Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 4: No. 15 (September 2020) page 56-69 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147 KUASA BELI PELANCONG DALAM PENGGUNAAN SEKTOR PERKHIDMATAN TERPILIH KOTA KINABALU, SABAH (Tourists’ Purchasing Power in The Use of Selected Services Sector In Kota Kinabalu, Sabah) Jabil Mapjabil1, Kasim Mansur2, Gaim James Lunkapis3, Harifah Mohd Noor3, Badariah Ab Rahman1 & Nabila Farysha Dering1 1 Institut Kajian Orang Asal Borneo, Universiti Malaysia Sabah 2 Fakulti Perakaunan, Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sabah 3 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah [email protected] Abstrak: Artikel ini meneliti tentang kuasa beli pelancong dalam penggunaan sektor perkhidmatan terpilih di bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Antara sektor perkhidmatan itu adalah pengangkutan, penginapan serta makanan dan minuman. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui pengedaran borang soal selidik. Untuk itu, seramai 150 orang responden terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan daripada lapan penyataan untuk pemilihan sektor perkhidmatan, lima menunjukkan skor min ‘tinggi’ antara 3.62 hingga 3.95 dan tiga mencatatkan skor min ‘sederhana’ dalam julat 2.99 hingga 3.09. Seterusnya, skor min tertinggi adalah 3.95 untuk penggunaan sektor perkhidmatan pengangkutan iaitu bas, van, grab dan lain-lain yang lebih murah agar kuasa beli meningkat. Manakala skor min terendah pula adalah memilih untuk makan di restoran (seperti coffee house, bistro, cafe dll.) yang lebih berkualiti (privasi dan persekitaran yang tenteram) meskipun kuasa beli tidak meningkat. Kata kunci: Kuasa Beli, Perkhidmatan Terpilih, Pelancong Abstract: This article examines the purchasing power of tourists in the selected services sector in Kota Kinabalu, Sabah. Among the service sectors are transportation, accommodation, and food and beverages. This study employs quantitative methods through the distribution of questionnaires. A total of 150 respondents were involved in this study. The results of the study showed that out of eight statements for the service sector selection, five showed a ‘high’ mean score between 3.2 to 3.95, and three recorded a ‘moderate’ mean score in the range of 2.99 to 3.09. Next, the highest mean score is 3.95 for the use transport services sector, namely buses, van, grabs, and others which are cheaper in which the purchasing power increases, While the lowest mean score is selecting a place to eat in restaurants (such as a coffee house, bistro, café, etc.) that are of better quality (privacy and peaceful environment) even though purchasing power does not increase. Keywords: Purchasing Power, Selected Services, Tourist 2020 JHLCB 56 Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 4: No. 15 (September 2020) page 56-69 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147 PENGENALAN Kuasa beli sebagai pengguna sesuatu perkhidmatan dan barangan adalah penting difahami bukan sahaja oleh masyarakat tetapi juga oleh penyelidik. Menurut McGhee (2014), pengguna perlu sedar bahawa mereka sebenarnya memiliki pengaruh yang sangat besar dalam mengubah sesuatu harga atau mutu barang dan perkhidmatan. Sellers (1989) menegaskan bahawa 54 peratus sehingga 70 peratus pelanggan akan setia terhadap sesebuah organisasi sekiranya aduan yang mereka lakukan diambil tindakan oleh pihak yang sepatutnya. Ini membuktikan kuasa beli penting dalam menentukan pasaran kerana pengguna akan menjadi kuasa pemutus bagi sesuatu produk yang ditawarkan dalam pasaran. Sebagai contoh, apabila terdapat aduan kerosakan mengenai produk yang dibeli oleh pengguna dan syarikat perniagaan yang menawarkan produk itu melakukan tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut maka pengguna akan gembira dan akan membuat pembelian ulangan lagi terhadap produk tersebut kerana berpuas hati dengan perkhidmatan bantuan yang diberikan. McColl-Kennedy dan Fetter (1999) menjelaskan bahawa kekuasaan pengguna dapat ditentukan daripada pelbagai jenis dan kuantiti barang dan perkhidmatan yang ditawarkan yang terhad dalam ekonomi melalui kuasa beli pengguna itu sendiri. Penurunan kuasa beli adalah berkait rapat dengan kenaikan kos sara hidup. Jika kos sara hidup adalah meningkat maka kuasa beli akan menurun dan begitu juga sebaliknya. Isu kenaikan kos sara hidup bukan sahaja dialami oleh negara sedang membangun malahan juga dihadapi oleh negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun yang turut berhadapan dengan masalah kenaikan kos sara hidup rakyat mereka. Menurut Sen dan Adam (2017), bandar maju seperti New York merupakan bandar di kedudukan ke-lapan tertinggi di Amerika Syarikat bagi gaji namun berada di kedudukan yang rendah bagi kuasa beli rakyat di antara bandar lain di Amerika Syarikat pada tahun 2014. Begitu juga dengan bandar Philadephia yang juga berada pada kedudukan yang rendah dalam carta kuasa beli di Amerika Syarikat. Jelaslah menunjukkan bahawa kenaikan gaji pekerja di bandar di negara maju tersebut tidak dapat mengatasi kenaikan harga barang yang jauh lebih tinggi. Menurut Harold (1991), kos sara hidup adalah tidak sama kerana adanya perbezaan dari segi gaji, taraf hidup, harga barangan dan corak perbelanjaan isi rumah yang berubah mengikut alamat tempat tinggal mereka. Di Jepun pula, pengkaji seperti Hashimoto dan Heath pada tahun 1995 menjelaskan bahawa perlunya untuk melihat kos sara hidup mengikut kediaman setiap individu setelah mereka mengkaji bahawa keanjalan perbelanjaan untuk pendidikan di Jepun adalah berbeza mengikut pendapatan dan lokasi kediaman isi rumah. Seperti di Amerika Syarikat, keperluan isi rumah yang merupakan asas bagi mereka adalah seperti tempat tinggal, penjagaan terhadap kanak-kanak, pengangkutan, pakaian dan juga kesihatan. Flanagan (2011) menyokong pernyataan ini di mana kajian yang dilakukan oleh beliau mendapati bahawa kos kediaman adalah faktor yang sangat besar dalam menentukan indeks harga wilayah. Hal ini kerana taraf kehidupan yang tinggi di bandar menyebabkan corak perbelanjaan isi rumah turut meningkat begitu juga dengan keperluan lain (Yahaya, 1991). SOROTAN LITERATUR-KUASA BELI PENGGUNA DALAM SEKTOR PELANCONGAN Isu kuasa beli pengguna dan kaitannya dengan sektor pelancongan turut dipengaruhi oleh tahap kemajuan sesebuah wilayah atau negara. Sebagai contoh, Singapura yang merupakan bandar 57 Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 4: No. 15 (September 2020) page 56-69 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147 yang mempunyai rakyat yang berpendapatan tinggi mempunyai kos sara hidup tertinggi di dunia dan di Asia (Worldwide Cost of Living Survey, 2017). Kajian mendapati punca berlakunya kos sara hidup yang tinggi adalah disebabkan oleh harga rumah dan barangan pengguna yang tinggi dan sekali gus menyebabkan wujudnya perbezaan dari segi ketidakseimbangan pendapatan yang besar antara golongan berpendapatan tinggi dan rendah. Dalam pelancongan wilayah di peringkat antarabangsa, untuk memastikan berlakunya pergerakan dan pemilihan destinasi pelancongan maka adalah penting untuk menyediakan kemudahan dan menawarkan produk kepada pelancong dengan menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan, aktiviti dan program. Menurut Mckercher dan Law (2008), pembangunan pelancongan seperti aktiviti yang ditawarkan kepada pelancong serta kemudahan penginapan yang ditawarkan kepada mereka adalah menjadi sebab utama pelancong untuk memilih wilayah Macau, China sebagai destinasi percutian. Namun, kajian yang dilakukan oleh Kousis (1999) menjelaskan bahawa hubungan antara aktiviti persekitaran dan destinasi pelancongan selaku tuan rumah memainkan peranan yang utama untuk menarik kedatangan pelancong agar dikunjungi secara berterusan. Kesemua usaha yang dilakukan untuk membangunkan industri pelancongan ini sudah dilakukan di wilayah Eropah iaitu wilayah Zakynthos, Kepulauan Balearic, Sepanyol dan Portugal sekitar tahun 1990-an. McGehee (2014) menjelaskan bahawa berdasarkan teori pergerakan terhadap kajian pembangunan komuniti pelancongan di wilayah Carolina, Amerika Syarikat pada tahun 2014 mendapati wujudnya hubungan sosial antara masyarakat dan pihak kerajaan yang menjadi aspek utama pendorong kepada pelancong untuk mengunjungi satu-satu destinasi. Selain itu, tindakan pergerakan pelancong ini turut dipengaruhi oleh faktor lain seperti politik, ekonomi dan sumber manusia. Menurut Godwin (2009), setiap pergerakan mana-mana individu ke suatu destinasi pelancongan adalah dipengaruhi oleh pengetahuan mereka terhadap destinasi yang mereka kunjungi. Hal ini ditentukan melalui promosi, laman web, jurnal, bahan bacaan dari media sosial serta pelbagai sumber lain. Sebagai contoh, kawasan Blue Mountain di Australia yang sering menjadi tumpuan pelancong antarabangsa. Demikian juga di Montega Bay di Jamaica dan Disneyworld di Florida. Menurut Worldwide Cost of Living Survey (2017), Malaysia merupakan negara yang mempunyai masalah yang besar iaitu kos sara hidup yang tinggi. Kuala Lumpur berada di kedudukan ke-96 untuk bandar yang termahal di dunia. Isu mengenai kenaikan kos sara hidup bukanlah isu yang baharu tetapi sudah dihadapi oleh negara ini sejak bertahun lamanya. Tan (2016) menegaskan bahawa kos sara hidup adalah belanjawan minimum untuk membeli barang dan perkhidmatan dalam mencapai satu tingkat taraf hidup tertentu. Jelaslah bahawa tingkat pendapatan dan taraf hidup seseorang individu adalah perkara utama dalam isu peningkatan kos sara hidup. Secara umumnya, peningkatan yang berlaku terhadap suatu harga barangan mempunyai kaitan yang rapat dengan kemampuan dan kuasa beli seseorang pengguna.
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages14 Page
-
File Size-