Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Pertama Mesyuarat Kedua

Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Pertama Mesyuarat Kedua

Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA Bil. 36 Rabu 14 November 2018 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2019 (Halaman 26) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 25) Usul Anggaran Pembangunan 2019 (Halaman 26) DR.14.11.2018 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA Rabu, 14 November 2018 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Tuan Charles Anthony Santiago [Klang] minta Menteri Kesihatan menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk menyelaraskan harga ubat di Malaysia dan strategi kerajaan untuk mengurangkan harga ubat. Adakah kementerian bercadang untuk menolong industri ubat generik tempatan sebagai satu langkah untuk menurunkan harga ubat. Menteri Kesihatan [Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat sahabat saya dari Klang. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Bismillahir Rahmanir Rahim. Tuan Yang di-Pertua, soalan Yang Berhormat Klang menyinggung persoalan langkah-langkah kementerian untuk menyelaraskan harga ubat di Malaysia dan strategi kerajaan untuk mengurangkan harga ubat sekali gus dan aspek kedua adalah bagaimana kerajaan mahu membantu dan menolong industri ubat generik tempatan sebagai satu langkah untuk mengurangkan harga ubat. Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada strategi kementerian untuk menyelaraskan harga ubat di Malaysia, kementerian sedang dalam peringkat menyediakan kertas cadangan mekanisme pelaksanaan kawalan harga ubat-ubatan melalui satu undang-undang yang kita akan sediakan di bawah, bersama, bersekali dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) iaitu Akta Kawalan Harga dan Akta Antipencatutan atau Anti- Profiteering 2011, dengan izin. Mekanisme kawalan yang dicadangkan adalah bantuan harga jualan siling kepada pengguna di semua saluran pendispensan yang dilihat paling sesuai untuk dilaksanakan dan selari dengan amalan antarabangsa dengan izin, best practice. Langkah ini secara tidak langsung dapat menyelaraskan harga ubat dan memastikan akses ubat-ubatan yang mampu milik kepada rakyat. Kementerian pastinya sentiasa mengambil berat dan menjaga kepentingan semua pihak termasuk pihak industri, pengamal perubatan dan terutamanya rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dalam memperincikan mekanisme kawalan harga ubat-ubatan yang akan dilaksanakan kelak. Tuan Yang di-Pertua, aspek keduanya berkenaan inisiatif kerajaan dalam membantu industri ubat generik tempatan. Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa menggalakkan usaha DR.14.11.2018 2 untuk menggunakan ubat generik yang mampu milik dengan memberi keutamaan kepada ubat generik tempatan dalam perolehan ubat-ubatan sektor awam. Perolehan ubat-ubatan di KKM dibuat berteraskan kepada prinsip perolehan ataupun akauntabiliti awam. Diuruskan secara telus, nilai faedah yang terbaik, saingan terbuka serta adil dan saksama. Urusan perolehan ubat- ubatan KKM adalah dilaksanakan sama ada secara tender terbuka dan pelantikan syarikat konsesi berpandukan kepada undang-undang dan peraturan perolehan kerajaan yang berkuat kuasa. Kementerian Kesihatan Malaysia telah sedia menyokong industri ubat tempatan malah keutamaan perolehan barang tempatan adalah selaras dengan Arahan Perbendaharaan 169.2 dan Pekeliling Perbendaharaan yang menyatakan bahan barangan dan perkhidmatan tempatan hendaklah digunakan sepenuhnya oleh kementerian dan jabatan dalam satu perolehan. Perolehan melalui import akan dipertimbangkan setelah dipastikan ianya tidak boleh diperolehi secara tempatan. Dalam tahun 2017 Tuan Yang di-Pertua, peratus perolehan ubat generik berbanding inovator adalah sebanyak 53.6 peratus dengan nilai perolehan RM1.3 bilion daripadanya itu. Ini sebanyak 50.3 peratus adalah merupakan ubat generik buatan tempatan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Charles Anthony Santiago [Klang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih atas jawapan yang begitu bagus daripada Menteri Kesihatan. Pertama, saya mengucapkan tahniah kepada kementerian untuk membawa Akta Kawalan Harga dan juga Akta Pencatutan ubat dan saya harap bahawa ada consultation dan rujukan dengan semua stakeholders sebelum akta ini dibawa ke Parlimen. Saya bangkit isu ini Yang Berhormat Menteri, sebab ada banyak kajian yang menunjukkan bahawa harga ubat yang digunakan di Malaysia dan kalau kita banding dengan negara-negara lain khususnya Australia, harga ubat di Malaysia adalah lebih tinggi 30 peratus hingga 148 peratus. This is extremely very high dan mengapa di Australia, harga itu diseragamkan ataupun diselaraskan adalah kerana mereka telah regulate prices of ubat tetapi saya fikir kalau kita dapat mencapai matlamat yang sama di Malaysia bahawa kita selaraskan, kita seragamkan harga ubat. Kajian yang saya katakan tadi yang dibuat pada tahun 2012, mengatakan juga bahawa di Pulau Pinang khususnya dalam satu kawasan perniagaan ataupun satu taman kalau kita ada dua tiga pharmaceutical shop, kita dapati tiga harga yang berlainan untuk ubat yang sama. So oleh kerana itu, saya fikir ‘Akta Kawalan Harga dan Akta Pencatutan’ ubat mesti diterima oleh orang ramai dan saya harap ada consultation. Isu yang berbangkit ialah berkait dengan penolongan ataupun support kepada generic industry. ■1010 Ini saya fikir adalah penting kerana sekarang kalau kita hendak merendahkan harga, there must be government support for the generic industry. Saya tidak nampak apa-apa jawapan yang datang daripada Menteri mengatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh DR.14.11.2018 3 pihak kementerian untuk menolong generic industry untuk berkembang dan juga mungkin boleh dieksport kepada negara-negara lain di Asia Tenggara. Minta pandangan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad: Terima kasih Yang Berhormat Klang yang saya tahu sejak berzaman memang sangat peka dan prihatin tentang perkara ini. Jawapan yang boleh saya tambah. Pertamanya adalah kita berpandukan kepada WHO guideline. Kali ini memorandum Jemaah Menteri yang akan kita lakukan bersekali dengan KPDNHEP adalah untuk memastikan kawalan itu dapat kita lakukan berdasarkan satu best practice penentuan harga siling. Saya sangat faham bahawa terdapat perbezaan harga pada outlet pendispensan dan juga khususnya dalam private hospital kerana persoalan mark-up itu berlaku secara tidak terkawal. Saya kena akui bahawa private hospital ada kecenderungan charging ataupun mengenakan bayaran lebih berbanding hospital awam. Ini kita akui. Dalam persoalan mark-up inilah kalau kita perhatikan, salah satu daripada cara mereka menentukan WHO guideline ini adalah regulation of mark-up in the pharmaceutical supply and distribution chain. Daripada rantaian itulah akan dapat kita tentukan apabila kita menentukan harga siling itu. Itu satu yang saya kira adalah juga mustahak ataupun mekanisme yang paling mustahak untuk kita pastikan standardization of drug prices, dengan izin. Kedua, aspek yang disebut oleh Yang Berhormat Klang adalah dasar kerajaan untuk membantu industri tempatan yang terlibat dalam generic drug production. Saya perhatikan tidak kurang daripada 18 syarikat generik yang sepuluh daripadanya adalah syarikat bumiputera dan yang lain itu semua terlibat dalam mendapat pembekalan melalui concessionaire melalui Pharmaniaga. Pharmaniaga mengambil sepertiga daripada— kita ada tiga mekanisme perolehan ubat iaitu beli melalui tender, beli langsung dan Pharmaniaga. Jadi, persepsi tentang Pharmaniaga monopoli ini saya harap akan ditamatkan kerana they are only taking sepertiga daripada keseluruhan perolehan. Mereka juga dalam proses tender itu, mengurus tendering itu dan inilah beberapa syarikat tempatan generik yang menghasilkan generic drugs. Di situ saya ingin tekankan, apabila dasar keutamaan kerajaan membeli daripada generic drug yang dihasilkan oleh industri tempatan, itu bagi menggalakkan industri tempatan, satu. Keduanya juga pastinya dari sudut itu, kalau kita mahu pastikan— kalau saya boleh sebutkan sedikit— persoalan-persoalan efikasi ataupun keberkesanan, safety dan effectiveness of the drugs, dengan izin, ini semua adalah satu yang kita pastikan dahulu dan industri-industri ini kena lakukan dua kajian. One is called the bioequivalence studies dan bioavailability studies. BE adalah sangat penting, begitu juga bioavailability studies. Maaf kalau saya menggunakan teknikal jargon ini. Jadi dengan kata lain, apabila generic drug itu dapat didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah which is DCA, Drug Control Authority, melalui sekretariatnya which is NPRA ataupun Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, lalu setiap generic drug itu adalah sama dari sudut efikasinya dengan inovatornya, the original drug. Ini kita kena faham. Although it is DR.14.11.2018 4 generic drug tetapi ketika ia telah melalui kajian BE dan BA, bioavailability studies dan bioequivalence studies, dengan izin, generic drug itu adalah terbukti, evidence-based bahawa ia adalah sama dengan innovator drugs. Lalu salah satu daripada dasar untuk membantu local industry adalah untuk kegunaan dalam negara— maaf, keutamaan pembelian diberikan kepada generic drug locally produced. Cumanya, saya perlu fahamkan kepada semua Yang Berhormat bahawa harga generic

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    171 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us