oleh kerana ini panjang lagi dan Kementerian Pelajaran ini tidak banyak... Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah boleh beralih kepada perkara yang kedua Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Ya, saya akur dengan pandangan Tuan Pengerusi. Jadi saya kata yang inilah harus diberi perhatian semula dalam mengenai dengan bantuan makanan asrama tadi. Adakah kita hendak tambah, kita hendak subsidise, itu soal lain, tapi soalnya soal tender tadi harus diambil kira seserius-seriusnya. Mengenai dengan Biasiswa Kecil Persekutuan masih saya katakan terlalu amat kecil, patut ditambah. Patut diminta tambahan, tapi saya tidak tahu kenapa unjurannya selalu kecil. Patut minta banyak-banyak, jangan minta kecil. Begitu juga dengan perkara 6, yang ini juga saya telah bangkit dalam masa ucapan dasar, saya hendak bangkit lagi sekali. Mengenai dengan membiayai pembinaan kuarters institusi pendidikan. Pertama, saya hendak tahu dari kementerian, mungkin saya punya pengetahuan amat cetek mengenai perkara ini, kita ingin tahu dalam Dewan yang mulia ini, syarikat manakah yang dapat kontrak ini ataupun yang membina kuarters-kuarters ini. Saya tahu banyak kuarters guru ini khususnya di Kedah, tidak didiami oleh guru-guru dan sekarang banyak menjadi ghost house. Jadi dengan itu kita hendak tahu adakah kerajaan walaupun tidak ada orang duduk, pihak kementerian terpaksa membayar sewa kepada pengusaha syarikat yang berkenaan. Tadi pun saya kata, saya hendak tahu syarikat mana ini? Adakah dua syarikat, tiga syarikat, satu syarikat, siapa ada kepentingan dalam hal ini? Saya bukan hendak mencari kesilapan, tapi saya DR.6.9.2007 104

dapati sebuah syarikat yang begitu besar dapat tiap-tiap bulan, jadi kita hendak tahu daripada kementerian ini. Jadi mengenai dengan kuarters tadi, saya minta pada masa hadapan kalau kuarters yang hendak dibina tadi hendaklah kita mendapat pandangan orang tempatan dulu. Sama ada perlu atau tidak, jangan orang kata dibina saja kuarters kita ikut syarikat hendak bina di mana, dia bina ikut suka dia. Sampai macam dalam kawasan saya ada sebuah, berapa unit pun tak tahulah kuarters yang tidak diduduki. Masuk Kubur Panjang dan masuk banyak tempat lagi yang orang tak duduk. Jadi apa kita hendak buat dan adakah pihak kerajaan terpaksa membayar wang yang begitu besar dan kita yang tanggung ini semua. Jadi perkara yang ketujuh mengenai dengan guru-guru J-Qaf, saya setuju. Cuma saya hendak tanya kelayakan guru-guru J-Qaf. Baru-baru ini benar atau tidak, saya tidak tahulah terkeluar dalam sebuah akhbar mengatakan ada guru-guru J-Qaf yang tidak boleh menulis tulisan jawi, benar atau tidak? Dia hendak belajar Quran dan sebagainya benar atau tidak? Ini saya hendak dapat kepastianlah. Yang kedua saya tahu, ada juga di kalangan mereka yang kurang juga berbahasa Arab. Jadi perlu atau tidak ketatkan syarat-syarat oleh guru J-Qaf ini mesti ada bahasa Arab. Kalau tidak ada certificate bahasa Arab, jangan lantik dia sebagai guru J-Qaf, kerana dia kenalan si anu, si anu ini, maka dia pun diambillah sebagai guru J-Qaf. Yang akhir sekali ialah berkenaan dengan tambahan emolumen berikutan semakan gaji. Sekali lagi di sini saya hendak minta penjelasan daripada kementerian, berapa ramaikah guru yang terlibat dalam semakan gaji tadi dan adakah, ini juga melibatkan kenaikan pangkat seperti mana yang sebutkan. Sekian, terima kasih. Beberapa Ahli: [Bangun] Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Pensiangan

5.15 ptg. Tuan Bernard S. Maraat @ Ben [Pensiangan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada dua perkara sahaja. Perkara yang pertama maksud B.41 iaitu sebanyak RM114,500,000.00 untuk menampung kadar bantuan makanan asrama. Di kawasan Parlimen Pensiangan kita mempunyai beberapa asrama yang telah didirikan oleh ahli-ahli korporat ataupun badan-badan NGO. Saya ingin bertanya kepada kementerian sama ada maksud tambahan peruntukan ini termasuk juga dengan menampung pemakanan anak-anak, murid-murid sekolah yang datang daripada pedalaman khususnya yang tinggal di asrama yang belum lagi diiktiraf sebagai aset kerajaan. Yang mana telah didirikan ini untuk menampung anak-anak yang tinggal jauh, terpencil di pedalaman. Saya ingin tahu sama ada peruntukan ini dapat didapatkan atau diperuntukkan kepada sekolah-sekolah yang berada di kawasan Parlimen Pensiangan. DR.6.9.2007 105

Yang kedua pula saya lihat pada butiran 3 mengenai dengan bayaran elaun khas pedalaman. Sebagaimana yang disebutkan oleh Sungai Petani, saya juga ingin mengemukakan bahawa banyak sekolah-sekolah yang terdapat yang terpencil sekali di pedalaman dan kebanyakan guru-guru ini mengajar dengan berjalan kaki berminggu-minggu sehinggalah ke bandar. Saya ingin tahu sama ada peruntukan yang diberikan kepada mereka ini memadai ataupun tidak. Kalau memadai, Alhamdulillah orang kata, syukur supaya mereka ini dapat imbuhan-imbuhan yang tertentu. Saya difahamkan guru-guru di sekolah-sekolah ini selalunya menampung keperluan seperti sukan dan sebagainya dan sudah sampailah masanya guru-guru ini diberi elaun tambahan. Terima kasih. Beberapa Ahli: [Bangun] Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Kubang Kerian, sila

5.17 ptg. Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Bagi maksud B.41 ini ada dua perkara saya hendak tanya kepada pihak kementerian. Yang pertama isu yang baru-baru ini terdapat kekerapan bekalan makanan yang dihantar ke asrama ini yang berkualiti rendah yang menyebabkan berlakunya kecederaan ataupun kesakitan yang mengejut kepada murid-murid yang belajar di sekolah-sekolah berasrama penuh ataupun yang menerima bantuan khas makanan ini. Apakah sistem piawaian ataupun standard bagi makanan-makanan yang dihantar ke sekolah ini? Kontraktor-kontraktor yang diberikan mereka tugas untuk menghantar makanan ini adakah diselia dengan baik oleh pegawai-pegawai pada peringkat daerah ataupun di peringkat negeri. Saya bimbang Tuan Pengerusi, bahawa makanan-makanan yang dihantar ini adalah merupakan makanan-makanan yang telah tamat tempohnya ataupun tergolong dalam jenis ataupun kualiti yang bermutu rendah yang menyebabkan kontraktor-kontraktor ini akan mengambil peluang untuk mengaut keuntungan dan mereka mengabaikan aspek kualiti dan keselamatan bagi pelajar-pelajar. Yang kedua tentang Biasiswa Kecil Persekutuan. Yang ini saya juga minta penjelasan Tuan Pengerusi dari pihak kementerian, kriteria bagaimanakah biasiswa ini diberikan, kepada siapakah, dan adakah murid-murid di kawasan luar bandar diberikan keutamaan untuk mendapat Biasiswa Kecil Persekutuan ini. Saya mengharapkan supaya dalam aspek ini murid-murid yang tidak berkemampuan, ibu-bapa mereka yang tidak berkemampuan, saya mengharapkan daripada semua kaum dapat diberikan supaya dapat meringankan beban mereka untuk meneruskan dan mendapat hak pendidikan apatah lagi kita telah merayakan kemerdekaan yang ke-50. Seharusnya isu kemiskinan tidak lagi menjadi satu faktor yang menghalang pelajar- pelajar untuk mendapat nikmat pendidikan dalam negara kita. Sekian, terima kasih. DR.6.9.2007 106

Beberapa Ahli: [Bangun] Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Santubong

5.19 ptg. Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin bertanya soalan pedalaman. Adakah kementerian mempunyai pengalaman sebagaimana yang berlaku beberapa tahun lepas yang guru-guru daripada Semenanjung tidak mahu lagi berkhidmat di pedalaman Sarawak. Berapakah jumlah guru-guru yang tidak mahu lagi berkhidmat di Sarawak dan apakah tindakan susulan dibuat oleh kementerian supaya perkara ini tidak berlaku begitu besar. ■1720 5.20 ptg. Yang kedua, saya juga ingin bertanya, seperti mana yang disebut oleh Pensiangan tadi, iaitu apakah imbuhan yang diberi kepada mereka ini mencukupi supaya kedudukan mereka masa masuk ke pedalaman kerana budaya dan sebagainya tidak berlainan orang daripada bandar terus berhijrah ke pedalaman, yang mana kemudahan langsung tidak sejajar dengan apa yang pernah dialami dan dinikmati di bandar. Satu lagi Tuan Pengerusi, beberapa bulan yang lepas kita mendengar seorang guru wanita telah dicabul kehormatannya juga dibunuh semasa keluar daripada sekolah dan hendak balik ke bandar di pedalaman Sarawak. Jadi perkara ini boleh berlaku di mana-mana. Persoalannya apakah tindakan yang diambil oleh kementerian supaya guru-guru khususnya wanita yang hendak dihantar ke pedalaman diberi satu orientasi yang tertentu mengetahui budaya dan sebagainya, serta risiko yang bakal dihadapi khususnya kalau berseorangan. Apakah tindakan keselamatan yang patut diberi dan sudah diberi atau patut dirancang oleh kementerian supaya perkara ini tidak lagi berlaku. Yang ketiga, dalam perkara 4 ini saya juga membangkit soal kadar bantuan makanan di asrama ini. Tuan Pengerusi, saya tertarik dengan Kubang Kerian, iaitu kualiti makanan. Namun apa desas-desus, saya minta maaf menggunakan perkataan “desas-desus” sebab saya tidak mempunyai bukti yang jelas. Apa yang berlaku tuduhan kontraktor ialah segelintir mereka menerima peras ugut daripada guru-guru di sekolah di mana makanan itu dibekalkan, guru meminta komisen diberikan kepada mereka kalau tidak makanan tidak akan diterima. Jadi apabila komisen telah diberi barulah makanan tak kira kualiti makanan akan dihantar ke sekolah itu dan diterima sebegitu sahaja. Walaupun ini sebagai satu khabar-khabar angin, tapi yang pentingnya keselamatan anak-anak kita dan keberkesanan makanan yang diberikan oleh kementerian dan kerajaan mesti mendapat sasaran yang tertentu. Jadi apakah penyelidikan dan tindakan patut dibuat DR.6.9.2007 107

supaya perkara ini tidak berlaku dan kalau tidak benar sepatutnya kita membuat penafian persoalan persepsi yang salah ini. Akhir sekali Tuan Pengerusi, sebagaimana rakan-rakan lain saya juga ingin mengetahui Biasiswa Kecil Persekutuan ini. Saya, sebab telah ditanya oleh Yang Berhormat Kubang Kerian apakah kriteria yang layak mendapat, soalan itu saya minta bersamalah dengan Kubang Kerian. Persoalan saya, berapa banyakkah di Sarawak telah diberi kalau ada maklumat tak kira sama ada dijawab di sini atau jawab secara bertulis, berapa banyakkah di Santubong mendapat perkhidmatan biasiswa-biasiswa kecil telah diberi oleh kerajaan kepada murid-murid di sana? Tuan Pengerusi itu sahaja. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ayer Hitam.

5.23 ptg. Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin terus ke Maksud B.41 di mana sebanyak RM1.1 bilion dikehendaki untuk membiayai tambahan emolumen berikutan semakan makan gaji dan COLA tahun 2007. Saya rasa ini adalah satu tindakan di mana kerajaan menaikkan gaji semua kakitangan awam satu tindakan yang baik, hasrat yang murni. Namun sedarkah kementerian ini bahawa ada segolongannya yang tidak dapat menikmati. Saya mengambil contoh, kelmarin saya pernah membangkitkan tentang pelatih (KDPM) Kursus Diploma Perguruan Malaysia, di mana dahulunya dikenali (LPBS) Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah dan tahun lalu pula ditukar nama kepada Kursus Dalam Cuti. Pada mulanya ia pakai nama KDPM kemudian LPBS sekarang KDC balik. Anehnya ialah LPBS mereka dapat menikmati kenaikan gaji, tetapi bagi pelatih yang ada sekarang kononnya mereka tak terima gaji, mereka terima elaun sebanyak RM616. Walhal kedua-dua skim ini sama di mana seseorang guru yang tidak terlatih apabila diambil oleh institut perguruan, mereka ini berkhidmat di sekolah tetap berkhidmat di sekolah, tetapi menjelang hari minggu dan cuti mereka mengikuti kursus. Jadi mereka juga ada anak, ada yang nak hidup juga. Saya berharap kementerian supaya tidak menindas golongan ini, bagilah kalau hasrat murni kita nak jaga semua guru jagalah. Takkanlah RM616 itu dapat menampung kos hidup satu keluarga. Jadi saya berharap itu sebagai satu dasar kita boleh ubah, jangan kata elaun kalau kita gunakan nama sebelum ini LPBS mereka akan menikmati kenaikan hampir RM1,000. Saya rasa itulah cara kita membantu guru. Keduanya, satu perkara juga yang telah dibangkitkan oleh NUTP, iaitu ada guru-guru yang sebelum ini adalah mereka yang cuma dianggap sebagai guru bukan siswazah dan selepas itu mengikuti pengajian di universiti akhirnya menjadi guru siswazah. Sekarang mereka ini di bawah skim DGA 41 kalau dahulunya DGA 29 dan 32 iaitu guru bukan siswazah. Secara DR.6.9.2007 108

perbandingannya yang kita buat kenaikan bagi skim ini bukan siswazah lebih tinggi daripada siswazah, inilah yang menjadi satu rungutan di kalangan mereka guru-guru yang telah tamat pengajian di universiti. Saya rasa ini perlu diambil kira kerana kenaikan gaji ini biarlah dinikmati oleh semua. Satu perkara lagi satu kesan yang saya nampak selepas kenaikan gaji ini nampaknya kementerian terlalu ghairah mengambil tindakan untuk membuat raiding di kawasan-kawasan seperti di rumah-rumah guru yang kononnya guru-guru ini mengajar tuisyen. Saya rasa perkara ini jangan dilakukan secara over jealous, kenaikan gaji ini sebenarnya tidak menyebabkan guru ini menjadi kaya-raya, mereka ini kerja secara sambilan seperti mana yang saya katakan kalau doktor boleh buat locum, kalau profesor buat secara sambilan, kenapa pula guru dinafikan? Saya berharap supaya kementerian ini memikirkan jangan kerana kenaikan gaji tindakan serta-merta perlu diambil kerana cikgu sekarang sudah ada duit, saya rasa itu tidak ada kena- mengena. Apa yang penting saya rasa guru ini mengajar tuisyen bukan sahaja boleh menampung kos pendidikan anak, mereka juga membantu anak-anak ini cemerlang dalam akademik. Akhir sekali satu perkara yang saya rasa perlu dibangkitkan, ialah kita mengharapkan selepas kenaikan gaji kita nak lihat efisiensi kementerian ini meningkat. Saya mengambil satu contoh di kawasan saya, saya pun pelik pada 28 April berlakunya dua bilik darjah di Sekolah Kebangsaan Yong Peng namanya Sekolah Kebangsaan Yong Peng dah runtuh rasuknya dan dianggap sebagai bangunan tidak selamat. Namun selepas dua minggu tidak ada tindakan, saya sendiri melawat kawasan itu pada 16 Mei dan minta JKR hantar kepada pihak pembangunan sekolah dan kini masih dalam tindakan Kementerian Pelajaran. Saya minta pegawai yang ada tolong mempertingkatkan efisiensi, sampai sekarang sudah empat bulan, tiga bilik darjah tidak boleh pakai sebab rasuk itu akan runtuh bila-bila masa. Ini adalah satu pusat pemindahan banjir sebelum ini yang saya rasa bernasib baik. Sebenarnya SJKC sebelum itu juga runtuh dan akhirnya saya mengucapkan terima kasih kerana Yang Berhormat Menteri bagi peruntukan RM200,000 untuk membaiki. Namun dalam usaha kita memperkasakan sekolah kebangsaan kenapa pula tidak diambil tindakan? Saya berharap supaya pegawai ini jangan cuai kerana Sekolah Kebangsaan Yong Peng ini 85% adalah anak-anak Melayu. Saya ditanya oleh pengundi di sana Yang Berhormat betulkah kerajaan ini nak memperkasakan sekolah kebangsaan? Saya tergamam tak boleh jawab mereka kata tak lama lagi Dr. Wee kita akan buat satu sembahyang hajat, doakan satu hari ada pegawai datang membaiki bangunan bilik darjah ini supaya tak ada yang terbunuh akibat daripada keruntuhan rasuk bangunan. Saya rasa itu adalah satu perkara yang penting kita melihat semua jenis sekolah kita perlu jaga khususnya bagi bangunan yang tidak selamat. Sekian, terima kasih.

DR.6.9.2007 109

5.29 ptg. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Parit. Dato’ Nasaruddin bin Hashim [Parit]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membangkitkan satu perkara di bawah Maksud B.41 berkenaan dengan peruntukan sebanyak RM1.1 juta untuk membiayai emolumen, semakan gaji dan COLA bagi tahun 2007. Kita berterima kasih kepada pihak kementerian kerana memberi perhatian yang cukup baik berkenaan dengan semakan gaji dan COLA bagi pegawai-pegawai pelajaran khususnya guru. ■1730 Apa yang menjadi masalah sekarang ialah kita dapati, daripada pemerhatian saya, penempatan guru-guru khususnya guru-guru option ini tidak seimbang Tuan Pengerusi terutamanya guru Bahasa Inggeris. Ada di kawasan-kawasan pedalaman, kawasan luar bandar kita dapati masih lagi terdapat sekolah-sekolah rendah yang masih lagi tidak mempunyai guru option Bahasa Inggeris sedangkan kita telah melaksanakan pengajian Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Jadi bagaimanakah kita hendak mengharapkan murid-murid dari luar bandar ini mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran Sains dan Matematik kerana guru yang dihantar untuk mengajar itu tidak merupakan guru option dan lebih teruk lagi Tuan Pengerusi, di sesetengah sekolah langsung tidak ada guru yang boleh mengajar Bahasa Inggeris khususnya di kawasan saya di kawasan Parlimen Parit, satu sekolah Orang Asli sudah dua tahun langsung tidak mempunyai guru option dan guru yang boleh mengajar Bahasa Inggeris. Saya amat berharap pihak kementerian melihat semula perkara ini supaya penempaan guru-guru option khususnya guru Bahasa Inggeris ini supaya lebih seimbang kerana saya dapati ada di sesetengah kawasan bandar umpamanya terlalu lebih mereka hendak ditempatkan di kawasan pedalaman, mereka enggan kerana jauh dan sebagainya. Sebenarnya kawasan itu tidaklah teruk sangat tidaklah seperti tidak ada air dan api, boleh masuk menggunakan kereta, kereta besar pun boleh tetapi guru-guru ini enggan ditempatkan di kawasan pedalaman dan juga di luar bandar. Saya harap pihak kementerian dapat bertegas bagi memastikan murid-murid di luar bandar ini mendapat hak mereka untuk mendapat guru option Bahasa Inggeris yang berkebolehan. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Rembau.

5.32 ptg. Dato' Firdaus bin Harun [Rembau]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya pergi terus ke tajuk B.41 – subseksyen 7 – Pelantikan Guru-Guru J-QAF. Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana mengadakan program J-QAF sebagai salah satu usaha untuk memperkasakan sekolah kebangsaan tetapi yang sebelah lagi itu saya tidak DR.6.9.2007 110

nampaklah sebab dalam usaha memperkasakan sekolah kebangsaan ini, kementerian ada menyebut akan mengadakan guru-guru Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil di sekolah-sekolah kebangsaan sebagai salah satu usaha untuk melihat sekolah kebangsaan lebih menarik dan dalam usaha memperkasa sekolah kebangsaan sebagai sekolah aliran perdana. Saya ingin tahu daripada pihak kementerian bagaimana pelaksanaan program ini. Berapa banyak sekolah kebangsaan yang telah diadakan guru-guru bahasa Mandarin ini khususnya sebab saya difahamkan pada tahun lepas ada kenyataan yang telah dibuat oleh pihak kementerian untuk mengadakan pada peringkat awalnya sebanyak 700 buah sekolah pada tahun ini dan bilakah ia akan diperluaskan ke sekolah-sekolah lain di seluruh negara. Saya juga ingin merayu kepada pihak kementerian supaya dapat menimbang supaya diadakan guru Mandarin di satu sekurang-kurangnya satu sekolah di kawasan saya iaitu Sekolah Kebangsaan Undang Rembau yang asalnya dahulu sekolah jenis kebangsaan Inggeris sebelum tahun 70-an. Saya yakin kalau ini dapat diadakan begitu juga di bandar-bandar kecil di seluruh negara usaha kita untuk memupuk semangat perpaduan, menanamkan rasa persefahaman di antara kaum dapat dimulakan di peringkat lebih awal lagi dan dengan itu dapat mengukuhkan lagi perpaduan kaum di negara ini. Sekian, terima kasih. , saya mohon menyokong.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

5.34 ptg. Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bangkit dalam Butiran B.41 ini hanya satu sahaja yang keenam sebanyak RM60,400,000ini untuk pelantikan guru J-QAF. Saya ingat J-QAF ini baru dua tiga tahun tetapi Yang Berhormat Menteri akan tentukanlah bila start. Oleh kerana kita kedapatan J-QAF ini perlu, J-QAF ialah Jawi, Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain. Saya kira 69% anak-anak Melayu terjebak dengan gejala negatif kerana tidak tahu sembahyang, tidak tahu baca Quran, tidak tahu jawi dan tidak tahu Arab kerana tak tahu jawi tak tahu Bahasa Arab, tak boleh baca Quran maka terjebak dengan gejala negatif. Maka 40% sahaja kanak-kanak di sekolah pada masa itu ialah yang tahu sembahyang, tahu jawi, tahu Bahasa Arab. 30% separuh tahu, 30% buta huruf langsung. Tidak tahu langsung sebab itu kalau kita jumlah 40 dengan 30 separuh tahu ini jadi 70, jadi kita letak 69%. Barangkali itulah sebab kenapa kerajaan atau Kementerian Pelajaran perlu guru J-QAF. Saya hendak tahu berapa jumlah guru-guru J-QAF yang akan dilantik dan berapa sudah dilantik dan apa mekanisme pelantikan guru J-QAF, ambil kira tak soal pandai jawi, soal tartil, taranum. Tartil ini Tuan Pengerusi, tartil ini baca Quran dengan bertajwid, taranum dengan DR.6.9.2007 111

berlagu. Itu sahaja takut tahu taranum Arab, taranum berlagu dan bertajwid, yang lain-lain itu biasalah, amali solat. Kemudian saya hendak tahu apakah guru-guru J-QAF yang telah dilantik ini telah diberi suatu orientasi yang secukupnya ataupun diberi kursus tambahan untuk membolehkan mereka mengajar dengan baik. Tolong jelaskan kalau dapatlah dengan secara detail. Saya rasa lain-lain itu saya puas hatilah. Saya menyokong penuh kerana peruntukan diminta ini untuk menambahkan guru J-QAF Tuan Pengerusi, kita akan turunkan gejala negatif daripada 69% kepada 5% menjelang menjalani merdeka selepas 50 tahun kita merdeka ini. Insya-Allah saya menyokong. Tuan Pengerusi: Bukit Mertajam.

5.36 ptg. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Kementerian Pelajaran mengenai wang yang dikehendaki untuk membiayai tambahan emolumen berikut semakan gaji dan COLA tahun 2007. Saya ingin bertanya bahawa adakah skil gaji guru ini setimpal dengan kerja mereka? Bolehkah kementerian memberi bandingan skil gaji guru kita dengan negara-negara jiran seperti Singapura, Thailand, Vietnam, Filipina dan kita boleh lihat sama ada ini menjadi satu sebab adakah guru ini kekurangan pendapatan sehingga ramai di antara mereka perlu memberi kelas tambahan, kelas tuition untuk menambah pendapatan mereka dan sekiranya ini adalah sebabnya. Saya rasa adalah tidak wajar tindakan, baru-baru ini di mana mereka dilayan seperti penjenayah untuk menyuruh mereka berhenti memberi kelas tambahan. Saya rasa kementerian mesti mempunyai syarat-syarat bagaimana supaya mereka tidak memandang kelas tambahan lebih penting daripada kerja mereka di sekolah tetapi pada waktu yang sama saya rasa adalah tertakluk kepada daya pasaran juga. Bukan semua guru boleh mendapat ramai pelajar untuk mengikuti kelas tambahannya. Dia mestilah guru yang baik yang budak-budak ataupun ibu bapa berpendapat bahawa guru ini adalah guru yang baik untuk mengajar anak mereka barulah ibu bapa hendak mengeluarkan wang untuk hantar anaknya. Saya juga kesal dengan tindakan, baru-baru ini untuk mengambil tindakan ke atas guru- guru ini yang memberi kelas tambahan. Saya juga ingin bertanya sama ada kementerian akan mengubah kurikulum ataupun cara atau pendekatan pembelajaran di dalam sekolah di mana di universiti pelajar-pelajar yang tidak dapat mengikuti kursus akan diberi kelas tutorial. Saya rasa ini adalah suatu sistem yang baik yang boleh dijalankan atau diimplementasikan di sekolah rendah dan juga sekolah kebangsaan. Dengan cara ini pelajar-pelajar yang lemah, yang tidak boleh mengikuti pelajaran boleh mengadakan kelas tutorial kerana mereka yang pandai itu tidak perlu pergi ke kelas tambahan lagi. Saya ingin bertanya sama ada kementerian akan mengguna pakai sistem ini. DR.6.9.2007 112

■1740 Saya juga ingin bertanya mengenai guru yang dibayar secara time base, apa maksudnya. Adakah ia ini bermaksud guru sandaran? Pada tahun yang lepas, guru sandaran di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di Pulau Pinang dan beberapa buah negeri yang lain tidak diberi gaji pada waktu cuti pada bulan November dan Disember. Saya rasa ini adalah kurang berperikemanusiaan kerana memang mereka akan juga digaji balik pada tahun yang akan datang kerana sekolah SRJKC gurunya tidak cukup. Jadi memang ada yang menjadi guru sandaran selama banyak tahun. Saya rasa sekiranya mereka dijangka akan digaji balik pada tahun hadapan, harus mereka dibayar gaji walaupun pada waktu cuti. Tahun ini pun juga berlaku guru bimbingan di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina yang berenrolmen rendah di mana guru yang tidak faham langsung bahasa Mandarin dihantar. Saya bukan anti guru yang tidak faham bahasa Mandarin tetapi kalau mereka dihantar kepada sekolah Cina dan murid-muridnya tidak faham seperti pelajar 1, 2, 3 yang mereka tidak faham bahasa Melayu ataupun bahasa Malaysia. Bagaimana cikgu yang hanya tahu bahasa Malaysia atau Inggeris boleh bimbing pelajar-pelajar seperti ini. Jadi saya berterima kasihlah kerana selepas beberapa kali desakan, guru-guru ini telah ditransfer ke sekolah yang lain tetapi sekolah-sekolah ini yang harusnya dihantar guru bimbingan, sampai hari ini saya difahamkan belum ada guru bimbingan dihantar, guru bimbingan yang faham, yang fasih bahasa Mandarin yang boleh mengajar budak-budak ini. Jadi saya ingin tahu apakah sebabnya mengapa selalunya guru yang faham Mandarin ini tidak cukup tetapi guru yang boleh mengajar bahasa yang lain, khasnya bahasa Malaysia, selalunya ada kelebihan. Adakah ini menunjukkan kelemahan dalam perancangan di pihak kementerian bahawa ia tidak disemak atau dirancang dengan rapi. Berapa guru yang kita perlukan? Guru bahasa apa? Guru aliran apa? Saya rasa ini adalah rancangan yang simple sahaja, tidak rumit. Sepatutnya tidak rumit. Mengapa ini bermasalah? Masalah ini wujud begitu lama dan tidak boleh selesai. Saya ingin tahu bantuan makanan asrama, apakah perbezaannya bantuan makanan asrama dan juga bantuan makanan biasa di sekolah biasa? Sejumlah RM114.5 juta ini adalah untuk berapa pelajar? Untuk jangka tempoh berapa lama? Ini merupakan satu angka yang agak besar dan berapa buah sekolah rendah asrama penuh yang ada di negara ini sekarang? Juga mengenai Biasiswa Kecil Persekutuan, sama ada ia diberi kepada pelajar-pelajar di semua aliran sekolah atau dia hanya kepada sekolah yang tertentu sahaja. Itu sahaja, terima kasih. Tuan Pengerusi: Ya, Lipis.

DR.6.9.2007 113

5.45 ptg. Dato’ Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [Lipis]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Bagi Maksud B.41, Kementerian Pelajaran, saya akan menyentuh beberapa butiran. Yang pertamanya, Butiran 2 iaitu sebanyak RM151.2 juta adalah untuk menampung bayaran kenaikan pangkat guru secara time base. Pertamanya saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada kerajaan, khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia kerana telah mewujudkan satu lagi laluan untuk guru-guru naik pangkat. Sebelum ini kita ada satu laluan sahaja iaitu laluan pengurusan di mana guru-guru yang akan dinaikkan pangkat akan menjadi pengetua atau guru besar sekolah, pengarah maktab, pengarah institut perguruan, pengarah bahagian dan sebagainya. Keduanya, terdapat laluan yang baru juga diwujudkan iaitu laluan guru-guru cemerlang di mana guru-guru yang tidak bercadang untuk menjadi pengurus sekolah, mereka boleh memohon untuk menjadi guru cemerlang dan seterusnya kalau dapat peluang, mereka dilantik menjadi guru cemerlang, biasanya mereka juga dinaikkan pangkat. Bagaimanapun ada guru-guru yang tidak bercadang untuk menjadi guru cemerlang dan juga pengurus-pengurus sekolah. Jadi mereka ini rasa saya tergolong dalam kategori kenaikan pangkat secara time base. Jadi persoalannya di sini ialah adakah guru-guru yang dinaikkan pangkat secara time base ini perlu memohon untuk dinaikkan pangkat. Jadi mereka perlu memohon dinaikkan pangkat secara time base atau mereka dinaikkan pangkat secara automatik apabila sampai masanya. Persoalan yang kedua yang hendak saya kemukakan di sini ialah berapa tahun ataupun sampai ‘T’ berapa, tangga berapa dalam pergerakan gaji itu yang membolehkan mereka sampai ke peringkat ataupun dinaikkan pangkat secara time base ini kerana ada guru-guru yang menyatakan mereka sudah mengajar 20 tahun, 21 tahun barulah mendapat peluang untuk dinaikkan pangkat secara time base. Adakah mereka juga perlu lulus Penilaian Tahap Kecekapan untuk dinaikkan pangkat ini? Begitu juga, adakah sekiranya mereka sebelum itu menjadi guru bukan siswazah, selepas masuk universiti dan setelah itu mereka menjadi guru siswazah, adakah keseluruhan kerjaya atau karier perguruan mereka daripada sebelum menjadi guru bukan siswazah di campur dengan guru siswazah untuk melayakkan mereka dinaikkan pangkat secara time base ini. Jadi saya mohon penjelasan daripada pihak Kementerian Pelajaran mengenai perkara ini. Bagi butiran yang berikutnya iaitu Butiran 3 iaitu sebanyak RM146.8 juta adalah untuk bayaran elaun khas pedalaman dan elaun balik kampung bagi pegawai-pegawai perkhidmatan pelajaran. Ini juga merupakan sesuatu yang baik, Tuan Pengerusi, kerana cara ini kita memberi insentif kepada guru-guru yang hendak berkhidmat di kawasan pedalaman ataupun kawasan luar bandar. Hanya persoalan ialah apakah kriteria yang digunakan untuk mengkategorikan sesuatu DR.6.9.2007 114

kawasan yang saya difahamkan ada tiga tahap iaitu tahap satu yang paling dekat sekali dengan bandar, tahap kedua yang pertengahan dan tahap ketiga kerana ada juga rungutan yang mengatakan bahawa tempat yang dekat mendapat tahap tiga tetapi tempat yang jauh mendapat tahap satu. Jadi kriteria ini saya mohon penjelasan daripada pihak Kementerian Pelajaran. Begitu juga sebelum ini mereka mungkin mendapat elaun susah. Saya pun tidak tahu apa dia elaun kesusahan, dikatakan begitu dan selepas itu elaun kesusahan itu ditarik balik 10% sebelum ini. Sepatutnya tambahan RM500 itu ditambah sahaja tetapi oleh kerana dikurangkan, ada yang dapat RM300 atau RM400 sahaja, ditarik balik elaun susah hidup itu. ■1750 Jadi yang itu pun saya mohon penjelasan daripada Kementerian Pelajaran. Yang berikutnya ialah butiran yang keempat iaitu RM114.5 juta adalah untuk menampung kenaikan kadar bantuan makanan asrama. Sebenarnya bayaran asrama ini rasa saya yang dibayar oleh murid ataupun ibu bapa sikit sahaja, selebihnya dibayar oleh Kementerian Pelajaran, rasa saya setakat ini RM1 yang dibayar setiap hari oleh pelajar. Jadi kalau 30 hari maknanya RM30. Di sini yang pertama sekali bagi saya ialah kadar per kepala bagi seseorang pelajar itu Tuan Pengerusi. Berapa kadar per kepala bagi seseorang pelajar? Adakah perbezaan di antara kadar bagi asrama yang terletak di bandar dan juga asrama-asrama yang terletak di luar bandar atau di pedalaman. Kerana bagi pembekal-pembekal makanan ini, kalau terletak di bandar kemungkinan kadar itu mencukupi. Kalau dia buat kadar selari, serata semuanya mencukupi kerana kemudahannya dekat, jalannya dekat dan sebagainya. Tapi bagi pembekal-pembekal yang terpaksa membekalkan makanan yang jauh di pedalaman kadang-kadang berlaku kesusahan kalau kadarnya sama. Jadi saya berharap Kementerian Pelajaran memikirkan perkara ini begitu juga kadang-kadang terlalu banyak campur tangan daripada pengurusan sekolah dalam hal pembekalan makanan ini yang menyebabkan ada juga pembekal-pembekal yang cemas-cemas yang hendak gulung tikar. Ada dua lagi Tuan Pengerusi. Seterusnya ialah J-QAF iaitu Butiran 7, ini yang terakhir Tuan Pengerusi. Sebanyak RM60.4 juta adalah untuk pelantikan guru-guru J-QAF. Jadi ini pun saya amat alu-alukan dan rasa saya kerana ini merupakan satu program yang baik. Kalau kita lihat kepada PIPP – Pelan Induk Pembangunan Pendidikan itu, Kementerian Pelajaran sebenarnya mensasarkan 20 ribu guru program Jawi ataupun J-QAF (Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain) ini diambil menjelang tahun 2010, ini dalam PIPP nya. Kalaulah perkara ini terjadi, berlaku, rasa saya program J-QAF ini dapat memantapkan program pendidikan Islam di seluruh sekolah sehingga 2010 ini dan rasa saya usaha untuk kita menangani pelbagai masalah dan sebagainya akan berlaku. Bagaimanapun persoalan yang saya nak kemukakan di sini adalah berkaitan dengan bagaimanakah pencapaian J-QAF ini diukur mengikut indicator pencapaian yang digariskan oleh DR.6.9.2007 115

PIPP ini iaitu di dalam muka surat 85, lampiran 1. Contohnya dia kata pelan tindakan, memastikan semua murid Islam dapat menguasai J-QAF, itu yang pertama. Indicator peratus murid menguasai J-QAF dan kalau kita lihat dia katakan indicator pencapaian dalam PIPP ini jawi 95%, al-Quran 95%, bahasa Arab 97%, wuduk 97%, solat 95%. Jadi kenapa tidak kesemuanya 100%? Jadi mengapa indicator itu begitu, dan bagaimanakah indicator itu dapat dicapai? Yang akhir sekali, last sekali. Tuan Pengerusi: Cukup Yang Berhormat, lama dah. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [Lipis]: Jadi persoalan ini pun sejauh manakah SJKC dan SJKT ini dibekalkan dengan guru J-QAF untuk memastikan pelajar yang beragama Islam di sekolah tersebut menguasai J-QAF. Ini kerana dalam PIPP itu, di dalam muka surat 80 menjelaskan bahawa menerusi program J-QAF ini disasarkan pelajar yang beragama Islam di SJKC dan SJKT dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam tulisan Jawi, berjaya khatam al-Quran dan dapat membina asas untuk memahami dan berkomunikasi dalam bahasa Arab dan berjaya mempraktikkan fardu ain sebelum tamat pendidikan rendah. Jadi mohon penjelasan dari pihak Kementerian Pelajaran dan dengan itu saya menyokong. Terima kasih.

5.55 ptg. Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatang Pauh]: Terima kasih Tuan Pengerusi, saya nak tanya sikit sahaja untuk Kepala B.41 kerana terdengar tentang soalan bocor dalam peperiksaan. Jadi apakah langkah-langkah Kementerian Pelajaran untuk menangani masalah apabila kita dapati bahawa kredibiliti pelajar-pelajar terjejas dan sistem pelajaran kita juga tempias keyakinannya apabila langkah-langkah sekuriti, langkah-langkah apabila kita dengar kebocoran soalan-soalan peperiksaan. Apakah terjadinya satu macam sindiket di mana soalan-soalan itu dijual dan ini membawa unsur-unsur penipuan dalam sistem pelajaran kita. Terima kasih Tuan Pengerusi.

5.56 ptg. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Ya, dengan secara ringkas Tuan Pengerusi. Mengenai time based kenaikan pangkat guru, time based. Di sini Tuan Pengerusi, saya hendak tahu macam mana pihak kementerian dapat menguruskan dengan bilangan guru secara time based dan bilangan yang bukan, . Kita sedia tahu terdapat lebih 180 ribu guru di sekolah rendah dan juga lebih 120 ribu guru di menengah. Baru-baru ini dengan kenaikan gaji itu kita memang semak semula tetapi yang penting sekali untuk meningkatkan tahap dan kualiti guru ini, saya berharap Yang Berhormat dapat mengambil tindakan yang berkesan walaupun dalam usaha untuk mengambil proses tapisan yang dilaksanakan melalui Malaysia Teachers Selection Test DR.6.9.2007 116

(MTEST), ujian bertulis bahasa Inggeris bagi sesetengah program, inventori sahsiah guru, temu duga dan sebagainya sebelum diambil. Dan di dalam masa sekarang sampai 2010, pihak kementerian akan mengambil lebih 38 ribu guru untuk latihan dan hampir 30 ribu di sekolah menengah. Calon yang baru untuk dilatih dan sebagainya. Saya berharap Yang Berhormat memberi perhatian untuk meningkatkan kualiti guru kita sampai tahap dunia, itu yang penting sekali. Mungkin secara time based itu tidak cukup, mungkin mereka tidak mahu time based. Saya pun tidak tahu macam mana sistem emolumen gaji di kementerian sekarang untuk meningkatkan kualiti guru kita sebab yang akhirnya kita hendak semua itu di dalam masyarakat kita, menghormati kepada guru sebagai satu profesion. Seterusnya Tuan Pengerusi, secara ringkasnya untuk bantuan makanan ini. Pada satu ketika ada diumumkan bahawa kita hendak susu soya sekarang kerana ada keracunan. Walaupun dalam akhbar ada pelbagai alasan dan sebagainya, saya pun tidak tahu apa masalah sebenarnya kerana bantuan makanan ini dilakukan bertahun-tahun, tetapi pada akhir-akhir ini ada kes-kes keracunan secara kelompok dan sebagainya. Akhir sekali mengenai jenis Biasiswa Kecil Persekutuan. Walaupun Yang Berhormat bagi Sungai Petani kata tidak cukup kadar itu, RM86 juta, tetapi ini bekalan tambahan saja. Saya ingat bolehkah Yang Berhormat Menteri beritahu kita apakah jumlah yang sebenarnya yang diperuntukkan untuk Biasiswa Kecil Persekutuan dan jenis biasiswa yang ada. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi: Tuaran.

■1800

6.00 ptg.

Datuk Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat jawatankuasa, Maksud B.41 - Kementerian Pelajaran. Butiran 010000 - Pengurusan Kementerian. Tuan Pengerusi, baru-baru ini Yang Berhormat Menteri Pelajaran berada di negeri Sabah. Dia telah membuat pengumuman bahawa guru-guru Sabah yang telah dihantar ke negeri Johor dan Selangor sebanyak 777 suatu ketika dahulu sudah pun dikembalikan ke negeri Sabah. Itu pengumuman dia dan telah dilaporkan di media dan akhbar-akhbar tempatan di negeri Sabah. Tetapi hakikatnya ialah sebahagian besar daripada mereka masih lagi berkhidmat di negeri Selangor dan Johor Bahru. Persoalannya hari ini ialah bagaimanakah menteri boleh membuat pengumuman tersebut sedangkan hakikatnya belum lagi diambil tindakan. Jadi mereka sekarang ini tertanya- tanya bilakah mereka dihantar balik ke negeri Sabah dan bagaimanakah pula pengumuman itu telah dibuat. Jadi saya ingin bertanya apakah kerajaan benar-benar ataupun pihak kementerian DR.6.9.2007 117

benar-benar akan menghantar mereka balik? Kalau ya, bagaimana pula proses untuk menghantar mereka balik dan di manakah pula penempatan mereka di negeri Sabah. Ini sesuatu perkara yang serius sebab bilangan yang terlibat adalah ramai, lebih 700 orang guru-guru dan memang sudah sekian lama mereka menunggu-nunggu. Seterusnya Tuan Pengerusi, begitu juga dengan 38 orang graduan daripada IKIP, Indonesia yang sudah pun ditemu duga, sudah menghantar memorandum dan sebagainya kepada pihak kementerian yang telah diadakan di negeri Sabah. Setelah ditemu duga, akhirnya mereka tertunggu-tunggu dengan jawapan, tiada jawapan dan dirujuk balik dan sebenarnya pihak BNBCC negeri Sabah telah membantu kumpulan ini, dan mereka telah diberitahu bahawa mereka tidak boleh diberi penempatan selagi mereka diberi latihan praktikal mengajar. Tetapi dalam proses itu pula 2 orang daripada 38 orang ini telah ditempatkan dan setelah ditanya, kumpulan ini telah bertanya kepada pihak kementerian Bahagian Sumber Manusia, mereka mengatakan bahawa ini adalah satu kesilapan. Kesilapan telah berlaku dalam penempatan dua orang. Yang lain-lain masih lagi menunggu dan untuk makluman Yang Berhormat Tuan Pengerusi, mereka masih duduk di Kuala Lumpur melobi, hampir setiap hari kalau mereka datang ke Dewan Rakyat Parlimen ini bertemu dengan kami lepas itu pergi ke Putrajaya jumpa dengan pegawai-pegawai dan sebagainya. Mereka dilayan macam pingpong. Pelbagai permasalahan, disuruh pergi ke JPA dan sebagainya sedangkan soal pengiktirafan mereka ini sudah sekian lama diselesaikan. Tetapi persoalan di sini ialah dari segi dasar - jelas, graduan yang bukan graduan daripada Malaysia yang dilatih di luar negeri khususnya daripada Indonesia, mereka dikehendaki dulu untuk mengadakan latihan mengajar dan selepas itu akan ditempatkan. Tetapi apa masalah dengan graduan daripada IKIP ini? Seterusnya Tuan Pengerusi, ini berhubung dengan masalah ketiadaan guru-guru option bahasa Inggeris. Saya ingat ini berlaku di seluruh negara dan pada tahun hadapan, pertama kalinya nanti pelajar akan menduduki peperiksaan Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Pada tahun ini masih lagi mempunyai option sama ada menduduki dalam bahasa Inggeris ataupun dalam bahasa Malaysia. Tetapi pada tahun hadapan akan menduduki dalam bahasa Inggeris. Sebenarnya di kawasan Parlimen saya di Tuaran, saya begitu risau sebab pencapaian UPSR kami, kalau pilih Tamparuli kita ini yang terbaik di seluruh Sabah. 26 PPD, kita yang terbaik. Tetapi dengan dua mata pelajaran ini dalam bahasa Inggeris, saya begitu risau sebab guru-guru beroption bahasa Inggeris di kawasan Parlimen saya memang bermasalah. Seperti mana yang telah saya nyatakan dalam peringkat dasar, di mana saya telah meminta, saya mencadangkan supaya pihak kementerian mengkaji semula dasar dan sistem pengambilan dan penempatan guru-gurunya... Tuan Pengerusi: Cukuplah. Datuk Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: di mana Tuan Pengerusi, ini penting .... Tuan Pengerusi: Sudah sebut dalam dasar, tidak payah sebut lagi. DR.6.9.2007 118

Datuk Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Saya sebut itu sebab seperti mana yang saya nyatakan bahawa ada PPD yang berlebihan guru, tetapi ada pula kekurangan. Kalau yang berlebihan ini pun, di sana pun mempunyai masalah guru-guru yang beroption bahasa Inggeris. Tuan Pengerusi: Ya, cukuplah. Datuk Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Saya mohon supaya perkara ini dapat ditangani dengan baik oleh pihak kementerian, sebab saya sebenarnya telah berbincang dengan pegawai-pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri dan mereka juga mengatakan bahawa perkara ini harus diangkat di peringkat kementerian. Satu lagi Tuan Pengerusi, ini bagi Maksud P.41 - Kementerian Pelajaran, ini bahagian pembangunan, saya mengalu-alukan token yang telah diberikan dalam pelbagai butiran - RM10 dan dalam hal ini saya ingin bertanya dalam beberapa perkara yang melibatkan kawasan Parlimen saya iaitu Tuaran. Yang pertamanya tentang pembinaan Sekolah Pendidikan Khas. Sekolah Pendidikan khas ini adalah satu-satunya ada di negeri Sabah iaitu untuk orang-orang buta. Ini sekolah rendah ya. Sekarang ini beroperasi di Tuaran dan saya difahamkan bahawa sekolah itu akan dipindah, ditempatkan di tempat yang lain di negeri Sabah. Alasannya, di kawasan saya di Parlimen Tuaran tiada tempat untuk membina bangunan yang lebih baik. Saya ingin bertanya pada pihak kementerian sama ada satu kajian yang menyeluruh telah dibuat untuk mencari tapak. Selaku Ahli Parlimen saya tidak pernah pun dibawa berbincang untuk mencari tapak. Kita boleh cari tapak. Di Tuaran ini kawasan Parlimen saya, satu-satunya tempat di negeri Sabah di mana ada dua buah sekolah pendidikan khas iaitu untuk yang buta dan yang bisu untuk sekolah rendah. Kami di Tuaran tidak mahu kehilangan sekolah ini. Kami boleh cari tapak. Persoalan di sini, apakah tapak sudah dicari sehinggakan ia dipindahkan ke kawasan lain. Persoalan saya yang kedua ialah pembinaan Institut Perguruan Kent yang baru. Saya difahamkan setelah dinaikkan taraf daripada maktab dahulu yang ada di negeri Sabah, Maktab Perguruan Kent ini adalah satu-satunya maktab dan sekarang ini institut yang tertua di negeri Sabah dan setelah dinaikkan taraf akan dibina di suatu tempat yang baru. Persoalan saya di sini ialah apakah cadangan pihak kementerian tentang bangunan yang ada sekarang ini? Kita kena jadi apa. Tuan Pengerusi: Baik, cukup Yang Berhormat. Datuk Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Kalau daripada cadangan, saya ingin mencadangkan supaya.... Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, cukup sudah. Datuk Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Saya ingin mencadangkan supaya bangunan ini dijadikan satu sekolah menengah yang baru. Yang terakhir ini Tuan Pengerusi, ini penting. Tuan Pengerusi: Tadi terakhir juga. DR.6.9.2007 119

Datuk Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Tetapi ini penting Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi: Dua kali sudah. Datuk Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Penting ini Tuan Pengerusi. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ini, ada satu bangunan, ada satu sekolah baru, Sekolah Menengah Pekan Nabalu dan berkali-kali kita nyatakan bangunan sekolah ini sejak Rancangan Malaysia Ketujuh, sekarang Rancangan Malaysia Kelapan, Rancangan Malaysia Kesembilan belum lagi dapat dilaksanakan. Ini katakan tapak. Kita cadangkan tapak kita tidak mahu supaya sekolah ini dibina di tempat yang lain, kecuali di pekan Nabalu. Kita minta supaya dikaji tempat ini tetapi sehingga hari ini, ada suara-suara menyatakan biar dia dibina di tanah rata di kawasan pekan Tamparuli. Ini saya tahu agak lebih spesifik, tetapi sehingga pada hari ini, ini sudah bulan September sudah hampir dengan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan belum ada kata muktamad yang sekolah ini dibina di pekan Nabalu. Tuan Pengerusi: Cukuplah. Ya, Kuala Terengganu. Datuk Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Terima kasih. Saya mohon menyokong. Dato’ Razali bin Ismail [Kuala Terengganu]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin tarik perhatian Maksud B. 41 - Kementerian Pelajaran, sejumlah RM1.19 bilion untuk menampung bayaran emolumen semasa. Kita mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pelajaran dalam menstrukturkan semula perjawatan dan juga pelbagai jenis kenaikan diberi hinggakan kepada JUSA C. Cuma saya ingin tarik perhatian di sini iaitu kedudukan pensyarah-pensyarah di IPG yakni Institut Pendidikan Guru. Di IPG sekarang ini mereka sedang membuat pendidikan dan latihan untuk kumpulan pelajar-pelajar yang akhirnya mendapat anugerah sarjana, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. ■1810 Malah demikian juga kepada cohort kumpulan lulusan universiti. Jadi, peranan mereka sudah beralih daripada hanya menawarkan sijil perguruan kepada diploma perguruan dan sekarang kepada ijazah perguruan. Dari segi perjawatan mereka dan juga dari segi bayaran imbuhan kepada mereka ataupun skim gaji mereka berbeza dengan rakan-rakan mereka di universiti. Di universiti, ketika mana mereka menghasilkan guru-guru Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, gaji mereka ataupun imbuhan ataupun skim perkhidmatan mereka itu berbeza. Apakah tindakan yang telah dibuat oleh Kementerian Pelajaran khususnya dalam memberi setimpal dari segi imbuhan, dari segi gaji skim perkhidmatan kepada pensyarah- pensyarah di IPG ini. Lebih-lebih lagi pensyarah-pensyarah di IPG ini kebanyakan mereka malah 75% sudah pun memiliki ijazah kedua yakni sarjana pendidikan mahupun dengan PhD dalam bidang masing-masing yang saya kira sudah layak untuk mereka mendapat tawaran dan juga mendapat skim perkhidmatan yang lebih baik. DR.6.9.2007 120

Demikian juga dengan rakan mereka yang bertugas di IAB atau Institut Aminuddin Baki yang rata-rata memberi perkhidmatan begitu cemerlang melatih guru-guru dalam perkhidmatan terutamanya dari segi kepimpinan wajar juga diberi treatment yang sepatutnya. Seterusnya saya ingin tarik perhatian perkara yang kedua iaitu tentang P.41 Kementerian Pelajaran Butiran 0352 dan juga 0351 iaitu Ubah suai dan Naik Taraf Sekolah-sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. Di sini saya nak bertanya kepada Kementerian Pelajaran, dalam proses naik taraf sekolah ini berapa banyak kah padang-padang sekolah telah diambil alih untuk membina bangunan-bangunan. Kita nak menggalakkan anak-anak kita cergas dalam kegiatan kokurikulum, sukan dan pelbagai aktiviti-aktiviti riadah. Berapa banyak? Saya dapati juga setengah kawasan sekolah itu sudah tidak ada padang sekolah lagi. Di bina bangunan tersergam dan anak-anak kita seolah-olah dinafikan hak untuk membangunkan dari segi perkembangan fizikal mereka, bukan saja fizikal malah membina emosi mereka dengan seimbang dengan sepadu dengan ketiadaan padang-padang bola untuk mereka berekreasi. Seterusnya 03503 Ubah suai Naik Taraf Maktab Perguruan. Di sini saya ingin tarik perhatian berapa inisiatif ataupun tindakan yang telah dibuat oleh pihak kementerian untuk membina apa yang disebut sebagai sekolah-sekolah makmal ataupun disebut sebagai lab school. Ini penting sekali. Demikian juga dengan seorang doktor. Mereka memerlukan lab di mana mereka boleh membuat eksperimen, mereka boleh melakukan uji kaji, mereka boleh melakukan research, memerhatikan proses pendewasaan anak-anak ini. Saya kira sekolah- sekolah makmal itu perlu sekali untuk kita memberi keyakinan kepada guru-guru tidak hanya didedahkan dalam konteks teori saja tapi boleh kita melatih guru-guru ini mempunyai apa yang disebut sebagai reflective practitioner dengan mereka mengkaji suasana pembelajaran anak- anak dalam sekolah itu dalam lokasi di maktab masing-masing-masing. Akhir sekali saya ingin mencadangkan di sini iaitu perpustakaan-perpustakaan ataupun kemudahan-kemudahan secara elektronik ataupun digital library ini saya kira sudah wajar diadakan di IPG dalam konteks mereka menjalani tugas agar tugas mereka lebih berkesan dan memberi kesan yang besar dalam proses pembangunan modal insan manusia terutamanya kepada anak-anak kita di sekolah. Sekian, saya mohon mencadang. Tuan Pengerusi: Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah ... Oh! Maaf. Sila, sila.

6.14 ptg. Timbalan Menteri Pelajaran [Dato' Hon Choon Kim]: Tuan Pengerusi, Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Jawatankuasa bagi Kementerian Pelajaran Malaysia. Seramai 15 rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian. Saya ucapkan berbanyak- banyak terima kasih dan saya memang menghargailah segala pandangan, teguran yang telah DR.6.9.2007 121

dikemukakan. Saya yakin dan percaya semua ini akan diambil perhatian oleh Kementerian Pelajaran. Tuan Pengerusi, saya cadang penjelasan saya kepada rakan-rakan Yang Berhormat akan memfokuskan kepada tajuk-tajuk yang telah dibawa ke Dewan yang mulia ini. Kebanyakan Ahli Yang Berhormat bincang beberapa isu. Pertama iaitu mengenai time base. Yang Berhormat dari Sungai Petani, Yang Berhormat dari Bukit Mertajam, Yang Berhormat dari Lipis dan Yang Berhormat dari Kepong telah sentuh mengenai time base. Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Lipis yang telah pun menjawab apa dia time base kepada Yang Berhormat Bukit Mertajam. Jadi tak perlulah saya jelaskan apa dia time base. Sama ada dia ada Guru Sandaran Tanpa Terlatih dan sebagainya, saya rasa Yang Berhormat Lipis sudah jelas terangkan apa dia time base. Sebenarnya kerajaan prihatin dan sentiasa memberi keutamaan terhadap anggota- anggota sektor awam dalam setiap aspek, termasuklah berkaitan dengan perjawatan serta peluang-peluang naik pangkat. Begitu juga dengan profesion perguruan. Terdapat empat laluan kenaikan pangkat bagi guru iaitu secara hakiki berdasarkan kekosongan jawatan. Kedua, pengetua cemerlang. Ketiga, guru cemerlang dan yang keempat iaitu time base. Tiga laluan terakhir yang dinyatakan tadi merupakan kenaikan pangkat secara khas untuk menyandang. Laluan kenaikan pangkat secara khas untuk menyandang tidak memerlukan kekosongan jawatan dan ia diberikan peluang kepada guru tersebut untuk dikekalkan di tempat yang sama walaupun telah diberikan kenaikan pangkat. Untuk makluman ahli Yang Berhormat, bilangan kenaikan pangkat secara time base sejak tahun 1998 sehingga tahun 2007 bagi guru lepasan siswazah dan lepasan diploma. Bagi guru lepasan siswazah seramai 47,191 orang guru dan bagi guru lepasan diploma seramai 95,104 orang. Maknanya jumlahnya melibatkan 142,295 orang guru yang telah dapat time base. Syarat time base ialah untuk mereka selepas berada di gred misal katanya DGA29 lebih daripada 10 tahun dan sudah lulus PTK dan guru itu boleh beri naik pangkat time base ke DGA32. Bagi gred DG41, guru itu juga memerlukan berkhidmat selama 10 tahun ke atas dan sudah lulus PTK dan boleh naik pangkat ke DG44. Untuk memberikan lebih banyak peluang kepada guru-guru walaupun tidak ada kekosongan. Dato' Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: [Bangun] Dato' Hon Choon Kim: Ini telah menunjukkan bahawa Kementerian Pelajaran, nanti ya, nanti. Saya habiskan dulu. Ini telah menunjukkan bahawa Kementerian Pelajaran cukup prihatin sebenarnya kalau Ahli Yang Berhormat lihat PIPP, Pelan Induk memang satu teras utama iaitu untuk memartabatkan profesion keguruan. Jadi inilah langkah-langkah yang telah diambil untuk memberi peluang kepada cikgu kita supaya mereka dapat menikmati gaji yang lebih baik, lebih tinggi kerana kita rasakan tugas tanggungjawab seorang guru adalah cukup penting. Jadi tidak DR.6.9.2007 122

timbul isu seperti yang disebut oleh ahli Yang Berhormat dari Air Hitam, tidak merupakan khususnya atau sengaja melakukan sesuatu untuk menganiayai guru-guru memberikan tuisyen. ■1820 Sebenarnya kita tidak, cuma ikut peraturan yang terdapat dalam perkhidmatan awam ini. Kalau seseorang pegawai kerajaan, kalau mereka berminat untuk kerja sambilan mereka mestilah dapat persetujuan daripada jabatan berkenaan dan juga ada syarat-syaratnya iaitu tidak boleh bekerja lebih daripada empat jam seminggu. Bagi guru-guru yang memberikan bimbingan untuk membantu murid-murid di rumah kediaman, kita tidak ada menghalang sebenarnya, cuma kita hendak memberitahu kepada Ahli Yang Berhormat janganlah bagi guru kita jangan memfokuskan lebih memberikan tuisyen daripada menjalankan tugas sebagai seorang guru. Inilah sebagai mesej yang kita hantarkan kepada para guru. Bukan hendak sengaja untuk menyusahkan, menyulitkan guru supaya murid-murid juga dapat kesan buruk. Jadi itulah penjelasan saya kepada Ahli Yang Berhormat yang masih keliru kononnya Kementerian Pelajaran sengaja hendak melakukan sesuatu untuk menyusahkan pihak guru yang memberikan tuisyen kepada anak-anak kita. Kita sedar kalau gurunya rela untuk memberikan bimbingan kepada murid-murid atas permintaan para ibu bapa, ini pun telah dijelaskan oleh Yang Berhormat supaya ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada sesiapa. Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dato' Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Pasir Puteh dulu kah? Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Tidak, saya. Dato' Hon Choon Kim: Nanti, nanti. Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Saya hendak memperjelaskan bahawa saya tidak mengatakan kementerian menganiayai guru tuisyen. Sebenarnya apa yang saya kata jangan anggap kenaikan gaji itu sudah memadai dan saya minta penjelasan yang mendalam daripada Yang Berhormat. Sebenarnya kalau ikutkan garis panduan guru hanya boleh dibenarkan mengajar selama empat jam dan kemudian ianya perlu dibuat di pusat tuisyen. Dari segi practicalitynya, Pekan Ayer Hitam memang tidak kena kalau kita bina satu pusat tuisyen dan soal pokoknya sama ada benar atau tidak kita memberikan tuisyen ataupun untuk cikgu menjadi guru sambilan, saya rasa itu perlu saya minta, saya merayulah Kementerian Pelajaran melihat practicalitynya, kehendak daripada ibu bapa dan saya rasa ianya membantu memperbaiki prestasi akademik anak-anak. Tuan Pengerusi: Baik. Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Jadi saya minta Yang Berhormat supaya mengkaji semula kewajaran garis panduan ini kerana ianya nampaknya kalau kita mengehadkan guru mengajar itu mahu satu masalah kepada rakyat. Minta penjelasan, terima kasih. DR.6.9.2007 123

Dato' Hon Choon Kim: Saya minta maaf kerana saya tidak dapat terima hujah Yang Berhormat bagi Ayer Hitam ini menyatakan bahawa kerana gaji tidak cukup jadi hendaklah mengambil kerja sambilan dan sehinggalah menjejaskan tanggungjawab, kalau itulah rasionalnya saya memang tidak boleh terima. Sebenarnya kita memberikan had masa bagi seorang guru untuk menjalankan tuisyen ialah supaya walaupun memberikan tuisyen kerana dengan hadnya masa empat jam, ia tidak akan menjejaskan tanggungjawab mereka sebagai guru. Jadi saya minta Yang Berhormat faham, walau bagaimanapun kita juga simpati kepada pihak guru. Oleh sebab itu menteri pun telah arahkan supaya tidak sengaja untuk pergi ke rumah untuk semak sama ada cikgu kita mengajar tuisyen atau tidak itu pun telah kita minta. Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Yang Berhormat kalau macam itu bolehkah kalau guru yang mengajar di rumah-rumah kebanyakan lebih daripada empat jam, masalahnya itu kalau ikut garis panduan tidak boleh dan saya rasa itu kena ikut kemampuan guru, itu rayuan daripada masyarakat. Kalau seorang cikgu itu boleh mengajar dengan teknik yang baik apa salahnya kita benarkan? Itu rayuan daripada kita, minta. Dato' Hon Choon Kim: Yang Berhormat saya tidak rasa ini timbul masalah sebenarnya. Kalau guru itu memberi bimbingan atas permintaan ibu bapa dan juga tidak dapat mendatangkan apa-apa kesan buruk supaya ia tidak atau memberi kelas tuisyen sudah menjadikan tugas utama itu saya tidak boleh terima kerana tanggungjawab guru ialah untuk mengajar di kelas sekolah bukanlah untuk memberikan tuisyen. Jadi saya rasa setakat ini sahaja saya hendak beritahu kepada Ahli Yang Berhormat, memang tidak ada niat Kementerian Pelajaran untuk melakukan sesuatu untuk menyusahkan pihak guru dengan hasrat yang baik untuk membantu para pelajar yang masih lemah dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang berkenaan. Pasir Puteh, minat? Dato' Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Ya, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana memberi laluan, saya sedikit sahaja. Soal kenaikan pangkat secara time base ini saya terima kasihlah, tidak pernah berlaku masa saya jadi cikgu dulu tetapi apabila 10 tahun perkhidmatan dengan lulus peperiksaan PTK, Alhamdulillah semua lulus tetapi ada satu lagi saya rasa, Laporan Prestasi Khas. Jadi saya harap Laporan Prestasi Khas ini tidak bias kepada peribadi kerana sesetengah mengadu pada saya, saya pun tidak pasti sebab saya Yang Berhormat tidak boleh ambil tahu. Dalam pagar pelajaran PPD saya tahu sangat tetapi biarlah betul-betul Laporan Prestasi Khas ini tidak bias secara clash peribadi. Misalnya dia berkelahi dengan guru besar, dalam satu aspek yang tidak munasabah dia tidak boleh bagi comel. Jadi inilah saya hendak supaya betul-betul pastikan jentera yang membuat prestasi khas ini supaya bawa kepada Lembaga Kenaikan Pangkat itu tidak ada bias kepada mana-mana. Pengalaman 30 tahun dalam perkhidmatan awam. Terima kasih Tuan Pengerusi. Dato' Hon Choon Kim: Terima kasih Yang Berhormat bagi Pasir Puteh. Seorang cikgu yang berbakti ini selama 30 tahun dan sekarang sudah jadi Ahli Parlimen, masih teruskan DR.6.9.2007 124

khidmat kepada masyarakat. Saya hampir ingat apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat, terima kasih. Saya bercadang beralih kepada elaun khas pedalaman dan elaun balik kampung. Tuan Pengerusi, inilah satu langkah untuk membolehkan atau menjadi lebih menarik kepada guru-guru untuk berkhidmat di kawasan pedalaman. Beberapa orang Ahli Yang Berhormat pun telah sentuh perkara ini, Yang Berhormat bagi Sungai Petani dan Yang Berhormat bagi Santubong, tidak ada dalam Dewan ini dan Yang Berhormat bagi Lipis pun telah ada sebut tentang elaun khas pedalaman. Bagi memberikan pemberian elaun khas pedalaman, Kementerian Pelajaran mengkategorikan tiga kategori. Kategori tahap satu kita kirakan tahap kesulitan tempat sekolah dari segi kawasan, dari segi kemudahan-kemudahan asas dan sebagainya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun ini seramai 12,035 guru yang akan diberikan elaun khas di bawah ketiga-tiga kategori ini.

Kategori Elaun (Sebulan) Sekolah Rendah Sekolah Menengah (Orang) (Orang) 1 500 5,806 1,634 2 1,000 2,313 727 3 1,500 1,072 483

■1830 Ini sebanyak 1,072 guru yang mengajar sekolah rendah dia dapat elaun dan seramai 483 guru yang mengajar sekolah menengah terjatuh dalam kategori ini. Selain daripada itu elaun juga diberikan kepada guru-guru yang berkhidmat di pedalaman untuk tambang balik kampung tiap satu tahun sekali untuk membolehkan mereka balik kampung dari sekolah ke pintu rumah dia. Jadi inilah merupakan satu insentif untuk guru yang rela untuk mengajar di kawasan- kawasan pedalaman. Ahli Yang Berhormat juga ada sebut bahawa tidak adil kalau memberikan elaun khas patutnya elaun perkhidmatan pedalaman dapat dikekalkan tetapi Kementerian Pelajaran memberikan pilihan kepada guru, sudah tentu guru kita akan memilih elaun yang lebih tinggi, bukan hanya 100%, terpulanglah kepada guru skim mana atau elaun mana, elaun perkhidmatan luar bandar 10% dari gaji pokoknya atau elaun khas pedalaman kerana kedua-dua jenis elaun ini merupakan tujuan yang sama, jadi setiap guru yang berkhidmat di pedalaman berhak untuk memilih salah satu jenis elaun ini. Saya bercadang beralih kepada Bantuan Makanan Asrama. Bantuan Makanan Asrama juga dapat minat daripada beberapa orang Ahli Yang Berhormat, daripada Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Pensiangan, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat DR.6.9.2007 125

Lipis, dan Yang Berhormat Kepong. Saya minta maaf kalau ada yang tertinggal mana-mana Ahli Yang Berhormat. Skim ini sebenarnya memberikan kepada para pelajar yang belajar di sekolah asrama penuh atau sekolah asrama harian. Sebenarnya kami meminta bantuan peruntukan tambahan kerana kita telah meningkatkan kadar bayaran, kadar peruntukan bagi setiap murid. Pada dahulunya RM8.00 hingga RM9.00 sahaja untuk seorang murid, bergantung kepada sekolah, di mana kawasan luar bandar, pedalaman lebih banyak sedikit dan ini telah bertambah RM11.50 ke RM12.00 bagi setiap pelajar yang belajar di sekolah asrama penuh atau asrama harian dan seorang Ahli Yang Berhormat juga menyoalkan sama ada ia ada diberikan kepada sekolah biasa. Bagi sekolah biasa, Kementerian Pelajar Malaysia memberikan makanan tambahan, ini lain. Lain jenis bantuan yang telah diberikan kepada para pelajar yang belajar di sekolah harian atau sekolah biasa. Dalam skim ini seramai 356,547 murid yang dapat manfaatnya. Jumlah sekolah berasrama pada setakat ini adalah 1,572 buah. Jadi ini adalah tujuan untuk memberikan makanan yang lebih berkualiti dengan tambahnya nilai. Kita pun tahu harga sudah naik, jadi dengannya ada pertambahan kadar pelajar, maka kita harap zat makanan yang dinikmati oleh pelajar juga dapat kita jaminkan. Dalam bab ini saya memang rasa dukacita kerana sejak kebelakangan ini memang beberapa kes keracunan berlaku di sekolah dan Ahli Yang Berhormat pun telah sentuh perkara ini. Saya ingin memberi jaminan kepada Ahli Yang Berhormat bahawa Kementerian Pelajaran memang bertungku-lumus, serius untuk menangani masalah. Satu Jawatankuasa Induk telah kita tubuhkan dan jawatankuasa bersama dengan Kementerian Kesihatan pun telah diwujudkan untuk sama-sama menangani masalah keracunan makanan di kantin-kantin sekolah kita ini. Memang saya belum berpuas hati lagi tentang tahap kesedaran pengusaha-pengusaha kantin dan juga dari sesetengah guru-guru besar, pengetua-pengetua sekolah yang tidak begitu komited untuk memantau kantin sekolah di bawah jagaan mereka . Jadi dalam hal ini, saya juga minta Ahli Yang Berhormat kalau pengusaha kantin tidak memberikan makanan yang bersih yang hygienic sila maklumkan kepada saya, saya minta kerjasama daripada Ahli-ahli Yang Berhormat. Cara untuk kita memilih kontraktor atau pengusaha kantin memang ikut cara biasa iaitu melalui sebut harga terbuka dan juga melihat kepada pengalaman mereka dan kalau Yang Berhormat rasakan ada di antara pengusaha kantin ini yang tidak layak, beritahu kepada kami khususnya kepada pengusaha-pengusaha yang tidak peduli tentang tahap kebersihan kantin dan juga tidak mampu memberikan makanan yang sihat kepada para pelajar. Saya pun telah minta pegawai saya di Kementerian Pelajaran supaya menamatkan beberapa pengusaha kantin kerana berlakunya keracunan makanan yang telah disediakan oleh pihak pengusaha kantin. Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi apa yang kita bincang, kita berpuas DR.6.9.2007 126

hati dengan penjelasan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat. Apa yang kita bangkit tadi, ramai daripada kita yang bangkit tadi ialah tentang cara dan kaedah pemberian tender sehingga mereka yang berpengalaman dan tidak banyak masalah tidak dapat tender. Jadi ini yang meragui kita semua kerana ada pihak-pihak yang mendapat tender ini adalah orang yang tidak berpengalaman langsung dan apakah ini mungkin yang menyebabkan kebersihan itu tidak di tahap yang tinggi. Jadi penjelasan Yang Berhormat itu memang kita akui dan saya rasa amat berpuas hati. Cuma yang tidak puas hati ialah cara bagaimana dan apa kaedah yang diberi kepada penender-penender tadi. Jadi ini yang menimbulkan keresahan di kalangan kita, terima kasih. Dato' Hon Choon Kim: Tuan Pengerusi, saya juga minta maaf kerana saya tidak dapat terima apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat kerana hanya bahawasanya hanya orang lama yang boleh diberikan tender. Kalau macam ini selama-lamanya syarikat atau pengusaha kantin akan diberikan tender, mungkin sudah lama dia cuai, apa salahnya kalau kita memberikannya kepada seseorang baru, tetapi yang memang bersungguh-sungguh memang berhasrat untuk memberikan makanan yang baik. Walau bagaimanapun nasihat Yang Berhormat saya terimalah. Saya minta Yang Berhormat memberikan kerjasama kepada saya, kalau terdapat sesiapapun di kawasan Yang Berhormat ataupun di kawasan-kawasan mana, di negeri Kedah, masih terdapat pengusaha-pengusaha kantin yang cuai yang tidak mampu mengendalikan kantin bagi tahu, dan kita akan siasat saya jamin, saya sendiri akan siasat kerana saya telah diberikan tugas untuk menjaga 3K iaitu Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan termasuklah kantin-kantin sekolah dan susu. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, banyak lagi? Dato' Hon Choon Kim: Ada dua tiga butiran lagi. Mengenai Biasiswa Kecil Persekutuan memang ini pun telah kita tingkatkan lagi daripada RM50.00 hingga ke RM70.00 pada bajet untuk tahun ini dan seramai 299 ribu pelajar yang telah menerima Biasiswa Kecil Persekutuan. ■1840 Yang Berhormat juga bertanya apa syaratnya. Syaratnya ialah pendapatan keluarga pelajar berkenaan adalah di bawah RM1,000 sebulan. Kalau dia layak kita akan beri tidak kira bangsa, tidak kira mana tempatnya. Oleh kerana itu kalau Yang Berhormat tahu para pelajar yang termasuk dalam kategori ini juga beritahu kepada kami dan kita akan uruskan. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kubang Kerian dan Yang Berhormat Santubong yang telah menyentuh mengenai Biasiswa Kecil Persekutuan ini. Mengenai kuarters Institusi Pendidikan, saya memang akuilah seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani, khususnya di Kedah memang masih ada kuarters yang belum diisi lagi. Walau bagaimanapun Kementerian Pelajaran sedang berikhtiar untuk mencari penyelesaian seperti diberikan kepada agensi-agensi kerajaan lain untuk diduduki dan juga DR.6.9.2007 127

sebahagiannya akan digunakan untuk tujuan yang lain seperti Institusi Pendidikan Guru dan sebagainya. Jadi, itu tidak akan membazirkan wang kerajaan. Pada awalnya kita rasa ada orang berminat tetapi selepas kuarters telah siap guru-guru kita tidak begitu berminat. Ini juga terpulang kepada kawasan, di bandar besar di Klang Valley memang tidak cukup Yang Berhormat, tetapi di Kedah memanglah kita ada lebihan kuarters yang telah kita buat. Jadi saya akan bawa balik tentang perkara ini. Terima kasih. Mengenai J-QAF, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Sungai Petani juga, Yang Berhormat bagi Rembau, Yang Berhormat bagi Pasir Puteh dan Yang Berhormat bagi Lipis yang telah menyentuh tentang J-QAF. Perkara-perkara yang telah disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sudah tentu akan diambil perhatian. Saya nafikan ada guru J-QAF yang tidak mahir dalam tulisan jawi. Tidak ada. Ini kerana salah satu syarat untuk menjadi guru J-QAF mestilah mempunyai kelulusan dalam Pengajian Islam dan juga mestilah mahir dalam tulisan jawi. Andainya, kalau terdapat guru-guru J-QAF itu tidak mahir, tidak tahu tulisan jawi beritahu kepada kami. Kita akan betulkan keadaan semula. Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Tuan Pengerusi, penjelasan. Baru-baru ini kita terbaca dalam akhbar Utusan, kalau tidak silap saya mendedahkan ada guru-guru yang mengajar jawi tetapi tidak mahir tulisan jawi. Apakah tindakan pihak kementerian? Apakah perkara ini dilihat hanya sepintas lalu atau diambil kira sebagai satu perkara yang begitu serius. Kalau kita hendak mempertingkatkan lagi kemahiran penulisan jawi, kita mestilah melihat apa yang telah didedahkan oleh Utusan, kerana Utusan ini telah cuba mengembalikan balik semangat jawi ini sehingga mereka sanggup untuk mengedar akhbar- akhbar jawi ini ke kawasan-kawasan Parlimen. Jadi, saya hendak tahu sejauh mana pendedahan yang telah dibuat oleh Utusan ini di peringkat Kementerian Pelajaran dan apakah tindakan yang telah diambil? Terima kasih. Dato' Hon Choon Kim: Terima kasih, Yang Berhormat bagi Larut. Saya dapat jawapan daripada pegawai saya yang mengatakan bahawa tidak ada guru J-QAF yang tidak tahu tulisan jawi. Walau bagaimanapun saya akan buat satu siasatan. Saya akan minta Bahagian Sekolah kita untuk... Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Yang Berhormat, dia tidak sebut tentang guru-guru J-QAF, dia sebutkan sebagai guru-guru sahaja - secara umum. Mungkin kalau tidak guru-guru J-QAF pun guru-guru lain yang terlibat, guru agama. Guru-guru itu termasuk guru agamalah, tidak semestinya J-QAF. Ia barangkali mungkin guru-guru yang sedia ada. Kalau akhbar berani mendedahkan mesti ada sesuatu yang tidak kena. Dato' Hon Choon Kim: Saya mengucapkan terima kasih dan akan meminta Bahagian Sekolah untuk menyiasat sama ada ini adalah benar ataupun tidak. Mengenai perkara-perkara yang disentuh selain daripada tajuk ini, seperti yang disentuh oleh Yang Berhormat bagi Permatang Pauh mengenai soalan bocor ini, saya ingin memaklumkan DR.6.9.2007 128

kepada Yang Berhormat kita memang memandang serius. Yang Berhormat Menteri Pelajaran pun telah mengatakan bahawa ia tidak akan memaafkan sesiapa yang melakukan supaya kertas soalan itu terbocor. Walau bagaimanapun setakat ini kita masih siasat. Oleh kerana peperiksaan UPSR baru sahaja semalam berilah sedikit masa untuk kita siasat dan sudah tentu akan memberikan satu laporan. Kalau ada kita mesti mengambil langkah untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa yang melakukannya. Jadi, itulah yang dapat saya berikan penjelasan kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat bagi Tuaran, saya minta maaf kerana kadangkala ada ... Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Minta penjelasan, Yang Berhormat, mengenai kebocoran ini. Saya pun ada juga mencelah ketika kita sentuh tentang pelajaran ini. Cuma saya hendak tanya, perkara ini sudah berlaku berulang kali. Apakah tidak ada satu pendekatan yang dibuat untuk memastikan tidak lagi berlaku kebocoran kerana boleh dikatakan setiap kali ada peperiksaan ada kebocoran, seolah-olah sudah ada macam sesuatu amalan yang akan berlaku. Cuma yang saya hairan di sini ialah kenapa ada pihak yang sudah tahu perkara ini akan bocor, mereka menunggu sampai hari peperiksaan itu berlaku baru hendak didedahkan? Kenapa mereka ini kalau betul-betul ikhlas, barangkali sudah tahu lebih awal tidak didedahkan dan tidak diberitahu kepada pihak kementerian lebih awal, hendak tunggu sehingga berlaku peperiksaan? Ini akan menimbulkan masalah. Sebab apa? Selepas perkara ini dibangkitkan dalam Parlimen, dan ia sudah disiarkan dalam televisyen, kalau tidak silap saya TV3, saya telah menerima SMS mengatakan ibu bapa bimbang, apakah anak-anak mereka akan menduduki semula peperiksaan UPSR yang telah berakhir pada minggu yang lalu. Kalau ini berlaku, ini akan menimbulkan masalah dan ada yang menganggap bahawa kalau berlaku kebocoran ini seolah-olah ujian yang diduduki oleh pelajar-pelajar ini seolah-olah sebagai satu ujian yang tidak ada lagi nilai kerana mereka menduduki peperiksaan seolah-olah peperiksaan yang sudah diketahui. Tuan Pengerusi: Ya, ya. Yang Berhormat faham. Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Apakah perkara-perkara yang timbul. Terima kasih. Dato' Hon Choon Kim: Terima kasih. Sebenarnya saya pun telah mengatakan bahawa ia masih dalam siasatan. Sebenarnya, kalau mengikut apa yang kita lakukan memang ketat sangat, soalan, penggubalan dan sebagainya dan semua pegawai yang terlibat sudah mengangkat sumpah untuk menyimpan rahsia segala makluman yang telah mereka ketahui. Dalam perjalanan, percetakan dan sebagainya memang ada prosedur-prosedur yang ketat. Walau bagaimanapun setakat ini masih belum ada bukti yang jelas bahawa ia memang ada berlaku kebocoran. Seperti Yang Berhormat sebutkan tadi kenapa sudah peperiksaan baru sebut bocor, kalau terdapat kertas soalan lebih awal dan selepas itu soalan peperiksaan telah DR.6.9.2007 129

berlangsung, kalau memang sebenarnya 100% sama, memang ini berlaku kebocoran, tetapi setakat ini masih belum ada bukti lagi. Walau bagaimanapun kita akan siasat supaya dapat diambil tindakan. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, kalau boleh dapat tamatkan. Dato' Hon Choon Kim: Okey. Yang Berhormat Tuaran, saya minta maaf kerana tidak sempat jawab kerana ... Datuk Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Tuan Pengerusi, saya ingat penting jawapan tadi iaitu yang berhubung dengan 777 guru daripada Sabah yang di Johor dan Selangor itu, sebab menteri sudah membuat pengumuman di Sabah. Hari ini ibu bapa dan mereka tertanya- tanya disebabkan mereka masih di sini, bukan di sana. Dato' Hon Choon Kim: Saya akan semak selepas ini. Minggu depan saya akan beritahu sama ada ... Datuk Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Yang penting, diselesaikan masalah. Jangan diumumkan tetapi itu tidak betul. Dato' Hon Choon Kim: Jadi, itulah penjelasan saya, Tuan Pengerusi. Saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian. Sekian, Terima kasih.

■1850 Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM3,680,600,000 untuk Maksud B.41 di bawah Kementerian Pelajaran jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM3,680,600,000 untuk Maksud B.41 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual. Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM150 untuk Maksud P.41 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2007 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM150 untuk Maksud P.41 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2007.

Maksud B.42 [Jadual] –

Tuan Pengerusi: Kepala Bekalan B.42 di bawah Kementerian Kesihatan terbuka untuk dibahas.

DR.6.9.2007 130

6.51 ptg. Dato’ Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Ringkas sahaja iaitu RM300 juta untuk pembelian ubat, bekalan bukan ubat dan reagent dan yang nombor empat itu pun RM50 juta untuk menampung peningkatan kos utiliti berikutan penambahan kes yang memerlukan rawatan. Yang saya hadapi apabila berjumpa dengan penduduk-penduduk di kawasan Tumpat yang sakit dan memerlukan rawatan di hospital bahawa hospital akan mengenakan dan mensyaratkan mereka membayar. Misalnya kes pesakit jantung, hospital akan kata “Encik ada anak yang kerja”, bila ditanya kenapa, adakah anak itu boleh cari RM8,000 dan sebagainya untuk menampung kos pembedahan rawatan dan sebagainya. Begitu juga anak-anak kita, masyarakat kita yang accident dan sebagainya kalau patah tulang dan perlu disambung dan alat-alat besi dan sebagainya dalam tulang dan di antara tulang yang patah itu, sekali lagi, kalau tak ada duit, tidak ada pembayaran sekian-sekian belas ribu, maka tidak ada perkhidmatan perubatan yang hospital kerajaan boleh berikan. Jadi, soalan saya mudah sahaja, saya dapati bahawa secara umumnya orang menganggap sistem kesihatan, perubatan kita khususnya bagi ibu-ibu yang hendak bersalin, dianggap amat baik hingga ke kampung tetapi apabila anak-anak itu sudah bersalin, besar dewasa, rawatan dan perkhidmatan perubatan adalah amat-amat mahal sekali dan tidak menjadikan orang-orang ini mampu untuk menerima rawatan secara percuma dari hospital kerajaan. Terima kasih. Tuan Pengerusi: Sri Gading.

6.53 ptg. Datuk Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin mengambil peluang untuk menyampaikan apa yang disampaikan oleh rakyat kepada saya. Saya seperti juga Tumpat, sama tapi tidak serupa. Persepsi rakyat hari ini Tuan Pengerusi, kalau nak baik, kalau nak hidup, dapat layanan, ubat yang terbaik, hospital pakar. Hospital kerajaan macam 2nd class . Ini persepsi. Seperti juga Tumpat. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat di bawah butiran mana tu? Datuk Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Butiran yang dua itu RM300 juta dan RM50 juta Tuan Pengerusi. Ya, sebab saya dengan Tumpat sama tapi tidak serupa. Tidak serupa tu sebab parti yang lain. Boleh tidak kerajaan memberikan tumpuan kepada rakyat yang miskin ini, rakyat yang susah ini. Hospital ini menjadi tempat rujukan utama rakyat yang tidak berwang. Betul kah tidak berwang? Seorang Ahli: Tidak berwang bukan beruang! Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang tidak berduit. Kanser kalau nak baik, hospital pakar tetapi RM60,000 makcik saya, pakcik saya, kakak saya, adik saya, anak DR.6.9.2007 131

saudara di kampung-kampung tidak mampu Tuan Pengerusi. Pergi hospital kerajaan dua tahun gone. Masuk hospital pakar boleh tahan 15 tahun. Jadi rakyat miskin ini Tuan Pengerusi, apakah kerajaan memandang mereka ini sebagai orang yang tidak diperlukan di dalam negara ini? Dalam pilihan raya kita mahukan sokongan mereka dan mereka berikan sokongan, berikan kepercayaan kepada kita. Saya haraplah, tolonglah, masalah kesihatan ini sudah menjadi masalah pokok rakyat. Hari ini penyakit macam-macam yang pelik-pelik Tuan Pengerusi. Kesian rakyat yang tidak berkemampuan Tuan Pengerusi. Bayaran beribu-ribu di hospital kerajaan dan kalau hospital kerajaan beribu-ribu ke mana lagi nak pergi pakar lagi banyak ribu dia, ke mana mereka nak pergi? Suruh ke bomoh? Kita dah kempen sejak merdeka 50 tahun dahulu, pergilah ke hospital, pergilah ke hospital, jangan percaya bomoh, jangan percaya dukun, jangan percaya semua-semua yang sihir ini. Rakyat ikut tetapi apabila hari ini perubatan menjadi perkara yang menakutkan mereka. Ke mana mereka nak mengadu Tuan Pengerusi, kepada wakil rakyat seperti saya dan rakan-rakan di dalam Dewan ini tempat mereka mengadu nasib dan saya curahkan di sini. Kita jangan pedulilah kos yang kita tanggung. Saya puji, doktor-doktor pakar kita di hospital kita banyak yang baik, banyak yang baik- baik sama dengan doktor-doktor di hospital pakar tetapi kadang-kadang peralatan kita, peralatan kita tidak membantu doktor pakar yang baik-baik yang ada di hospital kita, mereka kecewa. Soal ubat, apakah hospital pakar ubat dia lebih tinggi mutunya, hospital kita mutunya rendah, apakah ini benar-benar berlaku? Tetapi persepsi rakyat begitu Tuan Pengerusi. Saya tidak yakinlah hospital kerajaan memberikan ubat yang tidak bermutu, saya tidak yakin tetapi persepsi ini. Sebagai contoh Tuan Pengerusi kalaulah hospital kerajaan diberi peralatan yang baik seperti hospital kerajaan di Kuching. Saya dapat tahu daripada rakan-rakan saya Kapit, dia kata hospital kerajaan di Kuching cukup baik dalam mengubati pesakit jantung kerana hospital ini mempunyai peralatan yang canggih yang sama terlebih tarafnya dengan hospital pakar. Maknanya doktor- doktor pakar kita di hospital kerajaan mampu. Ini Tuan Pengerusi, janganlah Tuan Pengerusi rakyat ini rasa kecewa apabila miskin tidak berwang, tidak berduit maknanya mereka tidak akan dapat pembelaan. Ke kanan bayaran yang tinggi, ke kiri bayaran yang tidak mampu, ke mana mereka Tuan Pengerusi? Di Dewan yang mulia inilah saya sampaikan rintihan rakyat Tuan Pengerusi. Bukan nak memburukkan sesiapa Tuan Pengerusi, tetapi masalah rakyat ini harus kita perjuangkan dan kerajaan yang menimba kekayaan serta hasil bumi negara ini, minyak melimpah-limpah, macam-macam hasil, apakah kita tidak dapat berkorban untuk rakyat kita dari segi kesihatan, Tuan Pengerusi. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Sabar Yang Berhormat, sabar. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat cukup. Beralih kepada perkara yang lain pula. Dah bincangkan perkara ini dah lima minit lebih. DR.6.9.2007 132

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Saya menyokong sangat Tuan Pengerusi. Kementerian Kesihatan harus diberikan perhatian dan Menteri, Timbalan Menteri termasuk Setiausaha Parlimen sahabat saya ini, berjiwa rakyat tetapi kalau mereka ini tidak dibantu oleh suara kita di Parlimen apakah daya mereka untuk mendapat peruntukan-peruntukan tambahan bagi memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Terima kasih Tuan Pengerusi saya menyokong. Tuan Pengerusi: Baik. Ya Kubang Kerian.

6.59 ptg. Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan Pengerusi saya seperti mana rakan-rakan yang lain walaupun berbeza parti dalam membicarakan maksud B.42 ini bersetuju bahawa bila kita melihat kepada perkara yang kedua itu, tentang pembelian ubat- ubatan ini, saya yakin dan percaya ianya bukan lagi satu persepsi, tetapi dah jadi satu realiti bahawa mutu ubat-ubat yang dibekalkan di hospital-hospital khususnya di Jabatan Pesakit Luar memang ubat yang bermutu rendah. Saya bagi satu contoh, pil darah tinggi, bagi kelas VIP jenis apa? Pil darah tinggi bagi seorang Pak Mat atau pun Mutusamy yang bekerja di kampung, di ladang-ladang getah, jenis apa? ■1900 Ini persepsi. Bukan ini reality. Ini bukan lagi satu persepsi. Jadi kenapa berlakunya kelas-kelas seperti ini? Jadi saya harap Malaysia ini bukanlah negara komunis yang menganut ideologi Karl Marx ya, tetapi kita sebuah negara demokrasi yang semua orang mesti mendapat layanan yang sama. Bukan sekadar kekayaan negara tetapi saya merasakan dari segi ubat-ubat juga perlu diberi perhatian oleh pihak kementerian. Saya tidak mahu jadi macam dalam filem Hindustan. Filem Hindustan, bila anak dia sakit pergi ke hospital kerajaan, tidak boleh bedah. Bapa masuk hospital pakai pistol ugut doktor. Itu berlaku di India dan kita harap tidak berlaku di dalam negara kita. Satu lagi reality Tuan Pengerusi berlaku adalah tentang bila disebut tentang kos operasi yang melibatkan facilities baru di hospital ini, saya ingin mengutarakan kes yang berlaku sebab saya sering kali berulang alik ke hospital Kubang Kerian di kawasan saya, menziarah pesakit-pesakit di sana. Saya diberitahu oleh doktor-doktor di sana dan pesakit-pesakit bahawa rawatan untuk kanser tulang, sudah ada tiga dalam kawasan saya di hospital sekarang ini, datang daripada Johor, datang daripada Perak, daripada Kedah yang menyatakan bahawa kepakaran itu hanya ada di Hospital Kubang Kerian sahaja untuk kanser tulang ini. Jadi mereka bayangkanlah bukan semuanya orang kaya. Orang kampung yang datang ke Kubang Kerian ini.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Yusof bin Yacob) mempengerusikan Jawatankuasa] DR.6.9.2007 133

Jadi di mana mereka hendak tinggal, di mana mereka hendak mengadu nasib, ini menjadi satu masalah. Saya pun pelik bin hairan kenapa hospital-hospital sepuluh tahunnya, teaching hospitalnya di UKM, di mana di UPM di Kuala Lumpur ini, Hospital Besar Johor Bahru, hospital yang tumbuh kulat di Johor Bahru itu ataupun yang bangunannya, fizikalnya cukup mahal tetapi tidak ada secara facilities yang seperti ini. Jadi saya mengharapkan untuk kes-kes ini, kita mengharapkan banyak lagi hospital-hospital yang boleh merawat penyakit-penyakit kronik seperti ini. Itu sahaja Tuan Pengerusi yang saya hendak sampaikan melalui perkara B.42 ini. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Tuaran.

7.02 mlm. Datuk Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil bahagian dalam Maksud B.42 Kementerian Kesihatan. Butiran 010400 perancangan tenaga manusia dan pembangunan kompetensi. Satu perkara sahaja Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi pun seorang doktor, dan tahu masalah yang kita hadapi di negeri Sabah ialah pelantikan pathologist. Saya sudah sebut peringkat dasar, saya belum mendengar lagi jawapan. Apakah sebenarnya masalah? Kenapa kekosongan pathologist di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu dan juga di Hospital Tawau dan juga di Hospital Duchess of Kent di Sandakan. Sehinggakan sampel-sampel biopsi di Kota Kinabalu dan di Tawau terpaksa dihantar di beberapa tempat di Semenanjung. Ada dihantar di Muar, ada dihantar di Ampang dan pelbagai tempat. Sehingga berbulan-bulan baru mendapat keputusan. Sehinggakan ada pesakit kita meninggal? Jadi saya difahamkan ada kakitangan yang sudah dilantik untuk memenuhi jawatan ini tetapi pegawai yang berkenaan enggan ditempatkan di Kota Kinabalu dan apabila enggan diletakkan di Kota Kinabalu walaupun di Kota Kinabalu sudah ada peralatan tetapi tidak ada pegawai-pegawai yang berkenaan, saya ingin tahu apakah langkah-langkah yang telah diambil? Sehinggakan pegawai-pegawai yang tidak mempunyai kompetensi ini yang tidak dapat memenuhi jawatan ini, tertunggu-tunggu. Sebenarnya pegawai-pegawai yang ada di makmal di Hospital Queen Elizabeth sendiri telah memberitahu saya mengatakan apa sudah berlaku? Sebuah kerajaan yang prihatin seperti Barisan Nasional tidak dapat menyelesaikan perkara seperti ini. Jadi saya ingin mohon penjelasan daripada pihak kementerian. Bila perkara ini dapat diselesaikan dan yang keduanya berhubung dengan pelantikan doktor-doktor di beberapa hospital yang baru-baru yang dianggap canggih juga di beberapa pekan di negeri Sabah. Saya ingin tahu sama ada hospital-hospital yang telah didirikan ini sebagai contoh di Kuala Penyukah, di Pitaskah, di Tuarankah di mana-mana, apakah mereka ini, apakah kakitangan yang diperlukan itu sudah mencukupi? Sebab hari ini kerajaan sudah membelanjakan DR.6.9.2007 134

begitu banyak wang untuk membina bangunan, selepas meletakkan peralatan, tetapi bagaimana pula dari segi kakitangan dia? Akhir sekali Tuan Pengerusi ialah sebuah klinik kesihatan di Tuaran, di Kampung..., saya sudah memberitahu Yang Berhormat Setiausaha Parlimen tempoh hari. Kenapa sehingga pada hari, sudah bertahun belum lagi beroperasi? Apabila menteri melawat kawasan saya tempoh hari, saya merayu, boleh kita lalu di situ dan tengok tetapi tidak sempat. Menteri melawat di situ begitu sibuk. Saya ingin tahu bilakah hospital, klinik kesihatan .... itu dapat beroperasi? Saya mohon menyokong, terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Sungai Petani.

7.05 mlm. Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang pertama sekali selepas Yang Berhormat Tuaran bercakap mungkin kerana hospital itu sepatutnya ditukar daripada Queen Elizabeth kepada Raja Permaisuri Zahirah. Patutnya, ini cadangan saya. Queen Elizabeth ditukar kepada Raja Permaisuri Zahirah mengambil sempena Permaisuri Agong kita yang baru. Berbangkit kepada soal B.42 iaitu perkara (i) mengenai dengan RM400 juta untuk pertambahan emolumen. Di sini kita berharaplah doktor-doktor pakar terutama sekali apakah dari segi kenaikan pangkat mereka? Kerana bimbang saya hari ini apabila berlakunya ke atas seorang bayi di Tunku Ampuan Rahimah di Klang baru-baru ini kerana tangannya telah dipotong, terpaksa dipotong kerana gangren. Jadi ini dilakukan menurut khabarlah dilakukan oleh seorang houseman. Apakah tidak ada doktor pakar untuk mengendalikan kes macam ini? Kalau saya sebagai ibu dan bapa kepada bayi ini, bagaimanakah perasaan? Kita dapat seorang bayi, kemudian dilahir secara sifatnya sempurna, tiba-tiba kita bawa balik dari hospital dengan sifatnya yang..., apa saya nak kata? Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Dengan kudunglah, kudung. Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Kudung! Bayangkan seorang anak dara yang akan besar, kudung. Walaupun kita kata dengan macam-macam tuntutan itu dan ini. Ini saya pohon supaya pihak kementerian, perkara ini tidak berlaku lagi. Apakah kerana wang tidak cukup? Kalau tidak cukup, kita lulus dalam Dewan ini supaya dicukupkan. Ini soal dia. Saya tidak mahu lagi. Ini kita mintalah sebagai ahli-ahli di dalam Dewan yang mulia ini, pada masa yang akan datang supaya perkara ini tidak berlaku lagi. Sebab ini malang, cukup malang kalau berlaku. Saya tahu pediatrician kita cukup ramai. Datuk Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Penjelasan. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Hendak bagi jalan? Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Ya? Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Tuaran. DR.6.9.2007 135

Datuk Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Adakah Yang Berhormat Sungai Petani sedar bahawa ada kecenderungan di hospital-hospital kerajaan ini. Di mana apabila di hujung minggu, yang pakar dia, yang pegawai perubatan dia, yang kanan dia, ada kecenderungan dia bercuti. Hari Isnin, hari Selasa, Rabu ada tendency dia, dicepatkan dibalikkan pesakit-pesakit yang di wad ini. Yang tinggalnya yang houseman. Terpaksalah houseman ini buat kerja-kerja macam itu, doktor itu dan pelbagai kesilapan seperti yang berlaku. Adakah Yang Berhormat sedar tentang keadaan ini? Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Ya saya pun dengar juga cerita-cerita macam ini tetapi saya tidak boleh membuat tuduhan melulu. Walau bagaimanapun saya katakan tadi sekiranya elaun tidak cukup dan sebagainya, minta pihak kementerian untuk mempertingkatkan ataupun memperlihatkan kembali kepada elaun dia dan kenaikan pangkat. Macam yang saya tahu, kita ada banyak hospital-hospital kerajaan terutama sekali di mana stafnya ditarik keluar oleh pihak macam Yang Berhormat Sri Gading kata tadi, doktor-doktor pakar tadi. Kebanyakannya adalah doktor daripada hospital kerajaan, tetapi doktor ini dikeluarkan, terpaksa keluar kerana gaji yang lumayan daripada hospital swasta. Jadi ini yang kita hendak tahu, apakah kerana kenaikan pangkat? Malah saya akan tanya juga dengan Menteri Pengajian Tinggi mengenai dengan doktor-doktor di hospital, teaching hospital. Saya dapati bahawa mereka elaun gaji mereka, kenaikan pangkat cukup buruk dan mereka ini, begitu tertarik hendak keluar, pakar-pakar yang kita ada. ■1910 Kenapakah Kementerian Kesihatan apabila dia hendak buat unjuran, permohonan cukup dengan pegawai-pegawai yang hendak rekomen hendak dapat gaji lebih. Mengapa tidak? Yang dia orang bagi ini semua saya tahu, yang buat kerja ini semua Pegawai PTD untuk hendak naik sebagai seorang doktor cukup susah, jadi kenapa tidak dilihat secara terperinci perkara ini dan supaya ia tidak berlaku lagi. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Sedikit penjelasan, saya tidak mahu bercakap kerana masa tidak ada. Saya Tuan Pengerusi saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat pass over soalan saya ini. Kadang-kadang saya terbaca dalam akhbar pesakit merayu untuk bantuan kewangan dan kita tahu dalam kementerian, dia ada saluran-saluran yang boleh dipercumakan. Kadang-kadang kita merasakan bahawa negara maju tetapi rakyat meminta-minta untuk perubatan, ini satu perkara yang orang Kedah kata ‘lekeh’ maknanya lecehlah satu benda yang kita kata negara maju dan sebagainya. Namun, apabila saya semak dengan perjalanan hospital dia ada peruntukan-peruntukan yang diberikan kepada pesakit-pesakit yang tidak berkemampuan. DR.6.9.2007 136

Mungkin pihak hospital tidak menyampaikan maklumat kepada pesakit supaya kita tidak mahu berikhtiar dalam surat khabar memohon bantuan, derma daripada orang kerana hospital sudah ada. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Itu Yang Berhormat Sungai Petani bercakap isu emolumen tadi Yang Berhormat. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Itulah cakap kepada dia, suruh dia khabar dekat setiausaha Parlimen. Setuju tak Yang Berhormat dengan saya ini tiap-tiap hari keluar ... Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Saya 101% bersetuju kepada Yang Berhormat Jerai, kanda saya cerita saya setuju dengan ... Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang mana kanda dan yang mana adinda pun tidak tahu Yang Berhormat. Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Adinda, adinda, saya kanda. Adinda bawa perkara yang begitu hebat sekali dan saya mahu juga perkara ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen kemudian nanti apabila menjawab ada atau tidak peruntukan yang sedemikian rupa iaitu untuk memberi sedikit sebanyak bantuan kepada orang susah. Kalau yang tidak susah, tak apalah, tetapi orang yang susah dan bukan pegawai kerajaan. Kita pegawai kerajaan termasuk Ahli-ahli Dewan Rakyat dapat kemudahan di hospital. Dalam hal ini saya percaya macam saya katakan tadi iaitu doktor-doktor pakar mengenai dengan Yang Berhormat Kubang Kerian bangkit mengenai ubat. Di sini saya ingin pertahankan mengenai ubat, kerana saya pun juga dapat kemudahan ini. Sebenarnya ubat-ubat yang di supply ataupun yang dibagi kepada hospital kerajaan, klinik kerajaan adalah ubat-ubat yang bermutu tinggi. Sebenar tidak mengirakan sama ada Dato’, Tan Sri semua dapat ubat yang sama dan adalah diberi subsidi begitu tinggi oleh pihak kerajaan. Sebab saya tahu perkara ini jika dibandingkan dengan harga hospital dengan harga di luar, harga di luar memang dua tiga kali ganda lebih mahal jika dibandingkan. Saya tak tahulah, saya hendak mewakili, itu setiausaha Parlimen akan menjawabnya. Akhir sekali ialah mengenai dengan utiliti yang telah dibangkitkan oleh pihak kementerian ini iaitu saya amat berpuas hati, tetapi saya rasa utiliti kes yang memerlukan rawatan tadi saya rasa harus diperbaiki lagi pada hospital-hospital yang sudah lama dan usang perlu diberi kemudahan yang lebih baik. Bagi saya, saya terima kasih kerana kawasan kami Sungai Petani mendapat hospital yang begitu baik dan doktor pun baik. Saya haraplah ini mendapat peningkatan. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Pasir Puteh.

DR.6.9.2007 137

7.14 mlm. Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya diberi peluang untuk membincangkan B.42 Butiran (i) dan (ii) saya tidak pergi jauh. Kita telah membincangkan suatu fardu kifayah Tuan Pengerusi. Pahala besar tentang ini. Semua dapat pahala kerana Nabi kata perangilah tiga perkara, kejahilan, kefakiran dan penyakit. Namun tadi kejahilan, pendidikan dan pelajaran kita sudah bincang. Penyakit, kefakiran besok. Penyakit ini kalau kita tengok, kita berubat, doktor yang membuat perubatan itu, dalam emolumen ini doktor yang satu (i) ini, saya tidak sayang Tuan Pengerusi sebagai peribadi RM400 juta itu banyak. Saya hendak apa yang ditimbulkan oleh kanda saya tadi Yang Berhormat Sungai Petani dan rakan-rakan yang bercakap tadi, doktor kena bagi special, dia profesional. Jangan dibandingkan dengan pegawai biasa. Kedua, elaun jangan rendah sangat. Saya pernah ikut post-mortem waktu pukul sepuluh, pukul satu pagi di Pasir Puteh, saya sendiri geli-geli. Kalau seorang diri boleh post- mortem potong tengkuk, potong tangan hendak buktikan hendak approve kan untuk mahkamah, untuk insurans dia terpaksa buat pembedahan, elaun saya dengar puluh-puluh ringgit sahaja, naikkan. Ketiganya Tuan Pengerusi, elaun khas kena ada. Hardship elaun kita kena bagi duduk dalam hutan. Dalam pelajaran dia bagi duduk dalam hutan. Sakit jiwa bagi elaun tambah yang ini kena beri, bagaimana? Yang Berhormat setuju, angguk. Kita kena bagi tambahkan elaun ini sebab dia special elaun kepada dia. Naik pangkat ini jangan tunggu lima tahun atau 10 tahun. Lima tahun special case naik selalu JUSA ‘C’ apa salahnya, RM12,000 biarlah kita Yang Berhormat Ahli Parlimen tak naik pun. Butiran yang kedua RM300 juta ini, ubat - bekalan bukan ubat. Hujung ini saya tidak faham minta Yang Berhormat Menteri sebut lagi, reagent ini apa benda. Tuan Pengerusi seorang doktor dia tahulah. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, reagent ialah bahan-bahan kimia untuk ujian. Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Bahan-bahan kimia, betullah itu, saya syak dah masuk dah yang itu. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Untuk ujian perubatan Yang Berhormat ya. Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Saya khayal dengan Yang Berhormat Bandar Kuching tadi, bahan-bahan kimia tetapi ubat ini biar bunyilah HUKM, Hospital Universiti Kebangsaan, pakar, Hospital Universiti Sains, Kubang Kerian, Kelantan, USM pakar, Hospital Selayang, Hospital Kuala Lumpur – pakar. Ini tidak, doktor pakar, hospital tidak pakar sebab itu orang tidak berapa hendak pergi. DR.6.9.2007 138

Kita kena letakkan doktor pakar gaji mahal, dia tak akan keluar. Ini saya tengok MAS ini delay, delay ini minta maaf lari daripada Kepala ini. Pergi Kelantan delay setengah jam atau satu jam pasal pilot tidak beri gaji mahal. Pergi gaji ke Arab Saudi misalnyalah bagi RM50,000. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Pilot ke ‘pailot’? Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: ‘Pailot’, ‘pailot’. Hak itu lari sedikit, balik, balik. Mesin hemodialisis minta maaflah saya menyokong, Pasir Puteh, Menteri pergi baru-baru ini saya tinggal PM sekejap. Saya tinggal majlis PM saya pergi dengan Menteri, sebab dia kata Dato Che Min kena ada. Parlimen Pasir Puteh dengan Menteri Kesihatan, saya pergi Pasir Puteh, dia seronok. Saya kata Yang Berhormat Menteri saya tidak puas hati kerana 15 orang menunggu satu hari, sakit buah pinggang. Benda buah pinggang ini Tuan Pengerusi, tahulah sebab Tuan Pengerusi seorang doktor. Tak sempat 15 hari mati, kalau tidak dicuci dua kali sehari. Boleh maut, maka kerja-kerja maut ini kena segera. Baru dapat dua biji, tambahkan tiga biji apa sayangnya dan empat biji lagi. Setuju tak? Sekian, terima kasih, saya menyokong. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Kepong. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Kepong, your wife is waiting outside you know.

7.18 mlm. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Pengerusi, saya tidak panjang kerana mengenai ubat. Ubat kalau kita beli daripada syarikat besar dia panggil proprietary atau trade product memang mahal dan ada ... Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bercakap dengan Yang Berhormat Jerai atau dengan sini? Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Bukanlah, kita mempelbagaikan pandangan sahaja. [Dewan riuh] [Ketawa] Saya pun seronok dengan Tuan Pengerusi, tetapi kita pilih tukarlah sedikit dari semasa ke semasa Jerai pun dia ada nampak handsome ... Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, Jerai dia tengok Yang Berhormat di televisyen. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Terima kasih. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Ubat ini dia ada banyak jenis. Banyak jenis, saya nampak di hospital kebanyakan itu dia panggil generik. Generik ini Tuan Pengerusi pun tahulah apa yang generik ini, tetapi saya hendak menyarankan supaya kita benar-benar ada open tender sedikit untuk mendapat ubat mendapat ubat yang berkualiti dan bekalan yang cukup. Ini memang baik sebab negara kita pihak kerajaan mempunyai subsidi banyak, beratus juta ringgit DR.6.9.2007 139

dan Yang Berhormat Pasir Puteh pun sebelum dia lari dia pun tahu semua itu di subsidi dengan banyak. Kita patutlah mengkaji, Yang Berhormat, macam mana kita beli ubat yang bermutu dan bekalan yang cukup. ■1920 Seterusnya mengenai facility dan utiliti ini. Yang Berhormat Sungai Petani dia ada munasabah juga hujahnya, tetapi dia pun nampaknya tidak begitu faham mengenai apa doktor pakar, houseman dan sebagainya yang disebutkan mengenai satu kes di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah di Klang, sebab saya pernah jadi ADUN di Klang selama dua penggal. Saya fahamlah itu. Di situ malangnya pada awal bulan lepas, satu bayi yang lahir tidak cukup masa, premature. Kerana dia premature, Lai Yoke Shan, dia punya nama, Yoke Shan ini tidak cukup masa, mature. Premature itu ketahanan badan dia tidak cukup, dia ada infeksi darah. Houseman itu dia tidak ada pengalaman. Patut dia tidak memberi cucuk dan sebagainya. Dia cucuk, dia tidak dapat saluran darah dan dia cucuk ke tempat yang salah, akibatnya dia gangrene itu tangan kiri mati. Mati pun dua minggu lepas itu ia terurai, tangan itu sudah jatuh. Yang Berhormat Sungai Petani betul juga. Sesiapa ibu bapa pun tidak hendak anak itu kudung. [Disampuk] Tangga Batu pun tidak mahu. Kita semua tidak mahu. Tetapi yang penting sekali kita mesti kaji. Mujurnya Yang Berhormat Menteri, dia faham dan beliau telah tubuhkan satu jawatankuasa khas pada awal bulan Ogos dan saya berharaplah beliau dapatlah mengumumkan apakah penemuan-penemuannya. Yang penting sekali, tidak kiralah usaha kita untuk melatih doktor pakar kerana dia masa panjang untuk benar-benar melatih doktor pakar yang berkaliber. Masa yang panjang, lebih 12 tahun dan sebagainya. Apabila dia capai tahap itu dan tarikan di hospital yang lain, di negara yang lain memang ada insentif yang lebih besar dan sebagainya, dia tinggal. Ini masalah biasa di seluruh dunia. Bukan di Malaysia sahaja. Tetapi yang penting sekalinya kita mesti kaji macam mana kita boleh memastikan orang-orang ini tidak lari daripada Malaysia. Di sini Tun Mahathir pun beliau ada sebutkan yang betul juga. Pihak yang lain tidak melatih sesiapa pun dan apabila mereka terlatih, diambil begitu sahaja, tidak ada satu sen pun, tidak keluar. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Satu sen pun tidak keluar. Jadi di sinilah kita di Malaysia memang kita menghadapi masalah kekurangan doktor pakar. Tidak kira usaha apa pun kita ambil. Cuma kita boleh memastikan keadaan, suasana yang lebih baik dan gaji yang lebih tinggi sedikit untuk menyimpan ataupun menarik doktor-doktor pakar ini. Permatang Pauh pun pernah menjadi doktor pakar di Hospital Universiti, Kuala Lumpur dan beliau pun faham apa yang saya sebutkan di sini. Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Speaker, Speaker. DR.6.9.2007 140

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Itu doktor pakar juga itu. Dia chemical pathology itu sekarang. Kuat itu. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Kepong pakar apa, Kepong? Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: [Ketawa] Yang maksud saya pihak kementerian mesti mengkaji. Bila saya melawat ke wad khas, intensive unit untuk bayi yang saya sebutkan tadi itu, saya diberitahu di dalam pun ada semut juga. Intensive Care Unit pun ada semut tidak boleh diterimalah itu. Kalau benarlah, ya. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, tumpukan di kepala yang ada. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Ia adalah itu. Kepalanya itu facility dan utiliti. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Kepala semut, kepala semut ke kepala apa tadi? Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tidak semut tetapi facility dan utiliti, kita mesti ada penyelenggaraan yang cukup. Sikap dan perangai jururawat dan kakitangannya mestilah lebih mesra kepada rakyat, kepada pesakit. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, sila gulung, Yang Berhormat. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Saya akan gulung. Saya nampak juga, bila saya masuk, saya pun faham apa masalah dan saya boleh nampak sikap sesetengah jururawat itu tidak betul. Memang tidak betul, Yang Berhormat. Kementerian mesti mengkaji seluruh hospital di seluruh negara kita, sikap doktor, sikap jururawat, kakitangan hospital kerana hospital kalau tidak cintakan manusia, tidak jadi hospital. Nama hospital itu cinta, sayang kepada manusia, baru ada hospital. Kementerian mesti mengkaji bagaimana kita boleh meningkatkan sikap dan perangai dan sistem penyampaian di dalam hospital-hospital kita... Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, habiskan ucapan, Yang Berhormat. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: ...walaupun hospital yang disebutkan banyak hospital ada mempunyai ISO9001, ini tidak bermakna hospital-hospital ini boleh memberi perkhidmatan yang baik. Tidak semestinya kerana ISO ini ada terhad yang tunjukkan ada kemungkinan boleh memberi perkhidmatan yang baik. Tetapi pihak kementerian mesti mengkaji walaupun hospital- hospital mempunyai ISO, kita hendak tahu sama ada penyampaian itu ada ISO juga. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Bandar Kuching. Ya, ada lagi? Selepas itu Tanah Merah, kemudian kementerian menjawab. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Kucing pun sakit ke? Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat.

DR.6.9.2007 141

7.27 mlm. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin sambung sedikit daripada hujah Yang Berhormat Sri Gading tentang ubat-ubat yang dibekal oleh hospital-hospital awam. Itu adalah sub standard, tidak berapa bermutulah jikalau kita membanding dengan ubat yang dibekal dan dijual di private hospital. Tetapi kita lihat di sini RM300 juta tambahan yang diperuntukkan untuk beli ubat dan bekalan bukan ubat, kenapa kos begitu besar kepada kerajaan untuk membeli ubat, membekalkan ubat di hospital-hospital awam. Adakah ia disebabkan oleh privatization of supply of medicine di seluruh hospital awam dalam tahun 1994? Dalam tahun itu ada polisi kerajaan supaya memprivatizekan segala bekalan ubat di hospital-hospital awam. Kalau privatization dijalankan dengan baik, dengan melalui open tender ia mungkin akan menurunkan kos, tetapi selepas privatization ini, satu exclusive right. Exclusive right diberikan kepada satu syarikat sahaja untuk membekalkan ubat dan alat-alat perubatan dan bekalan bukan ubat juga kepada seluruh hospital kerajaan di seluruh negara. Satu exclusive right untuk membekalkan ubat ini dan exclusive right itu diberi kepada remedi sebuah syarikat. ■1930 Pada masa itu kononnya dimiliki oleh anak Tun Dr. Mahathir dan sekarang remedy ini dijadikan satu subsidiari Pharmaniaga Berhad sebuah syarikat yang listed di KLSE. Adakah ini sebabnya ia meningkatkan kos kepada kerajaan sehinggakan hari ini kita harus membelanjakan dan memperuntukkan beratus-ratus juga. Saya ingin tahu ini RM300 juta yang akan kita luluskan ini, adakah wang itu dibayar kepada satu syarikat sahaja? Kerana kalau pembekalan ubat dan alat bukan ubat kepada semua hospital awam, hak dimiliki oleh satu syarikat sahaja maka wang itu yang diperuntukkan RM300 juta ini akan dibayar kepada satu syarikat sahaja. Apakah justifikasi ini? Kita meluluskan wang, bayar wang yang begitu banyak kepada satu syarikat dan apa yang kita terima, apa yang rakyat Malaysia, pesakit-pesakit di hospital awam terima? Ubat yang sub standard, dan mutunya tidak sebaik hospital private. Oleh itu saya ingin tahu, saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh menjelaskan sama ada privatization ini ataupun monopolistic right exclusive right yang diberi kepada Pharmaniaga, itu menjadikan satu sebabnya peningkatan kos ubat-ubat di hospital awam. Dan saya ingin tahu itu RM300 juta, adakah ia dibayar kepada satu syarikat sahaja? Ini perkara pertama yang saya ingin sentuh. Perkara kedua yang saya ingin sentuh ialah mengenai emolumen. Saya ingin tahu di hospital awam Kuching, saya difahamkan bahawa ada 100, 200 jawatan yang masih belum diisi. Oleh itu shortage of manpower, there are shortage of manpower di General Hospital Kuching dan sehinggakan seorang pesakit, dia dilanggar kereta, tangannya patah, kakinya patah parah dan dia terpaksa tunggu sehingga dua minggu supaya pembedahan dapat dijalankan. Saya ingin DR.6.9.2007 142

tahu berapa jawatan yang masih kosong yang masih belum diisi di hospital umum Kuching? Terima kasih.

7.33 mlm. Dato' Ir. Shaari bin Hassan [Tanah Merah]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus merujuk kepada Butiran 010200, berkaitan dengan Sumber Manusia. Saya ingin bercakap berkenaan dengan tabung penyakit kronik di mana kerajaan telah meluluskan satu tabung untuk membantu pesakit-pesakit kronik ini untuk menjalani rawatan, rawatan pembedahan dan sebagainya. Hari ini kita tahu kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk membantu pesakit-pesakit kronik ini menjalani rawatan. Apabila saya sendiri didatangi oleh pesakit-pesakit kronik yang ingin mendapatkan bantuan daripada tabung ini yang mana saya lihat banyak perkara-perkara yang masih belum lancar dari segi pemprosesannya, dari segi kelulusan dan sebagainya. Di sini kita tahu bahawa pesakit kronik ini memerlukan rawatan, sama ada rawatan secara segera ataupun jangka panjang. Kebiasaannya penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung, paru-paru banyak terlibat dengan pembedahan dan sebagainya memerlukan peruntukan, perbelanjaan yang besar yang tidak mampu ditanggung oleh pesakit dan saya rasa tabung yang diwujudkan oleh kerajaan ini amatlah baik untuk membantu pesakit-pesakit kronik yang tidak mampu di dalam negara kita kerana kita tahu rakyat negara kita ini ramai yang tidak mampu untuk mengeluarkan belanja yang besar untuk membiayai pembedahan dan sebagainya. Di sini apabila saya membantu pesakit kronik ini untuk memohon peruntukan tersebut sehinggakan saya pergi ke kementerian sendiri untuk mempercepatkan lagi proses permohonan ini, saya dapati proses-proses yang dijalankan, yang dibuat oleh kementerian kurang memuaskan kerana masa yang diambil itu agak panjang di mana mengambil masa yang lebih daripada dua atau tiga bulan. Di sini saya dapati kekangannya adalah kerana sumber manusia di mana pegawai yang memproses tabung ini hanya ada dua orang sahaja yang mana saya yakin daripada permohonan seluruh negara yang begitu saya rasa hari ini rata-rata rakyat telah tahu tentang tabung ini, sudah pasti tidak dapat diproses dengan lancar sebagaimana piagam pelanggan yang ditetapkan oleh kementerian. Jadi saya cadangkan kepada kementerian, saya ingin bertanya kepada kementerian sama ada kakitangan ini telah ditambah ataupun masih dalam peringkat kajian? Di sini saya cadangkan supaya kakitangan ini ditambah mungkin kepada satu angka yang boleh untuk menjalankan proses permohonan ini dengan lebih cepat lagi kerana pesakit-pesakit ini tidak boleh tunggu, mungkin kalau tunggu, mungkin penyakit ini boleh membawa maut dan sebagainya. Yang keduanya, saya ingin bertanya kepada kementerian, berapakah permohonan yang telah dibuat? Berapakah jumlah dari tahun 2005, 2006 dan juga tahun ini, berapa bilangan kes DR.6.9.2007 143

dan berapakah jumlah peruntukan yang telah diluluskan oleh tabung ini untuk membiayai pesakit- pesakit kronik yang tidak mampu? . Yang ketiganya, saya merujuk kepada peralatan hemodialisis untuk hospital-hospital di luar bandar ataupun klinik kesihatan di luar bandar kerana kita tahu sebagaimana yang saya dapat maklum bahawa pesakit buah pinggang ini yang menjalani rawatan hemodialisis adalah ratusan ribu daripada kalangan penduduk negara ini yang mana saya rasa mereka ini menanggung kesusahan, seksanya terpaksa membersihkan buah pinggang setiap tiga hari sekali, dua hari sekali dan dalam satu minggu, dua tiga kali. Mereka ini terdiri daripada pelbagai golongan, daripada yang miskin tegar, miskin, yang berpendapatan rendah dan sebagainya. Kita dapati bahawa mereka ini memerlukan perbelanjaan untuk keluar mendapat rawatan dan juga sekiranya tempat pesakit ini tinggal kalau berjauhan dari pusat-pusat bandar ataupun hospital yang menyediakan hemodialisis ini, saya yakin bahawa satu bebanan yang besar kepada pesakit-pesakit ini di samping mereka ini mengalami ataupun menanggung kesakitan ataupun penyakit yang dihadapinya. Di sini juga saya ingin mencadangkan kepada kementerian supaya memohon kepada kerajaan untuk menambah peralatan hemodialisis ini kepada klinik-klinik kesihatan luar bandar. Sekurang-kurangnya setiap klinik di luar bandar dibekalkan satu alat hemodialisis ini supaya mereka-mereka yang berasal dari luar bandar ini tidak payah keluar, jauh untuk mendapatkan perkhidmatan tadi. Saya minta kementerian bersungguh-sungguh kerana ini merupakan hasrat ataupun permintaan daripada masyarakat luar bandar. Sekian, terima kasih. ■1940 7.40 mlm. Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan [Dato' Lee Kah Choon]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah memberi pandangan. Seramai sembilan orang iaitu Yang Berhormat bagi Tumpat, Sri Gading, Kubang Kerian, Tuaran, Sungai Petani, Pasir Puteh, Kepong, Bandar Kuching, dan Tanah Merah dan juga Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah mencelah. Berkaitan dengan isu-isu yang telah dibangkitkan, yang berkaitan dengan pembedahan. Semua pembedahan yang dijalankan di hospital kerajaan adalah percuma. Sistem yang kita ada pada masa sekarang adalah semua rakyat Malaysia yang datang ke fasiliti-fasiliti kerajaan kita, tidak payah bayar apa-apa. Mereka cuma bayar yuran pendaftaran RM1 sahaja tetapi mereka boleh dapati semua penjagaan dan juga ubat-ubatan dengan percuma. Cuma pada masa sekarang, kalau kita terutamanya pembedahan ortopedik, jikalau kita memerlukan spare parts seperti skru dan sebagainya, bermakna kita kena beli. Itu adalah setakat praktis yang dijalankan di Kementerian Kesihatan. Berkaitan dengan remaja, jika mereka kurang daripada 18 tahun bermakna mereka juga boleh dapat perkhidmatan penjagaan kesihatan dengan percuma. Berkaitan dengan hospital DR.6.9.2007 144

pakar, pandangan dan persepsi bahawa hospital pakar swasta adalah lebih baik daripada hospital kerajaan, saya rasai itu walaupun satu persepsi yang salah tetapi kita mengaku ya, memang terdapat di kalangan rakyat. Kita tengah mencari jalan bagaimana kita dapat mengubah persepsi itu terutamanya dari segi bagaimana kita dapat membangunkan modal insan pekerja kita dan, juga bagaimana kita dapat mengubahsuai kaedah kerja kita supaya kita lebih mesra pelanggan dan juga bagaimana kita dapat mengadakan kaedah-kaedah yang lain seperti mengadakan had masa sebelum seseorang pesakit itu akan dirawat oleh doktor-doktor dan sebagainya. Kerja-kerja ini kita sentiasa jalankan tetapi saya hendak memberitahu bahawa dari segi Kementerian Kesihatan, kita memang mengambil berat berkaitan dengan peningkatan mutu penjagaan kesihatan dan perubatan di negara kita. Kita juga kena seimbangkan pandangan itu iaitu fasiliti-fasiliti kerajaan yang sedia ada ini kita terpaksa menampung beban kerja sebanyak lebih kurang 40 juta kedatangan pesakit setiap tahun di negara kita. Kita memang gunakan apa yang kita ada supaya kita dapat memberikan perkhidmatan yang sebaik mungkin. Berkaitan dengan ubat-ubatan ini, kerajaan memang tidak mengelaskan ubat-ubatan yang kita bagi pada orang kenamaan atau orang biasa. Kita cuma mempunyai satu jenis ubat sahaja. Kita bagi kepada orang VIP dan juga kepada mereka, rakyat jelata. Sama sahaja. Cuma ubat-ubatan yang kita bagi itu jikalau kita tidak dapat membeli ubat-ubat jenama, kita ada ubat- ubatan generic. Kegunaannya adalah sama, kebaikannya adalah sama cuma selalunya dia punya pattern rights itu sudah habis. Bermakna kita tidak payah beli jenama itu tetapi kita gunakan ubat-ubatan generic dan result nya adalah sama sahaja. Dari segi kakitangan seperti pathologist dan sebagainya, kita memang alami cabaran yang agak cemas juga dari segi menghantar pakar-pakar dan juga kakitangan kita dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak. Ini adalah satu cabaran yang kita hadapi sudah bertahun- tahun di antaranya adalah kerana pakar-pakar yang kita ada ini, apabila kita hendak hantar mereka ke sana, mereka mempunyai consideration yang lain seperti keluarga, anak-anak dan sebagainya. Kita semua, pakar-pakar itu juga manusia juga, mereka kena jaga keluarga mereka dan jikalau hendak bawa keluarga mereka ke sana, dia menghadapi cabaran seperti suami atau isteri mereka bagaimana pula kerja-kerja dan juga anak-anak, pendidikan dan sebagainya. Kita memang ambil satu tindakan untuk menggalakkan kakitangan-kakitangan di Semenanjung Malaysia ini pergi ke Sabah dan Sarawak untuk menjalankan tugas mereka. Dari segi itu, kita sentiasa, terutamanya menggalakkan doktor-doktor dan juga kakitangan-kakitangan yang muda, yang belum berumah tangga terutamanya, supaya mereka dapat pergi ke Sabah dan Sarawak di mana mereka dapat menjalankan tugas mereka. Berkaitan dengan kes bayi yang tertanggal tangan itu, ini adalah satu peristiwa yang kita pun sangat sedih berkaitan dengan perkara ini. Kita setuju, ibu bapa sedih, Yang Berhormat- Yang Berhormat di sini juga sedih. Dari segi Kementerian Kesihatan, kita pun tidak mahu DR.6.9.2007 145

peristiwa seumpama ini berlaku tetapi kadang-kadang kita kena faham juga, semua pakar-pakar dan semua doktor-doktor yang kita ada ini, mereka mesti memutuskan dalam masa yang sangat- sangat cemas, mereka mesti buat satu keputusan dan keputusan itu kadang-kadang akan mengakibatkan keputusan yang tidak diingini. Ini adalah satu kes di mana itu sudah terjadi, tetapi... Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: [Bangun] Dato' Lee Kah Choon: Kalau dari segi positif, dalam kes ini terutamanya, Kementerian Kesihatan telah mengambil tindakan proaktif. Yang pertama... Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Ya... Dato' Lee Kah Choon: Biar saya habis ini, saya akan bagi kepada Yang Berhormat. Yang pertama ialah kita telah menjalankan siasatan dengan serta-merta dan kita telah mendapati bahawa tindakan akan diambil terutamanya untuk menolong bayi ini supaya beliau akan dapat penjagaan kesihatan atau perubatan untuk seumur hidup. Kita akan tolong beliau untuk mendapatkan tangan palsu dan kita juga akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara supaya bayaran ex-gratia akan diputuskan dan akan dibayar kepada keluarga beliau supaya peristiwa ini dapat diakhiri dengan secepat mungkin, supaya perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Ini adalah satu tanda positif dan proaktif daripada pihak kerajaan di mana kita ambil tindakan serta-merta untuk mengatasi suffering, dengan izin, Tuan Pengerusi, suffering keluarga beliau. Dan berkaitan dengan tabung bantuan... [Menoleh kepada Yang Berhormat bagi Sungai Petani] Yang Berhormat ada hendak tanya? Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Cuma apa yang kita bangkit tadi, saya tidak kisahlah iaitu pemberian ex-gratia, pemberian itu dan ini, kita kata menyelesaikan kes ini. Soalnya sebelum ia terjadi, mengapa houseman mengendalikan penyuntikan itu pada peringkat awal? Saya pun tahu penyuntikan itu kepada bayi, hanya pakar sahaja yang boleh lakukan. Jangan orang biasa sebab kita tidak tahu urat dia tang mana hendak cucuk. Jadi ini yang saya takut. Lain kali kalau tidak ada doktor, houseman saja pergi buat kerja. Saya bimbang macam di Sungai Petani kita ada hospital dan kita ramai houseman di situ, so saya takut houseman ini mengendalikan kes-kes bayi seperti ini. Saya cukup kesallah benda ini berlaku. Saya bukan hendak tuduh houseman itu cuai, bukan soal kecuaian. Soalnya mengapa doktor yang sebenarnya berkewajipan mengendalikan kes bayi ini, mengapa houseman? ■1950 Mengapa houseman? Sepatutnya doktor yang berpengalaman untuk mengendalikan bayi tadi. Bayi age bukan perkara kecil, ini perkara besar. Hanya pakar pediatrician sahaja yang boleh lakukan. Ini houseman pergi lakukan? Jadi saya berharaplah supaya kes-kes seperti ini DR.6.9.2007 146

jangan berulang. Kalau berulang cukup malulah kita sebagai sebuah negara yang maju. Terima kasih. Dato' Lee Kah Choon: Terima kasih Yang Berhormat. Dalam kes ini memang kita dapati bahawa ada kegagalan mekanisme pemantauan dalam kes ini terutamanya sepatutnya pakar ini dia terpaksa datang untuk tengok pesakit ini dan bukan melalui telefon untuk memberi arahan terutamanya seorang houseman untuk menjalankan kerja-kerja beliau dan kita juga kena tengok dari segi bahawa bayi ini adalah satu bayi pramatang so bermakna development dia adalah lebih tidak matang lagi, so bermakna lebih banyak lagi perhatian kena diberi. Saya memang setuju bahawa kita kena memperketat lagi mekanisme dan juga guideline yang kita ada supaya keadaan seumpama ini tidak akan terjadi lagi. Bagi Tabung Bantuan Perubatan, kerajaan memang ada mengadakan satu tabung di mana kita memberi bantuan perubatan kepada rakyat yang tidak mampu untuk menjalani pembedahan atau mendapat rawatan daripada hospital-hospital kerajaan dan perbelanjaan tambahan ini di bawah B.12 kita juga ada memperuntukkan RM20 juta untuk tabung ini. Setakat ini duit yang diamanahkan kepada Kementerian Kesihatan memang telah dibelanjakan dengan baiknya iaitu pada tahun 2005, kita mempunyai 391 pesakit telah mendapat bantuan di bawah tabung ini yang berjumlah sejumlah RM5.9 juta telah dibelanjakan di bawah bantuan ini dan pada tahun 2006 pula kita mendapati 812 pesakit telah menerima bantuan yang berjumlah sebanyak RM11 juta. Dari segi pemprosesan pula, secara puratanya adalah di antara tiga sampailah enam minggu di mana kita akan buat pemprosesan kerana yang pentingnya kita mesti mempunyai satu pasukan pakar-pakar untuk menganalisis laporan-laporan doktor sebelum kita meluluskan permohonan bantuan ini. Dari segi elaun dan sebagainya, kita memang ambil berat dan kerajaan telah dengan persetujuan JPA kita telah memperluaskan dan juga mewujudkan banyak jawatan-jawatan supaya doktor-doktor dan juga pakar-pakar kita dan juga jururawat kita di mana mereka mempunyai lebih ruang lagi untuk naik pangkat supaya kita dapat menyimpan mereka di dalam perkhidmatan kita. Berkaitan dengan kos ubat yang tinggi, tak semestinya ubat yang kita ada ini adalah lebih tinggi kerana dia ada kebaikannya apabila kita memberikan kuasa itu kepada satu syarikat untuk membeli ubat-ubatan. Pertama mereka boleh keluarkan satu tender di mana mereka boleh beli ubat-ubatan ini mengikut tender yang terendah sekali iaitu dengan harga yang rendah, yang itu pertama. Kedua kita juga melalui syarikat seumpama ini kita boleh melakukan bulk buying. Bulk buying ini bermakna kita boleh tawar menawar mengatakan kita akan beli dalam bilangan yang besar tetapi kita boleh menekan harga dia ke satu paras yang lebih rendah daripada jikalau kita beli daripada pasaran luar, pasaran umum. Dan dari segi itu, ubat-ubatan yang kita dapat beli DR.6.9.2007 147

untuk fasilitet-fasilitet kita saya rasa adalah lebih rendah daripada ubat-ubatan yang dibeli oleh hospital-hospital swasta atau hospital-hospital klinik yang terdapat di dalam negara kita. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Minta penjelasan. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya Bandar Kuching. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Kedua-dua faedah yang tadi Yang Berhormat Setiausaha Parlimen sebut iaitu kita boleh open tender, Pharmaniaga boleh open tender kepada suppler nya dan keduanya buy in bulk. Kedua-dua faedah ini dapat dicapai, diperoleh oleh kerajaan tanpa kewujudan Pharmaniaga dan dengan kewujudan Pharmaniaga sebagai middleman, tentunya Pharmaniaga akan mengaut keuntungan. Takkan Pharmaniaga akan bekerja sebagai percuma untuk kerajaan dan hospital-hospital dan bolehkah Yang Berhormat Setiausaha Parlimen beritahu Dewan ini sejak 1994 hingga sekarang, setiap tahun the breakdown berapa ribu juta atau berapa ratus atau ribu juta kerajaan bayar kepada Pharmaniaga dan tiap-tiap tahun berapa ratus atau berapa ribu juta dibayarkan kepada Pharmaniaga sehingga hari ini dan berapa tahun lagi kita harus bayar Pharmaniaga itu dan bilakah concessionaire agreement itu akan tamat? Dato' Lee Kah Choon: Yang Berhormat, sebenarnya tidak berapa tepat juga bahawa semua ubat-ubatan yang terdapat, yang dibeli oleh kerajaan dalam negara kita adalah melalui Pharmaniaga. Kita juga ada beberapa syarikat yang membeli ubat-ubatan dan juga consumables untuk kegunaan di hospital-hospital kerajaan dan juga fasilitet-fasilitet kita yang ada. Dari segi hemodialisis pula, kita memang faham bahawa sakit buah pinggang ini adalah satu penyakit yang meningkat dengan pesatnya dan kita telah ... Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat mahu alihkan kepada tajuk lain? Tetapi mengenai soalan yang saya sebut, berapa ratus juta atau berapa ribu juta tiap-tiap tahun kita bayar kepada Pharmaniaga sehingga sekarang. Kalau Yang Berhormat tak ada maklumat di sini sekarang, bolehkah Yang Berhormat janji di Dewan ini, Yang Berhormat akan membekalkan saya satu jawapan mengenainya. Dato' Lee Kah Choon: Ok, dari segi itu saya tak ada masalah. Ini adalah satu dokumen atau angka yang kita sentiasa datang ke Parlimen untuk memohonnya. So kalau Yang Berhormat hendak breakdown apa yang kita hendak itu, tolong bagi saya satu nota supaya saya dapatkan bagi Yang Berhormat. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Tak payah apa nota. Hanya itu. Dato' Lee Kah Choon: Yang pentingnya kerana ubat-ubatan yang kita nak minta itu dia ada breakdown. So apa yang breakdown itu you can specify supaya saya boleh dapatkan apa angka yang spesifik. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Saya hanya ingin tahu, saya hanya ingin tahu ... DR.6.9.2007 148

Dato' Lee Kah Choon: Ok, apa itu? Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Saya hanya ingin tahu kerajaan bayar kepada Pharmaniaga sahaja, Pharmaniaga. Seorang Ahli: Agreement. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Di bawah concessionaire agreement itu dan berapa tahun, berapa panjang masanya. Berapa panjang masanya agreement itu. Bila dia akan tamat, bilakah kerajaan akan open tender kepada seluruh supplier. Dato' Lee Kah Choon: Ok, boleh. Tak ada masalah. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Terima kasih. Dato' Lee Kah Choon: Lepas itu berkaitan dengan penyakit kronik terutamanya penyakit sakit buah pinggang, kita memang mempunyai satu cabaran yang besar iaitu bilangan pesakit-pesakit dari segi ini memang meningkat dari setahun ke setahun dan kita memang sudah buka banyak klinik atau pusat hemodialisis di negara kita, di semua hospital-hospital kerajaan kita mempunyai pusat-pusat ini dan untuk menolong pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan untuk menubuhkan pusat-pusat ini, kerajaan juga memberi subsidi kepada semua pertubuhan- pertubuhan bukan kerajaan ini untuk menjalankan perkhidmatan ini kepada orang ramai. Untuk tahun lepas ini, tiap-tiap tahun kita keluarkan lebih kurang RM20 juta sebagai subsidi kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan ini. ■2000 Dari segi kerja-kerja yang kita jalankan di hospital ini kita memang mendapati bahawa permintaannya memang lebih tinggi daripada perkhidmatan yang kita boleh berikan dan cadangan yang mengatakan kita boleh mengadakan pusat ini di klinik-klinik kesihatan kita. Ini adalah satu cadangan yang masih dalam tinjauan. Ini adalah kerana kita bukan hanya dapatkan mesin itu sahaja tetapi kita mesti mempunyai jururawat-jururawat yang terlatih dan juga nefrologi- nefrologi yang kita ada iaitu pakar buah pinggang ini supaya mereka boleh review keadaan pesakit-pesakit dari semasa ke semasa. Ini adalah penjagaan kesihatan yang penting kita tidak boleh cuma beli mesin itu sahaja, ia bukan sesenang itu kerana kita juga mesti dapatkan air RO yang secukupnya. Ini semua adalah facility yang kita mesti dapatkan sebelum kita boleh mewujudkan satu pusat hemodialisis tetapi dari segi rawatan kita memang ambil tindakan. Kita cuba untuk memenuhi permintaan tetapi yang penting sekali adalah bagaimana kita menjalankan kerja kita untuk pencegahan. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: [Bangun] Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Putatan bangun Yang Berhormat, hendak bagi jalan? Dato' Lee Kah Choon: Bila saya habis, saya akan beri. Pencegahan itu adalah penting dan itu adalah mengapa Kementerian Kesihatan sentiasa menjalankan kerja kita bersama-sama dengan Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan untuk DR.6.9.2007 149

menjalankan pendidikan. Pendidikan kesihatan berkaitan dengan buah pinggang ini supaya orang ramai tahu mengapa mereka boleh dapat penyakit ini. Penyakit ini sepatutnya ia boleh dielakkan jikalau kita lebih mengambil berat berkaitan dengan gaya hidup yang sihat. Ini adalah termasuk pemakanan yang lebih sihat iaitu kurangkan gula dan juga garam di dalam makanan kita dan juga dengan penyakit-penyakit kronik yang lain seperti sakit jantung dan lain-lain terutamanya adalah pemakanan yang tidak sihat banyak gula, banyak garam selepas itu banyak lemak. Satu lagi adalah kerana kita merokok. Ini adalah satu tabiat yang kita rasa adalah sangat-sangat menjahanamkan badan kita dan apabila kita sudah sakit ia menjadi satu beban kepada facility yang kita ada di mana dia akan terpaksa menggunakan duit yang kita ada ini untuk menjaga pesakit-pesakit kronik ini dan tidak dapat digunakan untuk penyakit-penyakit yang lain. Sekian. Sila. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih sahabat saya Setiausaha Parlimen, Dato' Lee Kah Choon. Yang Berhormat sudah terlaju minta maaf tetapi saya minta balik sedikit dengan rawatan pesakit luar iaitu pesakit kronik yang mendapat appointment review. Ini satu kes yang baru-baru ini di Queen Elizabeth Kota Kinabalu pada hari Isnin yang lalu, isteri saya. Sorry minta maaf kerana yang terlibat ini isteri saya ada membuat satu appointment di Queen Elizabeth jam 9.30 pagi dan hanya dapat dirawat pada jam 2.00 petang dan yang merawatnya adalah pelatih sahaja bukan pakar. Satu daripadanya mungkin doktor yang senior sedikit tetapi masih merujuk kepada buku- buku dan apa yang ditanya Yang Berhormat adalah sakit atau tidak, itulah soalan dia. Apabila dijawab tidak sakit maka itu sahaja dia punya rawatan selepas itu dia suruh pulang, tunggu berapa jam ya, 9.30 sampai 2.00 petang kerana diberi keutamaan kepada pesakit-pesakit yang teruk dulu. Jadi adakah satu kaedah, satu mekanisme bahawa ada masa yang terhad kepada pesakit luar ini supaya tidak tunggu begitu lama dan adalah ini kerana kekurangan kakitangan di hospital berkenaan ataupun pakar-pakarnya tidak ada pada ketika itu? Minta sedikit jawapan daripada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Dato' Lee Kah Choon: Terima kasih Yang Berhormat. Yang pertama sekali saya merakamkan kekesalan kitalah terhadap peristiwa yang terjadi yang dibangkitkan tadi. Saya tidak faham, tidak tahu berkaitan dengan perkara ini secara spesifik tetapi bagi Kementerian Kesihatan kita memang ada satu garis panduan di mana semua pesakit yang ke facility kita mereka harus menemui doktor-doktor dalam 90 minit. There is a 90 minutes time line untuk pesakit-pesakit kita atau doktor-doktor kita untuk merawat kepada pesakit ini. Kalau tidak salah saya Queen Elizabeth adalah hospital yang tersibuk sekali di negara kita. Mereka memang mempunyai beban kerja yang sangat-sangat tinggi dan kita sentiasa, selalu mengambil tindakan bagaimana kita dapat mengurangkan kesesakan di Hospital QE ini. Ini memang jadi satu kenyataan dan kita memang faham. Ia adalah mengapa kita telah membeli DR.6.9.2007 150

satu hospital di Kota Kinabalu dan kita telah pindahkan sebahagian daripada perkhidmatan kita kepada hospital ini supaya kita dapat meningkatkan perkhidmatan kita di Hospital QE ini. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Soalan saya tadi, ini adakah amalan yang biasa tanya pesakit itu masih sakit atau tidak dan dilepaskan begitu sahaja? Adakah itu amalan praktis? Dato' Lee Kah Choon: Saya tidak berapa faham seperti yang saya katakan tadi iaitu ini adalah satu peristiwa yang spesifik. Saya tidak tahu apa yang terjadi tetapi bagi semua pegawai perubatan sepatutnya percakapan atau dialog di antara pesakit dan doktor itu saya rasa adalah lebih daripada yang dinyatakan Yang Berhormat tadi bukan dengan satu soal jawab dia boleh selesaikan, boleh dapati apa history atau apa yang terjadi kepada pesakit itulah. Kita mesti membuat siasatan yang lebih lanjut daripada yang dikatakan Yang Berhormat tadi. Saya rasa ini adalah isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat tadi dan saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah dapat memberi pandangan dan teguran dan sebagainya. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Yang Berhormat, minta penjelasan mengenai jawatan di Kuching General Hospital sama ada dia sudah penuh diisi atau masih ada vacancy? Dato' Lee Kah Choon: Kalau tidak salah saya di semua hospital ada facility yang kita sedia ada in, kita tidak dapat memenuhi 100% semua jawatan yang telah diwujudkan. Saya tidak hairan jikalau di Hospital Kuching kita juga menghadapi cabaran yang sama iaitu ada kekosongan yang kita belum dapat isi lagi tetapi ini adalah satu cabaran seperti yang saya katakan adalah satu cabaran yang berterusan di mana kita akan cuba untuk mengisi jawatan- jawatan yang telah kita wujudkan. Datuk Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Jawatan pathologist Kota Kinabalu? Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Tuaran, Yang Berhormat. Datuk Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Jawatan pathologist tadi, Yang Berhormat? Dato' Lee Kah Choon: Pathologist itu tadi saya ada beritahu bahawa pathologist ini adalah satu pakar. So bermakna selepas mereka jadi pegawai perubatan, mereka kena dapat pengajian yang lebih tinggi lagi supaya mereka boleh teruskan menjadi seorang pathologist tetapi masalahnya adalah setakat ini, bukan sahaja di Sabah dan Sarawak tetapi di Semenanjung juga kita menghadapi kekurangan pakar-pakar pathologist ini. Ini adalah satu keadaan di mana seperti di Hospital Kuching juga kita menghadapi cabaran yang sama juga. Akhir sekali saya mengucapkan terima kasihlah kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu dan jikalau saya tidak dapat jawabnya, pegawai-pegawai yang kita ada ini akan menjawabnya secara bertulis. Sekian, terima kasih. DR.6.9.2007 151

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,231,626,000 Maksud B.42 di bawah Kementerian Kesihatan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM1,231,626,000 untuk Maksud B.42 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual. ■2010 Ahli Yang Berhormat, saya ada permohonan. Selepas ini ada pertukaran giliran ia selepas Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan ialah sepatutnya Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan, tetapi bertukar dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ini permohonan, saya telah setujui.

Maksud B.43 [Jadual] –

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kepala Bekalan B.43 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan terbuka untuk dibahas. Tanjong. Yang Berhormat, kita ada sembilan kementerian lagi, sekarang sudah jam lapan malam. Saya ingat Yang Berhormat kena pendekkan ucapan dan kalau tidak penting tunda ke Ucapan Belanjawan Bajet, terima kasih.

8.10 mlm. Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Tuan Pengerusi, saya rasa semua yang dibangkitkan adalah penting walaupun panjang ataupun ringkas. Saya ingin tahu berkenaan dengan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, setakat ini apakah kemajuan berhubung dengan PBT-PBT di setiap negeri untuk menyahut penubuhan perbadanan dan jabatan ini untuk mengambil alih pengurusan sisa pepejal di PBT ataupun di negeri-negeri masing-masing dan apakah setakat ini proses untuk memilih kontraktor untuk mengendalikan sisa pepejal di setiap negeri sedang berlaku ataupun dijangka siap dan bagi bayaran perkhidmatan interim penswastaan ini, saya ingin tahu RM5.7 juta ini adalah untuk membayar kepada sesiapa, sekian. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Pasir Puteh.

8.11 mlm. Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Terima kasih Tuan Pengerusi, yang saya kasihi, saya akan pendekkan masa. Butiran B.43 (i ). Sebanyak RM40 juta ini, sebelum saya menyokong dan saya akan menyokong penuh cerita CCS, ... ini bagi penyelamat untuk bomba menyelamatkan ini adalah perlu alat-alat canggih. Saya pernah tengok duduk dalam bas, tubuh sekerat tidak dapat keluar kerana alat tidak canggih dan berlaku dalam kereta Kancil tidak boleh keluar, terpaksa gunakan alat bagaimana hendak keluarkan tadi. Jadi benda-benda DR.6.9.2007 152

macam ini saya rasa perlu kita menyokong dan saya menyokong supaya bukan sahaja di bomba ini kita pilih tempat di bandar sahaja tidak perlu, bukan tidak perlu, tidak sahaja di bandar tetapi juga di luar-luar bandar. Hari ini Pasir Puteh saya kira 170 ribu rakyat. 170 ribu nyawa, pengundi saya 60 ribu. Ertinya cukup besar manusia, maka bomba yang ada di Pasir Puteh Tuan Pengerusi walaupun saya tidak tumpu ini untuk Pasir Puteh, saya minta supaya ada satu lagi dia punya branch dia punya cawangan dengan izin biarlah ada dua tempat apabila berlaku kebakaran by example sebagai contohnya, enam bulan lepas ada kebakaran berlaku, enam gudang Cina, ada dua Melayu kedai kopi, dia ambil masa dalam dua jam baru bomba datang untuk menolong membantu kerana tidak cukup alat sebab itu saya sudah cadangkan supaya dalam Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan ini supaya sediakan dengan lebih canggih lagi. Yang akhir sekali, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga memperuntukkan kepada BPT, PBT... Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: BPT... Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: ... BPT kepada... Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: PBT Yang Berhormat. Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Ahli-ahli, PBT. Jadi dia beri duit untuk memperindahkan bandar. Jadi bagi saya di Kelantan rasanya tidak terkecuali, peruntukan ini diberi disalurkan. Tetapi saya harap saluran itu hendaklah melalui (JPPK) Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan kerana kita balik kepada dasarnya semua negeri diperintah oleh pembangkang tidak boleh direct, dia kena melalui JPPK, termasuklah Terengganu dahulu dan Sabah. Jadi sebab itu saya bukan hendak mengadu, supaya Parlimen dapat tahu bagaimana hendak indahkan bandar, biarlah duit yang masuk itu dapat dilaksanakan, termasuklah bomba ini pun saya campur tangan kerana kita hendak menyelamatkan insan-insan yang ada, saya rasa itu sahaja Tuan Pengerusi. Saya cukup puas hati kerana dapat peluang ini, terima kasih saya menyokong. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Putatan, ringkas.

8.14 mlm. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ringkas sahaja soal dengan CCE, saya memaklumkan soal pembelian alat CCS berjumlah RM40 juta ini, jika ia juga kita dipohon oleh pihak kementerian untuk menyalurkan alat-alat ini kepada peringkat-peringkat kampung kalau boleh kerana kebanyakan kes kebakaran di kawasan saya yang mana rumahnya tidak begitu teratur, maka adalah dicadangkan supaya kementerian ini membekal kepada pejabat-pejabat mana yang berdekatan dengan kawasan-kawasan perumahan dan sebagainya terutama sekali factory-factory, industri-industri di kawasan yang mana terdapat prone to fire. DR.6.9.2007 153

Pada setiap bulan ada satu dua kes dalam satu bulan di kawasan saya dan memang apabila bomba sampai ke tempat itu Tuan Pengerusi, memang sudah hangus semua. Jadi ini saya berpendapat kawasan di Putatan ini haruslah diadakan satu stesen bomba dan kalau boleh setiap kampung, setiap JKDB dibekal dengan fire extinguisher ini yang canggih supaya boleh menangani masalah kebakaran semasa dia masih dalam primary, itu sahaja, sekian terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sungai Petani, selepas itu kementerian menjawab.

8.16 mlm. Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Terima kasih Tuan Pengerusi iaitu Maksud B43 (i) pembelian peralatan CCS RM40 juta, saya hendak tanya di sini apakah peralatan itu sudah memadai dengan kakitangan yang mempunyai kepakaran, sebab di kawasan saya baru-baru ini berlaku kebakaran tidak jauh. Tidak sampai 100 meter kalau tidak silap saya, berlaku di Tikam Batu yang mana dia mengambil masa begitu lama, fire brigade dari luar kawasan datang lebih cepat daripada kawasan saya. Jadi apakah kerana peralatan ataupun kerana pihak bomba. Kemudian perkara keempat yang saya bangkit di sini ialah mengenai dengan pengambilan kakitangan. Walaupun ini cukup baik kenaikan tambahan emolumen, tetapi pengambilan kakitangan untuk mengisi kekosongan di jabatan bomba bagaimanakah kedudukannya sekarang, terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Saya menjemput kementerian menjawab, ya Setiausaha Parlimen sila.

8.17 mlm. Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan [Dr. S. Subramaniam]: Tuan Pengerusi, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan untuk meluluskan bajet tambahan untuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sejumlah RM90,927,000.00. Ahli Yang Berhormat dari Tanjong telah bangkit isu berkenaan dengan satu jabatan yang baru diwujudkan di dalam kementerian iaitu Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal. Perkara ini kita telah berbahas dengan dalam semasa meluluskan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Akta Perbadanan Sisa Pepejal baru-baru sahaja di Parlimen. Untuk memberitahu sekali lagi kepada Ahli Yang Berhormat, bahawa ini adalah satu program di bawah kementerian di mana Program Pengurusan Sisa Pepejal yang terlebih dahulu ini telah dikendalikan oleh pihak-pihak berkuasa tempatan sekarang diambil alih oleh Kementerian Persekutuan dengan kerjasama dan persetujuan yang telah diperolehi dari Kerajaan Negeri dan Kerajaan tempatan dan kita berharap selepas selesai semua persiapan awal, kerja-kerja ini akan diambil alih dari tahun hadapan iaitu 1 Januari 2008. cara mana ini DR.6.9.2007 154

yang akan dibuat adalah dengan menubuhkan Perbadanan Sisa Pepejal di dalam setiap negeri dan badan ini akan menjadi pihak yang akan memantau bahawa segala projek dan kerja pengurusan sisa pepejal di negeri itu dikendalikan dengan secara yang memuaskan. Pada masa sekarang ada dua concessionaire yang menjalankan kerja-kerja ini iaitu Southern Waste Management di kawasan Selatan dan Alam Flora di kawasan tengah. ■2020 Untuk kawasan utara ada satu concessionaire baru iaitu Idaman telah dilantik dan ketiga- tiga concessionaire ini akan diberi kuasa untuk menjalankan proses program pengurusan sisa pepejal di kawasan-kawasan mereka. Untuk menjawab soalan Ahli Yang Berhormat tentang siapa yang telah diberi dan dibayar dengan RM5.7 juta iaitu untuk bayaran perkhidmatan interim penswastaan pengurusan sisa pepejal ini, sebanyak 13 pihak berkuasa tempatan yang kurang berkemampuan telah dikenal pasti untuk diberi bantuan kewangan iaitu satu di Selangor, enam di Pahang, dua di Johor, tiga di Negeri Sembilan dan satu PBT di Melaka. Ini ialah bayaran kepada concessionaire dahulu iaitu tiap-tiap PBT kena ada kontrak dengan concessionaire sendiri dan kontrak ini diulang pada tiap- tiap tahun, tetapi ada PBT yang tidak mempunyai kemampuan dari segi kewangan untuk membayar dan kerajaan membantu mereka dalam perkara ini. Ahli Yang Berhormat dari Pasir Puteh... Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Minta penjelasan. Yang Berhormat, saya ingin tahu berkenaan dengan RM5.7 juta untuk membantu 13 PBT. Apakah ini hanya sekadar sekali sahaja atau ia akan berterusan? Sebab saya nampak bayaran interim adalah seolah-olah satu ... kepada PBT di mana PBT sendiri yang ada insiden gagal menguruskan kewangannya dengan baik. Ini perkara satu. Soalan kedua, Yang Berhormat Setiausaha Parlimen ialah berkenaan perjanjian dengan konsortium. Sebenarnya saya sangat risau dan ingin tahu apakah kandungan perjanjian di antara perbadanan dengan konsortium yang diberi kontrak untuk menguruskan sisa pepejal kepada ketiga-ketiga konsortium ini. Apakah kandungan perjanjian? Apakah pihak kementerian boleh tunjukkan ketelusan, biarkan perjanjian itu dilihat oleh orang ramai menjadi public document agar tidak akan timbul masalah seperti sebelum ini saya kata bahawa perjanjian dengan UEM itu - Lebuh Raya Utara Selatan yang membebankan orang ramai. Jadi, dengan penswastaan ini, sudikah membenarkan perjanjian dengan konsortium jadi satu public document? Dr. S. Subramaniam: Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini adalah benar pada tiap-tiap tahun ada separuh daripada bayaran dibuat untuk pihak-pihak concessionaire dibuat oleh kementerian seperti yang saya telah terangkan tadi dan bahawa ada PBT yang tidak mampu, tetapi selepas penggubalan akta baru-baru ini di mana tugas ini sudah diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan dan kadar-kadar yang baru. Sebelum ini Yang Berhormat perlu faham bahawa DR.6.9.2007 155

sampai sekarang semua konsortium ini cuma interim, bukannya kekal iaitu kontrak mereka telah dilanjutkan pada tiap-tiap dua tahun sekali. Sekarang ini, selepas diwujudkan perbadanan ini, maka mereka akan mendapat satu kontrak yang kekal, di mana business ini yang dijalankan oleh mereka boleh dijalankan secara baik. Di dalam hal ini memang kerajaan akan memastikan bahawa tujuan asal mengapa mereka dilantik, ialah untuk memastikan bahawa pengurusan sisa pepejal ini dibuat secara baik dan secara apa yang telah diharapkan oleh kerajaan. Dalam hal ini kerajaan akan memantau dengan teliti bahawa mereka akan membuat kerja dengan baik. Selain daripada kerajaan, di akar umbi pun pihak-pihak kerajaan tempatan akan diberi kuasa supaya mereka memantau untuk memastikan bahawa kerja-kerja yang dibuat oleh mereka adalah memuaskan. Walau bagaimanapun sedemikian, di dalam akta yang telah kita lulus dahulu, kalau kita berpendapat bahawa sesuatu concessionaire ini tidak membuat kerja seperti yang diharapkan itu, menteri dan kerajaan mempunyai kuasa untuk menukarkan concessionaire itu kepada orang lain. Ada pelbagai jenis kawalan untuk memastikan bahawa kerja dan tugas yang diberikan yang diberi kepada concessionaire ini akan mencapai mutu yang diharapkan itu. Untuk meneruskan jawapan saya, Ahli Yang Berhormat dari Pasir Puteh telah... Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Minta penjelasan. Yang Berhormat, tadi saya kata sudikah perjanjian dengan konsesi ini dijadikan satu dokumen awam (public document)? Saya hendak tahu, sebelum ini, konsesi ini adalah on contract basis dua tahun dan selepas ini akan diberi kontrak dengan masa yang lebih panjang bergantung pada kerjanya sama ada baik ataupun tidak. Dengan demikian siapakah yang akan finance konsesi-konsesi ini? Sebelum ini ada dikatakan dengan adanya perjanjian yang lebih panjang, konsesi ini boleh membuat pinjaman dari bank. Kalau sedemikian, apakah pihak perbadanan akan terlibat juga menjadi penjamin kepada konsesi ini. Kalau apa-apa berlaku saya risau nanti akan berlaku backward lagi. Jadi, saya mohon jawapan kepada dua soalan ini. Dr. S. Subramaniam: Untuk menjawab perkara pertama yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bahawa untuk membuat dokumen ini secara terbuka, saya tidak boleh jawab soalan itu tetapi saya boleh bawa permintaan daripada Ahli Yang Berhormat untuk dibincangkan di pihak kementerian dan kalau selepas perbincangan nanti kita memutuskan bahawa perkara ini boleh dibuat secara open, itu kita akan membuat sedemikian. Untuk menjawab soalan yang kedua iaitu kerajaan akan menjadi penjamin kepada wang yang akan dipinjam oleh pihak concessionaire, itu tidaklah. Ini kerana mereka membuat ini sebagai satu business dan kerajaan akan membayar mereka dan duit untuk bayaran ini datang dari beberapa punca. Salah satu daripadanya ialah pihak-pihak berkuasa tempatan sendiri iaitu yang digunakan oleh mereka untuk membayar concessionaire sekarang akan dimasukkan ke DR.6.9.2007 156

dalam satu tabung dan selepas itu bakinya yang diperlukan akan diisi oleh pihak Kerajaan Persekutuan. Oleh itu bayaran untuk kerja-kerja mereka memang dibuat oleh kerajaan dan pinjaman ini ialah untuk mereka membeli alat-alat atau apa-apa yang diperlukan dalam kerja-kerja tersebut. Itu adalah satu proses perniagaan yang mereka akan lakukan dan mereka akan menanggung segala risiko di dalam pilihan mereka untuk membuat peminjaman. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Parlimen dari Pasir Puteh dan dari Putatan telah membangkitkan tentang pembelian CCS - Cobra Cutting Extinguisher ini. Tujuan pembelian alatan ini adalah untuk membantu kerja-kerja operasi pemadaman kebakaran dan penyelamatan di bangunan serta kenderaan. Peralatan ini menggunakan kuasa jet air bertekanan tinggi pada tahap 300 bar bersama-sama campuran abrasive yang membolehkannya memotong dinding, konkrit besi, kayu, seramik dan getah serta melakukan penyemburan air. Peralatan ini akan dipasang pada 92 unit kenderaan bomba di seluruh negara, iaitu 92 tempat iaitu di kawasan Tengah di Semenanjung ialah 29 set, di kawasan Selatan 10 set, di kawasan Utara 22 set, di kawasan Timur 18 set dan di Malaysia Timur 13 set. Jentera yang dibeli ini akan diagihkan ke seluruh negara termasuk Malaysia Timur. Dengan ini kita berharap kerja-kerja yang dilakukan oleh Jabatan Bomba ini akan menjadi lebih baik. Ahli Yang Berhormat dari Sungai Petani telah membangkitkan isu tentang bomba lewat di dalam satu keadaan. Memang Pejabat Bomba ada kaedah tersendiri dan KPI yang telah ditetapkan dan kita sentiasa memberi latihan kepada pegawai-pegawai bomba kerana mereka mesti respons kepada kebakaran di dalam satu masa yang singkat. Saya berharap bahawa kejadian yang telah berlaku di Sungai Petani ini tidak akan berlaku di masa yang akan datang.

■2030

Bilangan jawatan yang diisi adalah hampir 11,500 pegawai dan sebanyak 97% jawatan telah diisi, dan pengambilan pegawai-pegawai untuk bomba adalah satu perkara yang dibuat secara berterusan dan mereka ada diberi latihan selepas diambil di dalam bidang-bidang yang tertentu. Itulah sahaja isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini dan meminta sokongan mereka di dalam meluluskan bajet tambahan ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM90,927,000 untuk Maksud B.43 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM90,927,000 untuk Maksud B.43 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual. DR.6.9.2007 157

Maksud B.48 [Jadual] -

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kepala Bekalan B.48 -Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terbuka untuk di bahas. Ya, Pasir Puteh.

8.33 mlm.

Datuk Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya dapat peluang sekali lagi untuk membincangkan B.48 - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat butiran (ii). (ii) ini tidak banyak RM4,100,000 untuk membaikkan sistem pendaftaran dan pengeluaran kad pengenalan OKU.

Bagi saya OKU ini Tuan Pengerusi kita kena pandang serius, kita terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana melihat ibu tunggal, melihat orang tua 60 tahun ke atas, melihat orang cacat, semuanya diberi bantuan. OKU ini saya minta satu sahaja.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Jawatankuasa]

Bertukar Tuan Pengerusi takut Tuan Pengerusi ini tidak terima, Tuan Pengerusi baru.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Bukan barulah, sudah lama.

Datuk Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Sudah lama tapi baru datang. Terima kasih. Saya cadangkan OKU ini (Orang kurang upaya) minta kementerian sediakan sedikit peruntukan. Kalau katakan umur 60 tahun ke atas, dia miskin, anak tidak bekerja, dia bagi RM200 sebulan, Maka OKU ini juga orang yang susah, miskin atau miskin tegar, pendapatan RM500 ke bawah ke, RM700 ke bawah, yang kais pagi makan pagi, anak kena OKU, tetapi anak ini tidak boleh hantar ke PDK (Pemulihan Dalam Komuniti) tidak boleh pergi, kerana dia cakap betul-betul ini, OKU ini. Dia boleh katakan ‘beser’ kata orang Kelantan, ‘beser’ ini ertinya Tuan Pengerusi nyanyuk, bukan nyanyuk, beser ini dia keluar air sokmo, najis dia keluar sokmo, kena pakai pampers, itu beser namanya. Jadi yang beser ini saya cadangkan supaya diberi RM200 untuk pampers, apa salahnya kerana saya kira hak yang miskinlah tidak ibu bapa yang kurang upaya, maka berilah kepada OKU ini imbuhan RM200 sebagai sumbangan bagi melegakan keadaan sara hidup mereka.

Akhir sekali ialah (vii). Sebanyak RM12,800,000 lebih ini untuk emolumen. Ini adalah gaji baru dan juga COLA. Sebenarnya Tuan Pengerusi kita kena melihat semula kalau tidak dalam belanjawan tambahan ini pun saya akan bercakap dalam belanjawan akan datang, kerana kita melihat kementerian ini adalah satu kementerian yang cukup berkesan bagi saya di grass roots, lain itu berkesan juga, kerana dia boleh membina suatu ketahanan di segi keluarga. DR.6.9.2007 158

Maka wanita terbela, semua terbela, kebajikan pun cukup berjalan dengan lancar, di bulan puasa pun kita akan bagi di bawah ‘armalah’, jadi rakan kita di sebelah, dia guna armalah.

Sebenarnya ibu tunggal. Kita panggil NADI. Kita akan beri untuk bulan puasa, tetapi pegawai, kakitangan, peralatan, manpower dan juga dan kewangan alhamdulillah sudah cukup, sediakan dengan secukupnya. Maka kita kena lihat di semua daerah jajahan supaya Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh beramal, beroperasi dengan baik, dengan cukup manpower dan juga dengan cukup kemudahan-kemudahan peralatan dan juga peruntukan. Maka dengan ini Tuan Pengerusi saya tidak bercakap panjang lagi kerana masa tidak mengizinkan, saya menyokong.

Dato' Mahathir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat hendak berucap jugakah?

Dato' Mahathir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Tidak ini pasal kawasan saya. Iaitu B.48 perkara 2 mengenai dengan RM4,100,000 bagi OKU di Pusat Pusat Latihan Pemulihan dan Perindustrian Bangi, Selangor. Tetapi kenapa tiada di kawasan saya iaitu di Sungai Petani. Mungkin dia ada juga pusat sebegini tapi tidak ada, jadi saya mahu tahu apa sebabnya.

Kemudian perkara yang akhir sekali ialah RM12,844,000 mengenai dengan tambah emolumen. Ingin saya bertanya di sini tentang pengambilan kakitangan, pengisian tempat- tempat kosong serta juga kenaikan pangkat. Apakah ini dilakukan secara berterusan dan khususnya dari segi naik pangkat. Saya dengar khabar kenaikan pangkat di kalangan pegawai-pegawai kebajikan masyarakat ini amat slow, amat lewat tetapi kenapa tidak dilakukan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Cameron Highlands, selepas itu Setiausaha Parlimen boleh jawab. Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Tuan Pengerusi soalan ini adalah berkenaan dengan Butiran 040600 - Perundangan dan Advokasi. Saya memohon penjelasan daripada Yang Berhormat mengenai perkhidmatan dan bekalan. Emolumen ini adalah RM11 juta. Saya rasa bahagian ini cukup penting untuk wanita-wanita khususnya ibu-ibu tunggal dan juga wanita-wanita yang mengalami penindasan di peringkat keluarga. Banyak didapati bahawa mereka tidak dapat mempertahankan diri mereka, kerana mereka tidak mengetahui hak-hak yang tertera dalam perundangan untuk melindungi isteri-isteri yang didera dan juga mengenai hak mereka untuk memiliki hak terhadap anak dan sebagainya. Maka saya rasa DR.6.9.2007 159

perkhidmatan ini perlu diperluaskan di rata-rata negara dan ini merupakan satu perkara yang penting khususnya di luar bandar, di mana lelaki ramai yang telah meninggalkan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak dan juga isteri-isteri. Saya meminta penjelasan, adakah benda ini akan dapat diperluaskan lagi secara agresif rata-rata kerana kita sudah ada Jabatan Kebajikan di daerah masing-masing, dan boleh kita letakkan seorang pegawai perundangan yang ada kaitan dengan advokasi dan perundangan untuk membantu kes-kes seperti ini, untuk banyak perkara, yang begitu teknikal yang melibatkan perundangan. Itulah permintaan saya. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, sila. Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Datin Paduka Chew Mei Fun]: [Bangun] Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: [Bangun] Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Bagan. Yang Berhormat tadi saya ada buat - selepas Cameron Highlands, Yang Berhormat tidak bangun. Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Okey, tidak apa, cepat sahaja. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Boleh, memang boleh. Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Maksud B.48 iaitu membantu OKU membeli kenderaan khas. Baru-baru ini di kawasan saya ada seorang pemuda yang mengalami sakit kencing manis, kakinya telah dipotong dan dengan bantuan kebajikan masyarakat dia telah diberi RM500 bantuan segera (bantuan kecemasan) dan selepas itu beliau ini tidak dapat bekerja. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat sama ada kes ini seperti beliau boleh meminta supaya dapat bantuan untuk membeli sebuah motosikal yang beroda empat. Sekarang motosikal ada dua roda bukan? Dia tak boleh berdiri, jadi dia kena tambah lagi dua roda, bolehkah diberi peruntukan seperti ini dan bantuan segera oleh Ahli Parlimen, pada suatu masa dulu kami ada menerima surat pekeliling daripada Jabatan Kebajikan Musyarakat, bahawa setiap Ahli Parlimen boleh menggunakan wang sendiri untuk menyalurkan bantuan segera kepada mangsa-mangsa seperti sakit kronik, kebakaran, kedamparan dan bencana, ■2040 Tetapi selepas dua, tiga bulan sahaja, perintah ini ditarik balik dan diberitahu bahawa setiap bantuan ini perlu dapat kelulusan dari ibu pejabat kementerian. Jadi ini sudah tidak jadi bantuan segera. Kalau saya mahu hulurkan wang saya sendiri untuk mangsa takut nanti kalau tidak lulus, saya tidak dapat ambil balik wang saya. Kalau saya hendak membuat satu permohonan kepada ibu pejabat di sini, mungkin akan menunggu sampai tiga, empat bulan. Jadi mangsa sudah tidak boleh tunggu. Itu tidak kira bantuan segera. Jadi saya berharaplah kerajaan boleh adil kepada semua Ahli-ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat tidak kira parti mana, supaya kita boleh sama-sama membantu mangsa atau orang miskin. Sekian sahaja. DR.6.9.2007 160

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik. Yang Berhormat Setiausaha Parlimen.

8.41 mlm. Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Datin Paduka Chew Mei Fun]: Tuan Pengerusi, pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah ambil bahagian dalam perbahasan. Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Puteh, kementerian ingin mengucapkan terima kasihlah kepada Yang Berhormat Pasir Puteh di atas keprihatinan terhadap perkara penambah baik sistem pendaftaran OKU, bagi sediakan peruntukan RM200.00 kepada keluarga yang ada anak OKU. Untuk maklumat Yang Berhormat, sebenarnya bantuan-bantuan yang telah disediakan oleh kementerian termasuk juga beli alat-alat tiruan dan juga beri allowance pekerja sebanyak RM200.00 sebulan kepada OKU-OKU yang bekerja dan pendapatan mereka kurang daripada RM750.00 sebulan. Di samping itu untuk OKU-OKU yang datang daripada keluarga yang miskin, mereka juga akan diberi bantuan yang sewajarnya. Mengenai cadangan Yang Berhormat Sungai Petani, mengenai pusat komuniti, sebenarnya bekalan tambahan ini tidak ada kena-mengena dengan pusat komuniti. Itu sudah keluar tajuk. Mengenai kenaikan pangkat anggota atau kakitangan JKM, kenaikan pangkat mereka sentiasa dipertimbangkan. Mengenai cadangan Yang Berhormat Cameron Highlands, suka saya memberi tahu di sini di bawah peruntukan ini, kita ada satu program iaitu Program Peningkatan Taraf Kesihatan dan Kesejahteraan Wanita di Bahagian Bimbingan dan Kaunseling yang mana kita akan mewujudkan klinik kaunseling dalam komuniti iaitu program melibatkan kesemua 219 kawasan Parlimen di mana satu hari dalam sebulan dipilih sebagai hari berjumpa kaunselor bertauliah di tempat masing-masing. Kaunselor yang akan terlibat dalam program ini adalah kaunselor yang berdaftar dan mempunyai kepakaran dalam bidang kaunseling dan psikologi dan tempat perkhidmatan adalah di Rumah Nur atau Dewan Nur. Ini bermakna, tadi Yang Berhormat telah mencadangkan supaya kita letak seorang pegawai di bawah JKM, saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat sebenarnya di semua negeri kita telah pun ada Rumah Nur dan di Rumah Nur ini kita ada kaunselor yang sedia ada dan kita juga ada pegawai-pegawai untuk memberi bantuan dalam advocacy dan bidang yang lain. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Cameron Highlands. Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Yang Berhormat saya rasa di kawasan saya tidak ada. Peringkat dari Cameron Highlands ke Kuantan, enam jam. Seorang ibu tunggal atau ibu yang terseksa tidak pergi jauh begitu. Kita kena bawa perkhidmatan ke tempat mereka, bukan meminta mereka... Ini akan jadi macam ... where the DR.6.9.2007 161

patient dengan izin, akan pergi jumpa dengan the King. Tidak boleh King. Zaman sekarang, King kena turun ke rakyat. Ini dia punya cara dia. So, macam mana ini boleh diperkasakan, dapat diselaraskan? Itu sahaja. Datin Paduka Chew Mei Fun: Okey, Ahli Yang Berhormat sebagai Pengerusi MAYANG, dialu-alukan untuk mencadangkan kepada JPW atau kepada JKM supaya kita mengaturkan satu perjumpaan atau satu perkhidmatan kepada penduduk-penduduk di Cameron Highlands. Ini dapat kita sediakanlah. Okey. Mengenai soalan yang disalurkan oleh Yang Berhormat Bagan tadi, OKU itu boleh meminta, boleh memohon supaya dapat motosikal yang beroda empat sekiranya dia ada lesen. Okey, kerana kita telah pun terima banyak permohonan, tetapi selepas kita siasat, kita dapati kebanyakan mereka belum dapat lesen. Oleh itu yang terpenting ialah mereka dapat lesen. Mengenai bantuan segera ini, sebenarnya untuk semua kawasan Ahli Parlimen, permohonan boleh dibuat dengan JKM daerah dan daerah itu akan sampaikan kepada ibu pejabat dan ibu pejabat akan timbanglah adakah ini wajar untuk diberi. Pertukaran bantuan ini, cara menyalurkan bantuan ini adalah kerana kita dapati ada berlaku di satu tempat kawasan pembangkang, selepas beliau dapat tahu ada bantuan segera ini, dia telah menjalankan satu kempen mendaftarkan semua orang miskin di pasar atau di kawasan-kawasan awam, maka semua penduduk, kami pun tidak pasti adakah dia miskin atau tidak, semua datang untuk buat pendaftaran. Kita rasa ini adalah satu cara yang tidak betul. Oleh itu, dengan itu kita telah pun buat satu perubahan dalam permohonan ini. Saya rasa saya telah pun jawab semua soalan. Sekian, terima kasih. Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Penjelasan, penjelasan. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Penjelasan, penjelasan, penjelasan. Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, saya pohon penjelasan. Dalam kes bantuan segera, saya rasa mungkin boleh dikaji semula. Mungkin ada salah faham, sebab ada banyak kawasan seperti kawasan saya, mereka benar-benar memerlukan bantuan. Di kawasan saya, Jabatan Kebajikan Masyarakat di daerah itu... Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, biar menteri jawab.. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: ...hanya seorang pekerja sahaja, Encik Shamsuddin untuk menguruskan semua kes. Apabila saya mahu hantar seorang bisu.. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik Yang Berhormat, baiklah, cukup Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: .. pergi ke rumah orang tua, ia mengambil masa berbulan-bulan. Jadi saya pohonlah, ini bukan wang yang sangat banyak. RM30,000.00 sahaja. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, baik Yang Berhormat. Menteri boleh jawab. DR.6.9.2007 162

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Mungkin pihak Jabatan Kebajikan boleh menilai semula permohonan mereka. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat cukuplah Yang Berhormat... Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Jangan banyak tambahkan birokrasi, saya pohonlah untuk membantu mereka yang perlukan. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, duduklah Yang Berhormat. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Biarlah Tuan Pengerusi, biarlah. Ini saya... Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat sebenarnya bangun pun tanpa persetujuan saya, kebenaran saya. Saya memberi kebenaran untuk Yang Berhormat keluarkan apa yang hendak sampaikan. Jadi minta Setiausaha Parlimen jawab. Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Saya sekali juga. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik. Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Kalau saya membuat permohonan melalui daerah, bolehkah Yang Berhormat berjanji berapa lama ia akan mendapat keputusan? Datin Paduka Chew Mei Fun: Okey, kalau ada menghadapi atau mengalami apa-apa masalah, sila sampaikanlah kepada saya permohonan itu satu cc copy. Selain daripada itu, saya rasa memandangkan kekurangan kakitangan JKM, oleh itu patutlah Yang Berhormat-Yang Berhormat ikut apa yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Pasir Puteh tadi, mencadangkan kepada kerajaan supaya kita dapat lagi, menambah lagi kakitangan-kakitangan di akar umbi. Sekian, terima kasih. ■2050 Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, kita akan sampai ke kementerian yang ke-21. Oleh kerana ada permintaan daripada Yang Berhormat … Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM69,484,000 untuk Maksud B.48 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM69,484,000 untuk Maksud B.48 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat sebagaimana yang saya telah katakan tadi, sepatutnya kita sudah sampai kepada Kementerian Belia dan Sukan. Oleh sebab ada permintaan kepada Menteri Pengajian Tinggi. Jadi oleh kerana Menteri Pengajian Tinggi yang telah tunggu lama dan terpaksa menghadiri satu mesyuarat pada pukul 10.00 jadi saya benarkan Kementerian Pengajian Tinggi dahului. DR.6.9.2007 163

Maksud B.49 [Jadual] -

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat kepala B.49 di bawah Kementerian Pengajian Tinggi terbuka untuk dibahas. Kuala Terengganu.

8.52 mlm. Dato' Razali bin Ismail [Kuala Terengganu]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Maksud B.49 Kementerian Pengajian Tinggi. Saya ingin tarik perhatian iaitu butiran i sebanyak RM290 juta adalah untuk membiayai kos peningkatan dan kemasukan pelajar UiTM ke arah 200,000 pelajar menjelang tahun 2010. Saya hendak tarik perhatian di sini, bukan dari segi jumlah 200,000 itu, tetapi juga dari segi mutu 200,000 yang terasuh, yang terdidik, terbina melalui proses pendidikan yang berkualiti daripada terutama UiTM ini. Saya juga ingin tarik perhatian bahawa dalam di bawah strategi pembangunan strategi, secara strategik pembangunan pendidikan tinggi iaitu Pelan Strategik Pengajian Tinggi yang melangkaui tahun 2020 itu telah memberi beberapa faktor kritikal untuk transformasi ini. Maka saya ingin tarik perhatian supaya pihak kementerian benar-benar memberi perhatian terutamanya faktor tadbir urus institusi ini. Yakni dari segi pemilihan pensyarah dan juga pentadbirnya hendaklah berdasarkan kepada faktor merit. Selain daripada mempunyai kerangka kualiti yang mantap juga dari segi jaminan kualitinya, dari segi pengiktirafannya, selain daripada ganjaran-ganjaran yang sewajarnya. Ini membolehkan cabaran untuk mendepani dan untuk melahirkan pelajar berkualiti itu dapat dicapai. Selain daripada itu ialah memperkukuhkan dan membina enforce kerja ataupun dari segi budaya, institusi itu sendiri. Maka ini adalah merupakan perkara yang cukup penting sebagai faktor kritikal transformasi, yakni membina daya saing, memastikan pelajar dan juga pensyarah- pensyarahnya sentiasa berada pada tahap siap sedia untuk berdepan dengan prestasi-prestasi yang lebih baik dan juga peningkatan sistem nilainya. Selain daripada itu adalah dari segi pembangunan infrastruktur yang perlu diberi perhatian dan saya kira juga sekarang ini pihak UiTM dalam usaha untuk meningkatkan jumlah pelajarnya sedang berunding dengan pelbagai pihak dalam konsep, di bawah konsep partnership. Saya juga ingin menyentuh di sini supaya pihak kementerian memberi keutamaan, terutamanya kepada institusi yang akan diambil alih oleh pihak UiTM. Contohnya di Kuala Terengganu di kawasan saya, KYT (Kolej Yayasan Terengganu), adalah di bawah rangka untuk bekerjasama dengan UiTM. Maka saya harap di sini, pensyarah-pensyarah yang bertugas di KYT itu, Kolej Yayasan Terengganu itu, diberi keistimewaan untuk anjakan untuk mereka berada di bawah UiTM dengan tidak mengetepikan begitu sahaja. Saya juga ingin tarik perhatian berhubung dengan butiran ii yang akhir sekali iaitu perbelanjaan sebanyak RM200 juta untuk membiayai empat buah universiti yang sedia ada diberi DR.6.9.2007 164

pengiktirafan sebagai universiti penyelidikan. Maka ini adalah merupakan satu agenda yang penting. Penyelidikan itu penting, tapi jangan pula hanya empat buah universiti ini sahaja yang akan memainkan peranan yang dominan dalam penemuan dan intellectual originality dengan penemuan-penemuan baru, malah segala dan semua universiti-universiti yang ada itu harus menjalankan tugas penyelidikan selain daripada memberi pembelajaran, pengajaran pembelajaran, perundingan, penulisan, penerbitan, pengurusan yang berkualiti dan juga perkhidmatan masyarakat. Jangan hanya tertumpu kepada empat buah universiti ini. Saya juga hendak tarik perhatian kepada Yang Berhormat Menteri yang turut hadir, terima kasih, supaya kita membuat penanda aras kepada universiti tersohor dunia yang sekarang ini Menteri dari segi universiti APEX itu. Contohnya ialah MIT (Massachusetts Institute of Technology) itu sendiri telah menjana pendapatan melalui hasil penyelidikan itu, iaitu sejumlah kira-kira USD40 juta sebagai keuntungan dalam mereka menjana dan menjual hasil-hasil penyelidikan itu dan juga para pelajarnya, graduan dan juga fakultinya sendiri telah menubuhkan syarikat-syarikat untuk memperdagangkan hasil penyelidikan mereka dan mereka telah berjaya menubuhkan kira-kira 4,000 syarikat bekerjasama dengan universiti MIT ini dan telah mendapat keuntungan yang cukup lumayan, dianggarkan kira-kira USD230 bilion. Ini adalah merupakan satu contoh yang cukup lumayan. Saya kira dalam konteks pengantarabangsaan, yang hendak dibuat di bawah perancangan strategi kementerian ini harus mengambil iktibar ini. Saya juga ingin mempersoalkan banyak manakah geran yang diperoleh oleh pihak IRPA untuk menaja dan juga untuk membiayai kerja-kerja research RNDC ini. Research Development and Commercialization, iaitu dari segi pemasaran itu telah dibuat. Kalau sekiranya ia masih belum mencukupi, saya kira ini adalah merupakan saat yang cukup kritikal agar geran kepada IRPA itu perlu ditambah. Sekian. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Sri Gading.

8.58 mlm. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya satu perkara. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Butiran. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Butiran B.49. Saya hendak mohon jasa baik Yang Berhormat Menteri selesaikan masalah kami di daerah Batu Pahat. Berkaitan dengan ura-ura hendak membina masjid di UTHM (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia) yang nampaknya naib canselor dia kuat untuk membina dekat dalam, tapi apabila dalam orang kampung, masyarakat tempatan tidak dapat hendak guna sama. Tiga kali perkara ini dibawa ke dalam Majlis Tindakan Daerah dan ketiga-tiga kali supaya universiti membina di tepi jalan besar Kluang Batu Pahat dalam kawasan dia tetapi di tepi jalan supaya masjid yang bernilai RM20 juta DR.6.9.2007 165

lebih ini akan dapat dinikmati keindahannya, akan dapat dinikmati kemudahannya oleh masyarakat tempatan. Universiti Tun Hussein Onn ini sebenarnya dibawa oleh Allahyarham Tun Hussein Onn waktu beliau menjadi Perdana Menteri mewakili Parlimen Sri Gading. Itu kehendak masyarakat tempatan dan akhirnya terjadilah seperti yang ada pada hari ini dan kita berharap sangat naib canselor ikutlah kemahuan penduduk tempatan di Sri Gading, penduduk daerah Batu Pahat. Apa salahnya masjid dikongsi sama oleh penduduk tempatan. Kawasannya ada tetapi kerana sesesuatu sebab agaknya saya akan bercerita dengan Yang Berhormat Menteri sendiri. Jadi saya hendak ringkaskan, surat akan disampaikan kepada Yang Berhormat Menteri, mungkin kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri kerana saya dengar pihak pengurusan dia berkeras hendak juga di dalam. Nampaknya universiti hari ini, UTHM sedang bertentangan dengan masyarakat tempatan dan ini adalah sesuatu yang melanggar sebenarnya kehendak rakyat tempatan. Hormatilah rakyat tempatan. Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra, semuanya masjid digunakan sama oleh masyarakat. ■2100 Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah Yang Berhormat Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Masjid di universiti bukan boleh dimonopoli oleh pelajar universiti sahaja. Masjid sebenarnya institusi Islam, syiar Islam yang boleh digunakan bersama. Permintaan ini bukanlah permintaan yang luar biasa. Tapi permintaan yang amat mulia Yang Berhormat Menteri menjawab... Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah Yang Berhormat Menteri akan menjawab Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Kalau hendak jawab, jawablah. Apa yang kami hendak tindakan Yang Berhormat Menteri. Saya dengar naib canselor kata kalau arahan Menteri dia akan ikut. Sebab itu saya bawa ke sini untuk minta jasa baik Yang Berhormat Menteri yang memang pula orangnya baik untuk memenuhi cita rasa dan kehendak masyarakat di Parlimen Sri Gading dan yang disokong oleh semua wakil rakyat, termasuk Yang Berhormat bagi Ayer Hitam yang berdiri, termasuk yang bukan Islam pun dalam tindakan, tiga kali memberikan sokongan dan saranan kehendak masyarakat di Sri Gading. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Menteri fahamlah Yang Berhormat, Menteri jawab. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Saya faham menteri ini Menteri Pengajian Tinggi, dia lebih faham. Jadi saya mintalah jasa baik. Terima kasih. Ir Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: [Bangun] DR.6.9.2007 166

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Sri Gading saya amat suka cara Yang Amat Berhormat berucap. Bukankah ini satu cara yang baik, jangan suara besar dan semua orang pun takut. Baik, Ayer Hitam, sila.

9.01 mlm. Ir Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Terima kasih Tuan Pengerusi saya terus kepada B.49. Yang pertama, peruntukkan sebanyak RM200 juta kepada empat buah universiti yang diiktiraf sebagai Universiti Penyelidikan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri telah melancarkan Pelan Strategik Pengajian tinggi di Malaysia. Saya rasa hala tujunya jelas. Saya beri sokongan sepenuhnya dan saya rasa aspirasi yang telah digariskan dalam Pelan Strategik itu perlulah kita sama-sama membantu. Saya juga ucapkan tahniah dan sesuatu yang menggembirakan masyarakat majmuk Malaysia di mana pelantikan Timbalan Naib Canselor untuk jawatan yang dipegang bagi portfolio Perhubungan Industri di mana ada pensyarah-pensyarah kanan Cina dan India telah dilantik. Pengumuman telah di buat oleh UM(iaitu Universiti Malaya) dan juga USM pada hari ini. Saya ucapkan tahniah kerana ini akan menggambarkan komposisi kaum yang agak baik dan menggambarkan sesuatu yang positif dan saya rasa dari segi hala tuju Universiti Penyelidikan ini saya harap dengan adanya portfolio yang baru ini dapat kita sama-sama gerakkan. Yang keduanya, saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat. Sebenarnya Universiti Penyelidikan pernah saya sebutkan satu ketika di mana kita sudah terlupa satu universiti iaitu Universiti Teknologi Malaysia. Di mana sebelum ini mungkin menteri pernah berkata akan membuat pertimbangan sewajarnya kerana Universiti Teknologi Malaysia sudah 37 tahun dan ianya telah melahirkan jurutera pelbagai bidang. Saya rasa kalau kita lihat kejuruteraan itu memang ada kena mengena dengan R&D. Jadi saya hendak dan mohon penjelasan daripada Yang Berhormat apa statusnya? Yang terakhir sekali, saya nampak satu sasaran yang telah dinyatakan dengan jelas iaitu peruntukkan sebanyak RM290 juta untuk meningkatkan kemasukan pelajar Universiti Teknologi Mara ke arah 200 ribu pelajar menjelang tahun 2010. Saya rasa ini jangka masa panjang perancangan yang begitu jelas. Saya hendak tahu daripada Yang Berhormat Menteri, bagaimana dengan kedudukan 19 IPTA yang lain khususnya bagi 17 IPTA yang menerima kemasukan semua kaum termasuklah Cina, India, bumiputera Sabah, Sarawak dan kesemua kaum termasuk bumiputera di semenanjung. Saya rasa ini adalah suatu gambaran yang jelas di mana unjurannya akan dapat kita sama-sama lihat sama ada kita perlu menambahkan kapasitinya. Saya hendak minta satu gambaran yang lebih jelas. Terima kasih. Beberapa Ahli: [Bangun] Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Pasir Puteh.

DR.6.9.2007 167

9.04 mlm. Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi yang kita kasihi kerana hadir sendiri pada petang ini. Saya akan turut membahaskan maksud B.49 IV. Saya tengok di sini ialah RM20 juta lebih untuk menampung kos operasi Universiti Malaysia Kelantan yang baru ditubuhkan. Jadi kita hendak tahu berapakah kos sebenarnya untuk membina kampus. Saya yakin bahawa kampus akan dibina dalam dua, tiga empat tahun ini. Jadi yang keduanya, pelajar telah pun course intake dengan izin telah pun diambil pada bulan enam, kemudian akan terus sehingga berapa jumlah pelajar. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, the spirit of Hadhari development in Malaysia dengan izin, anjakan paradigma selepas 50 tahun kita merdeka, 50 tahun lagi kira akan aman insya-Allah dalam menyahut kemerdekaan ini, saya hendak kalu boleh Yang Berhormat Menteri atas kebijaksanaannya, bukan bijak saja, bijaksana. Bolehkah kita rujuk satu school academic Taranum al-Quran, kerana kita telah menggondol johan, qari dari Johor dan qariah dari Sarawak. Kalau Sarawak boleh jadi johan antarabangsa, Johor tidak pelik. Bagi saya Johor ini tidak pupus selama-lamanya Quran kerana ia kuat asas, basicnya. Maka apakah kita boleh bercadang walaupun idea ini barangkali begitu advance. Saya mintalah satu school kerana kampus cawangan akan dibuat untuk sains di Jeli kerana Yang Berhormat kita berasal, bukan berasal ia Parlimen Jeli. Saya minta Pasir Puteh untuk Akademik Taranum al-Quran...Tepuk sikit boleh tak? [Tepuk] Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Dengan ini Tuan Pengerusi saya menyokong penuh. Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: [Bangun] Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Sungai Petani, selepas itu Yang Berhormat Menteri jawab

9.06 mlm. Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Maksud B.49 perkara 2, iaitu saya straight to the point Tuan Pengerusi, jangan bimbang. Iaitu perkara 2 sebanyak RM200 juta untuk membiayai empat buah universiti sedia ada diberi pengiktirafan sebagai Universiti Penyelidikan. Saya ingin menyatakan di sini syabas kepada Yang Berhormat Menteri kerana usahanya untuk mendapatkan wang penyelidikan. Hanya satu sahaja yang saya tidak berapa gembira ialah mengapa RM200 juta? Mengapa tidak RM400 juta? Itu soalan saya, sebab ini mengenai dengan penyelidikan. Di samping itu juga saya berharaplah pada masa-masa yang akan datang, kita akan tambah lagi dengan peruntukkan ini kepada empat buah universiti, kalau boleh universiti-universiti yang lain DR.6.9.2007 168

juga seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu tadi, ini sangat saya sanjung tinggi. Begitu juga saya mahu tanya di sini, dalam RM200 juta ini apakah bidang yang hendak diterokai? Adakah bidang sains, adakah bidang sastera dan kemanusiaan, adakah hanya bidang-bidang sains dan teknologi sahaja? Itu persoalannya. Jadi bidang-bidang seperti sastera dan kemanusiaan tidak ada tempat dalam penyelidikan bagi empat buah universiti tadi. Ingin saya dapat penjelasan daripada Yang Berhormat. B.49 perkara 5 ialah RM20,600,000 untuk Yayasan Tunku Abdul Rahman. Di sini lagi satu saya juga menyatakan rasa tidak puas hati mengapa RM20 juta, kenapa tidak lebih daripada itu? Walhal kita boleh dapat lagi wang peruntukan ini daripada kerajaan. RM20 juta berapa kerat sahaja yang boleh dapat, kerana kita sudah mempunyai 20 buah universiti dan juga berapa ramai yang pergi ke luar negeri untuk mendapat biasiswa ini. Oleh yang demikian, saya pohon kepada Yang Berhormat Menteri supaya pada masa yang akan datang ia mesti ditambah lebih besar lagi supaya lebih ramai lagi yang mempunyai kelayakan yang tinggi dapat memasuki bidang-bidang tertentu. Di samping itu, saya ingin soalkan juga ialah berapa ramai penuntut dalam bidang apa? Adakah di dalam bidang sains dan teknologi, ataupun sastera dan kemanusiaan ataupun sastera dan kemanusiaan dipinggirkan semata-mata. Perkara kesembilan ialah mengenai dengan United Nations University International Institute of Global Health dan pertambahan emolumen, perkara 10. Iaitu mengenai dengan perkara 9, saya juga merasakan terlalu sedikit Yang Berhormat. Saya ini cuma sedikit, saya mahu lebih banyak lagi kerana apa dengan RM3 juta itu hendak buat? Begitu juta dengan perkara 10, mengenai dengan emolumen tadi. Apakah emolumen ini di universiti atau di kementerian Yang Berhormat? Sekian. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri, boleh jawab Menteri Pengajian Tinggi [Dato' Mustapa Mohamed]: Tuan Pengerusi, terima kasih banyak, ihsan Tuan Pengerusi, dapat saya tukar dengan Kementerian Belia dan Sukan dan terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Kota Raja kerana memberi laluan kepada saya. Terima kasih kepada lima Ahli Yang Berhormat, Kuala Terengganu, Ayer Hitam, Pasir Puteh dan Sungai Petani, oleh kerana malam ini malam Jumaat kita akan balik awal dan saya ringkaskan saja. ■2110 9.10 mlm Pertama Kuala Terengganu, pemilihan pensyarah berasaskan merit insya-Allah kita akan pastikan bahawa etos dan budaya kerja mereka adalah sebaik mungkin. Saya memberi jaminan di sini bahawa pemilihan pensyarah adalah begitu teliti sekali dan hanya mereka yang layak DR.6.9.2007 169

sahaja dipilih, pensyarah penting untuk memastikan kualiti pengajian tinggi negara kita semakin terserlah, dengan itu kita dapat bina daya saing pelajar-pelajar universiti kita. Mengenai kolej Terengganu memang benar ia merupakan salah sebuah kolej yang akan dijadikan kolej bersekutu UiTM dan kita akan pastikan bahawa mutu kolej ini. Untuk makluman Yang Berhormat kita sudah ada 33 kolej IPTS yang telah dijadikan kolej bersekutu UiTM membolehkan UiTM mengambil pelajar lebih ramai dan tindakan akan diambil untuk meningkatkan mutu kolej-kolej berkenaan melalui sistem jaminan kualiti. Berkaitan dengan seterusnya Kuala Terengganu kenapa empat universiti sahaja research universiti ini ada kaitan juga dengan Ayer Hitam, UTM, kenapa tidak diambil kira. Saya ingin maklumkan bahawa pada masa ini mengikut penilai yang dibuat cuma empat universiti yang layak menjadi universiti penyelidikan dan kalau kita baca pelan strategik perancangan kita untuk tambah lagi. Jadi insya-Allah satu hari nanti apabila mereka layak saya pasti pertimbangan akan diberi kepada UTM dan universiti lain juga yang layak untuk memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Mengenai seterusnya tanda aras menjana pendapatan digunakan contoh MIT ditubuhkan syarikat memanglah ini menjadi matlamat kita dan umpamanya di Universiti Putra Malaysia saya hendak maklumkan di sini bahawa satu baja bernama “Zapa” telah ditemui oleh penyelidik di UPM. Pada masa ini ia telah mendapat tempahan sebanyak RM20 juta daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan ini melambangkan kejayaan para penyelidik kita. Mengenai geran IRPA saya ingin maklumkan di sini bahawa sekarang ini IRPA dah tak ada dah. Dua geran utama kerajaan di bawah MOSTI dan satu science fund, satu techno fund. Science fund RM1.2 bilion dan techno fund RM1.5 bilion, RM2.7 bilion dalam RMK-9. Inilah yang digunakan untuk mengkomersialkan penyelidikan. Saya dimaklumkan bahawa baru-baru ini MOSTI telah meluluskan kira-kira RM83 juta daripada universiti negara kita, penyelidiknya untuk mengkomersialkan hasil penemuan. Kira-kira 20 penyelidik telah diluluskan peruntukan kira-kira RM83 juta di bawah techo fund. Insya-Allah peruntukan ini akan digunakan sebaik mungkin untuk memastikan bahawa pengkomersialan berjalan dengan baik. Terima kasih kepada Terengganu, Sri Gading malah perkara ini telah dibangkitkan kepada pengetahuan saya Yang Berhormat Sri Gading. Oleh kerana isu ini belum diselesaikan maka buat sementara waktu untuk kita cool off, hari ini Tuan Pengerusi, ada juga memuji Sri Gading alhamdulillah. Jadi untuk kita cool off maka sekarang ini kita KIV dengan izin. Insya-Allah Yang Berhormat kita mengambil kira pandangan semua, kita tak mahulah bertentangan dengan rakyat sepanjang masa. Jadi terima kasih Sri Gading kerana kesabaran. Ayer Hitam, berkaitan dengan research university saya telah jawab tadi UTM 37 tahun sudah ditubuhkan insya-Allah kalau layak maka akan dipertimbangkan, setakat ini empat tapi kita ada perancangan enam dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Kita baru wujudkan satu jawatan tambahan di lima buah universiti, research university 4 dan UiTM. Jawatan ini khusus DR.6.9.2007 170

untuk hubungan industri, ini melambangkan betapa pentingnya kerajaan memberi perhatian kepada hubungan industri untuk meningkatkan input kurikulum kepada universiti untuk pengkomersialan dan lain-lain dan pengumuman seperti Yang Berhormat sedia maklum seperti yang dibuat pada hari ini. Berkaitan dengan hala tuju enrolment di universiti lain memanglah kita dah buat pengumuman dan dalam tambahan ini ada peruntukan lebih RM290 juta kepada UiTM untuk menambah bilangan enrolmentnya sehingga RM200,000. Ini adalah dalam konteks untuk menambah bilangan profesional bumiputera, pada yang sama kita juga akan menambah enrolment di universiti lain. Kita ada 20 universiti awam termasuklah IPTA sambil kita menambah bilangan enrolment UiTM untuk melahirkan lebih ramai profesional bumiputera universiti lain juga tidak diabaikan. Pasir Puteh berkaitan dengan kampus Universiti Kelantan, kos pembinaannya kita telah belanja kira-kira RM20 juta untuk membeli kampus sementara di Taman Bendahara dan juga RM130 juta disediakan untuk membina kampus di Bachok dan Jeli dalam tempoh RMK-9. Jadi Akademi Taranum Al-Quran ini saya akan bincang dengan Pasir Puteh, pengajian, subjek ataupun perkara ini banyak diajarlah di akademi dan institusi hari ini termasuk bawah JAKIM dan lain-lain cumanya di universiti belum ada lagi pengajian Taranum ini secara khusus seperti yang dikendalikan oleh JAKIM dan lain-lain. Sungai Petani... Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri Santubong. Dato’ Mustapa Mohamed: Malam ini malam Jumaat [Ketawa].

9.15 mlm. Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri, saya pun malam Jumaat ini. Saya nak tanya satu saja, masa taklimat kita dengan pemimpin-pemimpin universiti dulu ada indikasi yang tertentu menunjukkan bahawa ada masalah sedikit penurunan sumber kewangan daripada MOSTI menerusi sumber science fund dan techno fund ini. Sudahkah diatasi masalah ini di antara MOSTI dan universiti-universiti di negara ini? Terima kasih. Dato’ Mustapa Mohamed: Seperti yang disebut tadi peruntukan RMK-9 ialah RM2.7 bilion, RM1.5 bilion di bawah techno fund dan RM1.2 bilion di bawah science fund. Memang peringkat awal maksud Yang Berhormat tadi ialah dari segi disbursement, pengeluarannya, mungkin di peringkat awal perlahan tapi alhamdulillah seperti yang saya beritahu tadi RM83 juta baru diluluskan di bawah techno fund untuk penyelidik universiti di bawah techno fund membolehkan penyelidik-penyelidik ini mengkomersialkan pengeluaran mereka. Jadi kita dapati bahawa pengeluaran daripada dan kita yakin serta harap pengeluaran semakin .... DR.6.9.2007 171

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Boleh tambah sikit Yang Berhormat saya sikit saja. Yang Berhormat Menteri, saya hairan daripada RM2.7 bilion cuma RM83 juta dikeluarkan untuk penyelidikan, ini merupakan satu kelemahan, kenapa wang yang ada ini tidak diguna pakai? Negara kita ini memerlukan penyelidik-penyelidik yang menguasai penemuan baru. Jadi kenapa kementerian bertanggungjawab tidak memberi langsung kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk IPTA dan IPTS menggunakannya, ke mana lebih wang ini? Dato’ Mustapa Mohamed: Terima kasih Kinabatangan. Hari ini kita ada wakil universiti- universiti depan dan belakang saya dan mereka semua minta saya ucapkan terima kasih kepada Kinabatangan kerana membela kepentingan mereka, terima kasih. Jadi bagi penjelasan RM1.5 bilion itu untuk lima tahun di bawah science fund, RM83 juta untuk universiti dan ada lagi techno fund yang dikeluarkan kepada penyelidik lain, di MARDI kita bukan satu saja, bukan universiti saja yang buat penyelidikan ini. Jadi saya sebut tadi yang dikeluarkan pada universiti, yang lain saya tak tahu, sudah pasti ada yang telah diluluskan cuma jumlahnya MOSTI yang tahu, saya tidak tahu RM83 juta itu disalurkan kepada universiti. Ada lagi peruntukan lain di bawah science fund untuk dikomersialkan ia disalurkan kepada institusi yang lain. Terima kasih. Akhir sekali Sungai Petani, kenapa RM200 juta? RM200 juta ini untuk empat universiti, RM50 juta satu universiti, tempoh Julai hingga Ogos dan memang tak cukup. Saya hendak maklumkan bahawa dengan izin Tuan Pengerusi, over and above maknanya dah ada dah. Sebagai contoh saya nak bagi tahu sini Universiti Malaya sudah pun ada RM79.5 million untuk research tahun ini. Jadi RM50 juta ini over and above maknanya dengan adanya taraf RU ini ia akan dapat RM129 juta, jadi research bukan RM50 juta sahaja, Universiti Malaya, akan tambah RM79.47 million. Begitu jugalah universiti lain, UKM dan lain-lain, jumlahnya adalah lebih daripada RM50 juta, contoh saya beri tadi ialah Universiti Malaya. Dari segi bidang ia meliputi semua bukan sahaja saya tahu Sungai Petani sudah membela kepentingan humanity social sciences, terima kasih banyak dan kita prihatin. Insya- Allah kita akan memberi penumpuan juga bukan sahaja sains teknologi, humanities juga diberi perhatian. Mengenai Yayasan TAR, Tuan Pengerusi Yayasan TAR sudah kita ubah, dulunya beri pinjaman sekarang kita beri biasiswa, 50 biasiswa telah diberikan, ini saya anggap sebagai premiere scholarship kerana elaunnya begitu lumayan dan mereka merupakan pelajar terbaik bukan sahaja akademik tapi juga kokurikulum dan sukan serta penglibatan persatuan, ini mewakili semua kaum, 50 sahaja yang diberi setakat ini. Kita berterima kasih sebenarnya kepada kerajaan kerana yang diberikan sebenarnya RM25 juta, satu angka yang amat besar bagi kami dan kami amat menghargai.

DR.6.9.2007 172

■2120 Buat masa ini lebih daripada mencukupi, oleh kerana kita hendak bagi biasiswa ini kepada pelajar terbaik bukan kepada semua pelajar. Ini kita panggil ‘Tunku Scholars’ menggunakan nama Almarhum Tunku Abdul Rahman yang terbaik dalam pelbagai bidang yang menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang terserlah dan buat masa ini kita ucapkan terima kasih kepada kerajaan lebih daripada memadai. Jika tak cukup, saya yakin kerajaan akan menimbangkan lagi. Mengenai UNU (United Nations University), ini merupakan suatu pengiktirafan kepada Malaysia ditempatkan di UKM, RM3 juta ini mencukupi setakat ini kerana baru ditubuhkan dan ia adalah untuk membayar gaji dan lain-lain lagi dan membuat sedikit sebanyak penyelidikan. Untuk tempoh lima hingga 10 tahun yang akan datang, jumlahnya lebih RM40 juta akan disediakan kepada UNU. Ini permulaan sahaja kerana tahun pun hampir hendak habis Tuan Pengerusi. Terima kasih sekali lagi kepada lima Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu berkaitan dengan Kementerian Pengajian Tinggi. Terima kasih atas sokongan padu yang diberikan. Insya-Allah dengan sokongan padu itu saya harap kita akan dapat meningkatkan kualiti universiti negara kita dan mencapai matlamat strategi pengajian tinggi ataupun Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara iaitu meningkatkan mutu dan menubuhkan APEC Universiti dan menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi di rantau ini. Terima kasih Tuan Pengerusi, selamat beristirahat, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM994,260,000 untuk Maksud B.49 di bawah Kementerian Pengajian Tinggi jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM994,260,000 untuk Maksud B.49 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Maksud B.28 [Jadual] – Maksud P.28 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2007] –

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Sekarang kita pergi ke Kementerian Pengangkutan. Kepala Bekalan B.28 dan Kepala Pembangunan P.28 di bawah Kementerian Pengangkutan terbuka untuk dibahas. Bagan sila.

9.22 mlm. DR.6.9.2007 173

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. P.28 – 6.8 Butiran Projek - 03600 iaitu kerja-kerja pengerukan kuala-kuala sungai dan di pelabuhan-pelabuhan. Tuan Pengerusi, saya pernah membangkitkan soalan ini dalam Dewan yang mulia ini tetapi kata satu macam tetapi buat yang lain sebab saya ada tanya ke manakah selut-selut atau pasir-pasir yang digeruk, g-e-r-u-k. Ke manakah bahan-bahan ini dibuang dan diberitahu bahawa ada tempat-tempat yang tertentu untuk dibuang pengerukan ini tetapi setahu saya mereka ambil jalan yang pantas dengan membuangkan selut-selut atau lumpur-lumpur berdekatan tempat yang digeruk itu dan apabila ombak datang maka selut-selut ini telah dibawa oleh ombak ke pantai. Pantai yang pada mulanya pantai pasir sudah menjadi pantai berlumpur-lumpur atau pantai selut. Ini adalah suatu kawal selit oleh pihak-pihak yang berkenaan tidak memandang berat dengan ini. Saya mengambil satu contoh di mana terdapat satu pengorekan atau pengerukan di selat di antara Butterworth dengan Pulau Pinang iaitu dipanggil North Channel. Pada masa sekarang ada kerja-kerja mendalamkan North Channel ini dan mengikut kontrak ia perlu dibuang ke Muka Head iaitu di sebelah utara Pulau Pinang. Namun ia tidak dibuang di Muka Head tetapi dibuang ke projek pembesaran NBCT iaitu berdekatan dengan tempat itu sahaja. Tuan Pengerusi, pihak PPSP telah mengeluarkan satu tender atau satu kontrak kepada Rayston Consortium Butterworth Sendirian Berhad untuk menebus guna tanah atau recommendation works untuk pembesaran NBCT. Kontrak ini sangat besar dan dalam spesifikasi kontrak, pasir yang digunakan untuk menebus guna tanah untuk projek ini adalah dari kawasan Tanjung Piandang dari Perak dan juga Tanjung Dawai dari Kedah. Akan tetapi pada masa sekarang kapal-kapal yang menyedut pasir adalah di selat di antara Pulau Pinang dengan Butterworth iaitu North Channel. North Channel ini adalah betul- betul berhadapan dengan NBCT sahaja iaitu mungkin dalam lingkungan sekitar setengah sampai dua kilometer depan NBCT sahaja. Pada umumnya tapak perolehan dan tapak pembuangan adalah faktor utama untuk menentukan harga projek itu. Jadi soalan di sini ialah sama permit untuk mengeruk atau menyedut pasir di selat ini ada diperoleh. Royalti telah dibayar dan laporan EIA mengeruk selat diperoleh sebab di sana ada ramai nelayan yang mencari rezeki di sana dan pada satu masa kapal-kapal yang mengeruk pasir ini telah memusnahkan jala-jala dan segala alat-alat penangkapan ikan di kawasan sana. Walau pun ada pampasan telah dibayar kepada nelayan- nelayan ini, tetapi kerja-kerja ini telah memusnahkan persekitaran selat itu dan nelayan sekarang tidak dapat hasil yang seperti didapati pada masa-masa yang dahulu. Saya pernah bertanyakan satu soalan di dalam Dewan ini dan diberitahu dua hari lalu bahawa EIA telah diluluskan pada 23 Ogos 2005, tetapi EIA ini ialah untuk menebus guna tanah dasar laut dan bukan untuk mengeruk North Channel ini. EIA ini ialah untuk menebus guna DR.6.9.2007 174

tanah untuk membesarkan North Butterworth Terminal Container untuk buat tapak untuk container dan bukan untuk mengeruk atau mendalamkan North Channel ini. Saya ingin bertanya sama ada ini dua kontrak yang berlainan. Satu untuk menebus guna tanah di NBCT dan satu lagi untuk mendalamkan The North Channel ini. Kalau kedua- duanya adalah dua kontrak itu bermakna kontraktor yang mengeruk North Channel ini telah membuangkan apa yang digeruk itu ke NBCT maka ia dapat menjimatkan perbelanjaan yang sangat besar. Ini kerana patut dibuat di suatu tempat yang jauh tetapi dibuang dekat sana sahaja dan sama ada material bahan yang digeruk itu suitable sesuai untuk menambak tebus guna untuk NBCT ini atau tidak. Tuan Pengerusi, saya mintalah satu jawapan ataupun satu siasatan dijalankan supaya memastikan kerja-kerja yang dijalankan itu adalah mengikut peraturan-peraturan bukan seperti yang dikompelin atau yang diadukan oleh nelayan-nelayan di kawasan sana atau orang-orang yang prihatin kepada alam sekitar di sana bahawa mereka ini adalah mencuri pasir di kawasan sana untuk guna pakai untuk NBCT. Saya balik ke tajuk yang lain iaitu Butiran Projek 002000 – Peningkatan Infrastruktur Sedia ada Stesen Komuter. Tuan Pengerusi, pada masa sekarang ada kerja-kerja menaik taraf stesen-stesen komuter dan saya nampak sekali ia membesarkan atau mengubahsuai stesen komuter, sekali coraknya tidak sama. ■2130 Kalau tiga kali mengubah suai, tiga jenis bahan dipakai. Tidak nampak bumbungnya, pada satu masa yang original, ia bumbung genting. Selepas itu dibina half curve roofing untuk verandah dan kini ditambah pula curve roofing yang lebih tinggi untuk commuter station itu. Jadi nampaknya ada tiga jenis corak di sana dan lantainya pun serupa. Pada mulanya ialah big laying pavement, pavior tetapi bila dipecahkan, diganti atau hendak mengorek satu tapak untuk tiangnya, dibaik pulih dengan simen sahaja. Pada satu masa yang dahulu, yang pada asalnya bench atau bangku duduk itu kakinya adalah cast iron dan papan di atas. Selepas itu sekali dibuat, concrete bench dengan mozek di atas. Sekarang dibuat satu kali, stainless steel bench. Jadi nampaknya tiga, empat corak. Yang teruk sekali di KL station yang lama. Satu bangunan yang berheritage, yang berwarisan, sekali dia buat ubah suai, sekali coraknya, sekali dia buat ubah suai, sekali coraknya. Tiga, empat kali berubah suai, sudah jadi tiga, empat coraknya. Jadi bangunan ini stesen kereta api KL yang lama perlu dipelihara supaya ia jadi heritage yang kita boleh banggakan seperti dalam magazine, dalam gambar-gambar, itu satu heritage. Tetapi apabila masuk ke dalam, bercorak-corak structurenya. Sekian, itu sahaja. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ayer Hitam.

DR.6.9.2007 175

9.32 mlm. Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Tuan Pengerusi, saya ingin terus kepada Maksud B.28 di mana RM29 akan dibelanjakan untuk membiayai tambahan emolumen, semakan gaji dan COLA dan begitu juga Butiran P.28 – 03600 – Kerja-kerja Pengerukan Kuala Sungai di pelabuhan-pelabuhan. Ini saya secara langsungnya ini melibatkan Jabatan Maritim di bawah Kementerian Pengangkutan. Saya rasa Malaysia ini kita mempunyai pantai yang panjang sama ada Selat Melaka atau Laut China Selatan, kita ada banyak pelabuhan. Tetapi rangkaian pelabuhan itu perlu kita wujudkan di mana kita hendak buat satu master plan, pelan induk pelabuhan-pelabuhan ini yang mana satukah sepatutnya jadi feeder port, yang manakah menjadi port utama. Saya rasa dalam konteks ini kita buat kerja-kerja pengerukan sebenarnya untuk memastikan kapal ini sentiasa dapat masuk apabila air pasang surut, berlakunya pemendakan dan sebagainya. Tetapi apa yang penting, strategi secara keseluruhan itu perlu ada di mana saya melihat pelabuhan PTP, Klang, ini merupakan satu kawasan yang strategik dan Selat Melaka cuma ada Pelabuhan Klang dan PTP kini dapat bersaing dengan Pelabuhan Singapura. Apa yang saya khuatir sekarang, kita sering membincangkan tentang PKFZ dan baru- baru ini pihak Singapura pula mengisytiharkan tiga pulau akan dijadikan sebagai Free Trade Zone, Singapura. Mereka akan membelanjakan ratusan bilion ringgit untuk hendak wujudkan satu Free Trade Zone kerana pelaburan untuk mewujudkan, menubuhkan satu pulau itu memang mahal. Tetapi dalam konteks Malaysia, bagaimana kita bersaing dengan pihak Singapura kerana mereka memang melihat kawasan ini sebagai kawasan yang strategik. Jadi saya hendak minta supaya kementerian ini dalam kita membincangkan tentang isu ini dan sebagainya, bagaimana kita hendak bergerak ke hadapan. Apa kedudukan PKFZ sekarang? Bagaimana kita hendak bergerak ke situ? Apakah perancangan yang ada kepada kementerian untuk menggerakkan dan merancakkan pembangunan di situ? Kita tidak boleh berhenti di situ sahaja. Apa yang saya hendak katakan di sini, apabila kita membuat kerja-kerja pengerukan ataupun kita merancang rangkaian pelabuhan di Semenanjung Malaysia, saya rasa satu perkara yang harus kita ingat di mana kita ada Land Acquisition Act. Kalau kita hendak buat, kita kena meneliti dengan baik. Saya mengambil contoh PKFZ. Sebelum itu wujudnya dua pandangan iaitu menggunakan seksyen 31(A) untuk public purpose dan (B) pula adalah apa-apa acquisition yang melibatkan pada pendapat state authority, ianya membawa manfaat kepada pembangunan negara. Jadi ini adalah satu senario yang berlainan. Apabila ianya melibatkan pembangunan ekonomi, bermakna ikut subseksyen 3(2), ia akan dirujuk kepada pentadbir tanah daerah di bawah kuasa negeri. Dalam konteks ini, apa yang menarik ialah kalau kita melihat subseksyen DR.6.9.2007 176

3(6), sekiranya kebenaran merancang DO telah diberikan kepada pemilik asal, bermakna ianya perlu - di sini ditulis dengan jelas, reject the application, menolak permohonan tersebut. Jadi saya rasa dalam keadaan ini, saya hendak mengingatkan Jabatan Maritim, kalau kita hendak merancang mengambil balik tanah, biarlah kita buat dengan cepat supaya tidak kita dalam keadaan di mana kita terpaksa gunakan seksyen 3(1B) iaitu secara keseluruhannya mengenai pembangunan. Kononnya beneficial to the economic development of Malaysia, dengan izin. Begitu juga seksyen 3A(2) di mana apabila berlakunya DO telah diberikan, bermakna ianya mestilah diberi kuasa... [Disampuk] Ya? Okey. Sini tulis adalah development approval. Saya tidak tahu setiap negeri mungkin pakai yang berlainan. Apa yang penting di sini ialah dalam konteks ini pemilik asal mempunyai hak untuk berunding apabila hendak dimajukan kawasan termasuk boleh membuat pemilikan ekuiti. Seksyen 3A(3), (4), (5) adalah berkenaan perlu ada sufficient negotiation. Jadi apabila kita dalam keadaan ini, harganya akan meningkat. Jadi saya mengambil contoh ini setelah dua, tiga hari kita membaca. Apa yang penting ialah kalau kita hendak membuat perancangan, biarlah rancang awal. Kalau tidak, apabila diserahkan kepada swasta, kos penambakan 1 meter dengan 7 meter berlainan, keadaan tanah berlainan. Apa yang hendak dibuat, infrastruktur lain. Jadi saya minta Yang Berhormat mungkin menggunakan kesempatan ini jelaskan... Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah, Yang Berhormat. Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: ...secara mendalam apa yang dimaksudkan. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, beralih kepada tajuk lain. Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Okey, yang kedua. Apa yang saya hendak sentuh di sini ialah mengenai B.28 sebanyak RM13.2 juta – peruntukan untuk MIROS. Kita faham bahawa Profesor Raden Omar telah dilantik, dipinjamkan daripada UPM sebagai Pengarah Institusi MIROS ini. Jadi saya hendak tahu perancangan kementerian ini, bilakah kita akan melatih ataupun mempunyai satu sistem untuk kita mewujudkan pasukan tersendiri untuk kita menjalankan research kerana Profesor Raden Omar ini tetap adalah tokoh akademik daripada UPM. Jadi saya tidak tahu perancangan secara jangka panjang dan bagaimana struktur organisasi MIROS ini. Yang terakhir sekali, apa yang penting saya nampak di sini, Butiran 09900 – Pembangunan Lapangan Terbang Labuan dan Kota Kinabalu. Saya tahu hasrat kita adalah menarik lebih ramai pelancong dan kita mempunyai infrastruktur, lapangan terbang kita, kita buat secara elok. Apa yang penting, saya rasa Kementerian Pengangkutan ini bolehlah kita membuat pengawasan tentang apa yang dipromosikan dua, tiga hari ini tentang MATTA Fair. Kalau kita hendak esok bermula, hari ini sudah masuk, ia ada banyak kelas – Kelas Q, Kelas L – dan semua kita tidak dapat beli. Saya rasa tidak guna kalau kita gunakan nama itu DR.6.9.2007 177

untuk buat promosi, akhirnya kita tidak dapat memanfaatkan. Itu saya rasa kita dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Santubong.

9.39 mlm. Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak membangkit dua perkara sahaja. Satu perkara di bawah P.28, 6.8 berhubung dengan kerja-kerja pengerukan kuala-kuala sungai kecil di pelabuhan-pelabuhan di Semenanjung Malaysia. Apa tidak ada ke sungai-sungai lain, hendak dikeruk juga di Sarawak itu? Jadi persoalannya, apa kriteria membolehkan sumber kewangan sedemikian dibawa ke Sarawak ataupun ... daripada negeri Sarawak kerana saya mengetahui bahawa banyak sungai ataupun tempat-tempat yang perlu bantuan daripada kerajaan, khususnya kalau kita dilihat di Baram, port Baram umpamanya, perlu juga pengerukan sedemikian kerana akses, masuk ke port itu adalah begitu cetek. Kita tidak membangkit persoalan kelemahan pembinaan dan penyelidikan awal apabila port itu dibina dahulu. Tetapi akhirnya kita terpaksa bertanggungjawab supaya port ini diambil kira harganya, operasinya dan kebolehannya menarik kapal. ■2140 Yang kedua, kalau kita lihat di kawasan saya, di Kampung Buntal, oleh kerana sebab- sebab yang tertentu mungkin natural atau mungkin artificial dan kuala itu, sungai ini telah menjadi cetek. Jadi dalam ke dalam sungai tetapi cetek di luar dan kemasukan bot-bot yang besar sedikit tidak boleh dibuat di kuala ini. Itu yang saya ingin jawapan daripada pihak kementerian, kriteria dan macam mana untuk menyenaraikan, apakah peranan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri untuk membawa sumber kewangan yang sedemikian ke Sarawak. Yang ketiga saya ingin bangkit soalan Maksud B.28, yang satu dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Ayer Hitam tadi, iaitu soalan MIROS ataupun MIROS ataupun Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya ini. Jadi dalam konteks ini saya mengalu-alukan penubuhan MIROS ini kerana banyak perkara yang perlu diambil kira, kerana kita melihat baru- baru ini banyak masalah kemalangan, kematian di jalan raya bahkan ini telah berlaku berlarutan. Tetapi malangnya tindakan yang berkesan telah tidak dilaksanakan. Saya pernah menyarankan kepada pihak kementerian supaya menyelidik soalan sistem insurans, graduated skill insurance yang saya cadangkan sebagaimana yang dibuat di sebahagian Amerika, ataupun segelintir negeri-negeri di Amerika yang begitu berkesan sekali untuk menggalakkan pemandu-pemandu supaya jangan memandu laju sangat. Saya menulis surat kepada kementerian dan kalau tidak salah saya, beri salinan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri. DR.6.9.2007 178

Saya juga menyarankan soalan lesen, pagi tadi saya bangkitkan soalan pengeluaran public service vehicle license ini, kerana sistem yang ada sekarang bukan sistem sebenarnya, cara pengeluaran lesen PSV sekarang ialah apabila seseorang hendak lesen, dia boleh pergi ke pejabat, mendaftar, isi borang, duduk dalam masa 3 jam, 4 jam, berborak dengan pegawai JPJ, lepas itu layaklah dia memandu public service vehicle maknanya dia layak memandu lori, layak memandu bas, layak memandu teksi. Jadi dalam keadaan sedemikian, tidak ada langsung latihan yang sepatutnya diberi. Kalau berlaku kemalangan, kematian dan sebagainya, kita cari alasan lain, kita cari alasan kereta, kita cari alasan jalan raya dan kita cari alasan memang kecuaian orang ini sendiri. Jadi banyak perkara ini berlaku bahkan budaya yang ganas, budaya tidak mengikut undang-undang pun kita lambakan blame ini kepada minta maaf, kesalahan ini kepada pemandu itu. Padahal asalnya kita tidak melatih orang hendak jadi pemandu ini dengan sebaik mungkin dan akhirnya kita mendapat produk yang tidak sempurna, kalau produk itu tidak sempurna, kilang pengeluarannya tidak sempurna jadi macam mana kita hendak dapat seorang pemandu yang elok. Sepatutnya kilang pengeluaran produk itu sendiri mesti baik barulah kita berharapan supaya produknya baik, bahkan ada kilang yang sebaik mungkin pun boleh mengeluarkan produk yang kurang baik. Kita sepatutnya melihat perkara ini, perkara ini sudah kita buat berkali-kali, tetapi kenapa kementerian begitu stubborn, keras kepalalah, tidak mahu bertukar ke? Kenapa sebabnya? Bagi saya satu rasional, satu alasan yang munasabah kenapa kita keluarkan lesen untuk public service vehicle, memandu kereta public service vehicle ini dengan begitu mudah, begitu senang sekali. Tidak payah kita bandingkan dengan taxi driver di London yang memakan masa tiga tahun untuk mengetahui semua selok-belok tugasnya, budayanya, perangainya, karakternya, treatnya - skillnya, pengetahuannya, tidak payah disebut semua itu, tetapi memadailah kalau kita tumpukan sedikit untuk pengeluaran yang lebih munasabah tapi bila berlaku nanti, sibuk menteri keluar, Kabinet berbincang, semua sekali macam-macam alasan, tetapi apa yang disarankan di Dewan ini, itu yang saya sebut semalam. Saya sebut, apa sahaja dibincangkan di dalam Dewan ini, apa saja yang ditulis Ahli Parlimen kepada Yang Berhormat Menteri, jawapan tidak bagi, tindakan tidak diambil. Jadi saya tidak faham, tapi bila kita dah bercakap di sini, saya memang blame ini kepada kementerian, kematian orang-orang di jalan raya itu, memandu bas, memandu lori, memandu treler, memandu kereta besar ini sebab public service vehicle license dikeluarkan oleh JPJ, dari dulu, dua tiga tahun dulu. Bila menteri ini dilantik, saya telah menulis satu surat, masih dalam komputer saya, masih ada hari bulan, salinan masih dekat fail pejabat saya tetapi semua masih macam itu sahaja. Orang mati, kesalahan driver. Satu lagi alasan ialah alasan driver itu mengantuk, tertidur DR.6.9.2007 179

sebab driver itu bekerja lebih gaji RM200 sebulan. Saya juga sarankan dalam surat saya, saya mengatakan mengapa sistem upah dan komisen ini tidak dikaji oleh kementerian. Saya kata jangan galakan tuan punya syarikat ini menggunakan sistem komisen, saya faham kenapa dibuat sistem komisen. Sistem komisen mendorong itu berjalan laju, mendorong orang itu bekerja lebih, tetapi Tuan Pengerusi, kalau kita dorong itu bekerja lebih, manusia hanya berkemampuan bekerja berapa jam setiap hari. Pilot hanya dibolehkan memandu kapal terbang enam jam satu hari. Kenapa pula yang memandu atas jalan raya dengan kereta yang begitu banyak kita bolehkan mereka ini berjalan sampai 16 jam. Pilot itu tidak ada berlanggar banyak sangat tetapi kenapa kita membolehkan mereka hanya 6 jam, sistem international menggalakkan itu sahaja. Tetapi di atas jalan raya, beribu motor, beratus kereta, pemandu kereta awam ini masih dibolehkan sampai 16 jam, 17 jam kerana sistem upah dan komisen ini tidak diharamkan yang sepatutnya diharamkan. Apabila berlaku kematian, orang itu mengantuk, pemandu itu mengantuk, pemandu-pemandu tertidur, kita maki hamun pemandu, salahkan pemandu. Macam mana pemandu dengan gaji RM200 satu bulan hidup, bagi tahu saya. Bagi tahu saya macam mana dengan RM200 atau RM300 ataupun RM400 satu bulan, seorang pemandu itu boleh hidup. Akhirnya dia akan kerja mencari komisen, bekerja lebih. Begitu juga dengan pemandu teksi yang kelemahannya inilah, menteri-menteri sebenarnya tidak pernah naik teksi, timbalan menteri tidak pernah teksi, setiausaha Parlimen tidak pernah naik teksi, pegawai kerajaan kanan tidak pernah teksi kerana ada pemandu menunggu di lapangan terbang. Ahli Parlimen orang marhaen, tidak ada pemandu sendiri, naik teksi, naik limousin, mengetahui pasal ini. Seorang pemandu teksi daripada lapangan terbang yang limo itu, memandu 16 jam satu hari Tuan Pengerusi. Fikirkan 16 jam satu hari, saya tidur 6 jam satu hari tapi rasa mengantuk sekarang. Inikan pula mereka yang 16 jam satu hari duduk press sini, press sana, lihat kiri, lihat kanan, tidak mengantuk? Sebabnya syarikat yang diberi lesen teksi itu beratus-ratus, yang menjadi jutawan, duduk dalam istana, pandu kereta besar, duduk isteri pun banyak tetapi si pemandu ini bayar kereta, bayar insurans, bayar road tax, bayar semua, beli kereta sendiri, apa yang dikeluarkan oleh company ini ialah satu lesen membolehkan dia mengoperatekan satu kereta yang dinamakan teksi dan limousin, yang kaya-raya duduk di rumah. Sistem upah dan keutamaan ini tidak dikaji oleh kerajaan, tolonglah kaji ini supaya jangan banyak sangat orang Malaysia mati itik, mati ayam dekat jalan raya itu. Bila dah mati ini, senang sahaja si Ahmad itu salah, si Hashim itu salah, si Wong itu salah, si Maniam pemandu teksi, pemandu lori dan pemandu bas ini yang salah. Yang salah Tuan Pengerusi, sepatutnya yang tidak kaji ini. Saya dah tak tahu lagilah, saya bukan pakar tetapi saya mengkaji, saya baca orang yang membuat buku-buku penyelidikan berhubung dengan kematian dan keselamatan jalan raya DR.6.9.2007 180

ini. Saya baca semua siri buku oleh Ralf Nader, hal keselamatan jalan raya, speed skills. Saya baca semua buku... ■2150 Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah saya .... Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Saya hairan Tuan Pengerusi, tetapi pemikiran... Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Saya ingat cukup Yang Berhormat. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Saya memang cukup Tuan Pengerusi. Saya sudah cukup tetapi yang tidak cukup, kementerian. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, cukuplah. Putatan dan lepas itu Tanjong. Lepas Tanjong, Timbalan Menteri jawab. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pengangkutan terutama khususnya kepada Timbalan Menteri kerana berada di sini, baik kepada kawasan saya, memberi projek yang besar, terima kasihlah. Saya tidak begitu marah jika dibandingkan dengan sahabat saya Yang Berhormat bagi Santubong kerana lesen diberi, tidak begitu baik. Saya ingin menarik perhatian kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri pada butiran P.28, Butiran 01400 - Projek Pembaikan Kereta Api Negeri Sabah. Projek ini telah pun dilaksanakan beberapa tahun yang lalu dan apabila kita melihat sekarang tertanya-tanyalah rakyat di sepanjang landasan kereta api itu dari Tanjung Aru hingga sampailah ke daerah Tenom. Jadi bila kita lihat sekarang, peruntukan tambahan RM98 juta adalah dikehendaki untuk membiayai bayaran kemajuan kerja bagi projek peningkatan infrastruktur dari Tanjung Aru ke Kimanis tetapi apabila kita melihat apa yang berlaku Tuan Pengerusi, macam seolah-olah tiada aktiviti yang berlaku. Jadi rakyat di situ tertanya-tanya kepada saya apa yang sebenarnya berlaku. Kabelnya bergulung diletakkan, saya tidak tahu berapa bulan sudah, tiada aktiviti nampak langsung. Jadi saya hendak tahu adakah projek ini mengikut jadual? Saya tidak tahu apa yang berlaku di sebelah Tenom, di Kimanis, saya tidak tahu, tetapi dalam kawasan saya macam stagnant. Saya minta penjelasan, minta jawapan daripada kementerian, adakah projek ini mengikut jadual. Kedua, bekas landasan besi, rel besi dan slipper-slipper kayu yang diambil dikorek oleh kontraktor itu. Di mana ia dihantarkan? Adakah ia kepunyaan kontraktor ataupun dikembalikan kepada pemilik asalnya, Kereta Api Negeri Sabah dan kalau ia diberikan kepada kontraktor, adakah kontraktor membayar harga-harga besi itu sekian besar. Jadi itu mungkin diambil kira dalam kos penaikan taraf kereta api itu. Tuan Pengerusi, berkenaan dengan projek di kawasan saya juga iaitu Butiran 09900, Pembangunan Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Persoalan saya yang pertama di sini adalah DR.6.9.2007 181

peruntukan tambahan RM20 juta untuk memindahkan setinggan-setinggan di Kampung Sri Tanjung di Petagas. Adakah rumah-rumah yang dibina oleh pihak kontraktor sudah siap? Kalau sudah siap, bila akan setinggan-setinggan ini berpindah dan adakah jumlah rumah itu cukup untuk memindah kesemua penduduk-penduduk setinggan di kawasan Kampung Sri Tanjung dan Kampung Bunga Raya di persekitaran Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Kalau tidak, apa jenis pampasan yang akan diberi kepada yang baki, yang tidak dapat menampung rumah yang dibina di Kinarut itu. Apakah jumlah pampasan yang telah dibeli dan adakah yang dipindah itu betul- betul layak untuk pindah ataupun terdapat penduduk yang dianggap tidak layak iaitu orang bukan tempatan dan berapa jumlah penduduk yang terlibat. Yang seterusnya penghisapan pasir di tengah laut, adakah ia mendapat kelulusan EIA kerana apabila melihat daripada udara, kita nampak air begitu keruh di kawasan pengorekan itu dan adakah ia membahayakan hidupan-hidupan marin di persekitaran kawasan Tunku Abdul Rahman Park. Kalau ia tidak mempunyai laporan EIA, kenapa ini masih lagi berlaku? Itu sahaja, saya mohon menyokong. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Tanjong. Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Cuma berhubung dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) yang sudah pun diberi pandangan oleh dua orang Ahli Yang Berhormat, tentang betapa pentingnya ataupun satu masalah yang kita hadapi, kehilangan nyawa yang amat bernilai ini setiap hari di jalan raya di negara ini. Saya mengalu-alukan penubuhan institut ini dan saya rasa penyelidikan yang akan dijalankan tidak seharusnya terhad kepada berhubung dengan reka bentuk jalan raya ataupun bahan-bahan binaan yang digunakan sesuai dengan cuaca di negara ini ataupun penggunaan jalan raya pada waktu malam dan sebagainya. Saya rasa masalah yang kita sering dengar akhir-akhir ini berhubung dengan pengangkutan awam khususnya kemalangan di jalan raya, lebuh raya dan sebaginya, menunjukkan satu kelemahan yang besar dalam kawal selia agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab atas pengangkutan awam ini. Kadang kala saya kesian dengan Kementerian Pengangkutan sebab kementerian ini walaupun digelar Kementerian Pengangkutan, tetapi bidang kuasanya kadang kala adalah terhad dan sebahagian perkara yang amat penting di bawah tanggungjawab ataupun kuasa kementerian-kementerian lain. Kita nampak akhir-akhir ini masalah yang timbul menampakkan satu keadaan di mana tidak ada koordinasi di antara agensi- agensi yang dipertanggungjawabkan misalnya Polis, JPJ, LPKP, PUSPAKOM dan sebagainya di mana bas atau pengangkutan awam yang sudah menerima begitu banyak saman ataupun driver yang belum bayar saman dan dikehendaki oleh pihak polis masih bebas mengendalikan kenderaan yang membawa berpuluh-puluh penumpang di atas jalan raya ini dan dengan dakwaan penggunaan dadah oleh setengah-setengah pemandu pengangkutan awam ini adalah satu perkara yang amat membimbangkan. DR.6.9.2007 182

Saya rasa satu perkara yang harus dikaji oleh institut ini adalah bagaimana mewujudkan satu sistem kawalan di antara agensi yang dapat benar-benar mengkoordinasi segala perkara berhubung dengan pengangkutan awam yang dipayungkan di bawah Kementerian Pengangkutan. Ada setengah-setengah komen bahawa LPKP has no business dalam pengangkutan awam sebab ia di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang saya rasa kita semua tahu atas dasar memberi kesempatan kepada kaum bumiputera untuk berkecimpung dalam sektor pengangkutan awam. Kementerian ini diberikan tanggungjawab untuk mengawal dan mengeluarkan lesen kepada pengangkutan awam, sedangkan sepatutnya bidang kuasa ini tertakluk kepada Kementerian Pengangkutan. ■2200 Jadi saya rasa satu penyelidikan haruslah diadakan bagaimana kita dapat secara holistik menggerakkan semua agensi yang terlibat untuk memastikan keselamatan di atas jalan raya sentiasa dipentingkan sebab kita semua pengguna jalan raya dan jalan raya yang tidak selamat akan pada akhirnya mengancam nyawa dan keluarga kita. Bagi saya, setelah membaca akhbar- akhbar berhubung dengan kemalangan baru-baru ini. Saya yang memandu kereta dari Pulau Pinang hadir Parlimen setiap minggu, bertolak pada waktu lima pagi dalam kegelapan dan mungkin balik dalam kegelapan di atas Lebuh Raya Utara Selatan adalah satu pengalaman yang amat mengerikan. Saya berharap Menteri yang senantiasa prihatin atas keselamatan jalan raya ini dapatlah meneruskan usaha untuk memastikan jalan raya di negara ini adalah selamat. Tuan Pengerusi, malangnya apabila kita menghadapi pelbagai masalah di atas jalan raya, tiba-tiba Menteri yang senantiasa prihatin ambil cuti, tak beri tahu apa sebabnya, ada desas-desus ada berita di akhbar mengatakan beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Menteri, itu yang kita tidak harap lihat. Kita mahu penglibatan pemimpin kerajaan yang teratas hingga pegawai ke akar umbi untuk menyediakan satu environment yang selamat di atas jalan raya supaya kita tidak perlu merasa tidak selamat apabila menggunakan pengangkutan awam ataupun apabila menggunakan kenderaan sendiri di atas jalan raya dan lebuh raya di negara ini. Sekian. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Timbalan Menteri sila.

10.02 mlm. Timbalan Menteri Pengangkutan [Datuk Douglas Uggah Embas]: Tuan Pengerusi, yang pertama saya mengucapkan terima kasih kepada beberapa Yang Berhormat yang telah memberi pandangan mengenai kementerian. Yang pertama Yang Berhormat dari Bagan. Beliau memang sentiasa bertanya mengenai perkara pengerukan pasir ini malah ada soalan yang dikemukakan beliau beberapa hari yang lepas.

DR.6.9.2007 183

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Yusof bin Yacob) mempengerusikan Jawatankuasa]

Untuk maklumat Yang Berhormat, ada dua kumpulan yang membuat pengerukan di tempat yang disebut Yang Berhormat tadi. Yang pertama adalah penyelenggaraan yang dibuat oleh IMW dan satu adalah Rexton yang buat kerja penebusan tanah. Memang kita mendapati ada beberapa aduan dan seperti Yang Berhormat sebut tadi, aduan itu telah pun diambil tindakan dan mereka telah pun membayar pampasan kepada para-para nelayan. Dalam masa yang sama PPSP juga sudah telah mendapat permit untuk, telah mengemukakan permit C4C untuk mendapatkan kelulusan bersyarat dari Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang pada 3 Ogos 2007 untuk lesen untuk mengerok pasir dan beberapa perkara yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, kita akan selidik. Mengenai EIA, memang EIA dah pun diluluskan seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Penilaian alam sekitar bagi kerja-kerja pengorekan, penyelenggaraan juga telah pun diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang. Jadi, perkara itu kita memang sentiasa prihatin mengenai aduan-aduan oleh nelayan-nelayan di tempat itu. Yang Berhormat Bagan juga ... Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Penjelasan berkenaan dengan ini. Saya ada dua kontrak iaitu penyelenggaraan oleh IMW dan Rexton untuk penebusan. Adakah Yang Berhormat tahu bahawa sekiranya kedua-dua kontrak ini dijalankan serentak, maka apabila menawarkan kontrak kepada IMW untuk mengerok north channel ini, tapak untuk membuang pengerukan ini diambil kira kerana dalam kontrak IMW perlu buang pengerukan ini di ‘muka head’ tapi sekarang dibuang di tempat yang dekat iaitu dibekalkan kepada Rexton untuk penebusan tanah. Jadi, dalam hal ini kerajaan mungkin akan rugi dalam hal harga projek itu. Terima kasih. Datuk Douglas Uggah Embas: Terima kasih Yang Berhormat, kita memang ambil maklumlah pandangan Yang Berhormat tadi dan kita sentiasa seperti saya sebut tadi, sentiasa mengambil perhatian kepada kontraktor-kontraktor telah mematuhi syarat-syarat yang digariskan oleh EIA. Yang Berhormat Bagan juga telah menyebut mengenai pengubahsuaian stesen heritage. Buat masa sekarang Stesen Kereta api Kuala Lumpur telah digazet sebagai stesen heritage, maka segala kerja ubah suai adalah dirujuk kepada kementerian berkenaan. Yang Berhormat dari Air Hitam tadi ada menyebut mengenai, ada menyentuh beberapa perkara. Yang pertama adalah perkara mengenai perancangan pelabuhan kita. Memang kementerian menekankan bahawa usaha harus sentiasa diambil untuk menentukan bahawa pelabuhan-pelabuhan kita dapat bersaing dengan pelabuhan-pelabuhan di seluruh negara. Sejarah telah membuktikan kita di negara ini telah berjaya untuk membangunkan pelabuhan seperti Pelabuhan Port Klang dan juga Pelabuhan PTP. Jadi soalan di hadapan DR.6.9.2007 184

kerajaan sekarang adalah bagaimana kita nak pergi ke hadapan untuk terus menentukan bahawa industri pelabuhan kita dapat bersaing dengan negara-negara lain. Jadi satu pendekatan yang kita ambil adalah kita membangunkan satu tempat iaitu Port Klang Free Zone yang telah kita pun bincang beberapa hari ini tapi sebelum saya memberitahu mengenai hala tuju ke hadapan, ingin juga saya membincang mengenai perkara yang pengambilan tanah itu. Saya tidak mahu berbincang lebih panjang mengenai perkara ini kerana banyak telah dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan apabila beliau menjawab pada beberapa hari yang lepas tapi saya rasa saya harus menambah beberapa faktor iaitu untuk memperjelaskan kerana masih banyak keliru mengenai isu pengambilan tanah. Maka saya ini akan memperjelaskan beberapa perkara. Yang pertama seperti kita tahu bahawa kadar pembelian tanah adalah sebanyak RM25 seperti mana yang telah diperakukan serta dipersetujui oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan. Kadar ini berasaskan kepada nilai khas (special value) dengan izin yang meliputi kos tanah, perbelanjaan kos yang dibiayai oleh tuan tanah sehingga sekarang. Kerja-kerja kemudahan infrastruktur asas yang perlu disediakan oleh tuan tanah dan kos kewangan yang meliputi tempoh bayaran balik tanah tadi. Tanah ini juga statusnya dari tanah paya yang dibeli oleh KDSB dulu, status ini telah pun ditukar kepada status tanah perindustrian dan KDSB telah pun membayar premium yang berjumlah RM9.3 juta. Untuk kes KDSB juga dikehendaki oleh LPK, untuk menebus guna baki tanah dan menyediakan kemudahan-kemudahan infrastruktur asas. Infrastruktur-infrastruktur ini adalah seperti berikut:

(i) Perparitan Parit Monsun - panjang 10,865m. Dua Parit Monsun Outlet – 10.10m (ke Selat Kelang - 790m dan ke Selat Lumut (500m)). Jumlah – 1290m dan satu RC box culvert menyeberang 40 reserve jalan. (ii) Jalan Masuk Utama Lebuh raya dual way carriage way – 40 kaki lebar (5.9km mengikut reka bentuk JKR standard kelas A termasuk permitted drain dan lampu jalan) (iii) Jambatan Dua unit struktur RC, span 30 meter di ...... 3,500 dan dua span 60 meter menyeberang Sungai Tampoi. Menambun tanah 830 ekar akan ditambak sehingga ke paras ketinggian 7.3 meter ”ACD”. Biasanya penambakan adalah tiga meter tetapi oleh sebab jenis tanah ini maka perlu ditambak 7.3 meter. KDSP juga dikehendaki membuat pembayaran kepada agensi-agensi tempatan misalnya jumlah DR.6.9.2007 185

pembayaran adalah RM3.5 juta. Yang pertama adalah sumbangan kepada JBA sebanyak RM2.2 juta, caruman parit RM1.5 juta, bayaran pampasan pengambilan tanah untuk jalan masuk RM1.2 juta atau lebih, itu akan dikira selepas pengambilan itu selesai. ■2210 KDSP juga perlu menyelenggara bahawa pemaju akan memastikan bahawa tanah subjek dan kawasan sekitar tidak banjir akibat kerja-kerja tanah. Mereka juga dikehendaki menyediakan bekalan air dan menyediakan 1.3 juta gelen sehari. Kerja-kerja itu adalah termasuk pembinaan paip air dari “chain” kosong kepada “chain” 8175 elevated RC water tank dengan kapasiti 1.3 MGD, RC “sanction” tank dan rumah pam. Inilah kerja-kerja yang dikehendaki, dipenuhi oleh KDSP. Maka dengan mengambil kira segala isu-isu ini maka kerajaan telah membuat keputusan membayar tanah ini RM25 satu kaki persegi. Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: [Bangun] Datuk Douglas Uggah Embas: Tuan Pengerusi, projek pembangunan Port Klang Zone... Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Santubong Yang Berhormat. Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Terima kasih Tuan Pengerusi, Timbalan Menteri. Saya hendak tahu berapa kos sebenarnya dibelanjakan oleh KDSP dalam melaksanakan semua infrastruktur dan sebagainya sebagaimana yang disenaraikan oleh kos keseluruhan yang telah dibelanjakan kerana daripada kos asal RM93 juta dan penjualannya selepas itu 10 kali ganda lebih. Jadi macam mana perbelanjaan itu menjadi begitu? Datuk Douglas Uggah Embas: Terima kasih Yang Berhormat, saya tidak ada angka yang tepat mengenai apa yang dipinta oleh Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat memerlukan kita boleh bagi kepada Yang Berhormat. Tuan Pengerusi, saya ingin juga memberitahu bahawa hala tuju masa depan PKFZ, projek ini telah pun sudah siap pada 31 Oktober 2006 kecuali kerja-kerja tambahan. PKFZ telah pun memulakan operasinya pada 1 November 2006 dan pada ketika ini terdapat 30 pelabur dengan anggaran pelaburan sebanyak RM725 juta dan telah juga menyediakan pekerjaan kepada 810 orang. Untuk menentukan bahawa PKFZ ini akan berjaya dengan sasaran dalam 50 tahun akan datang mereka mengharap agar dapat mengambil 80% occupancy, maka mereka akan terus menggunakan anak syarikatnya Port Klang Zone Sdn. Bhd. akan diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang profesional dengan pelan perniagaan yang lebih fokus dan komprehensif yang diluluskan oleh kedua-dua lembaga ini. Sehubungan ini PKFZ juga telah menubuhkan jawatankuasa pusat sehenti, one stop agency. Bagi membantu para pelabur untuk menempatkan perniagaan di PKZ, jawatankuasa ini berperanan sebagai pemudah cara dan pembantu penyelenggaraan kelulusan yang terlibat. DR.6.9.2007 186

ELPK akan menyertai misi perdagangan, taklimat dan pameran antarabangsa khususnya untuk menarik pelabur-pelabur asing. Usaha dilaksanakan untuk menarik pelabur-pelabur asing dengan kerjasama MIDA, Matrade dan sebagainya. Berdasarkan kajian menggunakan kadar best case scenario dan konservatif approach, permohonan PKFZ adalah berdaya maju dan berpotensi untuk menggunakan sumber pendapatan yang kukuh bagi sepanjang projek ini. Projek ini adalah satu pendekatan supply driven di mana kita menyediakan segala kemudahan-kemudahan yang diperlukan dan dengan itu kita memasarkan supaya apabila pelabur-pelabur yang hendak menggunakan tempat dapat terus masuk dengan seberapa cepat. Itu cara kita hendak bersaing dengan kuasa tempat-tempat yang lain di rantau ini. Kita berharap dengan berjayanya PKFZ nanti maka nama negara kita akan terus dapat tempat di atas 20 port kontena di dunia ini. Tuan Pengerusi, Ayer Hitam juga menyentuh pasal MIROS dan beberapa Yang Berhormat yang lain termasuk Yang Berhormat rakan seperjuangan saya dari Sarawak, Yang Berhormat bagi Santubong. Nampaknya beliau begitu emosi pada petang ini mengatakan bahawa segala kematian yang berlaku di jalan raya adalah kesalahan Kementerian Pengangkutan. Kita tidak dapat mengelakkan tanggungjawab tetapi saya berharap Yang Berhormat kerana Yang Berhormat bekas Pengerusi LPKP memahami peranan beberapa agensi mengenai keselamatan di jalan raya. Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: [Bangun] Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, hendak bagi? Datuk Douglas Uggah Embas: Tetapi kerajaan memang berusaha sedaya upaya dan banyak program yang kita jalankan. Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Terima kasih Yang Berhormat. Saya betul Pengerusi Lembaga Pelesenan, tugas kita ialah memberi lesen. Apabila seseorang itu telah mendapat public service vehicle, kita tidak ada lagi kuasa untuk menilai sama ada layak ataupun tidak bahkan kita tidak ada mandat pun untuk menilai sama ada pemandu itu layak ataupun tidak kerana penilaian ini telah patut yang dibuat oleh JPJ dan kementerian. Jadi saya bukan hendak mengatakan semua kesalahan ini kepada kementerian tetapi kesalahan kementerian tidak membuat penyelidikan apa orang lain kaji. Kebijaksanaan ini bukan kepunyaan seorang, dua tiga orang pegawai dalam jabatan dan kementerian sahaja, kebijaksanaan ini orang lain semua boleh pakai. Jadi yang kita tidak menilai orang lain punya kebijaksanaan dan pengalaman orang itu, itu yang menjadi masalah, kesalahan. Datuk Douglas Uggah Embas: Terima kasih Yang Berhormat. Inilah kadang-kadang, apa yang kementerian buat kadang-kadang tidak begitu nampak dan tidak begitu jelas tetapi mungkin ini kesilapan kementerian juga tetapi kalau kita melihat road map yang kita telah buat DR.6.9.2007 187

untuk keselamatan jalan raya pada lima tahun akan datang jelas bahawa kita memang melihat seluruh sudut yang perlu kita lihat mengenai keselamatan jalan raya ini. Oleh sebab itulah MIROS ditubuh kerana kementerian memikirkan adalah perlu kita mempunyai satu badan seperti MIROS untuk menjalankan satu siasatan lebih terperinci, lebih khusus dan menumpukan segala usahanya kepada usaha kerajaan untuk mengurangkan kemalangan di jalan raya kerana sebelum ini kita hanya mengambil konsultan untuk membuat kajian tetapi sekarang dengan adanya MIROS kita dapat buat dengan full time badan penyelidikan. Mengenai isu driver yang disebutkan oleh Yang Berhormat bagi Santubong tadi, memang kita juga sekarang telah membuat beberapa kajian mengenai perkara ini dan JPJ sedang mengatur satu syllabus yang baru. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat kerana Yang Berhormat bagi Santubong telah banyak memberi pandangan mengenai bagaimana kita hendak meningkatkan mutu IM di negara kita ini. Jadi ini sedang dalam satu kajian yang rapi dan kita berharap ia dapat dijalankan dengan secepat mungkin. Begitu juga mengenai refresher course untuk PSP, ianya akan dijalankan tidak lama lagi. Memang kementerian telah lama bercadang untuk mengaturkan refresher course untuk PSP ini tetapi saya fikir kita semua tahu mengapa perkara ini tidak dapat dijalankan. Dengan adanya semua ini dan juga pemandu-pemandu bas dan lori mereka perlu mematuhi beberapa syarat. Antara syaratnya ialah mereka tidak boleh memandu lebih dari lapan jam. Jadi kalau perjalanan yang lebih lapan jam adalah diperlukan ada dua pemandu dalam satu bas dan untuk menentukan bahawa syarat ini digunakan, bas-bas ini diperlukan untuk menyimpan log book dan log book inilah kita harap jelas ada pertukaran pemandu selepas dia menjalankan driving lebih daripada jam yang ditentukan. Jadi kita berharap, inilah syaratnya dan jadi tidak benarlah kementerian membenarkan pemandu untuk menjalankan... ■2220 Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: [Bangun] Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Apa lagi Kepong? Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Ada.... Datuk Douglas Uggah Embas: ... Tugas selama 15 jam. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Pengerusi, penjelasan. Saya nampak dia ada beberapa langkah. Adakah ini bermakna kementerian ini akan mengemukakan satu pindaan ke atas rang undang-undang, ke atas undang-undang untuk menguatkuasakan ataupun kementerian akan minta lebih kuasa untuk menguatkuasakan. Datuk Douglas Uggah Embas: Ya, terima kasih Yang Berhormat. Memang kementerian telah pun sekarang menimbang satu usaha untuk meminda Akta JPJ kerana kita hendak masukkan pelbagai syarat yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat dalam Dewan ini, yang dicadangkan pelbagai stakeholder, yang dicadangkan oleh kerajaan supaya segala DR.6.9.2007 188

langkah-langkah kita akan buat sebagai undang-undang agar akan lebih berkesan. Tetapi, Yang Berhormat dari Santubong.... Datuk Rosli bin Mat Hassan [Dungun]: Penjelasan. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat. Datuk Rosli bin Mat Hassan [Dungun]: Tuan Pengerusi, maaf gangguan sedikit kepada Yang Berhormat. Benar kah dakwaan berkenaan dengan pemandu dalam negara kita kebanyakan pemandu kita ini, saya tidak tahu tugas siapa yang sebenarnya, tetapi budaya yang ada di dalam negara kita pemandu ini dilihat sebagai kumpulan pekerja buruh sedangkan di negara-negara hampir maju dan maju, mereka telah mengkategorikan banyak dan sebahagian besarnya pemandu-pemandu ini dinamakan jawatan-jawatan yang lebih baik dan pendapatan mereka adalah tinggi. Jadi isu ini walaupun kita tetapkan jam ataupun kita tetapkan masa dan ada etika dan sebagainya, masih tidak boleh berubah kerana kita perhatikan di negara-negara maju pemandu tidak lagi dipanggil sebagai pemandu, kebanyakannya kalau bawa kenderaan yang berat... Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, pendekkanlah. Datuk Rosli bin Mat Hassan [Dungun]: Yalah maksud saya persepsi kita di penasihat pemandu ini sebagai buruh kasar. Sepatutnya pemandu ini kita jadikan mereka bidang yang lebih profesional yang lebih teknikal, sesetengahnya dipanggil operator bas umpamanya. Tetapi kita apabila operator bas kita yang jaga, jadi banyak sangat sebenarnya kecelaruan yang sedang berlaku yang perlu improvement yang banyak. Apa pandangan, penjelasan Yang Berhormat. Datuk Douglas Uggah Embas: Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat terma-terma pemandu dan syarat-syarat ataupun nama pemandu-pemandu ini adalah bukan dalam bidang kuasa kementerian. Ada kementerian yang lain yang menjaga tetapi kita akan menyampaikan pandangan Yang Berhormat kepada kementerian berkenaan. Yang Berhormat Santubong tadi bertanya mengenai.... Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Pengerusi, sebelum Yang Berhormat pindah ke benda yang lain, tadi Yang Berhormat ada menjawab bahawa pihak kementerian akan mengemukakan satu pindaan ke atas Akta JPJ dan sebagainya, adakah ini bermakna pihak kementerian meminta lebih kuasa. Setiap kali ada kemalangan yang dahsyat, kita minta lebih kuasa. Tetapi kuasa yang ada sekarang ini, apakah yang menghalang pihak kementerian menguatkuasakan apa yang ada dalam undang-undang sekarang. Apakah kelemahan yang dinampak di dalam rang undang-undang sekarang. Sebab saya nampak setiap kali ada bas ada van ada lori dia ada had laju 70/80 km/j tetapi hampir semua melanggar undang-undang. Dia lebih laju daripada kereta kita, lebih laju. Setiap kali.... Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kepong, pendekkanlah. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: ... Untuk bertahun-tahun. Jadi di dalam undang-undang dia kata tidak boleh buat macam itu, apa kesalahan? DR.6.9.2007 189

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kepong, cukuplah. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Sekarang kita tidak minta kuasa lebih. Datuk Douglas Uggah Embas: Bukan malam ini kita minta kuasa Yang Berhormat. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah. Datuk Douglas Uggah Embas: Cukup. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat Timbalan Menteri berapa lama hendak jawab? Datuk Douglas Uggah Embas: Bagi masa saya berapa lama.... Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ringkaskanlah. Datuk Douglas Uggah Embas: Saya rasa masa sudah tidak cukup. Tetapi tadi Yang Berhormat Santubong ada bertanya mengenai penerokaan sungai-sungai Sabah dan Sarawak kerana tidak masuk dalam estimate ini. Ingin saya maklumkan Yang Berhormat kerana di negara kita ada tiga jabatan.... Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Yang Berhormat, sebelum kita pergi ke sungai, jalan ini belum habis lagi. Saya tanya soalan insurans, yang kedua sistem upah kepada pemandu tadi. Datuk Douglas Uggah Embas: Saya minta ini kita akan jawab nanti dalam masa dasar Yang Berhormat, kerana masa tidak cukup. Saya rasa saya penting bagi tahu kepada Yang Berhormat mengapa yang dalam supplementary ini penerokaan ini adalah untuk Semenanjung Malaysia kerana kita ada tiga bahagian Jabatan Laut di negara ini, Jabatan Laut Semenanjung, Jabatan Laut Sabah dan satu di Sarawak. Maka kalau ada bajet penerokaan nanti ianya akan dimasukkan dalam jabatan-jabatan laut yang autonomi di kedua-dua negeri, itu yang pertama. Yang kedua, sekarang satu kajian telah dibuat untuk membuat anggaran untuk kos penerokaan khususnya di kawasan Yang Berhormat kerana kita merasakan Pelabuhan Kuching perlu dibantu mengenai penerokaan, maka inilah satu usaha kita untuk membantu pelabuhan- pelabuhan kita di Sarawak. Jadi untuk makluman Yang Berhormat kita tidak lupa masalah di Sabah dan Sarawak. Yang Berhormat bagi Jelutong tadi bertanya mengenai mengapa di antara pihak JPJ dan PDRM tidak bekerjasama. Saya ingin beritahu kita memang sentiasa berusaha untuk mengatur program kerjasama supaya dapat memberi kesan. Jadi itu sahajalah Yang Berhormat perkara-perkara yang saya dapat jawab pada malam ini dan perkara-perkara lain kita ambil perhatian... Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Tuan Pengerusi.... Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya Yang Berhormat, cukuplah. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: .... Minta jawapan daripada perkara yang saya tanya tadi. Datuk Douglas Uggah Embas: Okey, Yang Berhormat dari Putatan I think not fair for me tidak jawab untuk beliau. Adakah Projek Keretapi Sabah mengikut jadual. Untuk makluman DR.6.9.2007 190

Yang Berhormat sektor satu Tanjung Aru - Kimanis Rancangan 73 jadual 73, jadi mengikut jadual. Sektor 2 Kimanis -Tenom Rancangan 76 Jadual 81 ertinya lebih dari jadual jadi keseluruhan g lebih dari jadual. Rel landasan lama dan slipper diberi kepada kontraktor JKS, untuk makluman Yang Berhormat rel lama dan slipper lama diserah kepada Jabatan Keretapi Sabah. Mengenai setinggan jumlah rumah yang dibina adalah sebanyak 585 unit sungguhpun setinggan di kawasan terlibat dianggar berjumlah 600 orang tetapi mereka yang layak diberi rumah adalah tidak melebihi jumlah rumah yang telah dibina. Rumah tersebut telah siap dibina dan akan diserahkan dalam minggu hadapan dan penduduk dijangka boleh mula menduduki selepas itu. Laporan untuk EIA bagi projek ini telah pun diluluskan pada Januari 2007. Itulah jawapan-jawapan saya Yang Berhormat. Jadi terima kasih. Perkara-perkara yang tidak jawab kita akan ambil perhatian terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM42,826,000 untuk Maksud B.28 di bawah Kementerian Pengangkutan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM42,826,000 untuk Maksud B.28 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM1,010,500,010 untuk Maksud P.28 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2007 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM1,010,500,010 untuk Maksud P.28 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2007.

Maksud B.47 [Jadual] –

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kepala Bekalan B.40 di bawah Kementerian Penerangan terbuka untuk dibahas. Ya Larut.

10.29 mlm. Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma hendak menyentuh di bawah Perkara Butiran 2000 yang menyentuh sebanyak RM4 juta adalah untuk menampung pembelian peralatan-peralatan studio dan kos operasi bagi penubuhan berita 9.3 oleh Bernama. ■2230 Saya hendak mengucapkan tahniah kepada Bernama kerana telah menjadi satu lagi agensi penyebar, penyampai maklumat yang mana ini amat penting bahan-bahan maklumat DR.6.9.2007 191

yang terkini. Syabas! Pada masa ini telah menggunakan Frekuensi 93.9 oleh Radio Klasik yang dulu dikenali, tetapi ia cuma tertumpu pada kawasan Wilayah ataupun di Lembah Klang. Justeru saya hendak bertanya kepada kementerian, Yang Berhormat Menteri ada di sini, sama ada ia akan diperluaskan lagi, diperkembangkan lagi ke seluruh negara sebagaimana yang telah dilakukan ke atas Klasik Nasional supaya ia lebih efficient dengan izin, lebih berkesan. Saya percaya Bernama sebuah agensi kalau dulu hanya lebih tertumpu pada pengambilan maklumat berita-berita termasuk sama ada tempatan atau luar negara, kini jelas bahawa ia telah dapat memainkan peranan sebagai sebuah agensi penyampai maklumat yang barangkali tidak ada pada media-media yang lain, iaitu media-media elektronik ataupun media cetak, Bernama telah menunjukkan kemampuan. Saya percaya dalam peranan yang telah dimainkan oleh Bernama ini melalui radio 24 jam, Tuan Pengerusi, mungkin program-program ataupun perkembangan kawasan-kawasan Ahli-ahli Parlimen terutamanya ataupun wakil-wakil rakyat dapat juga diselitkan dalam Berita Radio Bernama ini dalam masa 24 jam yang dilakukan pada masa ini. Satu lagi saya hendak bertanya Yang Berhormat Menteri, apakah Bernama juga akan menjalankan satu lagi saluran TV selama 24 jam sebagai langkah awal kita untuk ke arah sebagaimana sebuah agensi yang kita lihat pada hari ini terkenal seperti CNN dan sebagainya. Saya difahamkan ada sebuah agensi media elektronik yang kononnya bersedia untuk memberi satu saluran kepada Bernama sekiranya Bernama bersedia untuk menjadi stesen penyampai berita TV 24 jam supaya banyak berita dan maklumat penting dapat disampaikan kepada masyarakat kita selaras dengan arus negara kita menuju ke arah negara yang maju. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Sri Gading.

10.33 mlm. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya mengucapkan tahniah kepada semua stesen TV kita; RTM, TV3, dan Astro dalam sambutan 50 tahun merdeka. Tahniah, syabas kerana semua siarannya amat memberi berfaedah kepada rakyat negara ini. Cuma saya hendak tegur satu, program ini memang program yang baik dan kalau boleh diteruskan iaitu Anak Gemilang Malaysia, satu program yang memberikan pendidikan, pelajaran, pengajaran dan sejarah yang sememangnya patut diketahui oleh generasi muda. Cuma satu yang hendak saya tegur, kalau boleh, jangan dipertandingkan tokoh-tokoh ini. Di segmen akhir Anak Gemilang Malaysia ini RTM dan Astro Prima ini telah membuat pilihan daripada 50 tokoh-tokoh Anak Gemilang Malaysia ini telah di shortlistkan menjadikan 10, dan daripada 10 itu akhirnya dipilih Allahyarham Dato’ Onn Jaafar. Satu pilihan yang tepat tetapi ia seolah-olah pertandingan kerana dalam 10 nama itu ada Tun Razak, Tun Hussein, Zaaba, Tan DR.6.9.2007 192

Sri P.Ramlee, Tun Tan Cheng Lock, Tun Raja Mohar, Mokhtar Dahari, Sudirman, PP Narayanan. Orang-orang ini, tokoh-tokoh yang berjasa pada zaman mereka dengan kerjaya-kerjaya yang berbeza. Kenapa ia seolah-olah dipertandingkan? Tokoh yang membentangkan Dato’ Onn Jaafar itu memang hebatlah, Profesor Dato’ Ramlah Adam. Kita tahulah dia seorang tokoh sejarah. Kebetulan ia melobi nama Dato’ Onn Jaafar Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ini di bawah peruntukan mana itu Yang Berhormat? Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Ini di bawah 47 ini - Penyelarasan Siaran. Jadi, saya harap program yang sangat baik ini, janganlah tokoh-tokoh kita yang berjasa kepada negara ini seolah-olah dipertandingkan. Saya bangga, memang pilihan itu tepatlah - Dato’ Onn Jaafar. Tepatlah sangat pilihan itu. Pemilihan itu tidak salah tetapi seolah-olah dipertandingkan. Harap diberhentikan pertandingan ini. Jangan ada pertandingan kerana tidak adil. Allahyarham Tun Razak jasanya amat besar, Allahyarham Tun Hussein jasanya amat besar, Zaaba jasanya amat besar di bidang-bidang mereka, pada zaman-zaman mereka. Jadi kalau kita hendak buat peraduan pertandingan untuk mereka, satu pertandingan yang tidak adil dan akan merosakkan nama baik kita sebagai rakyat Malaysia mengenang tokoh- tokoh ini akan terjejas ataupun orang akan memandang hina kepada kita kerana kita mempertandingkan tokoh-tokoh besar negara yang berjasa. Tan Sri P. Ramlee tak boleh lawan dengan Sudirman! Akhirnya ada pertandingan pula antara ulama dan akhirnya orang PAS pilih Haji Hadi. Jadi, perkara-perkara seperti ini, Tuan Pengerusi, yang membuat kerja-kerja ini orang pandai, tetapi kepandaian ini sudah dipertikaikan orang, kebijaksanaan kita. Saya haraplah satu program yang amat baik ini, saya amat menyokong iaitu Anak Gemilang Malaysia ini, teruskan, tetapi jangan dibuatkan pertandingan. Dedahkanlah mereka yang gemilang sebagai anak Malaysia ini. Dedahkanlah. Kalau boleh diulang tayang siaran yang amat baik ini. Saya mengucapkan tahniah kepada RTM, tetapi jangan sekali-kali kita membuat perbandingan dan perbandingan kita sebenarnya tidaklah... Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Berapa kali hendak diulang-ulang pertandingan itu, Yang Berhormat? Ya, Putatan.

10.37 mlm. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana pertamanya, ada di dalam Dewan ini; dan kedua, memang antara salah seorang menteri yang paling aktif. Saya mengucapkan terima kasih dan syabas sekali lagi. DR.6.9.2007 193

Baru-baru ini Yang Berhormat Menteri, saya telah melawat jabatan Yang Berhormat Menteri iaitu Jabatan Penerangan dan Jabatan Penyiaran Negeri Sabah dua minggu atau tiga minggu yang lalu. Adalah masalah-masalah yang saya tanya dalam kedua-dua jabatan ini mengenai pembekalan dan perkhidmatan di negeri Sabah. Sebagaimana Yang Berhormat Menteri maklum bahawa Sabah ini topografinya bukan serupa dengan topografi di Semenanjung. Jadi, kenderaan-kenderaan yang digunakan oleh kedua-dua jabatan ini, Jabatan Penerangan dan Jabatan Penyiaran, agak sukar untuk mobilize dengan cepat sebagaimana yang dikehendaki. Jadi, apa yang dibekalkan kepada kedua-dua jabatan ini adalah kenderaan-kenderaan yang bukanlah pacuan empat roda. Jadi saya mohonlah, kalau boleh bagi pihak jabatan ini dan kakitangan untuk menyelesakan suasana kerja mereka kerana terdapat banyak lagi kenderaan yang mungkin harus digantikan dengan yang baru. Kamera-kamera yang diguna pakai oleh Jabatan Penyiaran Kota Kinabalu agak ketinggalan zaman, Yang Berhormat Menteri. Saya harap ini dapat diperbaharui dengan peruntukan yang ada. Satu lagi ialah apabila menteri-menteri di peringkat negeri ini yang memohon terutama sekali Ketua Menteri memohon rancangan siaran langsung. Kenderaan yang digunakan di Kota Kinabalu itu mungkin sudah perlu diganti. Jadi adalah sebab-sebabnya tidak boleh beroperasi kerana power supply ataupun jana kuasa elektrik di sebahagian tempat di pendalaman, terutama sekali di Keningau dan Sandakan tidak begitu stabil. ■2240 Jadi kadang-kadang siaran langsung ini tidak dapat dilaksanakan, tidak dapat diadakan. Jadi inilah permohonan jabatan-jabatan ini yang saya tahu. Akhir sekali Yang Berhormat Menteri peruntukan RM20 juta bagi program komuniti bestari ini. Kalau boleh tambahlah, daripada empat itu kepada jumlah 10 dalam satu kawasan Parlimen dalam ‘Komuniti Bestari’ ini. Sebab ramai yang meminati untuk memulakan komuniti-komuniti bestari di kawasan Parlimen, terutama sekali di kawasan Parlimen Putatan berminat sekali dia suka sekali menubuhkan ‘Komuniti Bestari’ ini Yang Berhormat Menteri. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Kepong. Ringkas ya, Yang Berhormat. Sebab dah dekat pukul 11,00 malam dah.

10.42 mlm. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Pengerusi, saya itulah berminatlah kerana gembiralah Yang Berhormat Menteri boleh datang sendiri untuk menjawab. Sebenarnya saya sering kali, tiap-tiap hari ada dengan Klasik FM, macam mana klasik pula, Klasik FM itu sekarang dia ada baik sedikit, ada kemajuan sedikit dan lebih baiklah. Dengan adanya saya nampak yang pertama RM35 juta untuk siaran rancangan sukan. Ini patutlah, kerana kita nak galakkan sukan di negara ini. DR.6.9.2007 194

Satu perkara yang saya tekankan di sini ialah bahawa apabila kita ada komentator tidak kiralah badminton, bola sepak atau pun sukan yang lain. Saya berharap Yang Berhormat kaji, sama ada kita boleh panggil orang yang berpengalaman. Misalnya kalau bola sepak mungkin kita boleh pelawa Datuk Soh Chin Aun untuk buat komentar. Larut susah, Bukit Jalil hari itu lima sudah kosong, teruk...teruk lima kosong... [Ketawa] Namun pertandingan merdeka ada baik sedikit, tapi itu Myanmar dan sebagainya itu saja. Kita ada komentar yang profesional. Kalau Yang Berhormat ada masa lapang sedikit cuba tengok sekarang ada US Open sekarang ini, tenis, tengok macam mana hebatnya, setiap komentar itu dia memang jaguh tenis. Saya tahu Tuan Pengerusi, dia berminat juga saya rasa dia pengikut Klasik FM juga tu. Golf ke tu? Tak apalah kalau golf pun kalau kita nak buat komentar, kita pelawa yang profesional. Tiap-tiap kali, termasuk badminton, kita banyak jaguh badminton. Namun apabila juruhebah kita itu yang buat komentar itu tidak begitu profesional, Datuk Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Dia jaguh badminton, tidak jaguh bercakap. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat teruskan kepada perkara yang dibincangkan. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Bukan....bukan macam tu, Yang Berhormat bagi Arau tu, dia pergi ke Shangri-La tu. Penyanyi yang baiklah tu [Ketawa] Kita bincang mengenai Maksud B.47 , saya ada buat cadangan supaya ahli komentar tu termasuk semua sukan itu termasuk ragbi itu yang profesional. Saya berharap bila kita ada rancangan sukan, bila ada pertandingan dan sebagainya kita gunakan orang profesional. Itu yang penting. Seterusnya mengenai BERNAMA ini, apakah matlamat kementerian Yang Berhormat untuk memajukan BERNAMA ini. Sekarang kita nampak nak beli peralatan studio dan kos operasi dan sebagainya untuk berita 24 jam itu memang kita perlulah. Ini kerana kita nampak banyak radio dan televisyen yang buat program 24 jam dan mengenai BERNAMA ini apakah tujuan sebenarnya untuk berbuat demikian? Adakah mereka akan bersaing dengan RTM, atau pun ada matlamat yang lain? Itu sajalah,sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi: Ya Tanah Merah, ringkas sajalah, dua minit. 10.46 mlm. Dato’ Ir. Shaari bin Hassan [Tanah Merah]: Tuan Pengerusi bagi maksud B.47 di mana saya lihat bahawa RTM sebagai penyiar kebangsaan yang mana memainkan peranan yang amat baik sebagai agensi penyiar negara yang mana kita tahu banyak berita-berita dan maklumat-maklumat mengenai negara disampaikan oleh RTM. Di sini saya ingin mencadangkan beberapa rancangan yang lepas seperti rancangan Peristiwa Hari Ini yang mana Peristiwa Hari Ini yang telah dahulu disiarkan di RTM telah ditamatkan. Saya cadangkan kepada kementerian supaya bawa balik rancangan Peristiwa Hari Ini dalam rancangan televisyen supaya kita dapat memberi gambaran tentang aktiviti masyarakat, aktiviti rakyat dan juga pemimpin di mana menjalankan tugas khususnya di kawasan luar DR.6.9.2007 195

bandar. Di mana saya rasa rancangan Peristiwa Hari Ini amat diminati oleh rakyat hari ini, yang mana banyak memberi pendedahan kepada maklumat-maklumat semasa di negara kita. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi: Padang terap, dua minit sahaja.

10.47 mlm. Dato' Ghazali bin Ibrahim [Padang Terap]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya nak sentuh tentang sewaan untuk siaran langsung. Saya nak tahu setakat ini adakah sumbangan atau pun penglibatan daripada GLC. Mungkin ada, berapa banyak GLC yang terlibat untuk sama-sama menanggung kos bagi siaran langsung atau pun lain-lain syarikat besar di negara kita, saya rasa patut memberi sumbangan ke arah menjimatkan wang kerajaan. Ini kerana saya dapati siaran langsung ini amat diminati oleh rakyat jelata terutama dalam bidang sukan ini. Saya haraplah supaya kalau belum, pihak kementerian bolehlah bekerjasama dengan GLC yang selama ini banyak mengambil keuntungan hasil daripada projek- projek kerajaan. Tidak payalah sangat kita menggunakan duit kerajaan. Jadi sejauh manakah penglibatan GLC, penglibatan syarikat-syarikat besar di dalam sama-sama mempromosi, sama- sama memberi sumbangan ke arah siaran langsung RTM ini. Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi: Ya Jerai, seminit sahaja.

10.49 mlm. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Cuma saya nak tanya kepada RTM yang telah banyak menyuntik minda-minda baru dalam arena penyiaran dan yang terakhir kita dapat satu stesen baru iaitu Radio 24. Ia menyiarkan berita- berita mutakhir, terperinci dalam peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam negara kita yang saya minta stesen ini akan menyiarkan juga berita-berita di peringkat negeri-negeri yang dimasukkan ke dalam Stesen 24 supaya peristiwa-peristiwa di peringkat negeri-negeri seluruh negara akan dapat didengari oleh peminat-peminat atau pun pendengar Stesen 24. Terima kasih. Tuan Pengerusi: Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. ■2250 Menteri Penerangan [Datuk Seri Zainuddin bin Maidin]: Pertama sekali saya ucap berbanyak-banyak terima kasih terutama terhadap sanjungan dan perhatian yang diberikan kepada Kementerian Penerangan. Yang pertama sekali daripada Larut iaitu mengenai Radio 24. Radio 24 ini telah dilancarkan untuk pengetahuan Yang Berhormat Kepong juga baru sahaja iaitu dilancarkan pada 3 September yang lalu. Ia adalah berasal daripada frekuensi 93.9 iaitu frekuensi yang pada mulanya Rima kemudian bertukar menjadi klasik. Kemudian apabila saya melihat bahawa ini adalah..., bukan sayalah, kementerian melihat bahawa frekuensi ini telah over lapping, apabila kita meluaskan siaran klasik menjadi DR.6.9.2007 196

siaran nasional. Jadi maka itu kita telah menawarkan stesen ini kepada Bernama supaya tidaklah formatnya ataupun identitinya sama dengan RTM supaya ada kelainannya, tidak dalam imej RTM. Maka kita berikan dan dikenakan bayaran RM200,000 setahun untuk bayar kepada RTM. Jadi ia adalah radio berita yang pertama di Malaysia dan telah berjalan sejak tiga hari yang lalu. Saya ingat barangkali juga banyak yang belum diketahui oleh orang ramai, tetapi satu permintaan daripada Larut ialah memang ucapan saya sendiri pada pelancaran itu iaitu kita akan memperluaskan siaran ini ke seluruh Malaysia. Saya kira kita akan kaji antara enam bulan sehingga setahun. Kalau sekiranya mendapat sambutan maka kita akan meluaskannya. Sebab untuk mengadakan satu transmission yang baru bagi sesebuah stesen tidak akan memakan belanja tidak kurang daripada RM50 juta dan macam umpamanya IKIM, dia RM5 juta sebab dia tidak ke seluruh pelosok rantau. Dia hanya sampai di kawasan-kawasan bandar dan siaran Klasik ini juga untuk pengetahuan peminat kita daripada Kepong siaran Klasik ini adalah dahulu kita ambil siaran Nasional. Siaran Nasional itu dahulu telah jatuh sehingga pada antara 200,000 hingga 300,000 sahaja. Jadi apabila kita ada permintaan supaya diperluaskan radio Klasik ini menjadi Radio Nasional, maka saya dikemukakan mengatakan kita memerlukan RM50 juta, tetapi kita terfikir bahawa radio Nasional orang sudah tidak dengar. Tinggal 200,000 - 300,000 sebab arah tujunya pun sudah tidak menentu lagi. Maka apabila kita menukarkan Radio Nasional ini menjadi Radio Klasik Nasional, kombinasi, maka peningkatannya begitu mendadak. Yang terakhir menurut kajian dibuat oleh Nelson sendiri, sekarang ini 1.5 juta di antara radio yang tertinggi. Ia bukan hanya lagu-lagu Melayu asli tetapi lagu yang nostalgic. Yang Berhormat pun barangkali suka dengar lagu-lagu Melayu ini mengikut era daripada dahulu sampai sekarang. Jadi inilah satu kejayaan yang juga ditambah dengan Radio 24 ini dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Insya-Allah kalau antara enam bulan dan setahun ini, kita tengok kalau sekiranya memang mendapat sambutan, maka kita akan mengambil langkah untuk memperluaskan ke seluruh Malaysia. Juga permintaan untuk memberikan maklumat kepada memberikan peluang kepada semua wakil rakyat dan juga insya-Allah kita akan adakan tetapi untuk pengetahuan seluruh anggota Dewan ini iaitu kita pada tiap-tiap pagi Radio Klasik ini ada sembang-sembang menteri. Sembang-sembang menteri yang kita juga akan boleh memperluaskan kepada sembang-sembang dengan wakil rakyat hanya dalam lima minit pada sebelah pagi dalam masa orang membawa kenderaan ke pejabat dan sebagainya bolehlah dengar. Kalau saya rasa dalam sembang-sembang dalam lima minit ini kita boleh bagi kepada semua ahli Dewan. Insya-Allah kita akan buat. Kemudian, saya ingat saya telah menjawab tentang Larut pada keseluruhannya tetapi tentang hendak menjadikan untuk kerjasama, saya tahu apa Yang Berhormat tahu, tetapi itu DR.6.9.2007 197

terlalu awal untuk saya memberikan komitmen. Saya ingat Bernama telah pun mengadakan usaha sama bagi penyiaran berita menerusi Astro. Mungkin dalam jangka masa yang panjang, langkah-langkah yang lebih luas akan diambil untuk menjadikan Bernama juga mempunyai nama dalam sebagai sebuah stesen televisyen dari segi berita. Kemudian Sri Gading, saya menganggap bahawa ini satu teguran yang sangat konstruktif. Saya sangat bersetuju penuh dengan apa Yang Berhormat katakan. Sebab tiap-tiap pemimpin dia ada keulungan, keagungannya dan kelebihannya tersendiri maka yang tidak mungkin kita bandingkan. Jadi hal ini adalah lebih merupakan idea yang datang pada Astro dan kita memberikan kerjasama. Dalam pada itu saya sendiri telah mengadakan pertemuan dengan Ralph Marshall, Chairman Astro sendiri dan dia sendiri telah pun menyampaikan pandangan orang ramai tentang bahawa orang ramai banyak menegur tentang format pemilihan ini. Jadi maka saya ingat teguran yang dibuat oleh Yang Berhormat Sri Gading tadi adalah tepat dan kita akan membuat perubahan supaya di masa akan datang kita mencari satu formula dan bukanlah berasaskan kepada populariti tiap-tiap seseorang individu atau pemimpin ataupun artis. Kemudian, Yang Berhormat daripada Putatan, jabatan sebenarnya sudah pun melaksanakan perolehan peralatan kamera baru yang menyediakan facility biro berita TV di Limbang, Tawau dan Sandakan di bawah RMK-9. Jabatan juga sedang dalam proses memberi band siaran luar untuk kemudahan siaran langsung dari negeri Sabah. Terima kasih dan kita akan meminta juga butir-butir lanjut tentang perkara ini di mana kekurangan-kekurangan yang disebut oleh Yang Berhormat tadi daripada Pengarah Penyiaran kita di Sabah. Kemudian, Kepong saya ingat saya sudah jawab tentang klasik. Saya pun tak sangka yang Kepong meminati klasik. [Ketawa]. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Kepong pun klasik dah.. Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Tentang komentator ini, memang Yang Berhormat, susah. Susah kita hendak cari komentator ini seperti siapa yang kata tadi, komentator dengan pemain, kalau kita panggil Soh Chin Aun untuk dia menjadi komentator dia tak boleh, tetapi untuk memberi ulasan bolehlah. Itu kita panggil dari masa ke semasa. Ada kita panggil, tetapi untuk menjadi komentator barangkali agak sukar sebab tidak... Ya... Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Cuba kita tengok sekaranglah. Tiap-tiap hari kita US Open. Tengok macam mana dia, komentator memang ada, tetapi dia ada pengulas. Pengulas pun hebat juga tiap-tiap orang itu. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Pengulas kita pun hebat. [Ketawa]. Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Kita pun ada pengulas tetapi tidak semua orang yang berkeupayaan. Umpamanya saya bagi satu contohlah, satu contoh. Amerika yang kenal sebagai anchor yang paling popular, Larry King. Kita di Malaysia ini ada Johan Jaafar. Hendak cari orang macam Johan Jaafar itu, untuk cari seorang lagipun susah untuk digantikan. Jadi DR.6.9.2007 198

demikian juga komentator sport, kita dahulu ada Rahim Razali dan ada Hasbullah dan sebagainya, orang-orang itu juga kita cuba, tak jadi. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Hasbullah itu baik, Hasbullah itu baik, Hasbullah ini tak tahu.. Dato’ Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Yang Berhormat, saya rasa Kepong ini tak tengok. Dia pakai tambah sahaja. Kita memang ada bekas-bekas pemain bola sepak jadi komentator ini. Jadi... Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat tak apalah. Bagi menteri jawab... Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Ada kita panggil dari semasa, tetapi.... Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tak ada, ganti Kepong sahajalah. Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: [Ketawa] Tak apalah, jadi kita.. Tapi pandangan itu kita akan soal, tetapi ini masalah kita, masalah yang kita hendak cari orang yang berkeupayaan, yang mempunyai talent adalah suatu perkara yang cukup sukar. Tidak mudah, tidak mudah seperti kita hendak cari anchor, hendak cari pembaca berita yang betul-betul berkebolehan, berbakat. Memang agak sukar terutamanya saya sendiri. ■2300 Terutamanya saya sendiri bagi pihak Kementerian Penerangan memanglah kita merasakan amat-amat sukar persaingan itu. Terutamanya kita adalah kerajaan dengan gaji yang lebih rendah daripada pihak swasta. Maka dalam soal persaingan ini kadang-kadang orang datang di tempat kita ada yang baik tetapi kemudiannya lari pergi kepada swasta. Ini satu masalah yang agak sukar. Insya-Allah kita akan cuba mengatasi. Kemudian Yang Berhormat Tanah Merah tadi meminta supaya Peristiwa Hari Ini dihidupkan semula. Kita ada Dunia Hari Ini tapi peristiwa hari ini dan kita dahulu tidak ada berita jam 5.00 petang yang menyiarkan berita-berita negeri, tapi sekarang kita mempunyai berita-berita negeri pada jam 5.00 petang yang ditumpukan kepada negeri. Tapi insya-Allah kita akan memikirkan bagaimana soal yang paling besar yang saya hadapi ialah bagaimana untuk menjadikan RTM relevan terutamanya kepada generasi muda. Ini adalah satu masalah yang up hill better kata orang putih dengan izin, bukan senang, perubahan-perubahan akan dibuat dari semasa ke semasa supaya RTM tetap dilihat. Walaupun pujian diberikan kepada RTM dan sebagainya tapi saya merasakan dalam beberapa hal RTM masih tidak relevan kepada generasi baru. Ini masalah yang sukar yang adalah merupakan banyak perubahan perlu dibuat terutamanya supaya imej RTM itu mempunyai imej yang sejajar dengan pihak swasta. Ini adalah satu masalah yang agak berat bagi kita tapi kita memang telah meningkat rating RTM, meningkat daripada yang lalu dan telah mendapat perhatian terutamanya dari segi drama dan sebagainya, kecuali beritanya masih lagi diperlukan. Persaingan agak sukarlah sebab kita tidak berasaskan DR.6.9.2007 199

kepada sensationalism tetapi berasaskan kepada fakta, berita-berita yang tidak boleh menimbulkan kegemparan dan sebagainya. Kemudian tentang GLC, Yang Berhormat Padang Terap saya ucapkan terima kasih. Sebenarnya siaran siaran langsung ini banyak yang diberikan kepada pihak kerajaan sendiri. Tapi kalau ada macam bola dan sebagainya itu ada sponsors nya tapi kalau macam ada juga siaran-siaran yang pihak-pihak kerajaan negeri yang lebih suka pergi mengadakan kerja sama untuk siaran langsung dengan stesen-stesen swasta. Jadi dengan stesen-stesen swasta dia orang kena bayar RM200 hingga RM300 ribu. Tapi dengan RTM ini banyak orang minta free. Inilah masalah kita. Sebab kalau siaran langsung ini, kosnya sangat tinggi RM200 hingga RM300 ribu dan kita terpaksa menidakkan iklan-iklan yang boleh mendatangkan wang. Jadi saya harap suara dari wakil Padang Terap ini dapat juga didengarkan oleh pihak kerajaan negeri termasuk kerajaan Kedah sendiri dan kalau buat dengan kita, kadang-kadang kita tidak ada murah, kita hanya kos yang kadang-kadang kita yang tanggung sendiri dan kalau ada sesuatu kita hendak buat show dan sebagainya untuk negeri ini kadang-kadang kita tidak kenakan bayaran langsung. Sedangkan kalau dengan pihak swasta mungkin antara RM200 ribu hingga RM300 ribu. Jadi insya-Allah tidak lama lagi mungkin kita dalam bulan 12 nanti, kita ada satu kerja sama dengan sebuah kerajaan negeri dalam suatu siaran langsung yang amat menarik. Jadi saya belum dapat umumkan di sini. Saya ucapkan terima kasih kepada Jerai, penghargaan-penghargaan diberikan tapi sebenarnya saya sendiri masih tidak berpuas hati terhadap pencapaian yang telah dibuat oleh RTM setakat ini. Terima kasih banyak sekali lagi kepada semua pihak yang telah memberikan perhatian terhadap RTM termasuk peminat klasik daripada Kepong. Terima kasih banyak. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM95,785,000 untuk Maksud B.47 di bawah Kementerian Penerangan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM95,785,000 untuk Maksud B.47 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Maksud B.44 [Jadual] – Maksud P.44 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2007] –

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kepala bekalan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan terbuka untuk dibahas. [Tiada Perbahasan] Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM73,905,000 untuk Maksud B.44 di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. DR.6.9.2007 200

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM73,905,000 untuk Maksud B.44 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM40 untuk Maksud P.44 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2007 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM40 untuk Maksud P.44 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2007.

Maksud B.45 [Jadual] – Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kepala Bekalan B.45 di bawah Kementerian Belia dan Sukan terbuka untuk dibahas. [Tiada Perbahasan] Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM38,833,000 untuk Maksud B.45 di bawah Kementerian Belia dan Sukan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM38,833,000 untuk Maksud B.45 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Maksud B.60 [Jadual] –

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kepala Bekalan B.60 di bawah Kementerian Pertahanan terbuka untuk dibahas. Permatang Pauh.

11.06 mlm Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatng Pauh]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada B.60, permohonan peruntukan tambahan Kementerian Pertahanan sebanyak RM760 juta. Sebenarnya peruntukan ini adalah paling besar kalau dibandingkan 8.6 yang asalnya, peruntukannya lebih jauh lebih besar daripada peruntukan diberikan kepada Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Kementerian Pertahanan ini akan dapat jumlah peruntukan sebanyak RM9.3 bilion, berbanding dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang hanya dapat RM2 bilion dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang mendapat RM46 juta sahaja. Saya tidak mempertikaikan fakta keselamatan negeri kita, negara kita. Namun kalau dalam negara DR.6.9.2007 201

yang sebahagian negara aman gemilang, peruntukan sebenarnya, perbelanjaan sebanyak RM9.3 bilion ini adalah jumlah yang besar. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat itu dasar ya Yang Berhormat. Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatng Pauh]: Okey kalau macam itu saya akan masuk kepada yang ini… Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Setuju jelah Datin Sri. Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatng Pauh]: Tak ada saya hendak, saya tunggu lama ya, untuk saya sedikit untuk saya bertanya penjelasan. Selain daripada perbelanjaan tambahan emolumen berikutan kenaikan gaji dan COLA, yang terdapat dalam peruntukan tambahan ini ialah RM136 juta untuk kontinjen Malaysia Malkon 2 di Lubnan. Kepala B.60, butiran 020200 di bawah tajuk logistik. RM364 juta B.60 butiran 030200 di bawah tajuk Aset dan butiran 040200 di bawah tajuk Logistik adalah untuk alat ganti kapal, peningkatan harga kontrak baru langsung, bahan api, bayaran utiliti serta lain-lain bekalan dan perkhidmatan. Jadi saya hendak tanya, apakah yang dimaksud dengan peningkatan harga kontrak baru langsung. Bila dan atas persetujuan apa Angkatan Tentera Diraja Malaysia menggunakan bahan api yang telah menelan belanja setinggi ini. Apa yang telah terjadi kepada kapal milik Kementerian Pertahanan sehingga memerlukan alat ganti yang terpaksa dibeli di luar anggaran asal. Saya juga ingin menyentuh tentang tragedi terbaru yang melibatkan Program Latihan Perkhidmatan Negara (PLKN). Di mana seorang pelatih Mohd Rafi Amir berusia 18 tahun telah meninggal… Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat itu sudah di luar itu… Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatng Pauh]: Ya, nanti saya akan bangkitkan pada masa lain. Terima kasih. Saya jemput Kepong. Ringkaslah Kepong dua minit. ■2310 Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, saya jemput Kepong, ringkaskan Kepong, dua minit.

11.10 mlm.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Dua minit tidak boleh kerana Yang Berhormat Timbalan Menteri dia memang prihatin kepada... Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Kepong, someone is waiting for you outside .... Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Kepong bukan ada kem tentera... Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Teruskan Kepong, yang lain... DR.6.9.2007 202

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Yang Berhormat Timbalan Menteri itu, dia sedia menjawab, jangan kacau. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Kita pun setia juga Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Dia punya cucu tunggu di rumah tu. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Dia seorang yang kerja kuat, seorang yang baik. Butiran B.60, Malaysia Kontinjen (Malcon) di Lubnan. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Permatang Pauh sudah cakap, apa mahu cakap lagi? Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Sudah cakap, apa mahu cakap lagi? Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Boleh cakap lagi kerana.... Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang lain sila diam Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Baru-baru ini... Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Bukan, malam Jumaat Tuan Pengerusi, dah pukul 12 ni. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yalah, Yang Berhormat kacau... Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Kita ada kontinjen di Lubnan. Baru-baru ini... Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Malam Jumaat Tuan Pengerusi, mahu cari pahala Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tentera Lubnan, dia ada... Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Kepong tidak faham... Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: ... di dalam wilayah selatan Lubnan, apakah peranan kita, kita itu untuk menjaga keadaan supaya aman tenteram dan kita nampak ada tentera Lubnan yang bertempur dengan Palestin. Jerai itu hanya tahu hal Jerai sahaja. Kalau Lubnan tidak tahu langsung. Baik Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi tahu dia ada pertempuran... Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Jerai keturunan Lubnan tau. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Kita terpaksa dan berbelanja beratus juta untuk kontinjen kita di Lubnan, kita mesti tahu apakah kontinjen ini buat untuk mengadakan keamanan di Lubnan. Apakah tempoh untuk mereka berkhidmat di situ, berapa tahun lagi diperlukan untuk perkhidmatan di Lubnan. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, cukuplah Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Memang penting, sebab apa kita pilih Lubnan bukan kita pilih Darfur misalnya dan sebagainya. Ini memang penting dan saya berharaplah Yang Berhormat boleh memberitahu kepada Jerai dan orang-orang yang kurang berminat, peranan Malaysia, peranan kontinjen Malaysia yang membuat jasa baik di luar negara. Sekian, terima kasih. DR.6.9.2007 203

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, cukuplah. Saya jemput Timbalan Menteri menjawab. Timbalan Menteri Pertahanan [Dato' Zainal Abidin bin Zin]: Tuan Pengerusi, Yang Berhormat daripada Permatang Pauh dan daripada Kepong, saya mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan untuk bercakap juga mengenai perkara ini. Peruntukkan ini Tuan Pengerusi, adalah peruntukkan tambahan. Ini perkara yang mesti dibelanjakan di atas keperluan-keperluan yang telah ditetapkan dan dikehendaki mengikut persefahaman dan peraturan. Kalau umpamanya kita kata membeli bahan api dan bahan api ini bukan satu perkara baru dan sememangnya kita sentiasa menggunakannya dan oleh sebab itu bila keadaannya tidak mencukupi, kita tidak boleh menyatakan bahawa kita mesti berhenti menggunakan bahan api ini. Kalau kita berhenti menggunakan bahan api yang berkenaan maka tergendalalah perkara-perkara lain. Contoh bahan api ini diesel, petrol, pelincir dan minyak dapur itu contohnya. Apa yang telah dibangkitkan yang lain-lain termasuk Malcon adalah penglibatan kita dengan perkhidmatan di bawah anjuran permintaan Bangsa-bangsa Bersatu. Perkara ini telah dipersetujukan, ada yang dibelanjakan oleh Bangsa-bangsa Bersatu dan perkhidmatan itu dibelanjakan oleh kita sendiri, tapi dalam peraturan untuk menjalankan tugas kehendak Bangsa-bangsa Bersatu persefahaman dengan negara yang berkenaan, kita sebagai negara yang akan membekalkan tenaga untuk memberi tenaga mengawal keselamatan dan keamanan di negara yang berkenaan, kita mesti membelanjakan dulu dan menuntut balik kepada Bangsa-bangsa Bersatu seperti dalam persefahaman berkenaan. Saya percaya perkara ini bukan perkara baru dan perkara ini telah diterangkan beberapa kali dalam negara kita dan penglibatan tentera kita dengan Bangsa-bangsa Bersatu dalam negara-negara di rantau jauh dan di negara yang berdekatan adalah satu amalan yang bukan janggal dan juga tidak ganjil dan ia bukan baru. Oleh itu penerangan saya ini adalah untuk hanya mengingatkan kembali bahawa ini adalah penglibatan kita dengan Bangsa-bangsa Bersatu demi kepentingan dan keamanan manusia sejagat. Tuan Pengerusi, peruntukan yang telah dibentangkan ini ialah peruntukan tambahan sebanyak RM760.4 juta adalah tambahan yang dimestikan dalam tahun 2007. Ini tidak terlibat dengan peruntukkan yang telah diluluskan dulu dan ini adalah tambahan dan saya pohon atas persefahaman dan kepercayaan kepada Kementerian Pertahanan bahawa perbincangan ini tidak dilanjutkan. Saya pohon menyokong. Terima kasih. Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatang Pauh]: Minta maaf Tuan Pengerusi Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Apa lagi Yang Berhormat? Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatang Pauh]: Saya hendak tanya bahan rangsum? DR.6.9.2007 204

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Bahan rangsum sebenarnya, ini bukan langsung. Rangsum ini makanan. Makanan kering dan makanan basah, ini dimakan oleh anggota tentera kita yang ada di sini yang berkhidmat umpamanya kalau kita tugaskan ke Acheh ataupun ke Pakistan dan Sri Langka umpamanya dalam darurat, mereka akan membawa bahan rangsum ini. Itu bukan ada satu yang berlainan daripada apa yang dimakan oleh rakyat yang lain dan semua barang halal. Terima kasih. Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: [Bangun] Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, cukup. Apa lagi? Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Tanya, sikit Yang Berhormat Timbalan Menteri abang saya. Tuan Pengerusi, saya hendak kalau boleh dalam Butiran (ii) ini alat tukar kapal ini amanah. Kalau tukar mesti baru, kapal terbang kalau kita tukar yang tidak baru ia jatuh. Sebab itu saya tengok banyak yang jatuh itu berlaku adalah kerana barangkali, bukan penyelewengan tapi saya hendak pastikan betul-betul tukar. Terima kasih. Dato' Zainal Abidin bin Zin: Saya ingat apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat itu betul. Kalau kita tukar, mesti tukar. Kalau kita tukar yang tidak baru, itu kita tidak kata tukar, kita ganti. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM760,472,000 untuk Maksud B.60 di bawah Kementerian Pertahanan jadi sebahagian daripada Jadual dan hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM760,472,000 untuk maksud B.60 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Maksud B.61 [Jadual]-

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kepala B.61 di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri terbuka untuk dibahas. [Tiada perbahasan] Masalahnya ialah bahawa RM16,861,000 untuk Maksud B.61 di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri jadi sebahagian daripada Jadual dan hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM16,861,000 untuk maksud B.61 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

DR.6.9.2007 205

Maksud B.62 [Jadual]-

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kepala Bekalan B.62 di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri terbuka untuk dibahas. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: [Bangun] Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: (Bercakap dalam bahasa Cina) [Ketawa] Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Kepong. Yang lain sila diam. Ringkas Yang Berhormat Kepong.

11.19 mlm. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Ya, tidak akan ringkas sangat kerana keadaan keselamatan terutama perompak dan sebagainya... Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat rujuk kepada butiranlah. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Butiran memang dalam butiran Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Nanti Yang Berhormat cakap sesat nanti, jauh Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tak, tak. Memang bagi... Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Somebody has stolen your car? [Ketawa] Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Gantian elaun, gantian motosikal, elaun perjalanan dan sara hidup dan sebagainya termasuk bekalan perkhidmatan bagi Polis Diraja Malaysia. Kadangkala saya ada nampak kereta yang baru terletak di balai polis. tidak ada pemandu. ■2320 11.20 mlm Apa gunanya kita terima banyak kereta peronda baru dan diletak di situ saja tak gunakan, kerana tidak ada peronda dan bilangan polis yang tak cukup. Ini masalah. Di sini kita ada minta RM1 juta untuk alat-alat ganti motosikal dan sebagainya. Jadi saya berharap Yang Berhormat dapat memberi perhatian supaya semua motosikal ataupun kereta yang diberi kepada semua balai polis termasuk di Jerai, di Arau, di Hulu Langat dan sebagainya jangan kita letak di situ sahaja kita ada pemandu yang cukup, anggota polis yang cukup... Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: [Menyampuk] Di Jerai semua pakai. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tak adalah saya tahu ada yang tidak ada pemandu macam mana nak pakai. DR.6.9.2007 206

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Dia orang syif. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tak pakai syiflah, orang tak cukup dia nak pakai syif pula. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah Yang Berhormat. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Syif apa. Ada satu lagi. Jadi saya tidak ada orang bangkitkan di sini saya nampak. Yang Berhormat bagi Arau dan Jerai itu tidak memberi perhatian kepada masalah keselamatan. Dia nak balik saja. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Kita tunggu sampai habis but your wife is waiting outside, you know. This is a second reminder to you. [Ketawa] Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Sistem parol sekarang ini, parole system. Tuan Pengerusi semua penjara kita sesak. Sesak dengan orang terutamanya pendatang tanpa izin yang menagih dadah dan sebagainya. Macam mana kita cari cara untuk menyelesaikan masalah kesesakan di dalam penjara kita. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: [Menyampuk] You take some of them to your house lah.[Ketawa] Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: [Ketawa] Kita ada sistem parol, perkhidmatan komuniti dan tahanan di rumah dan sebagainya untuk mengurangkan kesesakan kita. Bolehkah Yang Berhormat terangkan kepada kita dengan adanya sistem parol ini adakah masalah kesesakan kita dapat diselesaikan? Kalau boleh macam mana sistem ini dapat dilaksanakan di seluruh negara. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat cukuplah. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Ini keselamatan. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah Kepong. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Terima kasihlah keprihatinan Yang Berhormat. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Saya nak Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab. Datuk Fu Ah Kiow: Terima kasih Tuan Pengerusi. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: [Menyampuk] Jawab bertulis. Datuk Fu Ah Kiow: [Dewan ketawa] Terima kasih kepada Yang Berhormat Kepong yang telah menunjukkan keprihatinan terhadap Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Tentang kereta peronda baru yang tidak diguna itu bukan gambaran yang sebenar. Apa yang berlaku ialah pada awal tahun ini kerajaan telah memperuntukkan 2000 kereta peronda baru dengan itu kita juga perlu lebih kurang 3000 anggota sebagai pemandu kereta peronda. Ini mengambil masa untuk melatih anggota untuk jadi pemandu dan pada bulan Jun... Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Nanti Tuan Pengerusi ini bermakna Yang Berhormat Menteri mengakui..[Dewan gamat]. DR.6.9.2007 207

Datuk Fu Ah Kiow: Tak, belum habis. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: [Menyampuk] Belum habis Yang Berhormat, belum habis. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Okey, teruskan Yang Berhormat. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: [Menyampuk] Saya cadangkan Yang Berhormat Kepong masuk polis volunteer reserve, mahu kah jadi pemandu? [Ketawa]. Datuk Fu Ah Kiow: Saya belum habis lagi. Jadi bila kerajaan buat persediaan untuk kereta peronda itu dengan peralatan komunikasi pada masa yang sama PDRM telah dalam proses melatih anggota tersebut. Pada bulan Jun dan Julai hampir semua telah dilatih dan mereka telah pun menjalankan tugas. Jadi kini memang tak ada kereta yang tinggal situ tak ada pemandu, tidak! Tetapi kadang-kadang ada atas masalah syif dan juga kadang-kadang kereta mungkin rosak mungkin ia tidak diguna. Apa yang dilihat mungkin kereta yang rosak, jadi itu tidak jadi masalah lagi Yang Berhormat Kepong. Tentang bilangan polis yang tidak cukup ini memang sedang dalam perhatian dan polis berhasrat untuk merekrut 60 ribu lagi anggota dalam masa lima tahun. Cuma kapasiti dan latihan terhad dan PDRM sedang memperbesarkan pelapor-pelapor yang sedia ada dan juga membina lagi banyak pusat latihan polis supaya kita akan tambah kapasiti ke 10,000 setahun. Dengan tambahan pusat latihan akan tambah lagi lebih kurang 10,000 kapasiti maka.... Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: [Menyampuk] Kepong tidak baca surat khabar? Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: [Bangun]. Datuk Fu Ah Kiow: .. Maka kita akan dapat menambah lagi bilangan polislah. Nanti saya habis dululah. Tentang sistem parol... Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat dia tak bagi jalan, sila duduk. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Duduk, duduk. Datuk Fu Ah Kiow: Nanti saya habis dululah. Tentang sistem parol ia sekarang akta, bukan akta pindaan pada Akta Penjara sedang diteliti oleh pihak AG dan bila AG sudah siap dia akan bentang dalam Parlimen saya berharap dalam sesi ini juga. Apabila sistem parol dilaksanakan kita akan dapat mengurangkan dan selesai sebahagian masalah kesesakan di penjara. Tidak dapat diselesai semua tapi sebahagian dapat diselesaikan. Detail tentang sistem parol ini bila di bahas di Parlimen ini saya akan memberi penjelasan yang lebih lanjut lagi, tetapi.... Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: [Bangun]. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: [Menyampuk] Lailahaillallah, Kepong. DR.6.9.2007 208

Datuk Fu Ah Kiow: ... Menyelesaikan masalah di penjara kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan akan membina 16 lagi penjara dan juga memperbesarkan lagi kapasiti penjara.... Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: [Menyampuk] Masukkan dalam penjara senang Yang Berhormat. Datuk Fu Ah Kiow: ... Dengan itu kita akan menyelesaikan masalah kesesakan. Baru- baru ini kesesakan di Simpang Renggang juga akan diselesaikan dengan mengambil balik penjara di Johor Bahru dan menjadikan sebagai penjara untuk banduan reman. Itu akan dapat menambah kapasiti kurang 1000 orang dan akan selesaikan masalah kesesakan di Simpang Renggang. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Pengerusi, yang terakhir sekalilah. Esok pagi.. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: [Menyampuk] Baliklah. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: ... Esok pagi jam 8 saya akan berada di Maktab Polis DiRaja di Cheras... Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: [Menyampuk] Saya tak tanya pun [Dewan Ketawa]. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: .... Di Cheras kerana saya.. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat tidak berkenaan Yang Berhormat. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Ada berkenaan kerana tadi Yang Berhormat sudah bangkitkan masalah latihan polis tambahan 60,000 di dalam tempoh lima tahun ini. Memang relevan dia bangkitkan perkara ini. Saya bagi dia tahu bukan saya prihatin saya juga pergi ke situ esok jam lapan saya akan ada di situ. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Okey, Yang Berhormat cukuplah Yang Berhormat kalau saja nak bagi tahu cukuplah Yang Berhormat. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Ya, jadi Jerai dan Arau... Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz [Padang Rengas]: [Menyampuk] Tak bernas langsung. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Okey, Yang Berhormat cukuplah. Datuk Fu Ah Kiow: Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Saya ingat tak jawablah ini. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Memang tak payah jawab sebab yang saya minta itu pihak kementerian tolong tambahkan pusat latihan.. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: [Menyampuk] Kepong tolonglah Kepong. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: .... Tambahkan pelatih.. DR.6.9.2007 209

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah Kepong. Datuk Baharum bin Mohamed [Sekijang]: [Menyampuk] Kepong duduk. Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM437,483,000 untuk maksud B.62 di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM437,483,000 untuk Maksud B.62 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Fasal 1 hingga 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2007) 2007 dan Usul Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2007 dimaklumkan kepada Majlis sekarang. ■2330 Majlis Mesyuarat bersidang semula [Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob] mempengerusikan Mesyuarat]

Bacaan Kali Yang Ketiga

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Datuk Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa rang undang-undang ini telah dipertimbangkan dalam Jawatankuasa Perbekalan dan disetujukan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Menyokong? Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Masalah dikemuka bagi diputuskan;dan disetujukan. Rang Undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

DR.6.9.2007 210

USUL

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Datuk Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan iaitu Jawatankuasa telah menimbangkan Usul yang diedarkan kepadanya dan bersetuju dengan Usul itu. Seterusnya saya mencadangkan supaya Usul yang berbunyi: “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sepuluh juta lima ratus ribu empat ratus sembilan puluh ringgit (RM1,010,500,490) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2007, bagi Maksud-maksud dan Butir-butir (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruangan pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2007 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 10 Tahun 2007 yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut, hendaklah disahkan.”

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Usul seperti mana yang dibacakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan. Diputuskan, “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sepuluh juta lima ratus ribu empat ratus sembilan puluh ringgit (RM1,010,500,490) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2007, bagi Maksud-maksud dan Butiran- butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2007 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 10 Tahun 2007 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut, hendaklah disahkan.”

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, waktu sekarang ialah 11.33 malam. Saya mengucapkan terima kasih atas kesabaran dan kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat. Urusan kita hari ini selesai. Saya tahu ada lagi urusan di luar belum selesai boleh dibuat selepas inilah Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat mesyuarat hari ini ditangguhkan sehingga jam 4.00 hari Jumaat besok 7 September 2007.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.34 malam