Jurnal Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).Pdf

Jurnal Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).Pdf

DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Bil. Januari-Jun ISSN: 2232-1756 Volume 5 No. 1 January-June 2021 KANDUNGAN Abu Hanifah Haris Lepasan Mesir dan Perjuangan Politik di Terengganu: Sumbangan Wan 1 – 25 Abdul Kadir Ismail Dan Wan Mokhtar Ahmad Wan Mazlina Wan Jama Fenomena Ketidakseimbangan dalam Amer Saifude Ghazali PRU ke-13 dan PRU ke-14 di 26 – 49 Rosmadi Fauzi Parlimen dan DUN Selangor Junaidi Awang Besar Geografi Pilihan Raya Parlimen Bagan Rosmadi Fauzi Serai: Isu dan Aplikasi 50 – 79 Mohd Muslim Said Mohammad Khairuddin Bin Implikasi Pilihan Raya Umum Ke-14 Majidillah terhadap Pilihan Raya Kecil Pasca- Zulkanain Abdul Rahman Rejim Autoritarian di Malaysia 80 – 92 Ariff Aizuddin Azlan Suffian Mansor Pilihan Raya Negeri Sarawak 1970: Mohd. Yuszaidy Mohd. Yusoff Persaingan Kuasa antara Parti-parti 93 – 106 Al-Amril Bin Othman politik di Sarawak Abd Samad Abdul Ghani Faktor-faktor yang Mempengaruhi Haris Abd Wahab Rasa Selamat dalam Kalangan Rakyat 107 – 116 Amer Saifude Ghazali Malaysia Siti Balqis Mohd Azam Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel) SIDANG PENGARANG (EDITORIAL BOARD) Ketua Editor (Chief Editor): Dr. Amer Saifude Ghazali Timbalan Ketua Editor: Dr. Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus Editor: Profesor Madya Dr. Zulkanain Abdul Rahman Profesor Madya Dr. Rosmadi Fauzi Profesor Madya Dr. Mohd. Izani Mohd. Zain Profesor Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi Dr. Fatimi Hanafi Dr. Mohd. Asri Mohd. Ali Dr. Junaidi Awang Besar Lembaga Penasihat Editor: Profesor Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman Presiden & Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) Profesor Dr. Kamaruzaman Yusoff Profesor di Academy of Islamic Civilization Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Profesor Dr. Mohd. Fuad Mat Jali Profesor di Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ketua Editor Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel) Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur MALAYSIA i KATA-KATA ALUAN Alhamdulillah, Jurnal UMCEDEL Jilid 5 Bilangan 1 berjaya diterbitkan. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan penerbitan jurnal dalam talian ini. Antara matlamat penubuhan UMCEDEL adalah memberi pendedahan dan pendidikan politik kepada masyarakat pelajar dan masyarakat umum secara khususnya. Pendidikan politik ini cuba disampaikan melalui teori-teori politk dan peristiwa semasa berasaskan pengaplikasian kes-kes politik yang berlaku sepanjang masa. Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Abu Hanifah, yang menghuraikan peranan lepasan-lepasan timur tengah yang menceburi bidang politik. Ini memperlihatkan lulusan agama juga mempunyai peranan dalam arena politik dan membuktikan kejayaan mereka dalam bidang politik itu sendiri. Artikel kedua pula yang ditulis oleh Wan Mazlina, membincangkan berkaitan dengan fenomena bias dan disproportionality dalam aspek geografi pilihan raya. Ini mendedahkan sifat penting dalam pengamalan sistem pilihan raya ‘first-past-the-post’ yang diamalkan negara. Ini memperlihatkan selagi pengamalan sistem pilihan raya ini, selagi itulah kedua-dua fenomena ini diteruskan. Artikel seterusnya yang ditulis oleh Junaidi Awang Besar membincangkan pengoperasian sistem pilihan raya ini di sesebuah kawasan pilihan raya tertentu dalam negara. Isu- isu dan aplikasi yang terhasil akibat penggunaan sistem pilihan raya ini memberikan kesan kepada rakyat secara umumnya. Seterusnya, artikel Khairuddin Majidillah menghuraikan kesan akibat daripada pengamalan sistem pilihan raya ini. Artikel ini menyoroti perjalanan pilihan raya kecil yang memberikan kesan kepada sistem pilihan raya umum. Disoroti juga perjalanan pilihan raya semasa zaman pentadbiran Pakatan Harapan yang memenangi PRU ke-14. Kemudian artikel Sufian Mansor memperihalkan sejarah pilihan raya yang berlaku di Sarawak pada tahun 1970. Ia menjadi asas kepada perjalanan politik Sarawak sehingga kini, dan mencorakkan politik moden Sarawak. Akhir sekali, artikel Abd Samad membincangkan persepsi rasa selamat dikalangan penduduk dalam negara. Rasa selamat ini menggambarkan tahap kestabilan dan kemakmuran dalam politik negara. Rasa selamat yang tinggi memperlihatkan tahap keyakinan dan kepuasan rakyat terhadap pemerintah. Akhir kata, diharapkan para pembaca mendapat pencerahan dan lebih kefahaman terhadap isu-isu politik yang berlaku dalam negara. ii SENARAI PENYUMBANG Abu Hanifah Haris Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya [email protected] Wan Mazlina Wan Jama Calon PhD. Jabatan Geografi Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaysia [email protected] Amer Saifude Ghazali Pensyarah Kanan Jabatan Geografi Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya Rosmadi Fauzi Profesor Madya Jabatan Geografi Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya Junaidi Awang Besar Pensyarah Kanan Program Geografi Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran (PKPSP) Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected] Mohd Muslim Said Pembantu Penyelidik Jabatan Geografi Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya Mohammad Khairuddin Bin Majidillah Pensyarah Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur [email protected] iii Zulkanain Abdul Rahman Profesor Madya & Ketua Jabatan Sejarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya Ariff Aizuddin Azlan Pensyarah Kanan Sains Politik Fakulti Sains Pentadbiran & Polisi UiTM Seremban Suffian Mansor Pensyarah Kanan & Ketua Program Sejarah Fakulti Sains Kemanusiaan dan Kemasyarakatan Universiti Kebangsaan Malaysia Mohd. Yuszaidy Mohd. Yusoff Ketua Program Persuratan Melayu Fakulti Sains Kemanusiaan dan Kemasyarakatan Universiti Kebangsaan Malaysia Al-Amril Bin Othman Pensyarah Kanan Program Sejarah Fakulti Sains Kemanusiaan dan Kemasyarakatan Universiti Kebangsaan Malaysia Abd Samad Abdul Ghani Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya [email protected] Haris Abd Wahab Profesor Madya & Ketua Jabatan Pentadbiran Sosial Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya Siti Balqis Mohd Azam Pembantu Penyelidik Fakulti Undang-Undang Universiti Malaysa iv NOTA UNTUK PENYUMBANG Jurnal Demokrasi dan Pilihan Raya, jurnal terbitan Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya, merupakan jurnal multi-disiplin yang diterbitkan sekali setahun oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya. Sumbangan artikel yang berasaskan kajian asal dalam bidang Kemanusiaan dan Sains Sosial amat dialu-alukan. Manuskrip Tiga salinan naskah harus dihantar kepada Ketua Pengarang, Jurnal Demokrasi dan Pilihan Raya, Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya, Pejabat Dekan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya 50603, Kuala Lumpur, Malaysia. Artikel juga boleh dihantar dalam talian kepada [email protected]. Artikel yang diterima untuk penerbitan jurnal ini tidak boleh dihantar untuk tujuan penerbitan di tempat-tempat lain. Manuskrip tidak akan dikembalikan kepada penulis. Artikel-artikel yang tidak mematuhi format penulisan tidak akan dipertimbangkan untuk penerbitan. Setiap pandangan dan ketepatan fakta dalam artikel yang diterbitkan adalah tanggungjawab penulis. Naskah yang dicetak: Artikel perlu ditaip jarak dua ruang pada setiap sisi dalam kertas berukuran A4 dengan margin 2.5 cm pada semua sisi. Teks artikel harus dalam Times Roman, bersaiz 12. Artikel tersebut harus disertakan dengan halaman yang mengandungi judul nama penulis, institusi penulis, nombor telefon dan faks, alamat e-mel dan tajuk kertas. Bahasa: Artikel yang dihantar boleh ditulis samada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Panjang: Artikel tidak kurang daripada 5,000 patah perkataan atau melebihi 8,000 patah perkataan, termasuk nota dan rujukan. Abstrak: Setiap artikel perlu disertai dengan abstrak dalam Bahasa Inggeris bagi artikel Bahasa Melayu dan abstrak Bahasa Melayu bagi artikel Bahasa Inggeris tidak lebih daripada 200 patah perkataan berserta beberapa kata kunci. Perenggan dan tajuk: Jumlah perenggan yang terlalu banyak harus dielakkan. Kebiasaan yang diterima untuk tajuk adalah sebagai berikut: INI ADALAH PERINGKAT PERTAMA TAJUK Peringkat pertama tajuk harus ditaip dalam huruf besar dan di tebalkan. Peringkat pertama tajuk harus tegak dan di baris berasingan. Baris teks pertama yang berikutnya juga harus selaras ke kiri. Ini adalah peringkat kedua tajuk. Peringkat kedua tajuk adalah menjajarkan sebelah kiri dalam satu garisan berasingan. Hanya huruf pertama dan kata benda harus dalam huruf besar. Baris teks pertama yang berikut juga harus selaras ke kiri. v Ini adalah peringkat ketiga tajuk. Peringkat ketiga tajuk harus dalam huruf condong dan selaras ke kiri. Teks berikutnya pada baris yang sama. NOTA DAN RUJUKAN Nota dan rujukan perlu menggunakan Sistem Rujukan Harvard. 1. Nota Akhir: Sistem nota akhir di mana nombor ‘superscript’ diselitkan dalam teks dan dirujuk dalam urutan numerik pada akhir artikel. Contoh: Buku: Fukuyama, F 2006, The end of history and the last man, New York, Free Press. Bab dalam buku: Mohd. Fuat Mat Jali dan Sabihah Osman, 2002, ‘Politik wilayah dan politik nasional dalam pilihan raya umum 1999’, Dalam Mohd. Yusof Kasim dan Azlan Ahmad (pnyt.), Politik baru dalam pilihan raya umum, Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia, ms. 117-146. Artikel Jurnal: Abbot, J 2001, ‘Vanquishing banquo’s ghost: The Anwar Ibrahim affair and its impact on Malaysian politics’, Asian Studies Review, vol. 25, no. 3, pp. 285-308. Tesis: Ahmad Zaki Abd. Latif, 2002, Pengaruh

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    124 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us