(05 JUN 2021) 1. LAPORAN HARIAN A. Kes Baharu COVID-19. Sarawak M

(05 JUN 2021) 1. LAPORAN HARIAN A. Kes Baharu COVID-19. Sarawak M

Kenyataan Media JPBN Bil 156/2021 JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI SARAWAK KENYATAAN MEDIA (05 JUN 2021) 1. LAPORAN HARIAN A. Kes Baharu COVID-19. Sarawak mencatatkan 651 kes baharu COVID-19 hari ini. Sejumlah 331 atau 50.84 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di Daerah Kuching, Sibu, Sebauh dan Miri. Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Daerah Kuching (146), Sibu (75), Sebauh (57), Miri (53), Meradong (36), Subis (35), Bintulu (30), Dalat (24), Kapit (22), Pakan (21), Bau (20), Asajaya (20), Serian (15), Tatau (15), Samarahan (13), Song (11), Sri Aman (9), Sarikei (9), Kabong (7), Telang Usan (6), Tebedu (5), Lubok Antu (4), Pusa (3), Betong (3), Selangau (3), Mukah (3), Bukit Mabong (2), Kanowit (2), Lundu (1) dan Saratok (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 50,571. Daripada 651 kes baharu yang dilaporkan, seramai 62 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan. 1 Kenyataan Media JPBN Bil 156/2021 Manakala, seramai 524 orang kes atau yang dikesan adalah terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin. Secara ringkas kes-kes ini terdiri daripada; • 404 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 (kes tidak bergejala); • 118 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada (kes tidak bergejala); • 65 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan (kes tidak bergejala); • 62 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan; • 2 kes melibatkan individu yang balik dari negeri-negeri lain di dalam Malaysia (Import B) (kes tidak bergejala). B. Kes Kematian Covid-19 Baharu. Hari ini terdapat DUA (2) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 318 orang. I. Kes Kematian Ke-317. Kes kematian ke-317 adalah kes ke-47,772 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 62 tahun yang mulai mengalami kesukaran pernafasan sehari sebelum mendapatkan rawatan di klinik kesihatan. 2 Kenyataan Media JPBN Bil 156/2021 Kes didapati tidak sedarkan diri dalam perjalanan ke klinik kesihatan. Kes tidak mempunyai tanda bernyawa apabila tiba di klinik kesihatan berkenaan oleh pasukan perubatan. Kes disahkan meninggal dunia pada 30 Mei 2021. Kes dibawa ke Hospital Miri untuk siasatan selanjutnya oleh pasukan forensik. Swab bagi saringan COVID-19 dengan RT-PCR pada 30 Mei 2021 disahkan positif. Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan dyslipidemia. II. Kes Kematian Ke-318. Kes kematian ke-318 adalah kes ke-42,519 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 65 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Miri kerana mengalami kesesakan pernafasan. Kes mulai mengalami gejala batuk dan kesukaran pernafasan sejak tiga (3) hari yang lalu. Swab bagi ujian saringan COVID-19 dengan RT-PCR pada 23 Mei 2021 disahkan positif. Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 03 Jun 2021. Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan TakZiah kepada semua ahli keluarga mangsa. 3 Kenyataan Media JPBN Bil 156/2021 C. Status Kes COVID-19 Di Dalam Wad Hospital Dan Masih Di PKRC. Hari ini terdapat 440 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini iaitu: • 79 kes dari Hospital Miri dan PKRC di bawah Hospital Miri; • 78 kes dari Hospital Bintulu dan PKRC di bawah Hospital Bintulu; • 67 kes dari Hospital Kapit dan PKRC di bawah Hospital Kapit; • 63 kes dari Hospital Umum Sarawak dan PKRC di bawah Hospital Umum; • 49 kes dari Hospital Sibu dan PKRC di di bawah Hospital Sibu; • 44 kes dari Hospital Sarikei dan PKRC di bawah Hospital Sarikei; • 18 kes dari PKRC Betong; • 13 kes dari Hospital dan PKRC Sri Aman; • 11 kes dari PKRC Mukah; • 10 kes dari PKRC Lawas; • 7 kes dari PKRC Serian; dan • 1 kes dari Hospital Limbang. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 41,404 orang atau 81.87% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak. Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 8,736 orang. 4 Kenyataan Media JPBN Bil 156/2021 Manakala, 651 PUI baharu telah dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal. D. Kluster Baharu [Empat (4) Kluster Baharu]. Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan empat (4) kluster baharu iaitu masing-masing satu di daerah Meradong, Sri Aman, Miri dan Bintulu. Ringkasan kluster–kluster tersebut adalah seperti berikut: I. Kluster Skim B, Meradong. Kluster Skim B merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah rumah panjang di Skim B, dalam daerah Meradong yang berpunca dari aktiviti penyembelihan dan pemotongan daging khinzir secara gotong-royong pada 27 Mei 2021 di rumah panjang berkenaan bagi persediaan sambutan Hari Gawai. Sejumlah 78 individu telah disaring di mana: • 28 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks; • 45 kes didapati negatif; dan • 5 kes masih menunggu keputusan makmal. Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dirujuk ke Hospital Sarikei dan dimasukkan ke Hospital Sarikei dan PKRC di Daerah Sarikei bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut. 5 Kenyataan Media JPBN Bil 156/2021 II. Kluster Banting, Sri Aman Kluster Banting merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan lima (5) buah rumah panjang di Banting dan sebuah (1) rumah panjang di Kerepok di mana kedua-dua rumah panjang ini terletak di kawasan Lingga, Sri Aman yang berpunca dari aktiviti sembahyang 40 hari yang diadakan pada 22 Mei 2021 di rumah panjang berkenaan yang turut dihadiri oleh beberapa orang penduduk dari rumah panjang berdekatan. Sejumlah 262 individu telah disaring di mana: • 59 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks; • 155 kes didapati negatif; dan • 48 kes masih menunggu keputusan makmal. Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak dan Hospital Sri Aman serta dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak, Hospital Sri Aman dan PKRC di Daerah Sri Aman bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut. III. Kluster Ijus Pengelayan, Miri Kluster Ijus Pengelayan merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah syarikat perkapalan di Kuala Baram dan telah merebak ke sebuah rumah panjang di Kejaman, Baram, Marudi yang berpunca dari aktiviti Gawai Antu yang berlangsung pada 15 Mei 2021 di rumah panjang tersebut. Sejumlah 163 individu telah disaring di mana: 6 Kenyataan Media JPBN Bil 156/2021 • 55 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks; • 100 kes didapati negatif; dan • 8 kes masih menunggu keputusan makmal. Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dirujuk ke Hospital Miri dan dimasukkan ke Hospital Miri dan PKRC di Daerah Miri bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut. IV. Kluster Jalan Kampung Yoh, Sebauh Kluster Jalan Kampung Yoh merupakan satu kluster di tempat kerja yang dikesan melibatkan sebuah syarikat pembinaan yang membekalkan konkrit yang terletak di tapak kerja di simpang Jalan Kampung Yoh, Batu 38, Jalan Bintulu-Miri, Sebauh yang telah merebak melalui kontak sosial dalam kalangan pekerja di tapak binaan tersebut. Sejumlah 83 individu telah disaring di mana: • 58 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks; • 13 kes didapati negatif; dan • 12 kes masih menunggu keputusan makmal. Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dirujuk ke Hospital Bintulu dan dimasukkan ke Hospital Bintulu dan PKRC di Daerah Bintulu bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut. 7 Kenyataan Media JPBN Bil 156/2021 E. Kluster Tamat [Satu (1) Kluster Tamat]. Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan satu (1) kluster tamat iaitu Kluster Jelalong, Sebauh setelah tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari melibatkan kluster ini F. Kluster Yang Masih Aktif. Jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 80 kluster. Sebanyak 16 kluster telah merekodkan 119 penambahan kes baharu manakala 64 kluster tidak merekodkan penambahan kes. G. Ringkasan Kes Mengikut Daerah Di Sarawak. Hari ini daerah Telang Usan telah bertukar ke status Kuning daripada status Hijau setelah mencatatkan sembilan (9) kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Kuning meningkat kepada tujuh (7) daerah dan tiada daerah berstatus Hijau. Daerah Kabong dan Sebauh pula telah bertukar ke status Merah daripada status Jingga setelah merekodkan sejumlah kes melebihi 40 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Merah meningkat kepada 30 daerah dan daerah berstatus Jingga berkurang kepada tiga (3) daerah. 8 Kenyataan Media JPBN Bil 156/2021 2. LAPORAN NOTIS KOMPAUN Pihak PDRM telah mengeluarkan sebanyak 39 kompaun di daerah Kuching (12), Bintulu (6), Miri (6), Sibu (6), Julau (3), Kapit (2), Serian (1), Betong (1), Mukah (1) dan Lawas (1) kerana telah melanggar SOP seperti berikut: i. Berada di tempat awam melebihi masa ditetapkan (17) ii. Membawa penumpang melebihi had yang dibenarkan (10) iii. Tidak mengimbas MySejahtera/Membuka premis bukan essential (9) iv. Tidak memakai pelitup muka (1) v. Rentas daerah tanpa surat kebenaran (1) vi. Memotong gelang tangan kuarantin tanpa kebenaran KKM (1) Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan sejak 18 Mac 2020 hingga hari ini sebanyak 7,192 kompaun. Manakala, pihak Kementerian Kerajaan

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    29 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us