Penyata Rasmi

Penyata Rasmi

PENYATA RASMI PERSIDANGAN KEEMPAT, MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KETIGA, DEWAN NEGERI YANG KESEBELAS PERAK DARUL RIDZUAN PADA HARI JUMAAT, 14 APRIL 2006 PERAK DARUL RIDZUAN DEWAN NEGERI YANG KESEBELAS MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KETIGA, Persidangan Keempat, pada hari Jumaat, 14 April 2006 di Dewan Mesyuarat, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh mulai jam 9.00 pagi YANG HADIR Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Dato’ Haji Mat Isa bin Ismail, DPMP., KMN., PPT., JP. (Kawasan Changkat Jering) Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dato’ Seri Diraja Mohamad Tajol Rosli bin Ghazali, SPSA., SPMP., DGSM., DPMP., AMP. (Kawasan Pengkalan Hulu) Yang Berhormat Dato’ Ramly bin Zahari, DPCM., KMN., AMP., PPT. (Kawasan Manong) Yang Berhormat Dato’ Ho Cheng Wang, DPMP., AMP. (Kawasan Pokok Assam) Yang Berhormat Dato’ G. Rajoo (Kawasan Hutan Melintang) Yang Berhormat Dato’ Chang Ko Youn, DPMP., PMP., KMN., PPT., PJK., JP. (Kawasan Jalong) Yang Berhormat Dato’ Mohd. Radzi bin Manan, DPMP., PJK., JP. (Kawasan Tualang Sekah) Yang Berhormat Dato’ Tan Chin Meng, DPMP., PMP., AMP. (Kawasan Kepayang) Yang Berhormat Dato’ Haji Saarani bin Mohamad, DPCM., AMP., PJK. (Kawasan Kota Tampan) Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Haji Abu Hassan, DPMP., AMP., PPT. (Kawasan Belanja) Yang Berhormat Dato’ Dr. Zambry bin Abd. Kadir, DPMP., AMS. (Kawasan Pangkor) Yang Berhormat Dato’ Siti Salmah binti Mat Jusak, DPCM., PPT., PJK. (Kawasan Chenderoh) 2 Yang Berhormat Dato’ Yik Phooi Hong, DPMP., PMP., AMP. (Kawasan Buntong) Yang Berhormat Dato’ Hajjah Mazidah binti Haji Zakaria, DPMP., AMP., DSM. (Kawasan Hulu Kinta) Yang Berhormat Dato’ Dr. Abdul Malek bin Md. Hanafiah, DPMP., PPT. (Kawasan Kamunting) Yang Berhormat Dato’ Lee Chee Leong, DPMP., AMP. (Kawasan Malim Nawar) Yang Berhormat Dato’ Haji Hamdi bin Haji Abu Bakar, DPMP., PMP., AMP., PPT., JP. (Kawasan Pengkalan Baru) Yang Berhormat Dato’ Haji Nadzri bin Haji Ismail, DPMP., PMP., AMP., PPT. (Kawasan Manjoi) Yang Berhormat Dato’ Lee Kon Yin, DPMP., PMP., AMP. (Kawasan Tronoh) Yang Berhormat Dato’ Haji Ahmad bin Jaafar, DPMP., PMP., AMP., AMN., PPT. (Kawasan Bukit Chandan) Yang Berhormat Dato’ Chew Wai Khoon, DPMP., PMP., AMP., AMN. (Kawasan Tebing Tinggi) Yang Berhormat Dato’ Dr. Ho Wai Cheong, DPMP., PMP., AMP., PPT. (Kawasan Teja) Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Jafri bin Mohd Yunus, PMP. (Kawasan Kubu Gajah) Yang Berhormat Dato’ Chang Kon You, DPMP., AMP. (Kawasan Chenderiang) Yang Berhormat Dato’ R. Ganesan, DPMP., PMP., AMN., AMP. (Kawasan Sungkai) Yang Berhormat Dato’ Hasbullah bin Osman, DPMP., AMP., JP. (Kawasan Temenggor) Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Tarmizi bin Idris, AMP., PJK. (Kawasan Kenering) Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad Daud bin Haji Mohd. Yusoff, AMP., PJK. (Kawasan Selama) Yang Berhormat Kapt. (B) Tuan Haji Mohd. Najmuddin bin Elias (Kawasan Batu Kurau) Yang Berhormat Encik Abu Bakar bin Mat Ali, PPT. (Kawasan Titi Serong) Yang Berhormat Encik Mohd. Salleh bin Mat Disa, PPT. (Kawasan Kuala Kurau) Yang Berhormat Encik Sham bin Mat Sahat, PPN., PJK. (Kawasan Alor Pongsu) Yang Berhormat Encik Abd. Muhaimin bin Abu Rahman Nazri, AMP., PPT. (Kawasan Gunung Semanggol) 3 Yang Berhormat Encik Zaili bin Cha, PPT. (Kawasan Selingsing) Yang Berhormat Encik See Tean Seng, AMP. (Kawasan Kuala Sepetang) Yang Berhormat Encik Rosli bin Husin, AMP., PPT. (Kawasan Trong) Yang Berhormat Encik Ng Chii Fa (Kawasan Aulong) Yang Berhormat Datuk Ahamad bin Pakeh Adam, DMSM., AMN., PPT., PJK. (Kawasan Lintang) Yang Berhormat Encik Vincent Hooi Wy-Hon (Kawasan Canning) Yang Berhormat Encik Gooi Seng Teik, AMP., PPT. (Kawasan Bercham) Yang Berhormat Encik Che’ Ri bin Md. Daud, AMN., PPT. (Kawasan Bota) Yang Berhormat Puan Hamidah binti Osman, PJK. (Kawasan Sungai Rapat) Yang Berhormat Encik Chan Chin Chee, PJK. (Kawasan Simpang Pulai) Yang Berhormat Dato’ Samsudin bin Abu Hassan, DPMP., AMP., PPT. (Kawasan Ayer Kuning) Yang Berhormat Tuan Haji Ibrahim bin Katop, AMP., PKC. (Kawasan Sungai Manik) Yang Berhormat Datuk Tajuddin bin Abdul Rahman (Kawasan Kampung Gajah) Yang Berhormat Encik Ramachandran a/l Mookiah (Kawasan Pasir Panjang) Yang Berhormat Encik Sha’arani bin Mohamad (Kawasan Rungkup) Yang Berhormat Dato’ Mohd. Khusairi bin Abdul Talib, DPMP., BSK., PPT. (Kawasan Slim) Yang Berhormat Encik Appalanaidu a/l Rajoo (Kawasan Behrang) Yang Berhormat Encik Ngeh Koo Ham (Kawasan Sitiawan) Yang Berhormat Encik Nga Kor Ming (Kawasan Pantai Remis) Yang Berhormat Encik Keong Meng Sing (Kawasan Menglembu) Yang Berhormat Encik Seah Leong Peng (Kawasan Pasir Bedamar) Yang Berhormat Encik Su Keong Siong (Kawasan Pasir Pinji) Yang Berhormat Puan Hee Yit Foong (Kawasan Jelapang) Yang Berhormat Encik Chen Fook Chye (Kawasan Keranji) 4 YANG TIDAK HADIR (dengan maaf) Yang Berhormat Dato’ Haji Jamal Nasir bin Rasdi, DPCM., PMP., AMP., PPT. (Kawasan Lubuk Merbau) Yang Berhormat Dato’ Ir. Onn bin Hamzah, DPMP. (Kawasan Changkat Jong) YANG TURUT HADIR (Mengikut Fasal XLVIII, Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak) Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Y.B. Dato’ Abdul Hanan bin Alang Endut, DSPN., PCM.) Yang Berhormat Penasihat Undang-undang Negeri Perak Darul Ridzuan (Y.B. Dato’ Engku Nor Faizah binti Engku Atek, DPTJ., AMP.) Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Perak Darul Ridzuan (Y.B. Dato’ Jamalludin Al Amini bin Haji Ahmad, DPMP., PMP., PPT.) SETIAUSAHA DEWAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN Encik Hasim bin Hasan, AMP., PPT., PMC., PJP. 5 SETIAUSAHA : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Pengumuman hari ini ialah soalan lisan saya benarkan satu jam sahaja. Yang kedua waktu rehat sembahyang Jumaat dan sempena Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dan Majlis Tahlil di Masjid Sultan Azlan Shah, kita tangguh 11.45 dan yang ketiganya kita sambung semula pada jam 3.00 petang. Terima kasih. I. BACAAN DOA (Setiausaha Dewan membaca doa) II. PENGUMUMAN TUAN YANG DIPERTUA Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA : Tiada pengumuman untuk hari ini. III. SOALAN-SOALAN YANG DIBERI NOTIS SOALAN-SOALAN LISAN Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA : Dijemput Ahli Yang Berhormat dari Kawasan Ayer Kuning. (1) Y.B. DATO’ SAMSUDIN BIN HAJI ABU HASAN (AYER KUNING) Malaysia melahirkan 60,000 graduan setiap tahun, berikutan kadar pertumbuhan 3.2 peratus setahun dalam pasaran tenaga kerja Negara. Oleh itu, lebih banyak peluang pekerjaan diperlukan bagi menampung peningkatan jumlah siswazah dan menjadi cabaran bagi Kerajaan Pusat Khasnya malah kepada Kerajaan Negeri Perak amnya ke arah mewujudkan peluang pekerjaan kepada siswazah menganggur dan rakyat. Soalannya: (a) Ingin tahu, sejauhmana Pelan Induk K-Ekonomi Kerajaan Negeri Perak merancang ke arah tersebut, dan (b) Adakah Kerajaan Negeri Perak bercadang mengujudkan Program Siswazah Tani, dengan membuka tanah-tanah pertanian milik kerajaan negeri kepada mereka, dan (c) Apakah insentif atau kemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri kepada mereka. Y.A.B. MENTERI BESAR : Dato’ Yang DiPertua, sukacita Kerajaan Negeri telah merangka rancangan bagi merealisasikan matlamat sebagai negeri maju yang ekonominya berteraskan Pengetahuan (K-State) pada tahun 2015. Dalam konteks ini, K-State dimaksudkan ialah menjadikan ilmu pengetahuan sebagai modal dalam pembangunan ekonomi dan sosial negeri manakala ICT pula akan menjadi daya penggerak yang dapat menghubungkan kesemua sektor di dalam masyarakat ke arah pencapaian faedah sosial dan ekonomi maksimum. Langkah menuju ke arah K-State adalah berdasarkan visi seperti berikut :- 6 (i) Kerajaan secara berkesan mampu mewujudkan jaringan dengan rakyat untuk mengambil peluang-peluang ke arah memakmurkan negeri dan menjadi perangsang kepada pertumbuhan ekonomi dan mengambil pendekatan global. (ii) Sistem pendidikan yang memberi peluang kepada rakyat untuk meningkatkan kemahiran dan menggunakan ilmu pengetahuan sebagai modal pertumbuhan ekonomi. (iii) Sistem ekonomi yang berteraskan kepada inovasi dan kreativiti dan seterusnya menjana nilai tambah yang tinggi bagi keluaran- keluaran dan perkhidmatan yang dihasilkan. (iv) Mengubah minda masyarakat ke arah masyarakat berpengetahuan dan kreatif yang menyokong pertumbuhan ekonomi. Usaha ke arah itu akan menggunakan pembangunan ICT sebagai penggerak yang memancu untuk mencapai visi tadi. Untuk tujuan itu kerajaan menyediakan pelan strategik ICT negeri dan beberapa langkah daripada strategi tersebut telah dilaksanakan. Antara langkah- langkah tersebut adalah seperti berikut:- (i) Mewujud Perak MSC Cybercenter di kawasan seluas 325 ekar di Bandar Meru Raya yang telah diluluskan secara prinsip status tersebut pada Disember 2005 yang lalu. (ii) Merancangkan pembangunan industri berteknologi tinggi yang memerlukan ”knowledge workers” yang bakal menyerap sebanyak mungkin graduan-graduan dari negara ini. (iii) Menyediakan suasana kondusfi ke arah pengujudan ”knowledge entreprenuers”. (iv) Menjadikan sektor ICT sebagai sektor ekonomi dengan memfokuskan kepada industri-industri khusus termasuk R&D&D, multimedia, shared services dan sebagainya. (b) Kerajaan Negeri memang mempunyai perancangan untuk mewujudkan program Siswazah Tani yang mana buat permulaan satu Sekim Ladang Mempelam Mentor-Mentee telah diwujudkan oleh Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) di Tanjung Tualang yang mana sebahagian dari pesertanya akan dipilih dari kalangan cerdik pandai yang masih menganggur atau belum mempunyai pekerjaan. (c) Antara insentif dan kemudahan yang ditawarkan adalah:- (i) Pajakan tanah untuk tempoh 30 tahun. (ii) Bantuan

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    98 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us