LAPORAN PERSIDANGAN PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA MESYUARAT PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KEDUA BELAS ____________________________________________________________________ Tarikh : 2 MEI 2012 (RABU) Masa :9.30 Pagi Tempat : Dewan Undangan Negeri Lebuh Light, Pulau Pinang ____________________________________________________________________ HADIR Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan 1. Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Hussain Speaker 2. Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng Ketua Menteri - Air Putih 3. Y.B. Dato’ Haji Farizan bin Darus Setiausaha Kerajaan Negeri 4. Y.B. Dato’ Faiza bt. Zulkifli Penasihat Undang–undang Negeri 5. Y.B. Dato’ Haji Mokhtar bin Mohd Jait Pegawai Kewangan Negeri 6. Y.B. Dato' Mansor bin Haji Othman Timbalan Ketua Menteri I / Penanti 7. Y.B. Prof. Dr. P. Ramasamy a/l Palanisamy Timbalan Ketua Menteri II / Perai 8. Y.B. Tuan Chow Kon Yeow Padang Kota 9. Y.B. Tuan Haji Abdul Malik bin Abul Kassim Batu Maung 10. Y.B. Tuan Lim Hock Seng Bagan Jermal 11. Y.B. Tuan Law Heng Kiang Batu Lancang 12. Y.B. Tuan Phee Boon Poh Sungai Puyu 13. Y.B. Tuan Law Choo Kiang Bukit Tambun 14. Y.B. Tuan Wong Hon Wai Air Itam 15. Y.B. Puan Ong Kok Fooi Berapit 16. Y.B. Dato' Tan Hock Leong Timbalan Speaker/Machang Bubuk 1 17. Y.B. Tuan Koay Teng Hai Pulau Tikus 18. Y.B. Tuan Maktar bin Haji Shapee Sungai Bakap 19. Y.B. Tuan Tanasekharan a/l Autherapady Bagan Dalam 20. Y.B. Dato' Haji Mohd. Salleh bin Man Permatang Pasir 21. Y.B. Tuan Ng Wei Aik Komtar 22. Y.B. Tuan Teh Yee Cheu Tanjong Bunga 23. Y.B. Tuan Jagdeep Singh Deo a/l Karpal Singh Datok Keramat 24. Y.B. Tuan Tan Cheong Heng Padang Lalang 25. Y.B. Tuan Ong Khan Lee Kebun Bunga 26. Y.B. Tuan Ong Chin Wen Bukit Tengah 27. Y.B. Tuan Sim Tze Tzin Pantai Jerejak 28. Y.B. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji Seri Delima 29. Y.B. Tuan Koid Teng Guan Sungai Pinang 30. Y.B. Tuan Lau Keng Ee Pengkalan Kota 31. Y.B. Tuan Tan Beng Huat Jawi 32. Y.B. Tuan Raveentharan a/l V. Subramaniam Batu Uban 33. Y.B. Dato’ Haji Azhar bin Ibrahim Penaga 34. Y.B. Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Haji Yahaya Telok Bahang 35. Y.B. Dato’ Hajah Jahara bt. Hamid Telok Ayer Tawar 36. Y.B. Tuan Syed Amerruddin bin Dato’ Syed Bayan Lepas Ahmad 37. Y.B. Dato’ Haji Jasmin bin Mohamed Sungai Dua 38. Y.B. Dato’ Haji Roslan bin Saidin Pinang Tunggal 39. Y.B. Datuk Arif Shah bin Haji Omar Shah Seberang Jaya 40. Y.B. Tuan Haji Shabudin Bin Yahya Permatang Berangan 41. Y.B. Tuan Haji Sr. Muhamad Farid Bin Saad Pulau Betong 42. Y.B. Dato’ Mahmud bin Zakaria Sungai Acheh 43. Y.B. Puan Hajah Zabariah bt. Wahab Bertam TIDAK HADIR Y.B. Tuan Yeoh Soon Hin - Paya Terubong TURUT HADIR Encik Md. Puat Bin Romli - Setiausaha Dewan 2 Dewan bersidang pada jam 9.30 pagi. Setiausaha: Doa. Pengumuman oleh Yang Berhormat Dato' Speaker. Y.B. Dato' Speaker: Assalamualaikum dan salah sejahtera. Ahli-ahli yang berhormat, sebagaimana kita sedia maklum bahawa seorang bekas ahli bekas Dewan Undangan Negeri telah meninggal dunia iaitu mendiang Dato' Subaiyah a/l Palaniapan yang telah meninggal dunia pada 18 April 2012. Mendiang Dato' Subaiyah a/l Palaniapan telah berkhidmat sebagai ADUN Kawasan Bagan Dalam mulai 21 Mac 2004 hingga 12 Februari 2008. Oleh itu, saya meminta semua para hadirin untuk bertafakur selama satu minit dan semua para hadirin untuk berdiri. “Bertafakur selama satu (1) minit” Para hadirin diminta duduk. Ahli-ahli yang berhormat, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri telah menetapkan 30 April 2012 sebagai hari permulaan Mesyuarat Yang Pertama Penggal Yang Kelima Dewan Undangan Negeri Yang Kedua Belas melalui perisytiharan bertarikh 2 March 2012 yang diwartakan pada 15 Mac 2012. Pada sesi ini kita akan menimbangkan 68 soalan lisan, 403 soalan bertulis, 1 Rang Undang-Undang dan 4 Usul. Mesyuarat akan bersidang sehingga semua urusan mesyuarat selesai. Setiausaha: Soalan-soalan. (A) Soalan Lisan. Ahli Kawasan Seberang Jaya (Y.B. Datuk Arif Shah bin Haji Omar Shah): Y.B. Dato' Speaker, sebelum soalan-soalan lisan bermula, saya ada dua perkara. Satu saya hendak tanya iaitu adakah apa-apa peruntukan yang boleh digunakan untuk minta Y.A.B. Ketua Menteri memohon maaf kepada PDRM kerana menyalahkan PDRM semasa BERSIH 3.0? Adakah peraturan- peraturan tersebut? Saya tidak erti saya hendak tanya Y.B. Dato' Speaker. Y.B. Dato' Speaker: Tiada. 3 Ahli Kawasan Seberang Jaya (Y.B. Datuk Arif Shah bin Haji Omar Shah): Tiada. Kedua ialah saya hendak minta jasa baik Y.B. Dato' Speaker kerana Y.B. Dato' Speaker telah menggunakan peraturan 25 (5) untuk mengubah ayat iaitu soalan saya ID 120 9W-1, ID 188 9W-10 dan ID 301 9W- 24 kerana saya menghormati seperti yang telah dinyatakan bahawa Kerajaan Negeri menguar-uarkan tentang Enakmen Kebebasan Maklumat. Apabila soalan saya yang berbunyi berapa banyakkah jumlah kakitangan Kerajaan Negeri sekarang dan sila nyatakan jumlah sebelum 2008 serta berapa yang telah bertukar jabatan dan nama-nama mereka dan nama pegawai-pegawai baru dalam Kerajaan Negeri dan jabatan tempat bertugas dari 2008 hingga sekarang. Y.B. Dato' Speaker menggunakan kuasa iaitu bersetuju supaya digugurkan dan di nama iaitu berbunyi nama pegawai baru Kerajaan Negeri dan jabatan tempat bertugas dari 2008 hingga sekarang. Makna di ubah bunyi. Bagi saya, saya ingin mendapatkan nama ini kerana ada maksud- maksud tertentu yang untuk diberikan pembelaan kepada rakyat dan saya rasa ianya tidak mempunyai apa-apa ill feeling, tetapi adalah sebagai memenuhi matlamat sebagai seorang wakil rakyat untuk memperjuangkan hak rakyat di dalam Negeri ini. Begitu juga bagi ID 188 senarai penerima mengikut DUN-DUN juga tidak dapat diberikan dan bagi ID 301 Y.B. Dato' Speaker menukarkan perkataan nama kepada jumlah. Saya tanya nama, saya tidak tanya jumlah. Jadi saya pohon kalau boleh, kalau hendak diberikan jawapan secara rahsia intipati pun tidak mengapa, sekurang-kurangnya saya dapat dan digazetkan supaya saya tidak boleh menunjukkan kepada sesiapa kerana saya memerlukannya untuk menjalankan kajian yang dibuat untuk pembelaan rakyat Negeri Pulau Pinang. Terima kasih Y.B. Dato' Speaker. Y.B. Dato' Speaker: Untuk ID 301 soalan bertulis no. 24, kerana list nya itu panjang, saya rasa untuk kita bagi kepada Yang Berhormat boleh minta kemudian kerana list nya itu panjang. Itu sebabnya saya tolak. Soalanya...(gangguan). Ahli Kawasan Seberang Jaya (Y.B. Datuk Arif Shah bin Haji Omar Shah): Sekurang-kurangnya saya dapat, jadi saya minta dalam bentuk CD kepada saya. Just interpati makna terus kepada saya saja. Saya minta intipati, terus kepada saya. Terima Y.B. Dato' Speaker. 4 Y.B. Dato' Speaker: Yang pertama, tentang soalan nombor 1. Saya gunakan 25 (5). Itu pun kalau Yang Berhormat perlukan kita minta supaya dikeluarkan, panjang di situ. Banyak soalan kalau kita tengok yang mana yang saya tolak kerana dokumen itu sedia ada yang boleh diminta setengah-setengah bukan kes yang ini. Pelan-pelan dan sebagainya itu, dia detail yang kadang-kadang boleh diminta daripada pejabat-pejabat tertentu. Ahli Kawasan Pulau Betong (Y.B. Tuan Haji Sr. Muhamad Farid Bin Saad): Penjelasan Dato' Speaker. Saya kurang faham, panjang atau pendek jawapan yang dipohon oleh Yang Berhormat sepatutnya diberikan. Panjang atau pendek bukan sebab untuk tidak beri jawapan, sepatutnya ialah sediakan sebagai lampiran dan sebagainya tetapi jawapan perlu diberikan. Y.B. Dato' Speaker: Ada soalan yang boleh dapatkan terus maksud saya ini boleh dapatkan terus daripada jabatan-jabatan berkenaan kecuali kalau tidak dapat. Ahli Kawasan Pulau Betong (Y.B. Tuan Haji Sr. Muhamad Farid Bin Saad): Tetapi jika diminta bagi tetapi sebagai lampiran apa salahnya. Y.B. Dato' Speaker: Kecuali kalau tidak dapat boleh bangkitkan kepada Dewan. Ahli Kawasan Seberang Jaya (Y.B. Datuk Arif Shah bin Haji Omar Shah): Y.B. Dato' speaker saya ucapkan terima kasih kerana akan diberikan dalam bentuk CD kerana saya masih memerlukan. Terima kasih. Y.B. Dato' Speaker: Saya akan rujuk kepada unit yang berkenaan. Seterusnya soalan dari Y.B. Seri Delima. Ahli Kawasan Seri Delima (Y.B. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji): Y.B. Dato' Speaker soalan saya ialah soalan nombor 1. 5 1. Apakah tindakan yang telah diambil oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) terhadap pihak-pihak yang telah mengacau-ganggu perhimpunan aman anti Lynas Selamatkan Malaysia yang diadakan pada 26 Februari 2012 di sudut pemidato di Pulau Pinang baru-baru ini. Ahli Kawasan Batu Maung (Y.B. Tuan Haji Abdul Malik bin Abul Kassim): Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Y.B. Dato' Speaker, menjawab soalan pertama daripada Y.B. Seri Delima. Tindakan yang telah dilakukan oleh PDRM ialah seperti berikut: 1. Tindakan yang telah dilakukan oleh PDRM adalah seperti berikut:- (i) Membuka Kertas Siasatan yang diklasifikasikan di bawah Seksyen 143/147 Kanun Keseksaan kepada pihak-pihak yang telah mengacau-ganggu Perhimpunan Aman Anti Lynas Selamatkan Malaysia pada 26 Februari 2012 yang lalu kerana menganggotai satu perhimpunan dan melakukan rusuhan. (ii) Membuat rakaman percakapan suspek, penganjur, Ahli SUARAM, Y.A.B. Ketua Menteri, Ahli EXCO dan individu yang hadir di tempat kejadian telah dilakukan. (iii) Mengemukakan Kertas Siasatan kepada Yang Arif Timbalan Pendakwaraya Pulau Pinang pada 06 Mac 2012 dan Yang Arif Timbalan Pendakwaraya telah mengembalikan kertas siasatan pada 14 Mac 2012 dan mengarahkan beberapa tindakan lanjut perlu diambil. Y.B. Dato' Speaker, apa yang kita dapat dilihat kejadian yang berlaku pada 26 Februari 2012 kita telah lihat bagaimana Kerajaan Pakatan Rakyat yang bermula dengan 8 Mac 2012. Apabila kita mengambil alih kerajaan kita telah mengamal di bawah dasar pemerintahan CAT kita telah mengamalkan konsep keterbukaan untuk menerima segala apa yang mungkin di protes dan sebagainya oleh rakyat.
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages767 Page
-
File Size-