Penyata Rasmi Parlimen Parliamentary Debates

Penyata Rasmi Parlimen Parliamentary Debates

PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT House of Representatives PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL KEDUA Second Session Jilid II Bil. 57 Hari Rabu 9hb Disember 1992 KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Ruangan 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18: Serangan ke atas Masjid Babri Ayodhya oleh puak Militan Hindu - Y.B. Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang (Marang) (Ruangan 45) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Dndang-undang Perbekalan 1993 Jawatankuasa - Jadual: Maksud B.45 (Ruangan 52) Maksud B.46 (Ruangan 70) Maksud B.47 dan B.48 (Ruangan 129) USUL-USUL: Anggaran Pembaogunan 1993 Jawatankaasa - Maksud P.45 (Ruangan 52) Maksud P.46 (Ruangan 70) Maksud P.47 dan P.48 (Ruangan 129) Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat (Ruangan 128) DR.9.12.92. - 1 - MALAYSIA DEWAN RAKYAT Rabu, 9hb Disember, 1992 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN SISTEM SARAAN BARD (SSB) - KESAN PELAKSANAAN 1. Tuan Haji Ishak bin Arshad minta Perdana Menteri menyatakan sejak SSB (Sistem Saraan Baru) dilancarkan: (a) jumlah kakitangan Kerajaan yang dinaikkan pangkat; (b) jumlah kakitangan awam yang memohon berhenti, bersara dan dibersarakan, dan apakah sebab-sebabnya; dan (c) jumlah perbeLanjaan yang terlibat akibat perubahan tersebut sejak ianya dilancarkan. Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Othman bin Abdul]: Tuan Yang di-Pertua, (a) Urusan kenaikan pangkat bagi seluruh anggota per- khidmatan awam masakini adalah diuruskan oleh Ketua Perkhidmatan masing-masing. Oleh kerana rekod mengenainya tidak disimpan secara berpusat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, maka jumlah ke seluruhan anggota Kerajaan yang dinaikkan pangkat berikutan pelaksanaan SSB baru-baru ini tidak dapat diberikan. Walau bagaimanapun, untuk maktuman Ahli Yang Berhormat, seramai. 388 orang pegawai Persekutuan yang berada di bawah btdang kuasa Lembaga KenaLkan Pangkat Perkhidmatan Awam dan Gunasama Am Persekutuan telah dinaikkan pangkat sejak SSB dilancarkan. DR.9.12.92. - 2 - (b) Kedudukan kakitangan awam yang meninggalkan perkhidmatan sejak SSB dilaksanakan adalah seperti berikut:- Perkara Bil. Pegawai (Orang) (i) Memohon berhenti atau .. 1,760 meletakkan jawatan (ii) Bersara atau dibersarakaa .. 8,487 (iii) Ditamatkan perkhidmatan .. 436 (iv) Dibuang kerja ,. 468 Jumlah: 11,151 Perletakan jawatan anggota perkhidmatan awam ini adalah di atas sebab-sebab seperti berikut:- (i) Masalah peribadi .. .. ..25.1% (442 kes) (ii) Menjawat jawatan baru .. .. 13.6% (239 kes) (iii) Melanjutkan pelajaran .. .. 5.1% ( 89 kes) (iv) Menceburi bidang perniagaan.. 14.0% (246 kes) (v) Tiada sebab diberikan .. .. 42.2% (744 kes) Jumlah - 100% (1,760 kes) (c) Bagi tahun pertama pelaksaaaan SSB, jumlah perbelanjaan yang terlibat adalah RM2,901.11 juta, iaitu RM1,780.12 juta untuk membayar tunggakan pendahuluan dan RMl,120.99 juta untuk melaksanakannya. DR.9.12.92. - 3 - Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya daripada jawapan Setiausaha Parlimen tadi menyatakan sakian jumlah telahpun diarahkan untuk meletakkan jawatan ataupun dibuang kerja. Jadi , apakah sebab-sebab mereka ini dibuang kerja? Adakah ini berasaskan amalan-amalan yang melanggar General Orders (Perintah-perintah Am) ataupun mereka adalah terlibat dengan rasuah? Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pertua, memang banyak kes yang melibatkan pegawai perkhidmatan awam yang dibuang kerja. Kebanyakannya adalah tindakan disiplin yang berasaskan kepada Perintah Am Bab D, seperti yang melanggar peraturan, tidak datang bekerja tanpa sebab dan penyalahgunaan wang Kerajaan dan termasuklah juga rasuah. Tuan Haji Sukri bin Haji Mohamed: Tuan Yang di-pertua, soalan tambahan. Yang pertama, sejak skim SSB ini dilancarkan, adakah suatu kajian telah dibuat oleh pLhak Kerajaan untuk mendapat maklum- balas tentang keberkesanan perkhldmatan pewgawaL-pegawai berkenaan di bawah skim yang ada. Yang keduanya, ramai pegawai-pegawai Kerajaan bersungut bahawa skim SSB ini hanya memberi keuntungan kepada mereka yang menjawat jawatan tinggi dan tidak kepada mereka yang menjawat jawatan rendah. Dan keduanya akan melahirkan satu masyarakat pekerja yang hanya tunduk kepada Ketua Jabatan kerana prestasi tahunannya akan di- bentangkan oleh Ketua Jabatan. Apakah penjelasan Kerajaan mengenai perkara ini? DR.9.12.92. - 4 - Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pertua, SSB ini baru sahaja dilaksanakan daa Kerajaan pasti. yakin bahawa pelaksanaan SSB ini akan memberi kesan yang baik terhadap perkhidmatan Kerajaan dengan ukuran iaitu pertambahan produktiviti bagi. setiap pekerja itu, ia akan diambilkira dalam SSB bagi urusan kenaikan pangkat dan sebagainya. Bagi jawapan yang kedua, saya hendak menyatakan bahawa anggapan Yang Berhormat tidak betul. Hanya sebilangan kecil sahaja pegawai dan kakitangan Kerajaan yang merasakan tidak bersetuju - sebilangan kecil sahaja yang tidak bersetuju. Jadi, kalau sekiranya dikatakan bahawa ramai yang merungut, sedangkan yang menandatangani "Option" untuk menerima SSB ini boleh dikatakan keseluruhannya. Jadi, bilangan yang terlalu kecil sahaja yang tidak menerimanya. Mengenai soal yang kedua yang mengatakan perlu tunduk kepada ketua jabatan, ini adalah suatu anggapan atau andaian yang tidak benar sama sekali, kerana pegawai ini akan menilai prestasi pekerj aan pegawai-pegawai itu setiap seseorang dl bawahnya; kalau dianya baik, bertugas dengan balk, tidak ada perkara yang boleh ditolak, tidak munasabah bagi ketua jabatan hendak menolak segala keupayaan kerja yang telah dijalankaa oleh pegawai. di bawahnya, sedangkan pegawai itu menjalankan kerja yang baik. Jadi, ini adalah andaian-andaian daripada Yang Berhormat yang saya nyatakan adalah tidak benar sama sekali. DR.9.12.92. - 5 - TENAGA KERJA ASING - ANCAMAN MASALAH SOSIAL 2. Puan Hajah Ilani Dato' Haji Isahak minta Menteri Sumber Manu- sia menyatakan apakah beliau sedar bahawa mengguna sumber manusia asing secara berleluasa sepertimana berlaku sekarang di Malayaia akan menjeratkan kita kerana mereka membawa masalah sosial khususnya pendidikan, kesihatan, jenayah, perumahan dan lain-lain lagi. Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato' M. Mahalingam]: Tuan Yang di-Pertua, adalah tidak benar bahawa penggunaan tenaga kerja asing berlaku secara berleluasa di negara ini sekarang. Sebenarnya, dasar Kerajaan terhadap penggunaan tenaga kerja asing adalah jelas iaitu hanya membenarkan mereka untuk bekerja di sektor-sektor yang menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja dimana penduduk tempatan tidak berminat seperti di sektor Ladang, pembinaan dan pembantu rumah. Bagi sektor-sektor ekonomi yang lain seperti perkilangan dan sebagainya, pengambilan pekerja asing untuk bekerja di sektor-sektor tersebut hanya akan dipertimbangkan mengikut merit sesuatu kes. Pengambilan pekerja asing ini adalah perlu bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara tidak terjejas disebabkan kekurangan tenaga kerja. Berhubung dengan masalah sosial seperti kesihatan dan sebagai- nya yang mungkin timbul, Kerajaan telahpun menetapkan syarat bahawa pekerja-pekerja asing yang dibenarkan untuk bekerja di negara ini dikehendaki menjalani pemeriksaan doktor bagi memastikan mereka ada- lah sihat dan bebas daripada sebarang penyakit yang merbahaya. Pi- hak Kementerian Dalam Negeri akan mengawal dan mengesan mereka se- kiranya mereka melakukan kegiatan jenayah atau lain-lain kegiatan anti-sosial. DR.9.10.92 - 6 - Tuan Fong Kui Lun: Tuan Yaag di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah Kementerian Yang Berhormat ada membuat kajian tentang kehidupan sosial pekerja asing? Jika ada, apakah hasil kajian itu dan adakah Kementerian bercadang mengubah unit khas menjaga hal ehwal pekerja asing? Dato' M. Mahalingam: Tuan Yang di-Pertua, kajian sedang di- jalankan. Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Tuan Yang di-Pertua, adakah terdapat di kalangan pekerja asing yang pernah diambil tindakan sehingga dihalau keluar dari Malaysia dan apakah masalah dan jenis kesalahan yang dilakukan dan berapakah jumlah mereka? Dato' M. Mahalingam: Tuan Yang di-Pertua, soalan tersebut bukan berhubung dengan Kementerian saya, ini di bawah bidangkuasa Kementerian Dalam Negeri. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Mengikut statistik yang ada pada Kementerian, jikalau buruh asing ini tidak dibawa ke Malaysia, adakah Malaysia berjaya ataupun ada kemampuan dengan statistik tenaga yang ada menjalankan usaha pembinaan, pertanian dan usaha-usaha lain dalam Malaysia kalau tenaga asing ini tidak dibawa masuk ke Malaysia? Dato' M. Mahaliangam: Ulangkan sekali lagi. [Ketawa] Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Ya, saya ulangkan. Jikalau tenaga asing ini tidak dibawa masuk ke Malaysia, mengikut statistik yang ada pada pihak Kementerian, adakah Malaysia mempunyai kemampuan mengendalikan usaha pembinaan, pertanian dan rumahtangga tadi dengan DR.9.10.92 tenaga yang ada pada kita sendiri? Dato' M. Mahalingam: Menjawab soalan Yang Berhormat berkenaan, saya kata tidak. KEMPEN PENDAFTARAN PEMILIH 3. Tuan Kerk Kim Hock minta Perdana Menteri menyatakan setakat mana keberkesanan kempen pendaftaran pemilih yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihanraya dan apakah sebabnya kempen pendaftaran sepanjang tahun yang boleh memastikan lebih rakyat yang berkelayakan mendaftar sebagai pemilih tidak dilaksanakan. 14.12.92 22. Tuan Haji Ibrahim bin Mahmood minta Perdana Menteri menyatakan:

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    224 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us