PERUTUSAN Timbalan Perdana Menteri Malaysia Merangkap Menteri Dalam Negeri Dan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF)

PERUTUSAN Timbalan Perdana Menteri Malaysia Merangkap Menteri Dalam Negeri Dan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF)

MINIT MESYUARAT AGUNG KE-23 PERUTUSAN Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Dalam Negeri dan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Assalamua’laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita berpeluang berhimpun sempena Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), kali Ke-25. Jenayah dan kegiatan jenayah masih membimbangkan rakyat. Sungguhpun kadar indeks jenayah negara menurun, namun masyarakat masih sangsi dengan tahap keselamatan awam. Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini diiktiraf sebagai agensi keselamatan terbaik di ASEAN menerusi pelbagai usaha pembanterasan jenayah. Namun persepsi umum masyarakat masih negatif, apa lagi disuakan dengan pelbagai berita jenayah setiap hari. Untuk mengharapkan sebuah negara bebas mutlak daripada jenayah adalah mustahil. Tetapi apa yang mungkin boleh dilakukan adalah dengan mengambil semua langkah perlu untuk mengurangkan kejadian jenayah atau untuk mencegahnya. Pencegahan adalah usaha yang membabitkan pelbagai sektor, berserta disiplin dan tindakan bersepadu. masyarakat dan segmen lain komuniti amat penting bagi mengawal meningkatnya kadar jenayah. Berlakunya jenayah adalah satu peringatan bahawa kita tidak boleh memandang remeh hal keselamatan dan kesejahteraan awam. Ingatlah, jenayah boleh berlaku di mana-mana dan di dalam keadaan apa sekalipun. Di sinilah kita sebagai petugas ketenteraman awam dan setiap anggota masyarakat perlu saling membahui tanggungjawab mencegahnya. Dengan itu, saya menyeru ahli MCPF semua peringkat negeri dan daerah agar bergerak lebih proaktif dengan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti pencegahan, bagi memastikan kadar jenayah di Malaysia terus menurun. Di bahu kitalah letaknya tanggungjawab untuk mengembalikan keyakinan serta persepsi positif masyarakat terhadap kemampuan mengawal dan mencegah jenayah. Sekian dan selamat bersidang. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi MINIT MESYUARAT AGUNG KE-23 NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG KALI KE-25 Tarikh: 14hb. Februari 2018 NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YAYASAN PENCEGAHAN JENAYAH MALAYSIA (MCPF) KALI KE-25 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan MCPF Kali Ke-25 akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh : 10hb. Mac 2018 ( Sabtu ) Masa : 10.00 pagi Tempat : Dewan Sultan Haji Ahmad Shah Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur 43200 Cheras, Selangor. 2. Mesyuarat akan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri merangkap Pengerusi MCPF. 3. Sehubungan dengan itu, YBhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan sebagai Ahli MCPF dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Adalah dimaklumkan, kehadiran Mesyuarat Agung MCPF tertakluk kepada ahli yang telah didaftarkan sahaja mengikut Artikel 15(a) Perlembagaan MCPF. Sila bawa notis ini pada hari mesyuarat bagi memudahkan proses urusan masuk dan pendaftaran. 4. Jika terdapat resolusi atau isu yang hendak dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung Kali Ke-25 ini, sila kemukakan secara bertulis kepada Sekretariat MCPF melalui email [email protected] sebelum atau pada 1hb. Mac 2018. 5. Semoga dengan kehadiran dan kerjasama YBhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan akan menjayakan mesyuarat pada kali ini. Sekian, terima kasih. DENGAN PERINTAH MAJLIS EKSEKUTIF, ( DATO’ DR. MUSTAFA KHAN BIN ABDUL SAMAT ) SAC Setiausaha Kehormat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) 3 NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG KALI KE-25 ATURCARA 9.00 pagi : Pendaftaran Ahli 10.00 pagi : Mesyuarat Agung Tahunan MCPF Kali Ke-25 Dimulakan Agenda Mesyuarat:- > Ucapan Pengacara Majlis > Bacaan Doa > Ucapan Aluan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri merangkap Pengerusi MCPF > Menyemak dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-24 bertarikh 1hb. April 2017 > Perkara Berbangkit > Membentangkan dan Meluluskan Laporan Tahunan 2017 > Membentangkan dan Meluluskan Laporan Penyata Kewangan Tahun Berakhir 31hb. Disember 2017 > Pembubaran Ahli Majlis Eksekutif (EXCO) MCPF Bagi Penggal 2016/2018 > Pemilihan Ahli Majlis Eksekutif (EXCO) Bagi Penggal 2018/2020 Mengikut Artikel 8(d) Perlembagaan MCPF > Membentangkan Resolusi atau Isu yang Dikemukakan Secara Bertulis > Ucapan Penangguhan Mesyuarat : Mesyuarat Agung Tahunan MCPF Kali Ke-25 Tamat 12.00tengahari: Majlis Penyampaian Anugerah Balai Polis Cemerlang MCPF 2017 oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi : Sidang Media : Makan Tengahari dan Bersurai 4 MINIT MESYUARAT AGUNG KE-24 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YAYASAN PENCEGAHAN JENAYAH MALAYSIA (MCPF) KALI KE-24 Tarikh : 1hb April 2017 (Sabtu) Masa : 11.00 pagi Tempat : Ballroom Selangor Hotel Dorsett Grand Subang Jalan SS12/1, Subang Jaya 47500 Selangor. Jumlah Kehadiran: 129 orang 1. PENDAHULUAN 1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan Pengacara Majlis dan bacaan doa oleh Ustaz Mohammad Husni bin Ali dari Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Ibupejabat Polis Kontinjen Selangor. 1.2 Seterusnya Setiausaha Kehormat MCPF, SAC Dato’ Zainal bin Abu mengalu-alukan kehadiran semua ahli mesyuarat. Beliau mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang sudi mempengerusikan mesyuarat pada kali ini. Makluman 2. UCAPAN ALUAN YAB PENGERUSI MCPF 2.1 YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mempengerusikan mesyuarat mengalu-alukan kehadiran semua serta mengucapkan Selamat Hari Polis Ke-210 yang telah disambut pada 25 Mac 2017 yang lalu. Makluman 2.2 YAB Pengerusi menekankan bahawa MCPF mesti memberi tumpuan kepada program dan aktiviti pencegahan jenayah. Beliau merakamkan ucapan penghargaan kepada MCPF dan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Polis Diraja Malaysia yang sentiasa bekerjasama berusaha melaksanakan program pencegahan jenayah di seluruh negara. Makluman 5 MINIT MESYUARAT AGUNG KE-24 2.3 YAB Pengerusi berharap pada tahun ini MCPF akan menerima peruntukan tahunan daripada Kementerian Kewangan dan bukannya peruntukan one-off seperti sebelum ini. Makluman 2.4 YAB Pengerusi seterusnya memaklumkan tentang contoh terbaik yang ditunjukkan oleh MCPF Daerah Batu Pahat dan Pontian Johor yang sentiasa melaksanakan pelbagai program dan aktiviti pencegahan jenayah dengan mencari dana sendiri tanpa mengharapkan peruntukan kewangan daripada MCPF Pusat semata-mata. Beliau berharap MCPF Daerah yang lain dapat mengikuti contoh tersebut. MCPF Negeri dan MCPF Daerah mesti bergerak lebih efektif dan proaktif lagi dalam melaksanakan pelbagai program dan aktiviti pencegahan jenayah. Tindakan: MCPF Negeri dan Daerah 2.5 YAB Pengerusi turut menekankan agar penglibatan masyarakat perlu dipertingkatkan lagi supaya masyarakat dapat memahami usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak penguatkuasa serta tidak menyalahkan pihak polis semata-mata apabila sesuatu kejadian jenayah berlaku. Makluman 3. MENYEMAK DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MCPF KALI KE-23 BERTARIKH 26HB. MAC 2016 3.1 Minit Mesyuarat Agung Tahunan MCPF Kali Ke-23 telah disemak oleh semua ahli mesyuarat. YBhg. Datuk Mak Foo Wei (No. Ahli: 102057) mencadangkan agar minit mesyuarat tersebut disahkan dan disokong oleh YBhg. Tan Sri Datuk Robert Phang (No. Ahli: 101576). 3.2 Minit mesyuarat telah disahkan tanpa sebarang pindaan. Makluman 6 MINIT MESYUARAT AGUNG KE-24 4. PERKARA BERBANGKIT 4.1 Pindaan Perlembagaan MCPF 4.1.1 Setiausaha Kehormat memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCPF telah diadakan pada 15 Mei 2016 dan permohonan pindaan Perlembagaan MCPF telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 17 Jun 2016. 4.1.2 Manakala penubuhan MCPF Daerah adalah melalui MCPF By- Laws and Regulations (Ref.1/2016) dan MCPF By-Laws and Regulations (Ref.1/2017) (Amendment to Ref. 1/2016) yang telah diluluskan oleh Mesyuarat EXCO MCPF Bilangan 4- 2016/2017 bertarikh 23 Ja nuari 2017. Makluman 4.2 Sistem pencalonan dan pengundian EXCO MCPF yang lebih sistematik 4.2.1 Setiausaha Kehormat memaklumkan bahawa Jawatankuasa Pengurusan MCPF yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Lee Lam Thye memutuskan agar satu jawatankuasa untuk mengkaji dan memperkenalkan sistem pencalonan dan pengundian EXCO MCPF akan dibentuk dalam tempoh masa terdekat. Tindakan: Jawatankuasa Pengurusan MCPF 5. MEMBENTANGKAN DAN MELULUSKAN LAPORAN TAHUNAN 2016 5.1 Setiausaha Kehormat telah membentangkan Laporan Tahunan 2016 sepertimana yang telah diedarkan kepada semua ahli mesyuarat. 5.2 Laporan tersebut telah dicadangkan sah oleh YBhg. Datuk Francis Yap (No. Ahli: 100760) dan disokong oleh semua ahli mesyuarat. Makluman 7 MINIT MESYUARAT AGUNG KE-24 6. MEMBENTANGKAN DAN MELULUSKAN LAPORAN PENYATA KEWANGAN TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2016 6.1 Cik Kok Siew Yee mewakili Tan Sri Eddy Chen Lok Loi (Bendahari MCPF) telah membentangkan Laporan Kewangan Tahun Berakhir 31 Disember 2016 yang telah diaudit oleh Juruaudit Bertauliah iaitu Deloitte. Makluman 6.2 Beliau memaklumkan tentang dana terkumpul / accumulated funds adalah berjumlah RM6,047,213.00. Beliau seterusnya meminta ahli mesyuarat untuk merujuk kepada laporan penyata pendapatan dan perbelanjaan pada mukasurat 5 penyata kewangan. Makluman 6.3 Seterusnya YBhg. Datuk Mak Foo Wei (No. Ahli: 102057) telah mencadangkan agar Laporan Kewangan yang dibentangkan dapat diluluskan dan telah disokong oleh Encik Kelvin Yeap (No. Ahli: 100171). Laporan diterima sebulat

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    70 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us