Kawasan Pilihan Raya: Pas Permain Keadilan (Berita Harian 14/02/2004)

Kawasan Pilihan Raya: Pas Permain Keadilan (Berita Harian 14/02/2004)

14/02/2004 Kawasan pilihan raya: Pas permain Keadilan ALOR STAR: Pas tidak adil terhadap Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dengan menyerahkan kawasan yang sukar dimenangi sekutunya di Kedah pada pilihan raya umum akan datang, kata Menteri Besar, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain. Beliau berkata, Pas mengambil kesempatan dalam keadaan Keadilan semakin goyah berikutan masalah dalaman dengan melakukan pembahagian kawasan pilihan raya yang hanya menguntungkannya. Katanya, sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diberikan kepada Keadilan selepas Pas sendiri tidak yakin mampu mencapai kemenangan di situ. "Pembahagian (kerusi) itu nampak kelam kabut dan satu tamparan kepada Keadilan. "Ia tak ubah macam filem P Ramlee... Satu untuk awak, dua untuk aku, satu untuk awak, tiga untuk aku," katanya sebelum perjumpaan dengan pemimpin Umno bahagian di Bangunan Tunku, semalam. Perjumpaan itu sepatutnya dihadiri bersama penasihat jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) Kedah, Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi bekas Perdana Menteri itu tidak dapat hadir kerana tidak sihat. Rabu lalu, Pas dan Keadilan mengumumkan pembahagian kerusi dengan Pas bertanding di 10 kerusi Parlimen dan 27 kerusi DUN manakala Keadilan lima kerusi Parlimen dan sembilan DUN. Sepuluh kawasan Parlimen yang akan ditandingi Pas ialah Langkawi, Jerlun, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Kuala Kedah, Pendang, Jerai, Sik dan Baling. Keadilan pula akan bertanding di kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Padang Serai, Sungai Petani, Merbok dan Alor Star. Bagi DUN, Pas akan bertanding di Kota Seputeh, Air Hitam, Kuala Nerang, Pedu, Bukit Lada, Bukit Pinang, Bakar Bata, Alor Mengkudu, Anak Bukit, Pengkalan Kundor, Tokai, Sungai Tiang, Sungai Limau, Guar Cempedak, Belantik, Jeneri, Tanjung Dawai, Pantai Merdeka, Jitra, Bukit Kayu Hitam, Kupang, Bayu, Kuala Ketil, Merbau Pulas, Bandar Baharu, Air Hangat dan Kuah. Keadilan pula akan bertanding di Derga, Kota Darulaman, Kubang Rotan, Gurun, Sidam, Bakar Arang, Bukit Selambau, Kulim dan Lunas. Syed Razak berkata, Pas sengaja menekan Keadilan yang sedang goyah dengan masalah dalaman parti. .

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    1 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us