Penerapan Nilai Murni Dan Budaya Melalui Aplikasi Cerita Legenda Melayu

Penerapan Nilai Murni Dan Budaya Melalui Aplikasi Cerita Legenda Melayu

LP-FTSM-2019-013 PENERAPAN NILAI MURNI DAN BUDAYA MELALUI APLIKASI CERITA LEGENDA MELAYU Norleyza Jailani Nur Hayati Aris Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia Pengenalan Minat generasi muda untuk mengkaji tentang sejarah dan budaya terutamanya yang melibatkan sejarah dan budaya tempatan semakin menurun (Utusan Malaysia 2012), sedangkan pengetahuan asas mengenai sejarah asal-usul, adat, budaya tempatan dan nilai murni adalah elemen penting dalam membina jati diri. Negara-negara Asia seperti Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan, China dan Singapura telah ke hadapan dalam transformasi pendidikan sejarah ke arah yang lebih progresif (Kamaruddin dan Said, 2014). Di negara maju seperti United Kingdom terdapat pergerakan National Trust yang ditubuhkan pada lewat abad ke-19 (Waterson 1994) bertujuan untuk melindungi alam sekitar, sejarah, dan khazanah budaya daripada terhakis atau musnah akibat pembangunan pesat (Kim 2013). Pergerakan ini telah diterima secara meluas di banyak negara, seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Australia, sebagai salah satu cara untuk mengekalkan sumber alam semulajadi dan budaya (Lee 2009). Di Malaysia terdapat beberapa jabatan yang bertanggungjawab untuk memulihara, memelihara, melindungi dan mempromosikan kekayaan khazanah warisan Malaysia seperti Jabatan Warisan Negara, Badan Warisan Malaysia dan WWF Malaysia. UNESCO adalah sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditubuhkan pada tahun 1945. Tujuan penubuhannya adalah untuk menyumbang ke arah kedamaian dan keselamatan dengan mempromosikan kerjasama antarabangsa melalui bidang pendidikan, sains dan kebudayaan. TerdapatCopyright@FTSM dua kawasan di Malaysia yang mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai tapak bersejarah iaitu Tapak Arkeologi Lembah Lenggong dan bandar bersejarah Melaka dan Georgetown. Manakala Taman Negara Gunung Mulu di Sarawak dan Taman Negara Kinabalu di Sabah diiktiraf UNESCO sebagai tapak warisan semulajadi (Jabatan Warisan Negara 2016). Di Langkawi pula pihak Unesco sedang menilai semula status Kilim Geoforest Park sebagai UNESCO Global Geopark dari 7 hingga 11 Ogos 2019 (Berita Harian, 2019) . Terdapat LP-FTSM-2019-013 pelbagai kisah dan legenda yang tersembunyi di sebalik tempat-tempat bersejarah di Malaysia yang sebahagian besarnya tidak diketahui oleh generasi muda khususnya. Walaupun legenda Melayu ini sukar dipercayai dan dibuktikan kebenarannya, tetapi diharap legenda ini akan terus kekal dalam ingatan dan diturunkan daripada generasi ke generasi sebagai media untuk menanamkan nilai murni, jati diri kebangsaan dan sikap menghargai nilai budaya dan warisan serta kelestarian alam semulajadi khususnya berkaitan tapak sejarah di Malaysia. Peranan Teknologi Digital dalam Membentuk Jati Diri Dalam era globalisasi dan ledakan teknologi maklumat, timbul kebimbangan dalam kalangan ibu bapa, guru dan ahli akademik serta pemimpin negara tentang pengaruh perkembangan pesat sains dan teknologi terhadap lunturnya jati diri anak tempatan. Justeru itu penerapan elemen nilai-nilai murni ke arah pembangunan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) dalam proses pendidikan amat dititikberatkan dalam falsafah pendidikan negara (Sabilan et. Al. 2016). Di bidang pendidikan modal insan yang mantap dari sudut JERI boleh diserapkan dalam kurikulum melalui secara formal melalui mata pelajaran atau tidak formal melalui aktiviti ko-kurikulum di semua peringkat bermula dari pra-sekolah sehinggalah institusi pengajian tinggi. Dengan kata lain, penerapan nilai murni dan pembentukan jati diri harus dilaksana merentas kurikulum. Ismail et. Al. (2012) mengkaji hubungan Islam dengan pembentukan jati diri masyarakat Melayu. Menurut beliau, di Malaysia, Islam dan etnik Melayu mempunyai hubungan yang erat. Ini diakui oleh kebanyakan sarjana yang mengkaji pengamalan dan penghayatan nilai-nilai Islam dalam kalangan masyarakat Melayu Malaysia. Keunikan Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa tidak menjejaskan pemerkasaan nilai-nilai Islam dalam semua bidang kehidupan khususnya terhadap umat Islam. Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia perkara 160, terdapat tiga ciri utama bangsa Melayu iaitu; beragama Islam, bertuturCopyright@FTSM dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu (Asmuni, 2011) Gabungan ketiga-tiga unsur ini mampu membentuk identiti yang unggul dan ampuh sekaligus menyumbang kepada pembentukan jati diri Melayu semenjak dulu hingga kini. Justeru itu, jati diri yang bertunjangkan Islam ini mesti dipertahankan, dipelihara dan diteladani. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Peribahasa ini mengungkap sudut pandang orang Melayu berdasarkan pengalaman tentang amalan terbaik untuk mendidik dan menerapkan nilai murni dan jati diri haruslah bermula dari pendidikan awal. Kajian lepas LP-FTSM-2019-013 mendapati bahawa penggunaan bahan multimedia berperanan dalam menerapkan nilai murni dan membentuk jati diri kanak-kanak (Majid et. Al. 2012). Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menarik minat kanak-kanak dan remaja untuk lebih menghayati sejarah, asal-usul, adat dan budaya tempatan termasuk menerbitkan komik sejarah, e-buku interaktif, permainan video bertemakan sejarah dan sebagainya. Terdapat juga pakej pembelajaran nilai moral yang mengetengahkan cerita atau dongeng sejarah dan budaya Melayu (Mukti & Hwa 2004). Baru- baru ini sebuah filem televisyen (FTV) berjudul Suatukala telah mengangkat tiga kisah yang dinspirasi daripada hikayat dongeng kanak-kanak popular iaitu Merah Putih, Malin Kundang dan Badang (Azizi, 2018). Menurut Naib Presiden Gen Next Astro,Putri Yasmin Megat Zaharuddin, objektif penerbitan Suatukala adalah untuk memberi peluang kepada generasi muda mengetahui kisah dongeng hebat memandangkan ia sarat dengan mesej positif dan nilai kekeluargaan. Teknologi digital dapat membina pemikiran kritikal, meningkatkan kreativiti, meneroka pelbagai bidang, mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam situasi, di samping meningkatkan minat dan perhatian kanak-kanak jika didedah dari peringkat umur 3 tahun lagi. Program pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer multimedia mampu disampaikan dengan efektif kerana terdapat pelbagai konsep asas (Puteh & Salam, 2011). Sekolah di Amsterdam mengajar sekumpulan kanak-kanak berumur 11-12 tentang mata pelajaran sejarah zaman pertengahan Belanda menggunakan teknologi mudah alih dan peranti perkhidmatan berasaskan lokasi (GPS) melalui permainan realiti hibrid (De Souza e Silva & Delacruz, 2006). Daripada menempatkan pemain dalam persekitaran simulasi yang meniru dunia fizikal, permainan realiti hibrid menggunakan rangsangan dunia fizikal dengan menggabungkan ruang fizikal dan digital. Perkembangan pesat dalam teknologi dan telekomunikasi menjadikan peranti mudah alih seperti telefon pintar dan komputer tablet mampu dimiliki dan mudah diguna oleh kanak-kanak. Pelbagai aplikasi mudah alih berbentuk permainan turut dibangun, contohnya PDJawi untuk mengajar tulisan Jawi (Diah & Zin, 2016) dan aplikasi Pintar Peribahasa (Malay Language Centre of Singapore, 2019). Pusat Bahasa MelayuCopyright@FTSM Singapura turut membangun aplikasi Cerita Rakyat Nusantara dan Legenda Singapura yang boleh dicapai mengguna telefon pintar dan komputer tablet. Kajian ini membincangkan pembangunan aplikasi mudah alih yang mengguna cerita legenda Melayu untuk mendedahkan generasi muda tentang legenda dan tempat berlakunya kisah tersebut. LP-FTSM-2019-013 LEGENDA: Aplikasi Berasas Lokasi untuk Pembelajaran Budaya Melalui Cerita Legenda Aplikasi Berasaskan Lokasi untuk Pembelajaran Budaya: Cerita Legenda Melayu yang dibangunkan adalah sebuah aplikasi pembelajaran yang efektif dan menarik untuk pengguna yang terdiri daripada kanak-kanak untuk mengenali legenda Melayu yang kian pupus di Malaysia. Aplikasi ini memasukkan fungsian peta Google bertujuan mengajar pengguna tentang perbandingan geografi Tanah Melayu mengikut sejarah atau legenda dengan geografi negara Malaysia pada masa kini. a. Cerita Legenda Menurut Kamus Dewan (2015), legenda dalam bahasa Inggeris legend, sebenarnya berasal daripada kata bahasa Latin, legenda yang membawa maksud sesebuah cerita yang bakal diceritakan. Legenda merupakan cerita (yang tidak dapat dipastikan kebenarannya, tetapi dipercayai benar oleh pencerita dan pendengarnya) yang bersangkutan dengan kisah-kisah bersejarah masa lalu dan ada ketikanya lebih mirip kepada cerita dongeng atau fiksyen yang mengisahkan cerita tentang seseorang atau sesuatu peristiwa. Namun ianya tidak terlalu dianggap dongeng, kerana dongeng merupakan cerita khayalan atau fiksyen (yang diada- adakan kejadiannya cerita yang karut, yang mengkhayalkan yang mengandungi ibarat (pedoman dan sempadan) dan kiasan. Kisah yang mengandungi unsur-unsur legenda di Malaysia turut diperkayakan lagi dengan cerita asal-usul kejadian alam semula jadi seperti pulau, tasik, bukit, sungai dan gunung yang dihubungkaitkan dengan mitos dan legenda setempat. Banyak contoh yang boleh diketengahkan, antaranya yang terkenal ialah kisah Puteri Gunung Ledang di Johor; Naga Tasik Chini di Pahang; dan tasik di Pulau Dayang Bunting, di Langkawi, Kedah. Kesemua kisah ini sangat menarik dan tempat yang dikaitkan dengan kisah tersebut masih wujud dan boleh dikunjungi. Pelawat boleh merasakan dan mengalami sendiri keindahan dan keanehan tempat Copyright@FTSMberkenaan (Hassan & Isa 2014). Terdapat pelbagai legenda Melayu yang mengandungi unsur budaya dan nilai murni yang bagus untuk dipelajari oleh generasi muda masa kini. Misalnya kisah Malim Kundang yang bukan sahaja terkenal di Malaysia

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    11 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us