Kenyataan Media JPBN Bil 138/2021 JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI SARAWAK KENYATAAN MEDIA (18 MEI 2021) 1. LAPORAN HARIAN A. Kes Baharu COVID-19. Sarawak mencatatkan 512 kes baharu COVID-19 hari ini. Sejumlah 353 atau 68.95 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di Daerah Miri, Bintulu, Sibu, Kapit dan Kuching. Hari ini, Daerah Miri telah merekodkan tujuh (7) kes yang melibatkan saringan pekerja sektor oil & gas sebelum sign on pada 18 Mei 2021. Kesemua tujuh (7) kes tersebut tidak bergejala dan dikesan semasa sedang menjalani kuarantin di Offshore Transit Centre (OTC) sebelum dibenarkan lapor diri di pelantar. Kes masih dalam siasatan dan semua kontak rapat akan dikenalpasti untuk menjalani saringan serta kuarantin. Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Daerah Miri (96), Bintulu (91), Sibu (69), Kapit (51), Kuching (46), Betong (35), Bukit Mabong (20), Sri Aman (18), Selangau (18), Samarahan (10), Pusa (9), Sarikei (8), Subis (6), Belaga (6), Tanjung Manis (4), Beluru (3), Song (3), Tatau (3), Kanowit (3), Lawas (2), Serian (2), Pakan 1 Kenyataan Media JPBN Bil 138/2021 (2), Daro (1), Meradong (1), Asajaya (1), Saratok (1), Tebedu (1), Mukah (1) dan Sebauh (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 39, 328 kes. Daripada 512 kes baharu yang dilaporkan, seramai 49 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan. Manakala, seramai 426 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin. Secara ringkas kes-kes ini terdiri daripada; • 349 kes merupakan saringan indiVidu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 (14 kes bergejala). • 75 kes merupakan saringan indiVidu dalam kluster aktif sedia ada (Kes tidak bergejala). • 52 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan (1 kes bergejala). • 34 kes merupakan saringan indiVidu bergejala di fasiliti kesihatan. • 2 kes melibatkan indiVidu yang balik dari negeri-negeri lain di dalam Malaysia (Import B) (kes tidak bergejala). 2 Kenyataan Media JPBN Bil 138/2021 B. Kes Kematian Covid-19 Baharu. Hari ini terdapat lima (5) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID- 19 telah meningkat kepada seramai 230 orang. I. Kes Kematian Ke-226. Kes kematian ke-226 adalah kes ke-37,529 yang melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 51 tahun yang telah ditempatkan di pusat kuarantin kerana merupakan kontak rapat kepada kes positif. Kes dijumpai tidak sedarkan diri dan dirujuk terus ke Hospital Sibu untuk rawatan selanjutnya. Swab yang diambil pada 10 Mei 2021 bagi ujian rT-PCR adalah positif COVID-19. Kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 13 Mei 2021. Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan asma. II. Kes Kematian Ke-227. Kes kematian ke-227 adalah kes ke- 35,299 yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 64 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Kapit kerana mengalami sesak nafas. Kes didapati mengalami gejala batuk dan demam sejak empat hari yang lalu. Saringan ujian dengan kaedah rapid test kit antigen dan rT-PCR pada 07 Mei 2021 adalah positif COVID-19. 3 Kenyataan Media JPBN Bil 138/2021 Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 15 Mei 2021. Kes mempunyai komorbid penyakit kencing manis dan dislipidemia. III. Kes Kematian Ke-228. Kes kematian ke-228 adalah kes ke-38,059 yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 73 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Kapit kerana mengalami sesak nafas. Kes didapati mengalami gejala batuk sejak dua hari yang lalu. Saringan ujian dengan kaedah rapid test kit antigen dan rT-PCR pada 14 Mei 2021 adalah positif COVID-19. Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 16 Mei 2021. Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, gout dan penyakit buah pinggang kronik. IV. Kes Kematian Ke-229. Kes kematian ke-229 adalah kes ke-37,730 yang melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 73 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Kapit kerana mengalami sesak nafas. Kes didapati mengalami gejala batuk sejak 2 hari yang lepas. Saringan ujian dengan kaedah rapid test kit antigen dan rT-PCR pada 12 Mei 2021 adalah positif COVID-19. Kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 16 Mei 2021. 4 Kenyataan Media JPBN Bil 138/2021 Kes mempunyai ko-morbid penyakit jantung, darah tinggi dan penyakit paru obstruktif kronik. V. Kes Kematian Ke-230. Kes kematian ke-230 adalah kes ke-33,000 yang melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 71 tahun telah ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Daerah Sibu apabila swab yang diambil pada 03 Mei 2021 bagi saringan kontak rapat kes positif COVID-19 dengan rT-PCR adalah positif. Kes didapati bergejala demam dan selsema 2 hari yang lalu. Kes dirujuk terus ke Hospital Sibu kerana lemah dan mengalami gejala muntah dan cirit-birit. Keadaan kesihatan semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 18 Mei 2021. Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan kencing manis. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa. 5 Kenyataan Media JPBN Bil 138/2021 C. Status Kes COVID-19 Di Dalam Wad Hospital Dan Masih Di Bawah Pengawasan Perubatan (Kes Aktif). Hari ini terdapat 409 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini iaitu: • 104 kes dari Hospital Sibu dan PKRC di di bawah Hospital Sibu; • 78 kes dari Hospital Bintulu dan PKRC di bawah Hospital Bintulu; • 69 kes dari Hospital Sarikei dan PKRC di bawah Hospital Sarikei; • 67 kes dari Hospital Miri dan PKRC di bawah Hospital Miri; • 32 kes dari Hospital Umum Sarawak dan PKRC di bawah Hospital Umum Sarawak; • 17 kes dari PKRC Betong; • 15 kes dari Hospital Kapit dan PKRC di bawah Hospital Kapit; • 15 kes dari Hospital dan PKRC Sri Aman; • 6 kes dari PKRC Mukah; • 4 kes dari PKRC Serian; • 2 kes dari PKRC Lawas. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 32,539 orang atau 82.74% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak. Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 6,473 orang. 6 Kenyataan Media JPBN Bil 138/2021 Manakala, 518 PUI baharu telah dilaporkan dan lima (5) PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal. D. Kluster Baharu [Satu (1) Kluster Baharu]. Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan dua (2) kluster baharu iaitu Kluster Hulu Spaoh dan Kluster Jelang di Daerah Betong. Ringkasan kluster tersebut adalah seperti berikut: I. Kluster Hulu Spaoh, Betong Kluster Hulu Spaoh merupakan satu kluster komuniti yang dikesan di sebuah kampung di Hulu Spaoh, Betong. Sejumlah 48 individu telah disaring di mana: • 20 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks; • 2 kes adalah negatif; dan • 26 kes masih menunggu keputusan makmal. Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak, Hospital Betong dan telah dimasukkan ke Hospital Betong dan PKRC Betong bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut. 7 Kenyataan Media JPBN Bil 138/2021 II. Kluster Jelang, Betong Kluster Jelang merupakan adalah kluster komuniti yang telah dikesan melibatkan sebuah rumah panjang di kawasan Jelang, Spak di Daerah Betong. Sejumlah 141 individu telah disaring di mana: • 22 kes dikesan positif Covid-19 termasuk kes indeks; • 119 kes adalah negatif; Kesemua kes telah ditujuk ke Hospital Betong dan telah dimasukkan ke PKRC Betong untuk rawatan lanjut dan pengasingan. E. Kluster Tamat [Satu (1) Kluster Tamat]. Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan satu (1) kluster tamat iaitu Kluster Sungai Selitut, Tatau. F. Kluster Yang Masih Aktif. Jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 84 kluster. Sebanyak 12 kluster telah merekodkan 77 penambahan kes baharu manakala 72 kluster tidak merekodkan penambahan kes. 8 Kenyataan Media JPBN Bil 138/2021 G. Ringkasan Kes Mengikut Daerah Di Sarawak. Hari ini, Daerah Lundu telah kembali ke status Jingga daripada status Merah selepas merekodkan 29 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Merah telah menurun kepada 25 daerah dan daerah berstatus Jingga telah meningkat kepada dua (2) daerah. Manakala, lapan (8) daerah kekal berstatus Kuning dan lima (5) daerah kekal berstatus Hijau. 2. LAPORAN NOTIS KOMPAUN Pihak PDRM telah mengeluarkan sebanyak 14 kompaun di daerah Kuching (12) dan Bintulu (2) kerana telah melanggar SOP seperti berikut: i. Aktiviti terlarang bermain snooker dan minum dalam premis (7) ii. Tidak memakai pelitup muka (4) iii. Gagal kemukakan permit kebenaran rentas zon (2) iv. Tidak mendaftar MySejahtera (1) Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan sejak 18 Mac 2020 hingga hari ini sebanyak 6,568 kompaun. 9 Kenyataan Media JPBN Bil 138/2021 Manakala, pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak pula telah mengeluarkan 21 kompaun di bawah seliaan BDA (5), MD Kapit (4), MP Padawan (4), MP Kota Samarahan (2), MD Dalat & Mukah (1), MD Matu & Daro (1), MD Lundu (1), MD Serian (1), MBKS (1) dan MB Miri (1) atas kesalahan pelanggaran SOP seperti berikut: i. Tidak mengemaskini buku daftar/buku daftar daftar tidak lengkap (16) ii. Tidak menggunakan pelitup muka (4) iii. Beroperasi tanpa kebenaran (1) Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan oleh PBT sejak 01 Februari 2021 hingga hari ini adalah sebanyak 556 kompaun. 10 Kenyataan Media JPBN Bil 138/2021 3. KEPUTUSAN JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak telah membuat keputusan berikut: A. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bagi: i. PKPD Blok C dan D, Kuarters Pekerja Shin Yang, Kemena Industrial Estat (15 hingga 28 Mei 2021) ii. PKPD Blok O Flat Sungai Plan, Bintulu (15 hingga 28 Mei 2021) iii. PKPD Rh. Ado anak Bilong, Sungai Kakus, Tatau (15 hingga 28 Mei 2021) iv.
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages27 Page
-
File Size-