BEREGU MALAYSIA TERUSKAN CABARAN (Bernama 20/11/1997)

BEREGU MALAYSIA TERUSKAN CABARAN (Bernama 20/11/1997)

20 NOV 1997 Vietnam-Badminton BEREGU MALAYSIA TERUSKAN CABARAN Oleh: Mohd Ghazemy Mahmud HANOI, 20 Nov (Bernama) -- Pasangan beregu terkemuka Malaysia, Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock, hari ini menewaskan beregu Singapura, Patrick Lau dan Zhao Jianhua, pada perlawanan pertama mereka dalam Kejohanan Badminton Terbuka Vietnam di sini. Pasangan Singapura itu tewas 15-10, 15-8 selepas permulaan yang rancak pada set pertama di Stadium Tertutup Hanoi. Kejohanan lima hari itu ialah pertandingan antarabangsa kedua bagi Kim Hock selepas menyertai Terbuka Thai yang menyaksikan mereka ketinggalan di tempat yang ke bawah. Sebelum Kejohanan Thai, Kim Hock tidak menyertai sebarang kejohanan badminton berikutan kecederaan dan pembedahan surgikal di bahunya. Beregu pilihan, Soon Kit-Kim Hock, satu-satunya beregu yang diharapkan dapat meneruskan kemaraan negara, berkata mereka akan bertemu pasangan Denmark, Larsen Jesper-Martin Kundgaard Hansen atau beregu China, Luo Yigang-Chen Gang esok. Perlawanan-perlawanan awal hari ini menyaksikan Mahathir Mustaffa terkeluar daripada cabaran Malaysia setelah ditewaskan pemain pilihan Denmark, Kenneth Jonassen 15-1, 17-18, 15-5. Semalam, Mahathir mengalahkan pemain Thai, Sirachai Panpatchara 15-10, 15-4 dan pemain England, Mark Constable 15-4, 18-16 untuk layak ke perlawanan hari ini. Tiga pemain lain, yang dibawa Persatuan Badminton Malaysia -- pasangan beregu campuran Tan Kim Her-Norashikin Amin dan perseorangan wanita Woon Sze Mei -- juga tewas pada perlawanan awal mereka. Kejohanan di Hanoi itu, yang bermula semalam walaupun menghadapi masalah, ialah pusingan akhir sirkit badminton sebelum Kejohanan Badminton Grand Prix Dunia di Jakarta, bulan depan. Soon Kit-Kim Hock perlu memenangi kejohanan ini, dengan menewaskan pasangan Korea Selatan Lee Dong Soo-Yoo Yong Sung dan pasangan Indonesia Ricky Subagja-Rexy Mainaky, untuk menempah tempat ke Jakarta. -- BERNAMA GHZ NAK .

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    1 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us