Shahrir: Isteri Saya Tiada Kaitan Dengan Jutawan Robert Kuok Malaysiakini.Com Feb 24, 2007

Shahrir: Isteri Saya Tiada Kaitan Dengan Jutawan Robert Kuok Malaysiakini.Com Feb 24, 2007

Shahrir: Isteri saya tiada kaitan dengan jutawan Robert Kuok Malaysiakini.com Feb 24, 2007 Ahli Parlimen Johor Baharu, Datuk Shahrir Abdul Samad menafikan khabar angin kononnya isterinya mempunyai pertalian kekeluargaan dengan lelaki terkaya Malaysia, Tan Sri Robert Kuok. Sebaliknya, beliau berkata, isterinya tidak mempunyai sebarang pertalian kekeluargaan dengan jutawan tersebut. Sambil menafikan khabar angin mengenai perkara itu, Shahrir berkata: "Isteri saya berbangsa Cina tetapi beliau berasal dari Ipoh, bukan dari Johor. Saya langsung tiada pertalian kekeluargaan dengan beliau (Robert Kuok). “Saya tidak berkahwin dengan anaknya, saya tidak berkahwin dengan anak saudaranya dan saya tidak berkahwin dengan mana-mana anggota keluarga Kuok. Semua ini khabar angin," katanya menjawab soalan pemberita selepas menutup forum pendidikan anjuran umno Johor Bahru. Menurut laporan Bernama, Shahrir berkata, Kuok tidak mempunyai anak perempuan dan khabar angin yang mengaitkan beliau sebagai mempunyai pertalian kekeluargaan dengan ahli perniagaan itu mungkin disebabkan beliau (Shahrir) lantang menyuarakan pendapatnya dalam isu-isu kontroversi. "Ramai orang berpendapat bahawa seorang ahli politik yang banyak buat bising mesti seorang yang sangat kaya, dan iaitu saya, kerana saya mungkin mempunyai kira-kira 10 peratus kekayaan Kuok iaitu kira-kira RM2 bilion hingga RM3 bilion, saya boleh sewenang-wenangnya cakap apa sahaja yang saya suka," katanya selepas menutup forum pendidikan anjuran Umno Johor Bahru. Merendah diri Shahrir berkata, beliau mengenali Kuok sejak sekian lama dan yakin bahawa Johor dan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) akan mendapat banyak kebaikan daripada kepintaran dan pengalamannya sebagai seorang ahli perniagaan. Kuok ialah seorang daripada lima penasihat Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IDRA), yang mengadakan mesyuarat pertama semalam. Shahrir berkata, Kuok dapat menasihatkan IDRA mengenai bagaimana untuk menarik pelaburan ke WPI. Beliau juga berkata, sebuah akhbar tempatan turut menghubungi beliau untuk meminta bantuannya mengaturkan temuramah dengan ahli perniagaan yang suka merendah diri itu tetapi beliau enggan berbuat demikian. Ditanya sama ada beliau terganggu dengan khabar angin itu, Shahrir berkata beliau langsung tidak terjejas dengannya. "Saya runsing kerana saya sebenarnya tidak punya wang. Walaupun Kuok tidak mempunyai anak perempuan, saya kenal dengan anak-anaknya. Saya kenal anak saudaranya dan adakalanya saya berjumpa mereka. Saya minta maaf kerana mengecewakan anda semua," katanya. Copyright © 1999-2007 Mkini Dotcom Sdn. Bhd. Source : http://www.malaysiakini.com/news/63724 .

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    2 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us