Kenyataan Media Lawatan Yb Ke Pplsb Sungai Linggi Bp Edited

Kenyataan Media Lawatan Yb Ke Pplsb Sungai Linggi Bp Edited

KENYATAAN MEDIA YB DR. XAVIER JAYAKUMAR MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI PROJEK PEMBANGUNAN LEMBANGAN SUNGAI BERSEPADU SUNGAI LINGGI FASA 4 31 MAC 2019 ___________________________________________________________________ 1. Negara kita tidak terkecuali berdepan dengan bencana alam seperti banjir. Kerajaan memandang serius terhadap masalah ini kerana ia boleh menyebabkan kemusnahan harta benda yang besar serta kehilangan nyawa. Justeru itu, saya telah membuat lawatan kerja pada hari ini bagi meninjau Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Linggi Fasa 4 bertempat di Pejabat Tapak Projek PLSB Sungai Linggi Fasa 4, Rantau Eco Park, Negeri Sembilan. Tujuan lawatan kerja saya ini adalah untuk melihat sendiri pelaksanaan projek PLSB Sungai Linggi Fasa 4. Turut bersama-sama saya dalam lawatan ini ialah YBhg Datuk Zurinah Pawanteh, Ketua Setiausaha, Kementerian Air Tanah dan Sumber Asli (KATS) dan Yang Berbahagia Ir. Haji Abdullah Bin Isnin, Ketua Pengarah, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS). 2. Bersempena dengan lawatan ini juga, saya telah mendengar taklimat khusus berkaitan dengan perkembangan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Linggi Fasa 4 yang telah disampaikan oleh Ir. Rozman bin Mohamad, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan. 3. Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Linggi Fasa 4 telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) oleh Kerajaan Persekutuan dengan peruntukan sebanyak RM70 juta. Projek ini dilaksanakan bagi mengurangkan masalah banjir di sekitar Mukim Rantau, Negeri Sembilan. 1 4. Projek ini telah mula dilaksanakan pada 13 April 2018. Ia melibatkan komponen kerja seperti kerja mendalam dan melebarkan sungai, pembentukan tebing sungai, pemasangan struktur kawalan hakisan tebing, pembinaan sistem perparitan, pembinaan jalan senggara sungai, pembinaan alur limpah sisi ‘Side Spillway’ di muka sauk Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), penandaan rizab sungai dan pengalihan utiliti. 5. Dijangkakan projek ini akan dapat disiapkan pada bulan April 2021. Projek PLSB Sungai Linggi Fasa 4 yang bernilai RM62.834 Juta ini dijangka akan dapat memberi manfaat perlindungan kepada lebih 3,600 orang penduduk di kawasan tersebut dan sekitarnya daripada kesan kejadian banjir. Di samping itu, ia juga turut dapat menyelamatkan infrastruktur dan harta benda awam di sepanjang tebing sungai berkenaan. 6. Adalah diharapkan dengan terlaksananya projek PLSB Sungai Linggi Fasa 4, masalah banjir sepertimana yang berlaku pada tahun 1999, 2000, 2011, 2012 dan 2016 yang melibatkan kawasan di Pekan Linggi, Pekan Rantau Kg Mantau, Mambau dan Kg. Kuala Sawah dapat diatasi ke tahap yang minima. YB DR. XAVIER JAYAKUMAR Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli. 2 .

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    2 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us