Suntikan Vaksin Fasa 2 Akan Cuba Diselesaikan Selewatnya Awal Mei

Suntikan Vaksin Fasa 2 Akan Cuba Diselesaikan Selewatnya Awal Mei

SUNTIKAN VAKSIN FASA 2 AKAN CUBA DISELESAIKAN SELEWATNYA AWAL MEI KUANTAN, 19 APRIL 2021 : Kerajaan Pahang akan cuba menyelesaikan Program Imunisasi Covid-19 bagi penerima Fasa 2 melibatkan 360,000 penerima di seluruh Pahang selewatnya minggu pertama Mei ini. YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata suntikan Fasa 2 yang khusus bagi rakyat berisiko tinggi seperti warga emas berusia 60 tahun ke atas telah dimulakan hari ini. “Alhamdulillah suntikan pada hari ini yang merupakan hari pertama bagi Fasa 2 sudah melebihi sasaran kita. Kita jangka seramai 1,820 orang akan menerima suntikan untuk dos pertama pada hari ini sepertimana janji temu yang telah diberi menerusi Aplikasi MySejahtera. “Namun pada hari ini di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Wisma Belia, Indera Mahkota, Kuantan sahaja, seramai 649 orang dijangka menerima suntikan vaksin untuk dos pertama namun setakat petang ini, dalam 660 individu 60 tahun ke atas telah menerima suntikan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas melakukan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksinasi di Wisma Belia, Indera Mahkota di sini. Turut hadir, YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak; Pengarah Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Che Haji Awang Ngah; dan Ketua Polis Pahang, YDH CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan. Beliau berkata jumlah tersebut merupakan satu perkembangan yang baik dan sihat dalam penerimaan suntikan imunisasi oleh rakyat di negeri ini. “Jabatan Kesihatan Negeri Pahang telah menerima sebanyak 9,360 dos vaksin menerusi shipment kelapan yang daripadanya, 8,087 dos telah diagihkan ke kesemua lima PPV bagi janji temu ditetapkan bermula hari ini sehingga 25 April. “Pemberian untuk dos kedua telah ditetapkan bermula 10 hingga 12 Mei, serta 17 dan 18 Mei. Manakala shipment kesembilan dijangka tiba bermula 21 hingga 23 April ini sebanyak 8,190 dos,” katanya. Menurut beliau lagi, selain PPV Wisma Belia, terdapat empat lagi PPV yang terlibat dengan penerimaan suntikan vaksin pada hari ini. “Selain 649 orang penerima di PPV Wisma Belia ini, penerima-penerima lain ialah di empat PPV iaitu Dewan Tun Razak, Temerloh seramai 488 orang, dan Dewan Jubli Perak Sultan Hj Ahmad Shah, Kuala Lipis (299 orang). “Manakala di Dewan Jubli Perak Sultan Hj Ahmad Shah, Kuala Rompin seramai 294 orang dan di Dewan Majlis Perbandaran Bentong adalah seramai 90 orang,” katanya. - PAHANGMEDIA DisediAkAn oleh Unit KomunikAsi dAn MediA PAhAng (UKOMP) #MajuTerusPAhAng #PahAng1st #KerAjAAnNegeriPAhAng #UKOMP Oleh : Ain NAdhirAh BAshA Foto : PuterA Falliq HAkim SuhAiri (LIPUTAN BERGAMBAR) .

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    4 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us