PTVM Journal Volume 5

PTVM Journal Volume 5

Jilid 5/ Volume 5 Ogos 2016/ August 2016 ISSN 1985-6652 JURNAL PERSATUAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL MALAYSIA TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION MALAYSIA JOURNAL Ketua Editor/ Editor-in-Chief Dr. Dayana Farzeeha Ali JURNAL PERSATUAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL MALAYSIA JURNAL PERSATUAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL MALAYSIA (PTVM) ini adalah kompilasi penulisan ilmiah yang telah dinilai dan disunting (refereed) oleh pakar-pakar dalam bidang pendidikan Teknik dan Vokasional. Penerbitan jurnal ini bertujuan untuk menengahkan penyelidikan-penyelidikan dalam bidang pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia. Jurnal ini juga berfungsi sebagai platform kepada interaksi dan penyebaran ilmu dan dapatan penyelidikan di kalangan pendidik serta penyelidik di dalam bidang ini agar dapat meningkatkan lagi kecemerlangan pendidikan Teknik dan vokasional di Malaysia. Penerbitan jurnal ini merangkumi semua aspek pendidikan dalam bidang pendidikan Teknik dan Vokasional. Pihak sidang Editor jurnal PTVM amat mengalu-alukan hasil penulisan ilmiah samada berbentuk konseptual atau hasil penyelidikan untuk dimuatkan di dalam jilid jurnal seterusnya. Artikel yang ingin diterbitkan dalam jurnal ini mestilah belum pernah diterbitkan oleh mana-mana penerbitan dan hendaklah ditulis dengan lengkap dan padat. Semua surat menyurat, langanan dan pertanyaan berkenaan Jurnal Pendidikan Teknik dan Vokasional Malaysia hendaklah dialamtkan kepada: Ketua Editor Jurnal Pendidikan Teknik dan Vokasional Malaysia Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 81310 Skudai Johor Email: [email protected] KETUA EDITOR/ CHIEF EDITOR Dr. Dayana Farzeeha binti Ali (Universiti Teknologi Malaysia) EDITOR/EDITORS: Prof.Gufran Darma Dirawan (Universitas Negeri Makassar) AP. DR. Margarita Pavlova (Education Institute of Hong Kong, Hong Kong) Prof. Madya Dr. Sukri bin Saud (Universiti Teknologi Malaysia) Dr. Yusri bin Kamin (Universiti Teknologi Malaysia) Dr. Sarimah Ismail (Universiti Teknologi Malaysia) Dr. Mimi Mohaffyza binti Mohamad (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia) Dr. Aede Hatib bin Musta’amal @ Jamal (Universiti Teknologi Malaysia) Dr. Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad (Universiti Kebangsaan Malaysia) Dr. Mohd Zolkifli bin Abd Hamid (Universiti Teknologi Malaysia) Dr. Haryanti bt. Mohd Affandi (Universiti Kebangsaan Malaysia) Dr. Ahmad Nabil bin Md. Nasir (Universiti Teknologi Malaysia) Dr. Muhammad Khair bin Noordin (Universiti Teknologi Malaysia) Dr.Alias bin Masek (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia) Dr. Nor Nazira binti Suhairom (Universiti Teknologi Malaysia) Dr. Hanifah binti Jambari (Universiti Teknologi Malaysia) KANDUNGAN Halaman Amalan Pengajaran Amali Dalam Kalangan Pensyarah Teknologi Binaan Kolej Vokasional di Zon Melaka Dan Negeri Sembilan 1 Hasrul Halimoon, Adnan Ahmad Pembangunan Dan Penilaian Kualiti Modul Kemahiran Berfikir Perdagangan (Mkbp) 21 Kanniga A/P Nageswaran, Mohd Safarin Nordin Pengetahuan, Persepsi Dan Minat Pelajar-Pelajar Bukan Bumiputera Terhadap Pendidikan Teknik Dan Vokasional di Daerah Muar. 37 Sivamalar Ramsamy, Dzulkifli Awang Pelaksanaan Mata Pelajaran Rekabentuk Dan Teknologi Sekolah Rendahdi Daerah Alor Gajah 52 Muhammad Leman, PM Dr. Dzulkifli Awang Pembelajaran Mudah Alih Dalam Program Automotif Di Politeknik Malaysia 68 Mohd Fa’iz Ahmad, Mohd Khata Jabor Masalah Profesionalisme Keguruan Guru Novis Ptv Kolej Vokasional 82 Mohd Saiffuddeen Abd Aziz, Dayana Farzeeha Ali Model to Overcome Disciplinary Problems in Skill-Based Educational Institutions 95 Nor Aishah Abdul Aziz, Mohd Zolkifli Abd Hamid Penggunaan Pearuh Dalam Penghasilan Seterika Berteknologi Hijau 104 Mohamad Shahril Ibrahim, Norhana Binti Safee, Norbeha Jamaluddin Pembelajaran Berasaskan Projek Dalam Membangunkan Kompetensi Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi 110 Rosnah Othman, Normala A. Razak, Roziati Sumin, Yahya Buntat Jurnal Persatuan Pendidikan Teknik dan Vokasional Malaysia, Jilid 5 AMALAN PENGAJARAN AMALI DALAM KALANGAN PENSYARAH TEKNOLOGI BINAAN KOLEJ VOKASIONAL DI ZON MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN Hasrul Halimoon ᵃ Adnan Ahmad ᵇ Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia [email protected], [email protected] ABSTRAK Penyelidikan yang dijalankan ini adalah untuk mengenalpasti amalan pengajaran amali dalam kalangan pensyarah Teknologi Binaan Kolej Vokasional di Negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kuantitatif (soal selidik) dan disokong oleh kaedah temubual serta pemerhatian bagi pengumpulan data dan seterusnya menentukan jawapan kepada permasalahan kajian yang ditetapkan. Terdapat tiga komponen amalan pengajaran iaitu amalan pra pengajaran, amalan semasa pengajaran, dan amalan pasca pengajaran. Elemen yang terkandung dalam komponen amalan pra pengajaran ialah penyediaan rancangan mengajar, penyediaan bahan bantu mengajar dan persediaan isi pelajaran. Elemen amalan semasa pengajaran ialah kaedah pengajaran dan elemen amalan pasca pengajaran ialah latihan dan penilaian. Responden yang terlibat adalah terdiri daripada 46 orang pensyarah Teknologi Binaan di enam buah Kolej Vokasional Melaka dan Negeri Sembilan. Data yang diperolehi melalui kajian rintis telah diuji dan menunjukkan kebolehpercayaan Alpha Cronbach yang tinggi iaitu 0.819. Tinjauan ke atas perbezaan amalan pra pengajaran, semasa pengajaran dan pasca pengajaran mengikut kategori pengalaman dan kepakaran pula menggunakan ujian T dengan paras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.05. Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan bahawa ketiga-tiga komponen amalan pra pengajaran, semasa pengajaran dan pasca pengajaran berada pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan terhadap amalan pra pengajaran, semasa pengajaran dan pasca pengajaran mengikut kategori pengalaman dan kepakaran pensyarah. Kata kunci: amalan pengajaran amali, subjek teknologi binaan, kolej vokasional 1. PENGENALAN Sistem pendidikan vokasional di Malaysia telah mula mendapat perhatian secara khusus apabila pendidikan vokasional yang dahulunya dianggap pendidikan kelas kedua telah mengalami perubahan iaitu transformasi pendidikan vokasional. Transformasi ini telah diperkenalkan oleh timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada tahun 2012. Menurut beliau, rombakan kursus vokasional adalah untuk memastikan tidak ada lagi stigma kepada bidang berkenaan seperti sebelum ini yang kebiasaannya menyaksikan pelajar disalurkan ke bidang berkenaan jika mereka tidak cemerlang dalam akademik. 1 Jurnal Persatuan Pendidikan Teknik dan Vokasional Malaysia, Jilid 5 Amali adalah satu bentuk pengajaran yang berkait rapat dengan bidang vokasional. Dalam pengajaran amali, pelajar diberi peluang untuk mengaplikasikan teori yang dipelajari dan memupuk kemahiran menjalankan amali yang berkaitan (Norhasliza, 2012). Sebelum amali dijalankan guru memberi penerangan kepada pelajar kemudian menunjukkan demonstrasi kepada pelajar, semasa demostrasi pula pelajar berpeluang mengemukakan soalan dan pelajar akan melakukan sendiri amali dengan pemantauan guru. Harlen, (2000); Marzano, (1992); Tamir, (1977) dalam Nurzatulshima (2014) menyatakan amali adalah kaedah yang kompleks yang melibatkan tiga teknik pengajaran iaitu penerangan, kerja amali, dan perbincangan. Justeru itu, amali adalah kaedah pengajaran yang amat penting dalam pengajaran vokasional yang melibatkan kerja tangan (hands-on) untuk melatih pelajar vokasional manjadi pekerja mahir selaras dengan bidang teknologi binaan yang mengutamakan kemahiran pekerja itu sendiri. Amalan pengajaran yang berkesan dipengaruhi oleh empat faktor iaitu kualiti pengajaran, kesesuaian aras pengajaran, insentif dan masa. Empat faktor ini merangkumi dalam proses merancang, melaksana dan penilaian dalam sesebuah pengajaran, (Slavin 1994). Berdasarkan pendapat tersebut, boleh disimpulkan bahawa setiap guru perlu melaksanakan satu amalan yang bersesuaian dengan proses pengajaran mereka bagi memastikan kualiti pengajaran yang ingin disampaikan kepada pelajar dalam aspek pra, semasa dan pasca pengajaran. Disamping itu, Amalan pengajaran berkesan juga perlu diterapkan dalam pengajaran amali untuk melahirkan pelajar yang berketerampilan dan kompetan dalam bidang teknik dan vokasional selaras dengan visi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) iaitu menjadi peneraju pendidikan teknik dan vokasional terunggul untuk memenuhi keperluan semasa negara. 2. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji adalah: 1. Mengenalpasti amalan pra pengajaran dalam kalangan pensyarah Teknologi Binaan di Kolej Vokasional Zon Melaka dan Negeri Sembilan. 2. Mengenalpasti amalan semasa pengajaran di kalangan pensyarah Teknologi Binaan di Kolej Vokasional Zon Melaka dan Negeri Sembilan. 3. Mengenalpasti amalan pasca pengajaran di kalangan pensyarah Teknologi Binaan di Kolej Vokasional Zon Melaka dan Negeri Sembilan. 4. Mengenalpasti perbezaan amalan pengajaran amali pensyarah Teknologi Binaan mengikut kategori pengalaman tahun mengajar. 5. Mengenalpasti perbezaan amalan pengajaran amali pensyarah Teknologi Binaan mengikut kategori kepakaran pensyarah. 3. PERSOALAN KAJIAN Persoalan kajian bagi kajian ini adalah: 1. Apakah elemen persediaan rancangan mengajar semasa pra pengajaran amali dalam kalangan pensyarah Teknologi Binaan di Kolej Vokasional Zon Melaka dan Negeri Sembilan? 2. Apakah elemen persediaan bahan pengajaran semasa pra pengajaran amali dalam kalangan pensyarah Teknologi Binaan di Kolej Vokasional Zon Melaka dan Negeri Sembilan? 2 Jurnal Persatuan Pendidikan

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    130 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us