Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas Penggal Kelima Mesyuarat Ketiga

Total Page:16

File Type:pdf, Size:1020Kb

Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas Penggal Kelima Mesyuarat Ketiga Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KETIGA Bil. 54 Rabu 24 Oktober 2012 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2013 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.13 (Halaman 26) Maksud B.20 (Halaman 63) Maksud B.21 (Halaman 103) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 25) Usul Anggaran Pembangunan 2013 Jawatankuasa:- Maksud P.13 (Halaman 26) Maksud P.20 (Halaman 63) Maksud P.21 (Halaman 103) DR 24.10.2012 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Rabu, 24 Oktober 2012 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat ] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah [Jasin] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan: (a) nilai dagangan dua hala (eksport dan import) ke negara Eropah dan Amerika Syarikat sehingga Jun tahun 2012; dan (b) apakah kesan yang diramal bakal dialami oleh perkembangan ekonomi negara jika Eurozone debt crisis di Eropah dan kelembapan ekonomi di Amerika Syarikat berterusan. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I [Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, dari Januari hingga Julai 2012, nilai dagangan antara Malaysia dan negara Eropah direkodkan berjumlah RM81.38 bilion iaitu eksport sebanyak RM39.43 bilion dan import RM41.95 bilion. Jumlah ini telah berkurang 0.5% berbanding Januari hingga Julai 2011 di mana nilai dagangan dua hala adalah berjumlah RM81.77 bilion iaitu eksport sebanyak RM44.27 bilion dan import RM37.5 bilion. Sementara itu, jumlah perdagangan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat dari Januari hingga Julai 2012 ialah RM63.91 bilion, menyusut sebanyak 2.7% berbanding tempoh yang sama tahun 2011 dengan eksport bernilai RM35.17 bilion dan import RM28.74 bilion. Walaupun terdapat penurunan jumlah perdagangan dua hala, jumlah eksport Malaysia ke Amerika Syarikat telah meningkat sebanyak 6.4% untuk tempoh Januari hingga Julai 2012 berbanding tempoh yang sama pada tahun 2011. Untuk makluman Yang Berhormat, negara-negara Eropah mewakili 11.4% dan Amerika Syarikat mewakili 8.9% daripada nilai keseluruhan perdagangan global Malaysia yang berjumlah RM1.3 trilion pada tahun 2011. Adalah dijangkakan bahawa sekiranya dengan izin, Eurozone debt crisis berpanjangan dan pemulihan pertumbuhan ekonomi di Amerika Syarikat terus memakan masa yang lama, pengeksport Malaysia akan mengalami kelembapan DR 24.10.2012 2 permintaan terhadap barangan produk di pasaran-pasaran tersebut. Kekurangan permintaan pengguna ini dipengaruhi oleh kadar pengangguran yang tinggi iaitu sekadar 11.3% di Kesatuan Eropah dan 7.8% di Amerika Syarikat, kadar pertumbuhan gaji yang perlahan serta kadar hutang isi rumah yang masih tinggi di Eropah dan Amerika Syarikat. Tuan Yang di-Pertua, walaupun pertumbuhan eksport ke pasaran EU dan Amerika Syarikat perlahan, Malaysia masih berjaya meningkatkan jumlah eksport ke negara-negara pasaran lain seperti China, India dan negara-negara di Asia Barat. Eksport ke China telah meningkat sebanyak 13.9% daripada RM80.1 bilion dalam tahun 2010 kepada RM91.2 bilion pada tahun 2011. India sebanyak 34.6% daripada RM20.9 bilion dalam tahun 2010 kepada RM28.2 bilion pada tahun 2011 dan negara-negara di Asia Barat sebanyak 27.8% daripada RM43.9 bilion dalam tahun 2010 kepada RM56.1 bilion pada tahun 2011. Strategi mempelbagaikan pasaran telah membantu mengurangkan impact Eurozone debt crisis serta kelembapan ekonomi Amerika ke atas prestasi keseluruhan eksport Malaysia. Eksport Malaysia secara keseluruhannya telah mencatatkan pertumbuhan yang positif bagi tahun 2011 iaitu sebanyak 8.7% dan ini dijangka berterusan positif untuk tahun 2012. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri terus memantau perkembangan Eurozone debt crisis. Langkah-langkah pemulihan ekonomi Amerika melalui pengumpulan dan penyampaian maklumat-maklumat perdagangan dari pelbagai sumber. Usaha juga diteruskan untuk mempergiatkan pemasaran ke negara-negara Eropah lain yang bukan negara anggota Eurozone seperti Rusia, Republik Czech, Norway, Ukraine serta menubuhkan pasaran-pasaran di Afrika serta Asia Barat seperti Turki dan negara-negara Teluk. Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah [Jasin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan penjelasan yang cukup baik sekali, yang seharusnya kita kena terima dan mendepani bersama. Walau bagaimanapun, kita hidup ataupun tinggal dalam sebuah global village . Maka impaknya dan kesannya juga terasa oleh banyak negara emerging economies seperti Brazil, China dan juga India yang menjadi rakan dagang kita. Negara-negara ini sebenarnya telah mencatatkan pertumbuhan yang perlahan. Begitu juga GTP mungkin akan menjadi lebih rendah lagi pada tahun hadapan. ■1010 Justeru kita dapat lihat GNI per kapita kita pun akan menjadi lebih rendah dan dengan sendirinya sasaran untuk kita menjadikan sebuah negara berpendapatan tinggi mungkin juga akan terjejas. Jadi apakah sebenarnya tindakan-tindakan kerajaan untuk luar jangka bagi memastikan supaya sasaran kita akan tercapai. Keduanya angka untuk bulan Julai dan bulan Ogos perdagangan Malaysia telah menurun. Kita menjangkakan pada keseluruhan penggal kedua pun akan lebih rendah. Maka apakah usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan bagi mengekang supaya cabaran global ini dapat kita sama-sama atasi bagi memastikan supaya DR 24.10.2012 3 kita mendapat pertumbuhan perdagangan dan juga pertumbuhan ekonomi kita yang lebih baik. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir: Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Tuan Yang di-Pertua, bila kita lihat kelembapan perdagangan khususnya daripada kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat, kita tidak hilang tumpuan daripada negara-negara yang dianggap emerging economies ini. Iaitu negara yang disebut oleh Yang Berhormat tadi Brazil, China dan India. Suka saya laporkan di sini bahawa nilai dagangan kita dengan Brazil RM8.8 bilion. Ini untuk tahun lepas 2011. Nilai dagangan kita dengan India pula RM38.3 bilion, manakala dengan China suka saya laporkan di sini berjumlah RM167.3 bilion. Bukannya satu angka yang kecil. Kita lihat nilai dagangan ini akan bertambah dari tahun ke tahun. Pada masa yang sama bagi kita memastikan pertumbuhan eksport Malaysia ini terus meningkat bagi tahun ini dan juga tahun hadapan kementerian khususnya melalui MATRADE telah dan akan terus menganjurkan promosi perdagangan terutamanya di pasaran-pasaran yang kita anggap bukan tradisional. Jadi fokus kali ini ialah di bandar-bandar second tier di China seperti Sichuan, Xinjiang, Xinhua, Guangzhi, ini provinsi-provinsi yang sekarang ini melihat pertumbuhan yang agak pantas berlaku. Selain itu di negara-negara ASEAN seperti Myanmar, Thailand dan Indonesia, kita akan terus memberi tumpuan. Misi pemasaran juga kita jalankan di Asia Barat, negara-negara seperti Oman, Qatar dan Turki. Benua Afrika dan Benua Asia seperti Kazakhstan juga kita beri perhatian. Kita adakan beberapa rombongan misi galakan perdagangan yang kita jalankan termasuklah program showcase Malaysia . Contohnya di Yangon Myanmar pada Julai 2012. Kemudian kita ada juga 1Malaysia Promotion dengan izin di Muscat, Oman pada 28 April tahun ini. Di Turki kita adakan Malaysia Week baru-baru ini iaitu awal bulan ini. Kemudian kita ada satu pameran yang mendapat sambutan begitu baik sekali iaitu Malaysia Services Exhibition di tiga tempat sebenarnya, Qatar pada April tahun ini, kemudian kita adakan di Beijing dan Chengdu di China bulan September yang lepas. Kesemuanya mendapat sambutan yang begitu baik sekali. Untuk kita membantu syarikat-syarikat Malaysia meningkatkan lagi eksport ke pasaran antarabangsa MATRADE akan adakan pameran yang terbesar kita iaitu INTRADE pada 24 hingga 28 November ini. Ini diadakan di sini di Kuala Lumpur. Sehingga kini lebih 400 syarikat telah mendaftar untuk mengambil bahagian. Antaranya juga daripada luar negara seperti China, India, ASEAN, Asia Barat dan Afrika. Melalui usaha-usaha promosi galakan dan pemasaran yang kita dapati bahawa ianya menyumbang secara langsung kepada peningkatan eksport negara dan juga membantu Malaysia mengurangkan kesan daripada kelembapan ekonomi yang dilihat berlaku di EU dan juga Amerika Syarikat. Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat, pada kebelakangan ini perdagangan di DR 24.10.2012 4 antara Europe ke Malaysia, US ke Malaysia, semestinya akan lembap kerana apa yang dikatakan Eurozone Depressive . Berkaitan dengan perkara ini, apakah ini yang menyebabkan kerajaan menangguhkan FTA dengan Europe dan US. Saya difahamkan kita telah mengadakan lebih kurang dua, tiga dekat hendak mencapai FTA dengan negara-negara ini tetapi telah ditangguhkan. Apakah effect FTA dalam situasi keadaan sekarang dan apakah ia akan melindungi pengeksport-pengeksport negara ini dengan kita menjadi satu koloni kepada negara Amerika dan Europe . Dalam hal ini apakah tindakan yang telah diambil dan bilakah FTA ini akan ditandatangani. Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir: Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya apa yang kita dapati daripada pengalaman kami, perjanjian-perjanjian dagangan bebas ini memberi manfaat dan faedah yang besar kepada negara.
Recommended publications
  • 23 November 2016
    Bil. 52 Rabu 23 November 2016 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS ________________________________________________________________________________________________________ Diterbitkan oleh: PENGGAL KEEMPAT CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA MESYUARAT KETIGA 2016 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 20) USUL MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DI BAWAH P.M.27(3): Menggantung Yang Berhormat Segambut Daripada Perkhidmatan Majlis Mesyuarat Selama Enam Bulan (Halaman 21) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Kewangan 2016 (Halaman 25) Rang Undang-undang Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Anugerah 2016 (Halaman 58) Rang Undang-undang Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar)(Pindaan) 2016 (Halaman 82) Rang Undang-undang Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan)(Pindaan) 2016 (Halaman 83) Rang Undang-undang Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Pindaan) 20 (Halaman 100) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2016 (Halaman 119) Rang Undang-undang Penerbangan Awam (Pindaan) 2016 (Halaman 138) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 20) Meminda Susunan Aturan Urusan Mesyuarat (Halaman 45) Menangguhkan Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Rang Undang-undang (Halaman 142) ________________________________________________________________________________________________________ Diterbitkan oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2016 DR 23.11.2016 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, P.S.M., S.P.D.K., S.U.M.W., P.G.D.K., J.S.M., J.P. 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, P.G.D.K., A.S.D.K.
    [Show full text]
  • The Perceptions of the Malay Voters at the Hulu Selangor
    VOTERS’ PERCEPTIONS ON THE MEMBERS OF PARLIAMENT (MPs) OF BUKIT KATIL AND KOTA MELAKA BY NUR AMALINA BINTI MUHAMMAD NOR A dissertation submitted in fulfilment of the requirement for the degree of Master of Human Sciences (Political Science) Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences International Islamic University Malaysia FEBRUARY 2012 ABSTRACT This study analyzes the perceptions of Malay and Chinese voters on the performance of their Members of Parliament (MPs) and their level of satisfaction with MPs in Bukit Katil and Kota Melaka parliamentary constituencies in Melaka. The data were collected through questionnaires from a stratified sample of 320 respondents of the two constituencies. In addition, references are made to books, journals, reports, and electronic sources. The data thus collected were analyzed by using the Statistical Package for the Social Sciences Program (SPSS). The study uses the framework developed by the National Democratic Institute. The study found that the residents of the two constituencies are not totally satisfied with their MPs even though they agreed on certain items. The six hypotheses which guided this thesis are confirmed. The study also found that age, education, income, occupation, and party affiliation of the respondents influence the evaluation of their MPs. ii خﻻصة البحث حتاولىذه الدراسة حتليل تصورات ادلصوتني ادلﻻيويني والصينيني حنو أداء ممثليهم يف الربدلان، وتتييم مسوو رراىم اه أأعاء بدلااني دسسوريني يف ﻻﻻا وحتديدا ًا يف وﻻيت ﻻاتيل وﻻوتا ﻻﻻا. ومجعت علو ات الدارسة ن اسسبااة اسسهدف 320 أينة ن ﻻﻻ الربدلااني، إرافة إىل عض ادلصادر ثل الكسب، واجملﻻت احملكمة، والستاريب، وغريىا ن ادلصادر اﻹلكرتواية. وتتوم ىذه الدراسة اﻹحصائية سحليل النسائج أن طبيق باا ج حز ة اﻹحصاءات للعلوم اﻻجسماأية .
    [Show full text]
  • For Review Purposes Only
    ONLY PURPOSES REVIEW FOR Understanding the Dewan Rakyat Copyright © Konrad-Adenauer-Stiftung & Insight News Sdn Bhd. 2011 All rights reserved. No part of this book may be used or reproduced in any manner whatsoever without written permission from the Publisher except in case of brief quotations embodied in critical articles and reviews. Earlier versions of MP Watch: Eye on Parliament reports have appeared in The Nut Graph website exclusively. Images contained in this volume are courtesy and property of The Nut Graph, the interviewees and/or other sources respectively. Permission to reproduce the aforementioned and previously published material is gratefully ONLY acknowledged. FIRST EDITION: March 2011 Published by B-2-19, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, PJU 3, 47410 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia E-mail: [email protected] Website: www.zipublications.com.my ISBN 978-967-5266-18-8 Layout & cover design by creativetrees.blogspot.com /REVIEW [email protected] Perpustakaan Negara Malaysia Cataloguing-in-Publication Data Understanding the Dewan Rakyat / The Nut Graph FOR ISBN 978-967-5266-18-8 1. Malaysia – Politics and government. I. Title. 344.07409595 Printed in Malaysia by Vinlin Press Sdn. Bhd. No. 2, Jalan Meranti Permai 1, Meranti Permai Industrial Park, Batu 15, Jalan Puchong, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia Contents West Malaysia Constituencies Map 10 East Malaysia Constituencies Map 12 Foreword 14 Introduction 16 ONLY Part I Knowing Malaysia’s Parliamentary Democracy 20 System of governance and the role of Parliament 21 Malaysia’s electoral system 24 The work of an MP 30 Funding our MPs 38 The speaker: Functions and powers 42 PURPOSES Part II Knowing Malaysia’s MPs 54 MP Watch: who replied, who didn’t, and why 55 MPs and the ISA 63 MPs and the Islamic state issue 68 MPs and freedom of information 72 MPsREVIEW and separation of powers 77 The challenges of being an MP 81 MPs and lawmaking 88 FORStr engthening parliamentary democracy 93 Part III 222 MP Profiles 100 Perlis P.
    [Show full text]
  • Beraniuntukberubah
    10 RENCANA UTUSAN MALAYSIA • ISNIN 6 MAC 2017 RESAM Usah selesa masalah NURUL HASSAN ANUAR KARI MOHD. NOOR dalaman orang lain [email protected] ERITA mengenai Pilihan Seperti pemimpin UMNO atau dan Chin Choong Seong (Kesi- Jangan sampai Raya Umum (PRU) Ke-14 BN yang lain, Kit Siang dan Guan dang). DAP tidak memandang re- Cterus dibincangkan. Pelba- Apa yang berlaku saat ini Eng juga masuk kampung ber- meh tindakan empat wakil rakyat gai pihak terus membuat ramalan temu orang Melayu. Sama ada berkenaan walaupun menyifatkan jiwa kacau... mengenai tarikh PRU. Parti-parti kepada UMNO berbeza mencari simpati politik atau mela- keputusan itu adalah tindakan ba- politik pula terus aktif termasuk dengan persediaan wat penduduk, masing-masing las dendam peribadi berikutan mengadakan pemukiman atau berhak membuat andaian tetapi kekalahan dalam pemilihan parti EORANG rakan saya, Zam (bukan nama sebenar) yang retreat. Semalam MCA menyam- mereka berhadapan sekurang-kurangnya, mereka me- di Melaka pada 2015. Geng Empat suka berjenaka tiba-tiba ‘meletup’ di pejabatnya baru-ba- but ulang tahunnya yang ke-68 nunjukkan peranan sebagai orang didakwa tidak dapat menyatakan ru ini selepas berulang kali diasak bos untuk menyiapkan PRU lalu. Apa yang saya dan menjelang sambutan itu, politik. Tidak hairanlah selepas sebab kukuh meninggalkan DAP. Skerja orang lain. lihat, jentera UMNO Zam sebenarnya selama ini suka memendam perasaan dan baru-baru ini bekas Presidennya, meninggalkan Pas, DAP menjalin Bagi musuh DAP, sudah tentulah bersikap Yes Man tetapi akhirnya gagal mengawal diri untuk Ong Tee Keat meninggalkan parti tak bergerak. Saya hubungan dengan serpihan Pas melihat ‘pergolakan’ ini tamparan satu ketika.
    [Show full text]
  • Malaysia Dewan Rakyat Aturan Urusan Mesyuarat
    MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI SELASA, 21 OKTOBER 2008, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 49 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1213-L16392 Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah pegawai perubatan (Doktor/Doktor Pakar) asing juga jururawat asing yang berkhidmat di negara ini, dari negara mana serta jumlah kos yang terlibat/ditanggung Kerajaan dalam membiayai program ini. 2. PR-1213-L16393 Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan sama ada Kerajaan berhasrat untuk mengubahsuaikan Akta Syarikat supaya majikan tidak dapat melepaskan tanggungjawab mereka terhadap bayaran pampasan pemberhentian kerja pada pekerja mereka dengan memakai alasan syarikat boleh muflis. 3. PR-1213-L16288 Dato' Dr. Abdullah bin Md. Zin [ Besut ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bahawa daerah Besut, Terengganu merupakan antara daerah 'Jelapang Padi' yang terbesar di Malaysia. Masalah yang sering dihadapi oleh pesawah padi di daerah Besut adalah kerana kelemahan sistem pengalirannya. Adakah pihak Kerajaan bercadang untuk mengatasi masalah sistem tersebut terutamanya dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9). 4. PR-1213-L15816 Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah aspek-aspek yang akan diberi penekanan dalam pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan rasional di atas pindaan tersebut. 2 AUM DR 21/10/2008 5. PR-1213-L14862 Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah benar Negara yang kekurangan pekerja sehingga bilangan pekerja asing terlalu ramai yang dianggarkan seramai 2 juta orang.
    [Show full text]
  • Melaka Dalam Geopolitik Malaysia Pada Pra Pru- 14, Pru-14 Dan Pasca Pru-14
    Volume 6 Issue 24 (June 2021) PP. 144-176 DOI 10.35631/IJLGC.6240010 INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC) www.ijlgc.com MELAKA DALAM GEOPOLITIK MALAYSIA PADA PRA PRU- 14, PRU-14 DAN PASCA PRU-14 MELAKA IN MALAYSIAN GEOPOLITICS ON PRE GE-14, GE-14 AND POST GE-14 Junaidi Awang Besar1* 1 Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran (PKPSP) Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Email: [email protected] * Corresponding Author Article Info: Abstrak: Article history: Melaka merupakan sebuah negeri yang mempunyai pengundi campuran Received date: 30.03.2021 dengan 58 peratus adalah etnik Melayu. Pengundi Melayu di negeri ini Revised date: 31.05.2021 terkenal dengan penyokong tegar dan fanatik UMNO menjadikan majoriti Accepted date: 13.06.2021 pengundi Melayu di negeri ini menyumbang kepada kemenangan besar Published date: 15.06.2021 kepada BN/UMNO dalam setiap pilihan raya umum. Negeri yang terkenal To cite this document: dengan legenda Hang Tuah dengan slogan “Tak Melayu Hilang Di Dunia” ini mempunyai pengundi yang setia menyokong UMNO yang juga merupakan Awang Besar, J. (2021). Melaka parti keramat Orang Melayu sejak sebelum merdeka lagi. Namun sejak Dalam Geopolitik Malaysia Pada Pra pilihan raya umum 2008, pengundi Cina yang asalnya juga menyokong BN PRU-14, PRU-14 Dan Pasca PRU- telah beralih kepada DAP dan parti komponen pembangkang yang lain. 14. International Journal of Law, Kawasan bandar dan majoriti pengundi etnik Cina terus dikuasai DAP dan Government and Communication, 6 parti pembangkang yang bersekutu dengannya. Kemuncaknya pada Pilihan (24), 144-176.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat
    Bil. 30 Khamis 10 Julai 2008 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL-USUL: Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (Halaman 29) Menangguhkan Mesyuarat di Bawah P.M. 16(3) (Halaman 100) UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN: Menyelamatkan Projek Mega Terbengkalai – Y.B. Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) (Halaman 100) Projek Perumahan Terbengkalai Taman Pinggir Rishah Hijau Jalan Ipoh, Lumut Perak – Y.B. Puan Fong Po Kuan (Batu Gajah) (Halaman 103) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2008 DR.10.07.2008 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, P.G.D.K., P.S.M., J.S.M., J.P. 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, S.U.M.Z., D.K.1(Johor), S.P.M.S., S.S.S.J., S.P.S.A., S.S.A.P., S.P.D.K., D.U.N.M., D.P., S.P.N.S., D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N. (Kepala Batas) – UMNO 2.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Keempat Mesyuarat Ketiga
    Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA Bil. 52 Rabu 23 November 2016 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 31) USUL MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DI BAWAH P.M.27(3): - Menggantung Yang Berhormat Segambut Daripada Perkhidmatan Majlis Mesyuarat Selama Enam Bulan (Halaman 32) RANG UNDANG-UNDANG: - Rang Undang-undang Kewangan 2016 (Halaman 37) - Rang Undang-undang Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Anugerah 2016 (Halaman 86) - Rang Undang-undang Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar)(Pindaan) 2016 (Halaman 123) - Rang Undang-undang Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan)(Pindaan) 2016 (Halaman 125) - Rang Undang-undang Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Pindaan) 20 (Halaman 151) - Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2016 (Halaman 180) - Rang Undang-undang Penerbangan Awam (Pindaan) 2016 (Halaman 210) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 31) Meminda Susunan Aturan Urusan Mesyuarat (Halaman 67) Menangguhkan Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Rang Undang-undang (Halaman 216) DR. 23.11.2016 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA Rabu, 23 November 2016 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] __________________________________________________________________ JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd. Fakeh [Sabak Bernam] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan bilangan pengusaha bumiputera luar bandar yang telah mendapat kemudahan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) dan nyatakan sejauh manakah kementerian telah berjaya melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) dari kalangan luar bandar.
    [Show full text]
  • KKDR-19102016.Pdf
    Bil. 10 Rabu 19 Oktober 2016 M A L A Y S I A PENYATA RASMI PARLIMEN Parliamentary Debates KAMAR KHAS Special Chamber PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA K A N D U N G A N UCAPAN DI BAWAH USUL BEKENAAN PERKARA TADBIR KERAJAAN [P.M.17]: o Isu Pengiktirafan Sijil UEC - YB. Tuan Teo Kok Seong (Rasah) m.s. 1 KKDR 19.10.2016 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, P.S.M., S.P.D.K., S.U.M.W., P.G.D.K., J.S.M., J.P. 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, P.G.D.K., A.S.D.K. [Beluran] - UMNO 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, D.I.M.P., S.M.P., K.M.N. [Kuala Krau] - UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Orang Kaya Indera Shah Bandar, S.P.D.K., S.S.A.P., S.S.S.J., S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S. (Pekan) – UMNO 2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, S.S.A.P., D.P.M.P., D.M.S.M., A.M.P., P.P.T., P.J.K., J.P., S.P.M.P., S.J.M.K. [Bagan Datok] - UMNO 3. Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, Dato’ Sri Liow Tiong Lai, D.G.S.M., S.S.A.P., D.I.M.P., S.M.P.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat
    Bil. 25 Isnin 7 Jun 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KEDUA K A N D U N G A N MENGANGKAT SUMPAH (Halaman 1) PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli-ahli Baru (Halaman 1) - Memperkenankan Akta-akta (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Negara (Halaman 2) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 3) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 25) USUL PERDANA MENTERI: Mengutuk Tentera Rejim Zionis Yang Menyerang Konvoi Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza (Halaman 25) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 35) Menangguhkan Mesyuarat di Bawah P.M 16(3) (Halaman 94) UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN: ■ Penyerahan Medan Minyak Blok ‘L’ dan ‘M’ kepada Brunei dan Pencabulan Terhadap Kedaulatan Negara – Y.B. Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh) (Halaman 94) ■ Pencemaran Serius Kampung Bukit Beruang, Kuala Sungai Baru, Melaka – Y.B. Tuan Sim Tong Him (Kota Melaka) (Halaman 99) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2010 DR.7.6.2010 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin Haji Mulia, S.U.M.W., P.G.D.K., P.S.M., J.S.M., J.P. 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd.
    [Show full text]
  • RTF Document
    MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 5 NOVEMBER 2015, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 49 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1333-L69719 Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan walaupun jumlah yang besar diperuntukkan dalam bajet tahunan pendidikan tinggi, prestasi ranking universiti di negara ini masih belum mencapai tahap 100 terbaik universiti dunia. Apakah sasaran dan tindakan serta langkah-langkah yang akan diambil oleh Kementerian untuk meningkatkan ranking tersebut. 2. PR-1333-L70261 Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :- (a) jumlah tuntutan wang yang tidak dituntut (unclaimed monies) dan dikembalikan semula kepada Kerajaan sejak tahun 2005; dan (b) apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan untuk mengembalikan tuntutan wang tersebut kepada pemohon yang berkelayakan. 3. PR-1333-L71563 Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berapa jumlah yang telah dituntut oleh pengguna yang mendapat rebat penggunaan tol lebuh raya PLUS dan apakah rebat yang tidak dituntut oleh pengguna sehingga 14 November 2015 ini akan terbatal atau ia boleh dimasukkan secara automatik ke dalam jumlah kredit kad pra bayar pengguna (Plusmile, Touch & Go). 4. PR-1333-L71448 Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah kes yang difailkan oleh pekerja asing mengikut jantina terhadap majikan mereka dan berapa banyak kes (jumlah dan peratus) yang dapat diselesaikan dengan mencapai persetujuan bersama dan berapa kes pula yang berjaya dibicarakan oleh Mahkamah Buruh. Secara purata berapa lamakah yang diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu kes sama ada melalui persetujuan atau perbicaraan.
    [Show full text]
  • Download (348Kb)
    Headline DONT QUESTION MY LOYALTY MediaTitle New Straits Times Date 14 Feb 2017 Language English Circulation 74,711 Readership 240,000 Section Local News Color Full Color Page No 8 ArticleSize 347 cm² AdValue RM 11,961 PR Value RM 35,884 MULTIPLE RESIGNATIONS 'DON'T QUESTION MY LOYALTY' Kota Melaka MP hits out at DAP sec­gen over 'disloyalty' claim MALACCA He said he always spoke his mind Sani said it was an open secret that certain DAP leaders were not on ­■—O not question my loy­ when he felt DAP had strayed from good terms with Guan Eng; with I ^alty just because I its original struggle, and had been some alleging him to be an "auto­ I m chose to leave the par­ sidelined for being vocal. cratic leader". JS ty. Otherwise, I "We have been fighting against cor­ "Malacca DAP will be affected as wouldn't have stayed for such a long ruption, power abuse and wastage of the four were senior leaders in the time." public funds. But now, they (the DAP state, but not to the extent of (the This was Kota Melaka member of leadership) are cooperating (with resignations) leading to a major ex parliament Sim Tong Him's stern re­ corrupt leaders). odus from DAP." sponse to his former boss, DAP sec­ "I have nothing against Guan Eng In IPOH, state Barisan Nasional retary­general Lim Guan­Eng, who and 1 will support anyone if they do chairman Datuk Seri Dr Zambry Abd accused him of "disloyalty" for leav­ the right thing, including him.
    [Show full text]