DINAMIKA Book.Pdf
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Disunting oleh Azhar Abdul Rahman Raudlotul Firdaus Fatah Yasin Noraini Ismail Azlan Abd Aziz Nor Azira Mohd Radzi Majdah Chulan Siti Hafawati Jamaluddin Jamalia Aurani IIUM Press Gombak • 2018 Cetakan Pertama, 2018 © IIUM Press, IIUM IIUM Press adalah anggota Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia – MAPIM (Malaysian Scholarly Publishing Council) Hakcipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit, UIAM terlebih dahulu. Perpustakaan Negara Malaysia Data-Pengkatalogan-dalam-Penerbitan ISBN 978-967-491-009-9 Diterbitkan & dicetak oleh IIUM Press International Islamic University Malaysia P.O. Box 10, 50728 Kuala Lumpur, Malaysia Tel: +603-619605014; Fax: +603-6196 4862/6298 KANDUNGAN Kata Aluan Rektor xi Pendahuluan xiii BAHAGIAN I : ISLAM & AL-QURĀN Bab 1 Kejadian Hujan Menurut Al-Qurān : Kajian 1 Surah Al-Ghasyiyah Muhammad Saiful Islami Mohd Taher, Siti Aisyah Yusof, Suhaida Abu Bakar & Mohd Nasir Ayub Bab 2 Pendekatan Inovatif Dalam Pemahaman 19 Istilah Istilah Makanan Dan Minuman Dalam Al-Qurān: Cadangan Kajian Linguistik Sistematik Semantik Evolusi Dan Tahap Satu Pemahamannya Dikalangan Para Pelajar Asma Abdul Rahman Bab 3 Reka Bentuk Penyelidikan Berasaskan Al- 36 Qurān: Konsep, Prinsip Asas Dan Hala Tuju Abdul Hanis Embong & Wan Mohd Khairul Firdaus Wan Khairuldin Bab 4 Punca-Punca Kekotoran Jiwa Menurut 68 Buddhisme Dan Perspektif Al Quran Azhar Abdul Rahman, Mohd Nizam Sahad, Nor Azira Mohd Radzi & Suhaila Abdullah vi Kandungan Bab 5 Menilai Terjemahan Beberapa Ayat-Ayat Al- 79 Qurān Dalam Bahasa Melayu Dalam Konteks Toleransi Dialog Antara Agama Akmal Khuzairy Abd. Rahman BAHAGIAN II : ISLAM & EKONOMI Bab 6 Masalah Wang, Pekerjaan Dan Masa Depan 101 Terhadap Pelajar Di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Sekitar Melaka Siti Haziqah Shaban, Siti Marhamah Kamarul Arifain, Atini Alias & Siti Nazurulaina Hj. Aripin Bab 7 Penilaian Unidimensionality Item Pelaburan 113 Emas Patuh Syariah Menggunakan Model Pengukuran Rasch Najahudin Lateh, Muhamad Rahimi Osman & Siti Noorbiah Md Rejab Bab 8 Peranan Muslimpreneurs Dalam 125 Melaksanakan Prinsip-Prinsip Agihan Kekayaan Menurut Perspektif Ekonomi Islam Mohd Faizal P.Rameli, Suhaida Mohd Amin, Norajila Che Man, Dziauddin Sharif & Norizah Mohamed@Hj Daud Bab 9 Penggunaan Berhierarki Berteraskan Islam: 149 Tinjauan Karya Dalam Konteks Konvensional Dan Islam Basri Abd.Ghani, Ahmad Azrin Adnan & Noor Azura Zainuddin vi Kandungan Kandungan vii BAHAGIAN III : ISLAM & DAKWAH Bab 10 Keperluan Dan Amalan Dakwah Fardiyyah 173 Di Kalangan Mahasiswa Islam: Kajian Tinjauan Di UiTM Cawangan Perlis Noraini Binti Ismail, Mohd Asri Bin Abdullah, Azlan Abdul Aziz, Zainab Mohd Zain & Mohd Daud Ahmad Bab 11 Model Dakwah Fardiyyah Bagi Menangani 195 Gejala Sosial Dalam Kalangan Mahasiswa Di Institusi Pengajian Tinggi Noraini Ismail, Mardzelah Makhsin & Mohd Asri Abdullah Bab 12 Persepsi Dan Penghayatan Ibadah Dalam 214 Kalangan Saudara Baru Che Latifah Ismail, Mohd Nasir Abd Hamid, Ahmad Sabri Osman, Siti Fatimah Sudin & Azlan Abdul Aziz Bab 13 Self Esteem Tinggi Menurut Al-Hadith 229 Nabilah Binti Hasan BAHAGIAN IV : ISLAM & KAJIAN SOSIAL Bab 14 ‘Semua Agama Adalah Benar’ Dalam 249 Pluralisme Agama : Satu Penilaian Mohd Nizam Sahad, Azhar Abdul Rahman, Suhaila Abdullah,Nor Azira Mohd Radzi, Mohd Farid Mohd Sharif Bab 15 Impak Perlaksanaan Service-Learning Di 266 Universiti Awam Malaysia Najah Nadiah Amran, Zainab Ismail, Maznah Ibrahim, Suria Baba, Maharam Mamat, Hamdi Ishak & Norain Azlan viii Kandungan Bab 16 Pemahaman Dan Penghayatan Terhadap 286 Batas-Batas Pergaulan Dalam Kalangan Pelajar Zainab Mohamad Ahmad & Ying-Leh Ling Bab 17 Pembentukan Sahsiah Pelajar Dan 305 Hubungannya Dengan Pelaksanaan Amalan Solat: Kajian Di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Kelantan. Mohd Khusyairie Marzuki, Mohd Muhiden Abdul Rahman & Affendi Ismail BAHAGIAN V : ISLAM & SOSIAL Bab 18 Kesan Teknologi Gajet Terhadap Pendidikan 331 Awal Kanak-Kanak Siti Noorbiah Md Rejab, Najahudin Lateh, Syuhaida Idha Abd Rahim, Hanifah Musa Fathullah Harun & Zulaipa Ruzulan Bab 19 Pemerkasaan Taa’dib Sebagai Matlamat 346 Menuntut Ilmu Di Institusi Pengajian Tinggi Mahfuzah Mohd Zabidi & Asmaa’ Mohd Arshad Bab 20 Hajar Isteri Nabi Ibrahim AS: Ikon 363 Wanita Kalis Masa Depan Najah Nadiah Amran, Latifah Abdul Majid, Rozita Ibrahim, Haziyah Hussin, A’dawiyah Ismail & Fazilah Idris Bab 21 Sukan Memanah Tradisi Dalam Islam: 381 Satu Sorotan Sejarah Jamalia Aurani, Sharipah Isa & Ashraf Mohd Arshad viii Kandungan Kandungan ix BAHAGIAN VI : ISLAM & UNDANG UNDANG Bab 22 Isu-Isu Fiqh Di Pusat Pemindahan Banjir 395 Menurut Persepsi Petugas Irwan Mohd Subri, Mohd Azhar Ibrahim Residi, Mohd Nur Adzam Rasdi, Mohd Hapiz Mahaiyadin & Zulfadhli Salleh Bab 23 Jenis-Jenis Hibah; Perbahasannya 409 Menurut Ulama Fiqh Noor Azura Zainuddin, Rusnadewi Abdul Rashid, Nadiyah Hashim, Basri Abd Ghani & Noraini Ismail Bab 24 Pendekatan Amar Ma’ruf Dan Nahi 415 Munkar Dalam Kerangka Hisbah: Tinjauan Terhadap Penguatkuasaan & Pencegahan Jenayah Khalwat Alias Azhar & Muhammad Hafiz Badarulzaman Bab 25 Kandungan Vaksin (Vaccine Ingredients): 438 Satu Analisis Menurut Perspektif Islam Ahmad Hisham Azizan Rujukan 457 Penyumbang 477 KATA ALUAN REKTOR ZAILUDDIN ARIFFIN REKTOR, UITM CAWANGAN PERLIS Seiring era globalisasi yang mencabar, tenaga akademik universiti perlu digalak mempelbagai kajian dan penulisan. Walaupun Universiti Teknologi MARA (UiTM) dikenali sebagai ‘teaching university’, namun tenaga akademiknya sentiasa progresif dan inovatif dalam meningkatkan kualiti diri seorang ahli akademik. Justeru, tidak hairanlah kerjasama erat antara staf akademik UiTM Cawangan Perlis dan staf Masjid Universiti Islam Antarabangsa berjaya buat julung kalinya menghasilkan buku ilmiah ini. Gabungan artikel-artikel berkualiti daripada Konferen Antarabangsa Sains Sosial-Pemikiran dan Kefahaman Islam (ISSCITU 2018) berjaya dimanfaatkan dengan baik dan boleh dijadikan rujukan kepada pelbagai pihak. ISSC ini sendiri merupakan kali ketiga dianjurkan dan kali pertama pihak UiTM Perlis mengenengahkan sains sosial dengan ‘Pemikiran dan Kefahaman Islam’ sebagai tema. Buku Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam dalam Isu-Isu Kontemporari seharusnya dapat mengisi kelompongan dan salah faham masyarakat global masa kini terhadap Islam. Islamofobia masyarakat dan stigma negatif perlu diperbetulkan sebelum terlambat demi keharmonian dan kesejahteraan sejagat. Bersesuaian Islam sebagai rahmat untuk sekalian alam, kehadiran xii Kata Aluan Rektor buku ini tepat pada masanya. Semoga dengan kemunculannya, pelbagai pihak dapat mengambil manfaat daripadanya. Pihak kami juga, melalui Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), sentiasa berusaha untuk menanam kekayaan spiritual dan mental kepada warga UiTM, masyarakat setempat dan negara. Semoga dengan sumbangan kecil ini, dapat menjadi pemangkin kepada sumbangan yang lebih besar dan penggerak budaya intelektual dikalangan staf. Akhirnya saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada staf UiTM Cawangan Perlis dan Masjid Universiti Islam Antarabangsa atas usaha bersama menerbitkan rujukan ilmiah ini. Semoga kerjasama ini boleh diteruskan lagi demi kebaikan semua pihak. Saya rasa amat berbangga atas jalinan akademik ini yang sekali gus dapat menyahut hasrat Kementerian Pengajian Tinggi yang antara lainnya untuk melahirkan pembelajaran tanpa syarahan, penilaian tanpa peperiksaan dan pengetahuan tanpa sempadan. Kita harus berani dan mesti cukup inovatif bergerak ke hadapan dalam memartabatkan pendidikan tinggi kita. Semoga usaha sebegini akan dapat dipelbagaikan pada masa akan datang. Sekian. xii Kata Aluan Rektor PENDAHULUAN Bismillah Alhamdulillah akhirnya buku Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam dalam Isu-Isu Kontemporari berjaya direalitikan. Kompilasi penyumbang-penyumbang artikel Konferen Antarabangsa Sains Sosial – Pemikiran dan Kefahaman Islam (ISSCITU2018) ini mempunyai signifikan dan sejarah tersendiri. Buat julung kalinya UiTM Cawangan Perlis melalui kakitangan Akademi Pengajian Islam berkolaborasi bersama kakitangan Pejabat Masjid Universiti Islam Antarabangsa dalam menghasilkan bahan terbitan ilmiah. Mudah-mudahan usaha ini menjadi pemangkin kepada kerjasama ilmiah lain yang lebih inovatif. Cabaran globalisasi dan islamophobia, mewujudkan salah faham masyarakat kini terhadap keindahan Islam. Meskipun begitu, usaha penerangan dan dakwah berterusan memperlihatkan sambutan luar jangka penerimaan terhadap Islam. Di Amerika Syarikat misalnya, berdasarkan statistik warga Amerika yang memeluk Islam masa kini, Islam dijangka akan menjadi agama kedua terbesar belasan tahun lagi. Justeru, adalah wajar masyarakat Islam menjalankan usaha-usaha agama tanpa mengenal putus asa dan tabah menghadapi mehnah dan tribulasi. Kelahiran buku ini hanyalah sedikit sumbangan dan tanda solidariti kepada nasib saudara satu akidah seantero dunia. xiv Pendahuluan Budaya penulisan dan kajian di kalangan warga universiti masa kini wajar diperkemaskan masa ke semasa. Kandungan penyampaian haruslah menepati adab dan tatacara penulisan baik dalam konteks Islam mahupun akademik. Menulis memerlukan ‘zuq’ atau ‘feel’ dan pergantungan sepenuhnya kepada Allah SWT. Tanpa elemen ini, keberkatan tidak akan turun dan kita mudah terperangkap dalam ‘ghurur’. Aplikasi apa yang ditulis akan menghasilkan hakikat ilmu pada diri dan tidak sekadar