PERUTUSAN YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN

atu saja ungkapan yang dapat saya gambarkan iaitu syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SSWT kerana berkat izin dan limpah kurnia-Nya dapat kita berjumpa lagi pada Edisi Ketiga Berita Pasir Gudang (BPG). Semoga kita semakin bersyukur dengan apa yang kita perolehi pada hari ini. Kita telah memasuki suku kedua bagi tahun 2019. Dalam bulan Mei, kita telah menyambut Ramadan pada awal bulan dan mudah-mudahan ianya dapat memberikan iltizam untuk kita terus meningkatkan lagi ibadat dan terus komited terhadap tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Dalam bulan ini, MPPG telah menganjurkan program Bubur Lambuk Perdana PROGRAM BUBUR LAMBUK PERDANA 2019. Program tahunan anjuran MPPG dengan kerjasama agensi swasta dan jawatankuasa surau dan masjid ini begitu mendapat sambutan apabila hampir 20 buah syarikat swasta PASIR GUDANG 2019 termasuk Yayasan Pasir Gudang sudi memberi tajaan dan sumbangan. Hampir 10,000 mangkuk bubur telah diedarkan kepada penduduk sekitar Pasir Gudang. Semoga kebaikan dan keihklasan dalam menjalankan tanggungjawab ini, lebih-lebih lagi dalam bulan yang mulia ini diterima dan diberi keberkatan dari Allah SWT. Seterusnya, pelbagai lagi program sumbangan dan berbuka puasa telah dianjurkan sepanjang bulan Ramadan yang lalu. Antaranya Majlis Serahan Sumbangan Ramadan dari Puspanita Daerah Bahru, oleh Pegawai Daerah , Tuan Hj. Ridha bin Dato’ Hj Abd. Kadir, Program Ziarah dan Sumbangan Ramadan bersama NGO dan MPPG di Kampung Pasir Putih serta Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Aidilfitri Yayasan Pasir Gudang. Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) MPPG juga tidak terkecuali dalam menjalankan aktiviti sumbangan. Antaranya, Program Sumbangan Bakul Kasih Ramadan. Program yang telah memasuki tahun kedua ini merupakan satu program kebajikan anjuran KSK MPPG dibawah Biro Pendidikan. Bagi Ramadan kali ini, sejumlah RM 4,200.00 berjaya dikumpulkan bagi AJK pembelian 84 buah “Bakul Kasih Ramadan” Tahniah kepada pengurusan biro pendidikan yang berjaya mengekalkan program sumbangan seperti ini. Selain itu, Majlis Khatam Al-Quran SIDANG REDAKSI sempena menyambut bulan Ramadan juga telah dianjurkan dibawah Biro Agama KSK MPPG. 2019 yang disertai oleh semua warga kerja MPPG. MPPG sekali lagi telah dipilih sebagai rujukan dan contoh dalam Amalan Budaya Kerja Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Justeru, MPPG telah menerima lawatan EKSA dari Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) pada 21 Mei yang lalu. Seramai 40 warga kerja MBIP telah PENASIHAT menyertai sesi lawatan ini. MPPG telah berkongsi ilmu dan pelaksanaan EKSA di MPPG Tuan Haji Zainor bin Adani sehingga kejayaan menerima pengiktirafan 22 sijil cemerlang EKSA dari pihak MAMPU. Saya Yang Dipertua MPPG mengharapkan semoga MPPG mampu mengekalkan prestasi dalam menjadi contoh yang terbaik bagi amalan budaya kerja EKSA dikalangan PBT khususnya di Negeri Johor ini. KETUA EDITOR MPPG juga telah menerima kunjungan dalam satu sesi penyampaian poster jurnal dari Encik Sulaiman bin Ismail Universiti Putra Malayisia (UPM) yang telah diadakan pada 22 Mei yang lalu. Ia merupakan hasil Setiausaha MPPG kerjasama UPM dan MPPG melalui Unit , Jabatan Pembangunan Masyarakat Penerbitan jurnal ini merupakan kajian bersama yang berprestij tinggi yang bertajuk PENOLONG KETUA EDITOR Aquaculture, Science Direct, Elsevier dan ia mula diterbitkan didalam talian mulai Januari 2018. Tuan Haji Ab. Jalil bin Ab. Rahman Ini merupakan satu pencapaian yang unik kerana Unit Sarang Buaya MPPG kini merupakan sumber rujukan bagi kajian penyelidikan spesis buaya Tembaga di . PENGARANG Bulan Jun pula menyaksikan pelbagai sambutan Hari Raya Aidilfiiri telah dianjurkan di Pasir Encik Nik Masri bin Moharani Gudang. Antaranya Sambutan Hari Raya Aidilfitri Warga Kerja MPPG, Jabatan, Unit dan Bahagian masing-masing tidak ketinggalan menganjurkan rumah terbuka sepanjang bulan PEMBERITA Syawal ini. Selain dari menjemput tetamu menjamu selera, sambutan Syawal ini dilihat dapat Encik Basar bin Kallil mengeratkan silaturrahim antara warga kerja disamping beramah mesra dan mengunjungi antara satu Puan Nadztasha binti Mohd Puad Akhir sekali, saya dengan rasa kesyukuran ingin mengucapkan ‘Selamat Menyambut Aidilfitri’ JURUFOTO kepada semua warga Pasir Gudang. Sentiasalah berwaspada dan berhati-hati dalam musim Encik Khairul Anuar bin Muhamad Sayut perayaan ini. Encik Muhammad Amirul Hidayat bin Mohd Fazli Sehingga kita berjumpa lagi dalam keluaran akan datang.

Haji Zainor bin Adani Yang Dipertua MPPG

KANDUNGAN 10 - 11 • Lensa Bulanan 12 - 13 • Warna-Warni Aidilfitri 2019/1440H Pasir Gudang 14 • Lawatan Ke Taman Pertanian Negeri Johor 3 • Program Bubur Lambuk Perdana Pasir Gudang 2019 Mesyuarat Agung Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) 4 • Majlis Serahan Sumbangan Ramadan PUSPANITA MPPG kali Ke- 27 Sesi 2019/2020 Daerah Johor Bahru 15 • Lawatan Akademik Bagi Subjek Rekabentuk Asas 5 • Raya Fest 19 Berlangsung Meriah Senibina Landskap UTHM Johor 6 • Bazar Ramadan KPBPG Menawarkan Pelbagai 16 • Biro Pendidikan Kelab Sukan & Kebajikan Anjur Pilihan Menu Berbuka Puasa “Bakul Kasih Ramadan” MPPG Terima Lawatan EKSA Majlis Bandaraya 7 • Majlis Khatam Al-Quran MPPG Sempena Ramadan Iskandar Puteri 1440H 17 • Penyampaian Poster Jurnal Projek Bersama 8 • Program Ziarah dan Sumbangan Ramadan 1440H MPPG dan UPM Majlis Berbuka Puasa Bersama Media Johor 18 - 19 • Lensa Yayasan Pasir Gudang 9 • Jamuan Raya KPBPG & UTC Pasir Gudang 20 • Info Terkini : Pertandingan Landskap Laman Indah 2019

2 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG Lawatan ke khemah peserta oleh Tuan Haji Abdul Halim bin Mohamad Dawan, Ahli Majlis Zon Nusa Damai dan kumpulan sukarelawan Persiapan memasak oleh tukang masak Mewaholeo Industries turut membantu aktiviti memasak. yang mengambil bahagian PROGRAM BUBUR LAMBUK PERDANA PASIR GUDANG 2019 10,000 MANGKUK BUBUR DIEDARKAN KEPADA ORANG AWAM

Pengagihan bubur lambuk kepada orang awam oleh YB Dato’ Seri Hj. Che Zakaria Bin Mohd Salleh, ADUN Permas

Simbolik penyerahan apron kepada peserta oleh Seorang tukang masak, En. Aznan bin Sanip dari COMBI Tuan Haji Abdul Halim bin Mohamad Dawan selaku Whip Parti dan Pasir Gudang berkata, ini merupakan kali pertama Ahli Majlis Zon Nusa Damai beliau terlibat dalam program memasak bubur lambuk

seperti ini.

alam mengimarahkan lagi bulan Ramadan yang penuh Saya begitu teruja untuk menyediakan“ bahan Dkeberkatan ini, MPPG bersama agensi swasta yang lain “memasak dan memastikan kualiti bubur yang serta jawatankuasa surau dan masjid sekitar Pasir Gudang dimasak sedap dan menyelerakan untuk telah menganjurkan Program Bubur Lambuk Perdana diagihkan kepada orang awam. bertempat di perkarangan Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Antara agensi yang telah memberikan sumbangan ialah: i. Yayasan Pasir Gudang Acara memasak bubur lambuk ini merupakan program ii. Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) tahunan setiap kali menjelang Ramadan yang dianjurkan iii. Meridin East Sdn. Bhd. di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat. iv. Altech Chemical Sdn. Bhd. v. Eco Tropics Development Sdn. Bhd. Antara objektif program ini diadakan adalah bagi memberi vi. Seri Alam Properties Sdn. Bhd. galakan kepada masyarakat terutamanya golongan vii. Waqaf An-nur Corporation Berhad berkemampuan untuk berkongsi rezeki menyambut viii. NGC Energy Sdn. Bhd. kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak disamping ix. Prima Gas Sdn. Bhd. menggalakkan aktiviti menderma dan tolong-menolong x. Faiza Marketing Sdn. Bhd. sesama muslim. xi. Padiberas Nasional Berhad xii. Regency Specialist Hospital xiii. Zara Foodstuff Industries Sdn. Bhd. Aktiviti memasak bubur lambuk bermula seawal jam 8.00 xiv. Koperasi Wawasan MPPG Johor Berhad pagi. Sebanyak 30 buah periuk disediakan untuk 25 buah xv. Maslee Wholesales (PG) Sdn. Bhd. kumpulan yang mewakili Jawatankuasa Penduduk Zon xvi. Mewaholeo Industries Sdn. Bhd. (JKPZ), agensi dan NGO. Kumpulan Sukarelawan dari xvii. Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd. Mewaholeo Industries Sdn. Bhd. juga turut hadir bagi bersama-sama membantu peserta memasak bubur lambuk. Tuan Haji Abdul Halim bin Mohamad Dawan, Ahli Majlis Zon Nusa Damai selaku wakil rasmi Tuan YDP MPPG menyerahkan apron kepada wakil setiap kumpulan sebagai simbolik permulaan program. Hampir 10 ribu mangkuk diagihkan kepada penduduk Pasir Gudang.

Acara kemuncak diteruskan dengan penyampaian sijil dan bubur lambuk kepada agensi penyumbang oleh YB Dato’ Seri Hj. Che Zakaria bin Mohd Salleh, ADUN Permas dan pemberian bubur lambuk kepada orang ramai di lokasi program.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 3 Penerima sumbangan bergambar beramai-ramai bersama Tuan Pegawai Daerah dan Yang Dipertua selepas majlis sumbangan selesai Majlis Serahan SUMBANGAN RAMADAN DARI PUSPANITA DAERAH JOHOR BAHRU

eramai 20 orang golongan asnaf telah terpilih untuk Smenerima sumbangan Ramadan oleh Puspanita Daerah Johor Bahru. Sumbangan telah diberikan oleh Yang Amat Mulia Permaisuri Raja Zarith Sofea Almarhum Sultan Idris Shah berupa wang tunai RM100.00 setiap orang.

Majlis penyerahan sumbangan telah diadakan pada 22 Mei yang lalu bertempat di Dewan Besar Aras 3, Menara Aqabah. Tuan Hj. Ridha bin Dato’ Hj. Abd Kadir bersama isteri telah hadir bagi menyampaikan sumbangan kepada penerima. Hadir sama dalam majlis ini, Yang Dipertua MPPG bersama isteri, Puan Hajah Siti Sofiah binti Arif yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Puspanita Daerah Johor Bahru merangkap pengerusi Puspanita MPPG.

Seterusnya pemberian cenderahati kepada Tuan Pegawai Daerah Johor Bahru, telah disampaikan oleh Yang Dipertua. Majlis berakhir dengan sesi fotografi bersama semua penerima sumbangan.

Tuan Pegawai Daerah Johor Bahru menerima cenderahati daripada Yang Dipertua

4 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG RayaRaya FestFest 1919 BERLANGSUNG MERIAH

AYA FEST merupakan acara tahunan anjuran Pemenang bertuah, Puan Siti Fatimah binti Mohammad RPengurusan Kompleks Pusat Bandar & UTC Pasir Yusoff berkata, beliau tidak menyangka akan membawa Gudang, berlangsung selama sebulan bermula 4 Mei hingga pulang tempat hadiah pertama. 4 Jun 2019 yang bertempat di Atrium dan Aras 3, Kompleks “Saya sering membeli kelengkapan aidilifitri setiap tahun Pusat Bandar & UTC Pasir Gudang. disini, namun tidak menyangka bertuah bagi tahun ini kerana memenangi hadiah cabutan,” Program yang berkonsepkan jualan pakaian dan kuih raya katanya lagi. ini berjaya menarik lebih dari 10,000 pengunjung. Kebanyakan pengunjung yang terdiri daripada warga Pasir Gudang, Johor Bahru dan Singapura. Program ini juga telah mendapat liputan media tempatan radio Best FM.

Antara aktiviti-aktiviti menarik yang berlangsung sepanjang program persembahan artis tempatan, pertandingan menganyam ketupat, demonstrasi masakan juadah raya, persembahan badut, persembahan qasidah, persembahan ghazal, persembahan nasyid, fashion show, dan cabutan bertuah.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, tidak lengkap Raya Fest ini tanpa acara cabutan bertuah. Acara cabutan bertuah yang berlangsung pada 1 Jun 2019 itu menyaksikan pemenang tempat pertama berjaya membawa pulang sebuah Iphone XR 64gb yang bernilai RM4,000.00. Karnival ini dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam. Pelbagai jenis persiapan raya ditawarkan sempena Raya Fest 19 di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang yang menjanjikan harga yang berpatutan. MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 5 BAZAR RAMADAN KOMPLEKS PUSAT BANDAR PASIR GUDANG (KPBPG) MENAWARKAN PELBAGAI PILIHAN Para pengunjung mencari menu berbuka puasa MPPG SEMPENA RAMADAN 1440H di bazar Ramadan KPBPG MENU BERBUKA PUASA

eperti tahun-tahun sebelum ini, Pengurusan Kompleks SPusat Bandar (KPBPG) & UTC Pasir Gudang masih meneruskan jualan tapak Bazar Ramadan kepada peniaga-peniaga juadah berbuka puasa sekitar Pasir Gudang.

Bazar Ramadan KPBPG kali ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada kalangan peniaga-peniaga dan para pengunjung. Pelbagai juadah berbuka puasa ditawarkan kepada orang awam dan pengunjung kompleks. Antara menu yang menjadi pilihan untuk dijual pada tahun ini adalah nasi nasi Antara menu citarasa masakan Johor yang turut beriani, donut bomboloni, nasi ayam, ayam percik, air katira dan dijual di bazar Ramadan ini banyak lagi.

Bazar Ramadan KPBPG yang bertempat bersebelahan ini hampir memuatkan 126 lot makanan dan minuman dengan harga sewaan tapak yang minimum iaitu RM360 sahaja. Orang awam boleh mendapatkan pelbagai juadah berbuka puasa yang bermula jam 4.00 petang sehingga waktu berbuka.

6 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG MAJLIS KHATAM AL-QURAN MPPG SEMPENA RAMADAN 1440H

PPG melalui Biro Agama Kelab Sukan dan MKebajikan (KSK) MPPG telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadan pada 23 Mei yang lalu bertempat di Masjid An-Nur Pasir Gudang.

Yang Dipertua, Setiausaha dan warga kerja MPPG telah memulakan majlis dengan bacaan surah-surah khatam Al-Quran. Majlis diteruskan lagi dengan tazkirah yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Mohd Shafie bin Abdul Rahman sehingga waktu berbuka puasa usai azan Maghrib.

Majlis diakhiri dengan solat Isyak, solat Tarawikh dan jamuan moreh bersama Yang Dipertua.

Hadir sama dalam majlis ini, Ahli-Ahli Majlis MPPG serta jemaah masjid.

Yang Dipertua turut serta dalam sesi bacaan surah pilihan khatam Al-Quran yang diadakan MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 7 PROGRAM ZIARAH DAN SUMBANGAN RAMADAN 1440H

ada 15 Mei 2019, Program Ziarah dan Sumbangan PRamadan 1440H telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Kg. Pasir Putih, Pasir Gudang.

Program ini merupakan aktiviti tahunan sempena Ramadan yang dilaksanakan hampir 12 tahun di Kg. Pasir Putih dengan kerjasama NGO dan MPPG. Dihadiri oleh YB Dato’ Haji Abu Bakar bin A. Rashid, YB Dato’ Haji Mohd Rehat bin Ahmad, Encik Sulaiman Ismail, IR Syed Yasin Syed Mohd dan Pegawai-pegawai MPPG.

Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mohammed Ridha bin Dato’ Haji Abd. Kadir, pegawai Daerah Johor Bahru. Penerima adalah terdiri dari pelbagai YBhg. Dato’ Hj. Mohammed Ridha bin Dato’ Hj. Abd. Kadir kategori iaitu seperti OKU terlantar, OKU Fizikal dan pesakit bersama dalam sesi lawatan program ziarah dan sumbangan Hydrochepulus. Sebanyak 6 keluarga terpilih dalam program yang diadakan ziarah kali ini yang terdiri dari 7 individu penerima. Program ziarah ini dilaksanakan dengan ke rumah-rumah penerima pelaksanaan program ini seterusnya berharap program dan menyerahkan bantuan dalam bentuk kewangan dan ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi barangan dapur. menghayati kehadiran Ramadan dan berkongsi rezeki dengan keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan. Dato’ Haji Abu Bakar bin A. Rashid selaku wakil kepada Selain itu beliau juga berharap dapat mengajak lebih penganjur mengucapkan ribuan terima kasih di atas banyak lagi syarikat atau NGO untuk bersama-sama sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang menjayakan program ini. MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MEDIA JOHOR

PPG dibawah Unit Korporat dan Perhubungan Awam M(UKPA) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Media pada 13 Mei yang lalu, bertempat di Sangkar Kristal , Johor Bahru.

Majlis yang disertai hampir 50 media tempatan ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua, Tuan Hj. Zainor bin Adani. Majlis dimulakan dengan bacaan doa jamuan berbuka puasa, serta penyampaian biskut raya kepada para media yang hadir yang disampaikan oleh Yang Dipertua.

Selain menjamu selera, Tuan Hj. Zainor turut meluangkan masa beramah mesra dengan para media yang hadir dalam majlis ini.

Semoga program tahunan setiap kali Ramadan ini akan berterusan dan menjadi satu platform bagi mengeratkan lagi jalinan mesra MPPG bersama para media di Negeri Johor ini.

8 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG Jamuan Raya KOMPLEKS PUSAT BANDAR PASIR GUDANG (KPBPG) & UTC PASIR GUDANG YB. Dato’ Che Zakaria bin Mohd Salleh hadir sama dalam Majlis Sambutan Syawal yang diadakan

ejabat Pengurusan Kompleks Pusat Bandar Pasir PGudang (KPBPG) bersama agensi-agensi UTC Pasir Gudang telah menganjurkan Jamuan Raya sempena sambutan Syawal 1440 Hijrah pada 26 Jun 2019 yang lalu bertempat di Ruang Legar UTC Pasir Gudang, Pusat Bandar.

Majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran ADUN Permas, Yang Berhormat Dato’ Che Zakaria bin Mohd Salleh. Hadir sama Tuan Yang Dipertua MPPG, Tuan Hj. Zainor bin Adani, pegawai-pegawai dari Agensi UTC serta pegawai-pegawai MPPG dan orang awam. Majlis meraikan bulan Syawal ini telah berlangsung dari jam 11.00 pagi hingga 5.30 petang dan disertai lebih 2000 pengunjung. Kira-kira 15 buah gerai

Antara gerai makanan dan minuman yang makanan dan minuman yang menyajikan pelbagai juadah menyajikan pelbagai juadah sempena Aidilfitri, antaranya nasi beriani, laksa johor, ketupat bersama sambutan Syawal pada kali ini rendang, lemang dan pelbagai lagi disediakan kepada semua pengujung yang hadir.

Semoga majlis yang memberi kebaikan kepada masyarakat seperti ini dapat diteruskan lagi pada tahun akan datang.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 9 10 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 11 12 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 13 LAWATAN KE TAMAN PERTANIAN NEGERI JOHOR

PPG bersama Pejabat Daerah Johor Bahru, Tourism MJohor dan Koperasi Persatuan Peniaga Kong-Kong telah mengadakan lawatan ke Taman Pertanian Negeri Johor pada 18 Jun yang lalu.

Antara objektif program lawatan diadakan adalah bagi mencari kawasan pelancongan menarik di Pasir Gudang untuk diwar-warkan sempena Tahun Melawat Johor 2020, mencari kawasan menarik untuk dilaksanakan bagi aktiviti “Discovery Johor 2020” serta mengenal pasti isu dan masalah pusat-pusat pelancongan di Pasir Gudang.

Lawatan bermula di Taman Pertanian Johor seterusnya bergerak ke kawasan pelancongan di Kong-Kong dengan melakukan aktiviti mencari lokan dan singgah ke perusahaan Melihat aktiviti mencari lokan di kawasan sungai Latoh. Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Lawatan juga dibawa menaiki bot dan bersiar-siar sekitar kawasan pulau. Lawatan berakhir kira-kira jam 2.30 petang selepas sesi lawatan di Sarang Buaya Pasir Gudang dan jamuan tengahari di Restoran Rahmat Kampung Pasir Gudang.

Pengerusi KSK MPPG, En Sulaiman Ismail mempengerusikan mesyuarat yang diadakan. Acara cabutan bertuah turut diadakan. MESYUARAT AGUNG KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN (KSK) MPPG KALI KE-27 esyuarat Agung KSK MPPG Kali ke-27 sesi Mesyuarat seterusnya mengumumkan senarai ahli M2018/2019 telah diadakan bagi membentangkan jawatankuasa yang telah dipilih berdasarkan sistem undi laporan aktiviti kelab sepanjang tahun 2018. Setiausaha pada 9 Mei yang lalu. En. Syafiq Hanis bin Hamli telah MPPG, En. Sulaiman bin Ismail, selaku Pengerusi KSK diberi kepercayaan sekali lagi dengan majoriti pilihan undi bagi dilantik menjadi Naib Pengerusi bagi sesi 2019/2020. MPPG telah mempengerusikan mesyuarat tersebut. Selain itu, mesyuarat turut membincangkan cadangan- cadangan ahli yang diajukan ahli melalui borang cadangan Mesyuarat dimulakan dengan sesi pembentangan oleh yang telah diedarkan sebelum mesyuarat dijalankan. setiap pengerusi biro antaranya Biro Kebajikan, Biro Pendidikan, Biro Wanita, Biro Agama dan Biro Sukan. Sesi mesyuarat berakhir dengan acara cabutan bertuah. Laporan kewangan tahunan kelab juga telah dibentangkan Cabutan diadakan dengan lebih 30 hadiah-hadiah menarik oleh akauntan KSK MPPG, En. Abdul Halim bin Nasruddin. disediakan untuk ahli yang hadir.

14 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG LAWATAN Pelajar-pelajar bergambar bersama selepas sesi lawatan tamat AKADEMIK PPG telah menerima lawatan dari pelajar-pelajar Fakulti MPengurusan Teknologi Perniagaan, Universiti Tun Hussein BAGI SUBJEK Onn Malaysia pada 2 Mei yang lalu. Delegasi seramai 33 pelajar ini bersama pensyarah pengiring, LAr. Dr. Kamalludin bin Bilal. REKABENTUK Objektif lawatan diadakan adalah bagi memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan berkaitan dengan rekabentuk landskap dan pengurusan pembangunan landskap di Pihak ASAS SENIBINA Berkuasa Tempatan. Para pelajar turut diberi taklimat oleh Ketua Bahagian Landskap, MPPG LAr. Pn. Zanariah binti Kadir mengenai LANDSKAP, perkembangan dan pengurusan landskap di bawah Majlis Perbandaran Pasir Gudang. UTHM JOHOR Sesi lawatan berakhir dengan pertukaran penyampaian cenderahati seterusnya sesi bergambar dan jamuan tengahari. KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN (KSK) MPPG

Penyampaian cenderahati disampaikan oleh LAr. Pn. Zanariah Binti Kadir, Ketua Bahagian Landskap, MPPG

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 15 BIRO PENDIDIKAN KELAB SUKAN & KEBAJIKAN (KSK) MPPG ANJUR “Bakul Kasih Ramadan”

rogram yang telah memasuki tahun kedua ini merupakan satu Pprogram kebajikan anjuran KSK MPPG dibawah Biro Pendidikan. Bagi Ramadan kali ini, sejumlah RM4,200.00 berjaya dikumpulkan bagi pembelian 84 buah “Bakul Kasih Ramadan”. Sumbangan diuruskan oleh Biro Pendidikan KSK MPPG dan diserahkan kepada Penolong Pegawai Kewangan MAIJ (Cawangan Pasir Gudang) Encik Idris Mas’od untuk edaran kepada golongan asnaf yang memerlukan di sekitar Pasir Gudang. Sumbangan disampaikan oleh Naib Pengerusi KSK MPPG Encik Syafiq Hanis Hamli.

Biro Pendidikan KSK MPPG mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga kerja Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan Jabatan Imigresen UTC Pasir Gudang di atas sumbangan dan sokongan dalam menjayakan Program Sumbangan Amal “Bakul Kasih Ramadan”. Semoga asbab sumbangan ini, kita semua mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.

MPPG TERIMA LAWATAN EKSA MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI

Delegasi dibawa melawat zon-zon EKSA dalam bangunan Menara Aqabah

ajlis Perbandaran Pasir Gudang telah menerima lawatan EKSA dari Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) pada M21 Mei yang lalu. Seramai 40 warga kerja MBIP telah menyertai sesi lawatan ini yang turut bersama Puan Salwa binti Abd Rashid, selaku Ketua Unit Korporat dan Perhubungan Awam MBIP.

Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat mengenai program EKSA yang dijalankan di MPPG bermula dari awal sehinggalah berjaya memperoleh Sijil Pengiktirafan dari Unit Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Seterunya selepas sesi soal jawab dan pertukaran penyampaian cenderahati, delegasi telah dibawa melawat ke beberapa zon EKSA di MPPG. Antaranya Zon Kromium (Perpustakaan Awam Pasir Gudang), Zon Teknetium (Bahagian Penyelenggaraan Aset), Zon Nobium (Bahagian Landskap), Zon Kadmium (Jabatan Khidmat Pengurusan), Zon Zink, (Bahagian Teknologi Maklumat) dan Zon Kuprum (Unit Korporat dan Perhubungan Awam).

Semoga lawatan yang dianjurkan ini, mampu memberi sedikit pengetahuan dan perkongsian kepada pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri mengenai pendedahan dan program EKSA yang dijalankan.

16 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG Yang Dipertua MPPG menerima poster jurnal yang disampaikan oleh Profesor Dr. Abd Wahid Haron, pensyarah dari Fakulti Perubatan Veterinar UPM Malaysia

MPPG TERIMA LAWATAN EKSA PENYAMPAIAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI POSTER JURNAL PROJEK BERSAMA MPPG DAN UPM

enyampaian poster jurnal ini telah diadakan pada 22 PMei yang lalu bertempat di aras 20, Menara Aqabah. Ia merupakan hasil kerjasama UPM dan MPPG melalui Unit Sarang Buaya, Jabatan Pembangunan Masyarakat.

Penerbitan jurnal ini merupakan kajian bersama yang berprestij tinggi yang bertajuk Aquaculture, Science Direct, Elsevier dan ia mula diterbitkan didalam talian mulai Januari 2018. Yang Dipertua MPPG, Tuan Hj. Zainor bin Adani telah hadir bagi menerima penyerahan poster jurnal yang telah disampaikan oleh Profesor Dr. Abd. Wahid Haron selaku pensyarah Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang turut bertindak sebagai ketua penyelidikan kajian di Sarang Buaya sebelum ini. Turut hadir dalam Majlis penyerahan poster ini ialah Ahli-Ahli Majlis MPPG, serta Ketua-Ketua Jabatan.

Diharapkan juga, program kajian seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang sebagai satu cara berkongsi idea, menimba ilmu pengetahuan dan sebagai satu kerjasama antara dua pihak ini di masa akan datang.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 17 G DAN GU ASIR N P ASA YAY 15 MEI 2019

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI 2019 KERJASAMA SOUTHERN POWER GENERATION SDN. BHD. rogram ini merupakan program CSR daripada syarikat Southern PPower Generation Sdn. Bhd. dengan kerjasama Yayasan Pasir Gudang meraikan bersama-sama masyarakat di Pasir Gudang yang menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. Pihak SPG juga berkesempatan untuk berbuka puasa bersama-sama para penerima sumbangan dan jemaah masjid yang lain. Seramai 50 orang penerima telah menerima sumbangan tersebut. Antara objektif penganjurannya ialah meringankan beban masyarakat kurang berkemampuan bagi menyambut hari raya Aidilfitri.

16 MEI 2019 MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN AIDILFITRI YPG 2019 erupakan program tahunan bagi meraikan bersama- Msama masyarakat di Pasir Gudang yang menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. Pihak YPG juga berkesempatan untuk berbuka puasa bersama-sama para penerima sumbangan.

Penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Y.B. Cik Liow Cai Tung, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang. Seramai 200 orang penerima telah menerima sumbangan tersebut.

21 MEI 2019 MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN AIDILFITRI MASYARAKAT ORANG ASLI 2019

18 MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 25 MEI 2019 MAJLIS BERBUKA rogram ini telah berlangsung di perkarangan Stadium PUASA DAN PENYERAHAN PPerbandaran Pasir Gudang yang merupakan program tahunan bagi meraikan bersama-sama masyarakat di Pasir SUMBANGAN ASNAF Gudang yang menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. Pihak YPG juga berkesempatan untuk berbuka puasa bersama-sama BAZAR MEGA RAYA 2019 para penerima sumbangan. Seramai 50 orang penerima telah menerima sumbangan tersebut.

25 MEI 2019 MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN PERAYAAN HARI GAWAI 2019 enyampaian sumbangan telah diadakan di dewan Jalan Suria, PBandar Seri Alam bagi meraikan masyarakat Pasir Gudang yang menyambut Hari Gawai. Penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Encik Syed Othman bin Abdullah, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang. Seramai 200 orang penerima pelbagai bangsa telah menerima sumbangan tersebut.

rogram ini juga merupakan program tahunan bagi meraikan Pmasyarakat Orang Asli di Pasir Gudang yang menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. Melibatkan 4 buah perkampungan Orang Asli iaitu Kg. Orang Asli Kg. Kuala Masai, Kg. Orang Asli Kg. Pasir Putih, Kg. Orang Asli Telok Kabung dan Kg. Orang Asli Kg. Pasir Salam.

Penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Y.B. Tuan Hassan bin Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang. Seramai 67 buah keluarga Orang Asli telah menerima sumbangan tersebut. Semoga sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban masyarakat kurang berkemampuan bagi menyambut hari perayaan Aidilfitri.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 19