Bahagian Dewan Undangan Negeri, PSUKPP NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI YANG KEEMPAT BELAS 15 OKTOBER 2020 (KHAMIS) Dikeluarkan oleh BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KEEMPAT BELAS 15 OKTOBER 2020 (KHAMIS) Kandungan Muka Surat Kehadiran Ahli Yang Berhormat 4 - 6 SOALAN-SOALAN LISAN Soalan No., 26 – Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin) 7 Soalan No. 27 – Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) 8 Soalan No. 28 – Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) 11 Soalan No. 29 – Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) 14 Soalan No. 30 – Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) 15 Soalan No. 31 – Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) 17 Soalan No. 32 – Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) 20 Soalan No. 33 – Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail) 23 Soalan No. 34 – Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) 25 PENGUMUMAN MELANJUTKAN MASA PERSIDANGAN OLEH YAB. 27 KETUA MENTERI DI BAWAH PERATURAN 6A(1) PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAHUN 2021 DAN USUL PEMBANGUNAN TAHUN 2021 Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) mengambil bahagian 28 dalam sesi perbahasan Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd Yusni Bin Mat Piah) mengambil bahagian 39 dalam sesi perbahasan 2 Kandungan Muka Surat Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) mengambil 49 bahagian dalam sesi perbahasan DEWAN DITANGGUHKAN DEWAN DISAMBUNG SEMULA Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail) mengambil 60 bahagian dalam sesi perbahasan Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) mengambil bahagian dalam 70 sesi perbahasan Ahli Kawasan Bertam Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) mengambil 73 bahagian dalam sesi perbahasan SESI PENGGULUNGAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAHUN 2021 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN TAHUN 2021 Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) mengambil bahagian 80 dalam sesi penggulungan Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee) mengambil bahagian dalam 104 sesi penggulungan DEWAN DITANGGUHKAN DEWAN DISAMBUNG SEMULA Ahli Kawasan Paya Terubong (YB. Yeoh Soon Hin) mengambil bahagian dalam 124 sesi perbahasan Ahli Kawasan Batu Maung (YB. Dato’ Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain) 132 mengambil bahagian dalam sesi penggulungan Ahli Kawasan Tanjong Bunga (YB. Zairil Khir Johari) mengambil bahagian 141 dalam sesi penggulungan DEWAN DITANGGUHKAN 3 LAPORAN PERSIDANGAN MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KEEMPAT BELAS Tarikh : 15 Oktober 2020 (KHAMIS) Masa : 9.30 Pagi Tempat : Dewan Persidangan Dewan Sri Pinang, Jalan Tun Syed Sheh Barakbah Pulau Pinang. BIL NAMA JAWATAN / AHLI KAWASAN 1. YB. Dato' Law Choo Kiang Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri 2. YAB. Chow Kon Yeow Ketua Menteri / Padang Kota 3. YB. Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd. Timbalan Ketua Menteri I / Rahman Pinang Tunggal 4. YB. Prof. Dr. P. Ramasamy A/L Palanisamy Timbalan Ketua Menteri II / Perai 5. YB. Chong Eng Padang Lalang 6. YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh Datok Keramat 7. YB. Phee Boon Poh Sungai Puyu 8. YB. Zairil Khir Johari Tanjung Bunga 9. YB. Dato' Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain Batu Maung 10. YB. Yeoh Soon Hin Paya Terubong 11. YB. Soon Lip Chee Bagan Jermal 12. YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin Penanti 13. YB. Dr. Amar Pritpal Bin Abdullah Timbalan YDP Dewan/Sungai Bakap 14. YB. Lim Guan Eng Air Putih 15. YB. Teh Lai Heng KOMTAR 16. YB. Lim Siew Khim Sungai Pinang 17. YB. Lee Khai Loon Machang Bubuk 18. YB. Ong Ah Teong Batu Lancang 4 BIL NAMA JAWATAN / AHLI KAWASAN 19. YB. Satees A/L Muniandy Bagan Dalam 20. YB. Syerleena Binti Abdul Rashid Seri Delima 21. YB. Gooi Hsiao-Leung Bukit Tengah 22. YB. Jason Ong Khan Lee Kebun Bunga 23. YB. Lee Chun Kit Pulau Tikus 24. YB. Azrul Mahathir Bin Aziz Bayan Lepas 25. YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil Permatang Pasir 26. YB. Joseph Ng Soon Siang Air Itam 27. YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad Telok Ayer Tawar 28. YB. Kumaresan A/L Aramugam Batu Uban 29. YB. H'ng Mooi Lye Jawi 30. YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail Pulau Betong 31. YB. Goh Choon Aik Bukit Tambun 32. YB. Daniel Gooi Zi Sen Pengkalan Kota 33. YB. Heng Lee Lee Berapit 34. YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor Ketua Pembangkang/Sungai Dua 35. YB. Nor Hafizah Binti Othman Permatang Berangan 36. YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah Penaga 37. YB. Dr. Afif Bin Bahardin Seberang Jaya 38. YB. Zulkifli Bin Ibrahim Sungai Acheh 39. YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq Bertam 40. YB. Zolkifly Bin Md. Lazim Telok Bahang TIDAK HADIR Bil. NAMA JAWATAN / AHLI KAWASAN 1. YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail Pantai Jerejak 5 AHLI-AHLI YANG HADIR MENGIKUT BAHAGIAN I BAB 3 PERKARA 6A PERLEMBAGAAN NEGERI PULAU PINANG. Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan 1 YB. Dato’ Abdul Razak bin Jaafar Setiausaha Kerajaan Negeri 2 YB. Dato’ Norazmi Bin Mohd Narawi Penasihat Undang–Undang Negeri 3 YB. Dato' Dr. Mohamad Farazi bin Johari Pegawai Kewangan Negeri TURUT HADIR Cik Maheswari A/P Malayandy - Setiausaha Dewan Undangan Negeri Encik Mohd Roshidi Bin Azmi - Timbalan Setiausaha Dewan Undangan Negeri 6 Dewan bersidang semula pada jam 9.30 pagi. Setiausaha Dewan: Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Bacaan Doa. Timbalan Setiausaha Dewan: “Bacaan Doa”. Setiausaha Dewan: Soalan lisan. YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri: Selamat pagi Ahli-ahli Yang Berhormat. Kita mempersilakan soalan 26, sila. Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin): Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 26. 26. Apakah status kewangan negeri termasuklah hutang bermula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama sehingga kini? (a) Apakah perancangan khusus jangka masa pendek dan sederhana dalam mengurangkan bebanan hutang negeri? YB. Timbalan Ketua Menteri I: Assalamualaikum wbr. wbt. YB. Yang di-Pertua, soalan dari Yang Berhormat Seberang Jaya. “Apakah status kewangan negeri termasuklah hutang bermula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama sehingga kini? Apakah perancangan khusus jangka masa pendek dan sederhana dalam mengurangkan bebanan hutang negeri? “ Dato' Yang di-Pertua, meskipun berdepan dengan krisis pandemik COVID-19 dan berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana sebahagian program di bawah penganjuran Kerajaan Negeri dibatalkan seperti Pesta Pulau Pinang Tahun 2020, Kerajaan Negeri tetap berkeupayaan untuk membuat pembayaran balik untuk pinjaman. Kesemua pembayaran tersebut dibuat mengikut jadual bayar balik yang telah ditetapkan dan baki pinjaman Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan pada akhir tahun 2020 kelak adalah sebanyak RM49,628,591.44. Selari dengan fokus Bajet Negeri yang telah dirangka untuk tahun 2020, untuk meminimumkan jumlah hutang Kerajaan Negeri dan mengambil kira kedudukan semasa kewangan Kerajaan Negeri sehingga kini tiada pinjaman baharu yang dibuat dengan Kerajaan Persekutuan. Dato' Yang di-Pertua, antara usaha Kerajaan Negeri untuk mengurangkan bebanan hutang negeri dan mempertingkatkan hasil pendapatan negeri adalah seperti berikut: (i) Di dalam jangka masa pendek, mengkaji semula projek yang berkos tinggi bagi memastikan kemampuan dan kecekapan perbelanjaan termasuk mendapatkan pinjaman yang lebih rendah. (ii) Dalam jangka masa sederhana, mengkaji peluang untuk mempelbagaikan pelaburan yang dapat memberikan pulangan yang stabil melalui instrumen yang baru dalam pasaran kewangan, disamping meningkatkan pelaburan melalui Simpanan Tetap dan pasaran ekuiti dengan lebihan kewangan Kerajaan Negeri yang ada dan juga mempelbagaikan 7 sumber hasil negeri dan mengurangkan tunggakan hasil melalui tindakan penguatkuasaan dan pemantauan yang berterusan, sekian. YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri: Terima kasih. Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin): Terima kasih Yang Berhormat Pinang Tunggal, kalau mengikutkan apa yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Pinang Tunggal, faham saya hutang Kerajaan Negeri hanyalah RM49 juta kepada Kerajaan Persekutuan sehingga akhir tahun ini dan bila kita merujuk tujuan saya menanyakan soalan ini kerana bila kita merujuk kepada perbentangan belanjawan pada Isnin yang lepas, memang ada cadangan dan niat untuk supaya menggunakan rizab Kerajaan Negeri iaitu sebanyak RM1.09 bilion iaitu separuh daripadanya digunakan untuk membiayai defisit bajet yang telah dibentangkan itu. Saya rasa adalah amalan biasa bahkan di peringkat individu pun untuk membuat pinjaman, saya tak pasti berapa pula pinjaman Kerajaan Negeri kepada institusi kewangan lain kalau ada. Adakah Kerajaan Negeri bercadang selain daripada hanya melihat kepada rizab sedia ada untuk melihat kepada mekanisme lain untuk menanggung defisit-defisit yang telah wujud akibat daripada seperti yang saya sebut dalam perbahasan saya semalam iaitu perbelanjaan kita bertambah sebagai kerajaan pada tempoh ketika PKP dan juga COVID-19 ini tetapi hasil kita juga berkurangan kerana kita memberikan rebat….(gangguan). YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri: Yang Berhormat Seberang Jaya, pendekkan kalau boleh. Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin): Sikit lagi memberikan rebat dan juga pelbagai lagi program, hasil cukai itu berkurangan kalau ikut daripada laporan. Jadi, seharusnya kepada saya pandangan saya kita tidak harus melibat…(gangguan) kepada rizab semata-mata jadi saya harap adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menggunakan
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages154 Page
-
File Size-